“Amaran
kepada sesiapa yang tidak mempunyai semangat kebatinan yang kuat. Apa yang akan
anda baca di sini, adalah sesuatu yang akan menggugat jiwa nurani anda. Sumpahan
surat ayat syaitan telah di jampi untuk janjikan godaan dan gangguan pada
sesiapa yang mengusik persemadian syaitan yang telah lenyak. Anda sedang
mengetuk pintu dan melangkah masuk ke dunia alam ghaib di mana mereka sedang
berkampung.
Untuk
mengimbas kembali kenangan lampau, di mana mereka telah melakar satu peristiwa
yang menjadi sejarah di alam ini, anda di nasihatkan mengisi kudrat keimanan
untuk mengatasi segala khurafat dan kesesatan yang mungkin melintas lalu di
perjalanan ini.”
Anda sedang melangkah masuk ke satu lagi
alam dimensi. Semua dimensi2 ini mempunyai getaran nya yang berbeza di
sekeliling kita. Ada pagar gerbang di mana mereka melintas lalu di talian yang
amat tipis. Dunia kita hanya satu nya dimensi di mana “masa” itu di ukur. Ini
lah ruang “gravitions” dan “spheritons” yang
menyalurkan graviti, anasir gelap,
magnet dan ruang elektro magnetik dan juga ruang untuk memori dan ingatan kita.
Penglihatan kita adalah perkakas tanggapan dan tanggapan itu subjektif.
Persimpangan untuk melangkah ke laluan ingatan kepercayaan “iman” dalam
kefahaman “ilmu” adalah di mana
sauh “keyakinan” itu di labuh.
Ada yang beranggapan bahawa Mayat Hidup
adalah merujuk kepada orang yang telah mati. Mereka di animasi secara kebatinan
dan secara umum tidak akan pulih dan wujud hanya sebagai contoh pada diri nya
yang dahulu. Mereka akan menjadi bangkai atau membusuk dan akan di binasakan
dengan cara kebiasaan. Mereka tidak boleh membiak atau menurunkan baka. Zombie,
tengkorak hidup dan yang seakan sesuai dalam kategori ini.
Mereka secara umum tidak mempunyai halangan
dari apa mereka buat atau bagaimana mereka di hapuskan, tapi perkara seperti
zombi memerlukan trauma otak, adalah sebab kuasa motor di tumpukan di otak,
bukan kerana keperluan ghaib kebatinan. Walau tidak mustahil, komunikasi dengan
sesama sendiri atau dengan manusia hidup juga jarang dan mungkin terhad kepada
apa yang mereka tahu semasa hidup. Dan Hantu di rujuk kepada makhluk yang
melampaui anggapan adat pada hidup atau mati nya mereka.
Mereka selalu nya mengekalkan perasaan diri,
boleh menambah dan membaik pulih. Mereka
mungkin boleh membiak atau turunkan baka. Selalu nya mereka boleh di bunuh
dengan cara kebatinan. Pontianak dan hantu sesuai dalam kategori ini. Ia lebih
kepada kesah di sini yang hantu ini tidak hidup atau mati. Selalu nya akibat
sumpahan yang mereka mungkin mempunyai peraturan yang menghalang keupayaan apa
yang boleh mereka buat dan bagaimana mereka boleh di hapuskan.
Dalam dua perkara ini pada tanggapan
umum yang selain dari berkomunikasi, Hantu kebiasaan nya boleh bergerak tanpa
suara atau sedikit dan mempunyai kebolehan menekap suara dalam sekeliling nya.
Aura “pelik” di sekeliling Hantu juga mungkin di ambil kira pada keganjilan
bagaimana mereka reput, bersuara, jelma, membuat benda layu, dadih, mual, cemar,
sejuk, masam, lengkung atau jika yang menyebabkan. Tetapi zombi Mayat Hidup
adalah permulaan bahagian dari Hantu.
Mereka boleh berubah menjadi hantu atau
jembalang, bila mereka mendapat formula yang betul untuk menetas. Kebangkitan
mayat hidup berlaku apabila syaitan datang untuk berkongsi kepakaran. Kami
telah terjumpa kesan kederhakaan pada rasukan mutasi baka genetik. Kebudayaan
tamadun jin boleh menghulur penawar itu. Di sini lah di mana angkara itu
bermula.
Kami kagum untuk mengetahui bahawa deoxyribonucleic
acid mempunyai rahsia nya tersendiri. Ini lah struktur baka genetik pada semua
baka mutasi yang pernah bersatu untuk menjadi apa yang ada sekarang. Ia akan
membawa segala tetasan benih baka dari masa silam yang pernah di ambil dari
baka lain. Ini lah penetasan dari semua baka silam keturunan nasab.
Keturunan kita dahulu tidak pernah
terpadam dan telah menjadi sebahagian dari kita. Ini lah mengapa kita manusia perlu
mencari pasangan pembiakan baka yang baik untuk keturunan akan datang. Ini lah
kerohanian silam dari diri kita yang dahulu yang telah terkumpul. Ini lah “roh” dan “jiwa” dari semua
keturunan silam kita. Sains mungkin telah nampak kejadian benih baka dalam
teori evolusi dan klon, dan mutasi telah pun menjadi kejayaan saintifik. Mutasi
telah lama menjadi sumber kejadian segala spesies di dunia ini.
Jadi, klon baka dari hibrid berbeza tidak
mustahil untuk di fahami. Enzyme ribonucleic acid telah tersebar ke seluruh
alam maya sejak dulu lagi semasa ia berkembang untuk mulakan abiogenesis di
struktur deoxyribonucleic acid. Jasad manusia membawa ribonucleic acid yang
sama memulakan segala kehidupan di dunia ini. Ia tidak akan menjadi rumit jika
pembawa benih baka, datang untuk mengambil tetamu sebagai “penginapan sementara”. Subjek
perkara “surrogacy” atau tumpangan
boleh berlaku dengan “penginapan
sementara”
ini dan kami akan jelaskan dalam cerita Pontianak ini. Jika soal “surrogate mother” menjadi
pencapaian sains di era moden ini, ia bukan sesuatu yang mustahil jika pembawa
benih baka lain ingin membuat tender itu.
Sebab kejadian stem sel “nyawa” di dalam
biologi jasad tubuh berlaku dengan denyutan nadi “sebab dan musabab”. Benih baka “zygote” yang melekat
atau “alaq” di telur
betina adalah satu peluang nasib. Dan hermafrodit atau tidak berjantina masih
perlukan “penginapan
sementara”
untuk biak benih nya. Jika “nyawa” boleh tumbuh dari sesuatu yang hidup, soalan nya
adakah ia boleh menetap di bahtera tubuh yang telah mati. Jika kekosongan boleh
menjadi sesuatu (nothing
can become something)
dalam teori sains yang terkini, jadi ia sesuatu yang tidak mustahil untuk di
fahami.
Tentu nya ada tenaga kuasa di sebalik tabir
yang membuak untuk hasilkan dengan tegap kejadian itu. Tapi setiap kehidupan
mempunyai “jarak
masa”
atau “jangka
hayat”
yang di ukur dengan “masa” dan masa boleh
lupus tanpa kuasa tarikan graviti. Graviti akan tetapkan setiap objek terkumpul
atau bersatu dari berkecai dan bila tamat tempoh bahtera tubuh akan berkecai
atau mereput. Di sinilah di mana pembaca kami perlu melaburkan sedikit daya
intelektual untuk usahakan sedikit kajian empirikal.
Ini lah celah lenyap di antara ruang
masa bila nyawa berpisah dari tubuh badan untuk akhiri struktur DNA yang di
bawa oleh tubuh mayat. Inilah masa yang di persoalkan bila tubuh mayat di ambil
sebagai tebusan untuk di lanjutan tempoh. Peristiwa ghaib ini, yang sains
mungkin tidak akan sangkal untuk menafikan kemungkinan berlaku nya kejadian
misteri. Bila penetasan ribonucleic acid berada di ruang angkasa untuk
mengambil pelawat “penginapan
sementara”
bagi pembiakan baka, mutasi hibrid pembiakan mungkin terjadi dari
deoxyribonucleic acid dari yang sesudah pada mayat tubuh penghuni lama. Ia
seperti tayar yang pancit di isikan angin dari udara. Ia mungkin bukan lagi
oksigen untuk tujuan itu dan karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen boleh di
gunakan sebagai alternatif.
Sebab ruang udara mempunyai empat gas
utama iaitu, oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioksida yang di ketahui.
Jika yang hidup memerlukan oksigen untuk bernafas, mungkin kah yang mati atau
makhluk ghaib bernafas dengan gas lain. Ini lah apa yang kami kaji untuk
mengenal pasti apakah gas yang di hirup makhluk ghaib seperti jin dan syaitan.
Mereka di ketahui di jadikan dari “api” dan karbon dioksida, nitrogen dan
hidrogen mungkin adalah pernafasan atau pelepasan mereka.
Sebab gas nitrogen akan mengitar semula
bahan buangan seperti bangkai atau tumbuhan lusuh menjadi reput dan membusuk.
Gas hidrogen akan membuat pembakaran bahan api menjadi tenaga yang kuat dengan
bahang api di mana dengan oksigen “air” di jadikan. Bakteria dan kuman boleh
membiak di dalam tubuh kita dan buat jangkitan tisu menjadi ketumbuhan kanser
di mana2 bahagian tubuh badan. Mereka adalah virus anasir luar yang tidak
sesuai untuk tubuh yang hidup dan mereka boleh membiak sebagai “penginapan sementara”. Tapi ada
bakteria yang tidak mudaratkan tubuh manusia. Ada yang boleh menjadi sebagai
penyembuh untuk tingkatkan kesihatan tisu manusia. Ini lah kuman dan bakteria
yang datang dari kebudayaan jin di atmosfera tamadun jin. Mereka adalah pembawa
nya.
Ini lah misteri yang di bawa tamadun jin
yang perlu kita ambil tahu. Sebab mereka pernah menunjukkan sesuatu apabila
manusia menggunakan tenaga mereka untuk kesihatan, kekuatan dan juga
kecantikan. Apa yang kami maksud kan adalah perkara seperti “susuk” yang
kebanyakan orang menggunakan nya untuk tujuan itu dan ada yang menggunakan
untuk “sihir” untuk
mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia. Kita manusia akan memerlukan oksigen
untuk tubuh yang hidup dan mengitar karbon dioksida di sekeliling kita setelah
kita gunakan.
Udara di sekeliling yang membuat
pertukaran itu dari tumbuhan, mungkin membawa bekas dari diri yang dahulu. Kita
telah di terapkan persekitaran untuk kekalkan kehidupan zat suci “sacrosanct” untuk bina
struktur DNA. Tapi bila tubuh mayat tidak lagi di gunakan untuk tujuan itu,
jasad menjadi sebahagian dari alam untuk di pindah milik dan di kitar semula
atau gunakan sebagai “penginapan
sementara”
dengan tender sewa beli. Soal tender sewa beli ini akan kami jelaskan pada
perkara “pinjaman masa”.
Ini lah di mana misteri itu bermula.
Sumber yang memberi “sacrosanct” pada nyawa
dari tubuh yang dahulu masih aktif di udara untuk di gunakan sebagai peluang.
Ketetapan peraturan termodinamik yang memerintah perubahan tenaga dari satu
bentuk kepada yang lain, laluan di mana “haba” akan mengalir, dan kewujudan tenaga
untuk bertindak. Ini bukan kejadian ghaib yang di anggap tahyul. Misteri alam
ghaib mempunyai banyak kaitan dengan alam ini dan mereka sebahagian dari itu. Sains
kerohanian sebegini mungkin tidak menarik perhatian kepada orang yang
intelektual pada objektif realiti. Kami telah meletakkan semua kepingan
terkumpul dari kejadian pembiakan baka pada tubuh mayat ini.
Tetapi evolusi alam boleh di pesongkan
dengan rekaan pintar atau “intelligent design”. Sudah kita maklum daya tarikan
graviti boleh menyatukan bahan dari berkecai dengan kosmologikal tetap anasir
gelap. Tubuh mayat yang telah menjadi sebahagian dari massa alam angkasa raya
ini mungkin di miliki khazanah induk bumi sebagai “penginapan sementara” pada
deoxyribonucleic acid nyawa. Mempunyai “proto type” yang lengkap tersedia untuk di
bazirkan bukan cara eko sistem alam ini yang sebenarnya.
Induk bumi akan mengambil khazanah nya
bila “nyawa” terputus dari
biologi tubuh untuk di kitar semula atau di jadikan “penginapan sementara” untuk di sewa beli.
Soal sewa beli ini akan kami jelaskan nanti dalam subjek perkara “pinjaman masa”. Tapi bila
ruang elektro magnetik di udara ingin menggunakan untuk penerokaan, pertemuan
sulit itu menjadi sebahagian dari pada legenda. Tubuh jasad yang lengkap telah
pun kosong tanpa penghuni. Kita telah melihat lelaki mempunyai jasad tubuh
seperti wanita atau sebaliknya. Punca “hermafrodit” ini mempunyai sejarah yang
panjang.
Kami bukan ingin mencemuh terhadap
homoseksualiti tetapi hanya membuat rujukan untuk jelaskan sumber si penghuni.
Tapi bila nyawa berakhir tamat tempoh dengan sumber dari diri yang dahulu untuk
tamatkan episod DNA nya, tubuh mayat itu menjadi kamar yang kosong untuk induk
bumi mengitarnya. Mengitar adalah tepat di rujuk sebagai formasi sesuatu yang
baru untuk pembiakan baka. Bangkai mayat boleh di jadikan pokok2 baru atau juga
makhluk haiwan liar apabila bumi mengambil khazanah nya kembali.
Tetapi bila diri yang dahulu telah di
ambil untuk mutasi dengan bentuk wajah baru dengan kebudayaan jin, perwatakan
manusia mungkin akan di ubah. Kita manusia belum ketahui semua yang ada pada
alam ini. Ada banyak perkara ghaib yang tidak pernah kita ambil tahu. Sebagai “khalifah” di atas muka bumi
ini, kita sepatut nya perlu tahu bagaimana untuk perintah dan mengurus alam ini
atau se tidak nya perhatikan anasir yang membuat kerosakan dan siapa itu musuh
kita yang sebenar. Kami perlu buat sedikit anatomi kerohanian untuk beri
pecahan pada “ektoplasma” di dalam jasad
tubuh manusia. Setiap “tenaga” ini mempunyai
“semangat” yang halus.
Setiap jasad tubuh yang ingin bergerak perlu
mempunyai “tenaga” yang di
katakan “nyawa” itu untuk buat “pilihan” dengan
keinginan “perasaan” nya dan cari “peluang” dengan “ingatan” kepercayaan “iman” nya. “Perasaan” ini adalah
naluri “semangat” hawa “nafsu” nya dan “ingatan” ini adalah
nurani “semangat” kepercayaan “iman” nya. Jiwa
rohani yang di katakan keinginan hawa “nafsu” dan kepercayaan “iman” ini adalah
satu “tenaga” yang tidak
akan terhapus. Jiwa hawa “nafsu” akan kumpul segala kimia “perasaan” dengan “graviti” tarikan bumi
pada DNA deoxyribonucleic acid nya.
Jiwa
kepercayaan “iman” akan simpan
semua memori elektrik “ingatan” dengan getaran
gelombang elektro magnetik pada RNA ribonucleic acid nya. “Perasaan dan ingatan” ini akan
menjadi “semangat” yang di
katakan “qarin” ini dengan “tabiat” kelakuan nya. “Semangat” ini adalah “kembar” jiwa hawa “nafsu” dan
kepercayaan “iman” nya dan “qarin” itu adalah “tabiat” kelakuan
segala amal perbuatan mereka. Mereka akan terpisah jauh di satu kawasan yang di
katakan “sijjin” dan “illiyin” ini apabila
jasad tubuh itu sudah tamat tempuh pada “jangka hayat” nya yang di katakan mati atau
ajal maut itu.
“Nyawa” yang terpisah dari jasad nya adalah
bila “graviti” tarikan bumi
pada jasad itu sudah di lupuskan dan jasad itu akan menjadi mayat atau bangkai
yang mereput dan terlerai. Semasa kita tidur “perasaan” hawa “nafsu” ini akan
terpisah dengan “ingatan” kepercayaan “iman” nya dan “semangat” hawa “nafsu” akan berpaut
pada “perasaan” jasad tubuh
nya dan “semangat” kepercayaan “iman” akan keluar
dengan “ingatan” nya untuk
urusan rasmi. Jasad yang bermimpi itu berlaku bila “semangat” hawa “nafsu’ masih
mengharap dengan “graviti” tarikan bumi
nya pada “ingatan” kepercayaan “iman” itu bila ia
kembara di ruang elektro magnetik.
Walaupun mereka terpisah, mereka masih
boleh berhubungan dengan daya tarikan “graviti” itu. “Perasaan” dan “ingatan” itu adalah “kembar” yang terpisah
seperti “minyak
dan air”
tetapi masih boleh bersatu dengan “semangat” masing-masing. “Semangat” yang bersatu
ini yang di katakan “qarin” itu dari “dosa” atau “pahala” kita. Begitu
juga lah apabila kita sudah mati. Jiwa ini akan terpisah jauh di antara langit
dan bumi di mana “perasaan” hawa “nafsu” akan menetap
di “pusara” jasad bumi
yang mereput dengan deoxyribonucleic acid nya yang di katakan “sijjin” itu.
“Ingatan” kepercayaan “iman” nya akan naik
di langit yang di katakan “illiyin” itu dengan “identiti” ribonucleic acid nya. Urusan “semangat” jiwa ini yang
menjadi tajuk perbincangan cerita “pontianak” kami ini. “Akal” fikiran kita
akan selalu menilai “risiko
dan akibat”
yang akan di tanggung jiwa “perasaan” hawa “nafsu”
dan “ingatan” kepercayaan “iman” nya. Tetapi “semangat” jiwa ini yang
selalu mengikut “pengaruh” yang di taja
anasir luar untuk mengubah “identiti” yang cuba di semai oleh jiwa mereka itu. Di sini
akan berlaku pertikaian di mana jin dan syaitan akan melabur kepentingan mereka
pada “qarin” ini.
Menafikan amaran risiko dan akibat dari
“akal” yang menjadi
satelit pada “ruh” akan
menjadikan jasad tubuh kehilangan
bimbingan “ruh” nya. Di sini
lah di mana manusia di biarkan bersendirian untuk merasai ujian dan silap (trial and error) daripada “lepas bebas” (free
will).
Pilihan dan peluang (choice and chance) akan datang
dengan “sebab dan musabab” (cause and effect) dari “takdir dan nasib” (fate and destiny). Kebudayaan
tamadun jin adalah sesuatu yang telah di ketahui mengambil manusia sebagai
pilihan. Ini lah tamadun yang menjadi sebahagian dari eko sistem alam untuk
mengitar semula sumber alam.
Nitrogen untuk suburkan tanah dan proses
semula barang buangan dan bangkai benda mati adalah sebahagian dari kepakaran
mereka. Mereka boleh ambil dan pilih apa saja buangan bumi untuk di jadikan milik
nya. Tahi, tulang dan bangkai mayat adalah bahan makanan mereka. Mereka bebas
untuk gunakan bangkai kehidupan untuk di pakai mereka. Cerita ini adalah
mengenai pembiakan baka di antara dua benih baka berlainan jenis. Tenaga atomik
jin telah di klon dengan tenaga kimia manusia untuk merangsang kuasa tarikan
graviti tenaga kinetik dan potensi pergerakan.
Di zaman masa bila manusia memilih untuk
meneroka kawasan tanah bumi dan bina bangunan arkitek yang jauh dari kekuatan fizikal
manusia. Kerja berat semua nya di lakukan oleh tamadun jin. Kita boleh nampak
dari sejarah purba silam, kebanyakan bahan bangunan bersejarah dari zaman purba
adalah jauh dari keupayaan fizikal manusia. Ini lah zaman bila manusia dan
jembalang jin bekerja rapat bersama. Manusia boleh menggunakan mereka dan ambil
sebagai rakan sejawat. Tetapi teknologi sekarang tidak harapkan bantuan itu,
bila kita manusia telah maju dengan jentera2 berat. Jadi kepakaran mereka tidak
lagi di perlukan di zaman sekarang untuk tujuan itu.
Tetapi apakah rancangan warisan mereka? Di
sini lah tamadun jin perlu sesuaikan diri kepada pengedaran masa di sesi semasa
untuk hulurkan kepakaran mereka. Kebanyakan ada yang menjadi “pengantar” pada ahli “sihir” dan ada yang
mengambil rancangan jahat mereka sendiri untuk buat kajian seperti apa yang
akan kami jelaskan dalam cerita Pontianak ini. Rasukan jin telah berlaku semasa
manusia itu masih hidup sehingga ke hari ini. Tetapi perkara ini pernah berlaku
dahulu bila jin mengambil alih tubuh manusia setelah jasad itu mati, di zaman
purba kala dahulu. Ini lah zaman bila sains masih lagi di tahun bayi nya.
Zaman bila angkasa ini masih dalam
proses evolusi untuk menguji beberapa bahan contoh bagi membiak tetasan baka
genetik untuk mengambil rekrut spesies baru. Kita telah melihat banyak spesies
menjadi pupus dari alam ini dengan beberapa kesan fosil yang di jumpai bersepah
di dasar bumi. Tetapi Pontianak ini adalah sesuatu dari makhluk legenda itu
yang kita telah dengar mengenai nya. Sains telah mengajar kita supaya tersedia
dengan intelektual minda. Evolusi adalah teori sains yang di terima pakai
banyak orang intelektual walaupun ia tidak pernah di buktikan sebagai fakta.
Tetapi untuk menutup pintu pada beberapa
teori kerohanian budaya jin adalah satu penghinaan pada kebijaksanaan kita. Sedia
kan sedikit ruang untuk minda kita berlegar di laluan jalur dimensi. Kita
mungkin tidak mahu untuk menelan ini dengan sepenuhnya tetapi memberi sedikit
rasa jamah pada nya adalah kajian empirikal yang baik untuk luaskan horizon pemikiran
kita. Udara yang kita hidu tidak pernah di lihat tapi hanya terasa dengan deria
sentuhan. Tentu nya kita boleh memberi sedikit faedah kepada satu kelenyapan
daya pandangan untuk simpan sedikit pengecualian pada aktiviti jembalang ini.
Penglihatan adalah perkakas tanggapan
dan tanggapan adalah subjektif. Aliran cahaya “photon” mencetak gambaran di filem
memori. Filem itu wujud dalam objektif realiti, dan ia mengandungi gambar yang
pancarkan objektif realiti berasaskan punca cahaya “photon” yang mencipta
gambaran itu di biji mata kita. Bila filem itu sebenarnya adalah retina kita,
gambaran itu di hantar melalui “neurons” kepada komputer biologi, di mana ia
akhir nya “nampak” oleh jiwa
rohani iaitu kita. Tanggapan pada gambaran itu adalah subjektif walaupun ia
berlaku dengan tepat membayangkan objektif realiti.
Penulis ingin menasihatkan setiap pembaca
nya, supaya berwaspada. Pontianak adalah “jiwa” orang yang telah mati, yang
berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari peluang. “Semangat” itu mempunyai
“qarin” nya yang di
katakan “dosa” itu. “Dosa” ini lah yang
akan mereka selidik untuk meratap dengan pertikaian atau keinsafan. Alam mereka
amat halus untuk kita jelajahi. Pembaca di nasihatkan tidak menyebut nama nya
berulang kali. Apabila dimensi alam ghaib ini terlalu dekat, menyebut nama nya
akan bererti seperti menyeru supaya jembalang ini datang melawat. Dunia alam
ghaib berbeza dari dunia di sebelah kita.
Mereka merayau di atmosfera menggunakan
frekuensi cahaya dan suara untuk melayari. Mereka boleh mendengar kita di maya
atmosfera, kerana udara yang kita hidu adalah di mana mereka datang. Kita tidak
sepatutnya mengambil kesempatan untuk membenarkan mereka datang dekat
menghampiri. Apabila mereka telah datang, hidup kita tidak akan menjadi sama
lagi. Mental dan emosi kita akan di ubah. Jantung kita akan berdegup kencang. Kami
telah terokai jauh ke dalam dunia mereka untuk mengetahui bagaimana mereka
bertindak. Tanda kesan kehadiran mereka dapat di ketahui dengan pancaran sinar
kilat di langit dan angin bertiup sayu membawa udara dingin yang menusuk ke
tulang sumsum.
Bau wangian bunga akan memenuhi ruang
udara dan sayup kedengaran suara perempuan menyanyi dari jauh nun di sana
adalah tanda Pontianak telah tiba. Bulu roma di tengkuk akan berdiri, mengisi
kesejukan ke dalam tubuh yang menyerap ke tulang sumsum. Seram akan muncul jauh
di lubuk hati, untuk membuat kita tergoyah kebingungan. Dan apabila jembalang
itu melakar kehadiran nya, seram akan
berubah menjadi ngeri. Membuat kita menggigil di kedinginan, menghalau akal fikiran
keluar dari benak kepala, dan tinggalkan kita dalam ketakutan yang tidak tahu
apa perlu di lakukan.
Apabila ia telah datang untuk menuntut
harapan, yang telah lama musnah dari sesiapa yang menjadi tujuan kedatangan
nya, jembalang itu akan cuba sedaya upaya untuk menuntut hak di malam yang
telah hilang segala tanda kehidupan dan membiarkan ruang itu dalam kekosongan
untuk jembalang itu merayau. Mangsa akan di biarkan dengan ketakutan dan seram
ngeri untuk berhadapan dengan keganasan dan dendam kesumat yang jembalang ini
di jadikan. Udara di sekeliling akan di kedap untuk kurangkan oksigen dengan
nitrogen yang mereka bernafas.
Bau bangkai mayat akan melantung di udara
sekeliling kita dan seram sejuk akan menyerap masuk ke dalam tubuh untuk
membuat kita terpaku dengan badi seram yang ngeri. Lembaga jin jembalang ini, datang
dengan banyak bentuk dan rupa. Ada yang dari angsa putih berterbangan di malam
hari atau perempuan cantik yang tersenyum di dalam kegelapan. Wajah sebenar
jembalang ini hanya akan di tunjukkan, apabila kemarahan dan dendam kesumat nya
telah memuncak. Jangan sesekali mengimpikan untuk bersua dengan bentuk zahir
nya. Jiwa kita tidak mempunyai kekuatan untuk melihat wajah sebenar mereka.
Mayat dan hantu syaitan adalah makhluk yang tidak mempunyai persamaan dalam
bentuk mana di imaginasi liar kita.
Kegelapan rahsia mereka telah di sorok
dari jiwa kita yang hidup, untuk sembunyikan wajah mereka yang dahsyat untuk
keselamatan kita sendiri. Hantu jembalang akan selalu menyamarkan diri, tetapi
apabila ia pamerkan wajah sebenar, kita patut harap bahawa nyawa kita akan
berakhir untuk memadamkan pandangan itu lenyap selama nya. Hanya mereka yang
mempunyai kekuatan ayat kebatinan dan kesucian “roh” akan dapat melihat wajah mereka
dan bertindak dengan ancaman mereka. Semoga berjaya.
untuk baca sketsa cerita ini.