Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Ahad, 20 November 2016

Getaran Jiwa (Reverse Effect)

Amat sukar untuk kami cari perkataan yang tepat dan lebih sesuai untuk jadikan "tajuk" perbincangan ini. "Getaran Jiwa" akhir nya di jadikan pilihan kerana membawa maksud yang lebih sesuai. Pantulan gerbang jiwa di dinding hijab ini satu "sentuhan" yang paling bermakna. Tidak semua "insan" yang "pelupa" itu akan di usik dengan  "sentuhan" jiwa ini jika "ruh" nya tidak pernah mahu bertegur sapa. Hati yang mempunyai "perasaan" itu akan memandang "ingatan" nya untuk tahu apakah maksud itu. Bahasa jiwa ini sangat halus untuk di sebutkan dengan segala perkataan. Tidak ada "huruf dan suara" yang dapat mengukir hikmat itu dengan penuh bererti. Hubungan sulit tali siratulrahim ini sebenar nya adalah rahsia peribadi yang hanya "jiwa" dan "ruh" itu sahaja yang memahami. Apa guna kita bercinta sesama manusia, jika keikhlasan itu tidak pernah mungkin terjalin. Kasih sayang yang sangat di harapkan itu belum tentu pasti.

Manusia tertipu dengan ungkapan "cinta" yang di lafazkan dengan penuh muslihat. Tidak ada "cinta" yang paling agung pernah bertapak di "jasad" tubuh ini melainkan kasih sayang "ruh" itu kepada "jiwa" nya sendiri. Sejak mereka bertemu semasa lahir di dunia ini, "perasaan" dan "ingatan" itu sering mengusik untuk kenal budi pekerti. Dapatkah mereka menjalin satu hubungan yang intim di "jasad" tubuh itu masih belum pasti. "Perasaan" akan sering menyapa supaya "ingatan" nya mahu memandang. Tuhan sudah tetapkan supaya mereka harus bersama. Tetapi bukankah kasih sayang itu tidak pernah nya boleh di paksa? Pujuk rayuan apakah yang harus di hembus supaya mereka mahu bersua muka. Amat rugi jika ada "jasad" tubuh yang kehilangan kasih sayang ini di dalam diri nya sendiri. Tidak mungkin "jasad" tubuh itu dapat curahkan kasih sayang itu pada yang lain jika "diri" nya sendiri tidak pernah di kasihi. Di situlah Tuhan curahkan nikmat kasih sayang Nya kepada sesiapa saja yang di kehendaki. Orang yang tidak pernah mengasihi diri nya sendiri tidak akan di kasihi. Percayalah!!!!!!

Kita manusia masih belum dapat memahami Tuhan Semesta Alam ini. Sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu tidak pernah di buktikan kepada sesiapa saja. Kami akan bawa "dalil dan hujah: ini kepada sesiapa saja untuk tunjukkan "bukti" itu bahawa setiap "jasad" tubuh itu selalu terima "kasih sayang" itu dari Tuhan nya. Lihatlah "hati" seorang ibu!!! Bagaimana Tuhan jadikan setiap "ibu" itu mempunyai "kasih sayang" yang tidak berbelah bagi. Walau bagaimana "buruk" atau "cacat" bayi atau anak yang di lahirkan nya, "naluri" sifat keibuan tidak pernah kenal bentuk dan rupa. Bayi itu akan di tantang dan di dakap seperti satu "anugerah" Tuhan yang amat berharga. Di situlah bayi itu akan terima ciuman mesra yang tidak terhingga. Mata, telingga, hidung, mulut dan kulit si "ibu" itu akan sentiansa ingin menyentuh kulit "bayi" nya untuk di belai dengan kasih sayang. Siapakah yang "arah" kan  si "ibu" itu supaya buat begitu???

Setiap "jasad" tubuh itu sudah pernah di bela oleh "si "ibu" ini sehingga mereka meningkat dewasa. Setiap tangisan dan sakit pening si "anak" sentiasa menjadi bahan kajian oleh si 'ibu" itu agar keresahan si"anak" itu tidak berpanjangan. Apakah kita masih mahu menafikan "BUKTI" ini? Apakah seorang "anak" tidak pernah di cium oleh "ibu" kandung nya??? Lihat lah wajah si "ibu" itu sekarang. Betapa remuk dan reput kulit pipi si "ibu" itu setelah sekian lama menanggung kebimbangan agar si "anak" tidak di hampiri oleh segala penyakit. Apakah si "anak" ini akan cuba menafikan lagi bahawa Allah swt selalu menjaga kita dengan penuh kasih sayang???. Kami tidak perlu tunjukkan "bukti" dalil nas dari AlQuran dan Hadis yang wajibkan kita "sujud" kepada Allah swt. Dalil bakti jasa seorang "ibu" yang berbudi kepada seorang "anak" sudah cukup untuk buat si "anak" wajib "SUJUD" kepada Allah swt. Tuhan tidak perlu gunakan "kitab" untuk menuntut "hak" Nya. Si "anak" sudah boleh di dakwa di makhkamah agung ketuhanan hanya dengan mengunakan "bukti" yang ada pada si "ibu" itu.

Bukan kah "budi suci" itu satu "hutang" yang perlu di bayar??? Apakah jasa si"anak" kepada si "ibu" itu pula??? Setelah riwayat hidup si "ibu di ragut untuk memelihara kesempuranaan si "anak" itu, si "ibu" yang semakin meningkat usia masih menanti dengan seluruh "jasad" tubuh nya yang semakin lemah, apakah si "anak" ini akan membalas jasa nya. Tetapi Tuhan telah melarang si "ibu" untuk menuntut balasan nya. Sebab setiap jasa bakti itu perlu di berikan dengan penuh "keikhlasan". Si "ibu" tidak boleh pertikaikan jasa bakti nya kepada si "anak" itu. Si "ibu" hilang "hak"untuk menuntut segala balasan dari si "anak" itu. Si "anak" BEBAS untuk melakukan apa saja walaupun untuk membenci si "ibu" itu nanti. KETULUSAN kasih sayang yang telah Allah swt tetapkan perlu di ihtiraf oleh si "ibu" ini.

Maka tunduk lah "wajah" tua itu dengan menyimpan keramat suci di dalam "hati" nya untuk menyanjung kesucian Tuhan yang di tetapkan. Di situ si "ibu" telah ternampak betapa tinggi nya darjat ketuhanan yang Maka Suci ini. Apakah si "ibu" itu akan menanggis kesedihan???? Tidak!!!! Si "ibu" sekarang berada di dalam naungan Allah swt. Nikmat yang hanya di berikan kepada seorang "ibu" yang pernah berbakti kepada seorang "anak" yang di lahirkan. Malah si "anak" yang semakin meningkat dewasa bebas kemana saja untuk meneruskan hidup nya tanpa perlu menjenguk sapa si "tua" yang pernah di gelar "ibu" itu.

 Nampak nya sudah tiba masa nya untuk penulis meningkatkan curahan bakti kepada semua pembaca yang mencari seteguk "air" untuk hilangkan dahaga kehausan yang selama ini di rasai. Kajian "sains kerohanian" ini hanya satu "pintu" untuk pembaca menjenguk di sebalik tabir yang tertutup rapat dengan hiasan palsu selama ini. Tetapi jika anda mempunyai asas untuk mencari "penawar" yang menganggu "perasaan" dan "ingatan" anda itu, kamar "sains kerohanian" ini adalah makmal yang buat ujian kerohanian untuk kenal pasti kesan negatif dan positif nya terhadap setiap "jasad" tubuh kita ini. Kami tidak perlu tunjukkan "bukti" atau "fakta" kepada sesiapa saja yang mengunjungi, tetapi kami jadikan "jasad" tubuh anda itu sendiri sebagai bahan empirikal dan hipothesis nya untuk mencuba kesan dari ujian itu. Dapatkah kita hapuskan "perasaan" dan "ingatan" yang jahat di dalam "hati" kita itu apabila ia bersuara untuk melakukan kejahatan dan membenci?

Inilah "penyakit" itu yang ingin kami ubati supaya "jasad" tubuh kita itu bergerak dengan tingkah laku dan budi bahasa yang indah sebagai perhiasan nya. Jika sesiapa dari kita yang berjaya mengawal "hati" itu, nescaya dia akan bertemu dengan segala "seri muka" untuk di pandang tanpa jemu. Kasih sayang bukan sesuatu yang kita tuntut dengan begitu murah sekali. Kemesraan tidak akan berlaku jika "hati" itu membawa bungkusan "dosa" yang "najis" itu. Bagaimanakah kita mencuci kotoran itu yang berada di dalam "jasad" tubuh kita yang di bawa kesana sini. Bukan kah pencemaran akan berlaku di kawasan yang kita ziarahi dan berlaku kerosakan dan kemusnahan. Jadilah seorang manusia yang menyelesaikan masalah dan bukan buat atau tambah masalah itu. Dimanakah tugas" rasmi yang sudah di berikan kepada setiap manusia sebagai seorang "khalifah" itu untuk mengurus "bumi" ini. Jika kita berjaya memegang "jawatan" yang sudah di beri, nescaya seluruh seru sekalian alam akan tunduk kepada kita. 

Tidak ada mahar atau bayaran yang kami tuntut dari sesiapa saja yang mengunjungi laman "sains kerohanian" ini dan kami juga tidak terlintas untuk mendapatkan "imbuhan" duniawi itu. Apa yang penting, khidmat kami kepada Zat yang Maha Berkuasa perlu di laksanakan semoga usaha kami di perluaskan untuk basmikan segala penipuan "jin dan syaitan" itu. Jika usaha penulis ini terputus di tengah jalan akibat faktur usia dan kesihatan yang semakin meruncing, penulis izinkan sesiapa saja untuk teruskan perjuangan "sains kerohanian" ini demi kemajuan ummah. Ilmu "laduni" adalah hak semua individu untuk merasai nikmat nya apabila berada di "ruang" yang penuh "keikhlasan" itu. Tidak sesiapa boleh sampai di "ruang" itu tanpa sebarang alasan dan ulasan atau "dalil dan hujah" yang kukuh. Sebab soalan itu akan di tanya untuk dapatkan jawapan nya apabila ingin melangkah masuk di "ruang" ini. Carilah "dalil dan hujah" itu yang sudah kami sematkan di merata coretan kajian kami. Hanya mereka yang benar dan jujur akan dapat dan ternampak "ilmu" itu untuk mencari Tuhan.

Kita tidak akan bertemu Tuhan tetapi perlu mencari. Kita tidak akan nampak Tuhan tetapi perlu melihat. Kita tidak akan kenal Tuhan tetapi perlu berusaha sehingga Tuhan sendiri yang datang untuk menyambut kita masuk di dalam naungan nya. Inilah nikmat itu yang kita cari semasa mulakan semua kajian ini. Setiap arah yang di tuju kearah "siratalmustaqim" itu mempunyai banyak liku liku kepalsuan yang memerlukan cukup asas pengetahuan untuk meyaring penipuan "jin dan syaitan" itu. Sebab mereka akan cuba menyesatkan kita dengan apa cara sekalipun. Tetapi bukan kah Tuhan berada di situ untuk kita dapatkan "taufik dan hidayah" itu.  Selagi "taufik dan hidayah" itu tidak pernah terputus, "jin dan syaitan" tidak akan berjaya menghalang kemajuan kami untuk mencari jawapan yang sudah pernah di tanya, "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?" Inilah azimat yang musnahkan segala ancaman jin dan syaitan itu yang banyak menyerupai tokoh untuk di percayai. Tanpa "akhlak" Rasulullah sudah lama kami kecundang di aibkan dengan "aurat" kehinaan. "Takwa" itu yang menjadi "hijab" kami untuk melindungi ancaman "jin dan syaitan" ini. Hanya "keikhlasan" itu sahaja yang dapat membantu hapuskan segala ancaman.

Sebelum kami membawa pembaca menyingkap urusan "getaran jiwa" ini, penulis yang sudah lama menyelami arena "sains kerohanian" ini merasa perlu untuk kongsi bersama "rahsia" yang di lalui setiap "insan" dan "makhluk" yang hidup di atas muka bumi ini. Sebab "getaran jiwa" ini merangkumi semua aspek kehidupan apabila gelombang gendang hijab itu di dengungkan oleh getaran "diri" kita sendiri. Apakah kita menyangka kita berbicara pada Tuhan dengan "huruf dan suara" itu. Gendang hijab getaran jiwa ini mungkin tidak pernah di sedari setiap "hati" itu apabila "perasaan" nya di sentuh oleh "ingatan" nya sendiri ketika di ketuk. "Hijab" adalah dinding yang memisahkan setiap "jiwa" itu dengan "ruh" nya. Di situlah "jiwa" itu akan mengetuk dinding "hijab" itu untuk dapatkan "taufik dan hidayah" yang sangat di perlukan. Harapan itu di peluk "jiwa" itu, dengan rintihan semasa merayu kepada "ruh" nya untuk dapatkan belas kasihan itu. 

Dinding "hijab" yang memisahkan kita dari alam "tachyon" yang tidak bermasa itu, di selubungi banyak "tenaga" dan "graviti" dari kuasa kosmologikal tetap. Jisim dan jirim dari anasir gelap atau "dark matter" ini yang menutup lapisan itu agar tidak terbolos. Perlu kita ketahui bahawa "ruang" ini di penuhi dengan gelombang jalur lebar yang melantun dari bunyi getaran yang kita selalu gunakan sebagai "huruf dan suara" itu untuk mendengar jawapan nya dari "perasaan" dan "ingatan" kita sendiri. Sebelum kami berganjak jauh, perlu kami jelaskan bahawa "perasaan" kita itu di pengaruhi bahan biokimia yang kita sendiri sediakan di dalam "jasad" tubuh itu. Itu akan memberi kesan kepada setiap timbal balas yang akan di terima. Begitu juga dengan "ingatan" kita itu. Sebab "tenaga" gelombang otak dari "ingatan" kita dan "kimia" dari emosi "perasaan" kita itu yang cuba menyentuh dinding "hijab" itu akan mengikut rentak bahan "tenaga" dan "kimia" dengan getaran nya sendiri. Setiap "tenaga" mempunyai suhu panas dan sejuk nya dan setiap "kimia" mempunyai dos tinggi dan rendah nya. Begitu lah kita selalu gunakan "huruf dan suara" itu dengan "perasaan" dan "ingatan" kita.

"Huruf dan suara" yang menyampaikan "perasaan" dan "ingatan" kita sentiasa mencari "jawapan" yang sangat di perlukan lima panca indera kita. Mata yang ingin melihat, hidung yang ingin menghidu, telinga yang ingin mendengar, mulut yang ingin bersuara dan kulit yang ingin menyentuh adalah "nafkah" yang sering di cari untuk keperluan zahir dan batin nya. "Nafkah" ini adalah "rezeki" yang di tuntut setiap "jiwa" yang mempunyai "jasad" tubuh itu. Ini termasuk seluruh "makhluk" dan semua kehidupan. Apabila semua "hasrat" itu terkumpul di satu "ruang" yang sama dengan semua "makhluk" yang ada, bagaimana kah "keputusan" itu di hasilkan perlu menjadi "kajian" setiap individu yang menguji. Sebab apa guna kita mempunyai "ilmu", jika "ilmu" itu hanya sebagai "teori" kajian tetapi bukan untuk di amalkan sebagai praktikal di realiti ini. Ini yang ingin kami cabar setiap peserta dari pembaca kami untuk mencuba nya. 

"Jasad" tubuh kita yang nyata ini adalah "jiwa" itu yang selalu berurusan dengan "ruh" nya untuk menilai sentuhan "getaran jiwa" dengan "perasaan" dan "ingatan" kita. Hubungan sulit di antara "jiwa" dan "ruh" ini adalah satu sketsa hidup yang akan tercatat di dalam kitab yang tidak berhuruf dan bersuara. Begitulah Adam dan Hawa semasa melalui hidup di atas muka bumi ini dengan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" mereka. Mungkin kita belajar agama Islam ini dari sudut yang banyak berbeza. Tetapi "ruh" Islam itu perlu ada di dalam "jiwa" setiap "jasad" tubuh kita itu. Apa guna kita mempunyai "ilmu" berkitab di dalam dada jika hanya sepotong "ayat" sahaja yang di jiwai. Rahsia "huruf dan suara" yang menjadi "seru sekalian alam" itu sebagai dakwah Islamiah belum tentu pasti dapat sampaikan "salam" itu kepada sasaran nya. Kita terlalu asyik untuk mencari "punchline" tetapi masih gagal untuk dapatkan "getaran jiwa" itu. "Keinsafan dan kesyukuran" yang layak di terima Tuhan masih tidak berbunyi dengan "getaran jiwa" nya.

Menyelami rahsia "getaran jiwa" ini bukan sesuatu yang mudah untuk di fahami. Walaupun kita sudah mempunyai asas yang di lengkapkan di dalam "jasad" tubuh kita itu, belum tentu pasti kita dapat memahami "irama" dan "lagu" nya. "Bisikan Kalbu" yang bersuara di dinding sanubari bukan satu "siulan" yang bergema di dada hati. Rintihan itu satu kelohan dari "jiwa" nya untuk dapatkan perhatian dari "perasaan" dan "ingatan" nya itu. Pantulan yang bergema di dinding "hijab" itu satu "getaran jiwa" untuk mengusik "perasaan" dan "ingatan" kita agar di hayati. Dengan sentuhan itu "jasad" tubuh itu akan bergerak untuk melakukan apa saja. Jika dinding "hijab" itu tidak pernah bergema nescaya "jasad" tubuh itu tidak akan bergerak mengikut alunan irama nya. 

Jika "ruh" dan "jiwa" ini tidak pernah bertegur sapa, apakah mungkin "jasad" tubuh itu dapat mencapai impian nya. Tuhan yang telah janjikan segala "rezeki" itu tidak pernah mungkir janji. Sebab "nyawa" itu susdah di beri untuk di sempurnakan oleh segala apa yang ada di seluruh langit dan bumi ini. Sebab ketika para malaikat bertanya "Bukankah mereka akan melakukan kerosakan dan kemusnahan di muka bumi ini" Tuhan menjawab "Aku lebih tahu apa yang engkau tidak ketahui." Seluruh penghuni langit di ketika itu terpegun dan senyap membisu untuk mencari rahsia nya. Allah swt adalah Tuhan Yang Maha Agung. Kebijaksanaan Nya tidak dapat di ukur dengan akal fikiran kita. Apa juga yang berlaku di realiti ini baik buruk atau baik tidak akan terlepas dari "PENGETAHUAN" Nya. Segala gala nya di dalam "ilmu" Allah swt dan kita sebagai hamba yang menharapkan belas kasihan Nya tidak perlu getar dan khuatir sedikitpun.

Setiap "jasad" tubuh itu sudah mempunyai "ruh" yang boleh di rujuk dalam setiap ketika. Segala "susah dan senang" itu boleh di kongsikan bersama Allah swt untuk dapatkan "taufik dan hidayah" nya. Jika kita tidak pernah mahu berbicara dengan Tuhan apakah mungkin Allah swt akan berbuat begitu. Apabila kita di gelar "insan" yang "pelupa", Tuhan sudah berikan kita "iman" untuk kita ingat kepada Nya. Allah swt akan sering datang menjenguk untuk mengingatkan kita. Serulah ArRahman!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan