BILIK MAYAT
Laduni
©Mystical Pond
Sketsa
Sambil
minda itu mengenang di kesunyian malam yang gelap, untuk mencari di celah semak
timbunan alam semesta, kita akan di hempap oleh satu perasaan yang mendak di
dasar lubuk perasaan “diri” kita itu, untuk mencari sesuatu yang melampaui
batas yang tidak di ketahui. Bila minda kita menjelajahi ruang yang tidak pernah
terbatas, naluri “perasaan” dan nurani “ingatan” kita akan melintas ke hadapan,
merayau dengan bekalan “ilmu” yang sedikit untuk mengetahui rahsia alam yang
tersembunyi di dalam kegelapan simetri kewujudan alam.
Kekaburan
(ambiguity) yang terpapar di alam ini, akan tuntut kita buat “pilihan” itu
dengan harapan yang musykil untuk meneliti misteri alam dengan “peluang” yang
sempit. Mengapa kemungkinan (possibility) itu akan di tanda dengan satu kesesatan
dari tanggapan “akal” mereka yang tidak pernah mempunyai kepastian pada hakikat
yang mutlak. “Kalam” yang di sampaikan dengan ayat “huruf dan suara” itu,
ibarat “cakap dengar” yang telah di cetak dengan tulisan, untuk jadikan satu “skrip”
mereka menggunakan “dalil dan hujah” dan batas kan “akal” fikiran kita berfikir
di luar kotak. Mereka tidak pernah sedar bahawa apa juga yang tercatat itu
bukan “dalil” yang kukuh untuk di jadikan hujah tetapi hanya satu “pendapat”.
Bukan “tulisan” yang membawa maksud yang
sebenar. Apabila “kalam” itu di sampaikan oleh “huruf dan suara” dari seorang
yang tidak tahu menulis dan membaca, sebutan itu hanya satu penyampaian media
yang perlu di takrif oleh “akal” fikiran yang menerima nya. “Urusan kami” yang
di sebut Tuhan untuk beri kefahaman kepada sesiapa saja, yang mendengar “wahyu”
itu, akan di pilih oleh “urusan kami” ini. Tuhan yang menentukan siapa di antara mereka itu yang akan di pilih
sebagai orang yang “beriman” atau mendapat “taufik dan hidayah” itu. “Perasaan”
dan “ingatan” itulah “wajah” sebenar hakikat kebenaran untuk menilai apa yang
di “baca” oleh “sekepal darah” itu dengan amalan nya pada Tuhan yang Maha
Mengetahui.
Kita
masih perlu untuk menilai di antara betul atau salah, buruk atau baik, fakta
atau fiksyen. Kami hanya karyawan yang meletakan semua hujah dan dalil dari
semua pihak untuk di nilai akal fikiran kita semua. Apakah perlu kami letak apa
yang “sesuai” sahaja dari fakta kenyataan dan sembunyikan apa yang lain dari di
dedahkan untuk mendapat “ilmu” yang sepatut nya memberi kita peluang untuk buat
perbezaan. Mengapa perlu kita dedahkan semua “dosa” dan kesalahan itu sedangkan
“pahala” dan kebaikan itu di sembunyikan untuk kita ketahui. Dunia kewartawanan
tidak pernah kenal betul atau salah itu dari semua fakta kejadian. Kami hanya
sampaikan maklumat yang tidak pernah berani di jelaskan. Perlu kah kita takut
pada kebenaran yang kadangkala tidak begitu senang untuk di ketahui.
Laduni
Cerita
ini tidak sesuai untuk di baca oleh sesiapa di bawah umur lapan belas tahun.
Tanggung jawab sosial perlu di pertahankan untuk memelihara mutu moral yang
tinggi di dalam masyarakat kita. Anak2 tidak akan dapat membezakan di antara
fakta atau teori yang di ceritakan ini. Adalah amat penting untuk pembaca kita
menghayati cerita ini sebagai hiburan. Tidak ada bahan fakta atau dalil, perlu
di tuntut di mana2 kandungan ini. Ia akan selalu menjadi harta mutlak seorang penulis.
Laduni
©Mystical Pond
SAINS
KEROHANIAN
Apabila kita
melangkah masuk di dalam bilik yang di penuhi “mayat” atau jasad tubuh manusia yang
sudah mati. “Jiwa” kita tidak
akan merasa aman, apabila berdepan dengan satu peringatan yang akan berlaku
pada jasad tubuh itu di satu hari nanti. Ini lah tempat di mana keanehan
perasaan, akan menyusup masuk di dalam diri kita, membuat minda kita menjadi
sangat tidak berdaya, seperti ada sesuatu yang membelenggu tenaga kita, untuk tidak
benarkan kita merasa lebih berbangga.
Peringatan
tentang apa yang akan berlaku terhadap diri kita, esok atau lusa akan
merendahkan keupayaan mental ke tahap yang minima. Sesuatu di dalam diri kita
sangat seram untuk menerima hakikat, bahawa jasad kita itu juga akan mati di
satu hari nanti. Jadi bukti fakta yang di tunjukkan “mayat” ini, bukan
sesuatu yang mahu di iktiraf oleh jiwa nya itu. Peristiwa berpisah nya “jasad” dengan “nyawa” nya bukan
sesuatu yang patut di raikan dengan keriangan. Bilik mayat di mana jasad yang
mati itu di simpan bukan tempat yang seronok untuk kita berada di situ. Mayat
adalah sesuatu yang bukan untuk di pandang atau di perhatikan.
Tenaga yang
hilang pada tubuh mayat itu, akan serap tenaga kita dengan sekilas untuk
dapatkan nilai penghargaan itu. Perasaan sejuk dingin adalah tanda “jiwa” kita sedang
berada di saat sukar untuk sesuaikan keadaan pada situasi itu.
Bila jasad
manusia itu mati, pemergian “nyawa” nya, adalah satu detik keramat yang menguasai
beberapa tuntutan penghormatan dari tubuh yang masih hidup. Mereka yang masih
hidup tidak di benarkan berseronok di hadapan “mayat” apabila “jiwa” nya masih di
situ yang sedang meratap hiba. “Jiwa” orang yang telah mati akan berada di
sana untuk memerhatikan situasi jasad nya yang terbujur kaku itu. Tubuh badan
yang dulunya tempat menyimpan semua memori kehidupan nya.
Tamatnya perkhidmatan
hanya di ketahui, tanpa sebarang notis yang di beritahu lebih awal. Keputusan yang
telah di buat untuk mengakhiri satu hubungan “jasad” dan “nyawa” yang akrab
dengan keputusan yang mengejut. Berakhir yang mendadak akan perlukan sedikit
penyesuaian untuk biasakan keadaan pada perubahan yang mengejut. Jika dulu
semasa jasad itu sedang tidur, perpisahan “jiwa” itu masih boleh di hubungi dengan
mimpi yang sulit. Tetapi kali ini “jiwa” itu di halang masuk untuk teruskan
hubungan.
Mungkin kita
masih bingung untuk meneka apakah urusan “nyawa” ini yang terpisah dari “jasad” nya. Terlalu
banyak “dalil
dan hujah”
yang di sebut, tetapi tidak ada yang mahu jelaskan dengan lebih terperinci. Ada
satu “sekatan” di situ, untuk
kita tidak merayau jauh dari apa yang mereka tentukan. “Dalil dan hujah” itu selalu
menyebut tentang “jiwa” yang di
kaitkan dengan hawa “nafsu” dan ingatan “iman” di mana segala
“dosa”
dan “pahala”
itu di jadikan. “Dosa” dan “pahala” ini yang akan
tentukan “syurga
dan neraka”
itu. Mengapa kita di larang mengetahui tentang “jiwa” ini???
“Dosa” dan “pahala” inilah patut
kita ambil berat agar kita tidak terjerumus ke lembah neraka jahanam. Sebab “syurga dan neraka” ini
bersebelahan di mana ahli nya boleh melihat antara satu sama lain. Di sini kita
akan di minta untuk perhatikan “jiwa” yang di katakan hawa “nafsu” dan ingatan “iman” itu. Sebab
jiwa hawa “nafsu” ini yang
selalu melakukan “dosa” dan ingatan “iman” ini yang
selalu melakukan “pahala” itu. “Jiwa” ini hidup di
dalam “jasad” tubuh kita dengan
“perasaan” dan “ingatan” mereka
sendiri, bila “akal” fikiran itu
diberi untuk kita buat “pilihan” dan cari “peluang” pada segala
amal perbuatan kita itu.
Jiwa hawa “nafsu” dan jiwa
ingatan “iman” ini adalah “kembar” kepada “nyawa” kita itu. Semua
“jasad” yang hidup di
atas muka bumi ini, telah diberi bekalan itu di tangan kiri dan kanan nya yang
di katakan “sijjin” dan “illiyin” itu. Pasangan
ini akan selalu bersama untuk buat berbezaan di antara buruk dan baik atau “dosa” dan “pahala” itu. Jiwa ini
seperti minyak dan air yang tidak bercampur di dalam satu bekas. “Dosa” kita tidak
akan jejaskan “pahala” dan “pahala” kita tidak
akan jejaskan “dosa” kita di
timbangan yang sangat tepat dan adil itu. Hanya “berat muatan” nya sahaja yang
akan tentukan di mana perkampungan kita nanti.
Kita manusia tidak akan terlepas dari
melakukan kesilapan dan kerana itu Tuhan Maha Bijaksana untuk pastikan kita
tidak teraniaya untuk berlaku adil kepada setiap hamba Nya. Untuk kami menulis
cerita “bilik
mayat”
ini, kami terpaksa membawa pembaca ke satu sudut di mana “jiwa” ini akan di
terjemahkan. “Mayat” yang telah
mati masih mempunyai “urusan” yang belum
selesai. Sebab “dosa” dan “pahala” itu masih
perlu lagi untuk di semak, semasa menunggu hari kebangkitan atau perhitungan di
akhirat nanti. Setiap “jiwa” mayat ini akan
nilai semua perbuatan mereka.
Maka kami perlu
lebih terperinci untuk buka beberapa kitab sulit yang membaca “urusan” jiwa ini
dengan watak kelakuan dan tabiat nya. Mungkin kita tidak pernah di dedahkan
kepada wujud nya “semangat” dan “qarin” ini. “Semangat” dan “qarin” ini adalah “wajah” kepada “dosa” dan “pahala” kita itu. “Tulisan” yang lebih
tepat bukan dengan “huruf
dan suara”
yang kita sangka kan. Malah lebih jelas jika “dosa” dan “pahala” itu di
gambarkan dengan “wajah” dari “watak” dan “tabiat” mereka sendiri.
Ini yang menjadi “khilafiah” kepada semua
pendapat “hujah
dan dalil”
itu. Masing2 mempunyai pandangan yang berbeza dari sudut di mana mereka
berdiri.
Tetapi kami tidak
mahu mencari siapa “betul
atau salah”
dari kajian ini. Kami bukan pakar “dalil dan hujah” untuk buat
penilaian. Kami hanya wartawan kerohanian yang membuat ulasan untuk semua
pembaca menilai sendiri kognitif kefahaman masing2 dengan laporan kami itu. Sebab
kejadian mistik dan supernatural tidak mempunyai “dalil dan hujah” untuk di
perjelaskan. Histeria, kerasukan, jelmaan ghaib, hantu dan jembalang tidak
mempunyai “kitab” yang di kirim
untuk terjemahkan kejadian itu. Maka dengan kajian yang sedikit itu, kami
mempunyai teori andaian pada kemungkinan yang agak pasti. “Mayat” bukan satu
pelupusan untuk padamkan riwayat nya. Ada data yang masih tersimpan untuk
ceritakan “dosa” dan “pahala” itu.
Mayat yang
terbujur sekarang berada di ruang masa yang lampau dan tidak di benarkan untuk
berada di bahagian ruang masa yang terkini. Untuk tidak di benarkan masuk di
ruang realiti yang terkini, tanpa sebarang tanda sebab untuk di umumkan, apa
perlu “jiwa” itu lakukan
dan ke mana perlu pergi, jasad dan jiwa itu, akan di pisahkan serta merta tanpa
sebarang rujukan dan pertikaian.
Setelah
menghabiskan masa terlalu banyak bersama, halangan itu akan meresahkan setiap “jiwa” bila perkara
itu berlaku. Di sini lah kita manusia perlu letak sedikit ke taakulan dengan
apa yang kita fikir, untuk apa seluruh urusan ajal maut ini. Jasad tubuh adalah
bahtera biologi baka “nasab” yang di
temukan dari benih deoxyribonucleic acid keturunan kedua ibu bapa yang menempah
dengan pelaburan kasih sayang mereka. “Nyawa” yang di terima dari tiupan “ruh”, akan jadikan
“darah
sekepal”
itu berdenyut, dengan nadi dan pernafasan udara oksigen yang “senafas” untuk tukar
ganti “jangka
hayat”
itu setiap masa.
Perkara ini yang
di namakan “nyawa” itu telah di
salah erti oleh banyak pemikiran akal. Roh yang di tiupkan dengan “se-nafas” mempunyai
banyak untuk di perkatakan di dalam teori fakta untuk di buktikan. Ada
keperluan di sini untuk membezakan nya. Jiwa dan roh adalah dua entiti yang
berbeza. Kita telah keliru dengan istilah nya yang tidak di perjelaskan apa kah
nukleus sebenar semua ini. Mengambil kira bahawa “nyawa” selalu nya di
salah erti untuk bermaksud jiwa atau roh. Untuk perjelas anatomi tentang “nyawa” itu sendiri,
kita perlu leraikan untuk melihat di mana mereka terpisah.
Kerana ada
keperluan untuk menyatakan perbezaan nya di sini, sebab cerita kita ini
bergantung kepada keresapan kedua perkara ini pada jasad tubuh itu. Kami perlu
perjelaskan ini sedikit, hanya untuk menjelajahi kemungkinan yang tidak di
ketahui. “Nyawa” dan “Roh” mempunyai
perbezaan pada keaslian nya. Kita telah jauh menyimpang di dalam kefahaman
tentang bagaimana mereka terpisah. Kita tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk
mengetahui apa kah “roh” itu sebenar
nya, tetapi kita hanya boleh jelaskan apakah “nyawa” itu, dengan cara yang termasuk
di akal.
Degupan jantung
dan hembusan pernafasan adalah dua jentera tenaga yang di iktiraf pakar saintis
kedoktoran untuk isytiharkan hidup dan mati “jasad” itu. Jadi “nyawa” di dalam diri
kita mempunyai dua tenaga yang membuat kita bergerak. Ini akan jadi agak rumit
sedikit untuk kita nilai dengan penuh terperinci. Jadi kami terpaksa buat
pecahan “tenaga” yang
memisahkan di antara negatif dan positif itu. Sebab “tenaga” memerlukan dua
aliran yang berbeza untuk bertembung dengan cas kuasa nya. “Jasad” itu yang
mendapat “tenaga” untuk bergerak, datang dari saluran kimia pada pemakanan dan
minuman kita.
Maka “selera” untuk dapatkan
semua ini adalah “perasaan” yang di pacu
tenaga hawa “nafsu” yang bertugas
di jasad tubuh itu. Inilah “jiwa” yang boleh kita katakan deoxyribonucleic acid itu.
Itu yang di sebut tulang “sulbi” dan “taraib” itu. Hawa “nafsu” telah di
ketahui memberi kita keinginan untuk mendapatkan keperluan jasad tubuh kita.
Lapar untuk makan, dahaga untuk minum, dan penat untuk rehat adalah apa yang
tenaga hawa “nafsu” akan desak dan
gunakan segala “perasaan” deria lima
panca indera untuk mendapatkan termasuk “syahwat” nya untuk membiak.
Ini di isi
dengan “naluri” keinginan
sebagai “fitrah” semula jadi
tanpa “pilihan” yang di buat
tetapi secara spontan yang sukarela. Tidak ada “ilmu” ketika itu untuk buat
apa2 “pilihan” pada keperluan
nya. Nampaknya tenaga hawa “nafsu” ini mempunyai tamat tempoh atau “jangka hayat” yang susut
nilai dan perlu di tambah nilai untuk kekalkan tenaga kekuatan nya. Hawa “nafsu” ini di ketahui
berada dalam keadaan “buta” dan sentiasa di
dalam kegelapan. “Buta” di gunakan di
sini untuk jelaskan pada asas kemampuan tenaga hawa “nafsu” ini yang kepingin, tanpa asas “ilmu” pengetahuan
yang pasti untuk dapatkan keperluan nya.
Tenaga hawa “nafsu” ini datang
dari asal kejadian dari “api” di mana “graviti” tarikan bumi
itu di cipta dari kepadatan jisim massa di kegelapan. Sebab “jasad” tubuh itu
terbentuk dan kekal tidak terlerai atau berkecai adalah dengan kekuatan daya “graviti” tarikan hawa “nafsu” ini yang
menyalurkan semua keperluan asas biokimia nya dari “tanah” pada bumi itu.
“Tanah” di bumi “jasad” itu memerlukan
“api” itu untuk
mendapat “sentuhan” perasaan nya. Kesedaran
hawa “nafsu” hanya satu “resapan” yang “buta” tanpa sedikit
pun keupayaan untuk kenal pasti bahan yang di perlukan ini. “Naluri” asas nya hanya
“sentuhan” bahan yang
ingin diperoleh dengan “perasaan” nya. Tidak ada
“ilmu” itu tentang
keadaan sebenar harapan yang ingin di miliki nya dan “naluri” ini hanya
perlu “nikmat” keselesaan
jasad tubuh itu.
Keselesaan dan
keperluan ini yang menjadi bahan utama keinginan hawa “nafsu” ini dengan
bahan “api” perasaan nya. Maka
“ilmu” itu perlu di
perkenalkan oleh satu lagi tenaga “nyawa” kita yang di sebut “ingatan” atau kepercayaan
“iman” ini. Maka apa
juga “berat
muatan”
yang di pikul “ingatan” kepercayaan “iman” itu pada semua
bahan elektro magnetik itu, akan jadi asas “graviti” tarikan bumi hawa “nafsu” tadi pada
jasad tubuh nya yang terbentuk itu.
Jadi hawa “nafsu” ini akan menggunakan
lima panca indera dengan “perasaan” nya untuk merangsang “hati” yang berdenyut
dengan peredaran “sekepal
darah”
biokimia emosi “perasaan” nya pada “graviti” tarikan bumi
itu. “Pilihan” itu akan di
buat apabila kesedaran hawa “nafsu” ini mendapat “ilmu” yang di miliki “ingatan” kepercayaan “iman” yang menaja
setiap “perasaan” nya yang buta
itu. “Ingatan” kepercayaan “iman” pula akan
mengumpul segala maklumat yang di katakan “ilmu” itu dengan “berat muatan” yang di
tentukan “graviti” tarikan bumi
hawa “nafsu” itu.
Jadi “ingatan” ini adalah
gelombang elektro magnetik “otak” yang bertiup di pernafasan oksigen untuk beri kita
“kesedaran” tentang “peluang” yang ada di
sekeliling. Jadi “perasaan” dan “ingatan” adalah asas
tenaga pergerakan “jasad” tubuh itu
dengan denyutan jantung peredaran darah dan pernafasan oksigen. “Hati” adalah tempat
di mana “perasaan” itu wujud dari
pengaruh hawa “nafsu” dan “otak” adalah di mana
“ingatan” itu wujud dari
kepercayaan “iman” nya. Maka “akal” adalah di mana
“ilmu” itu diberi
untuk buat “pilihan” dan cari “peluang” untuk jadikan
“identiti” diri pada
jasad tubuh itu.
Soal “identiti” ini adalah di
mana urusan itu akan di serahkan kepada “jiwa” nya. Biokimia “perasaan” hawa “nafsu” dan elektro magnetik
“ingatan” kepercayaan “iman” adalah kuantum
mekanik yang pastikan “identiti” diri kita
dengan urusan “jiwa” nya itu. Tetapi
walaupun “jiwa” kita ini
mempunyai asas tenaga nya yang asli, tidak dapat di nafikan bahawa usur anasir
luar yang meliputi alam sekeliling ini mempunyai “pengaruh” kepada “jiwa” kita itu. Jiwa
hawa “nafsu” itu akan
selalu utamakan kesempurnaan jasad tubuh nya yang nyata itu dan “ingatan” kepercayaan”iman” akan pastikan
“identiti” diri nya itu
tetap terpelihara.
Walaupun unsur
anasir luar ini boleh pengaruhi “watak”
dan “tabiat” kelakuan jiwa
hawa “nafsu” itu pada jasad
tubuh nya, “identiti” sebenar diri
kita itu akan menjadi hak milik kekal kita yang tersimpan di “ingatan” kepercayaan “iman” itu. Perlu
kita ketahui bahawa “jasad” tubuh ini
adalah “analog”
deoxyribonucleic acid dan “jiwa” kita itu adalah bahan “digital” dan “granular” yang halus
dengan ribonucleic acid nya. Urusan “matter” dan “anti-matter” ini terpisah
di antara langit dan bumi kerana “jasad” itu tertakluk pada “graviti” tarikan bumi
nya yang di paut hawa “nafsu” itu untuk “perasaan” nya pada “jirim” jasad tubuh
nya.
Sedang “jiwa” ini tidak
tertakluk pada tarikan “graviti” bumi itu dan
melintas di ruang elektro magnetik di “jisim” udara massa yang luas di langit. Apabila
“jasad” tubuh itu di
jadikan dari “tanah” maka “api” itu di jadikan
untuk “rasa” atau “perasaan” nya di mana “air” itu kehidupan
dan “angin” itu pergerakan
nya. Anatomi “jasad” tubuh ini
mempunyai rangkaian yang saling memerlukan di antara satu sama lain. Jadi empat
sifat “air,
api, angin dan tanah”
ini mempunyai status kepentingan masing2. “Api” ini di mana “perasaan” kita itu
merasa, adalah di mana hawa “nafsu” itu menyala untuk mencari habuan nya. Namun,
anasir “api” ini mempunyai
“sekutu” nya yang juga
di jadikan dari “api” iaitu “jin dan syaitan” itu.
Maka di sini
kami terpaksa sebutkan tentang urusan “semangat” itu yang menjadi “pengaruh” jiwa hawa “nafsu” dan “ingatan” kepercayaan “iman” itu. Soal “qarin” ini tidak
boleh kami sembunyikan kerana inilah “tabiat” kelakuan “watak” lakonan jasad
tubuh itu yang boleh meresap dengan perisian “bluetooth” nya untuk di muat
naik atau muat turun di jasad tubuh orang lain yang di pilih itu. “Sains kerohanian” dalam urusan “semangat” dan “qarin” ini agak rumit
untuk kami jelaskan dengan penuh terperinci. Jadi cukuplah sekadar penjelasan
yang ringkas.
Tetapi, untuk
beri satu rumusan yang lebih jelas lagi, kami terpaksa sebutkan di sini, bahawa
“semangat” dan “qarin” ini di
lahirkan oleh “jiwa” hawa “nafsu” dan “ingatan” kepercayaan “iman” nya dengan
satu perisian yang lengkap dengan gabungan “perasaan” dan “ingatan” itu. Jika dulu “perasaan” dan “ingatan” mereka itu terpisah,
tetapi setelah lahir menjadi “dosa” atau “pahala” itu, “semangat” dan “qarin” ini telah
cukup sifat untuk bergerak dan hidup dengan “identiti” nya sendiri.
Inilah “ilmu” yang kita
jadikan sebagai “pelaburan” di dunia dan
akhirat. Sebab setiap “dosa” dan “pahala” amal perbuatan
kita akan di rakam dengan kamera “jiwa” yang di katakan “semangat” dan “qarin” ini. Mereka
memegang “watak” dan “tabiat” yang jiwa kita
lahirkan dari semua amal perbuatan kita. “Dosa” dan “pahala” ini seperti keturunan yang kita
lahirkan untuk hidup dengan “watak” dan “tabiat” kelakuan nya. Ini yang menjadi
persoalan nya apabila “jasad” tubuh itu
telah tamat tempuh atau mati menemui “ajal” nya. “Semangat” dan “qarin” ini masih
hidup dengan watak kelakuan nya untuk mencari pengaruh nya. Jangka hayat “semangat” dan “qarin” ini boleh “hidup dan mati” apabila “jiwa”
kita mempunyai “taubat” keinsafan atau
“bangga” keingkaran.
Apabila “jasad” itu sudah
tamat tempuh dan menemui “ajal” nya, “Jiwa” ini akan hidup bersama “semangat” dan “qarin” nya dari
segala “dosa” dan “pahala” nya itu. Pada
hari pertama “mayat” itu terbujur,
“jiwa” nya akan
meratap di situ untuk mengenang kisah hidup di “jasad” tubuh itu. Untuk “jasad” yang hidup
duduk bersama mayat dan perhatikan mereka setiap detik masa, akan melumpuhkan keupayaan
mental kita. Mayat mempunyai “aura” yang menetap di udara sekeliling dengan “jiwa” nya yang
mempunyai “semangat” dan “qarin” itu.
Bila seseorang
telah mati, jiwa nya akan berada di situ dengan “semangat” dan “qarin” nya untuk cuba
dapatkan perhatian. Bila pintu yang selalu nya terbuka di jasad itu untuk masuk
menetap dan satu hari di dapati tertutup rapat, jiwa itu akan tentu menunggu di
luar pintu jasad itu dengan penuh harapan nya. Hasrat untuk memasuki jasad
tubuh yang hidup masih kekal dengan impian nya. Untuk jiwa itu terbiar di situ
dan berjalan pergi tanpa tahu ke mana harus di tuju, adalah satu perasaan yang
sangat gelisah.
Setelah
menghabiskan seluruh jangka hayat bersama dan satu hari kita di halau pergi
dengan memori ingatan, tentunya pasti akan ada beberapa keinginan untuk
meneruskan hubungan itu semula. Kita di beri peluang itu semasa kita tidur.
Harapan hawa “nafsu” akan selalu
menunggu di jasad tubuh dengan “perasaan” nya semasa “ingatan” pada
kepercayaan “iman” itu keluar
terpisah dengan urusan rasmi nya. Bila kita mati dan jasad tubuh itu bukan lagi
tempat untuk kita menumpang duduk, “jiwa” hawa “nafsu” ini akan meratap di luar jasad
tubuh itu yang sudah menjadi bangkai mayat itu. “Semangat” inilah yang
kita boleh lihat gentayangan di sekitar pusara jasad tubuh nya. Ini yang kita
katakan “hantu” itu.
Bila kita di
nafikan masuk, kita masih tetap perhatikan pintu itu. Sebelum pergi dengan
kehampaan, kita akan menoleh beberapa kali untuk pandang jasad itu sepuasnya
sebelum “jasad” itu mereput,
dengan harapan akan ada peluang yang
mungkin masih ada di saat terakhir sebelum berlepas pergi membawa diri dengan “perasaan” dan “ingatan” nya. Mungkin pintu pada jasad itu masih boleh di
buka untuk di ceroboh masuk. Kematian adalah saat yang paling keramat bila jiwa
itu berpisah dengan jasad nya. Jasad itu adalah satu tugu harapan pada jiwa itu
dengan azam yang penuh impian.
Tidak mudah
untuk jiwa itu meninggalkan jasad nya semudah itu tanpa kesalan yang mendalam. Ada
sesuatu yang berlaku di antara mereka yang kita tidak pernah belajar untuk
memahami. Setiap mayat mempunyai rahsia pujukan dengan jiwa nya, membuat
perjanjian untuk berjumpa lagi di satu hari nanti yang di katakan hari
kebangkitan itu. Inilah apa yang di tunggu setiap “jiwa” ini untuk
bangkit semula dengan jasad itu. Perpisahan keramat ini adalah saat yang
istimewa dan tidak sepatutnya di ganggu.
Maut adalah
perkataan yang kita gunakan untuk jelaskan peristiwa nyawa itu, di tamatkan
dengan cara yang mengejut. Jasad yang tidak bergerak adalah tanda ia telah
tamat tempuh untuk di jadikan mayat. Itu hanya “plug” yang di cabut dari aliran tenaga
elektrik nya dan tenaga kuasa itu masih ada di situ menunggu untuk di hidupkan
kembali. Memori “ingatan” yang di
tangguh kan masih ada pada “perasaan” nya dan masih sanggup untuk di teruskan. Mencari
peluang ini akan selalu di jadikan agenda utama mereka. Episod terakhir
kematian adalah saat paling kritikal pada setiap jasad tubuh.
Ini lah saat bila
misteri boleh berlaku dan mengubah seluruh peraturan alam semula jadi. Ini lah
di mana cerita kami akan bermula dan pembaca kami perlu lebih berwaspada kerana
perjalanan ini, yang akan kami mulakan memerlukan lebih dari keupayaan mental,
kerana logik sains tidak ambil bahagian dalam babak ini apabila urusan kerohanian
di persoalkan. Urusan untuk hubungkan “matter” dan “anti-matter” ini masih jauh
dari pengetahuan sains yang terkini. Bila kita bincang sesuatu tentang tubuh
mayat, setiap perinci dari keseluruhan jasad perlu di teliti dengan sepenuh nya.
Ini lah di mana
beberapa gambaran yang tidak sopan akan di jelaskan untuk beri cadangan dengan
keadaan tubuh yang di gunakan sebagai modal kebanggaan mereka. Kami tidak dapat
sembunyikan perkara sebenar yang sedang berlaku, kerana itu akan pasti
kurangkan impak pada pembaca yang mahukan “perasaan” sebenar yang wujud semasa detik saat
itu berlaku dengan “ingatan” anda. Pembaca
di nasihatkan bahawa perjalanan ini akan melalui lorong gelap yang mungkin akan
mudaratkan maruah sesetengah orang. “Aurat” jasad tubuh mayat tidak lagi sah untuk
di anggap sulit. “Hijab” yang sepatut
nya di tutup, terpaksa di buka untuk kenal pasti “identiti” nya.
Integriti maruah
diri tidak lagi boleh di serahkan kepada sesuatu yang tamat tempuh setelah di
gunakan. Budi bicara pembaca di nasihatkan.
Baca Buku cerita seram ini sepenuhnya. (150-200pgs)
Email kami di : aqursany@yahoo.com
Layari laman web kami di : www.mysticalpond.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan