Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Jumaat, 18 Oktober 2013

Badi Mayat

Ini adalah sebahagian dari sketsa cerita "Bilik Mayat" yang telah kami sediakan di laman web kami. Urusan "mayat" bukan sesuatu yang mudah untuk kita ketahui. "Badi Mayat" ini adalah sesuatu yang perlu kita selidik dan ambil tahu. Mengapa kita terasa "gerun" apabila terserempak dengan "mayat" di hadapan kita. Apakah resapan "jiwa" atau "semangat" yang telah menyentuh sanubari kita. Semangat jiwa kita nampak nya tergugat apabila kita bersemuka dengan "mayat" itu. Mungkin kah ada satu pertalian jiwa yang mendesak supaya kita semak semula realiti hidup ini.

Sebelum kita tempoh lorong yang gelap ini, perlu kami perjelaskan dahulu sinario keadaan yang akan kita lalui di sepanjang perjalanan ini. Anda akan kami bawa menjelajahi detik situasi di mana ketika “nyawa” terpisah dari jasad tubuh nya. Satu situasi yang amat misteri semasa “nyawa” itu beransur hilang dan lenyap meninggalkan tubuh badan nya. Apakah agak nya yang di rasai jasad itu apabila “nafas” yang di hirup tidak cukup puas untuk degupan jantung. Sudah pasti “akal” fikiran yang berada di kesedaran nya akan kebingungan dan perasaan di dalam “hati” akan ketakutan jika ingatan “iman” tidak mempunyai perisian “ilmu” untuk memperjelaskan keadaan. Ini lah saat yang paling misteri kepada semua  “jiwa” yang pernah hidup di dunia ini. Kita semua akan melalui saat itu di satu ketika nanti.

Apabila sebujur tubuh telah hilang segala tenaga kuasa yang ada untuk berfungsi dan terkaku dengan wajah yang pucat kehabisan “nafas”, “nyawa” yang baru di pisahkan dari jasad itu telah di istiharkan menjadi mayat. Apabila jasad itu telah menjadi “mayat”, daya tarikan “graviti” pada jasad itu akan terhakis serta merta. Ini akan membuat jasad itu kian mereput dan menjadi bangkai dengan daging yang membusuk. Di persekelilingan ruang itu akan wujud resapan “badi” mayat. “Mayat” adalah sesuatu yang banyak kemusykilan nya. Sesuatu yang dulu menjadi satu “entiti” yang di hormati telah di mansuhkan darjatnya menjadi sampah yang perlu di buang. Barang buangan ini mungkin satu sisa yang tidak lagi boleh di guna pakai, tetapi “identiti” mayat itu masih kekal menjadi asas rujukan.

“Identiti” ini tidak pernah terpadam dan tetap menjadi hak milik kekal. Sains terkini telah istiharkan deoxyribonucleic acid atau DNA adalah asas genetik jasad yang tidak pernah terhapus. Jadi “mayat” ini sudah tentu mempunyai “hubungan sulit” dengan asas “identiti” nya yang pernah terkumpul. Jika kita kaji kitab kerohanian, kita akan dapati ada penjelasan “nasab” yang berkaitan dengan “jiwa” atau “ruh” pada jasad itu. Soal "sijjin" dan "illiyin" ini masih menjadi misteri kepada kebanyakan kita. Apakah “jiwa” atau “ruh” ini yang perlu kita singkap penjelasan nya. Tapi bila kita semak segala ungkapan maksud, kita akan hanya di beritahu tentang kewujudan hawa “nafsu” dan ingatan “iman” yang memainkan peranan penting dalam setiap tingkah laku perbuatan kita pada jasad tubuh semasa hidup.

Hanya “jiwa” ini sahaja yang banyak di jelaskan untuk kita ambil perhatian yang khusus terhadap nya. Tetapi “ruh” masih terselit di dalam rahsia sulit yang tidak banyak di jelaskan melainkan sedikit. Jadi “jiwa” ini yang boleh kita terokai hanya lah hawa “nafsu” dan ingatan “iman” di mana perangai budi pekerti kita itu terbentuk dengan jasad tubuh yang ada. Tetapi apabila jasad tubuh itu sudah tamat tempoh dan menjadi “mayat”, apakah peranan “jiwa” ini yang menyimpan watak perangai “identiti” diri nya yang tersendiri itu.  Apakah ini yang di katakan sains terkini tenaga “fernions” dan “bosons” di mana “electron”, “proton” dan “neutron” yang ada pada setiap jasad tubuh.      “Badi” ini adalah rintihan jiwa hawa “nafsu” mayat itu yang telah di halang mendekati jasad nya. Jasad tubuh yang selama ini pernah di huni telah di kunci dan tertutup rapat. Kesedihan untuk meratap kehilangan tempat berteduh itulah, menjadi “badi” yang sangat di geruni semua jiwa hawa “nafsu” manusia yang masih hidup.

Sesiapa saja yang berada di situ akan di serang “badi” mayat ini.  Di sini lah tempat di mana perasaan anih akan menyusup masuk di dalam lubuk diri kita, membuat minda menjadi sangat keliru, seperti ada sesuatu yang membelengu kewarasan kita, tidak membenarkan akal fikiran merasa sedikitpun kebijaksanaan. Imbasan tentang apa yang akan berlaku terhadap diri kita esok atau lusa dengan tidak bernyawa akan merendahkan kebolehan mental kita ketahap yang paling minima. Sesuatu di dalam diri kita merasa sangat cemas ketakutan.

Bilik mayat di mana mayat di simpan bukan tempat yang selesa untuk berada di situ. Mayat adalah sesuatu yang bukan untuk di lihat atau di perhatikan dengan selesa. Sesiapa saja yang berada di sebelah mayat akan merasa “badi” ini. Tenaga jiwa yang hilang pada tubuh mayat itu akan merayu kepada semua tenaga jiwa yang masih hidup di situ, untuk mendapat simpati. “Badi” mayat ini akan meresap ke dalam jiwa yang hidup dengan sekilas lalu untuk mendapat perhatian. Perasaan sejuk dingin adalah tanda jiwa kita sedang mengalami saat kesukaran untuk menyesuaikan diri pada keadaan ketika itu.

Bila seseorang itu telah mati, pemergian nya adalah satu detik keramat yang menguasai beberapa tuntutan penghormatan dari tubuh yang masih hidup. Jiwa mayat itu sedang meratap kesedihan dan perlu di sambut dengan belas kasihan oleh orang yang masih hidup. Roh orang yang telah mati akan berada di situ untuk memerhatikan jasad tubuh nya yang selama ini tempat nya bernaung. Memori kehidupan bersama jasad nya akan terpamir di perhiasan kenangan “identiti” diri nya.


Terputus sudah riwayat hidup yang pernah di nikmati. Tamat tempoh perkhidmatan tanpa sebarang notis lebih awal untuk di beritahu. Keputusan itu di buat untuk tamatkan satu perhubungan yang sangat akrab. Berakhir nya episod yang mendadak akan memerlukan sedikit ubah suai untuk redakan diri pada perubahan yang mengejut. Jiwa mayat ini akan merintih kesedihan tidak tahu mana arah tujuan. Jiwa hawa “nafsu” yang buta ini akan taat meratap di sisi jasad nya sebagai tugu peringatan.
Ini lah detik kecemasan yang di lalui setiap jiwa mayat apabila terpisah dari jasad tubuh nya. Mereka sekarang berada di masa yang lampau dan tidak di benarkan lagi untuk berada di ruang masa yang terkini. Tidaka ada lagi acara yang boleh di persembahkan melainkan menangung sebak penyesalan. Jasad nya sudah terbujur kaku dan jiwa ini telah di halau keluar kebingungan. Untuk tidak di benarkan masuk lagi tanpa sebarang sebab, dan tidak tahu apa perlu di buat dan ke mana harus pergi, jasad dan jiwa itu di pisahkan secara mengejut. Setelah mereka menghabiskan terlalu banyak masa bersama, penafian itu satu seksaan yang sangat melukai perasaan setiap jiwa apabila itu terjadi.

Di sini lah kita yang masih hidup ini perlu meletakan sedikit kefahaman tentang apa kah seluruh urusan “mati” ini. Ini lah saat yang akan setiap jiwa perlu lalui di satu ketika nanti. Jasad adalah bahtera biologi nyawa kita.  Perkara ini yang di namakan “nyawa” telah di salah ertikan oleh banyak pihak. “Ruh” yang di beri dengan seteguk nafas mempunyai banyak erti untuk di perkatakan di dalam teori dan fakta hakikat kenyataan nya. Andaian dan tangapan yang kita di beri ruang untuk membuat sedikit ulasan. “Ruh” yang di sebut selalu nya telah di bungkus dengan lipatan yang ketat supaya tidak di bongkar.

Hanya tinggal “jiwa” yang di sebut hawa “nafsu” dan ingatan “iman” yang menjadi rujukan untuk membaca kitab “sijjin” dan “illiyin” ini. Apakah kita di larang sama sekali untuk mengetahui rahsia “ilmu” nya? Bukan kah soal kematian ini sepatut nya menjadi satu “ilmu” pengetahuan yang perlu di ambil tahu? Berdosakah kita jika kita ingin selidik urusan mayat ini? Bukan kah urusan hidup ini adalah untuk urusan hari kematian kita ini? Perlukah pintu ini di tutup rapat dan tidak sesiapa pun boleh masuk untuk menjengok? Hidup sesudah mati bukan satu mitos yang perlu di momok kan. Kita akan sampai di tempat itu satu hari nanti dan kita perlu tahu suasana hidup di tempat itu. Bukan kah keperluan asas yang di perlukan di ketika itu perlu kita sediakan dahulu semasa hidup ini.


Ada keperluan di sini untuk mengetahui urusan mayat ini. Jasad tubuh tidak boleh lagi di persoalkan. Yang tinggal hanya jiwa dan “ruh” yang perlu di kenal pasti. “Jiwa” dan “ruh” adalah dua entiti yang berbeza. Banyak kitab yang selalu menyebut tentang jiwa hawa “nafsu” dan ingatan “iman” ini yang tidak boleh di pertikaikan. Hanya “ruh” sahaja yang di anggap “sulit” dan rahsia pengetahuan nya amat sedikit. Kita telah  kebingungan dengan istilah ini yang tidak di perjelaskan dengan jelas apa kah sebenar “entiti” ini. Mengambil kira bahawa “nyawa” selalu nya di salah erti untuk bermaksud jiwa atau roh. Untuk perjelas anatomi tentang “nyawa” itu sendiri, kita perlu ceraikan untuk melihat di mana mereka bersatu dan terpisah. Kerana ada keperluan untuk menyatakan perbezaan nya di sini, sebab cerita kita ini bergantung kepada keresapan kedua perkara ini.

Edit 6.11.13

Mungkinkah manusia yang hidup boleh menjalin hubungan sulit dengan jiwa mayat yang telah mati. Persoalan ini masih belum terjawab di setiap kitab yang pernah di baca. Apakah kematian itu satu dinding yang tertutup rapat dan tidak dapat di buka oleh sesiapapun. Tidak kah ada jembatan yang menghubungi dua kawasan atau alam ini. Kita yang hidup tidak akan dapat menjengok keadaan di sana dan mereka yang sudah mati tidak akan dapat singgah di sini. Sudah kah ada kata putus yang muktamad tentang perkara ini atau ada isyarat yang tersurat tentang kemungkinan nya. Jika kematian itu satu kemusnahan yang terhapus kita mungkin tidak akan di bankitkan kembali satu hari nanti. Hari kebangkitan mungkin satu mitos yang boleh di persendakan. Apakah kita mempunyai kuasa untuk melupuskan sesuatu yang pernah wujud?

Tetapi Tuhan sudah tunjukan kita tanda tanda kebesaran Nya. Jiwa orang yang sudah mati tidak pernah hilang lenyap dari kewujuban nya. "Identiti" diri nya yang pernah terbentuk tidak pernah terhapus. Mereka sedang menunggu di satu kawasan yang tidak jauh dari dunia ini. Nabi besar kita Muhammad pernah berjanji akan bertemu dengan sesiapa sahaja dari umat nya. Kemungkinan untuk bertemu dengan orang yang sudah mati bukan sesuatu yang mustahil. Ibu bapa yang telah meninggal dunia boleh kita kenang kembali. Ingatan itu boleh membawa kita kepada mereka jika kita benar benar jujur dan tulus untuk bertemu. Hanya kita yang padamkan mereka dari ingatan kita. Sebab "ingatan" adalah saluran yang boleh membawa kita kemana saja walau berapa jauh sekalipun. Bukan kah kita mengunakan "ingatan" untuk bertemu Tuhan Maha Pencipta? Jarak di antara kita dengan Tuhan amat jauh tetapi boleh sampai dengan kelajuan "ingatan" untuk berada di dalam pengetahuan Nya. 

Kuasa "ingatan" ini amat luar biasa yang boleh melintasi semua jarak masa. Ruang jalur lebar ini amat luas untuk kita terokai. Mungkin kita terlalu leka dengan kesibukan dunia yang begitu menyerlah untuk di beri tumpuan yang khusus. Jika objektif realiti ini masih di anggap subjektif pada kewujuban nya mengapa kita terlalu taksub untuk mempercayai sepenuh nya. Apakah apa yang kita nampak itu satu fakta kenyataan yang tidak mempunyai kepalsuan dari hakikat nya? Kesedaran kita hanya sesuatu yang kosong jika tidak di isi dengan "ilmu" ingatan yang boleh menyimpan memori itu sebagai "iman" yang yakin. Jika apa yang kita pandang hanya satu pamiran perhiasan. Apa saja yang kita "pilih" dari pamiran itu untuk di jadikan hak milik kekal akan perlukan "peluang" untuk mendapatkan nya.

Ini lah apa yang terjadi pada seorang jejaka apabila ia ternampak pandang sebujur tubuh mayat yang sangat jelita. Perasaan ingin memiliki tubuh itu sebagai kepunyaan nya telah mendapat perhatian yang khusus dari jiwa mayat itu yang berda di situ. Satu hubungan sulit terjalin apabila jiwa mayat itu menyahut seruan jiwa jejaka itu yang begitu teruja untuk curahkan kasih sayang nya. Pertalian jiwa diantara yang hidup dan yang mati terikat dengan satu sketsa yang begitu unik untuk mereka menjalin hubungan mesra. Detik semasa tidur adalah ruang di mana mereka bertemu untuk beramah mesra. Inilah alam yang boleh tembusi alam kenyataan di mana jasad itu berada. Si jelita yang telah menjadi mayat masih mempunyai keinginan yang tinggi untuk pamirkan kejelitaan nya pada jejaka itu. Apa yang ada pada tubuh nya perlu di pamirkan untuk memikat perasaan cinta kasih sayang. Apabila mimpi di jadikan tempat memikat janji setia, menembusi alam kenyataan realiti tidak menjadi mustahil.  Apabila mereka boleh datang dalam mimpi kita mengapa mereka tidak boleh datang dalam alam realiti kita?