Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Selasa, 18 Oktober 2011

Bumi

Bumi adalah planet yang paling sesuai untuk di huni manusia dari planet2 yang lain. Empat anasir alam yaitu air, api, angin dan tanah di gabungkan sebagai sumber tenaga untuk manusia menikmati keupayaan nya. Sebagai khalifah yang sepatut nya mengurus "bumi" ini sebagai satu "amanah", akan di pertangung jawabkan di satu hari kelak. Istilah "bumi" yang di perkatakan mungkin mempunyai terjemahan nya yang tersendiri. Jasad tubuh manusia juga di jadikan dari pada "tanah" yang di ambil dari "bumi". Jadi amat perlu kita manusia menjaga nya sebagai satu "amanah" yang paling penting patut di sempurnakan.

Tuhan menjaga "bumi" ini dengan penuh kasih sayang, di salinkan pakaian baju dengan tumbuh tumbuhan dan di mandikan setiap waktu dengan hujan yang kerap turun membasahi "bumi". Segala daki sampah yang di cemari manusia, di cuci bersih untuk menjaga kesucian nya. Tuhan telah mengangkat darjat "bumi" ini setinggi tinggi nya, sehingga manusia di suruh sujud dan cium muka "bumi" jika ingin mendekatkan diri kepada Tuhan. Setiap kali kita manusia melangkah memijak muka "bumi" dengan tapak kaki kita, "bumi" akan merasa malu kerana di hina begitu rupa. Tapi apabila manusia itu sujud menyembah Tuhan, "bumi" akan menanggis sambil mencium muka manusia untuk mendakap keshukuran.

Manusia yang melangkah di atas muka "bumi" ini dengan perasaan angkuh, akan di laknat "bumi" dengan kemarahan nya. Sumber rezeki yang di hulurkan "bumi" kepada manusia untuk menyara keperluan hidup tidak sepatut nya di lupakan. Tanpa "bumi" ini, manusia akan pupus dengan sekelip mata. Jasad tubuh manusia tidak akan mempunyai asas nya, jika tanah yang di miliki "bumi" tidak mendapat restu dari nya. Jasad tubuh manusia adalah milik "bumi" ini. Kita manusia tidak akan wujud di permukaan, jika "bumi" tidak memberi sumbangan yang ikhlas.

Ketika jasad "Adam" ingin di jadikan, "bumi" tidak rela tanah nya di ambil untuk di jadikan tubuh. Hanya setelah di temui malaikat maut, baru "bumi" izinkan tanah itu di ambil. Mengapakah "bumi" merasa berat untuk membenarkan tanah di gunakan untuk jadikan jasad manusia? Persetujuan apakah yang telah di menterai malaikat maut dengan "bumi" sehingga persetujuan itu tercapai? "Bumi" tidak akan berganjak jika tidak ada yang memastikan hak nya. Pinjaman yang di beri perlu di bayar balik. Urusan pentadbiran perlu di sempurnakan. Jika ini tidak di penuhi, manusia akan terima akibat nya.

Edit 13.8.13

Rahsia "bumi" ini perlu manusia siasat untuk lebih mengenali nya. Sebab jasad tubuh kita mempunyai kaitan dengan bumi ini. Jika kita selidik bumi yang di namakan "kajamah" ini, kita akan mendapati ada tenaga yang berpaut rapat dengan isi perut bumi ini. Tenaga tarikan graviti yang telah di tetapkan adalah "hukum hudud" yang di kuat kuasakan dengan "sebab dan musabab" di alam semesta yang di seru sekalian alam. Ini termasuk jasad tubuh kita yang di bentuk dari tanah ini. Jika kita kaji kitab suci Al Quran, kita akan dapati bahawa bumi ini telah di tetapkan menyimpan kitab "sijjin" di lapisan nya yang ketujuh. Apakah "sijjin" itu yang menyimpan khazanah di perut "kajamah" nya setelah manusia hidup di atas muka bumi nya. 

Manusia yang di tempatkan di dalam "sijjin" ini adalah angkara hawa "nafsu" nya yang berkait rapat dengan daya tarikan graviti pada tenaga nya. Untuk mengetahui kitab "sijjin" ini, kita perlu kenal dahulu jiwa hawa "nafsu" kita yang mempunyai tenaga tarikan graviti bumi ini. Tenaga hawa "nafsu" akan mendesak dengan tarikan bumi kepada jasad tubuh nya. Itu lah mengapa manusia akan mengagungkan jasad tubuh sebagai sesuatu yang di sembah. Ini lah punca mengapa kitab "sijjin" itu akan tertulis dengan segala amalan mungkar nya. Untuk terus menyelam kajian sains kerohanian ini pada budi pekerti perangai jasad tubuh yang di tadbir hawa "nafsu", kita perlu bongkar sifat kelakuan hawa "nafsu" ini yang di katakan "buta" di dalam kegelapan. 

Kita tidak akan dapat mengenal Tuhan selagi kita tidak mengenal hawa "nafsu" kita itu sendiri yang berada di dalam jasad tubuh. Ini lah "naluri" yang bergerak mengikut kudrat dan iradat semula jadi apabila ia di jadikan. Setiap manusia di lahirkan dengan asas keperluan hawa "nafsu" ini di mana "naluri" nya akan bertindak mengikut asas ketetapan semula jadi dengan "ilmu" pengetahuan yang sudah tersedia. Ini lah kuasa "sebab dan musabab" yang telah di terapkan di dalam jasad tubuh untuk mencari sumber kesejahteraan nya. Segala jasad yang hidup di alam realiti ini terbentuk dengan kuasa daya tarikan bumi graviti hawa "nafsu" yang mencorak kejadian dari benih baka nasab nya. Tanpa daya tarikan graviti, segala jasad tidak akan terkumpul dan terbentuk. Jasad tubuh akan terlerai dan berkecai jika daya tarikan graviti hawa "nafsu" ini terputus. Mati nya jasad itu setelah tarikan graviti pada jasad itu terputus dan jasad akan mereput dan di kembalikan kepada bumi yang di namakan "kajamah" ini. Di situ, kitab "sijjin" yang tertulis akan di jadikan asas "identiti" perangai peribadi hawa "nafsu" nya di mana deoxyribonucliec acid nya sebagai data baka nasab yang tercatat. Tulang "tongkeng" pada jasad yang tidak akan di mamah bumi, akan menyimpan data nasab untuk di bangkitkan kembali nanti di hari perhitungan. Allah swt adalah Tuhan yang Maha Bijaksana. Menghidupkan kembali jasad yang telah mati tidaklah begitu rumit untuk di pertikaikan.

Edit 15.10.13

Kami akan hambat golongan "atheist" yang suka mempertikaikan kewujudan Tuhan. Kami akan gunakan senjata "science" mereka itu sendiri untuk bertarung di mana mana arena perdebatan. Sebab kami tahu mereka itu "buta" yang tidak dapat melihat seperti hawa "nafsu" mereka. Apabila mata kasar manusia memerlukan "cahaya" untuk melihat atau nampak sesuatu, mengapakah gelap gelita yang "nyata" itu mereka nafikan sebagai fakta kewujudan. Kegelapan adalah sebahagian dari kenyataan. Ini yang di sebut sains "symmetry of conservation." Apa yang di tunjukan tidak semesti nya bentuk yang kelihatan sedang yang menunjukan bentuk adalah "symmetry" di luar gambaran itu. Ruang yang kosong itu lah yang menunjukan benda yang terbentuk untuk di saksikan. Ini lah kesilapan kebanyakan manusia yang melihat sesuatu dari sudut "solidified light" yang terkumpul.

Bumi "kajamah" ini telah banyak berjasa kepada kesejahteraan manusia. Oksigen sentiasa di hulurkan dari pohon tumbuhan dan di tukar ganti dengan karbon dioxida untuk photo synthesis nya. Jika bumi tidak menghulurkan oksigen itu, sudah lama manusia mati kegelipangan. Pernahkah kita berterima kasih kepada bumi? Kita berak kencing di muka bumi dan ludah sesuka hati. Tetapi kumbahan najis itulah akan digunakan bumi "kajamah" untuk di jadikan "baja" agar tumbuhan hijau subur melata. Jasa bumi kepada manusia amat besar.  

Edit 27.12.13

Pernah kah kita memberi "salam" kepada "langit" dan "bumi" sebelum kita melangkah pergi mencari rezeki Tuhan???? Pandang langit (Kasibun) dan beri "salam" Asalamualaikum Warahmahtullah dan pandang bumi (Kajamah) dan beri "salam" Asalamualaikum Warahmatullah (Mula langkah kaki kanan) "Sekali aku melangkah, Bismillah nama langkah ku. Dua kali aku melangkah, Alhamdulullah nama langkah ku, Tiga kali aku melangkah, langkah Allah aku langkah kan."  Sesiapa yang mengamalkan "doa" ini setiap kali mereka keluar rumah, nescaya langit dan bumi akan menjaga kepentingan kita selagi kita menjaga kepentingan Allah swt. Doa ini sangat mujarab untuk sesiapa saja yang akan pergi menentang musuh atau berhadapan dengan mara bahaya. Hampir menitis air mata penulis apabila mengenang jasa "langit dan bumi" yang telah menjaga keselamatan kami di saat yang sangat getir. Kuasa "sebab dan musabab" yang ada pada "langit dan bumi" bukan sesuatu yang boleh di kuasai manusia. Kuasa "air, api, angin dan tanah" ini melambangkan kalimah suci Allah di mana Alif menegak seperti "api", Lam tunduk seperti "angin", Lam sujud seperti "air" dan Ha duduk seperti "tanah" yang mendoakan kuasa KEBESARAN Allah.swt. 

Langit akan menaungi dan bumi akan menatang jasad tubuh kita, jika kita benar benar ikhlas menghargai jasa mereka yang selalu melindungi diri kita. Rezeki yang kita dapat semua nya berpunca dari "bumi" sambil di saksikan "langit" yang memerhatikan kita. Rahsia "langit dan bumi" tersurat di dalam kitab "sijjin dan illiyin" yang tidak boleh di baca dengan huruf dan suara. Urusan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" bukan sesuatu yang boleh di anggap remeh jika kita ingin mencatat amal perbuatan kita dengan penuh terperinci. Dosa yang kita lakukan perlu di sedari dalam masa yang sangat terdekat dan jangan di biarkan berlanjutan di heret masa sehingga ia menjadi satu "tabiat" hawa "nafsu" kita. "Tabiat" ini akan buat kita merasa "bangga" dengan dosa yang kita lakukan untuk di jadikan sesuatu yang "halal" oleh hawa "nafsu" yang memilih. Jasad yang kita punyai adalah milik Nabi Adam dengan ingatan "iman" nya dan "perasaan" panca indera yang kita nikmati adalah kepunyaan Siti Hawa dengan hawa "nafsu" nya. 

Kelakian Nabi Adam dan kewanitaan Siti Hawa sentiasa berada di dalan jasad tubuh setiap manusia. Itulah mengapa kadang kala kita boleh melihat manusia yang berjasad lelaki tetapi berpewatakan wanita atau sebalik nya. Dari mana datang nya sifat "homoseksualiti" ini?????? Sebelum "alaq" itu melekat di benih rahim ibu, kita sebenar nya "hermaprodit" sama seperti makhluk yang lain termasuk jin dan syaitan. Sejak alam ini di jadikan tidak ada istilah jantan betina sebelum Adam dan Hawa di jadikan. BUMI menjadi subur dan bertambah makmur apabila mereka turun ke bumi ini. Sebelum itu, BUMI seperti neraka dengan pertumpahan darah apabila makhluk "jin dan syaitan" membiak tanpa jantina nya. Jasad tubuh makhluk dan haiwan hanya di kuasai daya tarikan bumi dari "graviti" yang di anjurkan oleh benih baka jin dan syaitan semasa mereka memerintah bumi. Hawa "nafsu" yang di miliki "tanah" di atas bumi ketika itu tidak mempunyai nilai cahaya "ingatan iman" tetapi hanya kehangatan "api" yang membara. Hawa "nafsu" yang di pacu tarikan "graviti" tidak berjantina. Kejadian Nabi Adam telah merubah segala gala nya. Siti Hawa yang di jadikan dari rusuk kiri Nabi Adam adalah "hati" yang akan menghulurkan "kasih sayang" yang akan di punyai setiap wanita.

Rahsia "BUMI" kepada manusia terlalu besar untuk kita hargai dan setiap "wanita" telah di angkat menjadi "makam" yang sangat di hormati "bumi" ini. Pertalian "kajamah" dengan "Sinti Ruhum" mempunyai perjanjian "keramat" sehingga "bumi" sanggup sumpah manusia yang mengkhianati kaum wanita ini. "IBU" yang melahirkan anak di atas muka bumi ini akan di sujud bumi sebagai lambang kebesaran Tuhan. Tetapi "ibu" yang membuang "anak" yang mereka lahirkan seperti sampah di tepi jalan akan di laknat bumi sehingga mereka membusuk seperti bangkai yang sangat jijik. Jin dan syaitan akan mengambil mereka sebagai "ibu tumpangan" atau "surrogacy" untuk membiak baka keturunan mereka dengan "temporal host" rahim mereka. "Hermaprodit" ini adalah sesuatu yang perlu di ambil perhatian. Tamadun "jin dan syaitan" telah membiak di merata alam untuk mengubah tamadun kemanusian. Lelaki dan perempuan akan di jadikan serupa tanpa ada perbezaan. Perempuan akan di jadikan membuka segala "aurat" dan lelaki akan di jadikan bermekap dan berperhiasan. Rahsia Nabi Adam dan Siti Hawa akan pupus di telan masa. Manusia akan di jadikan seperti binatang. Mujur Allah swt mengirim Rasulullah untuk kembalikan martabat manusia dan juga wanita. Tetapi kedatangan Rasulullah kepada tamadun manusia kadang kala di benci kaum wanita itu sendiri. Mereka lupa bahawa Siti Hawa di jadikan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam untuk menghulurkan "kasih sayang" kepada sekalian manusia.

Jika setiap "ibu" akan menyayangi anak yang dia lahirkan, maka setiap lelaki sepatut nya menyayangi setiap "wanita" yang melahirkan zuriat nya. Jika mereka mengkhianati kaum "ibu" ini dan "isteri" mereka, mereka sebenar nya telah "mansuhkan" martabat mereka sebagai "lelaki" dan menjadi "hermaprodit" yang di taja jin dan syaitan. Sebab "hermaprodit" ini tidak berperasaan dan tidak mempunyai kasih sayang. Hanya "lelaki" yang sejati sahaja mempunyai "kasih sayang" dan tangung jawab seperti Rasulullah. Sebab itu setiap wanita sepatut nya mencintai Rasulullah kerana lambang "kelakian" itu hanya akan di iktiraf sebagai sifat yang ada pada Rasulullah. Tanpa sifat Rasulullah, setiap "lelaki" sebenar nya "hermaprodit" sama seperti jin dan syaitan. Nabi Adam menjadi "lelaki" sebab mempunyai sifat Rasulullah yang di curahkan dengan "nur" Muhammad dan mempunyai "ingatan iman" dengan tangung jawab untuk mengurus hawa "nafsu" yang ada pada Siti Hawa. Itulah mengapa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" perlu di selaraskan dengan "akal" fikiran kita. "Akal" di beri kepada Nabi Adam dan Siti Hawa selepas mereka turun ke bumi. Bukan kah Rasulullah datang kepada kita setelah kita hidup sekian lama seperti jarak masa sehingga kita "akal baligh" dan dewasa.  
Pertalian jasad tubuh kita dengan "bumi" sangat akrab. Di situlah segala tenaga kimia akan di salurkan oleh hawa "nafsu" sehingga ia sihat dan subur. Tetapi ingatan "iman" memerlukan tenaga elektrik yang di salurkan ruang elektromagnetik di mana kuatum mekanik dan udara oksigen pernafasan kita menimba kekuatan daya fikiran. Inilah ruang jalur lebar yang menyalurkan segala informasi maklumat. Informasi maklumat ini datang dari "ilmu" yang di pancarkan cahaya "nur" yang di miliki "akal" fikiran Muhammad. Para malaikat yang bertugas menyimpan "mohor" kitab segala "ilmu" yang hakikat. Ketaakulan kefahaman bukan sesuatu yang boleh kita perolehi tanpa restu dari Muhammad. Sifat sifat Rasulullah adalah "ijazah" untuk kita memiliki segala kefahaman. Yang menyimpan segala "ilmu" pengetahuan di dalam benak "otak" kita sebagai memori ingatan adalah Rasulullah dan kita boleh terlupa walaupun kita sudah mengetahui. 

Kesedaran kita tertakluk kepada "sauh" keyakinan yang berpaut di ingatan "iman". Hawa "nafsu" adalah arus putaran alam dengan "pasang surut" nya. Jasad tubuh manusia adalah "bumi" yang kita miliki pada hawa "nafsu" nya dan kesedaran kita adalah "langit" yang kita miliki dengan ingatan "iman" nya. Diantara "langit" dan "bumi" ini ada "persuruh" yang bertugas. Apakah kita sudah begitu yakin bahawa segala "ilmu" yang kita miliki akan tetap kekal di dalam memori kita dan tidak mungkin terlupa dan hilang dari ingatan???? Cuba anda perhatikan di setiap detik waktu yang di lalui, apakah anda sentiasa mempunyai ingatan pada kesedaran itu. Kita selalu "hanyut" di tolak "arus" hawa "nafsu" yang sebenar nya buta. Kebutaan ini lah yang membuat kita terdampar tanpa haluan dan kebingungan. Tanpa "ilmu" kita "buta" di dalam kegelapan. Jika cahaya ingatan "iman" tidak terpancar, nescaya kita akan di lambung ombak kebingungan dan hayalan. Kenyataan realiti tidak semesti nya satu fakta hakikat kebenaran. 

Sistem "keraguan" dan sistem "kepercayaan" akan selalu di guna pakai oleh setiap insan yang melata. Agama mengunakan sistem "kepercayaan" dan sains mengunakan sistem "keraguan" untuk mencari bukti dan fakta kenyataan. Apa yang di tayang dan di pamirkan di atas muka bumi adalah satu perhiasan untuk kita "pilih" sebagai satu "keinginan" dan akan memerlukan kita mencari "peluang" sebagai satu "kepercayaan" dengan penuh keyakinan.

2.1.14

Sebagai manusia yang berakal fikiran, kita perlu lihat "bumi" ini sebagai satu makhluk yang bernyawa. Layanan kita kepada "bumi" perlu mempunyai tahap "kemesraan" yang akrab. Mungkin "bumi" ini tidak pernah bersuara dengan kata kata tetapi bahasa "bumi" yang sebenar ini tidak pernah ingin kita fahami. "Bumi" sentiasa berbicara dengan "bahasa" nya yang tersendiri jika kita arif untuk bertutur bicara. "Perasaan" di dalam "hati" kita sangat di fahami "naluri" bumi ini. Perlu ada "musyawarah" untuk dapatkan bersetujuan rasmi. Mungkin tidak terlintas di fikiran akal kita untuk bercakap dengan "bumi" ini yang di anggap pekak dan tuli. Tetapi kita manusia yang sebenarnya pekak dan tuli apabila kita tidak tahu "bahasa" yang di tuturkan "bumi" ini. Terlalu banyak hasrat yang ingin di sampaikan "bumi" kepada kita namun kita tetap pekak membisu. Jika kita tahu "bahasa" yang di gunakan "bumi" ini, kita akan menjadi manusia yang paling bahagia berjalan di permukaan nya.

Anasir "angin, air, api dan tanah" bukan perhiasan untuk di jadikan pandangan. Timbunan pokok dan haiwan yang melata adalah "penghuni" yang mempunyai "hak" sama rata dengan sekalian manusia. Apabila mereka tidak di beri "keistimewaan" untuk mengunakan "perkakas" dan "peralatan" melainkan apa yang sedia ada pada jasad tubuh mereka, "bumi" akan memberi mereka "kelebihan" untuk menjaga kepentingan diri mereka sebagai kuasa pertahanan diri. Kehidupan beraneka unggas dan serangga saling melabur di antara satu sama lain. Tetapi manusia yang sepatut nya mengurus "bumi" ini sebagai ""khalifah" yang di utus telah melakukan banyak kemungkaran untuk merosakan khazanah "bumi" ini. Kehidupan "penghuni" lain di atas muka "bumi" ini tidak lagi di ambil peduli. Burung yang terbang bebas, di jerat untuk di masukan ke dalam sangkar. Binatang yang hidup melata di tangkap dan di kurung sebagai peliharaan. Apakah kita sudah cukup "ilmu" untuk menandingi kebolehan "bumi" yang menjaga "penghuni" nya dengan begitu sempurna. Kemungkaran dan keganasan manusia sangat berleluasa. Kita cuba bertanding dengan "bumi" seolah olah kita lebih cangih mengurus kesejahteraan nya. Pokok yang kita tanam dengan baja kimia akhir nya mati terkulai layu sedang pohon yang tumbuh luas semakin menghijau tanpa di usik keaslian nya.

Adakah kita sebagai manusia ini sudah terlalu waras akal fikiran kita untuk menafikan peranan "bumi" ini. Mengapa kita tidak "menuntut" sedikit ilmu dari "bumi" ini untuk mendapat tunjuk ajar. Pernah kah kita pandang "bumi" ini sebagai satu "pakar" yang berkebolehan. Mengapa kepakaran yang kita tidak pernah punyai di sandang untuk tunjukan kebolehan kita. Tata tertib kita melayan "bumi" ini akan di sahut dengan saingan yang hebat. Jika kita cuba berlagak sombong mengetepikan peranan "bumi" ini, kita manusia akan di cabar untuk bertanding. Tetapi jika kita iktiraf "bumi" ini sebagai teman yang perlu di ajak berbincang, nescaya imbuhan nya amat lumayan.  

Edit 7.1.14

Setiap lepas subuh, cuba lah cium bau "bumi" ini yang baru di sirami air embun yang dingin. Udara nafas yang masuk ke rongga tubuh akan memberi seribu penawar kesihatan setelah kita mengucap keshukuran kehadrat illahi yang menghidupkan kita sehari lagi. "Bumi" akan mendakap mesra tubuh kita seperti seorang ibu yang memeluk anak kesayangan nya. "Wahai "bumi", Tuhan telah menjadikan engkau begitu subur di ketika ini. Sudi kah engkau merawat tubuh ku yang engkau miliki ini. Engkau sering menunjukan kebesaran Tuhan dengan kesihatan mu, dan Tuhan juga telah menjadikan engkau sebagai perawat segala penyakit. Kesegaran bau badan mu sangat harum di hidu oleh hidung ku. Ubati lah segala penyakit yang ada di dalam tubuh ku agar aku dapat gunakan sebagai alasan untuk memuji Zat yang Maha Pengasih."    

Ubat segala penyakit datang dari "bumi" yang tersergam luas ini. Kita selalu ambil "hak" yang di keluarkan "bumi" tanpa pernah berterima kasih ataupun meminta keizinan. "Anti biotik" yang sebenar nya datang dari debu yang ada di atas bumi ini. Bahan kimia yang kita perlukan setiap hari untuk jasad tubuh kita berasal dari permukaan "bumi" ini. Tetapi sedikit pun kita tidak pernah mengucapkan penghargaan terhadap peranan "bumi" selama ini. Itulah mengapa kita sering terlupa untuk bershukur kepada Tuhan apabila kita abaikan peranan "bumi" yang menghulurkan rahmat Tuhan. Kita ucapkan "Alhamdulillahirabil'alamin" berulang kali, tetapi sedikitpun tidak merasakan keshukuran di dalam "hati" jasa yang kita pernah perolehi pada rahmat Nya itu dari "bumi" ini. Sebutan ayat itu hanya satu hembusan nafas yang tidak bermaksud dan ada tujuan nya. Jika kita berurusan dengan "bumi" seperti satu makhluk yang selalu berjasa, nescaya kita akan terus memuji Tuhan kerana ciptaan Nya itu.

Kita melayan "bumi" seperti gedung yang dapat kita beli dengan wang ringgit kita. "Bumi" di jadikan seperti hamba pengabdian untuk kepentingan kita. Kesombongan dan keangkuhan diri kita itu akan di balas dengan segala "penyakit" untuk kita rasa derita kesakitan. Jasad tubuh kita tidak akan lagi di lindungi "bumi" kerana   keangkuhan kita. Imiun daya ketahan jasad tubuh akan merusut sehingga darah daging nya membusuk. Ubat apakah yang kita akan cari jika bukan dari "bumi" ini. Maka hargailah jasa "bumi" ini agar kita dapat ucapkan "Alhamdulillah" setiap kali kita mengecap segala nikmat Nya. Bukan kah "bumi" yang selalu menghulurkan segala nikmat itu??? Jika kita tidak pernah menghargai jasa yang menghulurkan nikmat dari Tuhan itu, bagaimana kita dapat mengenal sumber yang menjadikan segala gala ini.   

Edit 10.2.14

Bumi yang kita pijak dengan tapak kaki kita ini wajib di cium setiap berkala. Apabila kita qiam berdiri tegak seperti "api" yang menyala dan rukuk seperti angin yang bertiup lalu sujud seperti air yang mengalir hingga duduk seperti tanah yang berdoa, kita sebenar nya memberi isyarat kepada bumi bahawa kita akur dengan kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa. Anasir "air, api, angin dan tanah" ini adalah lambang kebesaran Tuhan dan menunjukan kita mempunyai "hak" untuk mengunakan nya di atas muka bumi ini. Tetapi pernah kah kita menghargai pusaka bumi ini apabila kita mengunakan nya??? Kalimah Allah yang kita gunakan di setiap detik waktu untuk hidup tidak pernah kita nampak kudrat dan iradat nya. Bumi sentiasa menunjukan bukti tetapi kita sering menafikan nya. Jika kita "buta" melihat kekuasaan Tuhan yang nyata sudah pasti kita tidak akan bersyukur kehadrat illahi. Terlalu banyak yang perlu kita "puji" di setiap ayat "alhamdulillah hirabilalamin" yang kita sebut itu.

Tugas bumi mendidik kita dan menunjukan bukti ada nyaTuhan. Bumi akan sentiasa menghulurkan bakti supaya manusia selalu bersyukur terhadap nikmat illahi. Menghargai jasa bumi ini akan membuat kita lebih "taat" dan "insaf" dengan kelemahan kita. Jika "air" tidak mengalir, "api" tidak menyala, angin tidak bertiup dan tanah semakin tandus, nescaya manusia akan mati bergelimpangan. Pandang lah bumi ini dengan penuh keinsafan. Ketenangan yang di hembus ketika waktu malam begitu syahdu untuk kita perhatikan. Wajah langit yang gelap masih banyak yang perlu di lihat. Bintang yang bertaburan bukan satu hiasan yang jelak. Kita masih seorang "hamba" yang memerlukan belas kasihan. Bagaimana mungkin kita boleh mendabik dada untuk merasa setitik keangkuhan. Sedangkan semua ini yang ada di sekeliling kita menunjukan bukti dan fakta bahawa kita mempunyai "Al Khalik" yang memerintah. Langit dan bumi telah menjadi saksi ada nya Tuhan. 

 Tetapi mengapa Tuhan itu perlu di buktikan kepada manusia????? Siapa kita ingin menuntut jawapan itu seolah olah kita ini sesuatu "entiti" yang bermartabat tinggi dengan penuh berkuasa. Mungkin kita ini tidak sedar diri betapa "hina" nya kita dan begitu "lemah" jika tidak di sokong oleh alam sekeliling. Kita sangat memerlukan bantuan alam ini, jika tidak kita akan menjadi kurang upaya seperti orang cacat. Jika bumi "kajamah" ini tidak menghulurkan bantuan sebagai "sedekah" jariah kepada setiap manusia, jasad tubuh kita itu akan menjadi "beban" yang sangat berat untuk di tangung. Jasad tubuh kita ini tidak akan wujud jika bumi tidak mahu buktikan nya sebagai satu fakta kepada kita. Selagi kita masih berpijak di atas muka bumi ini, "nafas" yang kita hembus itu sebenar nya adalah satu "mahar" yang kita bayar kepada induk bumi untuk di tukar dengan oksigen. Kewujupan kita bergantung kepada jasa bumi itu selama ini. "Nafas" inilah yang memberi kita keistimewaan itu untuk mendapat "hak" kita dari bumi ini.   

Edit 12.2.14

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah sedia maklum bahawa manusia yang di jadikan dari "tanah" di bumi ini akan menjadi penghuni nya apabila Allah swt berfirman "Aku akan menjadikan seorang "khalifah" di atas muka bumi ini." Kisah Nabi Adam dan Siti Hawa memakan "buah kuldi" di shurga hanya di jadikan alasan supaya mereka dan Iblis akan di turunkan ke bumi dengan "sebab dan musabab" yang shahih untuk menjadi peringatan. Nabi Adam dan Siti Hawa terpedaya dengan pujukan dan tipu muslihat Iblis kerana jasad tubuh mereka mempunyai "hawa nafsu" sebagai angkara. Hawa "nafsu" ini telah lama berpusat di muka bumi bersama segala jin dan syaitan yang di jadikan dari "api" di mana "graviti" tarikan bumi itu berleluasa. Ruang di bawah linkaran putaran tarikan bumi inilah manusia, jin dan syaitan akan berkampung di bumi.

Jin dan syaitan telah lama bermastautin di atas muka bumi ini sebagai penghulu bumi sebelum manusia di jadikan. Jadi banyak infrastruktur jin dan syaitan yang telah berkembang pesat membuat Iblis sangat tertekan dengan kejadian manusia yang akan mengambil alih pentadbiran pengurusan bumi. Bumi di masa itu penuh dengan pertumpahan darah di mana baka jin dan syaitan ini telah membuat kerosakan yang sangat besar di atas bumi ini. Hawa "nafsu" telah bermaharaja lela di ketika itu sehingga keganasan dan pembunuhan berleluasa. Bumi sangat bershukur kepada Tuhan apabila manusia di jadikan sebagai penghuni yang baru di permukaan nya. Keriangan bumi begitu ketara sehingga benua di permukaan nya mula merekah dan mengembang luas. Gunung yang tinggi mula melutup dengan laha merapi untuk jadikan pulau pulau kecil di persekitaran. Bumi telah bersiap sedia untuk jadikan tanah dan lautan cukup subur untuk kehidupan manusia. Kedatangan Nabi Adam dan Siti Hawa di sambut dengan penuh keharmonian untuk menghulurkan asas kehidupan.

Telah berkurun lama nya keturunan Adam membiak dengan penuh kesejahteraan di atas muka bumi sehingga ke hari ini. Apakah kita yang hidup di saat ini telah melupakan peranan dan jasa bumi ini yang selama ini terlalu banyak berjasa. Kemajuan sains dan teknologi yang terkini semua nya datang dari khazanah bumi dan persekitaran nya. Tetapi hawa "nafsu" yang ada di dalam jasad tubuh manusia telah banyak mendatangkan kerosakan. Permusuhan dan perperangan berlaku di sana sini. Manusia masih terpedaya dengan dakyah jin dan syaitan supaya berbunuhan sesama sendiri. Darah dan bangkai mayat sangat di perlukan jin dan syaitan. Sebab itu adalah makanan dan minuman mereka dan mereka akan jadikan manusia sebagai musuh yang akan di hapuskan. Perselisihan dan kemalangan akan kerap kali berlaku apabila manusia menjadikan hawa "nafsu" sebagai pemandu jasad tubuh nya.

Tanpa ingatan "iman"!!!!!!!! Manusia akan jadi seperti binatang yang bertebaran, jika "akal" yang di beri sebagai senjata tidak di gunakan dan di buang dari kesedaran fikiran. Arak dan dadah semakin meluas di gunakan untuk menghalau "akal" itu keluar dari benak fikiran mereka. Muzik dan hiburan di jadikan pesta untuk bergaul bebas. Pelacuran dan perjudian di jadikan hidangan hawa "nafsu" yang buta. Seks bebas dan gejala sosial semakin bergembang sebagai aktiviti harian. Alat dan perkakas siber internet di jadikan medan penipuan. Anak anak remaja tidak lagi menghormati ibu bapa mereka. Ibu bapa di jadikan "hamba" dan "baruah" untuk di abdikan. Mereka di herdik dan di hamun sebagai "pencacai" yang sangat najis.  

Apabila bumi tidak di hormati dan Tuhan tidak di taati, manusia akan menjadi seperti binatang yang membuat kerosakan di atas muka bumi ini. Segala kemajuan yang telah terbina akan di musnahkan. Khalimah "Allah" yang suci sanggup di jual untuk dapatkan kuasa politik. Mereka merebut "kuasa" yang mereka tidak mampu kuat kuasakan. Mereka berpeluk dengan musuh Islam dan gadaikan maruah agama. Homoseksual di restui untuk di beri tempat di masyarakat umum. Fitnah dan penipuan menjadi asas pembohongan untuk di sebarkan ke merata tempat. Bara yang sedang menyala di perut bumi akan meletup dengan kemarahan nya. Keharmonian yang selama ini di kecapi akan musnah.

Agama Islam telah di khaskan untuk orang orang yang bodoh dan tidak mampu berfikiran luas. Mereka di jadikan seperti "katak" di bawah tempurung. Realiti kenyataan akan di anggap satu kepalsuan. Yang ikhlas berjasa di sangka pengkhianat. Manusia tertumpu kepada keadaan diri mereka sendiri sehingga mereka tidak nampak gambaran yang terpampang. Konon nya untuk memperjuangkan bangsa dan agama tetapi diri sendiri tidak dapat di majukan. Tangan masih di hulurkan untuk dapatkan sedekah dan belas kasihan tetapi mulut dan fikiran masih mencaci dan menghamun.

Apakah begitu sifat manusia yang pernah di tonjolkan Rasulullah????? 

Edit 14.2.14

Rezeki yang kita cari telah di hulurkan oleh bumi untuk menyara kehidupan manusia. Ketaatan bumi kepada Allah swt tidak pernah pudar untuk buktikan keimanan dan taat setia. Tetapi manusia yang menerima segala keistimewaan dan nikmat ini berlagak sombong seperti perakus yang tamak haloba. Makanan dan minuman di sumbat ke dalam mulut setiap berkala untuk kenyangkan perut. Setiap rumah yang adakan majlis kenduri keshukuran di hadiri dengan penuh "berjemaah" kerana hidangan yang akan di sajikan. Penuh jemaah sehingga duduk di tepi tangga.  Tahlil yang di baca beramai ramai hanya bunyi ayat pertama dan penghujung nya yang terdengar. Tok Imam rancak membaca untuk lantangkan bacaan, tetapi "chorus" selalu menyepi. Doa imam yang terlalu panjang sangat membosankan apabila hidangan sudah mula di sajikan. Keikhlasan berdoa amat mencurigakan. Setelah habis doa di baca oleh Tok Imam dan hidangan tersusun di depan mata. Wajah wajah yang muram tadi mula bercahaya. Suara serak bertahlil dah kuat bersuara. Lawak jenaka mula di laungkan supaya semua ketawa. Itulah saat yang paling bahagia.

Edit 17.2.14

Perkataan "khalifah" di atas bumi ini tidak banyak yang ambil peduli. Manusia sepatut nya mengurus bumi ini. Menjaga kesejahteraan nya dan mengurus bumi ini adalah tangung jawab manusia. Tetapi kebanyakan kita tidak mahu menjadi "khalifah" tersebut. Mereka lebih cenderung melakukan kemusnahan dan kerosakan dari mengurus bumi ini. Khazanah bumi di rampas untuk kemegahan diri mereka. Tidak sedikitpun mereka memandang bumi ini sebagai satu "amanah" yang wajib di sempurnakan. "Hak" bumi di nafikan sama sekali. Apakah mereka menyangka bumi ini tidak mempunyai "kuasa" untuk menuntut pembelaan??? Kaki yang memijak bumi boleh tersandung dan tersungkur jatuh meyembah bumi. Gempa boleh berlaku untuk musnahkan infrastruktur mereka. Banjir boleh melanda untuk tengelamkan harta puasak mereka. Rumah dan peralatan boleh terbakar dengan sekelip mata. Jika manusia itu tidak bermunajat kepada Tuhan nescaya bumi ini tidak akan merestui jasad tubuh mereka.

Jika kita tidak pernah mengurus bumi ini dan cuba  menjadi "khalifah" di atas permukaan nya, apakah agak nya tujuan kita di hidupkan di dunia ini???? Apakah mereka memilih untuk menjadi kuncu kepada jin dan syaitan yang selama ini melakukan kerosakan dan kemusnahan. Jika kita tidak mahu mengurus bumi ini nescaya kita akan tergolong dari kaum jin dan syaitan itu. Bumi akan mengangap kita sebagai musuh nya yang sangat di benci nya.   

Edit 19.2.14

Kegembiraan bumi ketika manusia di jadikan telah hampir pupus. "Khalifah" yang sepatut nya membawa kesejahteraan kepada penduduk bumi sudah mula berkomplot dengan jin dan syaitan. Hawa "nafsu" di beri peranan penting untuk di beri jawatan. Ingatan "iman" tidak lagi berfungsi untuk bawa keharmonian hidup. "Akal" fikiran telah di "tambat" dengan "akta dan peraturan" tanpa boleh mengunakan budi bicara. Manusia telah mula menjadi "zombie" yang boleh di program dengan kertas kontrak yang di tanda tangani. Kemewahan berhutang di beri kebebasan supaya manusia terikat dengan penghambaan. Kita tidak lagi "merdeka" untuk membuat jadual harian mengikut keselesaan kita. "Masa" akan di catu dalam setiap pergerakan nya. Kita tidak lagi menunggu "masa" malah terpaksa di heret supaya mengikuti nya.

Bumi yang sepatut nya kita urus dengan penuh kesejahteraan tidak lagi dapat memberi kekayaan nya. Pencemaran alam telah berleluasa. Bahan kimia yang kerosakan alam sekitar telah di sebarkan kebanyakan kilang kilang. Manusia yang menjadi "hamba" dengan istilah "pekerja" terpaksa merengkok di bawah bumbung untuk mendapat gaji menyara hidup. Apabila tanah bumi di ranapkan dan manusia di hambat supaya bernaung di bawah gedung industri perkilangan, hasil bumi yang sepatut nya di usahakan untuk kehidupan harian manusia di abaikan. Lalu mereka meronggot dan menyalahkan kerajaan dengan beban sara hidup yang semakin meningkat. Mereka menuntut subsidi di atas segala keperluan hidup. Manusia golongan ini tidak akan dapat terlepas dari cengkaman hidup untuk kemajuan diri. Mereka akan selama lama nya di jajah dan di perhambakan.    

Edit 24.2.14

Jika kita berbakti kepada bumi, nescaya bumi akan membalas nya dengan setimpal. Sistem mata pencarian sara hidup telah jauh berubah. Apa yang cuba di terapkan Rasulullah agar umat nya giat berniaga sebagai seorang saudagar, tidak di praktik kan. Kita lebih cenderung untuk menjadi "hamba" kepada orang lain. Jika kita berniaga dengan perusahaan sendiri, kita sebenar nya adalah seorang saudagar yang bebas dari segala cengkaman. Tidak ada peraturan yang boleh di tetapkan orang lain dan sebalik nya kita yang mengatur segala urusan. Kita "bebas" mencorak arah tuju kehidupan. Tetapi "ilmu" akademik yang kita belajar di sekolah sebagai asas kebolehan sepatut nya di jadikan pedoman untuk mengejar impian cita rasa. Tetapi banyak yang terperangkap oleh sistem "penjajahan" yang amat halus.

"Modern slavery" ini telah bertukar wajah. Walaupun kita yang di bayar "gaji" di anggap sebagai "tenaga mahir" atau "professional" yang berkhidmat, tetapi maruah diri kita akan tetap di tambat. Kita tidak akan mempunyai kuasa untuk mendapat "the final say" di atas segala urusan. Gerak laku kita akan di corak oleh "work instructions" yang di kuat kuasakan SOP atau "standard operating procedures" yang di tetapkan. Harga diri kita sebagai "manusia" tidak lagi di guna pakai. Kita tertakluk dengan satu "sistem" perkhidmatan seperti "patong" yang di program. Sistem ini telah di terapkan di kebanyakan syarikat swasta yang multi national. Walaupun mereka bertugas untuk melayan "pelangan" dengan wajah yang manis, tetapi mereka sebenarnya hanya "pelakon" yang sudah di beri skrip untuk di persembahkan. 

Alat "komputer" telah menjadi lebih berkuasa dari budi pekerti manusia. Sistem itu yang menjajah manusia sehingga mereka hilang daya upaya. Ini lah yang kami gelarkan mereka "zombie" di era zaman moden ini. "Zombie" ini bergerak di setiap pejabat perkhidmatan awam dan swasta. Maruah harga diri sebagai manusia tidak lagi ada nilai nya. Tetapi jika kita berbakti kepada bumi dengan menjadi "khalifah" yang sebenar nya, kita tidak akan merasa seperti "hamba" yang berkhidmat. Bumi akan melayan kita seperti rakan kongsi atau "partnership" yang sama rata "equity" nya. Hasil bumi sangat lumayan dan tidak terhapus jika kita pandai menambah nilai nya.       

Jangan sampai kita di jadikan "zombie" ini di mana kita boleh di program seperti patung yang bernyawa. Cuba lah kita perhatikan Tuhan yang Maha Pencipta. Walaupun Allswt mempunyai kuasa yang boleh mengatur segala gala nya supaya mengikut arahan dan kehendak nya, tetapi kejadian "manusia" sangat luar biasa. Sistem yang ingin di terapkan Allah swt sangat mesra tanpa sedikitpun unsur paksaan. "Manusia" di jadikan dengan kuasa "lepas bebas" atau " free will" supaya dapat membuat "pilihan" dengan hawa "nafsu" nya sebagai "hak" mutlak dan di beri segala kemudahan untuk mencari "peluang" kesejahteraan diri dengan ingatan kepercayaan "iman" dan di beri keistimewaan "akal" fikiran menimba "ilmu" pengetahuan. Dengan kelengkapan asas yang cukup sempurna, kita "manusia" di hidupkan di bumi ini dengan "tugas" untuk mengenal Maha Pencipta nya. Tuhan tidak pernah menonjolkan diri tetapi menyembunyi di sebalik paparan realiti agar "manusia" mencari jawapan itu dengan sendiri nya.  

"Guarantee fair treatment" dan "level playing field" ini di beri kepada setiap manusia untuk hidup merasakan "nyawa" yang ada pada jasad tubuh nya sebagai lambang kewujupan. Allah swt tidak pernah memaksa kita pergi menyembahNya malah sistem "keikhlasan" sangat di terapkan untuk mencapai tahap kemurnian yang suci apabila "hamba" Nya datang untuk mengenal Diri Nya. Sungguh halus Maha Pencipta kita mengatur segala peraturan dan atur cara. "Hati" di mana "perasaan" itu timbul menjadi media perantaraan untuk mengenal pasti setiap perbuatan dan "niat" yang tersurat. Lalu di kirimkan Rasulullah yang memegang "watak" budi pekerti yang sangat luar biasa dan menakjubkan. Sifat Rasulullah yang membalas segala kejahatan dengan kebaikan tidak dapat di tiru atau di ikuti kebanyakan umat sebagai "sunnah" nya. Ini lah sifat manusia yang sebenarnya. Muhammad adalah seorang manusia yang sangat mulia akhlak dan budi pekerti nya.

@Rasullulah pernah tunggu dengan kesabaran nya dari pagi hingga keesokan hari apabila telah berjanji dengan seorang sahabat nya di satu tempat manakala sahabat nya itu telah terlupa membuat janji itu untuk bertemu. Apabila sahabat nya itu tiba keesokan hari dan melihat Rasulullah berada di situ dan bertanya kepada Rasulullah tujuan dia di situ, "Bukan kah kita telah berjanji untuk bertemu di sini semalam."  Air mata sahabat nya yang menitis memeluk Rasulullah kerana ketaatan dan keluhuran memegang janji, begitu hiba mengenang sifat Rasulullah yang sangat tinggi. "Hati" mana yang sanggup membenci kepada seorang yang begitu luhur dan suci.@

@Rasulullah selalu memberi makan kepada seorang Yahudi buta yang duduk di tepi pasar sambil mencarut memburukan Rasulullah sebagai seorang yang pembohong. Tetapi Rasulullah tidak pernah marah malah sanggup menyuapkan roti yang sudah di kunya agar lembut untuk di telan Yahudi tua yang buta itu. Rasulullah melakukan perkara itu setiap hari apabila dia berlalu di situ. Apabila rasulullah telah wafat, dan Saidina Abu Bakar bertanya kepada isteri Rasulullah Aisyah, apakah yang selalu di lakukan Rasulullah semasa dia hidup, Aisyah berkata Rasulullah selalu memberi makan roti kepada seorang Yahudi tua yang buta di pasar. Abu Bakar lalu ingin meneruskan amalan "sunnah" Rasulullah itu dan pergi ke pasar dan bertemu dengan Yahudi tua yang buta itu, Suara rungutan dan cacian Yahudi buta itu kedengaran mengutuk Rasulullah sebagai seorang yang pembohong. Abu Bakar lalu mengambil roti dan cuba menyuapkan ke dalam mulut Yahudi buta itu. Yahudi buta itu lalu mengherdik, "Siapa kau!!!!! Di manakah orang yang selalu memberi aku makan roti yang enak dan lembut itu!!!!! Abu Bakar lalu berkata kepada Yahudi buta itu bahawa orang yang selalu memberi dia makan roti itu telah meninggal dunia. Yahudi buta itu bertanya, Siapa kah orang itu??? Abu Bakar pun menjawab, Dia lah Rasulullah yang engkau caci selama ini."@

Yahudi buta itu terpingah pingah sejenak lalu menanggis teresak esak. Rupa nya mulut yang selalu mencaci dan memburuk kan Rasulullah di balas dengan suapan roti oleh tangan Rasulullah. Keikhlasan Rasulullah yang tinggi apabila Rasulullah khuatir roti yang keras itu sukar untuk di telan dan perlu di lembutkan dengan mengunyah dahulu sebelum menyuapkan ke dalam mulut Yahudi buta itu. Belas kasihan Rasulullah kepada Yahudi buta yang mencaci dan memburukan diri nya tidak sekali menjejas keikhlasan nya malah di lakukan dengan penuh kesucian. Sejak hari itu Yahudi buta itu bertaubat dengan kekesalan yang amat hiba kesedihan.@ 

Edit 7.3.14

Bumi ini adalah realiti yang kita nampak sebagai bukti kenyataan, tetapi langit yang kita pandang masih menjadi tangapan yang belum tentu pasti. Jasad tubuh yang kita miliki sudah kita pastikan kepunyaan diri kita tetapi jiwa yang kita gunakan masih belum lagi di kenal pasti. "Amanah" yang di pikul telah di serahkan kepada "wajah" di jasad tubuh tetapi jiwa yang tidak di kenali perlu bertangung jawab. Amal kelakuan yang terbukti tetapi "keikhlasan" masih di curigai. 

Mengapa kita yang di puji sedang Tuhan yang melakukan nya????? Akan binasa manusia yang tidak mahu menyebut Alhamdulillah hirabilalamin....." Kudrat dan iradat yang kita miliki tidak pernah kepunyaan kita. Hidup ini tidak pernah kita minta.....tetapi wujud dengan kesedaran yang palsu. Di mana agak nya "hakikat" kebenaran, jika kita masih leka mengakui jasad tubuh ini sebagai Tuhan yang di sembah dan tidak mahu menyembah.

Edit 21.3.14


Cuba kita perhatikan hakikat ini. Mengapa kaum kafirin begitu berjaya di dalam kemajuan hidup??? Sebab mereka telah bertungkus lumus memainkan peranan mengurus bumi ini seperti mana yang di kehendaki Tuhan sebagai "khalifah" Nya. Tugas utama sebagai seorang manusia yang di lahirkan adalah untuk menjadi "khalifah" ini. Sebab itu adalah tujuan utama manusia di jadikan. Namun di samping di utus untuk menjadi "khalifah" di atas muka bumi ini, kita manusia perlu mendapat dorongan dan bimbingan dari Rasulullah yang di kirim Tuhan. Sebab "agama" yang di bawa "rasulullah" mempunyai atur cara untuk kesejahteraan dan keharmonian manusia. Soal "keharmonian" inilah punca nya mengapa manusia di utus ke bumi ini sebagai "khalifah" selepas bumi di ketika itu penuh dengan huru hara dan pertumpahan darah. 

Jadi "keharmonian" ini sangat di harapkan "bumi". Peranan manusia sebagai "khalifah" tentu nya untuk membawa kebaikan dan kesejahteraan sejagat. Kemajuan sains dan teknologi yang di bawa manusia adalah untuk kesejahteraan mereka. Tetapi kemajuan sains dan teknologi ini yang di bawa oleh manusia, kebanyakan nya mereka yang tidak beriman kepada Allah swt. Tetapi Tuhan tidak pernah mungkir janji. Apabila mereka melakukan tugas sebagai "khalifah" untuk kesejahteraan bumi dan manusia sejagat, segala "ilmu" yang di perlukan akan di salurkan tanpa had atau kekangan. Jadi jangan lah kita hairan mengapa orang kafir begitu maju dari kebanyakan orang Muslim. Sebab tugas "khalifah" ini masih menjadi keutamaan untuk kesejahteraan manusia.

Tugas "khalifah" untuk mengurus "bumi" adalah satu tangung jawab yang tidak boleh di abaikan. Namun, manusia yang telah maju dengan kemodernan ini telah menyimpang jauh sehingga ada yang tidak berlaku adil dan bertindak zalim. Keangkuhan dan kesombongan ini perlu di bendung dengan utusan dari para Rasul. Tugas "Rasulullah" ini sangat penting untuk menjaga "Akhlak" manusia ini. Walaupun kita terlalu asyik dengan tugas "khalifah", tetapi "jiwa" dan "akhlak" kita perlu di beri suntikan keperibadian yang tinggi. Keperimanusian perlu di pertahankan. Jadi tugas "khalifah" ini perlu seiring dengan tugas "Rasulullah" untuk mengimbangi "akhlak" manusia.

"Beribadat" kepada Allah swt bukan hanya dengan sembahyang sahaja. Islam mewajibkan "zakat" dan sunnatkan "sedekah" demi menjaga ketulusan sesama insan. Apa yang di bawa "Rasulullah" sangat penting untuk di terapkan. "Halal dan haram" perlu di istiharkan. Jika tidak manusia yang rakus dan tamak tidak akan berlaku adil dengan kezaliman mereka.  

Edit 28.3.14

Tugas utama manusia di jadikan adalah untuk menjadi "khalifah" di atas muka bumi ini. Inilah peranan yang di mainkan oleh kebanyakan kaum kafirin yang mengejar kemajuan hidup. Tugas "khalifah" ini sangat di harapkan "bumi" untuk di sempurnakan manusia. Segala khazanah yang ada di perut bumi akan di beri untuk tujuan itu. Bumi akan berbakti setiap kali manusia berusaha untuk kesejahteraan sejagat. Tetapi kita perlu ingat bahawa "pengurus" bumi ini pernah di sandang oleh jin dan syaitan sebelum manusia di jadikan. Sudah tentu akan berlaku satu konflik dan komplot jahat oleh anasir jin dan syaitan. Itulah mengapa manusia itu perlu di ber "agama" yang di utus dengan seorang "Rasul" kepada setiap kaum dan "Rasulullah" untuk sempurnakan "agama" itu. 

Tugas sebagai "khalifah" dan watak akhlak "Rasulullah" di dalam agama perlu berjalan serentak. Di antara dua peranan "khalifah" dan "rasulullah" ini sudah tentu mempunyai tenaga kuasa yang memacu usaha itu. Manusia mengurus "bumi" dengan hawa "nafsu" nya dan ini akan memerlukan ingatan "iman" untuk mendapat habuan atau gaji nya. Cuba kita perhatikan semasa Nabi Adam dan Siti Hawa di dalam shurga, apakah yang membuat mereka terpedaya dengan hasutan syaitan?. Bukan kah hawa "nafsu" yang menjadi angkara untuk mengingkari perintah Tuhan? Jadi tugas utama manusia di jadikan sebagai "khalifah" di atas muka bumi ini mempunyai kaitan erat dengan hawa "nafsu" di mana jasad manusia itu di jadikan daripada "tanah" yang di ambil di bumi itu.  Apa saja yang terkumpul di atas "bumi" ini adalah peranan daya tarikan graviti yaitu hawa "nafsu" sebagai tenaga asas nya. 

Inilah lah yang akan di gunakan jin dan syaitan untuk menentang kesejahteraan mansuia. Jawatan yang akan di sandang manusia untuk menjadi "khalifah" di atas muka bumi ini akan gunakan untuk kepentingan mereka. Di sinilah manusia perlu di beri bantuan apabila "akal" itu di beri kepada manusia sebagai "senjata" yang paling utuh untuk menjaga benteng diri. Kekuatan "iman" bergantung kepada "ingatan" nya di mana "akal" itu memberi maklumat dengan "ilmu" pengetahuan. "Ilmu" yang di salurkan "akal" ini boleh mencipta segala "alat dan perkakas" untuk kegunaan manusia. Bumi akan sentiasa berbakti dengan kuasa tarikan graviti nya di mana hawa "nafsu" itu akan berpaut. Hidup di bumi ini akan memerlukan kuasa hawa "nafsu" ini. Apa saja yang terbentuk dan berfungsi perlu ada graviti dan juga hawa "nafsu" nya. Jika tidak, tidak ada sesuatu pun akan "wujud" untuk di jadikan sebagai "saksi" kenyataan. 

Kebanyakan manusia akan terlalu taksub dengan peranan tarikan graviti dan hawa "nafsu" ini. Ini yang membuat mereka merasa kehidupan dan juga kesedaran itu. Kehidupan dan kesedaran ini telah menjadi asa kewujupan kita sehingga kita merasakan seolah kita hidup di satu "dimensi" yang penuh dengan realiti dan kenyataan. "Alat dan perkakas" adalah kuasa yang memberi kesejahteraan kepada mansuia. Manusia akan merasa bahawa kehidupan di atas muka bumi ini adalah kehidupan yang muktamad. Kesedaran "akal" fikiran tidak mahu lagi memandang "langit" di mana rahsia kehidupan itu tersembunyi. Kuasa tarikan graviti bumi begitu kuat sehingga mereka tertakluk kepada hawa "nafsu" yang tertumpu kepada jasad tubuh mereka. Tetapi kita manusia di jadikan untuk hidup dengan "dua alam" di mana kita perlu "tidur" untuk seketika dan hilang kesedaran hidup kita. Inilah menjadi tanda tanya mengapa kita perlu lenyak tertidur seketika???? 

Daya tarikan graviti bumi akan sentiasa tertumpu kearah perut bumi dan hawa "nafsu akan kearah jasad tubuh nya. Tetapi ruang eletromagnetik mempunyai daya kuasa yang perlu naik ke atas "langit" untuk gerakan putaran alam kehidupan ini. Tenaga "turun" dari tarikan graviti bumi dan tenaga "naik" dari elektromagnetk ini tidak boleh kita ketepikan atau nafikan peranan nya. Jika ada kuasa yang "turun" sudah pasti memerlukan kuasa yang "naik" untuk lonjakan putaran tenaga kehidupan. Kita tidak boleh hidup dengan hanya kuasa tarikan graviti sahaja. Kuasa putaran inilah yang buat bumi ini bergerak dan "masa" itu berlalu. Jika tidak segala gala nya akan terkaku dan beku tidak bergerak atau (motionless). Tanda tanda "motionless" ini telah terbukti berlaku semasa kita sedang tidur dan juga mati. 

Jadi tenaga kuasa "naik" ini perlu kita kaji selidik untuk dapatkan kepastian yang lebih terperinci. Urusan "tidur" ini perlu kita beri lebih perhatian. Kesedaran yang "hilang" seketika amat kerunsingkan. Sebab kita sangat perlukan kesedaran ini. Jika kita hilang "ingatan" ini, itu bermakna kita tidak "wujud" lagi di ketika itu. 
 
Edit 31.3.14

"Ingatan" adalah sesuatu yang paling berharga kepada setiap manusia yang hidup. "Akal" yang bersidang di dewan fikiran di beri kebebasan memilih arah tujuan atau perhatian. Ini menunjukan fikiran kita itu sesuatu yang di beri "lepas bebas" (free will) untuk membuat tinjauan kepada "ilmu" yang terpapar. "Kenyataan" di realiti adalah "ilmu" yang di hidangkan untuk kita meninjau hakikat kebenaran nya. Tetapi apa yang di tunjuk dan apa yang tersembunyi masih menjadi satu "pilihan" untuk kita mengenal pasti hakikat kebenaran. Tenaga "ingatan iman" ini sangat penting kepada sesiapa yang mem[punyai "akal" fikiran. Sebab "ingatan" ini adalah satu rekoder yang menyimpan data di memori untuk di simpan sebagai pengalaman kita. 

"Ingatan" dan "kesedaran" adalah dua perkara yang berbeza. Kesedaran (Consciousness) kita di jana oleh tenaga hawa "nafsu" dan "ingatan" kita di jana oleh tenaga "iman" dengan data memori nya. Kita boleh hilang "kesedaran" seketika jika "ingatan" tidak memberi tumpuan. Bumi tidak akan wujud jika langit tidak bernaung. "Ingatan" inilah yang selalu datang menjengok di kesedaran kita untuk memberi pertunjuk dan informasi maklumat dari "ilmu" yang di salurkan "akal" fikiran. Kesedaran adalah "ruang" hawa "nafsu" yang selalu di dalam kegelapan. "Akal" adalah pelita di mana "cahaya" itu adalah "ingatan" keimanan nya. Jika "ingatan" ini tidak percaya dengan "iman" keyakinan, nescaya "cahaya" itu akan malap dan pelita itu akan padam.

"Ingatan" ini boleh hanyut di tolak arus kesedaran hawa "nafsu" apabila "akal" meninjau keadaan di suasana alam realiti. Bumi di mana hawa "nafsu" itu bertempat, di taja oleh "ingatan" kepercayaan "iman" untuk wujud di situ apabila "akal" yang  berada di langit datang memberi pertunjuk. "Ingatan" inilah yang mengikat langit dan bumi untuk kita hidup di dunia ini. Tanpa "ingatan" ini, kita akan hilang lenyap entah di mana. "Ingatan" inlah yang akan menjadi "wajah" kita di kemudian hari nanti. Di alam barzah setelah kita mati, "ingatan" ini yang menjadi peringatan kita untuk merasa kekesalan atau ketenangan. Inilah seksa kubur yang sebenar nanti. Kita akan melalui detik cemas penuh kegelisahan atau ketenangan meniti saat penantian di hari kebangkitan. "Ingatan" inilah yang akan menganggu fikiran kita dengan dosa atau pahala yang telah di lakukan.

Inilah "cahaya" yang telah kita cipta untuk menjadi "identiti" diri kita.   

  Edit 11.4.14
    
"Ingatan" ini adalah satu anugerah yang paling berharga di beri Tuhan. Di situlah kita wujud untuk "mengenal" erti kehidupan. Hubungan kita dengan Tuhan sangat memerlukan "ingatan" ini. "Ingatan" ini adalah satu "frekuensi" yang di jana oleh satelit jiwa dengan perisian "ilmu" yang di tarik graviti hawa "nafsu" kepada "iman" nya. Sebab dua "jiwa" ini yaitu hawa "nafsu dan ingatan iman" perlu bersatu dalam pelukan mesra untuk mencurahkan "niat" sebagai satu permohonan. Tanpa "niat" ini, kita sebenarnya berada di satu lapangan terapung di alam "lepas bebas" yang di jana kuasa "sebab musabab" atau takdir (Qada). Namun untuk melangkah masuk ke alam permohonan atau doa ini kita perlu menempah ruang itu dengan "niat" kita untuk berada di alam "nasib" atau (Qadar). Jadi kita perlu berpijak di atas "bumi" dahulu dengan perasaan "keinginan" sebelum kita meloncat naik ke atas "langit" dengan tinjauan "harapan" kita. 

"Keinginan" hawa "nafsu" adalah pilihan kita dan "harapan" ingatan" iman adalah peluang yang kita cari. Keinginan hawa "nafsu" sememangnya buta dengan kekosongan tanpa punca kenyataan nya. Disitulah kita sebelum "niat" itu. Apabila keinginan itu di taja oleh "harapan" ingatan "iman", peluang untuk mendapatkan hakikat kebenaran menjadi "niat" yang di pohon. Sangkaan dan tanggapan ingatan "iman" memerlukan "ilmu" sebagai pemandu arah untuk mencari hala tuju nya. Disinilah Tuhan memberi perhatian untuk menghulurkan punca sumber nya. Sebagai manusia yang menjadi "hamba" nya, kita sememangnya selalu di dalam kebutaan. Kita tidak pernah "nampak" apabila kita sedang "melihat" tetapi apa yang di tunjukan adalah Tuhan yang memberi bimbingan. Kita tidak pernah "tahu" dan selalu dengan sangkaan dan tanggapan.

Informasi maklumat yang di pamir amat mengelirukan sehingga kita duduk di kerusi "keyakinan" yang munasabah. Jawapan yang kita "cari" belum terjawab dengan kepastian sehingga Tuhan membuktikan dengan kenyataan. Sebab itu Allah swt itu Tuhan yang amat menyukai manusia yang mempunyai "kesabaran". "Kesabaran" ini adalah satu bukti yang kita manusia tunjukan kepada Nya bahawa kita "kenal" sistem atur cara Nya. Kerana "masa" telah di tetapkan dengan ukuran nya. Itulah "nyawa" yang kita sedang nikmati ini. "Jangka hayat" bukan hanya pada kehidupan yang tamat tempoh. Tetapi juga kepada setiap peraturan alam yang telah di tetapkan dengan "sebab dan musabab" nya. Disinilah "usaha" kita itu di kuat kuasakan. Tanpa "usaha" ini, setiap "doa" itu tidak akan termakbul. 

Gigih dengan "usaha" yang tekun sambil "sabar" menunggu jawapan nya adalah "tugas" kita sebagai manusia yang menjadi "hamba" nya. Jangan sampai kita cuba menjadi "tuan" yang memerintah dan mendesak Tuhan untuk sediakan segala permintaan. Itu menunjukan kita masih belum "kenal" Tuhan yang Berhak kita sembah. "Kudrat dan Iradat" Nya yang kita miliki tidak pernah kita guna pakai, tetapi hanya memanjatkan doa untuk mendapatkan sesuatu. Kita "minta" kepada Nya tetapi tidak pernah pergi "ambil" apabila telah di hulurkan. Apabila kita meminta kepada Tuhan, kita perlu "pergi" ambil nya sendiri. Tuhan bukan "suruhan" yang di perintah. Apabila kita berkelakuan seperti "tuan" yang memerintah, Tuhan akan menjauhkan diri dengan perasaan benci. 

Edit 12.4.14
Pentas "masa" telah di tetapkan dengan ukuran nya. Kelajuan "cahaya" sudah di ukur dengan kepantasan nya. Tidak ada yang lebih laju dari pancaran "cahaya" untuk melalui ruang "masa" ini. Meminta sesuatu yang telah di tetapkan sistem pentadbiran nya amat sia sia. Bolehkah kita minta hari yang sepatut nya berlalu dalam 24 jam di pendek kan?????? Jika ini di lakukan, itu bermakna "jangka hayat" kita juga perlu di cagarkan. Inilah apa yang di lakukan pengamal syaitan. Mereka mengambil sesuatu melalui jalan pintas tetapi tidak menyedari mereka telah gadai "jangka hayat" mereka sendiri. Inilah "sihir" yang di taja jin dan syaitan.

Nabi Muhammad juga pernah di tegur Allah swt kerana mendahuli Tuhan dalam urusan tertentu. Kita perlu fahami sistem pentadbiran Tuhan. Para malaikat yang menjalankan segala urusan perlu melalui peraturan yang telah di tetapkan. Allah swt telah menurunkan "kuasa" kepada "langit" dan "bumi" ini yang mempunyai peraturan tertentu. "Cahaya" yang berlalu tidak dapat melintasi ruang angkasa secepat mungkin kerana telah di "had" kan pada kelajuan tertentu dan begitu juga "suara" yang di angkut angin. Kosmologikal tetap dan graviti tarikan bumi ada tugas mereka yang tertentu. Mereka juga memegang "amanah" untuk di kuat kuasakan. Jadi urusan "secepat kilat" ini bukan sistem yang cuba di terapkan Allah swt. hanya jin dan syaitan sahaja yang cuba menandingi ketetapan itu. Di situlah kebanyakan "manusia" akan terperangkap dengan dakyah jin dan syaitan. Jin dan syaitan boleh tunjukan "bukti" dengan segera dan secepat kilat. "Sihir" yang di taja jin dan syaitan sungguh cekap dalam urusan ini.

Apabila mereka telah di hambat untuk menduduki di antara langit dan bumi, tugas mereka hanya menunggu peluang yang berlalu di ruangan itu. "Bumi" telah menafikan "hak" mereka untuk tidak menjejaki permukaan nya. Bumi tidak akan iktiraf kehadiran mereka dengan graviti tarikan bumi nya. Jin dan syaitan tidak di jadikan dari "tanah" dan mereka di larang menjejaki permukaan bumi. Tetapi mereka boleh hidup di permukaan bumi jika mereka mempunyai "nyawa" yang telah di semadikan dengan makhluk lain. Tanpa "nyawa" makhluk alam, mereka hanya menetap di ruang yang di lalui "angin". Apabila mereka di jadikan dari "api", mereka boleh menuntut "hak" mereka di atas muka bumi ini jika ada "baka" mereka hidup di atas bumi. Salah satu dari "baka" mereka adalah hawa "nafsu". Itulah mengapa kita manusia begitu kurang upaya apabila hawa "nafsu" ini di jadikan tungangan mereka.  

Edit 14.4.14

Apabila jasad tubuh manusia itu mati, mayat nya akan di kembalikan kepada bumi yang menuntut  hak dari "tanah" nya. Tetapi bukan kah jasad tubuh kita itu hidup dengan empat anasir alam yaitu "air, api, angin dan tanah??? Persoalan nya jika bumi menuntut hak dari "tanah" nya, bagaimana pula anasir yang lain yaitu "air, api dan angin????.  "Api, angin dan air" ini juga ada yang menuntut hak kepunyaan nya. Jika semasa hidup kita telah mengunakan tenaga bahang "api" ini, sudah pasti tuan punya nya akan menuntut hak nya kembali. "Angin" yang kita gunakan untuk bercakap juga telah di rakam dan begitu juga "air" yang kita curah akan di tadah. Gas udara panas dari "api" akan naik keatas di angkut "angin" sehingga suhu nya dingin menjadi "air" untuk curah ke bawah di mana "tanah" yang menadah. 

"Api" sebenarnya berada di dalam perut bumi di mana khazanah hasil tarikan graviti itu tertumpu. Inilah tempat nya hawa "nafsu" kita yang di namakan "sijjin" ini. Ingatan "iman" kita adalah "angin" yang berlayar di ruang elektromagnetik untuk mencari "air" di hujung bumbung langit yang di manakan "illiyin" itu. Cahaya "nur" yang pertama turun dari langit teratas menjadikan "air" dahulu yang merupakan lautan "ilmu" yang luasnya berjuta tahun jarak ukuran nya. Peranan empat anasir ini sangat penting untuk kita ketahui asal usul nya. Kita berdoa kepada Tuhan dengan "nafas" yang di angkut "angin" ingatan "iman" dari keinginan bahang "api" hawa "nafsu" untuk mendapatkan "ilmu" dari "air" yang tercurah di jasad tubuh yang di jadikan dari "tanah" ini. 

Tenaga yang berpaut rapat dengan "nyawa" kita ini ada peranan nya yang tersendiri. Pecahan kalimah hidup ini amat halus untuk kita renungi. Kita akan menjadi lebih dekat lagi jika kita tahu struktur kejadian yang di cipta Tuhan. Doa kita akan cepat di sambut bila kita kenal atur cara nya. Kebijaksanaan Tuhan perlu kita ketahui untuk menjadi orang yang berilmu di kalangan kita yang beriman. Jangan kita asyik sibuk untuk menjadi "khalifah" sehingga tugas sebagai "Rasulullah" di abaikan. Jika kita perlu bercakap, gunakanlah lidah kita untul ucapkan perkataan yang baik dan mendatangkan manfaat. Jika tidak!!!! Lebih baik kita DIAM dan mendengar sahaja.   

Edit 17.41.14
Nafas yang kita gunakan untuk berkata kata adalah tempahan yang kita buat untuk menuntut sesuatu. Bila kita gunakan untuk keinginan hawa "nafsu" yang buta, perkataan itu hanya satu cadangan yang di harapkan akan berlaku di realiti. Tetapi kebanyakan perkataan yang keluar dari mulut kita hanya lah tanggapan semata mata. Bukti dan fakta nya masih jauh dari kenyataan realiti. Keangkuhan hawa "nafsu" ini sangat merbahaya jika rekaan ilusi nya cuba di jadikan kenyataan supaya ingatan "iman" yang mendengar hujah peribadi itu di sogok dengan tipu muslihat dan tomahan hasutan untuk di jadikan kepercayaan. "Kepercayaan" inilah yang di harapkan setiap hawa "nafsu" yang buta di dalam kegelapan itu.

"Akal" fikiran yang pekak sepatutnya menilai fakta kenyataan sebelum di hulurkan kepada ingatan "iman" yang bisu untuk di jadikan kepercayaan. Sebab ingatan "iman" yang bisu, tidak memerlukan bukti dan fakta untuk mempercayai sesuatu maklumat. Hanya "akal" yang boleh menentukan hakikat kebenaran nya dengan buat kajian dan penilaian yang menyeluruh. Keghairahan hawa "nafsu" lah yang mendesak supaya maklumat itu di percayai. Apa saja yang kita percayai masih belum terbukti dengan fakta kenyataan. Tetapi hanya apabila kita sudah jumpa hakikat kebenaran, barulah kepercayaan itu menjadi satu keyakinan. 

"Keyakinan" ini seperti satu pelita yang menyala  dan bersinar. Pancaran sinaran cahaya nya adalah satu pertunjuk jalan untuk meninjau hakikat kebenaran itu. Di lorong perjalanan inilah kita bertemu Tuhan untuk mendapatkan bimbingan.  "Tanah" bumi di jasad tubuh kita di penuhi "api" yang membara di dalam perut nya yang meluap dengan hawa "nafsu" nya. Ingatan kepercayaan "iman" perlu melafazkan kelohan hasrat dengan "angin" nafas nya untuk bertemu dengan titisan "ilmu" fikiran "akal" yang masih tinggi di puncak langit. "Suara" doa permintaan dan "cahaya" hakikat kebenaran akan selalu di sambut ruang atmosphera. Getaran itu akan mengusik gelombang elektromagnetik dengan hayunan "sebab dan musabab" alam semesta. 

Tuhan telah jadikan "penyebab" yang perlu kita ambil peduli. Jika kita tidak kenal "penyebab" ini maka amat sukar untuk kita mengenali Tuhan. Malah jika kita tidak mahu mengenal "bumi" yang kita pijak ini, kita masih hanyut di tolak arus kebingungan yang entah kemana arah tuju nya. Jika yang "nyata" ini masih kabur kita melihatnya, bagaimana mungkin yang "ghaib" itu dapat kita kenali. Di bumi ini ada "sijjin" yang memisahkan kita dari "illiyin" di atas langit. Apa yang di lakukan oleh "qarin" kita perlu kita kenal pasti. Hawa "nafsu" dan ingatan "iman" masih menjadi boneka yang kita persembahkan dengan jasad tubuh. Dimana "identiti" kita yang sebenarnya masih belum di ketahui. "Aku" yang kita selalu iktiraf dengan pengakuan tidak pernah mendapat pengesahan. "Wajah" yang kita tunjuk masih belum di kenali. Hanya "nama" yang menjadi sebutan untuk kita beri perhatian.  

Edit 18.4.14

Kita di arah mengingati Allah swt di dalam setiap detik masa. Tetapi "ingatan" yang kita khaskan untuk Allah swt hanya ketika kita solat untuk bersembahyang. Di dalam 24 jam yang kita lalui setiap hari, berapa minit sahaja yang kita luangkan untuk bersama Allah swt. Nafas yang kita hembus setiap berkala, dengan mengucapkan perkataan dengan berbual, berapa banyak kah "nafas" itu di gunakan untuk memuji Zat yang Maha Pencipta. Jika kita pilih untuk bersama Allah swt hanya sementara waktu sahaja, Allah swt juga akan melayani kita begitu. "Ingatan iman" yang di berikan kepada kita adalah peluang yang sangat berharga. Amat sukar "akal" fikiran kita untuk mengalihkan tumpuan kepada Allah swt. Sebab "ingatan" itu satu tanda Allah swt sedang mengingati kita. Sambutlah hubungan itu jangan sampai terputus. Sebab graviti tarikan bumi hawa "nafsu" amat kuat untuk mengalih tumpuan kita kearah lain pada keinginan nya.

Empat pintu anasir "tanah, api, angin dan air" yang kita gunakan setiap hari bermula dari bahang "api" yang membara. Sebab "api" ini sudah menjadi tugas rasmi nya supaya merebak dan sifat hawa "nafsu" ini di jadikan untuk membiak. "Evolusi" setiap makhluk bermula dengan bahang "api" ini yang di pacu hawa "nafsu" dan berakhir dengan "air" yang mengalir di atas "tanah" yang di hembus tiupan "angin" nafas setiap yang bernyawa. 

Apabila manusia mati menjadi mayat, jasad nya menjadi hak milik "bumi" yang di jadikan dari "tanah". Jiwa hawa "nafsu" nya yang menjadi "qarin" ini akan meratap di dalam perkampungan "sijjin" di perut bumi dengan bara "api" nya yang menyala. Tenaga graviti nya akan berpaut pada mayat nya yang sudah menjadi bangkai. Inilah "hantu" yang kadang kala kita terjumpa bergentayangan di pusara nya. Namun yang menjadi rahsia yang amat sulit adalah jiwa ingatan "iman" yang berkampung di ruang atmosphera langit sebelum hari kebangkitan. Darjat jiwa ingatan "iman" ini akan kembali kawasan "illiyin" yang mempunyai peringkat yang tertentu. Di situlah masa menunggu mereka menjadi persoalan yang masih belum terjawab. Kajian sains kerohanian telah terjumpa banyak hujjah yang munasabah. Jiwa ini masih boleh di tegur sapa.

Semasa menunggu hari kebangkitan, setiap jiwa ini masih mempunyai "tugas" yang boleh di lakukan. Namun "tugas" ini tidak akan mendapat balasan pahala seperti mana ketika mereka hidup dahulu. Jiwa jiwa ini masih boleh menjalankan tugas "amal jari'ah" yang ada pada "ilmu" pengetahuan mereka. Kami tidak dapat memberi ulasan yang terperinci di dalam perkara ini kerana bimbang di salah tafsir segelitir pembaca kami. Perkara ini masih menjadi rujukan kajian kami sehingga ke hari ini.

Semasa hidup di bumi ini, kita manusia mempunyai dua "watak" yang berbeza, kerana jiwa hawa "nafsu" dan jiwa ingatan "iman" mempunyai peranan mereka masing masing. Otak kita di bahagi kepada dua benua yang mengawal bahagian kiri dan kanan angota tubuh kita. Mata kiri dan kanan kita juga melihat kenyataan di hadapan kita dengan dua persepsi yang berbeza. Jika sempadan di antara dua benua otak itu tidak di hubungkan dengan "akal" yang duduk di jembatan itu, nescaya jasad tubuh kita akan mengalami situasi yang huru hara. Hawa "nafsu" yang duduk di bawah pusat dekat dengan tulang tongkeng mempunyai pangkalan di "hati" untuk curahkan perasaan yang terletak di sebelah kiri dada jasad tubuh kita untuk melintas naik ke benua sebelah kanan di otak kita. Laluan "Lamjallalah" ini menjadi amalan kebanyakan orang yang menuntut "hak" kalimah Alif Lam Lam Ha yang memegang kuasa empat anasir air, api, angin dan tanah. 

Edit 27.4.14

"Hijab" setiap insan dengan Tuhan nya sangat dekat. Kita tidak akan boleh nampak Tuhan sebab kita di jadikan dengan kebutaan. Walaupun mata kasar kita dapat melihat suasana alam di realiti, apa yang kelihatan hanya satu andaian dan tanggapan yang belum tentu pasti hakikat kebenaran nya. "Jiwa" kita di sebalik jasad tubuh kita ini ibarat alam semesta yang di sekeliling kita. "Bumi" ibarat jasad tubuh kita, "matahari" ibarat hawa "nafsu" kita dan ingatan "iman" ibarat "bulan" yang selalu memandang bumi. Hubungan "hati" di mana perasaan hawa "nafsu" itu tercurah dengan "otak" di mana fikiran ingatan "iman" kita berlegar sangat penting untuk kita singkap "hijab" itu di antara kita dengan Tuhan. Perasaan hawa "nafsu" yang sering berbunyi dengan suara "hati" perlu di ajak ingatan "iman" untuk memuji Tuhan. 

Hubungan mesra hawa "nafsu" dengan ingatan "iman" ini yang sangat di minati Tuhan. Sebab Tuhan ingin melihat hawa "nafsu" kita yang buta itu turut serta dalam hubungan kita dengan Tuhan. Setiap perkataan yang di luahkan perlu mempunyai "perasaan" hawa "nafsu" yang selalu nya sangat ingkar kepada Tuhan. Inilah tugas ingatan "iman" kita supaya dapat mebawa "perasaan" hawa "nafsu" itu bersama ketika kita mengunjungi "hijab" rabbani. Tidak tulus segala ingatan "iman" kita jika "perasaan" hawa "nafsu" tidak bersama. Hawa "nafsu" kita perlu di didik agar berminat untuk beribadah. Asuhlah hawa "nafsu" kita itu sampai ia dapat curahkan kasih sayang kepada Al Khalik. Sebab dari sejak kejadian hawa "nafsu" dahulu yang selalu ingkar kepada nikmat Tuhan. Ia tidak pernah mahu mengaku Allah swt itu Tuhan nya. Inilah tugas "Rasulullah" yang perlu kita sandang sebagai seorang "khalifah" di atas muka bumi ini. Atau lebih tepat lagi atas jasad tubuh kita. 

2.5.14

Walupun kita tidak dapat melihat Tuhan Yang Maha Esa, kelebihan kita sebagai manusia sangat luar biasa. Sebab urusan "ehsan" ini menjadi penilitian penting dari Allah swt. Apabila kita di tugaskan sebagai "khalifah" untuk mengurus "bumi", kita di utus "Rasulullah" untuk memperkenalkan Tuhan dan bagaimana untuk "beribadat" kepada Nya. Tugas "khalifah" adalah "naluri" asas setiap manusia yang di pacu hawa "nafsu" tetapi tugas "Rasulullah" adalah "nurani" asas setiap insan yang "jiwa" nya di pacu ingatan "iman" untuk mempercayai sesuatu yang lebih berkuasa untuk cari tempat berlindung dan bernaung. Jadi "bumi" kepunyaan hawa "nafsu" di mana peraaan "hati" kita tercurah dan "langit" kepunyaan ingatan "iman" di mana fikiran "akal" kita berlegar. Ketahui lah bahawa "ingatan" kita itu datang dari luar jasad tubuh kita dan ada yang menyalurkan maklumat itu. Siapa lagi yang  menjalankan tugas sebagai "Rasulullah" ini dan berfungsi memberi informasi maklumat agar kita sedar dan mendapat pendidikan. 

Jadi hawa "nafsu" kita ini adalah "hati" Siti Hawa yang perlu di asuh dengan kasih sayang dan ingatan "iman" adalah "otak" Nabi Adam yang perlu mendidik dengan segala "ilmu" pengetahuan yang datang dari "Rasulullah" di mana "akal" kita berfungsi untuk dapatkan informasi maklumat. Inilah "ehsan" yang ingin di lihat Tuhan di dalam setiap jasad anak Adam. Apa gunanya kita menjadi "khalifah" jika tugas "Rasulullah" tidak di sandang untuk berlaku adil dan benar. "Tulang rusuk kiri" ini adalah tempat untuk membawa "perasaan" kita itu merasai nikmat keindahan berkhalwat" dengan Tuhan. Sebab "cinta" yang pernah kita rasa di dunia ini adalah lambang nikmat kerinduan yang sepatutnya di curahkan kepada Tuhan. Apa guna nya kita "beribadat" kepada Nya, jika "perasaan" itu hambar seperti lakonan "skrip" yang tidak dihayati. Jika ingatan "iman" kita ingin menghadap Tuhan untuk bermunajat, di situ perlu hadir hawa "nafsu" untuk mencurahkan "perasaan" yang selalu nya "ikhlas" dari segi bahasa "jiwa" nya. Sebab "perasaan" hawa "nafsu" tidak pernah berbohong bila ingatan "iman" teguh memberi tumpuan kepada "ilmu" pengetahuan nya.

Setiap "ilmu" yang di perolehi oleh ingatan "iman" dari "akal" fikiran "rasulullah" kita hanya satu fahaman yang perlu di praktik kan dengan bahasa jiwa hawa "nafsu" dengan "perasaan" nya untuk buahkan benih "keikhlasan" yang sangat di teliti Tuhan. "Ehsan" ini perlu di sempurnakan jika kita ingin menjadi seorang hamba yang benar benar tulus dan ikhlas. Tuhan berjanji akan menyambut "kedatangan" kita dengan berlari. (Jika hamba ku datang kepada ku dengan berjalan, Aku akan pergi mendapatkan nya dengan berlari.) Apabila kita tidak tahu di mana Tuhan itu berada, Tuhan akan datang menyambut kedatangan kita. Inilah apa yang di harapkan oleh kita sebagai manusia yang ingin bertemu dengan Nya. Kita tidak mempunyai kebolehan untuk menjejaki kewujupan Nya, tetapi Tuhan mempunyai kebolehan untuk menjejaki kehadiran kita. Apa yang perlu kita bawa sebelum pergi berjumpa dengan Nya adalah "siratulrahim" itu. Talian "jiwa" ini mungkin tidak di perhatikan kebanyakan kita tetapi "ehsan" ini penting untuk berhubungan dengan Tuhan. 

Edit 4.5.14

Siapakah yang mempunyai "makrifat" yang paling jelas jika bukan Nabi Adam dan Nabi Muhammad. Nabi Adam telah pernah bertemu Allah swt sejak dia berada di alam shurga. Nabi Muhammad pernah naik berjumpa Allah swt di kala dia Israq dan Miqraj. "Ilmu" Nabi Adam dan Nabi Muhammad ini masih ada di dalam diri kita sebagai "baka" keturunan yang tidak boleh terhapus. "Ruh" ini telah di tiupkan kepada setiap anak Adam sebelum ia lahir ke dunia dan "Bumi" ini telah menjadi "saksi" untuk menjaga kepentingan "jiwa" ini sebagai amanah yang di pikul. Jika setiap bayi yang lahir kedunia ini telah di beri "ilmu" untuk mencari susu ibu nya secara spontan tanpa di ajar dengan "naluri" nya, sudah pasti "ilmu" untuk mencari "Tuhan" nya telah di isi sebagai asas dengan "nurani" nya. Allah swt tidak perlu memikat setiap hamba Nya supaya datang kepada Nya. Apabila "akal" itu sudah sempurna, "nurani" ini akan timbul dengan persoalan yang perlu di jawab. Apabila hasrat itu telah muncul di dalam "jiwa", Allah swt akan menunjukan "kesan" kehadiran Nya.

Keagungan Tuhan sangat luar biasa. Allah swt mengunakan sistem "reverse effect" untuk membuktikan kewujuban Nya. Ilmu "Reverse Effect" ini mempunyai kesenian yang amat halus. Jika kita benar benar ikhlas untuk mengenal Tuhan, Tuhan akan memberi pertunjuk dengan isyarat yang luar biasa. Tidak ada huruf atau suara apabila Tuhan berbicara. Respon yang Tuhan beri kepada kita amat halus dan memerlukan "ilmu" untuk memahami nya. Penuntut ilmu "reverse effect" ini bukan dengan perantaran kitab atau kalam. Setiap jarak penelitian adalah satu perhubungan yang amat sulit. Inilah "hubungan sulit" yang seorang hamba melakukan dengan berkhalwat dengan kekasih nya. Apabila kita "PENYERAH DIRI" (Muslim) kepada Allah swt dengan sebenarnya. Allah swt akan cuba memberi pertunjuk tentang kewujuban Nya. Bahasa Tuhan ini perlu kita pelajari.    

Edit 14.5.14

"Ilmu" yang di berikan kepada Nabi Adam semasa dia di jadikan, adalah sesuatu yang paling istimewa. Sebab "ilmu" ini tidak pernah di berikan kepada makhluk lain ciptaan Nya dengan "kefahaman". Makhluk lain hanya mendapat sedikit dari "ilmu" itu dengan "naluri" asas yang ada pada "nyawa" mereka.  "Bumi" dan "Jasad" hanya merupakan "bahan" untuk  mengunakan "ilmu" itu di mana "hawa "nafsu" yang buta dan ingatan "iman" yang bisu boleh mengunakan nya untuk mendapat manfaat dari nya dengan membuat "pilihan" dan mencari "peluang" apabila ilmu itu di hulurkan.. Jika Nabi Muhammad yang tidak pandai menulis dan membaca boleh mengajar seluruh umat manusia tentang hakikat kebenaran, sudah pasti kebolehan menulis dan membaca bukan asas yang kukuh untuk mendapatkan "ilmu" itu. Yang "buta" dan yang "bisu" masih boleh memahami sesuatu apabila "ilmu" itu di salurkan dari "perasaan" yang meresap di "naluri" setiap yang bernyawa. Tidak kira kaum dan bahasa ibunda manapun yang di anuti, "perasaan" dari "ilmu" itu akan mempertejemahkan mengikut bahasa yang di fahami.  Sebab "ilmu" itu tidak berhuruf dan dan bersuara tapi hanya kita saja yang  perlu terjemahkan mengikut bahasa yang kita fahami sendiri.

Kebijaksanaan Allah swt tidak dapat kita sangkal lagi. Cuba kita perhatikan setiap manusia yang beribadat dan yang menyembah dan mengambil "dewa" lain dari segala agama yang mereka anuti. Mereka akan tetap mengunakan "bisikan" bahasa hati sanubari dengan "perasaan" untuk meluahkan taat setia kepada sesuatu yang di anggap Dewa atau "Fahaman" yang mereka guna pakai. Golongan "ateis" yang menafikan kewujudan Tuhan masih mempunyai fahaman "sains" yang mereka pegang teguh sebagai rujukan.  Walau apa benda sekali pun yang mereka serahkan penghormatan itu untuk di jadikan "akidah" kefahaman, secara tidak langsung, penghormatan itu akan kembali kepada Allah swt. Kesesatan itu hanya tertakluk kepada "syarat" kebendaan yang di puja, tetapi secara kerohanian nya "kekufuran" itu tidak merugikan Allah swt walau sedikitpun. "Ilmu" yang mereka gunakan untuk menghormati sesuatu "benda" atau "dewa" lain datang dari segala "ilmu" yang Allah swt sendiri cipta.  Secara "hakikat" segala gala yang mereka ambil sebagai sekutu Allah swt telah "menyerah diri" (muslim) kepada Nya dengan "hukum hudud" yang di tadbir kuasa "sebab dan musabab" yang mengurus segala ciptaan dan kejadian. Sebab tidak ada lagi Tuhan lain yang memerintah langit dan bumi ini. Dia Yang Esa dan Yang Tunggal yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Tidak ada yang lain yang dapat mengugat kedudukan Nya.     

Tetapi apabila manusia itu mengunakan "ilmu" itu yang merujuk kepada "KEBESARAN" Nya, Allah swt akan "pandang" untuk melihat hamba Nya itu dengan penuh kekaguman. Pancaran pelita sinaran "iman" ini ibarat kelipan percikan "cahaya" (pulsar) yang dapat di lihat walau bagaimana jauh sekalipun. Cuba lah kita perhatikan sinaran kelipan bintang di langit yang beribu kilometer jauh dari bumi ini. Cahaya itu boleh sampai ke hujung dunia apabila di beri perhatian. Percikan "cahaya" (pulsar) ini bukan sesuatu yang boleh kita nafikan dan di anggap tahyul atau kurafat. Jika seorang "insan" itu benar benar merujuk kepada kewujudan Allah swt, "cahaya" itu akan berkelipan untuk memberi isyarat. Perkara ini tidak dapat kami perjelaskan lebih lanjut hanya jika ada di kalangan orang yang memiliki "hijab" itu untuk mengambil panduan rohani yang sangat halus.

"Keikhlasan" bukan sesuatu yang boleh kita palsukan. "Ilmu" pengetahuan Allah swt amat luas untuk kita gunakan sebagai panduan mencari kehadiran Nya. Jika kita tidak mampu untuk menjejaki "lokasi" itu, percayalah bahawa Allah swt akan dapat menjejaki kita walau bagaimana keadaan kita. Inilah "kiblat" yang perlu kita hadapkan. Kebolehan kita untuk mengetahui dengan tepat "lokasi" itu sangat tipis kerana kelemahan "ilmu" yang kita perolehi, tetapi "kebolehan" Allah swt sudah mencukupi untuk kita dapat perhatian Nya. Hanya kita yang selalu memadamkan sinaran itu untuk putuskan hubungan. Kita letih dan perlu berehat, Kita sibuk dan perlu berurusan. Kita terlalu sibuk untuk menjadi "khalifah" di atas muka "bumi" ini, sehingga jawatan "Rasulullah" sebagai kekasih Allah swt acap kali kita abaikan. Kita tidak sedar bahawa "doa" yang sering kita pinta kepada Nya, perlu kita gunakan "ilmu" yang telah di berikan kepada kita untuk mendapatkan segala permintaan atau hajad dan keinginan. Allah swt bukan hamba suruhan yang boleh kita "arah" dengan perintah kehendak kita. Inilah punca mengapa "doa" kita tidak pernah di makbulkan. Sebab kita "mengarah" untuk mendapatkan sesuatu. Seolah olah kita ini mempunyai "hak" untuk mendapatkan apa saja yang kita inginkan.       

Kasih sayang Allah swt termasuk dengan menafikan sesuatu apa yang kita telah minta kerana akan mendatangkan mudarat apabila kita pernah berdoa dan meminta agar menjaga kesejahteraan diri kita. Tidak semua kehendak hawa "nafsu" kita boleh di layani. Sebab hawa "nafsu" ini tidak pernah mahu bershukur dan merasa puas. Apabila kita tidak selalu mentaati Allah swt, mengapa Allah swt perlu berbuat demikian????? Apabila kita di beri "hak" untuk memilih, begitu juga Allah swt yang "berhak" untuk menentukan. Jadi tidak perlu kita persoalankan tentang keadilan Nya membuat keputusan. Jika kita boleh abaikan kehendak Allah swt, mengapa Allah swt tidak boleh abaikan kehendak kita???? Apakah darjat kita lebih tinggi daripada Nya??? Sebenarnya Allah swt sangat suka kepada hamba nya yang meminta dan berdoa kepada Nya.  TETAPI!!!!!! jangan sampai permintaan kita itu menunjukan kebodohan kita sendiri!!! "Ilmu" yang telah di berikan kepada kita boleh menyelesaikan segala masalah!!!!!!! Kita hanya perlu merujuk kepada Nya kerana Dia mempunyai pengetahuan yang amat luas akan keberkesanan "usaha" kita itu.

Apa guna kita jadi kaya jika kekayaan itu akan buat kita kufur kepada Nya!!! Apa guna kita pandai jika kepandaian itu akan buat kita menjadi sombong dan bongkak!!! Jika benar seseorang itu mendapat "ilmu", "ilmu" itu sepatut nya membuat dia merasa semakin kosong dan lemah, bukan kuat dan berkuasa. Kerana "ilmu" yang di turunkan adalah sesuatu yang membuktikan kebesaran Allah swt. Jika kita merasa lebih dari itu, maka kita telah terpesong dari matlamat asal "ilmu" itu di jadikan. Tugas tauhid untuk "nafi" apa yang di "isbat" dan "munafi" apa yang "musabat" pada khalimah Allah. Jika diri kita itu masih mempunyai nilai harga diri yang perlu di pertahankan, sudah pasti "jiwa" kita tidak akan dapat menikmati keindahan syahdu bersama Allah swt.  Jika jasad dan wajah kita itu masih perlu di pandang, nescaya "jiwa" kita akan merasa kecewa kerana "bumi" ini masih lagi mahu di pijak. Jasad ini telah di beri tugas untuk berkhidmat. Apakah agak nya jawatan yang kita sandang semasa kita hidup di muka bumi ini. 


Edit 15.5.14

Jika kita perhatikan kejadian jasad tubuh manusia. Mengapakah jasad tubuh itu di anggap "kurang sopan" atau "aurat" yang mesti kita tutup dengan pakaian tertentu. Jasad tubuh manusia yang di jadikan begitu sempurna masih perlu mengunakan "perkakas" lain tidak sepertti binatang dan haiwan lain yang cukup sekadar apa yang ada pada jasad mereka untuk di guna pakai. Tetapi manusia perlu berpakaian dan berjalan memijak "bumi" dengan beralas kaki seperti kasut atau selipar. Sedangkan segala makhluk lain tidak memerlukan "peralatan atau perkakas" untuk di guna pakai. Teori "evolusi" yang mengatakan jasad tubuh segala makhluk akan berubah untuk menyesuaikan diri mengikut keperluan "survival" nya. Ini bermakna jika dahulu segala burung itu tidak berkepak, kerana keperluan "survival", jasad nya mula tumbuh kepak demi kepentingan dan berdaya saing untuk hidup. Tetapi nampak nya "manusia" yang di katakan datang dari keturunan "berok" kerana tempurung tengkorak yang sama (homo sapiens), mempunyai "sifat" yang tidak di miliki segala haiwan dan binatang seperti mana yang mereka cuba terapkan.

Adaptasi "manusia" bukan dengan berubah jasad tubuh melalui peredaran masa. "Akal" yang di beri untuk berfikir boleh "mencipta" sesuatu bagi keperluan kehidupan manusia. "Fitrah" ini menjadikan "manusia" satu spesies yang jauh dari apa yang teori "evolusi" itu cuba terapkan. Kita manusia boleh mencipta kapal untuk belayar di atas air dan terbang di atas langit. Amat jahil untuk mereka samakan kita dengan haiwan atau binatang yang tidak mempunyai "akal" sebagai senjata yang paling istimewa. Kejadian "manusia" tidak sama dengan segala makhluk yang ada di muka bumi ini. Kita telah di cipta "khas" untuk menjalankan satu tugas yang tidak pernah di berikan sebagai "amanah" kepada segala makhluk lain. "Amanah" ini masih tidak di fahami kebanyakan "manusia" untuk menilai harga diri mereka. Jika kita masih tidak tahu apakah "amanah" itu, maka amat sukar kita untuk mengunakan keistimewaan "khas" yang di berikan kepada manusia untuk sempurnakan tugas itu.

"Akal" ini adalah sesuatu yang di beri untuk manusia pikul tangung jawab itu. Kehebatan "akal" ini boleh buat manusia menghasilkan sesuatu ciptaan. Tetapi malangnya, semakin hebat manusia mencipta segala "peralatan dan perkakas", manusia itu menjadi semakin sombong dan bongkak sehingga Tuhan itu di nafikan. Itulah mengapa setiap manusia itu perlu di matikan untuk seketika  dengan tidur atau ajal maut nya. "Akal" ini adalah "amanah" yang akan di persoalkan Tuhan untuk apa ia di gunakan. Tidak "wajib" agama kepada setiap manusia yang tidak berakal. Sebab di sebalik kesedaran yang kita nikmati ini, "akal" adalah resepsi kenyataan realiti yang menjadi fokus amal perbuatan kita. Tidak berdosa kita jika kita tidak sengaja atau tanpa "niat" itu. Jadi "akal" dan "niat" ini di mana "hati" dan "otak" kita berfungsi, adalah dua sudut kehidupan "nyawa" yang kita nikmati. Tanpa "hati" dan "otak" ini kita bukan lagi manusia. Disitulah tempat nya hawa "nafsu" dan ingatan "iman" kita yang kebanyakan kita selalu abaikan. 

Jika kita ingin "kenal" diri kita yang sebenar nya, kita perlu tahu kedua tenaga ini yang di katakan "jiwa" yang tersembunyi di sebalik dinding jasad tubuh kita ini. Bagaimana kita dapat sempurnakan "amanah" itu jika jana kuasa segala perbuatan kita itu tidak dapat kita kenal pasti. Apakah agak nya yang buat kita melangkah ke tempat maksiat atau masuk ke sebuah masjid?????? Apakah kita di tolak arus atau di tiup angin sehingga sampai ke tempat itu????

Tuhan memberi kita "akal" dengan sebab yang tertentu. Supaya kita boleh menjadi "saksi" untuk buat pengesahan. Di mana saja kita berada, kita akan di minta menjadi "saksi" ini dan ada peranan yang perlu kita lakukan. Sistem "saksi" ini sangat luas untuk kita huraikan matlamat nya. Begitu juga setiap "manusia" yang hidup itu perlu di "saksi" kan oleh sesiapa saja untuk wujud di tempat itu. Cuba lah kita perhatikan apabila tidak di kenali oleh sesiapa saja di sekeliling kita. Bukan kah kehadiran kita itu tidak dapat di "sah" kan dan kita ibarat "bayang" yang tidak di endahkan. Itulah mengapa "nasab" setiap baka perlu di "saksi" kan oleh setiap masyarakat untuk mengesahkan keturunan nya. Bayi yang lahir di luar nikah yang tidak di "hijab kabul" oleh "nasab" nya amat malang sekali kerana di sisihkan oleh darah daging nya sendiri. Ibu bapa yang melahirkan "anak" di luar nikah ini telah melakukan satu kesalahan dari tamadun manusia yang seperti haiwan atau binatang yang bertebaran. "Bayi" yang buta itu akan menuntut "hak" nya di satu hari nanti. Inilah kelohan "jiwa" yang di aniayai. "Mengapa aku tidak di "hijab kabul" kan semasa aku di lahirkan ke dunia ini." Mengapa aku tidak di jadikan "saksi" untuk semua di masyarakat melihat aku seperti "benih" yang di "ikhtiraf" oleh alam sekeliling. Mengapa aku perlu di seludup keluar sebagai barang yang haram. Kehidupan aku menjadi cemuhan yang tidak sepatut nya aku terima. Aku perlu kan kasih sayang oleh sesiapa saja yang memandang akan diri ku. Dapat kah aku menerima kasih sayang itu tanpa sedikitpun kebencian??? Apakah aku menjadi satu "bahan" yang sangat memalukan sehingga aku perlu di bunuh atau di buang seperti sampah di jalanan.???? Mengapa aku di campak untuk kuasa "sebab dan musabab" yang menentukan arah tuju kehidupan ku. Di mana tangung jawab itu semasa engkau berjanji dengan perasaan "kasih sayang" untuk menempah kehadiran ku. "Syahwat" hawa "nafsu" itu telah menjemput aku supaya mengambil peluang ini. Aku telah memilih untuk menyahut seruan itu apabila engkau berdua curahkan "kasih sayang" di hadapan pintu shurga. Tetapi mengapa engkau menghilang apabila aku datang menjengok???? Wajah yang engkau tunjukan semasa aku lahir kedunia ini memaparkan kerunsingan bukan keriangan. Bukan kah aku menangis di ketika itu minta di belas kasihankan??? Dimana "akal" fikiran dan "hati" perasaan engkau di ketika itu. Aku menoleh kearah Tuhan untuk mendapatkan jawapan nya ketika "niat" itu engkau sempurnakan. Kebimbangan aku di ketika itu untuk mengenal hati budi mu yang belum pasti aku kenali. Apakah benar engkau "nasab" yang sejati, atau aku ini telah di cemari "benih" syaitan yang dilaknati Tuhan. Aku di jadikan kembar yang seiras tetapi mempunyai watak yang tidak aku senangi. Engkau jamah "buah kuldi" itu yang di larang Tuhan tanpa merujuk kepada "Rasulullah" yang sentiasa memberi "nasihat" tentang agama.  

Tetapi Tuhan mempunyai sifat yang Maha Pengasih. Dosa kedua ibu bapa tidak akan di bebankan kepada diri ku malah "jasad" itu akan di jaga seperti "anak yatim" untuk mendapat keadilan yang sama rata. Hidup mati ku telah di serahkan kepada Tuhan untuk buat keputusan. Aku lebih sanggup menjadi perhiasan di dalam shurga dari menempuh keazaban yang telah engkau siapkan. Aku akan tetap terasing dari keturunan adik beradik ku walaupun aku tidur sebantal dengan mereka. Bagaimana tekun engkau cuba untuk tunjukan keadilan yang saksama, aku tetap akan berada di martabat yang paling rendah. Hanya Tuhan yang dapat mengangkat martabat aku dan bukan kedua ibu bapa ku yang berdosa itu. Kasih sayang yang palsu cuba engkau curahkan untuk menghiburkan hatiku, hanya satu sandiwara yang engkau persembahkan. Aku bukan "saksi" yang telah di iktiraf oleh kedua ibu bapa ku sendiri dan aku akan menjadi "saksi" kepada "dosa" itu apabila engkau di persoalkan nanti. "Nyawa" yang telah di serahkan supaya aku hidup, tidak "ikhlas" engkau terima sebagai anugerah. Aku engkau jinjing seperti "najis" yang kotor tetapi Tuhan sentiasa di situ untuk beri sokongan. Dapatkah aku merasakan "kasih sayang" jika Tuhan tidak pernah ingin mencurahkan Nya???? Jika aku tidak di beri ingatan "iman" untuk bawa diri ku kearah "illiyin" sudah pasti aku tidak akan mahu hidup di bakar di dalam lahar "sijjin" itu. "Kasih sayang" yang palsu telah engkau persembahkan semasa engkau makan "buah kuldi" itu sehingga aku di jemput masuk ke dalam "rahim" mu. Engkau tunjukan kisah Rahman dan Rahim di hadapan ku untuk memujuk diri aku dengan "nikmat" itu. Namun setelah kehadiran diri ku, engkau anggap "beban" untuk di sambut. Kegelisahan "hati" mu dengan kedatangan diri ku, satu kehampaan yang tidak terhingga. Pengkhianatan apa yang cuba engkau lakukan terhadap diri ku????  

Aku berasal dari lautan "air" yang menitis dari langit yang di tiup "angin" oleh haba "api" supaya hidup subur di atas "tanah" yang sekeping. Tulang sulbi Nabi Muhammad aku di keluarkan di mana Sinti Ruhum aku sebagai Adam mula berdegup untuk jadikan Hawa. Bismillah kata Muhammad yang menjadi saksi di hadapan Baba Rahman dan Babu Rahim. Di antara dua khalimah ini "Laiillahhaillallah" Muhammadarasullullah" aku tersepit di tengah tengah nya untuk bernyawa. Aku masuk dari pintu Baba Rahman dan aku keluar dari pintu Babu Rahim. Aku "nasab" Nabi Muhammad yang cuba engkau ingkari pada larangan buah kuldi itu. Walaupun hina aku di lahirkan, wajah Nabi Muhammad akan aku cari untuk dapatkan sinaran cahaya itu. Khalimah Tauhid di kanan ku dan khalimah Rasul di kiri ku telah aku gengam sekuat kuat nya. Tanpa janji "Rasulullah", aku tidak akan keluar memandang bumi ini untuk bergelimang dengan "najis" dosa mu.

Senyuman yang engkau ukir di bibir mu adalah satu kepalsuan yang di pamir untuk menipu harapan diri ku. Namun jauh di dalam lubuk "hati" mu. engkau merasa kesal dengan kewujudan diri ku!!!!!! Walupun semanis gula cuba engkau suapkan, kepahitan itu dapat aku rasakan. Dakapan mu tidak semesra kerinduan. Tangan aku yang engkau pimpin semasa berada di khalayak ramai, melambangkan keaiban yang membawa "najis".   Aku di benarkan hidup, bukan dari kesungguhan mu. Yang sering mencurahkan "kasih sayang" itu bukan engkau tetapi Tuhan yang sentiasa di situ. 
Aku di jadikan tidak berbapa seperti Nabi Isa a.s. sedangkan aku umat Nabi Muhammad. Begitu jauh aku di tinggalkan kebelakang untuk aku sampai kepada Rasulullah. Jika aku tidak dapat melihat cahaya Nabi Muhammad di sekeliling ku, nescaya aku akan dijadikan "kafir" oleh kembar "qarin" ku. Kembara hidup ku sangat malap tanpa sinaran cahaya Rasulullah. Aku mungkin akan terjerumus ke lembah terkutuk yang pernah engkau berdua tunjukan. "Ya Amirul Mukminin!!!!! Tunjukan lah diri mu walau hanya dengan bayang bayang diri mu. Beri lah aku seteguk dari "air" mu itu yang sangat aku dahagakan ini!!!! Peluk lah aku cium lah aku yang sangat rindukan kasih sayang mu!!! Aku telah di "bin" kan pada nama bapa mu "Abdullah" dan aku berhak berada di sisi mu. Aku "anak yatim" yang tidak berbapa!!!! Bukan kah Tuhan sangat sayang pada anak anak yatim ini sehingga perlu engkau kuat kuasakan agama mu untuk menjaga kesejahteraan diri ku???? 
     
Edit 20.5.14

Tidak inginkah kita berada di dalam "pengetahuan" Allah swt???? Sebab Allah swt akan lupakan kita bila kita sendiri yang melupakan Dia. Mungkin kita tidak pernah mahu merasa betapa indah nya berada di dalam ingatan Allah swt. Sifat Allah Taala yang Maha Mengetahui ini perlu kita kaji selidik untuk dapatkan habuan nya. Jika tidak ada apa yang perlu kita sembunyikan dari pada pengetahuan Nya, bukankah lebih baik jika kita gunakan kesempatan itu untuk duduk bersama sebagai "jemaah" Nya. Untuk menjadi "tetamu" di dalam "jemaah" ini kita perlu mempunyai "watak" Rasulullah yang menjadi Amirul Mukminin di dalam "jemaah" itu. Kisah "Israq dan Miqraj" ini sepatut nya berlaku di setiap kali kita menyembah Nya. Bukan kah kita berada di alam Ajsam semasa kita sedang berwuduk dan berdiri di kaki langit ketika mula "takbiratulikhram" untuk sampai kepada Nya. Membawa diri kita ke hadrat illahi bukan sesuatu yang mudah untuk di lakukan. Sebab "jiwa" hawa "nafsu" kita ini terikat dengan graviti tarikan bumi yang melekat di jasad tubuh kita. "Jiwa" ingatan "iman" kita perlu ada kekuatan untuk membawa kita naik ke alam Uluhiyah.

Tanpa "ilmu" kita tidak akan sampai di situ. Sebab "ilmu" itu adalah "cahaya" yang dapat memancar jauh ke hujung langit. Kita perlu "rasa" kewujudan" Allah swt untuk kita curahkan segala hasrat yang terkandung di dalam jiwa dan raga kita. "Doa Iftitah" yang kita baca mengandungi atur cara yang sangat berkesan sebelum kita mula melafazkan bacaan ayat AlFatheha. Cuba lah kita bayangkan bagaimana kah agak nya "perasaan" Rasulullah ketika dia beribadat kepada Allah swt. Solat yang kita lakukan selama ini sebenar nya adalah Israq Miqraj" yang kita lakukan. "Jiwa" kita perlu sampai di sana untuk serahkan tugas yang paling penting dalam waktu tertentu. Di dalam perjalanan naik itu kadang kala kita akan di ganggu oleh anasir yang mahu putuskan hubungan itu. "Akal" yang sepatut nya memandu kita ke arah destinasi itu akan selalu di halang supaya menyimpang di perjalanan. Selalunya hawa "nafsu" kita yang berpaut supaya kita masih menetap di alam duniawi ini. 

Edit 22.5.14

Selagi kita masih berjasad, "bumi" ini akan tetap menuntut "hak" nya supaya kita bertugas sebagai  "khalifah" di permukaan nya. Sebab "manusia" telah memegang "amanah" itu untuk dapatkan "ilmu" yang boleh merancang dan mengubah alam semula jadi yang di cipta Tuhan dengan "akal" fikiran nya. Tetapi apa saja yang kita reka dan hasilkan dengan "pilihan" keinginan kita, "risiko dan akibat" itu perlu kita pertangung jawabkan. "Lepas bebas" (Free will) ini perlu di gunakan dengan penuh cermat dan berkhemah. Corakan pintar (intelligent design) yang Tuhan cipta dengan eko sistem nya yang teratur, boleh di ubah dengan dengan kepandaian tiruan (artificial intelligent) untuk keperluan hidup. Tapi apa saja yang kita cipta atau reka, akan susut nilai di telan masa. 

Tuhan pernah buat demonstrasi ketika Nabi Adam mula di jadikan. Nabi Adam dapat menunjukan "ilmu" yang telah di berikan kepada nya.  Keupayaan Adam sangat mengagumkan para malaikat kerana tidak memiliki kebolehan itu. Namun kebijaksanaan itu masih gagal untuk mempertahankan "keimanan" nya dari larangan dan perintah Allah swt. Jadi "ilmu" ini tidak memastikan "keimanan" seseorang itu. Sebab yang "kafir" juga boleh memiliki nya untuk "pilihan" mereka sendiri. Sebab itu orang yang berilmu itu belum sempurna jika tidak ada "keimanan" dan orang yang beriman itu belum sempurna jika tidak ada "keilmuan". Itulah mengapa "keimanan" itu telah di cipta dahulu sebelum "ilmu" itu di terjemahkan. "Nur Muhammad" ini telah di cipta sebelum Adam di jadikan. Sebab "nur" ini adalah "ilmu" yang telah terpisah di antara hawa "nafsu" dan ingatan "iman" nya.  

"Akal" mempunyai dua watak yaitu "perasaan dan fikiran" nya atau "hati dan otak" nya yang perlu bersatu di dalam satu wujud yang di katakan "niat". "Sanggama" ini pernah di larang di dalam shurga sehingga terkeluar ke bumi ini. Sebab "buah kuldi" itu di jamah bukan dengan nama Allah swt yang telah melarangnya. Adam dan Hawa telah gagal mengawal hawa "nafsu" nya apabila ingatan "iman" nya mudah tertipu dengan ketiadaan "akal" untuk gunakan "ilmu" itu. Tidak "halal" kita gunakan "ilmu" itu dengan hawa "nafsu" jika ingatan "iman" tidak bersama. Seimbangan di antara matahari, bulan dan bumi ini sangat perlu untuk kestabilan langit. Hawa "nafsu", ingatan "iman" dan "akal" fikiran perlu bersatu untuk ciptakan "niat" segala amal perbuatan kita. Begitu juga hawa "nafsu" yang bersama ingatan "iman" jika tidak ada "ilmu" yang di sajikan "akal" fikiran. Orang yang beriman itu "taat" dan orang yang berilmu itu "jujur" dengan segala perbuatan nya. Tetapi apa guna ketaatan itu jika tidak ada kejujuran atau sebaliknya. Allah swt sangat teliti memerhatikan amal perbuatan manusia. Sebab itu "niat" seseorang itu menjadi asas tujuan segala perbuatan nya.    

Dosa di dalam shurga itu telah menjadikan "benih" baka yang di khianati Iblis atau syaitan. Watak Kabil dan Habil telah menunjukan perbezaan nya. Baka ini telah berkembang biak di seluruh anak Adam. Tidak kah kita ingin mengambil ikhtibar dari peristiwa datuk nenek moyang kita itu??? Apabila kita perhatikan penduduk bumi di zaman kita ini, keturunan itu telah membiak luas dengan "baka" asal keturunan kita. Benih syaitan ini telah membiak menjadi "qarin" yang mendatangkan kerosakan. Itulah mengapa Tuhan adakan shurga dan neraka dan "sijjin dan illiyin" untuk membezakan di antara yang "hak" dan yang "bathil" di antara kita.  

Edit 7.6.14

Di antara langit kasibun dan bumi kajamah ini, kita manusia membiak berkeliaran dengan imbangan graviti tarikan bumi dan luapan elektromagnetik yang buat kita bergerak dengan tenaga kinetik. Cuba lah kita bayangkan jika jasad tubuh kita ini tidak mempunyai "jiwa" yang meluapkan tenaga elektromagnetik, sudah pasti jasad tubuh kita ini sudah terbenam jauh ke dalam dasar perut bumi. Sebab jika hanya graviti tarikan bumi sahaja yang berleluasa pada jasad tubuh kita nescaya imbangan untuk kita berjalan dengan kedua tapak kaki akan kesukaran dan melekat di permukaan bumi seperti berat muatan yang lain. Tetapi mengapa kita masih boleh melonjak dan melantun di atas angin???? Jika kita tidak mempunyai "jiwa" yang meluap dengan tenaga elektromagnetik, jasad kita akan melekat di permukaan. 

Tenaga "jiwa" ini adalah sesuatu yang sangat penting untuk kita beri perhatian. Jika kita sibuk memberi tumpuan untuk kesihatan jasad tubuh kita mengapa kita tidak pernah endahkan kesihatan "jiwa" kita yang memerlukan tenaga untuk kesejahteraan nya. Tuhan telah menjadikan diri kita ini dengan dua tenaga yang berbeza. Tenaga hawa "nafsu" dan tenaga ingatan "iman" untuk mengimbangi kestabilan kita. Tenaga hawa "nafsu" selalu kita beri makan dan minum dengan bahan "kimia" yang di perlukan. Tetapi tenaga ingatan "iman" memerlukan "ilmu" sebagai permakanan nya. Bukan kah kita sangat membutuhkan "ilmu" pengetahuan???? Informasi maklumat adalah permakanan ingatan "iman" untuk di tapis dan di hadamkan dengan "akal" fikiran kita demi untuk mencari kefahaman. 

Apabila kita perlu mencari "ilmu" itu seperti satu tinjauan penerokaan, bukan kah kita boleh "jejak" dan "pikat" segala "ilmu" itu untuk mendapatkan nya. Mungkin kita terlalu leka dengan penerapan lazim bahawa pembelajaran dan pendidikan adalah sesuatu yang wajib kita ceburi untuk mengetahui sesuatu "ilmu" pengetahuan. Itulah mengapa kita pergi belajar sehingga tercapai satu tahap pensijilan dalam bidang kepakaran kita. Tetapi "ilmu" ini sudah di sebarkan Tuhan di merata tempat untuk kita pergi mengambilnya. Mengambil "ilmu" ini sebenar nya perlu di "tuntut" dengan kebijaksanaan kita. Sebab itu kita di beri "akal" untuk jadikan "modal" permulaan. Apabila kita ingin menjadi "khalifah" di atas muka bumi ini, kita memerlukan "ilmu" untuk mengurusnya. Tanpa "ilmu" ini jawatan "khalifah" itu tidak akan kita sandang sebagai seorang manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Jika kita tidak menjadi "khalifah", apakah agak nya jawatan kita semasa kita hidup ini???? Sudah pasti kita akan menjadi "pengikut" yang boleh di arah dan di heret seperti bayang bayang.

Tanpa "ilmu" kita terpaksa menjadi "pengikut" yang boleh di "arah" kesana sini. Tenaga "jiwa" ingatan "iman" kita akan susut nilai untuk bertindak sendirian. Ada satu "kuasa" lain yang menghalang kemajuan kita dari "pihak atasan" yang mentadbir prestrasi kita. Tetapi yang paling rendah maruah diri kita apabila kita di "ikat" dengan peraturan yang di tetapkan sebuah "alat" di sistem komputeran. Manusia di arah "tunduk" kepada sistem yang di muat naik di dalam komputer untuk di selaraskan sebagai "standard operating procedures" yang wajib di patuhi. Manusia sudah boleh di "petik" seperti suis yang di sambungkan dengan "alat" telekomunikasi jalur lebar. Mungkin pada pandangan umum ini satu "kemajuan" yang di perolehi manusia di era baru ini. Tetapi apakah kita sudah pasti itu satu "kemajuan" manusia yang sebenarnya????? Segala peralatan dan perkakas yang manusia "cipta" tidak boleh di patuhi dengan ketaatan. Sebab manusia boleh menilai dengan "perasaan" dan budi bicara yang tidak ada pada peralatan ini. Ini semua tidak lain hanya sebagai satu "alat" permainan (toys) yang di sukai kebanyankan kanak kanak. Kita mungkin akan menjadi seperti "zombie" jika "peralatan" ini menjadi lebih berkuasa untuk di hormati. Keupayaan manusia semakin terhakis apabila manusia itu sendiri tidak mempunyai "perisian" rohani yang lebih telus dan cekap.

Di alam "ghaib" internet inilah di mana segala jin dan syaitan itu akan berkampung. Sebab mereka juga akan "evolve" mengikut peredaran zaman. Jika dulu manusia mengunakan "jin dan syaitan" untuk melakukan kerja berat dan sukar, tetapi sekarang sudah ada jentera berat (heavy machinery) untuk mengambil alih tugas itu. Jadi mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam zaman moden ini dan "peralatan teknologi" ini menjadi "sarang" mereka untuk taburkan dakyah muslihat kemungkaran mereka. Apabila kita terpaksa berurusan dengan "alam ghaib" di internet ini, tujuan yang sepatut nya membawa manfaat akan terhakis dengan aktiviti kerosakan moral dan akhlak manusia. Sebab apabila manusia itu di beri kuasa untuk mencipta dan membina sebagai "khalifah" di bumi, mereka akan gunakan "peralatan dan perkakas" yang manusia cipta itu sendiri untuk di jadikan musibah hidup kita. Setiap "kepintaran tiruan" (artificial intelligent) yang manusia gunakan, akan ada risiko dan akibat yang mengugat kestabilan dan keharmonian nya. Selagi kita masih terikat dengan tenaga graviti tarikan bumi dan ruang elektromagnetik udara langit, Jin dan syaitan masih boleh mengugat keupayaan kita apabila mereka lebih tahu lapangan ini daripada manusia. "Jerat" itu telah di pasang di merata tepat di lapangan internet jalur lebar ini. Mereka sedang menunggu kita termasuk "jebak" untuk di jadikan mangsa. 

Tetapi "kemajuan" yang cuba di terapkan Allah dan Rasul jauh berbeza. Kita sepatut nya "majukan" teknologi "jiwa" kita dengan "ilmu" kerohanian di mana kita boleh berkomunikasi tanpa wayar di jalur lebar yang sebenarnya. Jika semua manusia mempunyai "perisian" ilmu keimanan untuk di jadikan asas atau "standard operating procedures" kita berinteraksi di antara satu sama lain. Perisian "ilmu" yang perlu di muat naik ke dalam komputer "jiwa" setiap manusia adalah "kejujuran, kebenaran, keikhlasan, ketulusan, kepandaian, kecekapan, kepakaran, kemesraan, ketaakulan, kewibawaan, ketegasan, kesungguhan, ketaatan, dan banyak lagi aplikasi rohani yang berguna.

Bukan kah kita akan terasa selesa berurusan dengan sesiapa saja jika "s.o.p" kerohanian ini sudah di pasang di dalam setiap "jiwa" yang kita ingin temui atau cuba hubungi untuk berurusan. Tetapi jika kita terpaksa berurusan dengan orang yang kita tidak tahu tahap keimanan nya untuk berlaku adil (fair play), setiap "perjanjian" yang di ikat perlu mempunyai insuran (insurance) kepastian yang lebih berkesan. Harga diri (moral standing) kita perlu di lindungi agar tidak tercemar. Kepintaran kita perlu cergas supaya tidak di perbodohkan. Ketegasan kita perlu teguh agar tidak di lemahkan. Semua "pelindung" atau (firewall) ini hanya boleh kita perolehi dari kekuatan ingatan "iman" yang cuba di pasang oleh Allah dan Rasul.    

Kekuatan rohani (spiritual) ini boleh menembusi "hijab" alam Ajsam jasad tubuh setiap manusia. Sebab "jiwa" setiap manusia ini boleh di seru untuk sampaikan "salam" dengan renungan "makrifat" yang di beri kepada orang yang memiliki kekuatan rohani. Sebab itu "doa" setiap ibu bapa kepada anak anak nya begitu berkesan kerana mereka memiliki baka "nasab" keturunan nya. Jika anak remaja kita tidak dapat di bendung dengan cara zahiriyah, secara kebathinan, "jiwa" mereka ini boleh kita minta untuk dapatkan syafaat. Sebab "ilmu" pengetahuan Allah swt itu menyeluruh tanpa sempadan. Setiap ibu bapa perlu mendoakan anak anak mereka agar berada di dalam naungan Allah swt. "Telekomunikasi" unik ini telah di beri kepada setiap manusia untuk di guna pakai. Tetapi aplikasi ini tidak mahu di gunakan kebanyakan kita kerana terlalu taksub dengan arus desakan hidup yang melekakan.

Kita terlalu pentingkan huruf dan suara dari keikhlasan perasaan kita. Kebimbangan hati seorang ibu dapat di luahkan kepada Allah swt untuk dapatkan perlindungan. Siapa lagi yang dapat melihat keadaan anak anak kita di luar sana jika bukan Allah swt. Bukan kah kita boleh meminta bantuan untuk kesejahteraan mereka. Walau di bumi manapun mereka berpijak, kita masih boleh menghantar pesanan untuk jiwa mereka mengnikmati kesejahteraan hidup. 

Ruang elektromagetik ini mempunyai banyak rangkaian jalur lebar nya sehingga jin dan syaitan juga mengunakan nya. Jika kita tidak mempunyai perlindungan perisai Allah dan Rasul kemungkinan besar kita boleh menjadi mangsa keadaan ini. Cabang "ilmu hitam" dan "sihir" juga mengunakan ruang ini untuk sampaikan "racun" yang berbisa dan juga "kuman" dan "penyakit" kepada mangsa nya apabila mereka dapat mengesan "alamat" peribadi seseorang mangsa nya. "Suara dan cahaya" yang melintasi ruang elektromagnetik ini boleh mengunakan hembusan "angin" yang sangat perlu setiap manusia hirup untuk bernafas. Kuasa "api" yang membakar boleh bengkakkan pembuluh darah sehingga ia pecah berdarah. Apalagi jika jin dan syaitan ini yang menghantar "pesanan ringkas" itu. 

Jasad tubuh dan jiwa rohani mempunyai saluran yang di sambung dengan jembatan alam dimensi. "Telekomunikasi" bathin ini sangat luas dan lebih jauh lagi dari mencapaian "gadjet " telepon bimbit yang kita sangat banggakan itu. Mungkin kita terlalu taksub dengan mainan (toys) yang di sebarkan teknologi moden. Sebab jin dan syaitan ini juga sudah maju kehadapan untuk bertempur dengan manusia di zaman era baru ini. Tetapi "azimat" Allah dan Rasul yang berkurun lamanya itu masih tegap berdiri teguh untuk melindungi manusia. Kita sepatut nya berterima kasih kepada "bumi" ini kerana masih sanggup untuk menjaga kesejahteraan kita.        
              
Segala "penawar" dan "ubat" segala penyakit datang dari permukaan bumi ini. Tetapi mengapa kita bergitu kejam merosakan segala khazanah bumi demi untuk mengejar kemajuan hidup. "Air" yang memberi krolofil dari tumbuhan hijau di cemari dengan bahan toxic untuk mengalir ke dalam sungai dan laut. Pokok pokok besar di tebang dengan rakus untuk dapatkan imbuhan yang lumayan. Bukit dan gunung di gondolkan sehingga rata mendatar. "Api" di jadikan bahan yang sangat di agungkan sebagai "tenaga" yang di perlukan. "Angin" di udara di tekap sebagai penghawa dingin dan hidup bernafas dengan udara sejat yang kotor dengan segala kuman. Pati segala kumbahan jasad tubuh di serap untuk di hidu berulang kali. Udara "angin" palsu ini di jadikan satu kemewahan jasad tubuh untuk dapatkan penyakit. Jadi Tuhan tidak pernah membunuh setiap manusia yang mati. Kita lah yang membunuh diri kita dengan perbuatan kita sendiri. Tuhan tidak pernah melakukan kemusnahan. Kitalah yang mengubah fitrah Tuhan di alam semula jadi ini dengan rekaan tiruan yang palsu.

Lelaki dan perempuan sepatut nya menjadi tonggak keharmonian rumah tangga. tetapi lesbian dan homoseksual di jadikan "hak" globalisasi dengan tema "human right" untuk di perjuangkan. Mereka mengunakan "right" untuk menuntut sesuatu yang "wrong" dengan undang undang yang melindungi kebenaran. Mereka ini sebenar nya adalah "benih" jin dan syaitan yang telah di semadikan untuk membiak di merata alam. Mengapa mereka begitu sudah kami kenal pasti. Tamadun kehidupan manusia akan di ancam agar tersungkur di lembah kehinaan. Lelaki dan perempuan akan di telanjangkan di khalayak ramai. Anak anak kecil akan di bunuh dengan kejam. Bayi akan di buang di tepi jalan dan tong sampah. "Akal" yang sepatut nya menjadi "mahkota" seorang manusia akan di campak dengan "dadah dan arak" supaya manusia menjadi seperti "binatang" yang melata. Mengapa kewarasan "akal" perlu di cabut dan di buang dengan kemabukan???? Anak sendiri sudah di rogol. Adik sendiri sudah di rogol. Cucu sendiri sudah di rogol. Ibu sendiri sudah di bunuh. Bapa sendiri sudah di bunuh. Anak sendiri sudah di bunuh!!!!! Apakah ini benih manusia yang sebenarnya???

Kita bukan "manusia" selagi kita musnahkan khazanah "bumi" ini. Jawatan "khalifah" yang sepatut nya kita sandang sudah jadi "perasit" makhluk perosak seperti dahulu. Selagi kita rampas apa saja di atas muka bumi ini, selagi itu kita perlu kembalikan secukup nya apa yang kita ambil. Jika tidak, segala "penyakit" dan "kuman" yang di sebarkan "jin dan syaitan" tidak akan menjadi "penawar" kepada jasad tubuh kita untuk di jadikan "ubat". Bumi tidak akan menghulurkan "penawar" itu jika kita bersekongkol dengan jin dan syaitan. Sebab "jin dan syaitan" inilah yang membuat kerosakan di atas muka bumi ini. Jadi hanya baka benih "jin dan syaitan" sahaja yang akan melakukan kerosakan ke atas muka bumi ini. 

Edit 18.6.14

Tuhan telah menghantar beribu ribu malaikat yang bertukar ganti menjalankan tugas di setiap separuh waktu yang tertentu. Waktu Asar adalah di mana malaikat malam mengambil alih tugas dari malaikat pagi. Bumi ini di kelilingi malaikat untuk menjaga urusan Tuhan. Sebab apabila jin dan syaitan berkeliaran di sana sini, malaikat ini perlu pastikan setiap amalan "manusia" di catat mengikut segala perbuatan nya. Mereka hanya nampak apa yang kita lakukan untuk di tulis sebagai rekod. Tetapi "niat" kita masih tersembunyi dari pengetahuan para malaikat. Sebab "bumi" ini hanya menunjukan realiti kenyataan untuk di "saksikan" dan setiap yang ghaib itu masih menjadi urusan Tuhan. 

Tuhan telah menyembunyikan DiriNya dari realiti alam kenyataan untuk memberi kita manusia kelebihan "hak" keistimewaan itu. Jika kita dapat melihat Tuhan, maka tidak ada ertinya kita di jadikan sebagai manusia. Dengan "akal" dan fikiran kita, "ilmu" itu di taburkan untuk manusia mengenal dan mempelajari rahsia tersembunyi yang tidak pernah di beri kepada makhluk lain. Jadi kita sebenarnya di beri "akal" fikiran bukan untuk mengetahui apa yang di tunjukan sebagai pamiran. Bukti dan fakta yang di tonjolkan tidak memerlukan "kebijaksanaan" (intelligence) untuk di fahami. Jadi jika kita menjadi pakar dalam alam kenyataan, tahap pemikiran kita masih di bawah tahap kepandaian.

Cara Tuhan memperkenalkan DiriNya sangat halus. Jika kita sudah boleh nampak Tuhan, segala amal perbuatan kita sudah tidak lagi "ikhlas" dan tidak tulus sebab sudah ada bukti yang nyata untuk di taati. Bumi ini di jadikan tempat untuk tunjukan "bukti" kenyataan. Tetapi itu bukan maksud untuk di sampaikan sebagai jawapan nya. Apa saja yang berlaku di realiti datang dari dua arah yang bertentangan. Pertempuran di antara masa silam dan masa depan akan menjadikan realiti itu sekarang. 

Sebab itu Tuhan menjadikan setiap manusia perlu bangun dengan kesedaran dan tidur dalam kelenaan. Dua jangka waktu yang berbeza ini ada peranan yang perlu di sempurnakan. Sebab kita di jadikan dengan dua tugas yaitu menjadi "khalifah" dan juga wakil "Rasulullah" . Sesiapa di antara kita yang mengabaikan tugas ini, akan di minta di pertangung jawabkan. Kudrat dan iradat itu sudah di beri untuk kita melakukan apa saja dengan "akal" fikiran. Tenaga fisikal dan tenaga rohani spiritual amat memerlukan "ilmu" pengetahuan untuk di tuntut dengan informasi maklumat.   

Edit 21.6.14
Tugas utama setiap manusia yang hidup di atas muka "bumi" ini sebagai seorang "khalifah" adalah untuk dapatkan "kefahaman" dan tugas kita sebagai seorang wakil "Rasulullah" adalah untuk dapatkan "ingatan" itu. "Faham" dan "ingat" ini sangat di perlukan di mana saja kita berada dan di setiap ketika saat waktu. Kita perlu "faham" di bumi ini dan perlu "ingat" di langit itu. "Ilmu" yang luas di lautan pengetahuan sangat memerlukan "faham" dan "ingat" ini. Pergi lah menuntut di mana saja dan berguru dengan sesiapa juga, jika tidak ada "faham" dan "ingat" ini maka akan sia sia sahaja. Inilah dia "jiwa" hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang kita selalu gunakan. "Perasaan" dan "fikiran" akan selalu berkumandang di dalam jasad tubuh kita. Apakah agak nya "makanan" kedua "jiwa" kita ini supaya ia sihat dan bertenaga????


Kekuatan jasmani tidak dapat menjamin kesejahteraan kita jika "jiwa" kita itu lemah dan tidak berupaya. Jika kita mempunyai kekuatan untuk "faham" (understand) apa saja yang berlaku dan "ingat" apa juga "ilmu" yang kita pelajari, maka kita akan mejadi seorang "manusia" yang cerdik dan cergas. "Faham" dan "ingat" ini sebenarnya adalah "akal" kita yang di berikan sebagai senjata hidup. Jika kita tidak berupaya untuk mantapkan kekuatan "akal" fikiran kita maka kita akan menjadi seperti si "bingai" yang "bebal" dan "tolol" dalam segala hal. Diri kita akan menjadi seperti sampan yang hanyut di tolak arus kemana saja.

Tuhan sangat memerhatikan kekuatan daya "fahaman" dan "ingatan" kita. Di dalam sembahyang, kita akan selalu di heret untuk hilang kekusyukan dari beri tumpuan pada kewujudan Tuhan. "Perasaan" kita yang "faham" memerlukan "ingatan" fikiran kita apabila bersama Tuhan. Konsentrasi itu akan sering terputus apabila "ingatan" itu akan merayap kepada tumpuan yang lain. Kita yang selalu putuskan hubungan apabila telah bersambung. Segala "ayat" yang di sebut perlu di hayati dengan "perasaan" fahaman apabila "ingatan" kita itu mengadapkan "wajah" nya dengan "ilmu" pengetahuan pada kewujudan Nya. Sebagai "hamba" kita tidak ada apa habuan yang dapat kita berikan kepada Tuhan melainkan hanya "ilmu" itu untuk buktikan kita telah tahu tentang kewujudan Nya. Tuhan tidak memerlukan sesuatu apapun dari kita, melainkan hanya untuk membuktikan ada Nya Dia. "Bumi" ini di jadikan untuk tujuan itu apabila "langit" di letakkan di atas nya dengan perhiasan yang indah untuk beri "ilmu" pengetahuan.

Tetapi apabila kita tidak "faham" dan tidak "ingat", maka kita akan menjadi seperti haiwan yang melata itu. Hawa "nafsu" yang "buta" itu tidak akan nampak dan tahu apa saja yang di rasainya dengan "perasaan" hati. Hawa "nafsu" akan sentiasa ingin "faham" apakah yang berlaku di sekeliling nya sebagai "makmum". Tugas ingatan "iman" wajib mendidik dan membimbing dengan "ilmu" pengetahuan nya sebagai "imam". Mereka ini sebenarnya "suami isteri" yang cuba membina satu mahligai bahagia di akhirat nanti. Pernikahan yang kita lakukan dengan "hijab kabul" itu adalah "niat" kita untuk di perkenankan Tuhan. 

Edit 30.6.14

Bumi ini sentiasa memberi kita "lanjutan tempuh" pada "jangka hayat" untuk kesejahteraan jasad tubuh kita. Khasiat permakanan dan khazanah perubatan semua nya di salurkan "bumi" ini demi menjaga waris jasad tubuh nya yang di jadikan daripada "tanah" ini. Udara segar dari oksigen di salurkan untuk kita sentiasa dapat bernafas. Tuhan telah menetapkan tanah di "bumi" ini di jajah oleh "graviti" tarikan bumi di mana "masa" itu akan di ukur. Begitu juga lah jasad tubuh kita yang tertakluk dengan ketetapan "masa" ini untuk di ukur dengan "jangka hayat" nya. Tetapi "masa" ini masih boleh di pendekkan dan di panjangkan jika "graviti" itu di leraikan. Inilah yang menjadi "misteri" jangka hayat" kita di mana "maut" dan "ajal" itu akan berlaku. 

Mungkin kita tidak pernah ketahui tentang rahsia "pinjaman masa" ini. Sebab apabila kita di hidupkan di "bumi" ini yang di ukur oleh "masa", jarak kelajuan "masa" itu sepatutnya ada "masa penantian" untuk kita menunggu dengan "kesabaran" apabila hawa "nafsu" kita itu selalu nya akan tergesa gesa. Jadi apabila "bumi" ini selalu memberi kita "lanjutan tempuh" itu untuk jasad tubuh kita, kita manusia masih mengambil "pinjaman masa" untuk abaikan "masa penantian" yang sepatut  nya kita lalui dengan "kesabaran". "Pinjaman masa" ini di salurkan oleh Iblis dan syaitan untuk menyesatkan kita. Sebiji benih perlu melalui proses ketumbuhan sehingga ia menjadi pohon  dan pokok yang besar. Janin bayi yang kecil perlu tumbuh dari "air" yang setitik menjadi segumpal darah, daging dan tulang untuk di lahirkan dengan bayi yang kecil kedunia ini. Ini "hukum hudud" yang tidak boleh di ingkari. 

Tidak boleh ada "jalan pintas" yang di salurkan Iblis dengan "pinjaman masa" ini. "Pinjaman masa" ini selalu nya di hulurkan untuk manusia melakukan dosa agar mengingkari perintah Allah dan Rasul Nya. Manusia akan di ajak untuk tergesa gesa mencapai segala nikmat dengan melakukan maksiat agar berdosa dan tercemar baka keturunan nya. "Pinjaman masa" ini akan buat manusia itu berzina tanpa bernikah dengan "hijab kabul" yang sah. Akan buat manusia merampas "hak" orang lain dengan menipu dan mencuri. tahap "kesabaran" pada "masa penantian" itu akan terhakis supaya manusia hilang kuasa dan martabat nya. "masa penantian" ini wajib kita lalui semasa kita hidup di dunia ini. Sebab latihan "jiwa" ini sangat penting sebelum kita berlepas pergi di alam barzakh di mana kita akan berada di alam "masa penantian" yang lebih kekal semasa menunggu hari kebangkitan. Jika kita gagal di "masa penantian" di dunia ini, maka "masa penantian" di alam barzakh itu akan menjadi lebih azab. 

"Lanjutan tempuh" yang kita perolehi semasa kita tidur dan hidup sehari lagi semasa kita bangun akan di sempurnakan "bumi" sebagai "amanah" yang di pikul. Kita akan di beri rezeki untuk makan dan minum, di beri ubat untuk sembuhkan segala penyakit dan di beri udara oksigen untuk kita bernafas. Tetapi semua ini perlu melalui "masa penantian" yang telah di "had" kan. Jika kita tidak mengajar disiplin diri kita ini semasa kita hidup di bumi ini, di alam yang tidak di ukur oleh "masa" itu nanti kita akan terpelusuk ke dasar "sijjin" yang di tambat oleh "graviti" tarikan bumi. Jiwa kita yang terpisah dari jasad tubuh nya perlu tahu mengimbangi diri nya untuk berlepas pergi ke arah "illiyin" di langit yang teratas. Sebab "masa penantian" di alam akhirat ini adalah ruang bebas yang tidak di ukur oleh masa.

Jika kita tidak mempunyai cukup "kesabaran" atau "daya ketahan" untuk menolak "graviti" tarikan bumi, kita akan tetap menetap di bawah paras tarikan "sijjin" di perut bumi itu. Jiwa kita akan terperangkap dan bergentayangan di aras "graviti" tarikan bumi dan tidak dapat berlepas pergi naik ke ruang yang bebas dari "graviti" tarikan bumi. Jangan sampai orang yang masih hidup dapat mendengar kelohan dan jeritan kita di seksa di dalam kubur itu. Seksa kubur ini adalah kerana "jiwa" kita tidak dapat berlepas pergi dan terperangkap di perkampungan "sijjin" yang menyala itu. Daya ketahanan "kesabaran" ini telah di latih semasa kita melalui puasa di bulan Ramadhan ini. Tuhan pernah berkata, " Bahawa puasa itu untuk Aku"!!!!! Puasa ini untuk setiap insan pergi berjumpa dengan Nya. Betapa penting nya "kesabaran" ini sehingga ia di jadikan satu kemestian untuk mereka yang benar benar beriman. Daya menahan desakan hawa "nafsu" ini satu kekuatan yang amat kita perlukan di kemudian hari.

Di "masa penantian" nanti kita akan menunggu hari kebangkitan dan jika "daya ketahanan" kita tidak cukup teguh, kita akan terpelusuk di hujung perut bumi untuk di seksa. Bukan kah "bumi" pernah menyalurkan segala keperluan yang kita inginkan untuk hidup dengan jarak "masa" yang di tetapkan. "Lanjutan tempuh" yang di beri cukup sempurna untuk kita lalui dengan "kesabaran" dan mendisiplinkan diri untuk cekal menunggu di "masa penantian" segala nikmat yang di janjikan. Namun kita tetap mengabaikan "masa penantian" itu dengan "pinjaman masa" yang kita ambil dengan kemalasan dan keingkaran kita.  Kita malas untuk menepati waktu apabila ia datang berlalu. Kita tonggak dan tangguh segala tangung jawab dengan "pinjaman masa" untuk di gantikan di masa kemudian nanti semasa kita beriadah dengan keseronokan. Apabila kita masih "berhutang" maka hutang itu perlu di bayar dengan "masa" yang di pinjamkan itu untuk kita  merasa azab dan seksa  penderitaan. 

Hidup kita ini adalah "jarak" masa yang di katakan "nyawa" itu. "Jarak" ini di ukur dengan had "masa" nya yang sudah di tetapkan. Inilah "jodoh" dan "ajal" kita yang bermaksub hidup dan mati kita. Sebab setiap "jangka hayat" ada permulaan dan berakhirnya. Di antara jangka waktu itu ada "masa penantian" yang perlu di lalui mengikut "proses" peraturan nya. Kita tidak boleh mengharapkan seketul emas jatuh ke riba tanpa sebarang daya usaha mengikut kuasa "sebab dan musabab" nya. Jika kita menempah sesuatu "nikmat" dari jalan yang lebih cepat dan pantas dengan "pinjaman masa", maka tongakan itu akan mendatangkan musibah pada hidup kita. Tuhan tidak pernah mengkhianati "hamba" Nya tetapi mereka sendiri yang menempah jalan yang sesat itu dari "siratalmustaqim" yang sebenar. 

Doa yang kita minta kepada Tuhan juga perlu melalui "jarak" masa untuk di perkenankan. Itu lah "kesabaran" yang perlu kita lalui di dalam "masa penantian" untuk menunggu hasil dari jawapan Nya. Doa kita bukan satu "ARAHAN" yang mesti di makbulkan!!!! Hanya melalui "pinjaman masa" ini sahaja yang di hulurkan anasir "syaitan" kita boleh mendapatkan hasil yang cepat dan pantas. Sebab "jin dan syaitan" ini boleh di "ARAH" supaya menurut perintah apabila kita membaca "surah" syaitan dengan mantera jampi "bahasa" pertuturan mereka. Mereka sanggup menghulurkan bantuan jika "mahar" itu cukup untuk di layan. Sebab mereka mengunakan atur cara "cash on delivery" pada semua "service rendered" yang di hulurkan. Sudah tentu ada "deposit" dan "instalment plan" untuk mengikat perjanjian itu dengan satu tempuh dari "jangka hayat" kita.  

Edit 11.7.14

Doa yang kita pinta kepada Tuhan dengan apa bahasa pun akan di terjemahkan oleh "perasaan" kita. Sebab itu Tuhan tidak dengar bacaan kita tetapi akan mendengar bahasa "perasaan" kita di dalam hati itu. Tidak guna "tajwid" sepotong ayat itu jika bahasa "perasaan" kita tidak pernah betul dari apa yang di sebut. Apakah Tuhan perlu mendengar "ayat" yang di baca dengan bunyian dari "kefahaman" bahasa "perasaan" hawa "nafsu" kita yang buta itu. Tetapi jin dan syaitan boleh kita seru dengan bacaan "ayat" yang tertentu. Sebab mereka ini jenis anasir "api" yang mengunakan ruang udara "angin" di atmosphera. Mereka boleh menangkap bunyian "suara" yang melintas di ruang elektromagnetik. Tetapi Tuhan tidak mengunakan ruang itu yang baharu di jadikan dan tidak bertempat. Di sinilah kita perlu mempunyai "ilmu" untuk mengenal pasti atur cara yang sesuai untuk berurusan dengan Tuhan. 

Sebab itu golongan saintis dan ateis tidak dapat mengesan ada nya Tuhan. Mereka terpedaya dengan pamiran alam semesta ini yang baru tercipta dari keluasan ruang yang berkembang itu (expansion). Wahai pembaca kami, jangan lah kita terpedaya dengan sesuatu yang tercipta di realiti ini. Tuhan tidak ada pada sesuatu yang baru. Kita perlu pulang kembali di tempat asal usul kita di mana "ruh" itu pernah di tiupkan dahulu sehingga kita boleh bernafas. Nafas itu tidak perlu kita sebut dengan huruf atau suara. Tetapi kerana kita iktiraf kedatangan Rasulullah di bumi ini sebagai "utusan" Nya, maka kita sebut setiap "ayat" yang pernah di "lafazkan" dari "wahyu" yang di bawa oleh malaikat Jibril as.  

Nabi besar kita yang tidak pandai membaca dan menulis yaitu yang "ummi" dapat berkata kata dengan "ayat" yang di sebutkan. Setiap "ayat" dari "wahyu" itu yang ingin di sampaikan bukan bunyian nya tetapi "maksud" yang ingin di sampaikan. Bukan kah kita perlu mempunyai "kefahaman" dan juga "ingatan" itu seperti Rasulullah???? Tetapi mengapa kita tidak pernah mahu menjadi seperti Rasulullah yang "ummi" itu????? Malah kita cuba mengatasi kekurangan Rasulullah itu dengan berlagak berlebihan membaca dan menulis yang tidak mempunyai sedikitpun kesan untuk mendapatkan manfaat dari nikmat itu???? Apakah itu kepandaian dari "ilmu" Nya yang di harapkan Tuhan??? Tatkala Nabi Adam di jadikan, Adam di suruh menyebut nama benda benda yang di tunjukan, kepandaian Adam itu bukan untuk Tuhan memahami tetapi para malaikat yang di sekeliling sebagai "saksi" pada "ilmu" itu. Tuhan tidak memerlukan "ilmu" itu untuk kefahaman Nya tetapi untuk kita mengetahui dengan "kefahaman" itu.

Apabila Allah dan Rasul tidak memerlukan "ilmu" pengetahuan kita, segala amal perbuatan kita hanya untuk diri kita dan segala umat ciptaan Nya mendapat pendidikan dan pengetahuan. Jadi amal perbuatan kita adalah satu pertunjukan yang di lakukan dengan persembahan dengan dua tujuan yang berbeza. Tugas utama kita sebagai "khalifah" adalah untuk buat pertunjukan dengan "kefahaman" kita dan tugas kita sebagai wakil "Rasulullah" adalah  buat persembahan itu dengan "ingatan" kita. Jadi "kefahaman" dan "ingatan" kita ini perlu fokus kepada satu tumpuan di mana kehadiran Allah dan Rasul itu berada. Inilah "ilmu" yang akan memberi ganjaran kepada diri kita semasa kita hidup dan juga mati. "Ilmu" ini tidak pernah terputus balasan pahala nya. Begitu jugalah jika "ilmu" itu mendatangkan mudarat kepada umat manusia dan alam semesta. 

Di sinilah Iblis dan anak cucu nya akan melabur untuk dapatkan "ganjaran" itu. Iblis dan anak cucu keturunan nya telah di beri "tempuh" dengan "pinjaman masa" kepada mereka. "Pinjaman masa" ini akan di rampas dari manusia untuk dapatkan "lanjutan tempuh" itu. "Ajal" maut kita bergantung kepada "tempuh" ini yang di berikan. Keadilan Tuhan tidak dapat kita pertikaikan nanti jika ada yang mati dengan umur yang tertentu. Hanya "kesabaran" yang dapat memberikan kita "nikmat" kehidupan yang paling suci di sisi Nya. Jarak "masa penantian" ini bukan satu azab yang menyeksakan. Tetapi satu "hikmah" yang penuh bererti untuk kita duduk bersama Allah dan Rasul.  

Kejadian sekeping "hati" manusia itu lebih besar dari segala kejadian. Sebab itu "hati" Nabi Muhammad itu di cuci dan di bersihkan sebelum menerima "wahyu" yang suci itu. Bagaimana mungkin kita dapat berhubungan dengan Tuhan jika tempat untuk kita berkomunikasi itu penuh dengan daki dosa yang kotor. Kita tidak akan "faham" jika "hati" kita itu masih kotor dengan daki dosa untuk menerima hakikat kebenaran. Zikir adalah berus yang mengosok segala kekotoran di dalam "hati" kita itu. Tetapi "hati" itu sangat dalam untuk kita sampai ke dasar nya dan "nafas" kita boleh masuk sehingga ke celah celah sudut yang tersumbat itu. "Hijab" yang memisahkan kita dengan Tuhan hanya boleh di buka oleh Rasulullah. Sebab Rasulullah pernah naik berjumpa dengan Nya dan dapat memperkenalkan kita kepada Nya.

Pintu rindu kasih sayang ini pernah di buka oleh Siti Hawa semasa dia di jadikan dari jasad Adam. Di celah "hati" itu ada "hempedu" yang menyimpan segala daki dosa dan toxik kekotoran. Di situlah "nafsu" amarah sering membara apabila ia tercemar menjangkiti "hati" kita. Sangat mudah syaitan mempengaruhi "hati" kita apabila ia bertempat di situ.   

Edit 13.7.14

Hari kebangkitan bukan sesuatu yang mustahil. Tuhan amat bijaksana apabila DNA atau deoxyribonucleic acid setiap jasad yang pernah hidup mengandungi baka genetik nya yang tersimpan di tulang tongkeng atau sulbi (coccyx) nya. Setiap "jiwa" yang telah di pisahkan dari jasad nya akan di tempatkan di perkampungan "sijjin dan illiyin" yang mengandungi kitab jiwa  pada "identiti" diri nya yang sebenar. Tidak ada yang terhapus dan kita akan di bangkitkan kembali dengan asas DNA dan "jiwa" kita itu. Tetapi yang banyak menjadi persoalan nya adalah peranan setiap "jiwa" yang telah mati ini di perkampungan mereka. Apakah tugas mereka semasa menunggu hari kebangkitan???? Apakah mereka masih boleh berhubungan dengan dunia kita di alam nyata iti???

Inilah yang menjadi kajian kebanyakan para ilmuan alam kerohanian termasuk alam mistik. Semasa mereka berada di alam barzakh dan menunggu di dalam ruang "masa penantian" di perkampungan mereka itu, mereka masih mempunyai kepentingan dari alam kita yang nyata ini. Baka "nasab" mereka dan "ilmu" pengetahuan mereka adalah sumber yang sangat penting untuk kesejahteraan mereka. Ibu bapa kita, sahabat andai dan kenalan yang kita kasihi itu yang telah meninggal dunia masih mengharapkan habuan dari kita yang masih hidup ini. Pahala atau ganjaran yang mereka harapkan dari baka "nasab" mereka dan "ilmu" yang membawa manfaat tidak pernah terputus kiraan hisab nya. 

Begitu juga bagi mereka yang terjerumus ke lembah "sijjin" dan sedang menunggu penderitaan dan seksaan yang bakal di terima. Jiwa mayat yang telah mati ini masih mempunyai harapan untuk mendapat belas kasihan dan pengampunan. Apakah mungkin ada "urusan" yang boleh di buat dengan mereka untuk mencari "jawapan" dan "keperluan" yang sangat penting itu.  Jiwa mayat di perkampungan "sijjin" terpisah jauh dari jiwa mayat di perkampungan "illiyin". Tetapi "jiwa" kita yang masih hidup ini akan keluar semasa kita sedang tidur untuk melalui satu perjalanan yang sangat halus. Apakah mungkin kita boleh pergi melawat mereka jika ada kesempatan??? Tugas "rasmi" yang kita lalui itu tidak terhad dan terbatas dan boleh sampai di mana saja jika kita tahu arah tujuan nya. 

"Masa" di kehidupan ini sudah di ukur dengan ketetapan nya. Bumi akan menjadi "gelap" setiap 12 jam yang berlalu di mana bulan dan matahari itu berlalu di katulistiwa. Air lautan akan pasang dan surut setiap berkala untuk mengimbangi bumi yang sentiasa bergerak. Inilah kawasan yang paling sesuai untuk manusia jadi penghuni nya kerana keadaan cuaca yang sangat stabil. Kestabilan ini tidak boleh terganggu dengan perubahan iklim. Jasad tubuh kita memerlukan empat anasir alam dari "api, air, angin dan tanah" ini. Jika kita gugat percaturan sumber tenaga nya, jasad tubuh kita akan mudarat. Formula mathematik (mathematical formula) alam ini sangat tepat dengan "quantum mechanics" nya. Apabila kita ceroboh peredaran "masa" maka segala gala nya akan tergugat.

Edit 1.8.14

Wajah yang kita miliki ini sebenar nya hanya gambaran dari "jiwa" perasaan dan ingatan kita semasa kita melafazkan setiap perkataan. Sudah tentu setiap yang mendengar akan ingin memandang wajah kita itu untuk mengetahui bahasa "jiwa" kita itu. Tetapi apakah Tuhan akan memandang wajah kita apabila kita tidak pernah bertutur dengan bahasa "jiwa" kita itu apabila kita melafazkan setiap perkataan yang di baca. Kebanyakan kita hanya menyebut setiap "ayat" yang di baca hanya untuk kita sendiri mendengar nya apabila pergi mengadapNya. Wajah kita yang sebenarnya tidak pernah kita tunjukan kepada Nya. Kita berhubungan dengan Tuhan dengan bahasa "jiwa" bukan perkataan. Huruf dan suara hanya untuk manusia mendengarnya pada wajah itu. Tetapi Tuhan memandang wajah pada perasaan dan ingatan kita itu bukan huruf atau suara.

Tujuh ayat yang di wajibkan itu sangat penting kita hayati. Sebab ayat itu meliputi tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi. Jika di situ kita tidak pernah menyebutnya dengan bahasa "jiwa" perasaan dan ingatan kita maka "wajah" kita itu tidak pernah mengadap Tuhan. "Wajah" Rasulullah sangat penting kita tunjukan apabila ingin pergi bertemu dengan Nya. Sebab Tuhan tidak akan memandang "wajah" selain dari wajah Rasulullah kekasihNya.  Sebab "wajah" Rasulullah ini tidak pernah berbohong atau menipu. Huruf dan suara itu tidak pernah nya jujur dengan maksud yang sebenar. Apakah kita dapat berbohong dan menipu di hadapan Tuhan??? Bukan kah perasaan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" perlu berada di situ sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan hijab kabul yang sah???

Tuhan tidak pernah memerlukan amal ibadah kita yang di persembahkan. Kita lah yang wajib membuktikan nya sebagai "saksi" akan kewujudan Nya. Tugas ini tertakluk di atas bahu manusia sebagai hamba ciptaan Nya. Kitalah yang berhutang dari nikmat kehidupan ini dan wajib di bayar dengan ibadah kita itu. Jika segala amal perbuatan kita itu bukan kerana ingin membuktikan kewujudan Nya, maka kita sebenar nya tidak pernah beribadah kepada Nya tetapi kepada manusia yang melihat dan mendengar untuk dapat sambutan mereka bukan Tuhan. 

Agama Islam telah banyak di salah ertikan oleh golongan yang belajar "hukum". Islam di gambarkan sebagai agama yang ganas dan selalu menghukum. Sedikitpun kasih sayang Islam tidak di perjuangankan seperti mana Rasulullah tunjukan. Mereka yang pergi belajar bertahun tahun mengenai "hukum" dan pulang menghambat manusia tentang "hukum" supaya manusia iktiraf kepandaian mereka. Hukum Islam di jadikan "hak" kuasa peribadi untuk memerintah manusia. Mereka lebih pandai mengenal "penyakit" daripada menghulurkan "penawar" sebagai ubat nya. Ini hanya untuk kepentingan "ekonomi" mereka sendiri agar dapat ganjaran untuk menyara kehidupan mereka. Agama Islam sudah jadi seperti satu perniagaan atau "business" untuk mencari pelangan nya. Amat sedikit yang berjuang untuk memajukan ummah. Agama Islam di politikan untuk dapat pengaruh dan kuasa. Kalimah Allah sangup di gadai dan di jual dengan harga yang sangat murah. Islam di jadikan seperti "pengemis" di tepi jalan.Tipu muslihat dan fitnah pembohongan menjadi hujjah mengelirukan rakyat. Masjid bukan lagi tempat untuk beribadat tetapi untuk mencari pengaruh dan kuasa pentadbiran.

Yang berjangut, berjubah dan bersarban berkelakuan di khalayak ramai seperti penyangak yang tidak berbudi pekerti. Kesucian Islam di nodai dengan perangai kelakuan yang memalukan. Di manakah agama Islam yang di bawa Rasululah!!!!!! Kesucian dan keikhlasan umat nya yang memegang panji panji Islam dengan penuh kerelaan dan ketulusan??? Kemurahan, kelembutan, kemesraan, dan kemaafan Islam tidak pernah mahu di sebarkan. Islam di gambarkan seperti agama yang menuntut ganjaran pahala dan ancaman seksaan dosa. Umat Islam di pandang hanya akan beribadat jika di beri ganjaran dan bukan kerana keikhlasan untuk berbakti. Shurga dan neraka yang di hebohkan bukan "takwa" dan "taat" keimanan. Islam di jadikan seperti tabung simpanan saham pelaburan untuk hari persaraan.

Mengapa harta kekayaan Tuhan yang di kejar tetapi bukan hubungan kasih sayang dan kemesraan Nya???? Apakah kita ingin menjadi hamba yang perlu di upah untuk mengerjakan sesuatu atau ingin berbakti untuk dapatkan kasih sayang itu??? Apakah mungkin Tuhan meredhai diri kita ini apabila kita tidak pernah redha dengan segala apa yang berlaku???? Di antara kesabaran dan keshukuran itu ada daya usaha yang perlu kita laksanakan. Daya usaha kita inilah yang selalu akan di persoalkan. Apabila kita di timpa musibah hidup atau sengsara, "kesabaran" kita amat di perlukan. Apabila kita mendapat nikmat, "keshukuran" perlu di istiharkan untuk dapat keredhaan Tuhan. Tetapi jika daya usaha kita itu tidak mengikut landasan yang di tetapkan, nescaya kita akan tersesat dari siratalmustaqim ini.

Apabila kita tidak "menyerah diri" dan mengambil tindakan peribadi dengan kemampuan kita, tanpa merujuk kepada "kemurahan" dan "kebijaksanaan" Tuhan,  kita akan menangung risiko dan akibat itu sendiri. Berada di luar payung naungan Tuhan ini akan mendedahkan kita kepada segala ancaman musibah dan penghinaan.

Edit 11.8.14

Kepakaran Tuhan perlu kita gunakan di setiap detik masa. Tetapi malang nya kita terlalu asyik dengan kesibukan dunia untuk beri tumpuan itu dan leka untuk jadikan Tuhan sebagai "proksi" kesejateraan kita. Tuhan semesta alam ini boleh di ajak berbincang, dan bukan Tuhan yang sombong dan mementingkan diri sendiri. Kita di hidupkan sebagai manusia untuk tujuan itu. Kehadiran Tuhan perlu kita wujudkan di merata tempat kaki kita melangkah. Kita manusia yang sombong dan tidak sedar diri konon nya kita sudah cukup bijak dan pandai untuk uruskan hidup kita tanpa memerlukan Tuhan di sisi kita. Mengapa jiwa kita sering terlupa dan leka dengan kehadiran Tuhan di samping kita???? Kita hayal dan taksub dengan urusan hidup sehinggakan kita abaikan kepandaian dan kebijaksanaan Tuhan. Jika kita tidak pernah mahu mengaku wujud nya Tuhan di mana mana, kita telah "nafikan" kewujudan Tuhan di ketika itu. 

Sebab itulah Tuhan memerintahkan kita menunaikan solat lima waktu agar kita sentiasa berada dekat kepada Nya. Walaupun kita leka dan terlupa selepas mengulong tikar sembahyang, waktu solat yang selanjutnya merupakan peluang untuk kita mendekatkan diri. Amat rugi orang yang meninggalkan sembahyang apbila mereka memilih untuk tidak bersama jemaah Allah dan Rasul. Bukan kah di situ kita boleh mengadu dan merayu keresahan hati dan kebingungan akal fikiran kita??? Tuhan adalah tempat kita curahkan segala masalah. Orang yang berputus asa dan meninggalkan "payung" naungan ini sebenarnya tidak mengenal Allah dan Rasul Nya. Jika kita "KENAL" maka kita akan terus bersyukur kerana mempunyai tempat untuk kita bergantung harapan. Bumi ini di jadikan sebagai pentas untuk kita mengenal Allah swt dan menjadi "khalifah" di atas muka bumi ini.  

Edit 18.8.14

Setiap kejadian di realiti tidak akan berlaku tanpa kudrat dan iradat Allah swt. Sebab setiap jasad yang bertindak melakukan apa saja telah di beri "pilihan" dan "peluang" untuk melaksanakan nya dengan "niat" yang akan di kabulkan Allah swt. Kejadian realiti ini adalah "pandangan" Allah swt yang di "mohon" setiap "jiwa" di ketika itu dengan "niat" nya untuk merujuk sifat Maha Mengetahui Nya. Setiap manusia tidak akan tahu dengan pasti apa yang akan berlaku dari restu yang akan di perkenankan Allah swt. Jika sakit atau mati nya seseorang itu atau senang dan hidup nya, keputusan itu tetap berada di tangan Allah swt yang memberi "pilihan" dan "peluang" untuk kita gunakan sebagai "niat" yang di pohon. 

Kita bukan hanya perlu menghadap dan mengingati Allah swt pada waktu tertentu sahaja ketika sembahyang yang di tetapkan. Tetapi urusan kita dengan Allah swt tidak pernah terputus dan berlanjutan di setiap ketika. Sebab apa yang akan berlaku di realiti yang akan kita lalui itu memerlukan restu dan keizinan dari kekuasaan Allah swt. Allah swt tidak pernah memutuskan hubungan itu tetapi kita yang selalu buat begitu tanpa rujuk pada kewujudan nya. Apabila kita lupakan Diri Nya dan bertindak bersendirian, maka Allah swt akan biarkan keputusan itu di buat oleh kuasa "sebab dan musabab" untuk menentukan kejadian realiti dengan "pandangan" Nya. Tetapi apabila kita berhubungan untuk menuntut "hak" di pelihara dan "menyerah diri" sebagai "muslim" dan "Islam", maka apa juga yang berlaku terhadap diri kita menjadi satu "ibadah" yang kita terima dengan penuh keredhaan.

"Menyerah diri" ini tidak selalu kita lakukan walaupun kita mengaku kita orang Islam yang beriman. Kita selalu cuba bertindak bersendirian tanpa merujuk kepada Allah swt untuk buat keputusan. Allah swt perlu wujud di setiap ketika dan detik waktu. Bukan hanya di tikar sembahyang sahaja. 

Tanpa "ilmu" manusia tidak akan dapat.mengenal segala sesuatu. Inilah apa yang di berikan kepada Nabi Adam dahulu setelah dijadikan. Allah swt telah memberi Nabi Adam sesuatu yang luar biasa yaitu "ilmu" pengetahuan yang tidak pernah di beri pada makhluk lain. Dengan "ilmu" ini manusia boleh mencipta perkakas dan reka bentu peralatan untuk keperluan hidupnya. "ILMU" ini sebenar nya adalah "SAINS" yang perlu manusia tuntut untuk di pelajari. "SAINS" ini meliputi semua aspek kehidupan kita jika kita ingin menjadi "khalifah" di atas muka bumi ini.  Inilah apa yang di tuntut oleh para saintis terkemuka di seluruh dunia. Dengan "ilmu" kita boleh mentadbir untuk menjadi "IMAM" di masyarakat umum. Tanpa "ilmu" kita akan jadi "pengikut" seperti "bayang bayang" (shadow) untuk di arah kemana saja. 

Allah swt lah yang mencipta "ilmu" ini????? Semua pakar saintis di seluruh dunia sedang tekun belajar untuk mendapatkan "ilmu" ini. Tunjuk ajar dan pendidikkan boleh kita minta dari Allah swt untuk dapatkan bimbingan jika kita sering merujuk kepada Nya. Sebab manusia di jadikan untuk memiliki "ilmu" ini dan kita "berhak" untuk mendapatkan nya. Tetapi mengapa orang yang tidak beriman kepada Allah swt yang lebih tekun bergiat untuk dapatkan "ilmu" ini sedangkan umat Islam di zaman ini di biarkan sibuk untuk menjadi pakar dalam urusan "hukum" halal dan haram sahaja. Ilmu agama Islam lebih luas daripada itu sebab segala gala "ilmu" yang ada di alam maya ini adalah kepunyaan Allah swt. "Akal" yang di berikan kepada manusia bukan untuk di kokong dan di tambat malah perlu di lepaskan untuk membongkar segala urusan. Anak anak kita memerlukan pendedahan (exposure) yang lebih luas pada pelajaran. Apa guna nya kita menjadi "imam" di dalam rumah tetapi menjadi "makmum" di dalam masyarakat. 

Allah swt tidak akan menyekat "akal" kita untuk berfikir. Sebab "ilmu" sememangnya untuk di berikan kepada manusia, tidak kira muslim atau kafir nya seseorang itu. Dari "ilmu" itulah Allah swt mentadbir keimanan seseorang itu dengan "jiwa" nya. Setiap manusia telah di beri "ruh" oleh Allah swt dan "ruh" itu yang memberi "ilmu" kepada akal fikiran nya. Jadi apa saja yang manusia lakukan, Allah swt tetap yang melaksanakan segala urusan. Manusia hanya berfikir dan merancang dengan "niat" nya yang tertentu. Tetapi yang mencipta segala kejadian adalah Allah swt dengan pandangan Nya. Tidak perlu kita persoalankan mengapa Allah swt biarkan kejahatan dan kemusnahan berlaku di merata tempat. Kerana urusan Allah swt sangat halus untuk menilai "niat" seseorang hamba Nya. Yang menerima "nikmat" perlu bershukur, yang di timpa "musibah" patut reda dengan keinsafan. 

Setiap manusia di beri peluang untuk "berbahas" dengan Allah swt di dalam hati nya untuk dapatkan jawapan pada segala kemuskilan. Sebab sifat Allah swt Yang Maha Mengetahui ini perlu di rujuk setiap ketika untuk dapatkan "ilmu" Nya. Para Malaikat juga tidak pernah "faham" apa yang Allah swt rancang dengan kenyataan realiti Nya. Mereka juga pernah menyoal Allah swt tentang kejadian yang berlaku. Tetapi manusia lebih hebat dan lebih layak untuk meminta penjelasan agar kita dapat "ilmu" dengan kefahaman yang lebih mendalam. Sebab kejadian manusia lebih hebat dari segala makhluk yang pernah di cipta. Keistimewaan manusia ini sanagt luar biasa sehinggakan mereka boleh berhubungan terus kepada Allah swt dan meminta "pertunjuk" dan dapatkan pendidikan. 

Mengapa kita tidak mahu mengunakan "talian" nyawa kita untuk meminta dan berdoa kepada Allah swt. Mungkin kita tidak kenal atau tidak tahu bagaimana setiap "jawapan" itu di berikan. Kita sebenarnya tidak pernah bersendirian. Allah swt sentiasa bersama kita di setiap detik waktu. Apabila kita "nafikan" kewujudan Allah swt, maka kita secara automatik terjatuh menjadi martabat yang lebih rendah seperti makhluk lain yang melata. Kita di hidupkan di atas muka bumi ini untuk membuktikan kewujudan Nya dan mengiktiraf Rasul yang di kirimkan Nya. Jika kita ingkar dan nafikan Allah swt dan Rasul Nya, maka kita bukan lagi manusia tetapi hidup dengan watak kelakuan seperti jin dan haiwan. 

Jin dan haiwan ini juga boleh menuntut "ilmu" selain dari "naluri" asas yang di berkan kepada mereka. Mutasi baka genetik ini bukan lagi satu rahsia yang sulit. Benih baka manusia boleh di cemari dengan benih baka kebudayaan lain. Sebab "surrogacy" bukan mitos yang boleh di pertikaikan. Baka "nasab" deoxyribonucleic acid kita tidak akan terpadam dan akan berlanjutan hingga keturunan yang akan datang. Adalah amat penting sekali kita menjada baka "nasab" ini dan dapatkan keturunan yang baik. Sudah di ketahui bahawa "penyakit" juga mempunyai keturunan yang sukar di basmikan. 

Jin dan syaitan membiak mengunakan "surrogacy" ini. Itulah mengapa "penzinaan" dan "pelacuran" adalah perkerjaan yang paling tua di dunia ini. Homoseksual yang kita lihat berpunca dari pembiakan baka ini. Sebab jin dan syaitan adalah makhluk hermaprodit yang boleh bertukar jantina sama seperti "jiwa" manusia apabila di biakan dengan "surrogacy" ini. Lihatlah alam kenyataan di realiti sekarang ini. Dadah dan arak akan selalu berkait rapat dengan penzinaan dan pelacuran selain homoseksualiti. "Akal" manusia akan di hapuskan di benak fikiran mereka. Mereka akan di "mabukkan" supaya hilang kewarasan untuk menentukan yang hak dan yang bathil. Kita terlalu bergantung kepada bahan kimia yang artificial dan reka bentuk yang di cipta tanpa mendapat panduan dari Allah swt..  

EDIT 20.9.14
"Akal" perlu bersidang di dalam kamar fikiran kita. Ini sama seperti kamar mahkamah di mana ada seorang "hakim" yang bersidang di situ untuk meneliti setiap aspek hakikat kebenaran. Jika kamar makhkamah ini kosong, segala penyangak yang menjadi suspek tertuduh tidak dapat di bicarakan. Yang bersalah tidak akan mengaku untuk mengelak dari di hukum dan yang teraniaya akan di biarkan di fitnah dan di cabul untuk mendapat pembelaan. Sebagai manusia kita telah di beri "hak" keistimewaan untuk buat "pilihan" dengan keinginan kita yang dinamakan "lepas bebas" atau (free will). Tetapi setiap "pilihan" yang di cadangkan kita itu perlu mendapat "peluang" sebagai hasrat untuk mencapainya. "Peluang" ini mungkin telah di lepas pandang oleh kebanyakan kita. Sebab "peluang ini berada di tangan Tuhan yang menhulurkan nikmat atau yang mengabulkan doa. 

"Peluang" ini atau (chance) adalah sesuatu yang sangat suci dan ajaib. Cuba lah tanya semua para saintis terkemuka adakah "chance" ini yang menentukan terjadinya alam maya ini walaupun kuasa "sebab dan musabab" atau (cause and effect) menjadi penyebab atau (attribution) pada setiap "causality" kejadian. Kemahiran dan kepakaran bukan penentu dengan satu kepastian. Apa juga yang berlaku mempunyai banyak unsur "peluang" atau (chance) ini. Misteri "peluang" ini tidak pernah di kaji oleh kebanyakan kita. Kita hanya ambil apa saja yang tersedia di hadapan mata atau terhidang untuk di jamah dan di guna pakai. Telitilah "realiti" yang kita tempuhi setiap jangka masa ini. Kita akan dapati bahawa "peluang" ini yang menentukan "nasib" (luck or destiny) kehidupan kita. "Nasib" kita ini sebenarnya berada di tangan Tuhan yang menghulurkan "peluang" itu. Elemen "nasib" (element of chance) ini sangat halus. Sebab kejadian nya tersembunyi di sebalik kuasa "sebab dan musabab" (cause and effect) ini hanya sebagai kenderaan yang tidak berpemandu.  Kajian sains kerohanian dalam hal ini terlalu luas untuk kita rumuskan dalam sehelai kertas.                

Di sinilah "ilmu" ketuhanan itu sangat di perlukan. Sebab Tuhan telah memberi kita "nafas" untuk kita gunakan dalam kehidupan kita. Jika kita gunakan "nafas" itu tanpa merujuk kepada Tuhan dan bertindak bersendirian, maka Tuhan akan lepas tangan dan biarkan kuasa "sebab dan musabab" memikul tangung jawabnya. Kita mungkin seorang "pakar" dalam sistem pentadbiran koporat dan kerajaan atau eko sistem alam semesta langit dan bumi  tetapi sudah kah kita kenal sistem pentadbiran Allah swt???? Bagaimana kah Allah swt berurusan dengan kita setiap hari???? Sains kerohanian dalam "bab" ini sangat luas untuk di rumus dengan sehelai kertas. 

Jangan hanya duduk baca kitab yang di catat dalam kertas yang berjilid sahaja. Kitab yang sebenar nya berada di atas muka bumi ini di mana kita sedang memijak untuk membaca nya. Mengapa Adam di turun kan ke bumi ini??? Bukan kah "bumi" ini satu kitab yang perlu di baca???? Al Quran dan Hadith akan selalu merujuk kepada kitab "bumi" ini untuk di jadikan sandaran. Sebab kitab di "bumi" inilah kita akan di uji dalam satu peperiksaan seperti UPSR, SPM, STPM,DIPLOMA,DEGREE untuk di iktiraf sebagai seorang yang berilmu dan beriman. Kitab di "bumi" inilah kita akan di "hisab" untuk dapatkan status "identiti" diri kita. Jika kita tidak pelajari kitab "bumi" ini maka kita belum boleh di iktiraf sebagai seorang yang telah "lulus" dalam peperiksaan atau ujian itu.


Apa saja yang kita lakukan sebagai "ibadah" akan merujuk kepada kelakuan kita di kitab "bumi" ini. Setiap ayat yang kita sebut akan di nilai dengan bukti fakta amalan kita di atas kitab muka "bumi" ini. Jikalau berjilid kitab yang kita susun di meja almari kita, tidak akan sama dengan satu kitab "bumi" yang kita pijak ini. Jadi kitab "bumi" ini adalah kitab yang muktamad untuk kita kaji selidik dalam peperiksaan amal perbuatan kita.Ujian praktikal di bumi ini kita perlu lulus jika tidak semua kitab kitab lain tidak dapat di jadikan asas rujukan. Realiti di depan mata kita ini adalah "on the field training" yang perlu kita laksanakan bila menyemak semua kitab kitab lain. 


Edit 24.10.14

Tetapi jika kita ingin memahami semua ini, terlebih dahulu kita perlu membuat kajian apakah "bumi" ini sebenar nya. Sebab "bumi" yang di katakan oleh Tuhan semesta Alam bukan "dunia" kita ini. Persoalan yang timbul adalah apakah "bumi" ini di cipta dahulu dari "langit". Apa bila Tuhan berkata Dia ciptakan "bumi" itu dahulu dari "langit" yang di tebarkan untuk berkembang. Jadi "langit" sebenar nya adalah "ruang" atmosphera ini yang melalui  fasa kejadian yang berperingkat. Namun, ada juga Tuhan berkata Dia jadikan "langit" itu sebelum "bumi" yang di hamparkan. Untuk memahami semua ini kita perlu kaji kejadian alam semesta ini.

Sebelum ada sesuatu apa pun dan semasa Tuhan itu bersendirian untuk menjadikan makhluk Nya sebagai "saksi" kewujudan Nya, Tuhan telah menjadikan makhluk pertama yang di katakan "ilmu" itu. "Ilmu" ini yang pertama turun sebagai satu cahaya "nur" yang bersinar untuk membuka "ruang" yang kosong itu sebagai "langit" yang berlipat atau berlapis. Jadi asas "bumi" adalah cahaya "nur" ini yang mengeluarkan haba radioaktif dengan serpihan logam besi "qursani" untuk di tebarkan di dalam "ruang" yang kosong itu atau "langit" yang berkembang dengan asap (dukhan) tebal "jrim gelap" (dark matter). Di sinilah berlaku tekanan "tenaga" tarikan "graviti" dan kosmologikal tetap (cosmological constant) yang mulakan pergerakan detikwaktu atau "masa" yang di ukur. Maka segala isi alam maya (universe) itu di jadikan dari serpihan "qursani" haba cahaya "nur" itu. "Air" adalah anasir pertama yang mula menitis sehingga menjadi lautan yang berjuta tahun jarak nya di mana Arasy itu di jadikan dengan segala para malaikat Nya dan syurga.

Dari situ "api" mula menyala untuk jadikan neraka dan juga jin dan syaitan di mana "angin" mula bertiup dan "tanah" mula terkumpul untuk jadikan "dunia", matahari, bulan dan bintang termasuk tumbuhan, haiwan dan segala makhluk lain.

1.1.15

Tahu kah kita bahawa "langit" dan "bumi"  ini adalah sepasang kekasih yang telah di pisahkan. Rindu cinta kasih sayang mereka inilah yang memberi kita manusia "rahmat" anugerah dari Allah swt. Tangisan "langit" yang turun membasahi "bumi" sangat di perlukan semua kehidupan dengan "air" yang mencurah. Takungan "air" mata itu menjadi "lautan" yang di tadah "bumi" dengan penuh kerinduan. Terlalu besar pengorbanan mereka demi kesejahteraan manusia. Kalau lah kita tahu apa rahsia percintaan mereka ini, sudah pasti kita akan dapat banyak manfaat apabila kita sambungkan tali "siratulrahim" mereka ini. Hanya "manusia" sahaja yang boleh sambungkan kemesraan mereka ini dan hilangkan kerinduan mereka. 

Kami hampir menanggis menitiskan air mata apabila kami kenangkan jasa budi pekerti sepasang kekasih ini. Kami akan beri "salam" kepada "langit" sebelum kami melangkahkan kaki memijak "bumi" ini. Kami akan beri "salam" kepada "bumi" di mana jasad tubuh ini di jadikan daripada "tanah" yang suci. Allah swt telah halalkan "bumi" ini untuk di pijak apabila Allah swt perintahkan Rasulullah menjadikan "bumi" ini sebagai "masjid" untuk di "sujud" supaya di cium muka "bumi" ini yang suci. Lihat lah zuriat "langit" dan "bumi" ini di mana sepasang kembar matahari dan bulan itu akan sentiasa berkhidmat untuk menjaga ayah dan bunda nya. Betapa "taat" nya mereka menjaga ibu  bapa mereka dengan silih berganti memandang "langit" dan "bumi" ini. Tugas "siang" dan "malam" ini bukan satu pamiran untuk menghiburkan kita.

Mengapa kah "cinta" itu memerlukan banyak pengorbanan. Ketaatan dan keikhlasan mereka akan di uji tahap kasih sayang yang sejati. Tidak kah kita sudi untuk menyambung dan hulurkan kemesraan itu supaya mereka dapat hilangkan kerinduan itu. Jika mereka sanggup berkorban demi kesejahteraan kita, mengapa kita tidak sedikitpun endahkan penderitaan mereka menanggung rindu. Sujud lah di atas muka "bumi" dan cium lah "ibu" kita ini yang sangat rindukan "bapa" kita itu. Allah swt dan Rasul Nya akan menjadi "saksi" apabila kita hubungkan satu jalinan yang sangat rindukan pelukkan kasih sayang itu. Adam dan Hawa di turunkan untuk sambungkan tali siratulrahim "langit" dan "bumi" ini. "Perasaan" dan "ingatan" kita kepada Allah swt dan Rasul itu adalah "siratalmustaqqim" ini. "Ingatan" Adam dan "perasaan" Hawa ini adalah satu jalinan kasih sayang yang dapat gabungkan perpisahan "langit" dan "bumi" ini dengan Allah swt dan Rasulullah sebagai "saksi" itu.. 

 Punca segala ayat "pengasih" yang dapat datangkan "kasih sayang" perlu tunduk kepada "langit" dan "bumi" ini. Jika kita masih jauh dari memahami apakah erti nya "cinta" itu yang di katakan Rahman dan Rahim itu, kita masih belum sampai kepada kemuncak rahsia Adam dan Hawa ini. Bagaimana mungkin kita dapat tundukkan "hati" itu apabila "akal" fikiran kita masih jauh untuk mencapai rahsia ini. Tahukah kita bagaimana Rasulullah mencintai Allah swt???? Kalaulah kita dapat menjamah setitik dari kasih sayang itu, kita akan menanggung rindu itu seperti mana "langit" dan "bumi" ini yang sentiasa menunggu pelukkan dan dakapan mesra itu. Jika "air" mata kita tidak pernah mengalir untuk dapatkan "siratulrahim" ini, kita masih belum jumpa jalan "siratalmustaqim" itu. Ibadah yang kita lakukan perlu sampai pada peringkat "cinta" ini. Jika belum, jangan lah kita beranggapan kita sudah memiliki "iman" yang sejati itu. 

Kita telah terlalu asyik memandang "bumi" sehingga terlupa untuk melihat "langit" yang memberi segala kehidupan. "Air" yang turun dari "langit" ini telah menunjukkan bukti bahawa ia mempunyai kuasa untuk jadikan kebinasaan. Banjir yang melanda sehingga "bumi" terpaksa menampung  "air" bah itu bukan sesuatu yang boleh manusia hindarkan. Apabila "bumi" di telanjangkan dengan begitu terhina, "langit" akan menjadi marah kerana "kekasih" nya di nodai begitu rupa. Kerakusan manusia ini patut di hukum dengan setimpal. Mereka tidak pernah berterima kasih dengan kasih sayang "bumi" yang selama ini begitu ikhlas menabur budi. Manusia tidak pernah mahu memahami bahawa "langit" akan sentiasa menjaga "bumi" ini sebagai kekasih nya. Manusia hanya rampas apa saja yang boleh di ambil di "bumi" ini untuk "kepuasan" mereka dan bukan untuk "keperluan" hidup mereka.

Manusia yang "PERAKUS" ini patut kita cari sehingga ke lubang cacing. Anak keturunan mereka perlu kita hambat dengan kemusnahan hidup. Pemeliharaan hutan simpan habis di ceroboh untuk dapatkan keuntungan. Kesejahteraan rakyat di rampas dengan kuasa penipuan. Kuasa yang memberi mereka kebenaran akan di laknat oleh penderitaan yang di alami manusia sejagat. Pencerobohan hutan yang di dalangi penguat kuasaan pentadbir yang di amanahkan adalah pengkhianatan yang terang. Mereka yang duduk di kerusi kerusi pentadbiran perlu di pecat kerana gagal menjalankan tugas dengan berkesan. 

Bencana alam bukan adalah dari tangan manusia itu sendiri. Tuhan tidak pernah berlaku zalim. Kerakusan manusia mengejar "kepuasan" kekayaan hidup akan membawa bencana kepada sesiapa saja. Manusia hanya di benarkan melangkah di atas muka "bumi" ini untuk dapatkan "keperluan" sahaja. "Rezeki" yang di beri Tuhan hanya menjadi "halal" jika di ambil untuk "keperluan" hidup manusia itu. Tetapi jika "rezeki" itu di ambil untuk "kepuasan" hidup mereka. "bumi" ini akan bertindak untuk tunjukkan "kuasa" nya. Banjir yang melanda adalah kerana kemusnahan yang di lakukan kepada muka "bumi" ini. Mereka cacatkan muka "bumi" ini dengan kehodohan yang ketara. Betapa banyak "kehidupan" yang akan musnah. Haiwan liar dan segala binatang dan seranga kesengsaraan oleh perbuatan manusia yang sepatut nya menjadi "khalifah" di atas muka "bumi" ini. Lihatlah kerosakan dan kemusnahan yang di lakukan manusia yang begitu kejam dan zalim. Sumpah laknat ini akan datang menuntut "hak" nya walau di mana saja mereka berada.  

Mengapa "bumi" ini tidak pernah mahu di hargai. Inilah tempat untuk manusia mensyukuri nikmat "kehidupan" kepada Tuhan Maha Pencipta Nya. Jangan sampai "hati" manusia ini menyalahkan Tuhan kerana perbuatan kita sendiri. "Pengkhianat" ini perlu kita kenal pasti agar dapat kita jauhi dari termakan hasil pemberian mereka. Sebab hasil dari "kemusnahan" yang mendatangkan bencana kepada manusia adalah "haram" untuk kita jadikan darah daging. Itu lah "kuman" penyakit yang akan jadi "virus" keturunan yang tidak dapat di hapuskan. "Nasab" yang memakan hasil kepada bencana alam ini adalah pembawa "kuman" jangkitan kepada anak cucu keturunan nya. Kuman dari "dosa" ini boleh membiak dan bawa kemusnahan kepada banyak manusia. Apabila kesucian "bumi" di noda oleh "jasad" yang buat kerosakan, "penawar" kepada penyakit itu amat sukar untuk di hulurkan oleh "bumi" ini. Jangan lah kita menjadi "musuh" kepada "bumi" ini. Sebab setiap "jasad" anak Adam sangat memerlukan "belas kasihan " nya.

Rahsia segala "penyakit" dan juga segala "penawar" berada di antara "langit" dan "bumi" ini. Empat anasir alam dari "air, angin, api dan tanah" ini adalah "salam" muhibah yang kita manusia nikmati untuk jadi "tetamu" yang istimewa ini. Jika kita manusia melampaui batas dan mengkhianati perjanjian "siratulrahim" di antara "makhluk" ini, musibah nya amat nyata. Apakah manusia ini menyangka mereka boleh hidup senang lenang apabila mereka tidak berlaku adil kepada alam sekitar. Apabila habitat semula jadi segala haiwan dan serangga di khianati oleh manusia, mereka akan "berdoa" untuk dapatkan keadilan kerana di aniayai. Manusia tidak boleh hidup tanpa semua haiwan dan serangga ini. Mereka di jadikan untuk kesejahteraan "bumi" ini.

Edit 1.4.15

Allah swt telah istiharkan kepada Rasulullah bahawa "bumi" ini adalah "masjid" untuk segala umat nya. Di mana saja "bumi" di pijak, di situ adalah "masjid" untuk sujud kepada Allah swt. Alang kah bahgia nya "bumi" apabila di beri darjat yang begitu mulia di sisi Allah swt. Jasad manusia yang di jadikan daripada tanah ibarat "bumi" itu di mana "hati" adalah "masjid" untuk bermunajat kepada Allah swt. Alangkah baik nya jika "hati" itu di bersihkan untuk menjadikan "rumah" Allah swt itu agar dapat kita jadikan "jendela" menjengok sapa. "Hijab" yang menutupi "jendela" itu perlu di singkap untuk bersua muka. "Wajah" yang di tunjukkan perlu bersih dan suci dari segala daki dan dosa.

Mengapakah jasa "bumi" ini  tidak pernah mahu di hargai. "Bumi" inilah tempat untuk kita bertaharah dan bersihkan diri. Tanpa "bumi" ini kita mungkin tidak layak mendekati Allah swt Maha Pencipta Alam Semesta ini. Pandanglah "bumi" ini sebagai satu rahmat untuk kita kenal kewujudan Allah swt. Di mana saja di atas muka "bumi" ini, Allah dan Rasul akan selalu menjelma untuk berikan peringatan supaya manusia sentiasa mengingkati. Tetapi kita selalu leka dan terpedaya pada daya tarikan "graviti" nya. Sebab tarikan "graviti" ini boleh buat manusia itu leka dan hanyut di asak desakan nya.

"Akal" yang di beri Allah swt untuk kita berfikir tentang kewujdan Allah swt akan selalu sibuk untuk tumpukan perhatian kepada keperluan hidup. Amat sukar untuk "akal" fikiran kita ini fokus kepada Allah dan Rasul nya. Sebab ingatan "iman" agak sukar untuk berlepas naik di frekuensi getaran kayangan yang berada di luar orbit tarikan "graviti" yang di miliki hawa "nafsu" kita. Dua "jiwa" kita ini akan selalu bergelut apabila mereka di satukan dengan "nyawa" kita ini. Dapatkah jiwa ingatan "iman" kita melepaskan diri untuk naik di atas kayangan itu. Dapatkah kita memberi sepenuh tumpuan kepada Allah swt untuk berkahlwat kepada Nya. Hanya Rasulullah sahaja yang mempunyai kekuatan itu. Kita perlu memiliki senjata Rasulullah ini untuk sampai di peringkat itu.

Rasulullah telah memberi segala tunjuk ajar supaya kita dapat naik "israq dan miqraj" kepada Allah swt. Jika kita tidak pernah mahu kenal Rasulullah ini, maka kita tidak mungkin mencapai impian itu. Rahsia "ilmu" Rasulullah ini masih tersembunyi di sebalik agama Islam kita yang suci ini. Apa yang banyak di paparkan di sana sini hanya perhiasan ibadah yang zahir. Serban, jangut, jubah, yang menjadi ikutan.Tetapi "akhlak" Rasulullah tidak pernah di contohi. Sidiq, tablik, amanah, fatanah, jujur, ikhlas, masih jauh dari "akhlak" kebanyakan umat manusia.  Apakah mungkin kita dapat merasai apa yang pernah di rasai Rasulullah semasa dia beribadat kepada Allah swt.

Para ulamak di zaman ini banyak yang beramal untuk kepentingan "ekonomi" mereka. Ulamak di zaman dahulu menghabiskan segala harta dan kekayaan untuk perjuangan agama Islam tetapi di zaman ini sudah terbalik. Setiap ceramah perlu di bayar!!!!! Semua kos perlu di tangung yang datang mendengar. Agama telah menjadi satu komoditi mencari keuntungan. Semua nya perlu bergaji dan perlu di bayar untuk mereka tunjukan kepandaian mereka. Selepas itu para hadirin yang datang di layan seperti orang "bodoh" yang kurang pengetahuan nya. Sejauh mana keikhlasan mereka kepada Allah swt masih tidak di ketahui.

Yang sudah pakar soal agama menjadikan Islam sebagai hak milik kekal mereka. Hanya mereka sahaja yang boleh menentukan soal agama dan yang lain di anggap tidak bertauliah. Yang lebih rakuskan kuasa masuk berpolitik untuk pecah belahkan umat Islam. Mereka hanya pandai bercakap tetapi sangat bodoh untuk melakukan secara praktikal. Yang pandai bercakap ini tetapi tidak tahu buat hanya tunggu silap orang untuk berpencak dengan dalil dan nas. Pendapat mereka sahaja yang betul dan pendapat orang lain semua nya salah.

Apakah benar kita sudah boleh di gelar "khalifah" di atas muka "bumi" ini ???  

Edit 5.4.15

Kita terlalu selesa dengan apa yang telah di terapkan sebagai fakta dan bukti kenyataan. Tetapi tidak kah kita sedar bahawa Allah swt itu Tuhan yang berbahasa dengan kiasan dan metafora. Apabila "bumi" di istiharkan sebagai sesuatu yang di ciptakan terlebih dahulu dari langit dan di pisahkan untuk berkembang, banyak yang menyangka bahawa planet yang kita duduki sekarang adalah "bumi" yang di maksudkan. Kita perlu peka bahawa segala sesuatu yang awal di cipta Tuhan akan melalui proses perkembangan (expansion). Begitu juga dengan jasad Adam. Kita mungkin akan menyangka bahawa jasad Adam itu di jadikan dengan cukup sifat dan sempurna seperti apa yang kita nampak sekarang sebagai seorang manusia di dunia ini. Ini tidak akan dapat di sangkal oleh sesiapa pun untuk mempertikaikan nya.

Tetapi untuk jadi umat yang benar benar beriman dan berilmu, kita tidak boleh telan sahaja apa yang di terjemahkan tanpa sebarang kajian dan usul periksa. Kita perlu lebih tekun untuk mentakrifkan segala hujah dan dalil untuk dapatkan keyakinan yang kukuh. Inilah tujuan nya kita di berikan "akal" fikiran untuk mencari "hakikat" kebenaran. Jika kita perlu telan dan percaya sahaja apa yang di sampaikan, sudah pasti kita bukan "makhluk" yang di cipta Allah swt dengan mempunyai darjat yang paling tinggi. Inilah bahaya nya jika kita menjadi seperti "lembu yang di cocok hidung" nya. "Akal" yang di berikan kepada setiap manusia itu mempunyai fungsi dan peranan nya. Sebab itu agama Islam itu tidak boleh di paksa dan di sogok untuk di telan. Keimanan dan keikhlasan sangat penting untuk meyakinkan kepercayaan kita di mana setiap "ilmu" itu perlu di kaji selidik bukan telan sahaja macam pil tidur.

"Akal" adalah tujuan nya manusia itu di jadikan. "Akal" inilah manusia dan itulah jasad Adam apabila dia di turunkan ke "bumi" ini. "Akal" ini perlu mencari "ilmu" dan "ilmu" itu adalah Rasulullah. Jadi kita manusia perlu mencari Rasulullah ini untuk mendapatkan "ilmu" itu. Sesiapa sahaja yang mencari dan belajar mendapatkan "ilmu" sama seperti mereka mencari Rasulullah. Segala "ilmu" yang ada di atas muka "bumi" ini adalah kepunyaan Allah swt. Ilmu sains yang kita belajar di sekolah dan maktab adalah milik Allah swt yang di sampaikan kepada Rasulullah sebagai utusan nya. Sebab apabila manusia itu mengunakan "akal" nya untuk berfikir, maka "nur" Rasulullah yang menyampaikan segala "ilmu" itu untuk di pelajari dan di fahami.

Sebab tugas dan fungsi "akal" hanya untuk sampaikan "ilmu" apabila kita berfikir atau menuntut "ilmu" itu untuk di fahami. Jadi "ilmu" sains yang di pelajari semua para saintis terkemuka adalah anugerah Allah swt kepada setiap hamba nya yang berfikir dan mengkaji. Sebab "ilmu" ini bukan sesuatu yang boleh kita terap dan serap sahaja tanpa perlu mengunakan "akal" fikiran untuk mempercayai dengan keimanan yang yakin dari dalil dan hujah yang munasabah. Setiap manusia perlu mempunyai "alasan" nya yang tersendiri untuk mengambil apa saja yang di yakini. "Alasan" itu adalah "hak" peribadi setiap individu sebagai pendirian nya. Kita tidak boleh mengunakan "tanggapan umum" sebagai dalil yang tidak di periksa. Walau sepotong "ayat" pun kita perlu ada "alasan" kita yang tersendiri untuk mengamalkan nya. Itu "hak" peribadi yang akan kita pertanggung jawabkan. Bukan orang lain yang kita ikut seperti bayang bayang.

Sebab kita akan mempertanggung jawabkan setiap amal perbuatan kita di hadapan Allah swt dan hanya diri kita sahaja yang perlu berdiri untuk menjawab segala soalan, bukan mereka yang kita ikut itu. Hanya Rasulullah sahaja yang perlu kita taati dan bukan selain dari itu. Sebab mereka bukan "maksum" dan mempunyai banyak cacat cela yang tersembunyi dari pengetahuan kita. Hanya Allah swt dan Rasulullah sahaja yang boleh kita pegang sebagai "tali" untuk berpaut. Selain dari itu adalah "pendapat" yang perlu kita kaji selidik untuk di jadikan kajian tentang "hakikat" kebenaran nya. Kita hanya akan tersesat jika kita tidak berpaut kepada "tali" Allah swt dan Rasulullah. Apabila "ilmu" itu adalah Rasulullah, maka Allah swt adalah tempat untuk kita meminta pedoman dan taufik hidayah Nya. Jika kita tidak "menyerah diri" kepada Allah swt maka kita pasti akan tersesat jalan. Itulah mengapa agama Islam itu "menyerah diri" kepada Allah swt.  "Taufik dan hidayah" Nya sangat kita perlukan kerana Allah swt adalah Tuhan yang Maha Mengetahui. Kita hanya terima apa saja yang di tentukan Allah swt untuk kita nikmat atau mengalami. Itu kehendak Nya dan kita patut selalu berdoa dan menyerah diri.

Edit 16.11.15

Mengapa kita perlu berada di atas muka "bumi" ini masih banyak belum di ketahui lagi. Tanpa "bumi" ini kita tidak akan pernah dapat mengenal siapa itu Tuhan yang bergelar Allah swt itu. "Bumi" ini sangat istimewa untuk kita hargai kerana "jasa" nya begitu besar sekali. Tuhan pernah berkata Dia telah menjadikan "bumi" itu dahulu sebelum "langit" dan di pisahkan. Mungkin kita tidak pernah mahu berfikir tentang perkara itu kerana soalan itu tidak pernah di tuntut supaya di jawab. Sesiapa yang tidak mahu mencari jawapan itu merasa selesa untuk anggap "bumi" ini hanya satu "kawasan" untuk kita hidup dan gunakan segala khazanah untuk kepentingan diri. Cuba kita tanya diri kita itu di mana kah "hak" kita yang di tuntut itu. Adakah kita mempunyai cukup kelayakan dan kepakaran untuk mengaku keupayaan kita itu.

Jika ada sesiapa pernah beranggapan bahawa mereka mempunyai "hak" mutlak di atas muka "bumi" ini maka orang itu sebenar nya adalah anasir jin dan syaitan yang pernah dan sedang merebut kuasa itu. "Bumi" ini akan sentiasa memusuhi sesiapa saja yang cuba merampas kuasa itu. Jika kita kaji sejarah "Bumi" ini sejak sebelum manusia itu di jadikan kita akan memahami mengapa"bumi" ini sangat membenci gulungan jin dan syaitan ini. Merekalah yang melakukan merosakan di atas muka "bumi" ini sehingga Allah swt menjadikan manusia untuk mengurus "bumi" sebagai "khalifah" nya. 

Apakah urusan "manusia" dengan "bumi" ini???? Apakah perlu di lakukan oleh "manusia" ini. Jika kita tahu mengapa kita di hidupkan di atas muka "bumi" ini dan apakah tugas kita, sudah pasti apabila kita mati nanti "bumi" akan pastikan jasad tubuh kita itu mendapat pengiktirafan yang setimpal. Jika sesiapa dari kita yang berfikir bahawa "bumi" ini bukan satu "makhluk" yang hidup dan boleh kita berurusan dengan penuh integriti dan interaksi, kita rupa nya masih belum memahami "bahasa" yang selalu di tuturkan oleh "bumi" yang kita pijak dan naungi selama ini. "Rezeki yang Tuhan beri selalu di hulurkan oleh "bumi" ini tanpa pernah mengira balasan budi nya. Keghairahan kita merebut kekayaan nya begitu rakus dan tamak. Tetapi sedikitpun kita tidak pernah cuba membalas budi  dan jasa nya sebagai tanda kesyukuran. Pernahkah kita memberi "salam" kepada "bumi" ini dan berdoa akan kesejahteraan nya. 

Bagaimanakah agak nya perasaan "bumi" ini terhadap diri kita yang selama ini menghulurkan jasa nya. Jika ada sesiapa yang tahu rahsia "bumi" ini dan dapat bertutur dengan "bahasa" yang betul, nescaya jasad tubuh nya akan sentiasa di jaga seperti menimang "bayi" yang baru lahir. Tidak kah kita ingin mendapat "siratulrahim" itu terjalin dan bermesraan seperti dua"makhluk" yang mengikat satu perjanjian suci dan murni????.   



    
 

      

            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan