Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Isnin, 6 Jun 2011

Kembara Tidur







Kami perlu memberi amaran kepada pembaca kami bahawa bahan bacaan ini berbentuk kebathinan dan memerlukan sedikit kepercayaan kerohanian untuk benar2 memahami hakikat maksud perkataan ini. Tubuh jasad kita yang tidur mungkin berehat dengan bahtera biologi nya tetapi lapangan kerohanian mungkin akan membawa kita keluar di perjalanan ini di mana kita tidak akan dapat bayangkan.

Kami bawakan Kembara Tidur ini untuk jelajahi kedalaman perjalanan kerohanian yang di buat oleh jiwa kita untuk keluar dari tubuh di lapangan semangat ke sempadan selanjut nya di alam ghaib. Zon dimensi, sebelum ruang tidak bermasa adalah di mana misteri ini bermula untuk memberi kita kenikmatan mimpi kita.

Pilihan nya akan selalu kepunyaan kita untuk memilih arah mana yang hendak di bawa dan apa yang kita ingin lihat di dalam mimpi kita. Kita perlu fahami diri kita yang sebenar untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Tembusan diri kerohanian kita telah tersembunyi di laluan rahsia dalam perjalanan kerohanian ini. 

Di sini lah semua ini bermula di dalam Kembara Tidur. Akal akan sentiasa menetap untuk tinggal berhubung di dalam lingkaran putaran untuk pancarkan transmisi sebagai satelit ruh. Perjalanan yang kita buat setiap hari adalah urusan rasmi untuk mengesahkan status kewujuban kita. Ruh kita perlu semak “jangka hayat” dengan sebab yang shahih untuk hidup satu hari lagi dalam kehidupan.


Kami perlu memberitahu pembaca bahawa beberapa perkataan yang bermaksud untuk bererti sebagai persamaan. “Nafsu” di rujuk kepada asas tenaga nya di “graviti” dan berkaitan pada “elektron” di tubuh, “iman” di rujuk pada asas tenaga nya pada atomik “kuantum mekanik” dan berkaitan pada “proton”, “akal” di rujuk pada asas tenaga nya pada “besi qursani” dan berkaitan pada “neutron”, dan “ilmu” di rujuk pada cahaya “photon” untuk menjelaskan alam maya di bahtera tubuh biologi. “Id”, “ego” dan “super ego” pada tubuh banyak yang perlu di perkatakan. Kesedaran mereka berada di tahap berbeza untuk berhadapan antara satu sama lain.

Kami perlu letakan se begitu rupa untuk jelaskan tiga dimensi “nyawa” ini yang bocor ke dimensi keempat di Kembara Tidur. Ikut kami seberapa dekat yang mungkin.

Ini bukan buku komik yang patut di baca sebagai hiburan. Kembara Tidur adalah satu perjalanan yang kita manusia ambil di setiap hari tanpa menyedari laluan sebenar. Lorong misteri ini penuh dengan kesamaran untuk sembunyikan bayangan maksud misteri nya. Tangapan kita untuk bagaimana memulakan kembara ini akan tetap bergantung kepada “kepercayaan” kita dimana “ilmu” kita menentukan dan bimbing kita kearah masa depan di laluan nya.

Anda akan memasuki kawasan larangan di mana hanya mereka yang benar benar berani untuk mencabar keluasan belantara misteri nya, akan dapat melihat realiti dari maksud sebenar misteri ini. Kami akan membuka beberapa pintu untuk membawa anda di tempat persembunyian, tersorok di dalam diri kita. Misteri ini belum pernah di dedahkan untuk melindungi integriti rahsianya.

Edit 12.9.14

Zat yang memberikan kita "nyawa" ini sudah pasti akan mengisi sesuatu tenaga kuasa yang boleh berhubung dengan kekuasaan Nya. Amat mustahil diri kita ini akan di biarkan dan terlepas dari pemantauan Nya. Jasad tubuh kita ini mempunyai beberapa tenaga yang berbeza. Hawa "nafsu" adalah tenaga yang menjadi tunjang utama untuk mendapatkan sumber kesejahteraan jasad tubuh kita. Kesuburan dan pembiakan baka genetik nasab keturunan bermula dari tenaga hawa "nafsu" ini. Hawa "nafsu" di jadikan untuk menjaga kepentingan jasad tubuh yang hidup di atas muka bumi ini.

Tapi hawa "nafsu" ini tidak mempunyai kebolehan untuk mencari sumber keperluan nya jika tidak di bantu oleh ingatan "iman" atau kepercayaan kita. Kita perlu kenal dan tahu apa saja yang kita "rasa" dengan deria lima panca indera kita dengan "kefahaman" sebagai "ilmu" yang di perolehi."Ilmu" yang di perolehi hawa "nafsu" ini akan melekat dengan "graviti" tarikan bumi pada jasad tubuh nya. Itulah mengapa kita manusia di beri "hati" di mana "perasaan" itu akan muncul dengan "rasa" yang tertentu. Emosi kita adalah bahan "biokimia" yang kita terima pada jasad tubuh kita yang di resap dengan "graviti" tarikan bumi, sebab asal kejadian jasad kita ini daripada "tanah" yang di ambil di atas muka bumi ini. Inilah apa yang di katakan sains "deoxyribonucleic acid" atau DNA kita pada jasad tubuh itu.

Jadi asas jasad tubuh kita adalah baka nasab keturunan dari mutasi baka dan evolusi perkembangan kesuburan jasad tubuh itu dari permakanan dan persekitaran kita. Apa saja yang kita dedahkan jasad tubuh kita itu di persekitaran nya akan membawa kesan pada hawa "nafsu" kita yang menjadi tunjang utama kehidupan kita. Dari "naluri" baka nasab asas kejadian jasad tubuh kita, kita mula menyesuaikan diri dengan persekitaran yang di dedahkan kepada kita termasuk makan dan minum yang kita perolehi untuk ketumbuhan jasad tubuh kita itu. Hawa "nafsu" kita yang memegang "watak" utama untuk segala kelakuan jasad tubuh itu. Apa saja yang kita sajikan pada jasad tubuh kita akan memberi kesan pada perangai dan budi pekerti nya. 

Edit 9.11.14

Mungkin kita tidak pernah ingin tahu tentang hawa "nafsu" dan juga kembar nya ingatan "iman" yang menjadi "watak" kelakuan kita selama ini. Apa yang di katakan "qarin" dan juga kitab jiwa "sijjin dan illiyin"  untuk urusan rohani ini. Kita tidak akan memahami semua ini jika jiwa hawa "nafsu" dan jiwa ingatan "iman" itu tidak pernah kita ambil tahu atau kenali dengan lebih rapat lagi. Urusan jiwa ini termasuk di dalam semua urusan agama dan juga segala amalan mistik. Sebab jasad tubuh kita akan bergerak untuk melakukan apa saja dengan peribadi yang ada di dalam jiwa ini. 

Segala "masalah" yang ada di dalam hidup kita ini adalah angkara jiwa hawa "nafsu" itu dan segala "masalah" itu akan di selesaikan oleh jiwa ingatan "iman" kita. Hubungan mesra di antara mereka ini sepatut nya menjadi keutamaan untuk pastikan mereka menjalin hubungan yang sangat intim. Jika mereka berpisah dengan perselisihan faham, maka akan berlaku kemungkaran dan maksiat. Tetapi jika hubungan mereka ini begitu akrab sehingga mereka bersatu dan berkhalwat di dalam pelukan mesra, maka kita akan dapat membawa "diri" kita itu ke satu tahap yang lebih bermakna di dalam hidup ini. "Kesedaran" kita ini perlu mendapat "kefahaman" dari "ilmu" yang mempunyai hakikat kebenaran. Sebab realiti ini mempunyai banyak kepalsuan dan penipuan. 

Sila langan untuk membaca cerita sepenuhnya. (150-200pgs)
Email pada kami di : aqursany@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan