Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Tuesday, 18 October 2011

Minyak Dagu

Pukau pengasih yang amat mujarab telah di asapkan di sebalik kegelapan malam jauh dari pengetahuan manusia. Permujaan mistik pengamal sihir telah mengunakan sumpahan janji yang telah di tentukan kehendak alam. Upacara mistik berada jauh dari jarak jangkauan akal untuk bertemu kefahaman logik. Ilmu kerohanian mistik tidak mempunyai kepongan batas materialistik.

"Minyak Dagu" dan "Minyak Hidung" mempunyai khasiat kebathinan yang di tuntut graviti tarikan hawa "nafsu". Kuasa tarikan graviti yang telah di serahkan kepada "bumi" mempunyai kaitan dengan hawa "nafsu" yang ada pada jasad tubuh kita. Setiap angauta tubuh mempunyai kuasa tarikan nya yang tersendiri di mana graviti hawa "nafsu" tertumpu di sudut yang di khaskan. Permujaan mistik pembikinan "Minyak Dagu" dan "Minyak Hidung" amat rumit penuh dengan pantang larang nya.

Pukau hypnosis yang di cadangkan boleh berlaku jika cukup sharat kudrat nya. Pemukauan yang di janakan kuasa mistik ini di salurkan oleh tenaga mistik anasir gelap. Hawa "nafsu" manusia itu buta dan tidak akan dapat melihat segala hakikat yang ada pada realiti. Hanya naluri "iman" dapat mengenal hakikat dari "ilmu" yang di salurkan "akal". Untuk tunduk kan ilmu pengetahuan "iman" dan menariknya seperti lembu yang di cucuk hidung dan membiarkan hawa "nafsu" meraba raba di dalam kegelapan, dapat di lakukan dengan mengunakan perjanjian alam yang di perintah induk "bumi".

Khazanah "bumi" merangkumi semua tenaga jasad tubuh yang kita manusia gunakan untuk merasai nikmat hidup. Apa yang pelik di dunia mistik ini, jasad yang telah mati boleh di gunakan semasa mayat masih di dalam "edah" nya. Mayat gadis sunti yang meninggal dunia semasa masih dara, mempunyai khazanah mistik yang di gunakan pengamal ilmu mistik ini. Kubur yang di gali perlu mengikut hari yang tertentu sebelum hari ketujuh. Tali ikatan kain khafan tidak boleh di sentuh dengan tangan malah perlu mengunakan mulut dan gigi untuk membuka nya.

Upacara mengambil "Minyak Dagu dan Hidung" di jalankan semasa bulan sudah cukup penuh. Sinaran cahaya bulan perlu menerangi wajah si mayat. Lilin madu yang di lilit kain kuning di gunakan untuk membakar hidung dan dagu mayat untuk mendapatkan "minyak" yang keluar. Ada yang mengunakan "darah haid" mayat gadis sunti untuk menambah kuasa hypnosis nya. Permujaan mistik ini akan di "awet" dengan bahan2 mistik lain untuk menyiapkan "Pukau Pengasih" yang amat berkesan ini.

Walau bagaimanapun, kuasa "pukau" ini mempunyai pantang larang nya yang tertentu. Penguna tidak boleh pergi melawat orang yang telah meninggal dunia. Sebab sumpah perjanjian mayat dengan "bumi" tidak boleh di langar. Jasad tubuh yang memakai amalan mistik ini akan hilang deria rasa pada diri nya sendiri. Harta "bumi" yang di ambil melalui cara yang tidak di restui akan di rampas hak diri sendiri dari sudut yang tertentu. Mengunakan "pukau" mistik tidak akan membawa banyak manfaat kepada jasad tubuh kita. "Bumi" tidak akan merestui amalan yang bercangah dengan tamadun manusia.

Kesedaran manusia yang berlegar di dewan fikiran nya berpaut pada ingatan "iman" yang berada di benak "otak" nya. Perasaan jasad tubuh berpaut pada daya tarikan graviti hawa "nafsu" yang di curahkan di dalam "hati" nya. Dua tenaga "nyawa" ini akan terpisah dan bersatu di satu ketika yang tertentu apabila "perjanjian itu terikat pada satu "niat" yang akan di cagar dengan "jangka hayat" riwayat hidup kita. Ruang di antara sebelum dan sesudah nya "niat" ini termaktub, adalah ruang yang "lepas bebas" di mana segala anasir yang berkepentingan boleh membuat "tempahan" untuk urusan kelakuan jasad tubuh manusia. Di ruang "lepas bebas" inilah segala ancaman boleh berlaku. Sebab "niat" itu satu perancangan yang belum lagi di laksanakan.

Darah haid yang pertama dari anak gadis sunti adalah ramuan yang sangat di perlukan untuk di jadikan "pukau" Minyak Dagu yang paling berkesan. Bahan deoxyribonucleic acid pada gadis sunti yang baru melintasi alam remaja mengandungi ramuan "mistik" keghairahan hawa "nafsu" yang ingin mengecapi ransangan seksual jasad tubuh nya. Hormon "libido" yang baru bergolak dan terputus dengan ajal maut kematian jasad itu, di jadikan asas pengamal "mistik" untuk ritual permujaan ini. Dagu mayat akan di bakar untuk dapatkan "pati" minyak yang mencair dari angauta tubuh yang "tunduk" memandang bumi. Kesucian mayat ini yang jauh dari daki dosa akan di hormati cahaya bulan yang menyinari jasad nya. Minyak ini akan di gunakan untuk mengikat "jiwa" hawa nafsu" mayat gadis sunti ini untuk menjalankan "operasi" mencari kasih sayang yang di inginkan. Seruan pemuja ini akan tertumpu pada "nasab" si mayat untuk pastikan arahan di taati. Deoxyribonucleic acid dari "mayat" dengan "mangsa" tertentu akan di ikat dengan mutasi nasab. Jiwa hawa "nafsu" mayat dengan jiwa hawa "nafsu" mangsa akan di semadikan dengan ikatan "mistik" permujaan akulta.

JANGAN TIRU AMALAN MISTIK INI YANG AKAN MEMBAWA BENCANA PADA JASAD TUBUH MANUSIA YANG MENGAMALKAN NYA.        

Manusia yang ingin mengnikmati kuasa "sementara" ini sebenarnya terpedaya dengan helah syaitan supaya jasad tubuh di jadikan "bangkai" semasa "nyawa" masih berada di dalam jasad tubuh. Darah yang "suci" akan cuba di cemari agar "jiwa" di ancam dengan keracunan maksiat nya. Dapatkan kuasa yang sudah tersedia ada di dalam diri kita sendiri. "Roh" kita sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika kita benar2 memerlukan nya. Renungkanlah.

"Limau" adalah bahan yang perlu di gunakan untuk menepis sumpahan pukau yang tertentu. Ini sebab istilah "peluh" Rasulullah yang berbau "kasturi" ini boleh menghalang sumpahan sumpah pukau itu. Selalu nya ini cukup untuk memberi sedikit perisai kepada diri kita. Tetapi apa juga "perlindung" yang kita pakai di jasad tubuh kita , jiwa bathin juga perlu di beri suntikan semangat yang lebih kuat untuk menjaga benteng diri. Perlu di ketahui, setiap kejahatan berpunca dari anasir gelap yang berkongsi kuasa dengan jiwa hawa "nafsu" kita. Kuasa graviti yang ada pada hawa "nafsu" di gunakan mereka untuk tujuan asas segala ancaman musibah. Tanpa "rahmat" Rasulullah yang menjadi "nur" segala seru sekalian alam ini, manusia akan kecundang di basmi ancaman kejahatan.

Nurani ingatan "iman" kita perlu di tingkatkan dengan "ilmu" pengetahuan untuk menjaga jati diri. Kami harap pembaca kami perlu faham sistem kerohanian jiwa kita dahulu. Tenaga "iman" ini sangat mujarab. Hanya tenaga "iman" sahaja yang boleh berhubung dengan "akal" yang menjadi satellit kepada "ruh". Cahaya "nur" yang ada pada "ruh" perlu di gunakan "iman" yang di salur satellit "akal". Hanya "nur" sahaja yang boleh membakar "api" yang menyala sehingga ia hangus menjadi debu. Api yang menyala ini perlu di padamkan. Sebab syaitan duduk di hujung lidah api itu.

"Kandang kalimah" perlu di pasang untuk memagar jiwa kita. "Identiti" diri kita perlu di pertahankan agar tidak di cemari oleh baka mereka. Perhatikan lah ayat "nafi isbat munafi musabat". Di situ ada "pedang" yang amat tajam untuk berjuang mempertahankan benteng diri. Kejahatan tidak pernah bercuti walau sekelip mata pun. Siapa kah "bodyguard" yang tidak pernah tidur dan leka di setiap detik masa. Dia sentiasa di situ hanya kita sahaja yang tidak pernah ingin bertegur sapa.

Hubungan di antara "nyawa" dengan "ruh" sangat akrab. Tetapi hubungan itu boleh terputus oleh angkara hawa "nafsu" yang bersekongkol dengan syaitan. Naluri ingatan "iman" adalah tenaga yang mengikat hubungan akrab itu. Ikatan ini boleh terlerai jika tenaga "iman" tidak mempunyai "ilmu" yang menjadi asas kesejahteraan nya. Di sini lah "akal" perlu memainkan peranan untuk menyalur sumber tenaga itu. Jika kita biarkan hawa "nafsu" memerintah tahta diri, nescaya syaitan akan mencari peluang untuk mempengaruhi nya.


Jasad tubuh manusia yang di jadikan daripada tanah, mempunyai perjanjian asas dengan bumi. Untuk jasad itu hidup dan bergerak melangkah kan kaki di permukaan bumi, perlu di imbangi dengan kuasa tarikan graviti yang di takbir jiwa hawa "nafsu". Ini lah deoxyribonucleic acid kita kepada "identiti" jasad tubuh yang di kumpul hawa "nafsu" untuk wujud di permukaan bumi. Bergerak di atas "muka" bumi dengan tapak "kaki" ada kaitan dengan "qursani" yang mengalir di dalam jasad tubuh kita. Rahsia "qursani" ini perlu di selidik jika ingin menguasai tarikan graviti hawa "nafsu" pada jasad tubuh.


Siapa kah yang menguasai "qursani" ini perlu di kenali.Di dalam segala "ayat pengasih" dan "ayat pendekar" sangat memerlukan jasa "qursani" ini. Tanpa kuasa "qursani" ini, jasad tubuh akan hilang kudrat keupayaan nya seperti tubuh yang lena tertidur. Wajah jasad yang tidur dan mayat yang terbujur akan hilang seri semangat nya. Di sini lah kuasa itu di guna pakai untuk tujuan tertentu. Tidur untuk terpukau, mati untuk terancam. 


"Nyawa" yang melekat di jasad tubuh adalah daya kuasa tarikan graviti hawa "nafsu" yang menyalur kepentingan jasad dalam urusan nikmat makan minum, sex dan lain lain. Keinginan ini adalah anasir nyawa "haiwani" yang di beri kepada setiap makhluk yang hidup di permukaan bumi dengan jasad nyawa "nabati" yang terbentuk. Metamorphosis evolusi kepada nyawa "jasmani" dan "rohani" akan di selaraskan dengan empat peringkat hawa "nafsu" yang bertugas.


Nafsu "Aluamah" adalah asas segala binatang untuk makan minum, jimak dan tidur. Di sinilah rahsia ayat "pengasih" menuntut kudrat daya kuasa nya. Nafsu "amarah" adalah tempat yang di tuntut ayat "pendekar". Nafsu "sufiah" di perlukan manusia untuk menuntut "ilmu" kesucian agama dan nafsu "mutamainah" adalah di mana manusia beriman dengan perintah nya.


Bila "nafsu" telah sampai pada tahap "mutamainah", "iman" akan merujuk untuk jalin hubungan intim sehingga mereka bersatu dengan "nikah bathin." Ini martabat yang ada pada kebanyakan para wali dan rasul. Di mana jasad tubuh menjadi "fana" sehingga boleh hilang dan ghaib seperti "burung yang terbang dengan sangkar nya". Ini lah di mana "israq dan miqraj" itu boleh berlaku apabila mereka tidak lagi di ukur oleh masa. Ruang yang mereka lalui tidak bermasa yaitu "timeless" atau "tachyon" dari istilah sains. Jasad tubuh tidak lagi membutuhkan makan minum atau tidur.


Namun, hawa "nafsu" ini perlu di didik seperti budak sekolah. Ia tidak boleh di beri manja sehingga amalan nya menjadi "tabiat" seperti "penagih". Gelora tenaga hawa "nafsu" akan memuncak mendesak keinginan sama seperti graviti tarikan bumi. Tapi si buta ini tidak akan nampak melainkan jikalau tidak di pandang oleh tenaga "iman" yang berpaut pada kefahaman "ilmu" yang di tuntut hawa "nafsu". Informasi maklumat yang tersalur di dalam fikiran datang dari dua cabang yang berbeza. Sebab syaitan juga ingin mencari pengaruh demi kesejahteraan nya. 


Di sini lah jiwa kita perlu di beri makan dengan satapan jasmani dan rohani. Makanan yang di telan hawa "nafsu" perlu di sajikan oleh "iman" dengan "bismillah". Jika tidak, syaitan akan kenyang merasa segala nikmat yang manusia hulurkan. Tapi "ingatan "iman" ini perlu di pupuk untuk di jadikan amalan supaya dia boleh secara automatik bergerak tanpa di ajak..  


Kamar "hati" adalah di mana hawa "nafsu" sering menetap untuk melaungkan keinginan nya. Kerana di situ lah di mana ingatan "iman" akan berlalu untuk menghantar isyarat kepada otak di mana "akal" sedang menanti. "Kalbu" ini di mana hawa "nafsu" merintih di jendela hati, sama seperti "burung kakak tua" yang akan melaungkan apa yang pernah ia kecapi atau nikmati. Kita boleh dengar dia menyanyi dengan sendiri nya seperti seorang peminat. Jika ingatan "iman' yang membenarkan ia merekodkan segala nikmat itu, hawa "nafsu" akan melaungkan keinginan nikmat itu.


Di sini lah peranan "ilmu" untuk mendidik hawa "nafsu" yang buta" ini supaya mengamalkan apa yang di percayai ingatan "iman" dari keyakinan nya. Cuba ajar "kalbu" itu berzikir dan ia akan ikut apa yang di sarankan sehingga hawa "nafsu" ini dapat bertindak dengan sendiri nya. Halang "kalbu" ini dari mengatakan sesuatu yang mungkar dan gantikan dengan yang makruf. Begini lah kita perlu didik hawa "nafsu" ini supaya ia dapat di kawal dengan tertip kelakuan.


Menambat hawa "nafsu" ini sepatut nya menjadi agenda setiap insan yang beriman. Didik lah hawa "nafsu" ini sehingga ia boleh berjalan tanpa di bimbing.Bukan kah kita selalu "lupa". Siapakah kah yang bersalah jika hawa "nafsu" itu merayau di dalam kegelapan nya yang buta. Bukan ingatan "iman" sepatut nya bertugas supaya hawa "nafsu" berkhidmat kepada diri kita yang bernyawa ini. Sebab "ruh" tidak akan memandang "nyawa" yang penuh dengan najis. Peranan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" perlu di kenali untuk menguna pakai aplikasi yang di sediakan. Kita perlu gunakan "proper working tools" untuk membuat sesuatu yang sempurna. Jadi perhatikanlah aplikasi ini jika kita mahu berjaya mengawal diri dari terjerumauh ke jurang kehancuran.


Arif dalam "sejarah" agama bukan "ibadah" yang di tuntut di akhirat nanti. "Ilmu" yang di bekalkan "akal" adalah apa yang akan di timbang untuk kenal pasti "hakikat" kebenaran. Watak dan lakonan boleh di pamirkan di merata alam, tapi "ilmu" apa yang di persembahkan akan di siasat untuk dedahkan tipu muslihat. Ketulusan dan keikhlasan tidak pernah tercatit di mana agenda watak lakonan, begitu juga pengkhianatan dan kepalsuan. 


Memuja hawa "nafsu" amat mudah di lakukan. Ini lah apa yang di gunakan segala "pukau" mantera jampi untuk tundukkan jasad manusia. Sebab ingatan "iman" ini boleh menganut "ilmu" syaitan di mana "akal" akan terpisah dengan "ruh" nya. Kehilanagan "akal" ini lah di mana manusia itu "terpukau" dan menjadi hamba kepada hawa "nafsu" yang buta. Isi lah ingatan "iman" dengan "ilmu" yang "hakikat" supaya tidak terpedaya dengan dakyah syaitan. Siapakah yang boleh melihat perkara yang ghaib? Bukan kah hanya "ruh" kita yang boleh membantu mendaptkan "rahmat" yang ada di sisi Tuhan?.   


(Edit 6.3.13)

    
Ini lah rahsia jiwa yang perlu kita perlajari. Antara "nafsu" dan "iman" ada tugas mereka yang tertentu. Semasa kita tidur, "iman" melalui perjalanan "Kembara Tidur" untuk satu urusan rasmi. Ini ada berkaitan dengan "jangka hayat" kita yang perlu di semak untuk hidup dengan "satu nafas" yang di tukar ganti. Unrusan "Kembara Tidur" ini sangat halus. "Mimpi" yang kita alami bukan mainan tidur. Ia adalah gambara perjalanan "iman" semasa keluar menjelajahi ruang yang luas dan berperingkat. Perjalanan ini lah di mana kita boleh terjumpa dengan sesiapa sahaja. Di sinilah di mana "jiwa" kita itu boleh di "tawan" atau "ancam" dengan amaran tertentu.

Di dalam perjalanan ini lah kita boleh pergi menyiasat sesuatu perkara. Mencari "bukti" boleh di lakukan di alam ini di mana si "perlaku" boleh di soal siasat. Menemui sesuatu "subjek" bukan satu perkara yang pasti. Ini memerlukan asas "alamat" yang tertera di baka nasab di mana deoxyribonucleic acid jasad tubuh kita. Begini lah alam mistik mencari maklumat dan ada yang mengunakan "courier service" dalam urusan ini. Ruang elektromagnetik adalah lapangan jalur lebar di mana maklumat itu boleh di cari. Mencari maklumat di lapangan ini di lakukan oleh "wartawan kerohanian" atau "spiritual journalist" yang bertugas untuk urusan itu.


Kita manusia tidak boleh lari dan bersembunyi. Apa yang kita lakukan boleh di siasat kerana ada "saksi" di situ yang nampak segala apa yang kita lakukan. "Saksi" ini lah di mana maklumat itu di perolehi. Kami harap pembaca kami perlu mempunyai asas untuk mengkaji selidik di lapangan ini. Ini bukan kawasan yang boleh kita ceroboh dengan sesuka hati. Ada "protokol" yang perlu di patuhi. Setiap "jiwa" mempunyai "hak" yang patut di hormati. Kita boleh di dakwa jika langgar peraturan. Kami telah menulis banyak cerita2 yang telah kami buka beberapa "pintu" sulit di alam kerohanian. Cerita "Pontianak" yang kami jelaskan tentang "pinjaman masa" dan cerita "Penanggal" yang kami ceritakan tentang amalan "sihir" yang cukup hebat dan dahsyat.


Bacalah cerita ini melalui "ebook" yang boleh di baca terus melalui computer dan mobile phone. Kami hanya ingin berkongsi pengalaman "pelik" dan berunsur mistik yang banyak mempunyai kaitan dengan khazanah alam itu sendiri. Sains kerohanian adalah satu kawasan yang minda kita tidak pernah lalui. Di situ ada tanda tanda yang perlu kita perhatikan untuk memahami apakah erti "hidup" ini. Kami bukan "dukun" atau "tok guru" yang mempunyai "azimat" atau "kitab" pengajian. Kami hanya manusia yang bergunakan "akal" fikiran untuk mencari maklumat di lapangan yang luas dan bebas di jalur lebar ruang elektromagnetik.


Di lapangan ini lah kami terjumpa segala khazanah yang tersembunyi di sebalik kenyataan yang di pamirkan. 'Partikel" yang di sebut saintis dengan "matter" dan "anti matter" yang tekap "graviti" tarikan bumi, dan di kepung "kosmologikal tetap" dengan tenaga atomik quantum mekanik perlu di bongkar. Jika di realiti ini kita telah mengunakan tenaga elektromahnetik ini untuk berhubung antara satu sama lain mengunakan talipon dan juga komputer, sudah tentu ruang di alam ini mempunyai sistem yang sangat berkesan untuk di jelajahi. Mengetahui apa yang akan berlaku "esok" telah di ramal oleh setiap manusia yang hidup. Itu satu gambaran yang kita nampak untuk berlaku dengan daya usaha kita. Jika "jarak" penglihatan ini mempunyai ukuran nya. Sudah tentu kita boleh pergi lebih jauh dari "esok" atau "lusa" dan juga setahun yang akan datang.


Melihat benda yang halus memerlukan "cahaya" yang cukup kuat untuk memantau. Jika kita boleh putar "masa" untuk pulang di masa lampau dengan daya imaginasi kita. Sudah tentu "masa" di hadapan yang akan datang kepada kita sudah ada arah tuju nya. Pertembungan dua dimensi ini di mana masa silam dan masa depan itu bertemu, adalah di mana kita berada sekarang. Impak rempuhan itu yang menjadikan realiti. Bukan kah apa yang kita lakukan pada hari semalam telah terjawab di hari ini? Begitu juga lah apa yang kita lakukan pada hari ini akan terjawab di hari esok. Jadi kita yang mengatur dan mencipta kemana kita pergi dan berada di situ.


Edit 11.4.13

Hawa "nafsu" kita adalah tenaga yang kita gunakan untuk buat "pilihan" dengan keinginan. Ini lah apa yang di katakan "free will" atau lepas bebas, Dengan pilihan hawa "nafsu" itu kita akan memerlukan tenaga "iman" untuk cari "peluang" dengan kepercayaan kita. Tenaga hawa "nafsu" mengunakan kuasa "graviti" yaitu memerlukan tarikan bahan berat kearah bumi atau jasad tubuh. Bahan berat ini adalah di mana tenaga ingatan "iman" perlu mencari dengan peluang yang ada untuk mendapat bahan atau "substance" nya yaitu "ilmu" pengetahuan. Sebab "ilmu" adalah bahan yang berisi dengan muatan "qursani" di mana "akal" menerima pancaran maklumat dari "ruh" kepada "nyawa" yang hidup di jasad tubuh. Ini lah apa yang kita perlu fahami dengan kudrat alam semesta yang di sekeliling kita.

Ruang elektromagnetik di mana jalur lebar yang padat dengan aktiviti saluran "cahaya" dan juga "suara" itu bergerak dengan "graviti" dan juga "quatum mekanik" yang di layari di frekuensi ruang elektromagnetik. "Akal" fikiran kita adalah "satelit" yang menerima maklumat dari ruang jalur lebar ini. Respsi untuk mendapat sambungan atau hubungan dengan frekuensi tertentu memerlukan "cahaya" yang tertentu juga. "Eletromagnetik spektrum" di ruang jalur lebar ini mempunyai kekisi nya yang berbeza. Jasad tubuh kita mempunyai "cahaya" itu di mana tenaga "atom" elektron, proton dan neutron boleh bertindak untuk mencari maklumat. Ini lah "cahaya" yang kebanyakan kita sebut "aura" yang merangkumi diri jasad tubuh kita. Ini laj "jiwa" yang perlu kita kenal dengan "ilmu" yang tertentu.


Identiti diri kita yang sebenar bukan jasad tubuh kita yang berbentuk dan berwajah. Wajah dan bentuk di jasad tubuh kita boleh berubah pada bila bila masa dan bukan fakta yang boleh di gunakan untuk kita jadikan bukti yang shahih pengenalan diri. Cuba lah anda perhatikan seendiri diri anda itu. Jiwa kita itu tidak pernah tua atau muda. Ia kekal begitu selama lama nya. Kembar ini lah yang perlu kita kenal. Yang mana satu "nafsu" dan yang mana satu "iman". Sebab mereka akan bersama semasa "nyawa" masih dalam "jangka hayat" dan jasad tubuh akan lumpuh jika mereka terpisah. Perhatikan lah waktu semasa kita tidur. Hawa "nafsu" masih di situ dengan angan angan nya yang gelap gelita semasa "iman" keluar mencari maklumat dalam urusan rasmi.


Edit 24.4.13

"Pukau" mempunyai banyak pintu untuk di buka. Salah satu dari "pukau hanyut" ini mempunyai kesan yang di terapkan dengan hilang kesedaran di mana tubuh yang di "pukau" masih lagi boleh merasa sentuhan jasad tubuh untuk tujuan "berahi". Ini lah apa yang pernah di tuntut lembaga Orang Minyak apabila dia di tugaskan supaya mencari kerelaan 40 wanita yang telah matang. "Pukau hanyut" ini ada kaitan dengan air laut dan juga makhluk yang hidup di dalam nya. "Pukau hanyut" ini di istiharkan untuk melumpuhkan jasad tubuh mangsa wanita nya seperti orang yang sedang tidur dan bermimpi sesuatu yang indah apabila di setubuhi.

Bagaimana ini boleh di laksanakan, sama dengan bagaimana manusia itu menjadi mengantuk dan terlena apabila jiwa hawa "nafsu" mereka di pisahkan dengan jiwa ingatan "iman" dengan "jarak" yang tertentu. Kajian mistik ini sangat rumit jika perlu menjelaskan atur cara nya. Bahan tenaga graviti di jasad tubuh dan juga daya ingatan "iman" di ruang elektromagnetik perlu di ambil kira dengan kuantum mekanik nya. Urusan dua jiwa manusia ini yang berpaut di "nyawa" dengan "jangka hayat" nya pada jasad tubuh, mempunyai beredaran "masa" yang berbeza. Kuasa emparan dan kuasa abadi yang mengerakan "masa" dan di ukur dengan jarak kelajuan yang di perhatikan semua yang ada dipersekelilingan kita sebagai "saksi."


Edit 17.5.13

Kalimah Alif Lam Lam Ha bukan sesuatu yang boleh kita "GADAI" atau jual dengan harga yang sangat murah. Maruah sifat kalimah ini boleh di salah gunakan kaum "kafirin" jika mereka di benarkan untuk mengunakan sewenang wenang nya. Mereka boleh tulis kalimah ini di bawah tapak kaki kasut yang mereka jual di pasaran jika kita memberi mereka keizinkan untuk mengunakan nya.   Jika kita benar benar  seorang MUSLIM yang menyanjung kesucian ISLAM, kita perlu pertahankan perkara ini dari di salah gunakan. Bangkit lah umat Islam!!! Pertahankan lah Kalimah Suci ini!!!! Ya Haq Zat Sifat Alif, Asal Usul Dari Setitik, Aku Didalam Kalimah Lam Alif, Dengan Berkat Kalimah, ALIF LAM LAM HA!!!!!!!

Sesiapa yang menjual Kalimah ini kepada kaum kafirin, akan kami belenggu NAFAS mereka sehingga mereka tersungkur menyembah bumi Kajamah!!!!!!! Demi Zat yang jiwa kami di tangan nya. Pedang Zulfiqar akan kami asah untuk mencari mereka hingga kelubang cacing!!!! Kasibun di langit akan kami seru untuk menuntut Sinti Ruhum mereka!!!!!!!

Edit 20.5.13

Amalan mistik yang berlaku di celah kegelapan malam bukan sesuatu yang boleh kita anggap satu mitos. Ini sebenar nya adalah "sains" yang di kaji gulungan ilmu kebathinan yang telah mendapat mengenal "tenaga" yang tersembunyi di sebalik kejadian alam ini. Pernah kita dengar kejadian mencuri "kain kafan" yang di lakukan beberapa pengamal ilmu mistik ini. Sains kerohanian ini adalah kajian alam ciptaan Tuhan di mana "bumi" dan "langit" dan apa yang ada di antara nya menjadi penelitian "ilmu" yang perlu kita ketahui. Jika kita kaji "bumi" ia ada kaitan dengan jasad tubuh setiap manusia dan jika kita kaji "langit" ia ada kaitan dengan "akal" kesedaran fikiran kita.

Menundukan jasad "bumi" dan ingatan "langit" telah menjadi 'asas" semua "ilmu" yang sedang di tuntut kebanyakan manusia. Cuba lah fikirkan sains terkini juga mengkaji "biology" tubuh dan "psychology" kesedaran akal di mana fikiran manusia itu tertumpu. Tanpa "biology" dan "psychology" atau "langit" dan "bumi" ini manusia akan kehilangan kewujuban mereka. Apa yang pengamal mistik ini cuba lakukan? Mereka mencari cara untuk menguasai "tenaga" yang ada di setiap kejadian alam. Ini jika kita pecahkan jurang perbezaan nya akan bermaksud "hidup" dan "mati" dan di situ lah jurusan yang di beri tumpuan.

"Hidup" dan "mati" ini akan di pecahkan kepada "sedar" dan "tidur" dan ini akan pergi kepada kuasa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" di mana setiap manusia itu wujud. Deoxyribonucleic acid "jasad" dan ribonucleic acid "kesedaran" di kaji bahan jirim dan kuasa tenaga nya untuk tahu punca atau sumber tenaga yang terkumpul. Bahan "kimia" dan "elektrik" pada tenaga ini akan di rumus dengan satu kajian mistik di mana "mutasi" dan "klon" kembar janim dan "karin" yang ada pada "identiti" setiap "entiti" akan di seru dengan ritual bacaan mantera. Di sini "alam ghaib" akan di teroka untuk mencari hubungan dan pakatan. Sebab kuasa alam ini mempunyai sistem "hubungan" atau "unification" untuk mengumpul satu bahan atau "substance' pada "partikel" yang wujud. 

Tenaga atau "energy" dan sebab atau "cause" yang menentukan kejadian di realiti yang nyata ini. Mungkin dunia sains atau "science" begitu cangih untuk merebut pengiktirafan tentang kepakaran mereka mengenal sebab dan musabab atau "cause and effect" kejadian alam. Tetapi di sebalik setiap benda yang "nyata" ada "ghaib" nya. Ini yang mereka sebut "symmetry and conservation" di alam maya ini. Apa yang kita nampak atau lihat dengan bentuk sesuatu objek pada "conservation" nya akan ada "symmetry" yang menunjuk kan bentuk itu. Apa yang di tunjukkan alam mungkin ada maksud yang lain untuk di perhatikan. Cerita "jiwa" dan "jasad" ini sangat penting untuk di ambil tahu.     

Edit 30.5.13

Ketahui lah, jika ada jiwa yang ingin mencari keredaan Tuhan, sudah pasti dorongan itu akan di salurkan untuk mendapat pertunjuk. Tetapi jangan sekali kita mengambil sesuatu yang kita tidak pasti untuk mengunakan kan nya. Lebih baik kita beramal dengan sepotong "ayat" yang kita kenal hati budi nya dari kita sebut seribu "ayat" yang kita tidak tahu asal usul nya.

Sebab "suara" dan "cahaya" atau (sound and light") berlayar di ruang elektromagnetik jalur lebar dengan melalui gas udara di atmosphera. Apa yang kita sebut dengan karbon dioxida pada setiap perkataan itu adalah satu "doa" yang kita minta. Bunyi "suara" hawa "nafsu" itu akan di angkut oleh "cahaya" ingatan "iman" untuk sampaikan "salam" kepada hadirin di khalayak ramai untuk membuat penilaian menyambut seruan itu. Di situ berlaku satu "hijab kabul" yang lazim dan nyata untuk berlaku di realiti. Segala "ayat" perkataan yang di sebut mempunyai megahertz dengan frekuensi tinggi dan rendah nya. Ayat ayat ini juga mempunyai suhu (temperature) sejuk dan panas nya.  

Nada tinggi dan rendah ini memainkan peranan penting sebagai "jemputan" si pendengar. Jadi setiap "ayat" yang kita baca bukan hanya sekadar sebutan. Ini lah apa yang di kaji sains kerohanian.

Edit 19.6.13

Tahukah kita semasa air lautan yang mengelilingi "arasy" dengan jarak berjuta tahun jauh nya itu mula berkocak apabila kalimah "Lailahailallah" itu di tulis pada kursi "arasy" dan air lautan itu mula tenang apabila kalimah "Muhammadarasulullah" di tulis di sebelahan nya. Kalimah "tauhid" ini jika di amalkan akan buat jiwa kita menjadi "panas" jika tidak di gandingkan dengan kalimah selawat kepada "Rasulullah" untuk mengimbangi tenaga kuasa nya. Kalimah "tauhid" Allah swt membawa tenaga "nur" yang sangat panas seperti halilintar pancaran panahan petir yang membakar segala jirim kemungkaran yang di anut syaitan. Kita tidak akan dapat memakai senjata ini jika kita tidak imbangi dengan kalimah sunatullah "Rasulullah" saw. 

Kita perlu sedar bahawa tanpa "Rasulullah" kita tidak akan dapat berlaku adil dengan penuh perikemanusiaan. Hanya Nabi Muhammad sahaja yang pernah membawa "sifat" manusia yang sebenarnya. Tanpa sifat "Rasulullah" tidak ada seorang pun manusia boleh berlaku adil kepada sesama manusia. Apatah lagi jika kita mengunakan senjata yang sangat tajam seperti kalimah "tauhid" ini. Inilah yang perlu kita ketahui apabila ingin mengamalkan "ayat ayat" suci kalimah Tuhan. Tanpa kekasih Allah swt, setiap manusia yang mempunyai baka benih "Rasulullah" perlu rujuk kepada sifat sifat "Rasulullah" untuk memegang amanah kalimah "tauhid" yang amat suci. Hanya "Rasulullah" sahaja yang LAYAK memegang kalimah "tauhid" ini. Tanpa sifat "Rasulullah" ini, kalimah "tauhid" itu akan berkocak seperti air yang mendidih.

Siapakah yang pernah berjumpa Zat yang Maha Pencipta? Bukankah Rasulullah saw sahaja yang lebih mengenal siapa Allah swt itu semasa peristiwa Israq Miqraj? Malaikat Jibril yang mengeringi Rasulullah akan memberi segala maklumat yang ingin di sampaikan. Mengapa "Rasulullah" begitu penting untuk kesejahteraan manusia. Sebab Allah swt telah memberi "rahmat" itu kepada "Rasulullah" yang di seru sekalian alam baik di langit atau di bumi. Inilah kebesaran "Rasulullah" yang perlu kita sanjung dengan selawat kepada nya setiap detik waktu jika kita ingin mendekat kan diri kepada Allah swt. Jika kita tidak mempunyai sifat "Rasulullah", kita bukan lagi MANUSIA!!!!!!!!! Jika kita tidak kasih kepada "Rasulullah", langit dan bumi akan menjadi MUSUH yang akan membinasakan darjat kemanusiaan kita. 

Apa gunanya "kebijaksanaan" jika kita tidak ada "keikhlasan" dan "ketulusan"? "Kebijaksanaan" itu akan menjadi pedang syaitan untuk memusnahkan kehidupan manusia. Apa gunanya "Kekayaan" jika kita tidak mempunyai "belas kasihan" dan "kebenaran"? Kekayaan itu akan menjadi habuan syaitan untuk jerumuskan manusia ke jurang kezaliman dan penghinaan. Carilah jalan bagaimana kita boleh mendapat sifat seperti sifat "Rasulullah" yang paling agung. Tanpa "ILMU" ini kita akan sentiasa tersesat jalan dan meraba raba di dalam kegelapan. Itu lah hawa "NAFSU" kita yang buta.

Nafsu yang "buta" ini lah yang selalu di PUKAU oleh anasir gelap yang berselindung di sebalik jasad tubuh manusia. Manusia akan di puja supaya hanyut dengan tamak dan haloba nya. Tipu muslihat akan menjadi agenda utama mencapai matlamat dan "kejujuran" akan di kuburkan di pusara budi. "Kebenaran" tidak akan di laksanakan dan "belas kasihan" tidak pernah di hulurkan. "Kezaliman" ini di lakukan untuk menindas manusia yang terpedaya dengan dakyah syaitan.

Minyak Dagu akan di aktifkan seperti lembu yang di cucuk hidung. Manusia akan tunduk mengikut arahan apabila mereka tidak mempunyai "ilmu" pengetahuan untuk mencegahnya. Hanya ingatan "iman" yang kuat yang berasaskan sifat "Rasulullah" sahaja yang dapat melepaskan diri dari jerat jerangkap ini. Kehilangan "akal" manusia ini hanya boleh di kembalikan dengan ingatan "iman" yang berpaut kepada kesucian sifat "Rasulullah". Dagu tertakluk kepada graviti bumi untuk di pandang. Sistem "pasak bumi" dan "tongkat langit" ini mempuyai peranan nya.

Edit 21.6.13

Sunnatullah (Attribution) adalah "fitrah" yang di beri kepada seru sekalian alam. Kuasa ini telah di turunkan kepada semua "sebab dan musabab" untuk mengurus langit dan bumi. Sunnatullah ini akan berlaku mengikut perintah "fitrah" asas dari desakan "sebab dan musabab" dengan "pilihan dan peluang" nya. "Fitrah" ini  perlu di "takbir" dengan kuasa "Rasulullah" yang mengatur tata tertib nya mengikut landasan yang menjurus kepada manfaat dari kemudaratan nya. (Order from the Chaos) Apabila tenaga kuasa yang ada begitu cenderung untuk bertindak mengikut sesuka hati dengan "pilihan dan peluang", sudah tentu perlu ada kuasa yang mengatur mengikut landasan yang benar dan bermanfaat. Ini lah tugas sifat "Rasulullah" yang perlu sentiasa ada mengatur kesejahteraan kehidupan seru sekalian alam.

Hawa "nafsu" yang buta ini perlu di bimbing dengan tata tertib. Ingatan "iman" perlu sentiasa mengawal keadaan agar tidak menyimpang dari landasan sebenar.  Di sinilah perana "akal" perlu di aktifkan untuk mecari "ilmu" yang berkesan untuk mengurus segala musibah dan masalah. Hidup ini akan di penuhi dengan masalah yang perlu di selesaikan. Ini lah tugas kita sebagai "khalifah" di atas bumi ini. Tanpa sifat "Rasulullah", kita tidak akan dapat memegang jawatan ini sebagai "khalifah" di atas muka bumi ini. Jawatan "khalifah" ini bermula dari diri kita sendiri. Kita perlu urus dahulu diri kita menjadi seorang "imam" sebelum kita mengimamkan orang lain. Selepas itu kita perlu "imam" kan keluarga terdekat kita dan mengurus mereka sebagai seorang "khalifah" yang memerintah sistem kekeluargaan kita. Selepas itu baru kita boleh mengimamkan masyarakat setempat sebagai seorang "khalifah" dan mengurus masyarakat dengan pemerintahan dan selanjutnya ke seluruh alam semesta. Jika kita masih gagal menjadi "imam" kepada diri kita sendiri, jangan lah kita cuba mengimamkan orang lain.


AMANAH ini perlu bermula dari diri kita sendiri. Jika kita masih gagal mengawal diri kita, bagaimana mungkin kita boleh mengawal keadaan sekeliling. Dapat kah kita mengawal hawa "nafsu" kita itu dengan sifat "Rasulullah"? Sudah kah kita "isi" diri kita itu dengan "ilmu" yang boleh di guna pakai ingatan "iman" untuk mengurus diri kita? Urusan mengawal diri kita sendiri ini masih menjadi perjuangan yang belum selesai. Boleh kah kita melangkah pergi mengurus urusan orang lain, sedangkan diri kita masih porak peranda atau kacau bilau? Apakah "hakim" yang duduk di dalam tempurung kepala kita itu sudah mempunyai "ilmu" yang sudah cukup mantap untuk buat keputusan yang adil? Jika kita masih belum kenal diri kita sendiri, bagaimana kita dapat mengenal diri orang lain?


Minyak Hidung ini akan buat manusia itu lupa diri dan berlaku sombong dan takbur. Apabila "hidung" yang tinggi itu cuba naik menunjuk langit, dan bila "dagu" nya tidak lagi ingin memandang bumi, jasad itu tidak lagi mempunyai kestabilan pada imbangan nya. Tempurung kepala yang kosong tidak lagi akan menunduk dengan berat muatan "ilmu" yang hakikat. "Akal" yang penuh berisi akan "sujud" di muka bumi supaya mencium dahi nya. Saluran pernafasan yang kita gunakan dengan huruf "ha" di "hidung" untuk hidup di muka bumi ini perlu kita hembus dengan "hu" dan cium di wajah "kajamah" bumi. Sifat "tanah" dengan "angin" ini dapat mengimbang kestabilan sifat "air" dan "api" pada jasad tubuh. Bukan kah "air" boleh berkocak dan "api" boleh menyemarak apabila "angin" di kuat kuasa kan? Biokimia "emosi" perasaan kita banyak bergantung kepada empat anasir ini. 

Kalimah "alif, lam, lam, ha" di mana "alif" adalah sifat "api" semasa berdiri.  Kalimah "lam" adalah kalimah "angin" semasa rukuk. Kalimah "lam" adalah sifat "air" semasa sujud dan kalimah "ha" adalah sifat "tanah" semasa duduk. Jasad yang menyembah Zat yang Maha Berkuasa semasa sembahyang telah di susun dengan lakonan empat anasir ini dari kejadian nya. Alam akan menjadi "saksi" dengan kuasa kalimah ini pada jasad tubuh.  

Adalah lebil proaktif pada setiap manusia memasang perisai kawalan keselamatan diri dari ancaman anasir luar yang ingin menyusup masuk ke dalam jasad tubuh kita. "Nafas" kita adalah benteng pertahan yang paling utuh dan berkesan menghalang segala ancaman kepada "nyawa" jasad tubuh kita. Ancaman Minyak Dagu dan Minyak Hidung ini boleh melumpuhkan sistem angauta tubuh apabila kesedaran kita merusut. "Intelligence" atau kebijaksanaan bergantung kepada sangat kepada kesedaran kita atau "consciouness" ini. Tahap kebolehan berfikir (judgment) dengan kewarasan sepenuh perlu kita aktifkan setiap masa dengan bahan suntikan oksigen yang berkualiti. 

Senaman "nafas" ini dapat tingkatkan jiwa rohani kita di mana kesedaran itu berpaut. Pecahan kalimah nafi isbat munafi musabat di kalimah "la-illah- ha il-allah" ini ada pengertian maksud yang sangat berkesan untuk menghapuskan bahan "toxic" ancaman syaitan yang membiak kan kuman di dalam jasad tubuh kita. Sebab syaitan akan kencing dan berak di dalam jasad tubuh manusia untuk basmikan "tauhid" kita kepada Allah swt. Ini lah punca segala musibah dalam diri manusia. Kita akan kehilangan ingatan "iman" apabila hawa "nafsu" kita telah di cemari "najis" syaitan ini. Sifat "Rasulullah" di mana deoxyribonucliec acid baka Nabi di dalam jasad tubuh kita akan terbenam apabila kita di cemari "najis" syaitan ini. 

Kejujuran, kebijasanaan, keikhlasan, kebenaran\, ketulusan, kasih sayang, belas kasihan sudah sedia ada di dalam jiwa setiap manusia dan perlu di aktifkan untuk mendapat syafaat nya. Jasad dan jiwa setiap yang manusia yang bernyawa termasuk yang "kafir" masih boleh gunakan sifat sifat "Rasulullah" ini sebagai landasan hidup dengan tuntutan "sebab dan musabab" untuk mendapat hasil dari manfaatnya. Sunnatullah "sebab dan musabab" boleh di gunakan sesiapa saja dengan mengunakan ingatan "iman" tanpa bertauhid kepada Zat yang Maha Azali.  

Ini lah di mana segala "musibah" itu bermula apabila yang zalim dan yang kafir juga boleh gunakan kuasa sunnatullah ini dengan sifat sifat "Rasulullah" yang mereka ada. Setiap manusia yang hidup di zaman ini adalah "UMAT MUHAMMAD" dan mereka berhak mendapat nikmat seperti kita yang "BERIMAN".  Mereka boleh gunakan kejujuran untuk dapatkan kepercayaan sesama insan. mereka boleh gunakan kebenaran "fakta" untuk mendapat pengiktirafan "akal" setiap yang berfikiran waras atau penih kesedaran.

Itulah mengapa yang "kafir" kadang kala lebih giat berusaha dengan "sebab dan musabab" ini. Apabila "sebab dan musabab" menjadi "fitrah" asas segala kejadian, soal "TAUHID" kepada Zat yang Maha Pencipta sudah tersalur dengan "kudrat dan iradat" jasad tubuh yang bergerak tanpa "NIAT" yang khusus kepada Allah swt. Ini lah berbezaan di antara "muslimin" dan "kafirin" ini. Sebab setiap "nafas" yang di hembus sudah ada "zikir" dengan "kalimah" huruf yang menyebut memuji Allah swt. Mereka yang "kafir" ini sebenarnya telah tunduk menyerah diri sebagai seorang "muslim" tanpa kesedaran bahawa "nyawa" yang mereka gunakan untuk hidup di dunia ini tidak memerlukan pengiktirafan mereka pada Maha Pencipta. "Nafas" yang mereka hidu sudah sedia memuji Zat Maha Pencipta nya. "Nyawa" yang ada pada mereka bukan hak kepunyaan mereka yang boleh mereka kawal atau simpan sebagai hak milik kekal. Kita hanya di "pinjam" saat kehidupan ini untuk merasa bagaimana Allah swt itu hidup dan mengurus kehidupan yang nyata di realiti. Keistimewaan merasai "hidup" ini adalah "nikmat" yang paling besar kepada setiap manusia.  

Tetapi apabila semua yang di jadikan terpaksa mengikut "fitrah" yang telah di tetapkan, sudah tentu Allah swt inginkan sesuatu yang di luar ketetapan itu. Maha Pencipta kita inginkan sesuatu yang DATANG KEPADA NYA DENGAN PENUH RELA DAN KEIKHLASAN. Kejadian manusia adalah sebesar besar nya kejadian. Manusia bukan seperti malaikat yang tunduk dengan perintah Allah swt. Manusia ini di beri KEBEBASAN untuk memilih dan melakukan sesuatu mengikut "akal" fikiran nya dimana hawa "nafsu" dan ingatan "iman" menjadi asas pilihan dan peluang. Dengan "akal" itu manusia akan ternampak tanda tanda KEBESARAN Allah swt dan datang MENCARI  Allah swt dengan sendiri nya dan cuba "KENAL" dan jalinkan hubungan mesra dengan NYA. Inilah kisah CINTA yang tidak pernah di ceritakan di dalam mana mana novel.

Hubungan sulit yang terjalin di antara seorang hamba dengan AL-KHALIK nya mempunyai kisah cinta yang paling manis. Ranjau silaturahim yang jatuh bangun dengan pelbagai rintangan untuk terus menjalin hubungan mesra. Tanpa "Rasulullah" manusia itu tidak akan dapat merasai "NIKMAT" cinta ini. Menjalin hubungan sulit dengan Allah swt adalah sesuatu yang paling indah. Kita tidak akan merasa kesunyian walaupun sekelip mata. Setiap detik  masa, kita boleh merayu dan mengadu. Perasaan malu apabila gagal melakukan apa yang kita pernah janji dan memohon keampunan agar di beri peluang untuk teruskan hubungan itu.  RINDU untuk berjumpa di curahkan di setiap sujud dengan linangan air mata. "HATI" akan menjadi "arasy" singahsana KEKASIH dengan perasaan RINDU kepada NYA. Tanpa "MUHAMMAD" tidak seorangpun hamba NYA boleh merasai nikmat ini.  

Apabila kita mempunyai hubungan sulit dengan Allah swt, segala apa yang kita lakukan dengan hasrat adalah untuk beramal mendapat keredaan Nya. Sudah tentu kita akan bersikap JUJUR kepada sesiapa sahaja yang kita temui. Sudah tentu kita akan melakukan "kebenaran" dan tidak akan berbohong atau berdusta kepada sesiapapun demi menjaga hubungan mesra kita dengan Allah swt. Setiap musibab dan bencana yang melada diri kita, adalah ujian untuk mengukur "kesetiaan" kita kepada diri NYA. Apa jua yang berlaku di realiti hidup kita adalah tutur bicara Allah swt untuk kita fahami. Di situ "ilmu" akan di curahkan untuk mendapat "petunjuk" dan "didikan" agar kita tahu bagaimana untuk berurusan dengan diri NYA.
  

Ini lah sengketa sebenar setiap manusia yang "beriman". Hubungan kita dengan Allah swt akan sentiasa "terputus". Jiwa hawa "nafsu" yang buta ini masih tidak kenal Zat yang Maha Pencipta. Itu lah apabila hawa "nafsu" itu di tanya "Bukan kah aku ini Tuhan kamu? Jwa hawa "nafsu" tidak mahu mengaku kerana dia tidak NAMPAK. Setelah di bakar dan di bekukan beribu tahun pun, hawa "nafsu" masih tidak mahu mengaku Zat yang Maha Pencipta. Tetapi apabila hawa "nafsu" itu tidak di beri "makan" dalam satu hari, baru hawa "nafsu" itu kenal kuasa yang ada pada Zat yang Maha Pencipta nya. Kedegilan dan sifat tergesa gesa hawa "nafsu" ini perlu kita beri perhatian.

Semasa Nabi Adam di jadikan dan apabila jasad nya sudah sedia untuk di pamirkan kepada seluruh malaikat, Iblis telah masuk kedalam seluruh rongga jasad Adam untuk mengkaji dan memeriksa sistem jasad nya. Rahsia jasad kita di kencing dan di berak kan tidak pernah di ketahui dengan ayat syaitan yang telah di jampi dan di tulis di dalam jasad itu. Siapa kah yang pergi mengambil "tanah" itu di bumi ini? Bukan kah Iblis yang di tugaskan? Apa yang di lakukan kepada tanah itu? Dan mengapa Iblis tidak mahu tunduk kepada "tanah" yang dia sudah kencing dan berak kan? Bukan kah akhir nya Malaikat Izrail yang berjaya mengambil segumpal "tanah" untuk sempurnakan kejadian jasad Adam. Konspirasi ini mungkin akan memeranjatkan kebanyakan kita. Soal ayat syaitan yang telah di baca di jasad tubuh kita ini perlu di kikis dengan menyucian yang bersih. "Najis" syaitan ini perlu di cuci dan kikis bersih supaya kita menerima "ilmu" yang hakikat dan suci. Bukan kah kalbu "hati" Nabi besar kita Muhammad itu di cuci bersih dahulu semasa dia akan di beri "wahyu" di mana Malaikat Jibril datang menguruskan nya?

Peristiwa sejarah ini perlu di beri perhatian jika kita ingin mempunyai "jasad" yang boleh menerima "ilham" dari yang Maha Berkuasa. Urusan jalinan mesra dan hubungan sulit dengan Zat yang Maha Berkuasa ini tidak pernah terputus selepas Nabi besar Muhammad kita wafat. "Rasulullah" telah sediakan segala atur cara untuk kita berhubungan dengan Zat yang Maha Pencipta. Perhatikan ayat Doa Iftitah yang kita baca di permulaan setiap sembahyang. "Allah yang amat Besar dengan Kebesaran Nya, Segala pujian itu kepunyaan Mu sepenuh nya dan di waktu pagi dan petang, Aku hadapkan wajah ku yang menjadikan langit dan bumi, Dengan taat berdiri aku menyerah diri kepada MU, dan aku bukan orang yang menyekutukan diri Mu, Sesungguhnya ibadat sembahyang ku, Hidup ku dan Mati ku hanya kepada Mu ya Allah yang mempunyai kerajaan seru sekalian di langit dan di bumi. Tidak ada sekutu bagi Mu dan aku adalah orang yang di perintahkan dan juga seorang yang Muslimin.

Lihat lah bagaimana Nabi kita Muhammad menyusun ayat itu semasa dia berdiri menghadap Tuhan Nya. Ini adalah kata kata seorang yang sedang merujuk kepada Al Khalik Nya. Siapa yang tahu mengajar kita manusia bagaimana untuk menyembah Allah swt Zat yang Maha Pencipta? Bukan kah ini satu cara Nabi kita mengajar kita untuk menyembah Tuhan yang menjadikan kita? Lihat lah pula ayat Al Fatihah!!!!!!!!!

Dengan Nama Allah yang Maha Permurah dan Maha Pengasih!!!!

Segala pujian itu kepunyaan Mu seru sekalian alam. (Segala pujian yang kita terima semasa hidup itu perlu di serahkan kembali kepada Zat yang Maha Agung, Kita tidak berhak memiliki segala pujian yang kita terima semasa hidup. Itu hak Allah swt)

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. (Kasih sayang Allah swt kepada kita dengan memberi segala nikmat dan kehidupan ini adalah dasar kasih sayang Nya)

Raja di hari Pembalasan (Inilah hari yang kita paling takuti)

Kepada Engkau aku menyembah dan kepada Engkau aku menyerah diri (Inilah saat yang paling penting untuk di istiharkan)

Tunjuk kan lah aku ke jalan yang LURUS (Ini lah jalan yang perlu kita tuntut agar kita tidak tersesat jalan)

Jalan yang Engkau beri nikmat kepada Nya (Ini lah jalan yang kita sangat perlukan)

Bukan ke jalan yang Kau murkai dan yang sesat (Inilah jalan yang paling kita takuti)

Ayat Al Fatihah ini tidak dapat di tiru oleh mana mana agama lain. Susunan ayat ini sungguh indah untuk di tujukan kepada sesuatu yang Maha Berkuasa. Ini lah apa yang di ajar Nabi Muhammad. Di sinilah kita manusia boleh mendapat syafaat yang paling tinggi di sisi Tuhan yaitu Zat yang menjadikan seluruh alam ini. 

Ketahui lah pembaca kami, apa yang kita sebut dengan suara yang kita dengar di telingga dan juga hati, mempunyai gelombang megahertz yang di dengari seru sekalian alam. Memuja Zat yang Maha Berkuasa bukan sesuatu yang di jadikan begitu sukar. Hanya dengan menyebut "AYAT" yang pernah di baca "Rasulullah", kita akan mendapat rahmat Nya. Inilah apa yang di pandang Allah swt dan juga seru sekalian alam yang di langit dan di bumi. Hubungan kita dengan Allah tidak pernah terputus. "Rasulullah" telah mengatur segala gala nya agar kita dapat melakukan penyembahan itu.

Allah swt tidak pernah akan rugi atau lemah jika kita tidak meyembah Nya. Segala ibadah yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk diri kita itu sendiri. Ini lah rahsia nya. Jasad kita ini memerlukan atur cara ini supaya kita boleh berubah menjadi manusia yang sebenar benar nya manusia. Jika tidak kita akan menjadi seperti haiwan yang bertebaran. Itulah apa yang syaitan ingin laksanakan supaya manusia itu menjadi hina dan keji. dan dari situlah segala musibah dan penyakit akan melanda jasad diri kita.

Tidak kah kita ingin memilik "akal" fikiran yang boleh menembusi alam dimensi ini? Hijab yang menutup tabir alam ini hanya dapat di tembusi dengan pancaran cahaya yang cukup kuat. Cahaya itu pernah di miliki "Rasulullah" dan kita adalah umat nya yang layak mendapat pusaka itu. Dengan benih baka Nabi Muhammad yang ada pada kita dan jika kita dapat semai dan hidupkan kembali "sifat sifat" itu, sudah pasti memikiran kita dapat melepasi benteng selaput yang menutupi alam ini. Kita hanya perlukan "ilmu" itu untuk mengenal setaip asas kejadian seperti mana saintis barat mengkaji alam ini.

Edit 24.6.13

Apabila segala makhluk yang di jadikan sudah mempunyai asas "memuji" Allah swt, kita manusia mempunyai keistimewaan melakukan sesuatu dengan "NIAT" untuk beribadat kepada Allah swt. Urusan "NIAT" ini sangat perlu kita pelajari sebab agama ISLAM bermula dari sini. Inilah perbezaan di antara MUSLIM dengan KAFIRIN. Allah swt berpegang kepada "NIAT" kita. Bukan lakonan dan amalan yang di pandang Allah swt. Amalan zahir kita hanya untuk malaikat melihat sebagai "saksi" kepada seru sekalian alam. 

Kita yang beragama ISLAM sudah ada "NIAT" itu untuk beribadat kepada Allah swt. Ganjaran pahala sudah di beri hanya kerana "NIAT" ini. Tetapi "NIAT" itu masih belum di laksanakan dengan penuh kesempurnaan. Inilah kelemahan kebanyakan umat Muhammad. Mereka lebih cenderung mendapatkan "nama" dan "darjat" di sisi manusia daripada Tuhan nya. Apabila manusia itu sudah tahu ada nya Tuhan dan masih belum "kenal" Allah swt, jarak masa yang tertunggak ini untuk "mengenal" adalah satu "penyakit" yang sangat kronik. Di sinilah syaitan akan bertungkus lumus untuk pesongkan akidah tauhid.

Dosa yang TIDAK AKAN DI AMPUN adalah DOSA MENYEKUTUKAN ALLAH swt. Inilah sepatutnya menjadi "ILMU" segala ilmu pengetahuan yang ada bagi umat Islam. MENYEKUTUKAN TUHAN perlu di teliti dengan penuh terperinci. Kalimah "LA ILLAH HA ILLALLAH" perlu di sebut dengan penuh pengertian. Penafian itu perlu menyeluruh kepada yang menerima kuasa "sebab dan musabab".

Edit 25.6.13

Sunnatullah yang memegang kuasa "fitrah" semula jadi dengan kuasa "sebab dan musabab" ini perlu kita "jajah" dengan "tauhid" dan "niat" pada kalimah "Alif, Lam Lam Ha" Di kalimah itu mempunyai empat anasir alam yaitu "api, angin, air dan tanah" yang di seru sekalian alam. Membaca kalimah tauhid "Laillahailallah" ini perlu mengenal pecahan kalimah dengan nafi isbat munafi musabat. Jika kita tidak kenal kuasa "sebab dan musabab" ini, kita akan terpesong dengan akidah tauhid dan "hak" yang sepatut nya di beri kepada Zat yang Maha Berkuasa tidak di sampaikan. "Ilmu" ini yang perlu di "isi" apabila kita menyebut kalimah Allah swt. 

Zat sifat "alif" yang berdiri teguh dengan sendiri nya adalah lambang kebesaran Tuhan yang Hidup tanpa memerlukan bantuan kepada sesuatu apapun. Di sini ada beberapa sifat dari sifat "dua puluh" yang memegang jawatan "KEBESARAN" untuk kita kenal pasti. Jadi apabila kita mengangkat Tabiratul Ikhram dengan menyebut "ALLAHU AKHBAR", kita sudah kenal di mana sifat kebesaraan Nya. dan baru lah pujian itu berisi dan kita menjadi "saksi" yang bukan pembohong. Bayangkan bagaimana jika kita memuji Allah swt itu Maha Besar tetapi tidak kenal apa kebesaran Nya. Bukan kah kita seorang pembohong? Jadi adakah kita sebenarnya orang yang mempunyai "KEBENARAN yang ada pada "Rasulullah"? Jika kita sudah kenal "kebesaran" Tuhan, kita juga perlu kenal "kelemahan" diri kita dan buat perbandingan. Di sinilah ukuran itu perlu di buat di antara "hamba" dengan "Khalik" nya, supaya kita dapat "MERASAKAN" perbezaan itu.

Bukan kah kita "mati" setiap hari? dan Tuhan Hidup setiap masa? Bukan kah kita "hina" dengan keperluan hidup dan penuh kurang upaya sedangkan Tuhan sentiasa "Mulia" dengan sifat tidak memerlukan sesuatu apapun? Bukan kah kita di lahirkah dhaif, "bodoh" dan memerlukan "tunjuk ajar" dan "didikan" sehingga kita pandai berilmu pengetahuan? Bukan kah kita sentiasa "miskin" dan perlukan "nikmat" bantuan rezeki dari Zat yang Maha Berkuasa? Empat sifat "hamba" yaitu "FAKIR, HINA, LEMAH dan DHAIF ini perlu kita kenal yang ada pada diri kita. Dengan itu, kita akan dapat melihat dan merasa "KEKAYAAN, KEMULIAN, KEKUATAN dan KEBIJAKSANAAN yang ada pada Allah swt.

Edit 24.8.13

Empat kuasa alam pada "sebab dan musabab" yaitu "air,api, angin dan tanah" ini sangat perlu kita ketahui dan kenal "hukum hudud" nya. "Air" akan mencurah kepada "tanah" dan "api" akan menjulang ke-langit di mana "angin" akan bertiup kearah timur dan barat. Ini akan memberi kita pengetahuan tentang tenaga yang di kuasai empat penjuru alam ini. Kita perlu ketahui tenaga asas tarikan "graviti" bumi yang memerintah kuasa "berat muatan" pada bahan di setiap jisim termasuk jasad tubuh kita yang di jadikan dari tanah. 

Kuasa "empat penjuru" ini sangat penting untuk menjaga kesejahteraan lapisan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Ini termasuk alam "lahut, malakut, jabalut dan kajamut ini. Kuasa "empat penjuru" dengan kuasa "tujuh petala" ini mempunyai kaitan yang sangat rapat. Jika kita rujuk kajian sains kerohanian setiap amal perbuatan setiap manusia, kita akan dapati kitab "sijjin" mempunyai tarikan graviti kearah perut bumi ketujuh dan kitab ""illiyin" akan melambung naik ke langit ketujuh. Ini akan memberi isyarat  tanda tenaga hawa "nafsu" yang mempunyai tarikan "graviti" kearah perut bumi atau jasad tubuh dan ingatan "iman" yang mempunyai luapan electromagnetik di ruang angkasa langit .

Apakah di saat "nyawa" di pisahkan dari jasad pada "sakratul maut", jiwa yang berdosa akan melalui "siksaan kubur" di "sijjin" dan jiwa yang beriman akan naik menuju "illiyin" menunggu hari kebangkitan. Jiwa yang menanggung "kesengsaraan" kerana dosa amalan nya dan jiwa yang merasa nikmat "kegembiraan" menanti hari bahagia sebelum hari setiap amal di periksa dan di hakimi. Jiwa hawa "nafsu" yang selalu menagih nikmat keduniaan akan berdepan dengan hukuman yang setimpal dimana jiwa ingatan "iman" yang selalu merayu untuk akhirat akan mengharap balasan nikmat nya. PERASAAN ini yang menjadi tangungan jiwa jiwa ini semasa menunggu hari pembalasan.

Namun jiwa jiwa ini masih bebas bergentayangan dengan "ilmu" yang di perolehi. Jika kejahatan yang menjadi tuntutan sebagai pengikut syaitan, maka teman hidup nya semasa hari menantian termasuk dalam golongan syaitan syaitan ini. Mereka berkampung di tempat yang mereka selalu suka habiskan "masa" di jangka hayat nya. Di sini lah jiwa yang sesat ini akan melakukan komplot kejahatan yang di gunakan pengamal syaitan. Dan jiwa "suci" yang alim masih bertugas menghulurkan jasa kepada sesiapa saja yang di ingini. 

Dua kitab ini di mana "sijjin" dan "illiyin" itu berpangkalan, menjadi ilmu kajian yang di selam kajian sains kerohanian untuk mengenal pasti istilah atur cara nya. Baka baka "nasab" ini tidak pernah terhapus di muka bumi ini. "Ilmu" kajian ini sangat penting untuk mengetahui rahsia alam barzah yang mereka lalui. Segala kejahatan yang pernah terjadi sudah menjadi sejarah yang boleh di ungkit untuk di kenang kembali. Begitu juga segala kebaikan yang pernah di lakukan juga perlu di rujuk untu jadikan pedoman hidup di hari dan masa depan yang akan datang. Mengetahui rahsia mereka sangat penting untuk kesejahteraan hidup kita. Kesilapan dan kejayaan mereka boleh di jadikan iktibar untuk kita gunakan sebagai jalan untuk kita meniti siratalmustaqim.   

Edit 21.2.14

Kepercayaan "iman" tidak semesti nya kepada sesuatu yang hakikat. Sebab tenaga ingatan "iman" ini masih alpa jika tidak di isi dengan "ilmu" pengetahuan. Walaupun kita telah di isi dengan asas "ilmu" yang ada pada "naluri" hawa "nafsu" yang buta, "nurani" yang ada pada ingatan "iman" ini perlu tahu dengan kefahaman dan ketaakulan. Asas "keyakinan" tertakluk kepada "ilmu" yang hakikat. Sebab setiap "agama" memerlukan sistem "kepercayaan" untuk mengenal pasti sesuatu yang ghaib. Sedang "sains" mengunakan sistem "curiga" untuk mengenal fakta dan bukti kenyataan.

Begitu juga alam mistik di mana pengamal bukan sahaja memerlukan tahap keyakinana yang tinggi malah perlu juga mencari bukti keberkesanan dengan mengetahui asas "sebab dan musabab" nya. Tidak ada sesuatu apa pun boleh berlaku jika tidak ada "kuasa" atau "tenaga" yang mengatur segala kejadian. Apabila manusia tertakluk pada hukum alam kenyataan realiti dengan jasad tubuh nya, makhluk lain yang tidak berjasad dan yang ghaib mempunyai peranan untuk promosi kewujupan mereka. Mereka mempunyai "tenaga" yang sangat halus dan tidak di ukur oleh "masa" di alam kita ini. Gabungan dua "entiti" berlainan spesis atau jenis baka genetik ini boleh hasilkan sesuatu yang sangat menakjubkan. Di sinilah "ilmu" hitam dan sihir di kuat kuasakan.

Apabila jin dan syaitan mempunyai kepentingan untuk menjamah jasad tubuh kita, tipu muslihat mereka sangat halus untuk memperdayakan kita. Mereka menetap di dalam kegelapan yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia. Mereka boleh menyelinap masuk ke dalam jasad tubuh kita dengan beransur ansur sehingga mereka menguasai jasad kita sepenuhnya. Kesedaran kita di mana ingatan "iman" itu sepatut nya berpaut dengan "ilmu" pengetahuan nya masih boleh di gugat jika "sauh" yang menambat "ilmu" itu masih rapuh. "Keyakinan" tidak mungkin muncul dengan ketaakulan jika "ilmu" pengetahuan yang di perolehi tidak teguh dengan hakikat kebenaran. Keraguan masih boleh mengugat kepercayaan ingatan "iman" kita sehingga terhapus. 

Kesedaran setiap manusia amat berharga. Jika kita leburkan kesedaran itu dengan "sengaja" memgunakan tenaga "kimia" seperti arak dan dadah ataupun hiburan yang menghayalkan, apakah kesedaran itu tidak dapat di gugat dengan ancaman "pukau" dan serangan mistik "sihir" dan "ilmu hitam". "Akal" yang sepatut nya di jadikan senjata yang paling ampuh untuk mempertahankan maruah diri, sering di abaikan untuk melayan kehendak hawa "nafsu" dan ingatan "iman" di biarkan kesunyian tanpa "keyakinan" yang hakiki. Itulah mengapa "pukau" dan "sihir" boleh menceroboh masuk untuk menganggu gugat kesedaran kita.

Jika kita tidak dapat mengetahui perkara yang ghaib, bukan kah Tuhan itu penting untuk mendapatkan bantuan. Rasulullah di kirim untuk memberi perlindungan itu. Umat Muhammad banyak keistimewaan nya. Tanpa hidayah Rasulullah kita manusia akan terjerumus ke lembah kemusnahan. Jika Nabi Sulaiman di beri kuasa memerintah segala jin dan syaitan di masa zaman nya, setelah wafat nya Nabi Sulaiman, jin dan syaitan tidak lagi di jajah dan telah merdeka. Konflik dengan tamadun jin dan syaitan ini akan berlanjutan sehingga ke akhir hayat. Jika kita tidak memasang benteng diri dengan "khalimah" Allah dan Rasul, nescaya kita akan kecundang. Mereka mempunyai "kuasa" dan "tenaga" yang tidak dapat kita bayangkan. Hanya kerana kedatangan Rasulullah di bumi ini membuat mereka merasa terancam. Apakah rahsia yang ada pada Rasulullah ini???

Edit 24.4.14

Ramuan deoxyribonucliec acid jasad tubuh mempunyai kaitan rapat dengan "jiwa" nya. Apabila jasad itu telah menjadi mayat, "jiwa" ini masih mempunyai "tenaga" yang pernah ia perolehi. "Qarin" yang pernah menetap di jasad tubuh itu adalah tempat untuk membuat segala rujukan. Jasad yang telah menjadi bangkai telah menjadi hak bumi untuk menuntutnya. Namun khasiat "tenaga" yang ada pada "qarin" itu masih tetap boleh di guna pakai. Tetapi apabila hak bumi itu telah di curi untuk di jadikan rujukan, "sumpahan" laknat yang di sebut bumi amat berkesan kepada sesiapa yang memiliki khazanah nya. Graviti tarikan bumi adalah satu "tenaga" yang akan terhapus apabila "nyawa" tidak lagi di kandung badan. Jika "tenaga" ini masih mahu di gunakan, nescaya bumi akan cuba untuk merampasnya kembali. 

Orang yang mengunakan "minyak dagu" ini tidak boleh pergi memandang mayat yang telah mati. Sebab kekuatan "tenaga" pukau "minyak dagu" ini boleh menyeru "qarin" si mayat itu untuk datang kepada nya. Apa yang mereka mahu adalah "lanjutan tempoh" untuk teruskan aktivi harian mereka setelah mereka mati. Setiap "jiwa" yang telah tamat tempoh akan cuba untuk mendapat kan lebih masa. Urusan "lanjutan tempoh" dan "pinjaman masa" ini sangat halus untuk di perjelaskan. Sebab umur setiap manusia itu sebenar nya sama rata walaupun ada yang mati di usia yang tua atau muda. 

Cuba lah kita perhatikan di alam realiti ini bagaimana ada yang telah berjaya melanjutkan atau kekalkan kulit tubuh mereka agar sentiasa muda dengan suntikan bahan kimia. Malah mayat yang telah mati juga sudah menjadi fakta kenyataan boleh di awet agar tidak mereput. Jadi apakah mustahil "mayat" yang telah mati itu tidak boleh di baik pulih atau di ubah suai. Sebab jirim dengan zat nya boleh berubah menjadi sebalik nya. (mass and energy are the same) Apabila mayat itu mempunyai khasiat yang tertentu untuk di guna pakai, pengamal ilmu mistik ini tahu untuk buatkan satu ramuan yang tertakluk di bawah peraturan kehendak alam. Ramuan khas ini akan di gunakan untuk mengugat jasad tubuh manusia yang masih mempunyai "jiwa" yang sedang haus dan dahaga.   Cerita "Pontianak" kami ada menjelaskan perkara ini. Tidak mustahil jasad yang sedang berada di ambang maut boleh menuntut "lanjutan tempoh" atau juga "pinjaman masa" jika ada peluang yang di hulurkan. Mati hanya satu persinggahan yang belum muktamad. Kita telah berulang kali di beri peringatan semasa kita sedang tidur. Namun sedikitpun kita tidak mahu megambil ikhtibar.

"Jangka hayat" kita hanya senafas. dan di lanjutkan mengikut daya usaha kita sendiri dengan doa permintaan dari yang Maha Berkuasa. Namun "kuasa" ini juga telah di turunkan kepada yang pemegang "amanah" yang lain. Peranan "air, api, angin dan tanah" sudah di tetapkan. Kuasa "sebab dan musabab" juga sudah di istiharkan. Hanya yang mempunyai "ilmu" pengetahuan sahaja yang boleh mencorak dan mengubah suai sesuatu yang lazim kepada yang lebih menakjubkan. Tidak ada sesiapa boleh mempertikaikan kehendak Allah swt untuk tunjukan kebolehan Nya. Mengapa kita yang dhaif ini cuba untuk buat percaturan tentang had dan atur cara nya??? Jika hari kebangkitan itu adalah sesuatu yang benar dan telah di buktikan, mengapa kita masih cuba untuk menafikan nya. Akal yang cerdik tidak akan pernah meletakan noktah kepada ilmu pengetahuan nya. Sebab lautan ilmu yang amat luas masih setitik yang telah di curahkan. Kita amat kerdil untuk buat kesimpulan dan peraturan apabila Maha Pencipta tidak pernah menutup ruang akal fikiran merantau menimba ilmu Nya.  

Edit 21.6.14

Perlu kita perhatikan diri kita ini. Apakah kita sering di landa "hilang ingatan". "hilang tumpuan", "cuai", "leka" dan "hayal" sehinggakan diri kita itu dapat di "tindas" dengan kelemahan "akal" fikiran kita di mana kesedaran kita itu tidak berfungsi sepenuhnya. Kelalaian kita boleh membawa satu musibah yang lebih dahsyat. Apakah yang mengalihkan tumpuan kita sehingga kita tidak dapat fokus sepenuhnya. "Ingatan" kita akan berpaut kuat pada memori "ilmu" pengetahuan nya di mana "kepercayaan" kita yaitu "iman" sepatut nya tegap berdiri teguh. Tetapi apa juga yang kita "percaya" perlu ada "kefahaman" yang di terima hawa "nafsu" kita yang buta ini. Ingatan kepercayaan "iman" perlu ada "perasaan" hawa "nafsu" dengan "kefahaman" nya.

Apa guna "ilmu" itu jika kita tidak pernah memahami??? Walaupun ingatan "iman" kita masih sedar dengan "ilmu" pengetahuan nya tetapi jika "perasaan" yang memahami situasi keadaan di ketika kesedaran itu yang memberi kita tumpuan yang jelas. Ingatan "iman" kita boleh berlegar dengan "akal" fikirannya tetapi yang menjadi "sauh" pada tempat duduk kesedaran kita itu adalah "kefahaman" hawa "nafsu" kita. "Ingatan" dan "perasaan" kita wajib bersatu dalam ikatan "hijab kabul" pernikahan. Perasaan hawa "nafsu" dan "ilmu" ingatan "iman" perlu menjalin satu hubungan mesra yang sangat intim. Jika tidak, kita akan hilang kesedaran kita itu seketika. Yang "nampak" adalah "ilmu" ingatan "iman" yang "bisu" dan bukan "mata" kasar kita. Yang cuba memahami adalah hawa "nafsu" kita yang "buta" di dewan imaginasi apabila di beri "ilmu" pengetahuan dari lima panca indera kita.  "Kefahaman" adalah makanan hawa "nafsu" kita dan "ilmu" adalah makanan ingatan "iman" kita.

Bukankah kita akan selalu pergi mencari "kefahaman" ini dengan merasa segala "nikmat" yang ada di atas dunia ini??? Bukan kah "hati" kita ini ingin merasa apa saja yang kita inginkan??? Bukan kah ingatan "iman" kita sering cuba menimba "ilmu" pengetahuan dari segala informasi maklumat??? Bukan kah "akal" fikiran kita itu selalu berfikir untuk "ingat" apa yang kita nampak, dengar, sentuh, hidu dan rasa ??? Bukan kah kita sangat perlu untuk "faham" dan "ingat" segala "ilmu" itu??? Jika sudah "faham" perlu "ingat", dan jika sudah "ingat" perlu "faham" segala gala nya. Inilah hawa "nafsu" dan ingatan "iman" kita dimana "akal" fikiran datang menghulurkan "ilmu" informasi maklumat.

Edit 6.7.14

Segala informasi maklumat yang kita terima dari sumber lima panca indera kita adalah "ilmu" pengetahuan yang Tuhan berikan kepada kita sebagai pendidikan tidak kira nilai fakta atau bukti kenyataan hakikat kebenaran nya. Sebab hakikat kebenaran sangat memerlukan daya kepercayan "iman" dengan penuh keyakinan. Sebab Tuhan tidak pernah menunjukan hakikat kebenaran dengan begitu "nyata" untuk di fahami. Kerana "keyakinan" ini lah kita masih menyimpan ingatan "iman" itu untuk di buktikan di kemudian hari nanti. Jadi kita masih lagi berada di ruang "masa penantian" dan menunggu dengan "kesabaran" dalam sisa "jangka hayat" kita ini. Jika kita keluar dari "masa penantian" ini dengan tergesa gesa, lalu masuk di ruang "pinjaman masa" yang di hulur anasir jin dan syaitan untuk dapatkan bukti kenyataan itu di realiti, kita sebenar nya berada di luar naugan Tuhan yang memberikan "lanjutan tempuh" itu.

Di sinilah manusia terjebak dengan segala tipu helah syaitan untuk mencari fakta kenyataan. "Pukau", dan "Pengasih" seperti "Minyak Dagu" ini adalah satu "ramuan mistik" untuk memisahkan "jiwa" kita di dalam jasad tubuh itu supaya terpisah dan hilang ingatan "iman" nya. Kesedaran kita di mana "akal" itu sebagai resepsi satelit untuk menyalurkan segala informasi maklumat akan di tambat oleh "graviti" tarikan bumi yang di paut hawa "nafsu" kita di bawah "pusat" jasad tubuh itu. Di "pusat" inilah hawa "nafsu" itu bertempat untuk dapatkan "hasil" keinginan nya. Di situlah punca keghairahan hawa "nafsu" untuk dapatkan rezeki dan syahwat seksual nya. Segala "jin dan syaitan" sudah tahu bagaimana hawa "nafsu" ini akan bertindak, jika "resepi" itu di siapkan. 

Kita mungkin tidak sedar bahawa kita mempunyai kembar "qarin" yang boleh di "puja" untuk tujuan dan tugas tertentu. Inilah anasir yang berada di dalam diri kita yang sudah di "latih" oleh Iblis walaupun mereka di "ikat" di bulan Ramadhan ini. Inilah "tabiat" yang amat sukar kita bendung tanpa kekuatan ingatan "iman" dengan "ilmu" pengetahuan nya. "Qarin" inilah yang mengatur segala kemusnahan martabat "identiti" diri kita yang asli. "Qarin" inilah yang telah di "binti" kan kepada zuriat ibu kita dari kaum Hawa. Apakah kita menyangka jasad tubuh kita itu dapat mempertahankan "tahta" kerajaan nya jika "Qarin" dari kaum Adam tidak mempunyai cukup "syarat" untuk menundukan nya. Maka "pasak" lah tulang "sulbi" itu di perut bumi di mana Muhammad itu di jadikan dan halakan ibu jari kaki kanan mu ke arah "qiblat" untuk dapatkan kekuatan itu di atas "tanah" dengan huruf "ha" untuk mencari "hu" yang ghaib. Mungkin kita tidak ketahui rahsia yang telah di sembunyikan oleh Nabi besar kita Muh'ammad. "Alif" yang berdiri perlu tunduk sebagai "lam" sehingga "lam" itu sujud menjadi "ha". 

Nafas yang kita hembus bukan hanya sekadar untuk kita bernafas.  "Alif, lam, lam, ha" ini tidak pernah terputus untuk menyeru kewujudan Tuhan. Jika tidak setiap "ayat" yang kita suarakan itu tidak akan di "makbul" kan dari sesiapa yang mendengar hasrat keinginan kita. Penuhkan lah amal ibadah di bulan yang paling mulia ini untuk dapatkan Rahmat Nya. Apa guna jasad tubuh ini yang akan kita tinggalkan nanti. Bumi akan mengambil nya kembali apabila sudah tiba masanya. "Nafas" itu akan berhenti di satu ketika untuk tamatkan "nikmat" ini. "Hu" yang sering di hembus perlu kembali mendapatkan Tuhan nya. Pernahkah kesedaran kita itu "ikut" di mana ia pergi untuk dapatkan kehadiran Nya??? Tuntutlah "hak" itu dari Muhammad yang pernah "bertemu" untuk Hawa merasai nya dengan "perasaan" dan Adam mengingati nya dengan "fikiran" "ilmu" pengetahuan nya.   

Tidak perlu Minyak Dagu, Minyak Hidung atau Minyak Dahi!!!! Khasiat jasad tubuh hanya untuk sementara waktu sahaja. Ada yang lebih kekal dan abadi untuk kita tuntut sebagai "hak" milik kekal kita sebelum "nafas" itu terputus.

Jika kita tahu gunakan "nur" Muhammad itu di mana jasad Adam itu di jadikan dan tahu mengunakan Jasad Adam di mana jasad Hawa itu di jadikan, tidak perlu kita mengunakan segala pukau pengasih yang "najis" itu. "Nur" ini adalah punca segala kejadian termasuk langit dan bumi yang menjadi seru sekalian alam. Yang menyeru adalah Muhammad dan yang memberi adalah Allah swt. Hanya ini sahaja yang patut menjadi segala rujukan. Akhlak Muhammad adalah segala "ilmu" yang menjadi sunnatullah Nya. Melainkan kita ingin menyekutukan Tuhan dengan mengambil syaitan sebagai teman hidup kita. Maka perhatikanlah segala amal perbuatan kita jangan sampai mempunyai baka benih syaitan ini untuk di biakan sebagai penyakit jasmani dan rohani..                  

Pukau "minyak dagu" ini di ambil dari bangkai mayat gadis sunti dan di awet dengan darah haid yang pertama. Bahan deoxyribonucleic acid ini akan di "pasak" dengan graviti tarikan bumi untuk dapatkan sumpahan pukau itu pada jasad tubuh.  Pukau "minyak dagu" ini selalu nya akan di gandingkan dengan pukau "pengasih" yang di awet dengan "mandian bunga" dan cahaya seri bulan yang mengambang. Air embun pagi yang dingin dan air hujan yang di tadah pada hari yang tertentu di perlukan semasa "pati geni" upacara persemadian jasmani dan rohani.

Sebab "dagu" di jadikan supaya sentiasa menyembah bumi untuk menyerah diri. "Minyak dagu" ini di gunakan sebagai "penunduk" pada jasad yang di jadikan dari "tanah" di tubuh kita. Tetapi khasiat "minyak dagu" ini ada sumpahan nya. Sesiapa yang memakai "minyak dagu" ini di larang keras dari menziarahi mayat orang yang telah mati. Sebab "jiwa" mayat orang yang telah mati boleh terpikat dengan jasad tubuh nya dan akan sering datang menganggu untuk menuntut agar di layani. Sumpahan bumi pada "minyak dagu" ini akan menghantui di "penguna" sehingga jasad tubuh nya tergadai.

Edit 27.8.14

Pernah berlaku satu kes di mana "penguna" ini di datangi tetamu yang tidak di undang. Jiwa mayat orang yang telah mati datang menanggis di luar rumah nya meminta untuk masuk ke dalam bertemu dengan nya. Mayat ini meraung kesedihan dan merayu agar di beri layanan yang di harapkan. Apabila "penguna" ini berdegil tidak hiraukan permintaan itu kerana ketakutan, jiwa mayat itu datang pula dalam mimpi nya dengan wajah mayat yang sebenarnya untuk bermadu kasih. "Penguna" ini akhirnya pergi berjumpa "tok bomoh" nya untuk di ubati. Dia terpaksa di kafankan dan di tanam selama tujuh hari di dalam kubur dengan membaca ayat tertentu untuk pulihkan keadaan. Inilah rahsia "minyak dagu" yang asli. 

Mungkin kita pernah dengar berita tentang penculikan kanak kanak yang berlaku di sanan sini. Tujuan sebenar kanak kanak ini di culik tidak di ketahui sebenar nya. Ada yang ingin menjual kanak kanak itu untuk di berdagangkan dan ada juga di jadikan hamba seksual. Tetapi ada juga yang mempunyai muslihat tertentu untuk di jadikan "korban ritual" pemuja syaitan. Dulu sejak kecil kita pernah dengar cerita mengenai "bai culit" yang sangat di takuti. Banyak kanak kanak yang hilang di jadikan mangsa pengorbanan "saka" sebagai hidangan. "Darah" mereka di jadikan hidangan untuk mendapat restu pembangunan. Sebab "penunggu" ini yang menjaga sesuatu tempat kadang kala meminta pampasan untuk di alih ke tempat lain.

Menculik kadang kala tidak memerlukan paksaan. Ada yang mengunakan "pukau" untuk hilangkan ingatan seseorang itu. Misteri "pukau" ini telah banyak di kaji oleh pakar pakar yang berpengetahuan tinggi dalam bidang psychology dan neurology. Bagaimana mungkin "ingatan" seseorang itu boleh di hapuskan dalam sekelip mata. Sebab "pukau" mempunyai tahap "unconsciousness" yang berbeza. Ada yang "khayal" di alihkan perhatian pada tumpuan yang tertentu. Ada yang "hanyut" di tengelamkan ke dasar kegelapan dan ada juga yang di "rasuk" dengan pendampingan jiwa. "Pukau" adalah satu senjata yang dapat tewaskan mangsa nya. "Akal" setiap manusia amat perlu di runtuhkan jika kita ingin menewaskan jasad tubuh nya.

Minda fikiran kita ini tidak pernah duduk menetap lama di sesuatu sudut pemikiran. Sebab "akal" manusia selalu nya merantau di persekitaran dan mungkin lebih jauh dari kawasan realiti. Hanya "sauh" keyakinan sahaja boleh menambat "akal" ini untuk duduk lebih lama lagi. Sebab "akal" adalah "tetamu" yang datang menjengok sapa. Jika kita tidak melayani dengan baik maka "akal" akan pergi untuk meninjau ketempat lain. Tetapi yang paling anih apabila "akal" itu di halau keluar meninggalkan dewan otak fikiran. Apa agak nya yang menjadi bahan rujukan "akal" ini sehingga ia pergi begitu saja. Secara saintifik, hawa "nafsu" kita adalah bahan utama yang buat "akal" ini lenyap menyepi. Inilah apa yang di ketahui "jin dan syaitan" apabila manusia di khurniakan "akal" sebagai senjata.       








Baca cerita "Pontianak, Penanggal, Hantu Laut dan juga Orang Minyak yang telah siap dalam bentuk ebook. hubungi kami di aqursany@yahoo.com untuk maklumat lanjut. Layari laman web kami di www.mysticalpond.com atau www.mistikalpond.com



  





No comments:

Post a Comment