Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Rabu, 5 Oktober 2011

Santau

Serangan bathin yang di lakukan orang untuk melepaskan dendam kesumat di dalam hati. "Santau" adalah satu perbuatan mistik yang di lakukan dengan beberapa kaedah. "Santau" yang di kirim melalui "angin" memerlukan beberapa bahan yang tertentu. Miang rebong, kaca, paku, jarum adalah "benda" yang di gunakan untuk di kirim melalui anasir "angin". Kaedah ini sama seperti "tuju tuju" yang mengunakan "telor" untuk sampai kepada mangsa nya. "Santau" yang di lakukan melalui permakanan atau minuman mungkin dapat di terima akal sebagai satu cara keracunan.

Perbuatan mistik ini masih menjadi misteri kepada kebanyakan orang. Sihir yang di gunakan ini agak rumit untuk di perjelaskan. Hanya sesiapa yang telah ceburi alam mistik ini akan memahami kebenaran kesan nya. Alam ghaib yang menjadi anasir "pengantar" racun "santau" perlu di beri perhatian. Sebab kebanyakan penyakit yang sampai kepada manusia di bawa oleh anasir ghaib ini melalui "angin" atau udara yang kita hidu. Sebab manusia perlukan udara untuk bernafas. Di situ lah peluang itu terbuka luas.

Ruang ini lah di mana segala misteri ghaib bermula. Anasir "angin" ini tidak dapat di lihat mata kasar manuisa. Virus merbahaya yang tersebar di udara boleh melumpuhkan kesihatan manusia dalam sekelip mata. Jika manusia leka dengan kesoronokan hidup tanpa pedulikan kesejahteraan "nyawa" yang terkandung di dalam tubuh, ancaman maut mungkin singgah di dalam jasad tubuh tanpa di sedari.

Soal ghaib ini tidak dapat kita hadapi dengan "ilmu" sains yang materialistik. Sebab urusan ghaib yang tidak dapat di lihat dengan mata kasar memerlukan perlindungan yang "preemptive" atau persedian awal. "Nyawa" di dalam tubuh memerlukan udara oksigen yang segar tanpa di cemari dengan anasir udara yang lain seperti nitrogen dan hidrogen selain karbon dioxida. Keempat empat gas udara ini boleh bercampur tanpa kesan ketara di ruang angkasa.

Kita manusia akan menghembuskan gas karbon dioxida setiap kali kita bernafas atau bercakap dan gas itu akan di ambil alam flora untuk di gantikan dengan udara segar oksigen untuk kita bernafas. Photosintesis yang di lakukan alam flora amat penting kepada sejahteraan manusia. Selain udara segar oksigen yang kita perlu hidu melalui pernafasan, perlu ada saringan pernafasan untuk menapis segala "virus" merbahaya. Sistem tubuh kita sudah lengkap di jadikan Tuhan untuk semua ini. Hanya kita manusia sahaja yang leka untuk "menapis" nya dengan lebih berkesan lagi.

Perlu ada satu cara sistem pernafasan yang lebih berkesan untuk melindungi manusia dari segala ancaman maut yang mungkin terjadi. Tenaga "nyawa" yang kita perlukan untuk hidup telah di abaikan oleh kebanyakan kita. Perlu kita pelajari rahsia di sebalik pernafasan yang kita perlukan setiap detik masa. Sebab "akal" kita tidak akan dapat menetap di otak yang di penuhi gas beracun. Jika manusia hilang kesedaran diri, maka hilanglah diri kita di ketika itu. Kita perlu memastikan udara oksigen tetap sampai di otak kita di setiap detik masa.

Jika kita hanya bernafas dengan alunan tenaga semula jadi yang di hayun "nafsu" dengan kelaziman nya, di situlah anasir ghaib menyusup masuk untuk membunuh kita dengan senyap. Jika kita hargai setiap "nafas" yang masuk ke dalam jasad tubuh, kita perlu mengunakan tenaga "iman" untuk menjemput tetamu mulia ini ke dalam tubuh kita. Gunakan lah kesempatan ini untuk membawa hikmat ilahi ke dalam tubuh kita. Ia dapat membentuk jasad tubuh kita kearah kesejahteraan.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan