Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Jumaat, 10 Jun 2011

Ilmu Hitam



JANGAN AMALKAN MANTERA YANG KAMI SEBUTKAN DI SINI. IA HANYA SEKADAR CONTOH YANG DI GUNAKAN PENGAMAL SIHIR DAN PEMUJA KEROHANIAN.

Ilmu Hitam adalah perkakas sihir yang di amalkan oleh mereka yang telah mendapat saluran di dunia alam gelap. Dunia ghaib jin dan syaitan adalah tempat dimana kamar mistikal itu terselit di dalam kegelapan keajaiban ilmu hitam. Mantera jampi yang di wafak dengan pantun tulisan purba adalah sutrah riwayat kehidupan tamadun syaitan. Ayat syaitan dari mantera durjana ini adalah sumpah laknat untuk di baca pada tubuh manusia. Ramalan kerabat syaitan adalah rahsia memerintahan dunia mistikal kegelapan perkauman jin. Jika bahasa jin dan syaitan ini di sebut, nescaya mereka akan menjengok pandang untuk memberi perhatian. Kita telah di lengkapkan dengan bahasa Tuhan yang pernah di sebut Rasulullah. Hayati lah "kalimah" suci yang mempunyai banyak "hikmah" jika kita tahu mengunakan nya.

Tetapi banyak yang masih ingin mengunakan bahasa jin dan syaitan sebab khasiat nya yang sangat mujarab dan tidak di ukur oleh "masa" pada "jangka hayat" kita. Jin dan syaitan tidak di ukur oleh "masa" dan mereka mempunyai "jangka hayat" yang sangat panjang. Itulah mengapa mereka boleh melintas di ruang atmosphera dengan secepat kilat dan menghasilkan sesuatu dengan cepat dan pantas. Perbezaan di antara dua ruang "masa" inilah yang buat manusia begitu terpengaruh dengan dakyah jin dan syaitan. Ilmu "ketuhanan" yang suci perlu melalui jarak "masa" yang telah di tetapkan. Perjalanan di antara langit ketujuh dan bumi sangat jauh dan perlu mengikut hanyunan jarak "masa" pada "jangka hayat" manusia di bumi ini. Itu lah mengapa "kesabaran" adalah salah satu dari terma dan syarat untuk mereka yang beriman menunggu di saat penantian.

Kitab ayat Babylonia sains kerohanian telah pertunjukan ramalan keramat jin dan syaitan. Tamadun gelap di masyarakat atmosphera ini telah mencatatkan keajaiban ilmu sihir untuk memikat minat pemuja syaitan. Raja Nabi Sulaiman telah telungkupkan ajaran sesat mereka. Sihir ilmu hitam telah di hambat di persembunyian kegelapan sehingga ke hari ini. Mereka perlu bersembunyi di sebalik kegelapan dan tidak di benarkan lagi menunjukan persembahan secara terang dan nyata. Tetapi "kitab" ini selalu nya di rujuk untuk dapatkan hasil yang cepat dan pantas. 

Mereka tahu setiap tipu helah dalam permainan ini yang bersembunyi di sebalik jirim gelap di simetri kuasa tarikan graviti dan ruang elektromagnetik yang baryonic. Zarah dan molikuil zat berlambakan untuk melakar penjelmaan jirim di realiti. Untuk melepaskan virus dan kuman penyakit dengan penderitaan, tembusan jin di tenaga gelap pada simetri kosmologikal tetap  boleh melumpuhkan kesenambungan umum pada graviti untuk memacu kecepatan kuasa kelajuan. Mereka adalah makhluk yang memerintah di bawah langit di mana ruang graviti tarikan bumi dan kosmologikal tetap itu berada. Ruang ini tertakluk kepada jarak "masa" sebagai "hukum hudud" yang di tetapkan. Tetapi jarak "masa" mereka begitu panjang yang membolehkan mereka melayari ruang angkasa di atmospherea kita dengan begitu selesa dan cepat apabila mereka tidak di jadikan dengan "jasad" yang di jadikan daripada "tanah" pada bumi ini.

Dunia alam kita hanya lah satu2 nya dimensi di mana "masa"  itu di ukur. Masa adalah pati “nyawa” kita untuk sedar di saat pengertian. Penglihatan adalah perkakas tangapan yang nampak oleh jiwa nurani yang masih subjektif. Bayangan refleksi oleh realiti objektif datang dari cahaya photon yang mencipta gambaran itu. Lintasan bayu dan udara adalah sebahagian dari ruang perkampungan mereka. Misteri kuasa "ilmu hitam" ini akan datang untuk menghantui mental, emosi dan kesejahteraan jasmani kita. Sudah tentu ada "komplot" yang di jadikan "proksi" sebagai penuntut. Cagaran dan habuan perlu di tukar ganti pada setiap perkhidmatan yang mereka berikan. 

Tiga dimensi zarah dan kuasa yang kita lihat di belengu di dalam kepongan kecuali “graviti” yang boleh bocor ke dimensi selebihnya. Kuasa tarikan graviti pada jirim gelap dan tenaga di kosmologikal tetap adalah di mana dunia jin dan syaitan datang untuk memainkan peranan nya. Semua dimensi mempunyai getaran berbeza untuk memberi kita sedikit gambaran apa yang kita boleh nampak. Mata kasar manusia memerlukan "cahaya" untuk melihat dengan gambaran yang di sajikan. "Cahaya" itu boleh di hiasi dengan pelbagai acuan dan bentuk. Kuman dan virus penyakit boleh meresap ke dalam tubuh manusia dengan begitu senang dan terdedah kepada segala ancaman. Sebab manusia perlu "bernafas" dan sebahagian dari udara ini adalah kepunyaan mereka. Bukan kah udara ini ada gas oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioxida. Manusia perlu bernafas dengan oksigen tetapi mereka mungkin menghidu dengan udara yang lain itu. Bukan kah mereka boleh menyusup masuk kedalam tubuh kita melalui saluran pernafasan kita. 

Massa dan tenaga adalah sama dan boleh bertukar bentuk dan rupa. Ini adalah sesuatu yang kita perlu tahu bagaimana dunia jin dan syaitan membuat kehadiran mereka di rasai. Jirim gelap dan jirim tenaga berada di mana mana sekeliling kita di simetri. Sesuatu di kesenambungan umum pada graviti dan kosmologikal tetap adalah kuasa yang memastikan setiap jasad itu kekal pada bentuk nya. Ia juga boleh buraikan dengan melongarkan nya sehinggan berubah. Tenaga gelap ini boleh mengubah massa menjadi tenaga dan gunakan mana mana jirim untuk menembusi tenaga itu.

Bahtera biologi kekayaan alam boleh di gunakan untuk kepentingan mereka. Struktur genetik pada setiap deoxyribonucleic acid boleh di mutasi untuk menjadi stem cell perbentukan spesis baru pada keaslian nya sendiri untuk menguji hasil kajiannya. Syaitan ini mengunakan tubuh manusia untuk membuat kajian penyelidikan dengan kedurjanaan hipothesis nya.

Mereka boleh membuka jiwa manusia dan membelah nya terpisah untuk kuat kuasakan helah tipu muslihat bagi kepentingan mereka. “Nafsu” darimana perasaan itu datang boleh di porak perandakan. “Iman” di mana ingatan kita berada boleh di tawan dengan kebingungan. Satellit “akal” akan di hadang. Resepsi “ruh” akan di nafikan.

Alam materialisma yang jelas di realiti bukan "hakikat" kebenaran jika tidak memerlukan kesedaran. Kesedaran manusia amat penting untuk mengenal "hakikat" kebenaran di alam realiti. Para saintis di seluruh dunia hanya dapat mengenal 4% dari segala jisim dan tenaga di alam maya ini. Selebih 96% di alam maya ini masih belum di terokai para saintis dan ruang itu di kuasai tenaga gelap dan jisim gelap. (dark matter dan dark energy)  Ini lah kawasan di ruang atmosphera yang belum di kenal pasti. Bukan kah jin dan syaitan itu menetap di ruang tarikan bumi atau graviti? Mereka bebas menjelajahi dari satu planet ke planet lain dengan tenaga gelap dan jisim gelap mereka.  

Ruang angkasa alam yang ghaib ini sebenar nya hanya di sebalik tabir hijab dimensi dengan getaran yang berbeza. Gelombang ini lah yang boleh memisahkan cahaya dari pancaran nya dan menjadikan cahaya itu terbelah dan berkecai. Jisim gelap ini lah yang menyekat cahaya dari memecut lebih laju di angkasa raya. Tenaga gelap ini lah yang menjadikan kita tersekat di permukaan bumi dengan kuasa graviti nya. Melonggarkan tenaga kuasa jisim gelap ini akan jadikan jasad tubuh kita melayang di awangan.

Tetapi realiti menjadi tayangan di layar pandangan mata kasar kita untuk di persembahkan. Menunjukan sesuatu di realiti bukan sukar untuk di laksanakan. Cahaya amat di perlukan oleh mata kasar kita. Jadi cahaya itu boleh di manipulasikan. Sebab cahaya yang menentukan realiti itu terbentuk. Kajian sains kerohanian dalam perkara ini telah menemui banyak muslihat dan angkara yang perlu di perjelaskan. Kuasa "sebab dan musabab" perlu di perkenalkan. Ayat perintah yang di sebut dengan bahasa syaitan perlu merujuk kepada asas kejadian setiap jisim kejadian nya. Seperti bumi yang di seru dengan nama asal nya "kajamah" dan langit yang di seru dengan nama asal nya "kasibun" dan jasad manusia yang di seru dengan nama asal nya "sinti ruhum" bila menuntut asal usul nya. Pecahan "air, api, angin dan tanah" sepert mana setiap jasad itu terbentuk. Mengubah kejadian asal tidak pernah di sekat oleh "hukum hudud" alam semesta. Apa yang perlu di salurkan hanya kuasa "sebab dan musabab" di mana alam itu menurut perintah. 

Bahasa jin dan syaitan perlu di ketahui. Mereka juga mempunyai "kitab" yang di anuti. Apabila kita menyeru dengan bahasa jin dan syaitan yang mereka faham dengan pengertian nya. perhatian khusus akan di beri dengan penuh taat untuk berbakti. Bukan kah Nabi Sulaiman mempunyai "ilmu" itu untuk bercakap dengan seluruh seru sekalian alam. Suara bukan bahasa yang di tuturkan. Itu hanya "terjemahan" jiwa yang menerima isyarat. "Niat" dan "perasaan" menjadi bahasa yang di bualkan. Bahasa jin dan syaitan sebenarnya adalah, perasaan "marah, benci, hasad, dengki, angkuh, dendam, tamak, ghairah dll. Tetapi apabila "nafas" di suarakan dengan  bunyian yang yang di sebut perkataan "ayat" syaitan, makhluk ini akan menjadi "khadam" yang menurut perintah. Di sinilah "ilmu hitam" itu mula di laksanakan. Suasana gelap dan sunyi di ceruk bumi adalah tempat persembunyian mereka.

Permujaan itu di mulakan dengan satu "siulan" memanggil jelmaan lembaga hitam yang akan datang menjenguk apabila di seru. Asap kemenyan di nyalakan sebagai penyambut tetamu yang memerlukan ruang di asap itu untuk bernafas. Api harus menyala sebagai tanda kejadian nya. Darah di hidangkan untuk menjamu selera jamuan jemputan. Nafas si penyeru dan para jemputan perlu bersatu di sudut ruang yang sempit itu untuk bersalaman. "Engkau di jadikan dari api, aku di jadikan dari tanah, hanya air dan angin dapat menyatukan kita di satu kamar yang sempit ini. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxAku hirup seteguk air di dalam halkum ku, engkau hembus senafas dari nyawa "nabati" mu. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxKita akan bersatu hidup di dalam satu tubuh "sinti ruhum" di antara bumi "kajamah" yang nyata dan langit "kasibun" yang ghaib. (Amaran kepada pembaca!!!!! Jangan baca mantera ini dengan "niat" dan "perasaan" yang di tujukan dengan maksud. Hidup kita akan berubah jika kita salah gunakan. Kesedaran akal akan hilang dan hanyut di bawa arus di alam yang tidak pernah kita jejaki.)   

Mengambil sekutu selain dari Tuhan yang Maha Esa boleh berlaku dengan sekelip mata. Sebab alam di bumi kita ini sememang nya di jadikan untuk mengalih tumpuan kita. Persembahan yang di tunjukan di merata tempat adalah untuk mengugat kepercayaan kita sehingga kita percayakan apa yang di tunjuk. Sebab manusia mecari "bukti" dan fakta itu boleh di palsukan. Apabila mereka adalah sebahagian dari ruang atmosphera kita ini, "jasad" tubuh kita adalah sesuatu yang sangat di perhatikan. Darah manusia adalah kehausan mereka. Mengapa di setiap ketika akan berlaku kemalangan dan malapetaka. Apakah mereka tidak mempunyai peranan dalam angkara itu. Darah, bangkai, najis dan tulang adalah makanan mereka. Sudah mesti mereka akan pastikan sumber makan mereka tidak terputus. Kuman dan penyakit adalah hidangan mereka. Mereka lah yang buat manusia merana dan sengsara. Salah satu dari "kroni" mereka adalah hawa "nafsu" kita. Di situlah bermula nya segala musibah hidup kita.

Edit 31.12.13

Urusan "ilmu hitam" selalu nya bermula dengan tenaga hawa "nafsu" yang bergolak. "Perasaan" yang bertakung di dalam "hati" akan di jadikan pedoman untuk mencari anasir yang sanggup menghulur bantuan. Bahasa "jiwa" bukan dengan huruf dan suara. Sebab huruf dan suara tidak semestinya mengandungi tujuan maksud dan erti perkataan. Sebab pergertian dan kefahaman adalah urusan "ingatan iman" yang tidak di punyai "perasaan" hawa "nafsu" yang bergolak. Mantera dan jampi yang di baca tidak pernah menuntut kefahaman "akal" fikiran kita. Tetapi "perasaan" yang terkandung di dalam "hati" adalah maksud yang di sebut. "Perantaraan" yang memegang jawatan sebagai "persuruh" cuba memegang watak Nabi untuk menjalankan tugasan tertentu. Jin dan syaitan melihat "hati" manusia untuk mereka berurusan. Di situ mesti ada "perasaan" marah, benci, iri, hasad, dengki dan khianat ynag di taja tenaga hawa "nafsu" untuk mereka guna pakai sebagai sebagai cagaran. 

"Akal" fikiran tidak di perlukan di sini dan ingatan "iman" yang ada akan di pesongkan untuk lupuskan segala perisian "ilmu" hakikat dan menerima anutan baharu yang di taja jin dan syaitan. Atur cara "perjanjian" dengan "sekutu" ini bukan sesuatu yang boleh di batalkan atau di mansuhkan. Ia selalu nya melibatkan "darah daging" kita sebagai pelaburan rasmi. Sebab "jin dan syaitan" memerlukan jasad tubuh kita untuk bertindak. Mereka akan guna pakai kuasa dan tenaga manusia itu sendiri untuk membuat angkara. "Asap" dan "api" adalah jamuan untuk jemputan yang akan hadir di upacara itu. "Darah" menjadi simbol "ketaatan" untuk di curahkan. Asas penganutan ini adalah "penyekutuan" di mana permujaan kepada "entiti" tertentu di jadikan "relic" atau lambang. Satu "pertemuan" rasmi akan di atur untuk bersua muka dengan ikatan yang lebih kukuh. Selalu nya "nama" akan di jadikan seruan untuk bertegur sapa. 

Urusan "hati" ini sangat mendalam jika kita ingin menyelami khabar maksud yang tersurat. Tidak sesiapa boleh melihat urusan "hati" ini. "Perasaan" di dalam "hati" adalah "hak" mutlak setiap individu dan tidak boleh di periksa oleh sesiapa pun. Jin syaitan dan juga para malaikat tidak mempunyai kebolehan untuk menilik urusan "hati" ini. Sebab "hati" adalah rahsia peribadi yang hanya Tuhan boleh melihat nya. Kejadian "hati" adalah lebih besar dari segala gala nya. Dari "hati" inilah Siti Hawa di jadikan.semasa Nabi Adam a.s. di dalam shurga lagi. 

Jin dan syaitan tidak boleh melihat "hati" manusia melainkan apabila "niat" itu di suarakan sebelum perbuatan nya. Inilah silap kebanyakan manusia apabila mereka mengistiharkan hasrat di "hati" mereka sebelum membuat persedian untuk melakukan nya. Itulah mengapa kita di larang membuat "janji" atau "nazar" jika kita tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan nya. Disinilah tipu muslihat syaitan akan di kuat kuasakan. Nafas karbon dioxida yang kita gunakan untuk berkata kata, mengandungi bahan kimia yang di gunakan jin dan syaitan untuk kepentingan mereka. Kajian sains kerohanian dalam perkara ini telah terjumpa banyak bukti yang berkaitan dengan urusan hawa "nafsu" kita. Inilah "proksi" jasad tubuh kita yang di gunakan jin dan syaitan untuk menyusup masuk dengan rancangan hasad dengki nya. Kuman dan virus penyakit akan di salurkan melalui banyak pintu dan tingkap yang ada pada jasad tubuh manusia. Itulah mengapa "ilmu hitam" dan "sihir" boleh berjaya di laksanakan.

Paku, jarum, pisau belit,dan lain lain bahan logam yang boleh di tarik kuasa "graviti" akan dapat di seludup masuk melalui terowong sulit dan pintu jendela yang terbuka  di jasad tubuh manusia. Sebab bahan logam ini boleh di bawa masuk kedalam jasad tubuh manusia tanpa mencacatkan kulit tubuh nya. Sebab "darah" manusia mengandungi "zat" besi yang semula jadi. "Paku, jarum dan pisau adalah bahan logam yang di "cipta" manusia dan berasal dari besi. Asal "besi" dari bumi dan asal jasad dari "tanah", dan yang membentukan segala sesuatu adalah daya kuasa tarikan "graviti" sehingga ia terkumpul dan terbentuk.  

Edit 27.5.14

Ilmu hitam mengunakan tenaga asas dari graviti tarikan bumi dan tenaga "api" yang mempunyai bahang haba. "Hempedu" di dalam jasad tubuh kita itu tersimpan bahan toxin yang sangat merbahaya apabila "hasad dengki" dan "dendam kesumat" yang dicurahkan nafsu amarah. Nyawa haiwani ini bergumpal di dalam daging di jasad tubuh dan pintu nya di telinga untuk mendengar dengan "ampas" dari penafasan kita. Apabila nafsu amarah ini bergolak dengan bahang haba nya, di situ tenaga anasir gelap seperti jin dan syaitan akan bermesyuarat untuk tunjukan atur cara kemusnahan. Bahasa surah syaitan ini mempunyai mantera permujaan yang khusus untuk menjemput tenaga hitam yang sangat gelap.

Ilmu ketuhanan tertakluk pada peredaran "masa" yang telah di tetapkan, namun "magik" boleh berlaku secepat kilat. Apabila "masa" itu di singkatkan untuk mencapai sesuatu dengan pantas, "jangka hayat" kita perlu di gadai kepada anasir yang menghulurkan bantuan. Keharmonian yang telah di timbang untuk setiap manusia yang hidup akan di cagar untuk lakukan kemusnahan itu. Itulah mengapa orang yang melakukan kezaliman dan kemusnahan akan merasa senang untuk seketika dengan kepuasan hati apabila "dendam kesumat dan hasad dengki" itu di terjemahkan dengan "sihir" dan "ilmu hitam", tetapi mereka akan merana lebih panjang apabila hukum "hudud" ketuhanan di laksanakan. Musibah yang di timpakan kepada orang lain akan datang menuntut keadilan dengan keresahan yang padat untuk di rasai setiap masa. Ruang untuk bersantai dan bergembira akan tergugat dan terhakis. Kemanisan hidup akan pupus seperti mana mangsa nya menderita kesakitan.    

"Ilmu Hitam" akan gunakan istilah "mutasi" baka genitik yang di setubuhkan. "Kuman dan virus" penyakit akan di biak di dalam jasad tubuh mangsanya yang di semadikan dengan "hubungan sulit" persetubuhan baka untuk di cemari. Pembiakan untuk "hamilkan" penyakit dan virus kuman di lakukan anasir gelap yang menyusup masuk melalui penafasan dan pencemaran darah. Anasir gelap ini mempunyai "data" yang cukup lengkap untuk mengenali pasti situasi keadaan "mangsa" nya. Si "mangsa" mungkin mempunyai "rekod" yang melakukan kerosakan dan kemusnahan. Dosa kita yang telah lalu mungkin tidak pernah kita beri perhatian. Kita mungkin telah menganiayi orang lain atau binatang yang tidak berdosa. Kita mungkin telah menyeksa kehidupan liar berkeliaran di merata tempat. Jika kita pernah melakukan perbuatan yang kejam dan zalim terhadap kehidupan lain, perbuatan itu akan di ambil kira anasir gelap ini untuk menghukum kita seperti mana kita pernah melakukan penyeksaan itu dahulu kepada kehidupan lain.

Fakta ini perlu kita ambil kira untuk kita di jadikan "mangsa" kepada pentadbir "ilmu hitam" ini. Kuasa "sihir" dan "ilmu hitam" ini tidak mungkin terjejas kepada diri kita jika kita mempunyai "rekod" yang baik. Sebab jin dan syaitan akan mencari "sebab" yang kukuh untuk melakukan kerosakan kepada anak Adam. Jika kita pernah menyeksa kehidupan yang lain di satu ketika dahulu, perbuatan itu boleh di jadikan "sebab" untuk menimpakan penderitaan kepada diri kita 

Dosa kita itu satu "hukum" yang perlu di azab dan di seksa dengan kesengsaraan. Bukan kah "neraka" itu satu tempat di mana syaitan itu di jadikan "kayu "api" untuk membakar kita. Jadi segala azab dan sengsara itu datang dari keturunan Iblis yang melaksanakan urusan "dosa" dan hukuman nya. Kesabaran kita boleh menghapuskan kesengsaraan itu dengan keampunan Tuhan. Jika kita tidak sabar dan berpihak kepada syaitan yang ingin melakukan kerosakan, kepuasan melepaskan geram amarah dan hasad dengki akan berakhir dalam sekelip mata saja tetapi kegelisahan menangung dosa itu akan berpanjangan untuk menghapuskan kegembiraan di dalam setiap waktu.

Amat mudah sekali untuk kita menjadi penganut jin dan syaitan ini. Dalam sekelip mata kita boleh menjadi pengikut nya. Tidak perlu mantera jampi dan borang penyertaan untuk jadi pengikut syaitan. "Niat" saja untuk melakukan kemusnahan, syaitan akan datang menunjukan cara secara percuma di dalam ruang fikiran kita. Ibils akan hantar pengikut nya untuk bawa kita berjumpa dengan pengamal syaitan seperti bomoh dan dukun santet. Sebab jika kita pilih untuk gunakan "ilmu hitam" sebagai senjata kemusnahan kepada "mangsa" nya, "alamat" dan "identiti" mangsa itu akan di kaji selidik oleh kaum syaitan untuk kenal pasti nilai kesucian harga diri kita. Mereka akan lihat timbangan "dosa" kita yang pernah mereka pengaruhi sejak sekian lama dan apakah status kesucian nilai "jiwa" kita yang ada di sebalik jasad tubuh itu yang boleh di cerobohi dan di ganggu gugat. 

Tetapi Allah swt itu Tuhan yang Maha adil. Itulah mengapa "susah" dan "senang" itu sudah di timbang sama rata. Setiap "jiwa" manusia akan melalui "susah" dan "senang" ini dengan setimpal. Secara automatik, sesiapa yang mendapat kesenangan akan gembira dan secara automatik, sesiapa yang kesusahan akan bersedih. Jadi "kesyukuran" itu sudah di lafazkan dengan kegembiraan dan "keinsafan" itu sudah di istiharkan semasa kesedihan pada "perasan" dan "ingatan" setiap "jiwa" itu. Jadi bukan itu yang Tuhan mahu lihat tetapi yang sebalik nya. Apabila kita "senang" kita patut "insaf" dan apabila kita susah" kita patut "syukur" kepada Nya. Bagai mana kita ubah "perasaan" gembira itu supaya "insaf" dan "perasaan" sedih itu supaya "syukur" akan memerlukan "ingatan" yang mempunyai "ilmu" pengetahuan.

Jadi "susah" dan "senang" ini boleh kita jadikan satu komoditi untuk di perniagaan. Ini yang selalu di lakukan oleh sesiapa saja di dalam semua atur cara urusan penyampaian. Setiap manusia akan menghulurkan "kesenangan" atau "kesusahan" itu pada sesiapa saja. Walau apa pun juga "perjanjian" dan "persetujuan" itu, akibat nya  akan menghasilkan habuan "susah" atau "senang" ini pada setiap orang. Jadi "susah" daan "senang" ini boleh kita sampaikan kepada sesiapa sahaja dan mempunyai atur cara yang berbeza. Atur cara ini yang menjadi kunci rahsia yang di simpan anasir gelap "ilmu hitam" untuk siapkan satu hidangan. Jadi "shurga" dan "neraka" ini adalah sesuatu yang pasti dan bukan satu perkara yang palsu kerana boleh di buktikan dengan fakta yang nyata. Hanya ahli kaum "neraka" sahaja yang mempunyai kepakaran dalam urusan sengsara "kesusahan" ini.

Ada seribu satu macam "kesusahan" yang boleh di pilih dalam senarai untuk di serahkan. Apakah ini satu "mitos" yang tidak mungkin dapat di laksanakan?????

   Edit 28.11.15

Mutasi baka nasab termasuk di dalam kepakaran "ilmu hitam" ini. Sebab apa juga situasi dan keadaan akan sentiasa berubah corak dan bentuk nya. Tidak ada satu apa pun yang kekal bergitu selama lama nya. Jika itu satu peraturan yang sudah di tetapkan maka membuat perubahan kepada apa juga bentuk dan keadaan sepatut nya menjadi kepakaran. Inilah apa yang kita perlu tahu apabila kita mulakan setiap seruan dan permujaan. Kita selalu berdoa kepada Tuhan untuk mengubah hidup kita ini kepada yang lebih baik dan Tuhan berjanji akan mengubah nya jika kita sendiri ingin mengubah.

Tetapi yang menjadi persoalan nya adalah adakah orang lain mempunyai "kuasa" untuk mengubah hidup dan keadaan kita itu. Jawapan ini perlu kita cari sebelum kita mulakan apa juga atur cara atau aktiviti. Apa juga yang sudah di tetapkan masih perlu di tentukan. Qada dan Qadar kitab Lukh Mahfuz perlu kita rujuk akan isi kandungan nya. Tetapi tidak semua dari kita yang memohon "doa" kepada Tuhan untuk dapatkan kebenaran. Perjanjian yang pernah di beri kepada Iblis cuba di kuat kuasakan. Kesesatan yang menyimpang jauh dari hakikat dan kesejahteran masih boleh berlaku jika kita terlepas dari "naungan" Tuhan. Itulah mengapa kita di ajak supaya "menyerah diri" kepada Nya.

Persimpangan yang menyimpang untuk buat perubahan yang akan berubah bukan sesuatu yang sukar untuk di lakukan. hanya arah tujuan nya yang berbeza. Dari mana kemana itu saja yang berlaku atau dari "senang" ke "susah" atau dari "gembira ke "derita" yang akan bertukar ganti. Disinilah penting nya peranan Tuhan untuk kita mohon restu dan taufik hidayah. Jika kita ambil tindakan sendiri dengan tujuan untuk mengambil "risiko dan akibat" itu, kita akan di beri "peluang" untuk membuktikan kebolehan kita itu. "Pilihan" ini sentiasa di beri sebagai "lepas bebas" kepada setiap jiwa yang di kandung badan.      



Tiada ulasan:

Catat Ulasan