Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Jumaat, 27 Mei 2011

Penanggal







Ini bukan buku cerita untuk di baca dengan keseronokan. Apa yang akan kami dedahkan di sini sangat mistik. Kebijaksanaan akal fikiran anda akan di cabar untuk menjejaki alam ini. Kesedaran anda akan terduduk dengan kebingungan untuk mencapai kefahaman. Tidak sesiapa pernah jelaskan ini dengan penuh terperinci. Kedahsyatan “permujaan” ini akan menghambat minda anda untuk mencari kesan sebenarnya. Kami perlu begitu garang mengunakan perkataan untuk bayangkan bahaya maut. Ethika kewartawanan rohani akan di persoalkan. Kami tidak ikut segala peraturan yang di tetapkan. Kami kongsi apa yang kami jumpa di kegelapan amalan ilmu hitam.

Laduni

Tidak sesiapa boleh jelaskan “maut” dengan ertikata sebenarnya. Sains terkini telah buktikan bahawa jasad tubuh manusia hanyalah bahagian tubuh yang boleh di ganti dan di pisahkan. Kita boleh menyambung “hayat” penafasan dan degupan jantung dengan alat bantuan kecemasan. Jika jantung itu masih berdegup di tubuh badan nya dan paru paru itu masih dapat pernafasan, walaupun bahagian tubuh itu di pisahkan dan di cantumkan semula, pemisahan itu tidak akan menjejaskan “jangka hayat” di jasad tubuh itu. Secara saintifik ini telah dapat di buktikan di meja penbedahan. Sekarang mari kita lihat bagaimana ini di lakukan dengan atur cara mistikal.

Kami bukan menulis cerita babak cinta untuk jelaskan dengan ayat romantik yang sentimental. Dalam lapangan kewartawanan mistik ini, diplomasi bahasa ayat perkataan yang manja, bukan keutamaan nukilan karya kami. Ini bukan kawasan untuk seorang “kedi” pergi jengah menyiasat. Suasana berdarah dengan kepala terputus dan usus perut terburai bukan tayangan hebat untuk hiburan. Bila keganasan berada di udara, situasi aman dan harmoni telah habis di kompromi. Anda akan masuk ke alam jin jembalang di mana bahaya maut berada di mana saja. Minda fikiran anda akan berada di atas pentas untuk di uji keupayaan menyesuaikan diri di suasana kejadian mistik. Inilah tempat di mana anda perlu bungkus segala pengetahuan asas untuk bermula dengan sejarah baru demi menghindari konfrontasi kejangkalan kognitif kefahaman. Jin dan syaitan adalah makhluk “mikrobial” dari “kuantum partikal” yang masih tersembunyi di dalam gelap. Anda tidak sepatutnya merayau sendirian dengan bekalan pengetahuan sains moden terkini. Lapangan kerohanian adalah kawasan yang tidak berhaluan untuk beri pertunjuk di mana anda berada. Inilah kawasan di mana “masa” itu tidak akan di ukur.

Alam mistikal adalah kawasan yang tidak perlukan kewarasan akal. Minda tidak di perlukan untuk berfikir tetapi hanya duduk dalam kesedaran dengan pandangan yang kosong. Kecurigaan yang menjenguk dan ketakutan yang menerjah akan buat anda terpingah memerhatikan persembahan mistik yang sangat misteri. Degupan jantung yang bergendang di dada akan buat tubuh badan sejuk mengigil dengan badi darah yang mengalir. Seram dan gerun adalah pesta upacara ritual yang sangat luar biasa. Realiti di alam nyata akan terpadam dan tinggalkan anda di satu sudut kebingungan yang jauh entah kemana. Inilah perasaan yang akan di rasai oleh setiap manusia apabila menyaksikan persembahan mistik yang terlalu ekstrim untuk di pandang mata. Adakah anda mempunyai kekuatan itu untuk melangkah masuk di dalam kawasan ini untuk menduga kewarasan akal fikiran anda. Persetubuhan dua makhluk berlainan jenis ini bukan satu mitos yang boleh kita ketawakan. Mereka dari kaum “jin” ini sudah lama berkampung di persekitaran alam kita sebagai penghuni tetap yang di izinkan. Tidak ada manusia di dunia ini boleh menafikan hak mereka yang sudah di jadikan sebagai penduduk bumi. Apakah mutasi baka keturunan di antara jin dan manusia satu kurafat yang perlu di olok olokan. Kitab kuno zaman purba masih tersembunyi di celah lenyap amalan ilmu hitam yang sudah lama di isytiharkan. Kita sudah terlalu taksub dengan kemajuan sains moden untuk menafikan semua ini dengan keingkaran kita. Mereka tidak perlu buktikan kewujudan mereka kepada kita. Rahsia ini perlu di sorokkan dengan sebab yang sangat berasas. Pintu rahsia di antara hidup dan mati sentiasa terbuka untuk kita lalui setiap hari. Bangun dan tidur tidak pernah di pertikaikan oleh sesiapa saja. Tetapi mengapa pertalian di antara jin dan manusia masih tersorok jauh dari pengetahuan umum. Apakah mereka ingin cuba sesatkan kita supaya tidak mengetahui hakikat kebenaran itu.

Kisah hidup dan mati ini mempunyai terjemahan yang sangat luas. Tetapi jika di teliti dengan lebih halus lagi, “hidup” di ertikan “bangun” dengan kesedaran ingatan dan “mati” di ertikan “tidur” dengan lenyak kelupaan. “Ingat” dan “lupa” adalah tayangan di pawagam akal fikiran kita. “Kesedaran” itu hanya tumpuan yang sementara di alami setiap “akal” fikiran yang menerima maklumat untuk di rujuk kepada “arkib” memori ingatan “iman” kita. Hanya ingatan “iman” kita itu yang memberi “kesedaran” kita tayangan “ilmu” dari memori simpanan nya. “Tumpuan” hanyalah satu tinjauan hawa “nafsu” yang mempunyai kepentingan untuk “perasaan” nya. Tumpuan itu tidak mempunyai erti jika tidak di semat dengan “ilmu” ingatan “iman” yang buat tafsiran dengan “akal” fikiran nya. “Kesedaran” yang kosong, adalah tinjauan hawa “nafsu” yang buta dengan kebingungan ingatan “iman” yang bisu adalah keadaan yang di alami setiap “jiwa” apabila berhadapan dengan situasi yang pelik dan mistri yang penuh dengan kejangkalan yang ekstrim. Begitulah keadaan sesiapa saja yang melihat keajaiban ritual “Penanggal” ini apabila itu berlaku di hadapan mata.

Mutasi genetik adalah subjek pelik untuk di bahas. Sains biologi tidak dapat jelaskan hidup dan mati dengan penuh terperinci. Mereka hanya boleh terjemahkan hidup dan mati dari bukti pernafasan dan degupan jantung dan sains terkini telah capai banyak kejayaan dalam system alat bantuan sementara. Jasad tubuh manusia boleh di pisahkan dan di ceraikan atau di tukar ganti untuk di baik pulih. Tangan yang putus boleh di sambungkan. Organ yang rosak boleh di ganti dengan organ orang lain. Luka yang parah boleh di pulihkan. Wajah yang hodoh boleh di cantikkan. Jika secara praktikal ini tidak mustahil untuk di lakukan di makmal penbedahan, jadi transformasi jasad adalah pengetahuan sains yang boleh di lakukan dengan semaian baka dan resapan bathin. Untuk melintas di jambatan antara anatomi jasmani dan rohani adalah kawasan gelap alam ghaib. “Kuantum partikal” benda ghaib ini bermula dengan hasrat hawa “nafsu” untuk ambil “peluang” itu dengan “iman” kepercayaan untuk sampai di sana. Inilah di mana mutasi genetik semaian baka dan resapan bathin bertemu untuk jadikan tempat membiak. Adakah kemungkinan untuk jasad tubuh manusia itu boleh di semai dan di resapi. Banyak yang akan setuju dengan istilah “semaian baka” dan ada yang akan tinggalkan “resapan bathin” pada tanggapan nya. Jadi imbangan dari jasmani dan rohani di alam maya ini masih tidak di ketahui. Hubungan di antara jasmani dan rohani masih di alam gelap yang ghaib. Tidak sesiapa patut buat ulasan untuk cari sebab dan biarkan misteri itu untuk di kuburkan di pusara mitos. Evolusi dan ciptaan masih di pisahkan untuk jalan haluan tersendiri.

Patutkah kita biarkan ia begitu saja atau cuba mencari solusi untuk tahu kemungkinan nya. Tidak ada siapa mempunyai “hak” untuk menafikan kita peluang mencari jawapan nya. Misteri kejadian mistikal telah memberi kita cukup pertunjuk tentang kemungkinan nya. Cerita Penanggal ini adalah salah satu dari kemungkinan itu. Anda perlu baca cerita ini dengan fikiran yang terbuka untuk lihat apakah benda ini. Penanggal adalah mahkluk jembalang kejadian mistikal. Ia di katakan terjadi dari kepala manusia yang telah di putuskan.



Pernah hidup seorang wanita yang mati di gantung dengan sangat ngeri. Dia di tangkap kerana melakukan kemusnahan yang amat kejam. Leher nya di gantung dengan tali pada dahan pokok dan kedua kaki nya di ikat pada seekor kerbau yang ganas. Apabila kerbau itu di hambat supaya memecut pergi, tali di leher nya terbelit sehingga kepala nya terputus dengan isi perut nya terburai dan di biarkan tergantung di atas pokok. Badan nya yang kudung di heret kerbau ganas itu di merata tempat di perkampungan itu. Kepala kodong dan isi perut terburai yang tergantung di atas pokok itu di dapati hilang pada malam berikut nya. Sejak itu, penduduk kampung di hantui jembalang yang di namakan Penanggal ini. Bacalah cerita sepenuh nya!!!!!

Buku ini mengandungi bahan bacaan yang tidak begitu sesuai untuk beberapa pembaca. Bahan bacaan ini sangat mistikal yang perlu di jelaskan dengan istilah sains kerohanian. Penulis ingin menasihatkan pembaca supaya berhati-hati. Beberapa bahan bacaan ini berunsur mistikal dan keganasan yang mungkin akan membuat pembaca merasa tidak begitu selesa. Budibicara pembaca sangat di galak kan. Tangung jawab kebudayaan dan tamadun manusia perlu di angkat untuk menjaga martabat nya. Cerita Penanggal ini sangat mistikal yang belum di jelaskan dengan begitu terperinci. Di sini, amalan “sihir” akan di bongkar dan atur cara nya akan di istiharkan supaya kita mengenal pasti kedurhakaan nya. Permujaan syaitan yang mereka lakukan akan kami bentangkan untuk beri pembaca kami gambaran yang lebih jelas. “Ilmu hitam” adalah ruang yang amat sempit yang hanya boleh di lalui oleh orang yang telah masuk ke dunia mistikal ini. Amalan “sihir” seperti “nasi kangkang”, “tuju tuju”, “ kunci nafsu”, “pukau”, “kadam sexual”, “santau” akan kami sertakan dalam cerita ini. 



Membuka rahsia mistik untuk di jelaskan kepada setiap pembaca, bukan sesuatu yang mudah untuk melakukan nya. Tenaga dan kuasa di sebalik atur cara yang di gunakan "ilmu hitam" bukan sesuatu yang boleh di fahami dengan logikal akal fikiran. Tidak sesiapa boleh mencapai ketaakulan yang teguh jika "ilmu" sains kerohanian tidak secukup nya. Isi kandungan alam maya tidak begitu misteri untuk di fahami. Punca segala kejadian di realiti kebanyakan nya bermula dengan tenaga tarikan "graviti" yang semula jadi. Ini lah asas segala bentuk dan fungsi kejadian alam.

"Ilmu hitam" bukan sesuatu yang ajaib atau luar biasa. Kuasa dan tenaga nya sudah tersedia ada di alam maya ini untuk di gunakan. Hanya "sebab dan musabab" nya perlu di kenal pasti. Tenaga ini perlu kita tahu negatif dan positif nya. Suhu sejuk dan panas nya untuk di jadikan satu ramuan yang boleh melonjakan kuasa "emparan" dengan luapan fermantasi tenaga "abadi" yang azali. Bacaan "mantera" atau "jampi" sebenar nya adalah bahasa kuno yang dapat di fahami tamadun jin dan syaitan. Jika kita tahu bahasa yang di gunakan tamadun "jin" dan "syaitan", sudah pasti mereka akan "taat" setia untuk menurut perintah. Urusan dengan kaum "jin" di dimensi yang lain ini mempunyai atur cara dan perjanjian yang sangat teguh. Mereka juga mempunyai kepentingan untuk di ambil perhatian. Mempunyai "proksi" dengan makhluk ghaib ini sudah tentu akan ada keajaiban nya.     

Alam ini tidak selalu nya jujur menunjukan cara.
Malam yang sentiasa tenang dan nyaman telah menyembunyikan sesuatu untuk kita terlena di buai mimpi yang indah. Bayu dingin yang berhembus lalu, meniupkan irama syahdu dengan geseran daun di keheningan malam. Manusia hanyut terlalu leka untuk perhatikan rahsia alam.


Di sebalik ketenangan itu, ada sesuatu mahluk yang tidak pernah jemu memerhatikan kita. Manusia adalah ibarat jamuan yang telah lama di idamkan. Hasrat untuk memiliki tubuh sebegitu rupa, telah menjadi impian yang tidak pernah luput di telan masa.


Manusia yang berhati perut, tidak akan membenci sesama sendiri. Kasih sayang telah menjadi amalan naluri untuk berbakti sesama insan. Tetapi bila tubuh manusia itu telah di cerobohi, segala urat saraf dan denyutan nadi menjadi begitu bengis untuk berbaik sangka. Api nyalaan semakin membara di bakar hawa nafsu.


Fikiran yang tenang, akan di kusutkan, hati yang sabar, akan di gesakan. Perasaan yang aman akan di porak perandakan. Apabila manusia mengunakan daya fikiran untuk membuat tangapan dengan asakan hawa nafsu yang “buta”, iman yang “bisu” akan hanya tetap berdiam diri, memerhatikan diri di landa bencana. Nyawa ditongang seperti kuda, mengarah langkah aneka sengketa.

 
Anda sedang melangkah masuk ke dunia alam mistik. Beberapa bahan bacaan ini mungkin akan mengangu perasaan anda. Pembaca di nasihatkan mengunakan budibicara. Kami tidak menyokong beberapa amalan songsang ini. Lagenda jinn jembalang ini perlu kami letak kan di tengah pentas, kerana kematian nya yang ngeri dan sangat dahsyat.

Makhluk misteri bukan satu mitos yang boleh di persendakan. Kehadiran nya di alam realiti bukan satu kemalangan yang tidak di sengajakan. Ada tujuan dan hasrat tertentu untuk mereka masuk di alam kenyataan ini. Jembalang "Penanggal" ini ada sejarah yang perlu di istiharkan. Gabungan tenaga di antara manusia dengan makhluk "jin" telah menjadi amalan harian di satu ketika dulu. Kejadian "jin dan manusia" di tadbir oleh kuasa "sebab dan musabab" yang sangat unik. Mereka adalah tamadun sebelum manusia di jadikan. Kepakaran mereka lebih "cangih" jika kita manusia tidak ingin mengisi "ilmu" pengetahuan yang di sebarkan Rasulullah. Sunnah Rasulullah adalah "penawar" yang menjadi benteng pertahanan diri kita. Amat rugi manusia yang tidak mahu mengambil "ijazah" dari Rasulullah ini. Tetapi banyak yang berpaling kearah jin dan syaitan untuk mendapat syafa'at nya. Mutasi baka nasab yang mereka lakukan dengan membuat perkongsian "jiwa" dan "raga" telah mengundang bencana alam di persekitaran itu. Inilah apa yang terjadi apabila manusia berkongsi "darah dan daging" bersama mereka. Sejarah "Penanggal" ini masih menjadi misteri untuk di selidiki.


Apa kejadah makhluk yang di gelar Penanggal ini? Bagaimana ia dapat menuntut penjelmaan dalam sejarah realiti ini? Secara jujur, banyak yang kami perlu perjelaskan dan buat anda faham apakah sebenarnya benda ini. Teoretikal sains moden terkini tidak akan dapat memahami kedudukan nya. Ini perlu di jelaskan dengan sains kerohanian untuk ketahui kewujudan nya. Jika anda seorang berfahaman “atheist” yang tidak percaya ada nya Tuhan, kami sarankan anda tidak perlu membuang masa membaca cerita ini. Sebab “atheist” hanya mahu melihat “bukti” yang nyata dan menafikan “fakta” yang ghaib. Empirikal ujian mereka hanya condong pada perkara yang boleh di kaji dengan penglihatan mata kasar.
Apakah mereka tidak sedar bahawa mata kasar kita ini memerlukan “cahaya” untuk melihat sesuatu. Jadi kegelapan adalah sesuatu yang mereka akan nafikan walaupun gelap itu wujud. Kami bukan cuba untuk membuat ancaman ketakutan dengan mengadakan makhluk imaginasi seperti apa yang golongan atheist akan fikirkan. Ini adalah tentang “partikal” yang muncul dalam realiti dengan keinginan hawa “nafsu” dan ingatan kepercayaan “iman” nya untuk berada di sesuatu tempat.  Tangapan golongan “atheist” yang berat sebelah pada realiti, masih kurang penelitian untuk mengenal pasti setiap kewujudan.  “Tenaga gelap” masih menjadi misteri kepada kita semua. Kehidupan “mikrobial”  masih samar untuk simpulkan ketaaakulan pada fahaman kejangkalan.

Jadi kita masih belum boleh meloncat untuk buat konklusi yang muktamat dan menuntut hakikat kebenaran, bila “kekosongan” masih di tunjukan sebagai bukti untuk merebut fakta nya. Bukti yang ghaib dan ghaib nya bukti masih menjadi ketaakulan fahaman kita. Kami telah mengkaji bertahun lamanya tentang makhluk misteri ini yang membawa kami ke satu sudut yang akulta. Ilmu hitam dan sihir bukan sesuatu yang tahyul atau mitos. Ia adalah sains kerohanian yang kita belum ketahui. Ini banyak kaitan dengan tenaga eletromagnetik dan mutasi hybrid dari genetik yang berbeza. Kata kunci yang sebenarnya adalah kita perlu tahu apakah “nyawa” itu sebenarnya. Ia satu “tenaga” yang tidak dapat di hapuskan walaupun dengan ajal maut.

Kematian hanya satu tamat tempoh pada fungsi jasad tubuh yang menjadi mayat dengan identiti DNA nya. “Identiti” peribadi diri kita tidak pernah terpadam dan “deoxyribonucliec acid” (DNA) boleh jelaskan pada kita secara saintifik yang golongan atheist akan gunakan sebagai rujukan nya.  Kebangkitan jasad yang telah mati tidak rumit untuk di fahami. “Sains” di sebalik rahsia itu adalah apa yang kita tidak pernah ketahui. Ada banyak “kemungkinan” penyebab kejadian nya.  Semua “partikal” yang ada pada “fermions” dan “bosons” kita dimana hawa “nafsu” dan ingatan “iman” pada “identiti” diri seseorang tidak pernah lenyap di awangan. Hakikat kebenaran kadang kala sangat menakutkan apabila fakta nya di perjelaskan.

Kita perlu buka minda fikiran kita seluasnya untuk meneliti semua kemungkinan. Tidak kah anda ingin tahu risalah cerita nya? Mungkin kita pernah terdengar orang menyebut tentang nya, tetapi tidak mahu mengambil tahu apakah sebenarnya “entiti” ini. Bukan tujuan kami untuk menerapkan fahaman “mitos” di dalam fikiran anda. Tetapi alam ini juga masih menjadi “mitos” jika kita tidak pernah ingin ambil tahu tentang realiti nya. “Kemungkinan” yang munasabah bukan sesuatu yang boleh di ketepikan. Mengetahui “sebab” dan “musabab” dalam setiap kajian ilmu pengetahuan bermula dari “kemungkinan” itu. Sebab istilah “mustahil” selalu di gunakan untuk menafikan kebenaran itu terbukti. Jangan sekali kali kita tutup pintu akal fikiran untuk mencari kebenaran. Hidup ini mempunyai banyak keganjilan yang perlu kita terokai.
Segala tangapan “akal” selalu nya bermula dengan kognitif perbezaan di mana perisian asal dalam fikiran kita tentang semua perkara perlu di terapkan dengan acuan yang telah berada di dalam ingatan fikiran kita. Jika perbezaan itu bercangah dengan acuan yang ada, fikiran kita akan resah dengan kejangkalan yang sumbang untuk menolak fahaman itu. Itu lah mengapa kita begitu “prejudis” dan skeptikal untuk menerima sesuatu yang lain dari fahaman kita yang sedia ada. Perlu kami jelaskan tindakan akal fikiran kita yang di gunakan untuk memahami informasi maklumat supaya pintu akal fikiran kita boleh terbuka lebih luas lagi untuk mencari kelainan dengan gambaran yang lebih besar. Menyempitkan akal fikiran pada cetakan fahaman kita tidak akan meluaskan lapangan pengetahuan apabila kita sendiri yang menafikan hak akal fikiran kita mendapatkan informasi maklumat yang lebih luas untuk buat berbandingan.

Minda yang membuka kesempitan akal fikiran akan lebih memahami tujuan hidup ini dengan lebih bermakna. Kami akan cabar tahap intelektual fikiran anda untuk melihat “kemungkinan” ini. Tidak ada yang “mustahil” jika kita belum kenal segala “kuasa” dan “tenaga” yang ada di alam ini. “Akal” fikiran kita masih lagi anak murid yang belajar segala “ilmu” pengetahuan untuk di fahami. Apakah kita sudah cukup layak untuk buat ketentuan tentang alam ini? Kami akan bawa anda di satu sudut yang memerlukan kekuatan daya fikiran anda.

Sebab pentas “masa” ini mempunyai getaran dan vibrasi yang berbeza mengikut aplikasi khas pada situasi dan keadaan nya. Tidak semua “terma dan syarat” boleh di terapkan tanpa merujuk pada situasi dan keadaan nya. Situasi masa silam tidak sama dengan situasi masa kini. Perlukah kita mengukur “masa” silam itu dengan perkakas fahaman yang ada di hari ini untuk buat perbandingan? Untuk meninjau zaman yang belum pernah kita lalui, memerlukan sedikit “rujukan” yang di sarankan demi mengisi daya imaginasi akal fikiran kita. Kami akan bawa anda balik ke masa silam itu dengan menaiki pesawat imaginasi anda untuk meninjau keadaan di masa silam itu.

Pasang tali keledar anda dan duduk di tempat ruang legar persiaran minda anda untuk menjelajahi suasana itu bersama kami. Teater fikiran kita akan meninjau keadaan zaman purba kehidupan jahiliah manusia yang masih primitif. Teknologi sains ilmu jasmani dan tauhid agama ilmu rohani masih jauh dari pencapaian akal. Untuk melihat lensa situasi di masa itu kita perlu lupuskan kanta acuan fahaman kita seperti mana mereka melihat keadaan di ketika itu. Kita akan menjelajahi zaman yang penuh dengan perasaan keloh kesah dalam jiwa yang menangung beban kesengsaraan. Anda perlu merasai kebimbangan itu seperti mana mereka melalui nya.

Kurun kelima belas di mana bumi masih semak dengan hutan yang belantara. Hidup di masa itu amat jerih untuk menyara hidup, apabila kawasan hutan perlu di terokai untuk mencari keperluan hidup dan tempat penginapan. Harta dan pusaka hanya lah apa yang di miliki di sekitaran tanah yang di terokai. Masyarakat pada ketika itu kuat berpegang teguh pada amalan mistik kerohanian untuk tingkat kekuatan semangat jiwa. Keluarga dan harta benda perlu di lindungi dengan segala bantuan yang ada untuk menempoh ancaman hidup.  Pencerobohan kawasan memang menjadi konflik kehidupan apabila kerakusan manusia begitu ketara untuk menindas kaum yang lemah dan tidak berdaya. Keselamatan hidup menjadi agenda seharian di ceruk curiga kewaspadaan. Tenaga “bathin” perlu di tingkatkan untuk mencari kekuatan jasmani dan juga rohani. Kudrat jasad tubuh tidak cukup untuk tandingi ancaman yang ada. Sudah menjadi asas kejadian manusia untuk mencari “semangat” keimanan untuk di taati demi mendapat perlindungan dari yang ghaib.

Ini lah apa yang manusia perlukan dalam situasi keadaan yang sangat mendesak. Apabila ancaman maut selalu datang menjenguk di dalam setiap detik masa, keperluan untuk mendapatkan perlindung “bathin” amat di harapkan. Di sinilah mereka mencari “tenaga” yang boleh menjaga mereka setiap masa. Apabila manusia itu tidak atau belum “mengenal” Tuhan nya, mereka akan mencuba segala apa yang ada untuk mencari kesan nya. Ini lah alam “mistik” yang membuat “demonstrasi” tentang ada nya “tenaga bathin” yang jin dan syaitan cuba salurkan untuk menipu kepercayaan “iman” manusia dengan menyalurkan “tenaga bathin” yang segera apabila di perlukan. Urusan segara dan cepat ini lah yang menjadi rebutan kebanyakan manusia. Hasil yang nyata dengan secepat kilat begitu di perlukan mereka tanpa perlu menunggu dengan kesabaran dan keimanan. Mereka di tipu dengan muslihat untuk menjadi penganut yang setia kepada jin dan syaitan.

Apabila “hakikat” kebenaran masih kabur di dalam jiwa manusia dan dalam keadaan yang terdesak itu, mereka akan mencapai apa saja keperluan yang ada untuk menjaga keselamatan diri mereka. Sesiapa saja yang mencari bantuan perlindungan akan mencuba “tenaga” yang ada untuk ujian peribadi. Apatah lagi bila jin dan syaitan ini sangat teruja untuk mendapat peminat yang sedang terdesak ini. Bukan kah mereka akan buat satu “demonstrasi” yang agresif untuk memikat mereka? Ini lah peristiwa di masa silam itu di mana manusia sangat memerlukan “perlindungan” yang segera di dalam setiap detik waktu. Mungkin anda juga akan terdesak mengambil mereka sebagai “sekutu” untuk menjaga keselamatan diri. Apatah lagi di ketika itu, “agama” yang memberi “pertunjuk” tentang ada nya Tuhan yang Satu masih jauh dari pencapaian “akal” fikiran mereka. Utusan Tuhan pada Nabi dengan “kitab” belum mereka kenali. Kaum jahiliah ini masih taksub kepada permujaan dan seruan pada sesuatu yang boleh memberi bantuan yang pantas dan cepat. Jadi, alam ini menjadi “kitab” rujukan untuk mencari kesan “tenaga” dan “kuasa” yang ada. Apa saja yang menunjukan “kuasa” akan mereka seru dan puja sebagai kepercayaan “iman” mereka.

Telah menjadi asas naluri manusia mencari “sekutu” sebagai gandingan yang berada di sekeliling mereka. Pusara dan pusaka tamadun silam menjadi rujukan sebagai anutan budaya kepercayaan. Seruan ritual permujaan mencari kesan “tenaga” kekuatan yang tersembunyi di sebalik kenyataan alam penduduk bumi. Tangkal dan azimat menjadi “perantaraan” menyeru kekuatan. Makhluk jin dan syaitan mengambil kesempatan dengan kepakaran mereka menyalur “tenaga bathin” ini. Satu perkongsian di ikat dengan perjanjian “persekutuan” . Keperluan untuk menjaga keselamatan keluarga dan harta pusaka di serahkan pada “sekutu” sebagai “kuasa” perlindungan. Amalam mistik di kuat kuasakan untuk menyerah ketaatan dengan permujaan. Kesesatan ini bermula dari carian “kuasa” yang memerintah seru sekalian alam apabila Tuhan menyembunyikan diri untuk di kenali. Bukan kah mereka akan cuba “mengenal” segala apa yang ada untuk di uji? Ujian mengenal “kuasa” ini di lalui apabila “pertunjuk” kepada “hakikat” kebenaran masih jauh dari pencapaian akal fikiran. Kita juga akan menjadi seperti itu jika risalah kitab “Rasulullah” tidak sampai pada pengetahuan kita. Ini lah keadaan yang sedang mereka lalui apabila hidup di ketika itu sangat memerlukan kekuatan bathin. Mereka perlu mencari “sekutu” demi keselamatan hidup mereka. Seruan dan permujaan di buat untuk mencari bantuan. Apabila alam ini mempunyai makhluk yang tersembunyi di dalam kegelapan, seruan dan pujaan mereka di sahut oleh anasir yang berkepentingan.

Apabila manusia menyerahkan jiwa dan raga nya kepada anasir yang mencari kesempatan, perkongsian jiwa yang di namakan “saka” ini menjadi kenyataan. Sepasang suami isteri yang hidup di tengah hutan belantara terpaksa berdepan dengan ancaman hidup yang sering melintas lalu di halaman mereka. Tanah bumi yang telah di terokai amat sukar untuk di pelihara. Pencerobohan sering berlaku. Si suami yang terpaksa berdepan dengan ancaman maut perlu mengisi diri dengan kekuatan jasmani dan rohani. Jurus langkah persilatan dan amalan bathin di tuntut dengan seruan ritual. Di sinilah bermula nya segala “kemuskilan” itu.

Apabila jiwa dan raga dikongsi dengan “persekutuan” dalam urusan hidup, harta dan keluarga menjadi “pusaka” yang di miliki bersama. Perkongsian hidup ini merangkumi semua aspek kehidupan. Penyekutuan dengan “saka” ini melibatkan urusan “nafkah” zahir dan bathin. Keperluan makan minum di selengarakan dengan keperluan sexual. Pembiakan benih baka semasa bersanggama menjadi syarat utama. Si isteri akan mengandungkan anak untuk di jadikan “habuan” kepada  “saka” pemeliharaan nya.  Kandungan di dalam rahim adalah kepunyaan “saka” sebagai habuan. Telah berulang kali bayi di kandungan mati kering di dalam rahim sehingga lahir nya seorang anak perempuan yang berwajah “pelik” ini. Kelahiran bayi perempuan ini di tatang seperti minyak yang penuh oleh sepasang suami isteri ini. Si suami dan si isteri berjanji akan mencurahkan segala kasih sayang kepada anak perempuan nya. Wajah bayi yang “pelik” dipandang indah sebagai satu rahmat mendapat zuriat yang sangat di hajati.

Anak gadis ini membesar dengan penuh kasih sayang. Wajah nya yang “pelik” itu sering di pertikaikan oleh masyarakat sekeliling mereka yang bengis.  Ibu dan bapa nya perlu melindungi anak nya dari di ganggu masyarakat. Kejangkalan wajah anak gadis nya itu, menjadi momokan sehingga tercetus pertelingkahan.  Anak gadis ini di jaga sehingga meningkat dewasa. Tetapi masyarakat masih curiga dengan kelainan nya. Gadis ini sering di caci dan di hina. Pertelingkahan sering berlaku semasa ibu bapa nya bertarung untuk melindungi anak nya dari di ganggu. Kecekapan bertarung akhir nya tumpas dan ibu bapa nya terbunuh semasa umur anak gadis itu tiga belas tahun. Ini lah bermula nya babak hidup anak gadis yang malang ini. Wajah nya yang “pelik” menjadi ejekan yang sangat menghina maruah diri nya.

Dia lahir di zaman kaum jahiliah yang memerintah bumi seperti pebangkai. Dia mempunyai bentuk wajah yang hanya seorang ibu sahaja akan mengasihi dan kedua ibu bapa nya telah di bunuh semasa dia berumur tiga belas tahun. Apabila tidak ada keindahan wajah yang boleh mengharapkan kasih sayang, kebencian dan penghinaan yang di lemparkan terhadap dirinya menjadi mimpi ngeri dalam hidup nya. Kebencian yang masyarakat lontarkan terhadap diri nya boleh buat hati nya berdarah dengan dendam maut. Sumpahan keji pada wajah hodoh nya terlalu berat untuk di tangung. Dia mempunyai cukup sebab untuk menganas di permukaan bumi. Bila kasih sayang tidak dapat di hulurkan, apa yang tertinggal di dalam hati hanya lah kebencian untuk di kongsi bersama.

Ketahui lah apa yang berlaku apabila gadis itu terpaksa berdepan dengan segala ancaman yang ada di sekeliling nya. Naluri setiap manusia untuk hidup perlu di aktifkan demi untuk menjaga keselamatan diri. Anak gadis ini perlu “tuntut” segala “ilmu” yang ada untuk memperkasakan jasmani dan rohani. Dia perlu berdepan dengan ancaman hidup nya dengan segala kudrat yang ada. Benih baka dari tamadun jin dan syaitan telah menjadi sebahagian dari jasmani dan rohani nya. Ini lah peluang untuk bangsa jin dan syaitan membuat kemusnahan. Anak gadis ini adalah keturunan baka mereka dan mereka bertangung jawab untuk melindungi anak gadis ini. Ketahui lah apa yang anak gadis ini lakukan selanjutnya.Sudah tentu anda ingin tahu bagaimana seimbangan dua alam yang berbeza ini di laksanakan. Rangkaian apa yang menghubungkan jasmani dan rohani ini perlu di kaji selidik. Ini lah ruang sains kerohanian yang perlu kami buat penjelasan.

Jasad tubuh manusia hanya lah kulit, darah dan daging yang di ikat dengan tulang serangka dan boleh di leraikan dengan penbedahan yang khusus oleh pakar yang arif tentang biologi manusia. Jika di zaman moden ini telah terbukti dengan nyata bagaimana tubuh manusia itu di "bedah" untuk melakukan baik pulih dan ubah suai. Jadi bukan satu perkara yang mustahil untuk meleraikan angauta tubuh badan manusia. Jika di zaman ini pakar perubatan dan doktor telah maju dengan ilmu pengetahuan biologi tubuh, di zaman dahulu kala juga ada pakar yang lebih cangih untuk melakukan perkara itu.

Di sinilah di mana cerita "Penanggal" ini perlu di jelaskan dengan kepakaran mereka. Kita perlu maklum bahawa ada makhluk lain di alam maya ini yang belum kita kenal dengan begitu mendalam. Tamadun "jin" bukan satu "mithos" yang boleh di  nafikan. Bukti kewujuban mereka telah sering menyerlah sejak begitu lama. Persetubuhan manusia dengan baka "jin" masih menjadi phenomena yang amat rumit. Mutasi hybrid ini tidak pernah di teliti akan kemungkinan nya. Jika baka dari benih yang berbeza telah di buktikan sains terkini boleh di "klon" dan di "mutasi" dengan persemadian benih dan evolusi pembiakan, tidak mustahil benih baka "jin" tidak boleh di mutasikan dengan benih baka manusia. Anasir "air, api angin dan tanah" adalah asas kejadian seluruh spesis yang hidup di alam maya ini. 

"Saka" adalah sesuatu yang masih menjadi misteri kepada kebanyakan kita. Cerita "Penanggal" ini akan membongkar rahsia perjanjian "saka" ini untuk di jadikan renungan. Jin dan syaitan membiak dengan baka keturunan manusia. Inilah misteri yang akan kami perjelaskan. 



Layari lama web kami di www.mistikalpond.com untuk baca cerita ini.
Baca Buku cerita seram ini sepenuh nya. (150-200pgs)
Email kami di: aqursany@yahoo.com
Layari laman web kami di: www.mysticalpond.com

Baca Ebook ini!!!!
Hanya RM10.00 sahaja!!!
Hubungi Kami!!
aqursany@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan