Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Ahad, 20 November 2016

Getaran Jiwa (Reverse Effect)

Amat sukar untuk kami cari perkataan yang tepat dan lebih sesuai untuk jadikan "tajuk" perbincangan ini. "Getaran Jiwa" akhir nya di jadikan pilihan kerana membawa maksud yang lebih sesuai. Pantulan gerbang jiwa di dinding hijab ini satu "sentuhan" yang paling bermakna. Tidak semua "insan" yang "pelupa" itu akan di usik dengan  "sentuhan" jiwa ini jika "ruh" nya tidak pernah mahu bertegur sapa. Hati yang mempunyai "perasaan" itu akan memandang "ingatan" nya untuk tahu apakah maksud itu. Bahasa jiwa ini sangat halus untuk di sebutkan dengan segala perkataan. Tidak ada "huruf dan suara" yang dapat mengukir hikmat itu dengan penuh bererti. Hubungan sulit tali siratulrahim ini sebenar nya adalah rahsia peribadi yang hanya "jiwa" dan "ruh" itu sahaja yang memahami. Apa guna kita bercinta sesama manusia, jika keikhlasan itu tidak pernah mungkin terjalin. Kasih sayang yang sangat di harapkan itu belum tentu pasti.

Manusia tertipu dengan ungkapan "cinta" yang di lafazkan dengan penuh muslihat. Tidak ada "cinta" yang paling agung pernah bertapak di "jasad" tubuh ini melainkan kasih sayang "ruh" itu kepada "jiwa" nya sendiri. Sejak mereka bertemu semasa lahir di dunia ini, "perasaan" dan "ingatan" itu sering mengusik untuk kenal budi pekerti. Dapatkah mereka menjalin satu hubungan yang intim di "jasad" tubuh itu masih belum pasti. "Perasaan" akan sering menyapa supaya "ingatan" nya mahu memandang. Tuhan sudah tetapkan supaya mereka harus bersama. Tetapi bukankah kasih sayang itu tidak pernah nya boleh di paksa? Pujuk rayuan apakah yang harus di hembus supaya mereka mahu bersua muka. Amat rugi jika ada "jasad" tubuh yang kehilangan kasih sayang ini di dalam diri nya sendiri. Tidak mungkin "jasad" tubuh itu dapat curahkan kasih sayang itu pada yang lain jika "diri" nya sendiri tidak pernah di kasihi. Di situlah Tuhan curahkan nikmat kasih sayang Nya kepada sesiapa saja yang di kehendaki. Orang yang tidak pernah mengasihi diri nya sendiri tidak akan di kasihi. Percayalah!!!!!!

Kita manusia masih belum dapat memahami Tuhan Semesta Alam ini. Sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu tidak pernah di buktikan kepada sesiapa saja. Kami akan bawa "dalil dan hujah: ini kepada sesiapa saja untuk tunjukkan "bukti" itu bahawa setiap "jasad" tubuh itu selalu terima "kasih sayang" itu dari Tuhan nya. Lihatlah "hati" seorang ibu!!! Bagaimana Tuhan jadikan setiap "ibu" itu mempunyai "kasih sayang" yang tidak berbelah bagi. Walau bagaimana "buruk" atau "cacat" bayi atau anak yang di lahirkan nya, "naluri" sifat keibuan tidak pernah kenal bentuk dan rupa. Bayi itu akan di tantang dan di dakap seperti satu "anugerah" Tuhan yang amat berharga. Di situlah bayi itu akan terima ciuman mesra yang tidak terhingga. Mata, telingga, hidung, mulut dan kulit si "ibu" itu akan sentiansa ingin menyentuh kulit "bayi" nya untuk di belai dengan kasih sayang. Siapakah yang "arah" kan  si "ibu" itu supaya buat begitu???

Setiap "jasad" tubuh itu sudah pernah di bela oleh "si "ibu" ini sehingga mereka meningkat dewasa. Setiap tangisan dan sakit pening si "anak" sentiasa menjadi bahan kajian oleh si 'ibu" itu agar keresahan si"anak" itu tidak berpanjangan. Apakah kita masih mahu menafikan "BUKTI" ini? Apakah seorang "anak" tidak pernah di cium oleh "ibu" kandung nya??? Lihat lah wajah si "ibu" itu sekarang. Betapa remuk dan reput kulit pipi si "ibu" itu setelah sekian lama menanggung kebimbangan agar si "anak" tidak di hampiri oleh segala penyakit. Apakah si "anak" ini akan cuba menafikan lagi bahawa Allah swt selalu menjaga kita dengan penuh kasih sayang???. Kami tidak perlu tunjukkan "bukti" dalil nas dari AlQuran dan Hadis yang wajibkan kita "sujud" kepada Allah swt. Dalil bakti jasa seorang "ibu" yang berbudi kepada seorang "anak" sudah cukup untuk buat si "anak" wajib "SUJUD" kepada Allah swt. Tuhan tidak perlu gunakan "kitab" untuk menuntut "hak" Nya. Si "anak" sudah boleh di dakwa di makhkamah agung ketuhanan hanya dengan mengunakan "bukti" yang ada pada si "ibu" itu.

Bukan kah "budi suci" itu satu "hutang" yang perlu di bayar??? Apakah jasa si"anak" kepada si "ibu" itu pula??? Setelah riwayat hidup si "ibu di ragut untuk memelihara kesempuranaan si "anak" itu, si "ibu" yang semakin meningkat usia masih menanti dengan seluruh "jasad" tubuh nya yang semakin lemah, apakah si "anak" ini akan membalas jasa nya. Tetapi Tuhan telah melarang si "ibu" untuk menuntut balasan nya. Sebab setiap jasa bakti itu perlu di berikan dengan penuh "keikhlasan". Si "ibu" tidak boleh pertikaikan jasa bakti nya kepada si "anak" itu. Si "ibu" hilang "hak"untuk menuntut segala balasan dari si "anak" itu. Si "anak" BEBAS untuk melakukan apa saja walaupun untuk membenci si "ibu" itu nanti. KETULUSAN kasih sayang yang telah Allah swt tetapkan perlu di ihtiraf oleh si "ibu" ini.

Maka tunduk lah "wajah" tua itu dengan menyimpan keramat suci di dalam "hati" nya untuk menyanjung kesucian Tuhan yang di tetapkan. Di situ si "ibu" telah ternampak betapa tinggi nya darjat ketuhanan yang Maka Suci ini. Apakah si "ibu" itu akan menanggis kesedihan???? Tidak!!!! Si "ibu" sekarang berada di dalam naungan Allah swt. Nikmat yang hanya di berikan kepada seorang "ibu" yang pernah berbakti kepada seorang "anak" yang di lahirkan. Malah si "anak" yang semakin meningkat dewasa bebas kemana saja untuk meneruskan hidup nya tanpa perlu menjenguk sapa si "tua" yang pernah di gelar "ibu" itu.

 Nampak nya sudah tiba masa nya untuk penulis meningkatkan curahan bakti kepada semua pembaca yang mencari seteguk "air" untuk hilangkan dahaga kehausan yang selama ini di rasai. Kajian "sains kerohanian" ini hanya satu "pintu" untuk pembaca menjenguk di sebalik tabir yang tertutup rapat dengan hiasan palsu selama ini. Tetapi jika anda mempunyai asas untuk mencari "penawar" yang menganggu "perasaan" dan "ingatan" anda itu, kamar "sains kerohanian" ini adalah makmal yang buat ujian kerohanian untuk kenal pasti kesan negatif dan positif nya terhadap setiap "jasad" tubuh kita ini. Kami tidak perlu tunjukkan "bukti" atau "fakta" kepada sesiapa saja yang mengunjungi, tetapi kami jadikan "jasad" tubuh anda itu sendiri sebagai bahan empirikal dan hipothesis nya untuk mencuba kesan dari ujian itu. Dapatkah kita hapuskan "perasaan" dan "ingatan" yang jahat di dalam "hati" kita itu apabila ia bersuara untuk melakukan kejahatan dan membenci?

Inilah "penyakit" itu yang ingin kami ubati supaya "jasad" tubuh kita itu bergerak dengan tingkah laku dan budi bahasa yang indah sebagai perhiasan nya. Jika sesiapa dari kita yang berjaya mengawal "hati" itu, nescaya dia akan bertemu dengan segala "seri muka" untuk di pandang tanpa jemu. Kasih sayang bukan sesuatu yang kita tuntut dengan begitu murah sekali. Kemesraan tidak akan berlaku jika "hati" itu membawa bungkusan "dosa" yang "najis" itu. Bagaimanakah kita mencuci kotoran itu yang berada di dalam "jasad" tubuh kita yang di bawa kesana sini. Bukan kah pencemaran akan berlaku di kawasan yang kita ziarahi dan berlaku kerosakan dan kemusnahan. Jadilah seorang manusia yang menyelesaikan masalah dan bukan buat atau tambah masalah itu. Dimanakah tugas" rasmi yang sudah di berikan kepada setiap manusia sebagai seorang "khalifah" itu untuk mengurus "bumi" ini. Jika kita berjaya memegang "jawatan" yang sudah di beri, nescaya seluruh seru sekalian alam akan tunduk kepada kita. 

Tidak ada mahar atau bayaran yang kami tuntut dari sesiapa saja yang mengunjungi laman "sains kerohanian" ini dan kami juga tidak terlintas untuk mendapatkan "imbuhan" duniawi itu. Apa yang penting, khidmat kami kepada Zat yang Maha Berkuasa perlu di laksanakan semoga usaha kami di perluaskan untuk basmikan segala penipuan "jin dan syaitan" itu. Jika usaha penulis ini terputus di tengah jalan akibat faktur usia dan kesihatan yang semakin meruncing, penulis izinkan sesiapa saja untuk teruskan perjuangan "sains kerohanian" ini demi kemajuan ummah. Ilmu "laduni" adalah hak semua individu untuk merasai nikmat nya apabila berada di "ruang" yang penuh "keikhlasan" itu. Tidak sesiapa boleh sampai di "ruang" itu tanpa sebarang alasan dan ulasan atau "dalil dan hujah" yang kukuh. Sebab soalan itu akan di tanya untuk dapatkan jawapan nya apabila ingin melangkah masuk di "ruang" ini. Carilah "dalil dan hujah" itu yang sudah kami sematkan di merata coretan kajian kami. Hanya mereka yang benar dan jujur akan dapat dan ternampak "ilmu" itu untuk mencari Tuhan.

Kita tidak akan bertemu Tuhan tetapi perlu mencari. Kita tidak akan nampak Tuhan tetapi perlu melihat. Kita tidak akan kenal Tuhan tetapi perlu berusaha sehingga Tuhan sendiri yang datang untuk menyambut kita masuk di dalam naungan nya. Inilah nikmat itu yang kita cari semasa mulakan semua kajian ini. Setiap arah yang di tuju kearah "siratalmustaqim" itu mempunyai banyak liku liku kepalsuan yang memerlukan cukup asas pengetahuan untuk meyaring penipuan "jin dan syaitan" itu. Sebab mereka akan cuba menyesatkan kita dengan apa cara sekalipun. Tetapi bukan kah Tuhan berada di situ untuk kita dapatkan "taufik dan hidayah" itu.  Selagi "taufik dan hidayah" itu tidak pernah terputus, "jin dan syaitan" tidak akan berjaya menghalang kemajuan kami untuk mencari jawapan yang sudah pernah di tanya, "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?" Inilah azimat yang musnahkan segala ancaman jin dan syaitan itu yang banyak menyerupai tokoh untuk di percayai. Tanpa "akhlak" Rasulullah sudah lama kami kecundang di aibkan dengan "aurat" kehinaan. "Takwa" itu yang menjadi "hijab" kami untuk melindungi ancaman "jin dan syaitan" ini. Hanya "keikhlasan" itu sahaja yang dapat membantu hapuskan segala ancaman.

Sebelum kami membawa pembaca menyingkap urusan "getaran jiwa" ini, penulis yang sudah lama menyelami arena "sains kerohanian" ini merasa perlu untuk kongsi bersama "rahsia" yang di lalui setiap "insan" dan "makhluk" yang hidup di atas muka bumi ini. Sebab "getaran jiwa" ini merangkumi semua aspek kehidupan apabila gelombang gendang hijab itu di dengungkan oleh getaran "diri" kita sendiri. Apakah kita menyangka kita berbicara pada Tuhan dengan "huruf dan suara" itu. Gendang hijab getaran jiwa ini mungkin tidak pernah di sedari setiap "hati" itu apabila "perasaan" nya di sentuh oleh "ingatan" nya sendiri ketika di ketuk. "Hijab" adalah dinding yang memisahkan setiap "jiwa" itu dengan "ruh" nya. Di situlah "jiwa" itu akan mengetuk dinding "hijab" itu untuk dapatkan "taufik dan hidayah" yang sangat di perlukan. Harapan itu di peluk "jiwa" itu, dengan rintihan semasa merayu kepada "ruh" nya untuk dapatkan belas kasihan itu. 

Dinding "hijab" yang memisahkan kita dari alam "tachyon" yang tidak bermasa itu, di selubungi banyak "tenaga" dan "graviti" dari kuasa kosmologikal tetap. Jisim dan jirim dari anasir gelap atau "dark matter" ini yang menutup lapisan itu agar tidak terbolos. Perlu kita ketahui bahawa "ruang" ini di penuhi dengan gelombang jalur lebar yang melantun dari bunyi getaran yang kita selalu gunakan sebagai "huruf dan suara" itu untuk mendengar jawapan nya dari "perasaan" dan "ingatan" kita sendiri. Sebelum kami berganjak jauh, perlu kami jelaskan bahawa "perasaan" kita itu di pengaruhi bahan biokimia yang kita sendiri sediakan di dalam "jasad" tubuh itu. Itu akan memberi kesan kepada setiap timbal balas yang akan di terima. Begitu juga dengan "ingatan" kita itu. Sebab "tenaga" gelombang otak dari "ingatan" kita dan "kimia" dari emosi "perasaan" kita itu yang cuba menyentuh dinding "hijab" itu akan mengikut rentak bahan "tenaga" dan "kimia" dengan getaran nya sendiri. Setiap "tenaga" mempunyai suhu panas dan sejuk nya dan setiap "kimia" mempunyai dos tinggi dan rendah nya. Begitu lah kita selalu gunakan "huruf dan suara" itu dengan "perasaan" dan "ingatan" kita.

"Huruf dan suara" yang menyampaikan "perasaan" dan "ingatan" kita sentiasa mencari "jawapan" yang sangat di perlukan lima panca indera kita. Mata yang ingin melihat, hidung yang ingin menghidu, telinga yang ingin mendengar, mulut yang ingin bersuara dan kulit yang ingin menyentuh adalah "nafkah" yang sering di cari untuk keperluan zahir dan batin nya. "Nafkah" ini adalah "rezeki" yang di tuntut setiap "jiwa" yang mempunyai "jasad" tubuh itu. Ini termasuk seluruh "makhluk" dan semua kehidupan. Apabila semua "hasrat" itu terkumpul di satu "ruang" yang sama dengan semua "makhluk" yang ada, bagaimana kah "keputusan" itu di hasilkan perlu menjadi "kajian" setiap individu yang menguji. Sebab apa guna kita mempunyai "ilmu", jika "ilmu" itu hanya sebagai "teori" kajian tetapi bukan untuk di amalkan sebagai praktikal di realiti ini. Ini yang ingin kami cabar setiap peserta dari pembaca kami untuk mencuba nya. 

"Jasad" tubuh kita yang nyata ini adalah "jiwa" itu yang selalu berurusan dengan "ruh" nya untuk menilai sentuhan "getaran jiwa" dengan "perasaan" dan "ingatan" kita. Hubungan sulit di antara "jiwa" dan "ruh" ini adalah satu sketsa hidup yang akan tercatat di dalam kitab yang tidak berhuruf dan bersuara. Begitulah Adam dan Hawa semasa melalui hidup di atas muka bumi ini dengan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" mereka. Mungkin kita belajar agama Islam ini dari sudut yang banyak berbeza. Tetapi "ruh" Islam itu perlu ada di dalam "jiwa" setiap "jasad" tubuh kita itu. Apa guna kita mempunyai "ilmu" berkitab di dalam dada jika hanya sepotong "ayat" sahaja yang di jiwai. Rahsia "huruf dan suara" yang menjadi "seru sekalian alam" itu sebagai dakwah Islamiah belum tentu pasti dapat sampaikan "salam" itu kepada sasaran nya. Kita terlalu asyik untuk mencari "punchline" tetapi masih gagal untuk dapatkan "getaran jiwa" itu. "Keinsafan dan kesyukuran" yang layak di terima Tuhan masih tidak berbunyi dengan "getaran jiwa" nya.

Menyelami rahsia "getaran jiwa" ini bukan sesuatu yang mudah untuk di fahami. Walaupun kita sudah mempunyai asas yang di lengkapkan di dalam "jasad" tubuh kita itu, belum tentu pasti kita dapat memahami "irama" dan "lagu" nya. "Bisikan Kalbu" yang bersuara di dinding sanubari bukan satu "siulan" yang bergema di dada hati. Rintihan itu satu kelohan dari "jiwa" nya untuk dapatkan perhatian dari "perasaan" dan "ingatan" nya itu. Pantulan yang bergema di dinding "hijab" itu satu "getaran jiwa" untuk mengusik "perasaan" dan "ingatan" kita agar di hayati. Dengan sentuhan itu "jasad" tubuh itu akan bergerak untuk melakukan apa saja. Jika dinding "hijab" itu tidak pernah bergema nescaya "jasad" tubuh itu tidak akan bergerak mengikut alunan irama nya. 

Jika "ruh" dan "jiwa" ini tidak pernah bertegur sapa, apakah mungkin "jasad" tubuh itu dapat mencapai impian nya. Tuhan yang telah janjikan segala "rezeki" itu tidak pernah mungkir janji. Sebab "nyawa" itu susdah di beri untuk di sempurnakan oleh segala apa yang ada di seluruh langit dan bumi ini. Sebab ketika para malaikat bertanya "Bukankah mereka akan melakukan kerosakan dan kemusnahan di muka bumi ini" Tuhan menjawab "Aku lebih tahu apa yang engkau tidak ketahui." Seluruh penghuni langit di ketika itu terpegun dan senyap membisu untuk mencari rahsia nya. Allah swt adalah Tuhan Yang Maha Agung. Kebijaksanaan Nya tidak dapat di ukur dengan akal fikiran kita. Apa juga yang berlaku di realiti ini baik buruk atau baik tidak akan terlepas dari "PENGETAHUAN" Nya. Segala gala nya di dalam "ilmu" Allah swt dan kita sebagai hamba yang menharapkan belas kasihan Nya tidak perlu getar dan khuatir sedikitpun.

Setiap "jasad" tubuh itu sudah mempunyai "ruh" yang boleh di rujuk dalam setiap ketika. Segala "susah dan senang" itu boleh di kongsikan bersama Allah swt untuk dapatkan "taufik dan hidayah" nya. Jika kita tidak pernah mahu berbicara dengan Tuhan apakah mungkin Allah swt akan berbuat begitu. Apabila kita di gelar "insan" yang "pelupa", Tuhan sudah berikan kita "iman" untuk kita ingat kepada Nya. Allah swt akan sering datang menjenguk untuk mengingatkan kita. Serulah ArRahman!!!!!

Sabtu, 19 November 2016

Jiwa dan Ruh

Siapakah "entiti" ini yang sering di sebut apabila berbicara tentang "sifat" kelakuan perangai peribadi budi bicara seseorang individu itu. Sebab, "akhlak" itu perlu di ukur dengan "watak" dan "tabiat" kelakuan nya yang berfungsi sebagai sesuatu yang "wujud" di realiti kenyataan ini. Setiap yang "wujud" di realiti ini akan ada "fungsi" negatif dan positif nya dan ini sudah tentu akan mengundang kebimbangan kepada sesiapa saja yang berada di "ruang" realiti itu. Apakah bentuk "ancaman" atau juga bentuk "manfaat" yang akan di salurkan oleh "tenaga" ini. Sudah pasti akan ada yang perlu buat tinjauan untuk kenal pasti "tenaga" yang mengocak "getaran" gelombang "ruang" di realiti ini. Kewujudan" "subjek" ini di realiti, masih belum mendapat pengesahan dan pengiktirafan yang kongklusif dari kaca mata masyarakat majmuk. Hanya "teka teki" sahaja yang mampu di terjemahkan untuk merujuk kepada "entiti" yang di katakan "jiwa" atau "ruh" ini.

Terlalu banyak yang pandai menyebut dan di senaraikan di dalam "khamus" untuk bantu memberi kefahaman, Kita hanya pandai menyebut perkataan itu untuk sesuaikan "ayat" yang di susun tetapi tidak pernah akur untuk menilai asas kewujudan nya. Maka akan berlaku nya menyelewengan fakta dari "bukti" yang tidak pernah terserah. "Jiwa" dan "ruh" ini akan di jadikan "sandiwara" hidup untuk mengenal pasti "fungsi" negatif dan positif nya kepada masyarakat umum. Kita hanya mampu untuk buat "ulasan" teknikal tentang "jiwa" dan "ruh" ini yang di perkatakan dari sudut "pendapat" dan kognitif kefahaman kita yang tersendiri. Maka akan timbullah persengketaan apabila bacaan "jiwa" itu bergerak kearah bacaan "ruh" yang di sentuh. Persepsi umum yang masih keliru untuk guna pakai "istilah" yang tidak rasmi di antara "jiwa" dan "ruh" ini mula timbulkan kebimbangan.

Tetapi "jiwa" dan "ruh" ini sering di kaitkan untuk mempunyai "hubungan" yang sangat rapat di antara mereka. "Ruh" akan di takrifkan sebagai "induk" yang membiayai keberkesanan "jiwa" nya itu. Jadi "ruh" di jadikan sebagai penyumbang kepada "reaksi" "jiwa" itu semasa buat persembahan di realiti. Tetapi!!! apakah itu keshahihan nya??? Bukankah "jiwa" itu yang buat persembahan dan bukan "ruh" itu secara fakta nya? Jika "jiwa" itu gagal mencapai matlamat nya di realiti, apakah "ruh" itu yang akan di ukur "positif" atau negatif" nya itu. Ini yang akan kami kupas untuk beri penjelasan supaya kita lebih arif memahami urusan "jiwa" dan "ruh" ini agar tidak tersalah nilai. Martabat "ruh" ini perlu di pertahankan. Kita perlu akur bahawa "ruh" ini mempunyai "imuiniti" yang kukuh untuk tidak di dakwa di mana2 mahkamah agung ketuhanan. Jika kita masih belum lagi dapat memahami fakta ini, maka kita masih belum lagi tiba di pintu hakikat kebenaran yang mentadbir urusan kerajaan langit dan bumi ini.

Marilah kita melangkah setapak demi setapak untuk meninjau situasi keadaan yang menyimpan semua rahsia ini. Apabila "langit dan bumi" itu di pisahkan untuk beri laluan kepada "Qada dan Qadar" itu di laksanakan dengan urusan "rezeki" yang di timbang dengan "susah dan senang" nya, maka sudah pasti akan ada kerajaan pentadbiran yang akan "mengurus" keadaan ini di atas muka bumi ini. AlKhalik adalah Tuhan yang Maha AGUNG. Kuasa mutlak Nya tidak dapat di pertikaikan oleh suatu apapun. Maka memberi "kuasa" atau turunkan "kuasa" kepada "ASBAB" kejadian di realiti bukan sesuatu yang lemah malah adalah sesuatu yang bijak dan sophisticated atau "CANGIH". Kuasa "sebab dan musabab" atau "cause and effect" ini sudah di iktiraf semua pakar saintis terkemuka di atas muka bumi ini. Sebijak mana "akal" para saintis ini boleh berfikir, mereka terpaksa akur dengan kuasa "sebab dan musabab" ini yang mereka "kaji" sebagai bahan rujukan semua hipothesis dan empirikal mereka.

Kami ingin membawa pembaca kami ke satu "tahap" pemikiran "akal" yang lebih tinggi atau mendalam. Jangan lah kita asyik kaji "alif, ba, ta" sahaja yang tertulis dengan "huruf dan suara" itu. Alam maya ini adalah "ruang" untuk semua umat Islam memberi tumpuan, sebab di situlah berlaku dan bermula peredaran "masa" yang menjadikan semua kehidupan di realiti ini. Di situlah Allah swt sentiasa bersemayam untuk melihat arena kehidupan yang telah DIA ciptakan untuk berlaku dengan keizinan nya.  Di ketika itulah Allah swt mendengar segala "DOA" permintaan yang di hajatkan oleh semua hamba hamba Nya. Disitu jugalah Tuhan yang mempunyai "kuasa" mutlak akan mengubah "NASIB" sesuatu kaum atau individu yang mahu mengubah nasib diri atau kaum nya. Maka seluruh sistem alam maya itu akan di ubah dengan dengan kuasa "graviti" dan "tenaga" atau yang lebih senang di fahami dengan sistem "market dan demand" ini. "Bumi" akan di jadikan punca segala "rezeki" untuk kehidupan itu yang bergerak mengikut globalisasi tanpa sempadan.

Namun!!!!!, Kedaulatan setiap "entiti" yang "wujud" di realiti ini akan di beri perlindungan demi menjaga maruah diri dan pelihara "keaiban" nya dari di cerobohi "entiti" lain yang akan hidup bersama di "ruang" yang sama. Sistem matahari, bulan bintang dan planet lain akan di kawal dengan kosmologikal tetap agar tidak bertembung di kawasan yang semakin berkembang dan laluan yang sempit. Setiap "entiti" yang "wujud" perlu mempunyai daya ketahanan diri untuk bersaing di "ruang" yang di pengaruhi semua penguna. Kuasa "sebab dan musabab" akan mengambil alih tugas perlaksana jika kelemahan itu tidak di atasi. Setiap "entiti" tidak lagi boleh menyalahkan Tuhan apabila mereka gagal bertahan kerana usaha untuk mendapatkan "taufik dan hidayah" itu masih berkuat kuasa tanpa sebarang diskriminasi. Hanya "hujah dan dalil" apa yang perlu kita gunakan atau "solusi" apa yang perlu kita gunakan untuk mengatasi masalah itu. Jika tidak tahu tanya Tuhan dan minta "petunjuk" dan bantuan pendidikan dari "taufik dan hidayah" Nya itu. Bukan kah Allah swt itu Tuhan yang Maha Mengetahui??? Jadi Allah swt sentiasa bersedia untuk membantu jika kita masih sukar untuk mencari jalan "siratalmustaqim" itu. 

Bukan kah kita sudah di suruh untuk menuntut "siratalmustqim" ini di setiap detik waktu yang di perintahkan??? Allah swt tidak akan pernah tinggalkan kita "BERSENDIRIAN!!!!!!  Sebab "ruh" itu sudah di beri kuasa untuk sempurankan segala urusan hidup kita. Allah swt akan nampak apa yang di lihat oleh "ruh" kita itu. Allah swt akan dengar apa yang di dengar oleh "ruh" kita itu. Tetapi jika "ruh" kita itu tidak mahu melayan "jiwa" kita itu kerana kemungkaran nya, maka setiap "jarak" untuk menjauhkan diri akan beri kesempatan kepada anasir "jin dan syaitan" untuk mengambil alih proses realiti itu. Inilah proses kemusnahan yang di katakan "ajal"itu. "Entropy" dari "black hole" atau "lubang hitam" ini akan lenyapkan kewujudan dengan "sisa" kehidupan yang masih tersimpan di serpihan nya. (Serpihan ini adalah di mana dunia alam mistik akan di hidupkan oleh anasir "jin dan syaitan". Sebab mereka masih mempunyai kepentingan yang sudah di janjikan) Disinilah "misteri" itu akan bermula untuk usik acuan realiti yang sudah di terapkan.

Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi akan di robek untuk pisahkan "langit dan bumi" ini dan tongkatkan kebesaran "kudrat dan iradat" yang sudah di berikan kepada "ruh" yang suci ini. Mengapa kita umat Islam masih gagal untuk memahami agama suci Islam ini yang begitu luas kefahaman nya melampaui "ruang" yang tidak terbatas ini. Jangan jadikan agama Islam kita sebagai surat khabar lama yang tidak pernah mahu meneroka urusan masa depan yang akan berlaku iniUntuk dapatkan sedikit "natijah" dari hujah kami ini kami sangup memberi sedikit ulasan untuk sesiapa saja menilai nya sendiri. "Ruh" yang pernah di tiupkan memegang kuasa "kudrat dan iradat" untuk mencipta segala inspirasi dari setiap hajat dan impian  "jiwa" nya itu. Di situlah di mana "taufik dan hidayah" itu akan di perolehi oleh "jiwa" ini dengan kuasa "kudrat dan iradat" dari "ruh" nya itu. 

Sistem "kudrat dan iradat" ini yang di serahkan kepada "ruh" ini akan mengurus urusan "qada dan qadar" dengan ada nya "jiwa" yang di katakan "nafsu" dan "iman" itu. Di sinilah kitab "sijjin dan illiyin" itu akan di rakam dengan bahan "kimia"  deoxyribonucleic acid baka nasab "jasad" tubuh nya dan bahan "tenaga" ribonucleic acid yang mengawal sistem sel biologi itu untuk tumbuh atau mati. Apabila urusan "rezeki" itu di tetapkan dengan "susah dan senang" nya, maka ukuran "keperluan" nya di tetapkan dari "kemampuan" nya sendiri. Jika "jiwa" itu ingin makan "mee maggie" semangkuk, maka ia perlu merujuk kepada "ruh" nya dengan satu "hijab kabul" yang di katakan "NIAT" itu dengan "lafaz "huruf dan suara" yang sudah di sampaikan oleh "utusan" yang di kirim kepada Rasulullah saw. Inilah "ijazah" yang patut di capai setiap "jiwa" sebagai "akhlak" nya yang ingin menikmati "taufik dan hidayah" dari Allah swt. Maka sepercik cahaya "nur" mula bersinar untuk membuka "ruang" yang kosong di kegelapan yang gelita itu. 

"Nur" Muhammad ini turun dengan tulang "sulbi" nya untuk jadikan semua "jiwa" yang akan wujud di realiti itu dengan bentuk rupa dan fungsi nya. Maka "Nur" Muhammad itu pun turun untuk jadikan setitik "air" yang mengalir sehingga berjuta tahun jauh nya di sekeling Arasyi dan jadikan Pena atau "akal" dan "kitab" atau "ilmu" untuk di baca setiap "jiwa" yang wujud di realiti itu dengan para malaikat dan "syurga" nya. "Api" kemudian mula "menyala" untuk jadikan jin dan syaitan dengan "neraka" nya. Pergelokan besar ini mula berkembang dengan letupan besar dari cahaya "nur" Muhammad itu untuk membuka "ruang" terjadi nya semua "planet" lain dan masih bergerak sehingga di hari ini. Serpihan radiasi cahaya "nur" ini yang turun dari "langit" dari besi "qursani" ini masih bertaburan di atmosfera di mana segala bintang2 itu terjadi. Di situlah "graviti" tarikan bumi mula bergolak untuk mencari "berat muatan" dan jadikan kewujudan. Pandang lah langit di malam yang gelap, anda akan melihat keindahan ciptaan Tuhan yang bertaburan di bumbung langit. Kita selalu di naungi cahaya "nur" Muhammad di atas kepala kita kerana "ruh" itu akan di tabalkan untuk megang "amanah" jujungan "kudrat dan iradat" yang akan di serahkan.

"Ruh" ini adalah termasuk urusan Tuhan yang tidak perlu sesiapa pertikaikan. "Jasad" tubuh kita atau setiap "entiti" yang wujud di realiti ini dengan berbentuk rupa adalah "jiwa" yang memegang "amanah" ini untuk berlaku sopan dan tidak melakukan kerosakan.  Bukan tangung jawab Tuhan lagi untuk selengarakan alam maya ini atau juga "jasad" tubuh kita itu. Dengan kuasa "kudrat dan iradat" dari "ruh" itu mereka sudah di beri "kelengkapan" itu untuk sempurnakan tangung jawab mendapatkan "taufik dan hidayah" itu dari Tuhan dengan kebolehan "jiwa" nya itu. "Jiwa" ini yang perlu bertugas mencari "nafkah" zahir dan batin nya. Jika kita di datangi "penyakit", itu bukan kerana Tuhan sedang "hukum" untuk menyeksa kita dengan kesengsaraan tetapi angkara kelemahan diri kita sendiri. Rasulullah juga pernah jatuh sakit walaupun dia seorang kekasih Allah swt. 

Kasih sayang Tuhan melebihi kemarahan Nya!!!! Kita akan cepat melontarkan perkataan bahawa Tuhan seksa orang itu atau orang ini kerana kita sendiri yang MENGHARAPKAN nya begitu. Amat "JAHAT" hati mereka ini sehingga menuduh Tuhan berbuat begitu. Tetapi sebenarnya Tuhan sedang menunggu di sisi orang itu untuk mendengar "doa" yang akan di pohon. Ingatkah kita ketika Nabi Yunus as. berdoa d dalan perut ikan? Tuhan tidak pernah cepat menghukum seperti kita semua tetapi sentiasa memberi "peluang" supaya kita lafazkan "keinsafan" itu dengan "taubat" yang di janjikan. "TAUBAT" ini tidak pernah di nafikan kepada setiap hamba Nya. Hanya "jiwa" yang menangung penderitaan itu sahaja yang perlu dapatkan "taufik dan hidayah" itu dengan kuasa "kudrat dan iradat" dari "ruh" nya untuk merayu kepada Tuhan. Bukan kah "ruh" itu "satelit" kita kepada Tuhan?.Jika kita pandai dan bijak "BERBAHASA" dengan Tuhan sudah pasti kita akan di layan dengan kasih sayang Nya yang begitu lumayan dan tidak terhingga. TETAPI, jangan lah kita anggap Tuhan itu hanya tempat untuk kita tagih simpati tanpa perlu hulur "adab" dan "kesopanan" yang layak di terima Tuhan. Keinsafan dan kesyukuran kita adalah tajuk utama berbincang di dalam urusan "jiwa" kita itu dengan "ruh" nya.

Jika kita masih belum pandai menjaga tata tertib perhubungan di antara "ruh" ini dengan "jiwa" nya, bagaimana mungkin kita dapat mencapai satu status "silaturahim" dengan Tuhan yang Maha Pengasih ini. Maka carilah dan kenallah "ruh" ini semoga "jiwa" kita dapat menjalin satu hubungan yang intim untuk melangkah masuk di syurga Azawajallah. Di syurga ini bukan "huruf dan suara" yang di bicarakan, tetapi "ingatan dan perasaan" kita yang lebih telus dan ikhlas. Maka "perasaan" dan "ingatan" adalah bahasa "jiwa" yang sedang di bicarakan di antara "ruh" dan "jiwa" nya. Kita tidak perlukan "huruf dan suara" untuk berbicara dengan Tuhan. Tuhan memberi kita satu kemudahan yang paling cangih untuk menghantar isyarat dari doa dan permntaan kita untuk dapatkan "taufik dan hidayah" itu. Labaika!! Labaika!! kata Tuhan semasa menunggu kehadiran kita. Namun kebanyakan nya kita gagal oleh sebab "jiwa"mereka sendiri yang tidak layak mendapat layanan dari "ruh" nya sendiri. Malah ada yang sudah di tinggalkan jauh oleh "ruh" nya sendiri kerana terlalu benci untuk bersua muka. Carilah "silaturahim" ini yang sangat kita perlukan. Jika kita gagal menjalin satu hubngan yang baik bersama "ruh" kita , apakah mungkin kita akan di pimpin setelah kita kembali kerahmatullah nanti. Jika tidak kita mungkin akan di biarkan terkumpul di perkampungan "sijjin" itu.

Ilmu "sains kerohanian" ini tidak pernah di cipta atau di ilhamkan oleh sesiapa juga. Ini "ilmu" jiwa yang sudah di peruntukan kepada setiap manusia yang lahir ke dunia ini. Di situlah "pintu" alam "laduni" akan terbuka untuk menziarah keindahan taman yang penuh kesyahduan. Kita tidak pernah terlepas dari bersemuka dengan "ruh" kita sejak kita lahir kedunia ini. Setiap hari kita akan bertemu untuk dapatkan satu pakatan dengan "perasaan dan ingatan" kita itu. Kita berjanji dengan "ruh" kita sendiri, tetapi kita sering memungkiri nya. Jika kita selalu menipu "ruh" kita sendiri apakah kita akan jujur kepada Tuhan Nya???? "JIWA" ini yang perlu kita perbaiki supaya mempunyai "akhlak" yang cukup sesuai untuk teruskan jalinan satu perhubungan. Siapakah yang akan mencegah kita dari melakukan kejahatan, jika "ruh" itu tidak pernah menasihati. Kasih sayang di antara "ruh" dan "jiwa" ini boleh melalui keseronokan "muhabah" di antara Adam dan Hawa sehingga meningkat kepada kasih sayang Tuhan kepada diri Rasulullah!!! Maka carilah "akhlak" Rasulullah itu di mana saja kita berada. Kerana "jiwa" itu perlu memakai "akhlak" itu sebagai "mahkota" nya ketika mahu berdiri di sisi "ruh" nya. Itulah cinta yang sejati apabila "jiwa" dan "ruh" itu dapat bersama. 

Lihatlah betapa hebat nya "ilmu" Nabi Kidir!!!!! Nabi Kidir melalui banyak zaman para Rasul termasuk zaman Rasulullah. "Ilmu" Nabi Kidir terlalu cangih sehingga tidak dapat di ukur dengan tahap atau aras ketinggian nya. "Ilmu" ini tidak berada di dalam satu "ruang" yang terhad dengan ukuran darjat nya. Sebab "ilmu" Nabi Kidir berada di dalam ruang yang tidak bermasa iaitu "tachyon" yang sfera, dimana masa kini, masa silam dan masa depan bertembung di dalam lingkungan nya. Maka kita juga tidak pernah di kecualikan untuk merasai nikmat "ilmu" ini. Cubalah kita perhatikan bagaimana Tuhan sudah melatih kita untuk melihat masa depan denga ujian hidup yang selalu kita lalui. Hari ini adalah jawapan dari hari semalam dan hari esok adalah jawapan dari hari ini. Kita sudah di latih untuk melihat masa depan dengan agama suci Islam ini!!!!

Apakah hidup kita ini hanya dengan kekuatan kepakaran "ilmu" duniawi yang praktikal. Kekuatan rohani yang menjadi tunjang berlaku nya semua kejadian tidak boleh di abaikan. Kerana itulah apa yang akan di inginkan anasir "jin dan syaitan" itu yang mahu mengaibkan umat manusia. Perang psikologi ini sudah di ajar Nabi Besar kita Rasulullah sejak dari dahulu lagi. Sunnah nya yang sentiasa mengajar kebaikan kepada setiap kejahatan adalah untuk tunjukkan "perbezaan" itu sebagai jalan altenatif. Rasulullah sentiasa mengajak kaum "jahiliah" kembali ke jalan yang lurus. Jika kita ternampak orang yang telah di landa kejahatan, Rasulullah mengajar kita supaya pergi lakukan kebaikan agar "perbezaan" itu dapat di rasai. Itulah dakwah Islamiah yang di ajarkan oleh Rasulullah. Allah swt telah menjadikan semua "jiwa" yang wujud di realiti ini berpasangan. Hanya DIA sahaja yang ESA. Kita sebagai "jiwa" yang "wujud" perlu mempunyai dua "watak" ini di mana sahaja kita berada. Itulah yang di katakan "dosa dan pahala" itu. Sijjin dan illiyin, atau "ruh dan jiwa" nya. Jangan kita menyangka kita hanya mempunyai kebaikan sahaja, malah kejahatan itu tetap berada di situ untuk mengambil alih. Salam yang kita ucapkan di setiap solat di kiri dan kanan mempunyai "rahsia" yang hanya mereka yang mahu mengenal akan tahu sampaikan "salam" itu.

Edit 25.11.16

Walupun kita berpijak di bumi nyata ini dengan segala realiti itu berlaku, Allah swt dan Rasul Nya mempunyai "peranan" di dalam setiap detik waktu yang kita lalui. Kita mungkin sudah terlalu taksub atau khayal dengan putaran "masa" sehingga kita mabuk untuk melihat hakikat kebenaran ini. Hidup yang kita lalui ini bermula dengan tiga dimensi dari masa silam, kini dan masa depan. Tidak ada seorang "makhluk" pun yang boleh terlepas dari "ukuran" masa ini. Kita pasti akan di suruh merujuk kepada "hari semalam" semasa kita meranang "hari ini" untuk dapatkan hasil dari "hari esok" itu. Sebab sempadan di antara "hari esok" dari "hari ini" adalah di mana Tuhan menunggu untuk mendengar segala "doa" permintaan setiap "makhluk" Nya. Segala "doa" permintaan itu adalah satu seruan untuk mencorak bentuk rupa "masa depan" itu dengan setiap usaha yang sedang di jalankan. Usaha ini sebenar nya adalah "DOA" itu. Bukan "huruf dan suara" itu. Amal perbuatan kita itu satu "tempahan" yang di buat untuk dapatkan "hasil" nya. Setiap benih yang kita tanam di kebun perlu di "jenguk" dan di "sentuh" agar tumbuh sihat dan segar. Bukan tinggal dan datang nak ambil hasil nya sahaja.

Sejak bila Allah swt dan Rasul Nya mengajar "MAGIK" kepada seluruh umat manusia??? Jika lapar hendak makan, baca "mantera" dan seru di langit untuk turunkan makanan. Bila sakit,baca "jampi" dan sembur sahaja pada penyakit itu. Apakah kita di suruh mengembara di seluruh pelusuk bumi untuk mencari Tuhan? Apakah kita perlu "betapa" di dalm gua untuk mengenal Tuhan?.Mengapa nasib anak bangsa kita di jajah oleh orang yang mempunyai fikiran sempit. Anak2 kita di serahkan kepada orang yang tidak tahu memajukan diri mereka sendiri. Kita di minta "taat" pada tok guru atau pak ustaz yang menentukan arah tuju hidup kita. Kita serahkan pemikiran generasi muda anak bangsa kita kepada golongan yang "aktif" mengutip "sedekah" dan minta bantuan kesana sini. Kita tidak di jadikan seorang yang MAMPU bersedekah. Kita di jadikan sebahagian dari "masalah" itu untuk di selesaikan.  Nasib anak bangsa kita di serahkan kepada orang yang hanya lulus sekolah pondok untuk membina jati diri generasi muda..Kemajuan generasi anak bangsa kita sudah berada di paras yang sangat parah. Anak bangsa dan agama kita semakin lemah di ancam dengan masalah sosial sehingga mereka tidak dapat menilai di antara "hak dan batil". 

Apakah kita umat Islam ini menjadi "masalah" di dalam masyarakat?? Bukahkah Rasulullah saw semasa menjadi Rasul yang di utus di kirim untuk selesaikan segala "masalah" di bumi ini. Rasulullah berdakwah membawa kebaikan untuk selesaikan semua masalah hidup dan juga mati yang sangat di perlukan. Tidak ada urusan yang tidak dapat di selesaikan oleh agama suci Islam kita yang melampaui langit dan bumi atau dunia dan akhirat. Kita sudah di kenalkan kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang untuk meminta petunjuk dari "taufik dan hidayah" nya. Malang nya kita masih berpaling kepada selain Allah dan Rasul Nya. 

Anak2 muda sudah tidak boleh di tegur dan di nasihati. Suara mereka lebih tinggi dari ibu bapa sendiri. Ibu bapa sudah boleh di tengking dan di herdik. Orang luar dan orang lain lebih "penting" dari keluarga sendiri. Mereka akan rampas segala harta kesenangan keluarga untuk bergembira dengan teman sekawan. Kontrak sosial yang bebas buat mereka bergaul tanpa batas. Khalwat dan penzinaan berleluasa. Anak luar nikah di lahirkan seperti "sampah" yang di buang. Tangisan bayi di senyapkan dengan di beri makan pada semut dn kerengga. Kezaliman apakah yang sudah menyusup masuk di dalam dada setiap anak muda generasi baru kita ini. Apakah kita hanya akan duduk berpeluk tubuh dan biarkan saja mereka menjajah hidup masa depan kita. Di mana kah titik permulaan untuk "mengubah nasib" bangsa kita ini sebagai umat Muhammad.

Dimana kah "fatanah" itu, di manakah "amanah" itu, di manakah "sidik" itu dan di manakah "tablik" yang pernah Rasulullah sampaikan dahulu. Apakah songkok dan sarban atau jubah yang menentukan "martabat" keimanan seseorang itu. Mengapa pakaian yang menjadi "hijab" tetapi bukan "takwa" nya. Kita lebih seronok pakai "unifom" beramai ramai sebagai satu "jemaah" yang besar tetapi kita sebenar nya masih bersendiri di dalam satu masjid itu. Kita bukan tetamu Rasulullah di dalam rumah Allah itu. Kita tidak pernah nampak Allah dan Rasul Nya di situ ketika melangkah masuk ke sebuah masjid sebab tidak pernah buat temu janji itu. Bukankah Rasulullah semasa sedang menunggang kuda atau unta dan mendengar azan akan dengan segera mengucapkan "Labaika Allauhumma laibaka!!!!"  "Aku sahut seruan Mu ya Allah aku sahut seruan Mu!!!!" Setiap pacuan kuda itu di gerakkan dengan penuh bersemangat untuk berjumpa dengan kekasih nya. 






Isnin, 17 Oktober 2016

Huruf dan Suara

Tuhan telah memberi kita manusia satu kebolehan yang sangat menakjubkan. Rahsia "huruf dan suara" ini sebenar nya adalah "ilmu" yang di sampaikan oleh "lidah" dari "hati" yang menyimpan "niat" itu. "Hijab" yang selalu nya tertutup di dalam "hati" yang di pandang Tuhan akan di "kabul" kan dengan kita mendedahkan "aurat" itu di khalayak ramai untuk mencari "nafkah" keperluan nya. Kita manusia mengunakan "huruf dan suara" ini untuk memohon doa permintaan yang di hajatkan untuk semua "hati" itu yang duduk bersama Tuhan dengan "niat" nya agar "kabul" kan segala permintaan itu. Maka benarlah kata Tuhan bahawa Dia lah yang memberi segala "rezeki" itu dan kita "wajib" mengadap Nya untuk jelaskan "kesyukuran" dan "keinsafan" itu.

Apabila kami siasat dan teliti kajian "huruf dan suara" ini, kami terpaksa rujuk kepada urusan "hijab kabul" itu di mana setiap "nafkah" zahir dan batin itu akan di beri dari "rezeki" yang di timbang dengan "susah dan senang" nya. Tuhan telah memberi "kudrat dan iradat" itu kepada kita untuk mencari "nafkah" untuk "keperluan" jasad tubuh kita ini. "Huruf dan suara" ini mempunyai "kuasa" untuk kita menuntut "keperluan" jasad tubuh itu. Tetapi "keperluan" ini akan di ukur dari "kemampuan" kita mencari "kepuasan" itu. Tuhan sudah berjanji akan sempurnakan "keperluan" kita tetapi bukan "kepuasan" itu. Kita telah gunakan "huruf dan suara" ini untuk menuntut "nafkah" itu. Tetapi kita sering mengkhianati "perjanjian" itu dengan diri kita sendiri. Ayat yang kita susun untuk di suarakan tidak sekata dengan "niat" yang tersimpan di dalam "hati" itu. Kita berbohong dengan diri sendiri untuk dapatkan "nafkah" itu dengan berdusta di hadapan Tuhan. Di situ kita sebenarnya telah menempah "musibah" atau "susah" itu untuk diri kita sendiri.

Tuhan telah memberi setiap manusia itu kebebasan untuk membuat "pilihan" itu dengan "peluang" yang di sediakan. "Huruf dan suara" inilah "hijab kabul" itu untuk kita bercakap dengan Tuhan. Tetapi "wajah" yang di pandang Tuhan bukan "huruf" dan di dengar Tuhan bukan "suara" itu. "Perasaan" dan "ingatan" kita itu adalah bahasa yang kita tutur kepada Tuhan. "Huruf dan suara" ini hanya di gunakan kepada semua "makhluk" itu. Sebab "huruf dan suara" ini adalah "ilmu" yang pernah di berikan kepada Nabi Adam ketika di jadikan sehingga Adam dapat menjelaskan apa yang di tunjukkan. Tetapi sebenar nya "ilmu" ini hanya satu "penilaian" untuk mencari fakta atau "hakikat" nya. Itulah mengapa "akal" itu kemudian di berikan sebagai "senjata" untuk mencari kebenaran atau "siratalmustakim" itu. "Huruf dan suara" ini bukan satu hakikat kebenaran tetapi hanya satu "penilaian" yang di buat untuk mengukur kebenaran itu. Begitu juga dengan "niat" itu yang perlu di buktikan dengan perbuatan nya.

Di sini kajian kami terpaksa rujuk pula kepada rahsia "kudrat dan iradat" itu yang melakukan segala perbuatan itu. Mengapa kita di "nilai" dengan "dosa dan pahala" itu. Kita perlu kenal Tuhan bukan hanya dengan menyebut " huruf dan suara" itu. "Kemampuan" kita masih di tangan Tuhan. Kita sebenar nya "daif, fakir, hina dan lemah". Kita sangat memerlukan "kekayaan, kebijaksanaan, kemuliaan dan kekuatan Tuhan itu. Perhatikan lah apa yang kita "ambil" dan apa yang kita "dapat" itu. "Huruf dan suara" itu akan selalu menjadi "saksi" kepada setiap makhluk di atas segala perbuatan kita itu tetapi "perasaan" dan "ingatan" itu akan di "saksi" Tuhan untuk melihat "pilihan" yang akan di buat dengan "kudrat dan iradat" itu. "Keputusan" itu masih di tangan Tuhan untuk beri "rezeki"  yang di katakan "susah dan senang" itu. Tuhan mendidik kita dengan "ilmu" dari "rezeki" itu. "Hikmah" ini sangat di perlukan dengan "kesabaran" itu. Sebab Tuhan mendidik kita dengan "pasangan" yang buat perbezaan itu. Kita tidak akan dapat mengaku sesuatu itu besar jikalau tidak ada yang kecil. Kita tidak akan jadi "baik" jika tidak ada kejahatan. Pada mereka yang "pandai" itu maka insaflah apabila kita ternampak yang "bodoh" itu. Tuhan telah "letak" kita pada kedudukan yang lebih baik supaya kita "insaf" dan "syukur" dengan pemberian itu.

Ketika Rasulullah menerima "wahyu" apa yang perlu di lakukan oleh seorang Nabi yang "ummi" ini hanya perlu menyebut dengan "huruf dan suara" itu sahaja dan akan di bacaan itu akan di tadbir oleh "urusan kami" untuk beri kefahaman atau keimanan itu. "Kitab" atau "Kalam" yang perlu di "baca" oleh "sekepal darah" itu bukan hanya dengan "huruf dan suara" itu. "Sekepal darah" ini perlu "baca" dengan "perasaan" dan "ingatan" nya. Ini yang ingin di lihat Tuhan apabila kita "baca" setiap ayat di "kitab" atau "kalam" Nya itu. "Huruf dan suara" itu hanya di dendangkan kepada setiap makhluk dengan utusan seru sekalian alam itu. Maka "huruf dan suara" itu hanya bermanfaat kepada seru sekalian alam. Jadi janganlah kita beranggapan "huruf dan suara" itu di tujukan kepada Tuhan. Jika kita ingin berbicara dengan Tuhan maka gunakanlah "perasaan" dan "ingatan" itu. Sebab "bahasa" jiwa ini tidak akan pernah tersalah atau berbohong. Mengadaplah kepada Tuhan dengan "bahasa" jiwa ini untuk di pandang Tuhan dan gunakan "huruf dan suara" itu untuk seruan sekalian alam. Kita sudah terlalu "taksub" untuk dendangkan seru sekalian alam ini sehingga kita abaikan urusan kita kepada Tuhan. Apakah "pujian" manusia yang kita harapkan selain dari "pujian" kepada Tuhan. Mengapa kita jadikan "ibadat" itu sebagai satu "persembahan" untuk di nilai oleh umat manusia.

Ahad, 2 Oktober 2016

Hijab Kabul

"Hijab kabul" adalah persetujuan di antara dua pihak yang telah membuat perjanjian. Kita mungkin sudah khususkan perkataan itu untuk di rasmikan di dalam majlis upacara pernikahan. Tetapi "hijab kabul" bukan hanya termaktub untuk urusan itu sahaja. "Hijab kabul" perlu di sertakan di dalam semua perjanjian di antara dua pihak sebagai satu persetujuan yang sah. Mungkin "hijab kabul" ini telah di tetapkan supaya di lafazkan dengan "huruf dan suara" yang jelas. Tetapi sebenar nya "hijab kabul" ini tersembunyi di dalam satu "kitab" yang di baca urusan Tuhan yang dikatakan "niat" itu. Kita sebagai manusia yang "ummi" ini, terpaksa di didik dengan "huruf dan suara" itu. Tetapi rahsia "hijab kabul" ini termaktub di dalam "kitab" yang di katakan "niat" itu. Pertikaian akan berlaku apabila "huruf dan suara" itu bukan satu pengistiharan yang sah. "Huruf dan suara" hanya satu "perakuan" yang di sebut untuk jelaskan "hasrat" itu pada "niat" nya. Sejauh mana "keikhlasan dan kejujuran" itu masih belum terbukti. "Bukti" ini perlu di tunjukkan dengan "kerelaan" untuk menghormati persetujuan itu.

Kami tidak berminat untuk mempertikaikan urusan "huruf dan suara" ini. Itu di perlukan kerana manusia yang "ummi" ini tidak mampu membaca "kitab" yang tidak tertulis itu. Hukum "syariat" mewajibkan "huruf dan suara" ini sebagai satu "perakuan" yang jelas untuk di terima para "jemaah" yang hadir. "Perakuan" itu memang di perlukan untuk istiharkan pendirian yang jelas. Maka "hijab kabul" ini telah di naik taraf dengan "tanda tangan" yang tercatat. Apabila manusia yang "ummi" ini perlu mendengar dan melihat, "hijab kabul" itu telah di cetak dengan "tanda tangan" yang jelas. "Tanda tangan" ini di anggap sebagai satu "persetujuan" yang sah. Walaupun "tanda tangan" yang tercatat itu tidak pernah tahu apa yang telah di persetujui. Penyelewengan ini sudah berleluasa di setiap perjanjian yang rasmi. Tetapi kami bukan untuk membela atau mengutuk ketidak tulusan itu. Kami lebih berminat untuk mencari asas "hijab kabul" ini.

"Hijab kabul" berlaku sejak kita masih zarah yang halus. Semasa kita masih kosong (0) di ruang yang tersembunyi dan ingin "wujud" menjadi satu (1) entiti di ruang realiti ini yang umum,  kita perlu buat "perakuan" untuk jelaskan "persetujuan" itu sebelum di beri peluang untuk wujud di alam nyata realiti ini. "Hijab" yang dulu nya tertutup itu telah di "kabul" kan dengan kehadiran kita di alam nyata ini. Kita akan selalu melakukan "hijab kabul" ini apabila kita di lahirkan ke dunia ini. "Huruf dan suara" itu perlu di gunakan sebagai isyarat untuk menyuarakan hasrat yang masih tersembunyi atau tertutup itu. Sesuatu yang ghaib di dalam "hijab" yang tertutup perlu di "kabul" kan dengan "huruf dan suara" di alam realiti yang nyata ini. Kita selalu berurusan dengan Tuhan sebelum kita berdepan dengan manusia atau makhluk lain di alam nyata ini. "Hijab" kita bersama Tuhan tidak memerlukan "huruf dan suara" itu. "Niat" itu adalah "wajah" yang di pandang Tuhan. Hanya "kabul" itu yang memerlukan "huruf dan suara" itu bila berada di alam nyata  dengan topeng "muka" bentuk rupa nya.

Tidak ada sesuatu apapun akan "wujud" jika "hijab" itu tidak pernah di "kabul" kan. Adam tidak akan dapat bersama Hawa semasa di syurga itu jika "hijab" itu tidak di "kabul" kan. Perasaan" hawa "nafsu" perlu di "hijab kabul" kan dengan "ingatan" kepercayaan "iman"nya. Mereka perlu "hijab kabul" dengan :niat" untuk lahirkan "zuriat" amal perbuatan nya. Keinginan "perasaan" dan impian "ingatan" adalah ruang di mana kita sedang merancang bersama Tuhan untuk "wujud" kan sesuatu yang akan di cipta di realiti ini. Kita tidak pernah mempunyai "kudrat dan iradat" itu untuk melakukan sesuatu apapun jika Tuhan tidak pernah di situ untuk menjayakan nya. Persoalan yang perlu di tanya apakah kesyukuran dan keinsafan itu jika benar "hijab" itu sudah di "kabul" kan. Di manakah "amanah" itu yang sudah di janjikan dengan "ingatan" yang waras ketika "perasaan" ini menjamu nikmat nya. Apakah kita pernah mengkhianati perjanjian itu sehingga kita di azab dengan seksa kesengsaraan. Mengapa kita selalu berbohong dengan diri sendiri dan cuba jujur pada orang lain. Kita berjanji dengan impian dan berbohong dengan harapan. 

Apabila realiti itu berlaku dari impian "ingatan" dan harapan "perasaan", kita sebenar nya sedang di uji Tuhan untuk melihat mutu kesyukuran dan keinsafan kita. "Nikmat" itu bukan hadiah untuk diri kita sendiri tetapi untuk keperluan semua dengan kemampuan nya. Tuhan akan memberi "rezeki" itu dengan keperluan dan kemampuan kita. "Hijab" adalah keperluan yang di minta dan "kabul" adalah kemampuan di terima. Kita selalu meminta dengan keperluan dan memberi dengan kemampuan nya. Keperluan itu di ukur dari kemampuan kita. Semaklah perjanjian itu dengan diri kita sendiri. Pernahkah kita mengkhianati perjanjian itu dari keperluan dan kemampuan kita. Jika kita langar perjanjian diri kita itu, maka beban azab sengsara itu telah kita tempah untuk diri kita sendiri. Apakah kita cuba salahkan Tuhan bila kita sendiri yang tempah azab itu. 

Tuhan selalu melindungi diri kita dengan "hijab" itu. Kita yang buka "aurat" itu di depan masyarakat. Kita dedahkan kelemahan dan kehinaan kita itu dengan "nafkah" keperluan yang di cari dari kemampuan yang tidak pasti. Keperluan hidup di ukur dari kemampuan kita. Tuhan tidak akan membebankan hidup kita melainkan dengan apa yang termampu oleh kita. Kita yang kejar keperluan itu dengan kepuasan yang kita tidak pernah mempunyai kemampuan itu. Apakah yang buat kita terpedaya dengan tipu muslihat untuk mengaibkan kita dengan kehinaan. Kita cuba buktikan kemampuan kita dengan janji yang palsu. "Hijab kabul" yang kita lafazkan dengan "huruf dan suara" itu yang di menterai dengan "tanda tangan" sebenar nya adalah satu "pinjaman masa" yang kita tempah dari masa depan. Kesenangan yang sepatut nya kita terima dengan peruntukan "masa" yang berkala di rampas semua untuk nikmat itu di rasai pada hari ini. Mungkin kita tidak tahu tentang urusan "pinjaman masa" ini. "Pinjaman masa" ini akan di ukur dengan "jangka hayat" hidup kita dari "jarak" segala "susah dan senang" atau"nikmat dan musibah" yang sudah di timbang.

Tidak mungkin seorang itu akan ketawa selama nya tanpa menangis di satu ketika nanti. Apakah kita anggap kesenangan itu tidak bernoktah dan akan berlanjutan selama nya. Kita sudah di tetapkan akan melalui "susah dan senang" ini dengan bertukar ganti untuk ukur mutu "kesyukuran" dan "keinsafan" kita. Tuhan sudah tahu apa yang akan berlaku bila menguji setiap kehidupan kita. Tetapi ujian itu sebenar nya untuk buktikan kelemahan, kedaifan, kehinaan dan kefakiran diri kita sendiri. Kita cuba buktikan kemampuan kita yang belum tentu pasti. Andaian dan tanggapan itu satu ilusi yang di reka oleh cita rasa kita sendiri. Kita tempah masa depan itu dengan harapan dan impian yang palsu. Tetapi Tuhan tidak pernah salah laku atau tidak berlaku adil. Dia telah janjikan bahawa apa yang kita usahakan pada hari ini akan jadi hasil untuk hari esok. Tetapi kita yang gagal untuk sempurnakan tugas kita itu sehingga menjejaskan hasil untuk hari esok. Kita terlalu leka dan abaikan tanggung jawab itu dengan sambil lewa. 

Bagi mereka yang telah gagal dan kecewa, Tuhan masih memberi peluang untuk kita bangkit. "lanjutan tempuh" ini akan di berikan kepada setiap manusia yang "insaf" dan "taubat" itu.  Kita sentiasa di beri peluang untuk mengubah nasib kita itu. "Hijrah" adalah lapangan yang di sediakan untuk kita mengubah nasib kita itu. Kita perlu bawa diri kita itu di landasan dan suasana yang baru. Kita tidak boleh lagi mengulangi kesilapan lalu yang sudah terbukti salah. Kita patut jadikan itu "kesilapan" itu sebagai satu "ilmu" yang di beri untuk kita balik ke pangkal jalan "siratalmustaqim" itu. "Hikmah" ini sebenar nya satu rahmat yang di beri oleh sifat kasih sayang Nya. Belas kasihan yang di curahkan ini jangan sekali di abaikan. Tuhan ingin membawa kita kepada "nikmat" Nya yang tidak terbatas itu. Maka hati hati dengan "tempahan" yang kita buat untuk hari esok tanpa sebarang usaha pada hari ini. Tuhan sudah berjanji akan sempurnakan permintaan kita itu apabila kita buktikan kemampuan kita untuk mendapatkan nya. Minta lah "taufik dan hidayah" itu yang di perlukan untuk membimbing dan mendidik diri kita itu. Doa yang kita minta kepada Tuhan perlu sesuai dengan tahap kemampuan kita. Kita perlu tunjukkan "asas" yang kukuh dan "solusi" yang terbaik untuk selesaikan segala masalah dan minta Dia perkenankan. Jangan campak semua masalah dan suruh Tuhan selesaikan masalah itu tanpa sebarang usaha yang jelas. Itu menunjukkan kita masih belum kenal Tuhan yang Maha Pengasih ini. Doa pemintaan kita akan membuktikan sejauh mana kita kenal Tuhan itu untuk Dia perkenankan permintaan kita itu.

Pernahkah kita terlintas di fikiran yang selalu terlepas pandang. "Hijab" ini di beri sebagai hak peribadi untuk menutup aib kita. Tetapi kita terpaksa dedahkan "aurat" itu di khalayak ramai untuk tuntut hak "keperluan" itu dengan "kemampuan" kita. Kita akan berjanji dengan harapan yang buta dari impian yang bisu untuk bertanya pada usaha yang pekak. Apakah doa itu akan berhasil jika kita duduk diam terpaku. "Huruf dan suara" itu telah di beri untuk kita gunakan sebagai satu usaha yang asas untuk menuntut hak keperluan itu. "Hijab" yang kita tutup dengan hak peribadi perlu di dedahkan kepada yang umum untuk di "kabul" kan. "Aurat" itu akan telanjang dengan keaiban jika kita tidak selimutkan dengan pakaian "takwa" yang di wajibkan. Kita sangat perlukan pakaian "takwa" ini untuk dedahkan "aurat" itu kepada yang umum. Bukan kita sahaja yang duduk di dalam "hijab" itu bersama Tuhan. Mereka yang di luar sana juga berada di dalam "hijab" itu dengan hak peribadi mereka. Kita semua perlu dedahkan "aurat" itu tetapi bukan dengan telanjangkan keaiban itu tetapi dengan berpakaian "takwa" untuk di nilai. Sebab "kabul" ini berada di kawasan umum untuk menilai kemampuan kita. Hak peribadi yang tersimpan di dalam "hijab" itu bersama Tuhan perlu di dedahkan untuk di "kabul" kan di pentas umum.

Tuhan tidak pernah mengkhianati hak peribadi ini dan akan selalu melindungi keaiban kita dan begitu juga hak mereka. Ini adalah hak kedhaulatan setiap individu yang di perlihara. Tuhan tidak pernah memaksa setiap hamba nya melakukan sesuatu apapun tanpa "hijab kabul" ini. Sebab "niat" itu masih menjadi urusan Tuhan dengan "hijab" nya dan akan di nilai untuk di "kabul" kan setelah di dedahkan. Setiap perjanjian yang akan di ikat oleh "hijab kabul" ini perlu mendapat persetujuan dari dua pihak itu. Persetujuan ini adalah "pilihan" yang di beri Tuhan untuk setiap kita membuat keputusan itu sendiri. Di manakah terletak nya rahsia keputusan yang akan di buat setiap perjanjian itu yang di saksikan Tuhan. Sebab tahap keperluan dan kemampuan ini akan di ukur bukan hanya untuk hari ini malah akan membabitkan masa depan. Maka "rezeki" yang sudah di timbang dengan "susah dan senang" itu akan di rujuk. Apakah kita akan melalui "kesenangan atau kesusahan" itu setelah doa kita itu di makbulkan. Namun Tuhan masih memberi peluang untuk kita merujuk kepada Nya dengan "kesyukuran dan keinsafan" itu.

Isnin, 19 September 2016

Nafkah

Setiap makhluk yang hidup atau wujud di realiti ini akan memerlukan "nafkah" ini. "Bumi" ini telah menjadi sumber "rezeki" yang di cari setiap "jasad" tubuh itu sebagai "nafkah" yang di cari. Namun , kita tidak sedar bahawa urusan "nafkah" ini sebenar nya terlalu luas untuk di terokai. Mungkin kita pernah terdengar tentang urusan "nafkah" zahir dan juga batin. Apabila kami selidik tajuk perbincangan ini lebih jauh lagi, kami dapati, "nafkah" ini tidak terhad kepada yang hidup sahaja. Si mati juga mempunyai "nafkah" yang masih di cari. Sebelum kami terlajak kearah urusan "nafkah" batin ini, perlu kita jelajah dahulu urusan "nafkah" zahir yang masih menjadi rebutan setiap "insan" di atas muka bumi ini. "Nafkah" adalah keperluan asas setiap kehidupan yang "wujud" di alam realiti ini. Apabila kita manusia di jadikan dengan "jasad" tubuh ini, urusan "nafkah" ini akan menjadi sumber kehidupan untuk di cari. Selain dari makan dan minum, mata perlu melihat, telinga perlu mendengar, kulit perlu rasa sentuhan dan hidung perlu mencium segala bauan. 

"Nafkah" ini adalah asas keperluan lima panca indera "jasad" tubuh itu yang di jadikan daripada "tanah", dan "bumi" bertanggung jawab untuk sempurnakan "amanah" itu tanpa pilih kasih dan berlaku adil. Tetapi kita perlu sedar bahawa tanggung jawab "bumi" ini bukan hanya terhad kepada umat manusia sahaja. "Nafkah" ini sangat di perlukan oleh semua makhluk lain, termasuk kaum "jin dan syaitan" itu. Di sini kita akan terpanggil untuk menyiasat urusan "batin" ini. Urusan "nafkah" batin ini bukan hanya terikat pada urusan "syahwat" yang di taja oleh "jiwa" hawa "nafsu" kita itu. Maka urusan "jiwa" ini pula perlu mendapat perhatian akal fikiran kita. "Nafkah" yang di perlukan "jiwa" kita ini masih belum di wartakan di setiap media siaran. Kita hanya sibuk tertumpu kepada urusan zahir yang sangat di perlukan kesejahteraan "jasad" tubuh kita itu. 

Tetapi "nafkah" ini lebih luas daripada itu sehinggakan tidak terhad kepada urusan hidup sahaja. "Jiwa" yang telah mati juga mempunyai "nafkah" yang masih di cari. Apabila "dosa" dan "pahala" itu menjadi teman hidup di alam baka itu, mereka mempunyai kepentingan untuk menyara keperluan dengan "nafkah" yang masih di cari. Kajian "sains kerohanian" telah terjerumus jauh ke dalam lubuk misteri ini untuk mengenal pasti situasi itu. Apabila kita manusia hidup dengan "jasad" tubuh yang nyata itu, tetapi yang ketara untuk di lihat hanyalah "perasaan' dan "ingatan" mereka. Mungkin kita bersua dengan memandang raut "muka" yang terpampang, tetapi kita sebenar nya sedang berurusan dengan "jiwa" nya yang mempunyai "wajah" nya itu. Jadi apabila kami selidik urusan "nafkah" ini, urusan "zahir dan batin" itu, mempunyai keperluan yang berbeza. Memahami urusan "nafkah" zahir dan batin atau hidup dan mati, akan kembali kepada asas keperluan yang cuba di nikmati "perasaan dan ingatan" itu.

Lihatlah betapa taat nya seekor anjing itu kepada tuan nya yang selalu menghulurkan makanan. "Nafkah" yang di cari setiap manusia yang di namakan "insan" yang "pelupa" ini tidak pernah nya "jelas" kelihatan untuk di kenal pasti. Kita hanya menjamah setiap hidangan namun tidak pernah merasa puas akan nikmat nya. Kita masih proses setiap pengalaman yang kita lalui dengan "perasaan dan ingatan" kita untuk di nilai ketika itu. Sebab tidak ada yang "jelas" untuk buat keputusan yang muktamad. Jika kita kata itu cantik, ada yang lebih cantik daripada itu. Jika kita kata itu baik, ada yang lebih baik dari itu.  Cantik di ketika ini tetapi tidak lagi ketika nanti. Anak, isteri, kereta dan harta benda yang kita ambil sebagai "pilihan" kita adalah satu "beban" yang cuba di pikul. Semua "nafkah" ini ada bayaran yang perlu di tanggung.  Jadi "nafkah" kita ini untuk "keperluan" dan bukan untuk "kepuasan" kita. Hidup kita di bumi ketika ini juga satu hidangan yang sementara. Kita telah di beri kesempatan untuk mengenal erti "cita rasa" setiap "perasaan dan ingatan" kita pada setiap hidangan yang di pamerkan di alam yang nyata ini. "Cita rasa" ini adalah satu rekaan palsu yang kita cuba terapkan agar menjadi realiti dari keperluan yang asli. 

Apabila "jasad" kita di jadikan dengan berpasangan, kaum Adam dan Hawa mempunyai "nafkah" dari "cita rasa" nya yang tersendiri. Keperluan tulang "sulbi dan taraib" ini agak berbeza. Walaupun mereka terpisah namun masih mempunyai matlamat yang sama pada keperluan nya mencari kepuasan. Tujuan untuk "bertemu" masih menjadi matlamat yang sama. "Nafkah" ini bukan satu "pilihan" dari "cita rasa" yang tersendiri tetapi satu keperluan yang di cari. Kepuasan itu hanya di miliki oleh si pembekal nya. Apabila "insan" yang "pelupa" itu hanya mampu untuk menjamah keperluan nya, kepuasan itu hanya dapat di kecapi dari pembekal nya. "Nafkah" untuk kita kenal pasti "kewujudan" Tuhan masih tertangguh dan tertunggak. Pembekal yang memiliki "kepuasan" itu masih jauh dari sentuhan batin. Zahir kita akan mendesak "nafkah" itu dari keperluan nya namun tidak akan dapat mencapai kepuasan itu selagi belum bertemu dengan pembekal nya. 

 Mengapa anjing itu lebih "taat" menghargai tuan nya. Air liur yang di katakan "najis" itu tidak pernah berdosa setelah menjamah makanan yang di hidangkan. Mengapa anjing itu terhina seperti sesuatu yang menjijikan. Di manakah "insan" yang "pelupa" itu setelah "nafkah" itu di beri dengan tekun dan adil. Di manakah "kemuliaan" itu untuk mentabik dada dengan kemegahan darjat dan martabat nya. "Insan" yang "pelupa" ini tidak akan pernah menghargai "nafkah" itu dari keperluan nya. Kita jilat semua "nafkah" itu dengan lidah yang tidak pernah melafazkan kesyukuran itu. Kerakusan hawa "nafsu" yang buta itu tidak akan nampak kepuasan itu dari keperluaan nya. Kepercayaan "iman" yang bisu perlu mencari "ilmu" sebagai "nafkah" nya agar dapat berhujah dengan dalil yang sah. Setiap "nafkah" zahir yang di terima perlu di bayar dengan "nafkah" batin yang sah. "Perasaan" yang meminta perlu di tanya oleh "ingatan" yang mendengar. Hujah dan dalil ini yang menentukan "niat" nya.

Perasaan hawa "nafsu" ini akan berdosa jika ingatan "iman" tidak berilmu untuk berhujah dengan dalil yang sah. Jasad tubuh itu akan bernajis jika tidak di "samak" dengan nafas yang suci. "Nafkah" zahir dan batin ini satu "ibadah" yang wajib. Kitab yang perlu di baca oleh sekepal darah ini adalah "nafkah" yang di cari. "Hati" di mana "wajah" itu di pandang perlu di bersihkan dari segala najis. Jika lidah itu sangup menjilat keperluan, mengapa sukar untuk melafazkan kepuasan. Walaupun "dosa dan pahala" itu sering bertemu dalam dakapan perasaan dan ingatan nya. Tuhan masih di situ untuk kabulkan segala doa permintaan. Nafkah zahir dan batin ini tidak pernah terputus selagi "dosa dan pahala" itu masih belum di hitung. Hidup dan mati hanya satu persimpangan yang di singgah. Jangan sampai ada "hutang" yang masih tertunggak. Sebab "hutang" ini masih perlu di bayar walaupun kita sudah mati di alam baka. Bukan hanya wang ringgit yang menjadi kiraan. "Rezeki" itu telah di beri bukan dengan bentuk dan sifat. Amal perbuatan kita adalah pinjaman yang perlu di bayar dengan nikmat dan sengsara. Jika kita pernah melakukan kesengsaraan pada orang lain maka bayarlah dengan nikmat kesenangan. Jika tidak "nafkah" batin ini boleh di tuntut walaupun mereka berada di alam baka itu.

"Nafkah" zahir adalah keperluan "jasad" tubuh yang di tuntut tenaga hawa "nafsu" nya."Nafkah" ini yang buat hawa "nafsu" itu dedahkan "aurat" nya. "Jasad" tubuh itu akan dedahkan keaiban dan kehinaan nya apabila menuntut "nafkah" itu. Kita manusia akan hilang kesedaran diri apabila keghairahan itu memuncak dengan desakan hawa "nafsu" nya. Jika ingatan "iman" itu masih rapuh untuk mengawal desakan hawa "nafsu" ini, "aurat" itu akan terdedah untuk di pandang dengan keaiban. "Nafkah" batin adalah "hijab" keimanan yang akan menutup keaiban itu. Jiwa ingatan "iman" kita sangat memerlukan "ilmu" itu yang menjadi "nafkah" nya. Tanpa "ilmu" ini amat sukar untuk menghalang kerakusan hawa "nafsu" itu yang menyala kepanasan. "Nafkah" batin adalah setitik "air" yang di bawa oleh Rasulullah dengan "akhlak" nya. Jasad" tubuh ini akan selalu mendedahkan "aurat" nya  dan "takwa" itu adalah "hijab" nya. 

Apabila hidup ini di ukur dengan "susah dan senang" nya, "dosa dan pahala" itu di catat dengan "sijjin dan illiyin" untuk tentukan "syurga dan neraka" nya. Nafsu dan iman ini adalah "jiwa" yang akan memegang "watak" dan "wajah" sebenar setiap amal perbuatan kita. "Nafkah" yang di tuntut setiap "jasad" tubuh itu akan menjadi ukuran. "Nafkah" zahir dan batin ini tidak akan terputus walaupun kia sudah mati. Sebab "jiwa" itu mempunyai zuriat nya yang memegang "watak" amal perbuatan dari "dosa dan pahala" itu dengan "semangat dan qarin" nya. "Semangat dan qarin" ini masih bebas berkeliaran dengan "watak" segala amal perbuatan dari "dosa dan pahala" itu. 

Edit 9.10.16  

Keperluan” itu akan selalu di ukur dari “kemampuan” kita. Jika kita perlukan sepingan nasi, maka kita perlu ada kemampuan untuk mendapatkan nya. Keperluan ini selalu di taja oleh “perasaan” hawa “nafsu” kita dan kemampuan itu di taja oleh “ingatan” kepercayaan “iman”. Maka apa juga yang di perlukan “perasaan” itu, “ingatan” perlu mampu untuk mendapatkan nya. Tetapi “nafkah” itu hanya untuk keperluan jasad tubuh itu, dan bukan untuk mendapatkan “kepuasan” nya. Sesunguh nya kemampuan kita hanya terhad kepada keperluan nya sahaja dan bukan untuk “kepuasan” itu.

Apabila “jasad” tubuh itu pergi mencari “kepuasan”, maka akan berlaku kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi ini. Setiap “jasad” yang melangkah keluar di khalayak ramai, perlu menutup “aurat” nya. “Aurat” ini bukan hanya perpakaian sopan tetapi juga budi pekerti dan perangai kelakuan. Jika “jasad” itu tidak ada “hijab” kesopanan dan kemulian ini, maka “aurat” itu akan terdedah. Keaiban dan kehinaan itu sepatut nya di tutup dengan “takwa” keimanan. “Hijab” itu adalah pakaian “takwa” dengan “akhlak” yang mulia. “Akhlak” Rasulullah di perlukan oleh setiap “jasad” tubuh itu.
Kita manusia tidak mampu untuk menjayakan “kompas moral” yang sudah disediakan pada “nurani” ingatan “iman”  dengan sifat “pemalu” nya. Sebab “naluri” hawa “nafsu” lebih liar dan ganas untuk mencari “nafkah” nya.  “Nikmat” adalah habuan yang akan dicari “perasaan” hawa “nafsu” ini dengan jasad tubuh nya. Walaupun “nurani” ingatan “iman” mempunyai  asas sifat “pemalu” untuk menjaga maruah diri nya,  “naluri” hawa “nafsu” lebih pentingkan “kepuasan” dari “keperluan” nya. Lima panca indera dari mata, hidung, telinga, mulut dan kulit akan menjadi “aurat” yang didedahkan.

Apabila mata perlu melihat, telinga perlu mendengar, hidung perlu menghidu, mulut perlu bercakap dan kulit perlu menyentuh, hawa “nafsu” ini akan pastikan ia mendapat “keperluan” itu untuk “kepuasan” nya. Hati adalah  tahta hawa “nafsu” ini. Nikmat kepuasan akan di timba sebagai hiburan. Keseronokan dan kegembiraan adalah matlamat yang di cari. Di situ akan berlaku tingkah laku yang kurang menyenangkan. Apabila perasaan “malu” itu sudah di ketepikan. “Jasad” tubuh itu akan melangar segala adap sopan dan budi pekerti.

Awal permulan kerakusan hawa “nafsu” ini adalah apabila “jasad” tubuh itu sampai pada peringkat “akal baligh” nya. Usia ini adalah ketika “akal” itu di kurniakan kepada “ingatan” kepercayaan “iman” nya untuk sifat “pemalu” itu menjaga maruah diri nya. Maka “syahwat” itu pun dikurniakan kepada “perasaan” hawa “nafsu” nya. Disini lah titik permulaan segala “dosa dan pahala” itu. “Jasad” tubuh yang telah subur dan mekar itu akan mencari “nafkah” untuk nikmat “syahwat” nya. Kelengar hormon “syahwat” ini akan keluar dari tulang “sulbi” atau “taraib” di “jasad” tubuh itu untuk mencari “nafkah” zahir dan batin nya. Dengan “akal” dan “syahwat” ini anak remaja akan menjamah segala “nikmat” yang ada untuk menjamu “hati” pada “perasaan” nya dan “otak” pada “ingatan” nya. “Nafkah” zahir dan batin ini akan di tuntut dari “keperluan” sehingga mencapai “kepuasan” itu. “Kepuasan”  ini yang akan buat “jasad” itu bertukar menjadi “nafkah” yang di hidang. Sebab setiap “jasad” itu akan sampai pada tahap “kepuasan” itu dengan “kemampuan” nya sendiri.




Khamis, 8 September 2016

Pilihan dan Peluang (Choice and Chance)

Apakah kita masih menyangka bahawa hidup ini berlaku dengan satu "kemalangan" yang tidak di sengajakan? Sejak kita lahir ke dunia atau "bumi" ini, segala gala nya sudah "tertulis" dengan "pilihan" yang di minta dan "peluang yang di beri. Semasa kita masih "zarah" (particle) atau angka yang kurang daripada satu (1) itu yang di anggap "kosong" (nothing), kita sudah buat "pilihan" itu untuk "wujud" di realiti ini dengan "doa" permintaan yang mengharapkan "peluang" itu akan di berikan. Begitu juga dengan "doa" permintaan kedua ibu bapa kita yang bersatu dengan penuh kasih sayang. Semua "pilihan" yang di beri ini tidak akan berlaku jika "peluang" itu tidak pernah di hulurkan. Sudah tentu "ada" yang mengatur semua ini untuk jadikan acara "kejadian" untuk berlaku di realiti atau "wujud" sebagai satu "entiti" yang berbentuk dan berfungsi.

Cubalah kita perhatikan hidup kita ini sekarang apabila semua apa yang tersergam di hadapan mata kita adalah satu pameran yang sudah tersedia. Satu acara aktiviti yang sedang berlaku di realiti untuk kita menjadi "peserta" yang bersaing. Semua ini akan memerlukan kita membuat satu "pilihan" dengan keinginan kita di mana hawa "nafsu" itu sudah di lengkapkan supaya kita cergas berdaya. Namun setiap "pilihan" itu akan kekal menjadi sebagai satu "harapan" yang kosong, jika tidak ada "peluang" yang di beri atau di cari. Itu yang buat kita bergerak kesana sini untuk berusaha mencapai impian dan matlamat. Apabila Tuhan memberi kita "pilihan" yang di sediakan, sudah tentu "peluang" itu perlu di cari. Semua "makhluk" di sekeliling kita akan buat "pilihan" itu serentak tetapi "peluang" itu akan hanya di hulurkan kepada yang di tentukan.

"Peluang" ini satu misteri yang masih tersembunyi. Sejak kita masih "zarah" (particle) itu, "peluang" ini yang datang untuk kita "wujud" di realiti ini. "Sumber" yang menghulurkan "peluang" ini tidak di kuasai oleh sesiapapun. "Rezeki" ini datang dengan bungkusan "susah dan senang" nya. Apabila kita terjemahkan "susah dan senang" ini dengan "nikmat dan musibah", kita akan mendapat hasil nya dari "dosa dan pahala" itu. "Pilihan" adalah satu "tempahan" yang kita buat untuk berada di masa depan. "Masa" ini mempunyai "ruang" dimana akan ada "peluang" itu. Kita tidak akan ada di mana saja jika kita tidak membuat "pilihan" itu dengan "peluang" yang di sediakan. Tetapi apabila kita membuat keputusan itu untuk "tempah" tempat di satu "ruang" masa depan itu, kita perlu sanggup menempuh "risiko dan akibat" nya.

"Risiko dan akibat" ini sudah menjadi peraturan alam yang di kuasai "sebab dan musabab" (cause and effect) alam persekitaran semesta. Sebab "ruang" itu adalah "saksi" (observer) kepada "masa" dan "kelajuan" (speed). Apabila kita buat "pilihan" untuk berada di satu "ruang" persekitaran itu, kita akan di perhatikan oleh "masa" dan "kelajuan" pergerakan kita itu. "Pergerakan" kita itu adalah satu "pilihan" yang di buat untuk "tempah" segala "risiko dan akibat" pada "peluang" yang di cari itu. "Risiko dan akibat" ini yang di kuasai "sebab dan musabab" adalah di mana kita membuat "pinjaman" dengan "dosa" yang di buat atau buat "bayaran" dengan "pahala" yang di cari. Kita sendiri yang "tempah" segala "susah dan senang" itu dari kuasa "sebab dan musabab" pada "risiko dan akibat" nya. Perjalanan hidup ini sangat memerlukan kompas atau GPS yang lebih cangih. 

Tuhan telah melengkapkan "jasad" kita dengan segala kemudahan ini. Hanya kita sahaja yang lupa diri dan beranggapan bahawa kita sudah "bijak" dan berkebolehan untuk menempuh jalan hidup ini bersendirian. Walaupun kita bukan "pakar" atau mempunyai kelayakan, kita masih teruskan perjalanan ini untuk menempuh segala "risiko dan akibat" dengan "ujian dan silap" atau "trial and error" itu. Kompas dan GPS tidak pernah di rujuk untuk dapatkan pedoman dan bantuan. Rasulullah telah di kirim untuk aktifkan perisian data GPS ini. Data "siratalmustakim" ini perlu di isi di dalam memori "jasad" tubuh kita jika kita ingin bergerak masuk di satu "ruang" masa depan itu. Tanpa perisian data "siratalmustakim" ini "jasad" tubuh kita akan di serang dengan pelbagai "virus" dan kuman penyakit yang mudah membiak dan menjangkit. "Firewall" untuk kita berada di "ruang" hidup ini sangat di perlukan.

Kita sudah di beri "jiwa" yang di katakan hawa "nafsu" dan kepercayaan "iman" itu. Apa juga yang kita lakukan, kita akan memerlukan "perasaan" dan "ingatan" ini. "Perasaan" hawa "nafsu" dan "ingatan" kepercayaan "iman" adalah jentera "jasad" tubuh yang kita gunakan untuk bergerak kemana saja. Di situ akan ada "pilihan" yang di buat dan "peluang" yang di cari. Kompas "akal" yang di berikan kepada setiap manusia perlu di gunakan. Sebab laluan yang akan kita tempuhi itu mempunyai "risiko dan akibat" yang akan menentukan "susah dan senang" kita untuk merasai "nikmat dan musibah" yang akan di kuasai olek kuasa "sebab dan musabab" itu.  Kuasa "sebab dan musabab" ini adalah "hukum hudud" yang sudah tertulis di kitab yang benar untuk mengurus "takdir dan nasib" kita. Qada dan Qadar ini akan terbukti benar apabila sudah berlaku di realiti ini.

Mungkin ada daripada kita yang masih musykil dengan urusan "takdir dan nasib" ini. Apa yang di tetapkan dan apa yang di tentukan adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang di "tetapkan" adalah apa yang sudah di sediakan dan apa yang di tentukan adalah apa yang akan di putuskan. Sebab itu Tuhan masih "relevan" untuk kita terus berhubungan dengan "doa" permintaan kita. Kita manusia sudah di tetapkan untuk di "ukur" dengan "masa" yang di tentukan. Pergerakan "laju dan lambat" akan mengukur "jarak" kehidupan kita untuk melalui "susah dan senang" itu. Kita perlu akur bahawa jarak "masa" kehidupan kita ini mempunyai langkah atau lajak yang sudah di ukur dengan peredaran "masa" ini. Sudah tentu dan pasti kita akan mahu kesusahan itu berlalu "sekejap" sahaja dan kesenangan di nikmati lebih "lama" dan berterusan. Apabila kita lihat bahawa "masa" itu telah di ukur, maka akan ada istilah pengiraan atau "mathematik" nya. 

Mengapa Tuhan mengalakkan kita manusia selalu mempunyai "kesabaran" di dalam hidup ini dan juga jangan "tergesa gesa" membuat keputusan. Di dalam "ruang" masa yang berlalu ini, kita akan hambat untuk mencapai "nikmat" dengan desakan hawa "nafsu" kita. Hawa "nafsu" yang "tergesa gesa" ini dan kepercayaan "iman" yang "sabar" adalah di antara pergerakan "masa" yang kita lalui dalam perjalanan hidup. Kita mungkin akan membuat "pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh" di ketika yang tertentu. "Pinjaman" ini adalah sesuatu yang kita ambil untuk mencapai "nikmat" itu dengan cara yang bathil dan wajib kita buat "bayaran" nya. "Dosa" itu adalah satu "pinjaman" dan "pahala" itu adalah satu "bayaran" yang kita buat. "Jasad" tubuh kita ini mempunyai "keperluan" yang sudah di tetapkan "rezeki" nya. "Keperluan" ini akan di ukur dengan "masa" yang di lalui di ketika  dan situasi itu. Tetapi apabila kita keluar dari "keperluan" ini dan cuba mencari "kepuasan", maka "jasad" tubuh kita itu akan menanggung satu "beban" yang lebih berat.

Inilah "musibah" hidup kita yang kita cuba angkut di atas "jasad" tubuh kita sendiri. Kita ambil "nikmat" itu berlebihan sehingga ia menjadi "beban" yang di pikul. Maka "pinjaman" ini perlu di "bayar" dengan "pahala" yang di buat kepada  mereka yang memerlukan. Kelebihan yang kita perolehi di masa kini bukan "harta" yang patut di simpan. Ini akan menjadi "hutang" yang tertunggak jika kita abaikan tanggung jawab itu. Sebab apabila Tuhan tidak mengukur "kesenangan dan kesusahan" itu dengan harta benda, "perasaan" dan "ingatan" itu menjadi perhatian Nya. Kita terlalu "taksub" dengan kemegahan "jasad" tubuh ini sehingga kita terlupa bahawa "jiwa" itu yang menanggung "beban" nya. "Penyakit" jiwa ini  perlu di ubati. Jika kita sudah tidak dapat menilai "keperluan" dan "kepuasan" hidup, kita sudah hilang pedoman landasan hidup yang sebenar nya. "Dosa" dan "pahala" ini mempunyai "semangat" dan "qarin" yang mempunyai "watak" dan "wajah" nya. Inilah "pengaruh" dan "penganut" yang selalu menemani kita di sebelah kiri dan kanan kita.