Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Selasa, 21 Februari 2012

Busong

Hasad dengki yang ada di dalam hati manusia adalah sesuatu virus yang amat merbahaya. Ia adalah kuman yang akan menjangkit ke saraf otak untuk melumpuhkan kesedaran akal yang di pacu hawa "nafsu". Perkataan "hawa" yang berkaitan dengan "nafsu" perlu di teliti sepenuhnya. Di situlah anasir gelap berpiket untuk memusnahkan tubuh manusia dengan ancaman maut. Mereka sanggup melakukan apa saja untuk memuaskan hawa "nafsu" yang telah di rasuk oleh tenaga syaitan. Punca malapetaka yang mereka bawa dari hasad dengki ini berpunca dari perasaan "iri", "tamak", "amarah" dan "dendam" yang membara di bakar api syaitan. Mangsa akan di sihir dengan pelbagai cara yang jauh dari jangkauan akal.

Setiap anasir gelap dan sihir yang di puja tidak akan dapat masuk ke dalam tubuh manusia jika tidak di undang oleh mangsa itu sendiri. Apa yang kita manusia perlu tahu bahawa jin dan syaitan yang membawa segala kuman dan virus yang merbahaya perlu di jemput sebelum mereka boleh masuk ke dalam tubuh manusia. Pintu rongga yang terbuka luas di tubuh manusia akan di ketok supaya di buka luas oleh hawa "nafsu". Pintu2 ini sepatut nya perlu ada "penjaga" untuk menghalangi pencerobohan yang datang menyeludup setelah hawa "nafsu" itu di sogok atau di rasuah. 

Ingatan "iman" yang kita sediakan dengan "ilmu" pengetahuan adalah "penjaga" yang sepatut nya berkawal di pintu masuk. Ingatan "iman" ini lah yang kadangkala hilang apabila "akal" manusia tidak hadir untuk menempatkan "penjaga" itu di situ. "Lupa" adalah sesuatu simtom penyakit "iman" yang perlu di ubati dengan latihan berzikir. Sebab hati manusia perlu di latih untuk sentiasa memberi "peringatan" kepada "iman" supaya selalu ingat kebesaran ilahi. Kelalaian manusia adalah punca segala masa'alah dan "redha" perlu di jadikan asas untuk berusaha dan berhijrah.

Tanah kubur menjadi satu perkakas untuk tundukkan tenaga tarikan graviti hawa "nafsu" di tempat semadian supaya tubuh hilang imun daya ketahanan diri. Busong adalah ancaman sihir yang di bawa anasir gelap melalui "angin" dengan bahan besi yang tajam seperti paku, jarum, pisau belit sebagai graviti tarikan sihir.dan juga kuman penyakit. Mulut dan dzubur adalah pintu langit dan bumi yang mereka lalui. Angin dan api adalah dua anasir yang memainkan peranan untuk menyeksa mangsa sihir melalui "pengantar" yang akan masuk kedalam tubuh manusia untuk menginap di dalam usus perut. Darah akan di cemari dengan kuman bila angin dan api  mendidihkan gas pembakaran untuk bengkakkan urat saraf dan kemudian mereput. Seperti "santau" yang mengunakan hempedu katak atau abu mayat yang mempunyai DNA tertentu untuk pastikan pencemaran darah untuk runtuhkan jasad tubuh.

Nafas yang kita hidu adalah punca hidupnya "nyawa" di dalam diri kita. Sebab oksigen yang kita hidu adalah gas udara yang suci untuk "nyawa" kita. Tetapi nafas itu bukan sekadar udara yang perlu di hirup untuk bernafas. Perbezaan di antara karbon dioxida dan oksigen mempunyai peranan mereka masing2. Oksigen yang di masukkan ke paru2 perlu di isi dengan "ilmu" pengetahuan supaya tenaga ingatan "iman" dapat bersihkan kuman dan virus yang terselit di dalam rongga tubuh. Bacaan ayat suci yang kita sebut dengan gas karbon dioxida mungkin berkesan untuk menghalangi bahaya ancaman di sebabkan "karin" yang menjaga ayat2 itu. Tetapi sebutan itu akan terputus juga apabila kita cuba bernafas kembali.

Tapi apabila kuman itu telah masuk ke dalam tubuh manusia adalah malapetaka yang perlu di tangani. Menghalau ia keluar memerlukan asas yang kukuh untuk menghapuskan nya. Masa yang di perlukan untuk kembali bersih dan sihat mungkin mengambil jarak yang tertentu. "Air" selalu nya menjadi anasir "penawar" yang utuh bagi tubuh manusia. Selain minum, berwuduk dan mandi dengan "air" adalah cara yang munasabah untuk kebersihan diri. Isi lah "air" itu dengan "nur" kebesaran yang wajid di taati seluruh makhluk di alam ini. Usaha ini adalah satu "jihad" yang perlu di perjuangkan oleh umat manusia dan setiap perjuangan perlu ada kesabaran nya.

Sihir "busong" ini yang di bawa oleh anasir gelap yang tidak berjantina boleh menyusup kepada mangsa lelaki atau perempuan. Bunting mistik ini kadangkala boleh di salah erti seperti angin pasang2 atau "hernia" dari segi perubatan sains. Bunting "angin" ini atau "busung" telah lama menjadi menyakit misteri yang di alami beberapa manusia yang menjadi mangsa. Perlu di ketahui, anasir gelap yang membawa penyakit ini boleh berkeliaran di tempat suci walaupun di kelilingi ayat suci. Sebab jasmani dan rohani di pisahkan dengan talian yang amat tipis di mana hawa "nafsu" dan ingatan "iman" bergelut di dalam "nyawa" untuk kemajuan jasmani dan rohani.

Sebab "ilmu hitam" boleh berlaku serta merta seperti magik kerana tidak di ukur oleh "masa" dari dimensi mereka. Pilihan yang mereka buat untuk mengambil "jalan pintas" ini akan mengundang musibah kepada umat manusia.  Ilmu Tuhan perlu di anuti dengan kesabaran dan keyakinan untuk mengukur kekuatan "iman" bagi mendapat kesempurnaan nikmat. "Masa" yang telah di ukur dengan jarak memerlukan putaran nya untuk membawa segala bahan yang secukupnya dalam satu bungkusan nikmat. Ketentuan kadar buruk dan baik yang telah di catu sebelum "masa" itu bergerak memerlukan percaturan khusus untuk manusia mengnikmati nya. Tanpa pahit hempedu tidak akan manis madu. Jika manis itu ingin di rampas dahulu sebelum pahit itu di rasa, segala2 nya akan menjadi tawar kemudian nya. 

Perlu kita ketahui bahawa "gambar" kita yang berwajah boleh di gunakan untuk memuja semangat bagi tujuan mistik. "Tarikh lahir" dan juga nama "ibu" boleh di gunakan untuk mengenal pasti "sinti ruhum" jasad tubuh manusia selain dari bahan DNA dari jasad tubuh itu untuk di aplikasikan dengan mutasi tertentu semasa "sihir" itu di hasilkan. Peranan menyeru "kajamah" di bumi di mana "tanah" di gunakan sebagai bahan asas kejadian jasad tubuh. Anasir "angin, air, api dan tanah" ini sangat penting dalam urusan mutasi "sihir" mistik ini. Jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang menjadi kembar jiwa rohani ini akan di halang supaya putus hubungan. Di sinilah kita sangat memerlukan bantuan "ruh" kita yang suci itu. Hanya "ruh" kita yang suci ini dapat berhubung dengan zat yang Maha Berkuasa di mana Rasulullah adalah pengasas nya.

Bukan kah "benih" Rasulullah itu ada di dalam jasad tubuh kita? Bukan kah kita ini umat Nabi Muhammad? Baka Nabi besar kita masih ada dalam DNA kita yang boleh di aktifkan. Dalam kajian sains kerohanian ini kami pemandang serius ancaman "sihir" dari anasir gelap yang menceroboh jasad tubuh manusia. Benteng pertahanan diri dan inmiun daya ketahanan jasad tubuh perlu di aktifkan untuk menjaga kestabilan jasmani dan rohani. Kita memerlukan Rasulullah untuk menjaga kesejahteraan "diri" kita. Inilah rahsia yang perlu kita bongkar untuk cari "penawar" itu. Sifat dua puluh kalimah nafi isbat munafi musabat dan sunnatullah sifat Rasulullah yang tersembunyi di dalam jasad jasmani dan jiwa rohani ini perlu di aktifkan. Bangkitkan "qursani" itu sehingga ia dapat berdiri teguh menjaga benteng "diri" kita dari ancaman jin dan syaitan.

Nafas yang kita hidu bukan hanya oksigen yang di sedut. Udara oksigen ini ada rahsia pernafasan yang boleh membawa manfaat ke dalam jasad tubuh kita. Oksigen yang di "isi" akan masuk kedalam pembuluh darah ke seluruh urat saraf. Karbon dioxida yang tertinggal di dalam tubuh perlu di halau keluar. Ini juga cara kita bersihkan pembuluh darah yang tersumbat yang mengakibatkan penyakit "al akhmar" yang di bawa jin tertentu. "Angin" penyakit "busung" yang masuk kedalam usus perut ini boleh kita lihat apabila ia bergerak ke kiri dan ke kanan perut kita. Ini lah "angin" santau yang perlu kita halau keluar dengan zikir pernafasan yang tertentu.

Edit 16.6.13

Pernafasan kita sebenar nya adalah fungsi "nyawa" yang banyak membawa manfaat kepada bahtera jasad tubuh. Udara oksigen ini perlu kita gunakan dengan lebih bermakna. Sebab "ruh" itu di jadikan dengan satu "tiupan" dan nafas kita untuk bernyawa sebenar nya hanya senafas.  Nafas. Nufus. Ampas dan Tanapas ini membawa fungsi nya yang tertentu ke saluran angauta tubuh dan juga organ dalaman. Perlu kita ketahui bahawa karbon dioxida adalah gas bahan buangan yang perlu di keluarkan dari jasad tubuh. gas ini lah yang di gunakan jin dan syaitan untuk bernafas. Jika gas karbon dioxida ini dan sisa buangan oksigen mengandungi "inti pati" larutan "nyawa" yang telah di pergunakan yang sangat di perlukan jin dan syaitan untuk kesuburan benih baka mereka. Segala penyakit dan kuman datang dari pembiakan jin dan syaitan. Mereka lah sebenarnya pembawa virus segala penyakit dan kuman yang mengancam kesejahteraan manusia.

"Nafas" kita perlu di perlihara dengan penuh keshukuran. Perkataan yang kita lafazkan dengan udara karbon dioxida sebenarnya adalah pengunaan hawa "nafsu" dengan bahang haba nya. Nafas yang masuk dan keluar ini ada bahan buangan nya dan juga penyerahan budi setelah nikmat itu di rasai. Kajian "nafas" ini perlu kita perdalami untuk ketahui urusan nya.

Setiap nafas yang kita hirup akan membawa nikmat ke dalam jasad tubuh kita. Tanpa nafas ini "hati" tidak dapat menyalurkan perasaan deria rasa nya dan "otak" tidak dapat  menghulurkan kesedaran mental nya. Jika saluran ini tersumbat dan "nafas" yang di bawa oleh oksigen tidak dapat disalurkan keseluruh rongga urat saraf melalui darah yang mengalir, kesihatan jasad tubuh akan tergugat. Nafas itu perlu sampai ke dalam lubuk "hati" di mana "otak" kita akan menerima bahan oksigen yang di perlukan untuk dapat kesedaran yang sepenuhnya.