Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Khamis, 27 Oktober 2011

Siapa Aku

Apa yang terkumpul di dalam ingatan kita adalah harta "diri" kita yang akan menjadi kenangan sepanjang masa. Segala nikmat dan sengsara yang kita alami akan membentuk "diri" kita sebagai "ilmu" yang kita tuntut semasa kita hidup di dunia ini. "Ilmu" itu adalah "diri" kita yang sebenar yang kita bawa kemana saja dengan jasad tubuh sehingga akhir hayat. Apa yang nyata, jasad yang kita agungkan selama ini bukan "diri" kita yang sebenar. Itu hanya pakaian yang di beri semasa kita lahir di dunia ini untuk merasa nikmat "nyawa" yang di pinjamkan sementara waktu.


Banyak yang menyangka mereka wujud dengan jasad yang mereka pamirkan kesana sini. Ada yang begitu bangga mempunyai kebolehan yang di perolehi. Tetapi mereka tidak sedar "ilmu" pengetahuan yang di perolehi boleh hilang dalam sekelip mata. Sebab yang  menyimpan memori "ilmu" pengetahuan itu bukan otak atau "akal" yang kita sangkakan. Otak hanya tempat "akal" menumpang lalu untuk menghulur informasi maklumat. Yang memnyimpan segala memori tentang "diri" kita adalah "nyawa" yang kita nikmati semasa hidup.


"Diri" kita yang sebenar adalah "ruh" yang di bentuk oleh tenaga naluri hawa "nafsu" dan nurani "iman". Apa yang di perolehi dua tenaga ini adalah "ilmu" yang membentuk "diri" kita yang sebenar. Aura cahaya "nur" ini yang di pancarkan oleh "ruh" dapat di lihat oleh makhluk ghaib seperti sinaran yang berwarna warni. Di situ lah mereka dapat mengenal sejauh mana "nafsu" dan "iman" kita. Warna warna yang tertentu akan menceritakan tahap kekuatan tenaga bathin kita dari hawa "nafsu" atau tenaga "iman". Semasa hidup, aura ini yang menjadi benteng imuniti ketahanan "diri". Segala penyakit yang menjangkit di jasad tubuh perlu menembusi benteng aura ini.


Daya ketahanan imuniti "diri" ini boleh meningkat dan menjunam. Jika aura sinaran cahaya "nur" ini malap di selubungi hijab daki dosa, jasad tubuh akan terancam dengan pelbagai musibah. "Nyawa" kita yang di salurkan "ruh" boleh terselindung jika tenaga "iman" tidak dapat mencari "akal" yang menyalurkan informasi maklumat. "Ilmu" adalah segala azimat untuk menyelesaikan semua masaalah. Jika risepsi "iman" lemah tanpa "ilmu" pengetahuan, jasad tubuh akan kehilangan daya ketahanan "diri".

Edit 15.6.14

"Identiti" diri kita boleh berubah dalam sekelip mata begitu juga jasad tubuh kita yang semakin berusia. Tetapi "jiwa" kita itu sebenar nya tidak pernah tua atau muda. Ia akan kekal seperti sedia kala walaupun usia telah meningkat. Jadi sesiapa yang beranggapan bahawa jasad tubuh mereka adalah "diri" kita yang sebenarnya, maka "fakta" itu tidak dapat di "bukti" untuk buat apa apa tuntutan yang sah. Sebab apabila jasad kita berubah bentuk dan rupa, kita bukan lagi yang dahulu dan tidak akan kekal begitu dari yang terkini. Malah kita tidak juga dapat menunjukan "diri" kita itu apabila di suruh "tunjuk" sebagai "bukti" yang nyata. Sebab apa yang kita tunjuk hanya sebahagian dari angauta tubuh dan bukan sepenuh nya. Kita hanya dapat menunjukan "hidung" dan "mata" atau "tangan" dan "kaki" atau badan dan perut. Semua angauta tubuh ini boleh di tukar dengan yang palsu atau angauta tubuh orang lain. Kita boleh gunakan "mata", tangan, kaki, jantung, paru paru, ginjal orang lain untuk hidup. 

Sedangkan "wajah" kita sudah tidak lagi yang asli. Sudah ada yang pakai "botox" dan juga "bedah plastik" untuk ubah keaslian jasad tubuh kita. Jadi jasad tubuh bukan "diri" kita yang sebenar nya!!!!!!! Jasad ini boleh cacat dan mereput. Tetapi "diri" kita yang sebenarnya tetap begitu dan tidak akan berubah. Sebab itu kita boleh pakai angauta tubuh orang lain dan sesiapa saja. Kita perlu cari "diri" kita ini sebelum kita mati nanti. Sebab jika kita tidak "kenal diri" kita ini, nescaya kita akan kecewa dan di landa penyesalan yang amat sangat. Kami telah jelaskan terlalu banyak di laman web ini untuk pembaca mencari kata kunci nya. Ini hanya satu amal jariah yang kami beri secara percuma agar kita dapat kembali kepangkal jalan. "Wajah" kita yang sebenarnya bukan bentuk rupa!!!!! 

Edit 14.11.14

Kita selalu akan berbual dengan "diri" kita sendiri. Siapakah yang bertanya dan siapakah yang menjawab di dalam perbualan itu. Kadangkala kita boleh mendengar dia menyanyi dengan sendiri nya. Tidak kah kita ingin tahu siapakah itu di antara mereka yang menghuni jasad tubuh kita. Perlu kami jelaskan di sini bahawa kita perlu tahu siapa kah yang di katakan hawa "nafsu" itu dan siapa kah yang di katakan ingatan "iman" itu. Inilah kembar "diri" kita yang boleh perpisah dan bersatu. Untuk sesiapa saja di antara pembaca kami yang ingin mengetahui rahsia "diri" ini perlu mempunyai asas yang kukuh untuk memahami siapa mereka. Inilah "hak" yang di beri sebagai "bekalan" semasa kita lahir ke dunia ini dan menanggis mengengam sesuatu di tapak tangan kiri dan kanan untuk hidup dan kembali di satu perkampungan yang di katakan "sijjin dan illiyin" itu semasa menunggu hari kebangkitan.

Semasa kita masih zarah "partikel" lagi yang duduk di dalam kegelapan yang nyata, kita berada di dalam keadaan yang "buta, bisu dan pekak" sehingga datang satu serpihan cahaya "nur" yang memberi kita "kesedaran" untuk merasa "sentuhan, hidu bauan, dengar bunyian, bersuara dan melihat" alam sekeliling. Itulah serpihan besi "qursani" yang tersebar di dalam "ruang" yang gelap dan kosong itu. "Kesedaran" itu adalah "ilmu" yang di terima untuk buat "pilihan" dan mencari "peluang" yang ada di sekeliling "ruang" yang gelap dan kosong itu. Zarah "partikel" itu tidak akan bergerak selagi tidak di ajak untuk membuat sesuatu. Maka di ketika itu Tuhan bertanya, "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?"

Dalam keadaan yang "daif, lemah, hina dan fakir" itu yang masih "buta, bisu dan pekak" kita tidak dapat menjawab soalan itu untuk beri "perakuan dan pengesahan" itu. Allah swt Yang Maha Bijaksana mahu kita mengenal Diri Nya dari keadaan yang begitu "kosong" sekali untuk dapatkan "kefahaman" yang tulus dan ikhlas tanpa di sogok dengan andaian dan tanggapan yang palsu. Dari situlah kita bermula untuk mencari "jawapan" itu sehingga kita lahir ke dunia ini. Ibu bapa kita hanya menjemput kita di "ruang" yang gelap itu untuk beri kita kesempatan mencari "jawapan" itu. Maka Tuhan telah bekal kan kita hawa "nafsu" dan ingatan "iman" itu untuk kita mulakan "misi" pencarian di dalam hidup ini apabila kita di beri jasad tubuh yang berbentuk rupa yang di taja baka keturunan kita. 

23 dari chromosome ibu dan 23 dari chromosome bapa kita akan bertemu dengan "alaq" yang melekat untuk gandingkan baka benih DNA mereka dengan 2 dari chromosome ibu dan 2 dari chromosome bapa membawa penentuan jantina kita. Chromosome Adam dan Hawa ini berada di situ untuk beri kita "pilihan" dan gunakan "peluang" itu untuk membentuk jasad tubuh kita. Jadi Adam dan Hawa berada di situ di mana Rasulullah menjadi "saksi" pada pertemuan itu untuk melihat kejadian kita. Cahaya "nur" yang memberi kita "kesedaran" itu adalah "nur" Muhammad yang menjadi tulang "sulbi" atau (coccyx) dari DNA umat Muhammad. Jadi setiap jasad yang terbentuk akan hidup dengan "kesedaran" cahaya "nur" serpihan "qursani" untuk mencari "kefahaman" pada soalan yang pernah di tanya "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu". Secara asas nya kita sudah di beri segala kelengkapan dengan "kesedaran" cahaya "nur" Muhammad untuk "beribadat" kepada Allah swt. Kita di lahirkan sebagai seorang "muslim" yang di katakan "kain putih" itu. Maka dari warna yang "putih" itu, kita corak dan reka dengan kelakuan perangai budi pekerti warna "kuning, merah, hijau, biru, unggu dan lain lain seperti warna pelangi yang ada pada "aura" kita itu. 

Edit 15.11.14

Jika kita belajar "fisik" (physics) kita akan ketahui bahawa "electromagnetic spectrum" di "ruang" atmosphera mempunyai sinaran kekisi cahaya yang berlainan warna dan hanya warna tertentu sahaja yang boleh di tembusi cahaya sinaran mata kasar kita yang di sebut "visibility spectrum" itu. Jadi "aura" kita akan hanya boleh memperkenalkan diri nya kepada setiap mata kasar dengan kekisi "visibility spectrum" itu di mana jasad tubuh kita akan kelihatan. Namun, warna "aura" kita itu yang kita corakan dengan warna tertentu dari perangai budi pekerti kita mempunyai warna yang menyifatkan kelakuan dan akhlak kita itu. Itulah mengapa "alam ghaib" boleh membaca keadaan diri kita itu dengan warna "aura" kita yang ketara itu. Bukti ini boleh kita perolehi dari melihat sinaran imbasan "pelangi" yang menunjukan "electromagnetic spectrum" itu. 

Sebab "graviti" jasad tubuh yang di pacu hawa "nafsu" akan mengumpul serpihan besi "qursani" itu di dalam tulang sulbi atau (coccyx) adalah deoxyribonucleic acid dari baka genitik keturunan kita. Maka "aura" kita adalah imbasan sinaran cahaya ingatan "iman" yang mempunyai tenaga elektrikal di mana gelombang otak minda kita memancar dengan resepsi "akal" fikiran nya. "Kepercayaan" kita itu yang di simpan di dalam memori ingatan "iman" adalah cahaya yang bersinar untuk dapatkan resepsi di ruang atmosphera di mana cahaya itu boleh melepasi sejauh mana yang termampu oleh kekuatan "iman" itu. Di situlah Tuhan menyambut segala "doa" permintaan kita dan di mana hubungan itu di sambung dengan frekuensi tertentu dari ingatan "iman" kita itu.

Perlu kita ketahui bahawa ruang atmosphera ini mempunyai jalur lebar di mana cahaya dan suara itu melintasi. Jika di zaman sains yang moden ini telah terbukti kita boleh bercakap dengan sesiapa saja walaupun di hujung dunia tanpa perlu bersua muka dengan gadjet telekominikasi yang canggih, mengapa "doa" permintaan kita itu tidak boleh di sampaikan kepada Maha Pencipta Alam ini. Itulah mengapa setiap "doa" yang kita minta itu perlu mempunyai sinaran cahaya yang kuat untuk sampai secepat kilat. Sebab jika kita menggunakan "suara" dengan sebutan tanpa mempunyai perisian "niat" dengan "perasaan dan ingatan" yang tulin, maka "suara" itu akan sampai dengan kelajuan yang rendah. Sebab "cahaya" lebih laju dari "suara" untuk melintasi ruang angkasa ini.

Begitulah keadaan nya semasa kita masih zarah "partikel" lagi. Dalam keadaan yang "daif, lemah, hina dan fakir" itu, kita mendapat serpihan besi "qursani" itu yang di sebarkan cahaya "nur" itu dengan "ilmu" untuk mendapatkan "kepandaian, kemulian, kekayaan dan kekuatan" ini. Tidak ada unsur paksaan untuk kita menerima "kewujudan" ini dan hidup di realiti. Kita telah buat "pilihan" itu dan mencari "peluang" yang di taja kedua ibu bapa kita semasa chromosome mereka bertemu untuk kita buat "pilihan" itu dengan jantina Adam dan Hawa. Siapakah yang menentukan kita menjadi lelaki atau perempuan? Mungkin soalan ini tidak pernah di tanya kerana termasuk di dalam urusan ghaib dan apakah yang di katakan "Gender Identity Disorder" itu. Allah swt tidak pernah menghalang "akal" fikiran manusia itu mencari "ilmu" untuk mengenal segala ciptaan Nya. Malah Allah swt sangat mengalakkan setiap manusia itu mengambil tahu tentang apa yang telah Dia jadikan di alam maya ini. Jika para saintis telah menyelidik dengan penuh terperinci kejadian ciptaan Tuhan, mengapa ada di kalangan tokoh agama yang begitu takut untuk membenarkan kita mengetahui semua rahsia ini. Apakah mereka takut dengan kebodohan yang tidak pernah mereka perolehi atau selidiki.? Bolehkah kita sesat di ruang alam maya ini di mana hanya Allah swt sahaja Tuhan semesta alam yang berada di situ. Bukan kah kita selalu meminta "siratalmustaqim" itu. Walaupun lorong yang kita lalui itu terlalu sempit yang tidak di lalui oleh orang lain, maka Allah swt juga ada di situ untuk memberi petunjuk dan bimbingan.

Mengenal Diri telah di "momok" kan dengan ancaman sesat dan hujah dalil yang tidak sahih. Jika kita tidak di benarkan mengenal "kelemahan, kedaifan, kehinaan dan kefakiran" kita, bagaimana mungkin kita dapat bezakan "kemulian, kekayaan, kebijaksaan dan kekuatan" Allah swt. Apakah "nafi, isbat, munafi, musabat" itu yang perlu kita kenal dengan keinsafan. "Ehsan" Allah swt sangat luas dan tidak terbatas. Hanya kemungkaran sahaja yang di tegah tetapi bukan "ilmu" untuk mengenal Diri Nya. "Keikhlasan" untuk mengenal Diri adalah "fitrah" semula jadi yang tidak boleh di nafikan oleh sesiapapun. "Rasulullah adalah cahaya "nur" itu yang masih di dalam jasad tubuh kita ini. Apakah mungkin kita tersesat jika GPS itu sudah kita hidupkan dengan resepsi satelit arah tujuan kepada Allah swt. Tidak perlu sesiapa di bumi ini membuat "pengiktirafan" tentang "keimanan" kita kepada Allah swt. Mereka bukan seorang yang "maksum" seperti Rasulullah saw. Segala amal ibadat kita bukan untuk mereka "iktiraf" sebagai jawatan yang di sandang. Apakah "keimanan" itu di tentukan oleh mereka sedangkan Rasulullah tidak pernah mempunyai "kuasa" itu untuk mengimankan sesiapa. Hanya Allah swt sahaja yang berhak dan mempunyai "kuasa" itu.          





Tiada ulasan:

Catat Ulasan