Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Ahad, 19 Jun 2011

Cinta

Apabila mata terpandang sinaran cahaya yang memancar dari kilauan wajah seseorang, "hati" kita akan terasa rempuhan kuat kuasa tarikan graviti dari hawa “nafsu” di tanah bumi jasad jasmani. Daya tarikan graviti pada resapan aliran hawa “nafsu” datang dari “bahan” inti asas “berat muatan” yaitu  “ilmu” subjektif yang di capai hati nurani dengan harapan buta perasaan dari tangapan ingatan "iman." Harapan untuk ia menjadi realiti adalah pembakaran fusion bahang haba yang dimana “nafsu” di jadikan dari api akan mendesak supaya ingatan "iman" mencari kemungkinan dengan kepastian "ilmu" pada fikiran "akal."

The "Law of Attraction" dalam kajian sains terkini menyatakan ia mewakili tenaga elektrikal gelombang otak yang menyalurkan saluran kepada "akal" di  mana "hati" akan menerima di landasan jiwa. Namun pancaran cahaya elektromagnetik ini yang memanah untuk menikam jasad bumi di "hati" jasmani memerlukan keyakinan ingatan "iman" untuk menerima sentuhan cahaya itu.   Naluri hawa "nafsu" yang memikat pancaran cahaya itu akan di selubungi andaian dan tangapan yang di balut harapan cas negatif dan positif aliran elektrikal. Ini lah kebutaan "nafsu" yang tidak pasti akan realiti nya. 


Harapan "buta" ini akan berlegar dengan deria rasa untuk mendapat rempuhan impak sentuhan yang pasti. Geseran atau sentuhan adalah apa yang hawa “nafsu” ini akan cuba dapatkan dengan desakan ghairah dan keinginan. Geseran sentuhan adalah dimana resapan seksual kemesraan mendidihkan hati dengan keinginan rindu perasaan belaian kasih untuk dapatkan hubungan sentuhan. Suara perkataan yang di hembus keluar dengan karbon dioxida boleh ledakkan sensasi perasaan kemesraan untuk mendapat pantulan tidak balas. Wakil penghantar pertukaran sebutan suara ini dapat memberi "hati" kita resapan tarikan graviti sentuhan untuk merasa perasaan cinta dari impak lamunan gelombang "sonic" yang melayari ruang di mana cahaya dan suara berlegar di atmosphera.


“Cinta” bukan lah “bahan” daripada “ilmu” yang dapat larutkan “zat” pada “cinta”. Keindahan perasaan “cinta” ini adalah satu anugerah yang datang dari “sumber” utama yang lebih tinggi. Kuantum mekanik dari ingatan “iman” ini bisu dan adalah “rumah singahan” pada “cinta” untuk menginap lebih lama di dalam taman hati kita sebagai tetamu terhormat. Tentu nya kita perlu pastikan jika "cinta" ini patut mendapat "landing right" di jasad jasmani. Menetapkan nya di situ adalah pertarungan yang kita manusia tempur dengan perasaan emosi. Berat “muatan” pada “cinta” ini di dalam hati yang memikul muatan itu, adalah daya tarikan hawa “nafsu” dimana “iman” menterainya dengan perasaan “yakin”. Tanpa “keyakinan” ini, balutan untuk mengikat nya akan hilang cengkaman harapan. Apabila "suara" dan "cahaya" melalui di ruang yang sama, tentu nya ia boleh memberi tindak balas yang berkesan. Kata2 adalah medium yang mengantar message atau isyarat. Di sini lah "hati" perlu mendapat kepastian.


Menyirami benih “cinta” adalah kuasa abadi “keyakinan” dimana “iman” perlu memberi keikhlasan kepercayaan. “Cinta” bukan lah sesuatu bahan dagangan yang perlu kita buat pertukaran dengan kemesraan yang sama. Mod senyap dari “iman” yang bisu ini adalah kuasa abadi “keyakinan” untuk mendapat ketulusan kejujuran. Keikhlasan adalah keramat kesucian “cinta” dimana “benci” tidak boleh melangkah masuk di tugu sajian pengorbanan. Kebutaan “nafsu” dan kebisuan “iman” sepatutnya berpaut dengan “keberatan” pada “cinta” untuk bernafas dengan kemesraan. Ia satu naluri yang seorang ibu akan beri kepada darah daging nya walau sehodoh mana rupanya.


Untuk mengelar itu “cinta” dengan terma dan syarat dimana “pilihan” menjadi tempahan pernilaian untuk mencorak kemesraan yang di "atur" adalah sesuatu yang palsu. Membuat undang2 dan peraturan bagi membina asas “cinta” adalah kerasukan cemburu atau tipu muslihat kepalsuan. Tali di gunakan untuk mengikat daya rontaan yang tidak pernah wujud pada “zat” sumbangan nilai rela perasaan “cinta”. "Cinta" tidak pernah mempunyai syarat dan peraturan. Ia bebas menilai apa sahaja yang datang untuk di angkut sebagai "beban" percintaan. Tali yang di ikat dengan syarat dan peraturan itu adalah untuk membelengui keresahan kebencian yang tersembunyi di sebalik dinding "hati." Menyimpan nya bersama di dalam satu ruang “cinta” akan musnahkan kesucian kerelaan yang di sanjung keramat "cinta." "Cinta" tidak tertakluk kepada yang indah sahaja. "Cinta" juga perlu ambil apa yang buruk dalam satu bungkusan.  

Pendekatan yang di ambil ini adalah satu kepongan asap yang menyelubungi untuk sembunyikan pergolakan kebencian. Menyemai "cinta" bukan dengan ikatan dan sekatan. Kemeriahan pelangi “cinta” perlu ada pahit manis nya.  Perlu kah kita lemaskan “cinta” itu dengan ciptaan yang palsu. Konflik kejujuran dan ketulusan akan berkocak apabila syak wasangka pula mengambil tempat di atas pentas kasih sayang. Musnah nya mahligai "cinta" apabila pasangan tidak dapat memberi atau menerima arah haluan yang perlu di lalui. Jangan sampai keburukan yang sebenar nya menilai segala keindahan yang ada di cabut. Membuang yang buruk akan susut nilaikan yang indah. Tidak ada kecantikan jika tidak ada yang keburukan. Sifat berlawanan ini adalah sesuatu  yang mesti untuk corak perbezaan.  


Mencorak lukisan sendiri yang tidak ada di gambaran adalah dimana kita hilang keindahan nikmat “cinta”. Kita patut biarkan “cinta” tumbuh dengan sendirinya dan belajar menghargai apa yang di hulurkan dengan rahmat nya. Menganggu luahan semula jadi nya adalah dimana kita manusia mengalami rasa ubat dari penyakit yang kita cipta sendiri. “Cinta” hanya akan dapat di rasai di saat pendaratan pertama di tanah bumi semasa sentuhan impak di hati. Ia hanya satu percikan cahaya sinaran yang menyentuh dinding hati. Pantulan dari vibrasi nya akan bergema di ruang elektromagnetik atmosphera “nyawa” kita di jarak lingkungan orbit nya. Sentuhan pertama itu adalah nikmat yang paling indah yang kita manusia di beri merasai rahsia kehadiran suci. Mempunyai memori kehadiran suci itu adalah mengapa kita manusia teruja untuk merasa kehadiran nya. Semai lah kasih sayang dari "cinta" pertama itu untuk mendapat imbasan syadu sentuhan nya.

Edit 18/12/15

"Cinta" Adam dan Hawa adalah satu kisah yang patut di tuntut oleh semua anak cucu nya. Rahsia "cinta" ini bermula dari kesedaran ingatan" iman" yang di miliki Adam semasa dia berada di dalam syurga. Hasrat untuk mempunyai "teman" kesunyian dan berkongsi keindahan syurga adalah detik permulaan bibik "cinta" itu berputik. Mencari "teman" dalam kesunyian dan berkongsi keindahan syurga atau harta kekayaan adalah hasrat utama Adam sebelum Siti Hawa di jadikan. Cubalah kita perhatikan "warkah" pertama yang tertulis di saat "cinta" itu berputik. Jiwa Adam di ketika itu sunguh suci dan murni penuh dengan keikhlasan yang di pandang Allah swt untuk khurniakan hasrat yang lahir dari keimanan nya itu.

Itulah mengapa Siti Hawa di jadikan dari tulang rusuk kiri Adam dimana "hati" itu yang merasa dengan "perasaan" yang amat rindu. Di situlah di mana hawa "nafsu" itu bermula. Pertalian di antara "ingatan" dan "perasaan" ini perlu di jadikan seperti suami isteri. Perasaan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini akan di uji dengan buah "kuldi" yang mempunyai kemuncak segala nikmat. Larangan untuk di jauhi akan di seksa dengan aib kehinaan jika tidak dapat di patuhi. Taqwa ingatan "iman" dan godaan perasaan hawa "nafsu" akan jadi medan pertempuran di setiap jasad tubuh.

Jika manusia itu ingin mencari "cinta" yang sejati, "cinta" itu perlu bermula dengan keikhlasan ingatan "iman" untuk mendapat perasaan hawa "nafsu" yang sangup menjauhi buah "kuldi" itu. 

Jumaat, 10 Jun 2011

Ilmu Hitam



JANGAN AMALKAN MANTERA YANG KAMI SEBUTKAN DI SINI. IA HANYA SEKADAR CONTOH YANG DI GUNAKAN PENGAMAL SIHIR DAN PEMUJA KEROHANIAN.

Ilmu Hitam adalah perkakas sihir yang di amalkan oleh mereka yang telah mendapat saluran di dunia alam gelap. Dunia ghaib jin dan syaitan adalah tempat dimana kamar mistikal itu terselit di dalam kegelapan keajaiban ilmu hitam. Mantera jampi yang di wafak dengan pantun tulisan purba adalah sutrah riwayat kehidupan tamadun syaitan. Ayat syaitan dari mantera durjana ini adalah sumpah laknat untuk di baca pada tubuh manusia. Ramalan kerabat syaitan adalah rahsia memerintahan dunia mistikal kegelapan perkauman jin. Jika bahasa jin dan syaitan ini di sebut, nescaya mereka akan menjengok pandang untuk memberi perhatian. Kita telah di lengkapkan dengan bahasa Tuhan yang pernah di sebut Rasulullah. Hayati lah "kalimah" suci yang mempunyai banyak "hikmah" jika kita tahu mengunakan nya.

Tetapi banyak yang masih ingin mengunakan bahasa jin dan syaitan sebab khasiat nya yang sangat mujarab dan tidak di ukur oleh "masa" pada "jangka hayat" kita. Jin dan syaitan tidak di ukur oleh "masa" dan mereka mempunyai "jangka hayat" yang sangat panjang. Itulah mengapa mereka boleh melintas di ruang atmosphera dengan secepat kilat dan menghasilkan sesuatu dengan cepat dan pantas. Perbezaan di antara dua ruang "masa" inilah yang buat manusia begitu terpengaruh dengan dakyah jin dan syaitan. Ilmu "ketuhanan" yang suci perlu melalui jarak "masa" yang telah di tetapkan. Perjalanan di antara langit ketujuh dan bumi sangat jauh dan perlu mengikut hanyunan jarak "masa" pada "jangka hayat" manusia di bumi ini. Itu lah mengapa "kesabaran" adalah salah satu dari terma dan syarat untuk mereka yang beriman menunggu di saat penantian.

Kitab ayat Babylonia sains kerohanian telah pertunjukan ramalan keramat jin dan syaitan. Tamadun gelap di masyarakat atmosphera ini telah mencatatkan keajaiban ilmu sihir untuk memikat minat pemuja syaitan. Raja Nabi Sulaiman telah telungkupkan ajaran sesat mereka. Sihir ilmu hitam telah di hambat di persembunyian kegelapan sehingga ke hari ini. Mereka perlu bersembunyi di sebalik kegelapan dan tidak di benarkan lagi menunjukan persembahan secara terang dan nyata. Tetapi "kitab" ini selalu nya di rujuk untuk dapatkan hasil yang cepat dan pantas. 

Mereka tahu setiap tipu helah dalam permainan ini yang bersembunyi di sebalik jirim gelap di simetri kuasa tarikan graviti dan ruang elektromagnetik yang baryonic. Zarah dan molikuil zat berlambakan untuk melakar penjelmaan jirim di realiti. Untuk melepaskan virus dan kuman penyakit dengan penderitaan, tembusan jin di tenaga gelap pada simetri kosmologikal tetap  boleh melumpuhkan kesenambungan umum pada graviti untuk memacu kecepatan kuasa kelajuan. Mereka adalah makhluk yang memerintah di bawah langit di mana ruang graviti tarikan bumi dan kosmologikal tetap itu berada. Ruang ini tertakluk kepada jarak "masa" sebagai "hukum hudud" yang di tetapkan. Tetapi jarak "masa" mereka begitu panjang yang membolehkan mereka melayari ruang angkasa di atmospherea kita dengan begitu selesa dan cepat apabila mereka tidak di jadikan dengan "jasad" yang di jadikan daripada "tanah" pada bumi ini.

Dunia alam kita hanya lah satu2 nya dimensi di mana "masa"  itu di ukur. Masa adalah pati “nyawa” kita untuk sedar di saat pengertian. Penglihatan adalah perkakas tangapan yang nampak oleh jiwa nurani yang masih subjektif. Bayangan refleksi oleh realiti objektif datang dari cahaya photon yang mencipta gambaran itu. Lintasan bayu dan udara adalah sebahagian dari ruang perkampungan mereka. Misteri kuasa "ilmu hitam" ini akan datang untuk menghantui mental, emosi dan kesejahteraan jasmani kita. Sudah tentu ada "komplot" yang di jadikan "proksi" sebagai penuntut. Cagaran dan habuan perlu di tukar ganti pada setiap perkhidmatan yang mereka berikan. 

Tiga dimensi zarah dan kuasa yang kita lihat di belengu di dalam kepongan kecuali “graviti” yang boleh bocor ke dimensi selebihnya. Kuasa tarikan graviti pada jirim gelap dan tenaga di kosmologikal tetap adalah di mana dunia jin dan syaitan datang untuk memainkan peranan nya. Semua dimensi mempunyai getaran berbeza untuk memberi kita sedikit gambaran apa yang kita boleh nampak. Mata kasar manusia memerlukan "cahaya" untuk melihat dengan gambaran yang di sajikan. "Cahaya" itu boleh di hiasi dengan pelbagai acuan dan bentuk. Kuman dan virus penyakit boleh meresap ke dalam tubuh manusia dengan begitu senang dan terdedah kepada segala ancaman. Sebab manusia perlu "bernafas" dan sebahagian dari udara ini adalah kepunyaan mereka. Bukan kah udara ini ada gas oksigen, nitrogen, hidrogen dan karbon dioxida. Manusia perlu bernafas dengan oksigen tetapi mereka mungkin menghidu dengan udara yang lain itu. Bukan kah mereka boleh menyusup masuk kedalam tubuh kita melalui saluran pernafasan kita. 

Massa dan tenaga adalah sama dan boleh bertukar bentuk dan rupa. Ini adalah sesuatu yang kita perlu tahu bagaimana dunia jin dan syaitan membuat kehadiran mereka di rasai. Jirim gelap dan jirim tenaga berada di mana mana sekeliling kita di simetri. Sesuatu di kesenambungan umum pada graviti dan kosmologikal tetap adalah kuasa yang memastikan setiap jasad itu kekal pada bentuk nya. Ia juga boleh buraikan dengan melongarkan nya sehinggan berubah. Tenaga gelap ini boleh mengubah massa menjadi tenaga dan gunakan mana mana jirim untuk menembusi tenaga itu.

Bahtera biologi kekayaan alam boleh di gunakan untuk kepentingan mereka. Struktur genetik pada setiap deoxyribonucleic acid boleh di mutasi untuk menjadi stem cell perbentukan spesis baru pada keaslian nya sendiri untuk menguji hasil kajiannya. Syaitan ini mengunakan tubuh manusia untuk membuat kajian penyelidikan dengan kedurjanaan hipothesis nya.

Mereka boleh membuka jiwa manusia dan membelah nya terpisah untuk kuat kuasakan helah tipu muslihat bagi kepentingan mereka. “Nafsu” darimana perasaan itu datang boleh di porak perandakan. “Iman” di mana ingatan kita berada boleh di tawan dengan kebingungan. Satellit “akal” akan di hadang. Resepsi “ruh” akan di nafikan.

Alam materialisma yang jelas di realiti bukan "hakikat" kebenaran jika tidak memerlukan kesedaran. Kesedaran manusia amat penting untuk mengenal "hakikat" kebenaran di alam realiti. Para saintis di seluruh dunia hanya dapat mengenal 4% dari segala jisim dan tenaga di alam maya ini. Selebih 96% di alam maya ini masih belum di terokai para saintis dan ruang itu di kuasai tenaga gelap dan jisim gelap. (dark matter dan dark energy)  Ini lah kawasan di ruang atmosphera yang belum di kenal pasti. Bukan kah jin dan syaitan itu menetap di ruang tarikan bumi atau graviti? Mereka bebas menjelajahi dari satu planet ke planet lain dengan tenaga gelap dan jisim gelap mereka.  

Ruang angkasa alam yang ghaib ini sebenar nya hanya di sebalik tabir hijab dimensi dengan getaran yang berbeza. Gelombang ini lah yang boleh memisahkan cahaya dari pancaran nya dan menjadikan cahaya itu terbelah dan berkecai. Jisim gelap ini lah yang menyekat cahaya dari memecut lebih laju di angkasa raya. Tenaga gelap ini lah yang menjadikan kita tersekat di permukaan bumi dengan kuasa graviti nya. Melonggarkan tenaga kuasa jisim gelap ini akan jadikan jasad tubuh kita melayang di awangan.

Tetapi realiti menjadi tayangan di layar pandangan mata kasar kita untuk di persembahkan. Menunjukan sesuatu di realiti bukan sukar untuk di laksanakan. Cahaya amat di perlukan oleh mata kasar kita. Jadi cahaya itu boleh di manipulasikan. Sebab cahaya yang menentukan realiti itu terbentuk. Kajian sains kerohanian dalam perkara ini telah menemui banyak muslihat dan angkara yang perlu di perjelaskan. Kuasa "sebab dan musabab" perlu di perkenalkan. Ayat perintah yang di sebut dengan bahasa syaitan perlu merujuk kepada asas kejadian setiap jisim kejadian nya. Seperti bumi yang di seru dengan nama asal nya "kajamah" dan langit yang di seru dengan nama asal nya "kasibun" dan jasad manusia yang di seru dengan nama asal nya "sinti ruhum" bila menuntut asal usul nya. Pecahan "air, api, angin dan tanah" sepert mana setiap jasad itu terbentuk. Mengubah kejadian asal tidak pernah di sekat oleh "hukum hudud" alam semesta. Apa yang perlu di salurkan hanya kuasa "sebab dan musabab" di mana alam itu menurut perintah. 

Bahasa jin dan syaitan perlu di ketahui. Mereka juga mempunyai "kitab" yang di anuti. Apabila kita menyeru dengan bahasa jin dan syaitan yang mereka faham dengan pengertian nya. perhatian khusus akan di beri dengan penuh taat untuk berbakti. Bukan kah Nabi Sulaiman mempunyai "ilmu" itu untuk bercakap dengan seluruh seru sekalian alam. Suara bukan bahasa yang di tuturkan. Itu hanya "terjemahan" jiwa yang menerima isyarat. "Niat" dan "perasaan" menjadi bahasa yang di bualkan. Bahasa jin dan syaitan sebenarnya adalah, perasaan "marah, benci, hasad, dengki, angkuh, dendam, tamak, ghairah dll. Tetapi apabila "nafas" di suarakan dengan  bunyian yang yang di sebut perkataan "ayat" syaitan, makhluk ini akan menjadi "khadam" yang menurut perintah. Di sinilah "ilmu hitam" itu mula di laksanakan. Suasana gelap dan sunyi di ceruk bumi adalah tempat persembunyian mereka.

Permujaan itu di mulakan dengan satu "siulan" memanggil jelmaan lembaga hitam yang akan datang menjenguk apabila di seru. Asap kemenyan di nyalakan sebagai penyambut tetamu yang memerlukan ruang di asap itu untuk bernafas. Api harus menyala sebagai tanda kejadian nya. Darah di hidangkan untuk menjamu selera jamuan jemputan. Nafas si penyeru dan para jemputan perlu bersatu di sudut ruang yang sempit itu untuk bersalaman. "Engkau di jadikan dari api, aku di jadikan dari tanah, hanya air dan angin dapat menyatukan kita di satu kamar yang sempit ini. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxAku hirup seteguk air di dalam halkum ku, engkau hembus senafas dari nyawa "nabati" mu. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxKita akan bersatu hidup di dalam satu tubuh "sinti ruhum" di antara bumi "kajamah" yang nyata dan langit "kasibun" yang ghaib. (Amaran kepada pembaca!!!!! Jangan baca mantera ini dengan "niat" dan "perasaan" yang di tujukan dengan maksud. Hidup kita akan berubah jika kita salah gunakan. Kesedaran akal akan hilang dan hanyut di bawa arus di alam yang tidak pernah kita jejaki.)   

Mengambil sekutu selain dari Tuhan yang Maha Esa boleh berlaku dengan sekelip mata. Sebab alam di bumi kita ini sememang nya di jadikan untuk mengalih tumpuan kita. Persembahan yang di tunjukan di merata tempat adalah untuk mengugat kepercayaan kita sehingga kita percayakan apa yang di tunjuk. Sebab manusia mecari "bukti" dan fakta itu boleh di palsukan. Apabila mereka adalah sebahagian dari ruang atmosphera kita ini, "jasad" tubuh kita adalah sesuatu yang sangat di perhatikan. Darah manusia adalah kehausan mereka. Mengapa di setiap ketika akan berlaku kemalangan dan malapetaka. Apakah mereka tidak mempunyai peranan dalam angkara itu. Darah, bangkai, najis dan tulang adalah makanan mereka. Sudah mesti mereka akan pastikan sumber makan mereka tidak terputus. Kuman dan penyakit adalah hidangan mereka. Mereka lah yang buat manusia merana dan sengsara. Salah satu dari "kroni" mereka adalah hawa "nafsu" kita. Di situlah bermula nya segala musibah hidup kita.

Edit 31.12.13

Urusan "ilmu hitam" selalu nya bermula dengan tenaga hawa "nafsu" yang bergolak. "Perasaan" yang bertakung di dalam "hati" akan di jadikan pedoman untuk mencari anasir yang sanggup menghulur bantuan. Bahasa "jiwa" bukan dengan huruf dan suara. Sebab huruf dan suara tidak semestinya mengandungi tujuan maksud dan erti perkataan. Sebab pergertian dan kefahaman adalah urusan "ingatan iman" yang tidak di punyai "perasaan" hawa "nafsu" yang bergolak. Mantera dan jampi yang di baca tidak pernah menuntut kefahaman "akal" fikiran kita. Tetapi "perasaan" yang terkandung di dalam "hati" adalah maksud yang di sebut. "Perantaraan" yang memegang jawatan sebagai "persuruh" cuba memegang watak Nabi untuk menjalankan tugasan tertentu. Jin dan syaitan melihat "hati" manusia untuk mereka berurusan. Di situ mesti ada "perasaan" marah, benci, iri, hasad, dengki dan khianat ynag di taja tenaga hawa "nafsu" untuk mereka guna pakai sebagai sebagai cagaran. 

"Akal" fikiran tidak di perlukan di sini dan ingatan "iman" yang ada akan di pesongkan untuk lupuskan segala perisian "ilmu" hakikat dan menerima anutan baharu yang di taja jin dan syaitan. Atur cara "perjanjian" dengan "sekutu" ini bukan sesuatu yang boleh di batalkan atau di mansuhkan. Ia selalu nya melibatkan "darah daging" kita sebagai pelaburan rasmi. Sebab "jin dan syaitan" memerlukan jasad tubuh kita untuk bertindak. Mereka akan guna pakai kuasa dan tenaga manusia itu sendiri untuk membuat angkara. "Asap" dan "api" adalah jamuan untuk jemputan yang akan hadir di upacara itu. "Darah" menjadi simbol "ketaatan" untuk di curahkan. Asas penganutan ini adalah "penyekutuan" di mana permujaan kepada "entiti" tertentu di jadikan "relic" atau lambang. Satu "pertemuan" rasmi akan di atur untuk bersua muka dengan ikatan yang lebih kukuh. Selalu nya "nama" akan di jadikan seruan untuk bertegur sapa. 

Urusan "hati" ini sangat mendalam jika kita ingin menyelami khabar maksud yang tersurat. Tidak sesiapa boleh melihat urusan "hati" ini. "Perasaan" di dalam "hati" adalah "hak" mutlak setiap individu dan tidak boleh di periksa oleh sesiapa pun. Jin syaitan dan juga para malaikat tidak mempunyai kebolehan untuk menilik urusan "hati" ini. Sebab "hati" adalah rahsia peribadi yang hanya Tuhan boleh melihat nya. Kejadian "hati" adalah lebih besar dari segala gala nya. Dari "hati" inilah Siti Hawa di jadikan.semasa Nabi Adam a.s. di dalam shurga lagi. 

Jin dan syaitan tidak boleh melihat "hati" manusia melainkan apabila "niat" itu di suarakan sebelum perbuatan nya. Inilah silap kebanyakan manusia apabila mereka mengistiharkan hasrat di "hati" mereka sebelum membuat persedian untuk melakukan nya. Itulah mengapa kita di larang membuat "janji" atau "nazar" jika kita tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan nya. Disinilah tipu muslihat syaitan akan di kuat kuasakan. Nafas karbon dioxida yang kita gunakan untuk berkata kata, mengandungi bahan kimia yang di gunakan jin dan syaitan untuk kepentingan mereka. Kajian sains kerohanian dalam perkara ini telah terjumpa banyak bukti yang berkaitan dengan urusan hawa "nafsu" kita. Inilah "proksi" jasad tubuh kita yang di gunakan jin dan syaitan untuk menyusup masuk dengan rancangan hasad dengki nya. Kuman dan virus penyakit akan di salurkan melalui banyak pintu dan tingkap yang ada pada jasad tubuh manusia. Itulah mengapa "ilmu hitam" dan "sihir" boleh berjaya di laksanakan.

Paku, jarum, pisau belit,dan lain lain bahan logam yang boleh di tarik kuasa "graviti" akan dapat di seludup masuk melalui terowong sulit dan pintu jendela yang terbuka  di jasad tubuh manusia. Sebab bahan logam ini boleh di bawa masuk kedalam jasad tubuh manusia tanpa mencacatkan kulit tubuh nya. Sebab "darah" manusia mengandungi "zat" besi yang semula jadi. "Paku, jarum dan pisau adalah bahan logam yang di "cipta" manusia dan berasal dari besi. Asal "besi" dari bumi dan asal jasad dari "tanah", dan yang membentukan segala sesuatu adalah daya kuasa tarikan "graviti" sehingga ia terkumpul dan terbentuk.  

Edit 27.5.14

Ilmu hitam mengunakan tenaga asas dari graviti tarikan bumi dan tenaga "api" yang mempunyai bahang haba. "Hempedu" di dalam jasad tubuh kita itu tersimpan bahan toxin yang sangat merbahaya apabila "hasad dengki" dan "dendam kesumat" yang dicurahkan nafsu amarah. Nyawa haiwani ini bergumpal di dalam daging di jasad tubuh dan pintu nya di telinga untuk mendengar dengan "ampas" dari penafasan kita. Apabila nafsu amarah ini bergolak dengan bahang haba nya, di situ tenaga anasir gelap seperti jin dan syaitan akan bermesyuarat untuk tunjukan atur cara kemusnahan. Bahasa surah syaitan ini mempunyai mantera permujaan yang khusus untuk menjemput tenaga hitam yang sangat gelap.

Ilmu ketuhanan tertakluk pada peredaran "masa" yang telah di tetapkan, namun "magik" boleh berlaku secepat kilat. Apabila "masa" itu di singkatkan untuk mencapai sesuatu dengan pantas, "jangka hayat" kita perlu di gadai kepada anasir yang menghulurkan bantuan. Keharmonian yang telah di timbang untuk setiap manusia yang hidup akan di cagar untuk lakukan kemusnahan itu. Itulah mengapa orang yang melakukan kezaliman dan kemusnahan akan merasa senang untuk seketika dengan kepuasan hati apabila "dendam kesumat dan hasad dengki" itu di terjemahkan dengan "sihir" dan "ilmu hitam", tetapi mereka akan merana lebih panjang apabila hukum "hudud" ketuhanan di laksanakan. Musibah yang di timpakan kepada orang lain akan datang menuntut keadilan dengan keresahan yang padat untuk di rasai setiap masa. Ruang untuk bersantai dan bergembira akan tergugat dan terhakis. Kemanisan hidup akan pupus seperti mana mangsa nya menderita kesakitan.    

"Ilmu Hitam" akan gunakan istilah "mutasi" baka genitik yang di setubuhkan. "Kuman dan virus" penyakit akan di biak di dalam jasad tubuh mangsanya yang di semadikan dengan "hubungan sulit" persetubuhan baka untuk di cemari. Pembiakan untuk "hamilkan" penyakit dan virus kuman di lakukan anasir gelap yang menyusup masuk melalui penafasan dan pencemaran darah. Anasir gelap ini mempunyai "data" yang cukup lengkap untuk mengenali pasti situasi keadaan "mangsa" nya. Si "mangsa" mungkin mempunyai "rekod" yang melakukan kerosakan dan kemusnahan. Dosa kita yang telah lalu mungkin tidak pernah kita beri perhatian. Kita mungkin telah menganiayi orang lain atau binatang yang tidak berdosa. Kita mungkin telah menyeksa kehidupan liar berkeliaran di merata tempat. Jika kita pernah melakukan perbuatan yang kejam dan zalim terhadap kehidupan lain, perbuatan itu akan di ambil kira anasir gelap ini untuk menghukum kita seperti mana kita pernah melakukan penyeksaan itu dahulu kepada kehidupan lain.

Fakta ini perlu kita ambil kira untuk kita di jadikan "mangsa" kepada pentadbir "ilmu hitam" ini. Kuasa "sihir" dan "ilmu hitam" ini tidak mungkin terjejas kepada diri kita jika kita mempunyai "rekod" yang baik. Sebab jin dan syaitan akan mencari "sebab" yang kukuh untuk melakukan kerosakan kepada anak Adam. Jika kita pernah menyeksa kehidupan yang lain di satu ketika dahulu, perbuatan itu boleh di jadikan "sebab" untuk menimpakan penderitaan kepada diri kita 

Dosa kita itu satu "hukum" yang perlu di azab dan di seksa dengan kesengsaraan. Bukan kah "neraka" itu satu tempat di mana syaitan itu di jadikan "kayu "api" untuk membakar kita. Jadi segala azab dan sengsara itu datang dari keturunan Iblis yang melaksanakan urusan "dosa" dan hukuman nya. Kesabaran kita boleh menghapuskan kesengsaraan itu dengan keampunan Tuhan. Jika kita tidak sabar dan berpihak kepada syaitan yang ingin melakukan kerosakan, kepuasan melepaskan geram amarah dan hasad dengki akan berakhir dalam sekelip mata saja tetapi kegelisahan menangung dosa itu akan berpanjangan untuk menghapuskan kegembiraan di dalam setiap waktu.

Amat mudah sekali untuk kita menjadi penganut jin dan syaitan ini. Dalam sekelip mata kita boleh menjadi pengikut nya. Tidak perlu mantera jampi dan borang penyertaan untuk jadi pengikut syaitan. "Niat" saja untuk melakukan kemusnahan, syaitan akan datang menunjukan cara secara percuma di dalam ruang fikiran kita. Ibils akan hantar pengikut nya untuk bawa kita berjumpa dengan pengamal syaitan seperti bomoh dan dukun santet. Sebab jika kita pilih untuk gunakan "ilmu hitam" sebagai senjata kemusnahan kepada "mangsa" nya, "alamat" dan "identiti" mangsa itu akan di kaji selidik oleh kaum syaitan untuk kenal pasti nilai kesucian harga diri kita. Mereka akan lihat timbangan "dosa" kita yang pernah mereka pengaruhi sejak sekian lama dan apakah status kesucian nilai "jiwa" kita yang ada di sebalik jasad tubuh itu yang boleh di cerobohi dan di ganggu gugat. 

Tetapi Allah swt itu Tuhan yang Maha adil. Itulah mengapa "susah" dan "senang" itu sudah di timbang sama rata. Setiap "jiwa" manusia akan melalui "susah" dan "senang" ini dengan setimpal. Secara automatik, sesiapa yang mendapat kesenangan akan gembira dan secara automatik, sesiapa yang kesusahan akan bersedih. Jadi "kesyukuran" itu sudah di lafazkan dengan kegembiraan dan "keinsafan" itu sudah di istiharkan semasa kesedihan pada "perasan" dan "ingatan" setiap "jiwa" itu. Jadi bukan itu yang Tuhan mahu lihat tetapi yang sebalik nya. Apabila kita "senang" kita patut "insaf" dan apabila kita susah" kita patut "syukur" kepada Nya. Bagai mana kita ubah "perasaan" gembira itu supaya "insaf" dan "perasaan" sedih itu supaya "syukur" akan memerlukan "ingatan" yang mempunyai "ilmu" pengetahuan.

Jadi "susah" dan "senang" ini boleh kita jadikan satu komoditi untuk di perniagaan. Ini yang selalu di lakukan oleh sesiapa saja di dalam semua atur cara urusan penyampaian. Setiap manusia akan menghulurkan "kesenangan" atau "kesusahan" itu pada sesiapa saja. Walau apa pun juga "perjanjian" dan "persetujuan" itu, akibat nya  akan menghasilkan habuan "susah" atau "senang" ini pada setiap orang. Jadi "susah" daan "senang" ini boleh kita sampaikan kepada sesiapa sahaja dan mempunyai atur cara yang berbeza. Atur cara ini yang menjadi kunci rahsia yang di simpan anasir gelap "ilmu hitam" untuk siapkan satu hidangan. Jadi "shurga" dan "neraka" ini adalah sesuatu yang pasti dan bukan satu perkara yang palsu kerana boleh di buktikan dengan fakta yang nyata. Hanya ahli kaum "neraka" sahaja yang mempunyai kepakaran dalam urusan sengsara "kesusahan" ini.

Ada seribu satu macam "kesusahan" yang boleh di pilih dalam senarai untuk di serahkan. Apakah ini satu "mitos" yang tidak mungkin dapat di laksanakan?????

   Edit 28.11.15

Mutasi baka nasab termasuk di dalam kepakaran "ilmu hitam" ini. Sebab apa juga situasi dan keadaan akan sentiasa berubah corak dan bentuk nya. Tidak ada satu apa pun yang kekal bergitu selama lama nya. Jika itu satu peraturan yang sudah di tetapkan maka membuat perubahan kepada apa juga bentuk dan keadaan sepatut nya menjadi kepakaran. Inilah apa yang kita perlu tahu apabila kita mulakan setiap seruan dan permujaan. Kita selalu berdoa kepada Tuhan untuk mengubah hidup kita ini kepada yang lebih baik dan Tuhan berjanji akan mengubah nya jika kita sendiri ingin mengubah.

Tetapi yang menjadi persoalan nya adalah adakah orang lain mempunyai "kuasa" untuk mengubah hidup dan keadaan kita itu. Jawapan ini perlu kita cari sebelum kita mulakan apa juga atur cara atau aktiviti. Apa juga yang sudah di tetapkan masih perlu di tentukan. Qada dan Qadar kitab Lukh Mahfuz perlu kita rujuk akan isi kandungan nya. Tetapi tidak semua dari kita yang memohon "doa" kepada Tuhan untuk dapatkan kebenaran. Perjanjian yang pernah di beri kepada Iblis cuba di kuat kuasakan. Kesesatan yang menyimpang jauh dari hakikat dan kesejahteran masih boleh berlaku jika kita terlepas dari "naungan" Tuhan. Itulah mengapa kita di ajak supaya "menyerah diri" kepada Nya.

Persimpangan yang menyimpang untuk buat perubahan yang akan berubah bukan sesuatu yang sukar untuk di lakukan. hanya arah tujuan nya yang berbeza. Dari mana kemana itu saja yang berlaku atau dari "senang" ke "susah" atau dari "gembira ke "derita" yang akan bertukar ganti. Disinilah penting nya peranan Tuhan untuk kita mohon restu dan taufik hidayah. Jika kita ambil tindakan sendiri dengan tujuan untuk mengambil "risiko dan akibat" itu, kita akan di beri "peluang" untuk membuktikan kebolehan kita itu. "Pilihan" ini sentiasa di beri sebagai "lepas bebas" kepada setiap jiwa yang di kandung badan.      



Rabu, 8 Jun 2011

Kembara Hidup


Peringatan kepada pembaca kami yang budiman. Perlu kami tekankan di sini bahawa ancaman golongan "ateis" yang mengunakan "sains" untuk menafikan "Tuhan" dalam segala hal perlu di tangkis dengan kebijaksanaan kita. Hidup kita ini bukan satu kemalangan yang tidak di sengajakan. "Peluang" untuk kita hidup dan di lahirkan ke dunia ini telah di "tempah" dengan "pilihan" kita untuk memegang "amanah" ini. Kejadian "manusia" adalah  dengan sebab untuk kita tidak melihat Tuhan untuk membuktikan kepada sekalian makhluk terdahulu betapa "bijak" nya manusia ini yang di beri kebolehan mengesan sesuatu dengan "ilmu" pengetahuan nya.

Apabila para malaikat yang setia beribadat kepada Tuhan kerana mereka memnpunyai "bukti" kewujudan Tuhan. kita "manusia" di beri peranan untuk mengesan atau mencari Tuhan apabila kita di lahirkan atau turun ke bumi ini. "Mengesan" Allah swt memerlukan "ilmu" yang telah di bawa oleh Rasulullah. Al Quran telah membuktikan mukzizat itu dengan menjelaskan sesuatu yang di luar pencapaian "akal" fikiran kita. Apabila "Rasulullah" adalah seorang yang tidak tahu menulis dan membaca, itu tidak bermakna "ilmu" itu tidak boleh kita perolehi tanpa mengenal "huruf" atau "suara" dari setiap perkataan. Tuhan tidak perlukan "bahasa" yang boleh di kenal pasti. Sebab "bahasa" Tuhan tidak berhuruf dan bersuara. Itulah mengapa para "saintis" tidak dapat mengesan "wujud" nya Tuhan apabila mereka mencari "bukti" untuk buat pengesahan. 

Mereka semakin keliru apabila mendapati "alam maya" (universe) ini mempunyai kebolehan untuk mengurus sistem nya sendiri tanpa perlu "pengurusan" yang teliti. Kuasa "sebab dan musabab" yang di turunkan sebagai "amanah" dapat menyelengarakan semua itu tanpa perlu campur tangan dari Al Khalik nya. Tahap "intelligence" Allah swt sangat di kagumi. Jika Allah swt ini boleh kita kesan dengan "bukti" yang nyata dan "alam maya" ini perlu di urus oleh Tuhan seperti "mekanik" yang menjaga "jentera" nya. Itu akan menunjukan kelemahan Tuhan kerana perlu menjaga atau mengurus sesuatu yang di cipta Nya sendiri. Tetapi Allah swt bukan "pengurus" yang duduk supaya "hamba" Nya datang dengan semua "masalah" untuk di selesaikan. (Jika saya menjadi "pengurus" di dalam sebuah pejabat, dan pekerja bawahan saya yang di bayar gaji datang kepada saya dengan segala masalah untuk saya selesaikan, pekerja itu akan saya pecat serta merta. Orang bawahan saya sepatut nya datang kepada saya dengan "cadangan" untuk menyelesaikan masalah itu dan minta saya persetujui dengan cadangan mereka itu) Jika itu lah apa yang di sangkakan oleh kita sebagai manusia ini, tidak bermakna Allah swt mencipta "manusia" yang di beri "ilmu" pengetahuan. "Menyerah Diri" atau Islam yang di sempurnakan Tuhan dengan mengutus para Nabi dan Rasul, adalah untuk menguji kekuatan "akal" fikiran kita dengan kepercayaan yang kukuh yaitu "keyakinan" yang tulin. 

Mengapa kita perlu "menyerah diri" kepada Tuhan. Sebab walaupun kita mempunyai "akal" fikiran yang boleh "ubah" sesuatu keadaan, kita masih "dhaif" tentang "keberkesanan" nya. "Pilihan" yang kita buat dari apa yang di hulurkan "takdir" (Qada) masih memerlukan "peluang" untuk mencapai nya dari "nasib" (Qadar) yang di "perkenanan" kan Tuhan. Di situ kita perlu memakai sistem "kepercayaan" atau "iman" untuk mengharapkan realiti nya. Begitu juga lah "sains" yang perlu mengunakan sistem "curiga" atau (doubt) sehingga mereka "percaya" dan "yakin" dengan "bukti" dan "fakta" kenyataan untuk di jadikan sandaran atau pegangan.  

Ciptaan adalah konsept ketuhanan. Metaphora kefahaman untuk perjelaskan bahasa Tuhan tidak memberi sebab untuk theori saintifik dalam apa cara pun membuktikan atau menafikan kemungkinan bahawa alam maya ini di cipta oleh Tuhan. Sains tidak mempunyai hak untuk menuntut kuasa pada sesiapa. Ilmu adalah sains dan kita berkongsi matlamat yang sama untuk membuat orang ramai memahami.

Semua nya bermula dari noktah setitik, dan meluas dengan hayunan kuasa abadi tenaga untuk mencipta letupan besar yang berlaku berjuta tahun dahulu. Lubang hitam di hujung alam maya bermula dari cahaya pertama “nur ilmu”. “Nur ilmu” ini datang dengan kuantum mekanik kesedaran dan mempunyai tenaga ingatan “iman”. Ini adalah fitrah keupayaan asas untuk semua mengenal antara satu saman lain untuk pilihan rambang. Dari cahaya pertama “Arasy” and Air di cipta. Kemudian Pena atau Akal dan Kitab atau Ilmu dan Shurga dan Neraka lalu Malaikat di cipta.

Dari Api, “nafsu” di jadikan, Syaitan dan Jin dan graviti di kegelapan tenaga kekal di mana “Nur” pada “ilmu” dan radiasi kuantum mekanik bergolak untuk berkembang di kegelapan anasir gelap di lubang hitam. Ruang gelap yang kosong dengan larutan radioaktif meluas dengan kuantum mekanik dan graviti untuk renjatkan ruang elektromagnetik di atmosphera.

Bila “nur” itu turun dengan keluasan pada langit yang di bawah dengan ruang gelap kekosongan anasir gelap, tenaga kekal graviti mengoyakan lubang hitam di mana “nur” itu berputar dengan graviti dan menjadikan letupan besar serpihan dentuman besar atau supernova. Ruang, zarah dan masa mula membentuk bumi atau bahan yang di pisahkan dengan pergerakan masa detik pertama untuk membuka ruang angkasa.

Graviti “nafsu” ini berpusing dengan putaran pembakaran dorongan dan cahaya “iman” kuantum mekanik, berputar untuk mencipta sistem solar di alam maya. Langit dan bumi mula nya bersatu dan di pisahkan dengan gas awan dengan kuasa hayunan abadi nya. “Nafsu” telah di bakar oleh “api” berjuta tahun sehingga serpihan debu dan gas menjadikan planet lain di angkasa. Molikuil mikroorganisma di deoxyribonucleic acid melalui suasana yang ganas. Alam maya terlalu panas dengan cecair methane sehingga gas karbon di padatkan untuk membeku dan jadikan planet yang sangat sejuk.

“Nafsu” di bekukan selama berjuta tahun di dalam kesejukan  untuk mengimbangi percaturan atmosphera. Radiasi haba pada “akal” datang untuk bersatu untuk imbang bahang panas dari “nafsu” dan atomik kuantum mekanik pada  “nur ilmu” dengan cahaya terang “iman” untuk melembapkan dengan air nya.

Bila atmosphera telah di lengkapkan dengan perubahan cuaca dan bergolak oleh putaran benua dengan sepihan debu dan gas, pembakaran besar haba methane menjadikan matahari dan planet lain. Bumi atau bahan di jadikan dengan tenaga cahaya pertama dari “ilmu” dengan sinaran “iman” untuk menjadi api pada “nafsu”. “Nafsu” ini mempunyai tenaga graviti di dalam apa2 zarah dengan reaksi kimia nya.

Molikuil mikroorganisma pada deoxyribonucleic acid melalui suasana yang getir. Di sini lah di mana udara oksigen di jadikan di alam maya dan planet bumi subur dengan penghidupan mahluk. Kemuncak kehidupan dengan graviti “nafsu” tenaga kimia dengan deoxyribonucleic acid yang ada pada nuclear atomik mikroorganisma.

Mikroorganisma ini dapat bertahan bahang panas dan kesejukan di alam maya. “Nafsu” ini telah melalui ujian dan bila manusia pertama di jadikan, mikroorganisma pada planet bumi di gunakan untuk membentuk tubuh pertama manusia. Di sinilah di mana deoxyribonucleic acid dan ribonucleic acid bermula.

Edit 7.5.14

Sebelum manusia di jadikan, jin dan syaitan mentadbir ruang atmosphera dan semua planet planet termasuk bumi. Suasana di ketika itu sangat huru hara dan tidak selamat untuk di huni dengan selesa. Keganasan cuaca dan makhluk baka benih jin dan syaitan ini sangat menganas. Tenaga hawa "nafsu" yang di turunkan supaya menetap di langit yang paling rendah adalah "graviti" tarikan bumi. Apa saja yang boleh di tarik dari bahan "massa" di ruang udara yang gelap akan di kumpul menjadi bentuk dengan saiz nya. Tugas "graviti" tenaga hawa "nafsu" ini adalah menjadikan kenyataan sesuatu "objek" di realiti. Apabila ruang kosong (empty space) atmosphera di permulaan alam maya ini memerlukan sesuatu untuk wujud di realiti kenyataan, graviti tarikan bumi akan mengumpul segala bahan "massa" untuk di jadikan objek tertentu. Tetapi bagi menghidupkan makhluk yang bernyawa, graviti memerlukan hawa "nafsu" untuk menjadikan jasad bahtera tubuh. Apabila jin dan syaitan tidak di jadikan dari "tanah" yang berjasad, hawa "nafsu" ini di jadikan tungangan untuk menumpang di jasad tubuh yang terbentuk. Makhluk di ketika itu hanya hauskan "darah" untuk di jadikan habuan benih baka jin dan syaitan ini. Pertumpahan darah sangat berleluasa di merata tempat di muka bumi ini. Semua makhluk di ketika itu hanya pentingkan hawa "nafsu" nya untuk jasad tubuh. "Survival Instinct" dan "battle of the fittest" menjadi maklamat hidup. "Evolusi" makhluk yang di tadbir jin dan syaitan hanya di penuhi sifat kehaiwan yang tidak bertamadun. Hawa "nafsu" adalah punca segala kemusnahan.

Bumi di ketika itu penuh dengan pertumpahan darah. Bangkai mayat yang mereput meninggalkan saki baki deoxyribonucleic acid mereka di atas "tanah" di mika bumi itu. Apabila Tuhan ingin menjadikan "manusia" untuk mengurus "bumi" itu, jin dan syaitan mula merasa tergugat. Apabila "tanah" di permukaan "bumi" ini yang di ambil untuk di jadikan jasad Adam, deoxyribonucleic acid hawa "nafsu" dari makhluk yang terdahulu sudah tercemar di "tanah" bumi itu. Tuhan Yang Maha Bijaksana lebih mengetahui apa yang Dia perlu lakukan. Iblis yang menjadi "pengurus" utama di bawah langit yang terendah dan bumi ini di minta melaksanakan perintah menjadikan jasad Adam. Apabila Iblis turun untuk mengambil "tanah" di atas bumi ini, "bumi" tidak mengizinkan nya sehingga Malaikat Izrael turun untuk buat jelaskan perjanjian bahawa "jasad" itu tetap milik "bumi" untuk di kembalikan setelah "jangka hayat" di tamatkan dengan tempoh yang tertentu. Iblis sangat curiga dengan perkembangan terkini itu. Setiap rongga dan urat saraf di jasad Adam di teliti dan di terokai untuk mengenal pasti kejadian Adam. Sumpahan Iblis pada "tanah" yang di ambil untuk di jadikan jasad Adam mungkin berlaku. Baka jin dan syaitan yang di jadikan dari "api" di mana Iblis itu di jadikan sebagai keturunan nya akan tergugat jika "manusia" ini di lantik sebagai "khalifah" di atas muka bumi ini. Apa yang Iblis nampak adalah hawa "nafsu" yang ada pada bekas "tanah" itu. Hawa "nafsu" ini adalah kejadian dari asas "api" yang sama dengan keturunan nya di mana "graviti" itu juga di jadikan.

Tetapi kebijaksanaan Tuhan tidak dapat di tandingi oleh sekalian makhluk yang di jadikan. "Cahaya" atau "nur" adalah makhluk pertama yang menjadikan segala gala nya termasuk "arasy" dengan setitik "air" yang menjadi lautan. Cahaya "nur" inilah "ilmu" untuk di terapkan kepada segala gala yang terjadi. Tanpa "ilmu" ini, tidak akan ada kenal mengenal dan reaksi tidak balas. Di situlah "malaikat" di jadikan untuk membawa "ilmu" itu untuk di persembahkan kepada sekalian makhluk ciptaan yang terjadi. Apabila "cahaya" pertama itu menyala dengan pembakaran radio aktif, bahan buangan radio aktif itu mula membuka "ruang" yang kosong di sebalik kegelapan dari sinaran "cahaya" yang bersinar itu. Sebab "kegelapan" itu adalah sebahagian dari "ruang" untuk menunjukan "cahaya" itu. Apabila "api" di jadikan dari "cahaya: itu, "graviti" tarikan bumi mula aktif untuk saling memperkenalkan di antara "terang" dengan "gelap" di ruang yang kosong itu. "Ilmu" dari "cahaya" itu mula tersebar dan yang pertama menerima "ilmu" itu adalah ruang kegelapan di mana "graviti" itu bertempat. Di dalam ruang yang gelap itu di mana "graviti" itu bertempat adalah di mana "haba" bahang "api" hawa nafsu" itu menyala. Sebab "api" akan menyambar dan merebak untuk biakan keturunan nya. Di situlah Iblis di jadikan dan juga jin dan syaitan untuk mentadbir pembikinan alam maya ini bersama "graviti" dan hawa "nafsu" yang menyala. Ruang yang kosong tadi mula berputar apabila "cahaya" terang dan ruang gelap itu bersalaman. Itulah permulaan nya "masa" dan detik waktu bermula apabila atmosphera di situ mula berputar.


Cahaya "nur" ini mempunyai rahsia yang tidak di ketahui kebanyakan makhluk yang di jadikan. Cahaya "nur" ini mengandungi kedinginan "air" yang membawa udara kehidupan.  "Oksigen" sangat di perlukan untuk ketenteraman suasana alam dan mengimbangi suhu atmosphera. "Api" yang menyala tadi berputar menjadi "matahari" di mana jin dan syaitan termasuk Iblis di jadikan dari "lidah" api itu. "Neutrinos" dari "matahari" ini menjadi asas tarikan "graviti" dan hawa "nafsu" untuk menjadikan segala gala ciptaan yang terbentuk. Sebab "ilmu" yang tersebar dari sinaran cahaya "nur" ini akan memberi "pengetahuan" kepada segala ciptaan yang terbentuk untuk berinteraksi. Pasangan yang berlawanan perlu kenal mengenal tindakan negatif dan positif nya. Kuasa "pilihan" untuk buat tindak balas perlu ada "ilmu" untuk kenal pasti reaksi asas keperluan. Tanpa "ilmu" tidak mungkin "api" itu akan di rasai panas dan "air" itu sejuk. Jadi walaupun "graviti" dan hawa "nafsu" di tugaskan untuk mencipta segala bahan atau benda yang berbentuk dan bernyawa, sudah pasti perlu ada "ilmu" untuk mengenal antara satu sama lain. Itulah tujuan "keimanan" untuk mengenal tindak balas di mana risiko dan akibat di terapkan. Begitulah Tuhan mencipta alam ini dan sudah tahu makhluk yang tercipta itu akan cuba "mengenal" Diri Nya yang tersembunyi di sebalik semua kenyataan realiti.


Tujuan hidup ini sangat samar jika kita terpedaya dengan desakan hawa "nafsu" yang berpaut di jasad tubuh kita. Mengapa Tuhan jadikan kita manusia perlu hidup di dalam "dua" alam yang berbeza. Alam kesedaran dan alam kelenyakan tidur. Mengapa kita perlu tidur???????? Mengapa kita hilang seketika dan hanyut entah kemana?????? Apakah itu hanya satu "episod" yang tidak bermakna dan sia sia????? Kembara Tidur adalah satu lagi perjalanan yang perlu kita lalui di setiap hari. 

Edit 8.5.14
Hidup ini adalah satu misteri yang perlu di jawab. Apakah benar kita tidak minta untuk di lahirkan ke dunia ini. Soalan ini sangat rumit untuk di jadikan jawapan jika kita tidak tahu di mana kita sebelum kita di lahirkan. Apakah kewujudan kita bermula dari benih baka yang di bawa ibu bapa kita di dalam sperma telur di rahim nya. Chromosome yang melekat dan menentukan jantina jasad yang akan terbentuk sangat misteri untuk di ketahui. Apakah stem sel kita yang masih halus itu mempunyai kesedaran untuk buat "pilihan" untuk wujud di realiti ini dengan jasad jantina lelaki atau perempuan. Setiap janin terjadi dengan denyutan nadi degupan jantung yang belum bersifat. Kita telah hidup sebagai "hermaprodit" untuk menunggu "peluang" yang di hulurkan. Sperma telur baka bapa kita yang melekat di rahim ibu kita adalah "pilihan" kita sendiri. Tidak ada paksaan untuk menerimanya sebagai "nasib" yang tidak di undang.

Kita telah "berpaut" di rahim ibu kita untuk dapatkan "peluang" itu dengan penuh harapan untuk hidup. "Harapan" adalah "perasaan" pertama kita rasai semasa kita masih di dalam alam ghaib. "Harapan" ini masih menjadi "perasaan" kita setelah kita lahir ke dunia ini. "Harapan" adalah "perasaan" hawa "nafsu" yang beraba raba di dalam kegelapan. Kita "buta" di ketika itu dan hanya boleh merasai "sentuhan" (tactile) yang datang menghampiri. "Alaq" adalah "pilihan" kita untuk "berpaut" di "air" lautan yang penuh. Jika "peluang" itu tidak di hulurkan, sudah pasti kita akan lemas di hanyut arus keadaan. Setelah "peluang" itu kita capai untuk hidup dengan denyutan nadi dan degupan jantung, jasad kita mula terbentuk untuk menentukan jantina nya.  Kita telah buat "pilihan" itu untuk menjadi lelaki atau perempuan.!!!!!!!Nabi Adam dan Siti Hawa telah menjadi "saksi" di ketika itu.       

Tidak boleh kita persalahkan Tuhan lagi di atas segala kehendak diri kita itu. Kita telah "pilih" untuk wujud di realiti ini dengan "harapan" yang "buta" tanpa mengetahui tujuan hidup itu. Apa saja yang melintas di hadapan kita akan kita capai untuk mengenal "hati budi" dan "watak kelakuan" nya. Kita membesar dengan "belas kasihan" yang sangat kita harapkan. "Hati budi" ibu bapa kita masih belum kita kenali. Apa yang ada di ketika itu hanya "naluri" yang penuh "harapan" agar di beri perhatian. Kita menangis bila kelaparan agar ibu menghulurkan susu yang sangat kita dahagakan. Mata yang terpejam, mula kita buka untuk melihat suasana alam. Tidak ada apa yang kita nampak di dalam kebutaan itu tetapi hanya "sentuhan" yang kita rasai. Setiap "sentuhan" itu akan kita cium bau nya untuk kita "kenal" sifat kemesraan nya. Belaian kasih sayang sangat kita harapkan. Ibu yang melahirkan kita sering kita "tunggu" akan kedatangan nya, untuk dapatkan setitik dua air susu nya. Sunguh nyaman bila berada di dalam pelukan ibu.

Tetapi bagaimana kah keadaan nya jika "bayi" itu di biarkan kelaparan. Tangisan sedih yang merindukan pelukan mesra tidak kunjung tiba. Bagaimanakah "perasaan" bayi yang di buang oleh ibu nya sendiri. "Bayi" yang di biarkan mati di gigit semut yang mengerumi jasad tubuh nya. Ibu yang membuang "bayi" yang di lahirkan seperti sampah, bukan lagi manusia yang berakal fikiran malah lebih teruk dari binatang yang berkeliaran. Setiap binatang akan bertangung jawab untuk melindungi baka nasad keturunan nya. Amat kejam ibu yang membunuh darah daging nya sendiri. Dosa itu tidak akan terampun dan akan menerima balasan nya.

Tetapi apabila kita di besarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa kita, bolehkah kita balas insan yang pernah berjasa kepada kita itu dengan keangkuhan kita???? Siapakah yang mendidik kita sehingga kita pandai bercakap. Bolehkah kita gunakan perkataan itu untuk menyentuh hati mereka sehingga mereka sedih dan menangis???? Bayi yang mereka tantang seperti minyak yang penuh akhir nya menjadi "bara" yang membakar diri mereka sendiri. Apabila mereka telah sempurnakan tangung jawab mereka, apakah tangung jawab kita untuk membalas jasa itu????? Jika ibu bapa kita sendiri kita khianati, apatah lagi Tuhan yang belum kita kenali. Jasa ibu dan bapa sudah nyata kita nikmati, agak mustahil kita akan dapat menghargai jasa Tuhan!!!! Mereka lah yang melambangkan ada nya Tuhan untuk kita taati.  

Apabila kita mula melangkah masuk ke alam akal baligh, hawa "nafsu" kita semakin memuncak untuk menguji hormon syahwat yang kian membara seperti lahar merapi yang membuak. Apa saja yang di luar sana akan kita uji dan kaji untuk mengenal kesan nikmat nya. "Hati" di dalam jasad tubuh kita yang mencurahkan "perasaan" telah mula mencari peminat. Jasad tubuh kita telah menjadi "dewa" yang perlu di puja. Asuhan ibu bapa yang menerapkan nilai murni keagamaan sejak kecil lagi, akan mula di cabar apabila kita melangkah pergi di khalayak ramai. Di setiap lorong yang kita lalui, syaitan sentiasa menunggu untuk menyesatkan kita. Malang nya kita terpaksa belajar dengan kesilapan sebab teori nasihat yang selalu di laungkan ibu bapa tidak dapat di terapkan  secara praktikal. Kita perlu uji dan kaji setiap acara yang di pamirkan untuk tahu nilai sebenar segala tanggapan. Kecurigaan kita melampaui segala halangan yang terikat.

Kemesraan dan kasih sayang sangat haus kita dahagakan. Kita mencari kasih sayang yang lebih nyata dari kedua ibu bapa kita. Setiap teman yang kita kenali wajib curahkan kesetiaan dan kemesraan yang mereka sedang dahagakan. Kemesraan dan kejujuran menjadi perdagangan yang di laburkan. Setiap pengkhianat akan di singkirkan dari senarai perkhidmatan. Menjalin hubungan mesra telah menjadi matlamat utama setiap remaja yang melangkah pergi. Hawa "nafsu" yang membara di dalam jasad tubuh mencari "sentuhan" yang sangat menyeronokan. Haba bahang 'api" itu perlu di panaskan dengan geseran sentuhan kulit. Adam dan Hawa sedang bermuafakat untuk masuk kedalam shurga.  Iblis menyelinap untuk hulurkan "nasihat" supaya merasa nikmat "kuldi" yang sangat menakjubkan. 

  Edit 10.11.14

Jadi apa juga yang akan di cipta sebagai “makhluk” itu perlu mempunyai “kesedaran” (consciouness) ini untuk mengetahui mengapa mereka perlu “wujud” di alam nyata atau realiti ini. Ini lah persoalan yang tidak pernah di tanya setiap “makhluk” yang hidup di alam ini. Sebab yang hidup perlu mempunyai “kesedaran” itu sebagai asas kehidupan dan apakah “tugas” yang perlu di lakukan pada “peluang” yang diberikan untuk kehidupan ini. “Kesedaran” ini yang kenal dengan “kefahaman” sebagai “saksi” kenyataan pada hakikat kebenaran adalah “mutu” kehidupan yang paling berkualiti. Apa gunanya kehidupan ini jika “kesedaran” itu hanya kenal kekeliruan dan kepalsuan. Di mana hakikat kebenaran itu untuk di buat “perakuan” dan “pengesahan” dengan “kefahaman” pada “kesedaran” hidup itu. Kita diberi “kesedaran” pada kehidupan ini untuk berdiri sebagai “saksi” yang nampak hakikat kebenaran itu.  

Apa gunanya Tuhan menonjolkan Diri Nya dengan “nyata” dan meminta setiap “makhluk” Nya “mengesahkan” kewujudan Nya itu??? Bukankah itu tidak perlukan “pengesahan” itu lagi jika Tuhan sudah “nyata” kelihatan. Tetapi Tuhan mahu setiap “makhluk” Nya mengenal kewujudan Nya dengan cara yang sangat tulus dan mulia. Untuk menjadi “saksi” itu setiap “makhluk” perlu sanggup dengan penuh rela dan keikhlasan tanpa sebarang “paksaan” untuk buat “perakuan” itu dengan “kesedaran” dan “kefahaman” yang jujur dan benar tanpa sedikit pun kecurigaan dan kesangsian. Jadi “pilihan” itu untuk hidup dengan “kesedaran” dan “peluang” untuk dapatkan “kefahaman” akan diberi dengan penuh kebijaksanaan dan ketulusan. Maka setiap zarah “partikel” yang halus dari debu itu perlu bermula dari tahap kebutaan “Si Buta” dengan asas kecurigaan untuk buat penilaian pada hakikat kebenaran itu.

Setiap zarah “partikel” ini akan di tanya “Bukankah Aku ini Tuhan kamu?” untuk di jawab di dalam kegelapan yang amat gelita. Sudah pasti Si Buta ini tidak dapat melihat untuk buat “pengesahan” itu. “Kecurigaan” Si Buta ini tidak akan terus buat “perakuan” tanpa sebarang sebab yang munasabah. Apa yang boleh di lakukan hanya meraba-raba di dalam kegelapan itu untuk dapatkan “sentuhan” (tactile) pada sesuatu yang wujud. “Sentuhan” Si Buta ini hanya mendengar kesunyian yang senyap membisu di sekeliling nya di mana “Si Bisu” yang berada di situ melihat kegelapan yang gelap gelita itu di perhatikan “Si Pekak” yang tidak mendengar satu apa pun. Jadi kebutaan, kesenyapan dan ketulian adalah asas setiap zarah “partikel” yang mulakan kehidupan mereka. Inilah suasana di mana setiap zarah “partikel” itu  mula mencari keperluan pada suasana keadaan di “ruang” yang penuh kekosongan dan gelap gelita. Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak berada di dalam satu “ruang” yang gelap, senyap dan sunyi untuk melihat dengan “cahaya” kehidupan mereka. Si Buta itu adalah hawa “nafsu”, Si Bisu itu adalah ingatan “iman”  dan Si Pekak” itu adalah “akal” fikiran.
 
Setiap zarah “partikel” ini akan bermula dengan asas “kecurigaan” untuk menjawab soalan “Bukankah Aku ini Tuhan kamu?” Sebab dari keadaan yang “daif, lemah, hina dan fakir” itu, setiap tanggapan dan anggapan yang diperoleh zarah “partikel” ini, perlu puaskan “kecurigaan” yang di miliki itu untuk mencari kepastian yang lebih jelas. Dari “kefahaman” yang “kosong” (nothing) itu, maka zarah “partikel” ini tidak mempunyai “ilmu” pengetahuan yang cukup pada tahap kuanta “sesuatu” (something) untuk mencari kebenaran pada jawapan pada “kewujudan” itu. Jadi Tuhan tidak sediakan kelengkapan yang cukup pada peringkat awal permulaan untuk dapatkan jawapan yang mutlak pada “kewujudan” nya itu. Zarah “partikel” ini tidak pernah di sogok dengan segala bukti dan fakta yang nyata untuk di “telan” begitu sahaja dengan semua informasi maklumat yang jelas. Sebab Allah swt mahu setiap “makhluk” Nya membuat “pengiktirafan” dengan “pengesahan” dan “perakuan” tentang “kewujudan” Nya itu dengan penuh “keinsafan” dan “kesedaran” yang lebih tulus dan ikhlas. “Kecurigaan” itu akan gerakan satu tindakan “ingin tahu” untuk mencari hakikat kebenaran yang akan membuahkan hasil yang lebih tulus dan ikhlas.


Apabila zarah “partikel” ini “wujud” di realiti dengan bentuk rupa sebagai satu “makhluk” yang tercipta, tahap keupayaan nya akan meningkat untuk dapatkan informasi maklumat yang lebih banyak demi memuaskan “kecurigaan” nya itu. Dari kuanta “kosong” yang tidak tahu satu apa pun, zarah “partikel” ini di cabar mencari “jawapan” itu sehingga menjadi kuanta tahap “sesuatu” (something) sebagai asas perisian “ilmu” pengetahuan untuk berdiri “nyata” di realiti dan “wujud” sebagai “makhluk” yang tercipta dengan “berat muatan” yang memiliki “ilmu” pengetahuan yang secukupnya. Apa juga “makhluk” yang “wujud” di realiti ini perlu memiliki kebolehan untuk memberi “jawapan” itu tentang “kewujudan” Allah swt. Jika tidak mereka tidak akan berjaya mempunyai bentuk rupa untuk “wujud” di realiti ini. Sebab apa juga yang “wujud” perlu mempunyai “jawapan” itu sebagai asas “kudrat dan iradat” untuk mereka hidup dengan sempurna dan nyata.  

Jadi setiap zarah “partikel” yang menjadi “makhluk” dari anasir “air, api, angin dan tanah” ini  telah memiliki “jawapan” itu sebagai syarat kewujudan mereka. Apa juga “makhluk” yang “wujud” di alam maya ini sudah mampu untuk berbakti sebagai “Muslim” yang menyerah diri dan menurut segala perintah Allah swt tanpa sebarang bantahan dan keingkaran pada “hukum hudud” yang di tetapkan dan akan musnah dan hancur apabila tiba masa nya dengan tamat tempoh. Jadi apa juga yang berasal dari empat anasir “air, api, angin dan tanah” ini akan musnah termasuk jasad tubuh kita dalam tempoh yang di tentukan. Semua “makhluk” ini adalah “Muslim” secara semula jadi termasuk jasad tubuh kita yang akan turut perintah pada “hukum hudud” Allah swt yang di tetapkan sebagai “takdir” dan akan musnah atau “mati” apabila tamat tempoh nya. Jadi “jangka hayat” semua “makhluk” ini termasuk jasad tubuh manusia mempunyai “jarak” yang di tentukan mengikut perhitungan dan kiraan yang di ukur oleh “masa” (time) dan “kelajuan” (speed) nya.

“Hukum hudud” ini akan tentukan setiap bahtera jasad tubuh (biological vessel) dan bintang (heavenly body) dalam sistem solar akan melalui susut nilai (entropy) dengan ada nya “lubang hitam” (black hole) apabila “pintu” langit itu terbuka. Jasad tubuh kita akan mereput dan tenaga nya akan susut nilai apabila telah melalui satu “jarak” yang tertentu. “Hukum hudud” ini akan pastikan semua “makhluk” ini “Muslim” yang menyerah diri tanpa sebarang keingkaran dan menjalankan “tugas” mereka tanpa bantahan. Jadi pada asas nya semua “makhluk” ini adalah “Muslim” yang berbakti kepada Allah swt dengan taat dan setia untuk memberi “jawapan” itu. 
      
Sebab apabila Tuhan menjadikan “manusia” itu yang paling akhir setelah wujudnya semua “makhluk” lain, maka peranan “manusia” ini mempunyai kelainan dari segala makhluk Nya yang lain. “Amanah” yang akan di pikul “manusia” ini sangat canggih dan lebih rumit sebab akan ada “balasan” dosa dan pahala untuk segala gerak kelakuan dan amal perbuatan mereka. Makhluk lain seperti malaikat, jin, syaitan, air, api, angin, tanah, binatang, haiwan, serangga, tumbuhan dan yang lain akan berbakti kepada Allah swt sebagai “alat dan perkakas” untuk laksanakan “amanah” yang akan di pikul oleh seluruh umat “manusia” ini. Apabila setiap zarah “partikel” yang halus menjadi “debu” bertebaran tanpa nilai nisab “kosong” (nothing) untuk menjadi “sesuatu” (something) diberi “peluang” dapatkan “keadilan” yang tulus dan ikhlas mengenal Maha Pencipta dengan begitu teliti untuk buat “perakuan” dan pengesahan” tentang “kewujudan” Allah swt, maka “manusia” telah diberi segala keperluan untuk mencari “jawapan” itu dengan “kecurigaan” sejak dia lahir ke dunia ini.


Kita tidak pernah di paksa untuk hidup di dunia ini. Semasa kita masih zarah “partikel” itu, kita telah berusaha untuk mencari “jawapan” itu (Bukankah Aku ini Tuhan Kamu) sehingga kita berpaut dan melekat untuk di jadikan “janin” yang berbentuk rupa. Kita telah mempunyai “asas” itu untuk menjawab “soalan” ini. “Kesedaran” yang kita miliki ini adalah “bukti” kita telah terima “ilmu” itu untuk mencari “kefahaman” itu. Tuhan menyembunyikan diri kerana harapkan “jawapan” yang lebih tulus dan ikhlas tanpa kita melihat kepada Nya. Amal ibadah para “malaikat” tidak sama dengan amal ibadah seorang “manusia” yang menyembah dan memuji Allah swt tanpa melihat akan kewujudan Nya. Setiap pujian yang ikhlas yang kita sebutkan akan di sambut oleh Allah swt dengan begitu bangga sekali. Darjat kita “beribadat” kepada Allah swt  tanpa melihat atau nampak akan kewujudan Nya adalah “rahmat” yang paling besar untuk di miliki seorang “hamba” atau “makhluk” itu.  

Isnin, 6 Jun 2011

Kembara Tidur







Kami perlu memberi amaran kepada pembaca kami bahawa bahan bacaan ini berbentuk kebathinan dan memerlukan sedikit kepercayaan kerohanian untuk benar2 memahami hakikat maksud perkataan ini. Tubuh jasad kita yang tidur mungkin berehat dengan bahtera biologi nya tetapi lapangan kerohanian mungkin akan membawa kita keluar di perjalanan ini di mana kita tidak akan dapat bayangkan.

Kami bawakan Kembara Tidur ini untuk jelajahi kedalaman perjalanan kerohanian yang di buat oleh jiwa kita untuk keluar dari tubuh di lapangan semangat ke sempadan selanjut nya di alam ghaib. Zon dimensi, sebelum ruang tidak bermasa adalah di mana misteri ini bermula untuk memberi kita kenikmatan mimpi kita.

Pilihan nya akan selalu kepunyaan kita untuk memilih arah mana yang hendak di bawa dan apa yang kita ingin lihat di dalam mimpi kita. Kita perlu fahami diri kita yang sebenar untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Tembusan diri kerohanian kita telah tersembunyi di laluan rahsia dalam perjalanan kerohanian ini. 

Di sini lah semua ini bermula di dalam Kembara Tidur. Akal akan sentiasa menetap untuk tinggal berhubung di dalam lingkaran putaran untuk pancarkan transmisi sebagai satelit ruh. Perjalanan yang kita buat setiap hari adalah urusan rasmi untuk mengesahkan status kewujuban kita. Ruh kita perlu semak “jangka hayat” dengan sebab yang shahih untuk hidup satu hari lagi dalam kehidupan.


Kami perlu memberitahu pembaca bahawa beberapa perkataan yang bermaksud untuk bererti sebagai persamaan. “Nafsu” di rujuk kepada asas tenaga nya di “graviti” dan berkaitan pada “elektron” di tubuh, “iman” di rujuk pada asas tenaga nya pada atomik “kuantum mekanik” dan berkaitan pada “proton”, “akal” di rujuk pada asas tenaga nya pada “besi qursani” dan berkaitan pada “neutron”, dan “ilmu” di rujuk pada cahaya “photon” untuk menjelaskan alam maya di bahtera tubuh biologi. “Id”, “ego” dan “super ego” pada tubuh banyak yang perlu di perkatakan. Kesedaran mereka berada di tahap berbeza untuk berhadapan antara satu sama lain.

Kami perlu letakan se begitu rupa untuk jelaskan tiga dimensi “nyawa” ini yang bocor ke dimensi keempat di Kembara Tidur. Ikut kami seberapa dekat yang mungkin.

Ini bukan buku komik yang patut di baca sebagai hiburan. Kembara Tidur adalah satu perjalanan yang kita manusia ambil di setiap hari tanpa menyedari laluan sebenar. Lorong misteri ini penuh dengan kesamaran untuk sembunyikan bayangan maksud misteri nya. Tangapan kita untuk bagaimana memulakan kembara ini akan tetap bergantung kepada “kepercayaan” kita dimana “ilmu” kita menentukan dan bimbing kita kearah masa depan di laluan nya.

Anda akan memasuki kawasan larangan di mana hanya mereka yang benar benar berani untuk mencabar keluasan belantara misteri nya, akan dapat melihat realiti dari maksud sebenar misteri ini. Kami akan membuka beberapa pintu untuk membawa anda di tempat persembunyian, tersorok di dalam diri kita. Misteri ini belum pernah di dedahkan untuk melindungi integriti rahsianya.

Edit 12.9.14

Zat yang memberikan kita "nyawa" ini sudah pasti akan mengisi sesuatu tenaga kuasa yang boleh berhubung dengan kekuasaan Nya. Amat mustahil diri kita ini akan di biarkan dan terlepas dari pemantauan Nya. Jasad tubuh kita ini mempunyai beberapa tenaga yang berbeza. Hawa "nafsu" adalah tenaga yang menjadi tunjang utama untuk mendapatkan sumber kesejahteraan jasad tubuh kita. Kesuburan dan pembiakan baka genetik nasab keturunan bermula dari tenaga hawa "nafsu" ini. Hawa "nafsu" di jadikan untuk menjaga kepentingan jasad tubuh yang hidup di atas muka bumi ini.

Tapi hawa "nafsu" ini tidak mempunyai kebolehan untuk mencari sumber keperluan nya jika tidak di bantu oleh ingatan "iman" atau kepercayaan kita. Kita perlu kenal dan tahu apa saja yang kita "rasa" dengan deria lima panca indera kita dengan "kefahaman" sebagai "ilmu" yang di perolehi."Ilmu" yang di perolehi hawa "nafsu" ini akan melekat dengan "graviti" tarikan bumi pada jasad tubuh nya. Itulah mengapa kita manusia di beri "hati" di mana "perasaan" itu akan muncul dengan "rasa" yang tertentu. Emosi kita adalah bahan "biokimia" yang kita terima pada jasad tubuh kita yang di resap dengan "graviti" tarikan bumi, sebab asal kejadian jasad kita ini daripada "tanah" yang di ambil di atas muka bumi ini. Inilah apa yang di katakan sains "deoxyribonucleic acid" atau DNA kita pada jasad tubuh itu.

Jadi asas jasad tubuh kita adalah baka nasab keturunan dari mutasi baka dan evolusi perkembangan kesuburan jasad tubuh itu dari permakanan dan persekitaran kita. Apa saja yang kita dedahkan jasad tubuh kita itu di persekitaran nya akan membawa kesan pada hawa "nafsu" kita yang menjadi tunjang utama kehidupan kita. Dari "naluri" baka nasab asas kejadian jasad tubuh kita, kita mula menyesuaikan diri dengan persekitaran yang di dedahkan kepada kita termasuk makan dan minum yang kita perolehi untuk ketumbuhan jasad tubuh kita itu. Hawa "nafsu" kita yang memegang "watak" utama untuk segala kelakuan jasad tubuh itu. Apa saja yang kita sajikan pada jasad tubuh kita akan memberi kesan pada perangai dan budi pekerti nya. 

Edit 9.11.14

Mungkin kita tidak pernah ingin tahu tentang hawa "nafsu" dan juga kembar nya ingatan "iman" yang menjadi "watak" kelakuan kita selama ini. Apa yang di katakan "qarin" dan juga kitab jiwa "sijjin dan illiyin"  untuk urusan rohani ini. Kita tidak akan memahami semua ini jika jiwa hawa "nafsu" dan jiwa ingatan "iman" itu tidak pernah kita ambil tahu atau kenali dengan lebih rapat lagi. Urusan jiwa ini termasuk di dalam semua urusan agama dan juga segala amalan mistik. Sebab jasad tubuh kita akan bergerak untuk melakukan apa saja dengan peribadi yang ada di dalam jiwa ini. 

Segala "masalah" yang ada di dalam hidup kita ini adalah angkara jiwa hawa "nafsu" itu dan segala "masalah" itu akan di selesaikan oleh jiwa ingatan "iman" kita. Hubungan mesra di antara mereka ini sepatut nya menjadi keutamaan untuk pastikan mereka menjalin hubungan yang sangat intim. Jika mereka berpisah dengan perselisihan faham, maka akan berlaku kemungkaran dan maksiat. Tetapi jika hubungan mereka ini begitu akrab sehingga mereka bersatu dan berkhalwat di dalam pelukan mesra, maka kita akan dapat membawa "diri" kita itu ke satu tahap yang lebih bermakna di dalam hidup ini. "Kesedaran" kita ini perlu mendapat "kefahaman" dari "ilmu" yang mempunyai hakikat kebenaran. Sebab realiti ini mempunyai banyak kepalsuan dan penipuan. 

Sila langan untuk membaca cerita sepenuhnya. (150-200pgs)
Email pada kami di : aqursany@yahoo.com