Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Jumaat, 27 Mei 2011

Pontianak


PONTIANAK

Pernah kah kita terfikir, siapakah gadis itu yang mati semasa melahirkan seorang bayi kandungan nya. Apabila “maut” yang di katakan ajal itu bukan sesuatu yang hilang untuk di lupuskan. Jika mayat itu tidak pernah di ke bumikan, apakah mungkin, dia bangkit untuk mencari bayi itu. “Ingatan” dan “perasaan” setiap mayat masih lagi mencari peluang untuk dapatkan keadilan. Dosa dan pahala itu masih lagi jadi tuntutan  untuk di perjelaskan. Sebab “syurga” dan “neraka” masih belum di hisab untuk di tentukan. 

ANEKDOT



Ini lah makhluk legenda jiwa yang sesat. Dia dahulu adalah seorang wanita yang paling cantik, pernah jatuh cinta di masa dan tempat yang salah. Musibah hidup nya telah melakar sejarah dengan apa yang telah terjadi kepada diri nya. Kami  cabar sesiapa membaca cerita ini, dan uji keberanian untuk berdepan dengan ancaman syaitan. Cerita Pontianak ini sangat mistikal dan patut di baca dengan berhati hati. Kami perlu buka beberapa pintu rahsia yang belum pernah anda jejaki.
Jiwa orang yang sudah mati masih menjadi misteri kepada kebanyakan kita. Apa dan di mana mereka setelah mereka mati tidak dapat di buktikan dengan fakta. “Alam barzakh” mungkin satu cerita fiksyen kepada sebahagian orang, yang tidak percaya bahawa alam ini di cipta oleh Tuhan. Kekosongan boleh menjadi sesuatu lebih sesuai pada keupayaan intelektual mereka. (Nothing can become something).
Tapi kami di sini bukan untuk berbahas tentang konsep teologikal atau teoretikal. “Alam barzakh” banyak yang perlu di fahami. Sains terkini akan bersetuju bahawa “tenaga” tidak boleh di hapuskan. Jadi, soal tentang “jiwa rohani” yang telah kita jadikan “identiti” pada diri kita sendiri masih tertunggak. Kesedaran kita dan memori “nyawa” di atas bahtera tubuh semasa hidup, tidak akan hilang lenyap di udara.
Tidak sesuatu apa pun akan di bazirkan dan “tenaga” boleh di tukar berubah bentuk. Entropy di kuantum graviti “holographic principles” dan termodinamik boleh jelaskan beberapa dari keajaiban tenaga yang tertinggal di permukaan lubang hitam (black hole) dan larutan bekas buangan yang bertukar menjadi “haba” pada tenaga yang tertinggal untuk buat kerja. Lubang hitam (black hole) “maut” bukan berakhir nya sesuatu subjek dan tenaga yang tertinggal adalah di mana cerita Pontianak ini menjadi legenda.  
Untuk mengetahui cerita sebenar, tentang apa yang telah berlaku kepada jembalang itu, seorang insan telah mengambil kesempatan untuk bertemu muka dengan makhluk legenda itu. Pontianak itu sedang bergayut di sebuah pokok besar dan sedang menyanyi kesedihan. Lelaki itu cuba menghampiri nya lalu, Pontianak itu menggilai sambil memberi ayat amaran.

Insan itu cuba menyuarakan hasrat nya untuk bertemu rama, ingin mengetahui rahsia kesedihan nya. Pontianak itu merenung tajam ke bebola mata insan itu, sambil menyelam jauh ke dalam lubuk hati nurani nya. Bila jembalang itu mendapati ada ketulusan di dalam hati insan itu, Pontianak itu terus menangis. Apabila kita menghulurkan telinga untuk mendengar, segala rintihan kesedihan di curahkan untuk di hayati. KETAHUI LAH CERITA SEBENAR!!! Kami cabar kamu membaca nya.

“Amaran kepada sesiapa yang tidak mempunyai semangat kebatinan yang kuat. Apa yang akan anda baca di sini, adalah sesuatu yang akan menggugat jiwa nurani anda. Sumpahan surat ayat syaitan telah di jampi untuk janjikan godaan dan gangguan pada sesiapa yang mengusik persemadian syaitan yang telah lenyak. Anda sedang mengetuk pintu dan melangkah masuk ke dunia alam ghaib di mana mereka sedang berkampung.

Untuk mengimbas kembali kenangan lampau, di mana mereka telah melakar satu peristiwa yang menjadi sejarah di alam ini, anda di nasihatkan mengisi kudrat keimanan untuk mengatasi segala khurafat dan kesesatan yang mungkin melintas lalu di perjalanan ini.”

Anda sedang melangkah masuk ke satu lagi alam dimensi. Semua dimensi2 ini mempunyai getaran nya yang berbeza di sekeliling kita. Ada pagar gerbang di mana mereka melintas lalu di talian yang amat tipis. Dunia kita hanya satu nya dimensi di mana “masa” itu di ukur. Ini lah ruang “gravitions” dan “spheritons” yang menyalurkan  graviti, anasir gelap, magnet dan ruang elektro magnetik dan juga ruang untuk memori dan ingatan kita. Penglihatan kita adalah perkakas tanggapan dan tanggapan itu subjektif. Persimpangan untuk melangkah ke laluan ingatan kepercayaan “iman” dalam kefahaman “ilmu” adalah di mana sauh “keyakinan” itu di labuh.
Ada yang beranggapan bahawa Mayat Hidup adalah merujuk kepada orang yang telah mati. Mereka di animasi secara kebatinan dan secara umum tidak akan pulih dan wujud hanya sebagai contoh pada diri nya yang dahulu. Mereka akan menjadi bangkai atau membusuk dan akan di binasakan dengan cara kebiasaan. Mereka tidak boleh membiak atau menurunkan baka. Zombie, tengkorak hidup dan yang seakan sesuai dalam kategori ini.
Mereka secara umum tidak mempunyai halangan dari apa mereka buat atau bagaimana mereka di hapuskan, tapi perkara seperti zombi memerlukan trauma otak, adalah sebab kuasa motor di tumpukan di otak, bukan kerana keperluan ghaib kebatinan. Walau tidak mustahil, komunikasi dengan sesama sendiri atau dengan manusia hidup juga jarang dan mungkin terhad kepada apa yang mereka tahu semasa hidup. Dan Hantu di rujuk kepada makhluk yang melampaui anggapan adat pada hidup atau mati nya mereka.
 Mereka selalu nya mengekalkan perasaan diri, boleh  menambah dan membaik pulih. Mereka mungkin boleh membiak atau turunkan baka. Selalu nya mereka boleh di bunuh dengan cara kebatinan. Pontianak dan hantu sesuai dalam kategori ini. Ia lebih kepada kesah di sini yang hantu ini tidak hidup atau mati. Selalu nya akibat sumpahan yang mereka mungkin mempunyai peraturan yang menghalang keupayaan apa yang boleh mereka buat dan bagaimana mereka boleh di hapuskan.
Dalam dua perkara ini pada tanggapan umum yang selain dari berkomunikasi, Hantu kebiasaan nya boleh bergerak tanpa suara atau sedikit dan mempunyai kebolehan menekap suara dalam sekeliling nya. Aura “pelik” di sekeliling Hantu juga mungkin di ambil kira pada keganjilan bagaimana mereka reput, bersuara, jelma, membuat benda layu, dadih, mual, cemar, sejuk, masam, lengkung atau jika yang menyebabkan. Tetapi zombi Mayat Hidup adalah permulaan bahagian dari Hantu.
Mereka boleh berubah menjadi hantu atau jembalang, bila mereka mendapat formula yang betul untuk menetas. Kebangkitan mayat hidup berlaku apabila syaitan datang untuk berkongsi kepakaran. Kami telah terjumpa kesan kederhakaan pada rasukan mutasi baka genetik. Kebudayaan tamadun jin boleh menghulur penawar itu. Di sini lah di mana angkara itu bermula.
Kami kagum untuk mengetahui bahawa deoxyribonucleic acid mempunyai rahsia nya tersendiri. Ini lah struktur baka genetik pada semua baka mutasi yang pernah bersatu untuk menjadi apa yang ada sekarang. Ia akan membawa segala tetasan benih baka dari masa silam yang pernah di ambil dari baka lain. Ini lah penetasan dari semua baka silam keturunan nasab.
Keturunan kita dahulu tidak pernah terpadam dan telah menjadi sebahagian dari kita. Ini lah mengapa kita manusia perlu mencari pasangan pembiakan baka yang baik untuk keturunan akan datang. Ini lah kerohanian silam dari diri kita yang dahulu yang telah terkumpul. Ini lah “roh” dan “jiwa” dari semua keturunan silam kita. Sains mungkin telah nampak kejadian benih baka dalam teori evolusi dan klon, dan mutasi telah pun menjadi kejayaan saintifik. Mutasi telah lama menjadi sumber kejadian segala spesies di dunia ini.
Jadi, klon baka dari hibrid berbeza tidak mustahil untuk di fahami. Enzyme ribonucleic acid telah tersebar ke seluruh alam maya sejak dulu lagi semasa ia berkembang untuk mulakan abiogenesis di struktur deoxyribonucleic acid. Jasad manusia membawa ribonucleic acid yang sama memulakan segala kehidupan di dunia ini. Ia tidak akan menjadi rumit jika pembawa benih baka, datang untuk mengambil tetamu sebagai “penginapan sementara”. Subjek perkara “surrogacy” atau tumpangan boleh berlaku dengan “penginapan sementara” ini dan kami akan jelaskan dalam cerita Pontianak ini. Jika soal “surrogate mother” menjadi pencapaian sains di era moden ini, ia bukan sesuatu yang mustahil jika pembawa benih baka lain ingin membuat tender itu.
Sebab kejadian stem sel “nyawa” di dalam biologi jasad tubuh berlaku dengan denyutan nadi “sebab dan musabab”. Benih baka “zygote” yang melekat atau “alaq” di telur betina adalah satu peluang nasib. Dan hermafrodit atau tidak berjantina masih perlukan “penginapan sementara” untuk biak benih nya. Jika “nyawa” boleh tumbuh dari sesuatu yang hidup, soalan nya adakah ia boleh menetap di bahtera tubuh yang telah mati. Jika kekosongan boleh menjadi sesuatu (nothing can become something) dalam teori sains yang terkini, jadi ia sesuatu yang tidak mustahil untuk di fahami.
Tentu nya ada tenaga kuasa di sebalik tabir yang membuak untuk hasilkan dengan tegap kejadian itu. Tapi setiap kehidupan mempunyai “jarak masa” atau “jangka hayat” yang di ukur dengan “masa” dan masa boleh lupus tanpa kuasa tarikan graviti. Graviti akan tetapkan setiap objek terkumpul atau bersatu dari berkecai dan bila tamat tempoh bahtera tubuh akan berkecai atau mereput. Di sinilah di mana pembaca kami perlu melaburkan sedikit daya intelektual untuk usahakan sedikit kajian empirikal.
Ini lah celah lenyap di antara ruang masa bila nyawa berpisah dari tubuh badan untuk akhiri struktur DNA yang di bawa oleh tubuh mayat. Inilah masa yang di persoalkan bila tubuh mayat di ambil sebagai tebusan untuk di lanjutan tempoh. Peristiwa ghaib ini, yang sains mungkin tidak akan sangkal untuk menafikan kemungkinan berlaku nya kejadian misteri. Bila penetasan ribonucleic acid berada di ruang angkasa untuk mengambil pelawat “penginapan sementara” bagi pembiakan baka, mutasi hibrid pembiakan mungkin terjadi dari deoxyribonucleic acid dari yang sesudah pada mayat tubuh penghuni lama. Ia seperti tayar yang pancit di isikan angin dari udara. Ia mungkin bukan lagi oksigen untuk tujuan itu dan karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen boleh di gunakan sebagai alternatif.
Sebab ruang udara mempunyai empat gas utama iaitu, oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida yang di ketahui. Jika yang hidup memerlukan oksigen untuk bernafas, mungkin kah yang mati atau makhluk ghaib bernafas dengan gas lain. Ini lah apa yang kami kaji untuk mengenal pasti apakah gas yang di hirup makhluk ghaib seperti jin dan syaitan. Mereka di ketahui di jadikan dari “api” dan karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen mungkin adalah pernafasan atau pelepasan mereka.
Sebab gas nitrogen akan mengitar semula bahan buangan seperti bangkai atau tumbuhan lusuh menjadi reput dan membusuk. Gas hidrogen akan membuat pembakaran bahan api menjadi tenaga yang kuat dengan bahang api di mana dengan oksigen “air” di jadikan. Bakteria dan kuman boleh membiak di dalam tubuh kita dan buat jangkitan tisu menjadi ketumbuhan kanser di mana2 bahagian tubuh badan. Mereka adalah virus anasir luar yang tidak sesuai untuk tubuh yang hidup dan mereka boleh membiak sebagai “penginapan sementara”. Tapi ada bakteria yang tidak mudaratkan tubuh manusia. Ada yang boleh menjadi sebagai penyembuh untuk tingkatkan kesihatan tisu manusia. Ini lah kuman dan bakteria yang datang dari kebudayaan jin di atmosfera tamadun jin. Mereka adalah pembawa nya.
Ini lah misteri yang di bawa tamadun jin yang perlu kita ambil tahu. Sebab mereka pernah menunjukkan sesuatu apabila manusia menggunakan tenaga mereka untuk kesihatan, kekuatan dan juga kecantikan. Apa yang kami maksud kan adalah perkara seperti “susuk” yang kebanyakan orang menggunakan nya untuk tujuan itu dan ada yang menggunakan untuk “sihir” untuk mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia. Kita manusia akan memerlukan oksigen untuk tubuh yang hidup dan mengitar karbon dioksida di sekeliling kita setelah kita gunakan.
Udara di sekeliling yang membuat pertukaran itu dari tumbuhan, mungkin membawa bekas dari diri yang dahulu. Kita telah di terapkan persekitaran untuk kekalkan kehidupan zat suci “sacrosanct” untuk bina struktur DNA. Tapi bila tubuh mayat tidak lagi di gunakan untuk tujuan itu, jasad menjadi sebahagian dari alam untuk di pindah milik dan di kitar semula atau gunakan sebagai “penginapan sementara” dengan tender sewa beli. Soal tender sewa beli ini akan kami jelaskan pada perkara “pinjaman masa”. 
Ini lah di mana misteri itu bermula. Sumber yang memberi “sacrosanct” pada nyawa dari tubuh yang dahulu masih aktif di udara untuk di gunakan sebagai peluang. Ketetapan peraturan termodinamik yang memerintah perubahan tenaga dari satu bentuk kepada yang lain, laluan di mana “haba” akan mengalir, dan kewujudan tenaga untuk bertindak. Ini bukan kejadian ghaib yang di anggap tahyul. Misteri alam ghaib mempunyai banyak kaitan dengan alam ini dan mereka sebahagian dari itu. Sains kerohanian sebegini mungkin tidak menarik perhatian kepada orang yang intelektual pada objektif realiti. Kami telah meletakkan semua kepingan terkumpul dari kejadian pembiakan baka pada tubuh mayat ini.
Tetapi evolusi alam boleh di pesongkan dengan rekaan pintar atau “intelligent design”. Sudah kita maklum daya tarikan graviti boleh menyatukan bahan dari berkecai dengan kosmologikal tetap anasir gelap. Tubuh mayat yang telah menjadi sebahagian dari massa alam angkasa raya ini mungkin di miliki khazanah induk bumi sebagai “penginapan sementara” pada deoxyribonucleic acid nyawa. Mempunyai “proto type” yang lengkap tersedia untuk di bazirkan bukan cara eko sistem alam ini yang sebenarnya.
Induk bumi akan mengambil khazanah nya bila “nyawa” terputus dari biologi tubuh untuk di kitar semula atau di jadikan “penginapan sementara” untuk di sewa beli. Soal sewa beli ini akan kami jelaskan nanti dalam subjek perkara “pinjaman masa”. Tapi bila ruang elektro magnetik di udara ingin menggunakan untuk penerokaan, pertemuan sulit itu menjadi sebahagian dari pada legenda. Tubuh jasad yang lengkap telah pun kosong tanpa penghuni. Kita telah melihat lelaki mempunyai jasad tubuh seperti wanita atau sebaliknya. Punca “hermafrodit” ini mempunyai sejarah yang panjang.
Kami bukan ingin mencemuh terhadap homoseksualiti tetapi hanya membuat rujukan untuk jelaskan sumber si penghuni. Tapi bila nyawa berakhir tamat tempoh dengan sumber dari diri yang dahulu untuk tamatkan episod DNA nya, tubuh mayat itu menjadi kamar yang kosong untuk induk bumi mengitarnya. Mengitar adalah tepat di rujuk sebagai formasi sesuatu yang baru untuk pembiakan baka. Bangkai mayat boleh di jadikan pokok2 baru atau juga makhluk haiwan liar apabila bumi mengambil khazanah nya kembali.
Tetapi bila diri yang dahulu telah di ambil untuk mutasi dengan bentuk wajah baru dengan kebudayaan jin, perwatakan manusia mungkin akan di ubah. Kita manusia belum ketahui semua yang ada pada alam ini. Ada banyak perkara ghaib yang tidak pernah kita ambil tahu. Sebagai “khalifah” di atas muka bumi ini, kita sepatut nya perlu tahu bagaimana untuk perintah dan mengurus alam ini atau se tidak nya perhatikan anasir yang membuat kerosakan dan siapa itu musuh kita yang sebenar. Kami perlu buat sedikit anatomi kerohanian untuk beri pecahan pada “ektoplasma” di dalam jasad tubuh manusia. Setiap “tenaga” ini mempunyai “semangat” yang halus.
 Setiap jasad tubuh yang ingin bergerak perlu mempunyai “tenaga” yang di katakan “nyawa”  itu untuk buat “pilihan” dengan keinginan “perasaan” nya dan cari “peluang” dengan “ingatan” kepercayaan “iman” nya. “Perasaan” ini adalah naluri “semangat” hawa “nafsu” nya dan “ingatan” ini adalah nurani “semangat” kepercayaan “iman” nya. Jiwa rohani yang di katakan keinginan hawa “nafsu” dan kepercayaan “iman” ini adalah satu “tenaga” yang tidak akan terhapus. Jiwa hawa “nafsu” akan kumpul segala kimia “perasaan” dengan “graviti” tarikan bumi pada DNA deoxyribonucleic acid nya.
 Jiwa kepercayaan “iman” akan simpan semua memori elektrik “ingatan” dengan getaran gelombang elektro magnetik pada RNA ribonucleic acid nya. “Perasaan dan ingatan” ini akan menjadi “semangat” yang di katakan “qarin” ini dengan “tabiat” kelakuan nya. “Semangat” ini adalah “kembar” jiwa hawa “nafsu” dan kepercayaan “iman” nya dan “qarin” itu adalah “tabiat” kelakuan segala amal perbuatan mereka. Mereka akan terpisah jauh di satu kawasan yang di katakan “sijjin” dan “illiyin” ini apabila jasad tubuh itu sudah tamat tempuh pada “jangka hayat” nya yang di katakan mati atau ajal maut itu.
Nyawa” yang terpisah dari jasad nya adalah bila “graviti” tarikan bumi pada jasad itu sudah di lupuskan dan jasad itu akan menjadi mayat atau bangkai yang mereput dan terlerai. Semasa kita tidur “perasaan” hawa “nafsu” ini akan terpisah dengan “ingatan” kepercayaan “iman” nya dan “semangat” hawa “nafsu” akan berpaut pada “perasaan” jasad tubuh nya dan “semangat” kepercayaan “iman” akan keluar dengan “ingatan” nya untuk urusan rasmi. Jasad yang bermimpi itu berlaku bila “semangat” hawa “nafsu’ masih mengharap dengan “graviti” tarikan bumi nya pada “ingatan” kepercayaan “iman” itu bila ia kembara di ruang elektro magnetik.
Walaupun mereka terpisah, mereka masih boleh berhubungan dengan daya tarikan “graviti” itu. “Perasaan” dan “ingatan” itu adalah “kembar” yang terpisah seperti “minyak dan air” tetapi masih boleh bersatu dengan “semangat” masing-masing. “Semangat” yang bersatu ini yang di katakan “qarin” itu dari “dosa” atau “pahala” kita. Begitu juga lah apabila kita sudah mati. Jiwa ini akan terpisah jauh di antara langit dan bumi di mana “perasaan” hawa “nafsu” akan menetap di “pusara” jasad bumi yang mereput dengan deoxyribonucleic acid nya yang di katakan “sijjin” itu.
Ingatan” kepercayaan “iman” nya akan naik di langit yang di katakan “illiyin” itu dengan “identiti” ribonucleic acid nya. Urusan “semangat” jiwa ini yang menjadi tajuk perbincangan cerita “pontianak” kami ini. “Akal” fikiran kita akan selalu menilai “risiko dan akibat” yang akan di tanggung jiwa “perasaan” hawa “nafsu”  dan “ingatan” kepercayaan “iman” nya. Tetapi “semangat” jiwa ini yang selalu mengikut “pengaruh” yang di taja anasir luar untuk mengubah “identiti” yang cuba di semai oleh jiwa mereka itu. Di sini akan berlaku pertikaian di mana jin dan syaitan akan melabur kepentingan mereka pada “qarin” ini.
Menafikan amaran risiko dan akibat dari “akal” yang menjadi satelit pada “ruh” akan menjadikan  jasad tubuh kehilangan bimbingan “ruh” nya. Di sini lah di mana manusia di biarkan bersendirian untuk merasai ujian dan silap (trial and error) daripada “lepas bebas” (free will). Pilihan dan peluang  (choice and chance) akan datang dengan “sebab dan musabab” (cause and effect) dari “takdir dan nasib” (fate and destiny). Kebudayaan tamadun jin adalah sesuatu yang telah di ketahui mengambil manusia sebagai pilihan. Ini lah tamadun yang menjadi sebahagian dari eko sistem alam untuk mengitar semula sumber alam.
Nitrogen untuk suburkan tanah dan proses semula barang buangan dan bangkai benda mati adalah sebahagian dari kepakaran mereka. Mereka boleh ambil dan pilih apa saja buangan bumi untuk di jadikan milik nya. Tahi, tulang dan bangkai mayat adalah bahan makanan mereka. Mereka bebas untuk gunakan bangkai kehidupan untuk di pakai mereka. Cerita ini adalah mengenai pembiakan baka di antara dua benih baka berlainan jenis. Tenaga atomik jin telah di klon dengan tenaga kimia manusia untuk merangsang kuasa tarikan graviti tenaga kinetik dan potensi pergerakan.
Di zaman masa bila manusia memilih untuk meneroka kawasan tanah bumi dan bina bangunan arkitek yang jauh dari kekuatan fizikal manusia. Kerja berat semua nya di lakukan oleh tamadun jin. Kita boleh nampak dari sejarah purba silam, kebanyakan bahan bangunan bersejarah dari zaman purba adalah jauh dari keupayaan fizikal manusia. Ini lah zaman bila manusia dan jembalang jin bekerja rapat bersama. Manusia boleh menggunakan mereka dan ambil sebagai rakan sejawat. Tetapi teknologi sekarang tidak harapkan bantuan itu, bila kita manusia telah maju dengan jentera2 berat. Jadi kepakaran mereka tidak lagi di perlukan di zaman sekarang untuk tujuan itu.
Tetapi apakah rancangan warisan mereka? Di sini lah tamadun jin perlu sesuaikan diri kepada pengedaran masa di sesi semasa untuk hulurkan kepakaran mereka. Kebanyakan ada yang menjadi “pengantar” pada ahli “sihir” dan ada yang mengambil rancangan jahat mereka sendiri untuk buat kajian seperti apa yang akan kami jelaskan dalam cerita Pontianak ini. Rasukan jin telah berlaku semasa manusia itu masih hidup sehingga ke hari ini. Tetapi perkara ini pernah berlaku dahulu bila jin mengambil alih tubuh manusia setelah jasad itu mati, di zaman purba kala dahulu. Ini lah zaman bila sains masih lagi di tahun bayi nya.
Zaman bila angkasa ini masih dalam proses evolusi untuk menguji beberapa bahan contoh bagi membiak tetasan baka genetik untuk mengambil rekrut spesies baru. Kita telah melihat banyak spesies menjadi pupus dari alam ini dengan beberapa kesan fosil yang di jumpai bersepah di dasar bumi. Tetapi Pontianak ini adalah sesuatu dari makhluk legenda itu yang kita telah dengar mengenai nya. Sains telah mengajar kita supaya tersedia dengan intelektual minda. Evolusi adalah teori sains yang di terima pakai banyak orang intelektual walaupun ia tidak pernah di buktikan sebagai fakta.
Tetapi untuk menutup pintu pada beberapa teori kerohanian budaya jin adalah satu penghinaan pada kebijaksanaan kita. Sedia kan sedikit ruang untuk minda kita berlegar di laluan jalur dimensi. Kita mungkin tidak mahu untuk menelan ini dengan sepenuhnya tetapi memberi sedikit rasa jamah pada nya adalah kajian empirikal yang baik untuk luaskan horizon pemikiran kita. Udara yang kita hidu tidak pernah di lihat tapi hanya terasa dengan deria sentuhan. Tentu nya kita boleh memberi sedikit faedah kepada satu kelenyapan daya pandangan untuk simpan sedikit pengecualian pada aktiviti jembalang ini.
Penglihatan adalah perkakas tanggapan dan tanggapan adalah subjektif. Aliran cahaya “photon” mencetak gambaran di filem memori. Filem itu wujud dalam objektif realiti, dan ia mengandungi gambar yang pancarkan objektif realiti berasaskan punca cahaya “photon” yang mencipta gambaran itu di biji mata kita. Bila filem itu sebenarnya adalah retina kita, gambaran itu di hantar melalui “neurons” kepada komputer biologi, di mana ia akhir nya “nampak” oleh jiwa rohani iaitu kita. Tanggapan pada gambaran itu adalah subjektif walaupun ia berlaku dengan tepat membayangkan objektif realiti.
Penulis ingin menasihatkan setiap pembaca nya, supaya berwaspada. Pontianak adalah “jiwa” orang yang telah mati, yang berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari peluang. “Semangat” itu mempunyai “qarin” nya yang di katakan “dosa” itu. “Dosa” ini lah yang akan mereka selidik untuk meratap dengan pertikaian atau keinsafan. Alam mereka amat halus untuk kita jelajahi. Pembaca di nasihatkan tidak menyebut nama nya berulang kali. Apabila dimensi alam ghaib ini terlalu dekat, menyebut nama nya akan bererti seperti menyeru supaya jembalang ini datang melawat. Dunia alam ghaib berbeza dari dunia di sebelah kita.
Mereka merayau di atmosfera menggunakan frekuensi cahaya dan suara untuk melayari. Mereka boleh mendengar kita di maya atmosfera, kerana udara yang kita hidu adalah di mana mereka datang. Kita tidak sepatutnya mengambil kesempatan untuk membenarkan mereka datang dekat menghampiri. Apabila mereka telah datang, hidup kita tidak akan menjadi sama lagi. Mental dan emosi kita akan di ubah. Jantung kita akan berdegup kencang. Kami telah terokai jauh ke dalam dunia mereka untuk mengetahui bagaimana mereka bertindak. Tanda kesan kehadiran mereka dapat di ketahui dengan pancaran sinar kilat di langit dan angin bertiup sayu membawa udara dingin yang menusuk ke tulang sumsum.
Bau wangian bunga akan memenuhi ruang udara dan sayup kedengaran suara perempuan menyanyi dari jauh nun di sana adalah tanda Pontianak telah tiba. Bulu roma di tengkuk akan berdiri, mengisi kesejukan ke dalam tubuh yang menyerap ke tulang sumsum. Seram akan muncul jauh di lubuk hati, untuk membuat kita tergoyah kebingungan. Dan apabila jembalang itu  melakar kehadiran nya, seram akan berubah menjadi ngeri. Membuat kita menggigil di kedinginan, menghalau akal fikiran keluar dari benak kepala, dan tinggalkan kita dalam ketakutan yang tidak tahu apa perlu di lakukan.
Apabila ia telah datang untuk menuntut harapan, yang telah lama musnah dari sesiapa yang menjadi tujuan kedatangan nya, jembalang itu akan cuba sedaya upaya untuk menuntut hak di malam yang telah hilang segala tanda kehidupan dan membiarkan ruang itu dalam kekosongan untuk jembalang itu merayau. Mangsa akan di biarkan dengan ketakutan dan seram ngeri untuk berhadapan dengan keganasan dan dendam kesumat yang jembalang ini di jadikan. Udara di sekeliling akan di kedap untuk kurangkan oksigen dengan nitrogen yang mereka bernafas.
 Bau bangkai mayat akan melantung di udara sekeliling kita dan seram sejuk akan menyerap masuk ke dalam tubuh untuk membuat kita terpaku dengan badi seram yang ngeri. Lembaga jin jembalang ini, datang dengan banyak bentuk dan rupa. Ada yang dari angsa putih berterbangan di malam hari atau perempuan cantik yang tersenyum di dalam kegelapan. Wajah sebenar jembalang ini hanya akan di tunjukkan, apabila kemarahan dan dendam kesumat nya telah memuncak. Jangan sesekali mengimpikan untuk bersua dengan bentuk zahir nya. Jiwa kita tidak mempunyai kekuatan untuk melihat wajah sebenar mereka. Mayat dan hantu syaitan adalah makhluk yang tidak mempunyai persamaan dalam bentuk mana di imaginasi liar kita.

Kegelapan rahsia mereka telah di sorok dari jiwa kita yang hidup, untuk sembunyikan wajah mereka yang dahsyat untuk keselamatan kita sendiri. Hantu jembalang akan selalu menyamarkan diri, tetapi apabila ia pamerkan wajah sebenar, kita patut harap bahawa nyawa kita akan berakhir untuk memadamkan pandangan itu lenyap selama nya. Hanya mereka yang mempunyai kekuatan ayat kebatinan dan kesucian “roh” akan dapat melihat wajah mereka dan bertindak dengan ancaman mereka. Semoga berjaya.


untuk baca sketsa cerita ini.


Baca atau beli EBook ini dengan emelkan pada :- aqursany@yahoo.com
           
    Harga promosi kami RM10.00 sahaja!!!!!

Anda boleh baca terus dari website kami tanpa download!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan