Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Ahad, 31 Julai 2011

Puja Semangat

Satu tindakan yang di ambil oleh orang yang tertentu untuk membuat sesuatu upacara dengan membuka ruang kerohanian demi untuk mencari kelebihan kebathinan diri. Semangat adalah sesuatu yang tersembunyi di sebalik jasad jasmani dengan pancaran aura nur peribadi. Saluran rohani dan jasmani telah di sambungakan dengan satu talian khusus yang di pateri dengan hubungan “nyawa". Namun "nyawa" di ikat dengan empat saluran bersama hembusan angin udara oksigen. "Nyawa nabati" yaitu salah satu dari empat "nyawa" yang tersalut di jasad tubuh jasmani pada kulit, yang bertempat di usus, pintu di mulut dan berkuasa berkata2 dengan Nafas.

Jasad manusia di ikat dengan “nyawa” yang di salur oleh jiwa rohani. Pertalian ini amat penting demi hubungan akrab di antara tubuh dengan jiwa atau jasmani dengan rohani. “Nyawa” adalah ikatan yang menghubungkan mereka berdua. Jasad tidak akan dapat bergerak tanpa “nyawa” dan jiwa tidak akan dapat berupaya tanpa “ruh”. Sumber tenaga yang di nikmati tubuh datang dari kuasa “ruh” yang menghulurkan segala kesedaran dan daya ingatan.

Tetapi, hidup manusia hanya sekadar kesedaran yang kosong dan perlu di isi dengan ingatan "ilmu" pengetahuan. Tanpa perisian "ilmu", manusia ibarat satu jasad yang bergerak seperti haiwan yang berkeliaran. "Nyawa haiwani" ini lah yang mengesa manusia mencari keinginan hawa "nafsu" yang membakar desakan untuk mendapat nikmat kehidupan. Ini lah denyutan nadi "nyawa haiwani' pada daging, yang bertempat di hati pedu, pintu di telinga dan berkuasa mendengar dengan Ampas.

"Nyawa jasmani" pada darah yang bertempat di pusat, pintu di mata dan berkuasa melihat dengan Tanapas. Di sinilah manusia dapat mengenal dengan "ilmu" yang telah di salurkan "nur" dari kerohanian "ruh". Ini lah punca tumbuh nya "iman" bila darah yang bersih dari segala kekotoran telah di sucikan. Bagaimanapun, "nyawa rohani" yang bertempat di jantung atau 'hati', pintu di hidung dan berkuasa mencium dengan Nufus, adalah bekalan yang akan di bawa bersama "ilmu" yang telah menjadi "identiti" diri setelah jasad di pisahkan semasa tidur atau mati.

Apabila kita sudah mengenal "nyawa" yang ada pada jasad, dan tahu apa peranan dan keperluan nya, yang di rebut hawa "nafsu' dan "iman" untuk kegunaan nya semasa sedar dan tidur, atau hidup dan mati, kita manusia perlu memberi tumpuan khusus untuk kesejahteraan nya. Ada yang akan memberi tumpuan pada keinginan jasad yang di sanjung hawa 'nafsu". Dan ada yang akan memberi tumpuan pada rohani yang di sanjung ingatan "iman".

Di sinilah tersembunyi rahsia orang yang memuja semangat. Semangat si mati boleh di seru untuk mendapat "ilmu" pengetahuan nya. Sebab si mati akan membawa bersama "ilmu" nya sebagai bekal diri nya sendiri. Tetapi apa yang menjadi kebimbangan, adalah apabila ada yang memuja manusia yang masih hidup. Mereka menyeru jiwa semangat manusia yang sedang keluar semasa tidur, untuk tujuan tertentu. 

Manusia mati akibat terpisahnya
“nyawa” yang melekat di jasad tubuh oleh tarikan graviti di bumi jasad. Perpisahan “nyawa” dari ikatan hawa graviti “nafsu” akan membuat “semangat” terombang ambing di hanyut naluri “diri” yang selama ini di semai menjadi status diri tersendiri. Manusia bukan jasad yang terpampang. Tubuh jasad hanya “bahan” yang di perlukan “nafsu” untuk merasa sentuhan “rasa”.

Tujuh lapisan bumi pada jasad dan tujuh lapisan langit pada jiwa perlu di pulihkan demi kebaikan jasad tubuh dan jiwa rohani. Namun hawa “nafsu” di beri kepada tubuh jasad dan “iman” di beri kepada jiwa untuk kepentingan mereka. Ini adalah sesuatu yang perlu kita manusia tahu jika ingin mendapat kelebihan di dalam alam yang di tuntut. Tubuh dan Jiwa mempunyai peraturan mereka tersendiri.

Untuk kepentingan jasad tubuh, hawa “nafsu” adalah kunci nya dan untuk kepentingan jiwa, “iman” adalah kunci nya. “Nyawa” manusia di bahagi dengan dua bahagian kehidupan. Alam fana dan alam baqa di pisahkan dengan waktu sedar dan tidur. Kita manusia mesti melalui dua alam ini semasa hidup di dunia. Kita di jadikan demikian rupa untuk tujuan tertentu.

“Nafsu” dan “Iman” mempunyai peranan yang tertentu. Jangka hayat yang masih tertinggal ini memberi kita segala peluang untuk mendapat manfaat nya. Hawa “nafsu” adalah untuk jasad tubuh bergerak mencari usaha demi menjadi “khalifah” di bumi ini. “Iman” adalah untuk jiwa mencari tempat di alam baqa demi sejahteraan “ruh”.

“Akal” yang datang setelah baligh adalah untuk “nafsu” dan iman” mengunakan nya demi jasad jasmani dan jiwa rohani. Kesedaran dan kebijaksanaan yang di hulur “akal” terikat pada sumber “ruh” sedang tuduh jasad terikat dengan sumber “nyawa”. Hawa “nafsu” dan “iman” memainkan peranan penting demi kepentingan mereka.

Setiap jiwa manusia mempunyai saluran yang boleh di hubungi tanpa bertemu muka jasad jasmani. Saluran kerohanian ini di puja melalui semangat seseorang semasa mereka sedang tidur atau melalui upacara “makrifat”. Rahsia ilmu ini amat merbahaya jika di salah gunakan. Pencerobohan ke atas jiwa seseorang adalah satu kesalahan yang boleh memudaratkan.

Di sinilah di mana segala rahsia ilmu kerohanian tersembunyi. Apa yang kita nikmati bukan sesuatu yang sia sia. Setiap perasaan mempunyai erti nya tersendiri untuk mengenal hidup. Ilmu yang di timba untuk memberi pertunjuk arah mana harus di tuju. Jika hayal di lamun “nafsu”, jiwa nurani akan putus talian “iman” yang sepatutnya menjadi talian semasa tidur atau mati.   

Semasa tidur, manusia melalui satu "Kembara Tidur" yang sangat sulit untuk urusan rasmi jangka hayat "nyawa". Di dalam perjalanan inilah jiwa manusia boleh di "temui" atau di "tawan". Ruang kerohanian ini mempunyai lapisan langit di mana jin dan syaitan menunggu mencari peluang. Aura yang di pancar jiwa rohani akan menunjukan warna cahaya yang di pakai identiti diri. Sudah tentu mereka tahu tahap kekuatan "iman" dan "nafsu" kita. Sebab ruang elektromagnetik di mana mereka menginap di dimensi kosmologikal tetap anasir gelap dengan daya tarikan graviti, akan menekap laluan cahaya untuk menghalang kelajuan lepasan masa. Di peringkat ini lah di mana jiwa semangat manusia boleh di cari atau di "ancam" untuk urusan tertentu.

Kita manusia bangun dengan acara hawa "nafsu" keperluan hidup harian. Namun semangat untuk mengurus segala keperluan telah di salut dengan azam yang tertentu. Pilihan untuk membuat sesuatu urusan boleh di ransang atau di lemahkan. Jika diri kita mempunyai kepentingan sendiri, mungkin ada pihak lain yang mempunyai agenda yang tertentu untuk keperluan mereka. Sebab setiap kelakuan yang kita lakukan di realiti telah di "cemari" oleh pengaruh luar. Kesedaran yang kita rasa dengan "nyawa" boleh berubah setiap detik masa, kerana "konflik dalaman" jiwa rohani yang tidak stabil.   

Kesedaran yang kita nikmati dengan "nyawa" adalah pandangan yang gelap dengan kebutaan. Sebab "nafsu" itu buta tidak dapat melihat dengan pengetahuan melainkan hanya mengharap dengan keinginan. Namun, ingatan "iman" akan memberi gambaran imaginasi dengan "ilmu" yang di salur "akal" melalui informasi untuk di paparkan dengan segenap tangapan dan andaian. Hawa "nafsu" hanya akan mengharap dengan desakan "naluri" keinginan untuk "nurani ingatan "iman" mencari peluang bagi pilihan yang di ambil setelah "akal" meyalur maklumat.

"Ilmu" sangat penting untuk menyuluh jalan yang di langkah. Sebab "ilmu" itu lah mata yang melihat untuk kemana saja tujuan nya yang di gambarkan "iman" oleh keinginan hawa "nafsu". Informasi maklumat untuk mengetahui "best practice" perlu di tuntut agar kita boleh mengnikmati hidup dengan penuh kebijaksanaan.

Kita manusia tidak akan terlepas dari membuat kesilapan. Segala urusan hidup di pelajari dengan uji dan kaji. atau trial and error. Tetapi kita manusia sepatutnya "silap" hanya sekali. Tidak ada kesilapan yang kedua jika tidak di rasuk oleh hawa "nafsu". Sebab tenaga hawa "nafsu" adalah tenaga "emparan" atau centrifugal force yang akan berlarutan sehingga menjadi satu tabiat atau habitual seperti ketagihan. Ini lah kenapa manusia perlu mengamalkan perkara yang baik untuk di jadikan amalan seharian supaya jasad tubuh kita di didik dengan amalan yang suci dan bersih.

Tenaga emparan hawa "nafsu" akan selalu berlanjutan selagi nikmat atau kuasa itu masih berputar. Itu lak mengapa hawa "nafsu" tidak akan pernah merasa puas dan akan mendesak untuk mendapat nikmat itu kembali. Apabila kita memberi lagi keinginan itu, kuasa emparan nya akan menjadi lebih ligat dengan putaran nya sehingga menjadi ketagih dengan tabiat harian. Namun, tenaga ingatan "iman" adalah kuasa abadi atau perpetual force yang berkekalan dengan kesedaran dan kuasa emparan hawa "nafsu" yang akan selalu merosot dan putus asa.

Sebab itu kita manusia di suruh beramal untuk mendidik hawa "nafsu" ini agar jasad tubuh dapat melakukan perkara yang baik untuk kesejahteraan nya. Ingatan "iman" pula perlu di isi dengan "ilmu" supaya ia tidak "lupa". Kita manusia berhubungan dengan Tuhan melalui ingatan ini. Tuhan akan hanya melihat dan pandang pada hamba nya yang "ingat" kepada Nya. Sebab itu kita manusia perlu "mengenal diri" agar kita dapat memandu jasad tubuh kita kearah yang mana hendak di tuju. Jika kita tidak tahu apa itu "nyawa" yang kita paut dengan "jangka hayat", sudah tentu kita akan hanyut di heret desakan hawa "nafsu".

Kita perlu tahu mengunakan perkakas yang betul atau "proper working tools" untuk segala applikasi agar dapat mencapai "best practice". Tuhan telah memberi kita segala2 nya untuk di guna pakai di dalam diri kita sendiri. Jiwa rohani kita boleh pergi kemana saja tanpa perlu membawa jasad tubuh. Kita boleh jadi apa saja dengan imaginasi ingatan. Sebab dewan ingatan adalah kekuatan "iman" yang patut di beri peranan yang lebih besar untuk memacu diri kita. Jasad tubuh kita ini mempunyai banyak kelemahan. Semangat jiwa rohani itu lebih hebat dari segala2 nya.

Perlu di ketahui, semangat jiwa kita mempunyai kembar yang seiras pada "nyawa" dengan watak2 yang tertentu. Jiwa hawa "nafsu" dan jiwa ingatan "iman" adalah dua kembar yang akan menjaga kepentingan diri mereka sendiri. Jiwa hawa "nafsu" akan menjaga kepentingan jasad tubuh dan membentuk wajah nya sendiri dengan watak ilmu yang di tuntut. Sedang jiwa ingatan "iman" akan menjaga kesucian "ruh" pada "nyawa" dengan ilmu yang di tuntut. Apabila maut bertemu ajal di perhujung "jangka hayat", Nyawa akan di pisahkan dari jasad tubuh. Ini bererti jiwa hawa "nafsu" yang melekat di bumi jasad dengan daya tarikan graviti nya akan terputus. Terputus nya hubungan ini akan terlerai hubungan jiwa hawa "nafsu" dengan jiwa ingatan "iman". Ini sama dengan keadaan semasa kita sedang tidur apabila jiwa hawa "nafsu" menunggu di jasad dan ingatan "iman" keluar untuk urusan rasmi nya.

Jiwa hawa "nafsu" akan meratap di mayat yang telah menjadi bangkai dengan deoxyribonucleic acid. Ini lah hantu yang  kadang kala kita jumpa bergentayangan di sana sini. Dan jiwa ingatan "iman" akan menyimpan memori "identiti" nya sendiri yang asal.  

Jiwa kita mempunyai "focal point" di mana "hati" di hayati dengan "kalbu" dan "otak" di hayati dengan "akal." Di sini lah "nafsu" dan "iman" menyalurkan maklumat dengan perasaan dan fahaman. Ini lah "bahasa" setiap insan yang kita gelar diri kita. Ini lah "bahasa" yang Tuhan faham apabila manusia bertutur dengan berjuta bahasa yang berhuruf dan bersuara. Kita berhubung dengan Tuhan mengunakan "bahasa" ini. Apa yang kita "rasa" di dalam "kalbu" hawa  "nafsu" dan apa yang kita "faham" di dalam "akal" ingatan "iman" akan di pandang Tuhan. Bukan bunyi nya suara apabila kita berdo'a.

Perasaan kita dan fahaman kita yang di lihat Tuhan untuk menilai keikhlasan kita. Berapa banyak manusia yang telah berpura pura di hadapan Tuhan dengan lakonan watak yang tidak serupa bikin. Bayangkan lah betapa benci nya Tuhan mendengar dan melihat orang yang berpura pura ini. "Hati" kita tidak akan berbohong dengan perasaan "kalbu" nya. "Otak" kita tidak akan berbohong dengan ingatan fahaman "akal" nya. 

Edit 10.513
Dalam hubungan manusia kepada Tuhan yang Maha Agung ini, kita memerlukan sifat sifat Nabi besar kita Rasulullah untuk berurusan. Tuhan tidak akan memandang jiwa yang tidak mempunyai wajah Rasulullah. Maksud nya di sini, jika tidak ada sifat sifat Nabi seperti jujur, ikhlas, benar, taat, penyayang, insaf, bijak, menyerah diri dll. Tuhan tidak akan mahu memandang diri kita itu sebab Allah swt, hanya berurusan dengan Nabi Muhammad sahaja. Jika tidak ada sunnah Rasulullah di dalam jiwa diri kita, kita tidak layak bertemu Allah swt.

Tuhan tidak akan memandang wajah atau kelakuan kita yang kita hias atau pamirkan. Amalan kita haya lakonan yang di papar untuk tunjukkan sebab. Tetapi jika "hati" atau jiwa tidak "merasa" apa yang di sebut dan akal tidak "faham" apa yang cuba di jelaskan huruf perkataan yang di suarakan, sudah tentu maksud sebenar tidak di jelaskan dengan betul. Jika kita memuji seseorang itu pandai, kita perlu tahu apa kepandaian nya. Jika tidak tahu apa kepandaian nya, mengapa kita memuji dia pandai? Ini lah persoalan yang perlu kita tanya kepada diri kita sendiri. Tuhan akan faham apa saja yang kita inginkan tanpa kita menyebut dengan lafaz suara.

Jasmani dan rohani ini lah yang perlu kita faham. Urusan tanpa huruf dan suara ini perlu kita tingkatkan untuk berhubung dengan Tuhan. Nabi perlu ada di situ untuk menjadi saksi. Mengapa kita mengaku menjadi "saksi" ada nya Tuhan dan Muhammad itu Rasulullah? Di mana kebenaran nya? Wujud nya Tuhan dan wujud nya Nabi besar kita di mana letak nya? Adakah kita menjadi "saksi" yang pembohong!!! 

Mengenal wujud nya Allah swt dan Rasulullah saw menjadi tangung jawab kita sebagai seorang manusia. Muslim nya kita dengan Islam yang kita tunjukan. Tetapi!!!!!! Bukan lambang yang perlu kita tonjolkan kesana kesini. SIFAT SIFAT Nabi Muhammad itu perlu kita tunjukan dahulu untuk jadi seorang Islam. Kejujuran, keikhlasan, ketaatan, kebenaran,  merendah diri, belas kasihan, ketegasan, kebijaksanaan, ketekunan, kerajinan, dll.

Tanpa ini jangan lah kita cemarkan lambang Islam itu!!!!!!! Dengan kebodohan, kejahatan, kebencian, ketamakan, keangkuhan, penipuan, pengkhianatan, pembohongan, kezaliman!!!!!!!!! Bangun lah bangsu ku!!! Tunjukan kan lah Sifat Sifat Rasululah ini kepada setiap umat yang kita temui!!!! Allah dan Rasul akan bersama kita jika kita tunjukan sifat sifat itu untuk WUJUD kan kehadiran mereka. 

Ini lah "semangat" yang perlu kita kenal, yang tidak boleh di putar belitkan oleh sesiapapun. Katakan lah dengan perasaan kepada Allah swt, betapa RINDU nya kita pada Muhammad yang menjadi baka deoxribonucleic acid di jasad tubuh kita ini. Jasad kita sudah ada baka Nabi Muhammad!!!!!!!! Sudah pasti setitik dari perangai Nabi ada pada kita. Tetapi mengapa kita sembunyikan? Mengapa kita kuburkan? Apa yang kita tayang dan pamirkan kesana sini budi pekerti perangai orang lain. Ini lah musuh yang perlu kita basmikan!!!!

Musuh musuh Islam telah di julang!!!! Panji panji mereka telah di kibarkan!!!!!! Masuk di dalam rumah rumah Allah dengan bersarban dan berjangut untuk melaungkan azan setelah mereka kencing dan berak di merata tempat. Munafikin ini akan menunjukkan peranan yang baik untuk mencari pengikut menyebar dakyah nya. Setiap kalimah yang mereka sebut tidak pernah terlintas di dalam hati untuk membesarkan darjat Allah swt dan Rasulullah saw. NIAT mereka bukan untuk majukan ISLAM atau pun bangsa nya!!! Mereka mengejar KUASA yang mereka tidak berupaya untuk kuat kuasakan.

Perlu kita "PUJA SEMANGAT" bangsa dan agama!!! Demi umah yang perlu bersatu. Kita perlu kumpulkan "semangat" untuk perjuangkan bangsa dan agama. Tetapi bukan bersekutu dengan musuh ISLAM!!!! Sangupkah kita lihat wajah MUSUH ISLAM yang tersenyum riang dengan kemenang mereka? Sesiapa yang menjadi PENGKHIANAT bangsa dan agama akan terima padah nya. Mereka tidak boleh lari bersembunyi dan menyorok. Akan datang satu kuasa yang akan bangkit bangun. "Puja semangat" ini demi bangsa dan agama kita di setiap lorong dan jalanan. Ini lah JIHAD kita!!!  

Edit 13.5.13

Syak wasangka adalah muslihat syaitan yang akan di gunakan untuk memecah belahkan umat manusia. Buruk sangka yang akan di terapkan syaitan ini supaya manusia menjadi ganas dan hilang kewarasan "akal" untuk mengunakan "taakul" yang sejati. Sebab dengan kesan syak wasangka itu akan jadi satu permusuhan yang sudah terjadi dengan satu permusuhan. Api kemarahan akan di kibas supaya menyala. Di situ lah hidup nya syaitan di hujung lidah "api" itu. Bara "api" ini akan menjadikan manusia hilang kewarasan dengan perasaan "marah dan mula "benci" dengan perasaan "angkuh" dan melangkah dengan "sombong" sambil buat tomahan dengan "penipuan" dan mula "khianat" dengan "kezaliman".  

Manusia yang waras akan selalu nya tenang seperti "air" yang mengalir. Sebab Rasulullah di jadikan dari cahaya "nur" yang mengalirkan "air" di lautan yang mengelilingi "Arasy" semasa kalimah nya di tulis. Kebesaran Nabi Muhammad meliputi segala seruan alam. Sebab itu syaitan menanggis dengan ketakutan apabila Rasululah di lahirkan. Sifat Rasulullah akan padamkan segala "api" yang menyala. Cuba kita gunakan "keikhlasan" dengan sijil "kejujuran" dan cari "kebenaran" dengan tertip "rendah diri" sambil hulurkan kemesraan "kasih sayang" dan "taat" menghormati peraturan sambil "menyerah diri" dan reda dengan segala keputusan.

Nescaya mala petaka tidak akan datang menjenguk jika kita gunakan sifat sifat Rasulullah. Apa yang ingin di nyalakan syaitan adalah "api" kemarahan supaya manusia bermusuhan dan melakukan "kezaliman" kepada umat manusia. "Air" akan selalu nya tenang dan tidak akan bergolak jika tidak di usik dengan arus "syak wasangka". Buruk sangka adalah "tiupan" syaitan yang di hembus di telingga di mana hawa "nafsu" yang buta akan mendengar untuk semburkan "kemarahan" supaya "akal" hilang daya fikiran dan tinggalkan "iman" dengan kekuatan ingatan nya. Di sinilah ingatan "iman" perlu teguh berdiri mempertahan kan benteng sifat sifat Rasulullah yang sudah di bekalkan.

Jika kita tidak mempunyai "kejujuran" kita akan bertemu dengan "penipuan". Jika kita tidak mempunyai "kebenaran" kita akan bertemu dengan "pembohongan". Jika kita tidak mempunyai "keikhlasan" kita akan bertemu dengan "pengkhianatan". Jika kita tidak mempunyai "penghormatan" kita akan bertemu dengan "kebencian". Jika kita tidak mempunyai "ketenangan" kita akan bertemu dengan "keganasan".

Jadi ini semua kita yang menjemput atau berdo'a supaya di makbulkan. Bukan kah apa yang kita buat pada hari ini akan menjadi jawapan nya pada hari esok? Itu yang kita minta berlaku dan kita harus terima akibat nya. Jika kita inginkan "siratalmustaqim" mengapa kita minta "walad dhallin" ? Ini lah yang pelik!!!!   

Pembiakan "benih" syaitan boleh berlaku di dalam diri manusia. Hawa "nafsu" yang buta di gunakan untuk MENDENGAR hasutan mengisikan syak wasangka. Ini selalu nya akan berkesan apabila jiwa itu sendiri sedang dalam perasaan kecewa. Kekecewaan tidak dapat mencapai nikmat sesuatu matlamat akan menyalakan "api" untuk merebak. Kekecewaan ini lah akan bawa manusia itu supaya MEROBOHKAN segala usaha yang telah di majukan. MENGHANCURKAN segala nikmat yang ada supaya semua orang tidak dapat mengecapi nikmat itu selepas dia sendiri tidak dapat mencapai nya.

Ini lah PENYAKIT yang melanda diri manusia yang tidak berupaya untuk majukan diri mereka sendiri. Mereka akan duduk menghancurkan semua nikmat yang ada. Mereka lebih pandai BERCAKAP daripada PEMBUAT. Orang yang pandai bercakap tetapi tidak tahu membuat sesuatu dengan bukti yang nyata adalah IBLIS yang menjelma di merata tempat. Pandai BERCAKAP tetapi tidak tahu PEMBUAT ini boleh kita lihat di merata tempat di sekeliling kita.  

Jangan kita jadi manusia yang menbuat "masalah", jadilah manusia yang selesaikan "masalah". Ini lah perbezaan yang perlu kita perhatikan kedudukan jiwa kita yang sebenarnya. Yang membuat "masalah" ini terlalu mudah dan senang di lakukan oleh sesiapa pun, tapi untuk selesaikan "masalah" memerlukan kebijaksanaan yang kukuh. Apa gunal "ilmu" yang kita timba dan pelajari tetapi di gunakan untuk mendatangkan KEROSAKAN dan KEHANCURAN. Jika :ilmu: yang kita ada di salah gunakan, kita akan di minta mempertangung jawabkan di kemudian hari nanti dan setiap "PENGIKUT" dari "ilmu" kita itu akan ada nisbah dosa di nereka yang sangat panas.

Memuja "Semangat" untuk kehancuran dan kerosakan akan mendatangkan balasan yang setimpal. Jiwa setiap manusia perlu di hormati. Jika ada kepentingan dan hajat tertentu untuk mendapat respon yang positif dari "jiwa jiwa" ini, kita terpaksa rujuk kepada Zat yang Maha Berkuasa. Sebab kejadian "jiwa" setiap manusia ada "hak" nya yang tidak boleh di "paksa" secara penipuan atau tipu muslihat. (Tuhan yang menjadikan setiap mahluk tidak pernah memaksa hamba Nya) 

Terlalu banyak ayat "pengasih" yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan respon tertentu. Tetapi "hak kebebasan" jiwa ini tidak boleh di "rasuah" dengan jampi serapah atau tipu muslihat. "Hijab kabul" di antara kedua "jiwa" setiap manusia di mana hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang menjadi kembar seiras "nyawa" yang di pandu "ruh" yang suci tidak boleh di ancam dengan kalimah jampi. "Hak" mutlak setiap "jiwa" perlu di hormati dan hanya dengan satu "risikan" perundingan untuk dapatkan persetujuan boleh di lakukan secara tertutup. Maksud nya, "jiwa" itu boleh kita "pujuk" dengan perjanjian tertentu. (Amalan ini adalah keramat suci yang di lakukan secara sulit untuk kenal hati budi) 

 Mengkhianati perjanjian ini akan mendatangkan musibah hidup yang sangat sengsara. Sebab "jangka hayat" setiap "jiwa" ini yang di habiskan dengan menjadi hamba pengkhianatan itu boleh di tuntut ganti rugi nya. Ini lah yang kebanyakan kita tidak ketahui. Mengunakan "mantera" dan "jampi" untuk memasong atau memuja semangat jiwa seseorang yang sedang tidur dan keluar dalam urusan rasmi nya, di mana jasad tubuh nya di ceroboh dengan ganguan yang berproksikan makhluk ghaib syaitan dan jin, boleh mendatangkan musibah hidup kepada penguna nya. Si penguna yang telah menyalah gunakan saluran tertentu dengan mengambil "jalan pintas" ini tetap akan di persoal dan di pertangung jawabkan. 

Kebanyakan kita keliru untuk terjemahkan "kasih sayang" dengan "nafsu syahwat". Kasih sayang yang penuh rela dan keikhlasan adalah di mana jiwa hawa "nafsu" di beri hak "memilih" dengan jasad tubuh nya jiwa ingatan "iman" nya di beri "peluang" mencari harapan kepercayaan yang yakin untuk masa depan nya.  Hawa "nafsu syahwat" adalah perkara yang di lakukan untuk sementara waktu sahaja. (short time)  Banyak yang mengunakan "jampi mantera" dan "pukau pengasih" untuk mendapatkan kasih sayang dengan tujuan hawa nafsu "syahwat" yang buta. Tidak ada rasa tangung jawab terhadap diri mangsa yang telah di "santet" dengan "ubat guna guna". Apa yang penting hanya lah untuk melepaskan hawa "nafsu" syahwat setelah berjaya memperolehi jasad tubuh si mangsa dengan "memukau" semangat jiwa nya. Tapi "pukau pengasih" ini tidak akan berkekalan. Satu ketika nanti mangsa ini akan sedar!!!! 

Tapi jika "pukau pengasih" itu di kuat kuasa kan dengan kasih sayang dan di serta kan dengan tangung jawab, juga perlu mempunyai "hijab kabul" setiap "jiwa" yang di tuntut. Ini yang kebanyakan kita tidak lakukan semasa membuat "hajat" dan "doa" untuk mendapat restu dari "jiwa" yang di puja ini. Telah kami jelaskan di antara dua "jiwa" ini di mana hawa "nafsu" yang buta dan "iman" yang bisu ini mempunyai atur cara mereka yang berbeza. Mungkin jasad tubuh kita boleh di "sogok" dengan "pukau pengasih" tertentu untuk tunduk kan hawa "nafsu nya dan batalkan hak "memilih" nya tetapi "jiwa" ingatan "iman" ini masih menjadi "identiti" setiap "entiti" yang bernasab. Sudahkah "hijab kabul" itu di serahkan untuk mendapat restu ini?

Kita hidup sebagai suami isteri selepas itu bukan hanya sekadar tubuh badan yang nyata, tetapi juga dengan jiwa dan raga nya sekali. Jika isteri atau suami kita itu adalah "mangsa" dari "pukau pengasih" yang kita gunakan itu,  semangat nya itu perlu di "pupuk" dengan kekikhlasan yang jati. Jika kita abaikan, mahligai itu mungkin akan roboh oleh kesan dari "pukau pengasih" itu. Sisa hidup kita selepas itu mungkin akan merana dan menderita. Maka jauhi lah "puja semangat" dengan cara tidak yang "hak". Ini hanya patut di lakukan untuk menuntut keadilan bagi tujuan tertentu.

Banyak yang boleh di lakukan dengan "puja semangat" ini. Orang yang menzalimi kita boleh kita cari untuk dapatkan pembalasan. Itu lah mengapa kita di larang berbuat kejahatan. Sebab ada cara untuk menuntut "hak" yang telah di rampas maruah diri.

Edit 20.5.13

Apa yang penting kepada yang ingin mencari "hakikat" kejadian alam ini perlu tahu "kulit" dan "isi" nya. Jika kita cari ayat kalimah di merata tempat atau "tok guru", mereka akan memberi tunjuk ajar dengan pelbagai ayat dan amalan tertentu untuk di aktifkan. Tetapi tidak kah kita ingin tahu apakah "tenaga"  yang ada di sebalik amalan itu. Apa kah kuasa yang kita gunakan? Kita hanya amalkan bacaan "mantera" atau "kalimah" tertentu tanpa tahu sumber sebenar "kuasa" itu. Bukan kah lebih baik jika kita tahu "kuasa" atau "tenaga" yang kita gunakan itu?

Ayat AlQuran yang kita sebut juga perlu ada "isi" nya. Apa guna kita hafal segala ayat yang ada dan tahu erti nya jika kita tidak tahu "isi" kandungan yang di salurkan pada ayat ayat itu. Kita perlu tahu dengan menyebut setiap perkataan atau "ayat" itu dengan "nafas" kita, sebenarnya "nafas" yang kita gunakan itu yang menyimpan "tenaga" itu untuk mencari "kuasa" yang ada. Urusan "tenaga" dan "kuasa" ini perlu kita fahami. Di sini lah baru kita tahu bagaimana Allah swt itu wujud dan apa yang akan di sambut oleh Zat Yang Maha Berkuasa. Tanpa "ilmu" ini kita hanya melakukan satu amalan yang tidak tahu "sifat" dan 'zat" yang ada. 

Perlu kita tahu bahawa Allah swt Maha Pencipta telah menurunkan "kuasa" kepada ciptaan nya. Ini sama dengan Ketua Pengarah yang telah turunkan kuasa kepada Pengarah di setiap daerah. "Attribution" atau "penyebab" ini perlu di ambil kira sebab Tuhan telah memberi kuasa kepada "langit" dan juga "bumi" untuk mereka bertindak dengan kudrat dan iradat Nya. Kuasa kuasa ini perlu kita kaji dan perhatikan untuk mendapat "ijazah" yang telah Tuhan beri kepada mereka. Siapa kah yang telah di beri "ijazah" itu? 

Di sini setiap umat yang hidup di permukaan bumi ini perlu mencari seseorang yang bernama "Muhammad" yang di beri "kuasa" untuk seru sekalian alam. Kajian sains kerohanian ini amat luas untuk di terokai. Mengapa Rasullulah saw ini sangat "relevan" untuk mencari "ilmu" Tuhan yang amat luas. Sebab diri kita yang ingin belajar mencari "ilmu" pengetahuan itu perlu ada "sifat" untuk mencari "zat" yang ada di merata tempat. Mengenal "Muhammad" ini bukan sekadar tahu sejarah atau hadith nya.

Nabi besar kita menyimpan segala rahsia yang ada. Tidak ada gunanya kita hanya tahu sejarah dan hadith nya jika "jiwa" Rasulullah itu tidak pernah di iktirafkan. Ini bukan soal sebut dengan suara untuk jelaskan fahaman yang mungkin hanya sekadar satu bunyian. Kasih sayang kita kepada Rasulullah perlu wujud. Air mata perlu mengalir untuk bukti kan betapa "rindu" nya kita kepada nya. Soal "siratulrahim" perlu kita tahu dan fahami. Sebab Allah swt tidak akan memandang wajah yang tidak mempunyai wajah Rasulullah untuk tunjukan "siratalmustaqim". Wajah wajah Rasulullah terletak pada "sifat sifat" nya yang pernah dia tunjukan dengan sunnah nya. 

"Ilmu" Tuhan amat luas dan banyak yang telah mendapat "kuasa" untuk menjadi "penyebab" atau (attribution) kepada segala zarah dan atom pada setiap "tenaga" dan "kuasa" yang di beri. Jin dan syaitan juga telah mendapat "kuasa" ini dengan perjanjian tertentu sama juga dengan "langit" dan "bumi" di mana "amanah" itu akan di pertangung jawabkan. Jika kita di dunia ini perlu mengunakan "perkakas" untuk di gunakan dalam urusan hidup, seperti bahan besi, kayu, batu, tanah, air, api, angin untuk di jadikan asas keperluan hidup, sudah tentu anasir lain seperti jin dan syaitan juga mempunyai kepentingan.

Di sinilah berlaku nya perkongsian "kuasa" untuk mecapai sesuatu matlamat. Jika kita mengunakan "perkakas" langit dan bumi untuk keperluan hidup, sudah tentu "tenaga" dan "kuasa" ini boleh di gabung dengan satu pakatan. Soal yang perlu kita tanya diri kita sendiri adalah "tenaga" dan "kuasa" apa yang kita akan gunakan dalam perkongsian "kuasa" itu? "Siratulrahim" apakah yang di guna pakai? "Salam" (bacaan) apakah yang di hulurkan dengan ucapan menyambut tamu? Tidak perlu kah kita tahu semua ini? Apabila kita sudah memahami sistem "penyampaian" yang di perlukan, kita akan menjadi lebih "jitu" melakukan sesuatu dengan "sebab dan musabab" atau "cause and effect". Buka lah minda kita supaya lebih praktikal dalam setiap urusan. Kami hanya cuba mengajak pembaca kami duduk berfikir bukan untuk mencari pengaruh. Tinggalkan lah laman web ini jika pembaca kami rasa ini satu perkara yang karut. Kami tidak akan rugi setitik pun jika pembaca kami tidak ingin tahu. Apa yang kami tulis adalah "sedekah" untuk di ambil sebagai pedoman akal fikiran. Demi Zat yang jiwa saya di tangan Nya. Orang yang beriman dan orang yang berilmu mempunyai perbezaan yang luas. Ambil lah yang boleh di pakai dan buanglah apa yang berat di pikul.  

Perlu kami sebutkan di sini mengenai urusan "qarin" yang kebanyakan kita masih bingung untuk mengetahui apakah sebenarnya "qarin" itu. Kami telah buka cerita "qarin" ini dari awal segala hujjah kami di dalam laman ini. Hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini banyak mempunyai kaitan dengan "qarin" ini. Ini lah jiwa kita yang selalu kita gunakan dalam urusan hidup. Memilih dengan keinginan hawa "nafsu" dan berfikir dengan ingatan "iman" adalah perkara asas kesedaran kita.

Kembar janim ini mempunyai kaitan dengan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang akan di gunakan syaitan dan juga malaikat. "Qarin" jiwa kita  ini sebenar nya adalah "penasihat" peribadi diri kita. Mereka mempunyai bentuk wajah yang kembar seiras tetapi watak kelakuan mereka berbeza. Ini lah apa yang pernah kami jelaskan dengan "split personality" yang berlaku kepada setiap manusia yang boleh berubah perangai. Si cantik jelita dan si buruk hodoh ini boleh kita lihat semasa kita tidur dan semasa kita sedar. Wajah orang yang tidur atau mati akan kelihatan buruk dan hodoh sebab si cantik telah keluar dari tubuh nya. "Seri muka" yang kami pernah jelaskan sebenarnya adalah pancaran "aura" si cantik ini. Tanpa jiwa "iman" ini wajah di jasad manusia tidak akan berseri.

"Mengenal diri" kita ini akan menjadikan kita lebih dekat kepada Tuhan Maha Pencipta. "Kunci nafsu" yang kami jelaskan mempunyai urusan bagaimana untuk perkukuh kedudukan "iman" supaya tidak terpedaya dengan hasutan syaitan. Syaitan memerlukan "qarin" hawa "nafsu" untuk sampaikan hasutan nya dan malaikat menyalurkan salam melalui laduni atau "ilham" kepada "qarin" ingatan "iman" kita. Itu lah mengapa kita perlu "kenal" mereka supaya kita tahu yang mana satu di antara "qarin" ini yang bertugas untuk sampaikan maklumat. "Qarin" hawa "nafsu" perlu kita "kunci" dengan didikan adap tertib supaya "qarin" ingatan "iman" dapat tambahan "ilmu" untuk kita "MENGENAL ALLAH swt"

Perlu kami ingat kan pembaca kami!!!!!! Urusan "qarin" ini hanya sebagai penyampai maklumat untuk kita BERURUSAN DENGAN ALLAH swt. Mereka bukan tempat kita meminta pertolongan. Urusan kita mutlak kepada Zat Yang Maha Berkuasa dan kita perlu bawa "qarin" ini tunduk kepada Zat Yang Maha Berkuasa. Perhatikan perbezaan mereka di antara "nafsu" dan "iman" ini. Penyekutukan Allah swt dan ingkar adalah sifat semula jadi hawa "nafsu" semasa dia di jadikan. Taat setia dan "ikhlas" kepada Allah swt adalah asas kejadian ingatan "iman ini. 

Jadi di antara "penafian" hawa "nafsu" dan pengiktirafan ingatan "iman" tentang Maha Pencipta nya akan menjadi medan pertempuran di antara dua pihak yang bertelagah. Kekuatan "iman" akan membawa hawa "nafsu" tunduk kepada Allah swt. Ini lah tugas kita sebagai manusia!!!!!!!!!

Hawa "nafsu" yang buta akan selalu mendesak supaya mengagungkan jasad tubuh kita ini dengan wajah dan nama nya supaya di "puja" seperti Tuhan yang di sembah. Ini lah dosa "syirik" yang kita lakukan setiap hari. Jasad tubuh kita lebih penting untuk di jadikan perhiasan supaya di hormati. Kepandaian dan kebolehan jasad tubuh kita akan di rebut dan "HAK" Allah swt akan di rampas dan mengaku itu KEUPAYAAN kita. Bukan kah kita perlu menyerahkan "HAK" itu kembali kepada Allah swt setiap kali kita sembahyang? 
Bukan kah kita menyebut "Segala pujian itu kepunyaan MU!!!!!!!" Kita perlu serah balik segala apa yang kita ambil semasa kita hidup di saat ketika itu.

Jangan kita merasa banga dan angkuh dengan kebolehan kita!!!!!! Jika kita beramal dengan fahaman "hakikat" ini kita tidak akan menjadi orang yang sombong. Sebab kita tahu itu bukan kebolehan kita. Ini lah apa yang perlu kita amalkan sebagai seorang hamba kepada Zat Yang Maha Berkuasa. Sebab itu Nabi Muhammad tidak pernah merasa "megah" dengan segala "mukjizat" yang dia perolehi. Nabi tetap akan mengatakan "Lahawla wala kuwata illah billah"

Jadi mengapa kita harus sombong dan takbur? Apakah kita mengaku bahawa kita yang mempunyai kepandaian itu? Apakah kita ingin merampas "HAK" Tuhan? Seperti kata Imam Ghazali, "Semakin banyak aku berilmu, semakin kosong aku rasa diriku" Ini lah cara nya apabila seseorang itu telah Mengenal Tuhan nya.

"Menyerah Diri" kepada Allah swt adalah satu tangung jawab yang "WAJIB" kita laksanakan. Sebab kita telah mengunakan "Kudrat dan Iradat" nya dengan "NYAWA" yang  di beri untuk rasakan kehidupan dengan kesedaran ini. Segala nikmat yang kita rasa di dalam kehidupan kita ini adalah pemberian Allah swt untuk beri peluang kepada kita merasakan "HIDUP" seperti mana Allah swt itu hidup. Zat Yang Maha Berkuasa memberi kita kesempatan untuk merasa apa yang DIA rasa.

Dengan itu kita perlu pulangkan apa yang kita "PINJAM" selama ini. Segala nikmat yang kita rasa mesti di pulang kan balik dengan "SEGALA PUJIAN" itu kepunyaan Allah swt BUKAN kepunyaan kita. Perhatikan lah ayat AL FATIHAH yang kita sebut di setiap bacaan sembahyang. Di situ ada satu upacara penyerahan yang khusus untuk pulangkan "HAK" Allah swt. Sesiapa yang tidak memahami ayat Al Fatihah ini akan tersesat jalan dan menjadi orang yang zalim.

Jika kita dapat mengamalkan urusan "jiwa" ini, kita akan menjadi "manusia" yang sebenar benar nya manusia. Tidak "sombong, angkuh, tamak, dengki, iri, marah, zalim, khianat, penipu dan dll. Urusan "jiwa" ini lah yang kita perlu perhatikan di setiap ketika. Kita sebenar nya berhadapan dengan "DIRI" kita sendiri di setiap waktu. Apa yang kita buat akan jadikan "realiti" di sekeliling kita. Kita yang mencipta "hidup" kita ini dengan "kudrat dan iradat" yang telah di beri kepada kita. Berfikirlah!!!!!!!!!!!! 

Edit 24.7.13

"Mengenal Diri" bermula dari "syariat" asas diri kita yang melakukan segala kelakuan. Perangai budi pekerti yang menjadi asas "identiti" diri kita itu perlu di kenali. Ini penting sebelum melangkah ke peringkat "tarikat" di mana perjalanan hidup kita akan di atur mengikut jejak langkah yang akan di tuju untuk membuat "perakuan" perbezaan di antara "hamba" dan "Khalik". Selagi kita tidak merasa "hina" nya diri kita itu selagi itu kita tidak akan dapat mengesahkan "kemulian Allah swt. Selagi kita tidak merasa "rendah" nya diri kita, kita tidak akan merasa betapa "tinggi" nya darjat Allah swt. Selagi kita tidak sedar "kedhaifan" diri kita, selagi itu kita tidak akan dapat merasa "kebijaksanaan" Allah swt. Selagi kita tidak tahu "kefakiran" diri kita, selagi itu kita tidak akan mengenal "kekayaan" Allah swt.

Perjalanan amalan "mengenal diri" dapat di kesan dengan keadaan diri yang jiwa kita akan berada di tahap yang berbeza dari sebelum nya. Ini akan berlanjutan sehingga kita terjumpa dengan "diri" kita itu sendiri. Setelah bertemu dengan "diri" ini, kita akan menjalin satu hubungan yang intim. "Diri" kita ini sangat "pemalu" dan amat suci. Menjalin hubungan intim ini akan membawa kita ke dimensi yang belum pernah kita lalui. Cari lah "diri" kita yang sebenar nya. Sebelum "dia" merajuk menyepikan diri pergi jauh dari kita.

Ini lah sebenar nya "Puja Semangat". Di antara "JIWA" yang perlu kita kenal, bermula dari jiwa hawa "nafsu" dan jiwa ingatan "iman". Sebab mereka ini adalah "kembar" seiras pada "nyawa" kita yang di gelar "qarin" ini. Diri kita perlu selalu berhubungan dengan "kembar" ini dalam semua keadaan hidup kita. "DIRI" kita yang sebenar masih tersembunyi di sebalik tubuh kita dan "DIA" akan muncul sekali sekala untuk perkenalkan diri. Kita tidak akan dapat mengenal "DIRI" kita ini selagi jiwa hawa "nafsu" dan ingatan" iman" tidak sehaluan. Sebab kesedaran kita adalah frekuensi saluran dimensi yang di pancar hawa "nafsu" dan ingatan "iman" sambil di saksikan "diri" yang tersembunyi. Bukan kah daya ingatan kita itu berubah rubah? Tumpuan dan perhatian yang kita beri di "SAKSI" kan oleh "diri" kita yang sebenarnya.

Mungkin selama ini kita terlalu asyik memberi keutamaan kepada jasad tubuh dan wajah rupa untuk jaga harga maruah nya. Tetapi pernah kah kita terlintas pandang bahawa "diri" yang memberi perhatian dan tumpuan itu kepada jasad tubuh yang kita utamakan sebenarnya tersembunyi di sebalik jasad tubuh itu. Tidak kah kita ingin menegur sapa dan berkenalan kepada "diri" yang melakukan segala kebolehan selama ini. Kasih sayang yang pernah timbul di dalam "hati" kita selalu nya untuk di tujukan kepada orang lain. Tidak pernah kita hulurkan kasih sayang itu kepada "diri" kita sendiri. Tak kenal maka tak cinta. Pandang memandang tanpa menegur sapa.   

Cuba lah kita bayangkan betapa sedih nya "diri" kita ini apabila kewarasan akal kita tidak pernah mengiktiraf kehadiran "diri" yang tersembunyi di sebalik jasad tubuh. Apa yang kita tumpukan selama ini hanya lah apa yang boleh kita nampak dan sentuh. Tetapi yang memberi kita daya "melihat" itu adalah kuasa yang di salurkan oleh "diri" kita yang tersembunyi. Kita terlalu ashik mengagungkan pamiran di "luar" dan tidak pernah ingin menjengok apa yang ada di "dalam" jasad tubuh kita. Cuba lah pembaca kami pejamkan mata seketika dan nikmatilah saat yang aman dan tenang di ruang tamu "diri" kita itu. Tumpukan lah perhatian pada penghuni yang ada di situ. 

Kegelapan yang kita lihat adalah wajah 'hawa "nafsu" yang buta. Cuba bayangkan sesuatu dan gambaran yang kita lihat adalah pandangan ingatan "iman" yang bisu. Disitu "akal" yang pekak sedang memerhatikan keadaan itu. Yang boleh beri tumpuan kepada "nafsu" dan "iman" adalah "akal" yang memerintah dengan "ilmu" pengetahuan yang di tuntut. Tetapi jika "akal" itu tidak di ajak supaya memandang wajah nya sendiri, nescaya kita akan hanyut di tolak arus alam pancaroba. Hawa "nafsu" yang buta akan selalu mendesak mencari habuan di khalayak ramai atau alam semesta. Ingatan "iman" perlu teguh mempertahankan dasar peri kemanusiaan. Sebab "akal" tidak berpihak kepada mana kepentingan melainkan apabila "niat" itu di beri sebagai "hijab kabul" menuntut saluran fikiran akal mencari "ilmu" sebagai pertunjuk.

Edit 29.7.13

Tenaga dan kuasa pada jiwa kita ini akan susut nilai (entropy) dengan pelupusan (decay) setelah kita lalui hidup ini pada "jangka hayat" yang ada. Jasad tubuh kita adalah (physical system) yang memerlukan asas keperluan daripada persekelilingan (environment) nya untuk tambah nilai tenaga yang sedia ada. Jasad tubuh kita memerlukan campur tangan (interference) dari anasir luar yang ada pada alam maya ini. Sama juga seperti "bumi" kita ini yang memerlukan saluran tenaga dari "matahari" untuk tambah nilai kesusutan tenaga (entropy) nya. Tanpa bantuan dari alam sekitar, "bumi" dan juga "jasad tubuh" kita akan mengalami kereputan dan hilang keupayaan. Sumber untuk mendapatkan saluran tenaga untuk "jasad" terus hidup di lakukan oleh "jiwa" hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang menjana tenaga "kimia" dan "elektrikal" pada jasad tubuh kita. Selagi kita masih hidup, tenaga ini masih boleh di tambah nilai dengan segala usaha yang tersedia di alam sekitar atau alam maya ini. Tambah nilai ini di terapkan dengan istilah "pohon nyawa" di mana "daun" yang gugur dan tumbuh pada "jangka hayat" setiap manusia boleh di tingkatkan atau di biarkan susut nilai tanpa usaha untuk dapatkan sumber yang di perlukan. 

Untuk perhatikan kuasa pemuliharaan (conservation law) di mana massa (mass) dan tenaga (energy) perlu seimbang mengekalkan kuasa pemuliharaan nya. Jika tidak berlaku seimbangan ini pada massa (mass) atau jasad tubuh kita, tenaga (energy) yang di pacu jiwa rohani tidak dapat mengekalkan keupayaan nya memulihara kesihatan jasad tubuh untuk kekal hidup di atas bumi ini. Jiwa kita di dalam tubuh adalah kuasa yang menjana tenaga kepada jasad tubuh kita. Jika kita tidak "puja semangat" ini dengan penuh berkesan, nescaya jasad tubuh kita akan susut nilai dan mereput. Bukan kah kita perlu kenal apakah penjana tenaga yang sedia ada di dalam jasad tubuh kita? Apakah peranan hawa "nafsu" dan juga ingatan "iman" untuk kesejahteraan jasad tubuh kita. Kecuaian untuk tidak pentingkan (negligible) peranan "jiwa" ini akan membawa kita kearah kemusnahan. Kita manusia "mati" angkara kecuaian dan kurang perhatian terhadap "tambah nilai" pada "jangka hayat" kita. Sikap "putus asa" ini tidak boleh kita persoalkan kepada Tuhan Zat yang Maha Berkuasa. Tuhan tidak pernah membunuh kita tetapi kita yang sudah tidak sanggup lagi hidup di dunia ini. Jasad tubuh kita sudah tidak boleh berfungsi lagi setelah kita gagal menjaga kesejahteraan nya. Peranan kuasa "sebab dan musabab" pada alam sekitar kita tidak lagi membantu untuk kekalkan keupayaan jasad tubuh kita. "Mati" nya jasad tubuh berakhir dengan "ajal maut" yang telah di tetapkan kuasa "sebab dan musabab" yang di turunkan Allah swt. 

"Putus asa" adalah permulaan luntur nya harapan yang hampa apabila "sumber" untuk mendapatkan "nikmat" telah terputus atau hilang lenyap dari saluran hidup. Mencari "sumber" selalu nya memerlukan kekuatan azam semangat jiwa yang cekal. Jika ingatan "iman" ini lemah, nescaya segala usaha akan terabai. "Semangat" untuk berdiri teguh menegakan azam memerlukan "ilmu" untuk memikat minat ingatan "iman" yang menuntut. "Ilmu" ini lah yang akan "faham" (understand) segala apa yang ada di ruang persekitaran realiti. Tanpa "akal" memperKENALkan "ilmu" kepada "iman", hawa "nafsu" tidak akan pernah "faham" dalam kebutaan nya. Sifat semula jadi hawa "nafsu" yang buta ini, ia akan sentiasa mencari sumber dengan daya "sentuhan" (tactile) kuasa tarikan "graviti" pada bahan berat muatan di ruang persekitaran. Apa yang terkumpul perlu di kekalkan dengan "tenaga" yang secukupnya. Kerana massa (mass) dan tenaga (energy) perlu seimbang untuk terus wujud di realiti.

Edit 14.9.13

Cuba kita selidik sejarah silam semasa Nabi Adam dan Siti Hawa di jadikan. Ketika Adam dan Hawa berada di shurga, Iblis datang mengoda kerana jasad tubuh mereka ada "nafsu" yang berkeinginan. Keinginan hawa "nafsu" ini lah yang di gunakan Iblis untuk mengoda Siti Hawa supaya mendesak Nabi Adam agar menurut kehendak nya memakan buah Kuldi yang di larang itu. Peristiwa ini tidak akan di jadikan pedoman jika tidak mempunyai "matlamat" yang tersembunyi. Iblis berjaya mengoda Adam dan Hawa kerana "nafsu" yang ada pada jasad tubuh mereka. Kajian sains kerohanian kami telah meneliti perkara itu untuk melakukan ujian yang terperinci.

Kelahiran setiap manusia ke bumi ini sama juga dengan turun nya Nabi Adam dan Siti Hawa. Adam dan Hawa masih wujud di dalam diri kita sehingga ke saat ini kerana hawa "nafsu" dan ingatan "iman" adalah lambang kewujuban mereka. "Iman" itu Adam, "nafsu" itu Hawa, dan "akal" itu Muhammad. Bukan kah "akal" itu di beri kepada mereka setelah mereka turun ke bumi ini. Ini sama juga dengan setiap manusia yang mendapat "akal" itu setelah kita "baligh" sama dengan kedatangan Nabi Muhammad kepada pengetahuan kita. Nabi Muhammad membawa "ilmu" yaitu Al Quran sebagai menyampaikan maklumat. Fahaman ini bukan untuk kami sebarkan kepada seluruh umat Islam tetapi hanya untuk kajian empirikal kami yang ingin mencari "hakikat" ilmu pengetahuan. 

Sebagai seorang hamba yang dhaif ini, kami akan selidik segala "nas" yang ada untuk cari erti kata yang di maksudkan. "Terjemahan" setiap ayat itu berbeza dan berlainan maksud. Fahaman kami dan kamu akan ada jurang berbezaan. Apa yang kami nampak dan apa yang kamu nampak tidak akan sama. Jadi perlu kita hormat fahaman masing masing dan tidak perlu kita bertelagah tentang benar atau salah nya. Salah bagi kamu mungkin benar bagi kami. Ini pilihan yang kami ambil untuk mengambil fahaman yang telah kami kaji dan uji sekian lama. Ini telah membuat kami lebih jelas melihat Allah swt dan Rasulullah saw untuk menjadi "saksi" yang boleh buat perakuan itu setelah kami selidik dan uji kaji.    

Edit 21.4.14

Pecahan jiwa dalam diri kita terlalu rumit untuk di huraikan. "Qarin" yang di perkatakan perlu kita beri perhatian yang khusus. Kembar janin ini memainkan peranan penting di dalam setiap perbuatan kita dan kita perlu tahu cara untuk mengurus nya. Jawatan "khalifah" ini perlu di sandang untuk menjadi wakil "Rasulullah" yang membawa akhlak manusia yang sebenar. Jiwa yang ada di sebalik tubuh ini yang menentukan arah tujuan hidup kita. Di situlah segala "pengaruh" di tumpukan. Semangat jiwa kita akan di puja dengan seruan dan godaan. Maruah harga diri kita akan tercemar ke lembah kehinaan apabila "jiwa" kita itu di sogok dengan keghairahan yang memuncak. Sifat kehaiwanan yang di pacu hawa "nafsu" mudah terbakar apabila bara "api" nya di curah agar menyala.

Semangat yang ada pada "jiwa" kita ini boleh di "puja" dengan mencerobohi pintu lima panca indera kita. Kuasa "air, api angin dan tanah" akan di gunakan untuk mempengaruhi serapan perasaan yang ada pada jasad tubuh nya dengan tenaga graviti tarikan bumi. Bahan "berat muatan" yang tertentu di perlukan untuk memikat kepercayaan yang ada pada kesedaran nya supaya menyerah diri.   

Edit 21.5.14

Apabila kita pejamkan mata kita untuk memerhatikan kesedaran kita, kegelapan yang kita nampak itu sebenarnya adalah pandangan jiwa hawa "nafsu" kita yang buta. Apabila kita bayangkan sesuatu di dalam kegelapan itu, gambaran yang kita nampak itu sebenar nya adalah pandangan jiwa ingatan "iman" kita yang bisu. Lensa "jiwa" kita ini melihat alam realiti dengan mata kasar dari "dua" tanggapan yang berbeza. Visual mata kiri dan visual mata kanan menumpukan gambaran yang berbeza. Apabila si buta itu tidak dapat melihat, tenaga pendengaran (sound), hidu (scent) dan sentuhan (tactile) nya menjadi rujukan untuk menyuarakan hasrat keinginan dengan bunyian suara. Yang selalu mengomel dan buat bising adalah tenaga hawa "nafsu" ini yang buta. 

Namun, penglihatan kita yang sebenar adalah "ilmu" pengetahuan kita yang di nampak ingatan "iman" dengan diam membisu. Sebab apa saja yang kita nampak perlu di "percayai" dengan pengetahuan yang yakin. Kita boleh lihat apa saja yang terpamir di realiti tetapi perlu mengenal objek itu dengan "ilmu" pengetahuan. Jika tidak, apa saja yang kita nampak tidak memberi erti pada kewujudan nya.  Jadi "akal" fikiran kita perlu mencari "ilmu" yang di jadikan dari "cahaya" yang bersinar. "Ilmu" inilah yang mesti kita "puja" dengan semua semangat jiwa kita yang ada. Jiwa kita ini perlu di didik dan di beri panduan untuk dapatkan kefahaman yang boleh di percayai.

Empat "nafsu" kita ini (aluamah, amarah, sufiah, muktamainah) yang berasal dari "api" mempunyai empat "nafas" (nafas, ampas, tanapas, nufus) yang berasal dari "angin" dimana "nyawa" (nabati,haiwani,jasmani, rohani) yang berasal dari "air" hidup di dalam "tubuh" (kulit,daging, darah, tulang) yang berasal dari "tanah" untuk panca indera (bercakap, mendengar, melihat, mencium) memberi maklumat itu kepada "hati" untuk "perasaan" nya dan "otak" untuk "ingatan" nya di mana "akal" itu berada. Sebab "hati" dan "otak" ini walaupun terletak di dua bahagian yang berbeza, saluran "nyawa" nya bertemu di urat saraf (nervous system) untuk buahkan "niat" segala amal perbuatan kita. Dalam "ilmu" mengenal diri kita ini, kita dapat memberi perhatian khusus pada segala punca pergerakan jasad tubuh kita. 

Perlu kita ketahui bahawa hawa "nafsu" kita bukan sesuatu yang perlu di buang atau di anggap mungkar untuk di hapuskan. Sebab hawa "nafsu" ini sangat penting untuk kita didik supaya menjadi tertib dan suci. Kita sangat perlukan hawa "nafsu" ini untuk beribadat kepada Allah swt. Sebab "perasaan" dan "ingatan" itu perlu "bernikah" dalam satu pelukan yang sangat mesra atau intim. Keharmonian hawa "nafsu" dan ingatan "iman" kita akan membuahkan amalan yang paling di minati Allah swt.  Di situ akan menitis "air" keikhlasan yang sangat jernih dan suci. Seteguk dari "air" ini akan buat kita hilang segala kehausan selama lama nya. Inilah "air" yang akan "Rasullulah" beri kepada umat nya sebelum melalui jembatan di pandang myashar nanti. Di saat matahari di turunkan sejengkal dari kepala kita.

Mencari diri kita yang sebenarnya bukan sesuatu yang dapat kita temui dengan sekelip mata. "Ruh" yang di katakan di tiupkan sejak kita masih "janin" lagi tidak pernah kita ambil peduli. Inilah "ruh" yang akan membawa kita pulang kembali kepada Al Khalik nya. Kerana hanya "ruh" ini sahaja yang tahu dan kenal Allah swt. Tanpa nya, kita tidak akan dapat mencari Allah swt. Bukankah kita perlu mengenal "ruh" ini untuk buat satu hubungan sulit yang sangat mesra??? "Ruh" inilah punca segala "ilmu" pengetahuan kita yang pernah kita perolehi. Malang nya kebanyakan kita sudah "mengaku" bahawa kitalah yang mempunyai segala kepandaian dan berlagak sombong dengan keangkuhan nya. Ingatan kita boleh "lupa" kefahaman kita boleh lupus. Kita boleh jadi nyanyuk dan bodoh dalam sekelip mata.   

Cubalah kita perhatikan diri kita yang tersembunyi itu. Kita sebenarnya tidak pernah berubah atau tua dan sentiasa begitu. Hanya jasad sahaja yang semakin mereput. Cermin "hati" yang terpancar melalui jendela mata hanya curahkan sinaran cahaya "ilmu" yang ada dalam diri kita.  Tumpuan "hati" yang duduk di kesedaran kita di pandang oleh hawa "nafsu" dan ingatan "iman" supaya "akal" yang bersidang di situ menyalurkan maklumat yang kita perlukan. Kefahaman dan kebijaksanaan tidak pernah kepunyaan diri kita. Siapakah yang menyalurkan habuan itu??????
  
Edit 6.6.14

Setiap manusia sangat memerlukan "ingatan" nya. Kerana di situlah kita menerima segala informasi maklumat. Tetapi adakah informasi maklumat itu akan datang masuk ke dalam dewan fikiran kita jika tidak di puja atau di seru????  Kita hidup dengan memerlukan "ilmu" dan jika "ilmu" itu tidak kita perolehi, nescaya kita akan tercorot di belakang. Bukan kah kita sentiasa mencari "ilmu" walaupun di mana saja kita berada???? Apabila kita sedang mencari "ilmu" itu tidak kah kita perlu menyeru nya supaya boleh sampai kepada kita. Sebab "ingatan" kita hanya sesuatu yang kosong jika tidak mempunyai perisian "ilmu" di dalam nya. Cuba kita perhatikan apa yang berlaku dahulu ketika Nabi Adam di jadikan. Bukan kah Tuhan memberi Nabi Adam sesuatu "ilmu" yang tidak pernah di berikan kepada para malaikat dan makhluk lain???? Inilah yang menjadikan Adam lebih mulia dari segala ciptaan  Tuhan yang lain.

Apabila kita manusia di beri "akal", kita perlu mengunakan "akal" itu untuk mencari perisian "ilmu" nya. Perisian "ilmu" ini datang dari pemberian Tuhan yang mendidik dan mengajar manusia tentang hakikat kebenaran. Bukan kah para Rasul dan Nabi menerima "wahyu" sebagai mendapat informasi maklumat. Tetapi setelah Nabi besar kita Muhammad, manusia tidak lagi menerima "wahyu" tetapi itu bukan bererti sudah tidak ada lagi pendidikan dan pengajaran melalui informasi maklumat ini. Bukan kah kita masih menerima "ilham" dan "idea" yang memberi kita inspirasi untuk berfikir dan memahami. Tidak kah kita perlukan "ilmu" itu untuk mendapat petunjuk??? Jadi kita perlu seru "ilmu" itu dengan berfikir dan meminta pedoman untuk memahami.

Informasi maklumat itu boleh datang kepada kita jika kita buka "hijab" itu untuk berurusan kepada Yang Maha Mengetahui. Informasi maklumat ini boleh di puja. Sebab "puja semangat" ini boleh di lakukan dengan atur cara yang tertentu. Mencari informasi maklumat dari sumber yang shahih sepatut nya menjadi keupayaan kita. Inilah apa yang di lakukan para bijak pandai dan para saintis terkemuka di dunia ini. Sebab "sains" sebenar nya adalah "ilmu" dan sangat perlu di cari dan di puja. "Sains" adalah milik semua manusia dan tidak di punyai oleh sesiapapun. Saintis yang pakar juga tidak boleh mengaku "ilmu" itu kepunyaan mereka sebab mereka dapat dari sumber yang datang masuk ke dalam dewan fikiran mereka. Sebab itu "thoughts" masih menjadi misteri pada kajian sains hingga ke hari ini.

Jadi mengapa kita tidak mahu mencari "ilmu" ini dan menjadi "saintis" pada kepakaran kita sendiri?????? Tetapi mengapa setiap pengetahuan itu masih lagi menjadi "pendapat" sehingga ia di terima oleh banyak orang yang menerima "pendapat" nya itu untuk di jadikan amalan. Tidak sesiapa boleh mengamalkan sesuatu jika mereka tidak mempunyai kefahaman (understanding) Jadi walaupun Tuhan sentiasa menghulurkan "ilmu" pengetahuan dan menyebarkan informasi maklumat kepada manusia, namun "Kefahaman" itu masih menjadi anugerah yang di pilih. Apa gunanya "ilmu" jika kita tidak memahami dan jadikan amalan???

Cubalah kita perhatikan "ingatan" kita. Kadang kala kita boleh terlupa. Jadi "ilmu" itu boleh di cabut dan di rampas kembali. Bukah kah Tuhan kita ini sangat Berkuasa???  

Edit 7.6.14

Mengapa kita kadang kala boleh hilang atau lemah semangat??? Mengapa ada susut nilai di dalam tenaga yang sangat kita harapkan untuk bangun bergerak melaksanakan sesuatu "niat" yang masih tersembunyi di dalam "hati" atau kalbu kita. Perlu kita selidiki apakah "niat" itu baik atau buruk. Sebab di situ ada dua cabang yang berbeza. Baik untuk kita tetapi mungkin buruk untuk orang lain. Tuhan akan tetap menjaga kepentingan orang yang lebih layak mendapat perhatian Nya. "Jiwa" kita ini sebenar nya di "taja" oleh pentadbiran Tuhan Yang Maha berkuasa. "Doa" setiap manusia tetap akan di dengar tetapi "ilmu" pengetahuan Allah swt amat luas dengan sifat Maha Mengetahui Nya. Mungkin hasrat kita dan hasrat orang lain bercangah sehingga salah satu daripada kita ini patut beralah. 

Pernah kah kita terfikir, kesenangan kita mungkin menjadi penderitaan orang lain???? Jika kita ambil kesenangan itu dari penderitaan orang lain, kesenangan itu akan menjadi "beban" yang harus di pikul dengan keresahan dan kegelisahan kita. "Semangat" ini seperti cahaya lampu yang boleh terang dan juga malap. Ia akan sentiasa malap di dalam kegelapan selagi ingatan "iman" tidak memberi sinaran cahaya dari "nur" ilmu  nya. Itulah mengapa kami dedahkan bahawa hawa "nafsu" kita itu sebenarnya "buta" di dalam kegelapan dan ingatan "iman" kita itu sebenarnya "bisu" dengan cahaya penyuluh nya. Ini amat penting untuk kita ketahui jika kita ingin kenal "jiwa" kita ini untuk "puja semangat" ini. Selagi cahaya ingatan "iman" tidak di isi dengan "ilmu" pengetahuan, selagi itu kita akan kekal begitu sehingga kita dapatkan perisian "ilmu" yang akan terangkan sinaran cahaya supaya kegelapan hawa "nafsu" kita mendapat "harapan" nya yang kabur itu.

Perhatikanlah diri kita. Kita akan selalu bermula dengan kegelapan dan senyap membisu selagi tidak di isi dengan "ilmu" pengetahuan. Jadi yang melihat dan nampak sebenarnya adalah "ilmu" itu yang di terima ingatan "iman" yang "bisu" kebingungan itu. Yang tahu bukan kita tetapi Allah swt. Sebab itu segala amal perbuatan manusia dapat di kesan dengan "niat" sebenar mereka. Inilah "semangat" yang perlu kita PUJA!!! Yang memberi kita Kudrat dan Iradat untuk melakukan segala gala nya. Sebab itu ayat Al Fatheha itu perlu kita baca di setiap raka'at sembahyang kita. Sebab segala pujian itu kepunyaan Allah swt bukan kita. Maka nahaslah orang yang merampas "hak" Allah swt ini. Mereka akan di tanya nanti di mana kesombongan dan keangkuhan yang pernah di ambil sebagai kepunyaan mereka.

Semangat yang kita puja bukan untuk kebanggaan tetapi sebenar nya untuk kesedaran kita. Apa guna "jiwa" yang berkobar kobar tetapi hanyut dengan kesombongan diri. Bukan kah lebih baik kita berada di tahap yang lebih tenang dan tenteram dan dapat melihat realiti di sekeliling kita dengan lebih nyata. Jiwa hawa "nafsu" kita yang buta ini tidak dapat mengenal yang "hak atau bathil" dan jiwa ingatan "iman" kita lah yang dapat mengunakan kudrat dan iradat itu sebagai "pinjaman" yang di "amanah" kan kepada nya. "Salah guna kuasa" inilah kita di hisab dan di hukum di hari kemudian nanti. Jadi apabila kita sudah di beri kelulusan untuk meminjam, kita perlu "tuntut" dengan rayuan dan seruan yang memuja. "Pintalah nescaya Aku beri!!!!!"

TETAPI risiko dan akibat nya perlu kita tangung sendiri nanti jika kita salah mengunakan nya. Itulah sebab boleh berlaku nya "sihir" dan "ilmu hitam" apabila perkara itu di tuntut dengan GURU yang telah di laknat dan di beri "masa" untuk buat demikian. Keturunan Aljaan dan keturunan Iblis ini di beri keupayaan untuk menyesatkan manusia. Jadi "semangat" yang kita "puja" itu ada sumber yang menyalurkan nya.

Edit 10.6.14

Istilah "puja semangat" ini boleh di gunakan dengan pelbagai atur cara. Apabila satu "permujaan" di lakukan dengan sebab yang tertentu, sudah pasti tentu nya ada keperluan untuk sampaikan "salam" itu kepada "alamat" tertentu. Urusan sampaikan "salam" ini masih menjadi misteri yang tersembunyi. Alat telekomunikasi sebenarnya boleh di jadikan "pengirim" yang sangat berkesan. Sebab ruang elektromagnetik ini sangat halus dan luas. Inilah apa yang sedang di rancang di sebalik kegelapan malam untuk berkomplot dengan jin dan syaitan. "Bungkusan" mistik yang cukup dengan syarat dan "berat muatan" akan di hantar melalui ruang elektromagnetik kepada mangsanya.


Jiwa seseorang itu mempunyai sinaran "granular" atau digital pada "wajah" tubuh nya. Ini yang di sebut "aura" yang mempunyai aneka warna dari pancaran cahaya nya. Perlu di ketahui bahawa "cahaya" melintasi ruang elektromagnetik di mana kekisi gelombang jalur lebar menunjuk kan pancaran nya yang tertentu. Apabila bukan saja "cahaya" yang mengunakan ruang ini, "suara" juga menjadi salah satu elemen yang boleh menghantar isyarat. Sebab "suara" mengunakan angin atau nafas kita yang di sebut dengan "ayat" atau perkataan yang di angkut ruang elektromagnetik ini. Dan "graviti" menjadi sauh yang menerima "bungkusan" yang di hantar dengan "berat muatan" nya. Telah terbukti ancaman "bungkusan" ini boleh di hantar melalui jalur lebar alat telekomunikasi. 



Sebab apabila ruang elektromagnetik ini dapat mengesan bahtera jasad tubuh kita di atas muka bumi ini, dengan ada nya telepon bimbit dan juga komputer mengunakan frekuensi jalur lebar, tidak mustahil jika "bungkusan" yang tidak di undang ini dapat di hantar kepada mangsa nya. Sebab "suara" yang menerima panggilan sudah cukup untuk sampaikan hajat itu. "Ilmu" pengetahuan dalam kajian "cahaya dan suara" ini sangat luas untuk kita memahami. Jangan kita terlalu leka dengan kemajuan "sains" terkini sehingga kita lupa bahawa anasir jahat seperti jin dan syaitan juga telah "maju" kehadapan untuk bersaing dengan kemajuan kita. Sebab mereka mengunakan ruang elektromagnetik ini dan jalur lebar sebagai halaman mereka. Kajian seterusnya sedang di jalankan jika alamat IP sebuah komputer itu boleh di gunakan untuk tujuan yang sama. Jika "virus" boleh masuk untuk serang komputer kita, tidak mustahil "bungkusan" ini tidak boleh di sampaikan. Kami harap pembaca kami dapat bersedia untuk perisian "firewall" yang kuat bagi melindungi kesejahteraan diri kita. Allah dan Rasul yang mempunyai "perisai" yang amat kukuh. 



Kami telah membuat kajian yang rapi tentang kemungkinan sistem telekomunikasi yang kita guna pakai boleh di gunakan untuk tujuan "mistik" seperti ini. Kajian kami telah menemui bukti dan fakta yang sangat membimbangkan. Sebab setiap jisim dan jirim yang wujud di realiti ini mempunyai zat atom dan molikuil yang menyebakan ia wujud di realiti dengan berat muatan dari graviti tarikan bumi atau jasad sebuah bahtera tubuh sebagai "objek" yang kita boleh nampak. Apa yang mengejutkan adalah molikuil "objek" ini boleh "berubah" dari partikel "nyata" (real) kepada partikel "kuasa" (force) yang menyebabkan "objek" itu dapat berada di dalam jasad tubuh tanpa sebarang kemasukan yang jelas. Kami telah banyak menerima bukti objek seperti "paku" ,"kaca" dan juga "jarum" boleh berada di dalam jasad tubuh manusia tanpa sebarang kesan kemasukan.



Anasir gelap yang mengunakan ruang elektromagnetik ini dapat mengubah jisim dan jirim dengan mengubah molikuil asal sebarang "objek" yang di gunakan. Apabila pengirim "bungkusan" mistik itu telah menemui "alamat" sesiap saja yang akan di jadikan mangsa nya, "penghantar" yang buat kiriman itu akan mengunakan ruang elektromagnetik ini untuk mengesan "alamat" tersebut. Kami dapati "suara" mangsa boleh menjadi syarat sebagai "penerima" yang di maksudkan melalui alat telekomunikasi. Tetapi jika "bungkusan" mistik ini di tujukan kepada "alamat" yang tidak di sambut dengan "suara" mangsa, ada kemungkinan istilah "graviti" dan "berat muatan" yang ada pada "jiwa" jasad tubuh mangsa itu akan di aktifkan. Sebab tenaga hawa "nafsu" setiap manusia mempunyai daya tarikan "graviti" ini untuk di muat naik.



Kajian sains kerohanian kami telah terjumpa banyak kemungkinan "visual effect" sesuatu lakaran atau gambar boleh memberi kesan kepada mata yang memandang nya. Ini boleh di jadikan satu "detonation" atau alat peledak yang akan mengaktifkan "bungkusan" mistik yang di kirim kepada "alamat" IP tertentu pada komputer mangsa nya. Kita wajib sentiasa berwaspada tentang segala kemungkinan yang akan melanda. Sebab kejahatan jin dan syaitan sekarang telah jauh lebih maju dari apa yang kita tahu setakat ini. Jika kita lihat perkembangan video lucah yang di aktifkan keturunan kebudayaan jin dan syaitan ini di internet, ada kemungkinan sumpahan "mistik" seperti ini boleh di aktifkan melalui suntikan "audio dan video" yang di kirim ke alamat email atau IP tertentu. Kami harap pembaca kami lebih berhati hati apabila membuka sesuatu laman atau muka surat yang tertentu.



"Pukau" sekarang sudah tidak lagi di aplikasikan melalui bersua muka. Sebab apabila alam eletromagnetik ini begitu meluas sekali di gunakan oleh sesiapa saja, peluang ini akan di ambil oleh "penganut" jin dan syaitan untuk jayakan agenda kejahatan mereka. Telah berlaku banyak "penipuan" yang sangat berleluasa di internet ini. Mereka boleh "perangkap" mangsa nya dengan imbuhan yang tidak munasabah. Apa yang mereka perlukan hanya "kecurigaan" kita untuk masuk "jerat" itu dengan kebodohan kita sendiri. 



Kami sedang buat kajian yang lebih terperinci tentang kemungkinan "mangsa" penipuan ini di beri pembelaan dengan melakukan satu tindak balas untuk menghukum penyangak internet ini dengan "perkakas" yang mereka gunakan sendiri. Jika mereka boleh masuk untuk cerobohi kesejahteraan kita, "sumpahan" menuntut hukuman ini perlu di jadikan satu "senjata" untuk mencari keadilan. Bagaimanapun, segala butiran terperinci "suspek" perlu di kumpul untuk di jadikan "alamat" yang lebih berkesan. Apa yang setiap "mangsa" di internet ini boleh lakukan setakat ini hanya menghantar "message" atau pesanan kepada "suspek" atau penyagak itu bahawa urusan untuk mendapatkan pembalasan sedang di usahakan. Panjatkan satu "doa" kehadrat illahi semoga orang yang melakukan kerosakan ini di hukum dengan setimpalnya.

   
Jangan kita terlalu terdesak dengan keupayaan jasmani sahaja. Sebab "ruang" alam rohani ini amat luas tanpa batasan nya. Apabila dua individu itu sedang berinteraktif di dalam satu temurama "akal" fikiran, "jiwa" yang berada di sebalik jasad tubuh itu mempunyai getaran gelombang "otak" untuk menangkap kedudukan "subjek" yang masih aktif menyimpan memori perbualan di dalam benak fikiran nya. "Ingatan" ini boleh di kesan dengan pancaran elektromagnetik di antara dua "jiwa" ini. "Telepathy" ini bukan satu mitos. Ini mempunyai kaitan dengan "astral projection" dan "remote viewing" yang di amalkan para spiritualis untuk buat tinjauan. 


Melalui teknik ini lah pengamal mistik membuat rumusan jika kedudukan "alamat" jasad tubuh "target" yang di sasarkan dapat di kesan, kemungkinan, bantuan rohani untuk buat kiriman "sumpah" itu boleh di laksanakan. Sebab mereka akan mengunakan khidmat kourier "courier service" untuk menghantar "bungkusan" yang sudah di isim dengan mantera jampi. Jin dan syaitan yang di seru boleh memberi khidmat tersebut jika cukup "mahar" nya. 



Tetapi kita yang percaya dan taat kepada kekuasaan Tuhan sepatut nya tidak harus ketinggalan. Dunia alam suci lebih luas dari segala jin dan syaitan. Bukan kah Tuhan Zat yang paling tahu siapakah yang membuat angkara itu. Alam ahli "suci" masih sanggup untuk beri bantuan. Bukan hanya "jin dan syaitan" sahaja yang bertugas di ruang rohani ini. Di sini "jiwa" kita boleh memohon satu rancangan tidak balas untuk mendapatkan persetujuan Tuhan dengan "doa" yang di pinta. "Doa" ini bukan sekadar sebutan ayat sahaja. Segala persiapan perlu di sediakan dengan cukup kudrat dan iradat nya. Sebab Tuhan telah berjanji akan membalas amal perbuatan manusia setimpal dengan apa yang di lakukan. Janji inilah yang di tuntut dengan "hak" orang yang di aniayai. Sebab "doa" orang yang di aniayai di sambut Tuhan dengan lebih cepat. Di sini kita perlu mempunyai cukup perisian "iman" dan "ilmu" untuk buat persembahan itu.



Menyiapkan satu persembahan untuk mendapatkan perhatian alam rohani yang "suci" perlu ada "asas" nya. Sebab mereka tidak akan berpihak kepada kegiatan kemungkaran. Apa yang perlu di ketengahkan adalah "pembalasan" yang setimpal itu di tuntut dengan "hak" oleh pihak yang di aniayai. Ini bukan seperti "hukum karma" yang di pegang penganut Hindu. Tetapi sebagai orang Islam kita juga di beri Tuhan "hak" untuk dapatkan pembalasan apabila kita di aniayai. Apakah orang yang "mencuri" itu sepatut nya di lepaskan dalam hukuman hudud "Islam???? Tidak!!!! Mereka patut di hukum kerana perbuatan mereka yang keji itu. "Hukum hudud" ini adalah sesuatu yang wajid  kita laksanakan. Ini termasuk dalam urusan "sebab dan musabab" atau (cause and effect) alam semesta.       



Jadi "cara" kita melaksanakan "hukum hudud" ini mengikut apa yang "terdaya" oleh kita. Jika kita tahu buat satu "formula" hukuman yang setimpal. maka itu "hak" kita untuk kuat kuasakan perintah itu. Apakah "hukum hudud" ini perlu di istiharkan dan di wartakan sebagai satu "penal code" enakmen undang undang yang di "iktiraf" baru boleh di laksanakan???? Nampak nya kita sudah terlalu taksub dengan "globalisasi" sehingga kita terlupa dengan melayan banyak sangat "alasan" untuk melengahkan nya. "Hukum Hudud" tidak perlukan peniktirafan sesiapa untuk di laksanakan. Mungkin kita yang teraniaya boleh mendapat keadilan jika "suspek" itu dapat di cekup dan mengaku bersalah di mahkamah civil. Tetapi yang terlepas ini perlukah kita berpeluk tubuh. Mungkin kita tidak tahu cara nya maka kita serahkan saja kepada Tuhan untuk menguruskan nya. Jadi Tuhan di jadikan seperti "penguat kuasa" yang menjalankan tugas rondaan dan kita hanya duduk berpeluk tubuh sahaja. 



Setiap kemungkaran perlu di hambat dengan hukuman yang setimpal. Sebab Tuhan telah memberi kita kebenaran untuk menjalankan perintah "hukum hudud" nya itu. Tetapi kita asyik "menyerah" saja kepada Tuhan seperti haiwan yang di jajah dengan situasi keadaan. Manusia di beri kemuliaan untuk memegang "watak" "khalifah yang mengurus bumi. Jika kita tidak mempunyai "kuasa" untuk menangkap orang dengan "waran" tangkap, kita masih boleh melakukan sesuatu yang lebih "halus" dan cermat untuk melakukan satu tindak balas. Dunia kerohanian ini mempunyai banyak ruang untuk kita terokai. Jika "malas" jangan lah buat andaian untuk cukupkan syarat kemalasan kita sendiri itu. Cari lah di alam rohani ini di mana Tuhan sentiasa berada di situ untuk beri "petunjuk dan bimbingan". Sebab "alam" ini tidak memerlukan pertemuan secara fisikal (physical appearance). Kita boleh mencari sesiapa saja untuk buat tuntutan. Ini bukan kawasan yang boleh kita gunakan "dendam kesumat" dan "hasad dengki. Alam ini hanya khusus untuk orang yang teraniaya mencari balasan. 

Edit 16.6.14

Sebenarnya, kita boleh menghantar isyarat di dalam mimpi seseorang itu jika ada keperluan. "Pesanan" ini hanya akan berlaku jika "jiwa" kita sudah cukup kuat untuk buat hubungan. "Keresahan" kita itu boleh menembusi "jiwa" orang lain untuk sampaikan "pesanan" itu. Mungkin pembaca kami pernah bermimpi terjumpa sesiapa saja di dalam satu mimpi yang agak bermakna. Sebab ada mimpi yang membawa "erti" dalam satu suratan yang tersirat. Tetapi "bahasa" jiwa" ini perlu kita fahami. Tidak semesti apa yang di tunjuk mempunyai nilai yang di maksudkan. "Bahasa" jiwa ini sangat halus dengan perumpamaan yang unik. Tetapi ada juga mimpi yang agak drastik dengan hujjah yang sangat terang. 

Penulis pernah berselisahan faham dengan seorang yang berlainan bangsa. Oleh kerana "jiwa" penulis sangat tertekan dengan kekasaran tingkah laku nya, penulis merujuk di dalam satu utusan bathin untuk bertemu dengan "jiwa" nya dalam masa waktu kita sedang tidur. Keesokan hari, perubahan ketara berlaku pada orang ini yang nampak agak kebimbangan apabila bertemu muka dengan penulis. "Pesanan" itu rupanya sudah di sampaikan.  

Menghantar isyarat bathin bukan sesuatu yang mustahil. Sebab alam jasad dan alam jiwa sangat berbeza. Persoalan nya adakah peranan "jiwa" itu dapat mempengaruhi jasad tubuh kita dan ini sudah menjadi satu fakta kenyataan bahawa jasad tubuh kita akan bertindak dengan reaksi jiwa nya yang berada di sebalik jasad tubuh itu. Jadi ruang alam bathin sangat penting untuk kita jelajahi. Apa saja "ilmu" yang kita pelajari, kita mesti uji di lapangan realiti ini sebagai pengesahan. Jika ini dapat di laksanakan, tidak perlu kita bertumbuk dan bersilat di khalayak ramai secara fisikal. Mungkin aman dunia ini apabila kita menjaga tertib tingkah laku dan tidak menyombongkan diri. 

Tidak halal kita menyentuh perasaan dan harga diri orang lain. Itulah mengapa alam mistik di jadikan rujukan apabila ada yang tidak berpuas hati cuba cari keadilan. Namun tata tertib atur cara pembalasan "hukum hudud" ini hanya di khususkan kepada yang teraniaya sahaja. Lapangan ini bukan untuk hasad dengki dan dendam kesumat. Itu lah mengapa ada alam "ilmu hitam dan sihir" untuk mereka yang hilang kesedaran dan kewarasan. Mereka sanggup gadai "jiwa" mereka untuk di jadikan cagaran. Sebab sesiapa yang mengunakan "ilmu hitam dan sihir" akan kehilangan "jiwa" mereka sebagai cagaran. Syaitan akan memiliki "jiwa" mereka apabila mereka telah mati nanti dan jasad tubuh mereka akan di benci "bumi" untuk di ambil kembali.

"Jangka hayat" kita akan susut nilai apabila kita bersekongkol dengan syaitan. Sebab "jarak masa" akan di singkatkan untuk hasilkan "sihir" yang secepat kilat. Tuhan telah menetapkan "masa" itu untuk berjalan dengan lajak nya yang di tetapkan untuk setiap perkara berlaku. Tetapi syaitan yang mempunyai "jangka hayat" yang lebih panjang dari manusia boleh memberi "pinjaman masa" ini untuk di gadai dengan berlakunya sesuatu dengan secepat kilat. Manusia akan sentiasa mengharapkan keinginan dan impian mereka berlaku dengan pantas dan cepat. "Jalan pintas" inilah di mana manusia terjebak dengan dakyah syaitan untuk melakukan kemungkaran. Tetapi ilmu ketuhanan memerlukan "kesabaran" untuk menunggu dengan penuh kepercayaan. Di sinilah setiap "iman" itu akan di uji. Mereka yang tidak dapat menunggu dengan "kesabaran" sebenarnya sudah menjadi pengikut syaitan untuk mulakan kemusnahan.    


Jalan pintas untuk dapatkan habuan dengan secepat kilat ini banyak yang mendatangkan mudarat. Orang mencuri sebab tidak mahu berkerja dan berusaha tetapi mengambil usaha jerih penat lelah orang lain. Orang menipu mendapatkan kesenangan sebab mereka tidak pandai mencari secara jujur di pentas hidup. Begitu jugalah orang yang mengunakan "sihir dan ilmu hitam" sebab mereka tidak mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih berhemah.  

Mencapai sesuatu dari laluan "masa" yang tertentu dengan "kesabaran" mempunyai banyak hikmah di dalam nya. Ini yang di sebut "hak" yang kita terima secara "halal" dan akan di lindungi Tuhan sebagai rahmat nya. Keberkatan ini sangat berharga untuk menghirup keriangan dan kesenangan tanpa melalui kegelisahan dan kebimbangan. Orang yang mendapatkan sesuatu yang "haram" akan di landa gundah gelana. Saat yang sepatut nya kita lalui dengan tenang dan gembira, di hakis dengan resah gelisah. Tahap kegembiraan itu tidak sempurna. Mengecapi kemuncak kegembiraan bukan dengan mencuri, penipu dan hasad dengki. Itu di lakukan hanya untuk lepaskan sesak dan beban yang di tangungi.

Edit 15.9.14

Amat penting kita mengetahui "diri" kita yang sebenarnya. Hawa "nafsu" yang selalu meminta dengan keinginan nya dan ingatan "iman" yang selalu berfikir dengan "ilmu" pengetahuan nya. Bukan kah kita sentiasa akan mengunakan kedua anasir ini untuk buat "pilihan" dan mencari "peluang" untuk di nikmati??? "Nikmat" yang di cari kadang kala berubah menjadi derita sengsara. Kita tidak pernah menempah penderitaan itu tetapi ia datang menjengok setelah kita gagal mengikut peraturan yang telah di tetapkan. "Masalah" itu akan sentiasa menjelma dan akan memerlukan ingatan "iman" untuk menyelesaikan "masalah" itu. Yang buat "masalah" itu adalah keinginan hawa "nafsu" dan yang meneyelesaikan "masalah" itu adalah kebijaksanaan ingatan "iman" kita. Jadi sudah pasti kita perlu tingkatkan kebolehan ingatan "iman" kita ini supaya ia lebih teguh untuk menghadapi cabaran yang di lakukan keinginan hawa "nafsu" kita.

Inilah "jiwa" yang perlu kita "seru" dan "puja" dengan kalimah Allah dan Rasul. Tetapi kita juga perlu tahu "kalimah" apa yang di perlukan hawa "nafsu" dan juga ingatan "iman" ini. Sebab mereka mempunyai kepentingan yang berbeza. Kalimah Allah dan Kalimah Rasul mempunyai bahan tenaga yang berbeza untuk mengimbangi kestabilan "jiwa" ini. Jika tidak "jiwa" itu akan bergolak sebab tidak di beri "makanan" yang seimbang. Kalimah ini mempunyai ayat "panas dan sejuk" nya. Jika kita mengisi ayat "panas" yang berlebihan, "jiwa" ini akan mudah "marah" jika tidak di beri dengan ayat "sejuk" untuk mengimbangi ketenangan nya.     

Pernah berlaku satu peristiwa semasa "arasy" itu di tulis dengan Kalimah tauhid di mana air lautan yang di sekeliling mula bergolak dan bercokak dengan kencang, tetapi apabila Kalimah Rasul itu di tulis di sebelahnya, air lautan itu mula reda dan tenang. "Jiwa" kita ini bukan hanya memerlukan Kalimah Allah untuk istiharkan kewujudan Nya tetapi perlu juga Kalimah Rasul untuk buktikan sunnatullah Nya sebagai penyampai aturcara nya. Hanya Rasulullah sahaja yang tahu bagaimana untuk "beribadat" kepada Allah swt. Kita perlu kenal Rasulullah dahulu sebelum kita dapat mengenal Allah swt. Kita kenal kalimah "laillahaillallah" dari lidah Rasulullah yang menyebut nya. Jika "Muhammadarasulullah" itu tidak kita iktiraf sebagi umat dan baka nasab nya, maka apa saja amalan yang kita lakukan tidak akan menjadi nikmat sebagai "ibadah" yang di terima. Kuasa Rasulullah sangat penting untuk berdiri sebagai seorang manusia yang di namakan "khalifah" di atas muka bumi ini. Jika "jiwa" kita itu tidak pernah terpikat dan kagum dengan "akhlak" Rasulullah, maka kita bukan lagi seorang manusia yang berhak di beri perhatian Allah swt. 

Pernah kah kita "puja" Rasulullah ini seperti mana seorang perminat memuja idola kesayangan nya. Kasih sayang kita kepada Rasulullah perlu menjadi "impian" untuk kita bersua muka. Sebab apa yang pernah Rasulullah "rasa" di dalam "hati" nya di saat dia "sujud" mengabdikan diri, adalah satu "nikmat" yang tidak pernah di rasai oleh sesiapa pun. Taqwa keimanan yang di miliki Rasulullah tidak tercapai oleh kita. Kerana hawa "nafsu" yang ada di dalam diri Rasulullah sudah "menyerah diri" untuk di Islamkan. Selagi hawa "nafsu" kita ini masih belum tunduk dan akur "menyerah diri", jangan lah kita berangan angan untuk menjadi seorang yang sudah beriman. Apabila kita di uji Allah nanti, pasti kita akan gagal kecundang. Sebab "iman" ini memerlukan bukti dari kesan "peluh" dari keringat Rasulullah. Perit jerih dan penderitaan yang di lalui Rasulullah belum pernah kita rasai. Ancaman, fitnah hasutan, hasad dengki dan caci kebencian perlu kita rasai dahulu seperti mana Rasulullah lalui.

Jika kita masih belum di uji begitu rupa jangan lah kita harapkan "wajah" kita itu akan di pandang oleh Allah swt. Kebolehan kita untuk menjadi seorang yang "beriman" masih belum di iktiraf lagi. Minta lah syafaat itu dari Rasulullah dengan berselawat kepada nya. Sebab Allah swt dan para Malaikat Nya berselawat atas Nabi Muhammad kerana dia adalah SunnahAllah. Sunnah Allah ini merangkumi langit dan bumi dan apa yang di tengah nya dan menjadi seru sekalian alam. Apabila sekalian alam ini menyeru dan memuja Rasulullah, mengapa kita tidak begitu???? Tidak mahukah kita "puja semangat" Rasulullah ini untuk menjadi seorang yang di namakan "beriman" dan juga "berilmu" dengan status "khalifah" di atas muka bumi ini??? Jika kita anggap Rasulullah itu sudah tidak wujud lagi dan tidak perlu di cari lagi, maka kita akan kehilangan segala nikmat yang telah di tabur di sekeliling alam. Bayang bayang Rasulullah berada di mana saja kerana agama Islam telah tersebar luas di merata dunia termasuk di alam ghaib yang di duduki makhluk jin. 

Tidak perlu jampi serapah untuk "puja semangat" Rasulullah ini. Kita hanya perlu tundukkan hawa "nafsu" kita yang buta ini supaya "menyerah diri" dan beribadat kepada Allah swt dengan segala sunnah Rasulullah yang telah di tetapkan. Sebab "Sunnnah Allah" adalah fitrah yang sudah di terapkan untuk beribadat kepada Allah swt tanpa memerlukan "niat" yang di sengajakan. Tetapi "Sunnah Rasulllah" memerlukan "niat" yang di sengajakan untuk berdiri sebagai "saksi" akan kewujudan Allah swt. Sebab Rasulullah adalah "saksi" pertama dapat pergi mengadap Allah swt semasa Israq Miqraj dan kita perlu naik menjadi "saksi" itu sebagai umat nya. Amal ibadat kita ini sebenarnya bukan untuk Allah swt tetapi untuk diri kita sendiri. Kita lakukan semua nya ini untuk buktikan kepada diri kita sendiri bahawa kita ingin menjadi seperti Rasulullah dan mendapat syafaat Nya. Bukah kah dua kalimah syahadat yang di lafazkan perlu menyebut Allah dan Rasul. Dimana ada Rasulullah di situ ada Allah swt. Jadi jika kita tidak wujudkan Rasulullah bagaimana Allah swt akan wujud di situ.

Edit 22.9.14

Status "khalifah" ini perlu kita selidik dengan mendalam. Sebab awal utama manusia di jadikan adalah untuk menjadi "khalifah" di atas muka bumi ini. Status "Khalifah" ini boleh di jawat atau di sandang oleh sesiapa saja termasuk kaum musyrikin dan kafirin yang tidak beriman kepada Allah swt. Ini fitrah semula jadi, sebab "jawatan" ini umum untuk sekalian manusia mengurus "bumi" ini. Itulah mengapa kita lihat orang kafir begitu bergiat untuk menjadi "khalifah" di atas muka "bumi" dan mengejar kemajuan hidup untuk kepentingan duniawi. Itu "hak" yang di janjikan Allah swt kepada sesiapa saja sebagai seorang manusia tanpa persoalkan "keimanan" mereka. 

Tetapi status "khalifah" pada umat Islam hanya wujud selepas Rasulullah wafat. Tidak ada "khalifah" semasa Rasulullah hidup dan status "khalifah" ini tidak ada kaitan dengan "keimanan" seseorang itu kecuali hanya "pemerintahan" politik dan ekonomi mereka. Urusan "khalifah" ini termasuk hukum hudud "Sunnah Allah" dan "Sunnah Rasul" seperti mana yang kami jelaskan tentang "niat" tadi. Fitrah "Sunnah Allah" tidak memerlukan "niat" dan di kira sebagai "ibadah" asas seorang makhluk yang di jadikan untuk tujuan itu oleh Pencipta nya. Seperti kata Tuhan, "Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada ku." Jadi setiap makhluk yang di cipta Tuhan akan beribadah mengikut fitrah semula jadi mereka yaitu berkelakuan dan mengikut apa yang di kehendaki oleh Tuhan. Ini asas mereka sebagai "naluri" untuk beribadah tanpa perlukan "niat" seperti "Sunnah Rasul" yang lebih khusus dan eksklusif. 

"Khalifah" pertama yang di lantik selepas Rasulullah wafat adalah lebih kepada "pemerintahan" umat dan bukan kepada "ibadah" yang di kuat kuasakan Rasulullah. "Ibadah" yang di bawa "Rasulullah" sebelum dia wafat sudah sempurna seperti kata Tuhan, "Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu dan aku reda Islam sebagai agama Ku." Tidak pernah Rasulullah semasa hidup menyebut tentang penganti nya atau "khalifah" ini sebab hanya dia sahaja yang di utus untuk soal "ibadah" yang di redai Allah swt. Sesiapa sahaja yang ingin menyentuh tentang hukum "ibadah" perlu merujuk kepada "Sunnah Rasulullah" dan bukan kias dan pendapat dari mereka. Namun, "bida'ah" ini yang tidak termasuk di dalam perintah Allah dan Rasul bukan lagi "wajib" tetapi "sunnat" yang perlu di perkenankan Allah swt.

Persoalan yang perlu kita teliti di sini apakah "politik" dan "ibadah" itu perlu di satukan atau di pisahkan. Isu ini sangat penting untuk kita ambil tahu kerana akan buat kita keliru sepanjang masa. Mungkin pada kebanyakan kita soal ini tertumpu kepada ganjaran atau "pahala" yang di harapkan. Adakah kita ini berdosa jika kita tidak lakukan sesuatu yang di tetapkan Allah dan Rasul. Banyak yang akan melaungkan bahawa "fahaman" mereka itu sesuatu yang di kehendaki Allah dan Rasul dan mereka lah yang sebenarnya di antara "satu" dari "tujuh puluh tiga" golongan yang berpecah. Jadi yang "satu" itu sebelum menjadi "tujuh puluh tiga" golongan yang berpecah itu masih menjadi teka teki. Zaman di masa Rasulullah masih hidup yang di ikhtiraf Allah swt itu bukan pemerintahan "khalifah" tetapi di bawah  pemerintahan "Rasulullah" yang unggul dan eksklusif. Rasulullah pernah melantik seseorang itu menjadi "khalifah" untuk memerintah negeri atau kawasan tertentu tetapi "khalifah" ini tidak semesti nya menjadi "imam" dalam urusan agama dan ibadah. Sebab "khalifah" ini mungkin perlu berjema'ah di belakang "imam" dalam urusan ibadah.

Perkataan "imam" pula menjadi satu tanda tanya untuk kita buat kajian. Terlalu banyak "imam" yang menjadi ikutan sehingga umat Islam menjadi berpecah belah kerana "pendapat" yang berbeza. Empat Imam terbesar yaitu "Imam Shafi'i, Imam Hanafi, Imam Hambali dan Iman Maliki" menjadi rujukan kepada Hadith Rasulullah untuk di jadikan "syariat" umat Islam yang berpecah ini. Rasulullah memang memerintahkan kita mengikut "imam" di dalam soal agama dan ibadat dan di situ tentulah ada "jema'ah" yang menjadi "pengikut" nya. Jadi kita harus sedar "khalifah" dan "imam" ini adalah dua watak yang berbeza. "Khalifah" tertumpu pada "politik" dan "Imam" tertumpu pada "ibadah" kita. Jadi "khalifah" ini berada di pucuk pimpinan "kerajaan" dan "imam" ini berada di pucuk pimpinan "ibadah". Jawatan ini perlu jelas untuk kita beri perhatian agar kita tidak terkeliru dengan peranan mereka.    


Kita akan kedengaran tentang sistem "sekular" yang menjadi polemik perbincangan yang hebat untuk di gantikan dengan sistem "syari'ah" yang di anggap lebih Islamik seperti zaman pemerintahan Rasulullah dengan mengunakan "khalifah" atau juga "imam" sebagai kepala kerajaan. Sedang kita sibuk membaik pulih keadaan "ibadah" kita yang berpecah "tujuh puluh tiga" golongan ini, kita di dedahkan pula kepada sistem "pemerintahan" yang di katakan boleh menyatukan perpecahan itu di bawah satu "jajahan" pemerintahan Islam. Apakah kedamaian dan keharmonian itu akan pasti di kecapi dengan semua golongan ini bersatu dengan satu haluan yang kukuh tanpa ada kekecohan perselisihan faham dan memberontakan yang ketara. Anasir subversif yang ingin melihat kita berperang di antara satu sama lain tidak akan duduk diam membiarkan kita begitu sahaja. Mereka akan pastikan kita bermusuhan dengan menabur fitnah dan hasutan agar kita bertengkar dan berpecah. Kita telah lihat bagaimana fahaman sunni dan syiah berbunuh bunuhan untuk tegakkan fahaman mereka. 

Kekuatan ikatan perpaduan dan keharmonian hidup pelbagai kaum, bangsa dan fahaman di dalam satu pemerintahan yang kukuh bukan satu cara yang mudah untuk di capai. Di dalam masyarakat majmuk yang berbilang bangsa, agama dan fahaman ini perlu ada garis panduan yang holistik untuk menjaga keamanan sejagat. Keperluan "politik" dan "ibadah" ini di pisahkan adalah jalan yang terbaik untuk keamanan dan keharmonian semua pihak. Sesiapa saja yang di pilih memacu pucuk pimpinan kerajaan untuk semua bangsa dan agama perlu di beri pengiktirafan. Agama patut di serahkan kepada yang arif seperti "imam" untuk menguruskan nya untuk tujuan akhirat dan duniawi di beri pada yang arif tentang urusan ekonomi. Peranan "kerajaan" memberi keadilan tentang sara hidup dan peranan "imam" memberi tunjuk ajar tentang shafa'at ibadah agama. 

Tetapi jika pucuk pimpinan itu berada di tangan kuasa Islam, maka sistem Rasulullah itu perlu di guna pakai sebab Rasulullah di utus bukan untuk bangsa dan kaum tertentu tetapi untuk semua umat manusia sejagat. Jadi sistem Rasulullah yang asal dan satu itu sebelum golongan itu berpecah menjadi "tujuh puluh tiga" golongan perlu di kaji selidik. Sudah tentu Allah swt telah memberi kepada Rasulullah cara pemerintahan itu dan bagaimana dia menjaga kepentingan kaum dan agama lain di bawah pemerintahan nya. Di ketika itu Yahudi dan Nasrani masih boleh mengamalkan agama mereka masing masing dan mereka perlu juga membayar cukai pendapatan atau perniagaan kepada Rasulullah. Rasulullah berjaya memerintah kaum dan bangsa lain sebab "akhlak" nya yang mulia dan di ikhtiraf tahap ketulusan, kejujuran dan kebenaran nya. 

Tetapi adakah sesiapa yang boleh memiliki "akhlak" itu untuk menjadi "pemimpin" seperti Rasulullah. Jika kita sudah jumpa orang yang memiliki "akhlak" Rasulullah, maka sudah tiba masa nya kita angkat dia menjadi "pemimpin" yang akan di hormati semua kaum dan agama di bawah jajahan Islam yang mulia ini. Jika belum ada yang setanding dengan "akhlak" Rasulullah, lebih baik kita simpan hasrat untuk memegang tahta kerajaan yang di katakan Islam itu. Jika orang yang ingin menguat kuasa kan Islam itu masih belum Islam yang sebenarnya, kita perlu di tinggalkan dengan diri kita sendiri untuk Islamkan diri kita dahulu.    

Sebab sebelum kita nak Islam kan apa juga, kita kena Islam kan diri kita dahulu, kemudian sanak saudara terdekat, kemudian jiran tertangga terdekat, kemudian kampung halaman terdekat dan barulah kita keluar lebih jauh dari itu untuk menyebarkan Islam. Jika kita renung dan kaji cara orang terdahulu seperti ulama ulama yang membawa Islam ke pelusuk nusantara ini, mereka sebenar nya ahli "perniagaan" yang merantau di bumi luar untuk berniaga sambil berdakwah. Begitu juga Rasulullah yang mahir dalam perniagaan dan berdakwah. 

Kuasa ekonomi ini sangat penting untuk jadikan asas pergerakan dakwah kita. Jika suasana di sekeliling telah aman dan damai, tidak perlu kita menganas dan berperang untuk sampaikan dakwah kita. Suasana aman dan damai itulah peluang yang paling terbaik untuk berdakwah secara sihat. Sebab kita perlu tahu asas keislaman. Tidak sesiapa boleh jadikan orang itu "beriman" melainkan Allah swt. Jika kita tidak ada "kuasa" untuk jadikan orang "beriman", mengapa perlu kita berperang untuk tegakkan Islam dengan menganas. Bukan kah cara Rasulullah itu lebih praktikal dengan menunjukkan budi pekerti yang tinggi dan mulia??????   Mengapa "akhlak" Rasulullah itu tidak menjadi ikutan dan contoh tauladan. Malah sarban dan jangut yang menjadi keutamaan.

Persepsi yang songsang ini perlu di perbetulkan dahulu agar martabat dan kesucian Rasulullah tidak tercemar dengan perangai peribadi kita yang dhaif. Islam di lihat seperti "penganas" dan tidak sedikitpun menunjukkan kemulian dan kesucian dengan penuh kasih sayang. Kita hanya besarkan "hukuman" dari "belas kasihan" dan lari dari sifat Allah swt yang sebenar yaitu Pengampunan nya melebihi Kemarahan Nya. Tidak sesiapa di dunia ini mempunyai "hak" untuk menghukum selain dari Allah swt. Malah Rasulullah mempunyai sifat yang sangat pengasih dan penyayang lagi pengampun. Cara Rasulullah berdakwah sangat unik dan bijaksana sehingga sifat "sabar" nya itu begitu berkesan buat orang yang bersalah melutut keinsafan. Bukan kah Rasulullah membalas kejahatan orang dengan kebaikan!!!!! Mengapa ini tidak di contohi???? Secara psikologi, cara itu paling berkesan untuk buat orang tunduk dan akur dengan keinsafan. Bukah kah Allah swt memerlukan "KEIKHLASAN!!!!!!!!" Mengapa perlu di herdik!!! Mengapa perlu di ancam!!!!! Mengapa perlu di hukum!!!!!

Allah dan Rasul tidak pernah mengunakan hawa "nafsu" apabila melakukan sesuatu, sebab hawa "nafsu" itu buta. Si buta ini tidak nampak tentang apa yang ada di hadapan nya. Rasulullah mengunakan "laduni" untuk melihat hari kemudian dan masa depan. Segala sunnah Rasulullah adalah "laduni" yang berkesan sehingga ke hari ini. Amat rugi mereka yang tidak mahu menuntut "ilmu" Rasulullah ini yang sentiasa merujuk kepada Allah swt dalam setiap perbuatan. Mengapa Maha Mengetahui ini tidak mahu di guna pakai????? Kita terlalu tergesa gesa membuat kesimpulan dan ambil tindakan tanpa merujuk kepada jemaah Allah dan Rasul. Jangan sampai kita di sumpah menjadi monyet seperti mana kaum Yahudi dahulu. 

Segala kemungkaran dan keingkaran perlu di tangani dengan pencegahan dan bukan hukuman. "Pencegahan" ini lebh effektif untuk hindari mereka melakukan maksiat. Apa guna kita biarkan mereka berdosa lalu datang untuk menghukum. Bukan kah lebih baik kita "mencegah" itu dari berlaku dengan penuh berkesan. Orang yang pandai menghukum sebenar nya bodoh untuk mencegah. Jika kita pandai mencegah sudah pasti kita tidak perlu menghukum. Rasulullah di utus untuk mencegah kemungkaran bukan untuk menghukum kemungkaran!!!!!!     

Edit 29.9.14

Mencegah lebih baik dari mengubati. (Preventive is better than cure) Allah dan Rasul mengeluarkan "hukum" untuk mencegah manusia dari buat kemungkaran. Ini matlamat utama agama supaya manusia itu dapat menjauhkan diri dari segala maksiat dan dapat melaksanakan adap kesopanan (decency) yang sepatut nya di lakukan manusia. Lihatlah di sekeling kita ini sekarang, betapa ancaman jahiliah begitu ketara sehingga anak muda remaja mudah terjerumus ke lembah maksiat. Bayi di buang seperti sampah, bapa merogol anak perempuan nya sendiri sehingga mengandung, anak membunuh ibu bapa dan adik beradik sendiri. Di zaman kami dahulu budak budak sangat menghormati orang tua sehingga tidak berani menatap wajah kemarahan mereka. Tetapi sekarang anak anak muda bukan hanya tidak menghormati ibu bapa mereka malah mengherdik dan memukul tanpa belas kasihan.   

Apakah sistem agama kita ini tidak lagi berkesan. Kita lebih cenderung kepada "penyakit" dari mencari "penawar" nya. Agama Islam lebih pada mengistiharkan "hukum" sahaja untuk diagnos "penyakit" masyarakat tetapi amat sedikit yang menghulurkan "penawar" untuk mengubati "penyakit" jiwa ini. Ancaman dunia globalisasi telah mengugat pemikiran anak muda kita untuk menuntut kebebasan dari batas agama yang membendung akhlak kelakuan mereka. Apakah asas agama yang telah di berikan semasa di bangku sekolah lagi telah tercemar atau terhakis oleh kelemahan ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Anak muda tidak lagi boleh di tegur oleh ibu bapa sendiri dan juga orang lain. 

Kelemahan ini berpunca dari "contoh tauladan" dan "pendedahan" (exposure) yang di tunjukkan.  "Pendedahan" ini perlu di kawal selia di era globalisasi ini. Sebab ideologi barat telah menyusup masuk di pintu minda anak muda kita untuk runtuhkan pegangan agama yang semakin rapuh. Apabila "ulama" sudah berpolitik, masjid menjadi "markas", masyarakat hilang panduan kearah kesejahteraan "keperibadian akhlak" untuk di semai ke generasi akan datang dan anak muda terbiar dengan cita rasa mereka sendiri. Jika seorang yang sepatut nya memimpin telah hilang arah, anak muda terpaksa mencari arah tujuan kepada "pendedahan" globalisasi yang semakin cangih menyogok "gajet" telekomunikasi sebagai alat "permainan" (toys) untuk di jadikan "sumber" penyebaran propaganda agenda kemusnahan. 

Agama di hasut supaya melepaskan keharmonian dan mengengam keganasan. Hujah dalil pecahan 73 golongan tersasar itu perlu merebut kerusi yang "satu" itu sebagai perjuangan mereka. Tali pegangan yang sepatut nya berpaut pada Allah dan Rasul  telah mula reput. Islam telah menjadi "hak" peribadi untuk di terjemahkan mengikut keadaan semasa. Apabila "ulama" merebut kuasa yang tidak boleh di kuat kuasakan, masyarakat berkecai tanpa arah tujuan yang sebenar. Anak muda semakin liar menjalankan aktiviti di luar kawalan. 

Sebelum "penyakit" ini dapat di ubati untuk cari "penawar" nya, bedah siasat (pos mortem)  perlu di lakukan untuk kenal pasti "kuman" yang menjangkit. Saraf "otak" yang melumpuhkan angauta tubuh perlu di suntik dengan ubat pelali supaya bertafakur sejenak agar denyutan nadi degupan jantung di "hati" dapat di dengar gendang palu nya. Gas "oksigen" yang cukup berkualiti perlu di salurkan supaya dapat terus bernafas dengan selesa. "Kuman" ini perlu di kenal pasti sebelum "penyakit" ini menjadi kronik dengan bisa kesakitan yang berpanjangan. 

Edit 14.10.14

Jika yang ingin mendalami urusan "jiwa" rohani ini, terlebih dahulu perlu mengenali "diri" kita yang sebenar nya. PERNAH KAH KITA BERKENALAN DENGAN DIRI KITA SENDIRI??? Kita asyik kenal orang di sekeliling tetapi tidak pernah ingin mengenal diri sendiri. Pekong dan kotoran pada diri orang selalu kita periksa tetapi "daki" pada diri sendiri di biarkan. Jika anda serius untuk mengenali diri, ada terapi yang mudah untuk mula dari peringkat asas. 

"Jiwa" kita ini adalah satu "gadjet" telekomunikasi yang kita gunakan untuk berhubung dengan resepsi dunia luar. Kita telah "set" untuk fokus kepada keadaan di sekeliling kita dan ambil tahu apa reaksi atau respon yang boleh di terima oleh jasad tubuh kita. Kita selalu harapkan layanan baik dapat di terima dari alam sekeliling. Ini yang di katakan "hospitality" yang alam ini sediakan untuk kita. Tetapi ada juga yang menghulurkan "hostility" untuk mengancam kesejahteraan diri kita.  

Kebanyakan "hostility" ini berpunca dari "arahan" diri kita sendiri. Kita yang menyebabkan "chaos" itu apabila kita salurkan "virus" yang merbahaya atau mengancam ketenteraman. Sebab alam sekitar kita ini mempunyai ruang jalur lebar yang mengurus kuasa "sebab dan musabab" di mana urusan "takdir" telah "tetapkan" peraturan nya dan akan di "tentukan" oleh kuasa urusan "nasib" kita. Perlu kita ketahui bagaimana realiti ini berlaku. Sebab hari semalam (past) membentuk hari ini (present)  dan hari ini membentuk hari esok (future). 

Kita sebenar nya membuat "tempahan" (tender) dengan "doa" dari perbuatan dan kelakuan yang kita usahakan. Jadi "sumber" atau (source) segala kejadian itu berpunca dari diri kita sendiri. Mereka yang di luar sana hanya buat "interaksi" dari apa yang kita hulurkan. Jadi apa juga bahan yang kita salurkan di luar sana akan di terima sebagai "tempahan" untuk diri kita. Jadi "gadjet" yang kita gunakan untuk berkomunikasi ini perlu kita pastikan berkesan untuk dapatkan respon yang positif. Jika kita gunakan barang yang rosak dan tidak berfungsi dengan berkesan maka hasilnya akan mengecewakan.

Jadi kita perlu periksa "gadjet" kita ini untuk pastikan ia berfungsi dengan effektif atau berkesan. Kita perlu melakukan "pos motem" atau bedah siasat untuk periksa "komponen" di dalam "gadjet" ini. Komponen utama "gadjet" ini adalah keinginan hawa "nafsu", ingatan "iman" dan "akal" fikiran. Ini perlu kami  beri analogi seperti Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak sebab itulah "watak" mereka di dalam jasad tubuh kita ini. Kami telah banyak membuat ulasan tentang perkara ini yang mempunyai rangkaian penjelasan yang lebih luas. 

Edit 15.10.14
Ini yang kami bincangkan di dalam cerita Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak.
Adakah kita tahu bagaimana realiti ini terbentuk??? Apabila hari semalam menghasilkan hari ini dan hari ini menghasilkan hari esok, maka masa "silam" (past) mempunyai hubungan dengan masa "depan" (future) itu. Begitu juga sesuatu yang "ghaib" itu mempunyai hubungan dengan yang "nyata" ini.  Apa yang berlaku di realiti ini adalah sesuatu yang "baru" apabila "ruang" alam semesta itu berkembang (expand). Jadi apa yang di katakan "takdir" (fate) itu sudah tertulis dan di "tetapkan" sebagai "niat" untuk di "tentukan" dengan "nasib" (destiny) ini. Itulah mengapa kita perlu "berdoa" kerana "doa" kita itu adalah satu "tempahan" untuk mengubah ketetapan "takdir" dengan ketentuan "nasib" kita. "Takdir" dan "nasib" ini datang dari satu sumber yang sama tetapi berlainan saluran atau lorong. "Niat" ini perlu kita jadikan satu "ilmu" pelajaran jika kita ingin tahu bagaimana realiti ini terbentuk. Bukan kah kita akan berniat dahulu sebelum melakukan sesuatu itu. "Takdir" adalah "niat" dan "nasib" adalah perbuatan itu. Kebijaksanaan Allah swt perlu kita pelajari dan tuntut "ilmu" pengetahuan Nya. Lebih banyak kita tahu tentang kejadian alam dan makhluk, lebih kagum kita kepada Kebesaran Nya. Maka apabila kita angkat "takbir" itu memuji Kebesaran Nya, Allah swt akan pandang kita dengan satu pandangan yang penuh kasih sayang.

Sebab "takdir" dan "jodoh pertemuan" sudah di salah anggap hingga buatkan kita manusia tersalah langkah dan tersesat jalan. Perlu kita hayati Nama "Al Asmaa'ul Husnaa" di mana sifat sifat Allah swt itu perlu di guna pakai.  Sebab manusia di jadikan untuk mengunakan semua "Al Asmaa'ul Husnaa" itu untuk berurusan dengan Allah swt dalam hidup nya setiap detik waktu. Doa permintaan kita perlu merujuk kepada Nama "Al Asmaa'ul Husnaa" itu untuk serah apa yang akan di "tentukan" Allah swt pada "nasib" kita. Allah swt tetapkan "takdir" supaya kita berdoa kepada Dia untuk menentukan "nasib" kita. Segala perbuatan baik akan jadikan kebaikan pada diri kita dan begitu juga segala kejahatan akan jadikan kejahatan pada diri kita. Kita beramal sebenar nya untuk diri kita dan bukan untuk Allah swt. Allah swt tidak memerlukan sesuatu apa pun. Dia tidak akan tergugat dengan kebencian dan keingkaran kita. Kasih sayang dan belas kasihan Allah swt sangat kita perlukan di dalam setiap detik waktu.               

Jadi apabila kita sudah di "tetapkan" oleh "takdir"  untuk hidup di dunia ini, maka "nasib" kita masih lagi akan di "tentukan" sehingga kita "mati" di akhir hayat nanti. Di antara "jarak" yang di "tetapkan" oleh "takdir", sehingga apa yang di "tentukan" oleh "nasib", kita perlu banyak berdoa dengan segala daya usaha kita. Sebab Allah swt yang Maha Adil akan "tetapkan" sukatan susah dan senang yang sama rata mengikut daya usaha kita. Apa juga yang Allah swt jadikan akan ada nilai hisab kiraan metematik nya. Kiraan metematik ini adalah rahsia "ilmu" Allah swt yang sangat halus dan amat rumit untuk "akal" fikiran manusia rumuskan. Sebab "jangka hayat" kita tertakluk pada kiraan matematik ini yang sangat "Adil" dan tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapa saja, walaupun mereka "hidup" dan "mati" dengan hanya seteguk "nafas" yang di berikan. 

"Doa" dan "niat" adalah "tempahan" yang kita buat untuk setiap tambah nilai "jangka hayat" susah dan senang pada "perasaan" hawa "nafsu" dan "kesedaran" ingatan "iman"  kita. Apabila kebaikan dan kejahatan amal perbuatan kita di nilai dari "doa" dan "niat" untuk di balas dengan "pahala dan dosa" pada "susah dan senang" atau syurga dan neraka, maka timbangan hisab setiap perbuatan ada "nilai" sukatan nya. Amalan perbuatan baik dan jahat yang kita lakukan dengan sengaja akan di nilai dari "niat" untuk apa dan siapa. Kerana hanya Allah swt sahaja yang tahu menilai amal perbuatan kita untuk di balas dengan setimpal. Sebab itu "doa" ini sangat penting untuk membentuk "niat" sebelum perbuatan itu. Jika kita ingin alihkan satu "duri" di tengah jalan supaya orang lain tidak terpijak, maka berdoa lah agar Allah swt akan alihkan satu musibah yang telah di tetapkan Allah swt pada kita nanti.

Allah swt adalah Tuhan yang boleh kita ajak berbincang dengan pelbagai soalan seperti seorang hamba yang dhaif meminta petunjuk dari Yang Maha Mengetahui. Apabila satu musibah itu menimpa diri kita sebagai satu ujian, kita sepatut nya bersyukur bahawa azab dan sengsara itu tidak di alami oleh orang lain. Apabila kita "rela" di uji untuk menempuh segala kepahitan dan kesengsaraan, Allah swt tidak akan mahu menguji kita lagi sebab kita akan tetap bersyukur. Hubungan di antara seorang hamba dengan AlKhalik nya ini adalah satu "pujuk rayu" untuk mencari kemesraan kasih sayang. Jangan kita "persoalkan" apa yang berlaku pada diri kita setiap hari, tetapi sebaliknya kita perlu tahu apakah "hikmah" nya yang cuba Allah swt berikan. Inilah apa yang Rasulullah amalkan sebagai "ibadah" nya. Sebab apa juga yang berlaku di realiti ini adalah satu "pesanan" Allah swt kepada kita untuk di fahami. Walaupun berlaku satu kemungkaran yang di lakukan orang terhadap diri kita, berdoa lah agar kemungkaran itu di tukar sebagai satu "nikmat" di kemudian hari. Allah swt akan merasa segan dan malu untuk menduga kita dengan azab seksaan apabila kita akan mengharapkan "nikmat" yang di janjikan. Allah swt tidak pernah mungkir janji!!!! Jika kita sanggup merasai azab kesengsaraan, sudah pasti Allah swt akan sediakan "nikmat" kegembiraan.  

Inilah apa yang Rasulullah tahu apabila dia tidak mahu menghukum kejahatan orang lain tetapi di balas dengan kebaikan untuk di hulurkan. Rasulullah sebenar nya cuba "tukar" keburukan itu dengan kebaikan. Inilah "sunnah" Rasulullah!!!!! Jadi apabila kita nampak keburukan dan kejahatan, kita sepatut nya tukar dengan menunjukkan kebaikan dan kemuliaan. Itu sebenar nya "doa" kita pada Allah swt dengan amal perbuatan kita bahawa kita tidak setuju dengan kejahatan dan kemungkaran itu. Inilah apa yang Iblis sangat takuti apabila rancangan nya untuk jadikan permusuhan dan keganasan tidak di sambut oleh hawa "nafsu" kita bila ingatan "iman" kita membalas dengan kemuliaan dan kasih sayang.    

Kita selalu perlu berdialog dengan Tuhan sebab Dia yang mengatur segala urusan kita. "Perasaan" dan "ingatan" kita akan menjadi ukuran. Sebab ini adalah "bahasa" Tuhan untuk kita memahami. Jika kita tidak setuju dengan "perasaan" dan "ingatan" itu, kita boleh tukar atau ubah dengan daya usaha kita sendiri. Sebab "kudrat dan iradat" telah Tuhan berikan kepada kita untuk di gunakan. Apa yang kita perlukan hanya "doa" dan "niat" untuk buat berubahan itu. Inilah apa yang Tuhan katakan, "Pintalah nescaya aku beri!!!!"  Apabila kita gunakan "kudrat dan iradat" itu untuk melakukan sesuatu, bukan kah sebenar nya kita tidak berdaya seperti kata Rasulullah, "Lauhaulawallahkuwataillah billah". Apabila kita telah berjaya, Bukan kah PUJIAN itu kepunyaan Allah swt????? 

          Edit 17.10.14

Mungkin banyak yang berminat untuk ketahui jika ada atur cara untuk memikat "semangat" seseorang itu. Ini selalu nya termasuk di dalam urusan "kasih sayang" di antara suami isteri atau sepasang kekasih. Telah kami jelaskan bahawa "semangat" itu boleh di puja jika kita tahu atur cara nya. Kami tidak mahu sebarkan kaedah "mantera jampi" yang agak menyimpang dari ajaran agama. Tetapi kita tidak boleh lari dari mengunakan "alat dan perkakas" selagi kita di namakan "manusia" ini. Sebab "manusia" sememangnya di beri kelebihan untuk mengunakan "alat dan perkakas" yang ada di dalam langit dan bumi dan apa yang ada di antara nya. Tetapi urusan "puja semangat" ini termasuk di dalam urusan rohani yang ghaib di mana "jiwa" manusia itu akan di seru.

"Semangat" adalah sesuatu yang "ghaib" kepada yang "nyata" sebagai makhluk yang di cipta. Sebab apa juga yang "nyata" dan berbentuk rupa yang mempunyai jirim (matter) ini akan ada jisim (anti-matter) nya. Jika ada telah membaca nukilan kami Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak, maka di situ sudah di jelaskan bahawa hubungan di antara yang "nyata" dan yang "ghaib" itu sangat akrab. Kita boleh "puja semangat" pokok, binatang, bulan, bintang, matahari dan juga manusia. Tetapi yang paling penting sekali kita perlu tahu apakah tujuan nya atau "niat" yang sebenar. Kerana di situ kita perlu merujuk kepada kuasa "sebab dan musabab" (cause and effect) sebab segala sesuatu itu sudah di beri "kuasa" atau di turunkan kuasa kepada mereka untuk menjalankan "amanah" dan tanggung jawab mereka sebagai makhluk yang di cipta. 

Di situ kita juga perlu bongkar tentang urusan "takdir dan nasib" ini, supaya kita tahu mana yang boleh di ubah dan yang mana tidak boleh di usik. Sebab kita tidak mempunyai "kuasa" untuk memansuhkan "kuasa" Tuhan melainkan jika "kuasa" itu berada di dalam urusan 'amanah" makhluk yang di cipta itu. Jadi kita perlu tahu "kuasa" apa yang kita ada untuk "usik" atau "ubah" apa yang "telah" di "tetapkan" dan apa yang "akan" di "tentukan" itu. Kerana jika kita menganggu urusan Tuhan yang Maha Berkuasa, maka kita akan terjerumus ke lembah penghinaan yang di murkai Tuhan yang mengelarkan Diri Nya "Allah swt" di dalam kitab AlQuran sebanyak 2696 kali. Alam yang "ghaib" ini bukan kawasan yang boleh kita ceroboh dengan satu "niat" yang jahat. "Takdir" adalah satu ketetapan yang akan di "rancang" oleh setiap makhluk Nya yang akan di tentukan dengan "nasib" mereka.

Apakah kita mempunyai cukup sebab yang shahih untuk tuntut "hak" kita dengan segala hujah dan dalil yang ada. Sebab urusan "puja semangat" ini adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh di lakukan tanpa alasan yang munasabah. Apatah lagi apabila kita menggunakan "makrifat" jiwa bathin untuk menyusul ruang yang penuh dengan kemusykilan. Apakah kita sudah pasti jin dan syaitan tidak akan ambil kesempatan untuk rancangan kejahatan nya. Dapatkah kita membezakan di antara yang "hak" dan yang "bathil" itu.  Sebab apabila kita melalui kawasan yang sentiasa di lihat Tuhan, maka kita tidak boleh bersembunyi dengan sesuatu yang mungkar. Melainkan jika kita berada di jalan yang benar dan ingin menuntut keadilan dengan memohon restu dan keiizinan untuk melakukan  sesuatu. 

Untuk melakukan itu, kita perlu tahu apakah "hukum hudud" yang telah di tetapkan alam semesta ini. Hanya "hukum hudud" ini sahaja yang boleh mengubah segala rancangan yang di tetapkan "takdir" untuk di jadikan "nasib" yang di tentukan. Sebab apa juga yang berlaku di realiti ini akan melalui proses urusan "takdir dan nasib" ini. Jadi "jangka hayat" apa yang telah di tetapkan "takdir" sebagai permulaan akan di tentukan "nasib" untuk berakhir. Jika satu "kesenangan" itu sudah bermula dengan ketetapan "takdir" maka "hukum hudud" boleh pastikan "kesusahan" itu dengan ketentuan "nasib" pada "kesudahan" nya. Sebab tidak ada orang yang "ketawa" kegembiraan tanpa berhenti dan akan "menanggis" kesedihan juga akhir nya. Yang merasa "nikmat" akan perlu merasa "musibah" juga. 

Sebab kita manusia ini akan selalu "bermula" dengan ketetapan "takdir" untuk "berakhir" dengan ketentuan "nasib" kita. "Takdir" adalah apa yang berlaku dengan program rancangan "nasib" yang di tentukan oleh kita sendiri. Apabila "pilihan" itu sudah di buat dengan ketetapan "takdir", maka "peluang" itu perlu di cari dengan ketentuan "nasib" itu. Kebijaksanaan Allah swt "merancang" dengan "takdir" tidak dapat di pertikaikan apabila realiti ini berlaku dengan ketentuan "nasib" yang terjadi itu. Kita berada di tengah antara "takdir" dan "nasib" itu. Kuasa "takdir" akan datang kepada kita sedang kita menuju dengan kuasa "nasib" yang berlaku. Pertembungan dua "kuasa" ini akan menjadikan realiti. Kuasa untuk mengubah "nasib" ini berada di tangan kita. Bagaimana kita membuat "pilihan" itu dan mencari "peluang" adalah "tempahan" yang di buat. 

Edit 5.11.14
Sebelum kita cuba untuk "puja semangat" sesuatu apa pun, kita perlu tahu "jasad" itu mempunyai "hak" untuk buat "pilihan" nya sendiri untuk mencapai segala impian nya. Ini sesuatu yang tidak boleh kita nafikan dengan satu "paksaan" tipu muslihat untuk menerima cadangan keinginan kita. Kita hanya boleh buat "bantahan" sebagai satu alternatif dari "pilihan" yang telah di buat itu dengan cadangan yang lebih baik. Jadi "pilihan" yang di buat "semangat" jasad tubuh itu boleh di pertikaikan dengan "hujah dan dalil"  yang lebih bernas atau sahih. Inilah program "puja semangat" yang sepatut nya di laksanakan untuk cari jalan menyelesaian yang lebih baik. Namun jika kita "puja semangat" demi untuk melakukan satu kemungkaran yang "bathil" maka kita harus bersedia menerima risiko dan akibat nya jika itu bertentangan dengan "ketetapan" dan "ketentuan" urusan Tuhan.

Urusan "puja semangat" ini sebenar nya mempunyai kaitan dengan "hak" yang cuba di ketengahkan. Menuntut "hak" ini perlu melalui proses yang "sah" dengan merujuk "pilihan" dan "peluang" yang di ketengahkan. Ibu dan  bapa atau suami dan isteri  boleh menuntut "hak" yang sepatut nya di terima dari mereka dengan cadangan yang tertentu. Seorang kekasih boleh menuntut  pada pasangan nya jika ada "keikhlasan" itu. Sebab kesan atau hasil "puja semangat" ini hanya sebagai satu "doa" yang di pinta dan bukan "pukau" yang di tambat. Sebab "keputusan" yang di hasilkan tidak semesti nya berpihak kepada kita dan itu perlu di ukur dengan "ketetapan" yang di "tentukan" oleh "nasib". "Mengubah" sesuatu keadaan itu hanya dengan "doa" yang di minta. Kita tidak mempunya "kuasa" untuk membuat "keputusan" itu tetapi hanya berusaha dengan "doa" dan "cadangan" yang lebih baik. 

Jiwa yang ingin di "puja" ini mempunyai dua "watak" yang berbeza. Jiwa hawa "nafsu" dan jiwa ingatan "iman" mempunyai kepentingan nya yang tersendiri. Kedudukan perkara yang di rujuk oleh "pemuja" mungkin di lakukan atas desakan jiwa hawa "nafsu" nya yang buat bantahan. Tapi apa yang di pertahankan jiwa yang di "puja" itu perlu di soal siasat. Siapakah yang mempertahankan pendirian itu sangat penting untuk di ketahui. Misal nya jika si suami memuja "semangat" si isteri kerana mahukan isteri nya beribadat, maka permujaan itu di lakukan oleh jiwa ingatan "iman" yang mahukan keimanan itu. Tapi jika si suami ini inginkan sesuatu yang di tadbir hawa "nafsu" si isteri, maka permujaan itu di lakukan oleh jiwa hawa "nafsu" nya yang merujuk kepada jiwa hawa "nafsu" si isteri.

Pernah kami cuba selesaikan satu kes penceraian yang sudah di lafaz si suami dengan sifat kemarahan hawa "nafsu" nya. Si isteri yang pulang kepangkuan keluarga sudah tidak dapat di hubungi. Apabila hubungan itu terputus dengan perpisahan itu, maka si suami sangat menyesal dengan perbuatan nya itu dan cuba merujuk kembali kepada si isteri yang sedang di landa kemurungan yang amat sedih. "Hati" si isteri yang remuk itu perlu di ubati denegan "penawar" yang mujarab.  Kami sarankan "puja semangat" ini untuk dapatkan persetujuan itu dengan meminta jiwa ingatan "iman" si suami itu menuntut kepada jiwa ingatan "iman" si isteri. Rayuan yang di buat si suami perlu penuh dengan "keikhlasan" untuk di terima pihak ingatan "iman" si isteri menerima permohona maaf itu di mana Rasulullah sebagai "saksi" nya. Si suami perlu sempurnakan dahulu tuntutan agama dengan melakukan solat wajib dan solat "hajad" sebelum tidur. Dia perlu melakukan amalan zikir untuk bersihkan "jiwa" dahulu dengan penyesalan yang hakiki di tengah malam yang sunyi. Seru lah "wajah" si isteri dan nyatakan kepada nya "penyesalan" itu dengan berlinangan air mata.

Apabila dua jasad itu tidak dapat bertemu di alam nyata dan bersua muka untuk menyuarakan hasrat di hati, maka "puja semangat" ini di lakukan untuk sambungkan "siratulrahim" itu dengan cara yang tersembunyi. Kami akan hanya memberi petunjuk di jalan yang benar dan untuk perkara yang di tuntut perintah agama untuk selamatkan sebuah masjid yang akan roboh jika "perpisahan" itu berlanjutan. Kesungguhan dan penyesalan si suami telah mendatangkan hasil yang sangat menakjubkan. Setelah melakukan "puja semangat" itu, si suami di minta pergi kerumah keluarga si isteri untuk dapatkan kepastian itu. Mereka berjaya di satukan kembali  apabila rujukan si suami di terima oleh pihak si isteri yang memperkenankan.  

Siapakah yang membolak balik kan "hati" manusia itu perlu di ketahui. Siapakah "saksi" itu untuk di ketengahkan. Untuk dapatkan hasil yang berkesan dengan "puja semangat" ini perlu di lakukan dengan "niat" yang bersih dan suci. Kuasa di antara "takdir" dan "nasib" itu perlu di rujuk dengan hujah dan dalil yang sahih dan hakikat. "Doa" yang di pinta dengan menuntut "hak" dari "amanah" yang di terima adalah satu "perjanjian" rohani yang sangat sulit dan halus. Tidak ada pelangaran "hak" si isteri di abaikan di dalam upacara ini, malah "jiwa" nya di beri kesempatan untuk membuat keputusan itu dengan kesedaran yang terbuka tanpa sebarang paksaan. Si suami di minta menebus dosa nya dengan mengasihi si isteri tanpa sebarang keraguan. Si suami juga di beri amaran bahawa sifat "amarah" itu kepunyaan syaitan yang tidak boleh lagi dia guna pakai. Jika dia melanggar "pantang" itu maka dia akan kehilangan "nikmat" yang sudah di sediakan untuk diri nya.  

Edit 12.11.14

Kami harap "puja semangat" ini tidak di salah gunakan. Sebab rahsia "jiwa" rohani ini mempunyai rangkaian saluran jalur lebar yang amat luas dan berkait rapat dengan jasad tubuh setiap manusia. Empat anasir alam "air, api, angin dan tanah" di mana jasad tubuh itu terbentuk dengan rupa sebagai "identiti" diri nya di kuasai "graviti" tarikan bumi. Maka bahtera jasad tubuh ini terikat pada 3 dimensi alam realiti di mana "graviti" tarikan bumi ini boleh tembusi di satu lagi dimensi yang keempat di mana "masa" itu tidak di ukur. "Graviti" tarikan bumi ini akan memerlukan "berat muatan" yang sudah tersebar luas di "ruang" angkasa atmosphera di mana cahaya "nur" itu bersepai dengan serpihan besi "qursani" di merata tempat dengan "ilmu" untuk di sampaikan dengan "kefahaman" pada semua kegelapan. Maka setiap jasad tubuh itu sudah mempunyai serpihan besi "qursani" itu. Itulah "kesedaran" yang kita miliki sekarang.

Apakah agaknya tugas "kesedaran" yang kita miliki ini untuk dapatkan "kefahaman" yang di tabur "ilmu" pengetahuan itu. Lihatlah "langit" di waktu malam kita akan nampak cahaya "nur" itu bertaburan di seluruh ruang angkasa langit di sebalik kegelapan itu. Setiap percikan cahaya "nur" itu akan di selubungi kosmologikal tetap (cosmological constant) di mana "graviti" tarikan bumi akan pastikan mereka tidak bertembung dan memelihara kedhaulatan setiap cahaya "nur" itu tidak terganggu atau di cerobohi. Maka setiap jasad tubuh manusia ini juga mempunyai "kedhaulatan" itu di mana "kesedaran" setiap individu itu akan terpelihara. Setiap diri kita mempunyai "pendirian" yang tersendiri yang "sah" untuk di hormati dan tidak boleh di cerobohi. Hanya "ilmu" itu sahaja yang boleh masuk di setiap kegelapan untuk sampaikan risalah "utusan" untuk menerima "kefahaman" itu

Bagaimana untuk kita tembusi 3 dimensi jasad tubuh itu adalah rahsia yang tersembunyi yang hanya boleh di lakukan oleh "graviti" tarikan bumi itu untuk masuk di dimensi keempat di mana "masa" itu tidak di ukur. Serpihan besi "qursani" yang ada pada setiap jasad tubuh itu perlu di rujuk untuk dapatkan perhatian. Maka risalah "utusan" yang membawa "kefahaman" ini perlu mempunyai "ilmu" yang merujuk kepada "amanah" yang di tuntut. Sebab jasad tubuh yang mempunyai "kesedaran" itu perlu mendapatkan "kefahaman" di mana "amanah" itu telah di tetapkan. Tetapi "amanah" yang di terima setiap jasad tubuh itu tidak pernah di paksa dengan penipuan dan kepalsuan. Sebab Tuhan memerlukan "ketulusan" dan "keikhlasan" itu yang tidak di cemari dengan kepalsuan untuk pastikan "hakikat" itu berkekalan. 

Apa juga yang palsu hanya bersifat sementara untuk seketika. Hanya "jiwa" hawa "nafsu" sahaja yang boleh kita sogok dengan kepalsuan kerana ia buta dan itu hanya akan menghasilkan "nikmat" yang sementara. Tetapi sesuatu yang berkekalan memerlukan sesuatu yang hakiki dengan "hijab kabul" yang sahih. Tetapi jika ada yang memilih selain dari Allah swt untuk mendapatkan "nikmat" itu, maka mereka akan "gadai" kan "kesedaran" mereka itu kepada syaitan yang boleh menghulurkan segala tipu muslihat yang di perlukan. Sebab "kesedaran" kita ini melayari "frekuensi" yang berbeza di ruang jalur lebar atmosphera ini. Kita yang selalu putuskan hubungan itu untuk melayari frekuensi alam realiti yang penuh dengan kepalsuan ini yang di penuhi beban masalah penderitaan. Jika itu yang kita "pilih" sebagai sekutu kehidupan kita, maka "jiwa" kita itu akan menjadi penghuni "sijjin" yang di tempatkan.    

 Perhatikan lah bagaimana Tuhan mengamalkan sistem "pengisytiharan dan pengumumnan" yang sangat halus dan adil. Setiap zarah "partikel" yang sekecil ""debu" itu di beri layanan yang adil dan tulus apabila  di tanya "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?" Zarah "partikel" yang masih "buta" itu di beri "peluang" untuk mengenal Allah swt dengan begitu adil sekali tanpa sebarang paksaan. Allah swt memberi "ilmu" itu dahulu supaya mendapat "kefahaman" dengan bermula pada deria "sentuhan" untuk mencari jawapan itu dan menambah keupayaan nya dengan deria "bau", "dengar", "suara" dan "lihat" alam sekeliling. Pernah kah Allah swt tonjolkan Diri untuk kita beri jawapan itu??? Apa guna jawapan itu jika Allah swt sudah tunjukkan Diri kerana sudah tidak perlu lagi "perakuan dan pengesahan" itu. 

Jadi mengapa kita di beri nikmat deria "sentuhan, hidu bauan, dengar bunyian, bersuara dan melihat" ini semasa kita lahir kedunia dan dewasa kini. Adakah semua deria ini sudah di salah gunakan?? Apa kita buat dengan deria "sentuhan" itu???? Apa kita buat dengan deria "bauan" itu??? Apa kita buat dengan deria "dengar bunyian" itu??? Apa kita buat dengan deria "bercakap" itu??? Apa kita buat dengan deria "melihat" itu???? Lain pulak yang kita gunakan untuk menikmati kehidupan ini.

Apakah kepentingan jiwa hawa "nafsu" itu yang kita kuat kuasakan dan biarkan "jiwa" ingatan "iman" kita dahaga kehausan dan lapar kebuluran. Mahukah segala "nikmat" itu di cabut dan di rampas dengan segala "penyakit" yang menderita. Jika sedikit pun deria ini tidak di gunakan untuk mengenal Allah swt, maka kita telah "tempah" penderitaan itu dengan segala amal perbuatan kita.

Mengapa kasih sayang Allah swt itu kita abaikan begitu saja??? Mahukah kita di benci oleh semua pelusuk alam??? Jika tidak, maka kembalikan lah "hak" Allah swt semoga kita mendapat "taufik dan hidayah" Nya. Apa juga yang ada di dalam "kesedaran" kita itu adalah kepunyaan Allah swt yang menghidupkan kita. Jika sedikit pun "kesedaran" itu tidak di hulurkan kepada Allah swt, maka jangan sampai kita di matikan di dalam keadaan itu. Sebab "jiwa" itu akan pulang balik ke tempat yang telah di tetapkan untuk nya. Jangan sampai "memori" itu kekal dengan "kemungkaran" yang sangat di benci. Mahu kah kita menunggu hari kebangkitan dengan keadaan begitu di mana syaitan akan mengalu alukan kedatangan kita di perkampungan nya. Maka jangan "gadaikan" kesedaran kita itu kepada selain Allah swt. 

Edit 25.12.14


Apabila kita ingin mendapat perhatian seseorang itu, kita perlu tahu apakah yang perlu kita "pikat" di jasad tubuh nya itu. Kita perlu tahu bahawa jasad tubuh nya itu mempunyai "perasaan dan ingatan" yang menjadi asas setiap perbuatan dan gerak laku nya. Maka kita perlu tahu bagaimana untuk menawan "perasaan dan ingatan" itu. Ini akan merujuk kepada "hati" dan "otak" nya yang menjadi "pintu" untuk di ketuk dan dapatkan perhatian untuk di jemput masuk. Pintu "hati" adalah "mata" di mana "telinga" adalah jendela yang membawa "berat muatan" untuk di jadikan "perasaan" yang di pikul. Maka apabila "perasaan" itu menampung "berat muatan" itu, "ingatan" akan pandang "perasaan" itu untuk di tatapi. Sebab "hati" itu adalah "bumi" di mana "perasaan" itu sujud dengan doa permintaan nya. Itulah "masjid" dan kiblat di antara Masjidil Aqsha dan Masjidil Haram.

Wahai pembaca kami. Kami agak bimbang untuk bawa anda berenang di keluasan "ilmu" Tuhan dan menyelam ke dasar lautan nya. Kami sangat khuatir akan ada yang tidak dapat "bernafas" untuk meneroka khazanah "ilmu" yang tersembunyi di situ. Rahsia kehidupan ini bermula di dalam lautan "air" yang sangat luas ini dan akan memerlukan "angin" untuk "bernafas" jika kita masih berjasad yang di jadikan dari "tanah" yang pernah di bakar "api" yang menyala. Kita telah di perintahkan "sujud" di atas "bumi" dengan "perasaan" untuk istiharkan kehambaan kita sebagai "mahkluk" yang di cipta. Dapatkah "hati" kita itu "sujud" di atas muka "bumi" ini jika kita tidak dapat "ilmu" pengetahuan yang pernah di bawa Rasulullah sebagai "utusan" Nya.

"Ingatan" yang ada di kesedaran kita itu, sangat memerlukan cahaya "nur" itu dari serpihan "qursani" ini. Maka apakah "dalil dan alasan" kita untuk menuntut "hak" yang ingin di suarakan dengan doa permintaan. Sudahkah kita mempunyai seteguk "air" itu di dalam "nafas" yang kita sebut dengan "hajad" pada "perasaan" yang di serahkan "ingatan" kita itu. Kita akan berdepan dengan Tuhan yang Maha Berkuasa dan sangat Mendengar segala doa permintaan kita itu. Jika tidak doa permintaan itu akan di sambut jin dan syaitan untuk di jadikan tempat menghulurkan bantuan. Hanya Rasulullah sahaja yang mempunyai telaga "air" ini di mana kita tidak akan merasa haus setelah dapat seteguk dari "air" itu. Sesiapa yang tidak mempunyai seteguk "air" ini akan tersasar dari jalan "siratalmustaqim" itu. Maka jangan lah ambil apa yang kita tidak tahu asal usul nya. Kami tidak mahu pembaca kami terjerumus di dalam lembah kemusnahan apabila cuba ambil sesuatu yang berat untuk di pikul. 

Rahsia "puja semangat" ini perlu di pelajari dengan sangat mendalam. Setiap jasad tubuh yang hidup ini ada mempunyai "qarin" sebagai kembar kelakuan perangai budi pekerti nya. Ini akan menjadi lebih rumit apabila jin dan syaitan juga mempunyai kepentingan untuk melabur di dalam urusan keturunan baka ini apabila "sijjin dan illiyin" itu telah di sediakan untuk kedua tempat itu. Sanggup kah kita berjuang dengan "jihad" untuk menghapuskan kemungkaran dan bertempur di alam ghaib ini?  Apakah kita sudah bersedia dengan "pedang" khalimah "laillahaillallah" dan "muhammadarasulullah" untuk berdepan dengan musuh Allah swt dan basmikan setiap penyekutuan? Alam ghaib ini adalah medan pertempuran. Kita perlu bersedia sebelum melangkah masuk di alam ghaib ini.

Edit 14.1.2015

Apabila kita di perintahkan supaya datang menghadap Allah swt setiap hari , "perasaan" dan "ingatan" kita itu yang perlu "tunduk" atau "rukuk" dan "sujud" seperti seorang hamba yang meminta "sedekah" dengan "rayuan" yang sangat mengharap. Bukan "jasad" tubuh kita itu yang di lihat Allah swt. Bukan "huruf dan suara" yang patut berbunyi tetapi kelohan "perasaan" jiwa hawa "nafsu" dan kebingungan ingatan "iman" kita itu yang "menyerah" kelemahan diri dengan penuh keaiban. Apabila kita menyebut tentang soal "puja semangat" ini, bukan kah Tuhan yang bernama Allah swt ini yang perlu kita seru untuk dapatkan rahmat nya!!!!!!! Kita sibuk untuk "puja semangat" itu dan ini tetapi kita terkilas untuk lakukan "puja semangat" yang paling utuh dan kukuh ini.

Di mana letak nya "keimanan" kita ini jika kita pilih yang lain daripada Allah swt. Ini lah "semangat" yang perlu kita "puja" di mana saja "bumi" yang kita pijak. Mantera dan jampi apakah yang perlu kita sebutkan untuk memikat dan "puja semangat" ini. Ayat yang perlu kita baca perlu berbunyi dalam bahasa Arab yang pernah di lafazkan oleh seorang Rasul bernama Muhammad!!!!!! Inilah "huruf dan suara" yang dapat tundukkan "seru sekalian alam" di seluruh "langit" dan "bumi" ini. Jadi "khalimah" yang di sebut dengan bahasa Arab ini adalah "huruf dan suara" yang boleh terjemahkan "perasaan" dan "ingatan" dengan apa juga bahasa ibunda seorang hamba Nya. Ayat apa bahasa pun di dunia ini perlu di terjemahkan dengan "perasaan" dan "ingatan" yang tersemat "niat" itu. Itulah "wajah" yang datang menghadap.  Doa permintaan yang berbunyi itu dari setiap "makhluk" dengan "huruf dan suara" adalah "seru sekalian alam" yang di serahkan dengan "perasaan" dan "ingatan" untuk dapatkan "sedekah" dari "rezeki" Allah swt. Tetapi apabila "huruf dan suara" itu di sebut dengan "khalimah" bahasa Arab yang pernah di lafazkan Rasulullah, segala "semangat" akan berselawat ke atas Nabi termasuk Allah swt dan para malaikat Nya.

Maka rahsia "puja semangat" ini perlu menjadi "ilmu" di dalam semua perkara di "langit" dan "bumi"
ini. Tetapi apabila semua "makhluk" yang ada ini perlu "menghadap" di antara satu sama lain, maka "wajah" mereka ini perlu bertentangan untuk berbincang dengan "huruf dan suara" untuk dapatkan kefahaman. Jadi "bahasa" yang berbunyi dengan ayat perkataan adalah "mantera jampi" yang di sebut untuk dapatkan layanan. "Bahasa" ini adalah asas "kefahaman" untuk mulakan perbicaraan. Semua "makhluk" akan perlukan "bahasa" atau "mantera jampi" ini untuk dapatkan "kefahaman" dan "layanan" yang di perlukan. Jadi "bahasa" yang di sebut dengan "huruf dan suara" dan "bahasa" yang di terjemahkan "perasaan" dan "ingatan" adalah "ilmu" "puja semangat" yang sangat "mujarab" untuk dapatkan semua keinginan atau layanan.

Jika kita tahu "bahasa" kaum tamadun bangsa "jin", maka kita boleh berbicara dalam satu mesyuarat untuk dapatkan "kefahaman" dan "layanan" itu. 

Edit 29.3.15

Mungkin kita masih keliru dengan perkataan "puja" yang selalu di gunakan. "Puja" adalah satu azam untuk dapatkan perhatian dan layanan. Tidak guna kita memuja segala sesuatu jika ia tidak dapat memberi respon dan perhatian. Apa guna kita menyeru jika seruan itu tidak pernah di sahut untuk bertindak. Ini yang kita perlu ambil tahu jika kita ingin mendalami "ilmu" kajian sains kerohanian ini. Hukum hudud alam semesta ini perlu di kaji selidik. Allah swt telah memberi kuasa kepada "langit"  dan "bumi" untuk menjalankan perintah dan ketetapan Nya. Inilah apa yang di kaji segala pakar saintis terkemuka di dunia ini. Mereka sebenarnya mengkaji "hukum hudud" Allah swt yang telah di tetapkan dengan peraturan dan atur cara Nya. Ilmu sains fisik tentang alam semesta adalah "ilmu" Allah swt yang sangat luas untuk di terokai.

 Apabila kita sudah kenal "tabiat" dan "kelakuan" sesuatu itu dan apa tindak balas dan reaksi nya, kita akan lebih mudah untuk mengatur satu kajian untuk melihat respon reaksi nya. Perkara yang paling penting kita perlu tahu adalah kuasa "graviti" yang telah Allah swt tentukan peraturan nya. Sebab segala yang berjasad dan berbentuk tertakluk kepada kuasa"graviti" yang di sekelilingnya. "Graviti" yang buat segala sesuatu itu kekal terbentuk dan akan susut nilai apabila di telan masa. Besi boleh karat, batu boleh rapuh, air boleh kering, api boleh padam, tanah boleh runtuh dan angin boleh lesap. Apakah yang buat segala ini kekalkan kekuatan nya perlu di kaji selidik dan juga kelemahan yang buat ia musnah dan terhapus.

Jika kita masih belum memahami "hukum hudud" Allah swt ini, maka amat mustahil kita dapat "seru" dan "puja" segala sesuatu untuk dapatkan respon yang di perlukan. Begitu juga dengan keimanan kita. Apakah kita sudah dapatkan kesan dan respon dari Maha Pencipta yang selalu kita "seru" dan "puja" selama ini???? Soalan ini perlu kita jawab bukan kepada sesiapa tetapi kepada diri kita sendiri. Bila kita sibuk mengenal segala alam yang nyata di hadapan biji mata kita ini. bukan kah Allah swt itu lebih layak kita beri tumpuan dan dapatkan respon dari kewujudan Nya. Sudahkah kewujudan Allah swt itu telah terbukti kepada diri kita untuk kuatkan keyakinan kita. "Berat muatan" keimanan itu adalah "ilmu" yang di pikul untuk di jadikan amalan hidup kita. Itulah "diri" kita yang kita anggap sebagai identiti hidup kita.  

Apa juga yang kita percayai, adalah bahan "berat muatan" yang kita pikul untuk jadikan kelakuan perangai peribadi. Ini menjadi lazim kepada segala sesuatu yang berbentuk dan berjasad untuk "berfungsi" di alam kenyataan yang kita katakan realiti ini. Maka apakah "fungsi" kita semasa kita hidup di alam nyata ini. Adakah kita hidup untuk jadikan "masalah" atau kita hidup untuk selesaikan "masalah" itu. Jika kita bertindak untuk jadikan "masalah" di sana sini, maka kita bukan orang yang boleh di klasifikasikan sebagai "manusia" itu. Untuk menjadi ""khalifah" di atas muka bumi ini, kita perlu mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menyelesaikan banyak "masalah" yang berlaku di sekeliling kita. Jika belum, kita masih jauh dari sasaran hidup yang sepatutnya kita perolehi.

Edit 9.6.15

Kita perlu pastikan talian dengan "jiwa" kita tidak selalu terputus. Jika itu berlaku, kita akan hanyut jauh dari kesedaran diri yang akan mendatangkan banyak kerugian. Sebab "jiwa" kita ini sangat memerlukan "tumpuan" dari kesedaran kita. "Lupa diri" adalah satu "penyakit" yang sangat merbahaya. Di situlah kita akan terjerumus ke lembah maksiat dan kekufuran. Mengapa "diri" kita itu perlukan perhatian dari kesedaran kita? Soalan ini amat jarang di tanya oleh sesiapapun. Agama kita yang suci ini telah memberi kita peluang untuk kita berjinak mesra dengan "diri" kita itu. Rasulullah telah mengajar umat nya supaya selalu memerhatikan "diri" kita itu. Dahulu kita tidak pernah ambil tahu tentang "diri" kita ini. 

Tetapi Rasulullah telah membawa kita kembali kepangkal jalan "siratalmustaqim" dengan membuka rahsia "jiwa" iaitu hawa "nafsu" yang perlu di beri beri perhatian. Sebab hawa "nafsu" ini adalah "musuh" yang tidur di atas tilam yang sama di kamar jasad tubuh kita. Kajian sains kerohanian yang mengkaji "jiwa" ini sangat kagum apabila mengetahui bahawa hubungan di antara hawa "nafsu" dengan jiwa ingatan "iman" adalah seperti sepasang suami isteri yang patut di sebut seperti "Adam dan Hawa" itu.

Sesiapa yang ingin mendalami ilmu "puja semangat" ini, perlu memahami dan kenal kedua pasangan "suami isteri" ini yang mempunyai kaitan dengan kejadian Adam dan Hawa itu. Allah swt sangat bijaksana apabila mengirim Rasulullah kepada kita untuk mengurus soal "jiwa" ini. Kami perlu berpesan kepada setiap pembaca kami, supaya memahami kajian sains kerohanian ini agar tidak terpesong dari "siratalmustaqim" yang benar. Sebab apabila "syaitan" tahu rahsia nya akan terbongkar, mereka tidak akan duduk berdiam diri dan membiarkan kita berjaya menguasai "diri" kita itu. Apa yang mahu mereka laksanakan adalah supaya setiap manusia itu sentiasa "lupa diri" agar mereka tetap berkuasa.

Ilmu ini hanya dapat di perolehi jika ada "taufik dan hidayah" dari Allah swt. Sebab hanya Allah swt sahaja yang izinkan setiap "ilmu" itu boleh di miliki kepada sesiapa yang Dia inginkan. Jadi kita tidak boleh berputus hubungan dengan Allah swt dan Rasulullah saw, jika kita ingin menyelam sedalam dalam nya di dasar "ilmu" ketuhanan ini. Kami di sini hanya membuka "pintu" minda setiap pembaca tentang kebesaran Tuhan yang Maha Agung itu. Bukan kah kita akan bersama "jiwa" kita itu apabila kita sudah mati dan kembali ke alam barzah nanti? Tidak kah kita sudi berkenalan dengan "jiwa" itu dan tahu perangai budi pekerti nya? 

Hanya mereka yang sudah berkenalan dengan "jiwa" mereka sendiri, akan dapat bertemu ramah dengan "jiwa" orang lain untuk urusan tertentu. Jika tidak kita masih seperti "awan" yang hanyut di tiup angin dan melayang di tolak arus kehidupan yang jauh terdampar dari "hakikat"  agama kita yang suci ini. Setiap "ibadah"dan "amal perbuatan" yang kita lakukan perlu kembali kepada Allah dan Rasul. Dimanakah "makam" itu yang selalu kita "jenguk" untuk hadapkan "wajah" kita itu. Amat rugi mereka yang melakukan semua itu untuk kedunian dan pujian manusia. Sebab "syaitan" akan memastikan kita tidak dapat mencapai "makam" yang suci itu. Jangan biarkan diri kita itu terlepas dari "ingatan" yang selalu "lupa" akan kesedaran nya.
"Ruang" yang kita berada mempunyai banyak "frekuansi" dan "dimensi" nya. Di situlah selalu gelombang otak akal fikiran kita berlayar. Apakah kita akan biarkan nya hanyut atau pegang kemudi untuk membawa kesedaran kita itu ke satu tahap yang penuh nikmat dan hakikat kebenaran dari semua kepalsuan yang terpapar.


Apakah kuasa dan tenaga yang di gunakan "jiwa" kita itu. Bagaimana mereka boleh kuat dan menjadi lemah adalah sesuatu yang perlu kita selidiki. Dimana makanan yang sihat atau racun yang membunuh patut kita ambil tahu. Sebab "jasab tubuh" kita itu hanya satu pakaian yang mereka sarung untuk tunjukkan diri yang tersembunyi. Tapi kebanyakan kita terlalu asyik dengan ketrampilan diri dan sangup bertopeng untuk menyamarkan diri. Apakah yang ingin kita sembunyikan dari orang lain yang memerhati. Apakah kepalsuan yang kita tonjolkan itu untuk kita rasa penuh kebangaan. Kita telah menipu "diri" kita sendiri dan cuba memperdayakan "siapa" diri kita yang sebenarnya.. Dapatkah kita sembunyi dan berlepas diri dari "diri" kita yang sebenarnya? Dia akan menjadi "saksi" itu nanti dan akan menceritakan segala gala nya akan amal perbuatan kita itu. Allah swt adalah Tuhan yang sangat Bijaksana. Kami kagum dengan kehebatan "ilmu" pengetahuan NYA!!!!!  

Edit 13.6.15
Pernah berlaku di zaman dahulu kala seorang alim sedang duduk bertasbih kepada Allah swt dengan penuh khusyuk dan berlalu seorang penyangak yang sedang mabuk dan memegang dua botol arak di tangan kiri dan kanan nya di situ. Kagum dengan ketaatan orang alim itu, si penyagak itu lalu berdoa sambil memegang dua botol arak itu di tangan nya. "Ya Allah, Engkau pandang lah aku!!!" Terperanjat dengan doa si penyangak itu, orang alim itu terus bersuara, "Apa kelebihan engkau sehingga engkau mahu Allah swt memandang diri kau!!!!" Si penyangak yang mabuk itu itu lalu berkata dengan nada yang sedih, "Jika Allah swt memandang aku dalam sekelip mata, nescaya aku akan beribadat kepada Nya seumur hidup aku.!!!"

Hairan dengan ilmu pengetahuan yang di miliki penyangak itu, orang alim itu bertaubat dan beristifar kerana ilmu yang di miliki diri nya masih belum sampai ketahap itu.
Taufik dan hidayah yang di beri Allah swt kepada setiap hamba Nya adalah anugerah yang paling tinggi. Maka kita tidak sepatut nya berbangga diri dengan keupayaan itu. Tanpa keizinan Allah swt, kita tidak mungkin dapat menikmati rahmat dan naugan Nya. Walaupun Allah swt Maha Melihat, tetapi adalah menjadi hak Allah swt untuk memilih siapa di antara hamba hamba nya untuk di pandang. Maka setiap hamba Nya perlu menuntut belas kasihan Allah swt.


Menuntut hak kepada Allah swt ini perlu mempunyai tata tertib nya. Mengharapkan belas kasihan dan nikmat Allah swt memerlukan tahap "keikhlasan" yang tulen.. Manusia tidak layak meminta sesuatu dengan desakan yang memaksa. Sebab Allah swt mempunyai kebebasan untuk buat pilihan dengan keputusan Nya. Jika Allah swt menafikan permintaan kita, sudah tentu Allah swt tahu mana yang lebih baik untuk diri kita. Maka reda dan kesabaran adalah satu "ibadat" yang sangat tinggi. Pertunjuk kearah siratalmustaqin patut di jadikan sandaran. Sebab kita tidak mempunyai kebolehan dan kepakaran untuk memastikan jalan yang lurus itu.  

Edit 29.7.15

Mungkin kebanyakan dari kita msih keliru mengapa kaum "kafirin" di lihat begitu maju dan bijak di dalam urusan kehidupan dan di beri banyak ilmu pengetahuan dan kebolehan. Ini kerana janji Allah swt kepada setiap umat manusia itu benar sejak manusia itu di jadikan. Bukan kah manusia itu di jadikan untuk menjadi "khalifah" di atas muka bumi ini. Mengurus "bumi" ini adalah satu fitrah semula jadi kepada setiap anak Adam yang lahir ke dunia ini. Allah swt tidak pernah menafikan "hak" ini kepada sesiapa pun walaupun tanpa mempersoalkan urusan "akidah" mereka. Itulah mengapa para malaikat di ketika itu begitu bimbang akan berlaku pertumpahan darah dan persengketaan di antara mereka.

Tetapi bukan kah Allah swt telah mengatakan bahawa "Aku lebih tahu dari apa yang engkau tidak ketahui.". Rahsia ini tidak banyak yang ingin cari jawapan nya. Menjadi "khalifah" adalah urusan ekonomi pentadbiran duniawi dan kerajaan. Ini tidak ada kaitan dengan urusan akhirat yang di katakan "ibadah" itu. Urusan ini akan di sandang oleh setiap jiwa hawa "nafsu" umat manusia untuk kepentingan hidup nya. Tetapi apa yang tidak di ketahui para malaikat di ketika itu bahawa Allah swt akan mengirim "Rasul" Nya untuk membentuk "akhlak" manusia itu agar jadi lebih tertib (decent) dan mulia. Jiwa hawa "nafsu" mereka yang di katakan liar dan ganas itu dapat di bendung dengan ada nya ingatan "iman" yang di bawa agama itu.

Muhammad Rasulullah di utus untuk membentuk "akhlak" manusia ini. "Khalifah" yang memerintah
bumi ini perlu menjalani proses "pensucian" jiwa hawa "nafsu" mereka jika mereka ingin memegang jawatan "khalifah" itu di atas muka "bumi" ini. Jika tidak akan berlaku perselisihan dan pertumpahan darah itu. Jawatan seorang "Khalifah" dengan jawatan seorang "Imam" adalah dua "entiti" yang berbeza. Sebab hawa "nafsu" setiap manusia tidak akan dapat berlaku adil jika tidak di didik oleh ingatan "iman" nya. Seorang "khalifah" perlu bermakmum" di belakang seorang "imam" jika tidak mempunyai kepakaran di dalam urusan agama atau "akhirat" ini dan seorang "imam" pula tidak perlu campur urusan pentadbiran kerajaan "Khalifah" ini jika bukan termasuk urusan "akhirat" atau agama itu.


Jika setiap manusia itu tidak mempunyai "akhlak" Rasulullah di dalam jasad tubuh nya, maka akan berlaku perselisihan faham dan kekacauan. Sebab sifat "jujur, ikhlas, benar, taat, amanah, sabar dan bijak" ini perlu ada dalam diri setiap manusia yang dibawa "Rasulullah" sebagai sunnahnya. Jika seorang sahabat atau kenalan tidak mempunyai sifat Rasulullah ini maka pertalian itu akan terputus. Jika seorang isteri atau suami tidak mempunyai sifat "Rasulullah" ini maka hidup mereka tidak akan harmoni. Jika seorang perniaga tidak mempunyai sifat Rasulullah ini maka setiap pelangan mereka akan tertipu. Jadi "akhlak" Rasulullah ini sangat perlu kepada seluruh umat manusia.

Bukankah Rasulullah itu masih perlu wujud dan sentiasa berada di sisi kita di setiap detik waktu???

Sudahkah kita berazam untuk menukar segala sifat sifat
"jahiliah" yang pernah wujud di dalam diri kita???
"Akhlak" Rasulullah ini perlu di tuntut!!!!! Inilah apa yang Allah swt dan Para malaikat Nya selalu berselawat di atas Rasul. Sebab kesejahteraan manusia itu terletak di dalam diri Rasulullah itu. Apa guna kita wujud sebagai "khalifah" di atas muka bumi ini jika tidak pernah menjadi "imam" yang ada "makmum" nya. Apakah kita sudah boleh mendabik dada sebagai seorang yang "beriman" jika kita tidak pernah memiliki sifat sifat atau "akhlak" Rasulullah itu. 


Di sinilah doa kita kepada Allah swt sangat di perlukan. Kita tidak mungkin dapat memiliki "pusaka" Rasulullah ini jika kita tidak pernah menginginkan nya. Sebab sifat "jujur, benar, taat, sabar" itu bukan sifat asas semula jadi diri kita. Kita di lahirkan dengan tamak haloba. Kita di lahirkan dengan tipu helah. Kita di lahirkan dengan  sifat dhaif dan bodoh. Inilah huru hara atau "chaos" yang perlu di susun dengan tata tertib "order" yang lebih baik. Jika kita masih selesa dengan sifat sifat buruk yang ada dalam diri kita itu, maka itu satu malapetaka yang sedang kita alami. Bencana "jiwa" ini masih banyak yang tidak sedar diri. Dosa dosa yang kita lakukan sudah jadi satu kebanggaan. Kita sudah selesa memilik keperibadian yang aib itu. Inilah apa yang Iblis dan syaitan cuba dendangkan agar kita terhibur dengan rentak lagu nyanyian mereka.

Edit 18.9.15


Wujud nya seorang "manusia" di atas muka bumi ini adalah kerana"akal" atau "kesedaran" nya. Inilah apa yang ingin di hulurkan Rasullah kepada setiap umat nya dengan "akhlak" nya. Tetapi malang sekali "akal" yang menjadi "mahkota" untuk di iktiraf sebagai seorang "manusia" telah di hapuskan dengan pengambilan "dadah" dan "arak" yang memabukkan. Punca kemusnahan di kalangan masyarakat kita telah terlampau kronik. Pengambilan "dadah" dan "arak" ini telah menyumbang kepada banyak kemusnahan "akhlak" manusia ini. Terlalu banyak tabung masjid di pecah untuk di curi. Ini di lakukan oleh orang Islam itu sendiri. Di manakah "akhlak" kesedaran mereka sehingga tergamak melakukan begitu?????

Siapakah yang bersalah di dalam perkara ini????? Mengapa "makhluk perosak" ini begitu terdesak dan berani sekali di bumi Malaysia ini???? Apakah punca dan masalah nya!!!!! Masjid sekarang perlu di kunci dan di mangga seperti satu kubu pertahanan. Jemaah tidak lagi dapat masuk bersembahyang seperti rumah yang terbuka. Ancaman "penyagak" ini telah jadikan masjid kita seperti rumah yang tertutup. Benih baka apa yang telah membiak di khalayak ramai. Ibu bapa mana yang melahirkan zuriat ini???? Apakah sistem "pencegahan" agama Islam kita itu sudah tidak berkesan lagi. "Imam" yang memegang jawatan hanya bertugas seperti pekerja yang di bayar gaji. "Kuasa" yang sepatutnya di miliki "rumah ibadah" ini telah hilang "semangat" nya. Tidak wujud lagi rasa hormat pada tempat ibadah ini. Apakah sebab dan musabab sehingga terjadi begini. Apakah kita perlu biarkan sahaja ia berlaku???

Edit 21.9.15

Setiap anak anak kita telah di asuh dan di didik dengan pengajaran agama sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka telah di beri asas tentang agama Islam tetapi apabila mereka keluar melangkah di khalayak ramai, asas pengetahuan agama yang telah di beri itu tidak dapat membendung mereka dari melakukan kemungkaran. Apakah "benteng" pertahanan agama Islam kita tidak cukup kuat untuk mengatasi pengaruh anasir yang tidak sihat. "Akhlak" keperibadian sebagai seorang Islam hanya di tayangkan sebagai syarat seperti tangkap muat sahaja. Baju kurung dan kopia hanya hiasan untuk tunjukkan alim. Penyakit "jiwa" ini perlu di ubati untuk bersihkan segala daki kotoran yang sudah melekat.

Punca segala musibah di dalam dunia ini adalah angkara "hawa nafsu" yang berpaut di setiap jasad tubuh itu. Jika kita serius untuk basmikan kemungkaran ini, kita perlu sembuhkan "sifat" hawa nafsu ini. Seperti apa kata Rasulullah, "Aku telah Islamkan syaitan yang ada di dalam jasad tubuh ku." Inilah "ilmu" yang perlu kita semua tuntut jika ingin menjadi seorang yang menegakkan agama Allah dan Rasul nya. Apa guna kita belajar Al Quran dan Hadith jika itu hanya untuk di dendangkan di khalayak ramai untuk tunjuk kepandaian. Jika "ilmu" itu hanya untuk mendapatkan "pujian" manusia, maka Allah dan Rasul nya tidak akan pernah merestui nya. "Jihad" untuk menegakkan agama Islam adalah melawan hawa "nafsu" ini. Dimanakah "pendekar dan pahlawan" itu yang sepatut nya berjuang di medan perang ini.

Mengapa kita sibuk mengIslamkan itu dan ini tetapi tidak jasad tubuh kita sendiri. "Menyerah Diri" kepada Allah dan Rasul bermula dari dalam diri kita ini. Jika hawa "nafsu" ini tidak pernah kita kenal asal usul nya maka amat susah untuk kita cari punca kekuatan dan kelemahan nya. "Musuh" di dalam selimut ini perlu kita cari dan kenal pasti. Setiap manusia itu tidak akan berjaya memiliki "akhlak" seperti Rasulullah selagi mereka tidak kenal hawa "nafsu" nya sendiri. Sifat "sombong, takbur, hasad dengki, tipu muslihat, iri hati, dendam kesumat, bakhil, dungu, riak, bangga, hasutan, fitnah adalah sifat kelakuan hawa "nafsu" ini. Apakah kita akan biarkan sahaja sifat sifat itu di jadikan "tabiat" hawa "nafsu" ini????? Jika kita biarkan bermakna kita telah buat "pilihan" untuk merestui amalan durjana itu.

Bagaimanakah agak nya kita boleh perbaiki sifat sifat yang keji itu dari perangai peribadian kita. "Ayat" apakah yang boleh kita baca untuk mencuci darah daging kita itu yang telah berkarat dengan daki dosa. Untuk melakukan "pos mortem" di dalam jasad tubuh kita memerlukan "sains" untuk mengetahui anatomi kerohanian kita. Sebab "jasad" tubuh kita ini di jadikan dari empat anasir iaitu "air, api angin dan tanah". Pecahan tenaga dan kuasa di antara empat anasir ini perlu kita kaji selidik. Jika kita tidak tahu "sebab dan musabab" nya maka amat sukar untuk kita cari jalan "siratal mustaqim" itu. Sebab "hati" dan "otak" adalah tempat atau "makam" yang perlu kita ziarahi. Di situlah "jiwa" kita itu berkumpul melakukan "tawaf" untuk melakukan "doa" segala hajad dan permintaan.

Edit 4.10.15

"Puja Semangat" ini memerlukan "ilmu" untuk mencari "sumber" atau (source) pada segala "tenaga dan kuasa" yang menyalurkan "kudrat dan iradat" kepada jasad tubuh kita. Inilah "rezeki" yang di beri Tuhan Allah swt kepada setiap manusia yang hidup di dunia ini. Jika kita tidak tahu di mana "punca" nya dan siapakah yang menyalurkan nya, sudah pasti kita akan tersesat untuk mencari sumber lain selain dari kehendak Allah swt. Setiap manusia sepatutnya "beribadah" kepada Allah swt bukan kerana "perintah" Nya. Sebab para "malaikat" itu lebih tekun dan taat beribadat kepada Allah swt. Kita manusia sepatutnya "beribadat" kepada Allah swt kerana itu adalah "HAK" Allah swt. "Hak" ini perlu kita tahu mengapa kita perlu berbakti dan "menyerah diri" kepada Allah swt.

"Perasaan" dan "ingatan" kita adalah "wajah" itu yang perlu kita tunjukkkan kepada Allah swt. "Lakonanan" atau "drama" yang kita persembahkan itu hanya untuk umat manusia melihatnya. "Huruf dan Suara" adalah untuk manusia mendengar dan membaca. Jika Allah swt utamakan "huruf dan suara" ini sudah tentu Allah swt tidak memilih Rasulullah yang tidak tahu membaca dan menulis atau "ummi" itu. Jadi "ilmu" Allah swt datang dari "sir" untuk mendidik dan membimbing setiap manusia yang di "pilih" nya. Orang yang pandai menulis dan membaca tidak boleh menghina orang yang "ummi" ini. Sebab apabila Allah swt memberi mereka "kebolehan" itu, bukan bererti mereka berhak merendahkan orang yang tidak tahu menulis dan membaca ini. Jadi mereka tidak perlu mendabik dada untuk bermegah diri dengan keupayaan itu.

Sebab Allah swt adalah Tuhan yang "berhak" membuat keputusan untuk "memilih" siapa di antara hamba Nya yang akan di beri keizinan. Tidak sesiapa boleh pertikaikan hak mutlak Allah swt ini. Jadi janganlah kita cuba mendahului Allah swt. Kita hanya boleh merancang untuk melakukan sesuatu tetapi Allah swt lah yang akan menentukan keputusan itu. Apabila kita mengaku sebagai seorang "Islam", kita sepatut nya perlu "menyerah diri" kepada Allah swt. Sebab segala "rezeki" kita itu Allah swt yang menentukan. Buka manusia yang lupa diri itu.

Pernahkah kita merasa bagaimana Rasullulah rasa apabila dia menghadap Allah swt????? Rasulullah tahu kelemahan nya sehingga dia selalu berdoa "Janganlah lepaskan diri ku pada diri ku sendiri, walaupun sekelip mata." Kewujudan Allah swt dapat Rasulullah rasai walau di mana saja dia berada. "Kudrat dan iradat" yang ada pada Rasulullah adalah sumber dari Allah swt. Sumber inilah yang perlu kita cari di dalam diri kita ini. Jika kita masih belum ketemui, maka kita masih belum "menyerah diri" atau layak mengaku "Islam" kita itu. Itulah mengapa ada yang bermegah diri dan riak, sombong dan takabur.

Jika kita ingin mencari "akhlak" itu, kita perlu mendapat "ilmu" yang di miliki Rasulullah ini. Bagaimana kita boleh "jujur, benar, rendah diri, pemurah, tulus, ikhlas, mulia, amanah, dan semua yang di miliki sifat kemulian Rasulullah itu. Lihatlah betapa banyak orang yang dari kecil di didik dengan agama atau di dedahkan dengan "huruf dan suara" ini masih tidak mempunyai sifat sifat kemulian seperti Rasulullah. Yang bersarban dan bersongkok masih berkelakuan sumbang di khalayak ramai dan melakukan kemungkaran dan berlaku khianat.

"Puja Semangat" yang di miliki Rasulullah ini. Sebab Allah swt dan para malaikat Nya sentiasa berselawat ke atas Rasulullah. Sebab Rasulullah lah "ilmu" itu yang membawa "cahaya" kebenaran.  Hanya sesiapa yang memiliki "makam" ini dapat mendekati Allah swt. Sebab hanya "wajah" Rasulullah sahaja yang akan di lihat Allah swt. Jarak di antara "keredaan" dan "kemurkaan" Allah swt. adalah di mana kita berada. Setiap detik di dalam pergerakan masa kita berada di bawah naungan "belas kasihan" Nya. "Rezeki" yang di tentukan Allah swt akan datang kepada kita dengan wajah "buruk dan baik" yang perlu kita terima dengan kesyukuran dan keinsafan.  

Edit 10.10.15

Agama Islam adalah agama yang paling asli dan benar. Tidak ada agama lain yang boleh memberi tunjuk ajar tentang urusan jasmani dan rohani. Islam boleh mengubati jasad dan jiwa yang sakit. Soal dunia dan akhirat boleh di jelaskan dengan begitu terperinci sekali. Penulis pernah meneliti agama Hindu, Buddha dan Christian tetapi terlalu kagum dengan kebenaran Islam apabila penulis buat segala usul periksa dan perbandingan. Kebenaran Islam tidak dapat di tangkis dengan kesedaran akal fikiran kita. Islam dapat memperjelaskan dari awal mula alam ini di jadikan sehingga akhir dunia ini akan di musnahkan.

Rasulullah sudah terlalu banyak berjasa kepada kita sebagai umat manusia. Sifat sebenar "manusia" ini yang sepatut nya menjadi "insan" telah di tunjukkan oleh Rasulullah untuk kita capai sebagai pegangan hidup mencari jawapan nya. Setiap dari kita sudah di tanya dengan satu soalan yang sama tetapi hanya jawapan yang kita beri itu yang berbeza. Setiap "jiwa" sudah pernah di tanya, "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu????" Tetapi setiap dari kita sedang mencari "jawapan" itu sehingga ke hari ini. Masing masing masih cuba memberi "jawapan" itu dengan amal perbuatan kita. Inilah tugas kita hidup di dunia ini.

Soalan yang belum terjawab itu masih di tangung "jiwa" kita itu. Segala "ilmu" yang kita fahami adalah "jawapan" itu yang cuba kita jelaskan dengan amal perbuatan kita. Tuhan masih menduga untuk dapatkan "jawapan" itu dari kita. Setiap malam semasa kita tidur, "jiwa" kita ini keluar dan naik untuk memberi "jawapan" itu. Tugas ini perlu kita sempurnakan sebelum kita menemui ajal maut kita. Inilah tanda tanya yang masih belum terjawab. Aku, engkau dan sesiapa saja perlu mencari "jawapan" ini. Allah swt selalu menunggu untuk melihat kelakuan amal perbuatan kita. Sudahkah kita "kenal" siapa Tuhan kita itu???? Apakah "ilmu" yang kita miliki itu sudah kukuh untuk jelaskan "jawapan" itu?  "Wajah" yang kita tunjukkan itu adalah "jawapan" yang di beri untuk soalan itu. Apakah benar "wajah" yang kita tunjukkan itu?????

Edit 12.10,15

Konon nya kita berangapan kita sudah kenal siapa diri kita ini tetapi sebenar nya kita masih tidak tahu keadaan sebenar diri kita itu. Nama yang kita miliki hanya "nama" yang di beri sebagai gelaran. "Muka" yang kita miliki hanya satu semaian "nasab" yang terbentuk. Watak sebenar "diri" kita itu masih kabur untuk di pastikan secara mutlak. Tabiat dan kelakuan kita boleh berubah dalam sekelip mata. Begitu juga bentuk rupa kita itu. Tidak ada kepastian kita akan kekal begitu selama nya. Banyak yang masih keliru di mana punca untuk mencari asal usul nya. Sebab yang ada hanya "perasaan" dan "ingatan" untuk beri penjelasan tentang "identiti" kita itu. Hanya "ilmu" yang menentukan arah tujuan. "Ilmu" ini sangat perlu untuk kita cari walaupun ia tidak pernah janjikan fakta kebenaran tetapi hanya "nilai" keperluan.

Sebab bentuk rupa kita itu boleh di ubah dengan pelbagai atur cara. "Perasaan" itu boleh berubah dan "ingatan" itu boleh bertukar. Jadi di manakah "diri" kita itu masih menjadi misteri yang belum terjawab. Watak hawa "nafsu" yang berpaut pada "perasaan" akan lupus untuk di tambah nilai. Jika ingatan "iman" tidak kekal dengan keyakinan nya untuk menghidupkan kembali "watak" identiti kita itu, kita akan hilang dan tengelam untuk berhijrah ke satu lagi "watak" yang berbeza. Jasad tubuh kita ini hanya bukti fakta yang boleh di kenal pasti tentang baka "nasab" nya. Tetapi "watak" kelakuan yang kita gunakan untuk berinteraksi dengan alam sekeliling masih tersembunyi di sebalik jasad tubuh itu. Jadi bagaimana "reaksi" kita itu untuk berdepan dengan situasi masih perlu di duga.

Itulah mengapa Tuhan perlu menduga setiap hamba nya bukan kerana Dia tidak tahu akan kesudahan nya tetapi untuk kita mengesahkan keadaan "diri" kita untuk di nilaikan. "Nilai" ini yang ada hijab kabul dan berat muatan nya. Itulah mengapa Tuhan tidak akan menghukum kita kerana dosa kita itu kerana "peluang" itu sentiasa di beri untuk kita bersihkan "diri" kita itu. Taufik dan hidayah Allah swt amat luas. Dalam sekelip mata seorang hamba itu boleh di beri keizinan untuk mendapat keredaan Nya. Jadi kita amat perlu untuk bermuhasabah "diri" agar kita sentiasa berada di dalam naungan Nya. Jangan sampai "diri" kita terlepas dari "pandangan" Allah swt. Inilah apa yang perlu kita pastikan.

Maka "ingatan" dan "perasaan" kita itu "wajib" sentiasa bertemu Allah swt di dalam setiap detik waktu.  Itulah mengapa "solat" itu perlu di lakukan di dalam setiap berkala supaya kita sentiasa tidak putus hubungan. Bukankah Allah swt itu Tuhan yang Maha Pengasih dan sentiasa memberi tumpuan untuk makbulkan segala doa permintaan kita. Hanya kita sahaja yang putuskan hubungan itu. Kita leka dengan urusan keduniaan sehingga kita lupa untuk "menyerah diri" kepada yang memberi segala "pilihan" dan "peluang" ini. Kudrat dan iradat yang kita miliki boleh di cabut dalam sekelip mata. Marilah kita "maal hijrah" jika kita berada terlalu jauh dari naungan Allah swt.

Edit 17.12.15

Mencari "semangat" yang tidak pernah di punyai hak milik kita adalah sesuatu yang di ambil dari luar kawasan kesedaran kita. "Semangat" ini sebenar nya adalah sesuatu yang kita semai dari benih keinginan yang tumbuh dengan "aura" perasaan dan ingatan kita. Ia seperti satu ciptaan yang kita bentuk untuk mulakan satu inspirasi identiti kejadian nya. Corak kelakuan dan fungsi watak nya di reka cipta oleh perasaan dan ingatan kita untuk wujud dan hidup di alam kenyataan realiti ini. Inilah "qarin" yang kita lahirkan di alam kenyataan dengan rancangan hidup untuk di terjemahkan dengan watak amal perbuatan nya. "Semangat" ini boleh bergaul dengan teman sehaluan nya untuk di jadikan "tabiat" kelakuan. Sejauh mana ia membiak dan berketurunan masih terpulang pada tahap kemampuan nya untuk bertahan.

"Semangat" ini yang menjadi "qarin" adalah seperti satu "entiti" yang kita lahirkan untuk hidup dengan amal perbuatan nya. Ia seperti satu lambang amal perbuatan kita yang sudah dewasa untuk mencari teman hidup nya. Ia adalah benih "dosa" dan "pahala" yang kita semai untuk di daftar sebagai rekod amal perbuatan kita. "Semangat" ini boleh bertambah kuat jika ia berjaya membiak dengan pengaruh amal perbuatan nya. Di sinilah di mana "dosa" dan "pahala" kita itu boleh bertambah jika benih itu membiak sehingga menjadi "tabiat" kelakuan nya yang di katakan "qarin" itu. Pengaruh dari "semangat" ini yang menjadi "qarin" akan kekal dengan watak nya walaupun kita sudah mati. Itulah mengapa amal perbuatan hanya terputus setelah kita mati tetapi ganjaran nya akan tetap terhitung dari perbuatan "qarin" yang kita lahirkan itu. Jika benih "ilmu" itu bermula dari "semangat" yang kita lahirkan, maka pembiakan yang menjadikan "qarin" ini adalah "saham" pelaburan kita yang sudah di niagakan untuk semua pelangan perdagangan.

Kita boleh lahirkan "semangat" yang mendatangkan kerosakan dan juga kebaikan pada umat manusia. Jika "semangat" ini membiak menjadi satu "tabiat" yang lazim dengan watak nya maka ia telah menjadi "qarin" yang mempunyai "identiti" sebagai keturunan kita. "Nasab" ini sama juga dengan anak yang di lahirkan di atas muka bumi ini dari benih baka kita yang berjasad tubuh. Tetapi "semangat" yang sudah menjadi "qarin" ini masih keturunan kita yang menjadi "tabiat" amal perbuatan kita yang di anuti oleh pengikut nya. Selagi watak itu masih di lakonkan, selagi itu kita masih perlu bertangung jawab sehingga amal perbuatan itu lesap dan terhapus. Ini lah bahaya nya "dosa" itu jika ia menjadi "qarin" yang membiak. Segala kemusnahan dan kerosakan perlu kita tangung dengan "berat muatan" nya di hari perhitungan nanti. Begitu juga dengan "pahala" yang berlipat ganda dari setiap "ilmu" kebaikan itu. Kita akan mendapat ganjaran nya bila setiap amal perbuatan yang baik itu masih di teruskan dan membawa manfaat kepada manusia.

"Semangat" ini bermula dari "ilmu" yang menjadi "idea" akal fikiran kita untuk wujud di realiti dengan amal perbuatan atau fungsi nya. "Semangat" ini boleh wujud di alam nyata apabila ia menjadi "qarin" dengan lakonan "tabiat" nya. Sejauh mana ia boleh hidup dan bertahan terpulang pada "semangat" yang  di pengaruhi itu untuk membiak. Itu terpulang kepada kita untuk menyemai benih kejahatan atau kebaikan. Bila "dosa" kejahatan kita itu sudah membiak maka kita perlu hapuskan dengan "pahala" kebaikan untuk di biak. Pertembungan "semangat" ini yang akan menyebabkan ia hilang dan muncul di dalam jiwa kita. Pertarungan di antara "semangat" baik dan jahat ini akan sentiasa berlaku di dalam kesedaran kita. Sebab "dosa" kita itu akan datang kembali kepada kita dengan "semangat" nya untuk di restui dengan kebanggaan. Jika kita "haram" kan "semangat" itu untuk di hapuskan dengan "taubat" maka ia akan lari mencari teman untuk di biakan. Di sini "semangat" ini bukan lagi menjadi "qarin" kita tetapi menjadi teman sesiapa saja yang masih memiliki "tabiat" kelakuan itu.

Perlu di ketahui setiap "perasaan" itu datang dari jiwa hawa "nafsu" kita dan setiap "ingatan" itu datang dari jiwa "iman" kita yang bertangung jawab terhadap jasad tubuh nya. Maka "semangat" yang akan di lahirkan itu adalah benih keturunan "nasab" nya yang akan membiak. Di situ "dosa" dan "pahala" akan di rekod dari "semangat" yang sudah menjadi "tabiat" pada "qarin" nya. Di antara "semangat" dan "tabiat" itu adalah di mana "niat" kita itu di terjemahkan dengan amal perbuatan. Allah swt adalah Tuhan yang Maha Bijaksana. Susunan kronologi pemikiran akal kita di mana "lintasan" dan "azam" itu membuahkan benih inspirasi keinginan dan kepastian ingatan kepercayaan nya di mana "niat" itu berbuah di perasaan hati dan ingatan otak. "Perasaan" dan "ingatan" itu adalah satu tenaga dan kuasa dari kudrat dan iradat untuk mencipta satu kejadian dan wujud di realiti ini dengan amal perbuatan kita.

Itulah "semangat" yang kita puja di dalam diri kita sehingga ia menjadi lakonan amal perbuatan dengan "tabiat" nya yang sudah matang menjadi "qarin" yang kita biak dengan "pengaruh"  pengikut  dan peminat nya. "Qarin" inilah yang akan menjadi "saksi" sebagai benih baka "semangat" kita yang sudah matang dan dewasa untuk di pertangung jawabkan. Inilah anak pinak kita yang akan berkampung di kawasan "sijjin dan illiyin" selepas kita mati dan menunggu hari kebangkitan. Mereka inilah yang akan menemani kita di alam barzah untuk meraikan kejayaan "pahala" atau gagal gelisah dengan "dosa" kita. Mereka inilah tayangan bayang bayang "dosa" dan "pahala" yang kita saksikan di dalam seksaan kubur. Rezeki kesenangan dan kesusahan yang terkumpul untuk jadi pesta kemurungan atau kegembiraan yang kita tonton di layar "syurga dan neraka".

Maka apabila "rezeki" kesenangan dan kesusahan itu sudah di timbang semasa kita dilahirkan ke dunia ini. "Niat" yang terkumpul dengan amal perbuatan kesedihan dan kegembiraan itu mempunyai penilaian yang sangat halus di mana "keperluan" dan "kepuasan" di ukur dengan skala "kesyukuran dan keinsafan" perasaan dan ingatan kita. Di sini urusan skala ukuran "keimanan dan ketaqwaan" akan di nilai oleh Allah swt dan Rasulullah sebagai "wajah" sebenar identiti "diri" kita itu. Di situlah dimana "sijjin dan illiyin" itu akan di pisahkan di antara jarak langit dan bumi.

Edit 19.12.15

Jika kita ingin mendalami urusan "semangat" dan "qarin" ini, kita perlu tahu bahawa mereka ini adalah sebahagian dari "jiwa" kita yang melahirkan zuriat atau membiak. "Semangat" dan "qarin" ini selalu mengikuti kita walau di mana kita berada. Apa juga yang kita lakukan di mana saja "qarin" ini akan ada di situ untuk berbicara. Bisikan dan lintasan yang kita dengar di dalam "hati" adalah sebahagian dari kelohan dan lauhan tutur bicara untuk mendapat perhatian kita. Semasa kita bermaksiat dan juga semasa kita beribadat mereka akan bersama dan mungkin juga akan menganggu jika perbuatan kita bertentangan dengan halaun mereka. Mungkin juga mereka sedang bermakmun dengan kita semasa kita sedang bersembahyang. Orang yang akan menghadapi "sakratul maut" akan di kerumi oleh "qarin" nya untuk mendapat pengiktirafan dan restu dari kita. Jika kita tahu rahsia ini, dengan sepenuh nya, kita akan melangkah di atas muka bumi ini dengan rakyat yang tidak kelihatan. Namun tumpuan itu bukan kepada mereka tetapi kepada Allah swt dan Rasul Nya. Terpulanglah kepada kita untuk mengumpul keturunan yang mana untuk mengikuti kita kemana saja.

Urusan "semangat" dan "qarin" ini tidak boleh di dedahkan dengan penuh terperinci sebab akan menganggu kesedaran kita yang sepatut nya di tumpukan kepada kewujudan Allah swt dan Rasul Nya. Urusan ghaib ini sangat halus untuk kita temuduga jika tidak mempunyai cukup "ilmu" untuk mengatasi nya. Adalah lebih baik bagi sesiapa saja yang masih jauh dari mengetahui asal usul mereka untuk sentiasa menyerahkan urusan itu kepada Allah swt dan Rasul Nya. Hanya mereka yang di pilih untuk mengambil tahu dan mendapat keizinan sahaja yang boleh berurusan dengan mereka. Tanpa "ilmu" yang di berikan Allah swt dan Rasul Nya kita tidak mampu untuk campur tangan dalam urusan mereka.

Itulah mengapa kita wajib dan perlu untuk sentiasa "menyerah diri" kepada Allah swt dan Rasul Nya. Sebab hanya Allah swt dan Rasul Nya sahaja yang tahu tentang perkara ghaib ini. Jadi berhati hati lah dengan apa yang kita lakukan. Setiap perbuatan kita ada "semangat" dan "qarin" nya yang di wujudkan dari semua amal perbuatan dan tidak pernah terpadam. Ini seperti sati rakaman digital malah lebih cangih lagi dengan hologram nya sekali yang bergerak dengan kesedaran nya sendiri. Bukan kah Allah swt itu satu Tuhan yang Maha Bijaksana??? Kami akan buktikan kehebatan Allah swt untuk kita kagumi dengan penuh taqwa dan keinsafan. Jadi apabila kita sujud di atas muka bumi ini kita akan merasa terhina dan kagum dengan Zat yang Maha Berkuasa ini. Wahai pembaca kami semua ini adalah "sedekah" untuk kita manfaatkan dan luaskan cahaya keimanan kita. Apakah yang lebih berharga dari membuktikan kehebatan Allah swt dan Rasul Nya sebagai bakti dan jasa yang selama ini di berikan kepada kita semua. Semua "Ilmu" ini bukan untuk membuktikan kehebatan kita tetapi kehebatan Allah swt dan Rasul Nya. Tidak halal kami menerima apa juga dari pembaca melainkan hanya kesedaran bahawa hidup ini mempunyai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Edit 3.1.16

Mungkin kita sudah di dedahkan dengan "jiwa" yang di katakan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" itu. Tapi semua ini hanya satu gambaran yang samar dan kabur untuk kita jelaskan dengan fakta yang jitu. Perlu kita selidik tentang urusan "semangat" ini yang mempunyai "bayangan" di sebalik semua perbuatan kita. "Dosa" dan "pahala" bukan sesuatu yang ghaib untuk di sembunyikan. Rahsia ini tidak akan terbongkar jika kita tidak mahu memahami. Sebab urusan "ruh" masih belum lagi terjawab dan jauh dari pencapaian "akal"fikiran kita. Tetapi Tuhan telah mengajak kita untuk berusaha mengenali "DIRI" Nya. Di sini kita sudah di cabar untuk mencari jawapan yang pernah di tanya, "Bukankah Aku ini Tuhan kamu?" Jadi apakah kita masih takut untuk mengetahui tentang urusan "jiwa" dan "semangat" ini yang mempunyai hubungan dengan "ruh" itu.  Apabila Allah swt yang hebat dan mempunyai segala kekayaan "ilmu" pengetahuan meliputi langit dan bumi dan semua yang berada di antara nya mengunakan perkataan "sedikit" untuk ceritakan tentang urusan "ruh" ini, itu sudah bermakna yang "sedikit" itu tidak pernah melarang kita untuk mengetahui nya.

Keimanan kita akan tergugat jika kita abaikan cabaran Tuhan ini. Kajian "sains kerohanian" kami perlu berani membuka lembaran baru untuk dedahkan soal "jiwa" ini yang sudah terlalu lama di sembunyikan dari pengetahuan kita. Kita asyik di suapkan dengan hidangan yang biasa berulang kali dan jarang di sumbatkan dengan "resipi" baru untuk mencari "hakikat" kebenaran yang menjadi tungak kehebatan agama Islam kita yang suci ini. Mengapa kita di halang untuk mengenal Tuhan dengan lebih dekat lagi. Kita di dedahkan dengan beribu juta "ayat" dan "khalimah" untuk mengenal "hukum" dan "syarat" yang menghalang dan menyekat kita pada peraturan yang di tetapkan sehingga Allah swt dan Rasulullah saw di sorok dengan ancaman kesesatan. Mereka berangapan hanya mereka yang boleh menentukan "kebenaran" itu dan buka Allah swt dan Rasul Nya. Semua nya perlu di ikhtiraf "tok guru", "pak imam", "ustaz", "ulama" dan juga "mazhab" yang tertentu. Mereka di jadikan seperti "dewa" untuk mendapatkan restu sebagai "perantaraan" untuk mendapat "rahmat" dan "nikmat" dari Allah swt dan Rasul Nya. 

Bukankah kita di larang menyekutukan Tuhan dengan yang lain. Mengapa segala urusan kita tidak di serahkan kepada Allah swt untuk mendapatkan "taufik dan hidayah" Nya. Jika kita bergantung kepada "manusia" atau "makhluk" untuk dapatkan apa juga harapan itu, kita sebenarnya menyekutukan Tuhan pada yang lain. Bukan kah kita di suruh "berdoa" kepada Allah swt untuk dapatkan apa saja yang kita perlukan. Manusia di sekeliling kita "HANYA" alat atau "asbab" yang menyampaikan urusan Allah swt dan Rasul Nya. Kita patut serahkan "NIAT" itu hanya kepada Allah swt dan Rasul Nya dan bukan pada "makhluk" yang lain. Kita sepatut nya belajar dan menuntut "ilmu" dari Allah swt dan Rasul Nya yang mempunyai segala "KEPAKARAN" untuk mendidik dan membimbing manusia. Serahlah kepada Allah swt dan Rasul Nya untuk dapatkan "petunjuk" itu. Sifat Maha Mengetahui ini perlu kita guna pakai di dalam semua urusan hidup kita ini. Jangan terlalu "taksub" pada "Tok Guru" dan "Tok Imam" sehingga kita ketepikan "kewujudan" Allah swt dan Rasul Nya. Kesempatan yang akan di ambil oleh "tok guru dan tok imam" itu tidak pernah nya "ikhlas" untuk kesejahteraan kita tetapi hanya untuk kepentingan ekonomi dan darjat di sisi masyarakat. 

Allah swt dan Rasul Nya akan sentiasa menonjolkan "diri" di setiap "majlis" dan "media" untuk sampaikan "pesanan" itu untuk kita. Allah swt dan Rasul Nya akan gunakan kepakaran manusia yang Dia beri itu untuk "hak" kita yang sudah di tentukan. Jangan lah khuatir jika ada "hati" manusia itu yang cuba menghalang kemajuan kita di sisi Tuhan. Sebab ada terlalu banyak "manusia" dan "informasi maklumat" yang akan di salurkan oleh "utusan" yang di kirim oleh Rasulullah dari Allah swt. Tidak ada sesuatu apa pun boleh "padam" kan peranan Allah swt dan Rasul Nya ini. Apabila kita ingin mencari "ilmu" itu, pergi berjumpa Allah swt dan Rasul Nya dahulu dengan "DOA" dan harapkan "petunjuk" dengan "taufik dan hidayah" Nya. Hanya itu sahaja nya "tali" yang patut kita berpaut untuk dapatkan "keredaan" Nya. 

Edit 11.1.16



Pada hari ini kami akan buka satu lapangan baru untuk pembaca kami gunakan 'peluang" yang telah tersembunyi sejak sekian lama. Kita perlu kaji selidik mengapa "jin dan manusia" itu telah di tetapkan Tuhan supaya berkongsi satu kefahaman yang di katakan 'agama" itu. Jika kita umat manusia sedang sibuk untuk menuntut "ilmu" agama ini, begitu juga umat bangsa "jin" ini yang menganuti agama suci Rasulullah saw yang sama. Apakah tidak ada "perkongsian" kepakaran di sini untuk kepentingan bersama??????? Apabila manusia di jadikan dengan berjasad tubuh dari anasir "air dan tanah" dan mereka di jadikan dari anasir "api dan angin", tidakkah mungkin ramuan "air, api, angin dan tanah" itu telah menjadi satu "resipi" khas yang wujud di atas muka bumi ini. "Ilmu" ini amat luas untuk kita terokai. Mereka yang berminat di dalam kajian "sains kerohanian" ini akan kami sediakan "hipothesis empirikal" untuk membuka kertas "thesis' kajian ini. 

Cubalah kita perhatikan bahan "kimia" yang ada pada alam flora dan fauna di atas muka bumi ini. Kebanyakan herba dan tumbuhan itu menjadi khasiat kesihatan kepada tubuh manusia dan pakar perubatan terkini telah mengunakan bahan "kimia" ini untuk di jadikan ubat dan penawar. Haiwan liar yang melata juga telah terbukti mempunyai bahan "kimia" yang penting untuk mengubati "penyakit" manusia. Neurotoxin haiwan liar yang berbisa juga telah terbukti boleh di jadikan ubat untuk penyakit yang tertentu. Apabila segala flora dan fauna dan juga haiwan liar dan berbisa itu telah istiharkan kemampuan mereka untuk memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan manusia apakah bangsa "jin" ini di kecualikan dari perkhidmatan itu?????? Apakah tidak akan ada "tahaluf siyasi" di antara "jin dan manusia" ini.  

Bukankah mereka lebih arif tentang rahsia di atas muka bumi ini yang mereka jadikan tempat penginapan yang kekal bersama kita. Apakah mereka tidak mempunyai ramuan "khas" di dalam segala kuman dan bakteria yang kita cari di dalam semua "kimia" itu untuk kepentingan umat manusia. Jika kita yang sudah tenat dan lemah boleh mengunakan "steriod" dari bahan "kimia" itu untuk tingkatkan daya ketahanan jasad tubuh, apakah bangsa "jin" ini hanya di anggap sebagai makhluk "perosak" untuk umat manusia yang tidak mampu memberi sumbangan pada kesihatan kita. "Sains kerohanian" kami akan membongkar rahsia ini untuk dapatkan jawapan yang shahih. Apabila "keimanan" itu satu anugerah yang paling suci dan murni oleh Tuhan yang Maha Berkuasa, kami tidak akan duduk diam untuk biarkan momokan itu pada bangsa "jin" ini di jadikan sebagai satu kejahilan yang amat nyata. Sesiapa yang pernah berjaya memasuki alam ini akan mempunyai keyakinan yang tinggi tentang ada nya Tuhan. Terlalu banyak yang nyata di realiti ini yang masih gagal untuk tanamkan tahap "keimanan" itu di dalam hati manusia. Terlalu banyak yang bersembahyang tetapi masih ragu tentang kewujudan Tuhan.

Tuhan telah pastikan bahawa "jin dan manusia" itu diterapkan di dalam satu perkongsian fahaman yang di katakan "agama" itu. Jika bangsa "jin" ini sudah di perintahkan supaya berkongsi kepercayaan "iman" dengan datang nya Rasulullah di atas muka bumi ini, maka di situ kita perlu meneroka peluang yang sudah di sediakan di situ. Peluang perdagangan di antara dua pihak ini perlu di teroka untuk mencari pakatan yang baik dan sesuai. Urusan kepentingan hidup ini tidak pernah terhad atau terhalang jika ada sefahaman yang baik untuk menjaga keutamaan dan kesucian agama. Tetapi jika ada gejala yang tidak di ingini dari "tahaluf siyasi" itu kita manusia berhak mempertahankan "akidah" itu agar tidak tergugat. Sudah menjadi lumrah alam semua tamadun kaum  kehidupan akan ada golongan yang baik dan buruk. Pihak yang tidak bertangung jawab inilah yang mengkeruhkan keadaan. Golongan yang berpaksikan benih syaitan ini yang menjadi persoalan dan kebimbangan kita. Yang jahat dan durhaka inilah yang perlu kita pertikaikan di antara "jin dan manusia" ini yang berkomplot untuk melakukan kerosakan dan kemusnahan.

Kami telah bertemu banyak "bukti dan fakta" bahawa mereka bukan sesuatu yang perlu kita nafikan begitu saja tanpa perlu di ambil tahu. "Jin dan manusia" ini sudah di perintahkan oleh Allah swt untuk "beribadat" kepada Nya dan Rasulullah saw telah di utus kepada bangsa "jin" ini supaya "beriman" dengan agama Islam yang suci. Apakah mereka patut kita anggap sebagai "musuh" yang perlu kita jauhi atau basmikan. Apakah pertalian "siratulrahim" itu tidak boleh kita jalin untuk dapatkan satu hubungan yang baik. Di sini lah manusia itu akan terlepas satu peluang yang amat luas. Alam "ghaib" ini satu kamar yang gelap untuk kita lalui. Tetapi jika kita mempunyai lampu suluh yang kuat, sudah tentu kita dapat melihat di dalam kamar itu yang sembunyikan banyak rahsia alam ini. Apakah itu akan di anggap "mistik" jika kita masuk di dalam ruang yang tidak pernah di jengah oleh pakar saintis terkemuka di dunia ini. Apakah umat Islam ini hanya perlu duduk dan minta sedekah dari kepakaran mereka untuk di jajah akal fikiran kita. Apakah itu Islam yang sebenar nya?????

Pertalian di antara "jin dan manusia" sudah terjalin di zaman Rasulullah. Manusia juga pernah bernikah dengan bangsa "jin" ini dan bagaimana mereka boleh bersatu perlu mendapat perhatian kita yang benar benar ingin mendalami kajian "sains kerohanian" ini untuk tingkatkan ketaqwaan dan keimanan kita pada Allah swt dan Rasulullah saw. Jangan lah kita jadi seperti "ayam di dalam sangkar yang di sogok dengan jagung dan dedak sahaja." "Akal" fikiran anda sudah di pasong di dalam satu "lokap" dan tidak lagi di benarkan  keluar mengais di tanah bumi yang mempunyai banyak khasiat ulat dan cacing yang lebih menyihatkan. Kami akan hapuskan fahaman ini selagi kami di beri "taufik dan hidayah" untuk membawa umat manusia ke satu tahap pemikiran yang lebih holistik. "Popularity fallacy" bukan satu kebenaran yang sudah terbukti, itu hanya satu tangapan umum yang di ikut di dalam jemaah yang taksub dengan bayang bayang nya sendiri. Tidak ingin kah anda menjadi "jasad" itu yang nyata untuk jadikan bayangan yang ikut di belakang.

Edit 13.1.16

Sebagai manusia yang bermaruah, kita sepatut nya mempunyai "alasan dan dalil" sendiri yang di cari dengan "akal" fikiran kita dari "ramuan" AlQuran dan Hadis untuk merumus hakikat kebenaran ilmu ketuhanan. Jika kita asyik "plagiat" dari "pendapatan" orang lain dan "copy paste" semua yang orang lain taarifkan, kita sebenar nya hanya "bayang bayang" yang di reka cipta bentuk asal sesuatu informasi maklumat yang di terima pakai. Apakah "halal" jika kita ambil sesuatu dari  "pendapat" orang lain tanpa sedikit pun kaji selidik dari diri kita sendiri untuk cari "kebenaran" pada hakikat nya. Apakah diri kita ini mudah di pengaruhi oleh "siaran" orang lain. Setiap hujjah dan dalil AlQuran dan Hadis bukan sesuatu yang patut kita telan dengan "mentah" tetapi perlu di "masak" dengan "resipi" akal fikiran kita sendiri. Mungkin ada yang mahu "makan" apa saja hidangan yang di sediakan "tukang masak" untuk di jamah. Sudah tentu "makanan" itu akan di komen dengan kualiti masakan untuk tentukan "sedap" atau sebalik nya. Jika kita telan apa saja tanpa ada cita rasa yang tersendiri tentang "masin tawar" nya hidangan itu, kita bukan lagi "manusia" yang di harapkan Tuhan yang di beri "akal" fikiran kita sendiri.

Mencari jawapan. "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu." bukan boleh di "copy paste" dengan jawapan orang lain untuk di beri kepada Zat Yang Maha Berkuasa. Setiap "jiwa" akan di pertangung jawabkan untuk mencari jawapan itu sendiri. Kita perlu mempunyai "alasan dan dalil" kita sendiri setelah kita terima "hujjah" dari orang lain untuk di rumus dengan fahaman kita sendiri. Sebab kita perlu letakkan harapan "taufik dan hidayah" itu dari Tuhan dahulu sebelum kita pergi "mengais" di merata alam untuk mencari "rezeki" dari semua makhluk di sekeliling kita. Jika kita tidak "serahkan diri" kita itu pada Zat Yang Maha Mengetahui, tetapi memandai mandai terima apa sajian yang ada sudah pasti kita tidak akan nampak "hakikat" kebenaran itu tetapi hanya"bayang bayang" yang di tunjukan oleh kelibat orang lain. Hanya "kelibat" dan "bayang bayang" Rasulullah saw sahaja yang boleh kita ikuti dan bukan yang lain. Sebab hanya "bayang bayang" Rasulullah saw sahaja yang tidak dapat di tiru atau di serupai oleh keturunan Iblis laknatullah. 

Inilah tugas kita semasa kita hidup di atas muka bumi ini. Kita perlu pergi mencari Rasulullah saw walaupun dia sudah wafat. Bayang bayang Rasulullah saw masih berkeliran di mana saja. Hanya kita saja yang tidak mahu melihat atau pandang dari orang yang menyebut tentang "kelibat" Rasulullah saw itu. Apa yang kita teruja hanyalah orang yang "menyamar" seperti Rasulullah saw itu. Tetapi apa yang kita perlu nampak adalah "hadis" Rasulullah saw itu yang akan di "sebut" dan bukan apa yang tertulis. Sebab Rasulullah saw tidak pernah arahkan "hadis" atau perkataan dan perbuatannya di tulis atau di catat. Tetapi Rasulullah saw mahu "hadis" dan "sunnah" nya di sampaikan dengan amalan perkataan dan perbuatan seperti yang di lakukan oleh diri nya sendiri. Jika setiap  "hadis" Rasulullah saw ini di sebut di mana mana tempat di muka bumi ini, tugas dan tangung jawab kita sepatut nya perlu buat kaji selidik tentang keshahihan nya. Setiap "sanad" atau orang yang menyampaikan perlu dari orang yang tidak pernah "berdusta" dan di akui dari orang yang benar. Jika orang yang menyampaikan "hadis" itu mempunyai sifat yang tercela, "hadis" yang di sampaikan itu perlu mendapat pengesahan dari orang yang di ikhtiraf sebagai sumber yang boleh di percayai.

Kaji selidik ini tidak pernah terlepas dari tangung jawab kita selagi kita masih mahu mencari diri Rasulullah saw. Tuhan akan sentiasa melihat kelakuan kita semasa kita memilih setiap "informasi maklumat" yang kita terima. Apakah kita ini jenis yang ambil apa saja tanpa usul periksa dengan kajian "akal" fikiran untuk dapatkan keputusan kefahaman dan ketaakulan. "Natijah" ini sesuatu yang akan di serahkan Tuhan kepada kita bila kita benar benar "ikhlas" untuk dapatkan "petunjuk" itu dari Nya. Kami di sini hanya membuka ruang pemikiran "akal" untuk melihat lebih jauh dan dalam lagi agar kita mendapat "natijah" itu untuk di guna pakai sebagai "alasan dan dalil" pada setiap amalan perbuatan kita. Jangan jadi "bayang bayang" yang lain selain dari "bayang bayang" Rasulullah saw. Marilah kita cari Rasulullah saw walau dimana saja kita berada atau di mana forum media yang kita layari. Sebab "akhlak" Rasulullah saw itu merangkumi urusan langit dan bumi. Dia adalah pembawa "rahmat" seru sekalian alam. 

Edit 14.1.16


Apa yang tertulis bukan pengesahan yang pasti tetapi apa yang di sebut dengan "huruf dan suara" adalah sesuatu yang "sah" apabila "nafas" itu di gunakan. Ini yang perlu kita perhatikan di alam cyber yang begitu meluas ini. Sebagai "penulis" seperti kami ini, perkara ini terpaksa kami dedahkan kerana perlu hormat dengan "sunnah" Rasulullah saw yang mahu "sunnah" nya di amalkan dengan cara Rasulullah saw sendiri melakukan nya. Apabila Rasulullah adalah seorang yang tidak tahu penulis dan membaca seperti kita, Rasulullah saw mengunakan "huruf dan suara" dari "nafas" nya untuk sampaikan perintah Allah swt. Jangan kita terlalu taksub dengan urusan "tulisan" ini sebab semua nya tidak mempunyai "hakikat" yang lebih hebat dari "utusan" yang di sampaikan dengan "huruf dan suara" yang di sebut dengan "nafas" itu.

Sebab "nafas" ini mempunyai "percetakan" yang lebih jelas dari semua "tulisan" yang tercatat. Ayat yang tertulis hanya satu "pamiran" untuk kita gunakan "akal" fikiran kita cuba memahami nya. Itu sama juga dengan "hiasan" di seluruh langit dan bumi ini yang cuba memberi maksud dan makna yang tertentu untuk di kiaskan. Jika kita lihat semasa Jibril as turun untuk sampaikan "wahyu" kepada Rasulullah saw, "kalam" yang perlu di "baca" itu dari seorang yang "buta huruf" tidak pernah dengan tulisan yang tercatat. "Sutera putih" yang di lampirkan Jibril di ketika itu, tidak di terima Rasulullah saw sehingga Jibril perlu memeluk Rasulullah saw beberapa kali untuk. Rasulullah saw mahu "wahyu" itu di "baca" kan kepada nya.  Perintah "bacalah!!!" itu bukan dengan cara kita ini sekarang tetapi dengan "menyebut" dengan "huruf dan suara" pada "nafas" kita itu. Jadi apa juga yang di pamirkan di alam nyata ini adalah "tulisan" yang di katakan "kalam" itu yang perlu di "baca" dengan "akal" fikiran kita dan "nafas" amal perbuatan kita. Sebut dengan "huruf dan suara" adalah "sunnah" Rasulullah saw yang perlu kita amalkan. Apa yang kita sebut dengan "huruf dan suara" adalah pendedahan yang di ikhtiraf untuk hadirkan kewujudan. Sebab "huruf dan suara" itu perlu di "dengar" oleh sesiapa saja dan "diri" kita sendiri.

Tetapi "mata" yang memandang juga adalah satu deria yang boleh membuat "ulasan" nya pada pamiran "kalam" itu. Dengan itu, kami sebagai "penulis" ini perlu memainkan peranan itu untuk buat "pamiran" itu bagi semua pembaca kami buat "ulasan" itu. Dari itu "kalam" kami ini perlu di "baca" dengan "akal" fikiran yang jitu dan di amalkan dengan "nafas" perbuatan untuk sempurnakan "akhlak" yang lebih baik. Keinsafan dan kesyukuran sangat perlu kita hasilkan dari semua pamiran "kalam" ini. Mencari "ilmu" dengan pandangan "mata" ini perlu mempunyai tahap keluasan pemikiran "akal" yang lebih kukuh. Sebab "ulasan" yang kita buat dengan "akal" fikiran kita sendiri perlu kita "sah" kan dengan talian Allah swt dan Rasulullah saw. Sebab "kalam" kami ini sebenar nya cuba merujuk pada apa yang perlu di "baca" dengan kewujudan Allah swt dan Rasulullah saw. Jika pembaca kami tidak "jumpa" Allah swt dan Rasulullah saw di hujung "ulasan" akal fikiran anda, adalah lebih baik anda berpatah balik atau tinggalkan "kalam" kami ini. Sebab itu akan menandakan anda telah tersesat jalan atau menyimpang dari landasan yang benar.

Cuba lah perhatikan "kalam" itu yang di katakan perlu di "baca" kan oleh "sekepal darah" ini!!!!!!!!!!!

Edit 17.1.16


"Diri" kita sendiri itu perlu kita "baca" kan ayat dari "kalam" yang di utuskan itu. Jika kita ingin benar benar mendalami "ilmu" ketuhanan, "jiwa" kita itu perlu kita didik dengan ayat yang di turunkan dari "bahasa" Tuhan kepada Rasulullah saw. Suruhlah "sekepal darah" itu "baca" apa yang cuba di sampaikan. Sebab kita akan perlukan "sekepal darah" itu untuk "rasa" kewujudan Allah swt. Kami terpaksa dedahkan lagi tentang soalan yang pernah di tanya "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?" Hawa "nafsu" yang "buta" ini perlu kita didik dengan "tabiat" yang baik. Jangan biarkan "suara" hati itu berkata kata melainkan yang baik dan larang lah ia dari menyebut kemungkaran. Jika kita tidak berhujjah dengan dalil yang sah pada "suara" hati itu untuk "beribadat" kepada Allah swt dan Rasul saw, jasad tubuh kita akan tersesat jalan dari titian "siratalmustaqim" itu.

Ingatan "iman" kita perlu mempunyai "ilmu" itu untuk mendidik "jiwa" kita itu yang mempunyai "semangat" hawa "nafsu" yang buta. "Semangat" ini boleh menjadi "qarin" jika kita biarkan ia dengan "tabiat" yang mungkar. Mengapa kita tidak mahu lahirkan "semangat" yang baik dan suci di merata alam ini. Apakah tidak ada "qarin" yang baik untuk di lahirkan dengan benih amal perbuatan kita yang suci. Kami agak khuatir untuk dedahkan perkara ini lebih lanjut. Sebab rahsia "kembar" yang sepasang ini masih tersembunyi di "kalam" yang perlu di "baca" itu. Apakah kita tidak pernah ternampak "kelibat" orang yang "suci" di hujung pandangan mata yang sekilas. Apakah hanya "hantu" sahaja yang selalu di lihat orang. Apabila kami mengetahui rahsia ini, kami menjadi begitu gigih untuk mencari rahsia nya.

Sebab Rasulullah saw yang di utus bukan hanya pada umat manusia. Bangsa "AlJann" ini juga menganut ajaran Rasulullah saw dan itu menjadikan kita lebih utama di dalam urusan agama ini atau "kalam" itu. Wahai pembaca kami!!! Kita mempunyai Tuhan yang mempunyai "ilmu" yang sangat luas. Apakah berdosa kita jika dengan "ikhlas" kita ingin tahu dengan "akal" fikiran itu untuk menjamah "sedikit" dari "rezeki" yang Tuhan sediakan. Allah swt tidak pernah melarang kita untuk mengetahui yang "sedikit" itu. Apakah "sesat" kita jika kita berazam untuk "kenal" Allah swt. Siapkan lah segala "senjata" dan "perkakas" untuk kita kembara menjelajahi rahsia yang tersembunyi itu. Jangan kita ambil apa yang di sogok sahaja. Rasuah itu mempunyai matlamat yang akan merugikan kita. Bukankah kita mempunyai Rasulullah saw dan juga Nabi Sulaiman untuk bimbing kita di alam yang agak gelap itu. Allah swt tidak pernah menghampakan hasrat yang "ikhlas" itu. Dia akan sentiasa berada di situ untuk kita minta pertolongan. Tuntutlah "hak" dengan "sekepal darah" itu yang Dia perintahkan untuk "baca" pada "kalam" yang amat luas ini. Bumi ini adalah "kalam" itu yang perlu di "baca" dan juga "masjid" untuk di sujud. Jika kita jadikan bumi ini sebagai satu "masjid" untuk di sujud, sudah tentu segala anasir yang menyesatkan akan pergi jauh untuk tinggalkan kita.

Edit 11.2.16

Untuk mendalami ilmu  "puja semangat" ini, kita perlu masuk di dalam satu kotak pemikiran yang di luar kebiasaan cetak acuan yang di terapkan. Perlu ada tali yang kuat untuk berpaut pada dua pegangan Allah swt dan Rasulullah saw. Tajuk perbincangan akan tertumpu pada "jasad" tubuh manusia di mana "dosa" dan "pahala" menjadi ukuran nya dari "aurat" dan "hijab" itu. Apa yang terdedah dan apa yang tertutup perlu di kenal pasti. jangan kita menyangka bahawa "tulisan" itu selalu nya dengan "huruf dan suara" yang di maksudkan. Sebab "muka" dan "wajah" ini yang perlu di pandang bukan "tulisan" yang di catat. Kita perlu melihat "kalam" itu yang patut di "baca" oleh "sekepal darah" dengan pandangan yang lebih luas.

"Semangat" ini telah kami ketahui boleh di muat naik dan di muat turun di setiap "jasad" itu seperti satu pakaian yang di sarungkan. Maka "aurat" dan "hijab" ini mempunyai pakaian yang di salut pada "jasad" tubuh itu dari "dosa" dan "pahala" itu. "Semangat" ini juga boleh membiak seperti satu zuriat untuk menjadi "qarin" yang di semai. Apabila "dosa" dan "pahala" menjadi ukuran pada setiap amal perbuatan dan "ibadat" itu, maka kita jangan terlena bahawa bukan hanya "manusia" sahaja yang "beribadat" itu. Ada juga bangsa "jin" ini yang di beri keizinan untuk "beribadat" dan Rasulullah saw di utus kepada mereka untuk tujuan itu.  Di sini kita juga perlu tahu apakah "syurga dan neraka" itu yang akan jadi tempat untuk segala "dosa" dan "pahala" itu. Apakah bangsa "jin" ini yang mendapat "pahala" itu akan ke "syurga" seperti kita???

Jadi apakah "peranan" mereka di dunia dan akhirat nanti. Sebab bangsa "jin dan syaitan" ini akan memerlukan zuriat dan bagaimana mereka membiak dengan hasutan dan godaan yang di lakukan untuk mencari "teman" hiburan. Apabila kita manusia di pisahkan di antara "langit dan bumi" dan perlu hidup di antara dua alam iaitu semasa "sedar dan tidur", tubuh badan yang di katakan "jasad" ini mempunyai "kembar" yang sangat halus. Di sinilah "semangat" ini perlu di teliti dengan lebih mendalam lagi.

Edit 25.2.16

Apabila "dosa" dan "pahala" ini tidak pernah terputus setelah "jasad" itu sudah mereput, maka "semangat" ini yang pernah di lahirkan oleh "dosa" dan "pahala" itu akan membiak selepas "jasad" itu melahirkan nya. Urusan ini amat halus untuk di teliti dari asas kejadian nya. Jiwa hawa "nafsu" dan Jiwa ingatan "iman" ini mempunyai zuriat yang di lahirkan dari amal perbuatan nya di mana "semangat" itu boleh membesar dengan "tabiat" nya untuk menjadi "qarin" yang sudah dewasa. Setiap "semangat" ini akan mencari "teman" sepergaulan untuk berhibur dengan "tabiat" nya. Semakin banyak "teman" ini akan jadikan ia lebih besar sehingga menjadi "qarin" ini. Inilah "dosa" dan "pahala" kita yang akan teruskan semua amal perbuatan itu. Benih apa kah yang kita tanam di atas muka bumi ini sehingga ia membiak di merata alam????

Setiap amal perbuatan yang menjadikan darah daging itu akan membesar dengan "tabiat" kelakuan nya yang pernah kita semai. Evolusi pembiakan "semangat" ini akan bercampur dan bergaul dengan benih baka lain untuk cari keserasian dari "jasad" tubuh itu. "Semangat" ini jika sudah menjadi "qarin" agak sukar untuk di hapuskan lagi sebab sudah matang dengan "tabiat" nya. Inilah "semangat" yang boleh di muat naik atau di muat turun di "jasad" tubuh itu. "Semangat" ini boleh di aplikasikan bukan hanya kepada satu "jasad" tubuh sahaja malah boleh membiak kepada lebih dari itu. Setiap "ilmu" yang di tuntut itu akan terbentuk dengan "semangat" ini pada atur cara kelakuan amalan nya. "Semangat" yang mempunyai perisian "ilmu" ini yang selalu nya menjadi "seruan" yang di puja. "Dosa" dan "pahala" ini adalah "semangat" itu yang terbentuk dengan "tabiat" nya. Sudah tentu akan ada "imej" nya dari "jasad" tubuh itu yang pernah menjadi "lambang" kelakuan nya. Inilah "hantu" yang bergentayangan dengan "imej" nya setelah "jasad" tubuh itu mati. 

Kajian sains kerohanian kami masih mencari jawapan yang pasti. Belum ada kata putus yang muktamad untuk kami jelaskan dengan kepastian. "Jasad" tubuh kita ini masih mempunyai "kedhaulatan" untuk menjaga "martabat" diri nya. "Kedhaulatan" itu boleh musnah jika kita tidak pernah menjaga "martabat" nya dengan "maruah" diri itu.  Jika diri kita ini masih belum mempunyai "identiti" nya yang di bentuk, "semangat" ini masih boleh "singgah" untuk menetap di "jasad" itu. Kita boleh hilang "maruah" diri jika "martabat" itu tidak pernah mempunyai "kedhaulatan" itu. "Semangat" ini lah yang buat kita terpedaya dengan "tabiat" nya untuk di tiru sebagai pengikut nya. Tetapi jika setiap "jasad" itu mempunyai "dalil" dan "hujah" nya yang tersendiri, maka "semangat" ini tidak akan dapat menyesuaikan diri di jasad tubuh itu. "Dalil" dan "hujah" ini bukan yang kita kutip dengan "sogokan" orang lain tetapi dengan apa yang kita cari dengan daya usaha "akal" fikiran kita sendiri untuk di jadikan "ingatan" kepada "iman" nya. "Dalil" dan "hujah" yang kita gunakan sebagai "pengikut" dari "ilmu" orang lain bukan "identiti" kita sendiri untuk bina "kedhaulatan" pada "martabat" kita itu. Jika kita cari "dalil" dan "hujah" itu dengan penyelidikan daya usaha kita sendiri untuk jadikan "alasan" setiap amal perbuatan kita, maka kita sebenar nya telah membina "martabat" dan "kedhaulatan" jasad tubuh kita itu dengan "ilmu" itu. "Ilmu" inilah yang dapat menghalang "semangat" orang lain untuk menyesuaikan diri dalam "jasad" tubuh kita itu. 

Benteng "iman" bukan dengan menjadi "pengikut" pada bayang bayang orang lain dengan "buta" tuli makmum di dalam  "jemaah" yang "bisu" yang hanya "amin" kan setiap amalan. Carilah "dalil" dan "hujah" itu sendiri dengan daya usha kita walaupun sepotong "ayat" yang ingin di amalkan. Biarlah sedikit tetapi kualiti mutu nya lebih besar dari "hafalan" yang menimbun.  

Edit 1.8.16

"Semangat" adalah bayangan "photo copy" dari amal perbuatan kita. Sebab "tenaga dan kuasa" yang kita gunakan untuk melakukan apa saja tidak akan terhapus atau terpadam di telan "masa" ini. Kita sebenar nya meminjam "kudrat dan iradat" yang di berikan kepada "nyawa" kita. Jadi Tuhan yang Maha Bijaksana ini sangat cangih untuk merekod segala amal perbuatan kita. "Dosa" dan "pahala" ini sebenar nya ada "wajah" dan "watak" nya. Kita yang melahirkan "semangat" ini sehinggakan ia membesar dengan "tabiat" nya untuk menjadi dewasa sebagai "qarin" nya. Urusan "dosa" dan "pahala" ini yang di bahagi kepada kiri dan kanan itu perlu di beri perhatian di dalam setiap langkah amal perbuatan kita. 

Hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini sering berdialog di dalam jasad tubuh kita. Kita akan sentiasa melakukan "dosa" dan memerlukan "pahala" itu untuk maju melangkah kehadapan. Sebab tidak pernah ada manusia yang melangkah hanya dengan kaki kanan nya sahaja. Setiap manusia akan sentiasa berdosa dengan hawa "nafsu" nya. Itulah mengapa ingatan "iman" itu di jadikan pasangan untuk bawa kita kembali ke jalan "siratalmustaqim" itu. Setiap "perasaan" perlu mempunyai "ingatan" yang melahirkan "keinsafan dan kesyukuran" itu. Ini lah benih baka "semangat" yang sepatut nya kita lahirkan sebagai zuriat keturunan kita. "Semangat" ini sepatut nya membesar dan semakin subur untuk menjadi "qarin" yang sentiasa mengikuti kita di mana saja kita berada. Mereka  mungkin akan menjadi "makmum" di belakang "jasad" kita semasa kita solat menyembah Tuhan. 

Mendalami "ilmu" sains kerohanian ini memerlukan kekuatan "jiwa" yang benar benar ingin mencari Tuhan. "Aku dekat malah lebih dekat dari urat leher mu." Pada pembaca kami yang budiman, kami harap setiap mukahdimah ini dapat membuka ruang pemikiran yang lebih luas. Agama Islam adalah agama yang paling cangih dan sophisticated. Tuhan tidak pernah tinggalkan kita bersendirian. Sebab "roh" itu sentiasa berada di situ untuk memantau keadaan"jasad" tubuh nya. Tetapi mengapa kita selalu hilang"ingatan" dan terlalu taksub dengan keduniaan ini. Sebab kita di beri "jiwa" hawa "nafsu" itu yang terikat dengan "graviti" tarikan bumi. Jasad ini di jadikan daripada "tanah" dan akan sentiasa menjurus kearah perut bumi. Kita akan hilang "khusyuk" ketika di dalam sembahyang dan memerlukan "sauh" yang kuat untuk menambat "ingatan" itu dari mengikut "perasaan" yang selalu memandang bumi.

Soal "sijjin" dan "illiyin" ini sangat luas untuk kita beri perhatian. Ini soal "dosa" dan "pahala" yang berkait rapat dengan segala amal perbuatan kita setiap hari di dunia ini. Amat rugi jika kita tidak memberi perhatian yang khusus terhadap urusan nya. Kita mungkin melakukan kebaikan tetapi "niat" itu mungkin akan letak kita di jalan yang mungkar. Sebab setiap amal akan di lihat pada "niat" nya. Di sinilah kita perlu mempunyai "ilmu" sains kerohanian ini untuk berurusan dengan "jiwa" yang mencorak "niat" kita itu. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan