Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Ahad, 9 Oktober 2011

Seri Muka

Rahsia di sebalik pancaran "Seri Muka" datang dari sumber yang abadi. Cahaya "nur" yang terpancar dari "aura" seseorang mempunyai warna nya yang tertentu. Graviti tarikan bumi pada jasad tubuh yang datang dari tenaga kimia hawa "nafsu", hanyalah "penguna" yang mencari sumber kenikmatan dan bukan "penyalur" yang beri perkhidmatan. Hawa "nafsu" yang buta mungkin boleh di perdayakan dengan lukisan kosmetik sebagai "topeng" untuk pamirkan gambaran. Tetapi wajah yang di jadikan Tuhan mempunyai asas yang lengkap untuk memberi setiap manusia "hak" keistemewaan nya. 

Mahluk yang paling indah di cipta Tuhan adalah manusia dengan penuh kesempurnaan. Wajah seburuk mana pun ada keistemewaan nya. Tidak semesti nya yang cantik itu akan di puja setiap waktu. Wajah yang kurang elok pun boleh di pandang dengan penuh minat. Jadi Tuhan tidak pernah tidak adil menciptakan kita pelbagai rupa bentuk. Ini kerana si cantik ada keburukan nya dan si buruk ada kecantikan nya. Hanya manusia yang menentukan keistemewaan itu mengikut hawa "nafsu" nya. Bukan Tuhan yang membenci atau memburukkan setiap hamba nya. Yang menyisihkan bukan Tuhan tetapi manusia. 

Raut wajah yang di ukir Tuhan dengan penuh kesempurnaan akan tetap di tatapi manusia tidak kira cantik atau hodoh. Sebab wajah itu di jadikan untuk di pandang. Jika kita ingin sesiapa sahaja menatapi nya tanpa jemu, isi lah wajah itu dengan "nur" keikhlasan. Sebab keikhlasan yang mengalir di jiwa nurani manusia mempunyai khasiat nya yang tersendiri. Cahaya suci itu akan terpancar keluar di bebola mata yang akan menusuk di hati manusia. 

"Seri Muka" adalah sesuatu yang ada pada setiap manusia, tidak kira sehodoh mana bentuk rupa nya. Kerana keinginan "naluri" hawa "nafsu" dengan "nurani" ingatan"iman" mempunyai kepentingan nya yang tersendiri. "Naluri" hawa "nafsu" mungkin memerlukan yang cantik dan indah di pandang mata tetapi "nurani" ingatan "iman" mempunyai minat nya yang tertentu yang tidak ada pada bentuk rupa. "Aura" manusia mempunyai pancaran nya yang dapat menembusi hijab hawa "nafsu". Jika hawa "nafsu" yang buta tidak dapat melihat keindahan rohani bathin, "iman" yang bisu sangat berminat untuk melihat kemurnian jiwa rohani. Jasad tubuh hanya di perlu kan oleh hawa "nafsu" untuk sentuhan graviti nya dengan haba bahang "api" yang meransang nya.  

Memakai "topeng" untuk menyamar sebagai identiti tertentu bukan tujuan sebenar "wajah" itu di jadikan. Wajah manusia di jadikan begitu indah supaya kita dapat mengenal antara satu sama lain. Ia bukan sesuatu untuk di "tunjuk" di merata alam tetapi hanya untuk di "pandang" orang lain bagi tujuan pengenalan. Tidak pernah kita di suruh supaya menunjukan "diri" kepada sesiapapun. Kita hanya di suruh hadir di setiap tempat dan waktu bagi pengenalan diri. Mempamirkan "diri" bukan asas keperluan tetapi hanya setakat hadir di jemaah umum untuk keperluan hidup. Wajah manusia tidak boleh di agungkan seperti sesuatu yang di puja. Di sini lah kebanyakan manusia sesat dengan menyekutukan Tuhan apabila wajah itu di jadikan pujaan. Identiti "diri" kita yang sebenarnya adalah budi pekerti yang ada di dalam jiwa kita. "Wajah" adalah cermin untuk di pandang dan menunjukan budi pekerti yang ada di dalam jiwa.

Mengenal antara satu sama lain adalah satu keperluan untuk kepentingan umum. Wajah tidak boleh di tutup atau di sembunyikan sehingga kita tidak dapat di kenali. Tetapi tidak juga boleh di tunjukan untuk dapat perhatian ramai. Ini kerana di sebalik wajah yang terpapar di muka depan, ada sinaran yang keluar dari jendela mata. Sinaran "nur" aura yang terpancar dari bebola biji mata, membawa tenaga "iman" yang amat tinggi dari "hati" sanubari. Lubuk "hati" ini adalah di mana kuasa elektrik "iman" di tadah. Panahan cahaya yang kuat boleh mengugat dengupan jantung sehingga hawa "nafsu" yang buta akan di kejutkan dengan kesedaran yang kuat. 

Rupa bentuk di wajah manusia hanya satu corak jasad tubuh dari deoxyribonucleic acid baka nasab genetik kita. Wajah yang berseri terpancar dari hati sanubari yang luhur. Kita manusia tidak boleh menyembunyikan keikhlasan hati. Sebab mata kasar manusia akan ceritakan segala2 nya apabila di pandang. "Seri muka" akan naik terpancar di wajah manusia dalam beberapa ketika pada jangka waktu yang tertentu. Manusia tidak selalu nya cantik dan indah di pandang. Ada ketika dimana "seri muka" ini akan malap di selindungi hijab.

Hijab ini adalah demi menjaga kemurnian "jiwa" yang tersembunyi. Sebab itu "seri muka" ini akan bersembunyi dengan perasaan malu nya yang tersendiri. Jika wajah manusia sering di pandang atau sengaja di tunjukan, "seri muka" itu akan pudar. Pengenalan setiap wajah yang baru di lihat membawa impak yang kuat semasa bersua muka. Perasaan ini akan susut di telan masa setelah hawa "nafsu" mengecap segala nikmat dengan tarikan graviti nya. Untuk mengekalkan minat perasaan ini, kita manusia memerlukan tenaga "iman" untuk menjaga kestabilan nya. Sebab tenaga hawa "nafsu" akan merasa jemu dengan sekejapnya dan akan mendesak untuk mendapatkan nya sekali lagi jika ada keperluan.

Untuk bangkitkan "seri muka" ini memerlukan asas yang cukup. Tenaga hawa "nafsu" perlu di tengelamkan untuk seketika demi untuk menaikan tenaga "iman". Tahap kesucian perlu di tingkatkan untuk meransang sinaran cahaya "iman". "Nyawa" yang dulu nya putih berseri mungkin telah di cemari dengan daki kekotoran. Dosa adalah daki yang amat gelap. Pengilapan sanubari hati perlu di asah sehingga bersinar kembali. Cahaya "nur" tidak akan dapat tembusi mihrab rabani jika daki dosa kian menebal.

Mengapa orang yang sedang tidur tidak begitu menarik bila di pandang mata. Ini kerana  si "hodoh" berada di situ semasa si "cantik" keluar meningalkan tubuh badan nya. Sebab "aura" kita adalah cahaya yang mempunyai pecahan cahaya yang tertentu dalam gabungan sinaran "high definition" pada penumpuan convergence nya. "Electromagnetic spectrum" adalah gelombang yang menangkap pancaran cahaya untuk manusia melihat. Jika cahaya nya hanya "analog" dan bukan "granular" sepenuh nya, gambaran itu akan pudar.

Ini lah yang perlu kita ketahui tentang "seri muka" kita ini. Gelombang "visible" penglihatan manusia memerlukan cahaya yang kuat untuk melihat sesuatu gambaran dengan penuh jelas. Si "cantik" ini perlu di kenali jika kita ingin mempunyai wajah yang berseri dan tidak jemu di pandang mata. Soal "jemu" dan "menarik" ini perlu di semak untuk ketahui apakah kuasa di sebalik tenaga itu. Warna yang sesuai untuk di pancarkan agar kita tidak jemu di pandang mata. Soal "aura" ini mempunyai kaitan rapat pada jiwa itu sendiri. Watak perangai peribadi adalah seperti sinaran cahaya yang di pancarkan.

Pancaran ini pasti menjadi minat banyak gadis atau wanita yang sangat ingin mempunyai wajah yang tidak cukup untuk sekali pandang. Dalam ramalan "ahli nujum" pak belalang, "pisang emas" ada rahsia "seri muka" bila di "tuntut" dengan amalan ikhlas ayat2 pengasih. "Pengasih" itu perlu wujud di dalam diri kita itu sendiri. Sebab "law of attraction" adalah gelombang otak elektrikal yang memancar sinaran elektromagnetik spektrum untuk mata kasar melihat. Ini adalah "seri muka" yang asli dan tidak ada mengena dengan "pukau" pengasih yang mengunakan daya tarikan graviti.

Perlu di pisahkan di antara "pukau" tarikan graviti dengan "seri muka" cahaya "nur" yang suci. Mata yang memandang datang dari sinaran cahaya di dalam "hati" sebagai modem yang menyalurkan frekuensi saluran untuk melihat. Saluran cahaya ini mungkin dari "nur" iman" atau "api" hawa "nafsu" yang memandang untuk melihat. Jika si buta yang memandang dengan bahang "api" hawa "nafsu" yang menyala untuk melihat, sudah tentu gambaran itu akan kabur. Kecantikan boleh di imitasi dengan imaginasi nya yang tersendiri untuk di guna pakai hawa "nafsu" dari keadaan sebenar kenyataan. Ini lah yang di terapkan pukau ayat "pengasih" untuk mengkaburi dinding hijab penglihatan. Sebab graviti hawa "nafsu" boleh di tarik dengan bahan logam yang berat seperti "emas" dan juga "berlian" dalam "susuk" yang di pakai.

Tetapi yang asli mempunyai "nilai" harga nya yang tersendiri. "Seri muka" yang abadi ibarat bulan yang mengambang di beberapa ketika. Ia akan timbul di satu detik yang tertentu untuk menunjukan diri dengan memberi "salam". "Salam" cahaya ini membawa kesan yang sangat mendalam kepada setiap mata yang memandang. Sebab cahaya bulan yang mengambang ini tidak jemu di pandang mata. Cubalah tenung wajah bulan semasa ia sedang mengambang, mata kita tidak akan merasa pedih atau silau. Sebab itu kebanyakan ayat "pengasih" menuntut cahaya bulan ini untuk di guna pakai. Seperti "minyak dagu" dari mayat gadis sunti dan "minyak hidung" yang di baca dengan mentera "seri bulan" purnama.

Kajian sains kerohanian yang menyelidik perkara ini sangat kagum dengan rahsia yang tersembunyi di sebalik khazanah bumi dan alam ini. Air embun yang menadah semasa bulan sedang mengambang juga boleh di gunakan untuk mencuci muka dengan amalam ayat2 tertentu. Jika "kekasih" Maha Pencipta memandang "bulan" semasa dia lahir ke bumi ini sebelum menjamah susu ibu nya, tentu cahaya "bulan" ini mempunyai rahsia nya.   

Satu cara yang di lakukan untuk membuat "seri muka" ini adalah dengan menadah air embun semasa bulan sedang mengambang. Kuntuman bunga yang sedang mekar berkembang di saat bulan mengambang di rendam di dalam air embun yang secukupnya. Semasa membasuh muka itu dengan air embun yang sudah di rendam kuntuman bunga, penguna perlu menghadap wajah nya memandang cahaya bulan yang mengambang untuk seketika. Ada "ayat" yang perlu di baca di saat itu. (Jangan amalkan perkara ini jika kita tidak meminta restu dari Maha Pencipta) Do'a kehadrat illahi perlu di susun dengan keramat janji.

"Kasih sayang" hanya akan wujud apabila Allah dan Rasul berkhalwat. Keikhlasan di sanubari tidak boleh di cemari dengan "niat" yang mungkar. Sifat Rasullah saw perlu di aktifkan untuk mendapat "pandangan" Allah swt. Ini lah rahsia "seri muka" yang paling tinggi di alam maya ini. Ini lah "cahaya" yang perlu kita pakai di setiap ketika. Cuba perhatikan wajah orang yang "ikhlas". Cuba perhatikan wajah orang yang "jujur". Di situ ada "cahaya" Rasullulah yang pernah dia tunjukan atau pancarkan. Ini lah yang perlu kita pakai untuk dapatkan "cahaya" itu dari  dalam "hati." Ini lah "seri muka" yang sejati.

Namun, mengunakan "pukau" untuk tunduk dan paksa seseorang itu akan ada tamat tempoh nya. Mengunakan daya graviti tenaga tarikan bumi memang berkesan. Itu berlaku dengan "bahan" logam yang telah di janjikan sebab musabab nya. Begitu lah di mana syaitan akan kuat kuasakan kepandaian nya untuk mencari pengaruh atau pengikut nya. Setiap kali kita mengunakan khazanah bumi untuk tujuan yang mungkar, bumi tidak akan dapat terima jasad tubuh kita apabila kita bersekongkol dengan syaitan. 

Amalan "susuk" telah di naik taraf kepada yang lebih saintifik. "Botox" yang di suntik dengan kimia  tertentu ke dalam jasad tubuh sebenarnya adalah "racun" untuk matikan urat saraf supaya tidak bergerak dan kulit tidak akan berkedut. Ini kebanyakan nya di lakukan untuk daya ketahanan kulit wajah itu sahaja supaya sentiasa ternampak muda. Tapi "susuk" yang di aplikasikan dengan "libido" atau ransangan sexual ini yang perlu kita perhatikan. Apa yang di terapkan di situ sehingga sesiapa yang memandang akan wajah nya akan tumbuh ransangan sexual nya.

Perkara ini amat sensitif untuk di bincangkan. "Minyak Hidung" agak berlainan sedikit dengan Minyak Dagu. Deria bau manusia dan haiwan mempunyai kaitan yang unik. Hormon kelenjar ransangan sexual atau "libido" boleh di aplikasi dengan bahan kimia tertentu mengunakan deria bau untuk sampaikan "salam" kemesraan. "Minyak Hidung" ini mempunyai ramuan khas untuk tujuan tertentu. Ramuan khas ini ada kaitan dengan tuntutan "Orang Minyak" yang membuat permujaan dengan ujian "sexual". Baca buku cerita "Penanggal" dan "Orang Minyak" untuk dapatkan maklumat lebih lanjut di www.mysticalpond.com  

Permujaan "Mandi Bunga" dengan ramuan air embun dan cahaya bulan yang di aplikasikan akan memberi tarikan graviti yang di tuntut dengan perjanjian tertentu. "Seri Muka" mungkin untuk keindahan pandangan.  Tapi yang lebih drastik apabila deria bau di gunakan untuk "pikat" pasangan dalam kemabukan ransangan sexual. "Minyak Hidung" ini adalah satu "pukau" yang khusus untuk tujuan sexual seperti mana yang di tuntut "Orang Minyak" untuk tujuan itu. Ruang lapangan mistikal ini amat merbahaya untuk di jelaskan. Permujaan bathin meningkatkan ransangan sexual bukan "kitab" yang boleh di baca semua kelompok masyarakat.

Pintu hawa "nafsu" yang di ketuk dan di buka dengan deria "bau" untuk mengalirkan "air" dari sumur keghairahan sexual di sedut dengan kuasa tarikan graviti kepada fitrah kimia kelenjar hormon. Bahan kimia "musk" ini yang di ambil dari kelenjar hormon "libido" akan di gunakan dalam ramuan "Minyak Hidung" untuk tingkatkan ransangan sexual. Yang menjadi pertikaian dalam isu ini adalah pengenai soal "rela" atau "pukau" yang di laksanakan. Ini lah apa yang berlaku dalam amalan ilmu "Orang Minyak" yang kami ceritakan.  

Ada bahan pheromone di dalam tubuh kita yang perlu kita tahu. Bahan ini boleh menghantar isyarat ransangan seksual dengan deria "bau" yang di keluarkan. Bau peluh seseorang itu mengandungi pheromone yang kuat. Mengunakan "musk" ini kadang kala di "awet" dengan mutasi anasir gelap yang mempunyai "tenaga" bahan bakar yang lebih kuat. Ini lah rahsia Minyak Dagu dan Minyak Hidung. Tapi kita perlu sedra, segala ini tidak akan berkekalan. "Tenaga" mistik ini hanya kuat kuasa sementara sahaja dan tidak berkekalan.

Edit 26.6.13

"Seri Muka" yang sejati datang dari cahaya "nur" yang terpancar dari dalam jiwa nurani kita. Untuk mengetahui rahsia ini, kita perlu serba sedikit mengiktiraf peranan sang "purnama" yang menjadi "satelit" kepada bumi. Ini mempunyai kaitan dengan jasad tubuh kita di mana jiwa rohani menjadi asas pancaran cahaya "aura" nya. "Bulan" tidak selalu nya muncul dengan terang dan akan mengambang dalam ketika tertentu. Jadi "seri muka" ini tidak selalu nya bersinar di wajah jasad tubuh. Ini ada kaitan dengan kembar jiwa yaitu hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang menjadi asas pancaran tenaga di "nyawa" kita.

Emosi jasad tubuh kita adalah bahan biokimia yang di jana hawa "nafsu" dan mental fikiran akal kita adalah bahan elektromagnetik gelombang otak yang di jana ingatan "iman" kita. Biokimia perasaan dan eletrikal minda fikiran kita perlu berada di dalam peringkat atau tahap kestabilan yang kukuh untuk memancarkan sinaran "seri muka" kita ini. Jiwa kita perlu berada dalam tahap yang tenang dan harmoni untuk capai tahap pancaran cahaya yang tinggi. Jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" perlu "berkhalwat" dengan kemesraan yang intim. Ini penting kerana bahang "api" haba hawa "nafsu" boleh buat raut wajah kita menjadi gelap gelita dengan kejelekan. Hanya ingatan "iman" sahaja boleh tunjukan sinaran cahaya keindahan dari pancaran "nur" nya yang sejati.

Jiwa ingatan "iman" ini perlu ada titisan "air" kemesraan untuk curahkan kasih sayang. Tanpa perasaan di jiwa kita sendiri, wajah tidak akan berseri dengan sinaran cahaya nurani. Sinaran cahaya "matahari" terlalu panas untuk di dekati dan ini memerlukan tapisan ozone dari wajah "bulan" yang sentiasa memandang bumi tanpa jemu. Begitu juga jasad tubuh kita di mana ingatan "iman" perlu menapis sinaran hawa "nafsu" yang riak agar wajah kita sentiasa berseri dengan pancaran cahaya yang tidak jemu untuk di pandang. Cahaya "bulan" ini boleh di seru.

Perlu kita ketahui bahawa pandangan mata mempunyai sinaran yang amat tajam dan boleh menusuk ke dalam lubuk hati sehingga buat nya luka berdarah. Tikaman pandangan mata ini sebenarnya boleh di "acu" atau tumpukan dengan bahan cahaya yang sangat tinggi. Cahaya "lazer" ini memerlukan perisian dengan zikir yang tertentu dan di lepaskan dengan tembakan pada sasaran tertentu. Tembakan ini selalunya di lakukan dengan hembusan "nafas" setelah di "isi" dengan sebutan bahan muatan. Panahan "kasih" ini di seru dengan "ayat" amalan yang mempunyai sasaran nya yang tertentu.  

Peranan "cahaya dan suara" ini sebenarnya mempunyai pancaran elektromagnetik di ruang angkasa. Sebab "cahaya dan suara" melayari ruang angkasa dengan kelajuan yang tinggi. Ruang elektromagnetik ini di penuhi udara dan "nafas" kita boleh membawa perisian "cahaya" yang telah di sebut dengan "suara" untuk di hantar dengan hembusan "nafas". Wajah pada jasad tubuh yang berasal dari bumi mempunyai daya tarikan "graviti" yang di pacu hawa "nafsu" dan ini boleh di jadikan sasaran bahan muatan.

Namun, perlu di ketahui bahawa setiap manusia mempunyai agenda mereka yang tersendiri. Ini termasuk urusan peribadi kaum Adam dan Hawa. Keperluan kaum Adam untuk memikat kaum Hawa perlu mengunakan bahan yang tertakluk pada "khasiat" kaum Hawa. Begitu juga keperluan kaum Hawa perlu gunakan "khasiat" kaum Adam. Tuhan telah menjadikan dua jenis manusia yang berlainan kelamin ini supaya memikat antara satu sama lain. Jika restu itu telah di beri kepada kaum Adam dan juga Hawa untuk menjalin hubungan mesra, sudah pasti akan ada kudrat dan iradat yang telah di sediakan. Soal memikat hubungan mesra ini sudah tentu ada "ayat" nya. Tetapi hakikat "ayat" ini menjurus kepada dua anasir yang berbeza juga. Apakah tujuan menjalin hubungan itu hanya untuk kepuasan hawa "nafsu" atau inspirasi ingatan "iman" yang menjadi penjana tenaga yang menuntut "hak" sanggama itu. 

Mengapa perlu nya "seri muka" ini? Mengapa wajah kita di minta supaya di pandang? Mengapa kita mahu di minati? Kaum Hawa di zaman ini bertungkus lumus mendandan muka wajah dengan alat solekan supaya kelihatan jelita di pandang mata. Kulit wajah yang di jadikan semula jadi, di tampal dengan bahan kosmetik dengan topeng lukisan mascara. Sekarang biji mata di pasang kanta beranika warna dengan bulu mata yang melambai apabila berkelip. Wajah asli tidak lagi "appropriate" atau sesuai untuk di pamirkan di khalayak ramai. Perlu ada "make over" untuk kelihatan luar biasa. Yang lebih teruk lagi dah mula gunakan suntikan racun "botox" untuk matikan kulit agar tidak hidup lagi supaya tidak mereput dan berkedut. Yang paling teruk lagi apabila mereka  melakukan penbedahan plastik untuk ubah suai raut wajah nya. Wanita wanita extreme ini nampak nya terlalu ghairah tentang ketrampilan diri. Tetapi semasa mereka masuk tidur untuk memasuki alam "tidur", wajah yang mereka "upgrade" begitu drastik, berubah menjadi "mayat" yang menakutkan. Kalaulah mereka tahu "rahsia" kecantikan yang sebenar nya.  

"Seri muka" yang sebenarnya adalah "aura" yang TIDAK JEMU DI PANDANG MATA. Apa gunakan memakai kosmetik dan make over atau menampal plastik jika wajah itu JEMU di pandang mata. Cuba lah pembaca pandang bulan yang sedang mengambang. Wajah bulan tidak jemu di pandang mata. Tidak seperti matahari yang amat pedih untuk di pandang dengan sekelip mata. Kita perlu tahu dahulu rahsia "pandangan mata" manusia ini. Ada banyak cara untuk menarik perhatian pandangan mata ini. Ada yang mengunakan "pulsar" atau kelipan pemancar untuk tarik perhatian mata kasar yang memerlukan "cahaya" untuk melihat sesuatu. Pancaran "cahaya" ini boleh di hidupkan dengan banyak atur cara.  Ada yang gunakan "bunga" sebagai bahan untuk naikan "aura" seri muka. Sebab "bunga" mempunyai kaitan dengan cahaya "bulan" yang sedang mengambang. Cahaya "bulan" di dalam kelopak "bunga" boleh di jadikan bahan biokimia untuk menyerlah kulit wajah. Ini selalu nya di lakukan dengan "mandi bunga" yang telah di isimkan dengan ayat suci yang tertentu. Doa kepada yang Maha Azali sangat perlu dalam urusan ini. Puasa "niat" dengan berbuka pisang emas dan susu juga salah satu cara meningkatkan seri wajah.

Perlu di ingatkan kepada setiap pembaca yang inginkan cahaya "seri muka" ini. Jiwa kita yang berada di dalam diri kita perlu di hormati. Cuba kenal jiwa hawa "nafsu" kita dan cuba kenal jiwa ingatan "iman" kita yang selalu berurusan dengan kehendak jasad tubuh dan juga peribadi perangai kita. Peranan hawa "nafsu" yang selalu memuja jasad tubuh dan peranan ingatan "iman" yang menjaga "identiti" peribadi diri. Apabila melihat wajah di cermin, hargai lah jiwa yang ada di sebalik wajah itu. Berdoa lah kepada Zat yang Memerintah Langit dan Bumi dan berselawatlah kepada "Rasulullah" untuk mendapat syafaat nya. Syafaat "Rasulullah" sangat  tinggi. Cahaya "nur" yang di punyai "Rasulullah" menerangi timur dan barat. Sebab kita mempunyai baka "Rasulullah" yang boleh di tuntut sebagai UMAT nya. Bukan kah Nabi Muhammad memandang wajah bulan sebelum dia menjamah susu ibu nya setelah lahir ke bumi ini. Bangkitkan "qursani" itu di dalam diri kita!!!!!

Rahsia si "buta" hawa "nafsu" ini, yang tidak boleh nampak tetapi ingin melihat dalam kegelapan nya, adalah keadaan jasad tubuh kita yang sebenar nya. Bukan kah kita tidak boleh nampak Tuhan (Allah swt) tetapi perlu melihat kewujudan NYA dengan "ilmu" ingatan "iman" yang ada pada kita. Hawa "nafsu" kita sentiasa "melihat" tetapi tidak boleh "nampak" dalam kebutaan nya. Yang "nampak" adalah "nur" ingatan "iman" yang di namakan "ilmu" pengetahuan. Di dalam kesedaran kita yang kosong itu yang tidak tahu pengertian apa yang di pandang, memerlukan pancaran cahaya "nur" ingatan "iman" untuk menyedari keadaan di realiti. Mungkin kita nampak apa yang tersergam di hadapan kita, tetapi jika kita tidak tahu apakah benda itu semua, tidak ada gunanya pandangan kita yang melihat semua itu. Jadi "ilmu" pengetahuan tentang apakah benda di sekeliling kita itu adalah "mata" yang nampak kewujupan benda benda itu.

Mengenal hakikat benda benda itu memerlukan "ilmu" yang perlu di salurkan kepada ingatan "iman" untuk kita fahami dengan kepercayaan. Keyakinan kita adalah tahap kekuatan cahaya yang memancar di dalam lubuk "hati" kita di mana "akal" memberi informasi maklumat itu dengan "pilihan dan peluang" yang di sediakan. Apa yang di gambarkan di perhiasan zahir masih belum boleh di anggap fakta sebenar apa yang kita lihat. "Nampak" sebenar nya memahami hakikat kebenaran. Jangan sampai kita terperdaya dengan apa yang di pamirkan di depan mata yang melihat. Jika kita leka dengan desakan hawa "nafsu" yang buta, kita akan menerima segala tangapan yang di takrifkan. Jadi kesedaran kita yang sebenar masih kabur dalam pandangan kita. Sejauh mana kebolehan kita menilai hakikat kebenaran masih menjadi ujian yang perlu di bukti kan. 

Wahai pembaca yang budiman. Perkongsian maklumat ini adalah untuk kita memahami kekuasaan Allah swt dan Rasul nya Muhammad. Jika kita tidak mahu kenal Allah dan Rasul, segala apa yang kita ingin perolehi tidak akan mendapat "ijazah" nya. Mungkin kita merasa "ijazah" itu tidak perlu dan kita boleh ambil apa sahaja yang kita mahu di alam maya ini. Tetapi bukan kah kuasa dan tenaga yang ingin kita gunakan adalah kepunyaan Allah dan Rasul. Untuk mengenal segala kuasa dan tenaga ini, kita perlu selidik "kuasa" yang telah di turunkan kepada alam maya ini. Bukan kah Rasulullah di beri kuasa untuk "menyeru sekalian alam"? Apa yang di langit dan di bumi tunduk dan taat kepada Rasulullah. Jadi untuk mengunakan kuasa dan tenaga yang ada pada "sebab dan musabab" ini, kita perlu merujuk kepada Rasullulah sebagai amalan sunatullah nya.

Sifat Rasullulah adalah "kuasa" yang memerintah kuasa "sebab dan musabab" di alam maya ini. Jika kita ketahui kekuatan "Nur Muhammad" ini, kita akan kagum dengan keajaiban nya. Mungkin kita terlalu asyik dengan tangapan umum bahawa realiti yang berlaku tidak ada kaitan dengan kuasa Allah dan Rasul ini. Tahukah kita jika "sifat" Rasulullah itu tidak di amalkan oleh sesiapapun, bumi ini akan di landa porak peranda. Jika tidak sesiapapun mengamalkan sifat "jujur, tulus, ikhlas, bijaksana, adil, pengasih, taat, amanah, pemalu, rendah diri dll, dunia ini akan menjadi "neraka" yang di nyalakan. Bukan kah sifat itu kepunyaan Rasulullah yang pernah dia tunjukan? Bukah kah Rasulullah di hidupkan untuk membawa Rahmat kepada seru sekalian alam? Hawa "nafsu" setiap manusia perlu di "tambat" dengan "kunci nafsu" supaya budi pekerti manusia di tadbir dengan sunatullah. Bukan kah setiap manusia yang kita jumpa di mana sahaja, kita memerlukan "wajah" Rasulullah berada di situ? Bukan kah kita mengharapkan "kejujuran, ketulusan, kebijaksanaan, kasih sayang, keikhlasan, ketaatan, rendah diri dari sesiapa sahaja yang kita temui? Bukah kah kita mencari Rasulullah? Apa guna setiap persahabatan dan perjanjian jika tidak ada sifat Rasulullah ini sebagai saksi? Kita berkahwin dengan teman hidup kita kerana Rasulullah berada di situ. Jika tidak ada sifat Rasulullah sebagai "saksi", suami atau isteri kita akan menjadi seperti api neraka untuk kita hidup bersama. Tidak kira apa bangsa atau agama pun orang yang kita temui, "sifat" Rasulullah akan menjadi "saksi" untuk di wujudkan. 

Tanpa Rasulullah, kita manusia akan mengalami saat penderitaan di dalam kehidupan kita. Cahaya Rasulullah inilah yang kita perlu cari di alam nyata ini. Walaupun jasad Rasulullah telah wafat, tetapi "sifat" nya masih wujud di merata tempat. Kebanyakan kita hanya pandai mengenal sunnah dan hadith nya. Pakaian jubah, sarban, jangut, celak, yang Rasulullah pernah pakai di jadikan ikutan sebagai sunnah. TETAPI!!!!!!!!! Sifat Rasulullah itu tidak pernah mahu di guna pakai!!!!!!! Apa ke jaddah semua ini!!!! Mereka mengkhianati lambang Rasulullah!!!! Apa guna nya sarban, jubah dan berjangut, jika kelakuan budi pekerti penuh dengan kemungkaran. Kita sepatut nya merasa MALU mengunakan lambang Rasulullah jika kita tidak mempunyai sifat sifat nya.

SERI MUKA Rasulullah ini lah yang perlu kita cari. Rasulullah selalu berdoa kepada Allah swt, "Jadikan lah diri ku bercahaya, di depan ku bercahaya, di belakang ku bercahaya." Apabila kita mencari "seri muka" Rasulullah, kita perlu kenal budi pekerti nya. Sifat sifat Rasulullah perlu wujud didalam jiwa sanubari kita. Itu lah "cahaya" yang akan terpancar di dahi dan mencurah ke wajah rupa. Hanya Rasulullah sahaja yang boleh keluarkan cahaya itu dengan "berkhalwat" dengan Allah swt. Bukan kah Rasulullah yang telah membuka "hijab" di antara kita dengan Allah swt. Siapakah yang memperkenalkan kita kepada Allah swt, Zat Yang Maha Berkuasa? Tauhid kita kepada Allah swt di perkenalkan oleh Rasulullah saw. Sudah kah kita berjanji untuk menjadi "saksi" yang jujur dan benar tentang kewujudan Allah dan Rasul? Hanya "saksi" yang jujur dan benar sahaja akan mendapat cahaya "seri muka" ini.

Edit 11.9.13

Cahaya yang tidak jemu di pandang mata adalah cahaya bulan.  Ia akan mengambang di satu ketika dengan "seri" nya dan semua penduduk alam ini, akan menyeru untuk mendapatkan cahaya nya. "Seri Bulan" adalah cahaya yang boleh meresap ke dalam "jisim" tubuh manusia. Jika cahaya panas matahari boleh membakar kulit tubuh sehingga menjadi hitam dan gelap, cahaya bulan boleh menembusi kulit tubuh dengan kilauan cahaya nya. Namun cahaya bulan ini perlu di simpan atau di kumpul untuk tujuan pancaran "laser" yang di gunakan untuk menembak kekasih hati. Perlu mencari hari yang paling sesuai untuk mengambil cahaya bulan ini ketika ia sedang mengambang. Menyeru cahaya bulan ini ada atur cara nya. "Penghuni" jasad dengan jiwa kita itu perlu kita kenali dahulu. Jiwa hawa "nafsu" ini dan jiwa ingatan "iman" ini adalah tenaga yang boleh kita hubungi.

Sudah pasti ada "pengacara" nya yang selalu menjaga urusan kedua jiwa ini agar ia bersatu. Sains kerohanian dalam urusan ini perlu terjemahkan tenaga mereka itu dengan asas kuasa mereka yang menetap di dalam tubuh kita. Ruang "sijjin" dan "illiyin" ini amat luas jarak perbezaan  nya. Bumi yang di namakan "kajamah" dan langit yang di namakan "kasibun" perlu berpeluk di dalam tubuh yang di namakan "sinti ruhum" jasad Adam. Jasad ini perlu di cuci bersih dari segala "najis" yang ada. "Hati" di mana jasad itu meluahkan perasaan perlu kenal erti kasih sayang yang tidak terhingga. "Air Mata" harus mengalir mengenang "kerinduan" yang memuncak. Bukan kah aku ini "buta" dan selalu di dalam kegelapan? Tidak kah engkau sudi menghulurkan cahaya yang engkau miliki begitu terang dan menyuluh kegelapan? Menuntut "hak" ini adalah satu keperluan yang suci dan ikhlas dan tidak boleh di salah gunakan.

Upacara ini perlu di lakukan dengan penuh semangat kesucian mencari keredhaan. "Keikhlasan" bukan sesuatu yang boleh di sengajakan. Bahasa ini hanya akan di fahami alam apabila kita bertutur dengan mereka. Ini lah rahsia yang kami jelaskan untuk berhubungan dengan mereka. "Perasaan" kita di dalam "hati" sebenarnya adalah "bahasa" yang kita tutur. Alam ini tidak akan memahami "bunyi suara" yang kita laungkan. "Satelit" yang menghubungkan "perasaan" itu berada pada ingatan "iman" kita yang mencari peluang. Di dalam ingatan "iman" itu perlu ada "ilmu" yang mengenal rahsia alam dengan rujukan "sebab dan musabab" untuk mendapat perhatian. Yang "buta" perlukan cahaya penyuluh dan yang "bisu" perlukan pedoman penjelasan.

Kewujudan Tuhan Zat Maha Pengasih perlu di ambil kira sebagai "saksi" peristiwa. "Engkau tidak pernah jemu mendengar kelohan dan rintihan hamba hamba MU. Kasih sayang Mu sangat hamba perlukan. Mungkinkah hasrat ini dapat KAU kabulkan agar hamba mendapat nikmat yang telah ENGKAU jadikan." Meminta doa perlu di lakukan dengan jiwa Rasulullah jika kita ingin mendapat perhatian Allah swt. "Hamba adalah umat kekasih Mu Muhammad yang membawa "petunjuk" dengan kitab MU Al Quran. ENGKAU tidak memerlukan sesuatu apapun tetapi hamba Mu ini sangat mengharap mendapat belas kasihan MU. Bulan yang ENGKAU cipta begitu indah di pandang mata. Sinaran cahaya nya yang terang sangat memikat "hati" dan perasaan hamba ini. Mungkinkah hamba dapat merasai pancaran cahaya nya?"

Cahaya Bulan Mengambang di seru dengan tarikan "nafas" sehingga ia masuk kedalam lubuk hati di penghujung jiwa nurani. Di lakukan semasa bulan telah condong ke arah qiblat setelah solat hajat di tempat lapang yang terbuka. Gunakan air embun untuk berwuduk. Suasana yang sunyi itu yang di sirami cahaya bulan adalah saat yang paling menakjubkan apabila kita serahkan jiwa dan raga kepada Allah swt. Dengan di temani Allah swt, kita duduk setelah solat dan bermunajat kepada NYA. Kesunyian malam itu bersama Al Khalik sudah cukup indah di sanubari memandang wajah bulan yang sedang berseri.

Manusia di jadikan begitu rupa supaya selalu mengharapkan sesuatu untuk diri nya. Alam ini di jadikan untuk kita dan manusia adalah makhluk NYA yang paling tinggi martabat nya. Amat rugi jika kita tidak tahu bagaimana untuk mengunakan nya. Bukan kah kita selalu perlu mengunakan "perkakas" dan tidak seperti haiwan lain yang cukup sekadar apa yang ada pada jasad tubuh mereka. Kita manusia sememangnya di jadikan untuk mengunakan seru sekalian alam ini dan rahsia ini ada pada Nabi besar kita Muhammad. Nabi Muhammad pernah berdoa "Jadikan lah tubuh ku bercahaya!!!!!!! Jika Nabi Muhammad pernah meminta mengapa tidak kita?????        

  Edit 5.11.13

Jasad tubuh kita tertakluk pada bentuk rupa "wajah" nya dan "wajah" itu tertakluk pada "identiti" perangai yang mempunyai "dua" watak yang berbeza. Itu lah mengapa "wajah" kita tidak sentiasa mempunyai "seri muka" nya dalam satu masa yang tertentu. Sebab mata yang memandang juga mempunyai "dua" gambaran yang berbeza. Retina biji mata manusia mempunyai spektrum yang berbeza dari biji mata kanan dan kiri nya. Jiwa hawa "nafsu" dan jiwa ingatan "iman" mempunyai watak bentuk rupa yang berbeza. Cahaya "api" dan cahaya "nur" ini memberi gambaran yang berbeza pada bentuk rupa wajah yang di pandang tepat pada tumpuan nya. Jelingan di hujung mata pada tumpuan objektif realiti di semetri pandangan mata boleh tunjukan berbezaan itu. Apa yang biji mata kita melihat hanya lah "cahaya" yang beku pada bentuk rupa nya. 

"Wajah" kita boleh berubah dalam masa yang tertentu mengikut "jiwa" yang memberi pancaran "cahaya" itu. Pancaran "cahaya" hawa "nafsu" kita dan ingatan "iman" kita berbeza. "Aura" ini perlu kita pertingkatkan dengan "mandian" rohani di mana jiwa kita di siram dan di bersihkan dari segala najis yang kotor agar "seri muka" kita itu bersinar. Kebanyakan dari kita telah mengambil jalan pintas untuk dapatkan "seri muka" ini dengan cara yang tidak sah. Ini termasuk suntikan "graviti" yang di namakan "susuk" untuk menarik perhatian biji mata yang memandang. "Berlian dan emas" selalu nya bahan yang paling keras di dalam perut bumi dari graviti tarikan bumi nya dan "jasad" kita adalah sebahagian dari bumi ini yang di jadikan dari "tanah". Mungkin mereka terlupa bahawa jasad tubuh kita itu ada mempunyai besi yang paling utuh yang di namakan "qursani" itu. Besi "qursani" inilah yang membuat jasad tubuh kita ini berupaya bangun dan bergerak di atas permukaan bumi ini. "Qursani" inilah yang membentuk jasad tubuh kita sehingga ia kekal dengan bentuk rupa nya yang sedia ada. Tanpa "qursani" ini, jasad kita akan mereput dan berkecai. Wajah secantik manapun akan berkedut dan menjadi hodoh.

"Qursani" ini ada kaitan dengan "nyawa" kita di mana jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" itu di ikat dan di pateri semasa jasad nya masih hidup dan bernyawa. Dua jiwa kita ini boleh berpisah dan bersama di dalam masa yang tertentu. Salah satu dari masa itu adalah semasa kita sedang tidur. Perpisahan dan jalinan hubungan di antara kedua jiwa ini adalah di mana kita itu hidup. Jasad yang kita bawa bersama kemana saja akan di pacu oleh kedua jiwa ini untuk persembahkan "watak" nya. Jasad tubuh kita ini hanya satu nya "identiti" yang boleh kita tuntut sebagai "hak" milik kekal nya. Urusan "hak" milik ini agak luas untuk kami perjelaskan. Adam dan Hawa ini sudah di jadikan untuk bersama walaupun mereka kadangkala ada perbezaan pendapat.

Tetapi apabila mereka bersama dengan satu matlamat, "niat" yang ada pada hawa "nafsu" itu akan menjadi "pilihan" yang menuntut "hak" pada ketentuan "takdir" yang sudah tercatat di mana ingatan "iman" perlu mencari "peluang" pada "nasib" yang di sediakan sebagai "jodoh" pertemuan. Banyak yang masih keliru tentang urusan "jodoh" ini sehingga mereka pernah mendahului Tuhan. Sifat tergesa gesa yang ada pada hawa "nafsu" itu boleh mengheret jasad nya "pilih" sesuatu yang bukan "hak" milik nya yang sebenar. Bukan kah banyak yang mula merungut setelah apa yang di "pilih" tidak begitu sesuai untuk di nikmati. Apakah mereka masih mahu menyalahkan Tuhan setelah mereka sendiri yang "pilih" babak itu untuk jasad nya merasai.

Jadi apakah "perkakas" yang betul untuk kita gunakan pada jasad tubuh kita semasa kita hidup ini? Sebab jasad tubuh kita sememang nya di jadikan untuk mengunakan "perkakas" sebagai peralatan yang di perlukan. Kita di jadikan supaya "berpakaian" dan mengunakan "peralatan" untuk keperluan hidup kita tidak seperti segala binatang dan haiwan yang hanya cukup dengan persediaan yang ada pada jasad tubuh mereka. "Perkakas" yang perlu manusia gunakan ini menjadi persoalan nya. Apa kah "proper working tools" itu yang perlu kita cari. Sebab keperluan "perkakas" ini lah manusia hidup dengan penuh daya usaha untuk kesenangan "prosperity" dan sumber pendapatan yang lumayan. Manusia perlu menjalin hubungan mesra di antara satu sama lain untuk urusan ekonomi dan keselamatan.

"Wajah" ini perlu di pandang untuk jalinan hubungan mesra. Di sinilah "seri muka" ini akan di jadikan "keperluan" untuk memikat hati pelangan nya. Apakah "watak' itu yang akan di persembahkan setiap kali mereka bertemu? Lakonan ini dapat kita lihat di sekeliling kita apabila mereka buat persembahan. Tetapi setiap "wajah" yang ingin di pandang perlu melihat kepada pancaran biji mata nya. Pandangan biji mata ini perlu bertemu dengan "hijab kabul" nya. Tidak "sah" kita memandang "wajah" seseorang itu jika tidak bertentang mata. Mencuri pandang ini sebenar nya satu kesalahan jika "wajah" itu tidak melihat pancaran biji mata kita sebagai satu restu yang rasmi. Sebab "mata" adalah cermin "hati" yang mencurahkan perasaan dengan huruf dan suara dengan maksud nya yang tertentu. Namun masih banyak dari kita yang "juling" bila bercakap tanpa memandang biji mata tetapi melihat pada hidung dan gigi atau pipi dan telinga. "Eye contact" ini banyak keperluan nya dan luas pengertian nya.     

Ini lah apa yang kami maksudkan bahawa "wajah" itu di jadikan untuk di pandang tetapi bukan untuk di tunjukan dengan kebanggaan. Menunjukan "wajah" supaya di pandang dengan kebanggaan sebenarnya akan menunjukan "aib" yang ada pada "wajah" itu. Sebab sinaran "wajah" yang "bangga" akan pamirkan sifat cahaya hawa "nafsu" yang jelik. Tetapi "wajah" yang melihat pandangan mata dengan perasaan "malu" akan pancarkan sifat cahaya ingatan "iman" yang jernih.   Kita hanya perlu melihat orang yang memandang tetapi bukan menunjuk "wajah" itu supaya di pandang sebagai pujaan. Inilah satu "dosa" yang sama dengan menyekutukan Tuhan.  Tetapi bila "wajah" itu perlu di pandang oleh orang lain tanpa sebab untuk di tunjukan, melainkan hanya untuk "mengadap" orang yang memandang, "wajah" itu akan pamirkan "seri muka" dari pancaran cahaya mata nya yang ikhlas. Tidak ada alasan untuk kita gunakan "wajah" itu untuk kebangaan diri kita melainkan hanya untuk melihat keadaan sekeliling. "Seri muka" yang asli tidak boleh timbul dengan kepalsuan yang nyata. Melainkan kita mengunakan "susuk" yang di iktiraf syaitan yang mahukan penyekutuan itu. Rahsia "wajah" ini perlu di gunakan dengan atur cara yang amat tertib untuk dapatkan "seri muka" yang sebenar nya. Kita wajib menjaga kesempurnaan "wajah" ini dengan keshukuran yang ikhlas. Perhiasan yang kita gunakan pada "wajah" ini hanyalah satu "perkakas" atau "alat" untuk membantu kelemahan yang ada. Menghargai "wajah" ini dan menjaga nya dengan sempurna adalah satu amalan yang di galakan. Sebab "wajah" ini di jadikan untuk "mengadap" dengan kerendahan diri bukan untuk "menunjuk" dengan kebanggaan.   

Kita di amanahkan untuk menjaga "wajah" ini dengan cukup sempurna. Ini bukan topeng yang boleh di pamirkan untuk persembahan tertentu. "Wajah" ini satu identiti" yang asli dan perlu di kemas kini dengan penjagaan yang rapi. Penghargaan yang kita beri dengan layanan yang khusus pada "wajah" ini, perlu ada matlamat yang kukuh. Jangan salah gunakan "wajah" ini untuk tujuan yang salah. Sebab "wajah" ini tidak boleh di salah gunakan jika kita ingin mendapat "seri muka" yang asli. Salah satu "syarat" untuk mendapatkan "seri muka" ini, kita tidak boleh gunakan untuk "tunjuk" tetapi hanya untuk di "pandang" oleh pancaran biji mata manusia. Sifat "malu" yang ada pada "seri muka" ini perlu kita kenal. Walaupun ia "cantik" untuk di pandang, tetapi "seri muka" ini tidak mahu "tunjuk" kecantikan yang ada pada nya. Keinsafan "seri muka" ini ada asas nya.   

Sebab "wajah" ini boleh di gunakan oleh jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini sebagai pakaian nya, Perkataan "mengadap" ini perlu di perhalusi supaya kita boleh gunakan "wajah" ini untuk tujuan sebenar "wajah" itu di jadikan. 

Edit 29.11.13

Mengapa kita perlu pandang "biji mata" setiap "wajah" yang kita lihat. Sebab "mata" adalah jendela "hati" dimana perasaan itu akan bersuara dengan sahutan "salam" yang di menterai dengan "niat" sebagai "hijab kabul" yang sah. Jadi "mata" ini perlu di pikat dengan pancaran cahaya "nur" yang suci dan bukan dengan bahang "api" yang membakar. Kasih sayang tidak akan terjalin jika tanpa cahaya "nur" ini. Tidak semua manusia menjalin hubungan mesra dengan cahaya "nur" yang suci ini. Masih ada yang menjalin hubungan mesra dengan bahang "api" hawa "nafsu" yang panas. Tidak ada kasih sayang di situ tetapi hanya sekadar melayan kepuasan hawa "nafsu" yang buta itu. Jadi apakah matlamat nya kita beramah mesra? Tidak semesti nya setiap orang yang menjalinkan "silaturahim" itu perlu bercinta. Jadi "seri muka" ini ada asas keperluan nya yang boleh di guna pakai pada semua urusan. Hanya kita sahaja yang tidak mahu mengunakan nya dengan "perkakas" yang betul. Sebab hawa "nafsu" ini mempunyai pertalian yang intim dengan jasad tubuh nya yang boleh di eksploitasi dimana "hati" manusia itu boleh di pikat dan di tawan dalam kebutaan nya.

Untuk kita selam lebih dalam lagi ke lubuk "hati" sanubari yang membuat segala keputusan dengan kehendak jasad tubuh, rahsia kejadian jasad tubuh Adam ini dengan pasangan nya Siti Hawa, perlu kita terokai. Apabila Siti Hawa di katakan di jadikan dari "tulang rusuk kiri" jasad Adam, itu bererti kejadian Siti Hawa dari "hati" yang meluahkan perasaan. Ingatan "iman" adalah Adam di otak fikiran dan Siti Hawa adalah hawa "nafsu" di hati dan mereka bersatu dengan "niat" yang akan di "hijab kabul" dengan perbuatan nya. Tuhan sentiasa berada di situ untuk perkenankan segala permintaan.  Tanpa "akal" mereka akan terpedaya dengan pujukan syaitan. Bukankah "akal" itu di beri setelah mereka turun ke bumi sebagai senjata untuk dapat bimbingan? Bukankah Rasullulah itu datang dan dikirimkan kepada umat manusia setelah melalui satu tempoh yang di tentukan seperti kita sampai di peringkat "akal" baligh?

Jadi jasad yang di perintah hawa "nafsu" di "hati" nya, perlu merujuk kepada ingatan "iman" di "otak" nya di mana "akal" akan beri bimbingan dengan "ilmu" pengetahuan nya. Jiwa yang tidak kenal asal usul nya akan meraba raba di dalam kegelapan. Adam dan Hawa tidak boleh kita padamkan seperti satu sejarah yang sudah luput. Adakah Muhammad satu lagenda yang tidak lagi perlu kita sanjungi. Tetapi sebenarnya mereka selalu bersama kita di dalam setiap detik waktu. Hanya kita sahaja yang menafikan "hak" mereka untuk bersama. Itu lah mengapa syaitan dapat bermaharajalela untuk menakluki jasad tubuh kita. Itulah mengapa manusia selalu lupa diri apabila mereka menyangka "diri" itu kepunyaan nya yang masih tidak dapat di buktikan dengan fakta yang nyata. "Wajah" yang ada, di lihat pada cermin, di pandang untuk dapatkan kepastian. 

Mengapa "wajah" ini selalu berubah rupa dengan bentuk yang tidak pasti? Di manakah keaslian itu yang tulin dan boleh kita perakui "identiti" nya yang sebenar.???? Perlukah "wajah" ini di sanjung begitu tinggi sehingga mencapai tahap pujaan yang perlu di minati?? Mengapakah kita masih di usik dengan bayang bayang ini sehingga mengugat keharmonian semangat jiwa yang sejati. Jangan sampai kita di minta buktikan "diri" kita yang selama ini kita sangka kepunyaan kita oleh Maha Pencipta. Percayalah tidak ada satu "bukti" pun boleh kita tunjukan di mana kita apa bila di soal nanti. Yang ada hanya jasad tubuh yang sudah reput berkecai untuk di jadikan bahan bukti yang selalu kita anggap sebagai asas "identiti" diri kita itu. Siapakah yang akan menjadi "saksi" untuk buat perakuan itu?? Apakah "cermin" yang selalu kita pandang itu akan di jadikan "saksi" kewujudan kita? Jadi siapakah "saksi" yang boleh menentukan kewujudan "diri" kita ini??

Bukankah kita perlu menjadi "saksi" ada nya Tuhan dan Muhammad itu Rasullulah??? Dengan apa kita lafazkan "niat" itu sebagai hamba dan umat nya?? Bukankah ingatan "iman" itu perlu memahami dengan fikiran di "otak" nya dan hawa "nafsu" itu perlu merasai dengan "perasaan" di "hati" nya di mana "akal" perlu menjadi "saksi" dengan "ilmu" pengetahuan nya?? Siapakah yang lebih "kenal" Tuhan semesta alam ini jika tidak Adam, Hawa dan Muhammad??????? Bukankah mereka sahaja yang pernah berada di sisi Tuhan di satu ketika dulu??? Bolehkah ada sesiapa lagi selain mereka yang dapat memberi jaminan sebagai "saksi" yang paling benar??? Apakah kita boleh menjadi "saksi" itu tanpa mereka ini??? Jangan lah cuba menjadi "saksi" yang pendusta dihadapan Zat Yang Maha Berkuasa. "Wajah" yang datang "mengadap" ini perlu di pandang dengan "seri muka" yang sejati.

Identiti jasad tidak semesti nya tertakluk kepada bentuk rupa "wajah" nya. Tetapi di nilai dari baka nasab atau deoxyribonucleic acid nya. "Wajah" hanya sebahagian dari angauta tubuh yang boleh di tukar ganti. Itulah mengapa angauta jasad tubuh ini dan organ dalaman nya boleh di tukar ganti jika ada keperluan. Bukan kah kita boleh mengunakan angauta jasad tubuh dari jasad yang lain? Dermaan organ dan angauta tubuh boleh di beri kepada sesiapa saja yang memerlukan jika ada keperluan. Jadi jasad tubuh dan "wajah" khusus nya bukan sesuatu yang mutlak untuk di jadikan asas "identiti" diri kita. Kita boleh derma organ dan angauta tubuh atau guna pakai angauta jasad itu dari sesiapa saja tetapi masih tetap menjadi "diri" kita yang sebenarnya. Diri kita yang sebenarnya bukan jasad tetapi "jiwa" yang ada di dalam jasad itu.

Di sinilah "seri muka" ini boleh di naik taraf dengan menguna pakai aplikasi yang tertentu. "Wajah" hanya satu rekaan yang boleh di ubah suai. Apabila "wajah" itu di jadikan sebagai "alat" atau "perkakas" untuk menarik perhatian peminat nya, tumpuan yang terperinci akan di berikan untuk mencapai matlamat nya. Adam dan Hawa di dalam diri boleh di aplikasikan untuk persembahan jasad tubuh dengan "wajah" nya. Bukan kah ada manusia yang berjasad lelaki tetapi berkelakuan seperti wanita?? Dan ada juga manusia yang berjasad wanita yang berkelakuan seperti lelaki. Tidak sesiapa akan memahami kelakuan yang pelik ini jika mereka tidak tahu asal usul kejadian manusia. Kami akan bawa anda menjelajahi phenomena ini.

Mungkin anda akan terkejut apabila kami bongkar rahsia jasad tubuh ini.!!!! Homosexualiti bukan satu perkara yang perlu di momokkan dan di caci sebagai satu jenaka lawak. Ini satu "ilmu" yang perlu di fahami. Mereka yang begitu mungkin akan berkata itu bukan satu "pilihan" yang terpaksa di ambil. "Naluri" asas yang sedia ada dalam diri nya telah membawa mereka ke tahap itu dan mereka tidak mungkin dapat menafikan nya. Apakah benar tidak ada "pilihan" yang di buat??? Jika kita teliti alam "alaq" semasa benih zygote dan chromosome itu akan "melekat" untuk jadi kelamin sifat Adam dan Hawa,  sudah tentu ada "mesyuarat" yang hulurkan "peluang" untuk di jadikan "pilihan" menentukan haluan. Adam dan Hawa ini telah lama berada di situ untuk tentukan zuriat nya. Mungkin ini terlalu jauh untuk kita terokai sebagai manusia yang biasa. Tetapi kejadian Tuhan ini bukan sesuatu yang boleh di sorok dan sembunyikan. Kebesaran Tuhan perlu di tonjolkan apabila kita di minta memuji Kebesaran Nya dan perlu tahu apa Kebesaran Nya itu untuk cukupkan syarat menyebut Allahu Akhbar!!!. Banyak yang menyebut perkataan "Allahu Akhbar" tetapi tidak pernah tahu apa Kebesaran Nya itu. Setidak tidak nya perlu ada setitik "ilmu" di perisian "akal" jika ingin memuji Zat Yang Maha Pencipta.          

  Edit 16.3.14

Apabila kita membongkar rahsia "seri muka" ini, kita akan kembali kepada "peranan dan watak" yang mahu di lakonkan oleh "wajah" kita itu. "Peranan dan watak" ini sebenarnya adalah satu "pilihan" yang kita buat untuk membawa "babak" itu dengan persembahan yang tertentu. Ada yang ingin mejadi "hero" dengan kegagahan nya dan ada juga yang ingin menjadi "heroin" dengan rayuan kemesraan nya. Matlamat nya adalah untuk menjadi "pujaan" di khalayak ramai. Apakah kita "layak" menuntut supaya di "puja" seperti satu dewa yang di kagumi. Apakah "wajah" itu sudah cukup di jadikan "syarat" untuk memikat para peminat sebagai penganut yang taat setia. Apakah kita cuba mengambil "hak" yang sepatut nya di sandang oleh Zat Yang Maha Berkuasa?????

Bukan kah "wajah" itu sepatutnya kita gunakan untuk "mengadap" kehadrat illahi??? Tetapi mengapa kita cuba menyalah gunakan nya untuk tujuan supaya kita di puja oleh khalayak ramai. "Seri muka" ini sepatut nya di tunjukan kepada Zat Yang Maha Berkuasa. "Kuhadapkan "wajah" ku kepada Mu Zat Yang Memiliki Langit dan Bumi. Bukan kah "hati" dan perasaan, fikiran dan "ingatan" kita wajib di tumpukan dengan "seri muka" yang sejati kehadrat illahi. Bagaimana mungkin "wajah" kita itu boleh bersinar jika "cahaya" yang melimpah dari sumber cahaya illahi itu tidak pernah mahu kita pandang. 

Apakah bahang "api" di dalam "hati" itu perlu kita padamkan kebimbangan nya dengan doa "hasbihalluhunikmatwakil" dahulu supaya cahaya ingatan "iman" boleh terpancar. Doa Nabi Ibrahim ini sangat mujarab untuk kita amalkan jika kita ingin mendapat ketenteraman jiwa hawa "nafsu" yang buta itu. "Hati" adalah tempat di mana jendela mata kita itu akan terpancar. Jika mata "hati" kita ini masih buta dengan kegelapan nya, cahaya ingatan "iman" amat sukar untuk bersinar. Bersihkan "hati" ini dari segala daki dosa yang melekat. Mata "hati" kita ini perlu di celikkan untuk melihat ruang kerohanian. Menjalin "siratulrahim" bukan sesuatu yang mudah untuk di capai jika jembatan "siratalmustaqim" tidak mahu kita jejaki. 

  Edit 6.5.14

"Wajah" kita mempunyai sinaran "aura" yang negatif dan positif nya. Kehadiran kita kadang kala tidak di senangi jika tenaga "negatif" ini wujud di dalam ruang itu. Tenaga "negatif" ini tidak semesti nya datang dari "aura" diri kita. Ia  kadang kala berpunca dari diri orang lain yang terasa tekanan "adrenalin" mereka meningkat. "Adrenalin" ini boleh meningkat jika ada iri hati, marah, benci, bongkak, angkuh dan hasad dengki di dalam diri orang yang di sekeliling kita. "Dopamine" di dalam otak kita perlu bertindak untuk mengatasi situasi itu. Kemarahan perlu di simbah dengan kesabaran. Kebencian perlu di peluk dengan kasih sayang. Keangkuhan perlu di tunduk dengan rendah diri. Hasad dengki pengkhianatan perlu di tepis dengan hakikat kebenaran.

Jika kita tahu mengunakan kuasa tenaga ini, kita akan dapat melepasi jembatan "siratulrahim" ini dengan sempurna. Apabila mereka mencari "sebab" untuk menindas kesempurnaan kita, jangan sekali kita memberi peluang itu untuk mereka mengatasi diri kita. Maruah diri kita tidak boleh di cemari dengan salah laku dan langkah sumbang. Suara yang kita bunyikan dengan perkataan memainkan peranan yang sangat penting. Isi perkataan itu dengan ayat yang pengasih. Ukirkan senyuman yang perlu di balas dengan setimpal. Jangan biarkan tembok perselisihan di bina dan perlu di robohkan dengan jembatan "sitalmustaqim" yang amat lurus. Keikhlasan adalah modal yang kita perlukan untuk hubungan itu. Jika ada setitik pengkhianatan terselit di sudut iitu, nescaya hubungan itu akan bertemu kehancuran.

"Seri muka" Rasulullah ini perlu kita cari sampai dapat.  

Edit 19.5.15

"Seri Muka" sebenarnya adalah cermin "hati" atau "qalbu" yang di pancarkan oleh "perasaan" yang sangat intim. Tanpa "perasaan" ini "wajah" kita tidak akan berseri. Kemesraan dan kasih sayang sebenarnya adalah lambang Kebesaran Tuhan kepada setiap hamba Nya. Ini perlu di pakai oleh sesiapa saja yang inginkan diri nya di terima sebagai seorang yang sangat di minati. "Seri Muka" ini perlu kita pakai di mana saja kita berada. Namun "Seri Muka" yang di idamkan para pria dan gadis remaja atau lelaki dan perempuan yang mempunyai maksud syahwat berahi lain pula "ayat" nya yang perlu di guna pakai. Sebab di situ ada perjanjian asal yang perlu di aktifkan.

Perjanjian "jiwa" di antara seorang "lelaki" dan "perempuan" telah termaktub di alam shurga di mana Nabi Adam dan Siti Hawa di jadikan. Kasih sayang di antara "Adam dan Hawa" bermaksud "syahwat" yang sudah di uji Tuhan semasa mereka berada di shurga. "Buah Kuldi" yang di katakan di larang supaya jangan di makan adalah angkara hawa "nafsu" ini. Keimanan mereka tergugat sehingga mereka di turunkan ke bumi ini. Jika kita teliti bagaimana Siti Hawa di jadikan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam, di mana "hati" nya di tempatkan. Di situ adalah sudut "perasaan" yang mencurahkan nikmat "kasih sayang" yang paling tinggi yaitu "syahwat" untuk bermadu kasih. 

"Syahwat" untuk bermadu kasih ini adalah "shurga" yang paling indah bagi setiap "lelaki dan perempuan" untuk masuk di dalam nya dan makan "buah kuldi" itu. Tetapi "keimanan" untuk taat kepada larangan Tuhan berada di tangan Nabi Muhammad sebagai "nur" kepercayaan dan ketaatan pada PerintahNya. Jika kita ketepikan nasihat "Rasulullah" ini, nescaya "syaitan" yang akan menikmati "buah kuldi" itu. Sebab "buah kuldi" ini akan ada "biji" benih nya untuk di semai di dalam "Rahim" oleh "Rahman" dengan Bismillah. Jadi ayat "BismillahiRahmaniRahim" ini jika di tuntut dengan asas kejadian Adam dan Hawa untuk baka "nasab" yang di ikhtiraf "Rasulullah" dapat memberi manfaat yang sangat tinggi jika di amalkan.

Tetapi yang memakan "buah kuldi" ini tanpa restu dari "Rasulullah" akan jadikan "benih" baka yang di ambil syaitan sebagai "baka" keturunan nya yang di kembarkan. Sebab di "rahim" itulah syaitan akan biakkan keturunan nya.      

Edit 24.5.14

Cahaya matahari akan jadikan kulit tubuh manusia menjadi gelap. Sebab cahaya matahari mempunyai neutrinos yang di jadikan daripada "api" yang membakar. Cahaya ini tidak sesuai untuk di pandang mata kasar kita. Tetapi cahaya bulan mempunyai cahaya yang sangat mesra alam. Bulan tidak pernah "jemu" memandang bumi ini dan "wajah" nya tidak pernah menoleh kearah lain. Sebab bulan adalah "satelit" kepada bumi dan ada sesuatu yang di pancarkan untuk kesejahteraan nya. Rahsia ini sangat perlu kita fahami jika inginkan "seri muka" yang berseri seperti bulan mengambang. Cahaya bulan ini akan jadikan kulit tubuh manusia menjadi "terang" bersinar.        

Pernah kah kita memandang bulan dengan penuh kekaguman???? "Sang Purnama" ini adalah makhluk Tuhan yang taat beribadat kepada Allah swt untuk menjaga "malam" yang gelap itu. "Tanah" di permukaan bulan ini mengandungi "khasiat" kepada jasad tubuh manusia jika kita tahu mengunakan nya. Pantulan cahaya bulan sangat lembut untuk di pandang mata kasar manusia. Pasti orang yang memandang tidak akan pernah merasa jemu. Bulan ini adalah makhluk seperti kita juga dan kita sebagai manusia mempunyai kelebihan di atas segala ciptaan yang telah di jadikan. Jika di "bumi" ini kita manusia telah di "amanah" kan untuk menjadi "khalifah", dan "bulan" itu telah di jadikan sebagai "satelit" untuk menjaga "bumi", sudah tentu ada rahsia yang boleh kita perolehi untuk mendapat manfaat nya. Jika matahari menjadi sumber kehidupan kepada sekalian manusia, apakah "bulan" itu hanya sebagai satu perhiasan sahaja???

Apabila "bumi" di sirami cahaya "bulan" yang terang, hanya "insan" yang menghargai "jasa" nya itu saja yang dapat menikmati keindahan nya itu. Pernahkah kita "mandi" di sirami cahaya "bulan" ini??? Mungkin tidak, sebab kemajuan alam ini telah menyembunyikan kita tersorok di dalam bumbung dan kamar mandi. Cuba lah kita perhatikan hakikat ini. Sebelum cahaya letrik yang kita gunakan sekarang ini, manusia yang hidup di zaman dahulu kala mengharapkan cahaya "bulan" ini apabila mereka berurusan di tengah malam yang sangat gelap. Mereka mandi di kawasan yang terbuka tanpa bumbung sambil bershukur dengan kehadiran cahaya "bulan" ini. Air hujan yang di simpan di dalam perigi dan tempayan, di gunakan untuk merasa kesegaran alam semula jadi. Kita terlalu "taksub" dengan kebolehan "kepintaran palsu" atau (artificial intellgent) yang di cipta manusia. Kuasa letrik ini telah menjerumuskan kita ke satu lembah yang sangat dalam sehingga kita terpaksa "taat" dengan kuasa kejadian yang di cipta manusia itu.

Tanya lah jasad tubuh kita sendiri, apabila berada di tengah sinaran cahaya "bulan" ini dan siramilah tubuh kita itu dengan air yang "asli" dari "bumi" kita ini. Therapy "mandi bulan" ini sangat menyegarkan apabila bahan semula jadi di gunakan untuk menghargai nikmat Tuhan yang azali. Apabila seorang makhluk itu tidak lagi menghargai apa yang telah di cipta Tuhan, nescaya "jiwa" rohani yang tersembunyi di dalam rongga jasad tubuh kita itu akan di balut dan di bungkus seperti kain "kafan" dengan pemalsuan yang menafikan sesuatu yang tulin dan asli. Kita terlalu "taksub" untuk berada di dalam dinding yang bermarmar dan berjubin seperti "kubur" yang di pusarakan. Apakah kepandaian "manusia" itu lebih berkesan dari apa yang di cipta Tuhan??? Keluarlah dari "kepongpong" yang telah mereka jadikan.

Nikmatilah alam yang segar ini yang di cipta Tuhan. Pandanglah "bumi" ini dan pandanglah "bulan" itu. "tanah" inilah jasad tubuh kita di jadikan dan cahaya "nur" itulah "ruh" kita itu di jadikan. Apakah mesti kita "lipat" diri kita itu di dalam bungkusan yang penuh kepalsuan. Haruman "bunga" yang merbak di kala "embun" pagi yang membasahi bumi itu tidak kita nikmati, jasad tubuh kita itu akan "berdaki" dengan bahan "kimia" yang kerosakan. "Bumi" ini telah terlalu pemurah untuk hulurkan habuan kepada manusia dengan segala keperluan untuk menyegarkan jasad tubuh nya. Keaslian harta khazanah "bumi" ini telah di "cetak rompak" oleh manusia itu sendiri untuk mempengaruhi keperluan kita. Segala rekaan yang palsu telah di hasilkan dengan "niat" untuk mendapat keuntungan. 

Tetapi apabila kita gunakan bahan asli yang di hulurkan "bumi" dengan "bulan" sebagai "saksi" yang selalu memerhatikan, kita akan dapat menuntut kelebihan itu yang tidak ada bandingan nya. Menuntut "SAKSI" ini dengan tata tertib yang tertentu, agar jasad tubuh dan "wajah" kita menjadi "penyaksian" kepada seluruh makhluk yang di seru sekalian alam tanpa "jemu" di pandang mata. "Hak" kita sebagai "khalifah" perlu di tuntut dengan seruan yang manja, bukan arahan sebagai satu perintah. "Saksi" ini tidak boleh kita paksa untuk hadir di "makam" Rasulullah. Keikhlasan "saksi" ini perlu kita pujuk dengan kemesraan kita.           

Edit 8.6.14

Tuhan tidak menjadikan semua "wajah" manusia itu cantik jelita atau kacak menawan. Sebab yang cantik tidak semesti nya mempunyai "seri muka" yang tidak jemu di pandang mata. Mungkin pandangan itu hanya untuk melihat corak rekaan yang indah sahaja. Tetapi "seri muka" boleh di miliki oleh sesiapa saja. Tidak kira yang hodoh atau yang jelik. Sebab "wajah" orang yang hodoh itu boleh kita pandang tanpa jemu jika kita nampak keikhlasan nya. Jika "seri muka" ini tidak pernah wujud sebagai kenyataan di realiti, sudah pasti "wajah" yang hodoh ini tidak ada sesiapa yang ingin memandang. Apakah begitu keadilan Allah swt yang menciptakan makhluk nya ini. Jangan lah kita rasa berkecil hati jika "wajah" kita itu tidak menjadi pujaan ramai. 

Sebab "seri muka" ini tidak ada kaitan langsung dengan "wajah" kita. "Wajah" hanya paparan "jiwa" yang meluahkan perasaan. Nilai senyuman yang ada pada setiap "wajah" itu sebenarnya sama. Tidak kira "wajah" itu cantik atau buruk. Begitu juga "seri muka" ini tidak ada kaitan dengan pukau "pengasih" atau baitul syahwat. "Seri Muka" boleh di miliki tanpa perlu pukau "pengasih" dan baitul syahwat. Sebab "seri muka" ini neutral dengan kesucian dan ketulusan nya. Ia di gunakan sebagai "front page" atau muka depan untuk masuk ke halaman yang di "maksudkan" "Maksud" inilah di mana pukau "pengasih" dan baitul syahwat di ketengahkan. 

Terpulang kepada "penguna" untuk menerapkan hajat apabila "pelangan" sudah sedia menanti dengan jemputan "seri muka" ini. 

Edit 10.6.14

Jiwa seseorang itu mempunyai sinaran "granular" atau digital pada "wajah" tubuh nya. Ini yang di sebut "aura" yang mempunyai aneka warna dari pancaran cahaya nya. Perlu di ketahui bahawa "cahaya" melintasi ruang elektromagnetik di mana kekisi gelombang jalur lebar menunjuk kan pancaran nya yang tertentu. Apabila bukan saja "cahaya" yang mengunakan ruang ini, "suara" juga menjadi salah satu elemen yang boleh menghantar isyarat. Sebab "suara" mengunakan angin atau nafas kita yang di sebut dengan "ayat" atau perkataan yang di angkut ruang elektromagnetik ini. Dan "graviti" menjadi sauh yang menerima "bungkusan" yang di hantar dengan "berat muatan" nya. Telah terbukti ancaman "bungkusan" ini boleh di hantar melalui jalur lebar alat telekomunikasi. 

Sebab apabila ruang elektromagnetik ini dapat mengesan bahtera jasad tubuh kita di atas muka bumi ini, dengan ada nya telepon bimbit dan juga komputer mengunakan frekuensi jalur lebar, tidak mustahil jika "bungkusan" yang tidak di undang ini dapat di hantar kepada mangsa nya. Sebab "suara" yang menerima panggilan sudah cukup untuk sampaikan "salam" itu. "Ilmu" pengetahuan dalam kajian "cahaya dan suara" ini sangat luas untuk kita memahami. Jangan kita terlalu leka dengan kemajuan "sains" terkini sehingga kita lupa bahawa anasir jahat seperti jin dan syaitan juga telah "maju" kehadapan untuk bersaing dengan kemajuan kita. Sebab mereka mengunakan ruang elektromagnetik ini dan jalur lebar sebagai halaman mereka. Kajian seterusnya sedang di jalankan jika alamat IP sebuah komputer itu boleh di gunakan untuk tujuan yang sama. Jika "virus" boleh masuk untuk serang komputer kita, tidak mustahil "bungkusan" ini boleh di sampaikan. Kami harap pembaca kami dapat bersedia untuk perisian "firewall" yang kuat bagi melindungi kesejahteraan diri kita. Allah dan Rasul yang mempunyai "perisai" yang amat kukuh. 

Kami telah membuat kajian yang rapi tentang kemungkinan sistem telekomunikasi yang kita guna pakai boleh di gunakan untuk tujuan "mistik" seperti ini. Kajian kami telah menemui bukti dan fakta yang sangat membimbangkan. Sebab setiap jisim dan jirim yang wujud di realiti ini mempunyai zat atom dan molikuil yang menyebakan ia wujud di realiti dengan berat muatan dari graviti tarikan bumi atau jasad sebuah bahtera tubuh sebagai "objek" yang kita boleh nampak. Apa yang mengejutkan adalah molikuil "objek" ini boleh "berubah" dari partikel "nyata" (real) kepada partikel "kuasa" (force) yang menyebabkan "objek" itu dapat berada di dalam jasad tubuh tanpa sebarang kemasukan yang jelas. Kami telah banyak menerima bukti objek seperti "paku" ,"kaca" dan juga "jarum" boleh berada di dalam jasad tubuh manusia tanpa sebarang kesan kemasukan.

Anasir gelap yang mengunakan ruang elektromagnetik ini dapat mengubah jisim dan jirim dengan mengubah molikuil asal sebarang "objek" yang di gunakan. Apabila pengirim "bungkusan" mistik itu telah menemui "alamat" sesiap saja yang akan di jadikan mangsa nya, "penghantar" yang buat kiriman itu akan mengunakan ruang elektromagnetik ini untuk mengesan "alamat" tersebut. Kami dapati "suara" mangsa boleh menjadi syarat sebagai "penerima" yang di maksudkan melalui alat telekomunikasi. Tetapi jika "bungkusan" mistik ini di tujukan kepada "alamat" yang tidak di sambut dengan "suara" mangsa, ada kemungkinan istilah "graviti" dan "berat muatan" yang ada pada "jiwa" jasad tubuh mangsa itu akan di aktifkan. Sebab tenaga hawa "nafsu" setiap manusia mempunyai daya tarikan "graviti" ini untuk di muat naik.

Kajian sains kerohanian kami telah terjumpa banyak kemungkinan "visual effect" sesuatu lakaran atau gambar boleh memberi kesan kepada mata yang memandang nya. Ini boleh di jadikan satu "detonator" atau alat peledak yang akan mengaktifkan "bungkusan" mistik yang di kirim kepada "alamat" IP tertentu pada komputer mangsa nya. Kita wajib sentiasa berwaspada tentang segala kemungkinan yang akan melanda. Sebab kejahatan jin dan syaitan sekarang telah jauh lebih maju dari apa yang kita tahu setakat ini. Jika kita lihat perkembangan video lucah yang di aktifkan keturunan kebudayaan jin dan syaitan ini di internet, ada kemungkinan sumpahan "mistik" seperti ini boleh di aktifkan melalui suntikan "audio dan video" yang di kirim ke alamat email atau IP tertentu. Kami harap pembaca kami lebih berhati hati apabila membuka sesuatu laman atau muka surat yang tertentu.

"Pukau" sekarang sudah tidak lagi di aplikasikan melalui bersua muka. Sebab apabila alam eletromagnetik ini begitu meluas sekali di gunakan oleh sesiapa saja, peluang ini akan di ambil oleh "penganut" jin dan syaitan untuk jayakan agenda kejahatan mereka. Telah berlaku banyak "penipuan" yang sangat berleluasa di internet ini. Mereka boleh "perangkap" mangsa nya dengan imbuhan yang tidak munasabah. Apa yang mereka perlukan hanya "kecurigaan" kita untuk masuk "jerat" itu dengan kebodohan kita sendiri. 

Kami sedang buat kajian yang lebih terperinci tentang kemungkinan "mangsa" penipuan ini di beri pembelaan dengan melakukan satu tindak balas untuk menghukum penyangak internet ini dengan "perkakas" yang mereka gunakan sendiri. Jika mereka boleh masuk untuk cerobohi kesejahteraan kita, "sumpahan" menuntut hukuman ini perlu di jadikan satu "senjata" untuk mencari keadilan. Bagaimanapun, segala butiran terperinci "suspek" perlu di kumpul untuk di jadikan "alamat" yang lebih berkesan. Apa yang setiap "mangsa" di internet ini boleh lakukan setakat ini hanya menghantar "message" atau pesanan kepada "suspek" atau penyagak itu bahawa urusan untuk mendapatkan pembalasan sedang di usahakan. Panjatkan satu "doa" kehadrat illahi semoga orang yang melakukan kerosakan ini di hukum dengan setimpalnya.

Jangan kita terlalu terdesak dengan keupayaan jasmani sahaja. Sebab "ruang" alam rohani ini amat luas tanpa batasan nya. Apabila dua individu itu sedang berinteraktif di dalam satu temurama "akal" fikiran, "jiwa" yang berada di sebalik jasad tubuh itu mempunyai getaran gelombang "otak" untuk menangkap kedudukan "subjek" yang masih aktif menyimpan memori perbualan di dalam benak fikiran nya. "Ingatan" ini boleh di kesan dengan pancaran elektromagnetik di antara dua "jiwa" ini. "Telepathy" ini bukan satu mitos. Ini mempunyai kaitan dengan "astral projection" dan "remote viewing" yang di amalkan para spiritualis untuk buat tinjauan. 

Melalui teknik ini lah pengamal mistik membuat rumusan jika kedudukan "alamat" jasad tubuh "target" yang di sasarkan dapat di kesan, kemungkinan, bantuan rohani untuk buat kiriman "sumpah" itu boleh di laksanakan. Sebab mereka akan mengunakan khidmat kourier "courier service" untuk menghantar "bungkusan" yang sudah di isim dengan mantera jampi. Jin dan syaitan yang di seru boleh memberi khidmat tersebut jika cukup "mahar" nya. 

Tetapi kita yang percaya dan taat kepada kekuasaan Tuhan sepatut nya tidak harus ketinggalan. Dunia alam suci lebih luas dari segala jin dan syaitan. Bukan kah Tuhan Zat yang paling tahu siapakah yang membuat angkara itu. Alam ahli "suci" masih sanggup untuk beri bantuan. Bukan hanya "jin dan syaitan" sahaja yang bertugas di ruang rohani ini. Di sini "jiwa" kita boleh memohon satu rancangan tidak balas untuk mendapatkan persetujuan Tuhan dengan "doa" yang di pinta. "Doa" ini bukan sekadar sebutan ayat sahaja. Segala persiapan perlu di sediakan dengan cukup kudrat dan iradat nya. Sebab Tuhan telah berjanji akan membalas amal perbuatan manusia setimpal dengan apa yang di lakukan. Janji inilah yang di tuntut dengan "hak" orang yang di aniayai. Sebab "doa" orang yang di aniayai di sambut Tuhan dengan lebih cepat. Di sini kita perlu mempunyai cukup perisian "iman" dan "ilmu" untuk buat persembahan itu.

Menyiapkan satu persembahan untuk mendapatkan perhatian alam rohani yang "suci" perlu ada "asas" nya. Sebab mereka tidak akan berpihak kepada kegiatan kemungkaran. Apa yang perlu di ketengahkan adalah "pembalasan" yang setimpal itu di tuntut dengan "hak" oleh pihak yang di aniayai. Ini bukan seperti "hukum karma" yang di pegang penganut Hindu. Tetapi sebagai orang Islam kita juga di beri Tuhan "hak" untuk dapatkan pembalasan apabila kita di aniayai. Apakah orang yang "mencuri" itu sepatut nya di lepaskan dalam hukuman hudud "Islam???? Tidak!!!! Mereka patut di hukum kerana perbuatan mereka yang keji itu. "Hukum hudud" ini adalah sesuatu yang wajid  kita laksanakan. Ini termasuk dalam urusan "sebab dan musabab" atau (cause and effect) alam semesta.       

Jadi "cara" kita melaksanakan "hukum hudud" ini mengikut apa yang "terdaya" oleh kita. Jika kita tahu buat satu "formula" hukuman yang setimpal. maka itu "hak" kita untuk kuat kuasakan perintah itu. Apakah "hukum hudud" ini perlu di istiharkan dan di wartakan sebagai satu "penal code" enakmen undang undang yang di "iktiraf" baru boleh di laksanakan???? Nampak nya kita sudah terlalu taksub dengan "globalisasi" sehingga kita terlupa dengan melayan banyak sangat "alasan" untuk melengahkan nya. "Hukum Hudud" tidak perlukan peniktirafan sesiapa untuk di laksanakan. Mungkin kita yang teraniaya boleh mendapat keadilan jika "suspek" itu dapat di cekup dan mengaku bersalah di mahkamah civil. Tetapi yang terlepas ini perlukah kita berpeluk tubuh. Mungkin kita tidak tahu cara nya maka kita serahkan saja kepada Tuhan untuk menguruskan nya. Jadi Tuhan di jadikan seperti "penguat kuasa" yang menjalankan tugas rondaan dan kita hanya duduk berpeluk tubuh sahaja. 

Setiap kemungkaran perlu di hambat dengan hukuman yang setimpal. Sebab Tuhan telah memberi kita kebenaran untuk menjalankan perintah "hukum hudud" nya itu. Tetapi kita asyik "menyerah" saja kepada Tuhan seperti haiwan yang di jajah dengan situasi keadaan. Manusia di beri kemuliaan untuk memegang "watak" "khalifah yang mengurus bumi. Jika kita tidak mempunyai "kuasa" untuk menangkap orang dengan "waran" tangkap, kita masih boleh melakukan sesuatu yang lebih "halus" dan cermat untuk melakukan satu tindak balas. Dunia kerohanian ini mempunyai banyak ruang untuk kita terokai. Jika "malas" jangan lah buat andaian untuk cukupkan syarat kemalasan kita sendiri itu. Cari lah di alam rohani ini di mana Tuhan sentiasa berada di situ untuk beri "petunjuk dan bimbingan". Sebab "alam" ini tidak memerlukan pertemuan secara fisikal (physical appearance). Kita boleh mencari sesiapa saja untuk buat tuntutan. Ini bukan kawasan yang boleh kita gunakan "dendam kesumat" dan "hasad dengki. Alam ini hanya khusus untuk orang yang teraniaya mencari pembalasan.   

Edit 12.6.14

Perhatikan setiap "wajah" yang kita tatapi. Jika ada "kelikhlasan" di dalam "hati" nya sudah pasti "seri muka" itu akan bersinar. Sebenar nya inilah apa yang Allah swt ingin melihat setiap kali hamba nya datang mengadap kepada Nya. Inilah cahaya "nur" yang ingin di lihat memancar di sanubari kita. Jika hamba Nya datang dengan "hajat" yang tertentu, "wajah" itu tidak akan bersinar malah akan "malap" di sebabkan keperluan itu. "Keikhlasan" adalah sesuatu yang di serahkan tanpa mengharapkan apa apa balasan. Tidak ada "hajat" lain melainkan hanya untuk serahkan "pujian" itu sahaja. Ketulusan itu adalah cahaya "hati" yang sangat tinggi. Di situ lah terpancar nya "seri muka" yang sejati.

Jangan lah sesiapa di antara kita yang mengharapkan "seri muka" ini akan bersinar jika "hati" kita itu mempunyai hasrat untuk dapatkan imbuhan. Walaupun Allah swt memerintahkan kita supaya "beribadat" kepada Nya, "ibadat" ini sebenar nya patut di lakukan bukan kerana "pahala" atau "shurga" yang di janjikan. Jika kita  "beribadat" kepada Nya kerana terpaksa, itu sudah pasti sesuatu yang tidak ikhlas. Tahap "keikhlasan" kita akan sentiasa di gugat oleh kaum jin dan syaitan. Mereka akan mengoda "jiwa" anak Adam yang memiliki "keikhlasan" ini. Itulah mengapa "seri muka" ini tidak selalu nya bersinar di "wajah" setiap manusia. Sebab manusia ini banyak keperluan nya. Ada saja "hajat" yang ingin di perolehi setiap kali bersua muka. 

Bolehkah kita pergi melawat atau berjumpa seseorang itu hanya kerana ingin bersua muka dan bertanya khabar??? Bukan kerana ada kepentingan tertentu??? Itulah mengapa "niat" kita di dalam "hati" menjadi sebab dari apa yang berlaku. "Niat" adalah sesuatu yang tidak boleh di palsukan. "Niat" ini lah sebenar nya "wajah" kita. Bukan "muka" yang kita pandang di cermin itu. 


"Muka" adalah sesuatu yang di tunjukan tetapi "wajah" adalah sesuatu yang di pandang. "Rupa" hanyalah satu corak baka genetik "nasab" kita dan bukan identiti sebenar diri kita. Apa juga bentuk dan corak yang di pamirkan jasad tubuh kita, itu hanyalah cermin "hati" di mana perasaan hawa "nafsu" kita itu cuba menonjolkan diri. Kita sebenarnya "buta" dan tidak pernah nampak diri kita sendiri. "Muka" yang kita nampak di kaca cermin hanya bentuk "rupa" kita yang terbalik. Cuba anda lihat sendiri kedudukan raut "muka" kanan berada di sebelah kiri jika kita berdiri melihat kehadapan. Refleksi cermin "muka" tidak pernah dapat menunjukan keadaan sebenar kedudukan diri kita.

"Jiwa" kita hanya boleh melihat sebahagian saja dari diri kita yang sebenarnya. Sebab yang sebahagian lagi tidak boleh melihat kerana ia "buta". Hanya si "bisu" sahaja yang boleh melihat untuk ceritakan keadaan di sebelah diri nya dengan anggapan dan andaian dari kepercayaan fahaman nya. Hawa "nafsu" kita tidak pernah tahu siapa diri nya yang sebenarnya jika ingatan "iman" tidak pernah tunjukan keadaan diri nya. Apa saja yang kita nampak masih menjadi "tanggapan" yang belum tentu pasti selagi ingatan "iman" tidak dapat "ilmu" yang memberi bukti dan fakta sebenar untuk di fahami. Jadi tugas ingatan "iman" kita sebenar nya akan sentiasa mendidik hawa "nafsu" kita yang "buta" itu untuk memahami. Selagi hawa "nafsu" kita ini tidak "faham", maka segala "ilmu" dari informasi maklumat yang di salurkan tidak akan membawa manfaat. 

Ingatan "iman" boleh melakukan apa saja perintah Tuhan kerana dia lah yang nampak segala "ilmu" itu. Tetapi "ilmu" itu perlu di fahami oleh hawa "nafsu" untuk dapatkan "perasaan" dari fahaman itu. Sebab "perasaan" adalah "hasil" dari imaginasi hawa "nafsu" yang "buta" itu. Kita kadang kala belajar dengan tekun untuk dapatkan "ilmu", tetapi jika "jiwa" hawa "nafsu" kita itu masih tidak mahu memahami, maka bimbingan dan didikan ingatan "iman" itu menjadi sia sia. Jadi, hawa "nafsu" yang "buta" dan "degil" ini perlu di asuh dengan ketaqwaan ingatan "iman" yang menjadi asas pengetahuan dalam memori kita. Ingatan "iman" kita ini perlu tekun mencari asas hakikat kebenaran untuk tundukan "kedegilan" hawa "nafsu" yang buta ini. Tanpa hakikat kebenaran, hawa "nafsu" ini amat sukar untuk memberikan "keyakinan" di mana perasaan "taqwa" itu tercurah. 

Allah swt mahu melihat hawa "nafsu" kita ini datang mengadap dengan penuh rela dan keikhlasan. Sebab di satu ketika dahulu, "jiwa" hawa "nafsu" ini pernah di tanya, "Bukan kah Aku ini Tuhan Kamu????" Tetapi kedegilan hawa "nafsu" ini tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan. Sebab hawa "nafsu" yang buta ini tidak dapat melihat dan tidak mahu "iktiraf" ada nya Tuhan tanpa bukti yang nyata. Tetapi Allah swt Maha Mengetahui akan segala apa yang di ciptanya. Apabila hawa "nafsu" itu tidak di beri makan hanya satu hari sahaja, barulah hawa "nafsu" ini "sedar" akan kekuasaan Allah swt dan mengaku akan kewujudan Nya.

Jadi kita manusia sebenarnya mendidik hawa "nafsu" ini sehingga ia tunduk dan akur dengan kesedaran fahaman yang tulin. Pengetahuan "jiwa" ingatan "iman" masih tidak lengkap jika tidak berhasil memimpin "jiwa" hawa "nafsu" itu untuk bersama dalam satu "makrifat" yang tulus. Segala amal ibadat kita tidak akan lengkap jika "jiwa" hawa "nafsu" ini tidak hadir dalam jemaah itu. "Ilmu" pengetahuan ingatan "iman" kita perlu ada perasaan "rasa" di dalam setiap huruf yang kita lafaz.  "AllahuAkhbar!!!! Amat mudah untuk ucapkan pujian itu tetapi jika kita hanya sebut tanpa "ilmu" tentang kebesaran Nya, maka kita tidak akan "rasa" kebesaran itu dengan sebenarnya. Memuji kepandaian seseorang itu tanpa mengetahui apa kepandaian nya itu tidak tulus dan ikhlas. Malah itu sebenarnya "hipokrit" untuk bermuka muka.

Bagaimana agak nya kita boleh pastikan "perasaan" hawa "nafsu" itu timbul dengan penuh "pengetahuan" ingatan "iman" di setiap "ilmu" yang kita miliki. "Kefahaman" ini sebenarnya adalah "MATA" yang kita berikan kepada hawa "nafsu" kita yang "buta" itu dari "ilmu" pengetahuan ingatan "iman" yang bisu ini. Apabila si "buta" tidak dapat melihat,  si "bisu" perlu menghulurkan informasi maklumat melalui pandangan "ilmu" nya. Kebijaksanaan ingatan "iman" ini mendidik hawa "nafsu" akan menghasilkan tahap "keimanan" yang lebih tinggi di mana "keyakinan" itu akan lebih kukuh supaya tenaga" cengkaman graviti tarikan bumi hawa "nafsu" yang berpaut pada "fahaman" nya tidak akan terlepas atau terlerai. 

Dewan fikiran kita akan selalu di ziarahi oleh imaginasi hawa "nafsu" yang buta ini. Memori ingatan "iman" yang menyimpan segala "ilmu" pengetahuan perlu mencegah atau menghalang sesuatu kemungkaran yang akan di persembahkan di dalam pentas fikiran kita. Jika ingatan "iman" kita tidak mempunyai perisian "ilmu" hakikat kebenaran tentang risiko dan akibat yang akan menimpa, jika kemungkaran itu di jadikan lakonan tayangan hasrat keinginan hawa "nafsu" yang buta itu. Jiwa "hawa "nafsu" akan selalu merujuk kepada ingatan "iman" nya untuk jelaskan hasrat nya dengan imaginasi di dewan fikiran. Jika ingatan "iman" itu bersetuju untuk bersekongkol dengan kemungkaran hawa  "nafsu" itu dengan satu kepercayaan yang "palsu" yang di hebahkan, maka tubuh manusia ini telah melakukan satu "dosa" yang akan di pertangung jawabkan.

Jadi, tanpa "ilmu" ketuhanan, kita manusia akan hanyut di heret desakan hawa "nafsu" sehingga kepercayaan ingatan "iman" kita terpesong dengan tipu muslihat kemungkaran. Tidak semua ingatan "iman" akan beriman kepada Tuhan yang Maha Esa. Ada yang beriman kepada jin dan syaitan sebagai penganut nya. "Kepercayaan" kita yang di jadikan pegangan ingatan "iman" adalah hala tuju setiap langkah kita di atas muka bumi ini. "Fahaman" yang di rasai hawa "nafsu" itu yang mencorak ingatan "iman" kita untuk di jadikan amalan hidup setiap kelakuan perangai budi pekerti. Sebab yang akan menjalani seksa kubur nanti adalah "perasaan" dan "ingatan" ini semasa menunggu hari perhitungan. 

"Ingatan" kepercayaan "iman" dan "fahaman" perasaan hawa "nafsu" kita menjadi asas segala perbuatan yang akan di hisab nanti. Dengan "ingatan" dan "fahaman" itu kita akan sebutkan "niat" untuk melakukan sesuatu. Sebab setiap perbuatan kita di sertakan "niat" dari "ingatan" dan "fahaman" ini. Dengan "ingatan"dan "fahaman" ini juga kita mencari Tuhan untuk berada di dalam "pengetahuan" Nya. Wujud nya Tuhan di dalam "ilmu" Nya dan kita yang mengakui ada nya Dia, perlu "letak" kewujudan itu di dalam perasaan fahaman "hati" dan fikiran ingatan "akal" untuk merasa kehadiran Nya. Walaupun Tuhan di katakan tidak bertempat tetapi kewujudan Nya perlu di hasilkan dengan ADA nya Dia. Sebab sebagai manusia yang mempunyai banyak kelemahan ini, Tuhan tidak pernah menyukarkan kita untuk menerima kewujudan Nya. "Aku berada di mana mana dan Aku lebih dekat dari urat leher mu." Tidak perlu kita mencari gambaran di mana Dia untuk yakinkan kehadiran Nya. Sebab "ilmu" Tuhan akan merakumi setiap "ingatan" dan "fahaman" kita dengan "ruh" yang di tiupkan dari Diri Nya. 

"Ruh" itu lah yang tahu di mana Tuhan untuk persembahkan "ingatan" dan "fahaman" kita itu. Sifat "wujud" tidak boleh di padamkan oleh sifat Tuhan yang lain. Sebab ini yang paling utama untuk kita beriman kepada Nya. Soal di mana tidak perlu di soal siasat kerana akan merosakan keimanan kita itu dengan segala andaian dan tanggapan yang belum tentu pasti. Itu lah mengapa "ruh" itu masih menjadi misteri yang belum terjawab. Jika "ruh" itu masih menjadi teka teki, apatah lagi kita ingin persoalkan di mana Tuhan. Kita perlu cari cara yang lebih mudah dan selamat dari mencebur kearah yang lebih rumit. Tuhan tidak akan kurangkan "martabat" kita jika kita tidak tahu di mana Dia. Tugas kita hanya pastikan kewujudan Nya ada di dalam "ingatan" dan "fahaman" kita.

Edit 24.6.14

Untuk mencari jawapan di "mana" ini, kita kena pulang kembali di ketika kita masih "janin" lagi. Pernah kah kita terfikir di "mana" kita sebelum kita di lahirkan ke dunia ini??? Jika kita tidak tahu di "mana" kita, boleh kah kita mengetahui di "mana" Tuhan??? Jiwa rohani kita sebenar nya "hermaprodit" sebelum jasad tubuh kita itu terbentuk dengan kelamin jantina lelaki perempuan nya di 40 hari pertama. Sebab itu "homoseksual" masih menjadi kenyataan di alam realiti ini sebagai aktiviti seksual. Benih "zygote" yang melekat dengan "alaq" pada chromosome telur ibu dari benih chromosome bapa kita sebenarnya adalah "pilihan" kita sendiri. "Stem sel" yang memilih untuk wujud di realiti ini semasa kita masih zarah "partikel" tersembunyi di alam dunia kita sendiri. Kita buat "pilihan" itu sebab "peluang" itu telah di hulurkan sebagai kesempatan. "Peluang" itu datang dari kuasa "sebab dan musabab" yang di serah kuasa (attribution) sebagai "amanah" untuk mentadbir keharmonian sejagat. "Peluang" nasib yang datang dari kehuru haraan (random chaos) rawak, perlu di atur dengan "pilihan" yang kita buat itu. Secara genetik, deoxyribonucleic asid ibu bapa kita yang mempengaruhi "pilihan" kita untuk menjadi "lelaki" atau "perempuan" apabila "ruh" itu di tiup untuk di lahirkan sebagai seorang manusia.

Kita berada di antara hawa "nafsu" dan ingatan "iman" untuk buat "pilihan" itu dan jadikan apa yang ada pada kita sekarang. Chromosome hawa "nafsu" sifat "perempuan" untuk "faham" dan chromosome sifat "lelaki" untuk "ingat" apa sebenarnya diri kita. Dengan kedua molikiul kimia dan elektrikal itu, kita menempah untuk jadi seorang yang mempunyai tingkah laku keperibadian. Kita masih mempunyai naluri itu untuk "faham" dan nurani itu untuk "ingat" apa yang berlaku di sekeliling kita. Hawa nafsu" kita akan selalu cuba "faham" sebab saudari ini "buta" dan nurani "iman" kita akan selalu cuba "ingat" sebab saudara ini "bisu". Jalinan hubungan ini perlu bernikah dengan "hijab kabul" pasangan suami isteri. Pernikahan keramat itu masih menjadi kemelot pahit manis di dalam diri kita untuk merebut "identiti" siapa sebenar nya kita. Periksalah diri anda sendiri untuk mengetahui jalinan hubungan itu masih kekal bersama. 

Dapatkah kita tanya di "mana" Tuhan apabila kita sendiri tidak tahu di "mana" kita dahulu???? Yang "wujud" sekarang hanya kesedaran ini dan di situlah pengetahuan Tuhan itu berada. Jika kita tahu di "mana" kita sekarang, mustahil Tuhan tidak tahu!!!! Pengetahuan ini lah "bukti" wujud" nya Tuhan di setiap masa. Tetapi kita harus "faham" dan "ingat" di dalam setiap masa itu untuk berada bersama nya. "Dhaif" dan "lupa" inilah yang memisahkan kita daripada Nya. Dapatkah kita mencari Diri Nya apabila kita "leka" dan "lupa"???? Hanya dengan "faham" dan "ingat" sahaja kita boleh mencari di "mana" Dia. Sebab Tuhan akan sentiasa mendidik dan mengajar kita untuk menuju kearah Diri Nya. Tidak ada kuasa dari sekalian "makhluk" yang boleh menghalang jika Allah swt "berkenan" untuk memberi Petunjuk Nya.  Bukan kah Rasulullah pernah berada di sisi Nya???? Apakah itu satu yang mustahil untuk kita mengetahui??? Serahkan jiwa dan raga kita kepada Nya sebagai seorang yang Menyerah diri!!!! Mintalah petunjuk!!!! Sebab Tuhan telah berkata" Jika hamba ku datang kepada ku dengan berjalan, Aku akan pergi mendapatkan nya dengan berlari!!!!" Dia tidak pernah bersembunyi. Kita yang menghindarkan diri. Sebab tidak "faham" dan tidak "ingat" !!!!!!!!!!

Edit 28.6.14

Hawa "nafsu" kita akan sentiasa ingin "faham" segala "perasaan" nya dan ingatan "iman" kita akan selalu perlu "ingat" segala "ilmu" pengetahuan nya. Inilah "suami isteri" yang selalu ingin membina mahligai bahagia seperti mana Adam dan Hawa dahulu dengan "niat" nya. Bukan kah Hawa di jadikan dari rusuk kiri Adam di mana "hati" kita itu berada. Bukan kah di situ ada "perasaan" yang sentiasa ingin "faham"??? Cubalah perhatikan "hati" kita itu yang sentiasa mencari "rasa". Kita melangkah kemana saja untuk merasa segala nikmat yang ada. Sejak kita lahir ke dunia ini, kita sudah mencari dengan lima panca indera yang di beri. Kita ingin "faham" apakah segala gala ini dengan kebutaan kita.

Tetapi setelah "akal baligh" kita mula sedar akan segala "risiko dan akibat" apabila ingatan "iman" itu di kuat kuasakan. Kita mula "ingat" akan "diri" kita ini yang berada di atas muka bumi ini. Jadi "akal" adalah "mata" dan "ilmu" itu yang melihat. Kita perlu "faham" dan kita perlu "ingat" segala apa yang kita lalui baharulah kita "sedar" di alam realiti ini. "Niat" yang kita terapkan masih di dalam kegelapan itu. Kita belum tentu pasti apakah "hasil" nya dari segala rekaan dan rancangan "niat" kita itu. Apabila kita mula melangkah mencari "bukti" kenyataan dengan perbuatan kita, maka Tuhan akan "tunjuk" kan realiti itu dengan kekuasaan Nya. Jadi yang menjadikan realiti ini sebenarnya adalah "doa" kita yang telah di perkenankan Tuhan.

Tetapi malangnya, banyak yang menganggap perbuatan yang mereka lakukan adalah keupayaan mereka sendiri. Kita masih tidak kenal "kudrat dan iradat" itu kepunyaan siapa. Kita mendabik dada dan mengaku "aku" yang buat itu dan ini, tetapi sebenarnya kita hanya berniat dan berdoa. Cuba lah kita perhatikan kuasa "suara" yang kita sebut dengan setiap perkataan. "Nak Mee Goreng" maka sekejap lagi sampai "mee goreng" itu. "Nak air Kopi" maka sekejap lagi sampai air kopi itu". Dapatkah kita merasa segala nikmat itu, jika kita tidak boleh bersuara atau berdoa????? Jika Tuhan tidak ada di situ, seutas "mee goreng" dan seteguk "kopi" pun kita tidak dapat menjamah.

Jadi mengapa kita menafikan kewujudanNya di realiti ini?????? Kita tidak mahu "faham" dan kita tidak mahu "ingat" akan nikmat yang di berikan. Mengapa kita masih bertanyakan di "mana" sedangkan Dia wujud di mana saja kita berada. Bukan kah kita itu BUTA kerana tidak "faham"?????? Bukan kah kita itu "BISU" kerana tidak "ingat" kebingungan????  Jika kita sudah tahu Tuhan itu wujud di mana saja, dan tahu "kudrat dan iradat" itu satu anugerah yang sangat berharga untuk kita mencapai segala hajat, maka "KEMBALIKAN" segala pujian itu kepada Nya. Sebut nama Nya di setiap perbuatan yang kita lakukan dengan "BismillahirRahmanirRahim". Sebab di setiap kelakuan kita akan ada Baba Rahman dan Babu  Rahim di situ yang menuntut dengan "niat" di mana Rasulullah menjadi "saksi" Nya. Kita ini umat Muhammad dan patut menerima martabat "seru sekalian alam" dari baka benih DNA Rasulullah. Pasangan "suami isteri" itu perlu di "walikan" oleh Rasulullah sebagai umat nya.

Tetapi jika kita tidak mengaku dan tidak pernah menjadi "saksi" ada nya Tuhan dan Rasul Nya, maka kita sebenarnya "hanyut" di tolak arus hayal kemabukan jin dan syaitan sebagai pengikut nya. Kita bergolek seperti roda yang bergulong dengan "tabiat" yang ketagih. Tayangan hidup seperti vidoe tape yang di "replay" atau ulang tayang berulang kali. Tidak pernah kita mahu "berhijrah" untuk mencari kejayaan. Rutin harian sudah seperti satu "cetakan" yang tidak boleh di ubah sedangkan alam ini sentiasa berubah bentuk dan wajah tetapi kita masih begitu tidak berganjak. Bangunlah wahai bangsa ku!!!! Bangkitlah dari di jajah oleh pemikiran yang sempit yang mengongkong kebebasan "akal" fikiran kita untuk mencari "ilmu" ketuhanan. Kita asyik bertelagah tentang kebenaran ajaran yang di miliki. Kita membenci sesama sendiri. Siapa kah yang benar masih belum boleh di istiharkan selagi kita belum sampai di penghujung jalan "ilmu" pengetahuan. Tidak sesiapa boleh masuk bakul angkat sendiri!!!!! 


Mungkin kita telah terlupa bahawa tidak sesiapa dapat beribadat kepada Nya melainkan telah mendapat "keizinan" dari keredaan Nya. Jadi jangan lah kita berlagak "sombong" dengan segala "ilmu" pengetahuan yang kita perolehi. Kita tidak mungkin dapat mengenal Tuhan jika Tuhan itu sendiri tidak memberi segala petunjuk. Tugas Rasulullah yang membawa "utusan" itu memerlukan taufik dan hidayah untuk di terima oleh orang orang yang di "pilih" oleh rahmat Nya. Tidak sesiapa boleh buat seseorang itu "beriman" melainkan Tuhan yang menentukan. Maka bershukurlah jika kita berada di dalam kalangan orang orang yang mendapat petunjuk ini. Dua talian Allah dan Rasul ini tidak boleh terputus dengan "pendapat" orang lain walaupun dia di iktiraf sebagai seorang "ulama" yang terkemuka. Sebab "agama" ini hanya kepunyaan Allah dan Rasul dan tidak sesiapa dari kita boleh membuat "fatwa" jika tidak mengikut landasan Allah dan Rasul.

"Wajah" yang akan kita hadapkan pada Allah swt mesti mempunyai "seri muka" Rasulullah. Jika tidak "wajah" itu tidak akan di pandang untuk di lihat. Pernah berlaku satu peristiwa di mana seorang "alim" sedang duduk bertafakur memuji kebesaran Allah dan berlalu di situ seorang yang sedang mabuk memegang botol arak di kedua tangan nya. Maka orang mabuk itu ternampak orang alim itu sedang berzikir memuji kebesaran Allah swt lalu mengangkat kedua tangan nya yang di gengam botol arak itu untuk berdoa kepada Allah swt. "Ya Allah!! Engkau Pandang lah Aku!!!" Terkejut dengan kelakuan orang yang mabuk itu, si "alim" ini bertanya, "Apa kelebihan engkau sehingga engkau minta Allah memandang pada diri mu!!!" Si "mabuk" itu menoleh ke arah si "alim" itu lalu berkata. "Jika Allah pandang aku dalam sekelip mata nescaya aku akan beribadat kepada Nya seumur hidup ku!!!" Menitis air mata si "alim" itu apabila dia terdengar bikisan hati seorang yang dhaif dan merana itu. Si "alim" itu sedar bahawa dia tidak pernah ketahui rahsia itu walaupun dia seorang yang rajin beribadat. Bagaimana orang yang seperti si "mabuk" ini boleh mendapat "ilmu" yang tidak pernah di terima oleh si "alim" ini.

Tuhan yang Maha Melihat tidak akan memandang "wajah" orang yang tidak mempunyai "wajah" Rasulullah. Setiap benih Adam bermula dari sulbi Rasulullah. Inilah tulang tonkeng (coccyx) yang mempunyai deoxyribonucleic acid setiap baka keturunan nya. "Nur" Muhammad tersembunyi di dalam setiap anak Adam yang hidup di bumi ini. Inilah yang memberi kita kuasa sebagai seorang "khalifah"  di atas muka bumi ini. Jika cahaya itu malap dan tidak bersinar "seri muka" nya, maka orang itu akan di jadikan "hamba" kepada "bumi" ini. Amal perbuatan nya hanya untuk jasad tubuhnya.  Dia sama seperti binatang dan haiwan yang melata itu. Jika "jiwa" nya tidak pernah "israq dan miqraj" menaiki langit yang teratas untuk bertemu Tuhan nya, maka nilai harga diri nya sebagai "identiti" itu tidak akan di iktiraf sebagai "warasatul anbiah" yang di jemput. Di sinilah "laduni" itu di curahkan untuk mengetahui rahsia alam yang tersembunyi. Cinta kita pada Muhammad Rasulullah itulah cahaya yang memancar di dalam rongga sanubari kita untuk menerima "utusan" yang ghaib. Biar kita "hina" di pandang di khalayak ramai, tetapi di sambut mulia di sisi "jemaah" yang suci dan berilmu. Apa guna "nama" kita itu jika nama Muhammad tidak pernah di sebut. Bukan kah Tuhan telah memberi segala nikmat yang ada itu kepada Rasulullah dan sesiapa yang ingin dapatkan nikmat itu perlu mencintai diri Rasulullah ini. Sebad dia adalah KEKASIH Allah swt.

Cinta yang pernah kita "jamah" di dunia ini hanya sepercik dari cinta Allahswt kepada Rasulullah. Dan kita sebagai Umat dan baka "nasab" nya berhak menuntut "hak" itu. Sebab Rasulullah mengibarkan panji panji "Laillahaillallah" yang paling di sukai Allah swt. Tanpa Rasulullah tidak sesiapa dapat mengenal Allahswt. 
 Maka carilah diri Rasulullah ini sehingga kita dapat bertemu dengan nya. Di situ tersembunyi segala rahsia ghaib yang tidak pernah di sebarkan kepada pengetahuan umum. Malaikat Jibri, Mikail, Israfil dan Israil tidak akan berurusan dengan orang yang tidak mempunyai "wajah" atau sifat Rasulullah. 

Edit 14.7.14

Persoalan yang perlu di tanya, apakah orang melayu di bumi Malaysia ini semua nya Islam??? Walaupun "nama" mereka seperti nama orang Islam, tetapi tidak semua nya mengikut dan mengamalkan peraturan agama Islam. Amalan "judi" telah menjadi seperti "darah daging" dan berketurunan. "Dadah" sudah jadi semakin kronik di kalangan penagih yang tegar dan mula membiak pada golongan "hantu" kota raya. "Mencuri, meragut, merompak dan merempit di kalangan remaja semakin berleluasa. "Penipuan" telah menjadi satu kepakaran yang mesti di miliki. "Fitnah dan tomahan" di jadikan hasutan untuk lepaskan "hasad dengki" dan "iri hati" di dalam "jiwa" sanubari mereka. "Puasa" bukan lagi jadi ibadah yang wajib di amalkan. "Masjid" telah menjadi gelangang parti politik untuk pengikut nya mencari pengaruh.     

Jika "siddik, tablik, amanah dan fatanah" tidak ada di dalam "jiwa" jasad tubuh yang bernama Islam, mungkin kah kita dapat mengenal Rasulullah yang memperkenalkan Allah swt kepada kita. "Agama" sudah di jadikan lambang untuk berpecah belah dan berbalahan. Yang bersongkok dan bersarban tidak lagi menunjukan "kelakuan" yang berakhlak mulia. Bagaimana mungkin yang "kafir" itu boleh nampak kesucian Islam jika yang di namakan "muslim" itu tidak pernah menunjukan kemuliaan nya. Siapa lagi yang boleh menunjukan ada nya Tuhan jika bukan kita orang Islam itu sendiri dengan mengamalkan sunnah Rasulullah di khalayak ramai????  

Bukan kah kita sepatut nya menjadi "saksi" itu dan membuktikan nya???? Tetapi jika Allah dan Rasul itu di sembunyikan dan di bungkus dengan amalan "jahiliah" di khalayak ramai, dapatkah kaum "kafirin" itu mendapat taufik dan hidayah??? Penyakit ini perlu di ubati di kalangan orang Islam itu sendiri. "Masjid" sudah tidak sesuci dulu lagi. "Imam" dan "Khatib" sudah di beri "gaji" sebagai satu tugas yang di bayar. Mereka berkhutbah bukan sebagai "pendakwah" yang ikhlas. "Burung kakak tua" ini tidak lagi bersuara dengan "taufik dan hidayah" yang turun dari Allah dan Rasul Nya. "Akal" kita sudah di cetak untuk menerima acuan yang di kehendaki.

Apakah mereka mempunyai "seri muka" yang boleh kita pandang dengan kekaguman????

Edit 7.8.14 

"Seri muka" memerlukan sinaran "wajah" dari jiwa nya. Sebab "muka" adalah hasil dari pancaran bahang "api" hawa "nafsu" dari perasaan nya dan "wajah" adalah hasil dari pancaran "nur" ingatan keimanan nya. Perasaan kita adalah bahan tenaga biokimia dan ingatan fikiran kita adalah tenaga eletrikal cahaya. "Seri" memerlukan cahaya yang lebih terang dan bersinar. Cahaya "nur" inilah "ilmu" hakikat yang kita miliki bukan helah tipu muslihat yang samar. Sebab "muka" ini sentiasa berbohong dan tidak selalu nya jujur. Tetapi "wajah" terlalu jujur dengan diam malu nya. Kewarasan akal fikiran kita boleh terjejas apabila di selubungi "perasaan" hawa nafsu. Di situlah "muka" akan hangus terbakar dengan kegelapan nya. Tetapi "wajah" akan berseri apabila kewarasan ingatan "iman" di cucuri "ilmu" yang hakikat.

Namun, cahaya ini boleh terpadam apabila di lindungi kegelapan asap awan "dukhan" haba api. Kesedaran kita boleh hanyut di tolak arus hawa "nafsu" apabila "perasaan" menguasai diri kita. Perasaan kita tidak akan "faham" selagi fikiran tidak pernah "ingat" keadaan diri kita.

Edit 17.8.14

"Muka" kita ini boleh kita ubah suai dengan pelbagai aplikasi "perisian" yang tertentu. Kita boleh gunakan "makeup" sebagai topeng dan yang tercangih "botox" untuk nampak muda dan segar. Ada pulak yang buat ubah suai dengan bedahan plastik untuk "makeover" atau "renovate" muka itu. Jadi "muka" bukan asas yang kukuh untuk kita buktikan sebagai "identiti" diri kita. Muka hanya "topeng" persembahan yang di gunakan di atas pentas lakonan. Tetapi "wajah" kita tetap begitu dengan "watak" identiti dari "jiwa" nya yang tersembunyi. Manusia mengunakan "muka" untuk tunjukkan "wajah" dari watak mereka untuk di persembahkan.

Kebanyakan kita mudah terpedaya dengan "muka" ini dari "wajah" nya sebenar. Mereka lebih utamakan "topeng" dari hakikat sebenar "identiti" seseorang itu. Sebab itu banyak yang tertipu dengan helah muslihat "muka" ini. Tetapi "wajah" sebenar kita sangat memerlukan cahaya "nur" dari "ilmu" pengetahuan. Jika "ilmu" pengetahuan telah di isi sepenuhnya, "wajah" ini akan berseri dengan keyakinan nya. Cuba pandang "wajah" orang yang "yakin" dengan hakikat kebenaran nya dan bandingkan dengan "muka" yang sentiasa dalam kebingungan. "Muka" kita ini sebenar nya buta dan "wajah" kita ini bisu. 

Setiap manusia akan melangkah di atas bumi ini dengan dua "watak" yang berbeza. "Muka" dan "wajah" ini akan sentiasa mainkan peranan nya. Yang satu akan tunjukkan watak kesempurnaan nya yang palsu dan yang satu akan sembunyikan hasrat hakikat nya yang sebenar. Sebab itu Tuhan memandang "wajah" bukan "muka" seseorang hamba Nya. "Muka" hanya kebentukkan biologi dari baka nasab nya yang boleh di ubah suai dengan kepalsuan. Jasad kita ini hanya "tanah" yang sentiasa berubah bentuk asal nya. Itulah mengapa "jasad" ini bukan fakta untuk di jadikan bukti pada "identiti" diri kita. Ia hanya satu "pakaian" yang di sarung pada "jiwa" kita untuk di persembahankan. 

Amat perlu kita ketahui bahawa "muka" ini yang menunjukkan "wajah". "Wajah" ini lahir dari "perasaan" jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman". "Perasaan" dan "ingatan" kita ini sebenar nya adalah "wajah" sebenar diri kita. "Muka" hanya menunjukkan perisian jiwa itu. Manusia boleh beri senyuman yang palsu dan boleh ucapkan perkataan yang bohong dengan lakonan "muka" dari jiwa nya. Tetapi "seri muka" ini memerlukan "wajah" dari jiwa yang suci dan bersih. Jiwa hawa "nafsu" ini mempunyai perwatakan yang buruk dan perlu di serikan oleh peribadi ingatan "iman" yang suci.  Jika kita pandang "muka" orang yang tidur atau yang mati, di situ tidak ada seri nya yang sebenar.

Edit 5.9.14

Sains kerohanian ini perlu memiliki daya pemikiran yang kuat untuk menyelami lautan yang amat dalam. Mungkin kebanyakan kita beranggapan bahawa "agama" itu hanya "sejarah" yang perlu di "hafal" untuk di ulang kajikan di masa depan untuk pengetahuan umum. Islam tidak pernah menyuruh kita jadi seperti burung kakak tua yang mengulangi segala "ilmu" yang di pelajari dalam agama tetapi tidak perlu mengamalkan nya. Sebalik nya Islam sebenar nya memerlukan "akal" fikiran yang kuat untuk mengupas segala "hikmat" yang tersembunyi di sebalik segala "ayat" yang di utus untuk di praktik kan. Tidak gunanya kita pandai menceritakan "sejarah" di masa silam sedangkan "wawasan" masa depan tidak pernah terbukti dengan gambaran demonstrasi nya. Apakah "akal" yang di berikan kepada manusia itu hanya untuk mengenal "sejarah" yang telah berlaku?????? Urusan di masa depan tidak boleh di tenung pandang. Kita ASYIK DI SURUH TENGOK KEBELAKANG. Mengapa Islam menyuruh umat nya pandang ke belakang sedangkan kita patut pandang ke depan???? Apakah muslihat toh guru dan pak ustaz atau ulama yang menetapkan begitu????? Apakah kerana "ilmu" mereka hanya setakat itu, dan melarang manusia mengunakan "akal" kita untuk membongkar segala "ilmu" yang Tuhan jadikan yang berlainan dari fahaman mereka???? 

Yang pakar Al Quran akan pastikan mereka mempunyai pengikut yang boleh di jadikan anak murid nya.  Huruf dan Suara di jadikan asas membaca Al Quran tapi erti dan maksud belum di terjemahkan.. Yang pakar Hadith akan pastikan hujjah mereka di terima pakai sebagai pegangan hidup. Islam di beratkan pada "hukum" dan di lihat sangat agresif untuk buat "hukuman" semata mata. Tetapi kasih sayang Islam di kuburkan dan di kafankan untuk di kebumikan. Tidak ada yang cuba tonjolkan "akhlak Rasulullah" yang amat pengasih dan penyayang!!!!!! "Akal" manusia di sekat dan di tambat untuk menghalang mereka memikirkan kehebatan Tuhan Yang Mencipta Alam ini. Hanya mereka sahaja boleh buat begitu dan yang lain akan di hambat dengan "hukum" dan "sesat" jika kita melangkah keluar dari kepungan batasan mereka. Apakah "akal" yang di beri kepada manusia itu mempunyai batasan fikiran nya???? "Akal" hanya satu perkakas untuk mendapatkan "ilmu" sebagai bahan fikiran nya. "Ilmu" ini datang dari taufik dan hidayah yang di beri Tuhan. Jika kita halang "akal" itu untuk berfikir, maka kita halang "ilmu" itu sampai kepada kita. Hanya jin dan syaitan sahaja yang menghalang manusia mengunakan "akal" fikiran nya. Al Quran dan Hadith hanya di ambil dengan huruf dan suara sahaja. Bukan "ketaakulan" atau "kefahaman" pada "ilmu" yang terkandung di dalam risalah yang di sampaikan. Huruf dan suara bukan "ilmu" yang di maksudkan tetapi "kefahaman" itu. Sebab "bahasa Tuhan" bukan huruf dan suara.

Mereka sengaja sembunyikan "ehsan" yang ada di dalam agama Islam. "Mengaji" dan Mengkaji" adalah dua perkara yang berbeza. Islam di lihat hanya untuk "mengaji" tetapi bukan untuk "mengkaji" apa yang ada pada "ilmu" yang di sampaikan. Tanpa "ehsan" ini amal ibadat kita akan pincang dan tercela. "Ehsan" ini sangat penting dalam pembangunan jiwa rohani kita. Kesucian rohani tidak pernah di terapkan sebalik nya hanya jasmani yang menjadi keagungan. Iblis laknatullah akan sentiasa mengalakkan umat manusia agar sentiasa mengagungkan jasad tubuh atau huruf dan suara nya. Sebab jasad tubuh itu akan musnah di mamah tanah  dan huruf dan suara itu akan lenyap bila kita mati nanti dan "jiwa" manusia ini akan terumbang ambing tidak keruan. Apakah kita tidak boleh mengenal "jiwa" rohani kita ini yang sejati????? Inilah "jiwa" yang akan kita bawa balik nanti, yaitu "ilmu" kefahaman kita!!!! Jika kita tidak kenal akan "diri" kita ini, bagaimana mungkin kita dapat mengenal "identiti" kita yang sebenarnya???? Kita hanya di galakkan "berlakon" di khalayak ramai namun "niat" di dalam "hati" masih di curigai dan di ragui. Kita di arah berbohong pada diri kita sendiri dan menipu Tuhan. Iblis seperti ini sangat berleluasa di merata tempat.

Rahsia "seri muka" ini tersembunyi di antara "muka" dan "wajah" kita. Jika kita boleh "nikah" kan mereka berdua untuk jadi suami isteri yang di "hijab kabul" kan dengan "sah", maka "seri muka" itu akan menyerlah dan sesiapa saja yang memandang akan tunduk dan akur dengan kesucian nya. Tidak perlu kita pergi cari "bomoh" atau "dukun" untuk pasang "seri muka" ini. Apa yang di perlukan di sini hanya "kesetiaan" kita sahaja pada  "jiwa" diri kita itu. Kita terlalu sangat menjadi "pengikut" kehendak dan keinginan orang lain dan amat jarang untuk sempurnakan kehendak diri kita sendiri. Pengaruh luar terlalu kuat untuk kita laksanakan sehingga kepentingan "jiwa" kita itu selalunya terabai. 

Namun, sebelum itu kita perlu bersihkan dahulu "tahta" diri kita itu. Terutama sekali adalah "hati" yang kita gunakan untuk melakukan segala perbuatan. "Hati" ini kepunyaan hawa "nafsu" yang bersuara dengan "perasaan" dan "minda" adalah kepunyaan "iman" yang berfikir dengan "ingatan" nya. Degupan jantung "hati" ini mempunyai rahsia yang tersembunyi yang perlu kita ambil tahu di mana darah yang mengalir membawa "nafas" udara oksigen itu masuk kedalam otak "minda" untuk kita berfikir. Mengapa "hati" ini perlu di bersihkan????? Rasulullah sebelum menerima "wahyu" telah di cuci "hati" nya oleh Malaikat Jibril as. 

Kita sering terdengar suara "hati" ini berkata kata dan "ingatan" kita perlu selidik jeritan dan desakan suara "hati" ini sebelum suara "niat" itu di sebutkan dengan perkataan untuk "menempah" kejadian realiti. Perlu kita ketahui bahawa Tuhan sentiasa mendengar suara "niat" yang di lafazkan dengan perkataan untuk "perkenankan" kejadian realiti. Tapi apakah kita sudah cukup "kuat" untuk menambat keinginan hawa "nafsu" ini??? Sengketa "jiwa" di antara hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini bukan sesuatu yang mudah untuk di selesaikan. Melainkan kita sudah mempunyai cukup "ilmu" untuk mengawal keadaan nya. Sebab hawa "nafsu" boleh berhujjah dengan "dalil" nya dan ingatan "iman" perlu mempunyai "alasan" yang munasabah dan "shahih" untuk menambat nya. Tanpa "ilmu" kita tidak mungkin dapat mengatasi "hujjah" dan "dalil" hawa "nafsu" itu. Sebab hawa "nafsu" mempunyai "penasihat" sebagai "peguam" nya yaitu Iblis dan syaitan.

"Hujjah" dan "dalil" Iblis dan syaitan ini amat cangih dan bernas dengan keinginan hawa "nafsu" yang buta itu. Mereka boleh tunjukkan "bukti" dan "fakta" sebagai "logik" untuk fikiran "minda" terpedaya untuk menerima nya. Mereka selalu nya mengunakan "sejarah" sebagai rujukan supaya kita menoleh ke belakang untuk jalan ke depan. Setiap huruf dan suara itu ada "erti dan maksud" nya yang perlu kita ambil sebagai fahaman kita. Bunyian huruf dengan suara nya hanya untuk hawa "nafsu" yang buta mendengarnya tetapi "erti dan maksud" adalah untuk ingatan "iman" menyerapkan sebagai "ilmu" pengetahuan nya. Jika kita asyik terlena dengan huruf dan suara tetapi tidak memahami "erti dan maksud" nya, kita sebenar nya hanya "mengaji" tetapi bukan "mengkaji" segala "ilmu" pengetahuan itu. Kesan pada "jiwa" rohani tidak akan tersentuh dan tahap keimanan kita akan tergugat. Yang menjadi benteng pertahanan diri kita adalah ""ilmu" kefahaman kita. Tuhan tidak memandang huruf atau suara tetapi hanya "kefahaman" kita atau "ilmu" itu yang kita miliki. "Fahaman" inilah "wajah" kita dan "seri" itu adalah "hakikat" kebenaran nya. "Huruf dan suara" adalah "bahasa" jiwa hawa "nafsu" dari baka nasab nya tetapi erti dan maksud adalah "bahasa" jiwa ingatan "iman" kita yang akan kita bawa kembali sebagai bekalan "ilmu" di akhirat nanti. Sebab "ilmu" ini tidak ada tamat tempuh nya dan tidak akan lupus selama nya.

Sebab di alam barzakh, kita sangat memerlukan "ilmu" ini untuk berhujah dengan "dalil dan "alasan" untuk di jawab apabila di tanya penghuni di disitu. Kita akan duduk di satu "perkampungan" semasa menunggu hari kebangkitan. Tanpa "ilmu" itu kita akan terpedaya dengan dakyah jin dan syaitan yang ingin mencari "pengikut" nya. Jika "ilmu" kita itu penuh dengan maksiat, maka jin dan syaitan akan jadikan kita "pakar" pensyarah nya. Namun jika "ilmu" kita itu hakikat kebenaran, maka penghuni di sana akan jadikan rujukan dan bertadarus. Sebab "ilmu" itu yang tidak putus memberi ganjaran dan juga balasan.  

Edit 12.9.14 

Sudah kah kita Islam kan "syaitan" yang ada dalam diri kita????? Jika kita masih tidak "faham" tentang istilah "syaitan" ini maka kita akan sukar untuk berdepan dengan musuh kita yang sebenar nya. Hawa "nafsu" kita adalah syaitan yang perlu di Islam kan. "Hati" di dalam dada kiri perlu di bersihkan. "Hawa" yang membakar di dalam jiwa kita itu perlu di kenal pasti. Hawa "nafsu" inilah punca segala kerosakan dan kemusnahan. Inilah "masalah" yang perlu di selesaikan ingatan "iman" kita. Jika kita masih bingung dengan siapa diri kita itu, kita tidak akan berjaya "mengawal diri" untuk menjadi manusia yang sebenar benar nya manusia. Iblis membiak keturunan nya melalui hawa "nafsu" ini. Jika kita biarkan hawa "nafsu" itu di tongang syaitan, maka kita tidak akan berjaya memiliki "akhlak" yang pernah di tunjukkan oleh Rasulullah.

Apa gunanya kita belajar "huruf dan suara" jika "perasaan dan ingatan" tidak pernah kita ulang kaji. Suara yang kita lafazkan dengan perkataan datang dari "perasaan dan ingatan" kita. Mengapa jika "realiti" yang kita cipta itu bermula dari sumber "perasaan dan ingatan", kita masih ingkar untuk memberi pendidikan kepada "jiwa" yang menyalurkan segala "bahasa" daripada "ilmu" itu. "Perasaan dan ingatan" inilah yang buahkan "kefahaman" apabila ia berpeluk di dalam satu dakapan yang mesra. Kita terlalu sibuk menentukan "hukum" untuk tentukan "halal dan haram" nya. Tetapi tidak pernah ingin mencari "penawar" yang boleh mengubati "penyakit" dosa yang selalu kita lakukan. Mungkin para ulama dan ustaz hanya sibuk memberi ceramah tentang "penyakit" sahaja yang di "diagnos" dengan hukum syarak, tetapi tidak pernah memberi tunjujk ajar tentang "ubat" penyakit tersebut sebagai "penawar" nya. 

Apabila kita bongkar dan teliti urusan "jiwa" ini, ulama dan ustaz ini akan bangkit untuk ancam dengan amaran kesesatan. Mereka cuba nafikan "hak" kita untuk dapatkan "penawar" supaya kita cepat sembuh. Kerana jika kita cepat sembuh, kepakaran mereka tidak lagi di perlukan untuk istiharkan "hukum" halal dan haram itu. Ini sebenar nya adalah satu tipu muslihat syaitan yang ingin melihat kita sentiasa berada di dalam kesesatan. Supaya kita sentiasa melakukan "dosa" berulang kali. "Burung kakak tua" ini hanya mahu melaungkan halal dan haram sahaja seolah agama Islam itu milik mereka dan bukan Allah dan Rasul. Kewujudan Allah dan Rasul akan di sembunyikan dan diri mereka di tonjolkan. Kewujudan Allah dan Rasul tidak pernah di jelaskan dengan penuh terperinci. Mereka ambil "kata kata" Allah dan Rasul dan gunakan "hujjah dan dalil" itu untuk kepentingan darjat dan martabat diri mereka. "Segala pujian itu kepunyaan Allah" tidak di pulangkan  semasa mereka berdiri berceramah. Adakah wajah "keinsafan" di muka mereka itu atau "keseronokan" mendapat perhatian.????? 

"Keseronokan" mendapat perhatian ini boleh menyimpang ke jurang kehancuran. Kita sepatutnya "bershukur" dengan "keinsafan" kerana di beri peluang untuk gunakan "hujjah dan dalil" yang di miliki Allah dan Rasul itu. Sebab "keseronokan" mendapat perhatian tertumpu kepada jasad tubuh diri kita dengan "entiti" yang berbeza. Jika diri kita yang ingin di tonjolkan, maka Allah dan Rasul akan tengelam dan "hak" mereka di rampas. Tidak sesiapa boleh berdiri mengunakan "hujjah dan dalil" Allah dan Rasul untuk kepentingan diri mereka sendiri. Sebab Allah swt tidak akan beri ganjaran kepada sesiapa yang telah mengambil "hak" nya untuk mendapat "nama" itu.


Edit 20.9.14

Tajuk "seri muka" ini telah kami kupas dengan pelbagai aspek kerohanian untuk di guna pakai.  Tanggapan lazim yang mengangap "seri muka" ini mempunyai kepentingan mistik yang cederung kepada pukau sihir ayat pengasih memang ada asas nya. Jurusan mistik "seri muka" yang palsu ini mengunakan penyamaran tenaga jin dan syaitan. Ini tidak mustahil untuk di hasilkan apabila tenaga hawa "nafsu" jiwa manusia itu boleh di manupulasi. (Baca cerita Pontianak dan Penanggal kami). Ini telah kami jelaskan bagaimana jiwa manusia itu boleh di aplikasi dengan tenaga jin dan syaitan. Sains kerohanian dalam perkara ini telah menunjukkan asas tenaga alam yaitu graviti tarikan bumi dan jiwa hawa "nafsu" manusia mempunyai kaitan yang sangat ketara. Ini lah punca mengapa jasad tubuh kita ini di jadikan dari tanah dan tanah tertakluk pada graviti tarikan bumi. Hawa "nafsu" pula adalah tenaga yang menghasilkan sumber kesejahteraan jasad tubuh ini di mana jin dan syaitan mempunyai kepentingan.

Jadi setiap kelakuan dan perbuatan manusia bermula dengan tenaga hawa "nafsu" ini dan ingatan "iman" kepercayaan kita adalah stor simpanan :ilmu" di memori kita yang menghasilkan kefahaman dan ketaakulan. Jika kita masih belum kenal "jiwa" yang asas ini bagaimana mungkin kita hendak tahu "ilmu" yang kita perolehi itu yang hakikat dan yang bathil. Sebab jin dan syaitan juga boleh mengajar "ilmu" mereka dengan bisikan di dalam hati manusia. Untuk bezakan di antara yang hak dan yang bathil, kita perlu kenal "jiwa" kita ini dahulu untuk mengenali kelakuan mereka. Di sini barulah kita dapat mengetahui yang mana satu "ilham" dari ilahi dan yang mana satu bisikan syaitan. Proses pengenalan diri bukan sesuatu yang mudah dan tidak ada jalan pintas. Banyak yang perlu kita pelajari dan ketahui dahulu agar kita tidak di pengaruhi dan di tipu syaitan.

Tidak ingin kah anda memiliki cahaya "nur" yang bersinar di wajah muka???? Pancaran "nur" keimanan ini bukan boleh di aplikasi dengan seruan dan bacaan kalimah sahaja. Asas permakanan "jiwa" kita ini perlu kita ketahui. Kalimah Allah dan Kalimah Rasul mempunyai "zat" tenaga yang berbeza. mungkin kita telah di hidangkan dengan banyak ayat yang di pelajari sebagai permakanan jiwa tetapi tahukah kita yang mana satu lebih sesuai untuk peringkat dan tahap yang tertentu. Asas seorang Islam perlu bermula dengan dua kalimah masyahadat dan di situ mempunyai pertunjuk jelas bahawa Allah dan Rasul adalah ramuan resepi yang perlu kita serapkan untuk mendapat keimanan dan ketaqwaan. Kebanyakan ustaz dan tok guru hanya mengajar menyebut kalimah ayat suci tetapi agak jarang yang memberi tunjuk ajar tentang bagaimana kita perlu gunakan nya dengan berkesan.

Apabila kelakuan manusia itu yang akan di persoalkan, mengapa kita tidak "lihat dan pandang" jasad tubuh kita ini untuk kenal pasti jentera enjin yang mengerakkan urat saraf dan organ dalaman nya. Anatomi jasad tubuh kita perlu di bedah siasat untuk mencari punca kejadian. Fungsi "hati" dan "otak" tidak dapat di ketepikan. Kita perlu tahu tenaga apa yang menguasai dua jentera enjin ini. Apakah songsang dan sesat nya kami apabila kami bincangkan tentang hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini yang menjadi "jiwa" kelakuan di mana "sijjin dan illiyin" itu nanti akan di kitabkan sebagai "identiti" diri kita. Untuk selam ke dasar lautan ilmu ketuhanan, kita tidak boleh bergerak sendiri tanpa bimbingan dan dorongan dari Allah swt untuk dapatkan "didikan" dan "pertunjuk" Nya. Selagi kita di namakan "manusia", kita mempunyai "hak" untuk menuntut "ilmu" itu dari Allah swt. Sebab itulah mengapa Adam di jadikan dengan kebolehan yang sangat luar biasa dan Muhammad di utus untuk sampaikan risalah dan informasi maklumat. Islam bukan pada pakaian dan nama. Islam lebih hebat dan indah dari tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.

Apabila manusia itu di beri kebebasan membuat "pilihan" dan mencari "peluang", kita perlu tahu bahawa kuasa "peluang" itu berada di tangan Tuhan. Inilah apa yang kebanyakan kita tidak ketahui. Sebab Tuhan akan sentisa berinteraksi dengan setiap makhluk Nya. Betapa hebat nya Tuhan Semesta Alam ini. Ini menunjukkan bahawa Tuhan tidak pernah melepaskan kita begitu sahaja. Dia sentiasa prihatin akan kehendak kita dan akan beri perhatian pada setiap "peluang" yang akan di hulurkan. Inilah rahsia yang perlu kita ketahui. Sebab rahsia "peluang" ini tidak mahu di tuntut oleh kebanyakan kita. Pergi lah anda selidik segala kajian "ilmu" baik di dunia atau akhirat, termasuk dalam kajian sains terkini, urusan "peluang" dan "nasib" ini masih menjadi igauan setiap pengkaji ilmu sains terkini. Tanyalah setiap sanitis yang terkemuka apakah itu "chance" yang masih menjadi "attribution" atau menyebab kepada sebab dan musabab atau "cause and effect" alam semesta ini.

Tanyalah apakah "chance" ini yang banyak memberi "peluang" tentang segala kejadian dan kewujudan realiti. Allah swt sangat Maha Bijaksana. Perhatikan lah realiti di hadapan mata anda. Apakah "peluang" atau "chance" ini tidak pernah berperanan untuk jadikan realiti???? Wahai pembaca kami,... jika anda memahami apa yang ingin kami sampaikan ini, anda sepatut nya merasa bershukur bahawa anda telah bertemu satu pintu rahsia di mana Tuhan itu wujud di mana mana. Seperti yang kami katakan tadi bila "pilihan" itu di berikan sebagai kebebasan atau "lepas bebas" (free will) kepada manusia, Tuhan perlu berada di situ untuk menghulurkan "peluang" (chance) pada manusia menentukan "nasib" mereka. Namun, kuasa "peluang" ini telah di beri kuasa kepada "sebab dan musabab" atau "cause and effect" untuk buat keputusan secara rawak dan spontan. Jadi di sini "doa dan mohonan" perlu di kuat kuasakan untuk dapatkan keputusan yang muktamat. Inilah kadang kala manusia biarkan keputusan itu di buat oleh kuasa 'sebab dan musabab" tanpa kita sendiri mengubah kedudukan di realiti.

Di sinilah "ilmu" ketuhanan itu sangat di perlukan. Sebab Tuhan telah memberi kita "nafas" untuk kita gunakan dalam kehidupan kita. Jika kita gunakan "nafas" itu tanpa merujuk kepada Tuhan dan bertindak bersendirian, maka Tuhan akan lepas tangan dan biarkan kuasa "sebab dan musabab" memikul tangung jawabnya. Kita mungkin seorang "pakar" dalam sistem pentadbiran koporat dan kerajaan atau eko sistem alam semesta langit dan bumi  tetapi sudah kah kita kenal sistem pentadbiran Allah swt???? Bagaimana kah Allah swt berurusan dengan kita setiap hari???? Sains kerohanian dalam "bab" ini sangat luas untuk di rumus dengan sehelai kertas. 

Jangan hanya duduk baca kitab yang di catat dalam kertas yang berjilid sahaja. Kitab yang sebenar nya berada di atas muka bumi ini di mana kita sedang memijak untuk membaca nya. Mengapa Adam di turun kan ke bumi ini??? Bukan kah "bumi" ini satu kitab yang perlu di baca???? Al Quran dan Hadith akan selalu merujuk kepada kitab "bumi" ini untuk di jadikan sandaran. Sebab kitab di "bumi" inilah kita akan di uji dalam satu peperiksaan seperti UPSR, SPM, STPM,DIPLOMA,DEGREE untuk di iktiraf sebagai seorang yang berilmu dan beriman. Kitab di "bumi" inilah kita akan di "hisab" untuk dapatkan status "identiti" diri kita. Jika kita tidak pelajari kitab "bumi" ini maka kita belum boleh di iktiraf sebagai seorang yang telah "lulus" dalam peperiksaan atau ujian itu.

Apa saja yang kita lakukan sebagai "ibadah" akan merujuk kepada kelakuan kita di kitab "bumi" ini. Setiap ayat yang kita sebut akan di nilai dengan bukti fakta amalan kita di atas kitab muka "bumi" ini. Jikalau berjilid kitab yang kita susun di meja almari kita, tidak akan sama dengan satu kitab "bumi" yang kita pijak ini. Jadi kitab "bumi" ini adalah kitab yang muktamad untuk kita kaji selidik dalam peperiksaan amal perbuatan kita.Ujian praktikal di bumi ini kita perlu lulus jika tidak semua kitab kitab lain tidak dapat di jadikan asas rujukan. Realiti di depan mata kita ini adalah "on the field training" yang perlu kita laksanakan bila menyemak semua kitab kitab lain. Apabila kita sudah membaca semua kita yang bertulis itu, kita perlu amalkan di kitab "bumi" ini untuk di catat. Tuhan telah berkata Dia akan mengajar dengan perantaran "kalam" dan "pena" untuk di tulis. Jadi apakah "ilmu" yang kita tulis itu di atas muka bumi ini dengan amal perbuatan kita???? Pernahkah kita berusaha untuk Islamkan seseorang dan terima ancaman penderitaan??? Pernahkah kita rasa apa yang di lalui Rasulullah semasa dia berdakwah??? Sebenar nya "iman" itu tidak boleh di paksa tetapi perlu di jemput dengan kebijaksanaan yang memikat.

Edit 23.9.14

Apa kah wajah "seri muka" itu telah kita tunjukkan atau hadapkan kepada Allah swt semasa kita berdiri menunaikan kewajiban kita sebagai hamba Nya yang mengharapkan balasan Pemurah Nya. "Wajah" ini perlu di hadapkan dengan "ilmu" yang di miliki Rasulullah yang dapat merasakan kehadiran Allah swt dalam pertemuan hubungan sulit itu. Kita perlu "nampak" dalam kesedaran bahawa diri kita itu bersua "muka" di hadapan Allah swt walaupun kita tidak dapat melihat Nya kerana kita buta. Sebab setiap "ayat" yang kita lafazkan itu bukan hanya sebutan suara yang tidak mempunyai kandungan erti dan maksud nya. Jika "ayat" itu tidak di hulurkan dengan wajah "seri muka" kita, kita sebenarnya tidak ajukan "ayat" itu kepada Allah swt. Setiap "ayat" yang kita baca perlu di lafazkan di hadapan Allah swt dengan penuh perasaan insaf dan bershukur. Kita perlu berhubungan dengan Allah swt sebagai "orang buta" yang hanya gunakan "suara" dan "perasaan".

Sebab kita telah di beri segala kelengkapan untuk mencari Allah swt di dalam kekosongan yang nyata ini. "Alat" pengesan yang di pasang di dalam setiap "jiwa" kita itu boleh mendapat resepsi kewujudan Allah swt bila kita aktifkan "satelit" pemancar yang betul dan berkesan. Tenaga ingatan "iman" ini boleh mengesan kewujudan Allah swt dengan "ilmu" yang di sampaikan Rasulullah. Amat rugi manusia yang tidak mengunakan "alat" pengesan ini dan "satelit" pemancar untuk menghadap Allah swt. Segala "ayat" yang di baca hanya di tujukan kepada sesuatu yang selain Allah swt apabila keinginan hawa "nafsu" tidak berminat dan ingatan "iman" tidak berpengetahuan untuk mendapatkan frekuensi yang betul dan tepat. Fikiran "akal" hanya berlegar di segala empat penjuru alam tanpa halu tuju untuk menyerahkan pengakuan itu. Kita sepatut nya mencari resepsi frekuensi "ilmu" Allah swt Yang Maha Mengetahui itu dengan kelemahan diri kita yang mencari dengan keikhlasan untuk buat hubungan. Sebab janji Allah swt, "Jika hamba Ku datang kepada Ku dengan berjalan, Aku akan pergi mendapatkan nya dengan berlari."  Jika kita ikhlas untuk bertemu Allah swt di dalam setiap sembahyang, sudah pasti Allah swt akan datang menyambut untuk melihat hamba Nya.  

Gelombang otak adalah frekuensi jalur lebar di ruang elektromagnetik ini. Ia sama dengan frekuensi yang di gunakan pemancar telekomunikasi. "Ilmu" Allah swt meliputi segala ruang di segenap alam maya ini tanpa batasan. Apabila seorang hamba cuba menghubungi Al Khalik nya walaupun kita tidak tahu di mana kedudukan Nya, gelombang otak yang di lengkapkan dengan perisian "ilmu" akan memancar mencari resepsi untuk dapatkan hubungan itu. Kita perlu sedar bahawa Allah swt pernah meniupkan "ruh" ke dalam setiap jiwa yang lahir ke dunia ini. "Ruh" inilah yang tahu di mana untuk cari resepsi itu untuk bertemu dengan Tuhan nya. "Ruh" ini mempunyai hubungan dengan Pencipta nya di dalam segala urusan hidup dan mati apatah lagi urusan amal ibadat nya.

Jika kita teliti ilmu fisik (physic) kajian sains, kita akan dapati bahawa setiap "partikal" yang wujud di realiti ini ada "kembar" nya. Setiap "matter" ada "anti-matter" nya dan "peluang" atau (chance) yang memberi kesempatan untuk wujud di realiti itu di luar kuasa ketentuan alam tetapi berada di tangan Tuhan. Betapa lemah nya setiap makhluk yang wujud di alam maya ini yang terpaksa bergantung kepada kuasa "peluang" (chance) ini. Jika "peluang" itu tidak d hulurkan maka tidak ada sesuatu apa pun boleh wujud di realiti. Kelahiran kita dari benih baka kedua ibu bapa kita juga satu "peluang" yang di hulurkan apabila kita "pilih" untuk jadi jantina "lelaki" atau "perempuan" semasa di rahim ibu. Apabila lebih banyak "ilmu" ini kita ketahui maka akan lebih yakin "iman" kepercayaan kita terhadap Maha Pencipta kita.

Kita perlu kenal diri kita dahulu sebelum dapat mengenal Allah swt. Sebab diri kita ini adalah sesuatu yang di jadikan untuk membezakan di antara hamba dan Tuhan nya. Dhaif, fakir, hina dan lemah adalah sifat hamba sedangkan sifat kebesaran Tuhan adalah Bijak, kaya, mulia, dan berkuasa. Didalam hidup kita ini kita akan di beri keistimewaan mengunakan "kebijaksanaan, kekayaan, kemulian dan kekuasaan Tuhan sebagai pinjaman. Sebab di dalan diri kita itu ada rahsia Tuhan yang kebanyakan kita tidak kenal atau ketahui. Kita mengangap kita yang memliki semua kebolehan itu. Tuhan akan menguji setiap manusia dengan mengunakan empat kuasa ini. Apabila di beri kebijaksanaan, adakah dia berlagak bangga dan tidak mahu memberi tunjuk ajar. Apabila dia kaya, adakah dia mahu bersedekah dan membantu orang lain yang miskin. Apabila dia di pandang mulia, adakah dia sombong dan takbur. Apabila dia berkuasa adakah dia menindas orang yang lemah dan tidak berdaya.

Sebab jika Allah jauhkan diri Nya dari sifat manusia yang asal itu maka kita akan kembali menjadi dhaif, fakir, hina dan lemah. Jadi apa jua kejayaan yang kita kecapi, itu semua adalah kurniaan Allah swt dan kita perlu menyembahNya denga solat lima waktu yang di tetapkan. Di dalam ayat Al Fathiha itu telah tersusun ayat untuk kita kembalikan segala "hak" Allah swt dengan penuh kesedaran. Kesedaran itu lah awal makrifatullah dan kita patut terus cuba mendekati Allah swt untuk mengenali Nya. Sebab hubungan kita itu adalah saat yang paling indah di dalam satu percintaan yang sangat intim. Setiap gerak kelakuan akan di rujuk untuk dapatkan keredhaan Nya. Rasulullah telah mengajar kita bagaimana dia sentiasa menyebut "Bismillahirahmanirahim" pada setiap perbuatan nya. Inilah rahsia Tuhan di dalam diri kita. Dia amat dekat dan lebih dekat dari urat leher kita. Jika kita tidak kenal diri kita maka bagaimana mungkin kita dapat mengenal Allah swt. 

Jadi gelombang otak kita itu adalah satu frekuensi alam yang kita masuki untuk berada di situ. Kesedaran kita adalah getaran gelombang otak untuk melayari frekuensi yang kita sendiri pilih untuk berada di situ. Sebab "akal" tidak pernah duduk di satu tempat dan berlegar seperti kupu kupu. Kita perlu tambat "akal" itu di satu sudut frekuensi mengunakan "ilmu" sebagai sauh nya supaya ingatan "iman" kita dapat berada di lapangan "hijab" yang ingin di lalui. Sebab alam realiti ini mempunyai daya tarikan graviti yang di paut hawa "nafsu" kita itu. Kita akan sentiasa memberi tumpuan pada jasad tubuh kita yang di jadikan dari "tanah" itu. Untuk naik di ruang elektromagnetik dan menembusi alam kayangan, kita perlu Israq dan Miqraj di frekuensi yang lebih tinggi dari graviti tarikan bumi. Orbit di luar tarikan graviti inilah di mana "masa" itu tidak di ukur dan di mana resepsi kehadiran Tuhan itu boleh kita nikmati.

Agama Islam kita ini bukan magis dan supernatural. Agama Islam kita ini adalah sains kerohanian yang perlu kita pelajari. Semua zat atom yang di sekeliling kita ini adalah "ilmu" Allah swt yang perlu kita kenali. Apa yang buat sesuatu apa pun wujud di realiti ada "sebab dan musabab" nya yang telah di atur Allah swt. Solat lima waktu adalah bukti kita sebagai "saksi" bahawa Allah dan Rasul itu wujud dan perlu di iktiraf dengan segala perbuatan kita. 

Kita perlu sedar bahawa Allah swt mencipta segala makhluk yang di jadikan untuk mengiktiraf kewujudan Nya. Tetapi hanya manusia sahaja yang memegang "amanah" ini untuk "mengenal" akan DIRI NYA. Tuhan telah memberi segala kelengkapan untuk manusia gunakan mencari dan mengenal dengan "akal" fikiran. Apabila Allah swt itu Maha Berkuasa, Dia inginkan sesuatu yang boleh datang mencari Diri Nya dengan penuh rela dan keikhlasan. Jika kita selam sedalam dalam nya, kita akan ketahui bahawa Allah swt sebenar nya "memuji diri nya sendiri" dan Rasulullah di beri tugas untuk jadikan "ibadah" itu satu pemberian yang "ikhlas" tanpa sebarang paksaan. Di sinilah "ilmu" itu di perlukan untuk capai tahap yang paling tinggi di jemaah hamba hamba Nya. Sebab di situ setiap "kudrat dan iradat" yang telah di sediakan untuk melakukan segala "ibadat" itu akan di tapis dan di perhalusi sehingga terhakis sifat fitrah "sunnatullah" yang asas menjadi sesuatu yang "tulus dan ikhlas" apabila kita sedar bahawa Allah swt itu "berhak" mendapat segala "pujian" dan di sembah.

Urusan "ikhlas" ini tidak banyak yang ambil peduli. Mereka melakukan "ibadah" hanya untuk cukupkan syarat dan tangkap muat sahaja. Konon nya apabila mereka sudah sempurnakan "ibadah" itu mengikut apa yang di tetapkan maka mereka sudah terlepas dari tangung jawab itu. Inilah apa yang perlu kita tanya diri kita sendiri. Jika kita berkelakuan seperti segala makhluk lain yang "beribadah" kepada Allah swt hanya kerana "fitrah" yang telah di berikan, maka kita belum capai tahap yang di harapkan Allah swt dari seorang insan yang bernama "manusia" ini. Jika kita ingin mendapat perhatian Allah swt, Zat Yang Maha Berkuasa, kita perlu tahu bagaimana untuk "memikat" perhatian Nya. Jika si teruna dan dara di luar sana mempunyai kepakaran dengan "ayat" mengoda kalbu untuk memikat "kekasih" untuk di sayangi, maka kami mencabar anda semua di luar sana supaya cuba "memikat" Allah swt agar diri kita di sayangi. 

Itulah mengapa kami gunakan Allah swt itu Maha Melihat tetapi perlu Memandang kerana Allah swt juga mempunyai "pilihan" seperti mana kita di beri kebebasan memilih. Walaupun Allah swt boleh Melihat, tetapi Allah swt "berhak" untuk tidak "Memandang" kepada apa saja yang di benci Nya. Inilah rahsia Allah swt yang perlu kita ambil tahu. Jika kita terlepas dari "pandangan" Allah swt, segala ancaman musibah akan datang bergolek. Itulah mengapa banyak yang "tengadah" apabila mereka "tersungkur". Apabila kita tidak pernah memberi perhatian kepada "ruh" kita, dan terlalu taksub dengan kesempuranaan realiti pada jasad tubuh kita, kita telah lupuskan satu "alat" yang boleh hubungkan kita dengan Allah swt. Ini sama dengan talian telepon "pre paid" anda yang tidak di "top up" untuk di gunakan. Yang mengunakan talian "pos paid" pula hanya harapkan talian masuk (received call) sahaja tetapi tidak pernah buat talian keluar.

Allah swt sentiasa menunggu deringan talian itu berbunyi untuk di angkat segera. Tetapi kita masih hanyut dengan keseronokan duniawi sehingga kita abaikan "kerinduan" Allah swt mendapat penghargaan dari diri kita sendiri. Mengapa kita begitu sombong dan angkuh????? Sedangkan segala nikmat yang kita kecapi itu di hulurkan Allah swt untuk kita nikmati. Sedikit pun kita tidak mahu berterima kasih malah berjalan di atas muka bumi ini dengan megah dan takbur. Saya juga pernah begitu!!!!!! Sehingga saya ternampak sesuatu yang memberi saya keinsafan yang buat saya melutut di bawah kaki Nya mengharapkan keampunan dan belas kasihan Nya. Malah Dia tidak pernah marah dan benci. Sebalik nya memberi saya "petunjuk" dan "hidayah" untuk saya balik kepangkal jalan. Sesungguh nya Kasih Sayang Allah swt itu melebihi Kemarahan Nya. Saya terasa malu dengan Kemulian Nya dan merasa kagum betapa sayang nya Dia pada setiap hamba Nya. Jika anda pernah "rasa" setitik" dari apa yang saya "rasa", nescaya anda tidak akan mahu lagi "berpaling muka" dan jauhkan diri dari Allah swt. 

"Kesedaran" yang menitis di dalam kalbu hati nurani, ibarat renjisan embun dingin di waktu pagi. Segala belengu resah gelisah yang berlongok di pundak fikiran, jatuh terburai bertaburan di lantai untuk di pijak. Itulah kebebasan yang belum pernah di kecapi. Rupa rupa nya selama ini, kita sedang sibuk mengumpul "beban" itu untuk di pikul di atas bahu. Kita terlalu asyik mengejar kemewahan hidup sehingga kita lupa bahawa semua itu "beban" yang kita cuba kumpul untuk di pikul. Apa saja yang anda "pilih" dan ambil sebagai "hak" akan menjadi "tangungan" peribadi untuk di sempurnakan. Jika kita ambil seekor "burung" yang terbang bebas untuk di masukkan ke dalam sangkar, maka itu akan menjadi tangung jawab kita untuk sempurnakan kehidupan nya. "Burung" ini perlu di beri makan dan minum. "Burung" itu sekarang berada di dalam diri anda. Mengapa anda biarkan dia kelaparan tanpa sedikit pun belas kasihan????? 



Tahukah kita bahawa lahir nya kita di dunia ini adalah di atas "pilihan" kita sendiri???? Kita telah memilih untuk memegang "amanah" itu untuk beribadah kepada Tuhan Rabul Alamin. "Amanah" ini adalah mentauhidkan Allah swt dengan penuh rela dan keikhlasan. Inilah perjanjian Ruhul Qudus kita semasa dia di tiupkan kepada jasad tubuh itu di Alam Zaitul Baida bersama Adam dan Hawa. Inilah permulaan kita bila kedua ibu bapa kita bertemu di situ. Dengan lima panca indera dan sebuah jasad tubuh, kita di hidupkan untuk mengenal erti kehidupan. Betapa dhaif, hina, fakir dan lemah nya kita di ketika itu. Bumi ini adalah kitab yang pertama kita baca apabila suasana di sekeliling kita cuba terjemahkan huruf dan suara nya. Kita semakin bijak, mulia, kaya dan kuat apabila kita meningkat dewasa.

Dengan kebijaksanaan, kemulian, kekayaan dan kekuatan kita sekarang kita begitu terhibur dengan nikmat yang di berikan. Apakah hidup ini satu percutian yang layak kita nikmati sebelum kita mula bertugas memegang jawatan???? Kita telah di bayar gaji tanpa bertugas malah pergi bercuti setiap hari tanpa hiraukan tangung jawab itu. Tapi yang pelik ada yang ambil cuti sakit untuk berehat dan mula merungut tidak di beri kesempatan beriadah. Apakah kita "LAYAK" menerima semua ini atau patut di biarkan dhaif, hina, fakir dan lemah??? Di mana "amanah" itu yang telah di janjikan??? Adakah kita ini pengkhianat aku janji itu??? Tuhan telah sediakan "sijjin dan illiyin" untuk mereka memilih sendiri perkampung yang bakal mereka duduki.            
Ketahui kah anda bahawa pada awal Islam sampai di bumi nusantara ini, ilmu "tasawuf" lah yang pertama di bawa oleh pendakwah Islam dari luar yang merupakan ahli sufi. Ilmu tasawuf ini menekankan kesopanan dan kemulian yang sememangnya menjadi tata tertib bangsa melayu asli di ketika itu. Kerana itulah Islam mudah di terima pakai fahaman mereka di zaman itu. Mubaligh dari India dan Arab yang menjadi pendagang rempah ratus berkongsi sifat Islam yang di bawa Rasulullah dan menunjukkan adab sopan dan kemuliaan budi pekerti dan sifat jujur yang tulus ikhlas. Mereka menyebarkan "ilmu" yang amat tinggi sehinggakan banyak yang mencapai peringkat wali dan sufi di samping menjadi pahlawan dan pendekar. 

Tapi di mana pergi bangsa Melayu yang tinggi ilmu dan budi pekerti nya. Islam hanya lebih pada songkok dan sarban yang cakap nya tidak serupa bikin. Mubaligh dahulu berdakwah dengan bersedekah harta dan kekayaan tetapi pendakwah sekarang sebalik nya mengharapkan bayaran dan kekayaan. Imam yang membawa jemaah telah di bayar gaji bulanan untuk beribadah di masjid. Kumpulan marhaban dan pakatan kampung membaca ayat AlQuran dan Surah Yasin sudah letakkan tanda harga di rumah kenduri arwah. Ibadah Islam sudah bertukar menjadi jawatan yang bergaji dengan bayaran yang tertentu. Dimana nya pergi KEIKHLASAN!!!!!!!!! Yang datang hanya pentingkan bayaran dan dapat makan!!!!!!! Apakah ini yang di namakan bermasyarakat atau berjemaah????

Sebak hati ini bila mengenangkan nasib kaum bangsa begitu rupa seperti peminta sedekah. Kekuatan bersedekah dan menabur bakti kepada bangsa dan agama kian terhakis apabila pangilan azan yang berkumandang di laungkan oleh orang yang berpolitik untuk cari pengaruh dan pengikut. Apabila inti pati kesucian Islam di nodai dan di cemari, maka gejala sosial  semakin berleluasa dengan maksiat dan kemungkaran. Bayi di buang seperti sampah di jalanan, bapa mencabul anak perempuan sendiri dan anak membunuh ibu bapa kandung nya. Dimana kah Islam kita?????? Para ulama asyik sibuk dengan "hukum hakam" untuk diagnos "penyakit" masyarakat tetapi tidak pernah menghulurkan "penawar" untuk mengubati sakit itu. Apakah Islam yang di bangga kan kita itu tidak cukup berkesan????? 

Ya Rasulullah di mana kah engkau????? Dimana kah ehsan mu!!!! Dimana kah sufi mu!!!!!! "Seri Muka" wajah mu tidak kelihatan di persekitaran. Kami di biarkan dalam kegelapan yang nyata tanpa sinaran cahaya "nur" mu yang sepatutnya menerangi suasana alam ini. Apabila "kemungkaran" bermaharajalela di sana sini, kami sangat dahagakan seteguk belas "ehsan" dari diri mu untuk hulurkan sinaran cahaya itu pada setiap jasad yang kami temui. Dapatkah kami memandang Tuhan jika engkau tidak ada di situ??? Pasti kami akan di benci dengan kemurkaan yang nyata ini. Keluarkan lah kami dari belenggu azab sengsara ini seperti mana Engkau lepaskan Nabi Yunus di dalam perut ikan yang telah menelan kami.

Edit 17.10.14

Rahsia "seri muka" tersembunyi di sebalik "wajah" yang pemalu. Sebab "muka" yang berbentuk rupa adalah satu  ciptaan Tuhan yang bernama Al Mushawir. Bukan kah "muka" itu bukan kita yang "reka" untuk kita merasa bangga dan pamirkan di khalayak ramai??? Jika kita perlu tunjukkan "muka" itu maka sebut lah nama Al Mushawir supaya yang memandang akan terpegun dengan keindahan nya. Setiap manusia akan ada kepentingan untuk menunjukan "muka" nya kepada sesiapa saja. Jika kita mengharapkan "rezeki", maka kita perlu mencari Al Razaak yang akan menghulurkan rezeki itu. Jika kita mencari kasih sayang, maka kita  perlu mencari Ar Rahman pada seorang lelaki dan Ar  Rahim pada seorang perempuan. Jika kita tahu bagaimana untuk "kembali" kan "hak" kepada yang "mempunyai" nya, maka akan menjadi "halal" untuk mengunakan nya.

Jika kita mempunyai cukup "keikhlasan" dan "ketulusan" untuk mengunakan "rahsia" ini, setiap jasad yang bersua "muka" akan "taat" pada perintah Al Malik itu. Apa yang kami sebutkan ini adalah satu "sedekah" kepada sesiapa yang "memerlukan" nya. Tetapi jangan sekali menyalah gunakan nya, kerana akibat nya sangat buruk. Sebab apabila kita mengunakan "muka" dengan "wajah" di sebalik nya, kita sebenar nya meminjam "reka bentuk ciptaan" yang bukan milik kita untuk di pamirkan. Tetapi apabila kita telah di beri "hak" untuk memakai nya atau mengunakan nya, maka kita tidak boleh sama sekali melupuskan "hak cipta" pada "muka " kita itu. Sebab "hak cipta" ini tidak boleh di rampas oleh sesiapa saja termasuk diri kita sendiri. 

Tugas kita perlu menjaga kesempurnaan "muka" itu sebagai barang pinjaman yang perlu di kembalikan. Di sini "muka" itu perlu di hargai dengan penuh kesyukuran. Jika kita perlu mengunakan "bedak" atau" celak" untuk "naik taraf" keterampilan "muka" itu, maka lakukan dengan penuh kesedaran bahawa kita melakukan nya untuk menjaga keindahan nya sebagai satu "amanah" yang di berikan. Kami ingin memberi "ijazah" ini kepada kaum Hawa yang sangat memerlukan kesempurnaan "rupa" dan "muka" yang mereka miliki itu. Perlu di ketahui bahawa setiap "muka" yang terbentuk itu tidak pernah nya buruk untuk di pandang mata. Sebab "mata" hanya perlu memandang "mata" orang dan bukan hidung, telinga, mulut atau dahi di muka itu. Jika "mata" itu menyimpang dari sasaran nya, maka itu adalah satu "maksiat" yang tidak di benarkan.

Tetapi apabila "mata" itu cuba lari dari pusat tumpuan nya, maka paparan "muka" itu akan kabur dari penglihatan yang sepenuh. Jadi untuk mengenal "muka" kita perlu lihat "mata" seseorang itu. Kita tidak akan berdosa jika kita bertentang "mata" dengan sesiapa juga untuk urusan tertentu tetapi bukan bahagian yang lain. Sebab memberi tumpuan pada selain "mata" jika bukan untuk tujuan "baik pulih" adalah di larang kerana mempunyai unsur "maksiat" atau "cemuhan" yang jahat pada ciptaan Tuhan. Jadi apabila "muka" itu hanya perlu di lihat pada "mata" nya, maka "mata" itu tidak memerlukan penilaian cantik atau buruk pada rupa reka bentuk nya. Jika kita  bertentang "mata" dengan sesiapa yang kita bersua muka untuk melihat "wajah" nya, maka soal cantik atau buruk tidak perlu di nilai.

"Muka" kita terbentuk dari baka genetik yang di "pilih" oleh nasab keturunan kita sendiri. Kesempurnaan dan kecacatan berpunca dari pencemaran dan kelemahan baka genetik manusia itu sendiri. Tuhan telah tetapkan reka bentuk rupa "dahi, mata, hidung, telinga, mulut, dan dagu" pada posisi di kepala nya yang cukup teratur. Yang menjadikan dahi nya luas atau sempit, mata nya sepit atau belolok, hidung nya besar atau pesek, mulut nya sengit atau benggut dan dagu nya panjang atau pendek adalah baka genetik yang di "pilih" nasab keturunan atau ibu bapa kita sendiri. Tuhan tidak pernah menilai rupa bentuk itu pada cantik atau buruk nya. Yang menilai kecantikan dan keburukan "muka" seseorang itu adalah "manusia " itu sendiri.   

Maka jika kita ingin "bantah" penilaian "manusia" yang kejam dan zalim itu, kita perlu melakukan sesuatu supaya mereka akur dengan ketetapan yang tertentu. Jadi jika kaum Adam dan khusus nya Hawa yang perlu menjaga "muka" mereka sebagai satu "amanah" yang wajib di sempurnakan, mereka boleh mengunakan "alat atau perkakas" untuk hapuskan hujah persepsi mereka dengan bantahan rohani dan jasmani. Seperti yang kami katakan tadi, Tuhan yang bernama Al Mushawir itu tidak pernah leka menjadikan bentuk dan rupa dengan kesempurnaan nya. Maka tidak sesiapa boleh mempertikaikan nya. Jika kita perlu "muka" kita itu di pandang untuk mendapatkan "rezeki yang "halal" di sisi Tuhan, maka serulah Al Raazak. Tapi jika perlu "muka" itu di pandang untuk dapatkan kasih sayang, maka kaum Adam perlu seru Ar Rahim untuk dapatkan kasih sayang dari kaum Hawa dan kaum Hawa perlu seru Ar Rahman untuk dapatkan kasih sayang dari kaum Adam atau Ar Rahman dan Ar Rahiim untuk semua.

Apabila manusia di sekeliling kita akan selalu melakukan kemungkaran dan kerosakan, maka kita perlu berlindung kepada kuasa Tuhan yang bernama Al Malik untuk dapatkan perhatian nya dengan "doa" kita dan "niat" yang tertentu. Mengapa kita sanggup mengunakan "bedak dan gincu bibir" atau "solek" dengan "alat dan perkasas" jika "kudrat dan iradat" Tuhan tidak pernah di guna pakai. Apakah kita sudah begitu "yakin" bahawa bahan "artificial" yang "palsu" itu boleh menindas keaslian ciptaan Tuhan. Walaupun "bahan" yang kita gunakan itu datang dari "rahmat" dan "kurnia" ilahi, adalah lebih baik kita mendapat "restu" yang di redhai Pencipta nya. "Keikhlasan dan ketulusan" kita tidak boleh kita sembunyikan dengan kepalsuan yang nyata. Jika kita rasa diri kita tidak mendapat layanan yang adil, maka kita berhak menuntut keadilan itu. Sebab yang membolak balikkan kan "hati" adalah Tuhan Semesta Alam dan Al Qahaar boleh memaksa setiap makhluk Nya tunduk kepada Nya jika ada berlaku kemungkaran atau salah laku manusia.  

 Edit 23.10.14

Wahai pembaca kami yang budiman. Jasad tubuh anda di pandu oleh "hati" yang terselit di celah dada kira anda dan ingatan yang berlegar di dewan fikiran "minda" yang di junjung di atas kepala sebagai "mahkota" di raja. "Perasaan" dan "ingatan" ini yang menentukan di mana arah tujuan untuk melangkahkan kaki dan bersua "muka" dengan sesiapa saja yang anda inginkan. Bukan kah "muka" yang berseri itu satu keperluan yang mesti. "Perasaan" anda akan di gugat dengan gangguan emosi dan fikiran anda akan di landa "ingatan" yang mengelisahkan. "Perasaan" dan "ingatan" itu selalu di perhatikan Tuhan kerana di situ lah kita akan "berniat" untuk berdoa yang di sebut tanpa "huruf dan suara" untuk di perkenankan. Jika anda meminta sesuatu yang merujuk kepada urusan Nya, maka "hak" itu boleh di pertimbangkan dengan "hujah dan dalil" yang pernah di tetapkan. Sebab Tuhan tidak pernah mungkir janji. Hanya manusia sahaja yang selalu mengkhianati.

Kita perlu bijak menilai urusan "takdir dan nasib" ini. Sebab apa juga yang telah di "tetapkan" sebagai "takdir" masih lagi akan di "tentukan" dengan "nasib" yang akan di perkenankan. Itulah mengapa "doa" ini sangat penting untuk kita gunakan di mana keinginan kita yang di beri "lepas bebas" (free will) untuk buat "pilihan" dan mencari "peluang" akan sentiasa terbuka tanpa ada satu paksaan pun. Sebab itu kita di minta mempertanggung jawabkan segala apa yang kita lakukan atau amalkan. "Doa" kita yang sebenarnya adalah daya usaha kita itu sendiri. Apabila kita berdoa dengan daya usaha kita, Tuhan akan melaksanakan nya untuk kita. Begitu juga dengan segala "masalah" yang timbul di setiap waktu oleh perbuatan manusia itu sendiri. Jadi kita perlu mengunakan daya usaha kita untuk "menyelesaikan" masalah itu dengan berdoa kepada nya. Sebab Tuhan tidak akan mengubah "nasib" seseorang itu melainkan dia sendiri yang mahu mengubah nya. 

Maka jika kita ingin "seri muka" ini sentiasa bersinar, maka pastikan Allah swt mahu selalu memandang nya. Apabila Allah swt selalu memandang "wajah" di sebalik "muka" itu, sesiapa yang membenci nya akan di laknat dengan kemurkaan Nya. Asas jasad tubuh kita ini sebenar nya sentiasa "lemah, daif, hina dan fakir" yang akan membuat makhluk lain mencemuh dan membenci diri kita itu dengan sifat Al Muzhill Nya. Tetapi yang "mulia, bijak,kuat dan kaya" kan diri kita itu adalah sifat Al Muizz Nya. Tapi apabila kita telah di curahkan rahmat itu sehingga kita "kuat, bijak, mulia dan kaya", jangan sampai Allah swt mengunakan sifat Al Maani Nya yang merusak kan apa yang di kehendaki. Maka tuntutlah sifat Al Naafi Nya yang memberi manfaat pada sesiapa yang di kehendaki.  Terpulanglah kepada setiap individu yang ingin masuk atau keluar dari "naugan" zat yang Maha Berkuasa ini. 

 Edit 12.11.14

Keperluan untuk mendapatkan "seri muka" ini mungkin mempunyai tujuan yang tertentu. Ada di kalangan kita ini yang mengalami "social disorder" di mana "aura" jasad tubuh nya tidak begitu bersinar untuk dapatkan peminat. Tetapi jangan terasa hati dengan kelemahan itu kerana "peluang" untuk bangkitkan "qursani" itu masih terbuka selagi kita masih bernafas. Perlu kami jelaskan tentang "qursani" ini yang tidak banyak yang tahu tentang asal usul nya. Besi "qursani" ini adalah serpihan cahaya "nur" yang bersepai di seluruh pelusuk alam maya ini di mana tenaga "graviti" tarikan bumi akan cuba mengumpul nya pada setiap jasad tubuh atau bentuk rupa. Besi "qursani" inilah yang menjadikan seluruh alam maya ini termasuk jasad tubuh kita. 

Maka perlu kita ketahui mengapa besi "qursani" ini bersepai untuk membuka "ruang" yang memberi "peluang" kepada apa saja yang wujud di dalam atmosphera nya. Sebab "ruang" itu adalah "kegelapan" yang perlukan cahaya sinaran "nur" besi "qursani" ini yang penuh dengan "ilmu" untuk di fahami semua yang menerima atau memiliki nya. Jadi setiap yang wujud di realiti ini bermula dari serpihan zarah besi "qursani" ini yang di katakan "partikel" yang halus itu dan di kumpul oleh tenaga "graviti" tarikan bumi untuk jadikan ia terbentuk dengan rupa dan berfungsi. Begitu lah bagaimana jasad tubuh kita itu terbentuk semasa kita masih zarah "partikel" lagi apabila kedua ibu bapa kita "berdoa" untuk mendapatkan zuriat dan melahirkan kita ke dunia ini.

Jika sesiapa saja yang terasa hati bahawa mereka tidak mendapat layanan yang "adil" dari alam sekeliling mereka kerana kekurangan "magnet" tarikan "graviti" itu, maka dia perlu bangkitkan "qursani" ini di dalam jasad tubuh nya di mana "aura" kita itu terpancar dengan cahaya "nur" nya. Cahaya "nur" ini adalah makhluk pertama yang di jadikan iaitu "ilmu" pengetahuan di mana segala "makhluk" ini akan memerlukan "kefahaman" untuk melihat di dalam kegelapan yang buta ini. Allah swt mencipta cahaya "nur" ini dengan tujuan untuk menjawab soalan "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?" dan memberi kemudahan itu dengan "ilmu" untuk menjawab soalan itu. Inilah "amanah" yang setiap makhluk Nya perlu laksanakan apabila mereka "wujud" di realiti ini.

Tidak sesiapa boleh mendapatkan kasih sayang jika Allah swt tidak pernah terjemahkan nya kepada mereka. "Cinta" yang pernah kita rasai adalah lambang kecintaan Tuhan pada makhluk Nya. Begitulah Allah swt sayang kepada setiap hamba Nya dan tidak pernah jemu menhulurkan segala kemudahan dan keperluan hidup mereka. Tapi apakah "cinta" itu pernah terbalas???? Soalan ini perlu anda tanya diri anda sendiri untuk dapatkan jawapan nya. Apakah Tuhan tidak terasa hati apabila di layan begitu rupa??? Kita merasa kecewa apabila manusia di sekeliling kita tidak memberi layanan yang baik pada diri kita. Kita hampa dengan kelakuan yang tidak hiraukan "kewujudan" kita itu. Bagaimana jika kita melakukan begitu kepada Tuhan.?

Maka bangkitkan lah "qursani" itu yang di tugaskan untuk setiap "makhluk" memberi perhatian tentang "kewujudan" kita itu dengan membuat "perakuan dan pengesahan" bahawa Allah swt  itu berhak menerima kasih sayang kita. Jika "wajah" kita itu tidak pernah kita hadapkan kepada Allah swt yang Maha Pencipta, bagaimana kita ingin "tuntut" masyarakat sekeliling supaya memandang "muka" kita itu dengan penuh berminat dan dapatkan layanan mesra kasih sayang. Sebab setiap "jiwa" yang ada di sebalik jasad tubuh itu akan akur dan taat setia kepada "wajah" yang pernah di "pandang" oleh Allah swt. Mungkin "jiwa" hawa "nafsu" mereka itu yang buta tidak akan tunduk kerana kebutaan nya tetapi "jiwa" ingatan "iman" mereka akan terpegun dengan cahaya "nur" yang terpancar. Di sinilah di mana "seri muka" itu akan di tuntut pada seru sekalian alam. 

Pada sesiapa saja yang inginkan "seri muka" ini, perlu bangkitkan "qursani" itu di mana cahaya "nur" yang ada pada "aura" kita itu akan di tarik dengan tenaga "graviti" pada jasad tubuh kita yang di jadikan daripada "tanah" ini. Mereka tidak akan dapat mengalihkan "pandangan" itu dan akan berpusing untuk melihat "wajah" kita di sebalik "muka" kita itu dengan sendiri nya. Sebab mata kasar kita memerlukan "cahaya" untuk melihat sesuatu dan apabila "percikan" sinaran (pulsar) itu berkelipan,  mata kasar itu akan memberi tumpuan untuk melihat nya. Kami memberi "ilmu" pengetahuan ini sebagai sedekah kepada sesiapa saja yang memerlukan nya. Sebab sumber segala cahaya "nur" itu berpunca dari yang menciptakan nya. Untuk menuntut cahaya "nur" ini,  kita perlu tahu apakah "amanah" yang telah di berikan untuk tujuan itu. 

Sebab mata ini adalah senjata yang boleh menikam seperti panah yang menusuk. Peluru ini di simpan di dalam "hati" untuk menembak sasaran nya dengan tujuan yang tertentu. Kami harus berhati hati untuk dedahkan rahsia ini untuk menjaga keharmonian hidup manusia. Sebab sasaran mata yang memandang sebenar nya kepada "hati" yang di dalam. Dari itu "hati" kita ini perlu di lindungi dengan perisai yang sangat kukuh. Renungan mata memandang yang tajam boleh menembusi dinding sanubari dengan "alamat" dan kiriman "salam" yang di maksudkan. Ini akan di pacu dengan terjahan "nafas" yang telah di isim dengan perisian "ayat" yang mengandungi "pesanan" yang tertentu. Hanya pancaran "tenaga" yang berbeza sahaja yang pisahkan "jagat" budaya keturunan baka "api" atau "nur" yang di sumbat. Di sinilah "semangat" itu akan di gugat apabila hembusan "nafas" itu di panah tepat pada pandangan mata yang mempunyai sasaran nya. Hasad dengki yang bertakung di dalam "hati" itu boleh membawa sergahan "badi" jika semangat kita itu lemah tanpa sebarang perisai batin yang kuat. Jadikan lah "hati" itu "masjid" untuk kita beribadah. Hanya Allah dan Rasul sahaja yang boleh membantu kita jika di sumpit dengan ancaman panahan mata ini. 

Penuhilah "hati" kita ini dengan perisian "nur" yang memancar. Kerana di situlah cahaya itu akan bangkit untuk mengalir di "wajah" untuk pancarkan "seri muka" yang syahdu. Kita wajib mengharapkan Allah swt ingin memandang "wajah" kita ini dan tidak lepaskan diri kita pada diri kita sendiri. Terlalu banyak yang kita harapkan dari kurniaan Allah swt. Apabila ancaman kejahatan akan menyerang dalam setiap detik waktu, kita sangat mengharapkan perlindungan itu  kerana kita tidak akan berdaya untuk menghalang nya.   

Edit 3.1.15

"Seri muka" bukan boleh di "tampal" seperti satu "topeng" yang di pakai. Banyak rahsia nya yang perlu kita amati dengan penuh tekun dan kesedaran. Perhatikan lah hubungan "langit" dengan "bumi" ini yang mempunyai kisah percintaan yang sangat indah dan syahdu. Jika kita masih belum mengerti kisah "cinta" ini, maka amat sukar untuk kita nikmati erti "kasih sayang" itu. Sebab "seri muka" ini merangkumi kisah percintaan "langit" dan "bumi" ini. Bulan dan matahari adalah "cahaya" yang perlu kita nikmati untuk hidup di dunia ini. "Aura" yang kita miliki berpunca dari situ yang selalu sirami "jasad tubuh" kita ini. Udara di antara mereka berdua ini adalah talian "siratulrahim" yang kita pancarkan untuik merujuk kisah percintaan mereka itu. Apabila mereka terpisah dengan penuh kerinduan demi kita manusia, hanya kita sahaja yang boleh lepaskan sesak "rindu" untuk sampaikan "salam" itu. Kita masih tidak kenal siapa "ibu" dan "bapa" kita yang pernah di sebut "kajamah" dan "kasibun" ini. "Langit" dan "bumi" inilah yang menghulurkan "rezeki" itu yang kita nikmati selama ini. Pernah kah kita beri "salam" kepada "langit" dan "bumi" ini????

"Seri muka" ini akan menuntut "langit" dan "bumi" itu bersatu di mana "perasaan" dan "ingatan" kita itu akan melahirkan zuriat "kasih sayang" itu. "Hati" adalah "ibu" itu sebagai "bumi" yang menadah dan "otak" adalah "bapa" itu sebagai "langit" yang mencurah. Matahari akan terbitkan cahaya "perasaan" kasih dan bulan akan sinarkan cahaya "ingatan" sayang. "Perasaan" dan "ingatan" adalah cahaya yang bersatu dengan "bahasa" Tuhan untuk menjemput "tetamu" yang di undang. Apabila "tetamu" ini duduk di dalam "hati" sebagai permaisuri yang di undang dengan "perasaan" yang bercocak rindu, "otak" yang bertahta di mahligai akan menyambut dengan "ingatan" yang sangat  syahdu dan indah. Apabila sepasang kekasih ini bertemu dalam pelukkan rindu itu untuk bermadu kasih, hubungan mesra yang sangat intim ini adalah "seri muka" itu untuk curahkan segala kerinduan. 

"Perasaan" dan "ingatan" ini akan selalu terpisah dan perlu di satukan dengan pelukkan mesra. Inilah "langit" dan "bumi" itu yang kita hubungkan untuk menadah dan mencurah rindu dengan kasih sayang. "Perasaan" ini selalu meminta dan "ingatan" itu selalu memberi. Apa gunanya jasad ini jika mereka tidak pernah bermesra. Kasih sayang sepasang kekasih inilah yang jadikan semua realiti yang berlaku di dalam hidup kita. Inilah Adam dan Hawa yang kita temui selalu dengan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" kita. Tetapi tidak kah kita ingin bertemu Allah swt??? Hanya Rasulullah sahaja boleh berjumpa Allah swt. dengan "kasih sayang" mereka dan wajah "seri muka" Rasulullah.  "Seri Muka" Rasulullah itu adalah bahasa "ihsan" semasa mereka berkhalwat.  Hanya cahaya "nur" dari "ilmu" yang terpancar untuk berbicara.   

Edit 26.1.15

Apabila kami berbicara dengan "bahasa" jiwa ini, metaphora yang kami titipkan dan hias dengan kiasan maksud adalah untuk sampaikan pesanan sanubari. Cerita Adam dan Hawa ini telah lama terkubur seperti satu mitos yang di momokkan. Tidak pernah kita ambil kisah tentang kewujdan mereka sebagai lambang kewujdan kita. Kami perli cabar kewarasan memikiran setiap pembaca kami untuk menilai senikata yang kami tebarkan. Mungkin analogi ini akan mengungkit kejangkalan kognitif pemikiran akal, tetapi apabila kita ingin ceritakan bahasa"jiwa" yang terkandung di dalam "rohani", tidak ada huruf dan suara yang akan kedengaran melainkan "ingatan" dan "perasaan" itu yang tidak pernah berbohong dan tersilap perkataan. Inilah yang akan di pandang Allah swt pada "wajah" kita yang kami katakan "seri muka" itu.

Inilah "kalam" yang perlu di "baca" untuk menjadi "saksi" kejadian alam di mana kita "wujud" di situ dengan bahasa"jiwa" untuk serahkan "kesyukuran" dan "keinsafan" kita kepada Tuhan Yang Maha Agung. Tetapi dapatkan kita menunjukkan "wajah" itu dengan "seri muka" yang bercahaya, jika kita tidak pernah kenal seorang Rasul bernama Muhammad. Tahu kah anda Rasulullah pernah sembahyang duduk kerana dia terlalu lapar untuk berdiri. Kemiskinan Rasulullah yang hanya makan sebiji kurma sehari dapat kami bayangkan betapa sabar dan taat nya Rasulullah berbakti dan beribadat kepada Allah swt. Bayangkan lah betapa kasih dan sayang nya Rasululah kepada Allah swt. Menitis air mata kami apabila kami terdengar keadaan Rasulullah ini. Jika kami hidup di ketika itu dan nampak Rasulullah di dalam keadaan begitu, sudah pasti kami akan peluk dan cium Rasulullah sekuat kuat nya.

Inilah "IMAN" yang di penuhi sinaran cahaya "nur" dan terpancar di seluruh urat saraf dan darah daging Rasulullah. "Ingatan" dan "perasaan" Rasulullah ini adalah "cinta" seorang hamba kepada Maha Pencipta nya. "RINDU" yang di tangung hati Rasulullah terlalu "nilu" untuk di curahkan kepada Allah swt dengan rintihan pilu yang merayu. "Perasaan" inilah yang dapat mencuci "hati" manusia dengan air mata keinsafan. Daki dosa yang melekat di celah "kalbu" perlu di kikis dengan tangisan hiba untuk merasa "perasaan" yang pernah di nikmati Rasulullah. Selagi air mata ini tidak mengalir, selagi itu "hati" kita itu belum dapat menampung kesucian cahaya "nur" yang dapat pancarkan "seri muka" ini.

Mungkin kita masih belum sampai ketahap yang dapat memahami apa itu "perasaan" cinta yang pernah kita sebut dan lafazkan. Kasih sayang yang bertakung di dalam "hati" Rasulullah ini tidak dapat kita bayangkan. Siapa kah "makhluk" yang di ciptakan Allah swt selama ini, pernah curahkan "perasaan" cinta dan kasih sayang kepada Al Khalik nya???. Hubungan sulit yang terjalin begitu intim untuk mereka berkhalwat dengan rayuan mesra kasih sayang. Apakah reaksi Allah swt apabila seorang hamba nya begitu "cinta" dan sayang kepada nya sehingga di jemput naik untuk bertemu dengan Allah swt.  Rasulullah tidak terasa bangga dan megah untuk bertemu tetapi sebalik nya merasa "malu" untuk mengadap Zat Yang Maha Suci itu. 

Apakah kita sudah cukup syarat untuk menerima "darjat" ini dan dapatkan "seri muka" yang di harapkan. Sudahkah kita buktikan bahawa "hati" kita ini boleh menampung "perasaan" itu untuk menjemput tetamu yang di undang??? Tempat duduk tetamu yang "suci" ini perlu di bersihkan dahulu. Dapatkah kita halang hawa "nafsu" itu dari berpaut dengan tarikan "graviti" bumi nya??? Kuatkah ingatan "iman" kita itu untuk membawa naik di atas langit "perasaan" itu sebagai "berat muatan" untuk di pikul??? "Graviti" tarikan "bumi" hawa "nafsu" ini yang perlu kita hakis supaya hilang beban duniawi yang di paut untuk ingatan "iman" berlepas pergi kearah "siratalmustaqim" itu.

Apakah ini satu perkara yang mustahil untuk di capai??? Kami boleh buktikan kepastian nya jika kita kenal sains kerohanian tenaga dan kuasa "jiwa" kita ini. Allah swt tidak pernah menutup "pintu" ini selepas Rasulullah wafat meninggalkan kita di "bumi" ini. Malah Rasulullah telah memberi segala tunjuk ajar agar kita juga dapat bersama nya di kawasan "illiyin" itu. Hanya kita yang tidak mahu mendapat syafaat nya dan merasa apa yang pernah di rasai Rasulullah.

Edit 26.3.15

Pernahkah kita dengar perkataan "suci dalam debu"? Jika kita kenal diri kita ini, sudah pasti kita akan bersihkan "tempat" itu untuk di jadikan mahligai singahsana. Di dalam jasad tubuh kita ini ada "kamar" yang sering di jengah oleh "tetamu" terhormat yang mempunyai darjat tertinggi membawa habuan yang bermahkotakan "iman" kesucian. Apabila jasad tubuh kita ini di jajah oleh jiwa hawa "nafsu" kita yang buta, jiwa ingatan "iman" kita ini sangat "rindu" dengan kekasih nya yang di namakan "ruh" itu. Hanya jiwa ingatan "iman" ini sahaja yang boleh memikat "ruh" kita itu. Inilah "teman" yang akan "pimpin" tangan kita apabila kita sudah meninggal dunia nanti. Hanya "ruh" ini yang tahu di mana Tuhan yang selama ini kita puja dan sembah.

Tali siratulrahim yang terjalin di antara jiwa ingatan "iman" dengan "ruh" ini yang akan menentukan di mana kampung halaman yang perlu kita duduki sementara menunggu hari kebangkitan. Tetapi semasa hidup di dunia ini, pernahkah kita menjalin satu hubungan yang mesra dan intim. Inilah "rahsia" seri muka di mana sesiapa yang berada di sekeliling kita akan tunduk dan kagum dengan kehadiran kita. Sesiapa saja yang mendekati akan terasa segan dan hormat untuk bertegur sapa. Tidak kira bangsa apa atau agama mereka, pasti mereka akan tunduk hormat untuk layan kita dengan mesra. Jiwa hawa "nafsu" pada setiap jasad tubuh yang ada di sekeliling kita akan beri penghormatan yang wajib di hormati. Hanya jiwa ingatan "iman" kita sahaja yang boleh memikat "ruh" ini untuk datang menghampiri. Jika tidak "ruh" ini akan berada di jarak yang jauh kerana jasad tubuh kita penuh dengan daki dosa yang kotor dan jijik. 

Jemputlah "tetamu" ini supaya datang menghampiri diri kita. Hanya "ruh" ini sahaja yang tahu di mana dan bagaimana untuk sampaikan "salam" kepada Allah swt. Sebab graviti tarikan bumi jiwa hawa "nafsu" pada jasad tubuh setiap manusia akan jadikan mereka sentiasa terikat dengan berat muatan duniawi. Tidak mungkin jiwa ingatan "iman" kita itu dapat terlepas dan naik di getaran gelombang frekuensi kayangan jika "sauh" itu masih terikat. Buka lah ikatan itu dengan "ilmu" yang mempunyai kunci untuk kita berlepas pergi di luar graviti tarikan bumi. Bukankah kita selalu sukar untuk berpaut dengan ingatan "iman" dan beri tumpuan yang khusyuk untuk bersama Tuhan Yang Maha Agung? Apakah yang buat kita selalu gagal untuk menetapkan ingatan "iman" itu yang sering hilang di hanyutkan desakan duniawi.

Kita perlu tahu apa yang menjadi batu penghalang nya. Inilah rahsia yang perlu kita bongkar supaya kita dapat berada di satu tahap yang lebih tenang dan aman. Jasad tubuh ini sangat memerlukan "kudrat dan iradat" yang di miliki Tuhan Maha Pencipta. Jika kita sering di beri kekuatan untuk menikmati kesejahteraan hidup, apakah mustahil jika kekuatan untuk naik di lapangan yang dekat kepada illahi itu tidak pernah di sambut? Rasulullah tidak pernah hilang dari riwayat hidup ini. Dia sentiasa berada di situ untuk membantu kita mencapai nikmat bersama Tuhan Maha Pemurah. Hanya kita yang selalu berdalih dan beri terlalu banyak alasan untuk tidak bersama Tuhan Yang Maha Pengasih. Carilah "kunci" ini supaya kita berada di dalam golongan orang yang di beri nikmat dan mendapat keredaan Nya. Percayalah!!!! Jika kita berjalan untuk mendapatkan Allah swt, Allah swt akan berlari untuk mendapatkan kita. 

Edit 10.6.15

Apakah "seri muka" kita itu selalu nya bersinar di hadapan Tuhan? Kita terlalu asyik mengutamakan kehadiran kita di khalayak ramai di sambut dengan kemesraan. Kita mengharap di layan dan di sambut seperti tetamu yang terhormat atau di sukai. Tetapi adakah kehadiran kita di hadapan Tuhan dapat di raikan seumpama itu. Adakah "seri muka" itu sesuatu yang tidak perlu di tuntut. Jika kita ingin mendalami urusan "seri muka" ini, kita perlu terlebih dahulu mencari atur cara yang paling berkesan. 

Setiap makhluk yang bernyawa di setiap pelusuk alam, mempunyai "aura" yang tertentu. "Aura" ini ibarat gelombang elektro maknetik yang menyalur tenaga bathin. Manusia khusus nya berhubungan dan berinteraksi melalui "aura" ini di getaran gelombang otak. Kehadiran jasad tubuh kita di mana saja boleh mengaktifkan satu suasana yang dapat di sambut oleh setiap yang ada di lingkungan kawasan itu. Jika "aura" kita itu mempunyai kuasa tenaga yang cukup kuat, sudah pasti setiap makhluk yang ada di situ akan tergugat atau tertindas dengan kelemahan mereka. Kuasa ini hanya dapat di perolehi jika kita mempunyai hubungan dengan kuasa "seru sekalian alam" yang di miliki Rasulullah.

Edit 10.9.15

Demi zat yang jiwa ini di tangan nya, cahaya "nur" keimanan bukan sesuatu yang boleh kita palsukan dengan barang tiruan. Cermin "hati" adalah di jendela "mata" untuk pancarkan sinaran "budi suci" yang tulus dan ikhlas. Jadikan lah penglihatan itu satu pancaran pandangan Tuhan untuk sebarkan kasih sayang nya. Hanya kasih sayang sahaja yang mempunyai sinaran cahaya yang sangat terang. Jika kita tahu mengunakan "panahan mata" ini, sudah pasti setiap jiwa yang berada di sebalik jasad tubuh itu akan tertusuk di kalbu hati nya. Sebab "hati" itu boleh melumpuhkan segala kekuatan jasmani yang di paut hawa "nafsu" kita. Hanya "perisai" Rasulullah sahaja yang dapat melindungi "hati" kita ini dari di lukai.

"Perisai" Rasulullah ini sangat mujarab untuk melindungi ganguan "hati" ini dari di cerobohi. Apabila telinga kita ini sering di gendang dengan segala perkataan, sindiran, tomahan dan cemuhan yang di lontarkan dari anggapan dan tanggapan manusia boleh tawan "hati" kita sehingga ia sakit dan tenat. Jika "perisai" Rasulullah ini tidak di pasang, sudah pasti "hati" setiap manusia itu akan terluka. Allah swt adalah Tuhan yang sangat Pengasih yang telah memberi segala "penawar" untuk mengubati segala penyakit. "Sakit hati" ini adalah satu penyakit yang sangat kronik dan boleh menular untuk menjangkit. Sintom nya adalah hasutan dan tomahan untuk sebarkan hasad dengki. Jika kita tidak mempunyai "perisai" Rasulullah ini, kita akan mudah di jangkiti kuman dan virus yang sangat merbahaya itu.

Edit 31.10.15

Jika pembaca kami ingin mendalami khasiat "seri muka" ini, perlu kami tekankan bahawa setiap "penguna" wajib memiliki peribadi yang cukup tertib. Adab terhadap Tuhan Yang Maha esa tidak boleh di khianati. Sebab "pokok badan" yang di isi memerlukan "keimanan" itu sebagai asas dari pancaran "cahaya" nya. Pandangan "mata" adalah satu serapan yang memerlukan sinaran cahaya. Tanpa cahaya biji "mata" itu tidak dapat melihat sesuatu apapun. Tetapi cahaya hanya boleh memberi gambaran yang berada di lapisan asal hijab atmosphera untuk tunjuk corak kebentukan. "Hati" setiap manusia yang memandang sudah jemu dengan pamiran lazim yang terpapar. Bentuk rupa pada "muka" bukan persoalan yang di pertikaikan. "Seri muka" tidak memerlukan "pamiran" rupa yang indah.

Jika "kasih sayang" yang di tuntut untuk tujuan ini, bentuk rupa apa juga boleh mengugat "hati" seseorang itu sehingga terpaut dengan wajah "keimanan" nya. Jadi "seri muka" ini bukan untuk tujuan therapi kecantikan yang di tayang susok pukau. "Seri muka" adalah "wajah" keimanan yang di pandang Tuhan Semesta Alam. Jika "wajah" kita itu sering di hadapkan kepada Tuhan dengan penuh takwa dan keimanan, sudah pasti "jiwa" kita itu sudah bersolek dengan "make up" yang sangat tinggi mutu dan kualiti nya. Perlu kami bongkar rahsia "seri muka" ini supaya setiap pembaca kami tidak terkeliru dengan hujjah yang kami jelaskan.

Setiap kajian kami bukan sekadar "theori" untuk di hebahkan. Tetapi kajian ini sudah di uji di alam realiti kenyataan dan terbukti kesan nya. Apa guna kita mempunyai "ilmu" itu jika ia hanya sekadar "theori" yang masih belum terbukti dengan kesan nya. Setiap "ilmu" yang kita miliki perlu di uji di alam realiti ini untuk nampak kesan nya.Di situ kita akan lebih bertambah "yakin" dengan keimanan kita terhadap Tuhan yang layak di sembah. "Keikhlasan" kita akan menjadi asas keberkesanan "seri muka" kita untuk mengukur jarak di antara "kemurkaan dan keredaan" Tuhan terhadap diri kita itu.

Kita sebenar nya berurusan dengan Tuhan walau di mana saja kita berada. Bukan manusia yang kita jumpa dan bertemu dengan setiap urusan keduniaan ini. Setiap "siratulrahim" yang kita tempah itu mempunyai "siratalmustaqim" yang menuju kearah Zat Yang Maha Berkuasa. Kita boleh tipu setiap jasad tubuh manusia ini dengan kepalsuan tetapi bukan "jiwa" nya yang mempunyai talian terus pada Tuhan nya. Apabila kita berurusan dengan setiap manusia kita sebenar nya berurusan dengan Tuhan pada setiap "rancangan" kita yang perlu di tentukan Tuhan dengan kuasa mutlak Nya. Tidak semua kehendak dan keinginan kita itu akan di layan dan tidak semua doa permintaan kita akan di kabulkan.

"Kesabaran" dan "kesyukuran" kita akan menjadi pertaruhan untuk di cagar sebagai tempahan pada  setiap "pilihan" yang di buat dan setiap "peluang" yang di cari. "Rezeki" kita itu sudah di timbang dengan susah dan senang nya. Jadi kita tidak perlu merungut dan mengeluh jika "peruntukan" itu tidak apa yang kita jangkakan. Kesedaran kita perlu sentiasa bertemu dengan  "ehsan" Tuhan kita ini.Jika kita terlepas dari imbasan rohani ini, kita akan berada di dalam ruang yang hanyut di tadbir urusan "sebab dan musabab" atau (cause and effect) peraturan alam semula jadi. "Lepas bebas" yang Tuhan janjikan kepada setiap manusia itu masih relevan selagi kita tidak datang "menyerah diri" kepada Tuhan untuk mengatur perjalanan "siratalmustaqim" itu.

Edit 1'11'15

Mungkin ada yang akan mempertikaikan ketidak adilan Tuhan apabila mereka di lahirkan dengan bentuk rupa yang tidak menyenangkan. Ketahuilah bahawa bentuk rupa yang di lahirkan datang dari baka nasab yang telah di pilih oleh kedua ibu bapa kita. Itu "pilihan" mereka yang membuat "tempahan" itu. Jangan salahkan Tuhan jika bentuk rupa di muka itu tidak seindah apa yang di harapkan. Tetapi Tuhan ini Maha Adil yang tidak dapat di sangsikan, kerana "seri muka" itu tidak memerlukan perwatakan bentuk rupa yang cantik. Sebab rupa secantik mana pun ada kejelikan nya. Disinilah keadilan Tuhan itu akan terbukti.

"Wajah" yang dapat memikat "mata" yang memandang datang dari "hati" yang tunduk dan akur dengan cahaya "keimanan" yang asli. Ini bukan sesuatu yang boleh kita "palsukan" dengan kosmetik. atau "susuk pukau" yang mengunakan graviti tarikan bumi hawa "nafsu" kita itu. Memang tidak di nafikan peranan graviti tarikan bumi ini pada jasad tubuh itu sangat berkesan pada setiap "jiwa" hawa "nafsu" kita. Inilah apa yang di tuntut segala "pukau" dan mantera ayat pengasih. Tetapi "seri muka" ini lebih kukuh dari segala "pengasih" tiruan itu. Sebab "wajah" yang pernah di pandang Tuhan mempunyai tarikan yang sangat kuat.

Perlu kami nyatakan di sini bahawa "jiwa" hawa "nafsu" kita akan selalu di tipu oleh kepalsuan selagi "jiwa" ingatan "iman" kita tidak bertindak untuk membawa nya ketahap kesucian yang sepatut nya. Jika kita serahkan "jiwa" hawa "nafsu" kita itu menuntut "ilmu" syaitan dan biarkan ia menjadi anak murid nya, maka segala kurafat kesesatan akan di timba untuk menjauhkan diri dari Tuhan Nya. Tetapi jika kita bimbing dan bawa "jiwa" hawa "nafsu" kita ini tunduk dan melutut kepada Tuhan Yang Maha Esa, nescaya cahaya keimanan itu dapat mengubah kearah keperibadian murni yang sepatut nya di pakai sebagai solekan bathin kita itu.

"Muka" yang kita pandang selalu di kaca cermin sebenar nya adalah satu tipu muslihat bayang bayang tiruan untuk mengugat kestabilan kita. Tidak sesiapa dari kita boleh melihat bentuk rupa diri nya sendiri. Ini adalah satu "petunjuk" yang perlu kita beri perhatian. Kita terlalu asyik dengan dakyah yang di pamirkan syaitan. Sebab "muka" bukan "wajah" yang di lihat Tuhan. "Muka" adalah untuk tontonan orang dan bukan untuk diri kita sendiri. Jadi itu bukan "hak" kita tetapi "hak" orang lain. Mengapa kita begitu tekun untuk menyenangkan "hati" orang lain sedangkan "diri" kita sendiri kita abaikan.  "Wajah" kita ini tidak pernah kita ambil peduli. Kita asyik sempurnakan keutamaan "hak" orang lain sehingga kita tidak endahkan keutamaan pada diri kita itu.

Jika kita benar benar ingin mengasihi "diri "kita itu, kita perlu mula memberi tumpuan kepada "wajah" kita yang sebenar itu. Kita selalu cuba menipu diri kita sendiri dengan terlalu banyak alasan untuk mengabaikan nya. Tetapi jika kita benar benar jujur untuk mengenali "diri" kita ini, kita patut beri perhatian akan keselesaan nya. "Identiti" yang cuba kita cipta itu mungkin satu "tiruan" atau menciplak watak orang lain. Tidak kah ingin kita mengenali "watak" sebenar "diri " kita ini. Kita selalu berunding dengan nya untuk segala urusan. Tetapi pernahkah kita beri tumpuan untuk kesejahteraan "diri" kita itu. "Diri" kita ini juga ingin memiliki watak keperibadian nya yang tersendiri. Pernahkah kita bertegur sapa untuk dapatkan satu persetujuan yang lebih ikhlas.

Kita selalu mengarah dengan  keinginan yang mendesak. Kita memaksa untuk melakukan sesuatu yang dia tidak begitu senang. Pernahkah kita bawa nya melancong kesatu kawasan yang jauh dari keperluan duniawi ke alam yang belum pernah dia terokai. Inilah "alam" yang mempunyai seribu satu hikmah. Busana pakaian yang indah dan serba cangih untuk di pakai sebagai hiasan diri. Keperibadian yang suci dan murni ini patut di pamirkan pada diri kita sebagai hadiah kasih sayang kita.  Mungkin ini sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan. Kita asyik mahu menjadi "pelakon" kepada "watak" yang di serahkan oleh makhluk lain selain dari diri kita sendiri.  

Edit 6.11.15

Jiwa hawa "nafsu" ini adalah ibarat "isteri" yang perlu di kawal selia oleh ingatan "iman" sebagai "suami" nya. Jika pernikahan ini tidak pernah berlaku dan jika belum pernah di "hijab kabul" kan maka pertalian yang "muhrim" itu tidak akan menjalinkan satu ikatan kemesraan yang lebih intim. "Percintaan" yang di jalin oleh pasangan ini akan memancarkan satu cahaya "seri muka" yang sangat terang di ketika mereka sedang berkhalwat. "Adam dan Hawa" ini perlu "bersetubuh" untuk lahirkan zuriat amal perbuatan yang suci. Pernikahan itu tidak akan di "sah" kan dengan "hijab kabul" jika Rasulullah tidak pernah menjadi "saksi" nya.

Jika hawa "nafsu" itu tidak mahu tunduk dengan "keimanan" yang di utus kepada Rasulullah, maka syaitan akan jadikan ia "gundek" perliharaan untuk di tungang sebagai pelacur. Benih syaitan akan di biak untuk luaskan penjajahan nya. "Syahwat" hawa "nafsu" ini perlu di "katan" kan. Berkatan untuk hawa "nafsu" ini bukan hanya dengan berkatan alat sulit di jasad tubuh itu. Tujuh pintu hawa "nafsu' itu perlu di kunci dengan "kalimah" Rasul dan "selawat" nya. Sebab membentuk "akhlak" yang di miliki Rasulullah bermula ketika kita "akal baligh". Di situlah bermula nya kemuncak ghairah hawa "nafsu" ini untuk mengenal segala "rasa" yang boleh di "sentuh" nya.

"Godaan" yang akan di sediakan syaitan akan di pamirkan di setiap lorong perjalanan menuju kedewasaan. "Mimpi basah" adalah di mana "syahwat" itu sudah di nodai. Hawa "nafsu" akan cuba mencari habuan nya untuk dapatkan "sentuhan" itu. Dapatkah hawa "nafsu" itu di kawal di ketika itu jika Rasulullah tidak pernah "wujud" di situ. Sebelum kita mengenal Tuhan, kita perlu mengenal Rasulullah dahulu. Sebab untuk menjalinkan hubungan mesra dengan Tuhan kita perlu jumpa "kekasih" Nya dahulu. Hawa "nafsu" itu perlu di perkenalkan dengan ingatan "iman" untuk melihat hakikat kebenaran. Jika tidak sudah pasti kita akan di tungang syaitan sebagai penumpang yang memandu jasad tubuh kita itu kemana saja ingin di tuju.

Jadi agama Islam ini sudah sediakan segala "penawar" untuk segala macam "penyakit" itu. Jika kita dapat mengawal hawa "nafsu" ini sudah tentu kita akan bertemu jalan kesejahteraan yang tidak membebankan. Apabila kita terlepas dari naungan Allah dan Rasul, jasad tubuh kita itu akan bergelimang dengan dosa yang akan menjadi "penyakit" untuk di ubati. Kerana setiap manusia itu akan sentiasa lemah dan berdosa di jangkiti segala kuman "penyakit" yang di biak kaum jin dan syaitan, sudah tentu Allah dan Rasul sudah sediakan segala keperluan untuk kita cari "penawar" nya. Rasulullah sudah sediakan "perisai" nya untuk di pakai oleh umat nya. Tetapi kita terlalu leka dan cuai untuk beri perhatian akan keperluan itu. "Godaan" syaitan kepada hawa "nafsu" ini sudah terbukti sejak "Adam dan Hawa" di syurga dahulu dengan "buah kuldi" nya. Tidak kah kita ingin berubah dan bertaubat dengan mencari jalan "maal hijrah" itu.



Edit 18.1.16


"Perasaan" hawa "nafsu" dan "ingatan" kepercayaan "iman" adalah "kembar" yang berlainan jenis. Hermaprodit ini yang menentukan jantina kita semasa kita masih "benih" lagi. Adam dan Hawa ini pernah beri kita "pilihan" itu untuk buat keputusan. Walaupun "jasad" itu mempunyai jantina nya namun "sifat" kelakian dan kewanitaan masih di miliki "jasad" itu. Itulah mengapa kita boleh lihat "kelembutan" pada jasad lelaki dan "ketegasan" pada jasad perempuan. Tetapi yang memilih untuk menjadi "kunsa" atau "pondan" bukan "fitrah" yang semula jadi. Itu adalah "pilihan" jiwa yang tercemar dengan ganguan "emosi dan mental" atau "perasaan" dan "ingatan" yang hermaprodit itu. Sebab jin dan syaitan juga sebahagian dari jenis hermaprodit ini. Hanya setelah Adam dan Hawa hidup, jantina lelaki dan perempuan itu tercipta. Jadi "jin dan syaitan" ini membiak dengan zuriat yang pernah di lahirkan umat manusia.

Cinta Adam dan Hawa adalah lambang kesejahteraan seluruh "makhluk" di alam ini. Jika kita tahu rahsia "cinta" ini kita boleh menguasai seluruh tamadun yang hidup. Apa juga yang ingin membiak dan bertambah akan memerlukan "rahsia" itu walaupun "kuman" sekecil zarah itu. "Sentuh" atau "tactile" ini bukan hanya dengan jirim jasad yang fisikal itu. Sebab empat sifat anasir "air, api, angin dan tanah" mempunyai "sentuh" atau "tactile" yang berbeza. Di sini kita perlu mempunyai "ilmu" sains nya untuk menguasai "graviti" tekanan tenaga dan kuasa nya. Apa guna nya kita mempunyai daya tarikan yang kuat dengan "seri muka" yang indah jika kita tidak pernah mempunyai kuasa untuk dapatkan "sentuhan" itu. Maka Adam dan Hawa selalu mempunyai "perasaan" dan "ingatan" itu untuk di hulurkan. Jasad tubuh kita hanya satu "khalimah" yang di tulis tetapi "maksud" dan makna" nya masih perlu di baca. Jadi "kalam" yang perlu di "baca" dengan "sekepal darah" perlu kita perhalusi. 

"Sekepal darah" ini adalah punca nya kita hidup di dunia ini. Tetapi "hati" itu yang mempunyai "perasaan" dan otak yang mempunyai "akal" fikiran di mana "ingatan" itu berada perlu mempunyai "siratulrahim" yang lebih intim. Sebab apabila kedua ini "bersentuhan" di situ akan lahir atau wujudkan hasrat yang ingin tercapai. Jadi semua di realiti ini bermula dari situ. Adam dan hawa adalah "khalifah" yang di katakan akan mengurus bumi ini. Kuasa "kasih sayang" nya lah yang menghidupkan semua yang ada. Apabila kami mengunakan perkataan "sentuh" dan "tactile" ini, di situ akan perlu kita jenguk di perdalaman perkara ghaib yang di katakan masih zarah atau "partikel" itu. Apabila sains terkini mengatakan "nothing can become something", jangan lah kita terperanjat dan merasa jahil kerana Tuhan sudah jelaskan semua itu dengan Kebijaksanaan Nya. Hanya kita sahaja yang masih sibuk dengan segala bukti fakta yang di sogokkan. 

Edit 21.1.16


Apabila Tuhan menjadikan semua kejadian dan peraturan hukum hudud itu berpasangan, kita sebagai manusia yang di beri "akal" perlu bijak menilai "ilmu" pasangan itu yang cuba di terjemahkan. Lihat lah apa yang akan berlaku jika "pasangan" itu di temukan. Apabila yang kembar itu menjadi satu yang Esa, maka akan tercipta lah segala kejadian yang di harapkan. "Nyawa" yang di beri tidak pernah tercipta tetapi dari "ruh" yang di tiupkan. Apakah "ruh" itu boleh di matikan??? Kita hanya mampu untuk menilai rahsia "jiwa" keinginan hawa nafsu dan kepercayaan "iman" ini. Bagaimana "semangat" itu boleh lahirkan "tabiat" kelakuan yang akan menjadi "qarin" nya. Namun "perasaan" dan "ingatan" itu perlu bersatu dan persetubuhan itu akan lahirkan zuriat yang di cipta dengan kudrat dan iradat yang di usahakan. Bukankah yang SATU itu yang mencipta????

Apabila "kembar" ini terpisah di dalam satu tubuh yang di katakan jasad itu. Kita akan kehilangan segala nikmat yang ingin di rasai. Lihatlah semasa kita tidur, jasad tubuh itu hanya mampu bergerak dengan "perasaan" nya tetapi "ingatan" nya telah keluar untuk sempurnakan urusan rasmi. Jiwa kita ini selalu berpisah dan hanya akan bersatu apabila mereka sudah nikah dengan  hijab kabul yang di katakan "niat" itu. "Niat" inilah wujud nya "diri" kita di ketika itu. Selagi "perasaan" dan "ingatan" itu masih terpisah, kita tidak hadir di situ malah sebenar nya tidak wujud dan masih hilang di alam yang ghaib itu. Itulah di mana kita tidak akan pernah berdosa dan berada di dalam urusan Tuhan yang umum. Kita hanya akan di nilai dengan "niat" dan urusan tanpa "niat" atau tidak sengaja ini termasuk dalam urusan Tuhan yang mentadbir kehidupan semua makhluk Nya.

Bukan kah "perasaan" itu akan bertukar ganti dengan suka dan duka. Pernahkah kita melihat manusia yang ketawa setiap masa tanpa berhenti??? Apakah yang sedih itu akan menanggis selalu dan tidak akan tersenyum satu ketika nanti??? Apakah "ingatan" itu tidak akan pernah "terlupa"???? Jadi apakah jawapan pada semua ini???? Hanya mereka yang mengkaji "sains kerohanian" ini akan ternampak bahawa Allah swt selalu berada di situ. Apakah kita mempunyai kepintaran untuk menipu dan menyorok dari pengetahuan Tuhan. Insaflah wahai hawa "nafsu", kebutaan itu tidak pernah nampak kebenaran selagi kepercayaan "iman" itu masih membisu tanpa sebarang "ilmu" yang di bawa Rasulullah dengan "akhlak"nya. "Niat" yang baik itu satu pahala yang sah untuk di simpam sebagai usaha amal perbuatan. Basmikan "niat" yang jahat itu dan padamkan secepat mungkin agar tidak menjadi "semangat" yang menjadi "tabiat" dengan "qarin" nya.


       
   

2 ulasan:

  1. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    BalasPadam