LADUNI
Apabila Maha Pencipta yang Awali melihat untuk memandang kekosongan pada kewujudan, kesunyian untuk mengenal keinginan pada jelmaan pandangan, memulakan tanda pertama peristiwa. Cahaya "nur" pertama dari "ilmu" pada pandangan itu mencorak wajah untuk wujudkan "saksi". "Qursi" dan "Arasy" mengambil tempat untuk satu persembahan.
Setitik air mula menitis, memulakan langkah pertama untuk menjadikan lautan mengalir sehingga berjuta tahun jarak nya seperti dakwat pada tulisan "ilmu". Cahaya itu di pisahkan menjadi Pena atau "akal", dan menjadi Kitab atau "ilmu" dan menjadikan Shurga dan wakil Malaikat nya dengan Neraka dan wakil tamadun nya bila "api" pertama di nyalakan. Haba radioaktif dari cahaya "nur" dan "api" menjunam turun untuk membuka lapangan ruang kekosongan.
Apabila cahaya "nur" itu memperkenalkan sinaran nya pada ruang kekosongan, anasir gelap dan tamadun Jin mengambil alih langit di bawah dengan kuasa graviti nya. Kosmologikal tetap memerintah kegelapan bertentang muka dengan cahaya "nur" untuk perasan satu sama lain bagi "ilmu" mengenal diri. Haba radioaktif dari cahaya "nur" dan "api" menjadikan kuasa tarikan graviti anasir gelap dan sekarang menerajui pemerintahan alam maya untuk jadikan semua ini.
Cahaya "nur" dari "ilmu" dan "graviti" pada "anasir gelap" datang bertemu dengan putaran untuk mulakan detik pertama saat masa. Di sini lah di mana "takdir" Qada' dan "nasib" Qadar mengambil alih untuk gerak kan kelajuan dengan tempuh jarak masa pada "jangka hayat". Tenaga dari kimia dan elektrikal menjadikan satu letupan nuklear dengan debu zarah di sebaran massa. Serpihan logam besi "qursani" bersepai di seluruh pelusuk "ruang" kekosongan untuk zarah "partikel" ini mencari "jawapan" pada "soalan" yang di tanya "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?" Azam untuk mencari "jawapan" itu lah yang jadikan zarah "partikel" yang halus di bawah kuanta kosong (nothing) itu menjadi sesuatu (something) apabila mengumpul segala maklumat "ilmu" dari cahaya "nur" itu. "Kefahaman" itulah yang jadikan ia "wujud" di realiti ini dengan bentuk rupa dan identiti nya yang tertentu. Di situlah kita sebelum kita di lahirkan ke dunai ini. Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak ini yang mengatur segala atur cara untuk sampai kepada apa yang telah kita nikmati sekarang.
Apa yang terpapar di realiti ini bukan satu hiburan untuk
kita nikmati. Apa yang kita nampak di alam nyata ini pernah tersembunyi di alam
ghaib. Sebelum mereka muncul dengan watak kelakuan sebagai pelakon di
realiti ini, mereka pernah “berlatih” di
belakang tabir untuk siapkan satu “adegan” supaya kita semua dapat melihat
sebagai “penonton” untuk menyaksikan persembahan mereka. Sebab yang “wujud”
akan memerlukan “saksi” untuk buat pengesahan dan perakuan pada kewujudan itu. Jika sesuatu yang “wujud”
itu tidak mempunyai “saksi”, bagaimana kewujudan nya itu dapat di sahkan? Di
sini kita akan bertemu dengan satu “kuasa” yang mengatur segala kejadian untuk
“wujud” di realiti ini. Kuasa ini adalah kepunyaan “Allah swt” yang di sebut
sebanyak 2696 kali di dalam kitab suci Al Quran Nur Karim. Sebab apabila Tuhan
semesta alam ini bersendirian di ketika itu, adalah amat penting untuk jadikan “saksi”
pada kewujudan Nya yang Maha Esa.
Siapakah yang pernah buat tuntutan (claim) bahawa alam
maya (universe) ini kepunyaan nya. Tidak ada satu “entiti” pun yang pernah
“mengaku” bahawa alam maya dan semua makhluk ini di cipta oleh nya tetapi hanya
Allah swt dengan “empat” kita Zabur, Taurat, Injil dan Quran. Apakah ini tidak
cukup sebab dan bukti untuk kita berikan kebarangkalian yang munasabah atau
(benefit of the doubt). Sebab apabila ada yang menuntut “hak” pada sesuatu yang
tidak pernah di tuntut oleh orang lain, maka akan menjadi perkara yang “sah”
untuk diberi perhatian jika segala “bukti dan fakta” itu dapat di kemukakan
untuk buat “pengesahan” dan “perakuan” dari pihak kita. Maka “pengesahan dan
perakuan” ini sekarang berada di atas meja ingatan fikiran kita untuk di
rumuskan. Kita perlu selidik jasad tubuh kita yang di rujuk sebagai bahan
“bukti dan fakta” yang di “tuntut” Allah swt sebagai kepunyaan Nya.
Walaupun kedua-dua ibu bapa yang melahirkan kita
mempunyai cukup sebab untuk “mengaku” mereka layak untuk mendapatkan “hak” itu
daripada kita, namun mereka tidak mempunyai asas yang secukupnya tentang soal
kebolehan menciptakan “kehidupan” yang mereka sendiri bergantung pada sumber
yang lebih besar. Keupayaan kedua-dua ibu bapa kita boleh di pertikai kan.
Mereka hanya “penganjur” yang memohon kebenaran untuk dapatkan “tajaan” dan
pembiayaan pinjaman peribadi mereka sebagai modal keperluan kehidupan. Kontrak
perkahwinan mereka yang menjadi asas permohonan untuk bersatu dan melahirkan
zuriat perlu mendapatkan “kelulusan” dari pihak “atasan” yang lebih tinggi.
Maka pihak “atasan” ini yang memberi “kelulusan” itu berhak menuntut
“pembiayaan” kelahiran zuriat itu sebagai hak milik kekal mereka. Jika
kedua-dua ibu bapa kita gagal melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai
“peminjam”, mereka boleh di dakwa dan di “muflis” kan dengan hukuman yang lebih
berat.
Jika kita yang menjadi modal “pinjaman” mereka itu tidak
dapat membantu melaksanakan tanggung jawab itu, maka kita juga akan di dakwa di
“mahkamah” nanti untuk membela diri. Jika kita di dapati “bersalah”, kita akan
menjalani hukuman yang berat seperti masuk “neraka” dan di bakar dengan api
yang menyala. Tetapi yang indah nya jika kita dapat melaksanakan tanggung jawab
itu, kita akan diberi ganjaran masuk “syurga” yang penuh dengan nikmat
keindahan. Jadi siapakah Tuhan yang bernama Allah swt ini yang dikatakan
mencipta semua ini dan berkuasa di atas setiap sesuatu. Bagaimana kah semua ini
boleh bermula di alam maya ini yang kita lihat sebagai “bukti dan fakta” yang
nyata di hadapan mata kepala kita sendiri. Boleh kah kita menafikan semua ini
dengan begitu sahaja.
Di dalam zaman sains dan teknologi ini, kita akan mendengar
banyak “pendapat” ahli fikir terkemuka yang memberi “penjelasan” untuk kita
buat rumusan untuk memahami dan percaya sebagai keimanan pegangan hidup. Namun
di mana saja kita tegak berdiri dengan pendirian itu, kita masih perlu
mempunyai minda yang terbuka untuk menerima segala hujah dan dalil yang di
ketengahkan. Sebab tidak ada satu pun pakar saintis di dunia ini pernah mengaku
bahawa ada “kuasa” lain yang menjadikan semua ini. Mereka hanya mampu
mengatakan “kosong” (nothing) boleh menjadi “sesuatu” (something) dengan
sendiri nya. Ini yang mencabar keupayaan intelektual kita untuk mencari
kebenaran itu.
Jika kita selidik di mana kita dahulu sebelum kita hidup
atau lahir di dunia ini, kita akan merasa takut bahawa “kosong” (nothing) itu
boleh menjadi “sesuatu” (something) iaitu “diri” kita ini yang berjasad tubuh
dan hidup dengan penuh kesedaran. Kami akan jelaskan bagaimana “kosong”
(nothing) ini boleh menjadi “sesuatu” (something) dengan watak yang kami
sebutkan Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak ini. Kami harap pembaca kami akan lebih
tekun meneliti segala “hujah dan dalil” yang akan kami kemukakan sebagai bahan
“bukti dan fakta” untuk akal fikiran kita menjadi “hakim” yang mendengar kes
pihak pembelaan kami dari pihak pendakwa yang mengatakan bahawa Tuhan tidak di
perlukan untuk menjadikan semua ini. Kami akan jelaskan kepada anda apakah itu
“kuantum mekanik” yang mengukur setiap kiraan matematik yang bermula dari nisab
“1” untuk semua ukuran perkara yang “wujud” itu. Jadi apakah “0” itu tidak
mempunyai nilai kuanta yang secukupnya untuk menjadi “1” perlu kita semak
semula.
Golongan “atheist” yang begitu lantang mencabar
“keimanan” kita dengan menuntut “bukti” ada nya Tuhan tidak boleh di biarkan
bermaharajalela. Sebab mereka mencari “bukti” itu di dalam “ruang” yang “wujud”
kan semua yang ada di alam maya ini. Tetapi Tuhan tidak berada di dalam “ruang”
yang mereka cari ini. Sifat Al Qadiir (Yang tidak terikat pada ruang dan waktu)
perlu di ambil kira. Begitu juga kuanta “0” yang mereka katakan “nothing” itu
belum di kira sebagai “1” (something) bukan “fakta” sebenar. Sebab zarah
“partikel” ini yang masih halus sebelum menjadi “1” adalah “fakta” saintifik yang
tidak boleh di nafikan. Bagaimana zarah “atom” di mana elektron, proton dan
neutron” itu bersatu sehingga mereka wujud menjadi “1” adalah kajian sains yang
sangat mendalam. Jadi Tuhan tidak ada di dalam “ruang” yang mereka cari itu.
Sebab alam “tachyon” (Tidak bermasa) ini sudah di ketahui para saintis ini dan
tenaga “baryonic” yang tidak di ukur oleh masa. Jadi apa yang ada di luar
“ruang” alam maya kita ini tidak akan tercapai oleh akal fikiran kita. Jadi
apabila mereka mengatakan Tuhan itu tidak “wujud”, sebenar nya tidak “wujud” di
dalam “ruang” kita ini. Begitu juga kita dahulu yang entah di mana dan “wujud”
di dalam “ruang” ini yang di katakan hidup ini. Maka kita perlu selidik di mana
kuanta zarah ‘atom” elektron, proton dan neutron” itu sebelum mereka bergabung
menjadi “sesuatu” yang “wujud” di “ruang” ini. Inilah apa yang kami katakan Si
Buta, Si Bisu dan Si Pekak itu.
Mungkin kita masih tidak memahami mengapa kah kita di
hidupkan dengan penuh misteri dan teka teki. Kita tidak pernah tahu di mana
kita dahulu semasa di alam ghaib yang gelap gelita dan muncul di dunia ini yang
terang benderang untuk hidup melihat segala kejadian yang berlaku di sekeliling
kita. Mengapa kita di minta “menyaksikan” apa yang ada di sekeliling kita untuk
kita fikirkan dengan segala keperluan hidup kita itu di taja secara percuma
semasa kita berada di dunia ini. Siapakah yang melakukan semua ini untuk kita
perhatikan dengan penuh kekaguman dan keinsafan. Apakah “tugas” itu yang perlu
kita lakukan semasa kita berada di “lawatan” yang di “jemput” ini. Undangan
yang kita terima semasa kita berada di alam ghaib itu perlu kita semak semula.
Bagaimana kita boleh terima “jemputan” itu dengan penuh kesedaran dan keinginan
masih tidak kita ketahui. Sebab Allah swt tidak pernah memaksa hamba nya
melakukan sesuatu tetapi hanya dengan keinginan dan rela keikhlasan. Inilah
yang perlu kita ketahui.
Apabila Tuhan semesta alam ini masih bersendirian di
ketika itu, akan menjadi satu inspirasi Nya mewujudkan “saksi” untuk
mengesahkan kewujudan Nya yang Maha Esa itu. Sebab “saksi” ini adalah satu
makhluk yang di cipta untuk memperkenalkan semua kejadian di alam maya ini.
Apakah “saksi” itu yang mula pertama di cipta? Jika kita ingin semak segala
kitab yang termaktub sejarah kejadian alam ini kita akan bertemu dengan hujah
dalil yang menyebut tentang cahaya “nur” yang bersinar dan turun membuka pesta
kejadian yang sangat menakjubkan. Cahaya “nur” ini adalah pancaran kehendak
Allah swt yang termaktub di dalam sebuah “kitab” ulung yang di namakan Al Lukh
Mahfuz untuk mencatat semua sejarah kejadian yang di katakan “takdir” dan
“nasib” segala makhluk yang tercipta dengan sifat Asma’ul Husna. Cahaya “nur”
ini akan bertindak dengan segala kehendak Allah swt dari sifat Asma’ul Husna.
Cahaya “nur” inilah makhluk pertama yang menjalankan perintah mencipta semua
kejadian alam maya ini.
Sebab untuk memulakan
apa juga aktiviti dan di mana saja akan memerlukan satu perancangan yang sangat
teliti dan rapi dari atur cara “Al Baariu (Yang Merancang). “Rancangan” inilah
yang di katakan “takdir” yang di tetapkan. Jadi “kuasa” Tuhan ini perlu
mempunyai kebolehan untuk menjadikan atau mencipta sesuatu seperti “Al Khalik”
(Pencipta) atau “Menghidupkan” (Al Hayy) dan “Berdiri Sendiri” (Al Qayuum)
tanpa perlu bantuan dari sesuatu apa pun. Apabila “kuasa” ini mempunyai
“Kekuatan” (Al Masthin) dan “Kebijaksanaan” (Al Hakiim) yang Maha “Mengetahui” (Al
Aliim) untuk melakukan satu persembahan di realiti, maka akan di lakukan dengan
“Al Qahaar” (Yang Perintah dengan Kehendak) dan “Al Aziz” (Yang Menetapkan) dan
juga “Al Mushawir” (Yang Mencipta Bentuk dan Rupa).
Apa yang di katakan “KunFayakun” itu adalah satu visi
kehendak Al Wakiil (Yang Mengurus makhluk Nya) untuk memberi “taufik dan
hidayah” kepada sesuatu yang akan di ciptakan Nya dengan memberi “ilmu”
pengetahuan sebagai satu pendidikan dan pelajaran untuk menguji makhluk Nya dan
lihat kelemahan dan kebolehan mereka. Ujian Allah swt bukan kerana Dia tidak
tahu apa kesudahan nya tetapi semata mata untuk memberi setiap makhluk nya itu
“peluang” mendapatkan ganjaran dari Kekayaan Nya. Sebab Allah swt tidak akan memberi
kehidupan ini secara “percuma” tetapi setiap “rahmat” yang akan di hulurkan
perlu di minta dengan “doa” rayuan yang merujuk kepada Kekuasaan Nya. Sebagai
Tuhan yang Maha Kaya dan Maha Kuasa, setiap makhluk Nya perlu “tuntut” kekayaan
dan kekuasaan Nya itu dan akan di “uji” terlebih dahulu kelayakan nya sebelum
memberikan nya. Sistem “ujian” ini sangat perlu di laksanakan kerana tahap
kebolehan kita itu perlu di ukur dengan mutu yang tertentu. Jadi sistem ganjaran
“pahala” dan hukuman “dosa” itu adalah apa yang manusia itu sendiri akan
siapkan untuk diri mereka. Tuhan hanya memberi kita “pilihan” dan “peluang”
untuk buat “tempahan” apa yang kita inginkan tanpa sebarang paksaan.
Sifat Allah swt yang di namakan Al Adl (Yang Adil) ini
perlu kita huraikan dengan lebih luas lagi semoga setiap kejadian dan makhluk
yang di cipta itu mendapat layanan yang sepatutnya. Keadilan Tuhan ini sangat
menakjubkan sehingga semua makhluk Nya tidak boleh atau dapat mempertikaikan
sifat keadilan nya itu. Ini kerana Allah swt sangat prihatin kepada setiap
makhluk Nya walaupun ia hanya setitik “debu” yang bertebaran. Kasih sayang dan
belas kasihan Nya sangat menyerlah. Mungkin kepada kita “debu” itu satu sampah
yang kotor untuk di nafikan dan di buang seperti satu najis yang jijik. Tetapi
Allah swt telah mencipta seluruh alam maya yang sebesar ini dengan “debu” yang sehalus
itu. Mungkin kita tidak tahu tentang zarah “partikel” ini yang tersembunyi di
dalam kegelapan yang ghaib. Jika pembaca kami tahu tentang kehebatan Allah swt,
sudah pasti pembaca kami akan menangis dengan berlinangan air mata. Kami sangat
kagum apabila kami buat kajian ini untuk mengenal Diri Nya. Inilah apa yang
ingin kami kongsi kan bersama pembaca untuk melihat keajaiban Maha Pencipta.
Tuhan tidak memerlukan satu apa pun dari “kehidupan” kita
ini tetapi hanya memberi kita kesempatan untuk melakukan sesuatu dengan daya
usaha kita sendiri. Segala “kudrat dan iradat” itu akan diberi sebagai satu
“amanah” untuk di tanggung jawab kan. Sebab sistem “balasan” ini adalah satu
sistem semula jadi yang datang dari amal perbuatan kita sendiri. Jika kita
berbuat baik kepada orang lain, orang lain akan berbuat baik kepada kita. Jika
kita senyum kepada orang lain, orang lain akan senyum kepada kita kembali. Jika
kita buat jahat pada orang lain sudah tentu orang lain akan balas dengan
kejahatan juga. Jadi sistem “balasan” ini adalah sesuatu yang munasabah. Jika
kita hulurkan kejahatan maka kejahatan yang akan kita terima. Jadi jika Allah
swt telah tetapkan “takdir” itu berlaku dengan demikian rupa, bagaimana kita
boleh persoalkan ketidakadilan Nya.
Jadi “cahaya “nur” inilah yang “wujud” dahulu sebelum
“ruang” yang kosong itu. Sebab itu Tuhan berkata Dia jadikan “bumi” itu dahulu
lalu di “pisahkan” menjadi “langit” yang berkembang. Cahaya “nur” yang bersinar
itu akan mengeluarkan haba radioaktif (radio active decay) yang membuka “ruang”
yang kosong itu untuk segala “kejadian” berlaku. Apabila “bumi” itu di pisahkan
menjadi “langit” yang semakin meluas. Di sinilah terjadi nya matahari, bulan,
bintang dan planet lain apabila cahaya “nur” itu berpisah untuk jadikan “air,
api, angin dan tanah” yang kita lihat sekarang. Namun “air” adalah anasir
pertama yang terjadi kerana “air” di perlukan untuk mengumpul segala debu
serpihan (nebula) radioaktif agar melekat dengan “graviti” daya tarikan “bumi”
untuk jadikan matahari, bulan bintang dan planet lain. Daya tarikan “graviti”
di “bumi” lah yang mula berdetik untuk berputar dengan peredaran “masa” yang di
ukur. Itulah mengapa hanya “bumi” yang paling sesuai untuk di huni segala
kehidupan dan mempunyai udara oksigen yang sangat lumayan. Sebab oksigen
memerlukan “air” untuk bersihkan udara angin daripada pencemaran nitrogen,
hidrogen dan karbon dioxida.
Dari itu “ruang” kawasan yang “gelap” itu perlu di
perkenalkan dengan sesuatu yang “terang” untuk diberi perhatian. Ini satu cara
yang “bijak” (intelligent) untuk mulakan satu acara yang akan di persembahkan.
Sebab yang “gelap” akan memerlukan yang “terang” untuk iktiraf kewujudan
masing-masing dan “partikel” di dalam kegelapan akan cuba mengenal “partikel”
yang ada pada sinaran “terang” itu. “Kuasa” pertama ini yang di katakan (first
cause) untuk mulakan segala kejadian di alam ini di lakukan oleh kudrat “Al Mubdi
(Yang memulakan segala sesuatu). Sebab “ruang” yang kosong dan gelap itu perlu
menjadi “saksi” kepada “cahaya” yang terang di situ. Jadi yang menyaksikan
aktiviti persembahan itu adalah “ruang” yang gelap itu sebagai “penonton”
(observer). “Ruang” ini adalah “massa”
(mass) dan “tenaga’ (energy) yang bergabung di satu tempat yang sama. Sebab
“cahaya” itu akan mengeluarkan haba radioaktif (radio active decay) yang
membuka “ruang” yang kosong itu tadi. Pergolakan “tenaga” haba radioaktif
“cahaya” itu yang membuka “ruang” yang kosong, menjadikan satu tekanan “tenaga”
yang di katakan “graviti” di kawasan “ruang” yang kosong itu.
“Graviti” ini yang berada di dalam “ruang” yang kosong
itu akan mengumpul segala bahan haba radioaktif yang di terima nya. Bahan
radioaktif ini adalah percikan dari “cahaya” atau “nur” itu untuk di jadikan “saksi” (observer) di
“massa” (mass) dengan “tenaga” yang terkumpul oleh “graviti” itu tadi. Ini lah
apa yang di katakan “partikel” yang tersembunyi di dalam kegelapan yang kosong
itu. “Partikel” ini yang berasal dari bahan percikan haba radioaktif “cahaya”
atau “nur” itu mempunyai “tenaga” yang belum kelihatan atau “wujud” di realiti
alam semesta atau “ruang” yang kosong itu. Untuk “wujud” di realiti sebagai
satu “cahaya beku” (solidified light) atau “photon” untuk kelihatan, “partikel”
ini berusaha untuk buat “pilihan” dan mencari “peluang” yang ada di sekeliling
“ruang” yang kosong itu. Maka apa saja yang di hulurkan di “ruang” yang kosong
itu adalah satu “rahmat” yang diberikan oleh “kuasa” Ar Rahman dan Ar Rahim
yang di sebut di dalam kitab suci Al Quran sebanyak 800 kali setiap satu.
Sebab untuk keluar dan “wujud” menjadi “saksi” di realiti
alam ini sebagai “penonton” (observer), memerlukan kebolehan dan keupayaan untuk
buat pengesahan dan perakuan. Apabila zarah “partikel” ini berada di dalam
keadaan yang “daif, fakir, lemah dan hina”, ia memerlukan sesuatu “tenaga” untuk
menjadi “bijak, mulia, kuat dan kaya” supaya boleh buat pengesahan dan
perakuan. Tugas sebagai “saksi” yang “wujud” di realiti ini perlu di teliti
kelemahan dan kebolehan nya. Sebab asal zarah “partikel” ini mempunyai banyak
kecacatan dan kelemahan yang perlu di tingkatkan dengan satu gabungan tenaga
yang di taja “graviti” tarikan bumi. Jadi cahaya “nur” itu adalah “ilmu” pancaran
serpihan “qursani” untuk mendidik zarah “partikel” yang halus di “ruang” yang
kosong dan gelap itu untuk mengenal sesuatu aktiviti yang berlaku di sekeliling
nya.
Ini yang di katakan “qursani” itu perlu di bangkitkan di
dalam jasad tubuh kita untuk menjadi “kuat, mulia, kaya dan bijak” untuk
bergerak dan melakukan sesuatu. Tanpa “ilmu” dari cahaya “nur” ini apa juga
yang “wujud” tidak akan mengerti atau tahu apa perlu mereka lakukan atau
bertindak memberi respon untuk berinteraksi. Di sini semua zarah “partikel”
yang tersembunyi di dalam kegelapan itu sudah mempunyai “ilmu” untuk melakukan
sesuatu dengan apa yang di tetapkan pada “naluri” asas mereka. Sebab cahaya
“nur” itu yang menjadikan segala zarah “partikel” itu di lengkapi “ilmu” untuk
mereka bertindak dengan “pilihan” dan “peluang” yang tersedia dengan serpihan
“qursani” itu. Inilah asas yang diberikan kepada sekalian makhluk yang di cipta
oleh Al Khalik. (Maha Pencipta) dan Al Wakill (Yang laksanakan urusan makhluk
Nya)
Setiap makhluk yang di cipta itu mempunyai “tugas” yang
perlu di lakukan dengan “ilmu” pengetahuan yang diberi itu. Tugas untuk hidup
dan “wujud” di realiti ini adalah untuk menjadi “saksi” pada segala kejadian di
pentas kenyataan. Sebab Tuhan tidak akan melakukan sesuatu tanpa tujuan yang
sia-sia sahaja. Setiap yang hidup akan ada “bentuk rupa” dan “fungsi” nya dan
Tuhan akan lengkapkan segala kemudahan itu dengan “taufik dan hidayah” Nya. Setiap
zarah “partikel” itu terjadi dengan serpihan “qursani” dari cahaya “nur” yang
memiliki pancaran “ilmu” sebagai keperluan asas. Ini akan membolehkan setiap
zarah “partikel” itu buat tinjauan keadaan sekeliling nya untuk dapatkan
“rahmat” Nya. Sebab Tuhan akan sentiasa mengurus keperluan setiap makhluk Nya
dengan menghulurkan bantuan. Namun, setiap makhluk yang di jadikan itu perlu
bertindak dengan asas “ilmu” yang diberikan untuk buat “pilihan” dan mencari
“peluang” itu dengan berdoa dan meminta “rahmat” Nya itu.
Jadi untuk menjadi “saksi” itu memerlukan asas
kelengkapan yang cukup sebagai “pemerhati” (observer) untuk buat tinjauan dan
pemerhatian di sekeliling nya. Asas utama keupayaan adalah “nampak” dengan
penglihatan, “dengar” dengan bunyi suara, “hidu” dengan bauan udara, rasa
dengan sentuhan dan bersuara untuk mengisytiharkan. Jika “saksi” ini tidak
mempunyai keupayaan dan kebolehan ini, maka “saksi” ini di anggap tercela atau
lemah. Jadi untuk menjadi “saksi” dan “wujud” di realiti, memerlukan asas yang
secukupnya untuk buat pengesahan dan perakuan.
Maka “kuasa” untuk “melihat, mendengar, menghidu, bersuara dan rasa
sentuhan” perlu diperoleh zarah “partikel” ini dari “Kuasa” pertama (first
cause) tadi yang memulakan persembahan ini dengan memberi cahaya “nur” itu. Di
sini kita perlu tahu siapa yang memiliki “Kuasa” ini yang di katakan “Al Malik”
(Yang Memiliki) itu.
Zarah “partikel” atom yang kuanta nya belum cukup syarat
untuk “wujud” dengan nisab “1” adalah “elektron, proton dan neutron” ini yang masih terpisah. Zarah “partikel” atom ini
perlu bergabung dengan bentuk dan fungsi nya untuk berada di satu “ruang” atau
tempat sebagai satu “entiti” yang cukup sifat. Di sinilah Si Buta, Si Bisu dan
Si Pekak ini perlu bertemu untuk berkhalwat dan bersetubuh dalam satu “entiti”
yang nyata untuk “wujud” di realiti. Molikiul zarah “partikel” atom ini perlu
bergabung dengan satu ikatan “graviti” yang cukup berat muatan nya dari
serpihan besi “qursani” pada cahaya “nur” yang tersebar itu. Apa juga yang
“wujud” dengan nyata di realiti adalah bahan “cahaya beku” (solidfied photon)
untuk kelihatan sebagi “objek” yang nyata atau “jirim” (matter) itu.
Maka perlu di ketahui apakah tugas rasmi yang di perlukan
untuk menjadi seorang “saksi” yang boleh mengenal pasti suasana keadaan “ruang”
kegelapan yang akan di perhatikan itu. Apabila “ruang” itu masih gelap dan
penuh dengan daya tarikan “graviti”, zarah “partikel” ini berada di dalam
keadaan “buta”, “bisu” dan “pekak” di dalam kegelapan itu. Deria “sentuhan”
(tactile) “Si Buta” akan memerlukan deria “penglihatan” “Si Bisu” dan juga
deria “bersuara” “Si Pekak” pada asas permulaan nya. Ini lah apa yang kami
katakan “Si Buta , Si Bisu dan Si Pekak” itu. Sebab zarah “partikel” itu masih
belum “wujud” lagi di ketika itu untuk di kenal pasti dan perlu bergabung dan
terkumpul untuk menjadi kuanta “jirim” (matter) yang ada “berat muatan” yang
secukup nya. Jadi apabila zarah “partikel” itu belum “wujud” lagi di realiti
nyata kerana belum cukup syarat kuanta nya, maka zarah “partikel” dari serpihan “qursani” ini perlu menggunakan
deria “sentuhan” (tactile) untuk kenal pasti apa yang ada di sekeliling “ruang”
yang kosong itu. Setiap zarah “partikel” dari serpihan “qursani” ini adalah apa
yang di katakan sains terkini sebagai zarah atom “elektron, neutron dan proton”
yang jadikan segala apa yang kelihatan di alam maya ini.
“Si Buta” ini akan “bersentuhan” untuk dapatkan bahang haba
(heat) dan berkhalwat memperkenalkan diri. Jika ada penyesuaian proses kimia di
antara serpihan “qursani” itu, maka “tenaga” zarah “partikel” itu akan bersatu
dengan “berat muatan” yang bertambah untuk di kumpulkan menjadi “kuanta”
(quanta) yang secukupnya untuk “wujud” dengan kiraan nisab “satu” (1) menjadi
“sesuatu” (something) daripada “kosong” (0) (nothing) tadi. Maka apabila “Si
Buta” ini yang pada mulanya boleh merasa dengan “sentuhan” akan tambah nilai
nya untuk bertemu dengan “Si Bisu” yang boleh “melihat” dan juga “Si Pekak”
yang boleh “bersuara” dengan membuat tinjauan di sekeliling nya untuk dapatkan
bahan “berat muatan” serpihan zarah “qursani” untuk tambahkan keupayaan nya. Maka
apabila zarah “partikel” ini menjadi “sesuatu” (something) dengan gabungan
serpihan “qursani” tadi, keupayaan nya bertambah sehingga zarah “partikel” ini
boleh “merasa”, “melihat” dan “bersuara”. Inilah apa yang kami katakan “Si Buta”,Si
Bisu dan Si Pekak” itu.
Proses kimia yang berada di dalam “ruang” yang kosong itu
dengan keadaan “buta” kegelapan. “bisu” kesenyapan dan “pekak” kesunyian perlu
bergabung dengan daya tarikan “graviti” di sekeliling nya. Sebab apabila mereka
bersendirian, mereka hanya boleh “bersentuhan” sehingga mereka boleh “melihat”
dan akhir nya “bersuara” dengan gabungan tambah nilai “berat muatan” mereka
itu. Jadi “kuanta” asas zarah “partikel” mereka yang kosong “0” (nothing) tadi
akan bertambah menjadi “berat muatan” yang secukup nya untuk menjadi “sesuatu”
“1” (something) yang “wujud” di realiti ini. Itulah mengapa setiap bayi yang
lahir ke dunia ini akan “menangis” untuk menyuarakan kewujudan nya.
Jadi jika ada sesuatu yang ingin menjadi “saksi” untuk
buat pengesahan dan perakuan itu, perlu di soal siasat untuk ukur tahap
keupayaan nya. Sebab jika “saksi” ini hanya gunakan asas penglihatan mata nya
sahaja untuk buat pengesahan dan perakuan, maka kemampuan dan tumpuan
penglihatan mata itu boleh di persoalkan. Jadi untuk menjadi “saksi” kita tidak
boleh hanya menggunakan deria mata yang melihat sahaja untuk mengesahkan dan
mengaku yang “wujud”. Sebab udara “angin” yang tidak dapat di lihat oleh mata
kasar masih “wujud” dengan fakta dan bukti nya. Jadi asas menjadi “saksi” ini bukan
tertakluk pada deria mata yang melihat tetapi deria “sentuhan” (tactile) yang
dapat merasa sesuatu yang tidak dapat di lihat. Sebab apabila “partikel” itu
masih “ghaib” dan tersembunyi di dalam kegelapan “ruang” yang kosong, deria
penglihatan tidak boleh di guna pakai.
Banyak yang boleh di pertikai kan kebolehan deria mata
yang melihat ini untuk menjadi “saksi” yang berkelayakan. Sebab “mata”
memerlukan “cahaya” untuk melihat dan juga tumpuan perhatian. Tanpa “cahaya”
mata kasar kita ini tidak akan dapat melihat apa juga objek yang wujud di
realiti. Jadi “saksi” yang tidak dapat melihat ini tidak boleh mempertikaikan
integriti sesuatu yang ‘wujud” kerana kelemahan nya itu. Alasan kerana tidak
“nampak” bukan bererti sesuatu itu tidak “wujud” di realiti. Bagaimana mungkin
orang yang “buta” itu boleh pertikai kan kewujudan sesuatu objek itu. Inilah
yang pelik apabila kelemahan kita itu di jadikan alasan untuk menafikan sesuatu
“bukti dan fakta” yang lenyap di kenyataan realiti. Jadi “si buta” ini tidak
boleh di “iktiraf” sebagai seorang “saksi” yang berkelayakan kerana kecacatan
nya itu. Namun deria “sentuhan” (tactile) dan pendengaran “si buta” ini masih
boleh di jadikan asas untuk buktikan kewujudan pada “partikel” yang masih di
tahap kosong (0) atau (nothing) itu.
SAINS KEROHANIAN
E=mc2 yang telah kita pelajari untuk mengetahui acara plank dan jarak masa di kuasai massa sebagai pemerhati. Tenaga dan massa adalah sama. Massa boleh berubah menjadi tenaga dan tenaga boleh berubah menjadi massa. Graviti dan radiasi di kosmologikal tetap adalah massa anasir gelap. Semitri konservasi adalah dua pandangan illusi yang kita berminat untuk mengetahui. Di sesuatu ruang di antara nya, wujud nya dimensi kerohanian.
Tiga zon dimensi ruang dan masa boleh bolos ke satu "wormhole" yang keempat. Di sini lah di mana rahsia itu tersimpan untuk menjaga ketulusan hakikatnya. Bukti dan fakta bukan lah di mana kita menentukan terma dan syarat penerimaan kami. Logik dan kebenaran tidak pernah kami tuntut. Kami memainkan permainan yang berbeza di lapangan ini. Lapangan material dan kerohanian sangat berkaitan tetapi tetap terpisah. Di mana mereka terbahagi adalah di mana kami ingin ambil tahu.
Sains kerohanian adalah pelayaran yang kita jelajahi dengan penuh cermat. Kesamaran holografi bayangan boleh membawa kita ke dunia ghaib yang sesat. Kajian empirikal dan hipothesis di lakukan dengan kesedaran dan kebijaksanaan. Minda adalah satelit untuk menerima transmisi dari roh. Nafsu dan iman adalah buah catur di ruang yang kosong. Kejayaan dan kegagalan adalah apa yang kami jangkakan. “Trial and error” adalah di mana kami mengutip tanda kunci. Kedua dua nya akan memberi manfaat untuk melangkah setapak lagi di masa depan. Realiti mungkin sesuatu illusi untuk memperdayakan kita dengan takdir Qada' tentang Qadar nasib. Masa silam, masa kini dan masa depan adalah ramalan roh kita. Hari ini adalah jawapan dari hari semalam dan esok adalah jawapan dari hari ini.
PENGEMBARAAN MISTIKAL
Kami telah jelajahi dunia mistik di mana misteri ghaib telah melakar tanda kewujuban nya. Mereka telah membuat kehadiran mereka di rasai. Penjelmaan mereka datang dengan perbagai bentuk dan rupa. Cara mereka menceroboh kehidupan kita adalah di mana kita teruskan untuk menjejaki pakatan kedujanaan mereka. Kita mungkin tidak sedar mereka sebenarnya di sebalik segala sengsara dan keazaban. Kita manusia tetap bertangungjawab dengan apa yang kita lakukan. Tetapi peluang pemilihan dan kemungkinan nasib yang di letakkan di hadapan kita, adalah di mana kita bergerak di hayunan laju.
Tubuh badan manusia akan selalu menjadi tajuk minat mereka. Syaitan, jinn, jembalang, toyol, hantu, peleset, saka, kadam, datang dengan banyak definasi bentuk dan rupa. Nyawa kita adalah sumber tenaga dan mempunyai dua tahap tenaga yang berbeza yaitu dari “nafsu” dan “iman” di mana “akal” datang melayan dengan ilmu pengetahuan. Kesedaran dan kebijaksanaan hanya lah perkakas kemahiran kita. Tubuh badan manusia yang di pamerkan hanya satu subjek minda kita. “Ingatan” atau "lintasan" yang mengerakan tubuh adalah pelaburan yang akan kita lakukan. Perasaan riang dan gembira atau sakit dan merana adalah untuk tubuh badan merasai.
“Nafsu” dan “iman” adalah tenaga kimia dan elektrikal. Tubuh biologi perlukan saluran kimia oleh “nafsu” dan “roh” perlukan tenaga elektrikal yang di salurkan “iman”. “Akal” manusia adalah satelit untuk menerima resepsi. Transmisi itu bagaimanapun memerlukan bahan asas “ilmu” untuk tuntut layanan. Kesedaran dan kebiksanaan kita adalah dua pancaran tahap tenaga yang berbeza. Synapsi neuron di “efferent dan affarent” di gelombang otak di antara “pre frontal cortex” dari “iman” dan “amygdala” dari “nafsu”. “Jangka hayat” manusia dari nafas yang seteguk mempunyai banyak keberatan untuk di pikul. Graviti dan quantum mechanics memainkan peranan yang penting untuk membuat kita hidup. Susunan tenaga kerohanian yang pancar dari tubuh biologi kita dari aura datang dengan anika warna nya. Alam maya ini penuh dengan gelombang belang. Atmosphera ruang elektromagnetik akan salur tembusan tenaga untuk sampai pada destinasi nya.
Takdir dari kuasa memilih atau free will yang “nafsu” pilih sebagai pilihan akan selalu datang dari masa lampau yang telah di tentukan. Hala tuju keyakinan kita yang “iman” inginkan dari kemungkinan nasib datang dari masa depan. Dua kuasa ini akan bertembung untuk jadikan realiti. Ini lah apa yang kita perlu faham untuk dapat kepastian. Imbangan masa dan tenaga yang massa perhatikan untuk jadikan realiti mash menjadi misteri pada kebanyakan kita. Bila ini adalah kelajuan dengan lajak pergerakan, realiti perlu mematuhi peraturan alam dari “sebab dan musabab”. Pilihan dan nasib adalah di mana kita letak tekaan janji di meja judi dunia yang besar ini.
Manusia tidak akan boleh menuntut bahawa kita hanyalah mahluk yang paling agung di alam maya ini. Tamadun sebelum manusia pernah wujud, masih belum di ambil tahu. Di sini lah di mana kami mengambil sedikit masa untuk menjejaki mereka. Dunia kerohanian alam ghaib telah di istiharkan oleh berapa saintis bahawa mereka tidak wujud oleh kerana mereka tidak dapat mencari kedudukan mereka. Saintis mengambil jalan mudah dengan menafikan mereka. Mereka dengan selesa memutuskan untuk tutup perkara ini. Itu lah yang membuat mereka berkata “Tuhan itu tidak wujud” dan mencabar kita supaya membuktikan apa yang mereka tidak dapat buktikan. Lalu “evolusi” di jadikan mata pelajaran yang mereka hulurkan sebagai altenatif. Mereka dengan cepat meletakan bukti selepas fakta nya untuk semua orang telan menerima. Itu satu ubat tidur yang mereka beri untuk lenyakkan kita. Minda kita akan di pesongkan dari fakta dan ada yang percaya semua itu dengan penuh keimanan. Manusia dijadikan seperti binatang dan masyarakat umum menjadi pemberontak. Tubuh manusia hanya lah bahan yang paling di titik beratkan mereka dan “nafsu” di letakan sebagai pengarah. “Iman” di belenggu supaya melepaskan keimanan di lapangan kerohanian. Ini lah di mana pakatan kedurjanaan di mulakan. Hantu jembalang berjoget di jalanan untuk menyambut kemenangan. Pelacuran, dadah, musik, judi, club malam, sex bebas, sex sesama jenis, gambar lucah, buangan anak etc. Menjadi bahan komoditi perniagaan. Manusia di jadikan seperti binatang. Hantu jembalang berpesta di sana sini. Kita tidak dapat hentikan pesta itu, tetapi kita setidak-tidak nya boleh memberitahu musik apa yang mereka mainkan. Kemodenan datang dengan bungkusan buruk dan baik. Bila mereka biarkan “nafsu” mengecapi terlalu banyak hiburan, “iman” di biarkan tidak di layan dengan kelaparan tanpa keyakinan.
Kita manusia perlu tahu tentang “nafsu” ini, di dalam diri kita semua ini. “Iman” perlukan sambutan inspirasi dari “roh”. Ilmu hanya lah informasi untuk daya ingatan menerima. Tetapi kebijakasanaan untuk memahami, datang dari “roh” yang menghulurkan keistemewaan itu. “Nafsu” itu “buta”, “iman” itu “bisu”, dan “akal” itu pekak. Bersama-sama, mereka kongsi untuk mencipta tenaga yang kita gelar “nyawa”. Untuk memahami kronologi susun cara kerohanian, “akal” perlu berdiri untuk bersemuka dengan dirinya, membuat “akal” tetap di satu sudut untuk beberapa jangka masa adalah satu cabaran. Kerana “akal” merayau seperti rama-rama.