Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Rabu, 16 Januari 2013

Sindrom Nenek Kebayan

Istilah "Old Hag Syndrome" yang di guna pakai pihak barat dan para saintis dengan "sleep paralysis"  untuk jelaskan kejadian pelik yang berlaku kepada kebanyakan manusia semasa mereka sedang tidur, adalah satu perkara yang perlu di bincangkan. Kejadian pelik di "tekan" semasa kita sedang tidur, sehingga membuat kita rasa terkejut dengan kesesakan nafas, bukan perkara yang boleh di anggap "igauan" dalam tidur. Kuasa "ghaib" yang menyekat pernafasan kita sehingga kita terkejut meronta untuk bernafas, adalah sesuatu yang menakutkan.

Ada suatu jelmaan di atas jasad tubuh kita yang melakukan perkara tersebut. Ada yang mengalami sesuatu pergerakan di atas katil di sebelah kita semasa tidur dan yang lebih pelik bila ada "bau badan" yang meresap di udara di dalam kamar tidur menunjukan kehadiran si penceroboh. Teman tidur yang datang tidur bersama di sebelah kita, bukan sesuatu yang boleh di anggap illusi fikiran minda. Kuasa anasir gelap ini telah lama menginap di atmosphera untuk berkongsi kawasan di mana kita hidup.

Mengapa mereka datang untuk menunjukan kehadiran adalah sesuatu yang perlu kita siasat punca nya. Jika mereka boleh gunakan tenaga mereka tanpa "jisim" yang nyata di mana graviti memerlukan "berat muatan" untuk daya tarikan graviti nya, tentu nya mereka datang dari gas udara yang kita hidu untuk bernafas.Kami telah jumpa banyak kata kunci tentang aktiviti mereka mengunakan udara angin. Mereka tidak perlu tunjukan jelmaan untuk wujudkan kehadiran mereka.Ini lah bahaya yang menanti. Mereka boleh tolak sehingga kita jatuh tersungkur di tanah.Mereka boleh buat setiap kemalangan dahsyat berlaku dalam sekelip mata.

Benda yang hilang dan timbul kembali adalah kenakalan mereka untuk berhibur atau menyakat.Jika mereka di situ untuk berhibur atau menyakat, tentu nya ada cara untuk berkomunikasi dengan mereka bagi jelaskan pendirian kita. Ini satu perkara yang kita perlu ambil tahu tentang apakah semua ini. Menyerahkan perkara itu kepada nasib bukan cara yang manusia patut lakukan untuk hidup. Langkah awal perlu di terapkan untuk jaga keselamatan kita.

Kita telah melihat manusia mati semasa tidur dengan sesak nafas. Apa yang membuat nafas kita terputus dari pernafasan lanjutan perlu di siasat.Apabila mereka menguasai udara yang kita hidu, mereka mempunyai kelebihan untuk letak diri kita tidak berdaya dalam setiap ketika. Kita manusia perlu sedar bahawa kita tidak mempunyai kuasa sepenuh nya untuk hidup di permukaan bumi ini. Ada tamadun lain yang berhak berkongsi alam ini bersama kita. Ini lah konflik yang kebanyakan kita tidak mahu ambil tahu seolah olah sudah ada "hijab" perlindungan yang memisahkan kita dengan mereka.

Jika kita percaya wujud nya Tuhan, kita juga perlu percaya ada nya jin dan syaitan. Di sini lah "nafsu" dan "iman" itu perlu di aplikasikan. Ini lah ektoplasma yang kita perlu ambil tahu tentang diri kita yang sebenarnya. Sebab jin dan syaitan akan berminat dengan jasad tubuh kita yang tidak mereka perolehi. Menghuni bumi ini bersama kita tidak akan selalu nya aman dan damai. Mereka  akan cuba pengaruhi jasad kita dengan segala keupayaan. Darah manusia adalah salah satu dari "minuman" mereka. Kerana itulah ada manusia yang berkomplot dengan mereka untuk tujuan tertentu. Mereka mempunyai "kepakaraan" yang kadang kala tidak dapat di lakukan oleh manusia.  

Kita perlu tahu bahawa semasa manusia itu sedang "tidur", jiwa kita akan berpisah seketika di mana hawa "nafsu" akan menetap di jasad tubuh kerana graviti tarikan bumi nya dan ingatan "iman" akan keluar untuk urusan rasmi nya. Jasad tubuh akan hilang kesedaran diri apabila perpisahan ini berlaku. Semasa hawa "nafsu" itu bersendirian di dalam jasad tubuh semasa tidur, jasad tubuh akan terdedah pada ancaman gangguan anasir gelap. Pernafasan kita di pacu oleh "naluri" tenaga hawa "nafsu" semasa jiwa manusia itu terpisah tanpa kesedaran pada realiti. Perpisahan ini masih mempunyai hubungan "nurani" di mana ingatan "iman" boleh mengesan seruan hawa "nafsu" di jasad tubuh. Kembara Tidur inilah di mana kita "bermimpi" dan "jarak" perpisahan ini boleh mengugat "jangka hayat" kita jika ingatan "iman" tidak dapat menyahut seruan hawa "nafsu" apabila jiwa nya di tawan oleh sebab yang tertentu.

Ancaman kepada jasad tubuh kita semasa kita sedang tidur ini perlu di beri perhatian khusus. Inilah saat yang kita manusia paling lemah tidak berdaya. Inilah masa nya dunia mistik mengambil kesempatan.  Jasad tubuh yang sedang tidur mempunyai tenaga hawa "nafsu" dengan graviti tarikan bumi. Ini bererti jasad itu mempunyai kuasa tenaga magnetik untuk menyerap gelombang jalur lebar di atmosphera. Tenaga hawa "nafsu" ini akan menangkap resepsi jiwa tenaga "iman" yang keluar dengan jarak perpisahan tertentu. Hubungan electromagnetik ini dapat memberi gambaran di mana kita dapat melihat di dalam mimpi. Tetapi mimpi ini sebenarnya adalah gelombang frekuensi jalur lebar di mana anasir lain di ruang angkasa boleh memintas laluan gelombang elektromagnetik ini. 

Jasad yang sedang tidur masih mempunyai "keinginan" hawa "nafsu" yang menuntut hak jasad tubuh nya. "Keinginan" ini masih menjadi satu "angan angan" yang di harapkan hawa "nafsu" yang menetap di jasad tubuh. Harapan ini seperti satu permintaan doa untuk di salurkan tenaga tarikan graviti bumi ke jasad tubuh dari ruang eletromagnetik. Di sinilah di mana peluang itu di ambil kesempatan oleh anasir gelap. Resapan hawa "nafsu" ini akan terpancar untuk dapatkan saluran frekuensi hubungan tarikan graviti bumi dari ruang atmosphera. "Jirim" gelap di ruang elektromagnetik akan menangkap saluran hawa "nafsu" untuk buat hubungan.

Keadaan jasad tubuh yang sedang tidur itu di mana hawa "nafsu" menunggu dengan resapan tarikan bumi nya akan menjadi bahan tarikan anasir gelap. Jika jasad itu dalam keadaan "kotor" atau "najis"  anasir gelap akan menjadi lebih berminat untuk mendekati nya. Inilah ketika apabila jasad tubuh kita akan di dampingi. Makhluk halus seperti jin dan syaitan amat berminat apabila jasad tubuh itu di dalam keadaan kotor atau tidak suci. Sebab "qarin' tamadun jin dan syaitan mempunyai "hak" untuk guna pakai jasad itu untuk kepentingan nya. Kembar janim ini masih menjadi rahsia alam mistik yang amat sukar untuk di jelaskan. Mereka hanya nampak "kesedaran" kita dalam keadaan tidur atau terjaga. Sebab itu soal hidup atau mati nya jasad manusia tidak ada dalam pengetahuan mereka.        

"Kesedaran" kita sebenar nya kosong dan gelap seperti mana jiwa hawa "nafsu" itu yang "buta" dan penuh kegelapan. Namun apa yang kita nampak sebenarnya adalah pandangan jiwa ingatan "iman" yang "bisu" dan tidak dapat berkata kata. Tetapi jiwa ingatan "iman" ini mempunyai saluran yang di hubungkan kepada "akal" fikiran yang "pekak" dan hanya boleh berkata kata dengan "ilmu" pengetahuan yang sedia ada. Sebab itu "kesedaran" kita atau (consciousness) itu mempunyai lapisan  hijab masing masing yang di salurkan "nafsu" , "iman" dan "akal" kita ini. Cuba lah kita pejamkan mata kita dan lihat kegelapan itu yang di pandang hawa "nafsu" yang buta itu. Lalu cuba lah bayangkan sesuatu yang pernah ingatan "iman" lihat di realiti dahulu. Gambaran itu di lihat imaginasi ingatan "iman" dengan segala "ilmu" yang masih ada dalam ingatan nya. Tapi kelebihan imaginasi ingatan "iman" ini boleh menjelajahi di luar linkaran masa silam dan pergi ke alam masa depan di mana ingatan "iman" boleh mencorak sesuatu peristiwa dengan azam peluang menerokaan nya.

Pembaca kami perlu tahu susunan anatomi jiwa rohani ini jika ingin mengenali diri kita sendiri. Sebenar nya jiwa kita ini sangat rindu supaya kita memberi tumpuan kepada nya. Kita selalu nya terlalu sibuk dengan urusan hidup dan mengunakan jiwa kita ini untuk kepentingan kehidupan. Tetapi pernah kah kita mengambil peduli jiwa yang selalu membantu kita mencapai segala kejayaan yang kita miliki selama ini? Jika kita tidak ingin mengenal dan ambil tahu terhadap jiwa kita sendiri, sudah pasti jiwa kita ini akan merajuk dan tidak akan melayan kita seperti sahabat yang karib. Bukan kah kita memerlukan jiwa kita ini apabila kita tidur atau sudah mati nanti? Apabila kita mengabaikan jiwa kita sendiri, sudah tentu anasir gelap yang ghaib akan mengambil kesempatan untuk menganggu kestabilan nya.

Pada dunia sains yang moden ini, manusia tidak begitu minat tentang perkara ghaib atau "intangible element" dalam bahasa sains terkini. Para saintis terkemuka sangat cenderung kepada alam realiti yang mereka boleh nampak. Perkara ghaib seperti "jiwa" dan "ruh" di anggap mitos atau mistik. Perlukah kita sebagai orang Islam mengikut jejak ideologi mereka yang tidak percaya ada nya Tuhan? Perkara ghaib ini sebenar nya boleh kita bukti kan. Sebab setiap "matter" ada "anti- matter" nya. Ini tidak di nafikan para saintis terkemuka. Sama juga dengan "symmetry and conservation" yang mereka akui logik nya di realiti. Jadi mengapa mereka menafikan wujud nya "intangible element" ini? Sudah pasti kerana mereka tidak mempunyai kebolehan atau kepakaran untuk mengkaji nya jadi mereka tolak dan nafi untuk tutup perbincangan itu.

Soal alam ghaib ini menjadi kajian sains kerohanian sebab para saintis tidak mahu menyentuh perkara ini. Carl Jung salah seorang dari para saintis terkemuka yang berminat dalam perkara mistik ini. Kajian sains kerohanian  ini perlu mempunyai asas yang kukuh untuk mengkaji tenaga "abadi" (perpetual) dan "emparan" (centrifugal) nya. Sebab "masa: atau (time) ini mempunyai hayunan yang berbeza yang berkait rapat dengan anasir gelap yang mempunyai "jangka hayat" atau (lifespan) yang lebih panjang dari alam realiti manusia. Ini lah yang buat kita manusia begitu sukar untuk menjejaki "jisim" mereka yang halus. "Wormhole" yang para saintis cari sebenar nya pernah di istiharkan kepada seluruh umat manusia dengan peristiwa "Israq Miqraj" Nabi besar kita Muhammad.

Jadi urusan ghaib ini bukan sesuatu yang karut atau mitos yang kita anggap mistik. Ini sebenar nya mempunyai kaitan dengan seluruh tenaga yang ada dalam alam angkasa ini yang para saintis gunakan dengan istilah "atom" yang berkaitan dengan "electron, neutron, proton" di mana "boson dan fermion" itu di kenal pasti. Jadi mengapa perkara ghaib ini di nafikan dan di anggap mistik. 

Manusia yang percaya ada nya Tuhan perlu luaskan akal fikiran mereka untuk teroka alam semesta. Janga hanya tertumpu kepada amal ibadat sahaja. Orang ynag berimana dengan orang yang berilmu sangat jauh darjat nya. Syaita tidak gentar kepada orang yang beriman tetapi sangat takut kepada orang yang berilmu. Jangan umat Islam kita ini hanya pandai mengunakan ayat Al Quran dan Hadith sahaja. Kita perlu melangkah lebih menyeluruh sehingga kita faham segala fitrah alam yang di jadikan Tuhan ini. Para ilmuan Islam di zaman dahulu kebanyakan nya ahli saintis yang tertkemuka sehingga menjadi rujukan kepada setiap bangsa dan agama lain. Jangan kita hanya pandai mengatakan itu haram dan ini halal sahaja, tetapi segala penyakit jasmani dan rohani tidak tahu mengubati nya.

Perkara ghaib atau "intangible element" ini perlu di beri perhatian yang sepenuh nya. Kita berhubungan dengan Tuhan bukan hanya di tikar sembahyang sahaja, tetapi patut memenuhi segenap detik masa. Kerana urusan hidup ini bergantung kepada kudrat dan iradat yang kita gunakan dari Maha Pencipta. Tidak kah kita ingin tahu bagaimana alam yang Tuhan jadikan ini di urus dengan "sebab dan musabab" nya? Perlu kita tahu apa yang berlaku di sebalik alam yaang nyata ini. Apakah anasir yang tersembunyi di sebalik kenyataan ini. Bagaimana kah "doa" kita itu boleh di makbulkan dan apakah yang menjadi "sebab dan musabab" nya bila rezeki dan nikmat yang kita terima datang mengikut atur cara yang tertentu. Begitu juga lah azab dan bencana yang melada setiap jiwa yang menangung resah dan duka lara.

Penyakit yang kita derita atau alami tidak akan berlaku tanpa "sebab" yang tertentu. Gangguan jiwa yang buat kita hilang "nikmat" hidup untuk seketika itu ada punca nya. Tidak ada satu perkara pun boleh berlaku kepada kita jika kita sendiri tidak meminta nya. Ini termasuk segala penyakit dan musibah hidup kita. 

Edit 28.2.14

Makhluk ghaib akan selalu mendekati jasad yang sedang tidur. Mereka akan datang menghampiri untuk memberi perhatian dengan minat yang tertentu. Ada yang akan duduk di sebelah jasad kita dengan tujuan untuk menemani. Tetapi ada juga yang akan baring di sebelah kita untuk tidur bersama. Peristiwa ini mempunyai maksud dan tujuan tertentu. Jika "jiwa" kita yang keluar telah jauh mengembara, ruang "celah lenyap" ini adalah waktu di mana "qarin" ini mengisi kekosongan itu. Ini lah masa nya kita akan bermmpi. Tetapi tidak semua mimpi itu boleh kita lihat atau ternampak. Jarak di antara "jiwa" ingatan "iman" dan jiwa hawa "nafsu" semasa kita tidur memberi kita kesedaran atau separuh sedar. Jiwa ingatan "iman" kita hanya boleh memberi gambaran apabila jarak itu masih dekat dan di dalam ruang tarikan graviti hawa "nafsu" yang buta itu. Jika kembara jiwa ingatan "iman" sudah melepasi linkaran orbit di luar ruang tarikan graviti jasad tubuh kita, ruang ini tidak lagi dapat menerima resepsi urusan rasmi itu.

Makhluk ghaib yang berkampung di atas muka bumi ini akan berkeliaran semasa langit telah gelap dan telah jauh di pertengan malam. Mereka akan menyelidi keadaan jasad tubuh kita untuk mengenal kekuatan dan kelemahan kita. Jasad kita sepatut nya mempunyai "penjaga" yang berada di situ. Jika "penjaga" itu tidak bertugas di situ, nescaya makhluk lain mudah mengambil kesempatan. Urusan "qarin" ini sangat rumit untuk kita jelaskan dengan terpenrinci. Melainkan kita sudah saling kenal mengenal untuk di temu ramah. Kembara "jiwa" ini bukan sesuatu yang mistik untuk di anggap remeh. Urusan hidup kita masih bergantung kepada keupayaan mereka.  

Edit 5.3.14

Jiwa rohani kita bukan sesuatu yang tidak perlu kita ketahui. Sebab di alam mayat nanti, kita akan bersama mereka sebagai panduan. Sebab jiwa rohani ini mempunyai perkampungan nya yang di sebut "sijjin dan illiyin" dan terpisah di antara langit dengan bumi. Tugas dan tingkah laku mereka ini perlu kita kenali untuk bezakan yang mana "hak" dan yang "bathil" di kalangan mereka. "Qarin" yang kita bentuk menjadi "identiti" diri kita ini mempunyai kembar seiras yang berlainan watak budi pekerti. Cuba lah kita perhatikan diri kita yang tidak selalu nya stabil dan berubah rubah dalam sekelip masa. Jantina "lelaki" dan "perempuan" di jasad tubuh setiap manusia juga boleh berubah watak pada jasad tubuh nya. Jiwa kita itu sebenar nya tidak berjantina dan jasad tubuh nya hanya sesuatu yang boleh di ubah suai mengikut "naluri" dan "nurani" jiwa nya.

Siapakah yang menentukan kita "lelaki" atau" perempuan" semasa kita lahir ke dunia ini???????? Soalan ini hanya boleh di jawab jika kita tahu rahsia kejadian jasad tubuh kita di mana Adam dan Hawa menjadi pengasas nya.

Edit 20.5.14
Dunia alam ghaib sangat dekat dengan dunia alam fana kita ini. Alam jin dan syaitan ini masih berkongsi "bumi" ini di mana kita menetap. "Jiwa" arwah orang yang telah mati di mana jasad nya terkubur di atas muka bumi ini masih menjadi tempat persinggahan sebagi "tugu" peringatan mereka. Jangan kita anggap bahawa kematian itu sesuatu yang berakhir dengan muktamat. Sebab "jiwa" ini masih mempunyai "peranan" yang boleh mereka lakukan.  "Jiwa" penghuni perkampungan "sijjin" dan "illiyin" mempunyai banyak urusan yang belum selesai semasa menunggu Hari Kebangkitan. "Jiwa" yang pernah bersekongkol dengan jin dan syaitan dan juga "jiwa" orang yang berilmu dan beriman masih boleh berurusan dengan alam fana jika keperluan itu mendapat keizinan Allah swt. Tidak ada larangan yang menghalang mereka dari berurusan dengan alam fana kita. Selagi dunia ini belum khiamat, alam "arwah" ini masih boleh kita hubungi. Bukan saja "jiwa" yang sesat boleh menganggu gugat ketenteraman kita, "jiwa" yang suci juga boleh membantu menjaga kestabilan kita. Hanya mereka tidak akan dapat faedah atau balasan dari urusan mereka itu. Sifat "identiti" yang telah mereka jadikan itu akan menjadi "pakaian" semasa menunggu Hari Perhitungan. Sudah tentu yang baik akan berbuat baik dan yang jahat akan berbuat jahat.

Tidak mustahil "arwah" datuk nenek moyang kita dan juga ibu bapa, masih mempunyai harapan yang tinggi terhadap kesejateraan kita yang masih hidup. Pintu ini tidak pernah tertutup dan masih terbuka untuk saling mendoakan. Doa kita dan doa mereka masih di dengari Tuhan untuk di perkenankan. Begitu juga yang jahat masih boleh buat angkara jika keinginan mereka itu di restui Allah swt. Jika jin dan syaitan di beri keizinan untuk menganggu umat manusia, kuncu kuncu nya juga boleh buat begitu. Jika Nabi Muhammad masih boleh menghulurkan "syafaat" nya, begitu juga dengan para awliah yang suci. 

Edit 16.6.14

Jin dan syaitan ini berada di satu gelombang frekuensi yang tidak jauh dari alam kita. Mereka juga mempunyai kepentingan untuk menetap di atas muka bumi ini. Ada hijab yang memisahkan kita dengan mereka. Sebab mereka telah lebih dahulu menduduki bumi daripada kita manusia. Perkampungan mereka memenuhi setiap kawasan yang menjadi penginapan kita sekarang. Apabila mereka masih kekalkan tamadun budaya kehidupan mereka yang sangat purba, kita manusia mengejar kemajuan dan buat perubahan. Inilah konflik sebenar di antara kita dengan mereka. Mereka sangat curiga dengan apa saja yang kita manusia lakukan dan akan menjadi marah jika kampung halaman mereka kita cerobohi. Tempat penginapan mereka telah sering di ganggu gugat oleh manusia dengan pembangunan moden. 

Adalah tidak mustahil komunikasi di antara mereka dengan kita dapat di lakukan. Malah ada yang menjalinkan hubungan mesra dengan mereka untuk dapatkan keperluan yang di inginkan. Perkahwinan di antara manusia dengan jin juga bukan sesuatu yang mustahil. Sebab mereka tidak berjasad seperti kita dan mempunyai sifat anasir "api" dan "angin" seperti "jiwa" kita manusia. Di situlah satu jalinan sulit dapat di menterai. Sebab "jiwa" hawa "nafsu" kita mempunyai kejadian yang sama dengan mereka. Tetapi tenaga "sifat" ini masih terikat dengan graviti tarikan bumi seperti hawa "nafsu" kita. Itulah mengapa mereka hidup di bawah langit pertama dan di larang naik melepasi ruang udara graviti tarikan bumi. Jika mereka boleh bergaul dengan manusia dalam satu ikatan bathin, tidak mustahil mereka juga boleh menganggu gugat kestabilan hidup kita. Di sinilah ancaman itu masih boleh di lakukan. Mereka masih berkeliaran di sana sini untuk mencari kesempatan.  

Edit 11.8.14
Bukan manusia sahaja penghuni di bumi ini. selain haiwan dan kehidupan liar, ada makhluk ghaib yang berkeliaran di sana sini. Mata kasar manusia mempunyai penglihatan yang terhad dan terbatas. Jika ada yang rabun jauh, dekat dan juga warna, bagaimana mungkin makhluk halus ini dapat kita lihat dengan nyata. Tetapi mereka mempunyai tanda kesan yang nyata pada kehadiran mereka. Sebab "suara" atau bunyi yang melintasi ruang udara kita boleh menghantar isyarat itu dengan jelas. Mereka adalah makhluk di ruang eletromagnetik dan setiap kali mereka berada di atas bumi yang mempunyai daya tarikan graviti, oksigen di kawasan itu akan berkurangan. Itulah mengapa kewarasan akal fikiran dan kesedaran kita akan terhakis apabila mereka mendekati diri kita. Jasad tubuh kita seperti tanah di bumi ini untuk mereka mendekati. Sebab mereka perlu mencari rezeki atau makanan mereka di situ. 

Jasad tubuh manusia yang kotor dan bernajis sangat mereka sukai. Mereka akan cuba dampingi jasad yang kotor dan berhadas. Kaum Hawa yang dalam haid sangat mereka minati. Sebab darah haid itu adalah jamuan mereka. Serangan histeria mempunyai banyak kaitan dengan kejadian ini untuk berdamping dengan "qarin" mereka. "Qarin" orang kafir sudah menjadi kenalan hidup mereka yang tidak perlu di ganggu gugat lagi. Kita perlu kuat memperkasakan "qarin" kita agar tidak di jadikan teman kehidupan mereka. Ayat dua khalimah syahadat perlu kita aktifkan berulang kali di setiap detik waktu. Tenaga khalimah ini perlu di tambah nilai apabila ia susut di jarak jangka waktu tertentu. Itulah mengapa Allah dan Rasul kita memerintahkan kita solat lima waktu. Di situ ada benteng pertahan yang sangat kukuh.  

Makhluk ghaib ini mempunyai agama sama seperti kita ini. Mereka juga mempunyai puak dan kaum bangsa yang tertentu dengan kebudayaan yang tersendiri. Apabila manusia di beri kelebihan untuk buat perubahan dengan "akal" fikiran mereka, bangsa jin dan syaitan ini sebenarnya mempetahankan tamadun kebudayaan mereka dari alam purba. Banyak yang jadi "penunggu" di tempat dan kawasan yang usang dan terbiar. Inilah konflik sebenar di antara kita dengan mereka. Kemajuan yang di bawa manusia menjadi ancaman kepada ketenteraman mereka. Kawasan yang manusia bangunkan dengan kemajuan adalah kemusnahan pada kampung halaman mereka. Mereka terpaksa berpindah randah untuk cari tempat penginapan yang lebih sesuai.      

Makhluk ghaib ini bukan hanya dari bangsa jin dan syaitan, ada juga "jiwa" sesat dari mayat orang yang sudah mati. Persoalan ini sangat rumit untuk di jelaskan dengan terperinci. Sebab "jiwa" mayat yang telah mati masih berada di alam yang sangat dekat dengan alam kita. Alam "kubur" ini masih menjadi kajian kebanyakan ahli kitab. Soal "sijjin dan illyin" ini masih belum boleh di perbincangkan kerana rahsia sulit ketuhanan. 


Edit 5.1.15

Semasa kita tidur, "jiwa"  hawa "nafsu" akan menunggu di tugu jasad tubuh dengan "graviti" tarikan bumi nya yang selalu meresap kehadiran "jiwa" ingatan "iman" nya. Perpisahan semasa kembara tidur dengan "jiwa" ingatan "iman" ini adalah "ruang" di mana resepsi "jiwa" hawa "nafsu" itu akan sentiasa meresap situasi perjalanan yang di lalui. Di sinilah bermula nya "mimpi" kita semasa "jarak" itu masih boleh di resap "jiwa" hawa "nafsu" yang buta ini. Gambaran yang kita nampak semasa bermimpi adalah penglihatan "jiwa" ingatan "iman" yang melalui perjalanan kembara tidur itu. Apa yang di lalui "jiwa" ingatan "iman" ini sangat misteri. "Mengigau" adalah salah satu episod di perjalanan itu.

Tetapi, semasa "jiwa" hawa "nafsu" yang buta ini menunggu di jasad tubuh nya, ia terdedah dari gangguan "makhluk" lain yang hadir dekat pada jasad tubuh itu. Inilah detik yang paling mencemaskan. Sebab si "buta" ini tidak akan nampak apa yang berlaku melainkan "jiwa" ingatan "iman" masih berada di dalam "jarak" yang boleh di resapi "jiwa" hawa "nafsu" ini. "Mengigau" adalah saat itu apabila "jiwa" hawa "nafsu" itu di ganggu. "Jiwa" ingatan "iman" yang "bisu" ini hanya mampu memberi "ilmu" ingatan nya untuk "jiwa" hawa "nafsu" itu gunakan. Pertalian "jiwa" ini sangat penting kita fahami. Itulah mengapa "ilmu" ingatan "iman" itu penting untuk mendidik hawa "nafsu" ini yang boleh menyebut dengan perkataan dan mempunyai "perasaan" yang di rasa jasad tubuh nya. Sebab "perasaan" adalah wajah hawa "nafsu" yang selalu di pandang "jiwa" ingatan "iman" ini. Mutu "kesedaran" kita bergantung kepada "jarak" dekat atau jauh di antara mereka ini atau "keharmonian" mereka bersama..

Kajian sains kerohanian kami akan mencari jawapan untuk dapatkan bukti bagaimana untuk tingkatkan mutu "kesedaran" ini yang sering terputus atau susut nilai. Hawa "nafsu" yang "buta" ini perlu di beri didikan dan bimbingan yang kuat supaya ia boleh berdiri sendiri dengan amalan "tabiat" yang lebih bermutu tinggi. Tugas ingatan" iman" perlu mencari "ilmu" yang hakikat itu untuk di jadikan rujukan hawa "nafsu" ini. Di sini "akal" fikiran perlu di arah menimba "ilmu" untuk di jadikan memori ingatan "iman" yang selalu akan pergi meninggalkan hawa "nafsu" itu bersendirian. Inilah suami isteri di dalam satu rumah tangga jasad tubuh kita. Jika kita tidak mahu mengambil tahu urusan mereka, maka kita akan hanyut dengan hala tuju yang tidak menentu. Pastikan jalan "siratalmustaqim" itu dapa kita lalui dengan jalan yang lurus.  






Jumaat, 11 Januari 2013

Onani

Pembakaran haba dari bahang api hawa "nafsu" akan menular di seluruh tubuh manusia apabila sudah sampai tahap akal baligh nya. Ini adalah fitrah semula jadi yang tidak dapat di elakkan oleh setiap manusia yang bernyawa. Di saat jasad tubuh melangkah masuk alam keremajaan, "akal" fikiran sudah mula menetap di benak fikiran untuk menyalur "sebab dan musabab" dengan "lepas bebas" pada qada' dan qadar. Di sini lah pilihan dan peluang di gunakan untuk mengatur gerak langkah kelakuan.

Hawa "nafsu" adalah asas keperluan yang perlu di guna pakai oleh setiap manusia yang masih hidup. Ia bukan sesuatu yang perlu atau boleh di cabut untuk di buang. Hawa "nafsu" adalah nadi denyutan "nyawa" yang meresap di jasad tubuh. Ini lah "api" yang membakar di dalam tubuh kita untuk bergerak dan melakukan sesuatu. Haba dari bahang "api" ini lah di mana datang nya perasaan ghairah sexual dari hormone benih baka. Ia sesuatu yang "suci" dan perlu kita hargai dengan penuh cermat. Ransangan sexual bukan "najis" yang perlu di kembirikan.

Orientasi sexual ini akan menular di dalam tubuh anak remaja sehingga kelejar hormone mengubah perbentukan jasad tubuh. Muat turun kelejar hormone ini akan menjadi kan anak remaja teruja untuk menguji aplikasi yang baru di perolehi mereka. Orientasi sexual ini pasti akan di pandu uji. Pandu uji ini mungkin boleh di anggap sebagai "trial period" atau masa ujian yang perlu di uji di kawasan peribadi yang terlindung dan tertakluk pada kelonggaran peraturan yang umum setelah kebolehan nya telah terbukti berkesan.  Memandu di tempat awam perlu ada "lesen memandu" yang sah "policy insurance" nya. 

Ransangan sexual hawa "nafsu" adalah nikmat yang paling tinggi di dalam tubuh manusia. Pergolakan "haba" hawa "nafsu" akan membakar di dalam tubuh manusia seperti lahar yang mendidih. Ia sesuatu yang bukan di pilih oleh keinginan diri kita. Ransangan sexual adalah "fitrah" naluri manusia yang perlu di urus dengan tertip dan bukan sesuatu yang di campak untuk di agihkan di merata tempat. Benih hormone yang terkumpul akan melimpah keluar dengan sendiri nya di masa yang tertentu di realiti alam nyata dan boleh melarat ke dalam alam "kembara tidur" yang di hayati mimpi. 

Namun, ransangan sexual ini, boleh di salah gunakan oleh kebanyakan manusia. Gelora haba hawa "nafsu" ini akan membuat manusia menjadi celaru untuk dapatkan "geseran" atau friction yang haba api hawa "nafsu" perlukan. Geseran haba ini adalah untuk mendapatkan pembakaran bagi tingkatkan bahang dari api itu. Di sini akan berlaku nya segala istilah atur cara yang tertentu. Limpahan benih baka yang di keluarkan secara anjakan haba secara manual ini yang di namakan "onani" masih menjadi pertikaian pakar di seluruh kajian theologi dan theoretikal.

Oleh kerana ransangan sexual datang secara spontan dan bukan naluri pilihan yang sama dengan "lapar, haus, mengantuk, dan yang lain. Ransangan sexual perlu ada pengurusan yang cerdik untuk mengatur urus takbir nya. Ransangan sexual sangat di beri perhatian khusus oleh tamadum manusia yang di selengarakan kebanyakan agama. Benih baka yang meledak ini perlu di curah dengan atur cara yang tertentu.Peranan ingatan "iman" perlu di tingkatkan untuk mengurus jabatan ini. Kerana "syaitan" akan mengambil kesempatan itu untuk membiak baka nya di dalam hawa "nafsu" yang akan menjadikan nya satu "tabiat" yang di taja nya.

Benih baka manusia yang di buang secara rambang akan di "jilat" syaitan untuk biak baka keturunan nya. Onani adalah satu cara yang di "saran" kan agar manusia buang "kesucian" benih itu untuk mereka gunakan. Kepuasan nikmat limpahan benih hanya berlaku dalam masa yang amat singkat dan akan hilang pergi sekelip mata meninggalkan "mangsa" dalam kepenatan. Jika nikmat sekelip mata itu dapat kita "tambat" dengan kesabaran "iman", sudah tentu ada hikmah yang telah di sediakan. Jiwa hawa "nafsu" dan jiwa ingatan "iman" adalah dua kembar "nyawa" kita yang saling berkaitan tetapi tidak sehaluan. Mereka masing2 mempunyai motif mereka yang tertentu.

    

Jumaat, 4 Januari 2013

Jodoh

Apakah jodoh itu akan datang bergolek kepada kita seperti ketentuan yang telah di tetapkan. Ini perlu kita siasat agar kita tidak salah menguna pakai andaian yang di terapkan. Jodoh ini banyak cabang nya dari pertemuan silaturahim sehingga kepada nasib yang akan di tempohi. Perlu di ketahui setiap sesuatu tidak akan terjadi jika kita sendiri tidak "memilih" dengan kehendak kita. "Jodoh" ini bukan ancaman yang datang untuk menyerang tetapi di jemput dengan kerelaan hati.

Apa yang kita minta adalah "pilihan" yang di harapkan. Daya usaha kita untuk mendapatkan sesuatu dari pelbagaian aneka cita rasa adalah sesuatu yang kita ambil dengan penuh kesedaran. Tetapi "jodoh" mungkin di salah taksir oleh sebahagian manusia bahawa segala itu akan datang menjengok di hadapan kita untuk di sajikan. Takdir dan Nasib ini perlu di semak semula. Jika sesuatu itu telah di tetapkan untuk di sambut, tidak mungkin kita akan di pertangung jawabkan. Tentu ada kuasa "bebas" di situ yang memberi kita "pilihan" untuk menentukan.

Dalam perjalan hidup ini, kita akan bertemu dengan pelbagai rupa bentuk untuk kita "terima" atau "tolak" menjadi sebahagian dari hidup kita. Yang datang bertemu adalah "jodoh" yang telah di atur tetapi pertemuan itu masih menjadi "pilihan" kita untuk menerima dan menolak. Apa yang kita ambil atau terima "bukan" jodoh tetapi "pilihan" kita sendiri. Dalam agama tidak ada paksaan yang mesti kita terima tanpa "hak" untuk kita menentukan. Agama "menetapkan" tapi kita "menentukan". Sama juga dengan "halal" dan "haram" yang agama telah menetapkan tetapi kita yang menentukan sama ada yang "halal" atau "haram" itu untuk di guna pakai. Bukan kah itu kebebasan "pilihan kita? Tuhan Maha Adil dan tidak pernah memerintah manusia dengan kuku besi. Hanya manusia sahaja yang melebih dengan akta dan peraturan. Istilah "islam" itu sendiri perlu di hayati. "Menyerah diri" sepatut nya bermakna "reda dan ikhlas" menghulurkan bakti. Itu yang Tuhan mahu, bukan paksaan yang mengancam sehingga hilang segala ketulusan.

Tajuk "jodoh" pertemuan dalam soal teman hidup perlu di perhalusi agar tidak di salah erti. Pernikahan boleh berlaku dalam bila2 masa saja jika kita sendiri yang cari dan merestukan. Jangan harapkan pasangan kita itu datang menjelma di sisi kita dengan penuh kesempurnaan. Yang "cerewet" atau "memilih" sebenar nya mengunakan "hak" mereka untuk menanguh berlaku nya "takdir" untuk tentukan "nasib". Kita yang perlu meletakan diri kita di satu tempat di mana "takdir" sedang berlaku untuk menentukan "nasib" kita dengan "pilihan" yang di "tempah" (tender) dengan hijab kabul.  "Jodoh" adalah sebelum berlaku nya "pilihan". 

Apa yang di pilih adalah tangung jawab kita sendiri untuk mengambil dari "jodoh pertemuan" yang telah di sediakan "takdir" untuk mencuba "nasib" dengan "pilihan" yang di buat. Ikan yang di laut perlu di tangkap dan asam yang di darat perlu di petik hatta tidak akan bertemu jika kita tidak pernah ingin memasak nya di dalam periuk. Keinginan itu adalah kuasa hawa "nafsu". Jika keinginan itu tidak pernah timbul, jasad tubuh tidak akan dapat merasa nikmat nya dengan azab yang di sediakan. Ingatan "iman" perlu mengawal keadaan agar tidak terpesong dari landasan agama.

Naluri keinginan adalah sesuatu yang lazim dan sedia ada tanpa terikat dengan "pilihan". Ia akan datang sebagai "fitrah" yang telah di terapkan "takdir" yang memerintah alam termasuk bumi dan jasad tubuh kita. Daya tarikan graviti ini yang ada pada hawa "nafsu" perlu di tingkatkan dengan "berat" muatan yang di angkut ingatan "iman" dan di labuh dengan sauh "keyakinan". Bukan kah "nasib" itu selalu tersembunyi untuk kita cari dengan kemungkinan "peluang". Apakah "peluang" itu tidak pernah tersedia untuk kita memilih? Itu lah "jodoh" yang telah di tetapkan. Tetapi "pilihan" itu adalah "hak" kita yang perlu di pertangung jawab kan.

Edit 6.11.13

Kuasa "sebab dan musabab" yang di pacu "takdir" perlu di "tempah" untuk menjadi "pilihan" kita sebagai "hak" yang di tuntut. "Takdir" tidak akan pernah menunggu keputusan kita dan akan beri "peluang" itu kepada yang lain. "Pilihan" ini adalah "lepas bebas" atau "free will" yang di beri kepada setiap kehidupan sebagai asas keperluan. Ini adalah "naluri" asas yang di beri kepada setiap yang bernyawa dan di kuat kuasakan oleh "niat" yang ada pada hawa "nafsu" dengan keinginan nya. Tetapi "peluang" itu perlu di cari jika "takdir" tidak datang menghulurkan nya untuk di capai. "Peluang" ini tertakluk pada "nasib" yang perlu di laksanakan dengan "rekaan pintar" atau (intelligent design) untuk mencorak sesuatu dengan kebolehan dan keupayaan kita. Burung yang terbang bebas di angkasa tidak akan masuk ke dalam sangkar jika tidak di pikat dengan habuan keinginan hawa "nafsu" yang buta.

"Memikat" adalah satu kebolehan yang perlu di tingkatkan dengan keupayaan yang tinggi. "Memikat" kadang kala perlu di lakukan dengan peralatan yang cangih. "Perkakas" adalah sesuatu yang perlu di gunakan manusia. Sebab manusia sememangnya di jadikan untuk mengunakan peralatan dan perkakas untuk keperluan hidup nya. Tanpa alat dan perkakas ini, manusia akan menjadi kurang upaya atau tidak berdaya mencapai matlamat. Mencapai matlamat ini mempunyai banyak atur cara. Tidak ada yang mustahil jika kita  tahu mengunakan "perkakas" yang betul dan formula yang berkesan. 

Di antara "pilihan" yang di buat dan "peluang" yang di cari perlu ada atur cara yang berkesan. "Takdir" yang menghulurkan asas keperluan tidak pernah menyediakan nya mengikut permintaan. Kita perlu "pilih" yang sesuai dan ambil "peluang" untuk mendapatkan nya. Sebab Tuhan tidak akan "suap" sesuatu ke dalam mulut untuk di telan kerana "keinginan" itu adalah "hak" kita untuk memilih dan tangung sendiri kepada risiko dan akibat nya. Risiko dan akibat ini adalah kuasa "sebab dan musabab" yang perlu kita ambil tahu dari apa yang di sediakan "takdir". "Nasib" yang kita terima adalah anugerah pencapaian yang kita sendiri perolehi. Jadi "nasib" ini tidak pernah terhad pada mana mana peruntukan yang khas. Kita boleh ambil apa saja yang kita mampu dan terdaya dan tidak ada had untuk menyekat "nasib" kita itu. 

Edit 30.5.14

Perlu kita ketahui bahawa Tuhan telah memberi kita "akal" untuk di gunakan sebagai usaha untuk mencapai segala "doa" dan keinginan kita. Apabila Tuhan berkata, "Aku tidak akan mengubah "nasib" sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mahu mengubah nya", itu sudah jelas kita perlu melakukan sesuatu dengan buat "pilihan" dan mencari "peluang" untuk berhijrah kearah kesejahteraan. Jadi "jodoh" ini sebenarnya apa yang berlaku tanpa di rancang dan datang kepada kita untuk di uruskan. Apabila kita tidak pernah "niat" untuk melakukan sesuatu, tetapi di hidangkan di hadapan kita untuk di sambut dengan kebijaksanaan "akal", itu bererti kita telah di beri kebebasan untuk buat keputusan dengan "pilihan" kita. Manusia hanya "merancang" dengan "akal" fikiran nya dan Tuhan yang "menentukan" dengan "nasib" yang di terima. Jika kita tidak pernah merancang dengan "niat" sesuatu itu untuk berlaku, maka itu lah "jodoh" yang di tentukan untuk kita tempuhi dengan keupayaan kita untuk menempah "nasib" yang akan di tentukan.

"Jodoh" ini yang berlaku tanpa "niat" adalah sesuatu yang perlu kita fahami. Sebab di situ ada "bahasa" yang di terjemahkan untuk kita memahami dengan "akal" fikiran yang lebih jelas. Ini sebenar nya adalah satu "amanah" yang perlu kita pikul jika kita memilih untuk ambil dan pikul tangung jawab itu. Hanya jika kita benar benar mahu berada di sisi Allah swt, maka urusan ini menjadi sesuatu yang sangat berat dan besar habuannya jika kita berjaya. Mungkin kita tidak pernah mahu teliti urusan "jodoh" ini yang datang tanpa di undang. Inilah ketentuan yang datang untuk kita hadapi dengan penuh bijaksana. Sebab "musibah" itu juga datang tanpa di jemput dan begitu juga ajal maut kita. Jika "jodoh" ini boleh datang untuk bertemu dan menguji kecekapan "akal" fikiran kita, sudah pasti ada persiapan yang perlu kita sediakan untuk menghadapi nya. Di sinilah kita sangat memerlukan bantuan Tuhan yang Maha Mengetahui.

 Hubungan kita dengan Tuhan tidak boleh terputus walau sesaat pun. Kesedaran kita selalu nya berlegar di segala penjuru alam untuk meneroka. Apabila kita di hanyutkan hawa "nafsu" yang buta, kesedaran kita tidak akan tertumpu kepada ingatan "iman" yang sepatutnya berpaut pada kepercayaan kita yang yakin. Walaupun kita ini "muslim" secara asasnya, tetapi "niat" menyerah diri itu mesti di aktifkan untuk berada di dalam naungan Allah swt. Sebab itu Islam menyuruh kita 'menyerah diri' kepada Allah swt untuk mendapat perlindungan yang lebih berkesan. Kekuasaan Allah swt tidak pernah mahu kita guna pakai sebalik nya kita mengambil risiko itu sendiri dengan menempah hala tuju "nasib" kita kepada kuasa "sebab dan musabab" yang akan mencapai kita yang berada di luar naungan Allah swt. 

Apabila "jodoh" itu datang tanpa di duga, kita sepatut menyerahkan "nasib" kita kepada Allah swt untuk dapatkan petunjuk dan bimbingan. Di sini hubungan kita dengan Allah swt perlu kukuh. Jika kita kenal Allah swt hanya sekadar "nama" Nya tetapi tidak mengenal "sifat" dan kebesaran Nya, kita akan terlepas "peluang" yang sepatutnya kita ambil untuk berada di bawah jagaan Nya. Apa saja yang kita "pilih" belum tentu pasti akan datangkan kebaikan kepada kita. Itulah mengapa kita perlu merujuk kepada Allah swt untuk dapatkan bimbingan dan panduan. Perlu kita ketahui bahawa setiap "niat" yang kita terapkan, akan di perkenankan Tuhan dalam sekelip mata. Bukan kah kita telah di beri "akal" untuk buat pertimbangan yang sepatutnya merujuk kepada ingatan "iman" kita untuk menetapkan kehendak kita bukan hanya turut kehendak hawa "nafsu" yang buta itu. Ingatan "iman" inilah yang boleh membantu kita menilai risiko dan akibat yang akan kita tempuhi dari setiap "niat" yang kita hulurkan.

Urusan sebelum "niat" ini sangat halus untuk kita teliti dengan bijaksana. Di situlah "jodoh" itu akan muncul untuk beri kita kesempatan memilih dan mengambil peluang. Jika "peluang itu kita capai tanpa mengajak Allah swt bersama sebagai "saksi", itu bermakna kita ingin uruskan "jodoh" itu mengikut keupayaan kita sendiri. Risiko dan akibat itu perlu kita tangung sendiri dan Allah swt akan biarkan kita untuk mengatur hala tuju yang kita sendiri pilih. Tetapi yang "pelik" nya, kita akan salahkan Tuhan apabila kita gagal dari apa yang kita sendiri minta begitu. Allah swt telah atur segala urusan ini dengan penuh teliti. "Sistem" berurusan dengan Allah swt ini sepatutnya menjadi satu "ilmu" yang perlu kita tuntut sampai dapat. Tetapi banyak yang sibuk mengenal huruf dan suara sahaja tanpa ingin mengenal "sifat" Nya yang perlu kita gunakan setiap hari. Di situlah timbulnya "putus asa" yang menjadi punca kegagalan kita.

Soal "jodoh" pertemuan di antara kaum Adam dan Hawa ini atau lelaki dan perempuan sudah menjadi kepentingan yang sangat di perlukan. Sudah pasti banyak yang ingin mengetahui atur cara yang sebenarnya. Setiap lelaki atau perempuan yang ingin mendapat "jodoh" pertemuan ini perlu tahu kedudukan perkara ini. Sebab tidak semua pasangan lelaki dan perempuan itu menjadi suami isteri dengan "jodoh" yang di tetapkan. Ada yang berkahwin hanya mengikut "pilihan" dan "tempahan" yang mereka lakukan dengan "hijab kabul" yang sah di sisi masyarakat. Sebab apabila pertemuan pasangan itu di atur dengan sengaja oleh diri mereka sendiri, itu bermakna sudah menjadi "pilihan" mereka untuk di makbulkan dengan "niat" mereka untuk bernikah. Hidup rumah tangga begini bukan "jodoh" yang di tetapkan. Risiko dan akibat hidup bersama pasangan ini menjadi tangung jawab sendiri.

Tetapi jika pertemuan itu di risik oleh orang lain untuk di jadikan "jodoh" pertemuan, persetujuan pasangan ini untuk bersama, menjadi satu ujian yang patut di perlihara dengan bermunajat kepada Allah swt untuk dapatkan pedoman. Ini bererti, kehidupan suami isteri ini berdasarkan keimanan kepada Allah swt untuk di sempurnakan. "Niat" untuk bernikah itu perlu naik untuk dapatkan restu dari Allah swt. Jika "niat" itu tidak di pasang atas sebab yang lain, nescaya, kehidupan suami isteri ini akan di landa ujian yang sangat getir. Melainkan bantuan itu di minta dengan doa yang ikhlas semoga berada di bawah perlindungan dan ketetapan Allah swt. Secara hakikatnya, kita tidak mempunyai kebolehan dan pengetahuan untuk mengatasi semua masalah jika tanpa bantuan dan petunjuk dari Allah swt. Jika kita inginkan perkhawinan itu kekal sampai akhir hayat, sudah tentu kita akan berdoa untuk di perkenankan.    

Setiap rumah tangga akan bergolak walau sekecil mana masalah itu yang timbul. Tanpa "kesabaran" yang kita panjatkan kepada Allah swt, kita akan di landa "putus asa" untuk tamatkan "siratulrahim" itu untuk bercerai. 

Cerita Adam dan Hawa sepatutnya menjadi pedoman kepada umat Muhammad. Sebab "nikah" atau "hijab kabul" ini akan di tuntut oleh kaum  Hawa dari kaum Adam. Rindu kasih sayang di antara kaum Adam dan Hawa bermula dari percintaan yang pertama. Sebab "buah kuldi" itu menjadi habuan yang sangat lazat. Tanpa "buah kuldi" itu, kemesraan di antara dua kelamin yang berbeza tidak akan ada nafsu "syahwat" nya. Setiap pasangan yang ingin berkhawin dan berumah tangga perlu melafazkan "hijab kabul" ini untuk kesejateraan mereka. "Hijab kabul" yang sebenar yang pernah di lafazkan dari Nabi Adam kepada Siti Hawa sangat penting untuk kita ketahui. Sebab Nabi Muahmmad akan mejadi "saksi" di antara perjanjian itu. Rahsia Adam dan Hawa ini sepatut nya menjadi ilmu pengetahuan para remaja yang ingin memiliki shurga hidup yang sempurna.  

Wahai kaum Hawa!!! Kamu di jadikan dari jasad Adam yang sangat merindukan belaian kasih sayang mu. Jika engkau ikhlas menghulurkan kasih sayang itu, maka "wajid" bagi kaum Adam mengambil kamu dalam pelukan nya selagi engkau menjaga kesucian "aurat" mu. Jika engkau mengkianati perjanjian yang di "saksi" kan Nabi Muhammad, engkau bukan lagi pasangan yang "sah" walaupun engkau masih hidup sebumbung dan tidur sekatil dengan nya. Sebab "bidadari" di shurga akan menunggu ketibaan suami mu dengan penuh kerinduan. Tetapi jika engkau taat dan di khianati kaum Adam, maka baka Adam itu akan di tukar menjadi baka keturunan syaitan yang merupakan "hermaprodit" dari asal usul kejadiannya. Apa yang di "saksi" kan Rasulullah adalah mengesahkan kelamin jantina di antara kamu. Sebab Umat Muhammad mempunyai tangung jawab untuk membuktikan "akhlak" nya untuk di bawa pulang ke "rahmatullah" di atas jembatan "siratalmustaqim" apabila "siratulrahim" di antara Rahman dan Rahim itu terputus dengan "talak" yang tidak pernah di lafazkan.

Setiap pasangan yang ingin menjadi suami isteri, perlu mendapat pengesahan "wali" yang mengredhakan nya. Sebab kedua ibu bapa kamu telah membesarkan kamu sehingga kamu meningkat remaja dan sempurna "akal baligh" kamu. Jika kamu tidak mendapat menilai "jasa" kedua ibu bapa mu yang membesarkan kamu, lalu pergi untuk berbakti kepada seorang yang baharu kamu kenal dalam sekelip mata, apakah kamu fikir itu "jodoh" yang di tetapkan Tuhan????? Di mana "saksi" dan "wali" yang lebih "sah" dari kedua ibu bapa kamu. Walaupun kamu di ikhtiraf di masyarakat umum namun pengzinaan itu masih berlaku selagi "benih" yang melahirkan kamu itu tidak kamu dapat restu nya. Kedua ibu bapa kamu ada "hak" yang tidak boleh kamu mansuhkan dengan keangkuhan kamu yang baru pandai mengenal hidup. Apakah "zuriat" yang akan kamu berdua lahirkan itu baka "nasab" yang sebenar????? 

Jika kita perhatikan ketika Adam dan Hawa melahirkan kembar lelaki dan perempuan (Qabil dan Iqlima) dan di nikahkan kembar pertama pada kembar kedua (Habil dan Labuda) untuk biak keturunan manusia, agar tidak berzina dengan muhrim nya. Pernikahan yang di restui kedua ibu bapa kita adalah "kunci" kebebasan untuk kita bina kehidupan kita sendiri. Tetapi kadang kala anak anak ini tidak tahu mengenang jasa kedua ibu bapa dan sanggup mendahului hawa "nafsu" mereka yang buta itu. Di situlah punca pembiakan baka benih yang porak peranda dan mendatangkan kerosakan di atas muka bumi ini. "Jodoh" adalah sesuatu yang di sarankan kepada kita tanpa keinginan yang pasti. Kerelaan itu di sambut dengan kesabaran untuk menunggu kebahagiaan yang lebih tulus dan ikhlas. Siapakah yang dapat mengenal hati budi pasangan nya untuk buat kepastian itu????

Percintaan yang di jalin tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan. Keghairahan yang di beri tidak mestinya kesedaran. Kerelaan sepatutnya di hambat kemuskilan hakikat. Ujian dan silap terpaksa di tempoh demi menjaga "amanah" yang di capai. Hidup hanya menduga keikhlasan dan ketulusan. Setiap nikmat adalah anugerah dan setiap keazaban adalah ujian kesabaran. Tetapi apabila "putus asa" itu di ambil sebagai jalan muktamad untuk akhiri perjalanan hidup, "benih baka" yang telah di kurniakan menjadi "mangsa" penderitaan untuk menjaga maruah hawa "nafsu" yang jemu di badai ombak kebencian. Apabila zuriat "cinta" bertukar menjadi hamba "benci", sesaat dari penderitaan mereka di kira sebagai azab untuk di tebus kemudian nanti. Anak anak yang kita lahirkan ke bumi ini, tidak pernah berdosa dari segala perbuatan kita, tetapi mereka akan mula di hisab apabila mereka mungkir menghulurkan kesetiaan kepada kedua ibu bapa nya untuk berbakti kepada orang lain.   

Mengapa jasa ibu bapa kita sangat mudah untuk kita lupakan. Sebab hawa "nafsu" kita ini tidak pernah mengenang budi. Hanya ingatan "iman" sahaja yang boleh merasa tangung jawab itu untuk di sempurnakan. Walupun setiap anak mempunyai "hak" untuk mulakan bahtera hidup, namun "pulau" yang pernah kita jadi penghuni nya jangan sekali kita lupakan. Sebab tujuan kita mendirikan rumah tangga sebab kerana kita ingin mendapat zuriat dan biakan baka "nasab" yang sempurna dan suci. Begitu jugalah ibu bapa kita dahulu yang ingin mendapatkan kehadiran kita di dunia ini. Tetapi mengapa ketika kita ingin pergi meninggalkan "jiwa" yang pernah menaungi kita semasa sakit dan susah, kita tinggalkan mereka dengan kepiluan dan kesedihan yang sebak. Mereka telah bertungkus lumus membesarkan kita dengan mencari rezeki bermandikan peluh dan keringat. Mengapa kita bawa seorang yang belum kita kenali hati budi nya untuk di jadikan tahta dalam hati kita. 

Jika "nasab" yang akan kita lahirkan itu bermula dengan pengkhianatan terhadap kedua orang tua kita, apakah mungkin "baka" itu boleh mendatangkan manfaat kepada umat manusia. Keluarnya Hawa dari tubuh Adam dan keluarnya kita dari rahim ibu kita. Di mana letak nya shafaat Hawa jika tidak kepada Adam dan di mana letak nya shafaat kita jika tidak kepada ibu bapa kita. Kita boleh berkahwin dengan sesiapa saja tetapi tidak boleh tukar sama sekali ibu bapa kita. Bakal isteri atau suami hanya menjadi pemegang "amanah" yang akan di ambil alih dari restu ibu bapa kita. "Amanah" itu tidak boleh di rampas dengan paksaan dan patut di terima dengan keikhlasan. Sebab jika kita boleh buat "pilihan" kita sendiri apakah kedua ibu bapa kita tidak mempunyai "hak" untuk memilih juga??? 

Jika kita ingin mendapatkan "Baba Rahman" atau "Babu Rahim", kalimah "Laillahillallah dan Muhammadarasulullah" patut di tukar ganti. Allah dan Muhammad patut jadi "saksi" di dalam pernikahan kita. Pilihlah sesiapa saja yang kita suka tetapi jangan sekali melupakan peranan ibu bapa kita yang akan menjadi "wali" dalam pertalian yang ingin di ikat itu. Inilah "nasab" yang suci dan sempurna di mata Allah dan Rasul. Jika kita cuba nafikan peranan mereka, nescaya syaitan akan mengunakan kesempatan itu untuk menabur benih bakanya. Benih baka ini akan mendatang kan banyak masalah dari yang di selesaikan. Sebab baka yang buat masalah dan baka yang selesaikan masalah akan muncul di celah anak cucu kita. Jangan sampai anak yang kita lahirkan ke dunia ini mendatangkan banyak masalah kepada umat manusia. Hidup mereka menjadi satu tugas untuk merosakan kehidupan orang lain. Anak yang di cemari baka syaitan akan mengagungkan jasad tubuh nya. Sifat sombong, takbur, riak, tamak, hasad, dengki, khianat, dusta, curi, akan jadi salah satu dari minat mereka.  

Edit 4.6.14

"Jodoh" pertemuan untuk mencari pasangan hidup tidak pernah "terhad" atau di "sekat" kepada setiap kaum Adam dan Hawa. Allah dan Rasul sangat mengalak kan kita mendirikan rumah tangga dan beranak pinak. Tuhan akan menghantar kaum Hawa kepada kaum Adam untuk mereka buat "pilihan" itu. Begitu juga kaum Adam akan di hantar kepada kaum Hawa untuk mereka tunjukan minat. Tetapi pergaulan bebas di antara dua "kelamin" ini telah mengancam kesucian instituisi rumah tangga ini sehingga "jodoh" itu tidak lagi mempunyai nilai kesucian. Jika kaum Hawa sudah tidak lagi mempunyai nilai maruah diri yang suci untuk di ambil sebagai penginapan "rahim" baka "nasab" keturunan kita, keramat "jodoh" ini tidak lagi membawa manfaat. 

"Jodoh" hanya boleh di guna pakai oleh mereka yang menjaga maruah diri dan bukan kepada golongan yang hidup bebas dan liar. Mereka yang bergaul bebas di khalayak ramai dan bertemu buah hati untuk di jadikan pasangan hidup mereka, bukan lagi di bawah naungan martabat "jodoh" yang suci ini. "Jodoh" yang sebenar bererti kita di temukan di dalam satu pertemuan yang di restui Allah dan Rasul yang di "wali" kan kedua ibu bapa kita. Ibu bapa yang mahu menjadi "wali" kepada "hijab kabul" anak mereka perlu selidik atau risik "baka" keturunan sebelum memberi persetujuan. Sebab baka keturunan yang akan di bawa "nasab" kita perlu mempunyai nilai "benih" yang baik. Agama Islam sangat mementingkan soal "baka" ini. Kita perlu ambil pasangan hidup yang mempunyai mutu nilai yang paling baik.

Tetapi jika perkara ini tidak di ambil berat dan di pandang remeh oleh ibu bapa itu sendiri, nescaya keturunan kita yang akan datang akan tercemar dan rosak. Sebab kebudayaan yang akan di bawa di dalam instituisi keluarga kita akan di pengaruhi oleh anasir yang tidak sihat. Setiap "baka" keturunan yang kita cari perlu ada dua peranan yang di tetapkan Allah dan Rasul yaitu menjadi "khalifah" dan wakil "Rasulullah" untuk kesejahteraan kehidupan kita. Menjadi "khalifah" ini untuk kemasyhuran "ekonomi" dan jasad tubuh, menjadi wakil "Rasulullah" ini untuk keharmonian "jiwa" bathin kita. Jika kita hanya berjaya di dalam lapangan kedunian tetapi muflis di dalam rohani ketuhanan, kita tidak akan bertemu kebahagian.  Inilah apa yang Allah dan Rasul cuba "jodoh" kan kepada kita. Bukan keperluan "syahwat" untuk puaskan hawa "nafsu" yang buta itu dalam rumah tangga perkahwinan. "Jodoh" inilah yang kebanyakan kita tidak mahu terima. Jadi jangan lah kita gunakan istilah "jodoh" ini atau sebut "jodoh" jika tidak kena pada ketepatan nya.  

Apa saja yang kita reka atau rancang perlu mendapat restu dari ketentuan Allah swt sebagai "jodoh" yang di perkenankan. Tetapi ketentuan ini tidak menjanjikan kesejahteraan kepada diri kita. Sebab setiap sesuatu yang di tentukan sebagai "nasib" kita perlu di istiharkan kepada kuasa "sebab dan musabab" untuk di tadbir dengan "akal" fikiran kita sendiri. Tuhan hanya memberi restu persetujuan dengan "ilmu" pengetahuan Nya yang Maha Mengetahui. Jika Tuhan membenarkan tindakan kita itu, terpulang kepada keupayaan kita untuk bertempur dengan kuasa "sebab dan musabab" yang telah di beri kuasa untuk menjalankan tugas sebagai "amanah" mengatur gerak kejadian yang akan berlaku. Sebab kuasa alam ini yang di tadbir graviti tarikan bumi dan haba bahang "api" untuk di jadikan "tenaga" pergerakan di ruang elektromagnetik seperti tenaga "kinetik" yang di jana tenaga "centrifugal dan perpetual force" kelajuan jarak masa. 

Apabila setiap kelajuan di tadbir oleh ukuran "masa", maka realiti alam ini tidak boleh melangkaui peraturan alam yang telah di tetapkan. Hanya jika kita mengunakan "pinjaman masa" yang di hulur anasir gelap seperti jin dan syaitan untuk mendapat hasil yang lebih cepat dan pantas dengan mencagarkan "jangka hayat" kita. Rahsia ini amat sulit untuk kami perjelaskan. "Jodoh" yang di pertemukan masih "cadangan" yang di hulurkan  untuk kita buat keputusan. Tuhan tidak pernah menetapkan sesuatu tanpa memberi kebebasan untuk kita buat pilihan. Itu lah mengapa setiap perbuatan kita akan di minta untuk di pertangung jawabkan. Walau sekalipun "jodoh" itu datang kepada kita dengan "sebab dan musabab" yang tertentu. Secara tidak sengaja (coincidental) sesuatu yang berlaku tanpa "niat" yang di atur oleh kita sendiri adalah satu anugerah yang di beri untuk kita terima atau tolak sebagai kebebasan memilih.

Bantuan yang di hulurkan Tuhan ini sebenarnya satu cubaan untuk menguji kecekapan kita. Tidak semua "jodoh" pertemuan itu membawa keberkatan dan ada juga yang membawa musibah hidup kita. Jadi Tuhan tidak pernah menganiayai makhluk nya, malah hanya menguji sekadar apa yang mengikut memampuan kita. Jadi jika kita pernah menerima musibah hidup, pengalaman itu sebenarnya satu "ilmu" untuk mendidik kita kearah yang lebih memahami. Sebab "ilmu" ini sangat di perlukan "akal" fikiran kita yang di beri sebagai senjata hidup. Tidak semestinya "ilmu" itu kita perolehi dengan mudah sahaja apabila "berat muatan" nya sangat berharga untuk pengetahuan kita yang di tarik graviti hawa "nafsu" kita yang buta itu. 

Ingatan "iman" ini lah yang perlu kita perhatikan. Sebab apabila manusia itu menjadi "mulia dan terhormat" dari segala makhluk yang hidup kerana "ilmu" ini yang tidak di beri kepada yang lain, ingatan "iman" ini sangat di perlukan oleh setiap manusia. "Ilmu" ini di terima manusia dengan banyak peringkat. Waktu Nabi Adam dahulu, dia mendapat secara langsung dari Allah swt dan selepas itu melalui "wahyu" yang di turunkan para malaikat kepada para Rasul dan Nabi. Selepas itu "ilham" dan juga inspirasi "idea" yang datang sebagai "ilmu" untuk manusia gunakan sebagai pendidikan dan bantuan. Tanpa ingatan "iman" ini manusia akan menjadi seperti binatang yang bertaburan kerana yang ada hanya hawa "nafsu" nya yang buta itu.

Cuba lah kita uji sendiri teori empirikal ini sebagi hipothesisi untuk kita mejadi lebih berjaya dalam hidup kita ini. Tanpa ingatan "iman" ini, kita tidak akan wujud sebagai seorang yang beridentiti. Kita akan hilang entah kemana dan hanya akan wujud apabila kesedaran kita mempunyai ingatan "iman" ini. Apabila fokus kesedaran kita tertumpu kepada ingatan "iman" kita, maka "ilmu" itu sangat di perlukan untuk "akal" fikiran kita menerima segala informasi maklumat dari "ilham" atau "idea" yang berlalu di dewan fikiran kita. Bukan kah Tuhan sentiasa berada di situ untuk menghulurkan bantuan????????   

Pertemuan yang tidak di rancang dan kejadian yang tidak di duga, adalah kehendak Tuhan yang mengatur segala keputusan. Sebab setiap manusia selalu berdoa dengan "niat" mereka dan ini di "atur" oleh Allah swt untuk di perkenankan. Tetapi "jodoh" pertemuan ini hanya satu "cadangan" untuk kita buat keputusan dengan "pilihan" kita sendiri. Apabila Tuhan meletakkan hidangan itu, kita yang memilih untuk ambil atau tidak dan terima atau tolak hidangan itu. Apa saja yang berlaku di realiti adalah "hidangan" Allah swt yang di atur oleh keputusan Nya. Di realiti itulah kita sepatutnya "menyerah diri" sebagai seorang Islam untuk dapatkan naungan Nya. Jika kita tidak menoleh kepada Allah swt dan mengurus apa saja yang berlaku di realiti tanpa merujuk kepada "kekuasaan" Nya, maka kita terpaksa menangung risiko dan akibat itu dengan sendirinya. Dalam setiap langkah di perjalanan hidup kita, berapa "tapak" kah langkah yang kita lakukan dengan nama Allah swt.            

Bukan hanya nikmat yang kita berolehi sahaja yang perlu kita ucapkan keshukuran. Setiap musibah juga perlu kita serahkan dengan redha untuk menerima keputusan Nya. Betapa banyak yang merungut dan tidak setuju dengan keputusan Allah swt. Ada yang maki hamun dengan kemarahan. Walaupun kita terpaksa redha dengan keputusan Allah swt, kita masih mempunyai ruang atau sudut untuk sesi perbicangan. Jika kita ingin "menyoal" keputusan Allah swt, kita wajib tahu bagaimana Allah swt memberi jawapan Nya. Jika kita tidak tahu bagaimana Tuhan menjawab, lebih baik kita jangan tanya.!!!! Apa guna kita "menyoal" jika jawapan yang di beri kita tidak faham. 

Hubungan seorang hamba dengan Al Khalik nya sangat "halus" jalinan mesranya. Tidak ada kecurigaan di situ apabila kita ingin menyoal untuk dapatkan kefahaman. Sebab Tuhan akan sentiasa mendidik dan mengajar kita dengan "ilmu" pengetahuan Nya. Jadi amat mustahil jika kita tidak boleh "bertanya" untuk dapatkan "hikmah" di sebalik setiap keputusan Nya itu. Sebab Allah swt mengamalkan "open door policy" di mana setiap insan Nya boleh berbicara secara terus tanpa ada apa halangan. Tak payah jumpa Tok Janggut Tok Sarban atau Tok Jubah untuk angkatkan doa. Inilah sifat kasih sayang Nya yang perlu kita sanjung setiap pagi dan petang. Dia tidak pernah menutupkan "pintu" apabila kita datang menjengok. Tidak ada masalah yang tidak boleh Dia selesaikan. Jadi cara kita mengenal Allah swt itu amat penting. Dia bukan Tuhan yang sombong dan angkuh. Hati kita akan terharu apabila kita lebih dekat mengenal Diri Nya. 

Cubalah kita pandang sifat Rasulullah. Itu hanya setitik dari akhlak yang mulia yang di miliki Rasulullah. Jadi mengapa kita tidak mahu mengenal sifat mulia Nya yang 99 % lagi?????? Percayalah wahai pembaca kami. Hidup ini sebenarnya untuk Mengenal Diri Allah swt. Kita perlu cari di setiap pelusuk bumi dan langit ini untuk dapatkan setitik dua "ilmu" itu demi untuk mengenal Zat Yang Maha Mulia ini. Lebih banyak kita mengenal akan Diri Nya lebih aman dan tenang kita rasa diri kita ini. Rupa rupa nya segala azab dan musibah hidup yang kita pernah tempohi adalah kerana kebodohan kita yang tidak mengenal Diri Allah swt. Allah swt akan "haram" kan jasad dan jiwa kita di ganggu gugat jika kita benar benar berada di sisi Nya.

Edit 12.6.14

Setiap manusia akan mengharap agar keinginan dan pilihan nya menjadi satu "jodoh" yang di tentukan. Tulisan riwayat hidup kita di katakan telah di catat di kitab Lukh Mahfuz. Jadi bagaimana urusan "lepas bebas" atau (free will) di mana kita di beri kebebasan memilih dengan keinginan kita??? Kitab Lukh Mahfuz sebenar nya adalah kitab "ilmu" yang menyimpan segala rahsia kejadian. Di sinilah segala "jodoh" kita di realiti telah tertulis dengan "ilmu" itu. Apabila Allah swt menciptakan sesuatu, Dia sudah tahu akan keupayaan ciptaan nya itu untuk bertugas dengan sendiri nya tanpa perlu campur tangan. Bukan kah kita sudah di beri "akal" untuk menilai keupayaan kita sendiri pada risiko dan akibat nya, di beri perasaan hawa "nafsu" untuk buat segala pilihan dan di beri ingatan "iman" untuk mencari segala peluang. 

Jadi "peranan" kita yang hidup di dunia ini sebenarnya cuba membuktikan apa yang telah tertulis di kitab Lukh Mahfuz itu. Di situ ada tertulis kesilapan kita, ada tertulis kesalahan kita, ada tertulis ketegasan kita dan segala kebaikan dan keburukan kita. Tuhan sudah tahu bila kita hidup dan juga mati. Jadi apakah tugas jiwa ingatan "iman" yang keluar semasa kita tidur dan juga setelah kita mati??? Adakah mereka sedang menyemak catatan kitab Lukh Mahfuz itu dengan amalan yang telah di lakukan???? Sebab Tuhan telah mengatur segala "nasihat" dan "tunjuk ajar" untuk melalui jembatan "siratalmustaqim" itu. Bukan kah di dalam sembahyang, itu yang kita minta setiap berkala??????

Adakah jembatan "siratalmustaqim" ini adalah kitab catatan Lukh Mahfuz yang perlu kita laksanakan??? Apakah "jodoh" yang telah di tentukan itu telah kita nodai dengan kepalsuan dan kesesatan???? Awas!!!! wahai pembaca kami, kita mungkin telah meyimpang dari landasan sebenar. Bukan kah Tuhan telah berfirman Dia tidak akan menghukum hambaNya sebelum dia menghantar "nasihat" dan "pemberitahu" dengan cadangan yang di hulurkan???? Jadi kitab Lukh Mahfuz sudah di ceritakan kepada kita dengan segala perbuatan kita tempoh hari.  Itulah mengapa kitab jiwa "sijjin dan illiyin" itu di jadikan. Tidak ada unsur paksaan di dalam segala apa yang terjadi dan tertulis. "Jodoh" ini telah menjadi "saksi" untuk buktikan bahawa ada "cadangan" dan "nasihat" yang di hulurkan untuk kita buat keputusan itu sendiri.

Doa yang kita minta tidak akan di perkenankan jika kita sendiri tidak bertindak dengan "akal" fikiran kita itu. Tuhan telah memberi "kudrat dan iradat" itu untuk di guna pakai. Kita sendiri yang perlu pergi mengambil nya apabila "jodoh" itu datang tanpa di undang sebagai "cadangan" untuk buat pilihan. Kejadian di realiti adalah sesuatu yang telah di tetapkan tetapi kita masih di beri peluang untuk tentukan arah tujuan. Sebab apa yang berlaku pada hari ini adalah apa yang kita minta di hari semalam dan apa yang akan berlaku esok adalah apa yang kita minta sekejap lagi. Jadi "jodoh" itu berlaku sebelum jadi nya realiti. Kitab Lukh Mahfuz tertulis sebelum kita hidup. 

Apabila kita sendiri yang mencipta arah tujuan hidup kita, dengan hidangan yang di beri sebelum berlaku nya realiti, hidangan "jodoh" itu yang mulakan suasana di mana kita sedang menikmati harapan itu. Apakah agak nya akan berlaku jika "jodoh" itu tidak di hidangkan????? Apakah akan berlaku jika tidak ada hari semalam???? Dapatkah kita hidup pada hari ini untuk melihat hari esok??? Jadi "jodoh" itu sudah di hidangkan. Kitab Lukh Mahfuz itu sudah di jelaskan. Hanya kita sahaja yang perlu ambil tindakan untuk "BUKTIKAN" kebenaranya yang di sebut sebagai "saksi" kenyataan. Bukankah kita di minta menjadi "saksi" ada nya Tuhan dan Rasul Nya?????

Mengupas kaji selidik ketentuan Qada yang di takdirkan dan keputusan Qadar yang di cadangkan memerlukan keuatan "iman" yang kukuh. Segala apa yang berlaku di realiti ini adalah pandangan Allah swt dengan pemerhatian Nya. Kita bebas membuat "pilihan" dari "takdir" yang berlaku dan mencari "peluang" dari "nasib" yang di tentukan. Sebab tidak akan berlaku sesuatu apa pun jika kita dan Allah swt tidak bersama membuat keputusan itu. Jadi "jodoh" bukan sesuatu yang datang untuk kita terima tanpa kebebasan memilih. "Jodoh" ini bukan sesuatu yang di suapkan untuk kita telan sahaja. Ada kuasa "lepas bebas" di situ yang boleh kita gunakan. "Jodoh" hanya satu hidangan yang di sediakan untuk kita buat "pilihan" dan mencari "peluang" hala tuju kita. 

Banyak yang telah menyalah gunakan "jodoh" ini sebagai alasan untuk martabatkan perbuatan mereka sebagai sesuatu yang shahih. "Dah jodoh" apa nak buat???? Seolah "jodoh" ini sebagai satu ketetapan yang berlaku tanpa sedikitpun dari perbuatan kita. Jadi hidup kita ini seperti satu mekanisma "robotik" yang sudah di program dengan software yang di tetapkan. Manusia ini sebenarnya lebih hebat dari segala ciptaan yang pernah di jadikan. Disinilah kita di beri kebebasan dari Tuhan untuk buat cadangan dan rancangan masa depan. Tuhan akan sentiasa mendengar "doa" kita dan makbulkan segala permintaan. Hanya kita sahaja yang menyangka Tuhan tidak pernah berada disitu dan beranggapan bahawa kita yang melakukan semua nya. Ayat "Alhamdulillah hirabilalamin" mempunyai rahsia yang tersembunyi. Jika kita tak kenal maka syaitan akan mengambil peluang itu untuk di jadikan milik nya.    

Rabu, 2 Januari 2013

Burung Kakak Tua

Burung kakak tua akan mengulangi segala apa yang di pelajari nya untuk di dengari. Laungan perkataan yang sama akan berkumandang untuk mengikut konsonan yang di tetapkan. Tetapi kita manusia itu tidak perlu mengikut perangai burung kakak tua ini. Sebab kita di beri "akal" untuk memperjelaskan tajuk asal setiap informasi yang di sebarkan "agama" tanpa mengubah setitik pun ayat yang tertera. Tetapi itu bukan bermakna kita perlu menjadi seperti burung kakak tua ini.

Halal dan haram sudah di tetapkan agama dan tidak boleh lagi di kelentong atau di putar belitkan.Tapi untuk mengistiharkan itu halal dan ini haram bukan "hak" kita sebagai "jawatan" yang di sandang. Agama telah mengatakan judi itu "haram" dan tugas manusia sebenar nya perlu menjelaskan mengapa judi itu haram dan tidak boleh di amal kan manusia. Ini lah tugas orang yang benar2 ingin memperjuangkan agama.Dalam tajuk "judi" ini, amalan judi ini seperti satu penyakit yang membawa banyak musibah hidup dari manfaat nya. Penyakit judi ini perlu di ubati. Sama juga dengan segala apa yang di haramkan agama.

Ini lah "penyakit" yang perlu pakar agama kita ubati. Jangan pergi kesana sini untuk mengulangi "haram" dan "halal" saja seperti burung kakak tua. Itu hampir semua orang sudah tahu. Yang penting kita perlu mencari "penawar" untuk mengubati penyakit2 ini. Bagaimana jangan tidak "sombong, riak, takbur, hasad dengki, iri dan lain2 nya. Mengubati penyakit "jiwa" ini perlu ada "penawar" nya dan agama telah sedia kan "ubat" itu yang tidak di sertakan kebanyakan pakar agama yang bersarban. Apa yang penting bagi mereka hanya laungkan halal dan haram sahaja di merata tempat. Tetapi "ubat" dan "penawar" untuk penyakit ini tidak pernah di jelaskan.Cuba tanya apa "ubat" untuk saya tidak melakukan perkara yang haram dan apa "penawar" agar saya selalu melakukan yang halal.

Jika seorang "pakar" hanya pandai menjelaskan "penyakit" tetapi tidak tahu untuk mengubati nya, apa kejadah semua ini. Kita manusia akan selalu melakukan kesilapan, tetapi kesilapan itu sepatut nya hanya sekali. Tetapi kenapa "silap" itu berulang kali di lakukan? Ini sudah menjadi "tabiat" dan tabiat ini sebenarnya adalah tenaga kuasa hawa "nafsu" yang perlu di sekat. Kerana itu agama mengajar kita manusia supaya "puasa" sebulan pada setiap tahun. Ini ada berkaitan dengan "ubat" atau "penawar" untuk diri kita yang berpenyakit. 

Agama kita telah di tutupi dengan selimut yang tebal. Amalan "syariat" terlalu menonjol sehingga hilang "keikhlasan" nya. Manusia lebih utamakan diri mereka di kenali sebagai "pak lebai" atau "pak kiai" di atas pentas hidup. Sarban yang berlilit di kepala seperti tabuan yang menyengat. Kitab Al Quran dan Hadith Rasullulah di jadikan "pedang" untuk menikam orang. Jika kita ajar si burung kakak tua itu untuk menghafal Quran mungkin makluk itu juga boleh jadi seperti "pak lebai" itu malah lebih tekun lagi di laungkan di setiap berkala.

Jihad untuk menyebarkan agama telah di istiharkan Rasullulah dengan protokol yang sesuai. Sebelum kita boleh menasihati orang lain, kita perlu menasihati diri kita dahulu dan selepas itu keluarga terdekat dan selepas itu masyarakat sekeliling. Untuk menjadi "khalifah" di atas muka bumi ini, kita perlu "imam" kan diri kita dahulu sebelum kita mengimamkan orang. Jika diri kita masih "porak perada" atau keluarga terdekat atau kampung sendiri, boleh kah kita melangkah keluar untuk jalankan tugas itu? Di sini lah "hinggap" nya burung kakak tua ini. 

Cari lah guru yang boleh mengubati penyakit jiwa kita supaya kita tetap berada di atas landasan Allah dan Rasul. Agama sekarang telah di ikat dengan "politik" sonsang yang tidak pernah tulus untuk membantu kesempurnaan agama suci kita. Mereka seperti "iblis" yang menyamar untuk menyesatkan kita. Apa guna nya "kulit" yang elok jika isi nya berulat. Ibadat yang kita lakukan bukan untuk di tayangkan untuk mendapat pujian manusia. Pemimpin yang sejati adalah ibarat "pelita" yang menerangi suasana di sekeliling nya.

Kegelapan adalah di mana manusia berjalan dengan meraba raba dengan hawa "nafsu" nya yang buta. Apabila setiap lorong yang di lalui mempunyai jerakap samar yang bertabur di merata tempat, setiap tapak kaki yang melangkah akan terpijak jerat kemungkaran yang di pasang syaitan. Sebab syaitan tahu manusia itu mempunyai harapan hawa "nafsu" yang berkeinginan. Jiwa manusia itu seperti satu  kehausan yang mencari seteguk air. Bukan kah syaitan amat mudah untuk hulurkan minuman itu di setiap gerai di tepi jalan. Yang penting pada syaitan supaya manusia minum air itu tanpa menyebut nama Tuhan, dan memuji diri nya yang menghulurkan air itu. 

Nikmat yang di salurkan syaitan membuat manusia hilang kesedaran sehingga lalai terlena dengan keseronokan. "Placebo effect" yang di beri syaitan sangat mujarab untuk hilangkan dahaga kehausan untuk ketika itu. Tapi sebenarnya manusia itu akan di landa tindak balas yang lebih membebankan. Ini untuk menekan manusia supaya terperangkap untuk mendapatkan seteguk lagi nikmat sebagai penyambung hayat. Apabila manusia hanyut di tolak arus kemungkaran, ia akan menjadi seperti satu "jawatan" yang di sandang.

Apabila manusia itu terjerumus di dalam lembah kemungkaran, datang hinggap pula si burung kakak tua ini yang melaungkan "azan" tentang "halal" dan "haram" di corong telingga. Si "pesakit" hanya di beri "diagnosis" tentang penyakit nya tanpa memberi sedikit pun "ubat" untuk menyembuhkan penyakit itu. Penyakit "silap" dan "sesat" ini sudah menjadi virus yang merebak di merata tempat. Ia seperti satu wabak yang mudah menjangkit. Kesilapan dan kesesatan perlu di lalui setiap manusia yang melalui lorong yang gelap ini. Pedoman dan panduan yang berkesan tidak pernah di pamirkan di papan tanda dengan nyata. Yang kerap berkelipan hanya "lampu isyarat" hukuman di setiap lorong untuk melancarkan perjalanan.

Apabila "silap" dan "sesat" sudah menjadi satu kemestian di dalam perjalanan hidup manusia, pedoman dan panduan hidup perlu di jelaskan dengan lebih terperinci. Tidak guna kita bersorak untuk jeritkan "sesat dan silap" jika kita tidak tahu untuk tunjukkan arah haluan yang sebenar. Manusia yang pernah "silap" atau "sesat" adalah orang yang mendapat "ilmu" yang lebih mantap dari orang yang tidak pernah melalui kesilapan dan kesesatan. Mereka lebih layak untuk menjelaskan keburukan dan kemungkaran sebab mereka pernah di latih di bidang itu.

Siapakah yang lebih benar dari burung kakak tua itu. Siapakah yang dapat jelaskan "cahaya" yang terang jika mereka tidak pernah berada di dalam kegelapan? Bukan kah kita perlu melihat "cahaya" itu di dalam kegelapan?  Kemana kah kesesatan itu apabila kita berada di dalam satu kawasan yang sama di mana Tuhan itu hanya SATU? Adakah Tuhan yang lain, yang lebih berkuasa?

Jadi siapakah "penyesat" itu yang perlu kita cari untuk kenal musuh yang tersembunyi di dalam selimut. Siapakah pembawa "penyakit" itu yang perlu kita jauhi agar tidak menjadi "pesakit". Lakonan jasad tubuh berpunca dari jiwa yang menjana tenaga itu. Jangkitan kuman yang merebak di dalam jiwa perlu kita ubati. Penyakit sombong, riak, takbur, hasad, dengki, iri, marah dan benci, perlu di cuci dan di kikis di dalam diri.

Manusia tidak akan dapat melihat kenyataan apabila mereka berada di dalam kebingungan. "Iman" di biarkan kelaparan tanpa memberi sesuap "ilmu" untuk di jamah. Siapakah yang lebih "pakar" untuk memberi "petunjuk"  dan "bimbingan' selain Tuhan yang maha Mengetahui? "Siratalmustaqim" itu selalu di sebut tetapi tidak di tuntut. Kita lebih rela menyerahkan kepada "burung kakak tua" untuk memberi syarahan. Microphone dan speaker menjadi alat pemberitahu sebagai peringatan atau amaran. Lalu di biarkan bersendirian mencari haluan.

Kami tidak pernah membenci "burung kakak tua" ini. Apa yang ingin kami protes adalah "akal" manusia itu jangan sekali di hambat atau di tambat. Sejarah agama memang penting untuk di ketahui. Tetapi kita di beri "akal" supaya berfikir dan mengunakan nya. "Akal" itu bukan untuk mengenal "sejarah" sahaja. Sejarah hanya pedoman untuk di jadikan bimbingan hala tujuan. Sejarah adalah kejadian masa lampau yang perlu kita jadikan panduan untuk masa depan.

Perjalanan di masa depan ini lah yang sepatut nya perlu kita gunakan dengan kebijaksanaan. Mencari jalan pulang bukan sesuatu yang mudah. Kita di lahirkan dengan penuh "hina, fakir, dhaif dan lemah."  Nikmat "kemulian, kekayaan, kepandaian dan kekuatan" perlu kita cari di merata tempat di atas muka bumi ini sebelum kita di kembalikan kepada bumi. Inilah cabaran yang perlu kita tempuhi di setiap detik masa. Hala tujuan mana kah yang perlu kita tuju untuk sampai di destinasi yang sepatutnya. Jalan dan lorong yang berliku penuh dengan semak samun untuk kita lalui. Dimana kah arah tujuan yang pasti? Tanpa GPS yang cangih kita manusia akan tersesat di perjalanan ini. 

GPS itu telah di pasang di dalam jasad tubuh kita. Hawa "nafsu" dan ingatan "iman" akan di jadikan  panduan perjalanan hidup. Jika kita tidak tahu mengunakan GPS ini, sudah tentu kita akan tersesat dan kesesatan itu akan memberi kita "ilmu" tentang kesilapan yang perlu kita hindari. Tetapi mengulangi kesilapan itu berkali kali adalah satu "tabiat" yang perlu di singkirkan untuk mencari "hijrah" perubahan. "Hijrah" ini lah di mana "akal" perlu di beri peluang menikmati suasana yang baru untuk di fikirkan. Keluar dari "tempurung" yang menutup "akal" fikiran kita. 

Menjadi "lembu yang di cucuk hidung" bukan sejarah yang pernah di tetapkan agama. Agama tidak pernah melarang manusia mengunakan "akal" fikiran, malah mengalak kan manusia supaya mengunakan nya. Jangan terperangkap menjadi sebagai "pengikut" seperti bayang bayang yang hanya boleh turut segala lakonan. Apakah itu matlamat Tuhan menjadikan manusia ini. Apakah kita perlu menjadi bayang bayang kepada "pengarah" yang memerintah?

Jadi kita perlu gunakan GPS yang ada di dalam diri kita. Hawa "nafsu" dan ingatan "iman" perlu di pandu melalui panduan Allah dan Rasul. "Iman" perlu di pandu oleh "tauhid" kalimah Allah swt dan hawa "nafsu" perlu di pandu oleh "sunnah" Rasullulah. Dengan GPS ini kita tidak akan tersesat di perjalanan hidup. Rasullulah di jadikan untuk sempurnakan hawa "nafsu" manusia dengan ingatan "iman" yang bertauhid kepada Allah swt.

Perhatikan keinginan hawa "nafsu" agar tidak bercangah dengan "sunnah" Rasullulah dan perhatikan kepercayaan "iman" agar ia tidak terpesong dari "tauhid" kepada Allah swt. Sebab di antara cabang ini ada "syaitan" yang menetap di celah nya. Syaitan duduk di antara "cahaya" dan "kegelapan" ini untuk mencari peluang menyesatkan manusia. Dinding "hijab" yang memisahkan "nafsu" dengan "iman" amat tipis. Di situ lah "ruh" dan "syaitan" berjuang untuk membawa manusia kearah yang di pilih "akal" fikiran.  

Edit 3.5.13
Kita sebenarnya cuba membentuk "identiti" diri dari setiap langkah yang kita lalui di perjalanan hidup ini. "Identiti" ini yang akan menjadi watak perangai peribadi ini seperti satu benih yang kita tanam di dalan jasad tubuh kita dengan segala "ilmu" yang kita perlajari dari perasaan dan ingatan kita. Setiap nikmat yang kita kecapi akan di serap hawa "nafsu" dalam jasad tubuh untuk di tuntut dan setiap ingatan akan menjadi asas kepercayaan "iman" untuk mencorak hala tuju yang akan kita lalui. Lima deria panca indera yang kita miliki mempunyai keinginan yang di pacu hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang di hakimi "akal" fikiran untuk di laksanakan. Pilihan yang kita buat dan peluang yang kita cari adalah "lakonan watak" yang kita persembahkan sebagai "identiti" diri kita di ketika itu.

"Watak" itu tidak semua nya dari "ilham" semula jadi dari diri kita sendiri. Ada "pengaruh" dari luar yang menyumbang hasrat dengan cadangan tertentu. Sebab keinginan hawa "nafsu" mempunyai kepentingan. Kadang kala kita menjadi "pelakon" sampingan yang di bawa "penerbit dan pengarah" sebagai "penasihat" tertentu untuk di persembahkan di khalayak ramai. Kita penjadi "PENGIKUT" pada arahan atau desakan orang lain. Mengapa kita tidak mahu menjadi "PEMIMPIN" yang mencorak arah tuju hidup kita? Perlu kah kita menjadi "BAYANG BAYANG" yang melakukan sesuatu dari apa yang di tunjukan? "Penasihat" ini tidak selalu nya jujur untuk beri kesejahteraan kepada diri kita. Sebab mereka tahu, hawa "nafsu" itu yang telah menjamah sesuatu nikmat akan menuntut nya lagi berulang kali seperti satu "tabiat".

Edit 4.5.13
Jika kita perhatikan "audio" dan "video" output dan juga input di ruang imaginasi kita, kita akan ketahui bahawa saluran itu mempunyai frekuensi yang berbeza. Suara yang kita lafazkan untuk berkata kata dan gambaran yang kita tangkap dari resepsi fahaman perlu di sunting atau "edit" oleh "akal" fikiran kita. "Ilmu" informasi yang di terima dari maklumat "pendengaran" hawa "nafsu" dan "penglihatan" ingatan "iman" perlu merujuk kepada "akal" fikiran di mana "ilmu" itu dapat di gunakan dengan berkesan. Peranan si Buta si Bisu dan si Pekak ini akan berkuat kuasa untuk terapkan pendirian kita sebagai "identiti" diri.

Setiap manusia akan selalu menjadi "pengikut" seperti "bayang bayang" apabila mereka tidak mempunyai kebolehan untuk mencorak langkah yang lebih baik untuk menjadi "pemimpin". Mereka akan menjadi "rakan kongsi" atau "partner" kepada "pemimpin" yang melancarkan agenda nya. Kita hanya boleh "ikut" atau "pimpin" di dalam satu perjalanan. Apabila kita tidak boleh jadi "pemandu" kita terpaksa jadi "penumpang" di dalam kenderaan itu. Ini lah apa yang berlaku kepada kebanyakan kita yang tidak mahu mengunakan "akal" fikiran di dalam semua perkara yang kita ingin lakukan. Kita sudah menjadi seperti "ayam di dalam sangkar yang di sogok dengan jagung atau dedak" dan tidak tahu mencari makan sendiri di alam nyata ini. Apa yang di katakan "burung kakak tua" ini sudah cukup untuk di telan.

Bukan kah yang "pandai" itu akan memerlukan yang "bodoh" untuk di guna pakai. Mereka tidak akan membiarkan kita menjadi "pandai" kerana kedudukan mereka akan tergugat. Jika kita manusia mengunakan "akal" fikiran untuk bertemu hakikat kebenaran, cita rasa keinginan dan fahaman ingatan kita perlu ada "keyakinan" tentang "sebab dan musabab" nya. Risiko dan akibat perlu di pertimbangkan untuk mengimbang dasar yang perlu di ambil untuk wawasan diri "identiti" kita. Jangan biarkan diri kita menjadi "hamba" kepada orang lain. Kebebasan untuk mencorak hidup perlu di lakukan dengan daya usaha kita sendiri tanpa terikat dengan peraturan yang menghalang kebebasan itu.

Soal kebebasan ini tidak akan berlaku jika kita memilih jalan yang telah di terapkan orang lain. Kita tidak akan "bebas" jika kita masih "kerja" di bawah pentakbiran orang lain. Kita akan jadi lebih "bebas" jika kita sendiri yang menguruskan perusahaan itu. Selagi kita berkerja, selagi itu kita di anggap "hamba" kepada sesuatu "tuan" yang memerintah. Selagi kita masih terjerumus di dalam kolam ini, selagi itu kita masih belum boleh di ikhtiraf sebagai orang yang "bebas" untuk menikmati kebebasan. Sistem perhambaan" ini telah di terapkan semasa zaman jahiliah dahulu. Sejak Nabi besar kita lahir ke bumi ini, Rasulullah telah membasmikan sistem "perhambaan" ini dan bebaskan manusia dari belengu itu. Agama Islam telah di jadikan untuk membebaskan manusia dari perhambaan ini dan berdiri dengan kudrat mereka untuk berjuang mencari harga diri. Nabi besar kita selalu terapkan "perniagaan" atau urus niaga untuk memberi setiap individu kebebasan.

"Slavery" ini telah berkuat kuasa sejak sekian lama lagi dan telah di naik taraf dengan ungkapan yang baru seperti "workforce", "human resources", atau tenaga kerja untuk menjana pengurusan sesuatu pentakbiran. Dari "perkerjaan" ini manusia akan di beri kemudahan untuk mendapat segala keperluan hidup. Di sini akan di wujudkan sistem "pinjaman" di mana manusia akan "terikat" dengan beban yang mesti di laksanakan. Jangka hayat kita semasa hidup akan di habiskan untuk membebaskan diri kita dari beban ini.

"Penjajahan" ini terhadap setiap individu akan berlaku jika kita tidak berusaha mencari jalan keluar. Perniagaan yang kebanyakan nya di usahakan oleh orang yang bukan "Islam" akan mentadbir pekerja mengikut atur cara nya sendiri yang tidak berpihak kepada peraturan Islam. Masyarakat kaum asing semakin gigih bertapak di tempat yang di kunjungi ramai seperti di bandar dan juga pekan. Mereka "berkuasa" di situ dengan tujuan untuk jadikan bangsa lain di bawah "telunjuk" mereka. Angan angan Umat Islam hanya tertumpu kepada "lambang" sahaja namun tidak sedikitpun usaha di gerakan ke arah berdaya saing di pentas "ekonomi" yang sangat di perlukan Islam. Islam di jadikan seperti "peminta sedekah" di merata tempat. Sedang "ekonomi" di serahkan kepada bangsa dan ugama lain untuk menguruskan nya.

"Mindset" masyarakat orang Islam perlu bangkit dan berhijrah kearah yang seperti mana Nabi besar kita cuba terapkan. Kebanyakan orang Islam "takut" untuk bermusuh dengan bangsa agama lain sebab mereka memerlukan "salur" di bawah naugan bangsa dan agama lain ini. Yang sibuk mencaci pekerjaan adalah mereka yang tidak mempunyai kepandaian dan juga kebolehan untuk menyara keluarga dengan daya usaha sendiri. Mereka lantang menyalahkan orang lain kerana kemunduran diri mereka sendiri yang tidak mampu melakukan sesuatu dengan sendiri nya. Mereka taat menziarahi "warong" di mana agen nombor ekor berkeliaran di situ. Nasib di serahkan kepada kemenangan loteri untuk mengubah atau meringankan beban hidup.

Nasib masa depan di serahkan kepada "penyangak" ini dengan mengutip wang titik peluh mereka dengan harapan dapat mengubah masa depan jika nombor itu naik seperti "dewa" yang di puja. Masyarakat golongan ini lah yang selalu memburukan pucuk pimpinan yang mengajak mereka kearah kemakmuran. Mereka lebih selesa di "jajah" dengan angan angan yang tidak pasti. Mengubah nasib sesuatu kaum perlu berlaku dengan membasmi fahaman kolot yang tidak nampak wawasan masa depan yang lebih cerah. Berapa lamakah kita harus duduk dengan menadah tangan?


Jiwa Islam belum wujud di dalam masyarakat kita. Apa yang lebih terpampang hanya adat resam kebudayaan yang di tititk beratkan. Jiwa Rasulullah tidak pernah di tunjukan dan terhakis hampir pudar. Pernah kah kita terfikir bahawa Rasulullah itu masih wujud dan telah di sembunyikan. Jika kita bertemu dengan sesiapapun baik ibu bapa, adik beradik, jiran tenangga, masyarakat sekeliling, kita memerlukan Rasulullah berada di situ. Bukan kah kita semasa bertemu dengan sesiapapun kita mencari Rasullulah di dalam jasad tubuh orang yang kita jumpa? Maksud nya bukan kah kita mengharapkan "KEJUJURAN, KEIKHLASAN, KEBENARAN, KETULUSAN, KEMESRAAN, KEBIJAKSANAAN dari orang yang kita jumpa dan bertemu. 

Sepasang kekasih akan memerlukan SIFAT ini untuk menjamin hubungan mesra mereka, Tanpa sifat sifat ini mereka akan di lambung ombak kecurigaan. Bukan kah kita mengharapkan SIFAT ini dari ibu bapa kita, adik beradik dan juga jiran tenangga? Begitu juga taukeh kedai yang kita berurusan semasa membeli barang. Bukan kah kita mengharapkan sifat sifat Rasulullah ini? Jika tidak ada SIFAT Rasulullah pada setiap orang yang kita temui, hubungan itu akan menjadi satu malapetaka kepada diri kita. Ada kah Rasulullah itu wujud di jiwa setiap insan yang kita temui? Itu lah apa yang kita semua sedang cari di dalam setiap pertalian persahabat atau perjanjian hubungan kepentingan. 

Tanpa sifat Rasulullah hidup setiap manusia akan terancam. Cari lah bayang bayang Rasulullah ini di mana sahaja kita pergi!!!!!!!!  



Edit 10.6.13

Ini lah yang tidak pernah di perjuangkan BURUNG KAKAK TUA ini!!!!!!!! Mereka sibuk dengan ancaman Halal dan Haram sahaja seperti agama Islam itu kepunyaan kerabat mutlak mereka. Mereka tidak pernah cuba mengisi umat Islam dengan sifat Rasulullah ini. Apa yang penting di setiap hari kelahiran Rasulullah, mereka akan terpekik di corong microphon untuk berteriak tentang Halal dan Haram sahaja. Tetapi sedikit pun usaha tidak di lakukan untuk mengisi sifat Rasulullah itu di dalam jiwa manusia. Ini lah kebanyakan "ulamak" di zaman ini hanya pandai berkokok. Mereka hanya jaguh di dalam kampung sahaja. Cuba lah perhatikan "ulamak" di zaman Islam dahulu. Kebanyakan mereka adalah pakar saintis yang terkemuka. "Ilmu" mereka di guna pakai setiap umat sehingga ke hari ini. Bangsa dan agama lain mengunakan "ilmu" pengetahuan mereka sehingga ke hari ini. Siapa itu Ibnu Sina!!!!!! Siapa itu Al Khawarismi!!!!!!! Siapa itu Al Musudi!!!!! Siapa itu Ibnu Haitham!!!!! Al Jabir!!!!! Al Qasim!!!!!!!! MEREKA ADALAH PAKAR ALAM SEMESTA!!!!!!!!!!!!! Dunia barat megunakan "ilmu" mereka untuk manfaatkan umat manusia!!!!

Tetapi apa yang "BURUNG KAKAK TUA ini hanya lakukan? Mereka hanya pakar BERCAKAP tetapi tidak pandai MEMBUAT. Pandai CAKAP tetapi tidak tahu BUAT ini apa kejadah nya????? Mengapa mereka tidak mempunyai "ilmu" untuk ISI diri manusia menjadi seperti Rasulullah? Yang berjaya mereka lakukan hanya BERLAKON dengan sarban dan jangut!!!!! Tetapi sifat JUJUR, IKHLAS, BENAR, BIJAK, TULUS, tidak pernah mereka laksanakan. Topeng yang mereka pakai di khalayak ramai hanya seperti IBLIS yang cuba memesongkan umat manusia. Tidak pernah ada kejujuran untuk membawa manusia menjadi seperti Rasulullah. Tetapi yang paling PELIK apabila mereka cuba musnahkan apa yang telah di bangunkan. Kejayaan yang di kecapi umat manusia cuba di hapuskan dengan huru hara dan berpecah belah. Apabila NIKMAT itu cuba di hapuskan!!!! Mereka sudah menjadi seperti IBLIS yang datang kan kerosakan. Mereka bersekongkol dengan musuh musuh ISLAM untuk memegang "KUASA" yang mereka tidak tahu KUAT KUASAKAN. Ini lah "ulamak" di zaman ini. Kalimah Allah di GADAI!!!!!! Kesucian Nabi Muhammad Di NODAI!!!!

Pemikiran umat Islam perlu berubah memandang dunia ini dengan lebih proaktif. Ilmu sains perlu di jadikan asas kehidupan sebab apa yang di sediakan "science" sebenarnya "knowledge" yaitu ILMU yang di miliki Allah swt. Kebijaksanaan atau "intelligence" para saintis adalah SIFAT Rasulullah yang ada pada mereka!!!!!!!! Sebab itu mereka dapat mengenal alam maya ini dengan lebih terperinci. Umat Islam jangan takut mendekati ilmu "science" yang ada ini sebab kajian itu bermula dari kepakaran "ulamak" ISLAM terkemuka. Kita umat ISLAM berhak mendapat "ilmu" yang di asaskan para ulamak Islam. ILMU SAINS bermula dari Islam!!!!!!!! 

AL QURAN di turunkan BUKAN untuk di nyanyikan dengan lagu dan nada!!!!!! Ayat ayat itu perlu di kaji dan hayati dengan meminta pedoman dan bimbingan dari Allah swt yang sentiasa berada di situ untuk di RUJUK. Sifat sifat Rasulullah perlu di aktifkan semasa bermunajat kepada NYA. "AKAL" yang di beri kepada setiap manusia perlu di DIDIK dan di BIMBING oleh ZAT yang Maha Berkuasa. Kita perlu berhubung dengan Allah swt dalam setiap detik waktu. Bukan hanya di tikar sembahyang sahaja. Allah swt bersama kita dalam setiap waktu, hanya kita sahaja yang putuskan hubungan itu!!!!! Bukan kah kita perlu INGAT kepada Allah swt dan jangan biarkan diri kita LUPA kepada NYA.

HATI manusia di jadikan dengan martabat yang paling tinggi!!!!! Jika manusia tidak tahu mengunakan HATI ini dengan penuh bijaksana, mereka akan kecewa di tipu syaitan supaya berpaling pada tumpuan yang selain Allah swt. Inilah kelemahan kita yang perlu di perbaiki. HATI setiap manusia adalah "satelit" untuk setiap hamba berhubungan dengan  diri NYA. Jika kita gunakan HATI itu untuk tujuan lain, maka syaitan akan ISI sesuatu di situ supaya kita terpesong dari mengingati Allah swt.  Renungkan lah!!!!!!!! 

Edit 5.8.13

Apabila "hati" di jadikan sebagai "satelit" untuk berhubung dengan Allah swt, di situ seruan "salam" untuk persembahkan hasrat di lakukan dengan "niat" untuk mendapat pengiktirafan dan perhatian Allah swt. Protokol ini perlu kita ketahui untuk sempurnakan atur cara "hijab kabul" yang di tetapkan. Kita manusia berhubungan dengan Tuhan mengunakan daya "ingatan" yang di pandu "iman" dengan segala "ilmu" yang kita ada pada "akal" fikiran kita. Untuk berurusan dengan Allah swt, kita manusia perlu faham sistem pentadbiran yang telah di tetapkan sebelum merayu atau merujuk dengan "doa" yang di pohon untuk mendapat "pertunjuk" dan "bimbingan" dari Nya. Ini yang penting kita ketahui. Sebab Allah swt telah turunkan kuasa kepada alam ini untuk kuat kuasakan pengurusan dengan sistem "sebab dan musabab" yang telah di tetapkan. Kuasa "sebab dan musabab" ini amat penting untuk kita pelajari sebelum kita membuat apa apa permintaan atau doa.

Jika kita gagal untuk memahami sistem "sebab dan musabab" yang telah di turunkan kuasa kepada alam ini, kita akan gagal untuk mendekati kuasa kudrat dan iradat Nya. Permintaan doa kita kepada Allah swt melalui "hijab" tabir yang berlapisan sebelum sampai kepada Nya. Apabila Allah swt itu melihat, itu tidak bermakna Allah swt akan sentiasa memandang. Jika Allah swt itu mendengar, itu tidak bermakna Allah swt akan sentiasa menyahut seruan kita. Dinding pelapis "hijab" ini yang perlu kita kenal pasti untuk mendapat perhatian Allah swt. Hubungan yang cuba kita jalin kepada Zat yang Maha Berkuasa perlu melalui "protokol" yang tertentu sebelum permintaan kita di beri perhatian. Apakah "protokol" itu??????   

Allah swt mempunyai banyak "setiausaha" yang mengendalikan urusan pentadbiran Nya. Segala informasi maklumat yang ingin di sampaikan di salurkan oleh para malaikat yang bertugas dalam urusan yang sudah di tetapkan. Amal perbuatan kita akan menjadi rujukan oleh para malaikat untuk kenal pasti hakikat budi perkerti. Tetapi "hati" manusia adalah satu sudut khas yang mempunyai saluran yang boleh berhubung terus kepada Allah swt. Apa yang tersurat dan tersirat di dalam "hati" manusia sangat di perhatikan Allah swt untuk "melihat" bahasa yang kita tuturkan apabila lidah kita berkata kata. Bahasa tanpa huruf dan suara ini tidak pernah berbohong. Bahasa "niat" kita adalah bahasa yang sejati dan tulus ikhlas. Ini yang di perhatikan Allah swt.

Rahsia yang ada di dalam "hati" ini lah yang mencipta segala kejadian di realiti. Sebab manusia bergerak melakukan segala urusan dengan "niat" yang tertentu yang selalu di makbulkan Allah swt. Bukan kah Allah swt sentiasa menjawab dan makbulkan segala permintaan kita dalan sekelip mata????? Ini lah yang kita manusia perlu kenal dan ketahui "pintu" yang sentiasa terbuka untuk Allah swt melihat dan mendengar. Jika kita sudah kenal urusan Allah swt yang sentiasa memberi perhatian kepada "hati" manusia, bukan kah kita perlu cuci dan bersihkan "hati" itu untuk jadikan tempat kita menjemput Allah swt "bermesyuarat" dalam segala urusan??? Sekeping "hati" ini lah yang manusia ada untuk mendapat "nikmat" dan juga "bencana" kepada jasad tubuh kita.

Jasad tubuh manusia hidup dengan perasaan yang ada di dalam "hati" nya. Perasaan yang ada di dalam "hati" yang buat manusia melakukan segala perkara untuk hidup di atas muka bumi ini. Shurga dan neraka sudah wujud di dalam diri kita dan sentiasa memberi kesan kepada jasad tubuh. Perasaan sedih dan gembira sering bertukar ganti. Tunjukan lah di mana ada manusia yang sentiasa merasa sedih selama lama nya dan tidak pernah menjamah perasaan suka dan gembira. Dan di manakah manusia yang sentiasa merasa gembira selama lama nya tanpa merasa sedih dan duka lara. Bukan kah "hati" itu tempat untuk menerima balasan???? Segala nikmat dan bencana perlu di rasai sekeping "hati" ini. Bukan kah Allah swt sentiasa membalas amalan setiap hamba hamba Nya??? 

Edit 14.3.14

Kekuasaan Allah swt memenuhi langit dan bumi di mana kuasa "air, api, angin dan tanah" telah di anugerahkan kepada empat anasir ini untuk di kuat kuasakan dengan "sebab dan musabab" sebagai sunnatullah Nya. Langit dan bumi ini telah di beri "kuasa" untuk bertindak mengikut atur cara nya. Atur cara ini banyak di kaji oleh para saintis dan ahli fizik sehingga mereka terfikir bahawa tidak perlu ada campur tangan Tuhan dalam urusan alam semesta ini. Semua ini boleh bergerak dengan sendirinya dengan "sebab dan musabab" tanpa perlu Tuhan melaksanankan nya untuk menjaga keharmonian nya.

Apa yang di katakan para saintis terkemuka sebenarnya adalah kebenaran dari apa yang berlaku. Sebab Allah swt adalah Tuhan yang Maha Bijaksana. Tidak perlu lagi di tokok tambah atau di ubah suai kepada apa yang telah di jadikan. Sains dan teknologi Allah swt amat luas tanpa batasan untuk di ukur dengan minda fikiran kita.  Kuasa yang telah di turun kan kepada langit dan bumi ini perlu kita sebagai manusia pelajari dengan kajian sains terkini. Sebab segala "ilmu" yang ada ini adalah kepunyaan Allah swt walaupun di tadbir oleh kebanyakan kaum kafirin.

Bukan kah sewaktu Nabi Adam di jadikan, dia telah di beri "ilmu" sehingga dia boleh menjelaskan perkara yang tidak pernah di ketahui oleh para malaikat semua nya. Kebijaksanaan Nabi Adam ini lah yang membuat setiap manusia mempunyai kebolehan untuk memajukan diri di atas muka bumi ini. Manusia telah di beri kepandaian untuk mencipta "alat" dan "perkakas" untuk kesejahteraan nya di atas muka bumi ini sebagai "khalifah" yang di utus. Setiap "alat" dan "perkakas" yang manusia cipta akan mendatangkan manfaat dan juga bencana jika manusia itu tidak pandai mengukur kebolehan kuasa "sebab dan musabab" yang telah di turunkan kuasa kepada langit dan bumi.  

Inilah apa yang sepatutnya menjadi kepandaian dan kebolehan setiap manusia. Inilah "hukum hudud" yang telah di istiharkan supaya manusia mematuhi. "Ilmu sains" setiap kuasa "sebab dan musabab" ini perlu di kuasai setiap manusia jika ingin menjadi "khalifah" di atas muka bumi ini. Lihat lah kebanyakan bencana yang menimpa setiap manusia sehingga bertemu ajal nya adalah dari sebab "alat dan perkakas" yang di cipta manusia itu sendiri. Jika kita mati di langgar kenderaan yang manusia cipta, apakah kita patut menyalahkan Tuhan dalam semua perkara ini??? Apabila sebuah kapal terbang telah hilang entah kemana, segala "alat dan perkakas" cangih yang di cipta dengan kebolehan sains dan teknologi masih gagal untuk menjejaki kedudukan nya. Dimana kah kecangihan sains dan teknologi yang selalu di jadikan kebangaan itu??????

Nampak nya kuasa Allah swt yang meliputi segala anasir "air, api angin dan tanah" tidak dapat di kuasai oleh kecangihan "sains dan teknologi yang manusia perolehi. Sains dan teknologi yang terkini masih di tahap yang terendah untuk di bandingkan dengan "hukum hudud" alam semesta. Apakah kita masih sibuk untuk menjadi seperti burung kakak tua itu yang hanya pandai mengukur "halal dan haram" sahaja?? Soal "halal dan haram" telah di tentukan oleh Allah dan Rasul nya dan kita sebagai manusia yang akan menentukan nya di setiap situasi dan keadaan. Kita beribadat kepada Tuhan Alam Semesta dan bukan kepada manusia yang melata di sekeliling kita. Ilmu "halal dan haram" yang di pelajari bertahun lamanya sehingga mendapat pengikhtirafan memegang jawatan untuk menghambat segala manusia dengan pedang "halal dan haram" nya. Apakah tugas Rasulullah masih belum selesai sehingga perlu di jawat oleh sesiapapun???  

Tugas "khalifah" yang sepatut nya di sandang oleh setiap manusia di abaikan tangung jawab nya, lalu mahu memegang pula jawatan Rasulullah. Diri sendiri masih belum dapat di urus dengan sempurna sudah melangkah pergi keluar kampung halaman sedang ahli kekuarga sendiri terbiar gelandangan. Tugas kita sebagai "khalifah" di atas muka bumi ini masih belum di sempurnakan. Sudahkah kita menjadi "khalifah" kepada diri kita sendiri???? Yaitu jasad tubuh kita??? Bagaimana mungkin kita boleh capai tahap kesempunraan Rasulullah jika diri kita sendiri masih huru hara??? Sudah kah kita mengenal "hukum hudud" alam semesta ini untuk melangkahkan kaki di atas muka bumi ini??? Rasullulah telah menakluki "hukum hudud" alam semesta ini apabila dia di nobat sebagai "seru sekalian alam" di mana segala rahmat yang ada di langit dan bumi tunduk dengan perintah nya. Sifat dan watak yang ada pada Rasulullah dapat menundukkan kuasa "sebab dan musabab" yang ada di alam semesta ini. Ilmu "Laduni" yang di miliki Rasulullah terlalu tinggi untuk di kuasai alam semesta. Rasulullah memiliki "ilmu sains" alam semesta yang tidak pernah di miliki oleh sesiapapun. Amat rugi manusia yang tidak mahu mempelajari "ilmu sains" Rasulullah ini yang nmenjadi "khalifah" seru sekalian alam.

Sesiapa yang tidak mahu mengenali Rasulullah, tidak akan dapat mengenal Allah swt. Hanya Rasulullah sahaja yang dapat memperkenalkan kita kepada Allah swt. Jika Rasulullah tidak ada di samping kita, Allah swt tidak akan memandang diri kita. Wajah kita tidak akan berseri, jika Rasulullah tidak berada di situ. Jangan sampai kita menjadi burung kakak tua yang hanya pandai bercakap tetapi tidak serupa bikin. Segala amal ibadat kita tidak di perlukan Allah swt melainkan untuk kesejahteraan diri kita sendiri. Allah swt Maha Agung yang tidak memerlukan suatu apa pun. Jangan lah kita menganggap bahawa amal ibadat kita itu untuk kepentingan Allah swt. Sudah ada berbillion malaikat yang sujud dan rukuk kepada Nya. Tetapi ada sesuatu yang akan di lihat apabila seorang hamba itu datang mengadap kepada Nya. Adakah Rasulullah berada disitu yang menjadi "khalifah" kepada seru sekalian alam???

Edit 18.3.14

Kewarasan manusia perlu di kekalkan untuk membezakan kita dari segala makhluk yang pernah di cipta Tuhan. Kita tidak semesti menjadi seperti malaikat yang suci atau juga haiwan yang hina. Sifat kelakuan manusia ini sangat "unik" yang perlu kita buktikan kepada Tuhan. Tuhan tidak mahu kita pergi menyembahnya seperti patong yang bernyawa. Kita perlu tahu mengapa Tuhan ini patut di sembah. Jawapan ini perlu kita cari demi mencapai tahap keikhlasan yang tinggi. Jangan sampai kita menjadi "lembu yang di cocok hidung". Kebesaran Tuhan perlu kita kenali. Kekuasaan Nya perlu kita rasai. Kasih sayang Nya patut kita nikmati. Keistimewaan manusia perlu di tonjolkan apabila kita di minta beribadat kepada Nya. Kedegilan hawa "nafsu" yang pernah mengingkari keagungan Tuhan, perlu kita buktikan dengan "iman" yang kukuh. Ketaatan kita bukan sekadar mencukupkan syarat. 

Allah swt bukan Tuhan yang boleh kita perlekehkan dengan berpura pura. Setiap "niat" yang di timba akan tercurah di lantai perbuatan. Kekaguman Tuhan terhadap amal perbuatan kita perlu di persembahkan. Kita perlu membuktikan bahawa kita dapat mengenali Dia dengan penuh keinsafan. Jangan sampai kita meminta kepada Nya seperti seorang Tuan yang memerintah. Setiap doa yang dipinta perlu ada tertib keaiban. Si fakir tidak sepatut nya mendesak menuntut "hak" yang tidak pernah di punyai. Peminta sedekah yang angkuh sangat di benci dan di keji. Tuhan tidak akan melayan hawa "nafsu" kita selagi "iman" kita tidak berdiri sebagai saksi jaminan. 

Kelainan ini perlu kita pamirkan di setiap amal perbuatan. "Ibadat" yang perlu kita lakukan mesti ada kelainan dari makhluk yang lain. Sebagai manusia kita perlu buktikan bahawa Tuhan tidak seperti kita yang mempunyai penuh kehinaan dan kelemahan. Dengan kelemahan dan kehinaan itulah kita merujuk kepada Nya untuk buat berbezaan. Setiap detik di laluan masa, kita masih perlu mengharap bimbingan dan pertunjuk Nya. Bahasa Tuhan perlu kita fahami. Dia bukan sesuatu yang tidak boleh di hubungi. Pintu Nya sentiasa terbuka. Hanya kita yang tidak pernah mahu menjengok.    

Apakah kita mengharap akan sentiasa di suap dengan penuh keseronokan nikmat tanpa perlu menjamah sedikit azab sengsara???? Azab sengsara itu sebenar nya cara Tuhan memujuk kita supaya sedar kembali. Sebab itu hawa "nafsu" itu di jadikan dengan susut nilai dan perlu di tambah nilai. Kesedaran kita tidak pernah kekal dan akan hanyut di ruang arus kenyataan. Manusia akan terlupa dalam seketika dan perlu di ingatkan berulang kali sejenak. Talian itu selalu terputus namun Tuhan tidak pernah menutup hubungan. Sebab Allah swt tahu kita akan selalu mengharapkan bantuan. "Pintalah nescaya AKU beri!!!!!!!"            


Edit 16.5.14

Jangan kita menjadi orang yang pandai bercakap tetapi tidak tahu membikin. Pandai bercakap tetapi tidak tahu buat satu apapun bukan "agama" yang cuba di sampaikan Rasulullah. Jika kita ternampak orang seperti ini, kita perlu jauhkan diri dari nya. Sebab mereka ini sebenarnya pembohong. Tidak "sah" perkataan yang kita "hafal" jika tidak pernah kita amalkan. Itu hanya satu "saranan" atau "cadangan" yang kita tidak pernah tahu akan kesan sebenar nya. Penyakit pandai bercakap ini akan merosakan kehidupan kita. Jadilah orang yang pandai mencipta atau buat sesuatu dengan berkesan. Sebab "akal" yang di beri Tuhan bukan untuk ikut saja apa yang di sarankan oleh orang lain. "Akal" itu sebenarnya untuk "mencipta" sesuatu yang boleh merubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Bukan kah Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri ingin mengubahnya????? "Kemajuan Umat" perlu di praktik kan dengan amalan yang tekun. Kita perlu "cipta" setiap "ubat" untuk segala "penyakit" yang ada. 

Nampak nya kita hanya menghabiskan "masa" dengan bertiup sangka kala. Tidak ada sesuatu yang pasti yang cuba kita lakukan tetapi hanya bercakap di setiap penjuru alam. Kita perlu ingat bahawa tugas kita sebagai "khalifah" di atas muka bumi ini adalah sesuatu yang "wajib" kita laksanakan sebelum kita berdakwah sebagai "Rasulullah" di merata alam. Jangan sampai kita menjadi seperti "pengemis" di jalanan yang mengharapkan belas kasihan orang ramai. Bagaimana kita ingin "bersedekah" jika kita masih menadah tangan. Orang seperti ini sebenarnya tidak jujur untuk kemajuan umat nya. Mereka sebenarnya masih mementingkan diri mereka sendiri apabila mereka tidak mampu untuk membantu orang lain. Setiap saintis, doktor, peguam dan pakar pakar yang lain masih perlu amalkan (practice) apabila mereka telah mendapat "ilmu" pengkajian mereka. Mereka masih menguji dan kaji setiap apa yang mereka telah tahu. Jadi apa yang di amalkan (practice) pakar agama ini hanya "cakap" seperti "burung kakak tua" tetapi kurang mengkaji "objektif" atau matlamat utama "ilmu" agama itu untuk di sampaikan. Apakah Rasulullah hanya duduk bercakap saja sepanjang waktu semasa dia menjadi Rasul. Rasululllah "berdakwah" dengan amal perbuatan nya dan tunjukan "bukti" dan "fakta" apa yang ada pada "ilmu" pengetahuan nya. Sifat Rasulullah lah "akhlak" yang tidak pernah di miliki oleh sesiapa pun dan itu lah apa yang "umat" di ketika itu nampak dan akur "menyerah diri" kepada Rasulullah. Agama Islam adalah "akhlak" Rasulullah. Sesiapa yang ingin menyebarkan Islam perlu sebarkan "akhlak" Rasulullah ini ke pelusuk alam. Islam bukan "hukuman" tetapi "pencegahan". Islam bukan keganasan tapi belas kasihan. "Akhlak" Rasulullah inilah "penawar" segala "penyakit" sosial yang ada.

"Burung kakak tua" yang pandai "bercakap" saja ini, boleh kita lihat di merata tempat macam "sarkas" (circus) dengan ceramah "dakyah" nya tetapi bukan "dakwah" yang sepatut nya. Jikalau seorang "doktor" hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu mengubatkan penyakit, "kedoktoran" nya masih di tahap "teori" yang belum terbukti fakta nya. Jika seorang "jurutera" hanya tahu mekanisme jentera tetapi tidak tahu membaiki kerosakan jentera, "kejuruteraan" nya masih di tahap "apprentice". Banyak bercakap tapi tak banyak buat dah jadi "pesta" yang di kerumuni. Dakwah ulamak terdahulu dengan "ilmu" dan harta kekayaan untuk di sedekahkan dengan "keikhlasan" yang tulus sehingga masyarakat terpikat dengan keimanan. Tetapi dakyah ulamak di zaman ini mengharapkan kekayaan dan imbuhan sehingga masyarakat bingung dan tersasar.  Kita sangat rindukan Rasulullah!!!!! Dahagakan keindahan sinar Islam untuk menerangi suasana alam.                

Tetapi mengapa yang keluar dari pusat pengajian agama dengan pangkat ijazah yang maha tinggi, hanya duduk bercakap sahaja di atas kerusi??????? Ini boleh itu tak boleh sahaja fatwah yang dapat di keluarkan dengan lawak komidi untuk kita ketawa. Tetapi jauh di lubuk "hati", kita sedang derita dengan kesakitan yang semakin membisa. "Umat" kita masih tenat menanggung kealpaan yang samar. Mengapa segala "penyakit" yang ada pada "umat" ini tidak mereka ubati dengan berkesan????? Bukan kah Nabi Muhammad boleh buat orang yang zalim itu tunduk kepada nya dengan "menyerah diri"????? Nabi Muhammad bukan "bomoh" yang mengunakan "jampi serapah" untuk memukau orang dengan hiburan seketika. Nabi Muhammad dapat lemahkan orang yang ganas dengan perwatakan nya yang mulia. Sebab Nabi kita adalah seorang yang Benar dengan segala perbuatan nya tanpa perlu helah muslihat. Nabi kita berdakwah dengan "sifat" dan "watak" untuk menunjukan "akhlak" yang baik. Contoh tauladan nya adalah bukti dan fakta yang nyata. Dimana pergi "akhlak" Nabi Muhammad kita????????? Jika Nabi kita sudah tiada, adakah "bayang bayang" Nabi yang masih tertinggal. Hanya orang yang membawa "kitab Rasulullah" ini sahaja yang dapat melihat di mana Nabi Muhammad itu berada. Apabila berpoligami untuk berkahwin empat, si burung kakak tua ini yang dahulu cukupkan syarat. yang lain dari sunnah nya tidak di ambil peduli. Jadi orang ini sebenarnya ingin memuaskan hawa "nafsu" mereka sendiri. Bukan meluaskan ingatan "iman" mereka.

Pernah kamus barat meletakan bangsa "melayu" bangsa yang paling malas di dunia ini. Yang pandai hanya bercakap di kedai kedai kopi dan warung di jalanan. Tidak ada siapa dapat mematahkan hujjah nya seperti "peguam" yang membela nasib orang lain. Tetapi secara "fakta" nya , kopi secawan yang di minum itu mengharapkan orang lain yang membayar nya. Diri dia sendiri masih dhaif dan tidak terurus untuk di majukan. Bangunlah bangsa ku!!!!!!!!!! Kita tidak boleh lagi di tindas begitu rupa. Tanah yang kerajaan beri supaya kita usahakan , habis di jual kepada bangsa lain. Projek untuk majukan rakyat di rampas kaki tangan yang perakus. Peruntukan yang di beri, habis di kebas kontraktor yang di khaskan. Nasib anak bangsa melayu masih tercicir di aniayi bangsa sendiri. Memikiran rakyat di bendung dengan "fitnah dan hasutan" supaya percayakan hayalan. Realiti di padamkan supaya hakikat kenyataan begitu samar. Anak anak remaja merempit dengan motosikal 100cc untuk memecut dengan kuasa 1000 cc.  Fantasi ini telah merebak di alam nyata untuk jadikan realiti.

Mengapa kita masih bermimpi di siang hari??? 70 % dari ekonomi bumi tanah melayu ini sudah di cengkam bangsa lain. Kita masih mengigau untuk mencapai wawasan yang tidak mungkin tercapai. Apakah kita masih ingin untuk di jadikan hamba abdi kepada bangsa lain untuk menjajah akal fikiran kita. Tidak mungkin kita dapat bersuara jika kita terpaksa masuk kerja di dalam firma peniagaan mereka. Suatu hari nanti mereka akan melarang corong masjid untuk melaungkan azan. Suara "haiyaallal FALAH" tidak akan kedengaran. Marilah kita menuju kemajuan!!!!!!     

Edit 10.9.14

"Mengaji" sememang nya di perlukan untuk mengenal segala "ilmu" yang di sajikan informasi maklumat. Apa juga ayat Al Quran dan Hadith yang di sertakan perlu di "hafal" sebagai ingatan "iman" untuk di percayai dan di yakini. Namun, kita tidak boleh hanya setakat menghafal segala ayat dan dalil yang di kemukakan. Itu hanya tujuan untuk ingatan "iman" kita mempercayai nya dengan "mengaji" segala "ilmu" itu. Sebalik nya "akal" yang di berikan kepada setiap manusia itu perlu di gunakan untuk "mengkaji" segala maklumat. Kita perlu memahami "erti dan maksud" yang cuba di sampaikan. Apa yang tersurat dengan kenyataan ada yang tersirat dalam kandungan nya. Janganlah kita jadi seperti "burung kakak tua" itu yang mengulangi setiap perkataan yang di pelajari tanpa menyelami "erti dan maksud" yang sampaikan. Mengulangi setiap ayat dan dalil itu tidak menunjukan kepandaian kita. Itu sudah banyak yang tahu dan sudah belajar dan tidak perlu di ulang untuk tunjukan kepandaian. "Akal" yang di berikan kepada manusia bukan hanya untuk setakat itu sahaja. Jika semua orang yang sudah belajar "ayat dan dalil" itu hanya menyebut untuk di dengarkan kepada orang lain yang sudah pun tahu dan belajar perkara itu, maka tujuan nya hanya untuk menunjukan kepandaian apa yang telah di pelajari sahaja. Agama Islam bukan untuk tujuan itu. Kita telah tersasar dari jalan yang sebenar. Agama Islam bukan untuk di jadikan seperti "burung kakak tua" itu.

"Akal" kita telah di salah gunakan untuk tujuan sebenar. "Ilmu" Allah swt sangat luas dan tidak berbatasan. Jangan sekali kali kita cuba menyekat kebolehan "akal" fikiran kita untuk melangkah lebih jauh lagi. Apabila Tuhan itu tidak pernah kelihatan, "akal" fikiran kita perlu mampu "mengesan" kehadiran Nya di setiap ketika. Tidak cukup hanya sekadar tahu Al Quran dan Hadith sahaja tetapi "isi" kandungan nya tidak di istiharkan dengan amalan yang nyata. Setiap bahasa yang berhuruf dan bersuara hanya untuk di dengari khalayak ramai. Tetapi Tuhan tidak memerlukan huruf dan suara itu. Jangan kita beranggapan bahawa kita sudah cukup sempurna untuk duduk di hadapan jika kita tidak mempunyai kepakaran dalam urusan "ehsan" mendapatkan perhatian Tuhan.   

Walaupun Rasulullah tidak mempunyai "kuasa" untuk buat seseorang itu "beriman" dengan dakwah agama nya, tetapi Rasulullah berjaya membawa mereka di hadapan "pintu" rumah Allah swt dengan "akhlak" peribadi nya yang sangat mulia. Tugas nya sebagai Rasul yang di utus hanya satu jawatan yang di sandang dengan penuh "keikhlasan" tanpa menyoal "hak" Allah swt yang Mutlak dari semua hamba-hamba yang akan di pilih. Soal "keimanan" ini bukan sesuatu yang boleh di sumbat untuk di telan begitu saja. Di manakah di antara "umat" itu yang benar benar mengharapkan belas kasihan Allah swt. Rasulullah hanya mampu membawa "tetamu" di dalam jemaah naungan Allah swt dengan hiba kesedihan bukan riang kegembiraan. Allah swt lah yang akan menentukan siapa "tetamu" Nya dan bukan Rasulullah.

Tanpa "keikhlasan" tidak ada sesiapa yang akan di pandang Allah swt, walau sebanyak mana amal kebaikan nya. Keinsafan inilah yang buat Rasulullah begitu "reda" bahawa dia tidak mempunyai daya upaya melainkan dengan keizinan Nya. Apabila Rasulullah di tanya Malaikat Jibril a.s. tentang kerasulan nya, Rasulullah menjawab, "Lahaulawalakuwataillah billah" sehingga buat Malaikat Jibril hiba menanggis kesyukuran dan menyebut "Benar engkau wahai Amin Nur Mukminin!!!!" Hanya Rasulullah sahaja yang tahu jawapan yang sebenar dari semua lain utusan Nabi dan Rasul yang pernah di kirim.

Kita sebagai hamba yang di cipta Allah swt tidak mempunyai "hak" untuk menentukan "kafir" atau "muslim" nya seseorang itu. Itu "hak" mutlak Allah swt dan tidak boleh sesiapa juga mempertikaikan nya. Sebab sifat Maha Pengampun ini kepunyaan Allah swt dan hanya Dia yang menentukan dengan sifat Maha Mengetahui Nya dan juga Maha Pemurah Nya.  

Jika orang yang "kafir" kan orang lain belum terbukti "muslim" nya, dia akan di anggap telah menafikan "hak" Allah swt yang Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Tidak perlu kita mengancam dia melakukan "taubat" sebab "taubat" itu juga adalah penelitian Allah swt dan bukan manusia. Ini bukan soal "lafaz" yang di sebut dengan "huruf dan suara" yang boleh di dengari. Ini adalah urusan Allah swt yang tidak perlu kita masuk campur. "Niat" di hati manusia adalah cermin yang di lihat Allah swt dan termasuk urusan ghaib yang bukan urusan kita. Kita di "amanah" kan supaya melihat kelakuan manusia untuk mencegah kemungkaran dan menegakkan kebaikan dengan "ikhlas" untuk beribadah kepada Allah swt. Kita masih "dhaif" tentang apa yang Allah swt rancang untuk masa depan dan hari kemudian. Mudah mudahan kita mendapat petunjuk di jalan yang benar di mana "siratalmustaqim" itu. Langkah pertama ke arah itu adalah bermula dari diri kita sendiri.  

Edit 9.12.14

Mengapa mereka gambarkan Allah swt itu seperti sesuatu yang ganas dan zalim penuh dengan hukuman dan seksaan. Tetapi sifat Maha Pengasih dan Penyayang Allah swt mereka sorok dan sembunyikan di dalam kitab untuk tidak di sebarkan. Al Quran dan Hadis mereka gengam seperti "pedang" yang membuat kerosakan dan pertumpahan darah, Inilah apa yang pernah di khuatiri para malaikat ketika Adam mahu di jadikan. "Bukankah mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah." Tetapi Allah swt berfirman. "Aku lebih tahu apa yang engkau tidak ketahui." Jadi apakah rahsia itu yang tidak kita ketahui. Bukankah Allah swt tahu Dia akan utus seorang Rasul di akhir zaman yang bernama Muhammad untuk membawa kitab dan sempurnakan "akhlak" yang baik. Perhatikanlah SIFAT" Muhammad itu!!!!!! Inilah sunnah nya yang perlu kita contohi. Kenapa SIFAT Muhammad ini tidak di perjuangkan oleh mereka yang ingin berjihad di jalan Allah dan Rasul???

Selagi "HATI" mereka itu tidak pernah di CUCI seperti mana Jibril a.s. mencuci hati Rasulullah sebelum menerima "wahyu" dan menjadi utusan, selagi itu diri mereka ini akan di penuhi HAWA NAFSU yang boleh di tunggang syaitan. Rasulullah sudah Islamkan syaitan yang ada dalam diri nya. Dia "MAKSUM" dan jauh dari cacat cela. Selagi kita belum Islamkan syaitan yang ada dalam diri kita, selagi itu kerosakan dan pertumpahan darah akan berlaku. Mereka lebih suka membunuh sesama Islam dari memerangi kaum yang membenci Islam. Rasulullah berperang pada kaun kafirin yang menentang Islam. Kita berlembut dengan musuh Islam tetapi garang dan mengancam sesama Islam. KAFIR yang nyata mereka biarkan tetapi Islam yang tidak jelas mereka basmikan. 

Edit 15.12.2014

Al Quran yang di bawa oleh utusan Nya Muhammad sebagai Rasulullah wajib kita beriman dengan punuh kepercayaan untuk di semak dan di kaji segala ayat yang di turunkan. Hadis Rasulullah sangat di perlukan untuk mencari jawapan yang lebih tepat pada maksud dan terjemahan nya. Apa yang di amalkan Rasulullah sebagai sunnah perbuatan nya patut di contohi untuk mencapai "akhlak" yang lebih sempurna. Soal "ibadah" dan "syari'at" ini hanya Rasulullah sahaja yang boleh tunjuk dan jelaskan dari perbuatan dan perkataan nya. Ini dua tali Allah dan Rasul yang tidak boleh kita lepaskan. 

Al Quran itu boleh kita semak kesahihan nya tanpa sedikitpun keraguan. Tetapi "cakap dengar" dari Hadis Rasulullah ini perlu kita teliti dengan lebih berhati hati. "Hadis sahih" perlu kita pastikan dengan pengesahan pakar hadis dan imam yang di akui. Ada terlalu banyak "pendapat" dan "fahaman" yang berbeza. Sebagai seorang yang akan pertanggung jawabkan amal perbuatan kita sendiri, kita perlu pastikan setiap perbuatan kita ada "dalil dan nas" yang sahih. Jangan kita menjadi "lembu yang di cocok hidung" tanpa usul periksa segala "hujah dan dalil" yang di ketengahkan. Sebab "ahli bidaah" ini banyak yang cuba "tokok tambah" untuk di jadikan "ibadah" dengan "kias dan ijmak" yang di pandang baik dan bersesuaian. 

"Cakap dengar" ini sangat bahaya jika kita amalkan tanpa sedikitpun usul periksa. Mengkaji segala "ilmu" agama ini satu "ibadah"" yang sah untuk mencari "hakikat kebenaran" dari segala "hujah dan dalil" yang di sebarkan. "Akal" fikiran kita perlu bertindak untuk mencari "taufik dan hidayah" yang di hulurkan Allah swt. "Mengkaji" Al Quran dan Hadis ini perlu di lihat dari semua sudut "pendapat" dan "terjemahan" untuk buat "pengesahan" sendiri. Apabila "diri" kita sendiri sudah "mengesahkan" nya, maka "dalil dan alasan" yang kita gunakan itu akan jadi pegangan ingatan "iman" kita untuk di amalkan. Kita boleh tolak semua "pendapat" selagi kita belum cukup pasti untuk ambil nya sebagai "keyakinan" kepercayaan Iman" kita.

Membuka pintu "akal" ini supaya berfikir, perlu di terjah dengan serangan minda dan soalan yang pelik. Mencari "kemungkinan" dan "kemusyukilan" bukan satu "dosa" yang di benci Allah swt. Allah dan Rasul nya tidak pernah menghalang "akal" fikiran kita ini mencari dan menuntut "ilmu" walaupun di mana saja. Jika kita ingin "iktiraf" sesuatu yang "baik" kita perlu lihat apa yang "jahat" itu untuk buat pengesahan. Jika kita tidak nampak perbandingan itu maka kita belum melihat gambaran yang sepenuhnya. Sebab Allah swt akan selalu buat perbandingan di antara dua perbezaan. Seperti apabila ada nya "neraka" kita perlu tahu apa itu "syurga" untuk dapatkan "kefahaman" yang lebih jelas. Sebab "pasangan" ini yang mengesahkan "kembar" nya yang di sebelah itu. Ini cara Allah swt mengajar dan mendidik manusia untuk mengenal "ilmu" pengetahuan Nya. Apabila kita ingin kenal si "lelaki", kita perlu juga kenal si "perempuan" itu. Dari perbezaan ini kita akan dapat "kefahaman" yang lebih jelas.

Jadi apabila kita dengar ada sesuatu yang di katakan "haram" itu maka kita patut tahu apakah yang "halal" itu. Wajah "ilmu" ini selalu nya berpasangan. Jadi mencari "ilmu" bukan sahaja dengan mengenal "kebaikan" tetapi perlu juga melihat "kejahatan" itu. Sebab "keburukan" itu ada "kebaikan" nya dan "kebaikan" itu ada "keburukan" nya. Kebijaksanaan Allah swt akan dapat kita lihat apabila kita mengkaji dengan lebih menyeluruh. Jangan takut untuk melangkah masuk di kawasan larangan. Sebab apa yang tersembunyi di situ akan dapat memberi jawapan yang lebih bermakna. Apabila kita "ikhlas"  untuk mencari jalan "siratal mustaqim" itu jangan kita takut untuk melalui jalan yang sesat itu. Sebab "kesilapan" itu adalah satu "ilmu" yang menunjukkan "kebenaran". Jika kita takut merasai penghinaan, dapatkah kita nilaikan apa itu kemuliaan. Jika kita tidak pernah nampak yang buruk, dapatkan kita nilai kecantikan.

Jadi jangan lah kita hairan mengapa Allah swt jadikan kaum "kafirin" itu. Sebab supaya kita boleh jadi kaum "muslimin" ini. Jika kita masih tidak mahu memahami apakah erti nya semua ini, kita akan beranggapan bahawa kita sudah cukup bijak untuk menentukan itu dan ini tanpa beri ruang pada yang lain untuk mengenal perbezaan itu. Kami di sini akan selalu mencabar minda pembaca kami untuk berfikir di luar kotak. Jangan duduk terlalu lama di dalam zon selesa. Masih banyak "ilmu" Allah swt
di luar sana untuk kita kutip dan kaji selidik. Expedisi kembara "ilmu" ini tidak akan kami hentikan selagi "nafas" kami masih berdegup. Kami akan lakukan "provokasi" minda supaya bangun dan berfikir. Biar sel darah merah di dalam otak di bakar dengan "dopamine" fikiran "akal' dan "adrenalin" hawa "nafsu" tercabar untuk bangkitkan "qursani" pada ingatan "iman" kita. Lampu suluh yang terang harus terpancar melihat realiti di hadapan kita ini. Jangan sampai kita terpedaya dengan kepalsuan dan tipu muslihat yang di pamirkan. 

Edit 3.2.15

Jangan lah kita jadi seperti "burung kakak tua" ini. Kita ambil dan dengar dari orang lain, lalu kita ulang ucapan itu kepada orang lain tanpa sedikit pun "ilmu" pengetahuan tentang apa yang di sampaikan. Perbuatan "plagiat" ini tidak 'sah" sehingga kita sempurna kan "ilmu" yang cuba di sampaikan itu. "Ilmu" atau "kalam" yang di turunkan Allah swt adalah untuk di "baca" untuk di fahami. "Kalam" ini bukan untuk di "sebut" dengan "huruf dan suara" tetapi dengan "perasaan" dan "ingatan" yang memiliki "ilmu" dengan "pena" akal fikiran nya. Apakah "halal" kita ambil sesuatu "ayat" yang kita dengar jika kita tidak tahu apa maksud dan makna nya untuk di "sebut" dan di ulangi. Inilah "burung kakak tua" yang kami katakan ini. 

Jika kita ambil "ayat" itu dari perkataan orang lain, kita "wajib" kembalikan "hak" nya. Segala "ayat" Al Quran dan Hadith yang kita gunakan perlu di kembalikan "hak" nya kepada Allah swt dan Rasul nya. "Haram" kita gunakan "ayat" dan "hadith" itu jika kita tidak kembalikan "hak" itu kepada Allah swt dan Rasul nya. Kita tidak layak mengunakan Al Quran dan Hadith untuk kepentingan peribadi kita. Telunjuk "atahhiyat" yang kita lakukan mempunyai "rahsia" yang sangat mendalam. Jika kita tahu apa yang perlu kita "serahkan" semasa itu, segala malaikat yang menjadi "saksi" akan mendoakan kesejahteraan kita. Sesungguh nya urusan "jiwa" ini semasa kita berdiri menghadap "qiblat" bukan satu lakonan yang tidak bermakna. 

Sekali lagi kami katakan, janganlah jadi seperti "burung kakak tua" ini. Kita boleh ajar sesuatu itu untuk bercakap atau menyebut apa juga "ayat" untuk di ulangi. Tetapi "membaca" sebenar nya bukan seperti apa yang kita anggapkan dengan "huruf dan suara" untuk di dengari. Rasulullah tidak tahu "menulis dan membaca" untuk sampaikan risalah Allah swt. Apakah "rahsia" Allah swt yang mengirim "ilmu" Nya kepada seorang yang tidak tahu menulis dan membaca??? Apakah "huruf dan suara" itu yang perlu di ulangi??? Apakah "bahasa" yang Allah swt sebutkan dengan perantaran "kalam" itu??? Maka "baca" lah "ayat" itu yang tidak pernah tertulis. "Perasaan" dan "ingatan" adalah "pena" yang mencatat segala "ilmu" yang di sampaikan.

Jadi di mana kita sekarang ini yang sudah terlalu jauh menyimpang dari ajaran Allah swt dan Rasul nya??? Mengapa kita tidak pernah mahu menjadi seperti Rasulullah itu???? Bukan kah Rasulullah ini adalah seorang manusia yang sangat luar biasa yang dapat membaca tanpa sebarang tulisan?????  Apakah "ilmu" itu di sampaikan dengan "huruf dan suara" untuk di fahami??? Apakah Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak itu tidak akan dapat memiliki "ilmu" yang di sampaikan dengan "kalam" itu??? Apakah pesanan yang Allah swt cuba sampaikan kepada umat manusia. "Akal" yang di berikan kepada setiap manusia itu apakah fungsi sebenar nya???? Di mana "pena" itu yang "tulis" segala "ilmu" ini??? Apakah Rasulullah pernah perintahkan Al Quran dan Hadith nya di tulis??? 

"Ilmu" yang Allah swt utuskan kepada Rasulullah tidak perlu di tulis. "Kalam" yang di sampaikan untuk di "baca"  bukan yang dengan "huruf atau suara" untuk di sebut. Yang "buta, bisu dan pekak" juga boleh "baca" apa yang di sampaikan di dalam "kalam" Allah swt.  Rasulullah menulis "kalam" itu dengan amal perbuatan nya. Apa yang di suruh dan apa yang di larang adalah "dakwat" nya. Maka untuk membaca "kalam" Allah swt ini kita perlu melihat "amal perbuatan" dari segala "sunnah" yang di amalkan manusia selepas Rasulullah "wafat" meninggalkan kita. Itulah "kitab" yang perlu kita "baca" dengan amal perbuatan kita.

Tetapi apabila "kalam" itu perlu di tulis dengan "kitab" yang ada "huruf" untuk di "suara" kan, kita telah berada di dalam zaman yang jauh dari zaman Rasulullah itu. "Khalimah" yang tertulis bukan dari Rasulullah. Hakikat ini perlu kita fahami supaya kita tahu kebenaran nya. Inilah punca agama Islam berpecah menjadi 73 golongan. Perpecahan itu bermula apabila Al Quran dan Hadith itu di tulis dengan "kitab" yang di terjemahkan. Mereka merujuk kepada "kalam" Allah swt sebagai Al Quran dan apa yang di "baca" Rasulullah sebagai Hadith nya. 

Demi zat yang jiwa kami di tangan nya, kami tidak pernah pertikaikan apa yang di tulis sebagai "kitab" Al Quran dan semua Hadith itu. Apabila Rasulullah tidak lagi dapat kami pandang selepas kewafatan nya. kami terpaksa mengkaji semua "kitab-kitab" yang di tulis untuk di baca. "Kitab" yang di tulis untuk di "baca" dari Al Quran dan Hadith telah banyak membantu kita untuk mencari "ilmu" yang di terjemahkan. Kerana itu kita perlu mengaji dan juga mengkaji apa yang telah di catat sebagai tulisan untuk di baca itu. Segala "huruf" yang di "tulis" perlu di "baca" dengan "suara" untuk di jadikan "nafas" yang di sebut. "Nafas" yang di sebut inilah apa yang Rasulullah amalkan semasa dia hidup di atas muka bumi ini. Itulah "pena" Rasulullah yang mencatat "kalam" Allah swt.

Setiap "tulisan" itu tidak akan "bernyawa" jika tidak di sebut dengan "nafas" ini. Itulah mengapa "tulisan" itu bukan apa yang Rasulullah tinggalkan sebagai bekalan. "Nafas" yang sebut dan baca Al Quran dan Hadith adalah "sunnah" Rasulullah dengan "amal" perbuatan nya bukan "huruf dan suara" sahaja. Itulah "kalam" sebenarnya yang di "baca" dengan "perasaan" dan "ingatan" untuk dapatkan "taufik dan hidayah" dari "ilmu" Allah swt.. 


Edit 11.2.15


Rahsia Rasulullah ini patut jadi "ilmu" yang perlu kita belajar dan kaji selidik. "Ilmu" pada "kalam" ini tidak pernah "tertulis" dan tersembunyi tanpa "huruf dan suara" dari di nodai pencemaran "hawa nafsu" manusia. Kebijaksanaan Allah swt memelihara "kalam" nya begitu teguh dan kukuh dari sebarang penyelewengan. Inilah "ilmu" yang perlu kita tuntut sehingga kita dapat merasakan "kewujudan" Allah swt itu benar benar hadir di dalam "kalbu" yang sering lalai dan leka dari bebanan duniawi. Jika kita benar benar dapat "taufik dan hidayah" ini dengan keizinan Allah swt, maka kita boleh melihat "kewujudan" Allah swt itu walaupun kita tidak pernah melihatNya. Allah swt sentiasa berurusan dengan kita di setiap detik waktu. Hanya kita sahaja yang tidak dapat menilai "rahsia" ini yang selalu di gunakan Rasulullah di atas muka bumi ini. 

Setiap doa yang kita minta selalu di jawab oleh Allah swt di alam realiti ini. "Bahasa" tuhan ini sangat halus dan perlu kita teliti dengan "ilmu" Rasulullah itu. "Kudrat dan iradat" yang di berikan kepada kita itu adalah "bukti" kita masih berurusan dengan Allah swt. Bagaimana kita gunakan "akal" fikiran kita untuk membuat "pilihan" dengan hawa "nafsu" dan mencari "peluang" ingatan "iman" adalah "bahasa" yang kita tutur untuk dapatkan persetujuan Nya. Apakah "keputusan" itu adalah "hak" mutlak Allah swt dan kita perlu menerima "kehendak" Allah swt itu dengan penuh bijaksana. DIA lah yang boleh kita rayu dengan penuh keinsafan. "Keputusan" dan "kehendak" Allah swt itu tidak pernah nya "muktamad" dan boleh di "rayu" untuk dapatkan "persetujuan" Nya. Hanya manusia yang tidak tahu atau kenal Allah swt sahaja yang akan berputus asa.

Inilah kehebatan Allah swt yang boleh kita "rujuk" dan "berdailog" untuk buat "pertanyaan" dan memberi "pendapat" dan buat "permintaan" dengan cukup syarat yang sahih. Allah swt tidak akan pernah terhina dan mempunyai kekayaan yang tidak terbatas. DIA lebih suka setiap hamba Nya datang dan buat "rayuan" untuk dapatkan "keputusan" Nya. BUKAN memandai mandai buat sesuatu tanpa merujuk kepada Nya. Apabila kita anggap kita sudah cukup pandai untuk buat "keputusan" itu sendiri tanpa perlukan "pertolongan Allah swt dan "Kebijaksanaan" Nya, maka Allah swt akan lepaskan kita pada diri kita sendiri dan terima akibat dan tanggung segala risiko nya.

Edit 19.2.15

"Perasaan" dan "ingatan" adalah dua "wasiat" yang selalu kita gunakan untuk menempah segala urusan hidup dengan "nyawa" kita itu. "Nafas" yang kita hembus di setiap berkala adalah "tempahan" yang kita buat untuk dapatkan "taufik dan hidayah" Nya. Walaupun kita bersua muka dan berdepan dengan segala manusia di atas muka bumi ini, tetapi di sebalik jasad tubuh dan realiti itu, kita sebenarnya berurusan dengan Allah swt dan Rasul Nya untuk dapatkan "rezeki" itu. Setiap manusia perlu melalui "susah dan senang" yang telah pun di tetapkan. "Keinsafan" dan "kesyukuran" terpaksa kita luahkan untuk "beribadat" kepada Nya. Tapi "niat" itu menjadi nilai ukuran untuk kita buka "hijab" yang pisahkan kita dari alam nyata ini. 

Dapatkah kita tetapkan "tauhid" itu dan nafikan "kepalsuan" yang mereka cuba bayangkan dengan perbuatan mereka. "Alam "sijjin" dan "illiyin" ini selalu nya menuntut keupayaan kita untuk di jadikan amalan. Kita perlu buat "pilihan" itu dan mencari "peluang" untuk jelaskan pendirian kita di setiap detik waktu. Di mana kita berdiri dan berpihak akan jadikan "jiwa" kita itu terbentuk dengan peribadi identiti kita sendiri. Segala amal perbuatan kita telah di "sahkan" oleh diri kita sendiri sebagai "saksi" yang nyata dan benar. Kita tidak akan dapat berbohong pada diri kita sendiri. Apakah kita pasti tidak ada yang mengetahui apa yang telah kita lakukan selama ini??? Allah swt adalah Tuhan yang sangat Bijaksana.

Edit 19.6.15   
Wahai pembaca kami yang budiman. Dibulan ramadhan yang mulia ini, adalah masa yang paling sesuai untuk kita tingkatkan martabat kita di sisi Allah swt dengan semua amalan Rasullah. Sebab "puasa" adalah satu satu nya "ibadah" yang Allah swt katakan untuk AKU. Maksud nya bukan untuk keperluan Zat Nya yang Maha Agung tetapi rahsia ini terlalu dalam untuk kami kupas dengan penuh terperinci. Apabila hawa "nafsu" itu di pasong seperti syaitan yang di ikat, ingatan "iman" kita akan berada di satu lapangan yang lebih bebas untuk naik di "ruang" yang lebih tinggi apabila "graviti" tarikan bumi itu tertambat. Peluang untuk ingatan "iman" mendekati Allah swt lebih bebas jika kita tahu bagaimana untuk memasong "tabiat" hawa "nafsu" itu yang masih bergolak dengan kuasa emparan nya (centrifugal force). "Tabiat" hawa nafsu" ini perlu di mansuhkan.

Sebab walaupun "guru" itu telah di ikat namun anak murid nya masih terlepas. Hawa "nafsu" ini mempunyai "tabiat" yang perlu di bendung dengan kekuatan kuasa abadi (perpetual force) ingatan "iman" yang selalu melayari "ruang" masa jangka hayat kita dengan ketenangan nya. Kekuatan ingatan iman" kita itu sangat memerlukan "berat muatan" akal fikiran yang dikatakan "ilmu" itu. Sebab "ilmu" itu sahaja cahaya yang boleh membawa kita kearah siratalmustaqim itu. Inilah masa nya kita mengunakan "ilmu" itu untuk mencari kehadiran Allah swt apabila "graviti" hawa "nafsu" itu tertambat dan melepaskan ingatan "iman" untuk naik di lapisan langit yang lebih tinggi. Beban duniawi yang di paut hawa "nafsu" perlu di lepaskan dan jiwa ingatan "iman" kita boleh pergi ke lapangan yang luas di alam akhirat.

Carilah Rasulullah dan dapatkan bimbingan nya untuk naik "israq miqraj" di alam yang penuh dengan keindahan untuk "menyerah diri" kita itu di bawah naugan Allah swt. Gunakan lah segala "nafas" kita itu untuk "beribadat" kepada Nya. Hanya "nafas" kita itu yang boleh temukan kita dengan Allah swt. Kesedaran kita yang di anjung ingatan "iman" jangan sekali di cemari dengan keperluan duniawi. Jasad tubuh bukan lagi kepentingan untuk di jadikan alasan kegagalan kita bertemu dengan Tuhan nya. Inilah masa nya untuk ingatan "iman" mencapai "peluang" yang di sediakan. Di bulan ramadhan ini, bukan jasad tubuh yang menjadi tajuk perbincangan. Tanah yang di jadikan dari bumi ini tidak lagi sah untuk di manjakan seperti dulu. Segala gerak dan perbuatan adalah hak kepunyaan ingatan "iman" untuk melakukan sesuatu.

Dengan "ilmu" kita sebagai bekalan, kita perlu cari "ilmu" Allah swt yang selalu wujud di sekeliling kita di alam ini. Apakah kita takut tidak akan bertemu dengan "ilmu" Allah swt yang Maha Mengetahui itu???? Jika hamba ku datang kepada Ku dengan berjalan Aku akan pergi mendapatkan nya dengan berlari!!!!!! Maka pergilah untuk mendakap dalam pelukan Allah swt. Mintalah diri kita itu di cuci sebersih bersih nya. Bertaubatlah!!!! Buanglah segala kemungkaran dan ambil semua kebaikan itu. Jangan lagi kembali di jalan yang membawa kerosakan dan kemusnahan diri kita itu. Sebab "dosa" itu satu bebaban yang menambat diri kita dari mendekati Allah swt.

Edit 23.6.15

Apa guna nya kita menjadi seorang yang pandai dan bijak berkata kata tetapi langsung tidak pernah pandai melakukan nya di realiti??? Ini lah wabak penyakit yang sudah menular di masyarakat kita. Orang yang pandai bercakap ini akan di sanjung seperti seorang yang "pakar" di dalam bidang tertentu. Apakah "teori" itu satu "fakta" yang sudah menjadi hakikat kebenaran???? Cukup hanya pandai berhujah sahaja seorang itu sudah di iktiraf sebagai seorang yang "layak" di terima sebagai "pakar" yang arif. Apakah "teori" itu tidak perlu di terjemahkan di alam realiti untuk di lihat sebagai hakikat kebenaran untuk di amalkan sebagai perbuatan.

Rasulullah bukan seorang yang membawa "teori" di atas muka bumi ini. Rasulullah membawa "akhlak" yang di tunjukan dengan amal perbuatan nya. Itulah "bukti" dan "fakta" yang Rasulullah tunjukan kepada seluruh sahabat dan umat nya. Umat Islam di zaman ini sudah muak dengan lambakan "teori" ini di merata sudut dan tempat. Kita sangat memerlukan "bukti dan fakta" yang pernah Rasulullah tunjukkan kepada umat terdahulu yang mengamalkan Al Quran dan Hadith nya. Kalau yang "pakar" bercakap ini sibuk merayap di seluruh pelusuk bumi ini, umat manusia tidak akan dapat melihat keagungan dan kehebatan agama Islam kita ini.

Jika kita lihat bagaimana "ulama" di zaman dahulu mengorbankan harta dan keringat untuk berdakwah ke jalan Allah dan Rasul, di zaman ini kebanyakan "ulama" sudah terbalik dan mengharapkan habuan dan ganjaran dari dakyah "dakwah" yang mereka lakukan. Semua nya perlu di bayar dengan kos yang tertentu. "Ulama"ini bukan berdakwah di atas nama Allah dan Rasul tetapi untuk kepentingan ekonomi kocek dan penuhkan harta peribadi dari segala ayat dan perkataan yang mereka cuba sebut dalam "ceramah" itu. 

Habis duit tabung masjid dan surau yang di dermakan makmum sebagai sedekah di selewengkan kepada "penceramah" ini dengan bayaran yang tinggi. "Burung kakak tua" ini yang mengambil harta duit derma tabung masjid dan surau ini akan di sambut seperti "pembesar" dan "jemaah" yang datang di situ di jadikan "patung" untuk mendengar ucapan yang tidak serupa bikin itu. 

Di mana "takwa" di zaman Rasulullah di mana umat nya beramal dengan penuh keikhlasan!!!!!

Edit 20.10.15

Sekarang agama Islam telah di gunakan sebagai satu komoditi untuk kepentingan ekonomi. Istilah "Islamic" di guna pakai untuk di jadikan produk yang di tawarkan. Tetapi sejauh mana "keislaman" nya tidak di ketahui. Pernah berlaku, pinjaman yang di katakan "Islamic" dari pihak bank kerajaan, tidak mahu bertolak asur apabila peminjam membuat rayuan untuk penjadualan semula pembayaran balik. Malah mereka lebih cenderung untuk mengunakan peguam dengan tindakan mahkamah supaya kos tambahan di kenakan kepada peminjam yang sedang tenat dengan masalah aliran kewangan pada perniagaan nya. Apabila kami pertikaikan tindakan mereka untuk "mufliskan" peminjam dan menolak pembayaran balik itu, mereka akhir nya terpaksa akur dan memberi kebenaran setelah hujjah kami tentang "Islamic" ini tidak dapat mereka ketengahkan. Perangai pegawai bank ini sama seperti Yahudi dan Nasrani di Israel itu. Komplot mereka untuk dapatkan "komisen" dari panel peguam dengan setiap kes kebankrapan menjadi matlamat utama pegawai bank ini.

Ada juga yang mengunakan nama Rasulullah sebagai sandaran untuk melariskan produk perniagaan mereka. Macam macam produk "Islamic" di kaitkan dengan Sunnah Rasulullah agar produk mereka di beli oleh pelangan. Harga produk yang di jual terlalu tinggi dan membebankan pelangan. Nama Allah dan Rasul di gunakan untuk kepentingan ekonomi mereka. Tidak kurang yang mengutip derma untuk bermacam tabung amal dan kemajuan masjid atu surau. Sejauh mana keikhlasan dan kejujuran mereka menyerahkan wang kutipan derma dari masyarakat hanya Allah sahaja yang tahu. Ada juga yang bersikap biadap dengan wajah membenci apabila desakan mereka mengutip derma tidak di layan orang. "Accountability" dari setiap derma orang ramai begitu kabur dan tersembunyi. Pengutip derma ini sewenang wenang nya boleh ambil dan gunakan untuk kepentingan peribadi nya. Hanya pakai kopia atau songkok dan tunjukan sekeping surat kebenaran dan "tisu" sebagai berkat pada penderma tersebut.

Apakah agama "Islam" kita ini telah di manipulasi?????   Lihatlah bagaimana pejuang yang di katakan berjihad untuk negara Islam di negara timur tengah begitu ganas membunuh dengan kekejaman. Dari mana mereka dapat semua bekalan senjata itu jika bukan dari Israel laknatullah!!!! Mereka tidak pernah memandang kearah Israel yang saban hari mencemar kesucian Islan di Palestine. Mengapa kumpulan IS ini tidak bertindak kearah Israel???? Sebab yang membekalkan segala kemudahan kewangan dan senjata adalah orang Yahudi yang memiliki kekayaan yang sangat luas. Mereka lah pembekal senjata terbesar di dunia ini. AIPAC di negara America amat berpengaruh sehinggakan Kongress America tidak berani bertindak tanpa persetujuan mereka. Keluarga Roschild ini sangat berpengaruh.

Dalang di sebalik pergolakan di rantau bumi Arab adalah angkara golongan terkaya Yahudi ini. Bank Dunia berada di bawah milik mereka. Industri pembuatan senjata terbesar adalah perniagaan mereka. Konglomerat ini sangat licik untuk membinasakan Islam sejagat. Islam akan di labelkan seperti "penganas" dan kesucian Islam akan sentiasa tercemar. Lihatlah di merata benua Eropah dan Asia, banyak yang terpengaruh untuk pergi berjuang dengan kumpulan IS yang sasau ini. Yang pergi kesana untuk sertai kumpulan IS ini bukan hanya orang Islam malah banyak juga orang berlainan agama.  Nama Islam telah di eksplotasi untuk runtuhkan kesucian nya.

Edit 3.11.15

Apakah perang menegakkan agama Islam itu perlu mengunakan keganasan??. Keganasan bukan cara yang telah di tetapkan Allah swt. Bukan kah sebelum manusia itu di jadikan, para malaikat sudah bertanya kepada Allah swt "Tidak kah mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah." Tetapi Allah swt telah menjawab dengan "Aku lebuh tahu dengan apa yang engkau tidak ketahui." Apakah agak nya apa yang Allah swt sudah tahu itu???? Inilah apa yang tidak pernah kita mahu ambil tahu. Sebab konon nya itu "rahsia" yang tidak boleh manusia ketahui. Jadi "akal" yang di beri Allah swt hanya untuk kenal apa yang sudah di "sebut" dan jangan sekali persoalkan maksud nya. "Akal" kita hanya di tugaskan untuk mengulangi setiap perkataan yang pernah di sebut dan tidak boleh ambil tahu tentang maksud nya. Inilah apa yang cuba di terapkan oleh golongan "burung kakak tua" ini.

Al Quran dan Hadis hanya satu "puisi" yang perlu di sebarkan untuk di dendangkan sebagai hiburan. Apakah agama Islam ini satu lawak jenaka bagi mereka. Apabila manusia itu tidak lagi mampu berfikir dan "akal" fikiran kita itu di sekat atau di tambat supaya tidak keluar dari "kotak" yang mereka tetapkan, maka amat mudahlah golongan "burung kakak tua" ini menyebarkan sayap nya untuk serapkan bau ketiak mereka. Apa guna kita jadi seorang manusia jika sebab utama kita di jadikan masih menjadi misteri dan tidak boleh di bongkar. Apa yang Allah swt tahu perlu kita ketahui agar kita dapat menghindarkan diri dari segala kemungkaran dan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah itu.

Sifat kehaiwan adalah asas semula jadi setiap yang hidup termasuk jasad tubuh manusia ini. Sebab hawa "nafsu" ini adalah cabang dari anasir syaitan yang perlu kita perangi habis habisan. Di situ telah tertulis segala sifat sifat syaitan untuk di muat turun. Tetapi apabila syaitan dapat tahu bahawa Allah swt akan mengutus seorang Rasul yang bernama Muhammad, maka Iblis laknatullah sedih dan menanggis kerana darjat nya sebagai seorang pencetus kemungkaran akan runtuh di sebabkan oleh "akhlak" Rasulullah yang akan membasmikan segala kemungkaran itu. Lihatlah bagaimana Rasulullah boleh tundukkan seluruh umat manusia dengan "akhlak" nya itu. Inilah apa yang para malaikat tidak ketahui di ketika itu.

Sebab walaupun hawa "nafsu" itu berpihak kepada jin dan syaitan, namun ingatan "iman" yang di bawa Rasulullah boleh menjadi "perisai" untuk jadi benteng pertahanan diri. Sebab hanya Rasulullah sahaja yang boleh bawa manusia itu kearah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Maka "rahsia" diri Rasulullah ini sepatut nya menjadi "ilmu" yang di tuntut. Apa guna kita kenal Al Quran dan Hadis jika diri Rasulullah ini tidak pernah di baca. "Akhlak" yang di bawa Rasulullah ini tidak pernah menjadi amalan golongan "burung kakak tua" ini. Apa yang di ambil sebagai sunnah nya adalah untuk kahwin empat dan berjangut dan bersarban. Habis segala pelusuk kampung di jelajahi untuk dapatkan projek "ceramah" bagi kepentingan ekonomi periuk nasi dan kocek mereka. Habis duit tabung masjid yang di dermakan jemaah kariah di salurkan kepada kocek mereka. Jikalau kita pandang para "ulama" terdahulu dan para sahabt Rasulullah, mereka menghabis kan segala harta dan kekayaan untuk perjuangkan agama. Tetapi sekarang golongan "burung kakak tua" ini merampas segala dana yang ada di setiap penjuru rumah agama. Kepentingan ekonomi mereka lebih penting dari menyebarkan syiar Islam.

Kami harap setiap dari kita perlu bermuhasabah diri. Jangan biarkan diri kita di tunggang oleh syaiatn kesana kesini. Carilah "diri" Rasulullah ini kemana saja kita pergi. Kita akan nampak kewujudan nya di mana saja. Tetapi para "artis" yang berlakon itu tidak perlu kita persoalkan akan "niat" sebenar mereka. Itu termasuk di dalam urusan Tuhan yang tidak boleh kita kaji selidik. Tetapi Al Quran dan Hadis ini bukan hanya untuk di dendang. Setiap "ayat" itu ada maksud nya dan perlu kita ketahui akan maksud nya dari yang tersurat dan tersirat. Sebab Allah swt berfirman dengan banyak maksud yang sebenar. Setiap "ayat" nya sangat halus untuk di nilai dengan penuh pengertian. "Jibril a.s." yang menterjemahkan kepada Rasulullah dengan "wahyu" itu tidak "berhuruf dan bersuara" yang di baca melalui "kalam" nya. 

Dalam kajian ini, kami begitu kagum dengan kehebatan kebijaksanaan Allah swt. Sememangnya Dia Tuhan yang berhak kita sembah dan sujud untuk dapatkan belas kasihan Nya. Amat rugi orang yang mengejar keduniaan demi mengadaikan agama Islam yang suci ini.

Edit 28.11.15

Bahasa Al Quran telah di tetapkan berbunyi dengan bahasa ibunda Rasulullah yang memahami seluruh maksud dari perkataan nya. Tetapi kita yang bukan bahasa ibunda Rasulullah tidak pernah di bebankan dengan bahasa Arab yang tepat untuk kita meluahkan "perasaan" dan "ingatan" kita itu. Sebab bahasa "perasaan dan "ingatan" tidak pernah berhuruf dan bersuara. "Niat" yang kita sebutkan selalu di fahami Allah swt walaupun kita bertutur dengan bahasa ibunda kita. Jadi bahasa Arab ini bukan untuk Allah swt mendengar tetapi hanya untuk kepentingan manusia di sekeliling yang mendengar nya. Apa yang teramat penting adalah maksud sebenar setiap "ayat" itu perlu di fahami bahasa ibunda kita yang membentuk "perasaan" dan "ingatan" jiwa kita itu. Bahasa Al Quran adalah wajib kerana bahasa itu di sebut oleh Rasulullah dengan bahasa ibunda nya. Tetapi maksud setiap "ayat" Al Quran itu perlu di hayati dengan bahasa ibunda yang di fahami kita "perasaan" dan "ingatan" kita. Jangan kita jadi burung kakak tua itu yang mampu menyebut tetapi tidak pernah memahami.

Sebab Allah swt ingin melihat "perasaan" dan "ingatan" kita yang kita amalkan dengan setiap perbuatan yang mempunyai "niat" yang tulus ikhlas. Apabila Rasulullah di utus kepada seluruh umat manusia tidak kira apa kaum dan bangsa nya, sudah tentu bahasa Al Quran menjadi bahasa untuk buktikan keimanan kita pada agama Rasulullah itu. Kita beriman kepada Rasulullah dan bertaqwa kepada Allah swt. Beriman kepada Rasulullah dengan bahasa amal perbuatan nya dan bertaqwa kepada Allah swt dengan bahasa "perasaan" dan "ingatan" kita di mana "niat" itu terbentuk untuk amal perbuatan kita. "Niat" inilah yang memberi setiap kaum dan bangsa yang berbeza itu kemudahan untuk bertutur kepada Tuhan dengan bahasa ibunda nya.

Sepotong "ayat" bahasa Rasulullah yang kita hayati dengan penuh "perasaan" dan "ingatan" itu adalah lebih baik dari seribu "ayat" yang tidak kita tahu akan maksud nya. Allah swt akan mendengar bahasa "perasaan" dan "ingatan" ini tetapi bukan bahasa yang di sebut dengan huruf dan suara yang tidak bermaksud. "Maksud" adalah benih "niat" yang kita tanam untuk buahkan amal perbuatan yang ikhlas. Bukan huruf dan suara yang tidak bermakna untuk di sebut tanpa tujuan. Bahasa AlQuran adalah lambang keimanan kita pada Rasulullah untuk kita bertaqwa kepada Allah swt. Tetapi ganjaran untuk sesiapa yang menyebut "ayat" itu tanpa maksud dan erti nya akan dapat "manfaat" pada diri kita dari setiap "makhluk" yang mendengar nya. 

Sebab segala "makhluk" yang ada di sekeling kita ini sudah mempunyai "ilmu" yang telah di jadikan dari "akhlak" Rasulullah ini. Jika kita tahu rahsia ini maka adalah amat perlu kita tuntut "ayat" Al Quran ini sebagai perisai walaupun kita tidak tahu akan maksud dan erti nya. Bacalah apa juga "ayat" Al Quran itu dan gunakan "perasaan" dan "ingatan" kita yang tulus ikhlas itu untuk dapatkan "belas kasihan" Nya. Sebab bahasa Rasulullah ini sudah ada "nilai" martabat nya setelah di terjemahkan oleh Jibril as. dari Zat Yang Maha Berkuasa. Jadi bahasa yang berhuruf dan suara tanpa sebarang maksud dan erti nya adalah untuk alam sekeliling mendengar nya. Membaca Al Quran tanpa maksud dan erti nya tidak pernah menjadi sia sia. Tetapi apabila kita ingin mendapat "perhatian" Allah swt yang lebih serius, bahasa "perasaan" dan "ingatan" itu menjadi lebih wajib untuk kita persembahkan. Apatah lagi bila kita sertakan bahasa Rasulullah untuk di jadikan "saksi" untuk menuntut "hak" yang pernah di janjikan kepada setiap hamba Nya. Itu terpulang kepada kita untuk dapat kan "tumpuan" siapa apabila membaca ayat AlQuran itu.

Edit 16.12.15

Apabila malaikat Jibril as turun ke bumi ini untuk menyampaikan "pesanan" dari Allah swt, "bahasa" yang di tuturkan adalah bahasa "Arab" yang di fahami Rasulullah. Jibril as pernah datang menyerupai seorang "manusia" untuk mengajar umat manusia di sekeliling nya. Soalan yang di tanya Jibril as selalu nya mengenai "Iman", "Islam" dan juga "Ihsan" untuk di pastikan jawapan nya. Adakah setelah Rasulullah wafat Jibril tidak akan datang lagi dan mengajar "manusia" tentang urusan "Iman", "Islam" dan juga "Ihsan" ini???? Adakah "fatwa" atau "Hadis" yang mengatakan "tidak" masih menjadi "ilmu" yang perlu di tuntut. Sebab "utusan" membawa "petunjuk" dengan bimbingan dan didikan ini tidak pernah terputus dari Allah swt.  Allah swt tidak pernah "menyepi" setelah Rasulullah mangkat dari bumi nyata ini. Informasi maklumat ini sentiasa di hulurkan dari segala sudut alam maya ini untuk memberi peringatan kepada umat manusia.

"Taufik dan hidayah" yang turun dari Allah swt amat luas dengan pelbagai "bentuk dan rupa" nya. Hanya kita sahaja yang tidak dapat menilai nya dengan penuh kefahaman. Pembawa "risalah" dan "utusan" ini akan kita temui di merata tempat di bumi ini dengan "pesanan" yang rambang dan spontan. "Tugas" Jibril dan Rasulullah masih aktif dan tidak pernah terputus. Apa yang unik dan cangih nya, "tugas" itu di sampaikan melalui manusia yang tidak kita sangkakan. "Huruf dan suara" itu yang di lafazkan dari setiap "nafas" manusia di sekeliling kita mempunyai "sasaran" pada sesiapa yang memerlukan nya walaupun "niat" itu tidak termaktub dengan "keikhlasan" yang jujur. Kita hanya perlu "melihat" dengan "pandangan" Allah swt untuk mengetahui "maksud" yang sebenar. Sebab hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui segala "Maksud" dan "Makna" yang di isytiharkan. Kita hanya cuba "kongsi" kefahaman itu dengan belas kasihan "taufik dan hidayah" Nya. Bolehkah kita mengetahui jika Allah swt tidak pernah mengizinkan???? Mendapat "keizinan" ini memerlukan "adap tertib" yang tulus ikhlas. Bukan kah itu yang kita "tuntut" di setiap kali kita sembahyang???? "Siratalmustaqim" yang kita minta di setiap berkala adakah hanya dengan sebutan "huruf dan suara" yang tidak bermakna??? Apatah lagi kita menyebut nya dengan bahasa Rasulullah  saw yang di sampaikan oleh Jibril as. yang di janjikan Allah swt sendiri. Sesungguh nya Allah swt  itu tidak pernah memungkir janji. Hanya kita sahaja yang tidak mampu dan sanggup memikul "amanah" itu. Tidak semua fakta hakikat kebenaran itu boleh di sebarkan sebab "manusia" ini tidak mampu menerima hakikat kebenaran itu dan akan mengkhianati RAHSIA itu.

Siapa kah yang lebih mengetahui akan maksud dan makna di sebalik segala "huruf dan suara" itu jika bukan Allah swt. Sebab "niat" di hati" manusia itu paling sangat di perhatikan Allah swt untuk menilai amal perbuatan mereka. Jadi setiap manusia yang bercakap di sana sini untuk sampaikan pesanan dengan hujjah dan alasan tidak mampu memberi kita kefahaman melainkan jika Allah swt dan Rasul Nya memperkenankan nya. "Taufik dan hidayah" ini tidak di miliki oleh sesiapa pun yang ingin berdakwah. Mereka tidak mempunyai "kuasa" untuk menjadikan sesiapa di sekeliling nya itu "beriman" jika Allah swt dan Rasul Nya tidak memilih dengan keizinan nya. Kita perlu di "pilih" sebagai seorang yang memiliki "iman" dan ini termasuk dalam kuasa mutlak "belas kasihan" Nya. Dapatkah kita terdengar "khalimah" itu jika Allah swt dan Rasul Nya tidak pernah mengatur "ketetapan" dan "ketentuan" itu. Jadi "burung kakak tua" yang bercakap di sana sini itu sebenar nya hanya melaungkan ucapan yang sudah di ajarkan kepada mereka untuk di ulangi di mana saja.

Allah swt dan Rasul Nya yang akan "pilih" siapakah di antara kita yang patut menerima "taufik dan hidayah" itu. Apa yang di lihat di dalam "hati" manusia itu adalah "niat" nya dan "doa" yang di minta. Jika kita beramal untuk dapatkan pujian manusia maka manusia itu akan di jadikan sebagai hadiah yang di harapkan. Jika kita benar benar ingin mendapat "keredaan" Allah swt dan Rasul Nya maka kita perlu melalui cabaran dan ujian yang sangat menderita. Maruah diri sudah tidak lagi perlu di pertahankan. Jika kita tidak berani merasai "kehinaan" bagaimana mungkin kita dapat merasai "kemuliaan" Allah swt dan Rasul Nya. Jika kita tidak mahu menjamah kepahitan dapatkah kita merasa kemanisan. Jadi "perasaan" dan "ingatan" kita itu selalu di perhatikan Allah swt dan Rasul Nya untuk kita buktikan keikhlasan kita dengan fakta amal perbuatan kita. Kita sebenar nya berhadapan dengan Allah swt dan Rasul Nya dan bukan bentuk rupa muka manusia yang kelihatan. Setiap "perasaan" dan "ingatan" mereka berada di dalam pengetahuan Allah swt dan Rasul Nya yang perlu kita lalui untuk di terima.  Jikalau kita nampak Allah swt dan Rasul Nya di sebalik semua bentuk rupa di sekeliling kita itu yang kita lihat maka kita akan di sambut untuk berada di bawah naungan Nya. Di situlah bermula nya perjalanan kita untuk "beribadah" dengan keikhlasan tanpa sedikit pun pengkhianatan. Kita tidak akan terjumpa sesiapapun jika Allah swt dan Rasul Nya tidak mengirim orang itu kepada kita. Sudah tentu ada sesuatu yang perlu di serahkan untuk di terima.

Edit 19.12.15

Apabila kita menerima "ilmu" dari Allah swt dan Rasul Nya dengan "taufik dan hidayah" Nya, "ilmu" itu akan menjadi "AMANAH" yang wajib di "SEDEKAH" kan kepada orang yang jahil. Perbezaan di antara seorang yang berdakwah dengan AlQuran dan Hadis dengan "burung kaka tua" ini adalah "KEIKHLASAN" nya. "Ilmu" yang kita miliki adalah "rezeki" yang di berikan kepada kita yang wajib di "SEDEKAH" kan. Jika kita lihat maksud "SEDEKAH" ini, maka kita perlu syaratkan "sedekah" ini sebagai satu amalan seperti tangan kanan yang bersedekah tangan kiri tidak tahu. Tidak ada sebab mengapa kita patut menerima habuan dan pujian dari bersedekah itu kerana "rezeki" daripada semua "ilmu" itu adalah pemberian dari Allah swt dan Rasul Nya. Malah akan menjadi satu perkara yang "haram" jika kita cuba mengamil "keuntungan" dari "sedekah" yang kita hulurkan itu. Ini yang kami maksudkan dengan "burung kaka tua " ini.

"Burung kakak tua" ini akan merasa "bangga" dengan kebolehan nya dan mengharapkan "pujian" dari sekalian manusia. "Burung kaka tua" ini akan mengharapkan "habuan" dan "ganjaran" dari sesiapa saja yang mendengar "ilmu" pengetahuan nya. Syaitan akan nampakan orang seperti ini seperti seorang yang paling bijak pandai untuk di puji dan di sanjung. Tetapi orang yang "ikhlas" untuk berdakwah akan "bersedekah" dengan "ilmu" nya untuk dapatkan rahmat dan keberkatan Allah swt dan Rasul Nya. Cuba lah kita perhatikan Rasulullah yang sentiasa berada di dalam kesusahan dan kemiskinan. Rasulullah tidak pernah meminta "bayaran" atau "yuran" pembelajaran. Rasulullah berdakwah untuk kesejahteraan manusia tanpa sedikitpun penghargaan yang di harapkan. Mengapa "burung kakak tua" ini berkokok di sana sini dengan tetapkan "bayaran" yang tertentu????? Apakah "dakwah" ini sudah menjadi satu komoditi pelaburan kepentingan ekonomi para pendakwah ini.

Apabila "sedekah" itu tidak lagi menjadi agenda para pendakwah yang berilmu ini. maka "ilmu" yang di miliki itu bukan lagi yang sah dan halal untuk kita terima. Sebab sesiapa saja yang menjual "ayat" Allah swt dan Rasul Nya dengan harga maruah yang "murah" akan di laknat seperti mana syaitan itu di laknat. Maruah harga "ayat" AlQuran dan Hadis" ini tidak mempunyai nilai yang patut di sebut dengan duit wang dan ringgit. Orang yang mengunakan harga wang dan ringgit ini untuk menyampaikan "ayat" AlQuran dan Hadis ini sebenar nya adalah anak cucu keturunan syaitan. "Ilmu" ketuhanan dan kerohanian patut di jadikan "sedekah" yang tidak mengharapkan habuan dan balasan. Sebab pelaburan yang kita lakukan dengan "keikhlasan" itu adalah lebih baik untuk kesejahteraan kita di akhirat. Kita sepatut nya sebarkan syiar Islam sebagai amanah tangung jawab dan bukan untuk menyebarkan keluasan populariti kita.

Istilah "berapa ikhlas" ini mempunyai serampang dua mata. Bila tidak ada ketetapan pada "mahar" nya maka "sedekah" yang di harapkan boleh melebihi yang sepatut nya. Jadi yang "sedikit" akan di caci sebagai kedekut dan di benci dan yang "lumayan" akan di sanjung untuk di layan dengan yang terbaik. Mengapa tidak ada yang sanggup mencurahkan "ilmu" Allah swt dan Rasul Nya ini dengan pelaburan yang ikhlas. Mengapa "ayat" Al Quran dan Hadis ini di jadikan satu komoditi untuk mendapatkan keuntungan ekonomi peribadi. Yang cepat mengatakan "halal" akan gunakan hujjah dan dalil yang berpihak pada kepentingan itu. Soal "ikhlas" ini akan di tutup dengan pelbagai alasan yang shahih. Perlu ada "gaji" untuk berkhidmat dalam urusan agama ini. Allah swt dan Rasul Nya akan biarkan mereka membuat pilihan itu untuk memilih dunia atau akhirat.

Apakah tajuk seperti ini tidak perlu di bincangkan??? Apakah "burung kakak tua" ini patut di biarkan untuk hidupkan kerancakan pesta agama. Biarlah lakonan zahir itu di nampakan baik dan beriman. Apakah kita ini "beribadat" untuk dapatkan populariti dan maruah diri. Kita beranggapam bahawa Allah swt ini satu Tuhan yang boleh kita permainkan dengan sandiwara di pentas kehidupan kita. Lakonan watak "baik" ini memang apa yang di perintahkan agama untuk tontonan manusia. Tetapi "jiwa" kita itu akan meyumpah kerana kepentingan nya tidak pernah di hiraukan. Kehausan dan dahagakan seteguk air "keikhlasan" akan jadikan jasad kita itu di laknat dengan segala penyakit dan kuman jangkitan. Jika "jasad" itu di sanjung dengan setiap pujaan  dan "jiwa" itu di kuburkan seperti mayat yang sudah reput, kita akan menghadapai mati di mana "jasad" itu akan di tinggalkan dan kita akan bersama "jiwa" itu untuk di jadikan teman. Jika kita tidak pernah melayan dan bertegur sapa di dunia ini apakah di alam barzah itu kita akan mendapat perhatian yang baik. 

Edit 22.1.2.15


Pernahkah kita terfikir apakah ayat Al Quran yang kita baca itu "wajib" kah dengan alunan lagu dan kasidah nya???? Apakah Rasulullah semasa solat membaca Al Fatheha dan ayat Al Quran dengan berlagu seperti syair, Atau Rasulullah membaca Al Fatheha dan ayat Al Quran dengan loghat bahasa arab nya seperti kebiasaan pertuturan biasa. Adakah dalil yang sah mengatakan Rasulullah membaca di dalam sembahyang nya dengan ayat yang berlagu seperti mana yang kita dengarkan sekarang. Sebagai seorang yang bertutur di dalam bahasa arab, sudah tentu Rasulullah akan membaca ayat Al Quran dengan loghat bahasa seperti mana dia bertutur dengan orang lain. 

Sebagai orang melayu atau selain dari bangsa Arab, sudah tentu "perasaan dan ingatan" kita tidak dapat di luahkan dengan terjemahan yang betul. Setiap ayat yang kita baca di dalam sembayang perlu mempunyai fahaman maksud dengan "perasaan dan ingatan" itu merasai di dalam "jiwa" kita itu. Jika tidak kita sebenar nya tidak sembahyang tetapi mengelamun dengan syair untuk di dendangkan. Apakah seorang hamba yang menghadap Tuhan nya bercakap dengan lagu dendangan untuk di hiburkan??? Apakah Allah swt mahu mendengar syair lagu itu atau "perasaan dan ingatan"  pada setiap ayat yang di baca dengan penuh bermakna. Apakah benar "keikhlasan" itu akan terluah jika ayat itu berlagu dengan irama nya. 

Bukan kah lagu dan dendangan itu di tujukan kepada manusia di sekeliling dan bukan Tuhan yang di sembah??? Kerana "tajwid" bahasa lisan, maksud dan erti tidak dapat di guna pakai seolah Allah swt itu tidak mengetahui akan "perasaan dan ingatan" yang di rasakan. Orang yang pelat bercakap dalam bahasa ibunda nya di kerah supaya menyebut dengan cukup harkat untuk pastikan "sah" sembahyang nya itu. Apakah "sah" atau "tidak sah" itu kita yang menentukan??? Bukan Allah swt yang berhak menentukan "hati" yang berniat tanpa "huruf dan suara" itu. Rasulullah adalah seorang Rasul yang di kirim dengan tidak tahu menulis dan membaca. Apakah terhina nya manusia itu jika dia tidak tahu menulis atau membaca ayat AlQuran ini dengan betul???

Bila ayat itu di baca untuk kedengaran manusia dan diri kita sendiri dan "perasaan dan ingatan" dari makna dan erti itu untuk perhatian Tuhan, "ibadah" itu di tentukan "sah" oleh manusia dan bukan lagi Tuhan. Mereka singkir kuasa mutlak Allah swt untuk kuat kuasakan keutamaan kepakaran mereka sendiri. Agama Islam di ketatkan dengan peraturan yang berat dan menghalang manusia untuk "menyerah diri" kepada Allah swt dengan apa yang terdaya atau termampu. Inilah "burung kakak tua" yang patut kita pancung dan pengal kepala nya supaya mereka tidak akan menyesatkan manusia lagi. 


"Niat" di hati setiap manusia bukan dari bahasa arab tetapi dari bahasa ibunda nya. Itu yang menjadi ukuran nya. Setiap "perasaan dan ingatan" itu terbentuk dari fahaman erti dan maksud setiap perkataan yang di lafazkan dengan penuh keikhlasan untuk menjalin satu hubungan yang "khusyuk" kepada Tuhan nya. Jika "tajwid" itu di beratkan untuk di dengar oleh manusia di sekeliling maka sebutan ayat itu akan meyimpang dari luahan "perasaan dan ingatan" untuk mendapat perhatian Tuhan. Apakah ibadat sembahyang itu di pesongkan untuk penghargaan dan penilaian manusia??? Bila bacaan di dalam sembahyang itu sudah di "ikhtiraf" bagus atau betul sebutan nya maka bacaan itu sudah hilang "ruh" nya bila ia di baca untuk di dengar manusia. Tidak di pertikaikan bahawa bacaan yang betul dengan "tajwid" nya memang menjadi ketetapan untuk jelaskan "maksud" nya. Tetapi setiap "huruf dan suara" itu tidak bernilai jika "perasaan dan ingatan" itu tidak pernah menyentuh "jiwa" kita yang menghadap. Di mana pergi nya "khusyuk" itu jika tumpuan itu di beri kepada kepentingan manusia. Allah swt dan Rasul Nya telah menetapkan bacaan sembahyang itu di sebut dengan bahasa Muhammad maka wajib kita sebut dengan betul supaya "maksud" dan "erti" nya juga di fahami diri kita sendiri. Jangan jadi "burung kakak tua" itu yang menyebut tanpa mengetahui akan maksud nya. Cuba kita hayati segala bacaan ayat di dalam sembahyang itu dahulu dengan maksud dan erti nya dahulu sebelum kita "hafal" ayat yang lain. Sebab "jiwa" hawa nafsu dan "jiwa" ingatan iman mempunyai peranan di dalam sembahyang untuk bertugas menjawab soalan yang pernah di tanya "Bukankah Aku ini Tuhan kamu."

Edit 31.12.15

Kami tidak pernah merendahkan martabat bahasa Arab ini yang menjadi bahasa paling tinggi di sisi Tuhan. Tetapi Allah swt tidak pernah membebankan umat manusia apabila Dia perintahkan "ibadat" itu kepada Nya. Allah swt menjadi berjuta bahasa dari kaum dam puak yang berlainan bangsa. Tetapi basa Arab yang menjadi bahsa ibunda Rasulullah perlu kita ikhtiraf sebagai satu bahasa yang patut kiya pelajari sebaik mungkin. Asas permulaan yang perlu sebelum ayat yang lain adalah ayat Al Fatheha yang menjadi "penghulu" segala ayat Al Quran itu. Ayat yang perlu kita ulang setiap berkala ini sangat tinggimatrabat nya dari segala ayat yang ada. Kerana di situ kita perlu menyerahkan "kehambaan" kita sebagai seorang yang "menyerah diri" kepada Nya. Adakah kita benar benar "menyerah diri" di ketika itu masih boleh di pertikaikan. Allah swt bukan patung berhala yang tidak mempunyai "perasaan dan ingatan" untuk di puja dengan seruan yang ikhlas. Jika kita layan Allah swt seperti sesuatu yang pekak dan tuli, Allah swt juga akan layan kita begitu untuk tidak di ambil peduli. Kita akan di serahkan kepada kuasa "sebab dan musabab" untuk di adili. Tetapi campur tangan Allah swt sangat kita harapkan. Di sinilah di mana kebanyakan doa kita itu tidak di endahkan bila kita sendiri yang tidak pernah melayan Allah swt dengan betul dan baik. 

Adakah semasa kita menyebut "Alhamdulillahirabiralamin", kita ada bawa "habuan" itu untuk di serahkan???   Kita memuji Tuhan yang Maha Pengasih Penyayang di ketika itu bukan hanya sekadar sebutan untuk cukupkan syarat. Kita patut tahu dan sedar bahawa pujian itu perlu di isi dengan "SEBAB" yang tertentu. Terlalu banyak "sebab" untuk kita ucapkan pujian itu. "Kudrat dan Iradat" yang di pinjamkan kepada kita sehingga kita berjaya mendapat kenikmatan hidup adalah yang paling besar di kurniakan Allah swt. Adakah kita merasa  "kesyukuran" itu semasa menyebut ayat utama Al Fatheha itu akan menjamin tahap "kekusyukan" kita. Lihatlah bagaimana ayat Al Fatheha itu di susun begitu rupa. Jika kita tidak mahu menghayati ayat Al Fatheha ini, maka kita sebenar nya tidak sembahyang tetapi hanya "berlakon" satu watak yang di minta oleh manusia di sekeliling kita. Nauzubillahmin zalik!!!!

Ketahuilah "graviti" tarikan bumi hawa "nafsu" kita akan selalu membawa kita balik ke perut bumi untuk di harapkan di dalam dewan fikiran kita. Tetapi daya ingatan "iman" kita perlu lebih kuat untuk membawa kita naik di bumbung langit untuk berada lebih dekat kepada Allah swt. Jika ingatan "iman" kita tidak mempunyai cukup "ilmu" untuk di gunakan sebagai "sauh" keyakinan kita, kita akan hilang dan hanyut di bawa arus keinginan hawa "nafsu" itu yang cenderung pada keperluan jasad tubuh nya. Semasa kita sembahyang. kita berada di antara dua alam dunia dan akhirat. Urusan "dunia" ini perlu di serahkan di peringkat "akhirat" untuk di restui. Urusan di "dunia" ini perlu mendapat pengiktirafan di "akhirat" nanti. Ini yang kita perlu lakukan semasa kita "beribadat" dan "sembahyang" kepada nya. Jika sembahyang itu hanya sekadar tangkap muat dan cukup syarat sahaja maka kita sebenar nya tidak pernah bersembahyang. Kita mungkin hanya lebih "taksub" untuk menjaga kepentingan manusia di sekeliling kita dari mahu menegur sapa Allah swt. 

Mengapa kita tidak mahu ambil tahu tentang urusan "khusyuk" ini di dalam sembahyang kita. Kita biarkan saja ganguan itu di lakukan tanpa sebarang usaha untuk memperbaiki nya. Lihatlah bagaimana Rasulullah bersembahyang sehingga dia menitiskan air mata. Mengapa kita lebih suka menyekutukan Tuhan dengan benda yang lain. Kita biarkan diri kita di hanyutkan desakan hawa "nafsu" yang sibuk dengan kepentingan jasad tubuh nya. Kita bercakap tetapi tidak serupa bikin. Kita menyebut tetapi tidak pernah faham maksud nya. Jikalau saya seorang direktor, sudah lama saya halau "pelakon" sebegini dalam watak lakonan filem dan gantikan dengan "muppet" untuk berlakon. Burung kakak tua ini patut di letakan di dalam sangkar untuk di pamirkan agar mendapat pujian orang. Jika kita cuba menipu Allah swt, Allah swt akan lakukan begitu.

Edit 24.1.16

Apakah agama kita ini hanya satu "skrip" yang perlu di baca sebagai satu "sejarah" silam untuk ketahui. "Skrip" itu tidak boleh di ubah dengan jalan cerita yang berbeza dari tajuk asal nya. Apa yang "tertulis" oleh mereka yang tidak pernah di tugaskan untuk mencatat akan menjadi "skrip" yang rasmi untuk di "ULANG" di mana saja. Tafsir dan terjemahan dari perkataan yang asal datang dari "cakap dengar" pada "sanad" yang menyampaikan. Tidak sekali kami ingin pertikaikan semua amalan yang suci ini. Tujuan mereka memperbaiki penyampaian syiar agama ini patut mendapat pujian dan penghormatan yang tinggi. Kami nampak "keimanan" itu dari semua usaha yang suci ini. Tetapi apa yang kami bimbang apabila kita yang mengambil semua usaha mereka itu dengan begitu mudah dan leka.

Tidak pernah kita menjadi seperti mereka yang berusaha untuk dapatkan "kepastian" dari semua "nas" dan "dalil" yang tertera. "Akal" di gunakan hanya untuk menerima apa yang tercatat tetapi tidak pernah mahu berfikir untuk menyelidik akan maksud yang tersurat dan tersirat. Satu contoh kealpaan itu apabila ayat "sentuh" yang di sebut di dalam kitab suci di anggap "sentuhan" kulit sehingga suami isteri menjadi "batal" air sembahyang bila bersentuhan. Mengapa tidak pernah selidik sunnah Rasulullah saw yang mencium isteri nya semasa dalam berwuduk dan bersolat. Maka salah faham ini semakin merebak sehingga bersalaman sesama lelaki perempuan menjadi batal air wuduk. "Najis" yang membatalkan wuduk tidak pernah dari kulit tubuh jasad manusia. 

Kita sudah terlalu taksub dengan "hujjah dan dallil" sehingga kita terlupa bahawa "Allah swt dan Rasulullah saw "WUJUD" untuk kita dapatkan syafaat dan pedoman dari petunjuk nya. Kita NAFIKAN yang asas ini dan taat pada mereka yang "reka" segala pendapat itu. Apabila Allah swt dan Rasul Nya sudah di lupuskan dari "ingatan" kita untuk di RUJUK untuk mengesahkan "kewujudan" mereka maka kita akan jadi "jiwa" yang hanyut tanpa tempat berpaut. Kita hanya "bayang bayang" yang bergerak di bumi nyata.

Apabila kita pegang pada "SKRIP" ini maka kita akan jadi mudah untuk di pedayakan. Mereka yang melakukan kerosakan dan kemusnaha di atas muka bumi ini kerana mereka mengunakan "SKRIP" ini yang telah di tetapkan. "Akal" fikiran tidak lagi boleh di guna pakai untuk berfikir secara waras. Jika kita mudah untuk di beri "WATAK" untuk di lakonkan maka kita bukan lagi manusia yang mahu berfikir. Lihatlah di bumi ini yang berlaku kemusnahan apabila manusia melakukan pertumpahan darah demi memperjuangkan "agenda" tertentu. Perpecahan sesama umat begitu ketara sekali.

Edit 20.8.16

Tidak sesiapa dari 73 golongan itu akan sama dengan agama yang di bawa oleh Rasulullah sendiri. Para sahabat Rasulullah beriman dengan penuh "berilmu" dari ayat yang keluar dari mulut Rasulullah sendiri yang "maksum" itu. Selain dari Rasulullah itu hanya "pendapat" yang sudah tercemar dengan  "terjemahan" mereka sendiri. Itulah mengapa Tuhan perlu memelihara "Al Quran" itu dari di tokok tambah. Sekarang telah menjadi "ilmu" untuk terjemahkan "pendapat" masing2. "Pendapat" inilah PUNCA perpecahan umat pada 73 golongan itu. Imam dan mazhab mula mencari pengaruh masing2. Terlalu banyak bimbingan dan nasihat Rasulullah untuk kita kembali kepada Allah dan Rasul. Tali yang patut kita berpaut agar tidak tersesat.

Namun setelah Rasulullah wafat, umat manusia mula berpecah kepada 73 golongan. Masing2 cuba mengaku mereka lah golongan yang di ikhtiraf Rasulullah tanpa pengesahan baginda. Setiap manusia yang lahir setelah Rasulullah wafat mempunyai tugas yang sangat penting. Mereka perlu pergi melangkah mencari "bayang2" Rasulullah di merata bumi yang di pijak ini. Di situ, mereka akan terjumpa dengan orang yang cuba menyamar seperti Rasulullah. Segala "ayat" dan "dalil" mereka "hujah" perlu kita teliti dengan penuh berhati hati. Sebab mereka bukan "maksum" dan di penuhi dengan hawa "nafsu" yang mempunyai kepentingan diri. Kepentingan "ekonomi" dan "politik" untuk naik sebagai "khalifah" yang di lantik. Jika kita terima sahaja segala "hujah dan dalil" tanpa usul periksa, kita akan terpedaya.

Sebenar nya Allah dan Rasul tidak pernah lenyap dari kenyataan ini. Kita "WAJIB" menyerah diri kepada Allah swt untuk mendapatkan "petunjuk" itu. "Taufih dan hidayah" Allah swt datang dari pelbagai sudut. Setiap "ayat" yang kita terima dari pelbagai sudut perlu mendapat "restu" dari Allah dan Rasul ini. Jika kita padamkan pandangan kita dari Allah dan Rasul ini, kita akan berpaut kepada selain Allah swt. Apabila kita sudah "beriman" bahawa Allah swt itu wujud, kita wajib mencari Rasulullah. Maka tugas mencari Rasulullah ini bermula selagi "nyawa" di kandung badan. Mencari Rasulullah adalah jalan "siratalmustakim" itu yang kita minta setiap kali kita solat menyembah Allah swt. Jika kita bertemu atau menghadiri di mana2 "jemaah" yang berdakwah, kita perlu mencari Rasulullah di situ yang menjadi "ruh" agama Islam ini. Inilah "ilmu" yang patut kita tuntut sehingga akhir hayat kita.

Edit 28.8.16

"Menyerah diri" atau "Islam" yang di katakan "Muslim" ini sudah di perintahkan Allah swt kerana tanpa "bimbingan dan pimpinan" itu kita akan mudah tersesat jalan. Kita tersesat apabila kita lepaskan tali dari Allah dan Rasul untuk berpaut pada yang lain. Kita telah di terapkan supaya "berguru" dan belajar dari orang yang bergelar "ustaz" atau "imam" sahaja. Mereka sudah di anggap sebagai pakar "teori" agama yang belum tentu pernah mereka "praktik" kan. "Pakar" sebut dan bercakap ini sudah di ikhtiraf sebagai "tokoh" agama. Bukan amal perbuatan mereka yang di jadikan "resume" untuk kita mencari diri Rasulullah itu. Kita terpaksa bergantung kepada "cakap dengar" ini atau "hear say" untuk mendapat "ilmu" agama Islam dan menjadi "Muslim" yang di maksudkan. Lalu kita pun menjadi seorang "Muslim" yang "palsu" itu. Apakah kita terpaksa serahkan segala pembentukan watak "identiti" diri kita itu kepada "jajahan" yang bathil ini.

Mencari Allah dan Rasul perlu bermula dengan semua penafian. Kita perlu kenal Al Quran itu dari semasa Rasulullah masih hidup yang keluar dari mulut nya. Rasulullah tidak pernah perintahkan ayat AlQuran itu di tulis semasa dia masih hidup begitu juga "hadis" nya. Apa yang tercatat sekarang hanya satu "inisiatif" yang baru di perkenalkan setelah Rasulullah wafat. Kita perlu mula dengan "kekosongan" ini untuk melangkah mencari Rasulullah. "PENA" yang kita bawa untuk mencatat "KALAM" Allah swt itu hanyalah "dakwat" perasaan dan "pena" ingatan yang sudah bersatu dengan nikah "IMAN" untuk mencari "ILMU" yang tidak pernah di catat dengan "huruf dan suara" itu. Kita perlu bermula seperti Rasulullah yang "UMMI" atau tidak tahu menulis dan membaca.

Apa yang ada hanya Allah swt untuk memberi "petunjuk dan pedoman" itu. Bukan "ustaz" atau "tok guru" yang memberi "taufik dan hidayah" itu. Mereka hanya "media" informasi maklumat yang di sediakan oleh Allah swt untuk kita menerima "SALAM" Rasulullah yang sudah di ucapkan. Mencari Rasulullah dari setiap pelusuk bumi memerlukan "kasih sayang" yang sangat merindukan. Setidak tidak nya seperti hati seorang ibu yang mencari anak kesayangan nya yang hilang dari pandangan mata. Apabila kita dengar orang menyebut Rasulullah berkata begini dan begitu, kita terharu untuk berjumpa dan ucapkan "selawat" keatas diri Rasulullah. "Perasaan" itu lah "dakwat" dan "ingatan" itulah pena yang akan mencatat atau menulis "ilmu" di "kalam" diri kita itu. Bukan jangut atau sarban "pak imam" atau "tok guru" yang perlu kita pandang!!!. "Lidah" mereka itu adalah jendela untuk kita menjenguk diri Rasulullah. Bayangan Rasulullah tidak dapat di tiru oleh sesiapapun. Setiap dari kita wajib mencari bayangan bagaimana bentuk rupa Rasulullah ini. Ini "wajah" yang sangat kita perlukan dan rindu untuk berjumpa. Bukan muka "tok guru" atau "tok imam" yang kita pandang tetapi bayangan diri Rasulullah supaya menjelma setiap kali nama nya di sebut dan ayat nya di baca.

Mengapa kita cuba padamkan "wajah" Rasulullah ini bila berada di dalam "ilmu" agama. Diri Rasulullah ini dan "akhlak" nya adalah sumber agama Islam untuk kita membentuk jati diri kita. Perangai budi pekerti kita dan "watak" itu perlu di bangkitkan dari dalam diri kita yang sudah terselit darah daging Rasulullah dari DNA nya sejak tulang "sulbi" Nabi Adam di jadikan. Amat tidak mustahil untuk setiap anak Adam kembali kepada fitrah nya. Kita sudah di jadikan untuk menerima "akhlak" Rasulullah ini sejak kita lahir ke dunia ini. Kita akan menitiskan air mata apabila kita dapat mengenang apa yang pernah Rasulullah lalui supaya kita mahu mencontohi. Bukankah Rasulullah pernah menahan lapar sehingga mengikat batu di perut nya. Bolehkah kita menelan sesuap nasi bila kita terbayang keadaan Rasulullah itu??? Kita mengamuk bila kelaparan!!! Kita mencuri bila terdesak!!! Kita menipu kerana terlalu tamak!!! Jika sebiji kurma itu cukup untuk Rasulullah menahan lapar, mengapa kita perlukan sepinggan???

Edit 7.9.16

Apabila Tuhan jadikan umat manusia ini berbangsa dan berkaum, untuk saling mengenali antara satu sama lain, itu adalah fitrah semula jadi perkembangan zuriat umat manusia. Tetapi apabila manusia ini dengan sengaja menjadikan kelompok, puak, golongan dan persatuan, mereka sebenar nya cuba memisahkan umat manusia yang sepatut nya bersatu walaupun berlain bangsa dan perkauman. Rasulullah tidak pernah mengiktiraf umat yang berkelompak dan bergolongan ini. Tujuan Rasulullah di utus adalah untuk menyatukan umat manusia. Tetapi mereka yang mengelarkan diri mereka sendiri dengan "golongan" atau "puak" ini dengan sunni, syiah, wahabi atau yang lain, sebenarnya bukan "Umat Muhammad" yang di harapkan Rasulullah. Agama Islam tidak pernah mempunyai golongan dan puak tertentu. Punca perpecahan ini adalah angkara kepentingan "politik" dan "ekonomi" yang berpuak ini dengan golongan yang tertentu. Mereka mengunakan "AGAMA" demi pencapai matlamat kepentingan mereka. 

Konon nya mereka lah yang betul dan yang lain itu sesat dan salah. Perbezaan "pendapat" di jadikan "syaitan" untuk mereka saling membenci dan membunuh. Agenda "politik" dan "ekonomi" atau "kuasa" dan "kekayaan" adalah matlamat perjuangan mereka. Islam yang di bawa Rasulullah dengan "kasih sayang" dan "akhlak" yang mulia tidak "PERNAH" mahu di sebarkan. Sebalik nya kebencian dan kemusnahan yang di sebarkan kesana sini. Islam tidak pernah berpuak dan berkelompok!!!! Agenda "politik" dan "ekonomi" mereka itu yang merosakkan dan musnahkan kesucian agama Islam itu. Lihatlah betapa jauh nya kita telah menyimpang apabila para "ulama" tidak lagi berdakwah dengan harta dan kekayaan, malah , melangkah pergi untuk mengaut keuntungan peribadi. Alasan konon nya mereka juga manusia yang ada keperluan dan "dakwah" mereka itu "ikhlas" kerana Allah menunjukkan mereka bukan "warasatul anbia" yang di harapkan. Mereka menyamar sebagai wakil Rasulullah dengan matlamat peribadi.

Lihatlah betapa "ghairah" nya mereka untuk di "angkat" dan di "ikhtiraf" sebagai ulama!!!! Terlalu cepat mereka mencapai pangkat sebagai "mahaguru, ulama tersyohor, mursyid" yang mereka sendiri sangkutkan terhadap diri mereka sendiri. Agama sudah menjadi "komoditi" yang di perdagangkan. ALQuran di baca dengan alunan lagu yang mengasyikkan. Bukan maksud dan makna yang cuba di sampaikan. Cubalah kita selidik!!!! Adakah Rasulullah membaca "AlFatiha" semasa sembahyang dengan berlagu??? Apakah kita menghadap Tuhan dengan menyanyi??? Setiap "ayat" itu perlu di sebutkan dengan maksud di "perasaan" dan "ingatan" kita. Bukan alunan suara untuk di dengar khalayak ramai!!. Jangan jadikan AlQuran itu sebagai syair!! Hayatilah maksud nya. Apakah kami berdosa mengeluarkan kata2 ini. Wahai saudara Islam kami! kembalilah kejalan Allah dan Rasul! Carilah Rasulullah di mana saja kamu berada.


Edit 18.9.16

Kita akan takut apabila hakikat kebenaran itu di dedahkan. Sebab kita sudah terlalu lama duduk di dalam zon yang selesa. Konon nya orang yang kita anggap "pakar" itu sudah pasti boleh kita serahkan kepercayaan itu, tanpa perlu kita usul periksa. "Akal" yang di berikan kepada kita hanya untuk menerima apa yang di sogok seperti "ayam yang makan dedak". Cacing dan ulat yang di jadikan makanan asas semula jadi di anggap najis untuk di jamah. Apakah begitu agama Islam kita yang suci ini. Ilmu agama Islam tidak pernah bersempadan dan terbatas. Pernahkah kita bertanya mengapa "solat" itu "wajib" di kerjakan?. "Solat" bukan hak sesiapapun untuk di persoalkan. Ini adalah urusan peribadi yang tidak boleh sesiapa pertikaikan. "Solat" adalah hak kita sebagai seorang hamba kepada Maha Pencipta nya. Carilah jawapan itu mengapa "solat" itu "wajib" kita kerjakan. Jangan terima saja arahan orang lain atau perintah itu. Tuhan akan kecewa jika kita datang kepada Nya kerana di "suruh" oleh orang itu atau orang ini.

Percayalah "keikhasan" itu sangat di perlukan untuk membuka "hijab" dan dedahkan "aurat" itu kepada Tuhan. Kehinaan dan keaiban kita perlu di dedahkan kepada Tuhan untuk kita istiharkan kelemahan dan kebodohan kita. Tuhan tidak akan hidupkan kita di dunia ini jika kita tidak pernah memohon kepada nya. "Amanah" itu yang kita janji apabila di tanya "bukan kah Aku ini Tuhan kamu? masih belum terjawab. Kita asyik mendengar cakap orang itu dan cakap orang ini untuk meniru watak kelakuan mereka. Apakah diri kita ini hanya di jadikan seperti bayang bayang. Allah dan Rasul tidak pernah mahu kita kenal. Kita terbelit seperti sarban yang berlilit konon nya untuk berhijab di khalayak ramai. Tetapi "aurat" itu masih terdedah. Apabila kita menyangka bahawa "ilmu" yang kita perolehi itu adalah keupayaan kita sendiri, maka syaitan akan ikat kita dengan satu belitan yang kuat. Lihatlah bagaimana Tuhan  memberi "taufik dan hidayah" kepada seorang yang tidak tahu menulis dan membaca. Rasulullah adalah satu contoh yang Tuhan beri untuk kita cari kehebatan "ilmu" nya. Jika diri Rasulullah ini tidak pernah kita ingin "wujud" kan dalam ingatan kita, maka kita masih belum sampai di telaga "ilmu" itu untuk menjamah seteguk dua "air" yang kita tidak akan pernah merasa haus lagi. Carilah Rasulullah di mana saja kita berada!!!

Edit 27.9.16

Kami sedar bahawa setiap "ilmu" yang tersebar dari setiap sumber adalah ketentuan kebijaksanaan Tuhan. Kita perlu melihat setiap "ilmu" yang kita terima datang dari Tuhan dan bukan dari yang menyampaikan nya. Jika kita nampak orang yang bercakap, dia bercakap dengan "kudrat dan iradat" Tuhan yang di berikan. Tidak perlu kita puji orang itu tetapi kita patut memuji Tuhan kerana sampaikan "ilmu" itu kepada kita. Bukan manusia yang berkuasa untuk sampaikan walaupun sepotong "ayat" itu untuk di sebut. Kita perlu nampak Tuhan di sebalik semua kenyataan ini. Kita akan menjadi "syirik" jika kita menyangka orang itu yang mempunyai kuasa untuk sampaikan "nafkah" itu. "Nafkah" zahir dan batin adalah urusan Tuhan yang patut kita teliti dengan hakikat nya. Jangan kita terpedaya dengan dakyah syaitan supaya kita menganggap orang itu atau ini yang berkuasa atau memiliki kekuatan untuk memajukan diri kita itu. Jangan jadikan mereka seperti Tuhan!!! "NAFIKAN" mereka dengan ayat kalimah tauhid, Tidak ada Tuhan melainkan Allah". 

Apabila kita dapat bersihkan "hati" ini dari dosa "syirik" ini, kita akan berdepan dengan Tuhan di dalam setiap perkara yang kita tempuhi. Tidak mahukah anda menghadap Tuhan di alam realiti ini??? Apakah kita hanya menghadap Tuhan hanya di ketika solat sahaja. Kita berurusan dengan Tuhan di dalam setiap detik waktu. Mengapa "ingatan" itu terpadam setelah kita beri salam. Malah langkah yang kita lakukan selepas solat itu sepatut nya kearah "siratalmustakim" itu yang kita minta sebentar tadi. Jika kita tinggalkan Tuhan di atas tikar sembahyang, apakah kita telah menyerahkan nasib kita selepas itu kepada selain dari Allah???. Inilah kedaifan kita sendiri. Tuhan di jadikan seperti saluran peti televison di dalam ingatan kita yang bertukar chanel. Bukankah Tuhan sangat di perlukan di alam realiti ini!!! Di situlah segala kemungkaran , hasad dengki dan iri hati berleluasa untuk kemusnahan kita. Mengapa kita gagal untuk "Tiun" diri kita ini untuk mengingati Allah dalam setiap masa. Apakah punca nya. Sebab kita telah di ajar untuk mendengar "huruf dan suara" itu. Semua yang mengeluarkan "huruf dan suara" itu patut di puji atau di puja supaya di iktiraf, seperti "burung kakak tua" itu.

Rasulullah yang tidak tahu menulis dan membaca, menyebut setiap "ayat" dengan "wahyu" yang di sampaikan oleh "urusan kami" itu. Tuhan yang menentukan siapa di antara kita yang patut menerima "taufik dan hidayah" nya. Rasulullah tidak mempunyai kuasa untuk memberi "iman" kepada sesiapapun. Sebagai "utusan", Rasulullah hanya di tugaskan untuk menyampaikan "ilmu" kepada sesiapa saja. "Huruf dan suara" itu bukan dari "ilmu" pengetahuan Rasulullah. Allah dan Rasul ini masih wujud di mana saja. Tuhan akan sentiasa memelihara "kitab" nya. Maka sesiapa saja yang mengajar kebaikan perlu membasmikan kemungkaran. Jika kita pandai "sebut" kita perlu pandai "buat". Jangan jadikan "huruf dan suara" itu matlamat nya untuk di "sebut" kesana sini. "Penyakit" dan "penawar" ini adalah "nafkah" kita yang akan di beri dengan "susah dan senang" nya sebagai "rezeki" yang di cari. 

Rasulullah berdakwah bukan hanya dengan "huruf dan suara" nya. Setiap amal perbuatan nya adalah "ibadah" kepada Tuhan. Apabila hawa "nafsu" itu cenderung kepada kemungkaran untuk melakukan "dosa", maka ingatan "iman" kita perlu bangkit untuk melakukan "pahala" itu. Sebab "dosa" ini bukan hanya berwajah kejahatan. "Dosa" juga boleh berwajah kebaikan. Begitu juga dengan "pahala" itu. "Pahala" boleh berwajah kejahatan dan tidak semesti nya berwajah kebaikan. Jadi apa juga yang di persembahkan bukan "jawapan" tetapi "pertanyaan" yang di sebut. Kita selalu menyangka semua apa yang di sebut dengan "huruf dan suara" itu di jadikan sebagai "jawapan". Tetapi sebenar nya semua itu adalah "pertanyaan" yang di tujukan kepada diri kita. Walaupun kita yang menyebut perkataan itu. "Hujah dan dalil" ini sepatut nya di tujukan kepada diri kita sendiri dan bukan kepada orang lain. Apabila sudah mempunyai "jawapan" itu maka bolehlah kita kongsikan kepada orang lain supaya mendapat "iktibar" nya tetapi bukan "pujian" nya. Sebab keshahihan "jawapan" itu belum di iktiraf oleh Allah dan Rasul yang mengurus "urusan kami" itu. Kita hanya mengharapkan "restu" dari Allah dan Rasul. Rahsia "kudrat dan iradat" ini perlu menjadi perhatian kita.

Maka apa juga yang di "sampaikan" hanyalah satu persingahan untuk di jadikan "ilmu" yang di cari. "Ilmu" ini datang bukan hanya dari orang yang pakar sahaja. "Ilmu" ini boleh datang dari orang yang paling bodoh sekalipun. Maka wujud nya Allah dan Rasul ini perlu di aktifkan dalam setiap masa yang di lalui. Mungkin akan ada sepotong "ayat" di celah segala timbunan perkataan itu ada "HAK" kita yang selalu di cari "jiwa" kita itu. Apabila kita tidak putus asa mencari sudah pasti Allah dan Rasul akan hulurkan "ilmu" itu. Maka selawatlah selalu kepada Rasulullah kerana hanya dia sahaja yang dapat menerima dan sampaikan  "ilmu" itu.  

Edit 28.9.16

Setiap "ruh" mempunyai "jiwa" nya. Jiwa ini telah di pisahkan dengan "dosa" dan "pahala" nya, di mana "sijjin dan illiyin" itu di terjemahkan dengan syurga dan neraka. Jiwa hawa "nafsu" dan jiwa ingatan "iman" telah di serahkan kepada kita sejak kita lahir ke dunia ini. Bekalan itu di beri pada tangan kiri dan tangan kanan yang kita gengam sambil menangis kebimbangan. Hidup yang akan kita lalui itu adalah satu "amanah" yang di pikul, apabila soalan yang di tanya itu perlu di jawab."Bukankah Aku ini Tuhan kamu". Hawa "nafsu" yang buta tidak tahu siapa dan ingatan "iman" yang bisu bingung tidak kenal. Tuhan mulakan mendidik "jiwa" ini dengan memberi "nafkah" dengan "ilmu" yang di timbang pada "rezeki" yang di sukat dengan "susah dan senang" nya. "Jiwa" ini akan kenal "nikmat dan azab" itu dengan pilihan yang bebas dari cita rasa nya. Tuhan tidak pernah sogok untuk "jiwa" ini mengakui tanpa "ilmu" yang sah dan ikhlas. Tuhan tidak akan pernah tonjolkan diri dengan nyata supaya di ikhtiraf. Tuhan tidak mahu Dia di puji dengan pengesahan yang palsu.

Tuhan tidak akan memandang jasad atau muka kita itu yang menyebut dengan "huruf dan suara" oleh lidah nya. Lidah itu bukan pena yang menulis amal perbuatan kita. "Hati" yang di katakan "sekepal darah" itu yang perlu membaca "kitab" itu dengan "perasaan dan ingatan" nya. Setiap "jiwa" ini akan terjemahkan "perbezaan" dari setiap "ilmu" yang di terima. Itulah mengapa Tuhan jadikan "syurga dan neraka" itu. Sebab "dosa" dan "pahala" itu akan berpasangan untuk di nilai perbezaan nya. Setiap "jasad" tubuh itu akan mempunyai "jiwa" hawa "nafsu" dan "jiwa" ingatan "iman" di mana "perasaan dan ingatan" nya akan menjawab dengan "niat" amal perbuatan nya. Tuhan akan memberi "kudrat dan iradat" itu untuk "jasad" tubuh itu bergerak. "Perasaan dan ingatan" itu yang memandu "jasad" tubuh itu. Kita sebenar nya tidak pernah mempunyai "ilmu" untuk menentukan "nafkah" kita itu. Kita hanya terima "ilmu" itu dari "susah dan senang" nya.

Jiwa hawa "nafsu" yang "ingkar" dan jiwa ingatan "iman" yang "insaf" akan kilaf dengan perbezaan pendapat mereka. Siapakah yang menjadi "hakim" itu di antara mereka ini??? Melakukan "dosa" dan "pahala" itu di nilai dari "perasaan dan ingatan" dan bukan dari amal perbuatan kita. "Niat" ini satu "pakatan" di antara "perasaan dan ingatan" itu. Jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman akan bertemu untuk jalinkan hubungan mesra. Kemesraan mereka adalah di mana "niat" itu di lahirkan. Zuriat itu dari benih "dosa" atau "pahala" akan menjadi "semangat" dan "qarin" jika sudah lebih dewasa. Mereka akan mempunyai "wajah" dengan "watak" dan "tabiat" nya. Inilah teman hidup kita di dunia dan akhirat. Mereka akan duduk atau berdiri di sebelah kiri dan kanan kita sebagai makmum. Sebab "nafkah" itu tidak akan terputus selagi belum hari khiamat. 

Amat perlu sekali kita basmikan segala "dosa" itu selagi kita masih hidup. Sebab "semangat" dan "qarin" ini akan bebas berkeliaran selepas kita mati. Mereka akan menjadi "ilmu" yang kita tinggalkan untuk di hitung. Kesengasaraan seksa kubur adalah dari "watak" dan tabiat" mereka yang masih berkeliaran dengan "dosa" kita itu. Begitu juga dengan ketenangan yang di pamerkan "watak" dan "tabiat" dari "pahala" kita itu. "Semangat" dan "qarin" ini yang boleh mempengaruhi orang yang masih hidup. Dakyah dan dakwah masih mencari peminat di alam realiti ini. "Nafkah" yang mereka cari itu termasuk dalam urusan "rezeki" yang "susah dan senang" itu dari yang hidup. Urusan ghaib ini sangat terhad untuk kami perjelaskan dengan lebih terperinci. Sebab setiap "dosa" itu adalah "hutang" yang perlu di bayar. Kita mungkin telah mendapat kesenangan dari kesusahan orang lain. "Azab" yang menimpa mereka dari "nikmat" yang kita kecapi akan di tuntut sebagai "hutang" yang perlu di bayar semasa hidup atau setelah mati.

Mungkin sudah tiba masa nya kita mencari jalan atau cara bagaimana untuk menghapuskan "dosa" itu dan tambahkan "pahala" itu.

Edit 2.10.16

Apabila manusia melangkahkan kaki di atas muka bumi ini untuk mencari "nafkah" atau "rezeki"itu yang di perlukan "perasaan" hawa "nafsu" dan "ingatan" kepercayaan "iman" nya, maka bumi ini akan bertanya kepada para malaikat adakah mereka akan melakukan kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi nya. Para malaikat tidak dapat memberikan jaminan itu kerana "jasad" itu yang di jadikan daripada "tanah" sangat memerlukan jawapan Tuhan "Aku lebih tahu apa yang kamu tidak ketahui"itu. Jika "jasad" tubuh itu tidak mengetahui jawapan itu maka akan berlaku kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi ini. Melainkan mereka yang "takwa" dan "sujud" di atas muka bumi ini untuk dapatkan "taufik dan hidayah" nya. Mereka yang "angkuh" dan berlagak "sombong" akan di laknat bumi apabila memilih untuk bersekuttu dengan "jin dan syaitan" yang sentiasa menunggu untuk membuka "aurat" nya. "Aurat" itu akan di dedahkan dengan  keaiban dan kehinaan nya. "Hijab" yang sepatut nya di tutup dengan kemuliaan maruah diri akan di telanjangkan. Kompas moral yang sudah di beri kepada "ingatan" kepercayaan "iman" nya akan terancam.

"Jasad" mereka akan di jadikan milik "umum" dan bukan lagi hak "peribadi" nya. Ini yang tidak di ketahui "jasad" tubuh itu. Sebab "aurat" itu akan terdedah apabila kita melangkah keluar di khalayak ramai. "Hijab" itu di perlukan apabila kita berada di pentas masyarakat. "Nafkah" yang di cari berada di atas muka bumi ini. Maka "aurat" itu perlu di tutup bila kita berada di luar sana. Apabila kita serahkan "jasad" itu di pentas umum, "hijab" itu perlu di pakai sebagai perisai keperibadian kita. Jika kita abaikan martabat maruah diri kita, kita sebenarnya telah serahkan "jasad" itu untuk di lihat keaiban dan kehinaan nya sebagai satu saranan. Pengistiharan itu akan menjemput segala "perasaan" dan "ingatan" untuk menjamu selera nya. Kita sebenar nya telah jadikan "jasad" itu sebagai satu "nafkah" yang di hidangkan.

"Aurat" itu akan di jadikan "nafkah" untuk di dedah dan di jamah. Maka segala "semangat" dan "qarin" yang ada di persekitaran akan berminat untuk menjamu selera. "Jasad" itu akan di jadikan "nafkah" yang di serahkan. Pengaruh dan peminat akan datang buat tempahan dengan "pilihan" dan "peluang" yang ada. Semua makhluk yang nyata atau ghaib dari yang  hidup dan mati akan mengambil kesempatan untuk mencuba nasib, mencari "nafkah" dari "susah dan senang" pada "nikmat dan musibah" itu. Tuhan telah berkata bahawa kita tidak akan di uji melainkan hanya dengan kemampuan kita. Kemampuan ini yang menjadi ukuran kepada keperluan kita itu. Kita tidak memerlukan sedulang nasi jika kita hanya mampu makan sepingan. "Kepuasan" ini yang akan datangkan musibah itu kepada "jasad" tubuh kita. Tuhan tidak bertanggung jawab terhadap setiap "penyakit" yang menimpa "jasad" tubuh kita. Itu bukan tugas Tuhan untuk mengubati nya. Jadi jangan lah salahkan Tuhan atau persoalkan mengapa "penyakit" itu sampai kepada kita. Tuhan telah beri kita segala "kudrat dan iradat" itu untuk kita berusaha mencari "penawar" nya di merata alam.

Tuhan telah serahkan "penawar" itu dari setiap "penyakit" sebagai pasangan nya. Itulah mengapa pakar perubatan telah di berikan "ilmu" untuk selamatkan umat manusia. Jadi janganlah  cuba beri jawatan "doktor" itu kepada Tuhan supaya sembuhkan segala "penyakit" itu. Pergi cari "penawar" itu sebagai satu usaha dari doa permintaan dengan "petunjuk" dan "taufik dan hidayah" dari Nya. Segala "penyakit" itu berpunca dari kelalaian dan kelemahan kita sendiri. Apabila kita sihat, kita tidak "ingat" kepada Tuhan. "Bismillah" itu agak sukar untuk di lafazkan semasa kita di hidangkan makanan. Kita cekek mentah kedarah sehingga puas sekenyangnya. Beban tubuh badan bertambat berat dan darah bertambah tinggi, kencing bertambah manis, urat saraf semakin sempit, oksigen dari "nafas" itu semakin kurang. Macam macam kuman yang kita tanam di dalam "jasad" tubuh untuk ia membiak. Apakah Tuhan yang mendatangkan "azab" sengsara itu untuk menghukum kita? Atau kita yang abaikan tanggung jawab itu dengan kerakusan kita?

Setelah mendapat "penyakit" kita persoalkan mengapa Tuhan tidak mencegah. Kita jadikan "penyakit" itu sebagai satu ujian yang menimpa. Tetapi apabila "nikmat" itu di terima, Tuhan tidak pernah di hargai. Kita lebih memuja yang selain Tuhan sebagai sumber "nikmat" itu. Maka "nafkah" itu tidak pernah menjanjikan kesejahteraan. "Aurat" yang kita dedahkan telah mengundang atau menjemput segala musibah. Kita tidak mahu memakai "hijab" itu sebagai perisai nya. "Takwa" itu tidak pernah di pamerkan dengan "wajah" yang sebenar. Hanya "muka" yang palsu itu di tonjolkan. Keperluan dan kemampuan tidak pernah di ukur.  Kita ambil saja apa juga kesempatan sebagai "peluang" yang di sediakan. Mengapa kita cuba tipu diri sendiri dengan mengejar kepuasan yang tidak berhujung itu. Kita tambah beban berat muatan yang tidak terpikul oleh "jasad" tubuh itu. Kenapa kita biarkan "graviti" hawa "nafsu" itu semakin berat untuk di heret dari tabiat kelakuan nya. Dimana pergi "ingatan" kepercayaan "iman" itu yang sepatut nya mendidik dengan "ilmu" yang kuat. Kita lebih hebat bercakap dari tangkas melakukan nya. Apakah agama kita ini agama untuk kita pandai bercakap dengan "huruf dan suara" sahaja. Kita menjadi pendekar "hujah dan dalil" di atas muka bumi. Tetapi "kuman dan penyakit" yang menular di hadapan biji mata tidak mampu kita basmikan. Bayi di buang seperti sampah, ibu bapa di bunuh oleh anak kandung sendiri.

Di manakah "penawar" itu yang perlu di cari. "Ya Umati" yang di tangisi Rasulullah sudah sepi kehilangan. Martabat dan kekayaan yang di kejar di merata tempat. Jemaah di jadikan "peminat" kemasyhuran mereka. Mengapa kita di jadikan "pelakon" yang popular di mata masyarakat. Tetapi matlamat agama tidak pernah nya berkesan. Kita hanya "pesakit" yang  di  "diagnos" tetapi bukan untuk mengubati "penyakit" itu. Kepakaran dan kelayakan masih tidak termampu untuk menjayakan nya. Maka kita terpaksa jadi "burung kakak tua" itu yang buar persembahan.