Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Khamis, 8 September 2016

Pilihan dan Peluang (Choice and Chance)

Apakah kita masih menyangka bahawa hidup ini berlaku dengan satu "kemalangan" yang tidak di sengajakan? Sejak kita lahir ke dunia atau "bumi" ini, segala gala nya sudah "tertulis" dengan "pilihan" yang di minta dan "peluang yang di beri. Semasa kita masih "zarah" (particle) atau angka yang kurang daripada satu (1) itu yang di anggap "kosong" (nothing), kita sudah buat "pilihan" itu untuk "wujud" di realiti ini dengan "doa" permintaan yang mengharapkan "peluang" itu akan di berikan. Begitu juga dengan "doa" permintaan kedua ibu bapa kita yang bersatu dengan penuh kasih sayang. Semua "pilihan" yang di beri ini tidak akan berlaku jika "peluang" itu tidak pernah di hulurkan. Sudah tentu "ada" yang mengatur semua ini untuk jadikan acara "kejadian" untuk berlaku di realiti atau "wujud" sebagai satu "entiti" yang berbentuk dan berfungsi.

Cubalah kita perhatikan hidup kita ini sekarang apabila semua apa yang tersergam di hadapan mata kita adalah satu pameran yang sudah tersedia. Satu acara aktiviti yang sedang berlaku di realiti untuk kita menjadi "peserta" yang bersaing. Semua ini akan memerlukan kita membuat satu "pilihan" dengan keinginan kita di mana hawa "nafsu" itu sudah di lengkapkan supaya kita cergas berdaya. Namun setiap "pilihan" itu akan kekal menjadi sebagai satu "harapan" yang kosong, jika tidak ada "peluang" yang di beri atau di cari. Itu yang buat kita bergerak kesana sini untuk berusaha mencapai impian dan matlamat. Apabila Tuhan memberi kita "pilihan" yang di sediakan, sudah tentu "peluang" itu perlu di cari. Semua "makhluk" di sekeliling kita akan buat "pilihan" itu serentak tetapi "peluang" itu akan hanya di hulurkan kepada yang di tentukan.

"Peluang" ini satu misteri yang masih tersembunyi. Sejak kita masih "zarah" (particle) itu, "peluang" ini yang datang untuk kita "wujud" di realiti ini. "Sumber" yang menghulurkan "peluang" ini tidak di kuasai oleh sesiapapun. "Rezeki" ini datang dengan bungkusan "susah dan senang" nya. Apabila kita terjemahkan "susah dan senang" ini dengan "nikmat dan musibah", kita akan mendapat hasil nya dari "dosa dan pahala" itu. "Pilihan" adalah satu "tempahan" yang kita buat untuk berada di masa depan. "Masa" ini mempunyai "ruang" dimana akan ada "peluang" itu. Kita tidak akan ada di mana saja jika kita tidak membuat "pilihan" itu dengan "peluang" yang di sediakan. Tetapi apabila kita membuat keputusan itu untuk "tempah" tempat di satu "ruang" masa depan itu, kita perlu sanggup menempuh "risiko dan akibat" nya.

"Risiko dan akibat" ini sudah menjadi peraturan alam yang di kuasai "sebab dan musabab" (cause and effect) alam persekitaran semesta. Sebab "ruang" itu adalah "saksi" (observer) kepada "masa" dan "kelajuan" (speed). Apabila kita buat "pilihan" untuk berada di satu "ruang" persekitaran itu, kita akan di perhatikan oleh "masa" dan "kelajuan" pergerakan kita itu. "Pergerakan" kita itu adalah satu "pilihan" yang di buat untuk "tempah" segala "risiko dan akibat" pada "peluang" yang di cari itu. "Risiko dan akibat" ini yang di kuasai "sebab dan musabab" adalah di mana kita membuat "pinjaman" dengan "dosa" yang di buat atau buat "bayaran" dengan "pahala" yang di cari. Kita sendiri yang "tempah" segala "susah dan senang" itu dari kuasa "sebab dan musabab" pada "risiko dan akibat" nya. Perjalanan hidup ini sangat memerlukan kompas atau GPS yang lebih cangih. 

Tuhan telah melengkapkan "jasad" kita dengan segala kemudahan ini. Hanya kita sahaja yang lupa diri dan beranggapan bahawa kita sudah "bijak" dan berkebolehan untuk menempuh jalan hidup ini bersendirian. Walaupun kita bukan "pakar" atau mempunyai kelayakan, kita masih teruskan perjalanan ini untuk menempuh segala "risiko dan akibat" dengan "ujian dan silap" atau "trial and error" itu. Kompas dan GPS tidak pernah di rujuk untuk dapatkan pedoman dan bantuan. Rasulullah telah di kirim untuk aktifkan perisian data GPS ini. Data "siratalmustakim" ini perlu di isi di dalam memori "jasad" tubuh kita jika kita ingin bergerak masuk di satu "ruang" masa depan itu. Tanpa perisian data "siratalmustakim" ini "jasad" tubuh kita akan di serang dengan pelbagai "virus" dan kuman penyakit yang mudah membiak dan menjangkit. "Firewall" untuk kita berada di "ruang" hidup ini sangat di perlukan.

Kita sudah di beri "jiwa" yang di katakan hawa "nafsu" dan kepercayaan "iman" itu. Apa juga yang kita lakukan, kita akan memerlukan "perasaan" dan "ingatan" ini. "Perasaan" hawa "nafsu" dan "ingatan" kepercayaan "iman" adalah jentera "jasad" tubuh yang kita gunakan untuk bergerak kemana saja. Di situ akan ada "pilihan" yang di buat dan "peluang" yang di cari. Kompas "akal" yang di berikan kepada setiap manusia perlu di gunakan. Sebab laluan yang akan kita tempuhi itu mempunyai "risiko dan akibat" yang akan menentukan "susah dan senang" kita untuk merasai "nikmat dan musibah" yang akan di kuasai olek kuasa "sebab dan musabab" itu.  Kuasa "sebab dan musabab" ini adalah "hukum hudud" yang sudah tertulis di kitab yang benar untuk mengurus "takdir dan nasib" kita. Qada dan Qadar ini akan terbukti benar apabila sudah berlaku di realiti ini.

Mungkin ada daripada kita yang masih musykil dengan urusan "takdir dan nasib" ini. Apa yang di tetapkan dan apa yang di tentukan adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang di "tetapkan" adalah apa yang sudah di sediakan dan apa yang di tentukan adalah apa yang akan di putuskan. Sebab itu Tuhan masih "relevan" untuk kita terus berhubungan dengan "doa" permintaan kita. Kita manusia sudah di tetapkan untuk di "ukur" dengan "masa" yang di tentukan. Pergerakan "laju dan lambat" akan mengukur "jarak" kehidupan kita untuk melalui "susah dan senang" itu. Kita perlu akur bahawa jarak "masa" kehidupan kita ini mempunyai langkah atau lajak yang sudah di ukur dengan peredaran "masa" ini. Sudah tentu dan pasti kita akan mahu kesusahan itu berlalu "sekejap" sahaja dan kesenangan di nikmati lebih "lama" dan berterusan. Apabila kita lihat bahawa "masa" itu telah di ukur, maka akan ada istilah pengiraan atau "mathematik" nya. 

Mengapa Tuhan mengalakkan kita manusia selalu mempunyai "kesabaran" di dalam hidup ini dan juga jangan "tergesa gesa" membuat keputusan. Di dalam "ruang" masa yang berlalu ini, kita akan hambat untuk mencapai "nikmat" dengan desakan hawa "nafsu" kita. Hawa "nafsu" yang "tergesa gesa" ini dan kepercayaan "iman" yang "sabar" adalah di antara pergerakan "masa" yang kita lalui dalam perjalanan hidup. Kita mungkin akan membuat "pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh" di ketika yang tertentu. "Pinjaman" ini adalah sesuatu yang kita ambil untuk mencapai "nikmat" itu dengan cara yang bathil dan wajib kita buat "bayaran" nya. "Dosa" itu adalah satu "pinjaman" dan "pahala" itu adalah satu "bayaran" yang kita buat. "Jasad" tubuh kita ini mempunyai "keperluan" yang sudah di tetapkan "rezeki" nya. "Keperluan" ini akan di ukur dengan "masa" yang di lalui di ketika  dan situasi itu. Tetapi apabila kita keluar dari "keperluan" ini dan cuba mencari "kepuasan", maka "jasad" tubuh kita itu akan menanggung satu "beban" yang lebih berat.

Inilah "musibah" hidup kita yang kita cuba angkut di atas "jasad" tubuh kita sendiri. Kita ambil "nikmat" itu berlebihan sehingga ia menjadi "beban" yang di pikul. Maka "pinjaman" ini perlu di "bayar" dengan "pahala" yang di buat kepada  mereka yang memerlukan. Kelebihan yang kita perolehi di masa kini bukan "harta" yang patut di simpan. Ini akan menjadi "hutang" yang tertunggak jika kita abaikan tanggung jawab itu. Sebab apabila Tuhan tidak mengukur "kesenangan dan kesusahan" itu dengan harta benda, "perasaan" dan "ingatan" itu menjadi perhatian Nya. Kita terlalu "taksub" dengan kemegahan "jasad" tubuh ini sehingga kita terlupa bahawa "jiwa" itu yang menanggung "beban" nya. "Penyakit" jiwa ini  perlu di ubati. Jika kita sudah tidak dapat menilai "keperluan" dan "kepuasan" hidup, kita sudah hilang pedoman landasan hidup yang sebenar nya. "Dosa" dan "pahala" ini mempunyai "semangat" dan "qarin" yang mempunyai "watak" dan "wajah" nya. Inilah "pengaruh" dan "penganut" yang selalu menemani kita di sebelah kiri dan kanan kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan