Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Sabtu, 5 November 2011

Sanggama

Di saat hawa "nafsu" melonjak naik ke puncah shawat, di situ akan menjelma makhluk anih yang datang untuk mengambil peluang. Makhluk ini adalah peminat tegar untuk melihat manusia di persembunyian semasa shahwat sedang bergelora. Apa yang sangat tidak di duga adalah apabila mereka ingin melabur benih zuriat di rahim kaum  ibu yang menampung baka genetik.

Makhluk ini sememangnya berpangkalan di tempat yang manusia "berhadhas", dan menunggu di pintu pagar shahwat hawa "nafsu" untuk merempuh masuk. Makhluk ini akan mencari peluang untuk menumpang naik di bahtera shawat semasa manusia hilang kawalan kemudi diri. Kesedaran manusia akan terhakis semasa hawa "nafsu" melonjak naik. Pagar maruah yang tertutup rapat akan terbuka di setiap ketika semasa manusia berhajat. Penjaga pintu yang selalu nya berkhidmat di situ akan berundur semasa manusia "berhadhas". Peluang untuk makhluk anih ini terbuka luas di saat sebegitu.

Tempat baka genetik membiak menjadi zuriat yang bernyawa adalah tempat di mana syaitan akan berkampung untuk membuat pelaburan. Mahkluk "jin" yang hidup di bumi yang sama dengan manusia boleh berzina dengan manusia. Walaupun dunia kita berbeza di antara mereka, tetapi lapisan hijab berada di sebalik tabir yang sangat tipis. Pergeseran akan acap kali berlaku di detik tertentu apabila manusia terlepas pandang harga diri. Makhluk yang di jadikan dari "api" ini akan membakar bara hawa "nafsu" dengan bahang api nya. Kesedaran manusia akan menipis bila bahang api ini membakar.

Jasad tubuh manusia yang di jadikan dari "tanah" adalah tempat tarikan graviti hawa "nafsu". Pergeseran bahang api ini akan meransang hawa "nafsu" shawat dengan alunan fantasi nya. Banyak yang beronani apabila bahang sanggama memuncak melimpahkan lahar nya. Limpahan "lahar" ini perlu di beri penuh perhatian. Di situ lah di mana makhluk anih ini menanti menunggu untuk membiakan benih baka zuriat mereka. Pembiakan baka halus yang tidak nampak oleh pandangan mata kasar.

Perlu kita ketahui bahawa dunia kita ini mempunyai getaran dimensi yang berbeza. Semua spesis melalui evolusi pembiakan yang tersendiri. Ada yang mengambil bahtera tubuh lain sebagai "penumpang" benih baka genetik mereka. "Temporal Host" atau penginapan sementara adalah bagaimana benih zuriat bermula. Tetapi bila anasir gelap cuba melabur benih genetik untuk membiak baka zuriat mereka di dalam tubuh manusia, akan terjadi "kesongsangan" yang tidak kita ingini.

Metamorphosis adalah sesuatu proses pertumbuhaan baka genetik yang boleh berubah corak dan bentuk. Benih genetik dari hybrid mutasi yang anasir gelap ini melabur untuk pembiakan zuriat nya perlukan baka genetik deoyxribonucleic acid dari jantina tertentu untuk mulakan pembiakan. Fermentasi dan hibernasi pembiakan zuriat mereka boleh berlaku dengan pantas. Mereka boleh klon baka kita untuk jadikan zuriat mereka. Ini lah yang amat membimbangkan bila mereka mengunakan baka deoyxribonucleic acid kita untuk pembiakan zuriat mereka.

Setiap penyakit dan kecacatan datang dari sumber anasir gelap di atmosphera. Daya ketahanan imun antibody diri perlu bertindak mencegar kemasukan virus bahaya kedalam tubuh kita. Makhluk anih ini sememang nya duduk bergelimang dengan najis kuman. Mereka di jadikan untuk merosak dan membunuh. Kecacatan sifat pada jasad dan juga pada jiwa akan berlaku jika benih nasab manusia di cemari.

Sanggama adalah ruang keramat yang mempunyai atur cara. Jangan biarkan "syahwat" itu di pandu oleh jiwa hawa "nafsu" sahaja sedang jiwa ingatan "iman" tidak di ajak bersama. Amat merbahaya jika kita biarkan hawa "nafsu" itu bersendirian memacu "syahwat" ini. Syaitan akan mengambil alih nikmat itu untuk kesejahteraan nya. Jika kita teliti rahsia "qarin" yang menjadi kembar janim kita, mereka tidak boleh "terpisah" jauh dan harus bersama. Sebab jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" juga adalah satu pasangan yang perlu bermadu kasih. 

Mereka yang mengunakan syahwat hawa "nafsu" tanpa pasangan kembar ingatan "iman" akan di culik syaitan untuk melakukan pembiakan benih mereka. Begini lah cara syaitan membiak di merata tempat. Mereka mengunakan manusia untuk tambahkan zuriah keturunan mereka. Benih baka mereka akan menjalar di dalam jasad tubuh dan bertopengkan wajah manusia. 

Untuk menjadi manusia yang sebenar benar nya manusia, kita harus peka dengan pergolakan jiwa yang kita gunakan segala urusan "hijab kabul" yang perlu di meneterai. Sebab jiwa itu berkembar dengan dua anasir kejadian yang berbeza. Urusan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" adalah "tenaga" nyawa kita yang membentuk budi pekerti watak kelakuan. Mereka tidak boleh berpisah jauh kerana sifat mereka yang semula jadi itu tidak mengizinkan mereka terpisah. Hawa "nafsu" itu "buta" dan ingatan "iman" itu "bisu" dan mereka salng memerlukan satu sama lain dalam segala urusan. Jika mereka di biarkan bersendirian, mereka tidak dapat berfungsi dengan cukup sifat yang sepatut nya.

Dalam urusan "syahwat" ini di mana sanggama menjadi maklamat agung nya, hawa "nafsu" tidak boleh di biarkan memacu tenaga "syahwat" itu bersendirian. Syaitan akan mengambil kesempatan untuk menabur benih nya jika hawa "nafsu" itu tidak di dampingi ingatan "iman" yang menjaga ada tatasusila tamadun manusia. Sifat kehaiwanan yang semula jadi dari naluri hawa "nafsu" memerlukan bimbingan nurani ingatan "iman" untuk menjaga sifat kemanusian yang sepaptut nya di jadikan asas kelakuan.  Ini lah apa yang "agama" cuba terapkan di dalam tamadun manusia. tanpa "agama" ini manusia akan hancur menjadi haiwan yang melata.

Persoalan kelamin atau jantina dalam urusan ghaib ini masih menjadi kajian terperinci sains kerohanian. Kami perlu selidik kejadian ini untuk dapatkan petunjuk segala misteri yang tersembunyi demi menjaga martabat kemanusian tamadun kita. Kejadian lelaki dan perempuan ini adalah punca segala kehidupan di alam maya ini. Kelamin yang berbeza ini adalah punca pembiakan segala makhluk yang di jadikan. Makhluk hermafrodit juga perlu di beri perhatian. Kejadian Adam dan Hawa perlu di gunakan sebagai pedoman dan juga jin dan syaitan. Ini lah ancaman tamadun manusia yang sebenarnya yang perlu kita beri perhatian yang terperinci.   

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan