Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Sabtu, 19 November 2016

Jiwa dan Ruh

Siapakah "entiti" ini yang sering di sebut apabila berbicara tentang "sifat" kelakuan perangai peribadi budi bicara seseorang individu itu. Sebab, "akhlak" itu perlu di ukur dengan "watak" dan "tabiat" kelakuan nya yang berfungsi sebagai sesuatu yang "wujud" di realiti kenyataan ini. Setiap yang "wujud" di realiti ini akan ada "fungsi" negatif dan positif nya dan ini sudah tentu akan mengundang kebimbangan kepada sesiapa saja yang berada di "ruang" realiti itu. Apakah bentuk "ancaman" atau juga bentuk "manfaat" yang akan di salurkan oleh "tenaga" ini. Sudah pasti akan ada yang perlu buat tinjauan untuk kenal pasti "tenaga" yang mengocak "getaran" gelombang "ruang" di realiti ini. Kewujudan" "subjek" ini di realiti, masih belum mendapat pengesahan dan pengiktirafan yang kongklusif dari kaca mata masyarakat majmuk. Hanya "teka teki" sahaja yang mampu di terjemahkan untuk merujuk kepada "entiti" yang di katakan "jiwa" atau "ruh" ini.

Terlalu banyak yang pandai menyebut dan di senaraikan di dalam "khamus" untuk bantu memberi kefahaman, Kita hanya pandai menyebut perkataan itu untuk sesuaikan "ayat" yang di susun tetapi tidak pernah akur untuk menilai asas kewujudan nya. Maka akan berlaku nya menyelewengan fakta dari "bukti" yang tidak pernah terserah. "Jiwa" dan "ruh" ini akan di jadikan "sandiwara" hidup untuk mengenal pasti "fungsi" negatif dan positif nya kepada masyarakat umum. Kita hanya mampu untuk buat "ulasan" teknikal tentang "jiwa" dan "ruh" ini yang di perkatakan dari sudut "pendapat" dan kognitif kefahaman kita yang tersendiri. Maka akan timbullah persengketaan apabila bacaan "jiwa" itu bergerak kearah bacaan "ruh" yang di sentuh. Persepsi umum yang masih keliru untuk guna pakai "istilah" yang tidak rasmi di antara "jiwa" dan "ruh" ini mula timbulkan kebimbangan.

Tetapi "jiwa" dan "ruh" ini sering di kaitkan untuk mempunyai "hubungan" yang sangat rapat di antara mereka. "Ruh" akan di takrifkan sebagai "induk" yang membiayai keberkesanan "jiwa" nya itu. Jadi "ruh" di jadikan sebagai penyumbang kepada "reaksi" "jiwa" itu semasa buat persembahan di realiti. Tetapi!!! apakah itu keshahihan nya??? Bukankah "jiwa" itu yang buat persembahan dan bukan "ruh" itu secara fakta nya? Jika "jiwa" itu gagal mencapai matlamat nya di realiti, apakah "ruh" itu yang akan di ukur "positif" atau negatif" nya itu. Ini yang akan kami kupas untuk beri penjelasan supaya kita lebih arif memahami urusan "jiwa" dan "ruh" ini agar tidak tersalah nilai. Martabat "ruh" ini perlu di pertahankan. Kita perlu akur bahawa "ruh" ini mempunyai "imuiniti" yang kukuh untuk tidak di dakwa di mana2 mahkamah agung ketuhanan. Jika kita masih belum lagi dapat memahami fakta ini, maka kita masih belum lagi tiba di pintu hakikat kebenaran yang mentadbir urusan kerajaan langit dan bumi ini.

Marilah kita melangkah setapak demi setapak untuk meninjau situasi keadaan yang menyimpan semua rahsia ini. Apabila "langit dan bumi" itu di pisahkan untuk beri laluan kepada "Qada dan Qadar" itu di laksanakan dengan urusan "rezeki" yang di timbang dengan "susah dan senang" nya, maka sudah pasti akan ada kerajaan pentadbiran yang akan "mengurus" keadaan ini di atas muka bumi ini. AlKhalik adalah Tuhan yang Maha AGUNG. Kuasa mutlak Nya tidak dapat di pertikaikan oleh suatu apapun. Maka memberi "kuasa" atau turunkan "kuasa" kepada "ASBAB" kejadian di realiti bukan sesuatu yang lemah malah adalah sesuatu yang bijak dan sophisticated atau "CANGIH". Kuasa "sebab dan musabab" atau "cause and effect" ini sudah di iktiraf semua pakar saintis terkemuka di atas muka bumi ini. Sebijak mana "akal" para saintis ini boleh berfikir, mereka terpaksa akur dengan kuasa "sebab dan musabab" ini yang mereka "kaji" sebagai bahan rujukan semua hipothesis dan empirikal mereka.

Kami ingin membawa pembaca kami ke satu "tahap" pemikiran "akal" yang lebih tinggi atau mendalam. Jangan lah kita asyik kaji "alif, ba, ta" sahaja yang tertulis dengan "huruf dan suara" itu. Alam maya ini adalah "ruang" untuk semua umat Islam memberi tumpuan, sebab di situlah berlaku dan bermula peredaran "masa" yang menjadikan semua kehidupan di realiti ini. Di situlah Allah swt sentiasa bersemayam untuk melihat arena kehidupan yang telah DIA ciptakan untuk berlaku dengan keizinan nya.  Di ketika itulah Allah swt mendengar segala "DOA" permintaan yang di hajatkan oleh semua hamba hamba Nya. Disitu jugalah Tuhan yang mempunyai "kuasa" mutlak akan mengubah "NASIB" sesuatu kaum atau individu yang mahu mengubah nasib diri atau kaum nya. Maka seluruh sistem alam maya itu akan di ubah dengan dengan kuasa "graviti" dan "tenaga" atau yang lebih senang di fahami dengan sistem "market dan demand" ini. "Bumi" akan di jadikan punca segala "rezeki" untuk kehidupan itu yang bergerak mengikut globalisasi tanpa sempadan.

Namun!!!!!, Kedaulatan setiap "entiti" yang "wujud" di realiti ini akan di beri perlindungan demi menjaga maruah diri dan pelihara "keaiban" nya dari di cerobohi "entiti" lain yang akan hidup bersama di "ruang" yang sama. Sistem matahari, bulan bintang dan planet lain akan di kawal dengan kosmologikal tetap agar tidak bertembung di kawasan yang semakin berkembang dan laluan yang sempit. Setiap "entiti" yang "wujud" perlu mempunyai daya ketahanan diri untuk bersaing di "ruang" yang di pengaruhi semua penguna. Kuasa "sebab dan musabab" akan mengambil alih tugas perlaksana jika kelemahan itu tidak di atasi. Setiap "entiti" tidak lagi boleh menyalahkan Tuhan apabila mereka gagal bertahan kerana usaha untuk mendapatkan "taufik dan hidayah" itu masih berkuat kuasa tanpa sebarang diskriminasi. Hanya "hujah dan dalil" apa yang perlu kita gunakan atau "solusi" apa yang perlu kita gunakan untuk mengatasi masalah itu. Jika tidak tahu tanya Tuhan dan minta "petunjuk" dan bantuan pendidikan dari "taufik dan hidayah" Nya itu. Bukan kah Allah swt itu Tuhan yang Maha Mengetahui??? Jadi Allah swt sentiasa bersedia untuk membantu jika kita masih sukar untuk mencari jalan "siratalmustaqim" itu. 

Bukan kah kita sudah di suruh untuk menuntut "siratalmustqim" ini di setiap detik waktu yang di perintahkan??? Allah swt tidak akan pernah tinggalkan kita "BERSENDIRIAN!!!!!!  Sebab "ruh" itu sudah di beri kuasa untuk sempurankan segala urusan hidup kita. Allah swt akan nampak apa yang di lihat oleh "ruh" kita itu. Allah swt akan dengar apa yang di dengar oleh "ruh" kita itu. Tetapi jika "ruh" kita itu tidak mahu melayan "jiwa" kita itu kerana kemungkaran nya, maka setiap "jarak" untuk menjauhkan diri akan beri kesempatan kepada anasir "jin dan syaitan" untuk mengambil alih proses realiti itu. Inilah proses kemusnahan yang di katakan "ajal"itu. "Entropy" dari "black hole" atau "lubang hitam" ini akan lenyapkan kewujudan dengan "sisa" kehidupan yang masih tersimpan di serpihan nya. (Serpihan ini adalah di mana dunia alam mistik akan di hidupkan oleh anasir "jin dan syaitan". Sebab mereka masih mempunyai kepentingan yang sudah di janjikan) Disinilah "misteri" itu akan bermula untuk usik acuan realiti yang sudah di terapkan.

Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi akan di robek untuk pisahkan "langit dan bumi" ini dan tongkatkan kebesaran "kudrat dan iradat" yang sudah di berikan kepada "ruh" yang suci ini. Mengapa kita umat Islam masih gagal untuk memahami agama suci Islam ini yang begitu luas kefahaman nya melampaui "ruang" yang tidak terbatas ini. Jangan jadikan agama Islam kita sebagai surat khabar lama yang tidak pernah mahu meneroka urusan masa depan yang akan berlaku iniUntuk dapatkan sedikit "natijah" dari hujah kami ini kami sangup memberi sedikit ulasan untuk sesiapa saja menilai nya sendiri. "Ruh" yang pernah di tiupkan memegang kuasa "kudrat dan iradat" untuk mencipta segala inspirasi dari setiap hajat dan impian  "jiwa" nya itu. Di situlah di mana "taufik dan hidayah" itu akan di perolehi oleh "jiwa" ini dengan kuasa "kudrat dan iradat" dari "ruh" nya itu. 

Sistem "kudrat dan iradat" ini yang di serahkan kepada "ruh" ini akan mengurus urusan "qada dan qadar" dengan ada nya "jiwa" yang di katakan "nafsu" dan "iman" itu. Di sinilah kitab "sijjin dan illiyin" itu akan di rakam dengan bahan "kimia"  deoxyribonucleic acid baka nasab "jasad" tubuh nya dan bahan "tenaga" ribonucleic acid yang mengawal sistem sel biologi itu untuk tumbuh atau mati. Apabila urusan "rezeki" itu di tetapkan dengan "susah dan senang" nya, maka ukuran "keperluan" nya di tetapkan dari "kemampuan" nya sendiri. Jika "jiwa" itu ingin makan "mee maggie" semangkuk, maka ia perlu merujuk kepada "ruh" nya dengan satu "hijab kabul" yang di katakan "NIAT" itu dengan "lafaz "huruf dan suara" yang sudah di sampaikan oleh "utusan" yang di kirim kepada Rasulullah saw. Inilah "ijazah" yang patut di capai setiap "jiwa" sebagai "akhlak" nya yang ingin menikmati "taufik dan hidayah" dari Allah swt. Maka sepercik cahaya "nur" mula bersinar untuk membuka "ruang" yang kosong di kegelapan yang gelita itu. 

"Nur" Muhammad ini turun dengan tulang "sulbi" nya untuk jadikan semua "jiwa" yang akan wujud di realiti itu dengan bentuk rupa dan fungsi nya. Maka "Nur" Muhammad itu pun turun untuk jadikan setitik "air" yang mengalir sehingga berjuta tahun jauh nya di sekeling Arasyi dan jadikan Pena atau "akal" dan "kitab" atau "ilmu" untuk di baca setiap "jiwa" yang wujud di realiti itu dengan para malaikat dan "syurga" nya. "Api" kemudian mula "menyala" untuk jadikan jin dan syaitan dengan "neraka" nya. Pergelokan besar ini mula berkembang dengan letupan besar dari cahaya "nur" Muhammad itu untuk membuka "ruang" terjadi nya semua "planet" lain dan masih bergerak sehingga di hari ini. Serpihan radiasi cahaya "nur" ini yang turun dari "langit" dari besi "qursani" ini masih bertaburan di atmosfera di mana segala bintang2 itu terjadi. Di situlah "graviti" tarikan bumi mula bergolak untuk mencari "berat muatan" dan jadikan kewujudan. Pandang lah langit di malam yang gelap, anda akan melihat keindahan ciptaan Tuhan yang bertaburan di bumbung langit. Kita selalu di naungi cahaya "nur" Muhammad di atas kepala kita kerana "ruh" itu akan di tabalkan untuk megang "amanah" jujungan "kudrat dan iradat" yang akan di serahkan.

"Ruh" ini adalah termasuk urusan Tuhan yang tidak perlu sesiapa pertikaikan. "Jasad" tubuh kita atau setiap "entiti" yang wujud di realiti ini dengan berbentuk rupa adalah "jiwa" yang memegang "amanah" ini untuk berlaku sopan dan tidak melakukan kerosakan.  Bukan tangung jawab Tuhan lagi untuk selengarakan alam maya ini atau juga "jasad" tubuh kita itu. Dengan kuasa "kudrat dan iradat" dari "ruh" itu mereka sudah di beri "kelengkapan" itu untuk sempurnakan tangung jawab mendapatkan "taufik dan hidayah" itu dari Tuhan dengan kebolehan "jiwa" nya itu. "Jiwa" ini yang perlu bertugas mencari "nafkah" zahir dan batin nya. Jika kita di datangi "penyakit", itu bukan kerana Tuhan sedang "hukum" untuk menyeksa kita dengan kesengsaraan tetapi angkara kelemahan diri kita sendiri. Rasulullah juga pernah jatuh sakit walaupun dia seorang kekasih Allah swt. 

Kasih sayang Tuhan melebihi kemarahan Nya!!!! Kita akan cepat melontarkan perkataan bahawa Tuhan seksa orang itu atau orang ini kerana kita sendiri yang MENGHARAPKAN nya begitu. Amat "JAHAT" hati mereka ini sehingga menuduh Tuhan berbuat begitu. Tetapi sebenarnya Tuhan sedang menunggu di sisi orang itu untuk mendengar "doa" yang akan di pohon. Ingatkah kita ketika Nabi Yunus as. berdoa d dalan perut ikan? Tuhan tidak pernah cepat menghukum seperti kita semua tetapi sentiasa memberi "peluang" supaya kita lafazkan "keinsafan" itu dengan "taubat" yang di janjikan. "TAUBAT" ini tidak pernah di nafikan kepada setiap hamba Nya. Hanya "jiwa" yang menangung penderitaan itu sahaja yang perlu dapatkan "taufik dan hidayah" itu dengan kuasa "kudrat dan iradat" dari "ruh" nya untuk merayu kepada Tuhan. Bukan kah "ruh" itu "satelit" kita kepada Tuhan?.Jika kita pandai dan bijak "BERBAHASA" dengan Tuhan sudah pasti kita akan di layan dengan kasih sayang Nya yang begitu lumayan dan tidak terhingga. TETAPI, jangan lah kita anggap Tuhan itu hanya tempat untuk kita tagih simpati tanpa perlu hulur "adab" dan "kesopanan" yang layak di terima Tuhan. Keinsafan dan kesyukuran kita adalah tajuk utama berbincang di dalam urusan "jiwa" kita itu dengan "ruh" nya.

Jika kita masih belum pandai menjaga tata tertib perhubungan di antara "ruh" ini dengan "jiwa" nya, bagaimana mungkin kita dapat mencapai satu status "silaturahim" dengan Tuhan yang Maha Pengasih ini. Maka carilah dan kenallah "ruh" ini semoga "jiwa" kita dapat menjalin satu hubungan yang intim untuk melangkah masuk di syurga Azawajallah. Di syurga ini bukan "huruf dan suara" yang di bicarakan, tetapi "ingatan dan perasaan" kita yang lebih telus dan ikhlas. Maka "perasaan" dan "ingatan" adalah bahasa "jiwa" yang sedang di bicarakan di antara "ruh" dan "jiwa" nya. Kita tidak perlukan "huruf dan suara" untuk berbicara dengan Tuhan. Tuhan memberi kita satu kemudahan yang paling cangih untuk menghantar isyarat dari doa dan permntaan kita untuk dapatkan "taufik dan hidayah" itu. Labaika!! Labaika!! kata Tuhan semasa menunggu kehadiran kita. Namun kebanyakan nya kita gagal oleh sebab "jiwa"mereka sendiri yang tidak layak mendapat layanan dari "ruh" nya sendiri. Malah ada yang sudah di tinggalkan jauh oleh "ruh" nya sendiri kerana terlalu benci untuk bersua muka. Carilah "silaturahim" ini yang sangat kita perlukan. Jika kita gagal menjalin satu hubngan yang baik bersama "ruh" kita , apakah mungkin kita akan di pimpin setelah kita kembali kerahmatullah nanti. Jika tidak kita mungkin akan di biarkan terkumpul di perkampungan "sijjin" itu.

Ilmu "sains kerohanian" ini tidak pernah di cipta atau di ilhamkan oleh sesiapa juga. Ini "ilmu" jiwa yang sudah di peruntukan kepada setiap manusia yang lahir ke dunia ini. Di situlah "pintu" alam "laduni" akan terbuka untuk menziarah keindahan taman yang penuh kesyahduan. Kita tidak pernah terlepas dari bersemuka dengan "ruh" kita sejak kita lahir kedunia ini. Setiap hari kita akan bertemu untuk dapatkan satu pakatan dengan "perasaan dan ingatan" kita itu. Kita berjanji dengan "ruh" kita sendiri, tetapi kita sering memungkiri nya. Jika kita selalu menipu "ruh" kita sendiri apakah kita akan jujur kepada Tuhan Nya???? "JIWA" ini yang perlu kita perbaiki supaya mempunyai "akhlak" yang cukup sesuai untuk teruskan jalinan satu perhubungan. Siapakah yang akan mencegah kita dari melakukan kejahatan, jika "ruh" itu tidak pernah menasihati. Kasih sayang di antara "ruh" dan "jiwa" ini boleh melalui keseronokan "muhabah" di antara Adam dan Hawa sehingga meningkat kepada kasih sayang Tuhan kepada diri Rasulullah!!! Maka carilah "akhlak" Rasulullah itu di mana saja kita berada. Kerana "jiwa" itu perlu memakai "akhlak" itu sebagai "mahkota" nya ketika mahu berdiri di sisi "ruh" nya. Itulah cinta yang sejati apabila "jiwa" dan "ruh" itu dapat bersama. 

Lihatlah betapa hebat nya "ilmu" Nabi Kidir!!!!! Nabi Kidir melalui banyak zaman para Rasul termasuk zaman Rasulullah. "Ilmu" Nabi Kidir terlalu cangih sehingga tidak dapat di ukur dengan tahap atau aras ketinggian nya. "Ilmu" ini tidak berada di dalam satu "ruang" yang terhad dengan ukuran darjat nya. Sebab "ilmu" Nabi Kidir berada di dalam ruang yang tidak bermasa iaitu "tachyon" yang sfera, dimana masa kini, masa silam dan masa depan bertembung di dalam lingkungan nya. Maka kita juga tidak pernah di kecualikan untuk merasai nikmat "ilmu" ini. Cubalah kita perhatikan bagaimana Tuhan sudah melatih kita untuk melihat masa depan denga ujian hidup yang selalu kita lalui. Hari ini adalah jawapan dari hari semalam dan hari esok adalah jawapan dari hari ini. Kita sudah di latih untuk melihat masa depan dengan agama suci Islam ini!!!!

Apakah hidup kita ini hanya dengan kekuatan kepakaran "ilmu" duniawi yang praktikal. Kekuatan rohani yang menjadi tunjang berlaku nya semua kejadian tidak boleh di abaikan. Kerana itulah apa yang akan di inginkan anasir "jin dan syaitan" itu yang mahu mengaibkan umat manusia. Perang psikologi ini sudah di ajar Nabi Besar kita Rasulullah sejak dari dahulu lagi. Sunnah nya yang sentiasa mengajar kebaikan kepada setiap kejahatan adalah untuk tunjukkan "perbezaan" itu sebagai jalan altenatif. Rasulullah sentiasa mengajak kaum "jahiliah" kembali ke jalan yang lurus. Jika kita ternampak orang yang telah di landa kejahatan, Rasulullah mengajar kita supaya pergi lakukan kebaikan agar "perbezaan" itu dapat di rasai. Itulah dakwah Islamiah yang di ajarkan oleh Rasulullah. Allah swt telah menjadikan semua "jiwa" yang wujud di realiti ini berpasangan. Hanya DIA sahaja yang ESA. Kita sebagai "jiwa" yang "wujud" perlu mempunyai dua "watak" ini di mana sahaja kita berada. Itulah yang di katakan "dosa dan pahala" itu. Sijjin dan illiyin, atau "ruh dan jiwa" nya. Jangan kita menyangka kita hanya mempunyai kebaikan sahaja, malah kejahatan itu tetap berada di situ untuk mengambil alih. Salam yang kita ucapkan di setiap solat di kiri dan kanan mempunyai "rahsia" yang hanya mereka yang mahu mengenal akan tahu sampaikan "salam" itu.

Edit 25.11.16

Walupun kita berpijak di bumi nyata ini dengan segala realiti itu berlaku, Allah swt dan Rasul Nya mempunyai "peranan" di dalam setiap detik waktu yang kita lalui. Kita mungkin sudah terlalu taksub atau khayal dengan putaran "masa" sehingga kita mabuk untuk melihat hakikat kebenaran ini. Hidup yang kita lalui ini bermula dengan tiga dimensi dari masa silam, kini dan masa depan. Tidak ada seorang "makhluk" pun yang boleh terlepas dari "ukuran" masa ini. Kita pasti akan di suruh merujuk kepada "hari semalam" semasa kita meranang "hari ini" untuk dapatkan hasil dari "hari esok" itu. Sebab sempadan di antara "hari esok" dari "hari ini" adalah di mana Tuhan menunggu untuk mendengar segala "doa" permintaan setiap "makhluk" Nya. Segala "doa" permintaan itu adalah satu seruan untuk mencorak bentuk rupa "masa depan" itu dengan setiap usaha yang sedang di jalankan. Usaha ini sebenar nya adalah "DOA" itu. Bukan "huruf dan suara" itu. Amal perbuatan kita itu satu "tempahan" yang di buat untuk dapatkan "hasil" nya. Setiap benih yang kita tanam di kebun perlu di "jenguk" dan di "sentuh" agar tumbuh sihat dan segar. Bukan tinggal dan datang nak ambil hasil nya sahaja.

Sejak bila Allah swt dan Rasul Nya mengajar "MAGIK" kepada seluruh umat manusia??? Jika lapar hendak makan, baca "mantera" dan seru di langit untuk turunkan makanan. Bila sakit,baca "jampi" dan sembur sahaja pada penyakit itu. Apakah kita di suruh mengembara di seluruh pelusuk bumi untuk mencari Tuhan? Apakah kita perlu "betapa" di dalm gua untuk mengenal Tuhan?.Mengapa nasib anak bangsa kita di jajah oleh orang yang mempunyai fikiran sempit. Anak2 kita di serahkan kepada orang yang tidak tahu memajukan diri mereka sendiri. Kita di minta "taat" pada tok guru atau pak ustaz yang menentukan arah tuju hidup kita. Kita serahkan pemikiran generasi muda anak bangsa kita kepada golongan yang "aktif" mengutip "sedekah" dan minta bantuan kesana sini. Kita tidak di jadikan seorang yang MAMPU bersedekah. Kita di jadikan sebahagian dari "masalah" itu untuk di selesaikan.  Nasib anak bangsa kita di serahkan kepada orang yang hanya lulus sekolah pondok untuk membina jati diri generasi muda..Kemajuan generasi anak bangsa kita sudah berada di paras yang sangat parah. Anak bangsa dan agama kita semakin lemah di ancam dengan masalah sosial sehingga mereka tidak dapat menilai di antara "hak dan batil". 

Apakah kita umat Islam ini menjadi "masalah" di dalam masyarakat?? Bukahkah Rasulullah saw semasa menjadi Rasul yang di utus di kirim untuk selesaikan segala "masalah" di bumi ini. Rasulullah berdakwah membawa kebaikan untuk selesaikan semua masalah hidup dan juga mati yang sangat di perlukan. Tidak ada urusan yang tidak dapat di selesaikan oleh agama suci Islam kita yang melampaui langit dan bumi atau dunia dan akhirat. Kita sudah di kenalkan kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang untuk meminta petunjuk dari "taufik dan hidayah" nya. Malang nya kita masih berpaling kepada selain Allah dan Rasul Nya. 

Anak2 muda sudah tidak boleh di tegur dan di nasihati. Suara mereka lebih tinggi dari ibu bapa sendiri. Ibu bapa sudah boleh di tengking dan di herdik. Orang luar dan orang lain lebih "penting" dari keluarga sendiri. Mereka akan rampas segala harta kesenangan keluarga untuk bergembira dengan teman sekawan. Kontrak sosial yang bebas buat mereka bergaul tanpa batas. Khalwat dan penzinaan berleluasa. Anak luar nikah di lahirkan seperti "sampah" yang di buang. Tangisan bayi di senyapkan dengan di beri makan pada semut dn kerengga. Kezaliman apakah yang sudah menyusup masuk di dalam dada setiap anak muda generasi baru kita ini. Apakah kita hanya akan duduk berpeluk tubuh dan biarkan saja mereka menjajah hidup masa depan kita. Di mana kah titik permulaan untuk "mengubah nasib" bangsa kita ini sebagai umat Muhammad.

Dimana kah "fatanah" itu, di manakah "amanah" itu, di manakah "sidik" itu dan di manakah "tablik" yang pernah Rasulullah sampaikan dahulu. Apakah songkok dan sarban atau jubah yang menentukan "martabat" keimanan seseorang itu. Mengapa pakaian yang menjadi "hijab" tetapi bukan "takwa" nya. Kita lebih seronok pakai "unifom" beramai ramai sebagai satu "jemaah" yang besar tetapi kita sebenar nya masih bersendiri di dalam satu masjid itu. Kita bukan tetamu Rasulullah di dalam rumah Allah itu. Kita tidak pernah nampak Allah dan Rasul Nya di situ ketika melangkah masuk ke sebuah masjid sebab tidak pernah buat temu janji itu. Bukankah Rasulullah semasa sedang menunggang kuda atau unta dan mendengar azan akan dengan segera mengucapkan "Labaika Allauhumma laibaka!!!!"  "Aku sahut seruan Mu ya Allah aku sahut seruan Mu!!!!" Setiap pacuan kuda itu di gerakkan dengan penuh bersemangat untuk berjumpa dengan kekasih nya. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan