Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Ahad, 30 Disember 2012

Pinjaman Masa

Mati sebelum "ajal" adalah satu fakta yang telah di buktikan. Mungkin kita tidak memahami sistem "jangka hayat" ini yang selalu kita gunakan  dengan "pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh" ini. Apabila "ajal", "rezeki", "buruk" dan "baik" itu sudah di tetapkan pada kiraan dan ukuran yang tepat dan pasti, maka "jarak" itu akan menjadi satu "tempahan" yang akan kita lakukan. Apabila satu hari sudah di tetapkan dengan 24 jam nya, maka "jangka hayat" untuk hidup dan mati pada hari itu akan berlaku. Kita akan bangun untuk "hidup" dan tidur untuk "mati" pada setiap hari.

"Pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh" ini akan menjadi asas keperluan setiap yang "bernyawa" seperti kita ini. Sebab "nyawa" ini ibarat "pohon" yang tumbuh dan gugur "daun" nya. Apabila "nafas" itu perlu di tukar setiap berkala, dan oksigen itu di salurkan dari "daun" pada setiap "pohon" yang ada, kita telah terlepas pandang apakah maksud semua ini.

Apa yang di cipta Tuhan di alam semula jadi di ganti dengan reka bentuk ciptaan manusia untuk di puja dan di puji. Mengapa kita tukar benda yang "hidup" pada sesuatu yang "mati" di sekeliling kita. Udara yang dulu nya bebas bertukar untuk kita bernafas di kepung rapat supaya tidak keluar untuk di cemari. Kita kuburkan diri kita ini di dalam satu "ruang" agar kita "mati" di situ dari terima segala nikmat yang ada. Udara yang percuma kita bayar dengan sesuatu yang palsu.

Ini yang di katakan "sophisticated" yang canggih dengan "kepandaian" dan "kebijaksanaan" yang di sanjung tinggi. Apakah "artificial intelligent" itu satu "nikmat" yang membawa kesejahteraan hidup kita. Bukan kah itu satu "pinjaman masa" yang sementara yang kita cagar dengan gadaian pada "lanjutan tempuh" yang kita terima setiap hari. Kita seksa jasad tubuh kita itu dengan "artificial intelligent" yang di cipta manusia itu sendiri sehingga kita "mati" bertemu "ajal" dengan ancaman nya.

Apakah "nikmat" itu boleh kita rebut tanpa perlu melalui "kesengsaraan" itu. Apakah kesenangan itu boleh kita nikmati dengan "jarak" yang lebih panjang dari kesusahan itu. Apakah benar kita tidak pernah tergesa gesa dan lupuskan  "masa penantian" pada "kesabaran" untuk mengejar kenikmatan. Apabila "kesabaran" di tamatkan serta merta, kita akan masuk di "pinjaman masa" yang akan mendatangkan kerugian dan kerosakan.  



Jangka hayat yang telah di tentukan untuk setiap manusia itu sebenar nya sama rata, iaitu seteguk "nafas" yang perlu di ganti pada setiap ketika. Di sini lah hidup nya "pohon nyawa" yang daun nya akan tumbuh dan gugur pada ketika tertentu. Bukan kah ada manusia yang hidup lama dan ada juga yang mati setelah bernafas dalam seketika saja. Jadi Tuhan itu Maha Adil dalam memberi nikmat nya. Tidak sesiapa boleh pertikaikan di akhirat nanti.

"Lanjutan tempoh" dan "pinjaman masa" di tadbir oleh dua kuasa yang berbeza. "Lanjutan tempoh" selalu nya di hulurkan oleh "ruh" kita semasa ia keluar untuk mendapatkan lanjutan itu di waktu manusia itu sedang tidur. Baca lah cerita kami "Kembara Tidur" untuk mengetahui perjalanan itu. Dan "pinjaman masa" di hulurkan oleh "syaitan" yang mempunyai jangka hayat yang tidak di ukur oleh masa. Disini lah segala misteri itu akan bermula.

"Pinjaman masa" ini agak rumit untuk di jelaskan dengan penuh terperinci. Ia berkait rapat dengan keinginan kita semasa kita menjalani hidup di muka bumi ini. Jangka hayat kita akan susut nilai apabila telah di gunakan oleh hawa "nafsu" dan ia akan meningkat apabila di tambah nilai oleh ingatan "iman" kita. Ukuran pada dacing "jangka hayat" yang di imbangi "nyawa" bergantung kepada hawa "nafsu" dan ingatan "iman" untuk kesejahteraan nya. Ini hanya tertumpu kepada "identiti" diri yang akan di jadikan. Ini tidak ada kaitan dengan jasad tubuh kita.

Jasad tubuh kita hanya lah pakaian yang di gunakan "nyawa" dengan tenaga hawa "nafsu" dan ingatan "iman" untuk pembikinan "identiti" diri nya sendiri. Jasad tubuh hanya bahan yang di persembahkan untuk lakonan watak yang akan di pamirkan "identiti" diri kita itu. Tentu nya tangapan bahawa jasad tubuh itu pakaian yang sesuai untuk di tayangkan di khalayak ramai, bukan perangai budi perkerti yang tersembunyi di "identiti" diri. "Lanjutan tempoh" adalah untuk "nyawa" dan "pinjaman masa" adalah untuk jasad tubuh.

Di sinilah manusia itu akan cuba untuk mendapatkan "pinjaman masa" untuk jasad tubuh itu. Jasad ini akan mereput dan lemah setelah menjalani "jarak" dan "kelajuan" yang di lalui. Nikmat yang akan jasad tubuh itu "rasa" adalah keupayaan yang akan di cari di merata alam. Bentuk tubuh dan "muka" akan di sanjung seperti dewa yang di sembah. Di sinilah manusia menyorok di celah kegelapan untuk bertafakur dengan guru amalan mistik atau pakar bedah dengan suntikan "susuk" dan "kimia" untuk pertahankan dan tingkatkan bentuk dan "muka" jasad tubuh itu.

Jarak masa yang kita lalui ini mempunyai dua tenaga yang berbeza. Kuasa abadi atau "perpetual force" dan kuasa emparan atau "centrifugal force" adalah di mana "sebab dan musabab" dan "takdir dan nasib" itu bertembung untuk jadikan realiti. Di sini lah manusia mengunakan "pinjaman masa" dengan kuasa emparan "centrifugal force" dari "sebab dan musabab" untuk lajak melepasi kuasa abadi "perpetual force" yang di jana "takdir dan nasib" mengikut aliran yang di tetapkan.

Bukan kah Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya? Kita akan sentiasa di dalam kedhaifan jika kita sendiri tidak mahu bertindak memajukan diri. Di sinilah kita manusia perlu bijak mengatur langkah untuk mengunakan "masa" yang sedia ada. Membuat "pilihan" dengan hawa "nafsu" dan mencari "peluang" dengan ingatan "iman" adalah hijab kabul yang perlu di gunakan setiap manusia di atas meja dunia ini di mana "hukum hudud" itu di tadbir.

"Pilihan" yang kita buat bukan satu "perintah" yang akan di kuat kuasakan "takdir" tetapi hanya satu "tempahan" yang di harapkan. Di sini lah ingatan "iman" perlu mencari "peluang" dengan "ilmu" yang hakikat untuk mendapat sijil halal yang di keluarkan agama. Setiap permintaan adalah satu permohonan yang perlu menurut ukuran masa di mana "kesabaran" di perlukan di dalam ruang masa menanti atau menunggu. Sebab Tuhan akan mengkabulkan sesuatu dengan daya usaha kita sendiri dan bukan "magik" yang timbul kan sesuatu dengan sekelip mata kerana kita telah di ikat dan di ukur oleh "masa".Di sini lah manusia gelisah untuk mempercepatkan masa menanti untuk merasa nikmat dan lari untuk dapatkan "pinjaman masa" dengan menuntut kepada "syaitan". Ini lah kuasa emparan yang kita "kayoh" dengan lajak ligat untuk sampai kepada nikmat yang di rampas dengan "sijil haram" yang di keluarkan "syaitan".

Kita manusia berhak mengunakan kuasa "lepas bebas" atau "free will" yang di beri untuk membuat pilihan untuk keinginan hawa "nafsu" kita. Di sini lah di mana manusia melepaskan diri untuk menghadapi sendiri uji dan silap atau "trial and error" tanpa bimbingan "ruh" yang sentiasa di situ untuk menyalurkan bantuan. Bantuan "ruh" selalu nya di salurkan dengan satellit "akal" di mana ingatan "iman" kita menyimpan segala memori "ilmu" yang di percayai dengan keyakinan. Tetapi "ruh" tidak akan mentaati kita jika kita memilih sekutu selain dari diri nya.

Di sini lah "syaitan" datang mengambil alih untuk cemarkan "identiti" kita menjadi selain dari manusia yang sebenar nya manusia. Apa kah kita sudah pasti budi perkerti dan perangai kelakuan yang sedia ada itu adalah sifat manusia yang sebenar nya? Di manakah sifat manusia yang sebenarnya? Bukan kah Nabi Besar kita pernah tunjukan sifat2 itu? Sifat2 mulia yang tidak seorang manusia pun pernah tandingi di atas muka bumi ini. Boleh kah kita sumbatkan roti yang sudah di kunyah lumat dan suapkan ke dalam mulut seseorang Yahudi buta yang memaki hamun dan mencaci cerca keperibadian beliau di khalayak ramai? Bolehkah kita mendoa kan seseorang itu agar di ampuni Tuhan setelah kita di pukul sehingga berdarah?

Siapa kah lelaki yang bernama Muhamad itu? Kita membawa deoyxribonucliec acid dari baka Nabi Muhamad dan Nabi Ibrahim. Bukan kah kita menyebut nama2 ini di setiap kali kita mengadap Tuhan? Tapi apabila kita cemarkan baka itu dengan baka syaitan untuk menjadi "identiti" diri kita, kita bukan lagi baka yang suci untuk kita pamirkan di padang masyhar. Setiap daki dosa itu boleh di cuci untuk hilangkan segala kekotoran itu. Cari lah jalan keluar untuk menjadi manusia yang sebenar benar nya manusia.

Bayang bayang Rasulullah berada di merata tempat yang perlu kita cari. Bila kita bertemu dengan seseorang baik sesiapapun, kita akan mengharap Rasulullah akan wujud di situ. Bukan kah kita akan inginkan "kejujuran" dari sesiapa saja yang kita jumpa? Bukankah kita mengharapkan "keikhlasan" dari diri orang yang kita temui? Bukan kah kita mencari "ketulusan dan kebenaran" dari setiap sudut? Pasangan kekasih, suami isteri, ibu bapa, adik beradik dan juga sesiapa saja, kita akan mengharapkan SIFAT SIFAT Nabi besar kita Rasulullah itu!!!!!!!

Jadi Rasullulah wujud di mana mana walaupun dalam diri orang yang bukan Islam apabila mereka mempunyai sifat sifat ini. Mereka "muslim" dari naluri semula jadi apabila sifat Nabi itu di salurkan dan tertakluk kepada kudrat kebesaran Allah swt yang mereka perlu patuh dengan taat tanpa "keikhlasan" yang sepatutnya di lakukan dengan nama Allah swt. Mereka "muslim" dan akan menyerah diri kepada kuasa yang Maha Pencipta kita tetapkan. Jadi apa gunanya kita mengaku kita orang Islam bila kita tidak mempunyai sifat sifat Nabi? Tidak guna bersarban dan berjanggut!!!!!!!

Apa yang patut di ketengahkan adalah sifat sifat Nabi yang "JUJUR,IKHLAS,BENAR,BIJAK, TULUS,PENGASIH,BAIK SANGKA,PEMURAH,PENYAYANG" dan lain lain. Ini lah yang patut di amalkan setiap manusia. Kebanyakan musibah dan kemungkaran berpunca dari sifat sifat yang bukan dari sifat Nabi. Apabila "penipuan, keangkuhan, ketamakan, kesombongan, kerakusan, kemarahan, kebencian, keganasan menjadi lakonan perilaku manusia. Tuhan akan menghukum mereka yang tidak mempunyai sifat sifat Nabi ini dengan seksaan yang nyata di realiti.  

Sebab itu kita boleh melihat kaum kafirin yang kebanyakan nya maju dan berjaya kerana mereka mengunakan sifat sifat Nabi yang tertentu untuk menuntut "HAK" kepada Allah swt. Mereka telah mengunakan "akal" mereka untuk mendapatkan saluran satelit dari "ruh" untuk majukan bumi sebagai "khalifah". Mereka telah menuntut kepada Allah swt untuk mengubah nasib mereka. Tuhan telah berjajnji akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka sendiri mahu mengubah nya.

Kebebasan ini telah di beri kepada setiap insan yang hidup tidak kira apa kepercayaan mereka anuti. Segala "AGAMA" yang ada di atas muka bumi ini bermula dari ISLAM dan berpecah menjadi golongan yang tertentu. Hanya ISLAM yang tulin yang menyerah diri dengan penuh rela dan keikhlasan kepada ZAT yang Maha Berkuasa akan di beri ganjaran SHURGA. Jika shurga ini mereka ingin kecapi di atas muka bumi ini dengan segera, mereka di beri kebebasan untuk buat "pilihan" itu seperti mana kaum kafirin itu menjadikan syurga "artificial" mereka dengan mendurhakai Tuhan. Ini lah "PINJAMAN MASA" yang di ambil dari syaitan yang mempunyai "jangka hayat" yang lebih panjang dan tidak di ukur oleh masa. Namun "pinjaman masa" ini ada tamat tempoh nya di mana jiwa kita akan di GADAI sebagai cagaran.

Tetapi umat ISLAM yang sejati yang di beri RAHMAT yang di bawa Nabi besar kita Rasullulah. Rahmat ini menakluki seru sekian alam. "Nyawa" akan di bersihkan dengan SUNNAH Nabi di mana hawa "nafsu" telah di "sunnatkan" untuk memiliki Sifat Nabi supaya dapat mengunakan "akal" yang bersih untuk berurusan dengan "ruh" yang suci, seperti mana Nabi mendapat "wahyu" dari malaikat Jibril.  Nabi besar kita telah membawa RAHMAT untuk memberi "LANJUTAN TEMPOH" kepada umat nya yang ingin merasai sesuatu yang berkekalan. Ini lah rahsia Nabi Muhammad yang kebanyakan kita tidak ketahui. 

Sifat sifat Nabi jika kita gunakan akan membawa kesan yang berpanjangan pada hidup di bumi ini sehingga kita mati dan ke SYURGA nanti. Walaupun kita telah mati, sifat sifat Nabi yang kita amalkan semasa hidup akan menjadi "PELABURAN" yang kekal abadi sampai bila bila. Yang JUJUR tidak akan pernah di caci. Yang BENAR akan di sanjung. Yang IKHLAS akan di kenang. Yang BIJAK akan menjadi ikutan. Yang TULUS akan di hormati. Ini lah janji Nabi kita Muhammad.

Cinta kita kepada Nabi bukan bergendang di dalam masjid!!!!!! Bukan riuh terpekik di corong microphone. Buktikan cinta itu dengan mengisi sifat sifat Nabi di dalam diri kita. Senyum pada orang yang benci, Bantu orang yang susah, Ajar orang yang bodoh, Sabar pada orang yang marah, Redha bila terima musibah, Syukur bila berjaya, Insaf bila berpangkat.

Edit 26.6.14

"Jangka hayat" jasad tubuh kita hanya dapat bertahan sehingga menjangkau 100 tahun ukuran masa di bumi ini. Tetapi "maut" itu akan datang menimpa jasad tubuh kita sebelum masa itu jikalau kita abaikan tangung jawab kita untuk kesejahteraan nya. Banyak yang mati dengan membunuh diri kerana "putus asa" dan 'kecuaian" mereka sendiri. Tetapi ada juga yang menambah nilai "jangka hayat" jasad tubuh nya dengan suntikan "botox" dan "bahan kimia" yang tertentu. Mereka "bunuh" kulit tubuh mereka agar kelihatan kekal "beku" seperti mengawet bangkai yang mati.  Jadi "jasad tubuh" kita ini sebenarnya boleh di beri "pinjaman masa" jika kepentingan itu masih perlu. Dulu mungkin ada yang mengunakan "susuk" untuk kecantikan rupa bentuk. Tetapi sekarang manusia mengunakan "topeng" untuk tujuan itu. 

Apakah benar "ajal" itu di tangan Tuhan???? Apakah Tuhan yang menentukan esok atau lusa kita akan mati atau berpuluh tahun lagi??? Bukan kami cuba menafikan kekuasaan Maha Berkuasa. Tetapi perkataan "ajal" itu mungkin telah di salah erti atau mengelirukan. Riwayat hidup kita telah pun tertulis di kitab Lukh Mahfuz dari lahir hingga mati. Jadi Tuhan sudah tahu bila kita hidup dan bila kita mati dari kuasa "sebab dan musabab" yang telah di turunkan kepada empat  anasir alam maya iaitu "air, api, angin dan tanah". Jika kita gagal menempuh cabaran empat anasir alam ini, "jasad tubuh" kita akan susut nilai dan mereput. Tetapi bukan kah kita selalu pergi menghadap Tuhan untuk dapatkan sumber kehidupan dari "bumi" ini. Bukan kah kita selalu berdoa kepada Nya??? Apakah "lanjutan tempuh" itu tidak mungkin terjadi atau di perkenankan Tuhan???? Memang benar Tuhan menghidupkan dan mematikan dengan kekuasaan Nya yang Maha Besar. Tetapi kita perlu lebih memahami keadaan ini supaya kita tidak salah sangka dengan apa yang berlaku. 

Kita hidup hanya dengan satu "nafas" sahaja yang di tukar ganti setiap berkala oleh bumi. Tetapi satu "nafas" kita hanya 8 saat sahaja sedang satu "nafas" yang Tuhan berikan semasa "ruh" itu di tiupkan berlanjutan sehingga ke akhir hayat. Jadi hubungan "ruh" dengan "jiwa" kita itu yang menentukan "jarak" kehidupan kita ini pada bumi. Jadi apakah "ajal" itu agak nya yang akan kita jumpa di satu ketika nanti. "Nafas" kita yang terakhir itu berada di hujung hayat semasa "nyawa" kita akan berpisah dengan jasad nya.  Perpisahan itu berlaku kerana "ruh" kita tidak lagi dapat atau mahu menuntut "lanjutan tempuh" dari "bumi" ini. "Lanjutan tempuh" ini mungkin di batalkan kerana "pinjaman masa" yang tertonggak dengan "masa penantian" yang perlu kita lalui di bumi ini dan alam barzakh nanti. Sebab yang "mati" hanya jasad tubuh dan "nyawa" hanya "masa" yang di gunakan oleh "ruh" kita semasa "jangka hayat" itu di bumi ini. Mungkin "identiti" diri kita yang telah kita reka bentuk itu sudah tiba masa nya untuk pergi ke satu lagi alam kehidupan yang lain di "masa penantian" yang lebih hebat. "Masa penantian" ini wajib kita lalui dengan "kesabaran" semasa hidup di bumi ini dahulu. "Lanjutan tempuh" yang di salurkan bumi perlu melalui jarak "masa penantian" yang di tetapkan.

"Masa penantian" ini adalah satu ruang yang perlu di lalui semasa kita sedar. Mungkin kita terlalu taksub dengan alam kenyataan ini sehingga kita abaikan alam "masa penantian" ini. Iblis dan syaitan juga mempunyai kepentingan di alam "masa penantian" ini sehinggakan mereka sanggup melabur dengan "pinjaman masa" untuk matlamat nya di alam ini. Sebab kita akan di pisahkan di antara "sijjin dan illiyin" di "masa penantian" ini sebelum hari perhitungan. Masih ada tugas yang boleh kita lakukan di situ semasa menunggu hari kebangkitan walaupun amal perbuatan kita tidak akan di hisab dengan dosa dan pahala lagi. Tetapi "ganjaran" daripada segala "ilmu" yang kita perolehi masih "aktif" di lanjutkan. Hidup di alam ini lebih hebat kerana tidak perlu tidur dan makan untuk bertugas.

Jadi apakah sebenar nya "mati" dan "ajal" ini????  "Lanjutan tempuh" yang di beri perlu seimbang dengan percaturan "masa penantian" yang tidak boleh di usik dengan "pinjaman masa". Konflik inilah yang sering bergolak di dalam jiwa kita di sebalik jasad tubuh itu. Apa yang kita isikan di dalam jasad tubuh kita itu dari sumber khazanah "bumi" perlu melalui sumber yang halal dan sah. "Lanjutan tempuh" yang di hulur "bumi" perlu di ukur dengan ketetapan "masa penantian" dari "jangka hayat" kita. Jika "masa penantian" itu di batalkan dengan "pinjaman masa" maka "bumi" akan bertindak untuk merampas kembali "hak" nya.  Banyak yang masih hidup tetapi jasad tubuh nya sudah mati dan menjadi bangkai. Mayat hidup atau "zombie" ini boleh kita lihat berkeliaran. Kita sebenarnya pernah "mati" di setiap hari semasa kita sedang tidur dan di ketika tertentu semasa masih sedar. Kita hidup apabila kesedaran "akal" kita masih aktif penuh tumpuan. Jika kita hilang "ingatan" ini, kita sebenarnya tidak wujud di situ lagi. Yang "khayal" dan "mabuk" tidak hidup di alam nyata ini walaupun jasad mereka berada di situ. Inilah "zombie" yang berkeliaran itu dan mereka yang memakai "topeng" muka kesana sini.   

Jangan lah kita salahkan Tuhan apabila berlaku sesuatu musibah yang menimpa. Kematian yang berlaku bukan kerana Tuhan yang bunuh dengan "ajal" yang di tetapkan. Tetapi ada "sebab dan musabab" yang melakukan semua itu dan "ruh" mereka itu sudah tahu dan bersedia untuk pergi ke tempat itu dengan sebab yang tertentu. Mungkin "jiwa" hawa "nafsu" yang berpaut di jasad tubuh masih ghairah untuk bertapak lagi di bumi ini, tetapi ingatan "iman" dan "ruh" nya mungkin mempunyai "pilihan" yang lain untuk berada di alam yang lebih kekal.  Itulah mengapa kita terpaksa sentiasa mengharapkan "belas kasihan" dan "kasih sayang" Tuhan. Kita hidup dan mati dengan "ehsan" Nya. Jika "nikmat" itu kita terlepas dalam sesaat pun, kita akan hilang "peluang" itu dalam sekelip mata. 

Tetapi jangan kita lupa bahawa Iblis dan syaitan juga telah di beri "izin" untuk melakukan bencana dan musibah hidup. Mereka juga mempunyai kepentingan untuk jadikan kita manusia "teman hidup" mereka. Ini di lakukan dengan memberi "pinjaman masa" yang kita ambil dengan cagaran "jiwa" untuk mereka gunakan sebagai habuan. Hawa "nafsu" kita akan di jadikan "qarin" sebagai kembar mereka. Adakah ini salah satu sebab "jasad tubuh" itu "mati" dengan "ajal" nya sehingga "ruh" itu merajuk meninggalkan pergi???  Mungkin kah perkampungan "sijjin dan illiyin" itu yang menjadi tuntutan oleh jiwa kita yang telah di tetapkan. Dimana pergi nya hawa "nafsu" itu dan di mana pergi nya ingatan "iman" itu setelah kita mati. Mereka akan terpisah di perkampungan ini semasa di alam barzakh nanti. 

"Mati" sebenar nya hanya pada jasad tubuh kita. Bukan "nyawa" atau "ruh" yang terhapus dan lenyap. Ini sangat perlu kita ketahui untuk memahami "jangka hayat" kita. Kita masih boleh bernyawa walaupun jasad tubuh kita sudah "mati" atau sebahagian dari nya. Inilah apa yang kami ceritakan dalam novel "Pontianak" kami. Jasad yang telah menjadi "bangkai" atau "mayat" telah hilang daya tarikan "graviti" nya sehingga jasad tubuh itu terlerai dan mereput. Itu lah mengapa "jin dan syaitan" yang mengunakan "mayat" ini di sumpah oleh "bumi" tidak boleh memijak "bumi" lagi. Jika sesiapa yang pernah ternampak "hantu", perhatikan "hantu" itu tidak akan memijak "bumi" dan hanya boleh melayang di pemukaan. 

Orang yang mencuri dan melakukan pengkhianatan kepada orang lain dengan mencari "jalan pintas" sebenarnya mengunakan "pinjaman masa" ini dari "jin dan syaitan" yang menaja perbuatan nya itu. Mereka akan sedaya upaya "mengaburi" mata kita supaya tidak "nampak" perbuatan mereka untuk melakukan jenayah itu. Mengapa kita tidak sedar sehingga boleh berlaku perkara itu???. Tetapi Tuhan Maha Melihat dan "nampak" semuanya itu tetapi tidak menghalang kejadian itu. Ada "hikmah" yang perlu kita ketahui. Sifat Maha PerlindungNya telah melindungi diri kita dari perkara yang lebih berat dan dahsyat. Jika kita di izinkan ternampak, mungkin nyawa kita pulak akan terancam jika berlaku tindak balas.

Orang yang mengunakan "sihir" juga mengunakan "pinjaman masa" ini untuk dapatkan "hasil" yang lebih cepat dan pantas. Apabila "masa" itu yang di ukur dengan "jarak" yang di tetapkan, "hasil" yang pantas dan cepat hanya boleh di hulurkan oleh "jin dan syaitan" sebab mereka mempunyai "jarak" masa yang lebih panjang dari kita manusia. Begitu juga "susuk" yang di pakai oleh mereka untuk dapatkan "tenaga" dan "khasiat" yang luar biasa. Cagaran yang perlu di bayar untuk dapatkan semua ini hanya dengan membayar dengan "jangka hayat" kita atau mengadai "jiwa" kita setelah kita mati nanti. Apabila "jiwa" kita ini sudah tergadai, maka "identiti" diri kita dari kembar "jiwa" kita itu akan di miliki "jin dan syaitan" sebagai "hak" milik kekal mereka.  Nikmat yang kita perolehi dari "pinjaman masa" ini akan menjadikan jasad tubuh kita seperti "bangkai" atau "mayat hidup" yang melata di atas muka bumi ini. "Bumi" akan menyumpah jasad tubuh ini seperti bangkai yang amat jijik. 

"Masa" ini telah di ukur dengan ketetapan nya. Putaran matahari, bulan dan bumi tidak boleh melebihi had nya walau sedetik pun. Jika tidak keharmonian hidup di bumi ini akan porak peranda. Akan berlaku bencana alam yang amat dahsyat jika putaran bulan dan bumi yang mengelilingi matahari tersasar walau sesaatpun. Ukuran "masa" yang di tadbir peredaran putaran bulan dan bumi pada matahari yang di kira 24 jam sehari tidak boleh di pendek atau di panjangkan selagi kita berada di bawah naungan "graviti" tarikan bumi. Melainkan jika kita ingin melepasi dengan kelajuan "cahaya atau suara" di ruang elektromagnetk maka "graviti" tarikan bumi itu akan berkurangan untuk panjangkan "masa" itu. Inilah sebenarnya apa yang di lakukan oleh mereka yang mengunakan "pinjaman masa" ini. Hanya "jin dan syaitan" sahaja yang boleh melintasi tarikan "graviti" dan "kosmologikal tetap" dengan kelajuan yang tertentu. Sebiji buah perlu tumbuh dengan "jarak" masa nya yang tertentu. Seorang "bayi" perlu melalui proses ketumbuhan yang normal. 

Selagi kita berjasad tubuh, selagi ini kita tertakluk kepada "graviti" tarikan bumi yang di ukur oleh "masa" yang di tetapkan. Mengambil "nikmat" dari jalan pintas mempunyai "risiko dan akibat" nya yang perlu di tangung. Tidak ada yang percuma apabila kita "meminjam" sesuatu dari tenaga kuasa asing. Itulah mengapa agama kita menjadikan "halal dan haram" untuk di patuhi. Jika jasad tubuh kita melakukan sesuatu yang "haram" dari yang di tetapkan, maka jasad tubuh mereka akan di penuhi anasir baka "jin dan syaitan" untuk melabur segala penyakit dan kuman maksiat. Baka "nasab" yang di lahirkan dari benih "pinjaman masa" ini akan menyimpan "benih" kuman dan penyakit yang tidak normal. Mahukah kita baka "nasab" kita di lahirkan dengan tidak normal seperti mana amalan kita yang tidak norma itu. Tuhan tidak pernah mengkhianati hamba Nya melainkan setimpal dengan apa yang mereka pernah lakukan sendiri.

Bukan kah "ilmu" ketuhanan memerlukan "kesabaran" dari segala sudut. Keimanan kita sangat bergantung kepada "kesabaran" ini. Sebab Tuhan telah menetapkan "masa" untuk kita semua lalui. Jika kita hendak "cepat" untuk mendapatkan "nikmat" itu maka "jangka hayat" kita juga akan di "cepatkan" untuk merasa azab dan sengsara. "Pilih" lah apa yang kita mahu. Jika kita inginkan "nikmat" itu dengan segera, maka bersedialah menerima "azab" itu juga dengan segera. Tetapi "kesabaran" ini sebenarnya sesuatu yang menghapuskan "azab" sengsara itu apabila "nikmat" itu di capai cukup pada syarat "masa" nya. Bukan kah orang yang ingin "berjaya" perlu melalui ranjau kesusahan dahulu. Kita perlu pergi belajar "ilmu" itu bertahun lama nya untuk dapatkan "ijazah" agar boleh di anggap sebagai "pakar" di dalam bidang tertentu. Tetapi "jalan pintas" ini tidak pernah nya sesuatu yang "sah" tetapi satu penipuan yang nyata. 


Apabila "kudrat dan iradat" itu di serahkan kepada setiap manusia sebagai "amanah", kita boleh melakukan apa saja untuk memenuhi "jangka hayat" kita. Tetapi "kudrat dan iradat" ini masih tertakluk kepada kuasa "sebab dan musabab" yang telah di tetapkan dimana "graviti" dan ruang "elektromagnetik" menjadi penjana segala "tenaga" yang boleh di capai oleh jasad tubuh kita di laluan "masa" dengan kelajuan yang di tetapkan. Kuasa "sebab dan musabab" ini tertakluk kepada segala "risiko dan akibat" jika kita cuba abaikan kekuasaan nya. "Risiko dan akibat" ini bukan "musibah" yang di cipta Tuhan tetapi manusia itu sendiri. Kita tidak boleh persalahkan Tuhan jika "musibah" itu menimpa diri kita apabila kita sendiri yang abaikan "risiko dan akibat" dari kuasa "sebab dan musabab" ini. Ini yang banyak menjadi "kekeliruan" di kalangan kita yang mengatakan itu "jodoh" atau "ajal" yang di tentukan Tuhan. Tuhan hanya memberi "kuasa" kepada kita dan juga "alam" ini menjalankan tugas masing masing. Itulah mengapa kita di suruh "berdoa" kepada Nya untuk dapatkan perlindungan dengan "ilmu" pengetahuan untuk menghindari ancaman itu. "Ilmu" ini sebenar nya ingatan "iman" kita untuk mencari jalan yang lebih selamat dengan "doa" dan harapan di lindungi dari ancaman segala mara bahaya. Di sinilah Tuhan itu perlu kita kuat kuasakan dengan memohon "kuasa" mutlakNya.  

Jadi jika kita abaikan "risiko dan akibat" dari kuasa "sebab dan musabab" itu, maka jangan salahkan Tuhan tetapi salahkan diri kita sendiri. Jika ada yang "mati" di langgar kenderaan yang di pandu orang lain dengan kecuaian nya, mengapa Tuhan yang di katakan membunuh orang yang bertemu "ajal" nya itu??? Bukan kah dia telah membunuh diri nya sendiri dengan mengambil "risiko dan akibat" itu. Jika "risiko dan akibat" itu berada di mana saja, kita sangat memerlukan belas kasihan Tuhan untuk dapatkan "lanjutan tempuh" pada "jangka hayat" kita. "Ajal" akan berlaku dengan ancaman "risiko dan akibat" jika kita tidak dapatkan "lanjutan tempuh" itu. Di sinilah "doa" kita kepada Tuhan itu di perlukan untuk dapatkan "jangka hayat" yang sah dan halal. "Jangka hayat" yang sah dan halal ini memberi kita "hak" untuk hidup dengan penuh di hormati oleh "bumi" yang kita pijak ini. "Doa" ini sepatut nya kita minta di setiap kali kita masuk tidur. Jika kita bangun dan hidup lagi di pagi esok, hari yang akan kita lalui itu adalah "lanjutan tempuh" yang sah dan halal.            
Tetapi kebanyakan kita mengharapkan "pinjaman masa" ini dari selain Tuhan. Kita bergantung terus kepada "alat dan perkakas" yang manusia itu cipta sendiri. Kita bergantung teguh kepada "kuasa" sebab dan musabab" yang ada "risiko dan akibat" nya. Apabila Tuhan itu di nafikan, maka kita terpaksa menempuh "risiko dan akibat" itu tanpa perlindungan Nya. Tahap keupayaan kita masih terhad walaupun kita mempunyai kecekapan. Sebab "kecekapan" hanya dapat memberi tahap ketetapan yang 70% peratus sahaja. 30% itu masih di bawah jajahan kuasa "peluang" dan "nasib" yang di tadbir kuasa mutlak Allah swt. Kita tidak boleh menafikan peranan Tuhan walau di manapun. Kuasa kebolehan dan kecekapan kita tidak mutlak dan masih bergantung kepada "peluang" dan "nasib" untuk sempurnakan setiap urusan. Inilah yang kita manusia tidak sedar. Perhatikan lah segala urusan hidup kita itu. Masih ada kuasa "peluang" dan "nasib" yang sangat kita harapkan. Inilah "doa" yang kita minta agar Tuhan perkenankan di setiap urusan hidup kita, walaupun kita tidak pernah menyebut namaNya untuk dapatkan hasilnya. Perkara ini masih tersembunyi di celah kealpaan kita.

"Pinjaman masa" ini yang kita ambil dari selain Tuhan akan membawa bencana kepada jasad tubuh kita. Hidup yang kita lalui di hari yang di penuhi "pinjaman masa" ini akan mendatangkan kerosakan di kemudian hari nanti. Cubalah kita perhatikan betapa banyak yang menaruh "nasib" kepada perjudian yang haram itu. Masa depan mereka di "tempah" dengan sesuatu nikmat yang hanya memberi seteguk kelegaan untuk lepaskan sesak. Hari kekalahan lebih banyak mereka lalui dengan kehampaan dari hari gembira kemenangan. Setiap hari "angan angan" itu di jadikan buai untuk mereka bermimpi. Iblis akan hulurkan kemenangan itu untuk seketika demi untuk "buktikan" kekuasaan nya yang palsu itu. Wang kemenangan judi itu di belikan kenderaan motosikal atau kereta untuk menempah "maut" di jalanan. "Risiko dan akibat" yang mereka ambil terlalu berat untuk di selamatkan. "Peluang dan "nasib" yang di hulurkan Iblis ini adalah "pinjaman masa" untuk merasa nikmat yang berakhir dengan kecelakaan. Mengapa kita selalu menafikan "hak" Tuhan yang masih tersembunyi itu. Kita merebut kuasa "pinjaman masa" ini dari jin dan syaitan yang mempunyai kepentingan. Tetapi Tuhan tidak pernah mengharapkan balasan. Kita hanya perlu iktiraf kewujudan Tuhan dan meminta hanya kepada Nya.  

"Lanjutan tempoh" perlu di perolehi dari sumber yang menyalurkan "had" masa itu.  "Bumi" ini selalu memberi kita manusia "lanjutan tempuh" ini dengan bahan kimia perubatan yang di hasilkan. Kita boleh pergi mencari "ubat" untuk jadikan penawar pada kesakitan kita di atas muka bumi ini kerana kita "berhak" untuk mendapatkan nya. Ini kerana kita di jadikan daripada "tanah" di bumi ini. Udara oksigen yang di salurkan oleh "bumi" memberi kita peluang untuk bernafas dengan penuh kesegaran. "Lanjutan tempuh" ini perlu di lalui dengan had "masa penantian" yang di ukur oleh masa. Jika ada kompromi di dalam "masa penantian" ini dengan "pinjaman masa", maka  "lanjutan tempuh" itu akan susut nilai.

"Lanjutan tempuh" yang di hulurkan "bumi" ini dengan bahan kesihatan adalah ciptaan Tuhan untuk manusia sejagat. Jika kita mahu kesihatan itu berlanjutan, kesabaran menunggu di "masa penantian" untuk proses kemulihan perlu di lalui. Sebab di setiap detik "masa penantian" itu ada hikmah nya. Di situ lah Tuhan menunggu memberi perhatian kepada kita. Setiap zarah dan atom yang bergerak begitu teliti mengatur langkah untuk berikan kesejahteraan kepada kita. Pencemaran kuman dan virus bakteria penyakit yang di tabur jin dan syaitan tersebar luas di udara yang kita hidu. Bumi ini akan berjasa kepada jasad tubuh manusia selagi kita taat dan tekun menunggu proses pemulihan nya. Inilah tugas "bumi" selagi manusia itu tetap dengan kesabaran nya.

Tetapi hawa "nafsu" manusia itu selalu nya tergesa gesa tanpa sedikitpun daya usaha. Mereka lebih cenderung mencari "jalan pintas" untuk dapatkan hasil yang secepat mungkin. Jika "jarak" masa itu akan di "anjak" untuk mengejar kejayaan tanpa daya usaha yang mengikut prosedur ketetapan alam semesta, maka "bumi" ini akan merampas kembali "hak" nya supaya jasad tubuh itu kehilangan keupayaan nya. Hasil yang di capai dari sumber yang tidak melalui "masa penantian" ini adalah "pinjaman masa" yang di hulurkan anasir jin dan syaitan. Apabila "hukum hudud" alam semesta ini di langar dengan bantuan jin dan syaitan, jasad tubuh manusia itu akan hilang martabat kemanusian nya.

Setiap manusia perlu di latih di dalam program "masa penantian" ini semasa hidup nya. Sebab setelah kita mati bertemu "ajal" nanti, kita akan melalui "masa penantian" ini untuk menunggu hari kebangkitan. Inilah "kehidupan" yang paling penting untuk kita lalui. Inilah "alam" di mana 'jin dan syaitan" akan mengumpul dan "rekrut" segala bala tentera nya untuk memerangi manusia.  Apabila "dosa dan pahala" itu sudah di tutup talian nya, setiap "jiwa" yang telah mati hanya mengharapkan "ilmu" mereka sahaja untuk dapatkan ganjaran. Sebab ganjaran dari "ilmu" ini tidak akan terputus selama lama nya. Doa benih baka "nasab" kita yang shahih dari segala "kesabaran" semasa hidup dahulu dapat memberi manfaat kepada kita. Sebab "doa" mereka ini bukan "menadah tangan" dan memohon keampunan sahaja, setiap amal perbuatan "nasab" kita yang baik akan di jadikan "senjata" kesejahteraan kita. Golongan yang "membuat" masalah akan di kumpulkan di perkampungan "sijjin" dan golongan yang "menyelesaikan" masalah akan di kumpulkan di perkampungan "illiyin". Akan berlaku satu pergolakan di bumi nanti di mana kaum Ya'jud dan Ma'jud" akan bertempur untuk musnahkan keagungan Islam dan kedatangan Iman Mahdi dan turunnya Nabi Isa as.

Adalah teramat penting sekali benih baka "nasab" kita tidak di cemari oleh virus kuman anasir jin dan syaitan ini. Kita perlu pertahankan benih baka "Rasulullah" yang ada pada deoxyribonucleic acid kita. Sebab Umat Muhammad perlu bangkit nanti untuk peperangan yang paling hebat untuk kibarkan panji panji Islam. Bagaimana mungkin kita dapat mempertahankan Islam jika kita sendiri mengkhianati nya. Jasad tubuh kita penuh dengan daki dosa dan benih baka kita tercemar dengan virus kuman segala penyakit. Inilah apa yang Iblis akan terapkan di dalam setiap jasad anak cucu Adam. Tanpa benih baka "Rasulullah", "jiwa" kita akan tergadai dengan "pinjaman masa" itu. Kita sangat memerlukan "Pedang Zulfiqar" itu di "masa penantian" sebelum hari kebangkitan. Apakah kita hanya akan berpeluk tubuh di "alam barzakh" apabila darah orang Islam mengalir di atas muka bumi ini???? Dapatkan "Pedang Zulfiqar" itu sebelum kita mati bertemu "ajal" nya. 

 Edit 2.7.14

Alam ghaib di mana jin dan syaitan ini menetap tidak jauh dari alam kita. Jika kita tahu tentang rahsia simetri dan konservasi (symmetry of conservation) apa saja yang terbentuk di gambarkan oleh simetri luaran nya. Dunia mereka berada di simetri itu yang membentuk segala objek yang dapat di lihat oleh mata kasar kita. Elektromagnetik spektrum ruang atmosphera ini mempunyai kekisi cahaya yang berwarna warni. Jika kita lihat pelangi yang mengimbasi haba radio aktif jalur lebar itu, dunia mereka berada di cahaya yang paling hujung itu. Dunia mereka sebenar nya yang membentuk segala objek yang dapat di lihat di alam realiti kita ini. Jadi mereka boleh "wujud" dan "hilang" kan apa saja jika cahaya elektromagnetik spektrum visual penglihatan kita di ubah. Itulah mengapa mereka boleh muncul dan ghaib dalam sekelip mata. 

Itulah bagaimana "sihir" dan "ilmu hitam" di laksanakan untuk berlaku di alam realiti kita. Kajian sains kerohanian ini memerlukan banyak "ilmu" pengetahuan untuk menjejaki dan mengesan kehadiran mereka. Kita perlu mempunyai cahaya imbasan yang kuat untuk melihat alam mereka. Bagaimana mungkin kita dapat bertempur dengan mereka jika kita masih kurang upaya untuk melihat mereka. Jasad tubuh kita selalu di jilat oleh lidah "api" mereka. Apabila mereka di jadikan dari "api" yang menyala, mereka memerlukan tempat yang dingin dan gelap untuk menginap dan bersembunyi. Mereka menyorok di simetri untuk tunjukan alam realiti ini supaya kita tidak nampak mereka dengan nyata. Asap dan kabus adalah tempat mereka bernafas apabila "api" itu di nyalakan. Hanya bauan dan bunyian saja yang dapat memberi kita petunjuk di mana mereka bergerak di dalam tiupan angin itu.

Alam realiti yang kita nampak ini adalah sebahagian dari dunia mereka. Itulah mengapa mereka menjadi "penunggu" di sesuatu tempat dan kawasan kerana ruang itu di wujudkan oleh kehadiran mereka sebagai satu objek yang kita nampak. Jadi tidak mustahil bagi mereka untuk gelapkan pandangan mata kasar kita. Graviti dan kosmolojikal tetap adalah tempat mereka berkampung. Keghaiban mereka lah yang menunjukan kenyataan realiti ini. Jika tidak kerana "bumi" ini yang memegang "amanah" untuk menjaga kita, sudah lama kita pupus di telan ancaman mereka. "Tanah" di bumi yang jasad kita itu di jadikan sangat besar martabat nya bagi kita. Tetapi apabila "nyawa" itu akan di pisahkan nanti, kita akan hilang daya kekuatan yang selama ini kita harapkan. Melainkan jika kita sudah cukup perisian mengubah "jisim" jasad kita itu  menjadi "tenaga" cahaya "nur" sebagai "identiti" kita yang mutlak.  

Perjalanan hidup kita akan bermula dari A------------------------------Z. Bekal yang di angkut di dalam perjalanan hidup ini, hanya 50% kesenangan dan 50% kesusahan yang sudah di sukat dengan timbangan keadilan. Jika kita belanjakan 10% dari modal kesusahan, maka 10% itu akan meningkat di nilai kesenangan atau sebaliknya. Di "kanan" jalan itu ada perhiasan nikmat yang boleh kita capai dengan daya usaha kita sendiri. Di "kiri" jalan itu ada jalan pintas untuk merampas nikmat itu dengan cepat dan segera. Jarak perjalanan di antara A sampai Z hanya satu "nafas" yang perlu di tukar berulang kali dengan "pilihan" kita sendiri. Jadi jika kita hidup satu hari atau satu ratus tahun, modal "nafas" kita hanya senafas sahaja untuk di tukar ganti setiap berkala.

Dari awal mula kelahiran A itu, kita menempuh sajian "takdir dan nasib" yang tidak pasti arah tujuan nya sehingga kita menimba kebolehan dan keupayaan untuk mengorak langkah destinasi kita sendiri.  Semakin tebal kebolehan dan keupayaan kita, semakin pasti hasil pencapaian menuju matlamat nya. Begitu juga lah setiap orang yang cuba mengacu anak panah kearah sesuatu sasaran. Semakin mahir kebolehan kita, semakin tepat kena sasaran kita. Jika tidak, anak panah itu hanya mengikut arahan "sebab dan musabab" sahaja yang di taja "takdir dan nasib". Tanpa daya usaha dan keupayaan itu, kita hanya bergantung kepada "takdir dan nasib" sahaja.

Jadi "kemahiran" dan keupayaan" ini adalah "kefahaman" yang terlatih dari segala uji dan kaji. (trial and error) yang telah di lalui dengan jarak masa yang tertentu. Itulah "masa penantian" yang perlu di lalui untuk dapatkan kepastian yang tepat. Tapi jika kita ambil jalan pintas yang cepat dan segera tanpa melalui "masa penantian" ini dengan "kesabaran", kita sebenar nya mengadai "jangka hayat" nikmat yang kekal itu untuk jadi sementara dengan "pinjaman masa". Sebab susah dan senang itu sudah di ukur dengan timbangan yang adil. Perkara ini tidak banyak yang memahami. Jika lebih lama kita menanggung derita dengan kesabaran, semakin banyak nikmat yang akan kita perolehi dengan kebahagiaan. 

Itulah mengapa kita perlu insaf jika kita terima kegembiraan. Sebab kita tidak boleh terlalu gembira dan juga tidak boleh terlalu sedih. Kerana imbangan ini sepatut nya di terapkan dengan ketenangan yang tidak berombak atau beralun. Kita perlu letak diri kita ini ke satu tahap yang "tenang" walaupun susah dan senang supaya musibah dan nikmat itu bergaul menjadi satu "hikmah" yang kekal. Apabila kita terima kesusahan kita perlu ingat pada kesenangan yang akan datang, jika kita terima kesenangan kita perlu ingat pada kesusahan yang akan muncul selepas itu. Tetapi bila kita sentiasa "tenang" semasa susah dan senang maka ujian itu tidak lagi berkesan terhadap diri kita.

Sebab "ujian" ini berlaku bukan kerana Tuhan ingin tahu, tetapi kerana kuasa "kesabaran" yang telah di tetapkan pada ujian itu. Jika kita dapat membawa diri kita ketahap "ketenangan" itu, maka ujian itu akan terbatal kerana tidak ada apa yang hendak di ukur. 

Edit 6.12.14

Apabila kita memperkatakan soal "pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh", ini akan merujuk kepada "jangka hayat" kita yang sudah di tentukan "jarak" dan "kelajuan" nya mengikut ukuran "masa" yang di tetapkan. Kita hidup ini di dalam alam yang sudah ada ukuran "masa" nya dengan ketetapan 365 hari, 12 bulan, 24 jam sehari untuk mendapat "rezeki", "susah" "senang" dan "ajal" nya. Semua ini sudah di ukur dan di timbang mengikut "hukum hudud" yang di tetapkan "takdir dan nasib" pada kuasa "sebab dan musabab" nya. Jika nikmat itu kita rampas dengan "pinjaman masa" maka ini dengan secara sengaja akan kurangkan "lanjutan tempuh" itu. Sebab itu hari semalam akan hasilkan hari ini dan hari ini akan hasilkan hari esok. "Tempahan" yang kita buat dengan daya usaha kita adalah satu "doa" permintaan yang akan di tentukan "nasib" dari "takdir" yang di tetapkan. Itulah mengapa jasad tubuh kita perlu "tidur" atau "mati" seketika untuk dapatkan "lanjutan tempuh" itu. Maka "bangun" atau "hidup" itu satu "lanjutan tempuh" yang di beri pada "nasib" yang di hulurkan "takdir". Susut nilai ini satu ketetapan pada "jangka hayat" kita sebelum "ajal" nya dan akan berlaku dengan "pinjaman masa" jika di gunakan melebihi "jarak" nya.

Kita hanya di beri kebebasan "lepas bebas" (free will) itu untuk buat "pilihan" dan cari "peluang" yang ada di antara "takdir" dan "nasib" itu dengan "pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh" di dalam "jangka hayat" kita. Sebab hawa "nafsu" kita ini akan selalu tergesa gesa untuk dapatkan nikmat itu sedangkan "masa penantian" itu perlu di lalui dengan "kesabaran" pada "jodoh pertemuan" nya. "Jodoh pertemuan" yang di tentukan "nasib" adalah dari apa yang di tetapkan "takdir" untuk berlaku pada "jarak" yang kita tentukan. Apabila "rezeki" itu berada di dalam timbangan "susah dan senang", kita di beri kebebasan untuk buat "pilihan" itu dengan "pinjaman masa" atau "lanjutan tempuh" di dalam "jangka hayat" itu. "Lanjutan tempuh" adalah sesuatu yang "halal" dan sah di gunakan dengan "jarak" pada "kesabaran" nya. Jika "rezeki" itu di "tempah" dengan "kesabaran" pada "susah" nya maka "senang" itu adalah "lanjutan tempuh" yang sah untuk di nikmati dengan "rahmat" dan keberkatan.

Maka "jodoh pertemuan" ini adalah sesuatu "ilmu" yang perlu kita perhatikan dengan penuh "ketaakulan" dan "keimanan" pada kuasa Allah swt. Kita tidak boleh "mendahului" Tuhan dalam segala urusan hidup kita. Apabila kita "mendahului" Tuhan yang menentukan "nikmat" dan "rahmat" nya, kita akan terlepas di bawah naungan Maha Mengetahui yang menjaga urusan setiap makhluk nya. Itulah mengapa Islam itu "menyerah diri" apabila kita serahkan urusan itu kepada keputusan Tuhan dan menerima ketentuan nya dengan penuh rela dan keikhlasan. "Doa" kita adalah daya usaha kita dan "hasil" nya adalah keputusan Tuhan. Tetapi jika kita buat keputusan untuk "mendahului" Tuhan dan tidak mahu "menyerah diri" kepada naungan Nya, kita akan mengunakan "pinjaman masa" itu dan menanggung segala risiko dan akibat sebagai balasan keingkaran kita. "Pinjaman masa" ini di hulurkan "jin dan syaitan" yang mempunyai "jangka hayat" yang lebih panjang.

Sifat "mendahului" Tuhan ini sangat berleluasa di kalangan manusia ini. Kita seolah sudah pandai untuk menentukan "nasib' kita dengan sendiri nya walaupun kita tidak mempunyai "ilmu" untuk pastikan realiti kebaikan nya. Apabila kita tidak merujuk kepada Tuhan sebagai "menyerah diri", kita akan "berjudi" dengan "nasib" mengunakan "pinjaman masa" yang di gadai dengan cagaran "jangka hayat" kita untuk buat "tempahan" sesuatu nikmat yang belum tentu pasti. Kita akan merampas kesenangan dan hidup dengan "pinjaman masa" pada nikmat yang di beri syaitan. Kesenangan kita datang dari kesusahan orang lain sebab syaitan tidak mempunyai harta kekayaan melainkan hanya Tuhan. Jadi "jodoh pertemuan" yang di restui Tuhan mempunyai mutu kualiti yang panjang dan bukan sementara. Mutu "lanjutan tempuh" yang berpanjangan ini perlu di lalui dengan "kesabaran" di "masa penantian" yang sudah di uji oleh Tuhan tahap "keimanan" nya.  Sebab Tuhan akan sentiasa jadikan "masalah" itu dalam hidup kita dan Dia juga yang akan menyelesaikan nya. Kita hanya menanggung "suka dan duka" dan belajar dari "ilmu" yang di sampaikan Tuhan. Kita selalu membantah keputusan Tuhan setelah Dia beri keizinan untuk sesuatu itu berlaku. Apabila kita cuba mengubah keputusan Tuhan itu, maka akan berlaku keadaan yang terdesak untuk kita buat "pinjaman masa" itu.

Kita masih mencari jalan yang benar yang di katakan "siratalmustaqim" itu. Apakah langkah pertama yang kita langkahkan itu, "Bismillah" nama langkah nya, dan langkah selepas itu kita langkahkan "Alhamdulullah" nama langkah nya. Maka adakah itu langkah Allah yang kita langkahkan??? Pernahkah kita beri salam kepada "langit" dan pernahkah kita beri salam kepada "bumi"??? Kita masih tidak sedar diri bahawa kita berjalan di suasana alam yang penuh dengan dugaan Tuhan. Mungkin kami akan di katakan sesat bila kami tunjukkan sesuatu yang di sembunyikan kitab yang tersurat. Tapi apa yang tersirat bukan rahsia yang sulit untuk di ceritakan sebagai pendapat. Kami lebih rela berada di dalam kesesatan ini dari berada di kemungkaran yang lebih nyata. Bukan nama dan martabat yang kami kejar untuk di sanjung dan di puji. Ilmu ketuhanan ini amat luas tidak berpenghujung. Jadi biarkan lah kami menikmati keindahan "rahmat" Tuhan yang penuh di sekeliling bumi. Nabi Muhammad akan tetap jadi junjungan kami walaupun kami mungkin tersingkir dari jemaah umum yang cuba menyamar sebagai kekasih Allah itu. Selagi jasad ini masih bernafas, "nafas" itu akan kami habiskan untuk memuji keajaiban Tuhan. 

Apabila Tuhan memberi setiap hamba nya "rezeki" sekadar keperluan mereka, mereka ambil melebihi keperluan dengan "pinjaman masa" ini untuk mendapatkan kesenangan dan kemegahan. Mereka bebankan diri mereka sendiri dengan sesuatu yang tidak termampu untuk di pikul. Kekayaan mereka datang dari kemiskinan orang lain. Jika kesenangan ini mereka nikmati di dunia ini, maka di akhirat nanti mereka akan menjadi papa yang meminta sedekah. Jika mereka tidak pernah bersedekah dengan kekayaan itu, maka penderitaan yang pasti itu satu seksaan yang sangat pedih untuk di rasai di ruang yang sangat panas. Apabila kita meminjam di bumi ini untuk kesenangan, maka "lanjutan tempuh" untuk kesusahan itu akan di ukur dengan "jarak" kesenangan di bumi ini. Bukan kah di akhirat nanti ada hari "penantian" untuk menunggu hari kebangkitan yang di katakan hari perhitungan. Setiap "jiwa" yang telah mati ini akan berkampung di satu kawasan untuk menunggu hari kebangkitan. Jika kesenangan yang di nikmati di dunia ini satu "pinjaman masa" maka "penantian" di hari kebangkitan adalah satu seksaan yang sangat menderita. 

Tetapi jika di dunia ini kita gembirakan orang yang kesusahan, setiap kesusahan yang terpadam oleh perbuatan kita akan menjadi cahaya "nur" yang menghiburkan kita di kegelapan yang gelita itu. Inilah "ilmu" yang tidak akan terpadam dan terus bersinar untuk menerangi suasana alam yang sangat gelap. Itulah kita semasa kita masih zarah "partikel" lagi sebelum "wujud" di realiti ini. Cahaya "nur" itu lah yang akan pamirkan keindahan syurga yang bakal kita jadi tetamu di dalam nya. Carilah Muhammadarasulullah sebelum terlambat. 

Jika kita semak urusan "doa" yang kita minta setiap waktu, disitu akan ada kisah "keperluan" dan "kepuasan" yang di tuntut. Adalah menjadi tanggung jawab Tuhan untuk sempurnakan "keperluan" setiap hamba nya tetapi bukan untuk sempurnakan "kepuasan" mereka. "Kepuasan" yang di nikmati ini adalah satu "pinjaman" yang di ambil dengan satu tonggakan yang perlu di bayar dengan "kesyukuran" dan "sedekah" zakat fitrah. Jika "tonggakan" itu tidak di tebus dengan "kesyukuran" yang di tempah dengan "sedekah" zakat fitrah, "kepuasan" yang di nikmati melebihi "keperluan" akan menjadi "pinjaman masa" yang tertonggak dari "penjamin" jin dan syaitan. Perkampungan "sijjin" ini adalah kawasan untuk di jadikan tempat penghuni yang telah gadai "jiwa" mereka dengan cagaran "pinjaman masa" itu. 

Apabila tanggung jawab Tuhan adalah untuk sempurnakan "keperluan"kita, akan jadi tanggung jawab kita untuk sempurnakan "kepuasan" Tuhan. "Keperluan" adalah milik kita dan "kepuasan" itu milik Tuhan. Apakah kita menyangka bahawa Tuhan itu tidak mempunyai "hak" untuk di sempurnakan setelah kita di jadikan untuk hidup dan di beri segala gala nya dengan percuma??? Apabila Tuhan sudah tunaikan janji untuk sempurnakan "keperluan" kita mengapa kita masih tidak sempurnakan "kepuasan" yang di nantikan Tuhan. Tuhan sanggup beri kita segala "keperluan" kesenangan hidup dengan nilai harga yang sangat tinggi tetapi sedikit pun kita tidak pernah beri "kepuasan" kepada Tuhan yang sangat murah dan mudah kita lakukan dengan "kesyukuran" kita. Apakah "kesyukuran" yang kita berikan itu bernilai terlalu mahal sehingga boleh papa kedanakan kehidupan kita????

Apabila kita rampas "kepuasan" yang di miliki Tuhan itu, kita akan tersesat dengan "pinjaman masa" kerana hawa "nafsu" kita itu buta dan tidak akan pernah merasa puas. Sebagai hamba yang di jadikan Tuhan, kita hanya mampu memiliki "keperluan" yang selalu mengharapkan belas kasihan. "Kepuasan" itu milik Maha Pencipta dan Maha Berkuasa yang mempunyai Kebesaran yang Maha Tinggi. Kita hanya mampu terima "keperluan" tetapi tidak akan mampu memikul "kepuasan" yang sangat berat. Hanya Tuhan sahaja yang mempunyai kekuatan untuk merasai "kepuasan" ini. Jin dan syaitan akan niaga kan "kepuasan" ini supaya di beli oleh umat manusia. Apabila mereka sedang lapar, mereka akan di suruh makan sekenyang kenyang nya, apabila mereka haus, mereka akan di suruh minum sepuas puas nya. Namun setelah itu mereka termuntah dan terberak dan lapar dan haus kembali. Apa kejadah semua ini!!!!! Sedangkan "keperluan" itu hanya sekadar cukup untuk hilangkan kelaparan  tetapi bukan untuk besarkan tembolok sehingga badan terlalu berat untuk di angkat bawa berjalan. Kekayaan yang di miliki terlalu banyak sehingga mereka terpaksa bersembunyi seperti penjenayah yang akan di berkas dan rumah tangga seperti penjara yang di kawal ketat. Tetapi makanan yang di suap ke dalam mulut untuk "keperluan" masih tetap sepinggan sama seperti seorang miskin yang makan di tepi jalan. 

Mengapa kah "kesusahan" itu satu kesakitan yang akan di minta berakhir dengan secepat nya dan kesenangan itu satu kelazatan yang mahu di nikmati sepanjang masa tanpa henti. "Kesakitan" dan "kelazatan" ini hanya "perasaan" yang di terima hawa "nafsu" yang buta itu. Apakah tidak perlu di timbang dan di ukur "jarak" keupayaan ini supaya seimbang dengan keadilan??? Maka Tuhan akan letakkan "keinsafan" pada "kesusahan" itu dan "kesyukuran" pada "kesenangan" itu. Sesiapa yang melampaui batas akan terima balasan nya kerana "kepuasan" itu milik AKU. Bukan kah ibadah "puasa" yang kita lakukan itu untuk Allah swt????

Edit 12.12.14

Manusia terlalu banyak buat "pinjaman" semasa hidup di dunia ini. Kita telah buat "pinjaman" untuk dapatkan "nikmat" kesenangan dan hilangkan "beban" kesusahan di dalam banyak perkara. "Rezeki" yang di sebut Tuhan bukan dengan erti kata "wang ringgit" yang kita gunakan sebagai nilai harga sesuatu keperluan. Mendapat "rezeki" ini dari Tuhan perlu melalui daya usaha yang kita lakukan sendiri. "Keperluan" adalah "rezeki" yang halal untuk kita cari di mana saja tetapi melebihi "keperluan" ini adalah satu "pinjaman" yang perlu di bayar balik dan "haram" di simpan atau di bazirkan jika tidak ada "keperluan" itu. Jika kita ada banyak kelebihan, maka kita wajib beri bantuan kepada mereka yang sangat "keperluan" itu. "Pinjaman" ini kita lakukan untuk Allah swt yang telah memberi kelebihan kepada kita itu. Maka apabila Tuhan ada memberi "kelebihan" pada makhluk Nya sudah tentu akan ada yang "kekurangan" dan perlu berusaha sendiri sebagai "ujian" untuk setiap makhluk Nya membuktikan "kesabaran" dan "kesyukuran" mereka.

Apabila kita di jadikan dengan "keperluan" untuk hidup, Tuhan telah pastikan ada "rezeki" yang sudah di peruntukan untuk setiap makhluk Nya. Maka "usaha" untuk dapatkan "rezeki" itu akan termasuk di dalam "ujian" yang perlu di buktikan dengan "kesabaran" dan "kesyukuran" itu. "Usaha" ini akan di serahkan kepada "pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh" yang manusia itu gunakan pada "jangka hayat" yang mereka lalui di setiap "masa" itu. Kerana segala "rezeki" itu akan di terjemahkan dengan nikmat "kesenangan" dan azab "kesusahan" yang kita alami. Kita boleh "pinjam" nikmat "kesenangan" itu sekarang tetapi perlu membayar balik dengan azab "kesusahan" itu kemudian. Jadi "masa" adalah "wang ringgit" yang kita gunakan untuk buat "pinjaman" atau dapatkan "lanjutan tempuh" pada detik "masa" yang kita lalui. "Jangka hayat" kita adalah satu "tempuh" yang boleh kita "pinjam" dan minta "lanjutan" di dalam "masa" itu.

Rahsia "pinjaman masa" ini boleh kita gadaikan dengan cagaran kepada "makhluk" yang mempunyai "jangka hayat" yang lebih panjang. Ini bukan sesuatu yang "kurafat" untuk di persendakan. Jasad tubuh kita mempunyai "tamat tempuh" yang boleh kita "lanjutkan" dengan "pinjaman masa" jika ada "keperluan" untuk tujuan tertentu. Maka "ajal" ini bukan urusan sesiapa untuk menentukan dan hanya Tuhan sahaja mempunyai kuasa untuk tetapkan dan beri keizinan. Jika Tuhan memberi "keizinan" tidak ada sesiapa boleh menafikan nya. Jadi urusan "hidup dan mati" ini bergantung kepada "doa" permintaan dan keputusan Tuhan. Kita  boleh berusaha untuk dapatkan "lanjutan tempuh" itu dengan "doa" permintaan dan "pinjaman masa" dari bahan "tenaga" yang ada di sekeliling kita. Yang sakit boleh cari ubat penawar. Yang lemah boleh cari ubat kekuatan. Yang bodoh boleh pergi belajar dapatkan kepandaian. Yang hodoh boleh buat kecantikan. Tetapi yang sihat boleh di sakitkan. Yang kuat boleh di lemahkan. Yang pandai boleh di bodohkan. Yang cantik boleh di hodohkan. Jadi kita telah di beri "kebebasan" untuk buat "pilihan" dan cari "peluang" itu.

Urusan "alchemy" ini di antara yang "nyata" dan yang "ghaib" dan jasmani dan rohani ini mempunyai ramuan kimia di antara "adrenalin" hawa "nafsu" dan "dopamine" ingatan "iman" yang perlu di sukat dengan percaturan yang secukupnya. "Naluri" hawa "nafsu" dan "nurani" ingatan "iman" mempunyai fungsi yang berbeza. Jasad tubuh atau jasmani boleh bertindak dengan "adrenalin" hawa "nafsu" tanpa sebarang "niat" atau (involuntary) dengan "naluri" asas nya. Tetapi "dopamine" ingatan "iman" akan bertindak dengan "niat" (voluntary) yang di paut kepercayaan nya. Setiap kepercayaan ingatan "iman" perlu mempunyai "berat muatan" atau "substance" yang di ukur graviti tarikan bumi hawa "nafsu" nya. Jasad tubuh kita tumbuh dengan kuasa "naluri" untuk di terima tanpa sebarang kuasa untuk menolak dan setiap ubah suai itu perlu di lakukan dengan "nurani" nya. "Lanjutan tempuh" jasad tubuh itu satu habuan untuk di terima secara percuma dan "pinjaman masa" itu satu pajakan yang di gadai untuk buat ubah suai itu.

Apabila jasmani itu satu anugerah yang patut di terima dengan kesyukuran, kenikmatan itu akan lupus apabila "tempuh" itu tidak di lanjutkan, Kenikmatan itu akan cuba di "tempah" dengan "pinjaman masa" untuk dapatkan nikmat gantian yang palsu walaupun secara realiti itu bukan satu keaslian yang tulen.  Apa yang kita percaya adalah "esoterik" keaslian diri kita yang tersembunyi dan apa yang orang lain nampak dan anggap adalah "exoterik" tanggapan umum pada diri kita yang palsu itu. Sebab yang melihat diri kita hanya buat satu pernilaian yang di lihat dari acuan asas oleh diri nya sendiri. Mereka sebenar nya menilai diri kita dengan buat bandingan pada diri mereka. Jadi seorang yang "kafir" tidak boleh menilai "kemusliman" seorang yang "muslim" sebab mereka tidak mempunyai asas kemusliman itu tetapi hanya boleh buat penilaian pada "kekafiran" yang ada pada diri kita. 


Jadi bagaimana "jirim" (matter) pada jasmani itu boleh berubah menjadi "tenaga" (energy) pada rohani nya. Tanpa graviti tarikan bumi yang di paut hawa "nafsu" pada jasad tubuh kita itu, "jirim" itu akan terlerai menjadi "tenaga" pada ingatan "iman" nya. Ini yang di katakan "mass and energy are the same and it can convert to change form" pada kajian sains terkini. Jadi pertalian di antara "matter" dan "anti-matter" ini dan bagaimana ia boleh berubah masih belum di ketahui pakar saintis sehingga ke hari ini.

Tapi "alchemy' ini masih menjadi kajian sains kerohanian yang sangat mendalam untuk mencari rahsia di antara jasmani dan rohani ini. Kita akan lebih memahami "hidup dan mati" dan kuasa Tuhan dan kuasa kita sebagai makhluk ini. Mengkaji dan mengaji adalah dua keadaan yang berbeza. Mengetahui dengan "ilmu" pengetahuan dan mengamalkan dengan amal perbuatan ibarat langit dan bumi. Sebagai manusia dan makhluk yang di cipta, kita akan sentiasa melakukan perbuatan apa yang di ketahui Tuhan. Jadi Tuhan memiliki "ilmu" pengetahuan itu dan kita yang membuktikan dengan amal perbuatan kita. Jadi apabila sesuatu itu berlaku sudah pasti Tuhan akan tahu. Apa yang berlaku di realiti ini adalah bukti apa yang Tuhan tahu. Jadi apa juga yang di lakukan manusia adalah apa yang Tuhan tunjukkan kepada kita tentang pengetahuan nya. Sebab itu Tuhan boleh menulis kitab Al Lukh Mahfiz dengan "takdir" yang di tetapkan dan "nasib" yang di tentukan.

Sebab tidak ada satu zarah pun boleh "wujud" sebelum ada "ilmu" itu di situ. "Ilmu" adalah yang awal perlu "wujud" di "ruang" itu sebelum zarah itu terbentuk. Jadi "ruang" itu terbentuk dengan ada nya "ilmu" itu di dalam. Apa juga yang "wujud" dengan bahtera tubuh akan ada "ilmu" itu di dalam jasad itu. Jadi "naluri" hawa "nafsu" dan "nurani" ingatan "iman" yang membentuk jasad tubuh itu dengan "kefahaman" pada "ilmu" yang ada di situ. Jika kita kaji "pilihan rambang" atau (natural selection) yang membentuk jasad tubuh setiap makhluk yang hidup di dalam lautan "air" dan keluar naik di daratan untuk menyesuaikan diri pada alam sekeliling dan berubah mengikut "keperluan" semasa. Setiap baka genetik (genes) akan berubah dengan kehendak "keperluan" asas kehidupan di habitat persekitaran alam mereka. 

Jadi "alchemy" ini di antara jasad tubuh dan jiwa rohani adalah kejadian realiti yang berlaku dengan "ilmu" yang di persembahkan untuk semua dapatkan "kefahaman" pada "keperluan" mereka. Kesuburan tumbuhan dari bayi yang kecil menjadi anak yang berlari dan remaja menjadi dewasa dan muda menjadi tua adalah perubahan yang kita lalui. Apa yang di dedahkan oleh alam sekeliling akan membentuk tingkah laku perangai budi pekerti kita. Sifat "tergesa gesa" ini akan mencabar "kesabaran" untuk segerakan semua nikmat yang ada. Saat "penantian" untuk menunggu adalah satu seksaan yang tidak sanggup di tempuh. Di situ akan berlaku "pinjaman masa" yang di ambil dari "lanjutan tempuh" yang di tetapkan. Jarak kelajuan "masa" yang bergerak dengan kuasa abadi (perpetual) akan di lajak dengan kuasa emparan (centrifugal) untuk capai matlamat. Asas jasad tubuh yang pada awal nya "lemah, daif, fakir dan hina" akan di tingkatkan dengan "kuat, bijak, kaya dan mulia" untuk tambah nilai. Walau bagaimana laju nya putaran kuasa emparan itu di lajak, akan berlaku "entropy" untuk kembali seperti sedia kala dan kembali "lemah, daif, fakir dan hina" juga akhir nya.

Jadi "kuat, bijak, kaya dan mulia" bukan milik asal jasad tubuh kita itu. Kita terpaksa mencari "lanjutan tempuh" itu atau buat "pinjaman masa" untuk dapatkan nikmat itu untuk hidup di "jangka hayat" yang sudah di tetapkan. Dimana kah yang "halal' ini agar kita tidak perlukan yang "haram" itu. Apakah kita masih tidak di beri peringkatan tentang perkara buruk dan baik itu? Tidak ada kah "moral compas" yang sudah di pasang di dalam "nurani" ingatan "iman" supaya mengawal "naluri" hawa nafsu" yang selalu tergesa gesa. Jika kita gunakan "kekuatan" untuk menindas "kelemahan",  "kekayaan untuk tindas kemiskinan", "kepandaian untuk tindas kebodohan" dan "kemuliaan untuk cemuh kehinaan", kita telah salah guna kuasa yang akan di balas dengan hukuman "penahanan" yang akan di pasong dan di tambat dalam tempuh masa yang tertentu. Apakah kita tidak pernah mengunakan "pinjaman masa" ini??????

Kita pernah meminjam untuk "keperluan" dan juga untuk "kepuasan" dari nikmat Tuhan. Kita boleh ambil apa saja untuk "keperluan" hidup tetapi jika kita ambil untuk "kepuasan" nikmat itu, kita telah meminjam dan perlu membayar dengan harga yang setimpal. Sebab susah dan senang sudah di timbang dan jika kita ambil kesenangan yang banyak maka kita patut bersedia untuk terima kesusahan yang sama banyak. Maka kembar "jiwa" kita akan masuk ke dalam "sijjin" dan yang satu akan masuk di dalam "illiyin" untuk menunggu hari kebangkitan dan perhitungan. Inilah alam barzakh yang akan kita lalui untuk menilai amal perbuatan kita. Inilah "masa penantian" yang pernah kita abaikan dengan tergesa gesa dan tidak mahu menunggu dengan kesabaran. Di situlah nanti kita akan melihat bagaimana jiwa kita itu sengsara di "sijjin" dan juga dapat melihat bagaimana jiwa kita itu terhibur di "illiyin" itu. Yang satu akan berkata pada yang lain"Alangkah baik semasa di dunia itu kita melaku amal perbuatan yang baik." Maka syaitan akan membawa mereka yang telah gadai jiwa mereka semasa di dunia ini.  

Syaitan berhak mengambil jiwa kita itu untuk di jadikan hak milik mereka. Mereka boleh di jadikan hantu dan jembalang untuk melakukan kerosakan. Di sinilah "alam mistik" itu mudah berlaku. Sebab jiwa jiwa yang sesat ini mempunyai "ilmu" kerosakan dan kemusnahan yang pernah mereka lakukan. Inilah "qarin" yang sudah menjadi baka keturunan jin dan syaitan. Apabila deoxyribonucliec acid mereka masih berada di atas bumi, maka mereka akan menjadi "penunggu" untuk menjaga harta pusaka mereka sebelum hari kebangkitan. Mereka ini boleh di seru dengan jika cukup syarat. begitu juga yang berada di "illiyin" itu. Mereka masih boleh hulurkan "ilmu" mereka untuk di jadikan sedekah. Sebab "ilmu" ini tidak mempunyai tamat tempuh dan tidak akan lupus selama nya. "Ilmu" setiap anak Adam akan berkekalan hidup dan mati. Itulah mengapa kita boleh menuntut "ilmu" dengan penghuni alam ghaib ini jika ada keizinan. Hanya kekuatan bathin kita yang perlu cari mereka untuk dapatkan persetujuan. Jadi Rasulullah tidak pernah hilang walaupun dia sudah wafat. Kita boleh bertemu dengan Rasulullah jika kita mempunyai kebolehan yang mengizinkan nya.

Bertemu dengan jiwa orang yang telah mati bukan sesuatu yang mustahil. Sebab alam "tidur" mempunyai "ruang" yang sangat luas. Kajian "alchemy" ini mempunyai rangkaian yang sangat halus dan luas untuk di terokai. Pertemuan dua zat yang berbeza di antara jasad dan jiwa nya atau di antara "matter dan anti-matter" ini bukan kitab yang boleh di baca dengan tulisan huruf dan suara. "Perasaan dan ingatan" kita boleh capai sesuatu yang tidak mempunyai bentuk dan rupa. Itulah mengapa Allah swt jadikan kita begitu rupa dengan cukup kelengkapan itu untuk mencari kehadiran Nya. Biarlah kita di hinakan di dunia ini asalkan kita bahagia di sisi Allah swt dan Rasul nya. Habiskan lah "nafas" itu untuk mencari Allah swt dan Rasul nya ini. Jika kehidupan dunia ini tidak kekal, mengapa kita masih mengumpul harta yang akan melekakan kita pada akhirat itu. Alam "sijjin dan illiyin" ini telah banyak tunjukkan bukti dan fakta nya. Kuasa Allah swt yang di tunjukkan pada "air, api, angin dan tanah" sangat jelas tetapi kita masih menafikan nya. Bukan kah kita ini BUTA tanpa ILMU itu????

 

Khamis, 27 Disember 2012

Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak






Email kami di :aqursany@yahoo.com untuk dapatkan ebook ini.

TEMPAH EBOOK IN1 SEKARANG !!!!


Kita pernah di tanya!
"Bukan Kah Aku Ini Tuhan Kamu?



Mengapa Allah swt itu di gambarkan oleh "mereka" seperti sesuatu yang zalim dan ganas yang penuh dengan hukuman dan seksaan. Kami akan buktikan bahawa Allah swt itu adalah Tuhan yang sangat Pengasih dan sangat Penyayang. Jika Rasul nya Muhammad mempunyai sifat yang begitu mulia dan murni, mengapa umat nya tidak mahu menunjukkan sifat itu sebagai "sunnah" amalan hidup nya. Ini adalah "jihad" kami untuk buktikan penyelewengan "mereka". Al Quran dan Hadis yang "mereka" genggam, seperti "pedang" yang mengancam dengan kerosakan. Tidak sedikit pun "belas kasihan" dan "kemuliaan" Islam itu cuba di tonjolkan. Apabila "hati" mereka tidak pernah di cuci oleh Jibril a.s., hawa "nafsu" mereka akan bertindak seperti mana kata para malaikat, ketika Adam akan di jadikan, "Tidakkah mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah".

Apabila Allah swt berkata, "Aku lebih tahu apa yang engkau tidak ketahui." Maka "ilmu" ini akan menjadi risikan kajian kami untuk mencari rahsia itu. Adakah Muhammad Rasulullah adalah "rahsia" itu. Sifat Rasulullah ini seperti cahaya "nur" yang menerangi suasana alam yang penuh dengan kegelapan. "Akhlak" Rasulullah ini dapat menjamin kesempurnaan kelakuan budi pekerti "manusia" yang mengamalkan "sunnah" nya. Jadi mengapa “riak” sombong dan takbur” menjadi asas perjuangan “mereka” yang berselindung di sebalik “jihad” yang di laungkan. Bukankah “jihad” yang paling besar itu adalah memerangi “hawa nafsu” diri kita sendiri? Siapakah kaum “jahiliah” yang masih memerintah jasad tubuh kita itu yang kita jajah ke sana sini untuk tidak berlaku adil.

****



Sebelum anda meninjau lebih jauh lagi untuk meneliti segala ayat perkataan yang tercatat di lembaran ini, perlu di jelaskan bahawa kognitif kefahaman anda mungkin akan bertemu kejanggalan yang agak sukar untuk mencapai tahap ketaakulan yang sempurna. Sebab “akal” fikiran kita akan selalu bermula dengan asas curiga kebingungan untuk bertemu sedikit “ilmu” kefahaman dari segala informasi maklumat yang di jumpai nya. Bukan tujuan kami untuk anjurkan satu teka teki yang agak rumit untuk di selesai dengan jawapan yang tepat. Tetapi kami ingin ketengahkan satu isu yang sangat penting untuk kita ketahui. Tidak pernah kita menyangka bahawa yang “wujud” di realiti ini sebenar nya bermula dari yang “ghaib” semasa mereka masih zarah yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar. Apa mereka dan bagaimana keadaan mereka tidak pernah kita ambil peduli. Perangai dan kelakuan mereka tidak sesiapa yang ingin tahu.



Mungkin ini akan menjadi lebih mudah jika kita menulis tentang watak lakonan seorang manusia yang mempunyai perangai kelakuan dan gelaran nama yang boleh kita kenal pasti sebagai subjek yang tertentu. Tetapi Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak ini bukan makhluk yang boleh kita nampak, untuk paparkan watak kelakuan mereka. Hanya sifat mereka yang cacat itu yang terpaksa kami jelaskan untuk meneliti perangai tindakan mereka. Mereka ini adalah sesuatu yang “ghaib” dan tersembunyi di dalam kegelapan yang tidak terpandang oleh mata kasar. Keazaman mereka untuk “wujud” dan menjelma di realiti adalah satu cubaan yang tidak pernah terhakis dengan “pilihan” dan “peluang” yang selalu di nantikan. Inilah zarah atom yang di gelar “partikel” yang tersembunyi di kegelapan yang sangat halus sebelum mereka muncul di realiti dan wujud di alam nyata seperti apa yang kita lihat mereka sekarang. Setiap yang “wujud” ini rupa-rupa nya bermula dari yang “ghaib” itu dan selalu berhubungan. 


Hubungan di antara "nyawa" dengan "ruh" nya sangat akrab. “Nyawa” ini akan selalu di wakili oleh “naluri” hawa “nafsu” nya dan “ruh” ini akan selalu di wakili oleh “nurani” ingatan “iman” nya. “Wakil” ini akan selalu cuba menjalin satu hubungan yang mesra seperti sepasang lelaki dan perempuan atau suami dan isteri. Watak Adam dan Hawa ini tidak pernah terpadam selagi ada “buah kuldi” yang di larang itu. “Hati” di mana “perasaan” itu mengalir dan “otak” di mana ingatan “iman” itu bertakung akan selalu tercurah di seluruh jasad tubuh untuk buktikan satu “kewujudan” yang nyata. “Akal” yang datang sebagai jemputan yang di undang adalah satu utusan yang membawa risalah “ilmu” untuk di fahami. Kedatangan Rasulullah ini memberi “petunjuk” kepada “hakikat kebenaran” yang tidak pernah di paksa supaya di telan dengan “mentah” tetapi harus di “masak” dengan resipi “keimanan” yang “ikhlas” untuk di makan sebagai satu hidangan yang lazat. Mengapa kita tumis "rezeki" Tuhan ini dengan masakan yang terlalu "pedas" untuk di telan oleh lidah yang sepatut nya mengucapkan syukur dengan nikmat itu.       

Ini bukan teater komidi yang akan kami tayangkan di pawagam. Cerita Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak ini sebenarnya adalah watak semula jadi zarah dan tenaga yang ada di alam maya ini sejak ia mula di jadikan dengan gelap gelita. Mungkin kita akan tersenyum dengan analogi yang di ketengahkan, tetapi secara fakta, ini adalah satu hakikat yang tidak boleh kita nafikan dengan kealpaan pengetahuan kita sendiri. Apa juga yang “wujud” di realiti ini sebenar nya bermula dari yang “ghaib” itu. Semasa mereka tersembunyi di kegelapan itu sebelum muncul di realiti ini, bukan satu “mitos” yang boleh kita singkirkan dari “akal” fikiran kita. Usaha mereka untuk “wujud” di realiti ini tidak pernah kita hargai dan kenang jasa budi mereka yang beri kita peluang untuk menyaksikan. Kita hanya duduk sebagai “penonton” untuk hiburkan hati sedangkan mereka bertungkus-lumus berusaha untuk muncul dan jelma menunjukkan diri.

Apa yang terpapar di realiti ini bukan satu hiburan untuk kita nikmati. Apa yang kita nampak di alam nyata ini pernah tersembunyi di alam ghaib. Sebelum mereka muncul dengan watak kelakuan sebagai pelakon di realiti  ini, mereka pernah “berlatih” di belakang tabir untuk siapkan satu “adegan” supaya kita semua dapat melihat sebagai “penonton” untuk menyaksikan persembahan mereka. Sebab yang “wujud” akan memerlukan “saksi” untuk buat pengesahan dan perakuan pada kewujudan itu. Jika sesuatu yang “wujud” itu tidak mempunyai “saksi”, bagaimana kewujudan nya itu dapat di sahkan dan di iktiraf? Di sini kita akan bertemu dengan satu “kuasa” yang mengatur segala kejadian untuk “wujud” di realiti ini. “Kuasa” ini adalah kepunyaan “Allah swt” yang di sebut sebanyak 2696 kali di dalam kitab suci Al Quran Nur Karim yang “mengaku” dan “menuntut” pengiktirafan dan pengesahan dari kita semua makhluk Nya. Tidak ada sesuatu apa pun yang pernah “mengaku” dan buat “tuntutan” menjadikan dan mencipta semua ini di alam maya melainkan hanya Allah swt sahaja. Dengan itu kita perlu beri perhatian dengan “hujah dan dalil” yang di kemukakan Allah swt untuk “akal” fikiran kita rumuskan dengan “iman” kepercayaan.


Siapakah yang pernah buat tuntutan (claim) bahawa alam maya (universe) ini kepunyaan nya. Tidak ada satu “entiti” pun yang pernah “mengaku” bahawa alam maya dan semua makhluk ini di cipta oleh nya tetapi hanya Allah swt. Dengan “empat” kita Zabur, Taurat, Injil dan Quran. Apakah ini tidak cukup sebab dan bukti untuk kita berikan kebarangkalian yang munasabah atau (benefit of the doubt). Sebab apabila ada yang menuntut “hak” pada sesuatu yang tidak pernah di tuntut, maka akan menjadi perkara yang “sah” untuk diberi perhatian jika segala “bukti dan fakta” itu dapat di kemukakan untuk buat “pengesahan” dan “perakuan” dari pihak kita. Maka “pengesahan dan perakuan” ini sekarang berada di atas meja ingatan fikiran kita untuk di rumuskan. Kita perlu selidik jasad tubuh kita yang di rujuk sebagai bahan “bukti dan fakta” yang di “tuntut Allah swt sebagai kepunyaan Nya.    

Walaupun kedua-dua ibu bapa yang melahirkan kita mempunyai cukup sebab untuk “mengaku” mereka layak untuk mendapatkan “hak” itu daripada kita, namun mereka tidak mempunyai asas yang secukupnya tentang soal kebolehan menciptakan “kehidupan” yang mereka sendiri bergantung pada sumber yang lebih besar. Keupayaan kedua-dua ibu bapa kita boleh di pertikai kan. Mereka hanya “penganjur” yang memohon kebenaran untuk dapatkan “tajaan” dan pembiayaan pinjaman peribadi mereka sebagai modal keperluan kehidupan. Kontrak perkahwinan mereka yang menjadi asas permohonan untuk bersatu dan melahirkan zuriat perlu mendapatkan “kelulusan” dari pihak “atasan” yang lebih tinggi. Maka pihak “atasan” ini yang memberi “kelulusan” itu berhak menuntut “pembiayaan” kelahiran zuriat itu sebagai hak milik kekal mereka. Jika kedua-dua ibu bapa kita gagal melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai “peminjam”, mereka boleh di dakwa dan di “muflis” kan dengan hukuman yang lebih berat.


Jika kita yang menjadi modal “pinjaman” mereka itu tidak dapat membantu melaksanakan tanggung jawab itu, maka kita juga akan di dakwa di “mahkamah” nanti untuk membela diri. Jika kita di dapati “bersalah”, kita akan menjalani hukuman yang berat seperti masuk “neraka” dan di bakar dengan api yang menyala. Tetapi yang indah nya jika kita dapat melaksanakan tanggung jawab itu, kita akan diberi ganjaran masuk “syurga” yang penuh dengan nikmat keindahan. Jadi siapakah Tuhan yang bernama Allah swt ini yang dikatakan mencipta semua ini dan berkuasa di atas setiap sesuatu. Bagaimana kah semua ini boleh bermula di alam maya ini yang kita lihat sebagai “bukti dan fakta” yang nyata di hadapan mata kepala kita sendiri. Boleh kah kita menafikan semua ini dengan begitu sahaja.

Di dalam zaman sains dan teknologi ini, kita akan mendengar banyak “pendapat” ahli fikir terkemuka yang memberi “penjelasan” untuk kita buat rumusan untuk memahami dan percaya sebagai keimanan pegangan hidup. Namun di mana saja kita tegak berdiri dengan pendirian itu, kita masih perlu mempunyai minda yang terbuka untuk menerima segala hujah dan dalil yang di ketengahkan. Sebab tidak ada satu pun pakar saintis di dunia ini pernah mengaku bahawa ada “kuasa” lain yang menjadikan semua ini. Mereka hanya mampu mengatakan “kosong” (nothing) boleh menjadi “sesuatu” (something) dengan sendiri nya. Ini yang mencabar keupayaan intelektual kita untuk mencari kebenaran itu.

Jika kita selidik di mana kita dahulu sebelum kita hidup atau lahir di dunia ini, kita akan merasa takut bahawa “kosong” (nothing) itu boleh menjadi “sesuatu” (something) iaitu “diri” kita ini yang berjasad tubuh dan hidup dengan penuh kesedaran. Kami akan jelaskan bagaimana “kosong” (nothing) ini boleh menjadi “sesuatu” (something) dengan watak yang kami sebutkan Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak ini. Kami harap pembaca kami akan lebih tekun meneliti segala “hujah dan dalil” yang akan kami kemukakan sebagai bahan “bukti dan fakta” untuk akal fikiran kita menjadi “hakim” yang mendengar kes pihak pembelaan kami dari pihak pendakwa yang mengatakan bahawa Tuhan tidak di perlukan untuk menjadikan semua ini. Kami akan jelaskan kepada anda apakah itu “kuantum mekanik” yang mengukur setiap kiraan matematik yang bermula dari nisab “1” untuk semua ukuran perkara yang “wujud” itu. Jadi apakah “0” itu tidak mempunyai nilai kuanta yang secukupnya untuk menjadi “1” perlu kita semak semula.

Golongan “atheist” yang begitu lantang mencabar “keimanan” kita dengan menuntut “bukti” ada nya Tuhan tidak boleh di biarkan bermaharajalela. Sebab mereka mencari “bukti” itu di dalam “ruang” yang “wujud” kan semua yang ada di alam maya ini. Tetapi Tuhan tidak berada di dalam “ruang” yang mereka cari ini. Sifat Al Qadiir (Yang tidak terikat pada ruang dan waktu) perlu di ambil kira. Begitu juga kuanta “0” yang mereka katakan “nothing” itu belum di kira sebagai “1” (something) bukan “fakta” sebenar. Sebab zarah “partikel” ini yang masih halus sebelum menjadi “1” adalah “fakta” saintifik yang tidak boleh di nafikan. Bagaimana zarah “atom” di mana elektron, proton dan neutron” itu bersatu sehingga mereka wujud menjadi “1” adalah kajian sains yang sangat mendalam. Jadi Tuhan tidak ada di dalam “ruang” yang mereka cari itu. Sebab alam “tachyon” (Tidak bermasa) ini sudah di ketahui para saintis ini dan tenaga “baryonic” yang tidak di ukur oleh masa. Jadi apa yang ada di luar “ruang” alam maya kita ini tidak akan tercapai oleh akal fikiran kita. Jadi apabila mereka mengatakan Tuhan itu tidak “wujud”, sebenar nya tidak “wujud” di dalam “ruang” kita ini. Begitu juga kita dahulu yang entah di mana dan “wujud” di dalam “ruang” ini yang di katakan hidup ini. Maka kita perlu selidik di mana kuanta zarah ‘atom” elektron, proton dan neutron” itu sebelum mereka bergabung menjadi “sesuatu” yang “wujud” di “ruang” ini. Inilah apa yang kami katakan Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak itu.  
  
Mungkin kita masih tidak memahami mengapa kah kita di hidupkan dengan penuh misteri dan teka teki. Kita tidak pernah tahu di mana kita dahulu semasa di alam ghaib yang gelap gelita dan muncul di dunia ini yang terang benderang untuk hidup melihat segala kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Mengapa kita di minta “menyaksikan” apa yang ada di sekeliling kita untuk kita fikirkan dengan segala keperluan hidup kita itu di taja secara percuma semasa kita berada di dunia ini. Siapakah yang melakukan semua ini untuk kita perhatikan dengan penuh kekaguman dan keinsafan. Apakah “tugas” itu yang perlu kita lakukan semasa kita berada di “lawatan” yang di “jemput” ini. Undangan yang kita terima semasa kita berada di alam ghaib itu perlu kita semak semula. Bagaimana kita boleh terima “jemputan” itu dengan penuh kesedaran dan keinginan masih tidak kita ketahui. Sebab Allah swt tidak pernah memaksa hamba nya melakukan sesuatu tetapi hanya dengan keinginan dan rela keikhlasan. Inilah yang perlu kita ketahui.

Apabila Tuhan semesta alam ini bersendirian di ketika itu, adalah amat perlu untuk jadikan “saksi” untuk mengesahkan kewujudan Nya yang Maha Esa itu. Sebab untuk memulakan apa juga aktiviti dan di mana saja akan memerlukan satu perancangan yang sangat teliti dan rapi dari atur cara “Al Baariu (Yang Merancang). Jadi “kuasa” ini perlu mempunyai kebolehan untuk menjadikan atau mencipta sesuatu seperti “Al Khalik” (Pencipta) atau “Menghidupkan” (Al Hayy) dan “Berdiri Sendiri” (Al Qayuum) tanpa perlu bantuan dari sesuatu apa pun. Apabila “kuasa” ini mempunyai “Kekuatan” (Al Masthin) dan “Kebijaksanaan” (Al Hakiim) yang Maha “Mengetahui” (Al Aliim) untuk melakukan satu persembahan di realiti, maka akan di lakukan dengan “Al Qahaar” (Yang Perintah dengan Kehendak) dan “Al Aziz” (Yang Menetapkan) dan juga “Al Mushawir” (Yang Mencipta Bentuk dan Rupa).

Apa yang di katakan “KunFayakun” itu adalah satu visi pandangan kehendak Al Wakiil (Yang Mengurus makhluk Nya) untuk memberi “taufik dan hidayah” kepada sesuatu yang akan di ciptakan Nya dengan memberi “ilmu” pengetahuan sebagai satu pendidikan dan pelajaran untuk menguji makhluk Nya dan lihat kelemahan dan kebolehan mereka. Ujian Allah swt bukan kerana Dia tidak tahu apa kesudahan nya tetapi semata mata untuk memberi setiap hamba nya itu “peluang” mendapatkan ganjaran dari Kekayaan Nya. Sama seperti seorang guru yang menguji kebolehan anak murid nya untuk melihat kebolehan anak murid itu. Sebab Allah swt tidak akan memberi kehidupan ini secara “percuma” tetapi setiap “rahmat” yang akan di hulurkan perlu di minta dengan “doa” rayuan yang merujuk kepada Kekuasaan Nya. Sebagai Tuhan yang Maha Kaya dan Maha Kuasa, setiap makhluk Nya perlu “tuntut” kekayaan dan kekuasaan Nya itu dan akan di “uji” dahulu kelayakan nya sebelum Dia memberikan nya.
   

Sebab apabila Allah swt itu Hidup, Dia juga ingin melihat kehidupan itu berlaku di hadapan Nya sebagai bukti Kehidupan Nya. Perlu ada makhluk di sisi Nya untuk mengenal Kebesaran dan Keagungan Nya yang Maha Berkuasa. Sebab apa juga yang tercipta akan mempunyai banyak “kelemahan” yang tidak setanding dengan Diri Nya dan memerlukan Belas kasihan dan Kasih sayang Nya. Jadi apa juga yang akan di cipta atau di jadikan perlu mempunyai perancangan yang sangat teratur yang di katakan “takdir” dan “nasib” (Qada dan Qadar) untuk mengurus segala urusan makhluk Nya yang akan di cipta itu. Soal “takdir dan nasib” belum dapat di rungkai dengan sepenuh nya. Apakah benar “takdir” itu yang menentukan “nasib” kita sehingga kita tidak boleh buat perubahan. Di mana kah fungsi “doa” kita yang membuat permintaan dengan kehendak dan keinginan yang “lepas bebas” (free will) itu dan amal “ibadat” yang sepatut nya “ikhlas” itu tanpa sebarang paksaan. 

Sifat Allah swt yang di namakan Al Adl (Yang Adil) ini perlu kita huraikan dengan lebih luas lagi semoga setiap kejadian dan makhluk yang di cipta itu mendapat layanan yang sepatutnya. Keadilan Tuhan ini sangat menakjubkan sehingga semua makhluk Nya tidak boleh atau dapat mempertikaikan sifat keadilan nya itu. Ini kerana Allah swt sangat prihatin kepada setiap makhluk Nya walaupun ia hanya setitik “debu” yang bertebaran. Kasih sayang dan belas kasihan Nya sangat menyerlah. Mungkin kepada kita “debu” itu satu sampah yang kotor untuk di nafikan dan di buang seperti satu najis yang jijik. Tetapi Allah swt telah mencipta seluruh alam maya yang sebesar ini dengan “debu” yang sehalus itu. Mungkin kita tidak tahu tentang zarah “partikel” ini yang tersembunyi di dalam kegelapan yang ghaib. Jika pembaca kami tahu tentang kehebatan Allah swt, sudah pasti pembaca kami akan menangis dengan berlinangan air mata. Kami sangat kagum apabila kami buat kajian ini untuk mengenal Diri Nya. Inilah apa yang ingin kami kongsi kan bersama pembaca untuk melihat keajaiban Maha Pencipta. 

Jadi apa juga yang akan di cipta sebagai “makhluk” itu perlu mempunyai “kesedaran” (consciouness) ini untuk mengetahui mengapa mereka perlu “wujud” di alam nyata atau realiti ini. Ini lah persoalan yang tidak pernah di tanya setiap “makhluk” yang hidup di alam ini. Sebab yang hidup perlu mempunyai “kesedaran” itu sebagai asas kehidupan dan apakah “tugas” yang perlu di lakukan pada “peluang” yang diberikan untuk kehidupan ini. “Kesedaran” ini yang kenal dengan “kefahaman” sebagai “saksi” kenyataan pada hakikat kebenaran adalah “mutu” kehidupan yang paling berkualiti. Apa gunanya kehidupan ini jika “kesedaran” itu hanya kenal kekeliruan dan kepalsuan. Di mana hakikat kebenaran itu untuk di buat “perakuan” dan “pengesahan” dengan “kefahaman” pada “kesedaran” hidup itu. Kita diberi “kesedaran” pada kehidupan ini untuk berdiri sebagai “saksi” yang nampak hakikat kebenaran itu.  

Apa gunanya Tuhan menonjolkan Diri Nya dengan “nyata” dan meminta setiap “makhluk” Nya “mengesahkan” kewujudan Nya itu??? Bukankah itu tidak perlukan “pengesahan” itu lagi jika Tuhan sudah “nyata” kelihatan. Tetapi Tuhan mahu setiap “makhluk” Nya mengenal kewujudan Nya dengan cara yang sangat tulus dan mulia. Untuk menjadi “saksi” itu setiap “makhluk” perlu sanggup dengan penuh rela dan keikhlasan tanpa sebarang “paksaan” untuk buat “perakuan” itu dengan “kesedaran” dan “kefahaman” yang jujur dan benar tanpa sedikit pun kecurigaan dan kesangsian. Jadi “pilihan” itu untuk hidup dengan “kesedaran” dan “peluang” untuk dapatkan “kefahaman” akan diberi dengan penuh kebijaksanaan dan ketulusan. Maka setiap zarah “partikel” yang halus dari debu itu perlu bermula dari tahap kebutaan “Si Buta” dengan asas kecurigaan untuk buat penilaian pada hakikat kebenaran itu.

Setiap zarah “partikel” ini akan di tanya “Bukankah Aku ini Tuhan kamu?” untuk di jawab di dalam kegelapan yang amat gelita. Sudah pasti Si Buta ini tidak dapat melihat untuk buat “pengesahan” itu. “Kecurigaan” Si Buta ini tidak akan terus buat “perakuan” tanpa sebarang sebab yang munasabah. Apa yang boleh di lakukan hanya meraba-raba di dalam kegelapan itu untuk dapatkan “sentuhan” (tactile) pada sesuatu yang "wujud" itu. “Sentuhan” Si Buta ini hanya mendengar kesunyian yang senyap membisu di sekeliling nya di mana “Si Bisu” yang berada di situ melihat kegelapan yang gelap gelita itu di perhatikan “Si Pekak” yang tidak mendengar satu apa pun. Jadi kebutaan, kesenyapan dan ketulian adalah asas setiap zarah “partikel” yang mulakan kehidupan mereka. Inilah suasana di mana setiap zarah “partikel” itu  mula mencari keperluan pada suasana keadaan di “ruang” yang penuh kekosongan dan gelap gelita.

Maka kebijaksanaan Allah swt untuk memperkenalkan Diri Nya tidak di lakukan dengan cara yang begitu terdesak untuk menonjolkan Diri. Sebab Allah swt mahu setiap makhluk Nya diberi segala “peluang” untuk dapatkan “kefahaman” yang lebih telus dan ikhlas tanpa sebarang paksaan atau sogokan. Apa guna kita di tunjukkan bukti yang nyata dan di minta mengesahkan nya??? Inilah apa yang tidak di fahami kebanyakan golongan “atheist” ini yang meminta “bukti” yang nyata. Sebab ketulusan dan kewibawaan pada hakikat kebenaran itu perlu di cari dengan penuh “kefahaman” yang bermula dari kekosongan (nothing) itu. Ini akan menghapuskan segala persepsi yang negatif untuk mempengaruhi “kefahaman” tersebut. Jadi apabila setiap zarah “partikel” ini bermula dengan sesuatu yang “kosong” (nothing) tanpa sebarang modal andaian dan tanggapan untuk di rujuk sebagai sandaran, maka setiap “ilmu” pengetahuan yang di sampaikan itu adalah yang paling halus (iota) untuk di pikul sebagai fahaman. Jadi setiap zarah “partikel” itu perlu berada di dalam satu “ruang” yang kosong dan gelap gelita tanpa sebarang cahaya yang terang dan cahaya “nur” yang terang itu akan di jadikan persembahan untuk memperkenalkan situasi keadaan yang menghidupkan “kesedaran” itu.  Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak berada di dalam satu “ruang” yang gelap, senyap dan sunyi untuk melihat dengan “cahaya” kehidupan mereka. Si Buta itu adalah hawa “nafsu”, Si Bisu itu adalah ingatan “iman”  dan Si Pekak” itu adalah “akal” fikiran. 


Setiap zarah “partikel” ini akan bermula dengan asas “kecurigaan” untuk menjawab soalan “Bukankah Aku ini Tuhan kamu?” Sebab dari keadaan yang “daif, lemah, hina dan fakir” itu, setiap tanggapan dan anggapan yang diperoleh zarah “partikel” ini, perlu puaskan “kecurigaan” yang di miliki itu untuk mencari kepastian yang lebih jelas. Dari “kefahaman” yang “kosong” (nothing) itu, maka zarah “partikel” ini tidak mempunyai “ilmu” pengetahuan yang cukup pada tahap kuanta “sesuatu” (something) untuk mencari kebenaran pada jawapan dari “kewujudan” itu. Jadi Tuhan tidak sediakan kelengkapan yang cukup pada peringkat awal permulaan untuk dapatkan jawapan yang mutlak pada “kewujudan” nya itu. Zarah “partikel” ini tidak pernah di sogok dengan segala bukti dan fakta yang nyata untuk di “telan” begitu sahaja dengan semua informasi maklumat yang jelas. Sebab Allah swt mahu setiap “makhluk” Nya membuat “pengiktirafan” dengan “pengesahan” dan “perakuan” tentang “kewujudan” Nya itu dengan penuh “keinsafan” dan “kesedaran” yang lebih tulus dan ikhlas. “Kecurigaan” itu akan gerakan satu tindakan “ingin tahu” untuk mencari hakikat kebenaran yang akan membuahkan hasil yang lebih tulus dan ikhlas.





Namun untuk menjadi “saksi” yang buat pengesahan dan perakuan itu, perlu di soal siasat. Sebab jika “saksi” ini hanya gunakan asas penglihatan mata nya untuk buat pengesahan dan perakuan, maka kemampuan dan tumpuan penglihatan mata itu boleh di persoalkan. Jadi untuk menjadi “saksi” kita tidak boleh hanya menggunakan deria mata yang melihat sahaja untuk mengesahkan dan mengaku yang “wujud”. Sebab udara “angin” yang tidak dapat di lihat dengan mata masih “wujud” dengan fakta dan bukti nya. Jadi asas menjadi “saksi” ini bukan tertakluk pada deria mata yang melihat tetapi deria “sentuhan” (tactile) yang dapat merasa.



Setiap zarah dan atom yang menjadikan sesuatu itu wujud di realiti ini, bermula dengan lakonan watak watak tersebut untuk mencari peluang terbentuk nya sehingga terjadi sesuatu yang nyata dan wujud di realiti. Kami bukan ahli silap mata yang ingin persendakan pembaca kami. "Partikel" dan "tenaga" adalah punca segala sesuatu di alam maya ini termasuk jasad tubuh kita ini.

Untuk mengetahui lakonan watak watak ini kami perlu bongkar segala tenaga atau "kudrat" yang ada di alam maya ini. Perlu kita tahu bahawa tenaga di bahagi kepada beberapa bahagian seperti "fermion" dan "boson" di mana "electron", "proton" dan "neutron" di zarah atom itu bergabung. Gabungan ini terikat dengan kuasa "graviti" yang menjadi asas setiap sesuatu benda itu terkumpul dan terbentuk termasuk jasad tubuh kita.

Mungkin kita tidak pernah ingin mengambil tahu tentang "symmetry" yang menjadi asas ruang yang ada di alam ini di mana "partikel" itu tersembunyi. Kerana zarah "atom" ini selalu nya berpasangan dan di pisahkan dengan yang "nyata" atau boleh di lihat dengan yang "ghaib" yang di terapkan sains terkini dengan "matter" dan "anti matter." Jikalau kita kaji "quantum mechanics" kita akan ketahui rahsia di sebalik keajaiban ini.

Jadi kita manusia perlu tahu bahawa setiap yang "wujud" ada pasangan yang "ghaib" yang telah di kenal pasti "ilmu" kajian sains yang tidak boleh di sangkal sama sekali. Cerita Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak ini akan kami buku kan tidak lama lagi untuk tatapan kita bersama. Ini sebenar nya ada kaitan dengan tenaga "nafsu", "iman" dan "akal" yang sedia ada di dalam jasad tubuh kita yang perlu kita ketahui untuk mendapat pengetahuan yang lebih jelas.

Jika tidak kerana tiga tenaga ini "nafsu", "iman" dan "akal" tidak sesuatu pun boleh wujud di realiti alam ini. Kerana manusia akan mengunakan ketiga tiga tenaga ini untuk hidup di atas pentas bumi ini. Bukan kah kita akan membuat "pilihan" dengan hawa "nafsu" untuk memilih sesuatu yang kita inginkan? Bukan kah kita akan mencari peluang dengan "iman" kita untuk memastikan sesuatu yang kita percayai? Bukan kah kita perlu mengunakan "ilmu" pengetahuan dengan "akal" kita untuk berfikir tentang sesuatu informasi? Jadi ketiga tiga tenaga ini penting untuk kita manusia melangkah di atas bumi ini.

Di sini lah Si Buta akan "merasa" dengan buta kegelapan, Si Bisu akan pastikan perbezaan "rasa" dengan senyap membisu dan Si Pekak akan salurkan informasi yang di perlukan dengan saksama pada sebab dan musabab atau "cause and effect." Jika kita teliti watak watak mereka ini, kita akan dapat fahami mereka dengan lebih menyeluruh. Perlu kah kita manusia belajar dengan "trial and error" atau uji dan silap di pentas hidup ini? Bukan kah kita selalu meminta "ihdinah siratalmustaqim" yaitu jalan yang lurus agar kita tidak tersesat.  

"Siratal mustaqim" ini lah yang perlu di tuntut Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak di dalam perjalanan hidup kita ini.  Tanpa "ilmu" dan "pertunjuk", kita manusia akan terjerumus di lembah maksiat dan kehinaan. Tuhan akan sentiasa mengkabul kan doa hamba hamba nya. Apa yang kita minta semalam telah di kabulkan di hari ini dengan jawapan nya dan apa yang akan kita minta di hari ini akan di kabul kan pada hari esok. Perhatikan lah!!!!!! Tuhan sentiasa di situ. Jadi mengapa kita minta sesuatu yang kita tidak inginkan? Inilah yang pelik.dan selepas itu menyalah kan "takdir" kerana tidak adil. 

Yang tidak nampak atau "buta" akan meraba raba, yang tidak tahu akan "membisu" yang tidak dengar akan lakukan apa yang ternampak. Di sini lah manusia melangkah dengan kebingungan. 

Jasad tubuh kita telah di jadikan dari "tanah" dan terikat dengan kuasa tarikan graviti di muka bumi ini. Segala bentuk yang terkumpul menjadi satu "entiti" adalah kuasa daya tarikan graviti. Ini lah hawa "nafsu" yang melekat di jasad tubuh kita yang "inginkan" sesuatu dengan desak tarikan kuasa nya. Graviti hawa "nafsu" akan sentiasa menuntut untuk kepentingan bahtera jasad tubuh nya tanpa ambil peduli tentang "hak" dari segi buruk dan baik atau "halal dan haram" nya. Ini lah si buta yang kita guna pakai setiap hari semasa kita masih hidup di atas permukaan bumi ini.

Namun, daya tarikan graviti akan tertakluk kepada "berat muatan" sesuatu benda atau "partikel" yang di hajatkan. "Berat muatan" ini adalah bahan yang perlu di imbangi kepercayaan ingatan "iman" yang mencari "peluang" untuk mendapatkan apa yang di hajatkan jasad tubuh dari desakan hawa "nafsu." Imbangan ini seperti satu kuasa yang menampong tekanan daya tarikan graviti yang di serap hawa "nafsu"jasad tubuh. Ingatan "iman" akan bertindak mencari "peluang" merisik dan menyiasat secara senyap untuk mendapatkan kemungkinan peluang. Mencari peluang kemunginan yang di lakukan ingatan "iman" selalu nya dalam senyap membisu kerana tidak mempunyai "ilmu" informasi yang perlu di salurkan "akal."  Fikiran daya ingatan "iman" yang kosong akan jadikan "iman" itu bisu jika tanpa "ilmu" pengetahuan.

Informasi maklumat yang di salurkan "akal" amat adil dan saksama yang tidak prejudis kepada mana mana pihak dalam urusan benar atau salah, baik atau jahat, dan juga halal atau haram. Kerana si pekak ini tidak akan tahu tentang "hak" mana mana yang memerlukan informasi itu. "Akal" akan sentiasa meyalur maklumat yang di terima dari lima panca indera kita. Sebab Allah swt telah menjadikan "imu" itu berpasangan. "wajah "ilmu" ini mempunyai kembar yang tidak seiras. Seperti "pendek" di pasangkan dengan "panjang" dan "jahat" di pasangkan dengan "baik" dan seterus nya. Di sinilah peranan "iman" itu perlu di laksanakan dengan mengimbangi "substance" atau bahan yang di terima dari informasi maklumat "akal" fikiran. Ingatan "iman" akan tertakluk kepada urusan "sebab dan musabab" di mana risoko dan akibat setiap perbuatan di tuntut dengan kuasa (qada dan qadar) "takdir dan "nasib" atau "fate and destiny."

"Pilihan" atau choice yang kita buat memerlukan "peluang" atau chance yang di lakukan dengan lepas bebas atau "free will" yang di beri kepada setiap kehidupan. "Pilihan dan peluang" ini adalah kuasa bebas yang di beri bagi mendapatkan nikmat untuk di rasai jiwa rohani dan jasmani. Ini lah kebesaran Tuhan yang perlu kita sanjung setiap hari. Kuasa yang di beri kepada manusia sangat besar dan perlu di pertangungjawabkan. Apa yang berlaku di sekeliling kita adalah kejadian yang kita sendiri mahukan. Tetapi masih ada sesuatu yang kita perlukan sebagai "pertunjuk" untuk mendapat "bimbingan" ke suatu arah yang tertentu. Sebab "kepastian" itu bukan "hak" milik yang boleh kita terima dengan penuh kepercayaan. Kita hanya di beri tahap "keyakinan" dengan "peluang" yang belum tentu pasti.

Sebab si buta, si bisu dan si pekak, perlu bergabung untuk mencari arah tujuan di jalan yang benar. Di mana kah Siratalmustaqim itu? Mungkin setiap insan yang hidup akan ingin tahu mengapa mereka wujud di dunia ini. Di mana kah kita sebelum itu dan adakah kita pernah "memilih" untuk hidup di dunia ini? Soalan seperti ini tidak pernah di ambil peduli oleh kebanyakan kita. "Alaq" yang melekat di masa benih kedua ibu bapa kita bersatu adalah punca kewujuban kita. Namun pertemuan itu untuk mendapatkan "peluang" adalah di mana kita membuat "pilihan" itu untuk wujud di dunia ini.


Semasa itu zarah "partikel" di mana kita tersembunyi di alam yang amat halus untuk menunggu "peluang" yang di beri ibu bapa kita. Zarah "partikel" diri kita itu telah "memilih" untuk bertemu "peluang" di alam fana yang halus. Fitrah dan kudrat sudah di beri kepada kita untuk mencari "peluang" dan "pilihan" untuk wujud yang tersedia dengan takdir dan nasib. "Pilihan" yang kita buat untuk wujud di realiti alam mempunyai "terma dan syarat" yang kita telah pilih dan setujui untuk memegang "amanah" itu. Beginilah keadaan nya di dalam suasana "ruang kosong" (empty space) yang kosong itu. Gelap gelita, sunyi membisu dan tuli yang senyap. Di situlah kita dahulu sebelum kita menjadi sesuatu yang buat "pilihan" dan mencari "peluang" untuk hidup dan wujud di realiti ini. 

Bertukar wajah atau bentuk menjadi satu "entiti" yang nyata di realiti bukan satu "kemalangan" atau "paksaan" yang di sengajakan. Tidak ada satu "benda" pun yang wujud di alam ini tanpa melalui proses "peluang" dan "pilihan" yang di salur "sebab dan musabab." Ini adalah fakta yang kita tidak boleh sangkal sama sekali. Kita sudah pernah di tanya, "bukan kah aku ini Tuhan kamu?" sebelum kita keluar ke bumi nyata ini. Kita sudah "kenal" Tuhan semasa kita masih halus. Tapi, semasa itu kita"buta." Buta dengan tidak dapat "melihat" Tuhan yang Nyata dihadapan kita. Kita masih mencari apakah Tuhan itu semasa kita lahir ke dunia ini.

Nabi besar kita semasa lahir kebumi ini, memandang bulan sebelum ingin menjamah setitik susu dari ibu nya. Cahaya yang terang itu menarik perhatian nya. "IMAN" dalam diri nya mendahului hawa "NAFSU" nya. Rasulullah tahu dia perlu cari siapakah Tuhan itu!!!!!!!!!! Mata nya yang celik setelah "buta" di saat kelahiran sudah mula mencari Zat Maha Pencipta nya. Bukan susu yang dia ingin kan. Ini lah rahsia Nabi Muhamad saw. Nabi Muhammad telah "berpuasa" sejak dia masih seorang bayi lagi!!!! Apabila tubuh nya semakin membesar dan meningkat dewasa dia kelihatan sangat berminat dengan alam semula jadi dan selalu memandang kejadian alam ini sebagai satu soalan yang belum terjawab. Apakah ini rahsia yang pernah kita dengar dari soalan yang pernah di tanya, "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?" Maka setiap zarah "partikel" yang ada itu sudah pernah di tanya dengan soalan itu sehingga ia berazam untuk mencari "jawapan" nya sehingga "wujud" di realiti ini..

Pernah kah kita ketahui semasa kedua "benih" ibu bapa kita bertemu dengan 23 pasangan chromosome ibu dan 23 pasangan chromosome bapa dengan setiap mereka membawa sepasang baka Adam dan Hawa untuk menentukan "jantina" kita. Siapa kah yang menikahkan mereka dengan "hijab kabul" itu sehingga kita lahir dengan jasad tubuh ini. 40 hari yang pertama sebelum kita menjadi segumpal darah dan 40 hari lagi sebelum kita menjadi seketul tulang "sulbi" dari 21 chromosome DNA ibu bapa kita. Kita di jadikan dengan "kembar" di mana seorang itu akan lahir ke dunia ini dan yang satu akan menjadi "qarin" kita itu. Adam dan Hawa melahirkan 40 kembar semasa mereka turun ke bumi ini dan Nabi Muhammad menjadi Rasul semasa dia berumur 40 tahun. Keajaiban peraturan Tuhan sangat mengkagumkan apabila kita memberi perhatian kepada setiap apa yang di ciptakan nya. Jika kita tidak mahu mengenal "ilmu" Allah swt ini maka kita akan termasuk pada golongan orang yang rugi.

Apabila manusia itu melangkah pergi mencari Tuhan nya, setiap langkah itu adalah "ibadat." Pernah Tuhan berkata, "Jika hamba Ku datang kepada ku dengan berjalan, Aku akan pergi mendapatkan nya dengan berlari." Jadi, di manakah kita sekarang ini? Sudah kah kita cari di manakah Tuhan itu? Perhatikan lah Firman ini, "Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku." Mengapa Jin dan Manusia ini di kaitkan dalam ayat ini?

Siapakah Jin itu dan Siapakah Manusia itu?

"Nafsu" dan "iman" ini adalah punca segala musibah dan manfaat yang kita rasai selama ini. Si "buta" dan si "bisu" ini yang selalu memandu bahtera jasad tubuh kita. "Buta huruf" atau tidak tahu membaca dan menulis ini telah menjadi sejarah yang besar sehingga ke hari ini. Nabi Muhammad saw tidak tahu menulis dan membaca tetapi di pilih menjadi seorang Rasul untuk menyampaikan risalah dari Allah swt. Al Quran yang di turun kan kepada seorang yang tidak tahu membaca dan menulis dapat menjelaskan sejarah zaman yang tidak dapat di sangkal oleh sesiapapun. "Ilmu" yang di sampaikan dengan "wahyu" dari Malaikat Jibril untuk mengajar dengan perantaraan "kalam." 

Lidah di jadikan alat untuk sampaikan "salam" kepada si "buta" dan si "bisu" yang mendengar dan melihat. Kebenaran "hakikat" di perhatikan si "pekak" dengan kenyataan di realiti. Fitrah dan kudrat perlu di sambut dengan "keyakinan" kepercayaan. Yang berilmu dan beriman atau yang melihat dan mendengar perlu merujuk kepada "hakim" untuk di putuskan. 

Lintasan dan ingatan adalah dua perkara yang berbeza. Disini lah kita perlu pakar membeza kan nya. Sebab hawa "nafsu" dan "iman" mempunyai saluran yang berbeza dan perlu lalu di lorong yang satu. Bukan kah kita pernah mendengar "hati" kita itu menyanyi dengan sendiri nya? Jika ia boleh menyanyi dengan sendirinya sudah tentu dia juga boleh berzikir dengan sendiri nya. Di sini tugas yang perlu kita lakukan untuk mendidik "hati" ini. Kita memerlukan "ilmu" untuk mendidik atau mengajar. Tanpa "ilmu" kita tidak mempunyai bahan atau "substance" untuk di aplikasikan.

Mendidik "hati" adalah apa yang di namakan "agama" dan Islam telah di sempurnakan untuk tujuan itu. Kita perlu tahu siapa si "buta, bisu dan pekak" ini dan apa peranan masing2. Kita perlu ada "proper working tools" untuk laksanakan kerja ini. Tenaga mereka setiap satu perlu di kenal pasti untuk mendapat kesan yang efektif. Di sinilah kajian di lakukan untuk mancari kesan yang efektif. Perkataan yang kita sebut dengan "karbon dioxida" bertukar menjadi "oksigen" dengan pernafasan kita.  "NAFAS" adalah lambang kehidupan kita. Setiap "nafas" ada "nafsu" nya. 

Kita mengunakan "jangka hayat" ini untuk hidup di permukaan bumi ini. Kita gunakan "nafsu" untuk mencari rezeki. Hawa "nafsu"  adalah "pengurus" jasad tubuh kita. Tenaga yang di gunakan adalah tenaga graviti tarikan bumi untuk kekalkan bentuk jasad supaya tidak berkecai atau lupus dengan tamat tempoh. Hawa "nafsu" adalah tenaga "kimia" atau (chemical energy) yang memerlukan "bahan" atau (substance). Si "buta" ini hanya mampu mengharap di dalam kegelapan yang tidak tahu di mana punca segala "bahan" yang di inginkan. Di sini lah si "bisu" perlu mengunakan daya imaginasi nya untuk mencari "peluang" dengan tenaga "elektrikal" atau (eletrical energy). Daya fikiran kita adalah gelombang otak atau (electrical brainwave). Ini lah  ruang frekuensi jalur lebar di ruang eletromagnetik. Mencari "peluang" akan selalu di lakukan dengan penuh senyap membisu.

Namun, si "pekak" akan tahu keadaan si "buta" yang meraba raba dalam kegelapan dan si "bisu" yang mencari dengan senyap membisu. "Akal" fikiran yang "pekak" ini akan hanya menyalurkan bantuan "ilmu" pengetahuan kepada mereka berdua selepas "niat" itu telah di pasang dengan satu pakatan atau persetujuan. Pergerakan jasad tubuh hanya akan berlaku dengan "niat" yang sudah di persetujui "nafsu" dan "iman". Si "pekak" hanya akan memandu kemana arah yang ingin di tujui oleh "nafsu" dan "iman" sebagai "saksi" perbuatan mereka. Jika "niat" itu mahu ke situ, maka "akal" akan bawanya ke situ sebagai destinasi yang ingin di tuju. Urusan berada di tempat itu adalah untuk "nafsu" dan "iman" nikmati dengan keseronokan atau kegelisahan. 

"Ilmu" yang di salurkan datang dari dua "channel" atau saluran yang berbeza. "Syaitan" juga boleh salurkan maklumat dengan bisikan kepada hawa "nafsu." "Akal" yang menjadi "satellit" kepada "ruh" hanya akan berpihak kepada "iman" dengan ingatan "ilmu" yang di salurkan kepada nya. Ini lah apa yang setiap manusia perlu halusi dari sudut mana informasi maklumat itu datang.

Hawa "nafsu" yang "buta" hanya akan mendengar dan boleh mendapat bisikan dari "syaitan. Di sini lah "niat" itu boleh di pengaruhi supaya "iman" bersetuju dengan satu pakatan. Perlu kami nyata kan di sini. Setiap "masalah" itu akan selalu nya datang dari perbuatan hawa "nafsu" ini dan setiap "masalah" itu perlu di selesaikan oleh "ilmu" yang di salurkan "akal" yang menjadi satellit kepada "ruh". Jadi kita perlu tahu siapa yang buat "masalah" dan siapa yang selesaikan "masalah" itu. Ini lah perbezaan yang perlu kita tahu atau kenali. Si "pekak" ini tidak boleh di pengaruhi oleh 'syaitan". Dia hanya bertugas kepadaa "ruh" yang sangat suci.

Itu lah mengapa kita manusia tidak selalu nya tetap dengan fikiran tertentu. "Akal" tidak selalu menetap di ruang kesedaran kita. Kesedaran hanya satu ruang yang gelap yang di duduki hawa "nafsu" di mana bisikan syaitan dan lintasan akal akan berlalu. Apa yang terpandang di ingatan adalah penglihatan "iman" di gambaran kesedaran kita. Imaginasi adalah pancaran keinginan hawa "nafsu" yang di salurkan ingatan "iman". Begini lah mengapa manusia itu bermimpi dengan penglihatan "iman." 

"Akal" hanya akan menyalurkan "risiko dan akibat" yang perlu di percayai ingatan "iman" dengan "keyakinan". Itu lah mengapa "sebab dan musabab" atau "cause and effect" itu satu peraturan umum kepada "nafsu" dan "iman". Keinginan harapan adalah satu tenaga yang "buta" tanpa sebarang maklumat tentang realiti nya. Kemungkinan peluang juga adalah satu tenaga yang "bisu" tanpa maklumat tentang realiti nya. Gabungan kedua tenaga ini akan menjadi satu kuasa di mana "pilihan" dan "peluang" itu menjadi kepercayaan yang di takbir "niat." 

"Niat" inilah "legal tender" atau "hijab kabul" yang di bayar dengan "jangka hayat" kita di mana "akal" akan menjadi "saksi" untuk urusan "takdir dan nasib" (Qada' dan Qadar) Kita manusia tidak akan di soal siasat jika tanpa "niat" atau "saksi" dari "akal" yang pekak ini. Kita tidak akan berdosa jika kita melakukan sesuatu tanpa "niat" dan juga tanpa "akal." Bukan kah tangung jawab agama hanya di kuat kuasakan kepada "niat" dan "akal"? Urusan tanpa "niat" ini akan sentiasa berlaku kepada setiap manusia. Perkara yang tidak sengaja ini adalah termasuk dalam urusan yang halus. Ini lah urusan Tuhan yang amat halus untuk di perhatikan. Di sinilah lah "takdir" di kuat kuasakan.

Sains kerohanian dalam urusan jiwa ini bukan sesuatu yang mudah untuk di fahami. Perlu ada asas yang kukuh untuk mengkajinya. "Masa" yang bergerak itu juga ada dua kuasa yang berbeza. Kuasa "abadi (perpetual) dan kuasa emparan (centrifugal) adalah dua tenaga kuasa yang kita lalui di dalam setiap detik waktu. Kuasa emparan (centrifugal force) berkait dengan ingatan "iman" di mana kuasa "abadi" (perpetual) terikat dengan hawa "nafsu" dengan "fitrah" semula jadi.. Sebab itu hawa "nafsu" itu akan hilang kuasa nya dalam seketika (entropy). Bukan kah kita akan merasa lapar setelah makan dengan kenyangnya dan juga merasa haus setelah minum dengan puas nya? Hawa "nafsu" akan sentiasa "lapar, dahaga, penat dan gantuk" dan yang "kenyang, puas, cergas dan sedar" kan jasad tubuh itu adalah ingatan "iman". Tanpa tenaga ingatan "iman" jasad tubuh kita akan terdampar seperti mayat yang terbaring.

Jika kita perhatikan "masa" atau "jangka hayat" yang kita lalui ini dalam kehidupan kita, kita akan ketahui bahawa ada beberapa ketika yang kita bergerak atau lakukan sesuatu tanpa "niat". Ini di kira "celah lenyap" atau (missing link) di mana kita terapung di ruang yang bebas tanpa sebarang "niat" yang di kuat kuasakan diri kita. Ruang ini datang dari dua "dimensi" yang berbeza. Kita boleh termasuk di dalam ruang separuh sedar di mana syaitan mengambil alih kesedaran kita. Ruang ini  juga boleh di ambil alih "ruh" kita yang suci di celah lenyap ini.

Ini bermaksud tidak semua "masa" di dalam "jangka hayat" kita itu adalah untuk urusan hidup kita sahaja. Ada di ketika tertentu, "peristiwa" itu bukan untuk kita tetapi untuk urusan umum. Urusan umum ini boleh di terjemahkan kepada dua bahagian. Syaitan juga ingin mengambil peluang untuk gunakan bahtera tubuh kita seperti mana "ruh" suci yang di amanahkan untuk menjaga jasad tubuh itu.

Jadi "akal" dan "niat" ini adalah dua bahan yang paling utama untuk di kaji selidik. Ini sahaja lah apa yang boleh kita sebut perbuatan kita yang perlu di pertangung jawab kan. Selain dari "niat" dan "akal" ini, kita tidak wujud di situ. "Celah lenyap" atau (missing link) ini lah apa yang kami kaji di sains kerohanian. "Pinjaman masa" dan "lanjutan tempoh" ini sangat halus untuk di kupas. Kami khuatir ia tidak dapat di "pikul" oleh kesedaran atau fahaman pembaca kami. Kami telah cerita kan tentang "pinjaman masa" ini dalam buku cerita "Pontianak" dan juga "Penanggal" yang kami jelaskan bagaimana itu di laksanakan. Belilah dan baca buku itu untuk luaskan lapangan pengetahuan kita. Jika sukar untuk mendapat buku cetakan dalam Bahasa Melayu dan English, boleh sesiapa yang berminat untuk membacanya nya di website kami dengan mobile phone atau computer di www.mysticalpond.com Ebook kami lebih murah dan mudah untuk di baca di mana saja.


Kajian sains kerohanian kami tidak berunsur mistikal atau kebathinan. Kami jelaskan semua perkara tentang jasad tubuh dan jiwa rohani dengan pengetahuan sains terkini di mana segala anasir yang pernah di kaji sains perlu di jelaskan dengan sains kerohanian. Hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang ada di dalam jasmani dan rohani kita perlu di selidik untuk jadikan kita seorang "pemandu" yang tahu untuk mengendalikan nya. Memandu jasad tubuh kita ini di lakukan setiap hari dengan langkah kaki kemana saja.

Tidak kah kita ingin memiliki "lesen memandu" yang sudah "lulus" untuk di gunakan di khalayak ramai? kami ingin membawa kesedaran tentang perkara ini bukan untuk tujuan fahaman mana mana kelompok ajaran mazhab. Kami tidak ada kaitan dengan ajaran "tarikat." Kami hanya seorang "hamba" yang ingin kenal ciptaan Tuhan. Kami hanya gunakan "akal" yang di beri untuk mencari "ilmu" Tuhan yang amat luas. Mengunakan "akal" untuk berfikir tidak pernah "sesat" jika panduan bimbingan di pandu dengan Al Quran dan Hadith. Cara kita terjemahkan semua itu adalah "pendapat" kami seperti mana mana "ulamak' yang mengeluarkan "pendapat". Hanya sesiapa yang berfikir untuk berkongsi "pendapat" ini boleh mengambil nya sebagai pengetahuan. Tidak pernah ada paksaan untuk kami suruh pembaca kami menelan nya begitu sahaja. Pilihlah yang mana boleh di ambil dan buanglah yang mana tidak boleh di "pikul".

Jiwa kita adalah hawa "nafsu" dan ingatan "iman". Ini lah "kembar" seiras yang akan menjadi "identiti" diri kita. Tapi apa yang di bentuk hawa "nafsu" dengan deoxyribonucleic acid pada jasad tubuh akan menjadi kelakuan perangai peribadi nya sendiri dengan wajah yang tertera. Di sinilah baka syaitan boleh membiak sehingga menjadi yang paling hodoh. Pencemaran baka syaitan akan jadikan hawa "nafsu" sebagai anak murid nya. Ini lah hantu yang kadang kala manusia jumpa bergentayangan di tempat persemadian. Kerana jiwa hawa "nafsu" akan sentiasa meratap di pusara jasad tubuh sehingga hari kebangkitan. Itu lah mengapa jiwa mayat ini boleh di seru untuk tujuan tertentu dalam urusan mistikal. Sebab hawa "nafsu" mempunyai kaitan dengan tenaga tarikan bumi yaitu graviti.

Namun. jiwa ingatan "iman" adalah sebahagian lagi dari "identiti" kita yang sepatut nya menyimpan segala memori dari diri nya yang dahulu. Ini lah wajah kita yang sebenar yang tidak boleh di ubah syaitan. Ribonucleic acid ini adalah "engineer" yang menjalankan kerja pada deoxyribonucleic acid jasad tubuh. Ini lah jiwa yang keluar semasa kita sedang tidur dan meninggalkan jiwa hawa "nafsu" di jasad tubuh. Mereka berpisah semasa tidur dan juga semasa kita mati. Sebab jiwa "ingatan" iman" ini adalah tenaga eletric yang ada di ruang electromagnetic. Ia tidak terikat dengan graviti dan boleh melepasi ruang di luar kawasan graviti. Yaitu ruang di mana masa itu tidak di ukur atau "tachyon". Ini lah "Kembara Tidur" yang kami cerita kan yang mempunyai lapangan di mana jiwa kita keluar dalam urusan "rasmi" untuk dapatkan "lanjutan tempoh" pada "jangka hayat" kita.

Perkataan "mati" ini belum boleh di putuskan dengan hilang nya denyutan nadi dan pernafasan. Sebab kita masih boleh memberi bantuan pernafasan untuk gerakan denyutan nadi. Udara oksigen yang perlu di gunakan semasa kita hidup sebenarnya hanya "senafas" yang perlu di tukar ganti dari karbon dioxida. Pohon di sekeliling memainkan peranan penting untuk salurkan oksigen ini. Bukan kah karbon dioxida itu rahsia segala perbuatan kita yang di simpan alam flora? Begini lah bagaimana perbuatan hari "silam" boleh di siasat dan di jejaki dan tidak pernah terhapus. Apa yang kita lakukan telah di rakam.

Kita telah "mati" beberapa kali semasa jasad kita masih bernafas. Untuk kupas perkara "mati"  dan "ajal" ini, memerlukan ruang yang amat luas. Hidup dan mati sangat halus untuk di bezakan. Jasad dan jiwa atau jasmani dan rohani ini adalah "matter" dan "anti matter" yang ada pada "partikel" zarah atom dan juga kimia. Jin dan manusia mempunyai perbezaan nya yang ketara namun mungkin seiras. "Akal" yang ingin berfikir tentang urusan ini perlu menghadap kearah diri nya sendiri. Apabila kita selalu memandang keluar untuk mengenali sesuatu, perpusing arah yang bertentangan di mana "akal" itu terpaksa memerhatikan permikiran nya sendiri, bukan sesuatu yang mudah di lakukan. Memandang diri kita sendiri adalah satu cabaran yang amat sulit. Kami nasihatkan pembaca kami supaya berwaspada dan berhati hati. Ini bukan sesuatu yang boleh kita lakukan dengan "trial and error". Urusan ini amat rumit untuk buat pecahkan tenaga dan kuasa nya. 

Untuk menyemak urusan dalaman diri kita memerlukan asas yang kukuh dan juga bimbingan yang kuat. Rahsia sains kerohanian perlu di kaji dengan tekun dan kesabaran. Setiap hyphothesis penyelidikan perlu di uji dengan kelakuan kita sendiri untuk mendapat kesan nya yang nyata. Bukti dan fakta itu akan kita ketahui sendiri di makmal jasad tubuh kita sendiri. Bukan kah kita selalu berdo'a semasa menghadap Tuhan yang Maha Esa. "Hidup ku dan Mati ku hanya untuk MU? Apa kah benar kita telah berikrar dalam urusan ini? Jika tidak, syaitan akan mengambil kesempatan untuk mengisi kekosongan itu.


Bukan kah segala apa yang kita makan perlu di sebut dengan nama Tuhan? Jika tidak makanan itu akan mengeyangkan syaitan. Hawa "nafsu" yang memerlukan segala makanan itu bertahta di perut di bahagian "pusat". Sebab daya tarikan bumi yang di kuat kuasakan "graviti" berada di bahagian bawah jasad tubuh kita. Cubalah perhatikan semasa kita turun satu curam yang tinggi, kita akan merasa nilu kecut perut di bahagian pusat di mana hawa "nafsu" itu terduduk. Bahagian jasad tubuh kita ini mempunyai saluran di mana hawa "nafsu" ini bertempat. Namun "hati" adalah pangkalan nya untuk mengadu dengan perasaan untuk di serah kepada "otak" di mana "iman" membuat tapisan sebelum "akal" bertindak.

Keinginan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" adalah dua tenaga kuasa yang berbeza. Masing2 mempunyai peranan nya yang saling berkaitan tapi boleh bercanggah jika "ilmu" yang menjadi "sauh" keyakinan mengikat atau menambat "akal" supaya beri tumpuan. Graviti bumi dengan tenaga positif dan negatif ini perlu selarah untuk mendapat tumpuan yang sepenuhnya. Jika tidak tenaga ini akan terpisah dengan diri mereka masing2. Untuk bawa mereka bersatu adalah cabaran yang setiap manusia perlu lakukan. Jika mereka tidak selari dengan satu pakatan, kita manusia tidak akan dapat merasakan nikmat yang sebenarnya.

Itulah bila kita hanyut dengan kebingungan dan ketakutan. Bingung sebab ingatan "iman" tidak tahu tanpa "ilmu" dari "akal" nya dan takut bila "nafsu" tidak nampak di mana harapan nya. Jasad tubuh kita ini hanya "tanah" yang berdaki penuh dengan najis yang busuk. Jasad ini perlu di cuci setiap kali dengan "taharah". Sebab itu "wuduk" itu penting untuk mengadap Tuhan. Tuhan tidak memerlukan sedikit pun dari amal ibadat kita. Apa yang kita lakukan semua ini sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri. Tuhan tidak akan terjejas jika kita tidak pernah menyembahnya. Semua ini adalah untuk menyucikan "jiwa" diri kita itu.

Kita beribadat kepada Tuhan untuk diri kita sendiri. Hawa "nafsu" perlu di didik. Ingatan "iman" kita perlu isi dengan "ilmu" yang telah tersedia di dalam "nyawa" kita. Tuhan memberi kita peluang untuk merasakan nikmat hidup ini seperti mana DIA hidup dan BERKUASA. Sesiapa yang melepaskan peluang ini akan menjadi seperti binatang yang bertempiaran. Mereka tidak akan dapat merasakan kesengsaraan orang lain semasa dia senang lenang. Bukan kah seteguk air itu akan berharga apabila kita sedang haus? Makanan akan berselera bila kita sedang lapar. Tetapi mengapa tidak bila kita kenyang dan puas? Soal "keperluan" ini lah menjadi timbangan nya.

Edit 29.4.13
Kebutaan atau "blindness' ini adalah sifat manusia yang semula jadi. Sebab itu kita tidak boleh melihat atau nampak Tuhan yang Maha Esa. Begitu juga alam ghaib yang tersembunyikan. Yang nampak kesemua itu adalah "ilmu" yang di perolehi. Tanpa "ilmu" ini manusia akan selalu di dalam kegelapan.  Sebab "ilmu" ini adalah cahaya "nur" yang menerangi suasana alam. Cuba lah kita perhatikan keadaan kita. Mata kasar yang nampak segala sesuatu itu memerlukan cahaya, tanpa cahaya kita akan menjadi buta dalam kegelapan. Electromagnetic spectrum di ruang udara atmosphera adalah pelapis haba cahaya yang beraneka warna dan ini dapat di bukti kan dengan melihat pelangi atau "rainbow" yang menunjukan kekisi warna di jalur lebar ruang eletromagnetik.

Golongan "atheist" yang menuntut bukti ada nya Tuhan sebenar nya menunjukan kebodohan diri mereka sendiri apabila bertanya soalan bodoh seperti "Proof of God" yang mereka pertikaikan. Ini menunjukan mereka sendiri tidak faham apa yang telah di ajar para saintis terkini. Kami pernah berdebat dan berhujjah dengan golongan "atheist" yang meminta bukti ada nya Tuhan dan kami telah meminta mereka buktikan dahulu diri mereka itu wujud sebelum kami menjawab soalan itu. Jawapan atau "bukti" ada nya Tuhan akan hanya kami beri setelah mereka buktikan dahulu diri mereka itu wujub dengan "bukti" yang nyata. Jasad yang mereka ada bukan "evidence" yang boleh di gunakan sebagai bahan bukti sebab jasad manusia sentiasa berubah dan tidak kekal begitu atau berubah bentuk dan wajah.  Ini bukan "evidence" yang boleh di guna pakai sebagai bahan bukti jika ia tidak kekal dan berubah. Jadi bila mereka tidak dapat buktikan secara saintifik diri mereka itu satu "entity" yang boleh di buktikan dengan "identity" tertentu, Jasad mereka tidak boleh di gunakan sebagai "evidence" untuk tunjukan bukti. Mereka hampir gila mencari jawapan ini hingga sekarang.

Edit 29.4.13 1040pm

Kita umat Islam perlu bangkit dari tudur yang terlena. Ancaman terhadap agama suci kita terlalu kuat sehingga boleh mengugat kekuatan "iman" kita jika "ilmu" itu tidak di perolehi. Apa guna jika kita hanya pandai mengaji Al Quran dan Hadith jika kita masih cetek tentang kejaidan alam yang perlu kita guna pakai dalam urusan hidup kita di bumi ini. Kita mungkin akan di perlukan dalam kelompok yang berada di dalam tempurung sahaja. Mungkin kita di pandang orang yang arif dalam masyarakat setempat atau negara kita. Tetapi untuk berdepan dengan masyarakat dunia yang mempunyai ideologi yang berbeza dari pendapat dan fahaman kita, kita tidak boleh guna pakai AlQuran dan Hadith untuk berhujjah dengan mereka. Mereka tidak akan terima rujukan nas yang kita ada sebagai rujukan. Mungkin dengan sesama Islam kita perlukan rujukan itu untuk dapatkan keshahihan sesuatu tafsiran.

Tapi bila kita keluar berdepan dengan masyarakat dunia untuk berJIHAD menegakkan agama suci kita, kita perlu gunakan senjata yang mereka gunakan untuk mengancam mereka. Mereka tidak akan tunduk selagi kita tidak mengunakan "theory" yang mereka berpegang teguh. Jika kita seorang yang ingin mendalami "ilmu", ketahuilah bahawa "ilmu" itu sebenarnya "knowledge" dan "knowledge" ini sebenarnya "science" yang mereka agungkan. Jika kita lemah dalam "ilmu" ini, kita akan di perkotak katikkan. Bolehkah kita mengaku kita ini sebagai orang Islam jika kita hanya pandai dalam "tempurung" sahaja. Kita begitu bijak berdepan dengan semua masyarakat Islam yang kita kelilingi, tapi apabila berhadapan dengan kaum dan agama lain, kita menjadi bingung seperti orang bodoh. Bahasa yang kita gunakan hanya boleh di fahami masyarakat kita. Islam kita hanya dalam "kampung" sahaja.

Nabi besar kita Muhammad tidak gentar berdepan dengan sesiapa saja baik kaum atau agama nya. Sebab "science" yang Nabi ada sangat di perlukan oleh semua umat manusia. "Ilmu" yang Nabi kita bawa adalah "inti" segala "ilmu" yang sedang di pelajari semua saintis yang ada di dunia ini sekarang.  "Wormhole" yang mereka cari sehingga ke hari ini telah Nabi kita jumpa dahulu lagi yang para saintis sedang sibuk tentang "time travel" yang di istiharkan dengan Israq Miqraj. Para ulamak di zaman kegemilangan Islam kebanyakan nya SAINTIS yang terkemuka dan di iktiraf dunia barat dengan pengetahuan MATHEMATIK,ASTROLOGY, CHEMISTRY dan lain lain.

Tetapi mengapa ULAMAK di zaman ini seperti katak di bawah tempurung? Mereka bukan KHALIFAH yang boleh kita sanjung untuk memperjuangkan ISLAM. Mereka bukan pakar yang boleh di rujuk oleh bangsa dan agama lain seperti Nabi Muhammad saw. Bangsa dan agama lain memandang mereka seperti "surat khabar lama" yang di gunakan untuk membungkus juadah. Mengapa "ilmu" Tuhan tidak kita pelajari dengan penuh bijaksana. Orang yang BERIMAN dengan orang yang BERILMU adalah dua entiti yang berbeza. Beriman dengan kepercayaan yang kosong tanpa "ilmu" sama seperti "niat" yang baik yang belum di tunaikan. Kita akan di beri pahala dengan "niat" itu dan akan mendapat berlipat kali ganda pahala nya jika kita tunaikan "niat: yang baik itu.

Mengapa kebanyakan kita hanya "berniat" sahaja seperti orang beriman ini dan tidak mahu mendapatkan "ilmu" atau "science" di dalam setiap kejadian yang perlu kita lakukan? Bukan kah "niat" yang baik itu perlu di laksanakan dan kita memerlukan "ilmu" untuk menjadikan nya satu realiti? Duduk dengan menadah tangan mengharapkan bantuan bukan apa yang ISLAM cuba terapkan. Kekuatan EKONOMI untuk membentuk arah tuju realiti ISLAM tidak boleh di serahkan kepada MUSUH ISLAM untuk di terajui. Bangkit lah wahai umat ku!!!!!! Jangan biarkan MUSUH ISLAM bermaharajalela dengan kebodohan kita!!!! ISLAM tidak akan di permudahkan jika mereka BERKUASA!!!!

Ini lah sekeping bumi BANGSA MELAYU yang kita ada. Jangan kita biarkan mereka merampasnya dari tangan kita. Pengkhianat bangsa dan agama itu perlu kita tentang habis habisan. Mundur nya bangsa kerana "ilmu" nya, Mundur nya agama kerana "miskin" nya. Tetapi apabila yang ingin memperjuangan "agama" hanya pandai bersyarah di corong microphone, tetapi tidak pandai membawa "CAHAYA" yang menerangi suasana alam seperti Rasulullah, mereka ini sama seperti BURUNG KAKAK TUA yang pandai bercakap. 

Bayang bayang Rasulullah perlu kita cari di merata tempat. Nabi Muhammad telah tunjukan sifat sifat manusia yang agung. Setiap manusia di bumi ini akan memerlukan sifat Rasullulah ini. Setelah Rasullulah wafat, dia telah meninggalkan bayang bayang dari sunnah nya, yaitu sifat "jujur", "fatanah", "rendah diri", "amanah", "tablik", "sidik", "sabar", dan bayang yang lain lagi. Bayang bayang ini lah perlu kita cari apabila bertemu seseorang baik apa pun bangsa atau agama mereka. Bukan kah kita akan mencari "kejujuran" pada setiap orang yang kita jumpa dan berurusan? Ini lah sifat Nabi dan bayang bayang nya yang di maksudkan. Kemana saja kita pergi kita akan mencari Rasulullah!!!!!!!!! Ini lah apa yang kebanyakan kita tidak tahu tentang "ilmu" agama yang sebenarnya. Apa yang kita pandang hanya sarban yang berlilit yang mengaku wakil Nabi atau warasatul anbiah tetapi sifat mereka tidak menunjukan sifat sifat Rasulullah.

Setiap persahabatan yang kita jalin akan memerlukan sifat sifat Rasullulah. Ini lah SUNNAH yang sebenarnya!!!!!!! Bukan jangut!!! Bukan sarban!!!! Bukan Jubbah!!!! Apa guna mereka berjangut, berjubah dan bersarban jika sifat sifat mereka seperti haiwan yang berkeliaran memenuhi tempolok mereka sendiri. LAMBANG agama yang mereka pakai untuk pamirkan kesana kesini di cemari dengan sifat keji yang memalukan. Mereka bukan "MAKSUM"!!!! Mereka sama seperti kita yang berakal dan tidak lebih dari itu.

Tidak ada gunanya kita bersarban dan berjubah jika kita tidak ada "kejujuran", "keikhlasan", "kebenaran","kesucian", "kebijaksanaan", "amanah", untuk berjihad di jalan Allah dan Rasul. Sarban itu hanya satu samaran atau orang yang "menyamar" dan dalam istilah agama di panggil orang "munafik."  Untuk kenal orang "munafik" ini tidak susah. Orang "munafik" ini ada "kepentingan" yang peribadi dan tidak ada kaitan dengan Agama yang cuba di tonjolkan.

Jika sifat Rasulullah tidak wujud pada diri seseorang itu, kita perlu berhati hati dan berwaspada sebab mereka ini akan membawa "musibah" dalam hidup kita. Sifat Rasulullah ini perlu wujud dalam setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Ini lah apa yang sepatut nya setiap ULAMAK cuba terapkan di dalam jiwa manusia. Ini lah apa yang perlu kita pelajari supaya dapat menyandang sifat sifat Rasulullah ini. Bagaimana kita boleh JUJUR, IKHLAS, BENAR, BIJAK, TERTIB, RENDAH DIRI, dan EHSAN.

Siapa kah guru yang mengajar cara untuk kita dapat "tauliah" sebagai seorang yang "JUJUR" dan "AMANAH", Di manakah pesanteren yang mengajar bagaimana kita tidak akan "SOMBONG, RIAK DAN TAKBUR" . Kita di didik hampir separuh abab dengan pengetahuan agama tetapi sifat kita tetap seperti haiwan yang tidak berperikemanusian. Dimana kah "ilmu" yang di bawa Rasulullah!!!!!!!! Di mana rahmat sekalian alam!!!!! Adakah agama kita ini telah di KUNCI dengan fahaman yang mengelirukan?

Asas JIWA sehingga kita tidak akan melakukan perkara yang KEJI ini masih TERSOROK di celah kitab kitab yang di sembunyikan. Mereka lebih "pakar" untuk mengkenal "penyakit" daripada membawa PENAWAR untuk mengubati penyakit jiwa ini. Si BUTA, Si BISU, dan Si PEKAK ini merayau tanpa hala tujuan mencari "hakikat" yang telah hilang dan di lenyapkan. 

Kami pernah di tanya bagaimana untuk mengubat orang yang suka berjudi. Kami beri mereka jawapan yang paling mudah untuk mereka lakukan. Jika tabiat suka membeli nombor ekor, kami sarankan jangan sekali melihat keputusan kemenangan setiap kali membeli nombor ekor itu. Jika kita beli nombor ekor tetapi tidak boleh melihat keputusan nya, apa gunanya kita membeli nya lagi. Latihan ini berkesan sehingga orang yang berjudi itu tidak lagi mahu membeli nya lagi jika dia tidak boleh tahu keputusan kemenangan.

Edit 19.5.13

Jiwa di dalam jasad tubuh kita ini perlu kita kenali untuk mengetahui "identiti" siapa kita sebenar nya. "Ilmu" yang kita timba dan kita percaya dengan keyakinan adalah asas diri kita yang sebenar nya. Bukan jasad!!!!! Jangan lah terlalu agung kan jasad itu kerana ia penuh dengan najis dan berdaki!!!! Kita akan mati satu hari nanti dan jasad ini tidak akan kita bawa bersama. Apa yang kita bawa adalah "ilmu" yang kita percaya dengan keyakinan untuk menjadi "identiti" diri kita yang sebenar nya. Burung yang di dalam sangkar itu yang perlu kita perhatikan. Ayat yang kita baca perlu ada erti atau maksud nya. Yang kita nampak "ayat" tertapi maksud nya "ghaib" dan tersembunyi. Apa guna "kalimah" yang berbunyi dan bersuara jika tidak ada maksud dan tujuan nya. 

Syaitan memang suka mendengar bunyi suara seperti loceng. Tetapi maksud ayat yang di sebut dengar "nafas" itu perlu ada "isi" nya. Jika tidak syaitan akan "berjoget" dengan gendang tarian nya. Belajarlah dengan segala "ilmu" atau "science" yang ada. Sebab "ilmu" itu "science" atau "knowledge" yang kita perlukan dari segala sudut. Jangan kita rasa malu untuk menuntut "ilmu" itu dari bangsa asing atau agama anutan lain. Sebab segala "ilmu" yang di muka bumi ini datang dari agama ISLAM setelah Nabi besar kita Muhammad di lahirkan. Ilmu Mathematik, Chemistry Biology, Astronomy dan lain lain bermula dari  ULAMAK ISLAM. Dari situ lah para saintis barat menimba kepakaran mereka sehingga mereka berjaya menjadi ahli fikir yang terkemuka. Tanya mereka siapa Ibnu Sina!!!!!dan tokoh tokoh Islam yang lain.

Setiap "ilmu" yang kita pelajari perlu merujuk kepada asas "ilmu" itu. Zat Yang Maha Mengetahui selalu ada di situ!!!!! Kenapa tidak rujuk kepada nya supaya menambah kefahaman dan luaskan pengertian? Nabi kita belajar dengan "wahyu" dari Malaikat Jibril!!! Bukan kah kita boleh belajar dengan meminta "ILHAM" atau LADUNI" dengan petunjuk Nya? Jika kita mempunyai sifat sifat Muhammad, kita boleh TUNTUT hak itu dari Allah swt yang mengutus "ilmu" melalui malaikat malaikat Nya. Sistem ini masih AKTIF dan tidak pernah terpadam selepas Nabi wafat. Hanya "wahyu" sahaja yang tidak ada lagi kerana tidak ada Nabi lagi. Tetapi Allah swt tidak pernah tutup pintu "ilmu" dari setiap hamba nya. Kita masih boleh merujuk terus kepada Allah swt untuk mendapat petunjuk. Didik lah aku!!!! Tambah lah ilmu pengetahuan ku!!!!! 

ILMU itu sudah ada dalam diri kita itu di mana "nyawa" itu di jadikan. Dada kita sudah di penuhi dengan "ilmu" hanya kita sahaja tidak mahu mengaktifkan nya. Ingat tak kita semasa nabi Adam di jadikan, Allah swt telah menunjukan satu demonstrasi di hadapan semua malaikat nya bagaimana Nabi Adam boleh menjelaskan segala apa yang di tanya? Dan malaikat berkata kami tidak tahu sebab kami tidak di didik tentang perkara itu!!! Pengertian dan kefahaman yang kita perolehi bukan datang dari luar angauta kita. Ia datang dari dalam diri kita. Jangan terpedaya dengan tangapan bahawa apa yang kita belajar itu datang dari luar diri kita. "Ilmu itu sudah ada di dalam tubuh kita!!!!!!!! Keluarkan lah "ilmu" itu dan mintalah petunjuk dan didik kan dari Yang Maha Mengetahui.!! Bukan kah ini akan menjadikan kita lebih rapat kepada Zat Yang Maha Pencipta jika kita selalu merujuk kepada Nya? Apa yang kita lihat dan dengar bukan "FAKTA" yang sebenar nya. Kita perlu dapat "hakikat" itu dengan berkhalwat dengan Tuhan. (PINTA LAH NESCAYA AKU BERI) Berfikirlah dengan kebijaksanaan wahai pembaca kami. Jadi lah "insan" yang berwibawa untuk mengangkat martabat bangsa dan agama Islam. 

Jangan buruk kan bangsa kita ini kerana kelemahan nya!!!!!! Didik lah bangsa kita supaya berjaya dengan kekuatan!!! Bangsa Melayu jangan sekali kali di cemuh dengan penghinaan oleh lidah kita sendiri. Angkat lah martabat bangsa Melayu supaya di pandang hormat. Bukan kah kita lahir ke bumi ini dengan penuh hina dan lemah? Bukan kah kita telah di didik sehingga menjadi pandai? jadi mengapa kita benci pula kepada orang yang bodoh seperti diri kita dahulu? Tidak ada sesiapa yang lahir ke bumi ini terus berlari dan bercakap. Kita belajar dari orang lain yang mengajar. Tetapi mengapa setelah pandai kita begitu angkuh dan sombong? Tuhan boleh mencabut "ilmu" mengetahuan kita dalam sekelip mata sehingga kita hilang akal fikiran. Mahu kah kita menjadi orang yang tidak berakal dengan keangkuhan itu? 

Edit 29.6.13

Kesedaran yang kita nikmati di realiti ini perlu melihat kehadiran kewujudan Allah swt. Apabila realiti berlaku dengan "sebab dan musabab", yang mengatur "takdir dan nasib" dengan "pilihan dan peluang", di situ wujud kudrat dan iradat Allah swt yang hanya boleh di lihat oleh orang yang berilmu dan beriman. Tidak akan berlaku satu apapun tanpa kehendak Nya. Jika kita seorang yang mengaku di setiap sembahyang sebagai seorang "SAKSI" bahawa Allah swt itu Tuhan yang Esa dan Muhammad itu Rasulullah utusan Nya, apa bukti dan kesan nya kita mengakui perakuan itu. KEHADIRAN perasaan wujud nya Allah swt dan Nabi Muhammad Rasululllah di kehidupan kita perlu di cari dan di bongkar untuk kenal pasti di mana kesan nya. 

Kita di jadikan untuk mencari Allah swt dan mengikut segala amalan Rasulullah yang telah di sampaikan. Dapat kah kita "RASA" apa yang pernah Rasulullah rasa di dalam "hati" nya tentang kewujudan Allah swt. Keyakinan dan kepercayaan yang tinggi di miliki Rasulullah perlu kita impikan. Bukan kah Rasulullah memandang hidup ini dengan kewujudan Allah swt. Apa yang Rasulullah nampak di realiti penuh dengan "ilmu tauhid" untuk di terapkan di alam nyata. Setiap kejadian di realiti mempunyai "sebab dan musabab" dari "takdir dan nasib" dengan "pilihan dan peluang" yang berlaku. Peranan Zat yang Maha Azali di kejadian realiti perlu kita fahami. Allah swt sentiasa di situ dan hanya kita yang tidak tahu menilai kewujudan NYA. Begitu juga tentang kehadiran Rasulullah yang sentiasa berada di setiap laluan masa. Jika kita sudah nampak kehadiran mereka di sisi kehidupan ini, itu bererti jiwa kita sudah terbuka hijab yang melindungi alam nyata ini. 

Setiap permintaan yang kita inginkan sebenarnya di dengar Allah swt. "Sebab dan musabab" dari permintaan itu di ambil kira untuk di beri "pilihan dan peluang" yang di "akad" dengan "NIAT". Harapan kita adalah doa yang kita pinta tanpa huruf dan suara oleh si bisu. Apabila kita sempurnakan sebutan suara dengan kata kata oleh si buta, itu adalah "hijab kabul" yang telah di terima si pekak sebagai "saksi" pada jasad tubuh, di pentas hidup untuk di serah kepada "takdir dan nasib" di realiti kenyataan. Massa alam sekeliling menjadi "saksi" kita untuk perhatikan "masa" dan "kelajuan" nya terjadi di realiti. Cepat atau lambat kehendak atau keinginan kita berlaku di realiti adalah urusan "sebab dan musabab" yang di takluki massa di sekeliling kita. Jasad perlu bergerak dan mulut perlu bersuara untuk gerakan putaran "masa" yang di hanyun kuasa abadi (perpetual)  dan emparan (centrifugal). Kita perlu menempuh ketentuan "takdir dan nasib" dengan "pilihan dan peluang" yang di letakan dengan "NIAT".

NIAT ini adalah hasrat yang bermula dengan keinginan si buta dan harapan si bisu yang di "saksikan" si pekak. Inilah "hijab kabul" (legal tender) yang kita guna pakai dari informasi maklumat "sunnatullah" yang di terima dari alam maya. "Akal" akan menyalurkan "ilmu" informasi maklumat itu kepada "hati" untuk perasaan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" dalam jasad tubuh kita. "HATI" adalah "kamar" yang sering di lawati Allah swt apabila di jemput Rasulullah dengan ingatan "iman". "Ruang tamu" ini sangat istimewa untuk setiap manusia mendapat rahmat dan ganjaran. Pertunjuk dan didikan dari yang Maha Azali sangat penting dalam kehidupan kita. 

Edit 3.7.13  

Perlu kita ketahui kuasa dan tenaga yang ada di alam maya ini dahulu untuk mengenal Tuhan Yang Maha Pencipta. Kuasa "sebab dan musabab" di alam maya ini amat luas untuk kita terokai demi mencari "ilmu" yang dapat kita mengenal Allah swt dengan lebih dekat lagi. Jika kita tidak kenal kuasa "sebab dan musabab" ini, keyakinan dan kepercayaan kita terhadap Zat yang Maha Pencipta tidak akan terjalin satu hubungan mesra dan intim. Kuasa "sebab dan musabab" ini adalah hukum "hudud" yang telah di laksanakan tanpa kesedaran kita. Alam maya ini telah tertakluk kepada hukum "hudud" ini sejak awal permulaan langit dan bumi. Kuasa "sebab dan musabab" ini telah bertugas dengan penuh teratur dan taat setia kepada Maha Pencipta. Allah swt adalah Tuhan yang Maha Bijaksana yang patut kita kagumi. Kepintaran mengatur segala kudrat dan iradat alam maya ini dengan peraturan yang tepat dan teratur. Mathematical formula alam maya ini sunggup "precise" sehingga setiap cakrawala di ruang angkasa begitu tersusun dengan teratur. Alam ini di atur oleh kuasa yang Maha Bijaksana. Kepakaran ini tidak di miliki oleh seorang pun makhluk yang di jadikan.

Kuasa "sebab dan musabab" ini lah apa yang di kaji para saintis terkemuka di atas muka bumi ini. Kuasa ini juga lah apa yang di kaji para pengamal mistik dan kerohanian. Bukan kah kita akan dapat mengunakan kuasa setiap benda yang ada jika kita tahu bagaimana reaksi dan tindakan nya? Di dalam setiap detik "jangka hayat" yang kita lalui semasa kehidupan kita di muka bumi ini, kuasa "sebab dan musabab" ini akan berkuat kuasa untuk menentukan apa yang akan berlaku di realiti hidup kita. Respon atau tindak balas yang akan berlaku perlu kita teliti dan pelajari supaya kita boleh mengatur langkah dengan lebih berkesan. Kita boleh uji kuasa "sebab dan musabab" ini di setiap perkara yang berlaku. 

"Suara" yang kita gunakan mempunyai kuasa "sebab dan musabab" yang amat berkesan. Perkataan yang kita sampaikan dengan bunyi huruf yang tertentu membawa tindak balas yang berbeza jika di gunakan dengan nada tinggi dan rendah. Apa yang kita "suarakan" akan di dengari dan itu adalah satu isyarat yang kita hantar untuk sampaikan hajat tertentu. Memahami tindak balas alam sekeliling kita adalah "ilmu" yang patut di tuntut sepenuhnya.  Senyuman di wajah kita selalu nya akan mendapat balasan yang sama apabila di lakukan dengan keikhlasan. Ini kuasa "sebab dan musabab" yang lazim kita gunakan di setiap pertemuan dengan orang di sekeliling kita. 

Tetapi kuasa "sebab dan musabab" ini sangat meluas sehinggakan kepada anasir alam yang di jajah empat kuasa besar yaitu "air, api, angin dan tanah". Kuasa "empat penjuru" ini telah di tuntut kebanyakan para pengamal mistik dan kerohanian untuk menguji tenaga kuasa nya. Begitu juga para saintis di seluruh dunia yang mengkaji ilmu alam yang kita pelajari di bangku sekolah dan maktab pengajian. Apa yang cuba kita kenal adalah kuasa "sebab dan musabab" ini untuk di gunakan sebagai ilmu pengetahuan semasa kehidupan kita. Ini lah hukum "hudud" yang kita cuba hayati dan amalkan sebagai "penuntut" ilmu dan mengamalkan nya sebagai "penganut" yang shahih. 

Setiap manusia di muka bumi ini adalah "penganut" hukum "hudud" Allah swt yang telah di turunkan kepada alam maya ini dengan kuasa "sebab dan musabab" atau sunnatullah. Rahsia "seru sekalian alam" ini di miliki "Rasullulah" dengan sunnah sifat sifat kemanusian nya. Jika kita ingin menjadi manusia yang berilmu dan beriman, kita perlu mendalami ilmu "sebab dan musabab" ini yang merangkumi seluruh anasir "empat penjuru" alam yang di kuasai "air, api, angin dan tanah". Bukan kah lambang kalimah "alif, lam lam ha" itu mempunyai kaitan dengan anasir "empat penjuru" alam ini? Berdiri seperti "api" rukuk seperti "angin", sujud seperti "air" dan duduk seperti "tanah". Bukan kah sembahyang kita yang di bawa "Rasulullah" itu mempunyai rahsia yang sangat tinggi untuk tunjukan kuasa Allah swt.

Lihat lah bencana yang melanda bumi ini. Kuasa apakah yang di gunakan untuk musnahkan dan hancurkan alam semesta. Bukan kah segala nya datang dari anasir "empat penjuru" alam yang memerintah kerajaan langit dan bumi dengan "sebab dan musabab" hukum "hudud" Allah swt Maha Pencipta kita. Sudah kah kita memasang "niat" itu untuk menjadi "saksi" dan buat perakuan bahawa Allah swt itu Tuhan seru sekalian alam? Apabila kita kenal kuasa "sebab dan musabab" ini, setiap "tanah" di bumi yang kita pijak, setiap "air" yang kita curah, setiap "angin" yang kita hidu dan setiap bahang "api" yang kita sentuh adalah kuasa Allah swt yang kita temui di setiap detik waktu. Apakah kita boleh terlepas atau lari bersembunyi dari kuasa pemerintahan Allah swt ini? Di sinilah lah kita manusia perlu bershukur setiap kali kita mengunakan empat anasir alam ini. Ini lah apa yang Allah swt tuntut apabila kita mengunakan empat anasir alam ini dengan menyebut nama NYA. Bukan kah kuasa Allah swt itu wujud di mana mana?

Edit 4.7.13
Jasad manusia yang hidup mempunyai empat anasir air, api, angin dan tanah ini. Kuasa kebesaran Allah swt telah ada di dalam diri kita untuk di gunakan. Nafas yang kita gunakan untuk bersuara atau berkata. Bukan kah suaraa yang kita sebutkan boleh membuat orang akur menurut perintah? Jadi jika kita gunakan anasir "angin" ini dengan "nafas" kita untuk merujuk kepada kuasa Allah swt dan mengisi "isim" ayat "bahasa Allah swt" untuk menuntut kudrat dan iradat NYA, sesuatu itu boleh berlaku dengan cukup segala "sifat" jika di salut dengan sunnah "Rasullulah" saw. Menuntut "hak" kepada Allah swt adalah sesuatu yang perlu di lakukan oleh setiap hamba Nya yang "lemah, dhaif, fakir dan hina" ini. Perakuan perlu di buat untuk istiharkan "kehambaan" diri kita pada Zat yang Maha Berkuasa.

Tidak seorang manusia pun boleh mengaku mereka mencipta empat anasir "air, api, angin dan tanah" ini. Sebagai manusia yang ingin mendalami "ilmu" yang di kuat kuasakan "sebab dan musabab" ini, perlu merujuk kepada "asas" kejadian dalam kajian usul. Kajian usul ini boleh membantu kita memahami sistem peranan empat anasir "air, api, angin dan tanah" ini. Setiap perkara di realiti hidup kita mempunyai "tenaga" untuk berlaku atau wujud di alam nyata ini. Kuasa "sebab dan musabab" ini mempunyai "hijab kabul" yang di tempah "pilihan dan peluang" oleh "jangka hayat" yang ada pada "nyawa" kita. Ini termasuk dalam rahsia urusan "niat" di mana Allah swt sentiasa melihat untuk memandang.

Merayu perhatian Allah swt sepatut nya menjadi "ilmu" yang patut di tuntut. Kerana kita ini mempunyai hawa "nafsu" yang buta dan tidak dapat melihat hakikat kebenaran melainkan jikalau ingatan "iman" kita yang bisu itu berhajat untuk mengenal "ilmu" pengetahuan yang ada di tangan Allah swt. "Ilmu" itu tidak akan dapat di fahami "akal" yang pekak jika sifat Rasulullah itu tidak menuntut nya. Penyampai informasi maklumat ini yang di salurkan oleh "ruh" yang Qudus hanya akan di turunkan kepada hamba yang mempunyai sifat sifat yang pernah di sandang Rasulullah. Setiap "kebijaksanaan" yang ingin mengenal "hakikat" kebenaran perlu mempunyai "kejujuran" untuk menyampaikan nya. Jika "keikhlasan" ini tidak wujud di jiwa manusia, penyelewengan akan berlaku untuk putar belit kan "fakta" dengan tipu muslihat.

Perlu kita ketahui bahawa setiap "ilmu" yang di salurkan dari fakta "hakikat" boleh di selewengkan oleh anasir yang mempunyai kepentingan. Ini kerana hawa "nafsu" yang buta ini akan berpihak kepada kepentingan nya jika mengugat kesejahteraan nya. Hanya ingatan "iman" yang bisu sahaja akan memegang "amanah" dengan taat setia untuk menyumbang kepada kebenaran tanpa mempersoalkan kebenaran itu. Tidak semua "hakikat" bermula dengan cahaya yang terang. "Akal" yang pekak perlu mengilap obor "ilmu" supaya menyala dengan sinar kebenaran.   

Edit 29.8.13

Jika kita perhatikan urusan "niat" di dalam "hati" kita. Di situ lah bermula nya segala "doa" yang kita pinta di setiap detik waktu. Cuba lah kita perhatikan betapa setia nya Alla swt melayan kehendak kita apabila "hati" kita telah mengisikan "niat" untuk melakukan sesuatu. Bukan kah jasad tubuh kita akan terus bergerak untuk membuat sesuatu agar hajad atau "doa" itu tercapai? Allah swt akan memlihat "niat" setiap anak Adam yang di namakan manusia ini. Sebab kejadian manusia mempunyai "protokol" yang akan di sabut dengan pentadbiran kerajaan langit dan bumi. Ini lah seru sekalian alam yang telah di beri kepada setiap "baka" Nabi Muhammad dan umat nya. Bukan kah Nabi Muhammad telah di beri rahmat yang akan di seru sekalian alam? 

Baka Nabi Muhammad itu ada di dalam "nasab" kita. Bukan kah DNA atau deoxyribonucleic acid kita tidak pernah terhapus dari keturunan kita? Setitik dari "baka" nasab Nabi Muhammad ini lah yang perlu kita "semai" dan gilap sehingga ia bersinar dengan sifat sifat kemuliaan nya.  Tanpa sifat sifat Rasulullah ini, tidak akan tunduk segala seru sekalian alam ini. Cuba lah kita perhatikan sifat sifat yang mungkar di alam maya ini yang selalu nya akan membencana dan kemusnahan. Hanya jika kita mempunyai sifat sifat Rasulullah sahaja, hidup kita akan di curah dengan rahmat kesejahteraan nya. Orang yang "jujur" akan sentiasa di sanjung tinggi. Orang yang "ikhlas" akan sentiasa di hormati. Orang yang "benar" akan sentiasa di dekati. Orang yang "bijak" akan sentiasa di kunjungi. Rasullulah wujud di mana mana!!!!!!!!!!!!

Adakah Rasulullah itu wujud di dalam diri kita?????? Adakah kita mempunyai sifat "jujur" yang sentiasa untuk di guna pakai? Adakah sifat "kasih sayang" yang akan kita salurkan kepada sesiapa sahaja. Adakah sifat "kesabaran" yang perlu kita terapkan untuk melalui ujian hidup? Sifat sifat ini lah yang perlu kita terapkan supaya sentiasa bertapak di dalam jiwa kita. Ini lah agama "ISLAM" yang cuba Rasulullah bawa dan terapkan di dalam setiap manusia sebagai umat nya. Tetapi ajaran ISLAM yang di bawa Rasulullah tidak di amalkan dengan sempurna. Itulah mengapa dunia kita sekarang ini penuh dengan kemungkaran. Sebab mereka tidak mahu mengamalkan ajaran Rasulullah. Sifat sifat Rasulullah tidak pernah di guna pakai. Hanya sarban dan janggut sahaja yang di tayangkan kesana sini. Bayangkan lah jika semua dari kita mempunyai sifat sifat Rasulullah ini. Bukan kah dunia ini akan aman dan sentosa? Jadi jangan salah kan ISLAM jika MUSLIM itu MUNAFIK bila mereka tidak pernah kuat kuasakan sifat Rasulullah..

Kita boleh lihat orang yang mengamalkan sifat sifat Rasulullah ini yang bukan beragama Islam dapat mengnikmati hidup dan kekayaan yang meluas. "INTEGRITY" yang mereka amalkan sangat ketara sehingga menjadi Standar Operating Procedures yang di terapkan. "ETHICAL BUSINESS CONDUCT" yang mereka pamirkan sungguh menyerlah untuk di sebarkan. "DEMOCRACY" yang mereka galakkan untuk pastikan keadilan. Jadi dimanakah hukum "syariah" agama Islam kita?  Mengapa ISLAM itu masih kabur terselindung di sebalik tabir sedangkan amalan yang mereka cuba terapkan itu semua nya datang dari sifat sifat Rasulullah? Jika Allah swt yang mengatur dan mentadbir seluruh alam ini dengan begitu tersusun sekali, mengapa UMAT MUHAMMAD tidak tahu menyusun hidup mereka dengan sempurna?

Inilah malapetaka yang sedang kita alami. Bangkitlah UMAT ku!!!!! Kita perlu corak satu REKAAN PINTAR" atau (intelligent design) dan jadikan mereka "PENGIKUT" kita. Dimana "KHALIFAH" yang sepatut nya MENGIMAMKAN kita!!!!!! Tuntut lah "ILMU" kemana sahaja!!! Pulanglah dengan membawa "PENAWAR" yang sangat kita perlukan. Basmikan lah segala gejala RASUAH yang telah bermaharajalela!!!!! Jauhilah amalan RIBA, JUDI, TIPU, dan SOGOKAN!!! Kita perlu cari jalan penyelesaian yang lebih baik demi untuk generasi kita yang akan datang. Jangan sekali kali kita serahkan KUASA kepada orang yang tidak boleh kuasakuasakan!!!!! Kita perlu beri kepercayaan kepada orang yang mempunyai "ILMU" untuk melaksanakan nya.

Mahukah kita menjadi PENGIKUT kepada orang yang BODOH???? EKONOMI kita perlu di perkasakan agar kita tidak perlu menadah tangan kepada kaum yang tidak pernah ikhtiraf kesucian ISLAM. Ruang untuk menimba "ILMU" telah di sediakan di mana saja. Bongkarlah bumi kajamah ini dan panjatlah langit kasibun itu. Kita akan menjadi orang yang lebih baik dari semalam. Belajarlah sehingga kita ketahui mengapa "api" itu menyala, "air" itu mengalir, "angin" itu berhembus dan "tanah" itu subur. Kenal lah kudrat dan iradat Allah swt dan Rahmat Rasulullah seru sekalian alam. Kita akan berdiri di atas muka bumi ini dengan penuh bersemangat apabila kita kenal Allah swt dan Rasulullah saw.  

Edit 19.2.14

Bumi Malaysia ini hanya sekeping sahaja di dunia ini yang boleh kita akui sebagai "tanah melayu" peninggalan datuk nenek moyang kita. Jangan sampai tanah yang sekeping ini tergadai di tangan kaum dan bangsa lain. "Demokrasi" yang di laungkan  dunia barat mempuyai agenda mereka yang tersembunyi. Mereka ingin menyusup masuk dengan ideologi "global" agar mereka boleh kuat kuasakan budaya fahaman mereka. LBGT telah mula di terapkan untuk di selaraskan. Homoseksual akan di beri "hak" sama rata untuk musnahkan instituisi kekeluargaan. Si Buta akan di beri "hak" istimewa yang tidak boleh di gugat oleh Si Bisu dan Si Pekak akan di biarkan terpingah pingah tanpa hala tuju. Sifat kebinatangan akan di terapkan supaya kita kekal begitu dan tidak dapat berhijrah menjadi manusia yang sebenarnya.

Kita telah mula menyusut kepada "chaos" di kala zaman alam ini di jadikan. "Order" yang telah lama kita nikmati dengan keharmonian hidup akan mula cuba di musnahkan. "Partikel" di ketika itu sebelum muncul wujud menjadi realiti, hanya mempunyai kebolehan menyentuh atau "tactile" untuk mengenal alam sekeliling. Begitu lah ketika hawa "nafsu" di jadikan apabila Tuhan bertanya, "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu???" Tetapi hawa "nafsu" yang di jadikan dari "api" tidak mahu menjawab sebab ia tidak dapat mengenal dengan kebutaan nya. Setelah di bakar beribu tahun dan di tanya lagi, hawa "nafsu" masih tidak mahu menjawab atau mengakui dan terus di bekukan dalam salji beribu tahun lagi. Apabila di tanya lagi, hawa "nafsu" masih tidak mahu mengakui dan mengiktiraf Tuhan Alam Semesta. Lalu hawa "nafsu" di hukum hanya satu hari dengan tidak di beri makan. Kemudian hawa "nafsu" mula sedar ada kuasa yang boleh mengugat kestabilan nya dan akur dan mengakui bahawa "Engkau adalah Tuhan yang memerintah seru sekalian alam."

Inilah Si Buta itu yang perlu kita didik dengan penuh bijaksana. Sebab hawa "nafsu" tidak akan tunduk selagi dia tidak di ancam dengan "kunci nafsu" untuk mengawal keganasan nya. Namun Si Bisu yang memegang watak ingatan "iman" perlu mendapat pengetahuan "ilmu" untuk di jadikan memori ingatan. Jika tidak ingatan "iman" hanya boleh melihat tanpa pengetahuan tentang perbezaan hakikat dan kebathilan atau "true or false" yang menjadi asas peranan nya untuk mengenal pasti kenyataan. Jadi Si Pekak yang menyalurkan informasi maklumat dari deria panca indera yang lima perlu menghulurkan "ilmu" kepada ingatan "iman" supaya ia tegap berdiri teguh mempertahankan pendirian nya. Inilah apa yang berlaku di dalam diri kita ini.   

Edit 15.3.14

Kita manusia sebenarnya "buta" dan hanya dapat melihat melalui sinaran cahaya. Kita selalu nya "bisu" tidak dapat memahami apa yang di lihat dan fikiran kita sebenar nya "pekak" kerana tidak mengetahui hakikat kebenaran. Hanya "ilmu" yang membuat kita mengenal kenyataan realiti untuk mentafsir hakikat kebenaran. Bukan kah kita manusia tidak dapat melihat Tuhan Alam Semesta???? Tanpa "cahaya" kita sentiasa berada di dalam kegelapan. Pelita "cahaya" ini adalah "ilmu" yang di curahkan dari sinaran cahaya ilahi. Sebab "ilmu" ini adalah makhluk pertama yang di cipta dengan satu "cahaya" yang turun (the first bright light) untuk menjadikan segala gala nya di alam maya ini. Cahaya "ilmu" inilah yang membuka ruang yang kosong (empty space) untuk alam maya ini berkembang. Larutan radioaktif (radioactive decay) dari "cahaya" ini menjadikan haba di mana "api" itu menyala. Haba "api" ini bergolak di dalam ruang yang kosong untuk jadikan "graviti" di ujung ruang kegelapan. Ruang kegelapan ini lah di mana hawa "nafsu" itu terkumpul dengan daya tarikan graviti nya. 

Kegelapan ruang graviti hawa "nafsu" tercurah limpahan cahaya "ilmu" untuk memperkenalkan suasana keadaan untuk mendapat secebis ingatan "iman" tentang hakikat kebenaran realiti yang berlaku di sekeliling. "Ilmu" ini lah berat muatan yang akan di serap tarikan graviti hawa "nafsu" sebagai panduan pilhan nya. Setaip "pilihan" (choice) yang di buat akan selalu memerlukan "peluang" (chance) yang dihulurkan suasana keadaan yang di serah "takdir dan nasib" atau qada dan qadar (fate and destiny).  "Akal" tidak pernah mencorak keadaan "ilmu" tetapi hanya menyuluh kearah risiko dan akibat untuk membuktikan hakikat kebenaran. Bukti dan fakta hanya perkakas yang di perlukan fikiran untuk mengukur tahap kebenaran. "Keyakinan" adalah kemuncak kepercayaan yang di paut keimanan. Segala gala nya masih menjadi tanggapan dan andaian sehingga kita bertemu hakikat kebenaran. Si buta, si bisu dan si pekak masih mencari hala tuju perjalanan.Pilihan dan peluang masih di beri pada setiap langkah yang di laui. Bumi yang kita pijak memerlukan langit sebagai panduan. Sesuata yang di atas selalu memberi bimbingan walaupun kita perlu memandang tanah yang di pijak. 

Ada "jembatan" yang mengikat di hujung langit dan bumi ini. Cari lah "israq dan miqraj" yang pernah Rasulullah buktikan. Lubang cacing (wormhole) ke alam dimensi yang berbeza amat perlu kita jelajahi. Kita manusia di jadikan untuk hidup di dua alam yang berbeza ini. Alam kenyataan dan alam ghaib berkait rapat dengan satu ikatan yang amat halus. Jembatan "siratalmustaqim" ini perlu kita cari sehingga kita sampai di sana. Tanpa seteguk "air" keimanan yang di curahkan Rasulullah, kita tidak akan dapat melintasi jembatan ini. Dia lah cahaya "nur" itu yang perlu kita cari untuk melihat hakikat kebenaran. Dia lah "akal" itu yang di sebut "pena" untuk menulis "ilmu" di dakwat air lautan yang teramat luas.   

Edit .4.5.14

Segala kehidupan yang ada di dalam alam maya ini bermula dengan "particle" yang ghaib sebelum wujud di realiti. Begitu juga kita sebelum menjadi "benih" di dalam perut ibu kita. Ketika itu kita "buta" dan tidak tahu mengenal sesuatu apa pun melainkan dengan sentuhan "peluang" untuk kita buat "pilihan" dengan keinginan itu. Tenaga "tactile" ini adalah asas semua kehidupan dan spesis alam maya ini termasuk planet dan cakra wala. Sentuhan si "buta" ini berkaitan rapat dengan daya tarikan graviti. Sebab "particle" diri kita berada di dalam ruang graviti itu sebagai "takdir" atau Qada (fate) dengan daya hawa "nafsu" nya yang membuat "pilihan" (choice) pada keinginan nya,.apabila datang "peluang" (chance) dari nasib (destiny) yang di hulurkan oleh situasi keadaan yang berlaku dengan kuasa "sebab dan musabab". Disitu kita mula membuat perbezaan dan perbandingan di antara itu atau ini ("lelaki atau perempuan") dengan senyap seperti si "bisu".kerana tidak mempunyai pengetahuan akan kesudahan nya. "Zygote" yang melekat atau "alaq" di rahim ibu kita di mana "particle" atau zarah kita berada di ketika itu sebagai hermaprodit. 

Kita tidak berjantina ketika itu dan jiwa kita sebenarnya hermaprodit. Itulah mengapa kita boleh melihat ada manusia yang berjasad wanita tetapi berpewatakan lelaki. atau sebaliknya.  "Pilihan" yang kita buat di ketika itu untuk menjadi "Adam atau Hawa" adalah muktamat.untuk di perkenankan dengan wujud nya jasad itu dari tulang sulbi. atau tongkeng (coccyx) "Watak" itu sudah kita pilih untuk di lakonkan di pentas realiti. Tetapi asas "hermaprodit" ini masih wujud di dalam diri kita.  


Edit 5.5.14

Jiwa kita sebenar nya tidak pernah muda atau tua. Hanya jasad yang menjadi bahtera tubuh nya sahaja akan kian mereput. Jiwa dengan "ruh" adalah dua entiti yang berbeza. Jiwa ini boleh kita kaji selidik tetapi bukan "ruh" yang terpelihara dengan rahsia ketuhanan yang amat halus. Jiwa ini adalah tenaga zarah atom yang meliputi alam maya ini di bawah pentadbiran kuasa "sebab dan musabab" yang menjadi urusan Qada dan Qadar. Inilah kudrat dan iradat yang kita gunakan sepanjang "jangka hayat" kita yang di "pinjam" dari sumber "ruh" yang sangat halus. Itulah mengapa kita di minta mempertangung jawabkan segala perbuatan yang telah kita lakukan sebagai amalan kita yang di beri "nyawa" untuk merasai "hidup" dan "wujud" seperti Tuhan Maha Pencipta kita. Apabila kita di beri "peluang" untuk merasai kehidupan seperti mana Tuhan itu hidup, sudah pasti segala menyelewengan perlu menerima balasan nya. Risiko dan akibat (risks and consequences) ini satu peraturan alam yang semula jadi. Sebab apabila kita di beri "lepas bebas" (free will) dengan ada nya keinginan hawa "nafsu" untuk buat "pilihan", "peluang yang di hulurkan datang dengan bungkusan risiko dan akibat untuk di hayati ingatan "iman" dengan kepercayaan nya. "Akal" yang datang membawa informasi maklumat di mana lintasan fikiran itu berlalu adalah dacing yang menimbang "berat muatan" yang di angkut hawa "nafsu" dan ingatan "iman" untuk di jadikan "identiti" diri mereka yang tersendiri. 

Jiwa hawa "nafsu" dan jiwa ingatan "iman" adalah dua kembar seiras yang mempunyai perwatakan yang berbeza. Itulah mengapa "wajah" kita itu tidak pernah nya kekal berseri. Tuhan mencipta "wajah" kita itu dengan mempunyai dua cermin. Hawa "nafsu" akan selalu memandang melalui "mata hati" ingatan "iman" dengan kesedaran nya. Laluan jiwa yang melintasi saluran darah di jantung dan naik ke otak di mana "synapses" pembuluh "afferent dan efferent" itu menyalurkan ke sistem saraf (nervous system) ke dalam hati. Hempedu yang terselit di sebelah hati ini adalah tempat di mana hawa "nafsu" itu bertapak di sisi limpa untuk menarik khasiat kimia dan buangan toksik turun di bawah pusat di tulang tongkeng atau sulbi (coccyx). Disitulah di mana deoxyribonucleic acid atau DNA kita terkumpul. Baka nasab kita tidak pernah terhapus dari keturunan nya. Dari Nabi Muhammad permulaan setiap denyutan nadi baka asal usul kita sebelum Nabi Adam di jadikan dengan jasad dimana Siti Hawa terletak di sisi kiri nya. 

 Siti Hawa ini adalah tempat hawa "nafsu" itu mendesak sehingga jantung di mana "hati" itu terselit terpesong kekiri. Nabi Muhammad menasihatkan kita supaya tidur di atas dada kanan seperti mana Nabi Adam di baringkan. Itulah secara saintifik yang di sebut "respiratory position" untuk jasad yang terlantar. Kajian sains kerohanian ini adalah teori empirikal kami untuk menyiasat kesan biologi jasad dengan jiwa rohani nya. Masih banyak yang perlu di selidiki untuk kami jadikan sandaran yang lebih kukuh.  

 Edit 6.5.14

Jasad tubuh kita adalah baka "bumi" yang akan di tuntut hak milik nya. Setiap badan yang terbentuk berpaut pada graviti tarikan bumi nya. tanpa tarikan graviti, jasad yang terbentuk akan terlerai dan berkecai. Itulah yang di katakan "mati" dengan "ajal" yang telah di tentukan. Urusan "tamat tempoh" dengan susut nilai pada "jangka hayat" kita adalah sesuatu yang perlu di perhatikan. Jika kita perhatikan tenaga seharian hawa "nafsu", kita akan dapati bahawa hawa "nafsu" mempunyai kuasa emparan (centrifugal force) yang di anjak dari kuasa abadi (perpetual force) untuk menambah susut nilai (entropy) nya. Jadi "nyawa" kita perlu mendapat "lanjutan tempoh" pada setiap berkala. Sebab tenaga hawa "nafsu" tidak pernah kekal. Kita akan lapar semula setelah kita makan dengan kenyang. Kita akan haus semula setelah minum segelas dua. Kita akan mengantuk setelah bangun seharian. Kita akan perlu berehat setelah berkerja dengan penat. 

Jadi jarak masa tenaga hawa "nafsu" ini sangat terhad. Ia sangat memerlukan tambah nilai seperti mana kuasa emparan yang perlu di anjak semula. Untuk menambah nilai tenaga itu, kita memerlukan "semangat" untuk menempah "lanjutan tempoh" itu. Tanpa "semangat" ini, kita akan berada di dalam keadaan "putus asa" untuk menghentikan segala usaha. Itulah bagaimana setiap orang yang berputus asa akan "pembunuh diri" nya. Patah semangat ini berlaku di setiap detik waktu. Daya untuk meneruskan usaha kehidupan kadang kala terbatal. Lemah semangat ini adalah satu "kecuaian" (negligent) yang di sengajakan. 

Kecuaian yang sengaja dan tidak di sengajakan adalah "penyebab" yang paling tinggi setiap kematian jasad tubuh itu berlaku. "Ajal" adalah satu ketetapan yang berlaku dengan mengejut dari "sebab dan musabab" nya. Akan ada tanda tanda awal untuk di beri perhatian. Deringan di telinga adalah tanda susut nilai yang paling ketara. "Lanjutan tempoh" untuk hidup perlu di mohon dengan daya usaha dan semangat yang kuat. "Cuai" dan "putus asa"  adalah sebab yang paling utama. Tetapi kita perlu hidup dengan "sebab" yang tertentu. Tanpa "sebab" yang munasabah, "jangka hayat" kita tidak akan di lanjutkan. Begitu juga dengan kematian yang mempunyai "sebab" untuk di akhiri.


Edit 9.5.14

"Lepas bebas" atau (free will) adalah satu keistimewaan yang di beri untuk di "pilih" dengan keinginan. Tuhan tidak pernah memaksa kita dengan kuasa mutlak Nya. Kuasa "lepas bebas" (free will) ini adalah kuasa abadi  (perpetual) yang memerintah seluruh alam dengan "sebab dan musabab" nya. Malah kita di beri kebebasan untuk mencipta "nasib" kita dengan daya usaha kita sendiri dengan mengunakan kuasa emparan (centrifugal). Apa guna kita di beri kebebasan memilih jika keputusan itu telah di tetapkan. Jika semua yang berlaku adalah dengan perintah dan kuasa sepenuh Tuhan, setiap kelakuan manusia tidak lagi boleh di persalahkan.  Jadi kuasa emparan (centrifugal) ini lah yang mengubah kuasa abadi (perpetual) semula jadi tadi dari "sebab dan musabab" nya. Jadi mengapa "manusia" ini di beri keistimewaan itu??? Tidak seperti "malaikat" yang lurus dan taat tanpa melangar perintah arahan Nya. Apabila para "malaikat" mentaati Tuhan kerana mereka dapat melihat Tuhan dengan nyata, kita "manusia" di beri "iman" untuk mencari kewujudan Nya dengan kepercayaan. Sebab itu kita di beri lima panca indera dari hawa "nafsu" dan ingatan "iman" untuk mengkaji "hakikat kebenaran" dari yang bathil.  

Kita "manusia" di beri kuasa untuk "mencipta" seperti Tuhan dan menguji segala daya kuasa yang ada untuk buat perbandingan. Kita di beri "peluang" untuk mencari kuasa lain untuk buat perbezaan dan mengukur kehebatan Tuhan dari yang lain. Di dalam khalimah tauhid "laillahaillallah" kita di cabar untuk menguji kuasa selain dari Allah dan mengaku bahawa Allah Taala yang Maha Berkuasa. Inilah apa yang perlu di lakukan oleh hawa "nafsu" kita. Ingatan "iman" kita akan di uji untuk buat perbezaan di antara "hak" atau "bathil". Sebab itu "Iblis" di beri kebenaran untuk mengoda setiap manusia. Sistem ini sangat adil untuk mencari "keikhlasan" yang paling tulus. Agama Islam adalah agama yang paling suci dan sempurna. Nabi Muhammad telah mengatur segala urusan hidup kita dengan sunnah dan tunjuk ajar nya. Kita di ajar dengan begitu teliti bagaimana untuk kita menyembah Tuhan Yang Maha pencipta. Dia lah yang memperkenalkan kita kepada Tuhan dan memberi atur cara yang sistematik untuk beribadat kepada Nya. Ilmu ketuhanan Islam sangat agung dan terperinci.

Edit 10.5.14

Tuhan telah membuktikan kepada kita bahawa Dia boleh mendidik dan mengajar sesiapa saja yang di kehendaki, walaupun seseorang itu tidak tahu menulis atau membaca. Bukan kah Tuhan telah mengajar Nabi Adam tentang perkara yang tidak pernah di ketahui oleh para malaikat sekalian????? Jadi Nabi Besar kita Muhammad mahu kita mengenal Allah swt agar kita boleh meminta "taufik dan hidayah" daripada Nya. Disinilah kita perlu belajar mengenal Allah swt. supaya kita boleh berhubungan terus kepada Nya. "Ilmu" Tuhan amat luas dan merangkumi segala urusan baik di dunia ini atau di akhirat. Siapakah saintis yang paling layak untuk memperjelaskan "ilmu" alam maya ini. Rahsia itu berada di tangan Tuhan dan kita boleh mohon untuk dapatkan "ilmu" itu tanpa sebarang batasan. 

Apabila si "buta" tidak boleh melihat, si "bisu" tidak boleh bersuara dan si "pekak" tidak boleh mendengar, ketiga tiga "entiti" ini perlu bergabung untuk melakukan sesuatu urusan. Mereka bertiga tidak boleh berpisah sama sekali kerana saling memerlukan satu sama lain di dalam setiap urusan. Jika si "buta" tidak boleh melihat untuk menulis, si "bisu" tidak boleh bersuara untuk membaca dan si "pekak" tidak boleh mendengar untuk memahami, gabungan kesemua keupayaan itu akan menjadikan mereka satu "entiti" yang cukup sempurna. Inilah apa yang Allah dan Rasul cuba terapkan kepada seluruh umat manusia. 

Hawa "nafsu" kita yang "buta" akan kerap berjerit, ingatan "iman" kita yang "bisu" akan kerap mendorong sedang "akal" fikiran kita yang "pekak" akan kerap bertanya. Jadi siapakah di antara mereka ini yang sepatut nya menjadi "pemimpin"??????? Ingatan "iman" inilah yang sepatut nya lebih sesuai untuk menjadi "pemimpin" di dalam kerajaan jasad tubuh diri kita. Jika kita ambil "akal" fikiran sebagai "pemimpin" diri kita, nescaya kita akan mudah tertipu dan terpedaya. Sebab "akal" akan mengunakan "logik" yang bersandarkan bukti dan fakta yang boleh di sogok dan di palsukan. Sebab "akal" tidak akan bertangung jawab di atas segala perbuatan nya dan boleh pergi menghilangkan diri. Yang menangung risiko dan akibat adalah ingatan "iman" yang selalu memendam rasa kebimbangan. Hawa "nafsu" hanya akan menaruh "harapan" untuk dapatkan keinginan nya. Konflik dalaman ini perlu kita teliti dan siasat untuk kita selidiki pergolakan yang melanda.

Edit 26.5.14

Harapan (hope), azam (will) dan gerak (act) adalah permulaan "niat" (intention) untuk segala dari  urusan hidup kita. Harapan (hope) itu adalah kepunyaan hawa "nafsu" (desire) dengan keinginan nya, azam itu adalah kepunyaan ingatan "iman" (belief) dengan kepercayaan nya dan gerak (act) itu adalah kepunyaan kesedaran "akal" (mind) fikiran nya. Segala apa yang di inginkan hawa "nafsu" perlu di percayai ingatan "iman" sebagai "niat" yang akan di sempurnakan oleh "akal" fikiran kita. Itu lah kehidupan kita yang sebenar di alam realiti ini.

Tetapi ada seketika di antara realiti kenyataan itu yang berlaku tanpa kesedaran kita di dalam ruang "celah lenyap" yang perlu kita beri perhatian. Tidak semua perbuatan yang kita lakukan itu dengan di "sengajakan" oleh diri kita sendiri. Ada perkara yang berlaku tanpa "niat" yang tidak di sengajakan ini oleh kita sendiri. "ruang" ini di dalam "jangka hayat" kita di anggap ruang "nasib" (destiny) yang di tadbir kuasa "takdir" (fate) untuk berlaku di setiap realiti yang berlalu. Ruang ini berada di luar kuasa kita yang kita lalui dengan "menyerah diri" atau (muslim) kepada kuat kuasaan nya. Itulah mengapa setiap manusia tertakluk kepada kuasa "sebab dan musabab" (cause and effect) yang berlaku di luar kehendak kita sendiri. Kuasa Qada dan Qadar (Fate and Destiny) ini tetap akan berlaku untuk mencorak kehidupan kita.

Edit 8.8.14

Setiap bayi yang lahir akan di tadbir oleh kuasa "sebab dan musabab" ini sehingga lah ia dewasa untuk memerintah hidup nya dari kuasa "lepas bebas" (free will). Kuasa "lepas bebas" ini memerlukan "ilmu" dan "kepakaran" di mana kita perlu memiliki pengetahuan dalam setiap keinginan untuk melakukan "corakan pintar" (intelligent design). Kuasa "mengubah" (change) ini tertakluk kepada "pilihan" kita sendiri dengan kuasa emparan (centrifugal) dari kuasa abadi (perpetual) yang semula jadi. Sebab kita di tadbir oleh kuasa "takdir" sejak lahir lagi dan perlu mencorak dengan kuasa "nasib" di perjalanan hidup. Kita telah di beri "pilihan" (choice) untuk mencari "peluang" (chance) dengan kuasa "lepas bebas" (free will) itu. Kuasa "pilihan" di beri pada hawa "nafsu" kita, kuasa "peluang" di beri pada ingatan "iman" kita dan kuasa "lepas bebas" di beri pada fikiran "akal" kita. Inilah Si buta, Si bisu dan Si pekak itu.

Apabila kita pada mula nya di bimbing dengan keputusan kuasa abadi (perpetual) "takdir" sejak lahir, setiap "ilmu" yang kita perolehi akan memberi kita kuasa emparan (centrifugal) untuk buat keputusan itu sendiri dari haluan "lepas bebas" di mana "pilihan dan peluang" itu di berikan untuk menentukan "nasib" kita sendiri. Kebolehan dan kepakaran kita yang kita miliki akan menentukan "nasib" kita itu lebih terjamin. Contoh nya seperti kita menembak anak panah pada sasaran nya. Jika kita tidak mempunyai pengalaman atau kepakaran untuk menembak anak panah itu. maka sasaran itu hanya akan mengena dengan peluang nasib tetapi jika kita sudah mempunyai cukup pengalaman dan kepakaran, mengenai tepat pada sasaran  nya bergantung kepada tahap kebolehan kita.  Tumpuan pada sasaran hidup masih memerlukan "nasib" sebagai peluang sehingga kita telah menjadi "pakar" yang boleh menghasilkan ketepatan yang pasti. Sebab kuasa "peluang" (chance) dan "nasib" (destiny) ini masih berada di tangan Tuhan dan memerlukan satu komunikasi "doa" dan permintaan yang kita lakukan di dalam sembahyang. Inilah tujuan nya kita menyembah Allah swt.

Tuhan perlu mendidik kita dengan ujian dan kesilapan (trial and error). Tetapi setiap kesilapan itu tidak boleh di ulangi berkali kali. Sebab setiap"ilmu" dari kesilapan itu adalah "petunjuk" kepada siratalmustaqim untuk kita berhijrah kepada perubahan yang baru. Mengubah kehidupan kita dengan keupayaan "ilmu" pengetahuan sangat penting untuk dapatkan hasil nya. Kita perlu tahu mengunakan "kudrat dan iradat" yang di berikan. 

Di sini akan terjawab misteri kitab "luh mahfuz" yang di katakan telah mencatat segala amal perbuatan manusia. Segala amal perbuatan dan juga doa permintaan itu telah tercatat di dalam kitab "luh mahfuz" itu. Itulah mengapa ada kitab "sijjin dan illiyin" yang membezakan "niat" perbuatan kita. Sebab kitab "luh mahfuz" itu adalah "Ilmu Pengetahuan" Allah swt Yang Maha Mengetahui dan segala amal perbuatan kita adalah "kudrat dan iradat" Allah swt Yang Maha Berkuasa. Jadi apa juga yang wujud dan berlaku berada di dalam "ilmu" Allah swt sebab mengunakan semua kuasa Nya. Kita hanya di beri "pilihan" dan "peluang" itu sahaja  sebagai "amanah" untuk mendapatkan nikmat dan perlu berurusan dengan Allah swt yang di katakan "ibadah" itu. 

Edit 9.9.14

Tidakkah kita ingin mencari Tuhan???? Sejak Nabi Adam di jadikan dengan di beri "ilmu" yang boleh dijelaskan sesuatu dengan perkataan huruf dan suara, kita perlu tahu sistem menyampai jasad tubuh kita.Untuk memperjelaskan sesuatu kita perlu mempunyai "kefahaman" pada setiap "ilmu" yang di miliki atau di sampaikan. Sebab "ilmu" itu di terima dengan "resepsi" penyampaian dalam jasad tubuh kita. Ada sesuatu yang telah di sediakan di dalam jasad tubuh kita ini untuk menerima "informasi maklumat" itu. Resepsi menerima "ilmu" ini sangat penting kepada setiap manusia yang hidup di dunia ini. Jika kita gagal menerima resepsi "ilmu" ini, maka kita bukan atau tidak mempunyai ciri keperibadian manusia yang asas itu. 

Sebab itu Tuhan menjadikan satu sistem mengenal pasti yang cukup sempurna untuk buat "tapisan" dan "tafsiran" dari apa juga yang di terima "akal" fikiran kita. Tuhan menigis jasad tubuh kita ini dengan "tiga" kuasa yang berbeza. Yaitu hawa "nafsu" yang "buta", ingatan "iman" yang "bisu" dan "akal" fikitan yang "pekak" untuk merumus dan merujuk setiap "informasi maklumat yang di terima. Ini untuk memeastikan tidak ada satu sistem yang monopoli untuk buat keputusan muktamad. "Perasaan" hawa "nafsu", "ingatan" kepercayaan "iman" dan "fikiran" minda "akal" perlu mendengar "hujjah" dan "dalil" yang di kemukakan sebagai alasan mereka tersendiri sebelum "niat" itu di muktamadkan.

Jika kita selam kajian usul di mana cahaya pertama (the first bright light) yang turun untuk jaidkan alam ini, yaitu cahaya "nur" Muhammad yang merupakan "ilmu" sebagai mkahluk pertama yang di cipta Tuhan untuk beri "kefahaman" kepada apa saja yang terjadi atau wujud sebagai "makhluk" di alam maya ini."Ilmu" dari cahaya "nur" Muhammad ini sebenar nya yang menjadi "pandangan" Tuhan yaitu Allah swt. Sebab itu Allah swt tahu apa yang berlaku di alam maya ini. Jadi jika kita ingin bertemu Tuhan Semesta Alam, kita perlu mempunyai "ilmu" itu kerana hanya "ilmu" itu sahaja yang akan di "pandang" Tuhan. Itu lah mengapa kami berkata Tuhan tidak akan memandang Wajah" seseorang itu melainkan hanya "wajah" Rasulullah. Kajian sains kerohanian ini amat sukar untuk kita ungkap dan kupas dengan penuh teliti. Jika "ilmu" itu tidak di beri atau sampai kepada kita, kita tidak mungkin dapat mengenal pasti hakikat kebenaran. Sebab Allah swt mengunakan sistem "reverse effect" atau sentuhan "perasaan" yang meresap dari kesedaran kita.

Tuhan sebenar nya tidak pernah menyembunyikan diri. Dia sentiasa berada di situ tetapi hanya kita sahaja yang tidak mahu mengenal pasti akan kehadiran Nya. Sebab "nur" Muhammad itu yang menjadi cermin untuk melihat kewujudan Tuhan. Bukan mata kasar kita yang "buta" ini.Mungkin pada kita kita anggap bahawa kita sudah boleh melihat tetapi jika kita kaji "eletromagnetik spektrum" di mana udara atmosphera ini mempunyai jalur lebar dan frekuensi yang berlainanan kekisi dengan warna warna yang tertentu. Cuba lah kita lihat "pelangi" yang menunjukkan kekisi warna warna itu. Mata kasar kita hanya dapat melihat dari kekisi warna merah dan oren sahaja yang di katakan sains terkini "visibility spectrum" untuk retina biji mata nampak sesuatu. Jadi kita sebenar nya "buta" dalam keadaan tertentu. Padangan mata kita terhad untuk mengenal pasti sesuatu yang wujud di realiti ini. Jadi boleh kah kita buat keputusan muktamad bahawa Tuhan itu tidak wujud bila kita tidak dapat melihat Nya????? 

Edit 26.11.15
  
 "Ehsan" terhadap Allah swt perlu di aktifkan di dalam setiap detik waktu. Jika "Ehsan' ini terputus di ketika tertentu, kita tidak akan dapat melihat hakikat kebenaran walaupun terpapar di tayangan realiti kenyataan. Sebab realiti ini tidak pernah menjanjikan hakikat kebenaran dengan bukti dan fakta nya. Alam kenyataan di realiti ini hanya satu imbasan muka surat naskah hidup untuk mencari jawapan dari soalan yang belum terjawab. Soalan yang di tanya dengan semua kejadian itu akan memerlukan natijah akal fikiran yang waras. Kewarasan yang tersembunyi di dalam kesedaran kita adalah "tetamu" yang perlu di undang. Sebab keinginan hawa "nafsu" yang "buta" akan selalu berada di muka depan bersama impian ingatan "iman" yang "bisu" untuk membaca muka surat yang tertulis di realiti. Akal fikiran yang "pekak" hanya jadi penonton yang berminat.

Tanpa informasi maklumat dari "ilmu", akal itu tidak mungkin berfikir untuk mencari ketaakulan yang pasti. Maka "kepercayaan" ingatan "iman" perlu berpaut dengan "keyakinan" selagi akal itu meneroka dengan fikiran nya untuk mencari hakikat kebenaran yang tertimbus di realiti.