Misteri
Hantu Laut ini sangat ganjil untuk kita ketahui asal usul nya. Organisma
biologi makhluk halus ini boleh berubah bentuk rupa dengan “pilihan rambang”
yang di sediakan alam semesta. Mereka hidup di dalam lautan yang luas sebagai
kawasan penerokaan nya. Mereka adalah makhluk halus yang pernah di laknat
dengan satu sumpahan dosa yang lampau.
Tidak
banyak dari kita yang dapat melihat mereka secara fizikal, kecuali jika mereka
sendiri yang berminat ingin mendekati diri kita untuk bertemu muka. Hantu Laut
adalah “makhluk” yang berkelakuan pelik untuk dikenali. Mereka boleh meniru
atau menyamar seperti bentuk rupa sesiapa saja untuk berlagak dengan kelakuan
kita. Mereka tidak mempunyai “muka” dengan bentuk rupa yang asal dan tidak juga
mempunyai alat kelamin.
Tamadun makhluk
lain yang hidup di masa sebelum manusia itu wujud, masih gelap untuk kita ambil
tahu tentang sejarah hidup nya. Kita mungkin telah tahu sebahagian dari apa
yang sains terkini telah buktikan dari bekas kewujudan mereka pada fosil yang
terjumpa jauh di dalam perut bumi. Namun makhluk yang mempunyai bahtera jasad
tubuh akan selalu meninggalkan “resume” identiti diri mereka untuk isytiharkan
sejarah silam penghidupan mereka.
Tetapi bekas
kesan yang di tinggalkan mereka itu bukan hanya untuk membuktikan kewujudan
mereka. Rahsia keghaiban mereka, masih tersembunyi di celah suasana alam yang
nyata untuk beri kita kejutan yang mencurigakan. Tidak semua makhluk yang hidup
itu pernah berjasad tubuh. Evolusi pembiakan dan mutasi baka nasab akan
mengubah bentuk rupa yang asal kepada yang lebih khusus. Kognitif kejanggalan
pemikiran akal kita akan di cabar untuk bersedia dengan pameran
keganjilan. Acap kali dari sebelum nya
kita akan di uji dengan kefahaman dan pengetahuan kita untuk menggugat kekuatan
ingatan kepercayaan kita.
Perlu kami
jelaskan peraturan umum yang di guna pakai akal fikiran manusia. Teoretikal
“sains” terkini menggunakan “logik” fikiran akal yang menumpukan pada teori
bukti fakta dengan acuan kecurigaan atau (doubt) untuk menilai semua kebenaran.
Tapi teologikal “kerohanian” memerlukan acuan “iman” atau “kepercayaan” (faith)
untuk menilai perkara “ghaib” yang halimunan untuk di buktikan dengan “logik”
fikiran akal. Dua pendekatan yang berbeza ini akan bertembung di satu ketika
nanti apabila lapangan di ruang dua alam realiti dan ghaib itu bertemu.
Pertembungan
dua alam ini di antara yang “ghaib” dan yang “nyata” bukan sesuatu yang
mustahil untuk kita fikirkan. Sebab semua yang ‘wujud” itu bermula dari yang
“ghaib” dan begitu juga jasad tubuh kita ini. Kita telah terlalu di momokkan
dengan ejekan “tahayul” dan “khurafat”
untuk kita
nafikan semua ini. Sebagai seorang insan yang mempercayai Tuhan, kita wajib
mempercayai perkara “ghaib” ini sebagai sebahagian dari rukun iman.
Keimanan kita
akan lebih cekal apabila kita ketahui dan memahami urusan “ghaib” ini yang
banyak di ketengahkan oleh agama suci kita. Soal “tauhid” ini sangat perlu kita
kemaskan supaya kita berada di landasan yang benar. Kita tidak perlu “takut”
pada semua perkara “ghaib” ini dan patut serahkan “ketakutan” itu hanya pada
Tuhan yang Maha Esa. “Makhluk” yang “ghaib” ini adalah sebahagian dari keimanan
kita yang perlu kita perbetulkan supaya kita tidak bergantung dengan “harapan”
kepada nya.
Sebab apabila
Tuhan memberi kita jasad tubuh ini sebagai “amanah” untuk di sempurnakan, kita
wajib menjaga kesejahteraan nya dari di ganggu gugat anasir yang tidak di
ingini ini. Dapat kah kita mempertahankan “martabat” jasad tubuh kita itu jika
kita masih tidak tahu siapakah “musuh” kita yang sebenar nya. Kita perlu
“bijak” menafikan selain dari Tuhan ini yang cuba merampas “hak” yang Maha Esa
kita. Gangguan anasir “ghaib” ini boleh memperdayakan kita sehingga hilang
“tauhid” kepercayaan kita. Mereka adalah “makhluk” yang cuba menjadi Tuhan
untuk di puja dan di dewakan.
Jadi kita perlu
kenal pasti “kehadiran” mereka untuk bertindak dengan kewarasan “akal” fikiran
kita. Kita perlu tahu bahawa Tuhan akan sentiasa kabulkan setiap “doa” apabila
di minta dengan “niat” yang di usahakan. Jadi apa saja “makhluk” yang meminta
dengan hasrat keinginan nya akan di makbulkan serta merta apabila “pilihan” itu
di usahakan dengan “peluang” yang di cari. Bila Zat yang Maha Berkuasa sanggup
memberi apa saja kepada setiap sesuatu yang meminta, apakah sesuatu itu boleh
kita anggap mustahil untuk berlaku. Kita perlu tahu bahawa Tuhan mempunyai hak
mutlak untuk melakukan apa saja yang di kehendaki. Kita manusia tidak mempunyai
“hak” untuk menetapkan dan menentukan apa yang boleh atau tidak boleh wujud di
realiti ini. Kita hanya penonton untuk menyaksikan (observer) apa yang berlaku.
Jelmaan mereka
di alam realiti ini tidak semesti nya dengan cukup sifat. Zarah partikel yang
“ghaib” ini boleh berubah bentuk dan rupa untuk berfungsi di alam realiti.
Jisim dan jirim ini boleh bertukar dengan tenaga dan kuasa haba bahang termodinamik.
Anasir yang di jadikan daripada “api” ini boleh hilangkan kuasa elektro
magnetik gelombang otak “akal” fikiran kita. Sebab tamadun jin dan syaitan ini
akan berusaha untuk hapuskan daya kekuatan ingatan fikiran kita.
“Akal” kita
mungkin tidak dapat menghadamkan kiasan hipotesis empirikal kajian nukli
kerohanian yang menetap di dalam bahtera tubuh untuk sembunyikan resapan
jelmaan jirim asal usul nya. Setiap yang wujud pernah berasal dari sesuatu yang
kosong untuk wujud di alam kenyataan realiti ini. Dulu kita entah di mana
sebelum benih ibu bapa melekat dengan “alaq” di rahim ibu kita. Zarah partikel
yang tidak berbentuk itu di semadi kan untuk tumbuh dengan jasad tubuh yang
cukup sempurna. Begitu juga yang telah mati dan sudah reput, deoxyribonucleic
acid mereka tidak pernah terpadam malah boleh di semai untuk di jadikan spesies
lain.
Makhluk yang
pernah wujud dan telah ghaib tidak pernah terpadam sejarah hidup mereka. Mereka
mungkin telah lenyap dari pandangan mata kasar kita tetapi kehalusan jirim
mereka yang tertinggal boleh wujudkan penjelmaan yang sangat mengejutkan.
Hakisan tenaga haba yang tertinggal ini adalah ibarat cetusan kuasa
termodinamik yang boleh wujud untuk tunjukkan jelmaan. Sebab hubungan di antara
jirim dan zarah partikel nya itu masih aktif jika di jana oleh kemungkinan
sebab dan musabab. Haba api akan menyala apabila di tiup dengan imbasan gas
oksigen. Setiap jirim gelap ini mempunyai “perasaan” dan “ingatan” nya yang
tersendiri.
Mereka
berhubung dengan kesedaran mereka yang sebenar. Mereka akan tunjukkan status
perasaan emosi dan mental ingatan mereka. Keinginan hawa “nafsu” dan ingatan
kepercayaan “iman” adalah apa yang akan mereka luahkan untuk mendapat
perhatian. Penjelmaan mungkin datang dengan satu ancaman yang dahsyat atau juga
dengan minat yang mesra. Mereka tidak pernah berbohong dengan muslihat yang
tersembunyi. Mereka akan tunjukkan kebenaran yang sedia ada pada diri mereka.
Hanya kita yang tidak dapat memahami maksud sebenar luahan mereka. Ini adalah
di mana kita manusia gagal menterjemahkan fakta tentang apakah mereka sebenarnya.
Visual
penglihatan manusia sangat bergantung pada cahaya yang terang untuk menangkap
gambaran penglihatan. Sumber asas terang matahari akan tunjukkan bentuk asas
setiap jisim tetapi refleksi dari sinaran bulan mungkin akan beri imbasan
kiasan yang tertentu. Bayangan harapan boleh mencipta gambaran sangkaan dari
pilihan psikologi kita sendiri. Sebab sentuhan panca indera meresap menjadi
“perasaan” di mana impian “ingatan” itu mencorak gambaran imaginasi fikiran
akal. Visual kenyataan realiti yang berlaku di alam kenyataan masih perlu di
percayai oleh ingatan kesedaran untuk dapatkan keyakinan perasaan kewarasan
kita.
Untuk jelaskan
cerita kepercayaan “iman” yang tertakluk pada bukti yang lenyap, akan
memerlukan asas kebenaran logik untuk jelaskan fenomena dari kenyataan realiti
nya. Kemungkinan untuk membawa ruang simetri itu pada konservasi kewujudan nya,
tayangan abstrak pada pemusatan gambaran penglihatan akan pamerkan dua imej
yang berbeza. Mereka akan tunjukkan diri mereka dalam bentuk analog dan juga
pancaran “granular” digital pada jelmaan mereka. Luapan haba api dari tarikan
graviti tenaga keinginan hawa “nafsu” adalah untuk menjana tenaga kerja
termodinamik kepercayaan ingatan “iman” nya. Penyebab dari partikel itu terbentuk dan wujud di realiti adalah
pilihan dan peluang yang di tuntut permintaan semasa. Ruang dan peluang itu
berlaku dari pilihan yang sudah di tempah.
Tenaga yang
tersedia dan graviti tarikan “doa” permintaan dari pilihan keinginan hawa
“nafsu” adalah di mana ingatan kepercayaan “iman” temui peluang untuk wujud di situ. Realiti
adalah apa yang di tuntut permintaan keinginan dari impian kepercayaan pada
setiap sebab dan musabab. Ini yang kita lakukan dengan “doa” yang di pinta.
Tidak ada sesuatu akan wujud di realiti tanpa sebarang sebab yang munasabah. Ia
berlaku dari apa yang telah di pilih sebagai pilihan untuk ia wujud di realiti.
Ini yang kita manusia lakukan semasa hidup di dunia ini. Kita gunakan keinginan
hawa “nafsu” untuk buat “pilihan” sebagai “doa” permintaan dan gunakan ingatan
kepercayaan “iman” untuk cari “peluang” sebagai “usaha” dan gunakan “akal”
fikiran untuk bertindak dengan “niat” melakukan apa saja.
Peluang itu
adalah apa yang telah di sediakan untuk ia wujud di situ. Keinginan hawa
“nafsu” akan buat pilihan dan ingatan kepercayaan “iman” akan mengambil peluang
dari apa yang telah di sajikan oleh “akal” di fikiran. Sebab untuk ia wujud di
dalam realiti kenyataan, datang dari inspirasi nya sendiri. Perasaan keinginan
hawa “nafsu” dan ingatan kepercayaan “iman” ini berada di satu vakum ruang sama
yang akan menjadikan realiti dari setiap peranan atur cara itu. Sekuat mana
azam itu untuk wujud di realiti, adalah sebab berjaya nya kewujudan itu.
Sains kerohanian
telah buat kajian empirikal pada bahan nukli yang lazim mereka gunakan untuk
tunjukkan jelmaan. Mutasi, pembiakan baka genetik dan “surrogacy” benih tumpangan adalah beberapa sains biologi
yang mereka gunakan sebagai “temporal host” atau penginapan sementara dalam
pembiakan bio kimia spesies mereka. Empat anasir asas kewujudan dari “air, api
angin dan tanah” ini boleh di manipulasi untuk siapkan satu ‘entiti” yang amat
ganjil. Graviti dan anasir gelap di kosmologikal tetap di alam maya ini adalah di
mana mereka berkhidmat di ruang elektro magnetik. Tenaga yang mereka gunakan
untuk wujud dengan partikel yang membiak dengan sebab dan musabab di alam
semula jadi itu. Mereka adalah sebahagian dari elektron, proton dan neutron
yang telah kita ketahui. Mereka adalah kehidupan “microbial” yang manusia belum
pernah belajar tentang sains kehidupan mereka.
Entiti ghaib
yang hidup di antara kita berkongsi alam ini dengan peluang yang sama rata.
Alam ini mempunyai banyak tamadun yang belum kita ketahui. Kita selalu
beranggapan bahawa bumi ini di sediakan hanya untuk umat manusia sahaja yang
hidup. “Mati” yang di pastikan dengan “ajal” maut di anggap satu pelupusan yang
hilang lenyap. Deoxyribonucleic acid atau DNA sudah di akui mempunyai data
kehidupan yang tidak dapat di hapuskan. Jadi mengapakah masa silam yang
mencipta masa kini cuba di padamkan dalam ingatan. Mengapa kita cuba lupakan
hari semalam yang menjadikan hari ini.
Planet bumi ini
telah melalui banyak tamadun silam sejak sebelum manusia wujud lagi. Untuk
mempercayai bahawa hanya kita sahaja makhluk yang paling pintar pernah
hidup di alam semesta ini adalah satu
tanggapan yang belum lagi di sahkan dengan bahan bukti selepas fakta nya.
(Unproven assumption) Kemungkinan terhadap alam ghaib ini perlu di beri syak
yang melampaui batas munasabah. Mereka berada di ruang udara ini dan
berkeliaran untuk mencari peluang.
Apabila kita
mempunyai beberapa alasan dan sebab untuk mempercayai bahawa mereka itu wujud,
kita perlu beri mereka sedikit ruang yang munasabah. Entiti makhluk halus ini
telah disembunyikan dengan sebab nya tersendiri untuk elak unsur kejutan yang
akan memeranjatkan kita. Mereka tidak mempunyai bentuk rupa yang mesra untuk
beri kita keselesaan. Keganjilan bentuk rupa mereka itu yang akan menggugat
kewarasan akal fikiran kita.
Sengketa
kepentingan (conflict of interest) akan selalu jadi pertikaian apabila
keganjilan itu menimbulkan kecurigaan dari ketandusan akal fikiran kita.
Kebingungan akan menyusul selepas akal fikiran gagal pastikan fakta kenyataan
nya. Setiap kenampakan yang di lihat manusia akan selalu di sergah kehairanan
jika corak kefahaman itu tidak sama dengan acuan kepercayaan kita. Kejanggalan
kognitif (cognitive dissonance) akan menolak semua acuan yang tidak sama dari
corak kepercayaan kita. Alam semesta yang kita kongsi ini tidak pernah memberi
kita kuasa penuh untuk menuntut ketuanan dari yang lain. Elemen kejutan akan
buat kita terpinga pinga dengan resah kebingungan untuk melihat satu keganjilan
yang berlaku.
Makhluk yang ganjil
itu sudah tentu mempunyai kepakaran tersendiri yang lebih baik dari keupayaan
kita. Apabila kebanyakan kita masih terhibur dengan pandangan indah yang
menyenangkan, sebahagian dari kita mungkin telah melihat beberapa kenampakan
yang sangat berbeza. Jelmaan ghaib bukan sesuatu yang baru yang tidak pernah
kita dengar. Ia berlaku di mana sahaja dengan atau tanpa sebarang penyebab. Itu
lah mengapa kami ingin bawa cerita menarik ini yang pernah berlaku kepada
beberapa orang yang intelektual di satu ketika.
Kita sudah di
didik dengan pengetahuan “sains” terkini bahawa di sebalik kehidupan nyata yang
luas terbentang di atas permukaan bumi ini, masih ada kehidupan di dasar lautan
yang tidak pernah di lihat oleh mata kasar kita. Kita masih menyimpan hasrat
untuk mempercayai dengan “iman” bahawa ada kehidupan di situ yang tidak pernah
kita sangkal atau nafikan. Akal fikiran kita perlu berlaku adil untuk menilai
kemungkinan bahawa ada di antara “makhluk” ini yang hidup di antara dua alam
yang berbeza.
Sudah terbukti
bahawa ada “makhluk” yang boleh hidup di dalam air dan juga naik ke darat
sebagai kawasan penginapan atau habitat mereka. Jadi “makhluk” yang boleh hidup
di antara dua alam ini bukan sesuatu yang mistik atau “supernatural”. Di sini
kami ingin ajukan kemungkinan itu jika “makhluk” yang ghaib di alam kenyataan
mempunyai kebolehan untuk wujud di realiti ini. Inilah “misteri” itu yang kita
anggap “mistik” dan “supernatural”. Sedangkan semua bukti fakta telah
mengesyorkan bahawa perkara itu bukan mustahil yang boleh kita momok kan.
Mengapa akal fikiran kita begitu prejudis dengan perkara ghaib ini. Apakah itu
satu kewarasan yang cerdas untuk mengakui atau kealpaan yang jahil untuk
menafikan.
Di sinilah
kajian “sains kerohanian” kami perlu bangkit dengan segala hujah dan alasan
untuk membuka ruang pemikiran minda kita supaya berlaku adil untuk melihat
hakikat kebenaran. Jangan lah kita khianati kebenaran itu dengan satu pilihan
untuk menerima apa yang sesuai saja untuk di guna pakai. Sedangkan “hakikat”
kebenaran bukan satu pilihan yang kita tetapkan. “Hakikat” kebenaran adalah
satu anugerah yang perlu kita sambut dengan penuh kesyukuran dan bukan dengan
riak keangkuhan.
Mungkin terlalu
sukar untuk kita telan kejanggalan kognitif acuan kepercayaan yang sudah lama
kita terapkan. Tetapi jika kita terlalu aman menetap di dalam zon yang selesa
kita tidak mungkin akan dapat melihat suasana yang lebih hebat untuk luaskan
dataran pengetahuan kita. Ilmu Tuhan terlalu luas untuk kita terokai, jadi
janganlah kita “had” kan di mana kita perlu berhenti sebagai larangan untuk
mengetahui. Hanya “syaitan” sahaja yang akan melarang manusia menggunakan
“akal” fikiran nya. Sebab itu adalah “senjata” yang di beri untuk kembalikan
martabat manusia yang di katakan “bijak” dan berilmu itu.
Sebagai
wartawan yang menjelajahi ruang misteri
alam ghaib dan mistik dengan kajian “sains kerohanian” kami, ingin kami
dedahkan satu peristiwa keajaiban yang pernah berlaku di bumi nyata ini. Kisah
makhluk “Hantu Laut” ini tidak banyak yang ketahui asal usul nya. Kami telah habiskan bertahun lama nya untuk
mengumpul butiran kisah mereka yang pernah hadir menunjukkan diri di alam nyata
ini. Hantu Laut adalah makhluk halus yang hidup di antara “dua alam”. Mereka
hidup di lautan dan juga di daratan. Mereka makhluk halus yang ghaib dan juga
yang nyata.
Lautan yang
luas adalah di mana asal mereka dan bila manusia menceroboh masuk di kawasan
mereka, mereka berhak memeriksa kita untuk mengetahui apa yang ingin kita
lakukan di kawasan kawal selia mereka. Kecurigaan mereka kadangkala melampaui
ramalan tanggapan manusia untuk naik ke daratan bertemu muka. Tetapi “wajah”
bukan muka yang bercorak dengan lukisan nasab. “Wajah” sebenar nya tidak pernah
berbentuk rupa yang kita sangka kan. “Wajah” adalah “perasaan” dan “ingatan”
jiwa yang di pamerkan di bentuk rupa “muka” setiap manusia.
Hantu Laut ini
di percayai telah di sumpah untuk hidup di lautan kerana kederhakaan mereka
yang lampau. Hantu Laut tidak mempunyai bentuk “muka” dan juga alat kelamin.
Mereka menganggap manusia seperti sesuatu yang istimewa untuk di kenali. Bila
dua entiti berbeza tertemu secara tidak sengaja, masing2 cuba memeriksa satu
sama lain untuk dapatkan kepastian.
Tetapi apabila kita ternampak “muka” mereka yang kosong, segala ingatan kita
akan terpadam seketika. Sebab “wajah” pada “muka” kita itu akan hilang
“perasaan” dan “ingatan” nya bila kita terkejut dan terperanjat dengan
“semangat” nya. Peristiwa “pelik” yang mengganggu “akal” fikiran kita akan
terlepas dari “semangat” nya yang berpaut pada “perasaan dan ingatan” nya.
Sistem “jiwa” ini tidak banyak yang tahu dengan pengetahuan yang jitu.
Adalah menjadi
perkara biasa untuk setiap penghuni tetap di setiap kawasan penginapan merasa
curiga dengan kehadiran orang asing di tempat mereka. Kita manusia kadangkala
beranggapan bahawa semua yang di sekeliling kita boleh di gunakan seperti hak
milik kita. Kita tidak pernah mahu menghormati hak tamadun lain dan itu lah
bila kita mengalami pelbagai gangguan yang pelik. Bukan kah kita akan di serang
dengan gigitan bila kita terpijak semut api. Bukankah kita akan di patuk ular
jika kita melalui kawasan mereka. Makhluk lain ini berhak mempertahankan
kawasan mereka bila di ceroboh.
Konflik ini
bermula apabila manusia datang mendaftar kehadiran mereka selepas kita ceroboh
kawasan yang di terokai. Pencerobohan akan jadi hujah pertikaian di antara
kedua belah pihak. Penghuni tetap yang wujud di situ akan memerhatikan kita
dengan penuh kecurigaan. Kita manusia akan di biarkan dengan bimbang kebingungan
apabila mereka mula mengorak langkah untuk menunjukkan diri dengan serangan
ancaman. Di sini lah di mana cerita ini akan bermula.
Semua yang ada
di dalam dunia ini adalah untuk kita cuba memahami. Untuk memahami sesuatu,
kita perlu sedar dengan sedikit ‘ilmu” pengetahuan. Untuk mengetahui, “ingatan”
kita perlu meyakinkan “perasaan” supaya percaya dengan “iman” keyakinan. Setiap
“perasaan” yang kita rasai akan lupus apabila “ingatan” kita mengubah
pendirian. Tetapi “iman” keyakinan adalah ingatan yang akan kekal lama di dalam
akal fikiran dengan kefahaman yang cekal.
Dengan ingatan
keyakinan “iman” itu dalam diri, kita gunakan nya untuk menafikan atau menerima
setiap “ilmu” dari informasi maklumat untuk di sesuaikan dengan kefahaman kita.
Bila ada perbezaan pendapat, “ingatan” kita akan bayangkan dengan “perasaan”
curiga pada kemusykilan dan kemungkinan nya. Setiap bukti fakta ada teori
tanggapan dan andaian nya untuk mencari “kepercayaan” dan “keyakinan” nya. Jadi
curiga atau (doubt) yang di guna pakai sistem “logik” sains masih perlu gunakan
“percaya” (faith) untuk terima segala “ilmu” yang di kaji “akal” fikiran.
Segala andaian
dan tanggapan yang tidak terbukti dari kepercayaan yang longgar, tidak akan
membuahkan keyakinan “iman” yang kukuh melainkan jika kita percaya dengan
kemungkinan nya. Apabila kemungkinan itu satu jendela yang menjenguk keluar
dari dalam bilik yang tertutup, apa yang terlihat di situ hanya cukup untuk
menghulurkan sesuap harapan. Harapan itu tidak pula menjanjikan kepastian
melainkan hanya satu penilaian keadaan.
Itulah mengapa
“ilmu” itu tidak pernah menunjukkan fakta melainkan hanya nilai kefahaman.
Setiap bahan bukti yang di tonjolkan hanya satu perkakas dari sebab dan
musabab. Hakikat kebenaran akan terbongkar selepas segala alasan itu sudah
terjawab. Konflik “akal” kita ini seperti kupu2 yang merayau dengan fikiran nya
dan hinggap untuk buat keputusan yang di perlukan. Itu hanya keperluan
sementara yang belum muktamad.
Semua teka-teki
kerumitan akan bawa kita merempat kebingungan untuk cari kebenaran itu. Mengali
kebenaran dengan andaian dan tanggapan yang palsu, akan buat kita terjerumus di
dalam jurang keresahan yang mendalam. Inilah apa yang berlaku kepada beberapa
pemuda yang terserempak dengan makhluk halus itu. Apabila Hantu Laut ini datang
untuk bersua muka, kita akan di belenggu dengan kebingungan yang resah untuk
mencari kepastian.
Ini lah apa
sebenar nya Hantu Laut itu. Rombakan akal fikiran akan melalui jalan2 buntu
yang berliku untuk mencari kebenaran dengan umpan yang di hulur untuk menduga
kefahaman. Tetapi ancaman sebenar adalah kefahaman itu apabila hakikat
kebenaran itu mula terbongkar. Apabila andaian dan tanggapan kita itu masih
merujuk kepada keselesaan pendapat kita yang mudah, fakta kebenaran akan
menjadi seram ngeri yang paling menakutkan. Selagi kita masih anggap orang yang
kita temui itu adalah teman baik yang kita kenali, “perasaan” dan “ingatan”
kita masih selesa untuk teruskan hubungan yang normal. Tetapi apabila kita
ketahui dan sedar bahawa orang itu bukan kenalan yang kita sangka kan tetapi
sebenar nya adalah satu makhluk yang menyerupai, seluruh jasad tubuh kita akan
menggigil ketakutan, apabila kita masih berada di situ untuk teruskan hubungan.
Mengetahui
fakta sebenar kadangkala adalah malapetaka sebenar yang boleh menggugat kewarasan
akal fikiran kita. Bukti yang menjelaskan fakta nya adalah satu kejutan seram
untuk aibkan kita dengan kebodohan yang jahil. Itu adalah satu cara yang
terlalu mahal untuk di ambil sebagai pengajaran. Mari kita nilai sendiri apa
yang berlaku.
E mail kami di: aqursany@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan