Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Selasa, 12 November 2013

Sijjin dan Illiyin

Kitab ini tidak mempunyai muka surat yang boleh di baca. Sebab risalah isi kandung nya tersurat di dalam "jiwa" yang kita kumpul dan sunting semasa hidup ini. Tidak sesiapa boleh membaca nya untuk ketahui riwayat hidup nya melainkan hanya "jiwa" itu sendiri. Kitab ini adalah "jiwa" diri kita yang sebenarnya. Apakah tujuan nya kitab "sijjin dan illiyin" ini yang perlu di catat. Kebijaksanaan Allah swt tidak dapat di sangkalkan lagi dan sudah terbukti kebijaksanaan Nya. Tidak ada satu huruf pun akan tersalah cetak dan tidak ada yang di salah sebut di dalam kitab ini kerana isi kandungan nya terkumpul dan di catat bukan dengan tulisan huruf dengan ejaan bahasa tetapi dengan amal perbuatan yang di sertakan "niat". "Niat" ini lah yang tidak boleh di baca dengan tepat walaupun oleh para malaikat dan juga syaitan. 

Jarak perbezaan di antara "sijjin" dengan "illiyin" ini sangat jauh sehingga ia di pisahkan di hujung perut bumi dan di ketinggian bumbung langit. Kajian sains kerohanian yang ingin terokai kitab "jiwa" ini hanya mendapat sedikit pertunjuk dari "jiwa" hawa "nafsu" dan dan juga ingatan "iman" yang sangat berkait rapat dengan amal perbuatan manusia. Kuasa tarikan graviti yang ada pada tenaga hawa "nafsu" ini mempunyai kaitan dengan jasad tubuh kita yang di jadikan daripada "tanah" ini. Apa saja yang hawa "nafsu" ambil sebagai bahan kimia nya akan menjadi deoxyribonucleic asid  atau DNA yang tidak boleh di pertikaikan oleh sesiapa saja. Dan kuasa elektromagnetik yang ada pada ingatan "iman" ini mempunyai kaitan dengan "nyawa" kita yang di tiupkan dengan "ruh" semasa kita lahir ke dunia ini.

"Identiti" kita sebagai manusia akan di bagi pada dua bahagian sebagai "sijjin" dan "illiyin" ini untuk di pisahkan semasa hidup dan mati. Setiap manusia mempunyai dua watak yang di terjemahkan oleh "akal" fikiran pada kesedaran nya. Hawa "nafsu" dan ingatan"iman" adalah dua jiwa yang berbeza. Mereka boleh berpisah dan yang paling nyata adalah ketika kita sedang tidur. Jasad tubuh masih bernafas dengan degupan jantung nya tetapi kesedaran nya terhapus bila ingatan "iman" itu keluar dengan urusan rasmi nya. Ini kerana "nyawa" masih berpaut di jasad itu dengan hilang ingatan nya. Hilang ingatan ini sangat luas untuk di perjelaskan. Sebab kita manusia hidup dan berjalan memijak bumi juga tidak semesti nya mempunyai ingatan yang cukup sempurna pada pergerakan tubuh badan. Sebab jasad boleh bergerak tanpa "niat" yang tertentu dengan "naluri" nya yang sedia ada pada hawa "nafsu" itu. Jadi "niat" ini sebenar nya satu pakatan di antara jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" untuk melakukan sesuatu.   

Namun "niat" ini sangat rumit jika kita ingin meneliti dengan lebih halus lagi. Sebab "niat" ini hanya satu "tempahan" yang belum lagi di laksanakan dengan perbuatan. Bagaimana "niat" itu akan terbentuk perlu di perhatikan. Sebab sudah tentu ada "sajian" untuk kita buat "pilihan" itu sebelum "niat" itu di "tempah" dengan harapan atau anggapan untuk berlaku di realiti. Ruang sebelum "niat" ini di anggap neutral atau bebas dari segala tangung jawab kita. Adakah ini yang di katakan "free will" atau "lepas bebas" yang banyak di perkatakan. Ruang ini di jajah oleh kuasa "sebab dan musabab" yang menghulurkan segala "hidangan" atau "sajian" itu sebelum "niat" itu di buat. Kronologi proses pergerakan jasad tubuh berlaku dari "lintasan" yang berlalu di dewan fikiran kita di mana ingatan "iman" itu memberi perhatian.

Keinginan hawa "nafsu" yang menunggu di jasad tubuh akan mempunyai hasrat untuk mendapatkan sesuatu nikmat pada jasad tubuh nya. Hasrat ini masih bukan "niat" yang terbentuk tetapi hanya "pilihan" yang akan di buat dari "sajian' dan "hidangan" dari kuasa "sebab dan musabab" yang di katakan ketentuan "takdir" atau Qada'. "Pilihan" itu masih perlu di proses oleh "peluang" yang akan di cari oleh ingatan "iman" untuk di jadikan "niat" pada hasrat hawa "nafsu" itu tadi. Jadi ketentuan "takdir" atau Qada' ini perlu datang dulu kepada kita sebelum kita boleh buat "pilihan" dengan hasrat hawa "nafsu" yang ada. Ruang "lepas bebas" ini amat luas untuk di perbincangkan sebelum kita pergi kepada "niat" tadi.

"Hidangan" atau "sajian" yang di serahkan pada realiti kenyataan masih belum lagi kepunyaan kita dan masih menjadi "hak" ramai. "Sajian" yang di bawa kuasa "sebab dan musabab" ini adalah dari kuasa "sebelum" atau semalam dari hari ini yang di namakan masa silam. Masa "silam" ini sangat jauh sehingga hari kejadian alam dan juga manusia. Jadi benarlah kata Tuhan yang "takdir" itu sudah di tentukan terlebih dahulu dan kita masih boleh mengubah nya dengan "nasib" atau Qadar untuk berlaku di realiti masa depan. Jadi ini menunjukan bukti yang nyata kepada kita bahawa masa silam ini adalah satu "tempat" di mana segala "khazanah" itu tersimpan dari kejadian hari ini. Apa yang berlaku hari ini akan di simpan di dalam kitab "sijjin" di perut bumi dengan kuasa tarikan graviti nya. Jadi bagaimana pula kuasa "sebab dan musabab" itu yang akan datang memberi "hidangan" di realiti hari ini. Sebab "hasil" atau "jawapan" untuk hari ini datang dari apa yang kita telah lakukan pada hari semalam. Jadi apa yang tersedia di realiti ini sebenarnya berlaku dengan kuasa "sebab dan musabab" dari apa yang berlaku pada hari semalam. Hari ini di bentuk dari kejadian hari semalam atau lebih tepat lagi "hidangan" itu datang dari masa silam.

Disinilah kita perlu mempunyai kebijaksanaan untuk mengetahui "rahsia" nya. Yang berlalu pergi memasuki hari semalam akan melalui proses kuasa "sebab dan musabab" nya untuk mencipta hari ini. Sudah tentu ada jentera atau jurutera yang mengatur peristiwa yang akan berlaku pada hari selanjutnya. Ini lah yang paling penting kita ketahui. Sebab masa depan yang akan kita lalui nanti mempunyai kaitan dengan apa yang akan kita lakukan sekejap lagi dan kejadian masa depan di corak oleh ciptaan kita sendiri. Jadi "niat" itu satu "tempahan" yang kita buat pada "pilihan" kita di hari ini untuk menjadi satu "peluang" di masa yang akan datang. "Peluang" inilah yang di katakan "nasib" atau qadar yang mengatur "habuan" yang akan kita nikmati. Di situ lah "illiyin" itu akan terkumpul untuk membuka masa depan yang lebih baik. Mungkin kah ini tempat yang di lawati jiwa ingatan "iman" itu bila dia keluar semasa jasad kita tidur.    

Jadi yang di tarik akan di tolak, yang turun akan naik dan yang bangun akan tidur. Jika kita ingin memahami realiti yang terjadi, kita perlu tahu sumber kejadian nya. Apa yang kita lihat pada hari ini sebenarnya adalah satu jarak keluasan ruang yang ada. Sebab alam ini bermula dari setitik dan menjadi lebih luas dan berkembang. Jadi apa yang kita lihat adalah benda yang baru di cipta dengan kuasa hari semalam. Masa silam itu lah di mana masa depan kita berada. Di antara bumi dan langit ini mempunyai jembatan di mana kita sedang duduk dan di buaikan oleh dua tali yang terikat di satu punca yang sama untuk berpaut. Shurga dan neraka telah di pisahkan dan begitu juga "sijjin" dan "illiyin" ini di mana masa silam dan masa depan itu terpisah. 

Itulah mengapa para saintis yang pro "atheism" tidak dapat mencari bukti ada nya Tuhan sebab mereka mencari di ruang masa yang baru di cipta di mana alam ini sedang berkembang. Mereka sebenarnya perlu jejak kembali di masa silam di mana segala gala ini berpunca. Sebab yang pertama ini (The first cause) masih di pertikaikan dengan alasan yang di buat dengan tangapan dan andaian tanpa bukti dan fakta yang sah. Mereka terperangkap di dalam ruang "inception" ini dan mendapati kesukaran untuk berpatah balik di ruang masa silam. Pertembungan dua ruang "masa" di mana masa silam dan masa depan itu bertemu untuk jadikan masa kini perlu di kaji selidik. 

Kedudukan "sijjin" dan "illiyin" ini yang akan menjadi shurga dan neraka telah di buktikan alam realiti ini. Itu lah mengapa Tuhan menjadikan "agama" untuk kita dapatkan sambungan talian itu. Hubungan yang perlu kita dapatkan resepsi kejadian masa depan adalah satu asas keperluan yang sangat mustahak. Talian yang boleh menghubungkan kita untuk masa depan adalah "illiyin" ini di mana ingatan "iman" kita itu memancar. Tidak kah ingin kita ketahui masa depan????? Sebenarnya masa depan itu masih boleh kita lihat tetapi jarak nya yang menjadi ukuran. Kita masih boleh melihat hari esok atau lusa atau sebulan dan tahun yang akan datang. Ruang ini hanya boleh di lihat oleh jiwa ingatan "iman" di mana "illiyin" itu berada dan bukan dengan hawa "nafsu" yang buta itu. Sebab hawa "nafsu" ini telah di ikat kepada "sijjin" di perut bumi ini dengan tarikan graviti nya.  

Bara "sijjin" ini di perut bumi kadangkala boleh kita lihat sebagai lambang ada nya neraka. Begitu juga "illiyin" ini boleh kita duga sebagai lambang ketenangan ada nya shurga. Bukan kah setiap manusia berpaut pada "perasaan" dan "ingatan" nya? Bukan kah kita sentiasa di landa kesusahan dan juga kesenangan yang bersilih ganti. Sebab dua jiwa ini mempunyai kepentingan yang berbeza dan melapor diri di pusat yang berbeza. Ini lah "nyawa" dengan "jasad" nya seperti langit dan bumi, nafsu dan iman atau sijjin dan illiyin. Jasad tubuh manusia akan kesakitan jika suhu bara api "neraka" ini meningkat dan jasad itu akan terhibur jika keindahan "shurga" berhembus di jasad nya. 

Dunia ini telah terlalu menghayalkan kita. "Akal" fikiran kita telah hilang tumpuan kepada tujuan asal jasad tubuh itu di hidupkan. Sejak kita lahir ke dunia ini kita begitu lemah dan bodoh untuk mengenal kehidupan ini. Tetapi Tuhan memberi kita asas "naluri" yang boleh bertindak tanpa sebarang arahan dari jasad itu dengan hawa "nafsu" nya. Tetapi setelah akal baligh, kita di beri "akal" untuk mencari hakikat kebenaran di mana "nurani" dari ingatan "iman" itu mula berputik. Kita telah di beri "hak" untuk buat "pilihan" dan cari "peluang" menjelajahi hidup ini. Sungguh kagum kita lihat apa yang di pamirkan alam ini. Nikmat nya begitu padat dan penuh untuk kita nikmati seperti satu (vacation) pelancungan untuk menghiburkan hati. Jika jasad yang kita ada ini hanya memberi tumpuan kepada kepentingan hawa "nafsu" sahaja, nescaya "sijjin" ini akan menjadi perkampungan yang tetap untuk kita jadi penghuni nya. Tetapi jika kita berlaku adil untuk berikan layanan kepada ingatan "iman" itu, maka "illiyin" itu mungkin tempat penginapan kita nanti.   

Edit 30.1.14

Amat perlu sekali kita memerhatikan jiwa hawa "nafsu" kita yang akan menjadi "sijjin" di mana deoxyribonucleic acid kita tercatat di jasad tubuh dan akan di simpan di perut bumi. Bukan kah alam flora dan fauna di sekeliling kita yang menukarkan segala hembusan karbon dioxida yang kita buang untuk di gantikan dengan udara oksigen. Apakah itu satu digital kamera yang menangkap dan menyimpan segala kelakuan dan perbuatan kita yang kita amalkan dengan "nafas" yang di beri. Sebab hawa "nafsu" ini mempunyai kelaziman yang akan menjadi satu "tabiat" yang ketagih. "Tabiat" ini lah punca nya segala musibah hidup kita yang mendatangkan mudarat. Amat di takuti sekali jika kita yang "taat" dan tekun menunaikan perintah illahi terjerumus kelembah kemungkaran. Setiap manusia yang "beriman" sepatut nya menjadi orang yang "berilmu" untuk mengenal pasti setiap amal kebajikan yang di sempurnakan.

Perbezaan di antara "tabiat" hawa "nafsu" ini ialah di mana jasad tubuh itu melakukan sesuatu kerana latihan yang lazim tanpa mempunyai perisian muatan dari ingatan "iman" yang khusyuk menghadap perintah illahi. Jasad yang menghadap kearah qiblat illahi mungkin hasrat hawa "nafsu" yang melakukan "tabiat" sebagaimana lazim nya sehingga hilang perisian ingatan "iman" yang sepatut nya memacu keimanan dengan melakukan ibadah kerana "ikhlas" untuk bermunajat kepada Nya. Apa guna nya jasad itu berlakon di atas tikar sembahyang jika hati nurani tidak pernah memandang wajah illahi. Kecacatan jiwa ini amat dikesali jika perbuatan jasad tubuh itu dari "tabiat" hawa "nafsu" yang di latih mengikut kelaziman naluri nya.

Setiap "ibadah" perlu di selengarakan oleh ingatan "iman" yang memacu hawa "nafsu" yang buta itu supaya "merasai" rahmat illahi yang di curahkan. Sebab hawa "nafsu" ini akan menarik perhatian umum untuk keagungan jasad tubuh nya supaya di puja khalayak ramai. Jika ingatan "iman" tidak memacu setiap "ibadah", yang di lakukan, hawa "nafsu" akan mengunakan nya sebagai satu "lambang" kemegahan yang patut di puji dan di sanjung masyarakat sekeliling. Amal perbuatan yang di pandang baik akan hilang keikhlasan nya apabila qiblat tauhid bukan kerana Allah swt tetapi untuk pujian manusia. Amalan yang menjadi "tabiat" ini perlu di kaji seledik agar bersih dari noda kemungkaran. Apakah sembahyang yang kita lakukan itu satu "tabiat" yang lazim sehingga ia di pandu oleh gear "automatik" yang tidak mempunyai perisian "niat" yang ikhlas kepada Allah swt. Ini bukan tujuan asal Tuhan menjadikan manusia. Jika kita bergerak seperti "robot" yang telah di "program" maka kita bukan lagi manusia yang di maksudkan. Sudah ada berbillion malaikat yang sujud dan rukuk kepada Maha Berkuasa. Manusia tidak perlu menjadi seperti itu dan setiap "amalan" ada "sijjin" dan "illiyin" nya yang di pacu hawa "nafsu" dan ingatan "iman" nya.

Terpulanglah kepada kita untuk mengunakan "akal" fikiran untuk  mencari hidayah dan pertunjuk yang membawa kita ke arah "siratalmustaqim" yang di redhai Tuhan.   

Edit 3.4.14

Kejadian manusia sangat tinggi martabat nya dari segala kejadian makhluk lain. Mengapa Allah swt memerintahkan para malaikat supaya tunduk hormat kepada "manusia" semasa di jadikan. Keistimewaan "manusia" telah di buktikan di hadapan para malaikat dengan kepintaran Nabi Adam yang dapat "mengenal" apa yang di tunjukan kepada nya. "Ilmu" ini tidak pernah di beri kepada makhluk lain selain manusia. Apakah kelebihan "manusia" ini yang dapat "mengenal" hakikat kebenaran yang ada di hadapan nya. Kebolehan "mengenal" hakikat kebenaran ini lah yang menjadi kelebihan manusia dari segala makhluk yang pernah di cipta Allah swt. Keistimewaan inilah yang kita gunakan untuk beribadat kepada Allah swt. 

Bukankah kita tidak dapat melihat Allah swt di ketika ini tetapi masih berpaut teguh dengan keimanan kita bahawa Allah swt itu WUJUD walaupun kita tidak pernah melihat.???????? Jadi sistem "keimanan" ini satu keupayaan yang sangat luar biasa dan menjadikan "manusia" itu paling tinggi martabat nya. Tanpa keupayaan ini kita tidak boleh mendabik dada untuk bermegah diri. Kelayakan manusia bergantung kepada keupayaan kita mengesan sesuatu hakikat kebenaran tanpa bukti dan fakta yang NYATA. Jika kita hanya berpaut kepada sajian bukti dan fakta yang nayta untuk mempercayai sesuatu hakikat kebenaran, kita masih lagi tergolong dalam spesis yang lazim seperti haiwan yang melata. 

"Jiwa" kita boleh mencapai keupayaan itu!!!!!!!! Jika kita bergantung pada lima panca indera yang ada pada jasad tubuh kita yang di pacu hawa "nafsu" yang buta itu, kita akan meraba raba di dalam kegelapan. Sebagai manusia, kita perlu kuatkan keupayaan "ingatan iman" kita yang boleh menembusi ruang elektromagnetik yang fana ini. Di ruang inilah jin dan syaitan berkeliaran untuk menyesatkan manusia. Apa yang di pamirkan alam kenyataan ini sebenarnya adalah satu kepalsuan yang perlu kita awasi. Tidak semestinya apa yang di tunjuk itu adalah hakikat kebenaran. Apa yang tersembunyi sepatutnya menjadi renungan untuk dapatkan kepastian. Disinilah keupayaan martabat manusia itu sepatutnya menyerlah. 

Dua anasir alam yaitu "cahaya dan suara " ini selalu nya akan di tambat oleh ruang kosmologikal tetap di mana graviti tarikan bumi itu berkuat kuasa. Manusia melihat dengan melalui "cahaya" yang terpancar dan juga mendengar dengan "suara" yang melintas. Apakah "cahaya dan suara" ini tidak akan di sunting oleh anasir yang berkepentingan????? Jika manusia kurang upaya untuk "mengenal" pasti hakikat kebenaran, nescaya manusia akan selalu tersesat jalan.

Pemikiran kita sebenarnya adalah satu kembara yang menjelajahi satu ruang elektromagnetik di mana "cahaya dan suara" ini melintas. Jika kita hanya akan "percaya" dengan apa yang di lihat oleh pancaran "cahaya" itu dan menyangka dengan "suara" yang kita dengar, nescaya kita tidak akan dapat mencari hakikat kebenaran. "Pilihan" hawa "nafsu" ini tidak pernah pasti kedudukan perkara. "Akal" kita itu yang perlu mencari "peluang" itu dengan tekun berfikir di manakah "ilmu" itu tersembunyi. Inilah yang selalu kita manusia mendapat "idea" atau "petunjuk" yang melalui ruang fikiran kita. Namun tidak semua dari kita yang boleh mendapat "idea" yang bernas dan cukup berkesan jika tidak di hulurkan oleh "utusan" yang menyampaikan.

Ruang fikiran kita melalui alam yang amat luas. Ia dapat menjelajahi "masa" silam dan juga "masa" depan. Mencari "ilmu" ini yang di jadikan dari "nur" bukan sesuatu yang mudah jika tidak ada pemandu arah yang cukup berkesan. Inilah ruang di mana "ilham" itu boleh kita cari untuk dapatkan "petunjuk yang shahih. "Utusan" yang membawa "ilmu" ini di sampaikan oleh "penjaga mohor" yang amat suci. Tidak ada jin dan syaitan yang boleh merampas "harta pusaka" ini yang di khususkan untuk "manusia" yang sebenar benar nya manusia. 

Manusia yang boleh "mengenal" ini sahaja yang tahu menuntut "hak" nya. Jika tidak jin dan syaitan akan menyalurkan cahaya dari pancaran "api" untuk kegunaan kita melihat dan bunyikan suara untuk kita mendengar dari "asap" dan bukan "angin" yang asli. Sebab di dalam ruang udara ada gas karbon dioxida yang sudah di guna pakai. Tetapi gas "oksigen" yang bermutu tinggi untuk pernafasan manusia boleh di cemari untuk pudarkan daya memikiran kita. Jadi "jiwa" yang mana perlu menuntut "hak" itu perlu kita jelaskan. Jika anasir "sijjin" ini yang membuat tempahan, maka haba bahang "api" yang akan menyala. Tetapi jika anasir "illiyin" yang membuat jemputan khas mengundang tetamu terhormat ini, maka sudah pasti habuan nya sangat lumayan.

Carta kronologi "jiwa" ini sangat rumit untuk di rungkai. "Hati" di mana "perasaan" itu menyentuh dan "otak" di mana "ingatan" itu berpaut adalah dua rangkaian yang melalui satu lorong yang sama. Di mana mereka berpisah dan bertemu perlu di ketahui. Di situlah "niat" itu akan berputek dengan titisan sanubari yang cukup sempurna. Di sinilah rahsia Tuhan itu bertempat. Tidak ada jin dan syaitan atau juga malaikat yang dapat menilik dengan jangkauan yang munasabah. Jika kita hilang panduan maka kita akan selalu tersesat. Sasaran arah tuju tidak pernah tepat. Hubungan selalu terputus dari sambungan talian "ingatan iman" semasa sesi perbincangan. Para "utusan" yang datang untuk menyampaikan "maklumat" setelah di undang menunggu yang tidak kunjung tiba. 

Andaian dan tanggapan masih perlu di jadikan pegangan. Sedang hakikat kebenaran menanti untuk di salurkan. Bukankah manusia itu akan sentiasa mengharap kan bantuan dan bimbingan???? Jika kita tidak mahu ziarah pusat penyembaran maklumat tetapi menyimpang dan singgah di setiap perjalanan, "akal" yang sepatutnya bertugas membuahkan fikiran terlena di tepi jalan. Dunia ini banyak kepalsuan yang mengkhayalkan  Yang palsu di anggap benar dan yang shahih di abaikan. Yang nyata dan yang ghaib selalu menjadi sengketa. Tetapi hakikat kebenaran tidak pernah menunjukan diri di khalayak ramai. Ia perlu di cari dengan "peluang" akal fikiran. Ketaakulan bukan sesuatu yang mudah untuk di perolehi. Hanya jika "akal" fikiran itu benar benar menuntut untuk mendapat habuan nya. 

Edit 6.4.14

Ruang elektromagnetik "ingatan iman" sangat luar biasa. Ia boleh melangkaui masa silam dan juga masa depan. Dosa kita yang terdahulu boleh datang menghantui kita sehingga menyentuh "perasaan" di hati untuk mengugat keupayaan kita. Ini lah apa yang akan di rasai setiap insan apabila mereka sudah mati nanti. "Sijjin" ini akan menganggu "perasaan" kita dengan ancaman yang akan di tempuhi. Dosa dosa kita yang dahulu itu jika tidak di cuci dengan keinsafan dan kekesalan "ingatan iman" akan menjadi kuman yang merebak di seluruh urat saraf. Di sinilah manusia memerlukan Tuhan Yang Maha Pengasih untuk mendapatkan pengampunan jika kita masih lagi bernyawa dan bernafas. Tulisan "illiyin" perlu tercatat untuk menghakis daki dosa.

Sebab "nafas" yang ada pada "nyawa" kita ibarat wang ringgit yang boleh di belanjakan. Dengan "nafas" ini kita boleh membuat bakti dan menuntut kemaafan dari orang yang pernah kita zalimi atau khianati. Jika tidak, kita hanya bergantung kepada belas kasihan Tuhan yang menentukan segala urusan. Itulah mengapa setiap amal perbuatan kita perlu di sertakan dengan doa yang di panjatkan untuk mendapat keredaan. Urusan hidup kita tidak pernah terlepas dari hubungan Tuhan. Jika kita memutuskan hubungan bersama Tuhan walau sesaat pun, risiko dan akibat itu perlu kita tangung sendiri. Kita tidak mempunyai kepakaran dan kebolehan untuk mengetahui setiap langkah yang di ambil. Tanpa petunjuk dan bimbingan dari Yang Maha Mengetahui, dan doa yang di minta dengan menyerah diri, kita akan tersesat jalan dan menyimpang dari perjalanan "siratalmustaqim" itu untuk menuju perkampungan "illiyin". 

Perkampungan "sijjin" dan "illiyin" ini mempunyai penghuni nya yang sentiasa berurusan dengan jiwa yang masih hidup. 

Edit 16.5.14

Jiwa mayat yang telah mati tidak pernah kita ambil peduli. Hawa "nafsu" yang selama ini menetap di dalam jasad tubuh kita adalah jiwa yang selalu membuat kemungkaran. Segala masalah yang di alami semasa hidup adalah berpunca dari jiwa hawa "nafsu" ini. Jadi setelah jasad tubuh itu menjadi mayat atau bangkai, kemanakah pergi nya jiwa ini yang telah melakukan banyak kesalahan atau dosa. Jiwa hawa "nafsu" ini akan meratap di pusara mayat jasad tubuh nya di mana identiti deoxyribonucleic acid nya terdampar. Daya tenaga hawa "nafsu" ini ketika jasad tubuh nya masih bernyawa telah terputus hubungan dengan jasad nya di mana graviti tarikan bumi atau tanah di jasad itu telah terputus. Jiwa ini kehilangan daya tenaga untuk berpaut di jasad itu lagi yang akan menjadi mayat atau bangkai. Itulah mengapa jasad itu terlerai dan berkecai dan tidak boleh terkumpul lagi dan mereput. Jiwa hawa "nafsu" ini akan di tempatkan di perkampungan yang di namakan "sijjin" di perut bumi di mana bahang api itu mengelegak dengan bara nya. 

Jiwa hawa "nafsu" ini dari mayat yang telah mati boleh berkeliaran dekat pada pusara di mana jasad nya terkubur. Ratapan jiwa hawa "nafsu" ini di pusara nya yang di anggap keramat untuk di kunjungi. Itulah mengapa kadang kala kita dapat melihat "hantu" ini di tempat yang begitu. Sebab di hari kebangkitan nanti, jiwa hawa "nafsu" inilah yang akan tahu di mana deoxyribonucleic acid jasad nya berada untuk di bangkitkan kembali. Semasa menunggu hari kebangkitan ini, jiwa hawa "nafsu" ini akan berlegar di antara "sijjin" dan pusara nya untuk mengenang kembali tabiat kelakuan yang selalu di lakukan. Inilah seksa kubur yang berlaku.

Tetapi jiwa ingatan "iman" kita yang selalu mempunyai "ehsan" ini akan pulang naik di atas perkampungan mengikut taraf permastautin nya di lapisan petala langit di "illiyin" itu. Inilah laluan yang selalu di tempohi semasa jasad kita sedang tidur. Apabila jasad itu telah tamat tempoh dengan "ajal" yang di tetapkan, jiwa ingatan "iman" ini akan terpisah dengan kembar nya jiwa hawa "nafsu" itu untuk naik ke atas langit  bagi urusan "identiti" nya. Jiwa ingatan "iman" ini akan meneliti "identiti" nya sebelum tiba hari perhitungan. Segala "ilmu" yang pernah menjadi milik ribonucleic acid di "memori" diri nya akan di jadikan "dakwah dan sedekah" untuk di amalkan. Itulah mengapa kita masih boleh  merujuk kepada "penghuni langit" yang suci ini untuk dapatkan petunjuk. Mereka masih boleh buat amalan yang sesuai mengikut pengetahuan mereka. Urusan ini amat halus untuk di huraikan. Terpulang kepada setiap individu untuk mentafsir nya.

Urusan hidup sesudah mati ini perlu kita ambil peduli. Sebab satu hari nanti kita akan kesana untuk menetap di perkampungan yang amat sulit itu. Setiap "arwah" selalu nya akan di lupakan apabila di telan masa. Apakah benar mereka tidak lagi boleh berurusan dengan umat yang masih hidup. Jiwa jiwa ini masih mempunyai "identiti" diri mereka sendiri dan "ingatan" pada kesedaran mereka mungkin akan merusut apabila mereka sudah mula di lupakan. Tetapi "ingatan" kita adalah satu frekuensi yang boleh menjejaki kesedaran mereka itu. Sebab "ingatan" ini adalah memori segala perisian pengalaman yang pernah kita lalui dan begitu juga mereka apabila "kesedaran" itu boleh membangkitkan kembali nostalgia yang berlalu. Tetapi memasuki "ruang" sulit ini bukan sesuatu yang boleh kita tinjau tanpa tujuan yang tertentu. "Niat" yang kita pasang di dalam "hati" adalah paspot yang perlu di usul periksa. Begitu juga cara nya kita ingin mencari kehadiran Tuhan. Dengan "ingatan" itu yang mempunyai tenaga sinaran cahaya yang melintasi di ruang elektromagnetik dengan kelajuan yang sangat tinggi. Tenaga "ingatan" ini boleh mencari lokasi alamat yang perlu di hubungi di jalur lebar atmosphera alam maya. Tetapi "alamat" yang ingin di hubungi ini perlu tepat dan cukup syarat. Di sini, tenaga "makrifat" sangat di perlukan. Tanpa "ilmu" yang menunjukan arah tujuan, kita mungkin tersesat jalan atau tersasar.

Kewartawanan alam kerohanian bukan sesuatu yang mustahil jika kita mempunyai matlamat yang tulus dan ikhlas. Alam ini bukan senang untuk di cerobohi. Menjejaki "destinasi" tertentu tanpa "alamat" yang kukuh boleh mengakibatkan kita tersesat jalan di "ruang" yang penuh dengan misteri itu. Setiap jiwa jiwa ini masih mempunyai banyak persoalan yang belum terjawab. Mereka sedang berada di dalam keadaan yang sangat bimbang dan kecurigaan. Mereka masih mempunyai banyak urusan yang belum selesai. Menghulurkan telinga untuk mendengar kelohan dan nasihat akan buat kita lebih mengenali erti hidup ini. Bukan kah mereka berada di alam yang mempunyai fakta pada semua hakikat kebenaran??? Apakah mereka tidak mempunyai hasrat untuk curahkan sedikit kebimbangan atau penyesalan sebagai sedekah jariah??? Apakah yang hidup sahaja yang boleh bersedekah dan yang telah mati hilang "hak" untuk beramal tanpa harapkan balasan???? 

Urusan "seksa kubur" ini masih samar untuk kita buat rumusan. Sebab tidak mungkin kita sedang di hukum apabila Hari Perhitungan masih belum berlaku dan mereka masih belum di hisab segala amal perbuatan mereka. Tetapi jika kita rujuk kitab "sijjin dan illiyin" ini di mana jiwa jiwa ini akan di tempatkan di satu kawasan untuk menunggu hari kebangkitan. Kajian sains kerohanian telah meneliti persoalan ini dan mengenal pasti bahawa jiwa jiwa ini mempunyai kembar yang telah di pisahkan. Jiwa hawa "nafsu" dan jiwa ingatan "iman" ini akan di tempatkan di kawasan yang berbeza. Yang berdosa akan terasa ancaman neraka dan yang bertaqwa akan di sajikan bayangan nikmat shurga. Sudah pasti banyak kelohan kebimbangan dan keshukuran yang ingin mereka curahkan jika ada yang sudi mendengar. 

Si "buta" akan menceritakan dengan "perasaan" nya kepada sesiapa saja yang menjengok sapa dan si "bisu" akan menunjukan keadaan nya dengan "ingatan" yang ada pada nya. Bahasa "perasaan" dan bahasa "ingatan" mereka bukan lagi dengan huruf atau suara. Ini bukan alam realiti yang mempunyai pertuturan bahasa untuk jelaskan maksud. Wajah mereka bukan lagi yang berbentuk rupa dan perlu di terjemahkan dengan imbasan rohani untuk melihat situasi sebenar. Metaphora ini bukan satu muslihat yang mereka sengajakan. Kejujuran mereka sangat menyerlah untuk di tafsir dengan bayangan maksud. Kita yang perlu buat rumusan itu bukan mereka yang menghulurkan dengan maksud yang tersurat. Bahasa Tuhan tidak pernah berhuruf dan bersuara. Tuhan tidak perlu berbahasa dengan loghat yang tertentu. Setiap kali Tuhan berkata kata, segala mahkluk yang ada di langit dan bumi ini dapat memahami dengan cukup bermakna untuk di terjemahkan kepada bahasa kita sendiri. Apakah kita fikir Tuhan bercakap bahasa Ingeris, Melayu, Arab atau lain lain bahasa yang kita cipta sendiri???? Kehebatan Allah swt sangat menakjubkan. 

Alam "arwah" atau "barzakh" ini tidak lagi berbentuk rupa. Mereka tidak akan kenal mengenal antara satu sama lain melainkan dengan urusan yang tertentu yang di kehendaki Allah swt. Tetapi kita yang melihat mereka itu yang membentukan wajah mereka mengikut kefahaman yang kita sendiri bayangkan. Mereka tidak pernah menjelma dengan susuk tubuh yang nyata tetapi panca indera kita sendiri yang terjemahkan mereka begitu. Apa yang kita nampak adalah tanggapan diri kita sendiri yang merumuskan nya begitu. Sebab mereka hanya akan tunjukan sesuatu dari dinding cermin diri kita sendiri. Muslihat ini perlu kita fahami dahulu untuk menjelajahi alam mereka. Kerana disitu perlu ada "saksi" yang kita bawa untuk mendapatkan keizinan. Tanpa keizinan itu, tidak mungkin kita dapat melihat keadaan sebenar apa yang berlaku di situ.

Masih banyak lagi yang perlu kita pelajari untuk memahami "ilmu" ketuhanan ini. Kebijaksanaan Allah swt sangat kagum untuk kita kenali. Apabila kita di benarkan untuk mencipta segala sesuatu demi kepentingan hidup ini, segala apa yang kita "cipta" atau jadikan itu masih mempunyai kelemahan tertentu untuk di baik pulih. "Alat dan perkakas" yang manusia cipta dengan akal fikiran tidak akan dapat menandingi ciptaan Allah swt yang semula jadi. Setiap kali kita menjadikan sesuatu rekaan, kita akan di bebani dengan susut nilai untuk di "baik pulih" bagi menambah nilai nya. Tetapi Allah swt menjadikan sesuatu yang boleh baik pulih dengan sendirinya. 
  
Sebenarnya kita hanya mempunyai kebolehan untuk merancang dengan rekaan jiwa yang mengharapkan kenyatan nya. Bukankah Tuhan yang menentukan apa yang menjadi "hak" kita untuk di perolehi sebagai "ilmu" pengetahuan???? Apabila "nasib" kita tidak akan di ubah melainkan dengan keazaman kita sendiri untuk "berhijrah", Tuhan akan mendidik dan membimbing kita kearah itu selagi semangat usaha itu tidak berakhir dengan "putus asa". Sebab "kudrat dan iradat" itu telah di berikan kepada kita untuk di gunakan. Hanya "ilmu" yang di perlukan untuk beri pertunjuk dengan pengalaman yang berkesan.      
Tetapi apabila perasaan "hati" dan fikiran "akal" itu di "salah gunakan" untuk kepentingan hawa "nafsu" yang buta itu, kita akan di biarkan meraba raba di dalam kegelapan itu di lambung ombak kebingungan. Kita akan bergelut di antara fantasi dan realiti. Tidak semestinya apa yang di tunjukan di realiti ini adalah hakikat kebenaran. Sebab "kebenaran" itu akan selalu nya tersembunyi di sebalik kenyataan itu. Jika hawa "nafsu" kita yang rakus itu tergesa gesa mencapai desakan nya, nescaya "kepercayaan" yang ada pada ingatan "iman" itu akan diam membisu dengan kebingungan.           

"Ilmu" adalah makhluk yang pertama di cipta Tuhan. Ini kerana tanpa "ilmu" tidak ada sesuatu apa pun boleh bergerak untuk bertindak atau melakukan apa apa. Api yang di jadikan tidak akan menyala, Air tidak akan menitis , angin tidak akan bertiup dan tanah tidak akan terkumpul. Cahaya yang terang tidak akan dapat di kenali oleh kegelapan. Jadi segala apa yang di jadikan oleh Tuhan perlu di beri "ilmu" untuk mereka menjalankan tugas seperti mana yang di kehendaki oleh kejadian nya. Itulah mengapa Tuhan memberi kita manusia "akal" yang boleh bertindak untuk buat sesuatu. "ilmu" yang Allah swt curahkan sangat luas seperti air lautan yang di gunakan sebagai dakwat untuk menulis segala "ilmu" itu. Ini lah lautan yang memisahkan Arasy dengan berjuta tahun jarak kejauhan nya.

Tetapi manusia terlalu ghairah untuk mencipta segala rekaan sehingga mereka terlupa untuk mengingati Tuhan. Malang nya ada yang berani mengatakan bahawa Tuhan itu tidak wujud apabila mereka.sudah berkebolehan untuk mencipta kejayaan dengan kepintaran mereka. Namun segala kejayaan moden yang mereka cipta tetap tidak dapat menandingi kekuasaan Tuhan apabila ajal maut mereka tetap akan datang menghampiri. Susut nilai jasad tubuh mereka tidak dapat mereka kekalkan walau sesaatpun. Golongan "ateis" ini sangat merbahaya jika di biarkan berleluasa. "Sains" yang di bawa golongan ini mempunyai agenda yang tersembunyi untuk meruntuhkan martabat manusia. Mereka akan cuba terapkan bahawa manusia ini sebenar nya binatang yang serupa dengan spesies lain. Kita boleh puaskan hawa "nafsu" kita tanpa perlu membendungnya. Keinginan "syahwat" tidak ada batas larangan nya. Sesiapa saja yang berkinja di tepi jalan boleh di ambil sebagai pasangan untuk di jadikan "nasab" keturunan. Ibu bapa adik beradik sudah tidak ada batas pergaulan seksual seperti kambing yang membiak.

"Akal" fikiran manusia boleh terhapus dengan luapan desakan hawa "nafsu" yang buta itu. Jika ingatan "iman" kita kekurangan "ilmu" untuk di jadikan pegangan sebagai "sauh" keyakinan, nescaya manusia itu akan hilang harga diri untuk menjadi manusia yang sebenarnya. "Naluri" asas hawa "nafsu" mempunyai sifat kehaiwanan. Sebab itu Tuhan menjadikan ingatan "iman" untuk mengurus kelakuan tata tertib nya. Garis panduan inilah yang di namakan "agama" di mana manusia boleh mencari pertunjuk arah tuju kehidupan.           

Edit 16.12.2014

Allah swt menjadi segala sesuatu itu berpasangan. Sebab "ilmu" itu mempunyai "wajah" yang berkembar. Jika "ilmu" itu tunjukan "kebaikan", akan ada "keburukan" yang di jelaskan sebagai pasangan. Begitu juga, pendek ada panjang, tinggi ada rendah, cantik ada hodoh dan lelaki ada perempuan. Jadi "kembar" ini bukan sesuatu yang mustahil untuk kita perhatikan. Kita harus dan wajib melihat bukti dan fakta bahawa kita di jadikan dengan "kembar" atau "qarin" yang masih sulit dan samar untuk kita jelaskan. "Sijjin dan illiyin" ini satu dalil yang perlu kita lihat dan kaji untuk menambah "ilmu" pengetahuan kita. Hawa "nafsu" dan ingatan "iman" adalah kembar jiwa yang perlu kita gunakan setiap amal perbuatan kita. Banyak persoalan yang harus di tanya. Adakah jika kita "baik" di dunia ini, kembar kita yang satu lagi itu akan jadi "jahat" untuk mengimbangi pasangan nya. Jika kita lelaki di dunia ini adakah kembar kita itu perempuan di alam ghaib.  

Jika kita belajar dan kaji chromosome ibu bapa kita di mana setiap 23 chromosome itu berpasangan dan ada sepasang lelaki dan perempuan dari benih baka ibu dan juga bapa kita. Apakah yang menentukan jantina kita itu untuk kita hidup dengan jasad lelaki atau perempuan.  Apakah Adam dan Hawa ini hanya sejarah silam yang tidak wujud lagi di alam nyata kita ini. Hawa "nafsu" dan ingatan "iman" di mana "pilihan" dan "peluang" masih di kuat kuasakan di setiap detik waktu. 

Apabila "ilmu" itu di turunkan dengan "wajah" yang sepasang untuk jelaskan perbezaan "buruk" dan "baik" atau negatif dan positif nya, maka sistem berpasangan ini bukan satu mitos kurafat yang boleh di cemuh dengan penafian. Hanya yang kurang "akal" sahaja yang akan menafikan ini semua untuk tutup buku perbincangan. Alam "sijjin dan illiyin" inilah rahsia segala hidup dan mati kita ini. Kita perlu "bangun" dan tidur" setiap hari semasa hidup di dunia ini. Kita perlu rasa "lapar" dan kenyang" setiap berkala atau "puas" dan "haus" dalam ketika tertentu. Apakah ini semua tidak mahu kita fikirkan???  "Perasaan" dan "ingatan" yang kita bawa kesana sini akan menjadi ukuran dan timbangan amal perbuatan kita. Setiap "nafas" yang kita hidu akan di catat dengan rekod pengunaan. "Kesedaran" dan "kefahaman" akan di uji di pentas hidup untuk menilai budi pekerti perangai tingkah laku. Apakah kita ingat semua  ini hanya "percuma" untuk kita gunakan??? Kita perlu tahu apakah itu "pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh" yang kita gunakan. Apakah kita ingin cabar "kebijaksanaan" Allah swt dengan keingkaran kita????

Pergilah kemana saja, anda akan di suruh membuat "pilihan" dan mencari "peluang" dengan setiap langkah yang anda lakukan. Anda akan bertemu dengan "takdir" dan "nasib" atau "Qada dan Qadar" ini. Dapatkah anda sembunyikan diri dari Allah swt??? Allah swt dan Rasul sentiasa akan menuntut "hak" nya di kembalikan. 

Edit 19.12.2014


Kita akan selalu melangkah di atas muka bumi ini untuk mencari "keperluan" hidup. Sebab "keperluan" ini akan di sempurnakan Allah swt sebagai satu tanggung jawab Nya untuk memberi "rezeki" melalui ukuran "susah" dan "senang" kepada setiap hamba Nya. Tetapi ukuran ini tidak pernah nya terbatas di mana setiap hamba Nya itu yang di katakan melampaui batas mengejar "keperluan" untuk mendapatkan "kepuasan" hidup nya. "Kepuasan" ini sebenar nya tidak akan termampu untuk di pikul setiap hamba nya itu. Hanya Allah swt sahaja yang boleh pikul "kepuasan" ini tetapi bukan manusia. Apabila lahir nya seorang bayi ke dunia ini, empat perkara asas akan di tentukan iaitu "ajal, rezeki, susah dan senang" nya. Semua ini sudah di ukur dengan timbangan yang  adil. Maka "rezeki" yang di tetapkan Allah swt itu akan berlaku dari "susah dan senang" sehingga menemui "ajal" nya. "Rezeki" Allah swt ini akan menjadi satu "ujian" kepada setiap hamba Nya. 

Apabila manusia menerima "kesenangan", dengan secara spontan "perasaan" gembira itu akan di luahkan begitu juga "kesusahan", dengan secara spontan "perasaan" sedih itu akan di luahkan. Jadi setiap manusia itu akan luahkan "kesyukuran" itu apabila senang dan akan luahkan "keinsafan" itu apabila sedih tanpa perlu mengucapkan dengan perkataan yang di sebut dengan "niat" yang di lafazkan. Jadi Allah swt sudah terima "kesyukuan dan keinsafan" sebagai "hak" Nya walaupun kita belum sempurnakan kewajiban kita sebagai makhluk Nya. Reaksi yang spontan bukan apa yang Allah swt  ingin lihat sebab Dia sudah tahu. Tetapi apabila kita lakukan sesuatu yang berbeza, di situ Allah swt akan melihat "kebijaksanaan" Diri Nya sendiri yang perlu kita buktikan dengan keupayaan kita.

Jadi apakah "maruah" tanggung jawab kita sebagai hamba Nya ini yang terima "rezeki" itu dari "susah dan senang" itu. Jadi perasaan "gembira" pada "kesenangan" itu bukan jawapan yang betul untuk di jawab kepada Tuhan tetapi sebenar nya "keinsafan" itu. Kita perlu luahkan "keinsafan" itu pada setiap "kesenangan" yang kita terima. Sebab "kegembiraan" pada "kesenangan" itu boleh buat kita "lupa diri" dan mengejar "kepuasan" yang tidak terbatas itu. Apakah kita ini "layak" menerima "kegembiraan" itu jika kita tidak pernah bersyukur dari "kesusahan" yang pernah atau akan kita lalui nanti. Kita perlu tahu bagaimana untuk mengubati penyakit "jiwa" ini. Berapa banyak yang lupa pada nikmat Tuhan apabila "kesenangan" itu di terima. 

"Kesyukuran" pada "kesusahan" yang di terima amat jarang di lakukan oleh kita sebagai hamba Nya. "Kesedihan" itu sudah secara spontan akan berlaku dalam "perasaan" kita untuk di luahkan tetapi hanya "kesyukuran" itu yang belum kita lafazkan dengan "niat" yang sempurna. Mengapa kita harus ada "kesyukuran" dari "kesusahan" yang kita terima. "Keinsafan" itu sebenarnya datang dari "wajah" yang di ucapkan dari "kesyukuran" pada "kesusahan" itu dan bukan dari "kesedihan" yang kita rasa. Sebab Allah swt adalah Tuhan yang Maha Bijaksana dan tahu bezakan yang mana tulen dan yang mana palsu. Jika kita benar benar ingin membentuk "jiwa" yang bersih dan suci untuk di jadikan "wajah" yang boleh di pandang Allah swt, kita perlu tahu apa itu "keikhlasan" yang di tuntut. Pertalian "jiwa" yang kita hadapkan kepada Allah swt bukan sesuatu yang boleh kita lakukan dengan "tangkap muat" dan "asal boleh" sahaja. 

Hubungan yang kita jalin di antara seorang hamba dengan Al Khalik nya mempunyai "rahsia" peribadi yang sangat halus. Tuhan tidak akan terpedaya dengan kelakuan tingkah laku kita. Kita perlu tahu apa yang harus kita "jawab" apabila "soalan" itu telah di tanya. Kita tidak akan pernah boleh berdusta dan berbohong kepada Allah swt. Bagaimana kita perlu "pikat" kasih sayang Allah swt itu akan menjadi satu "ilmu" yang "wajib" di tuntut. Dari situlah Allah swt akan menilai kebolehan dan keupayaan kita untuk mengenal Diri Nya. 

Kita perlu tahu bagaimana untuk "tenang" kan perasaan "hati" kita itu apabila "rezeki" dari "kesusahan" dan "kesenangan" itu di terima. Ingatan "iman" dan perasaan hawa "nafsu" kita ini adalah kitab yang akan di baca untuk "sijjin dan illiyin" ini dan di catat sebagai amal perbuatan kita. Lafaz dan perbuatan bukan "kitab" yang di lihat Allah swt pada "huruf dan suara" nya. "Perasaan" dan "ingatan" yang spontan bukan pamiran yang di nilai tetapi "keikhlasan" yang tulus dari keupayaan mengenal kebijaksanaan Allah swt. Allah swt akan lebih kagum apabila hamba Nya ucapkan "kesyukuran" pada setiap "kesusahan" dan ucapkan "keinsafan" pada setiap "kesenangan" itu.   

Apabila manusia itu tidak mempunyai "ihsan" ini, tahap keimanan mereka akan tercemar dengan kepalsuan yang nyata. Tarikat dan tasawuf sangat di perlukan di dalam setiap amal perbuatan kita. Apabila Allah swt itu tidak dapat di lihat, maka kita akan terumbang ambing dengan keraguan dan kebingungan untuk menyerahkan "ibadah" kita dengan cukup sempurna. Kita masih kurang arif tentang peranan "langit" dan "bumi" ini yang menjadi "makam" setiap amal perbuatan kita yang di ikat dengan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" untuk di isytiharkan dengan "sijjin" dan "illiyin" ini. Identiti diri kita itu akan terbentuk dengan "jiwa" yang membuat segala "tempahan" pada "niat" yang di sempurnakan "kudrat dan iradat" yang di pinjamkan. 

Kita akan kembali di satu perkampungan untuk tunggu hari kebangkitan selepas kita berhijrah dari "bumi" ini untuk berada di "langit" itu. "Bumi" ini hanya satu persinggahan yang kita lalui untuk "tempah" tempat tinggal yang lebih kekal selama nya. Sebab apa saja yang ada di atas muka "bumi" ini akan musnah dan tidak berkekalan. Kita di beri izin untuk menikmati alam yang nyata di atas muka "bumi" ini untuk sementara waktu sahaja. Kita di beri kesempatan untuk membentuk "identiti" diri kita itu dengan segala amal perbuatan kita dengan "ilmu" yang mempunyai "wajah" yang kembar dan sepasang. Segala gala nya mempunyai pasangan nya untuk kita "pilih" di antara "buruk" dan "baik" itu. Kita di benarkan mencari "keperluan" tetapi bukan "kepuasan" untuk hidup di "bumi" ini. Kita di suruh selesaikan segala masalah dan bukan untuk buat segala masalah itu. 

Tuhan akan beri kita segala kemudahan untuk kita cari jawapan pada soalan yang pernah di tanya, "Bukan kah aku ini Tuhan kamu?" Jika kita pertuhankan apa yang ada di atas muka "bumi" ini yang di pamirkan maka kita sudah tersesat jalan. Kita mencari "keperluan" hidup tanpa sedikitpun kesedaran yang Tuhan menghulurkan segala "rezeki" kita itu. "Kepuasan" yang kita kejar tidak akan pernah tercapai. Kita telah di perdayakan oleh jin dan syaitan dengan impian yang palsu. Kemegahan, kesombongan, keangkuhan, keganasan, kezaliman yang kita rebut untuk di kumpul sebagai perangai budi pekerti kelakuan kita. Kita rampas "hak" orang lain dan merasa senang dengan kesusahan mereka. Kita ketawa bergembira sedangkan orang lain menanggis kesedihan. Sedikit pun kita tidak sedar bahawa "susah" dan "senang" itu sudah di timbang sama rata. Mahukah kita merasa kesusahan itu di akhirat nanti????? 

Edit 18.1.15

Mungkin kita masih tidak tahu mengapa kita selalu terikat dengan kemahuan dan urusan duniawi. Sebab hawa "nafsu" kita ini terikat dengan graviti tarikan "bumi" di mana "jasad" kita itu di jadikan dari "tanah". Kita perlu bijak mengenal "sains" kerohanian "jiwa" kita ini. Jiwa hawa "nafsu" kita ini akan sentiasa terikat dengan tarikan "bumi" dan hanya "ingatan iman" sahaja yang boleh angkat dan naikan nya ke atas "langit" di mana sumber "rezeki" itu tercurah. Urusan duniawi ini tidak akan terputus selagi "jasad" tubuh itu masih bernyawa. Itulah mengapa semasa kita mendirikan sembahyang dengan ingatan "iman" kita cuba naik ke "langit", jiwa hawa "nafsu" ini akan berpaling ke arah "bumi" dengan daya tarikan graviti nya. Kita akan hilang tumpuan apabila hawa "nafsu" berpaling ke arah "bumi" semasa "ingatan iman" cuba naik ke "langit" untuk serahkan "ibadah" nya. 

Jadi "rahsia" sebenar "jiwa" kita ini adalah bagaimana untuk "lepaskan" graviti tarikan "bumi" ini. Inilah apa yang sedang di kaji seluruh pakar saintis terkemuka di dunia ini. Rahsia "graviti" ini sepatut nya menjadi kajian kerohanian kepada setiap pakar "agama" yang ingin terapkan "dakwah" Islamiah kepada umat manusia. Apa guna nya hukum dan syarak di istiharkan dengan "kiblat" kearah "siratalmustaqim"  jika "tasawuf" untuk sampai kesana tidak di bincangkan untuk jelaskan kelemahan dan kesilapan. Apa guna nya kita sebut segala "penyakit" jika kita tidak tahu tentang "penawar" untuk mengubati nya. Inil lah ketirisan yang telah lama menjadi "wabak" di dalam agama Islam kita yang suci ini. Kita perlu cari "penawar" ini supaya kita dapat bersihkan segala dosa dan kemungkaran yang semakin berleluasa. Apa guna nya kita "hukum" orang yang berdosa jika kita tidak tahu bagaimana untuk "ubat" atau cegah dosa nya itu. Inilah "fisabilillah" yang patut kita perang hawa "nafsu" kita ini.

Kita perlu tahu kelemahan hawa "nafsu" kita ini supaya kita dapat didik dan bimbing nya ke arah "siratalmustaqim" itu. Jika kita tidak tahu kekuatan dan kelemahan hawa "nafsu" ini, amat sukar untuk kita lakukan "therapy" pemulihan kepada "tabiat" hawa "nafsu" ini yang selalu melakukan kemungkaran. Kita juga perlu tahu tentang atur cara "kunci nafsu" dan bagaimana untuk mendidik dan bimbing hawa "nafsu" kita ini untuk melakukan amal makruf. "Keingkaran" hawa "nafsu" ini perlu kita kaji selidik dan tahu bagaimana untuk mencegahnya. Sebab "kedegilan" hawa "nafsu" inilah punca nya segala kemungkaran dan masalah yang di alami "jasad" tubuh itu. Serapan hawa "nafsu" ini yang mempunyai tenaga daya tarikan graviti perlu kita kaji dengan sains kerohanian. "Ilmu" itu lah "penawar" yang boleh di gunakan ingatan "iman" untuk membendung keganasan hawa "nafsu" ini. Sebab setiap "kemungkaran" itu akan ada "kembar" nya iaitu "keinsafan" untuk di imbangi. Setiap "kejahatan" itu ada "kebaikan" nya untuk buat perbezaan.

Jadi kita perlu tahu tentang rahsia "kembar" ini yang di katakan "qarin" ini untuk kita temukan pasangan ini. Sebab selagi "kembar" ini tidak bertemu pasangan nya, maka perpisahan itu akan menjadi jurang yang amat sukar untuk di temukan. Apabila "kembar" ini berpisah, "akal" fikiran tidak dapat mampu memberi cahaya ketaakulan yang di harapkan "kefahaman" ingatan "iman" kita yang menjadi "sauh" keyakinan kita. Sebab "sauh" ini adalah "berat muatan" yang dapat menambat "jiwa" ini untuk duduk memberi tumpuan kepada segala "ilmu" pengetahuan yang sangat di perlukan. Jika kita tidak mempunyai "sains kerohanian" ini, agak mustahil untuk kita mencari muhasabah diri. Kuasa "sijjin" dan "illiyin" ini perlu kita kenal pasti untuk mencari hakikat kebenaran. Sebab kita akan berada di perkampungan itu dan kekal sehingga hari "Kebangkitan" dan "Perhitungan". 


Edit 21.1.15
Pasangan "kembar" ini telah di jadikan Tuhan untuk beri pendidikan kepada manusia dengan cara yang sangat bijaksana. Hanya Allah swt sahaja yang "TUNGGAL" dan tidak dapat di bandingkan dengan yang lain. Allah swt telah menjadikan semua makhluk itu berpasang pasangan. Inilah "ilmu" yang perlu kita cari untuk dapatkan jawapan segala rahsia yang tersembunyi. Misal nya yang "pendek" hanya dapat di iktiraf apabila ada pasangan nya yang "panjang" untuk buat perbezaan. Yang "tinggi" perlu ada yang "rendah" untuk buat ukuran. Tanpa pasangan "kembar" ini, kita tidak akan dapat mengunakan "akal" fikiran kita untuk mengenal “ilmu” itu dan buat pengesahan. 

Lihatlah cara Rasulullah berdakwah membawa risalah utusan Allah swt. Setiap "kejahatan" yang ada Rasulullah ganti dengan tunjukkan "kebaikan" untuk temukan pasangan nya. Rasulullah akan balas "kejahatan" orang dengan "kebaikan" untuk tunjukkan perbezaan agar "ilmu" itu dapat di fahami. "Ilmu" yang di bawa Rasulullah bukan untuk di tulis dan di baca. Sebab itu Rasulullah tidak pernah mengarahkan Al Quran dan Hadis nya supaya di tulis sebab dia tidak tahu membaca. Rasulullah mengharapkan umat nya "amalkan" dengan perbuatan apa yang dia sampaikan kepada Rasulullah dengan “sunnah” nya. Bukan kah Rasulullah pernah melarang Hadis nya di tulis???  Jadi "sunnah" Rasulullah ini sebenarnya adalah apa yang kita nampak atau dengar dari sesiapa saja bahawa Rasulullah pernah melakukan nya dan juga pernah melarang melakukan nya. Perkataan yang di lafazkan Rasulullah itu adalah "kalam" yang di "baca" dengan nama Allah swt pada "amalan" nya. Jadi bagaimana kita boleh dapat apa yang telah di sampaikan Rasulullah???? Sebab apa yang tertulis bukan apa yang di minta atau di arahkan oleh Rasulullah. Rasulullah mahu umat nya "amalkan" segala "sunnah" nya dan "baca" segala apa yang di sampaikan oleh nya dari Al Quran. 

Maka apa yang "tertulis" itu hanya catatan yang di paparkan untuk jadikan "ingatan" dan dapatkan "kefahaman" yang perlu di sahkan dengan perbuatan sebagai "amalan" yang di yakinkan. Al Quran adalah apa yang di "baca" dengan huruf dan suara yang di lakukan oleh "nafas". Tanpa "nafas" ini, apa juga yang "tertulis" itu hanya satu catatan yang tidak bermakna. Jadi ayat Al Quran perlu di "tulis" dalam "ingatan" dan di "baca" dengan "perasaan". Bukan di kertas atau buku yang di katakan "kitab" itu. Maka sesiapa yang dapat menghafal semua ayat Al Quran ini adalah orang yang mempunyai "kalam" itu yang boleh di "baca" untuk di sebut dengan huruf dan suara untuk di sampaikan kepada sesiapa saja.

Tidak kah kita ingin berada di ketika zaman semasa Rasulullah itu masih hidup dan berdakwah sebagai utusan Allah swt???? Kita telah berada terlalu jauh dari kehidupan Rasulullah. Semasa Rasulullah masih hidup umat manusia di ketika itu "nampak" dan "dengar" berita tentang ajaran Rasulullah dari perbualan dan amalan orang yang mengikut ajaran nya. Jadi "dakwah" Rasulullah sebenar nya "buat" sebagai amalan dan "sebut" sebagai pendidikan dan penyampaian. Apabila Rasulullah tidak boleh menulis dan membaca, maka "ilmu" yang Allah swt salurkan itu mempunyai penyampain yang sangat halus dan lebih cangih. Segala apa yang tercatat atau tertulis tidak mempunyai kandungan maksud yang di penuhi hakikat kebenaran dan perlu di tafsir dengan kajian pemikiran "akal" untuk dapatkan kepastian. Jadi di mana "kalam" dan "pena" itu????? "Kitab" yang perlu di "baca" itu???? "Ilmu" yang perlu di "amalkan" itu???? Allah swt dan Rasulullah akan sentiasa "wujud" jika pasangan ini di temukan!!!!! Apakah "kalam" Allah swt dan Rasulullah itu perlu di "baca" dengan "tulisan" yang berhuruf dan bersuara??? Bagaimana keadaan nya jika Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak ini di biarkan begitu untuk membaca "tulisan" yang tidak boleh di "baca" untuk dapatkan kefahaman.

"Ilmu" dan "amalan" adalah "kalam" yang patut di "baca" dengan perbuatan. Tetapi setiap "ilmu" dan "amalan" itu tertakluk kepada "kefahaman" yang di "tulis" dalam "ingatan" dan "niat" yang di "baca" dengan "perasaan" yang terjemahkan dengan "huruf dan suara" itu. "Kalam" ini di "tulis" dengan perbuatan dan di "baca" dengan "niat" sebagai "amalan" hidup Rasulullah untuk buktikan kewujudan Allah swt. Hanya Rasulullah sahaja yang tahu bagaimana untuk beribadat kepada Allah swt. Contoh dan sunnah Rasulullah sahaja yang akan di iktiraf sebagai apa yang telah di redhai Allah swt. Jadi sebelum kita baca segala kitab yang pernah di tulis, kita wajib kenal dahulu Rasulullah ini. "Ilmu" yang di bawa oleh Rasulullah ini mempunyai segala "kunci" rahsia alam semesta dan segala makhluk yang hidup. Apa yang di bawa Rasulullah boleh jadikan kita seorang "saintis" yang memahami rahsia alam. Rasulullah adalah Al Quran itu yang di katakan "kalam" yang perlu di "baca". 

Jika kita tidak pernah membaca "akhlak" Rasulullah ini, maka kita masih belum membaca "kalam" Allah swt yang di utus itu. Segala ayat Al Quran yang keluar dari mulut dan lidah Rasulullah mempunyai maksud yang di terjemahkan oleh "akhlak" Rasulullah ini. 

Edit 31.3.15

Perkataan "kalam" bukan kitab yang berhuruf dan suara. Ketika malaikat Jibril as menyampaikan wahyu kepada Rasulullah yang tidak tahu menulis dan membaca, "kalam" itu yang di "baca" bukan berhuruf dan bersuara. Penyampaian Jibril as kepada Rasulullah saw sangat luar biasa untuk kita ambil perhatian. Bahasa "sir" yang di sampaikan kepada Rasulullah adalah bahasa "nurani" yang di fahami bahasa ibunda lidah Rasulullah untuk di terjemahkan. Itulah mengapa Allah swt boleh memahami seluruh bahasa yang di lafazkan setiap makhluk Nya. Huruf dan suara hanya luahan "perasaan" dan "ingatan" setiap yang hidup dan bernyawa. Sebab itu "hati" adalah tempat yang perlu di bersihkan dari segala daki kekotoran.

"Nafas" kita adalah rahsia segala "ilmu" yang ada. Apa juga "kalam" yang di "baca" perlu menyebut dengan "huruf dan suara" yang di lafazkan "perasaan" dan "ingatan" kita. "Niat" itu di semat dengan "nafas" yang kita hidu dan hembus. Jika kurang arif tentang peranan "nafas" kita ini, kita sebenar nya masih terapung di antara "sijjin dan illiyin" itu. Sebab "langit dan bumi" ini adalah pasangan yang akan menjadi "saksi" segala amal perbuatan kita. Mereka adalah sepasang kekasih yang telah di pisahkan untuk merakam segala kelakuan sifat manusia. Jadi empat "saksi" ini iaitu "langit dan bumi" dan "hawa nafsu dan ingatan iman" adalah "saksi" yang tidak dapat kita pertikaikan di hari pembalasan nanti. 

Sebab "nafas" kita yang kita hidu setiap berkala di salurkan oleh "langit dan bumi" ini dan setiap amal perbuatan kita di lakukan oleh "hawa nafsu dan ingatan iman" ini. "Facts and evidence" atau "bukti dan fakta" ini dapat di tunjukkan kepada kita tanpa sedikit pun melampaui keraguan yang munasabah. Kita bercakap dan bergerak melakukan sesuatu dengan "nafas" yang di salurkan "langit dan bumi" itu. Alam fauna adalah digital kamera yang merakam segala perbuatan kita. Kita bertindak dan berniat dengan apa yang di rumuskan oleh "hawa nafsu dan ingatan iman" kita untuk melakukan sesuatu. Jiwa yang ada di dalam diri kita itu adalah "saksi" yang akan mendakwa kita di akhirat nanti.
Dapatkah kita menafikan nya nanti????  

Edit 9.4.15

"Sijjin dan illiyin" ini adalah pasangan yang akan menunjukan perbezaan di antara dua jenis yang berlainan watak. Apabila kita menempuh hidup ini dengan pelbagai ujian yang di "tempah" dengan "niat" pada "pilihan" dan "peluang" yang kita ambil dan cari, sudah pasti akan ada perkara yang di timbang dengan "buruk dan baik" untuk menentukan "dosa" dan "pahala" dan "syurga" dan "neraka" nya. Jika kita memilih melakukan satu amal kebajikan, maka watak kemungkaran itu akan di sandang lakonan "sijjin" yang menunjukan perbezaan nya. Jika kita memilih untuk melakukan kemungkaran, maka watak "iliiyin" itu akan menunjukan amal kebaikan yang sepatutnya di laksanakan.

Sebab kita tidak akan di dakwa tanpa sebarang bukti dan saksi yang kukuh dan begitu juga kita tidak akan di beri ganjaran jika contoh keburukan itu tidak di buktikan untuk beri perbezaan. Sebab "jiwa" kita ini akan menangung beban "dosa" di mana "pahala" itu akan buktikan nikmat nya sebagai bukti kenyataan. Kita selalu di beri "pilihan" itu untuk menempah hala tuju riwayat hidup kita. Setiap "pilihan" yang telah di ambil akan ada pasangan yang menunjukan sebalik nya. Ini kerana "peluang" untuk kita jenguk "pintu" taubat dan menyesal sentiasa terbuka. Sebab "illiyin" itu sentiasa menunjukan keindahan ganjaran "pahala" untuk di nikmati. Jika pasangan "sijjin dan illiyin" ini tidak wujud, sudah pasti kita tidak akan merasa takut dengan segala kesalahan yang kita lakukan. Bayang bayang "dosa" kita akan selalu mengiringi kita di mana saja kita berada dengan "sijjin" itu. Apakah kita menyangka bahawa kita ini bersendirian??? Jika begitu sudah pasti setiap manusia akan bermaharajalela tanpa halangan melakukan merosakan.  

Edit 14.10.15

Dosa yang kita lakukan tidak pernah terpadam. Ia telah di rekodkan di dalam kitab "sijjin" ini untuk di bicarakan. Pendakwa raya yang akan membuat dakwaan itu adalah kitab "illiyin" yang membuktikan dengan "pahala" nya. Siksa kubur yang di katakan agama adalah dosa dosa ini yang menghantui kita di alam barzah. Setiap masa penantian sebelum hari Pengadilan atau Perhitungan adalah untuk menatap kitab "sijjin" dan "illiyin" ini. Malah sebelum kita mati atau menemui ajal maut kita, "jiwa" kita sering keluar semasa kita tidur untuk kemas kini laporan "sijjin dan illiyin" ini. Jangka hayat yang di beri dan di tetapkan di dalam kitab Al Lau Mahfuz dengan Qada dan Qadar termasuk urusan rasmi "jiwa" kita itu yang pernah di tanya "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?" dan perlu di jawab.

Sejauh mana kita dapat mengenal Allah swt. terpulang kepada "ilmu" pengetahuan kita. Doa dan taufik hidayah yang kita minta dengan "pilihan" dan "peluang" yang di mohon. Kudrat dan iradat yang kita perolehi dari Tuhan bukan sesuatu yang "percuma" untuk kita nikmati sewenang wenang nya. Kita di beri "peluang" dengan "pilihan" yang kita buat di satu ketika dahulu semasa kita masih zarah lagi sebelum pertemuan kedua ibu bapa kita yang bersatu. Jasad Adam dan Hawa yang kita tentukan semasa di rahim ibu ketika "alaq" itu melekat dengan "chromosome" ibu dan bapa kita. Apakah semua ini satu mitos untuk kita lupakan jauh dari akal fikiran kita. 

Apakah kita fikir hidup yang kita nikmati ini hanya satu "mimpi" yang akan di padamkan setelah kita mati nanti. Jangan kita lupa bahawa "hidup" ini akan menjadi "sejarah" yang akan di catat dengan doexyribonucleic acid (DNA) kita. Jasad tubuh kita yang hidup dan mati tidak akan pernah terpadam. Kita akan menjadi sebahagian dari jasad tubuh anak cucu kita. Benih baka yang kita semai akan mencorak perwatakan yang baru dengan perangai budi perkerti yang baru. Namun "pusaka" keturunan generasi "nasab" kita yang akan datang masih membawa watak kelakuan kita yang terdahulu bersama semua "pusaka" DNA nya.

Jadi "sijjin dan illiyin" ini adalah pasangan yang akan ceritakan watak kelakuan di antara mereka yang berbeza dari segala urusan. Kita tidak akan dapat pertikaikan kepada Tuhan walaupun kita ini berjasad lelaki atau perempuan. Sebab "jiwa" kita itu tidak pernah berjantina. Hanya jasad tubuh kita itu. Jadi walaupun kita ini lelaki atau perempuan, kita masih perlu mencari "jawapan" dari soalan yang pernah di tanya itu.(Bukan kah Aku ini Tuhan kamu).  Jasad tubuh ini hanya "pilihan" yang kita buat untuk wujud di realiti ini. Kebijaksanaan Allah swt sangat luar biasa. Itulah mengapa Allah swt berada di luar akal fikiran kita supaya Dia sentiasa menghulurkan taufik dan hidayah untuk kita nikmati "belas kasihan" nya sebagai hamba yang di pilih dan mendapat keizinan. 

Edit26.2.16

"Jasad" kita ini telah menjadi "kalam" itu untuk di tulis dengan "aurat" dan "hijab" nya. "Jasad" yang di katakan "aurat" perlu ada "taqwa" yang di katakan "hijab" itu.  Di sini kita akan pamirkan lukisan ayat di "kalam" tubuh "jasad" itu dengan kelakuan perangai budipekerti. Apakah pakaian yang kita salutkan sebagai "hijab" untuk hiaskan "akhlak" itu. "Perangai" tingkah laku dan amal perbuatan adalh "tulisan" itu yang kita catatkan sendiri untuk penilaian umat dengan kefahaman mereka. Tetapi setiap amal perbuatan itu sebelum di tulis di "jasad" tubuh perlu menyebut "kudrat dan iradat" yang kita perolehi dari Zat yang Memiliki. Kita di lahirkan "bodoh" dan di beri pendidikan sehingga kita "pandai" di ketika ini. Kita di lahirkan "lemah" tidak berdaya sehingga kita sihat dan berkuasa. Kita terlanjang "hina" sehingga kita berpakaian cantik dan bergaya. Kita "fakir" yang meminta sedekah ketika dahulu merayu belas kasihan sehingga kita "kaya" dengan kemampuan yang ada.

Sekarang "jasad" itu mempunyai "aurat" yang akan terdedah dan perlu di tutupi "hijab" dengan "taqwa" itu. Kita hanya bebelanja dengan modal "dosa" dan "pahala" untuk buat pelaburan dengan "jasad" itu kemana saja kita pergi di atas muka bumi ini. "Kudrat dan iradat" itu sentiasa kita gunakan untk mengutip gaji sebagai "rezeki" yang di beri. "Rezeki" itu ada "halal" dan "haram" nya dari "dosa" dan "pahala" nya. Allah swt sentiasa melihat dan akan temukan Rasulullah saw di setiap lorong perjalanan hidup itu. Dari Rasulullah saw itulah Allah swt mahu kita datang berjumpa dan menghadap untuk beri "jawapan" itu yang pernah di "tanya" sebelum kita keluar di bumi nyata ini. "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu." Cari lah "jawapan" itu dan berilah "dalil dan hujah" yang sahih untk dapatkan "taufik dan hidayah" itu. 

Edit 28.2.16

Cari lah "dalil" dan "hujah" itu bukan dengan "plagiat" atau "copy paste" dari "ilmu" pengetahuan orang lain. Semua itu hanya sebagai pedoman untuk "akal" kita sendiri buat kesimpulan dengan kefahaman yang jitu. Apa guna kita guna pakai apa yang orang lain pastikan jika kita sendiri tidak pernah mahu berusaha mencari "jawapan" itu dari petunjuk Tuhan nya. Jika kita tidak pernah mahu "menyerah diri" kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mungkin kah kita boleh mencapai kepastian itu yang akan di tentukan "hak" untuk diri kita. Tidak semua "hamba" Nya mendapat "ilmu" yang sama. Jawapan itu pasti nya akan berbeza dari setiap sudut permahaman yang kita takrifkan sendiri. Hanya Allah swt sahaja yang boleh menentukan siapa yang di beri keizinan untuk merasa "nikmat" dari "kewujudan" Nya.

Jika kita ingin pastikan yang benar kita kena cari yang salah itu juga. Perbezaan di antara yang "hak" yang "batil" itu amat nyata. Jika kita tidak ada perbandingan itu, maka agak tidak halal kita terima sesuatu yang masih belum terjumpa takrif mutu kebetulan itu dengan cara yang lebih sahih. Melihat 'pandangan" orang lain tidak pernah nya terhalang atau terlarang. Itu semua hanya satu "petunjuk" untuk mencari "natijah" nya. Biarlah kita kenal hanya satu "ayat" yang benar2 kita fahami dari mengetahui satu kitab yang hanya di anggap sebagai teori sejarah. Apakah "akal" kita ini hanya untuk mengenal sejarah yang silam dan bukan untuk mengenal masa depan yang pasti??? Agama Islam bukan untuk kenal sejarah silam tetapi untuk mengenal masa depan yang lebih pasti. Mengapa kita di arah supaya selalu melihat ke belakang bila kita perlu berjalan ke hadapan??? Bukan kah "hasil" itu yang kita cari dari setiap amal perbuatan tetapi bukan teori kejadian yang sudah berlaku. Bukan kah Allah swt akan mengatur segala sesuatu untuk kita lalui dengan penuh kefahaman di hari ini untuk melihat hari esok. Kita sentiasa menuju kearah "takdir" yang di tetapkan tetapi di beri peluang untuk tentukan arah "nasib" kita itu sendiri dengan "taufik dan hidayah" Nya. Hanya Rasulullah saw sahaja yang paling benar dari segala "dalil"' dan "hujah" yang ada.

Edit 29.4.16

Sijjin dan illiyin ini adalah "dosa" dan "pahala" itu. Jiwa hawa "nafsu" akan di penuhi "dosa" dan jiwa ingatan "iman" akan di hias dengan "pahala" itu. Apabila kita melakukan "dosa", akan ada "pahala" itu yang akan buat perbezaan dari nikmat pada kemungkaran itu. Sebab "pasangan" ini akan selalu bersama untuk buat perbezaan. Jika kita pilih untuk melakukan "dosa" dengan hawa "nafsu" itu, maka ingatan "iman" akan bawa watak "pahala" itu untuk di jadikan impian nya. Kembar jiwa ini akan selalu menunjukan watak mereka yang di lakukan "jasad" tubuh itu. Jika kita melakukan "pahala", maka "dosa" itu akan di lakonkan hawa "nafsu" untuk buat perbezaan. Sebab "dosa" dan "pahala" ini perlu di beri "pengesahan" dan "perakuan" oleh "jiwa" itu untuk nilai "kesyukuran" dan "keinsafan"nya.  Sebab "nikmat" Tuhan ini bukan mudah untuk kita perolehi tanpa ada "perakuan" dan "pengesahan" nya. "Pahala" yang kita lakukan memang nampak "baik" atau "dosa" yang kita lakukan memang nampak "buruk" tetapi "hakikat" nya masih belum boleh di pastikan lagi. Sebab "NIAT" itu mempunyai "terma dan syarat" yang hanya di nilai oleh Tuhan Semesta Alam, bukan kita.

Inilah "rahsia" yang di miliki para "Rasul" dan waliah nya. Jika kita anggap kita mempunyai "kelebihan" itu kerana "amal" kita yang soleh, maka "nikmat" itu sebenar nya bukan dari "keupayaan" kita sendiri jika tidak mendapat "keizinan" dari Tuhan Yang Maha Berkuasa. "Kesyukuran" dan "keinsafan" ini adalah "bahasa" Tuhan yang perlu kita "lafazkan" tanpa "huruf dan suara" dengan "wajah" kita itu. Jika masih ada "setitik" rasa "diri" kita itu untuk ambil "hak" Tuhan, maka kita akan terlepas dari semua "nikmat" itu. Itu adalah "dosa" "syirik" yang paling halus yang perlu kita jauhi. Walaupun "kalimah" ayat suci itu tidak akan dapat merampas "hak" mutlak Tuhan yang memerlukan "keikhlasan" itu dari seorang hamba Nya. Jika kita masih menganggap segala sesuatu itu dapat memberi "nikmat" kepada "diri" kita, walaupun seteguk air yang hilangkan kehausan, kita masih belum "nafikan" Tuhan Melainkan Allah.

Edit 10.10.16

Apabila manusia memerlukan "nafkah" yang di katakan zahir dan batin itu, kita perlu merujuk kepada "rezeki" yang di katakan "susah dan senang" itu. Kita selalu keliru di antara "keperluan" dan "kemampuan" diri kita sendiri. Kita sering mengejar "kepuasan" yang di ukur dari "kemampuan" kita itu. Setiap "jasad" tubuh itu yang melangkah keluar untuk mencari "nafkah" nya perlu menutup "aurat" nya. "Aurat" yang kami maksudkan bukan pakaian yang lengkap tertutup., tetapi "aurat" yang kita dedahkan dari lima panca indera kita itu. Apabila "hijab" itu masih tertutup semasa kita masih menyimpan "niat" itu di dalam "hati", kita akan dedahkan hasrat itu  agar di "kabul" kan. Kita selalu perlu melakukan "hijab kabul" ini di setiap ketika mencari "nafkah" untuk dapatkan keperluan kita. Sebab "rezeki" itu tidak jatuh dari langit dan kita perlu mencari nya dengan "hijab kabul" ini. Maka akan terdedahlah "aurat" kita untuk tunjukkan kelemahan dan keaiban kita itu. Mata perlu melihat, telinga perlu mendengar, hidung perlu menghidu, mulut perlu bercakap dan kulit perlu menyentuh. 

Perbuatan lima panca indera kita ini akan dedahkan "aurat" nya yang "daif, fakir, hina dan lemah" itu. "Hijab" yang kita duduk bersama Tuhan semasa kita berniat akan di "kabul" kan apabila kita bergerak melakukan sesuatu untuk mencari "nafkah" itu. "Nafkah" itu hanya akan di beri mengikut "kemampuan" kita sendiri. Tetapi apabila kita mengejar "kepuasan" itu maka akan berlaku "musibah" yang di katakan "susah" itu. Jadi Tuhan tidak pernah mendatangkan "kesusahan" itu kepada kita. Kita yang dedahkan "aurat" itu tanpa "hijab" yang di katakan "takwa" itu. Sebab "takwa" ini tidak akan berbohong, tidak menipu, tidak tamak dan perakus. Kita perlu duduk di dalam "hijab" itu bersama Tuhan untuk dapatkan "hak" kita dari "nafkah" itu. Sebab Tuhan telah berjanji akan sempurnakan "keperluan" kita dari "kemampuan" diri kita sendiri. Dari sini, setiap lima panca indera "jasad" tubuh itu perlu melangkah keluar dengan "takwa" ini. 

1 ulasan: