Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Isnin, 19 September 2016

Nafkah

Setiap makhluk yang hidup atau wujud di realiti ini akan memerlukan "nafkah" ini. "Bumi" ini telah menjadi sumber "rezeki" yang di cari setiap "jasad" tubuh itu sebagai "nafkah" yang di cari. Namun , kita tidak sedar bahawa urusan "nafkah" ini sebenar nya terlalu luas untuk di terokai. Mungkin kita pernah terdengar tentang urusan "nafkah" zahir dan juga batin. Apabila kami selidik tajuk perbincangan ini lebih jauh lagi, kami dapati, "nafkah" ini tidak terhad kepada yang hidup sahaja. Si mati juga mempunyai "nafkah" yang masih di cari. Sebelum kami terlajak kearah urusan "nafkah" batin ini, perlu kita jelajah dahulu urusan "nafkah" zahir yang masih menjadi rebutan setiap "insan" di atas muka bumi ini. "Nafkah" adalah keperluan asas setiap kehidupan yang "wujud" di alam realiti ini. Apabila kita manusia di jadikan dengan "jasad" tubuh ini, urusan "nafkah" ini akan menjadi sumber kehidupan untuk di cari. Selain dari makan dan minum, mata perlu melihat, telinga perlu mendengar, kulit perlu rasa sentuhan dan hidung perlu mencium segala bauan. 

"Nafkah" ini adalah asas keperluan lima panca indera "jasad" tubuh itu yang di jadikan daripada "tanah", dan "bumi" bertanggung jawab untuk sempurnakan "amanah" itu tanpa pilih kasih dan berlaku adil. Tetapi kita perlu sedar bahawa tanggung jawab "bumi" ini bukan hanya terhad kepada umat manusia sahaja. "Nafkah" ini sangat di perlukan oleh semua makhluk lain, termasuk kaum "jin dan syaitan" itu. Di sini kita akan terpanggil untuk menyiasat urusan "batin" ini. Urusan "nafkah" batin ini bukan hanya terikat pada urusan "syahwat" yang di taja oleh "jiwa" hawa "nafsu" kita itu. Maka urusan "jiwa" ini pula perlu mendapat perhatian akal fikiran kita. "Nafkah" yang di perlukan "jiwa" kita ini masih belum di wartakan di setiap media siaran. Kita hanya sibuk tertumpu kepada urusan zahir yang sangat di perlukan kesejahteraan "jasad" tubuh kita itu. 

Tetapi "nafkah" ini lebih luas daripada itu sehinggakan tidak terhad kepada urusan hidup sahaja. "Jiwa" yang telah mati juga mempunyai "nafkah" yang masih di cari. Apabila "dosa" dan "pahala" itu menjadi teman hidup di alam baka itu, mereka mempunyai kepentingan untuk menyara keperluan dengan "nafkah" yang masih di cari. Kajian "sains kerohanian" telah terjerumus jauh ke dalam lubuk misteri ini untuk mengenal pasti situasi itu. Apabila kita manusia hidup dengan "jasad" tubuh yang nyata itu, tetapi yang ketara untuk di lihat hanyalah "perasaan' dan "ingatan" mereka. Mungkin kita bersua dengan memandang raut "muka" yang terpampang, tetapi kita sebenar nya sedang berurusan dengan "jiwa" nya yang mempunyai "wajah" nya itu. Jadi apabila kami selidik urusan "nafkah" ini, urusan "zahir dan batin" itu, mempunyai keperluan yang berbeza. Memahami urusan "nafkah" zahir dan batin atau hidup dan mati, akan kembali kepada asas keperluan yang cuba di nikmati "perasaan dan ingatan" itu.

Lihatlah betapa taat nya seekor anjing itu kepada tuan nya yang selalu menghulurkan makanan. "Nafkah" yang di cari setiap manusia yang di namakan "insan" yang "pelupa" ini tidak pernah nya "jelas" kelihatan untuk di kenal pasti. Kita hanya menjamah setiap hidangan namun tidak pernah merasa puas akan nikmat nya. Kita masih proses setiap pengalaman yang kita lalui dengan "perasaan dan ingatan" kita untuk di nilai ketika itu. Sebab tidak ada yang "jelas" untuk buat keputusan yang muktamad. Jika kita kata itu cantik, ada yang lebih cantik daripada itu. Jika kita kata itu baik, ada yang lebih baik dari itu.  Cantik di ketika ini tetapi tidak lagi ketika nanti. Anak, isteri, kereta dan harta benda yang kita ambil sebagai "pilihan" kita adalah satu "beban" yang cuba di pikul. Semua "nafkah" ini ada bayaran yang perlu di tanggung.  Jadi "nafkah" kita ini untuk "keperluan" dan bukan untuk "kepuasan" kita. Hidup kita di bumi ketika ini juga satu hidangan yang sementara. Kita telah di beri kesempatan untuk mengenal erti "cita rasa" setiap "perasaan dan ingatan" kita pada setiap hidangan yang di pamerkan di alam yang nyata ini. "Cita rasa" ini adalah satu rekaan palsu yang kita cuba terapkan agar menjadi realiti dari keperluan yang asli. 

Apabila "jasad" kita di jadikan dengan berpasangan, kaum Adam dan Hawa mempunyai "nafkah" dari "cita rasa" nya yang tersendiri. Keperluan tulang "sulbi dan taraib" ini agak berbeza. Walaupun mereka terpisah namun masih mempunyai matlamat yang sama pada keperluan nya mencari kepuasan. Tujuan untuk "bertemu" masih menjadi matlamat yang sama. "Nafkah" ini bukan satu "pilihan" dari "cita rasa" yang tersendiri tetapi satu keperluan yang di cari. Kepuasan itu hanya di miliki oleh si pembekal nya. Apabila "insan" yang "pelupa" itu hanya mampu untuk menjamah keperluan nya, kepuasan itu hanya dapat di kecapi dari pembekal nya. "Nafkah" untuk kita kenal pasti "kewujudan" Tuhan masih tertangguh dan tertunggak. Pembekal yang memiliki "kepuasan" itu masih jauh dari sentuhan batin. Zahir kita akan mendesak "nafkah" itu dari keperluan nya namun tidak akan dapat mencapai kepuasan itu selagi belum bertemu dengan pembekal nya. 

 Mengapa anjing itu lebih "taat" menghargai tuan nya. Air liur yang di katakan "najis" itu tidak pernah berdosa setelah menjamah makanan yang di hidangkan. Mengapa anjing itu terhina seperti sesuatu yang menjijikan. Di manakah "insan" yang "pelupa" itu setelah "nafkah" itu di beri dengan tekun dan adil. Di manakah "kemuliaan" itu untuk mentabik dada dengan kemegahan darjat dan martabat nya. "Insan" yang "pelupa" ini tidak akan pernah menghargai "nafkah" itu dari keperluan nya. Kita jilat semua "nafkah" itu dengan lidah yang tidak pernah melafazkan kesyukuran itu. Kerakusan hawa "nafsu" yang buta itu tidak akan nampak kepuasan itu dari keperluaan nya. Kepercayaan "iman" yang bisu perlu mencari "ilmu" sebagai "nafkah" nya agar dapat berhujah dengan dalil yang sah. Setiap "nafkah" zahir yang di terima perlu di bayar dengan "nafkah" batin yang sah. "Perasaan" yang meminta perlu di tanya oleh "ingatan" yang mendengar. Hujah dan dalil ini yang menentukan "niat" nya.

Perasaan hawa "nafsu" ini akan berdosa jika ingatan "iman" tidak berilmu untuk berhujah dengan dalil yang sah. Jasad tubuh itu akan bernajis jika tidak di "samak" dengan nafas yang suci. "Nafkah" zahir dan batin ini satu "ibadah" yang wajib. Kitab yang perlu di baca oleh sekepal darah ini adalah "nafkah" yang di cari. "Hati" di mana "wajah" itu di pandang perlu di bersihkan dari segala najis. Jika lidah itu sangup menjilat keperluan, mengapa sukar untuk melafazkan kepuasan. Walaupun "dosa dan pahala" itu sering bertemu dalam dakapan perasaan dan ingatan nya. Tuhan masih di situ untuk kabulkan segala doa permintaan. Nafkah zahir dan batin ini tidak pernah terputus selagi "dosa dan pahala" itu masih belum di hitung. Hidup dan mati hanya satu persimpangan yang di singgah. Jangan sampai ada "hutang" yang masih tertunggak. Sebab "hutang" ini masih perlu di bayar walaupun kita sudah mati di alam baka. Bukan hanya wang ringgit yang menjadi kiraan. "Rezeki" itu telah di beri bukan dengan bentuk dan sifat. Amal perbuatan kita adalah pinjaman yang perlu di bayar dengan nikmat dan sengsara. Jika kita pernah melakukan kesengsaraan pada orang lain maka bayarlah dengan nikmat kesenangan. Jika tidak "nafkah" batin ini boleh di tuntut walaupun mereka berada di alam baka itu.

"Nafkah" zahir adalah keperluan "jasad" tubuh yang di tuntut tenaga hawa "nafsu" nya."Nafkah" ini yang buat hawa "nafsu" itu dedahkan "aurat" nya. "Jasad" tubuh itu akan dedahkan keaiban dan kehinaan nya apabila menuntut "nafkah" itu. Kita manusia akan hilang kesedaran diri apabila keghairahan itu memuncak dengan desakan hawa "nafsu" nya. Jika ingatan "iman" itu masih rapuh untuk mengawal desakan hawa "nafsu" ini, "aurat" itu akan terdedah untuk di pandang dengan keaiban. "Nafkah" batin adalah "hijab" keimanan yang akan menutup keaiban itu. Jiwa ingatan "iman" kita sangat memerlukan "ilmu" itu yang menjadi "nafkah" nya. Tanpa "ilmu" ini amat sukar untuk menghalang kerakusan hawa "nafsu" itu yang menyala kepanasan. "Nafkah" batin adalah setitik "air" yang di bawa oleh Rasulullah dengan "akhlak" nya. Jasad" tubuh ini akan selalu mendedahkan "aurat" nya  dan "takwa" itu adalah "hijab" nya. 

Apabila hidup ini di ukur dengan "susah dan senang" nya, "dosa dan pahala" itu di catat dengan "sijjin dan illiyin" untuk tentukan "syurga dan neraka" nya. Nafsu dan iman ini adalah "jiwa" yang akan memegang "watak" dan "wajah" sebenar setiap amal perbuatan kita. "Nafkah" yang di tuntut setiap "jasad" tubuh itu akan menjadi ukuran. "Nafkah" zahir dan batin ini tidak akan terputus walaupun kia sudah mati. Sebab "jiwa" itu mempunyai zuriat nya yang memegang "watak" amal perbuatan dari "dosa dan pahala" itu dengan "semangat dan qarin" nya. "Semangat dan qarin" ini masih bebas berkeliaran dengan "watak" segala amal perbuatan dari "dosa dan pahala" itu. 

Edit 9.10.16  

Keperluan” itu akan selalu di ukur dari “kemampuan” kita. Jika kita perlukan sepingan nasi, maka kita perlu ada kemampuan untuk mendapatkan nya. Keperluan ini selalu di taja oleh “perasaan” hawa “nafsu” kita dan kemampuan itu di taja oleh “ingatan” kepercayaan “iman”. Maka apa juga yang di perlukan “perasaan” itu, “ingatan” perlu mampu untuk mendapatkan nya. Tetapi “nafkah” itu hanya untuk keperluan jasad tubuh itu, dan bukan untuk mendapatkan “kepuasan” nya. Sesunguh nya kemampuan kita hanya terhad kepada keperluan nya sahaja dan bukan untuk “kepuasan” itu.

Apabila “jasad” tubuh itu pergi mencari “kepuasan”, maka akan berlaku kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi ini. Setiap “jasad” yang melangkah keluar di khalayak ramai, perlu menutup “aurat” nya. “Aurat” ini bukan hanya perpakaian sopan tetapi juga budi pekerti dan perangai kelakuan. Jika “jasad” itu tidak ada “hijab” kesopanan dan kemulian ini, maka “aurat” itu akan terdedah. Keaiban dan kehinaan itu sepatut nya di tutup dengan “takwa” keimanan. “Hijab” itu adalah pakaian “takwa” dengan “akhlak” yang mulia. “Akhlak” Rasulullah di perlukan oleh setiap “jasad” tubuh itu.
Kita manusia tidak mampu untuk menjayakan “kompas moral” yang sudah disediakan pada “nurani” ingatan “iman”  dengan sifat “pemalu” nya. Sebab “naluri” hawa “nafsu” lebih liar dan ganas untuk mencari “nafkah” nya.  “Nikmat” adalah habuan yang akan dicari “perasaan” hawa “nafsu” ini dengan jasad tubuh nya. Walaupun “nurani” ingatan “iman” mempunyai  asas sifat “pemalu” untuk menjaga maruah diri nya,  “naluri” hawa “nafsu” lebih pentingkan “kepuasan” dari “keperluan” nya. Lima panca indera dari mata, hidung, telinga, mulut dan kulit akan menjadi “aurat” yang didedahkan.

Apabila mata perlu melihat, telinga perlu mendengar, hidung perlu menghidu, mulut perlu bercakap dan kulit perlu menyentuh, hawa “nafsu” ini akan pastikan ia mendapat “keperluan” itu untuk “kepuasan” nya. Hati adalah  tahta hawa “nafsu” ini. Nikmat kepuasan akan di timba sebagai hiburan. Keseronokan dan kegembiraan adalah matlamat yang di cari. Di situ akan berlaku tingkah laku yang kurang menyenangkan. Apabila perasaan “malu” itu sudah di ketepikan. “Jasad” tubuh itu akan melangar segala adap sopan dan budi pekerti.

Awal permulan kerakusan hawa “nafsu” ini adalah apabila “jasad” tubuh itu sampai pada peringkat “akal baligh” nya. Usia ini adalah ketika “akal” itu di kurniakan kepada “ingatan” kepercayaan “iman” nya untuk sifat “pemalu” itu menjaga maruah diri nya. Maka “syahwat” itu pun dikurniakan kepada “perasaan” hawa “nafsu” nya. Disini lah titik permulaan segala “dosa dan pahala” itu. “Jasad” tubuh yang telah subur dan mekar itu akan mencari “nafkah” untuk nikmat “syahwat” nya. Kelengar hormon “syahwat” ini akan keluar dari tulang “sulbi” atau “taraib” di “jasad” tubuh itu untuk mencari “nafkah” zahir dan batin nya. Dengan “akal” dan “syahwat” ini anak remaja akan menjamah segala “nikmat” yang ada untuk menjamu “hati” pada “perasaan” nya dan “otak” pada “ingatan” nya. “Nafkah” zahir dan batin ini akan di tuntut dari “keperluan” sehingga mencapai “kepuasan” itu. “Kepuasan”  ini yang akan buat “jasad” itu bertukar menjadi “nafkah” yang di hidang. Sebab setiap “jasad” itu akan sampai pada tahap “kepuasan” itu dengan “kemampuan” nya sendiri.




Khamis, 8 September 2016

Pilihan dan Peluang (Choice and Chance)

Apakah kita masih menyangka bahawa hidup ini berlaku dengan satu "kemalangan" yang tidak di sengajakan? Sejak kita lahir ke dunia atau "bumi" ini, segala gala nya sudah "tertulis" dengan "pilihan" yang di minta dan "peluang yang di beri. Semasa kita masih "zarah" (particle) atau angka yang kurang daripada satu (1) itu yang di anggap "kosong" (nothing), kita sudah buat "pilihan" itu untuk "wujud" di realiti ini dengan "doa" permintaan yang mengharapkan "peluang" itu akan di berikan. Begitu juga dengan "doa" permintaan kedua ibu bapa kita yang bersatu dengan penuh kasih sayang. Semua "pilihan" yang di beri ini tidak akan berlaku jika "peluang" itu tidak pernah di hulurkan. Sudah tentu "ada" yang mengatur semua ini untuk jadikan acara "kejadian" untuk berlaku di realiti atau "wujud" sebagai satu "entiti" yang berbentuk dan berfungsi.

Cubalah kita perhatikan hidup kita ini sekarang apabila semua apa yang tersergam di hadapan mata kita adalah satu pameran yang sudah tersedia. Satu acara aktiviti yang sedang berlaku di realiti untuk kita menjadi "peserta" yang bersaing. Semua ini akan memerlukan kita membuat satu "pilihan" dengan keinginan kita di mana hawa "nafsu" itu sudah di lengkapkan supaya kita cergas berdaya. Namun setiap "pilihan" itu akan kekal menjadi sebagai satu "harapan" yang kosong, jika tidak ada "peluang" yang di beri atau di cari. Itu yang buat kita bergerak kesana sini untuk berusaha mencapai impian dan matlamat. Apabila Tuhan memberi kita "pilihan" yang di sediakan, sudah tentu "peluang" itu perlu di cari. Semua "makhluk" di sekeliling kita akan buat "pilihan" itu serentak tetapi "peluang" itu akan hanya di hulurkan kepada yang di tentukan.

"Peluang" ini satu misteri yang masih tersembunyi. Sejak kita masih "zarah" (particle) itu, "peluang" ini yang datang untuk kita "wujud" di realiti ini. "Sumber" yang menghulurkan "peluang" ini tidak di kuasai oleh sesiapapun. "Rezeki" ini datang dengan bungkusan "susah dan senang" nya. Apabila kita terjemahkan "susah dan senang" ini dengan "nikmat dan musibah", kita akan mendapat hasil nya dari "dosa dan pahala" itu. "Pilihan" adalah satu "tempahan" yang kita buat untuk berada di masa depan. "Masa" ini mempunyai "ruang" dimana akan ada "peluang" itu. Kita tidak akan ada di mana saja jika kita tidak membuat "pilihan" itu dengan "peluang" yang di sediakan. Tetapi apabila kita membuat keputusan itu untuk "tempah" tempat di satu "ruang" masa depan itu, kita perlu sanggup menempuh "risiko dan akibat" nya.

"Risiko dan akibat" ini sudah menjadi peraturan alam yang di kuasai "sebab dan musabab" (cause and effect) alam persekitaran semesta. Sebab "ruang" itu adalah "saksi" (observer) kepada "masa" dan "kelajuan" (speed). Apabila kita buat "pilihan" untuk berada di satu "ruang" persekitaran itu, kita akan di perhatikan oleh "masa" dan "kelajuan" pergerakan kita itu. "Pergerakan" kita itu adalah satu "pilihan" yang di buat untuk "tempah" segala "risiko dan akibat" pada "peluang" yang di cari itu. "Risiko dan akibat" ini yang di kuasai "sebab dan musabab" adalah di mana kita membuat "pinjaman" dengan "dosa" yang di buat atau buat "bayaran" dengan "pahala" yang di cari. Kita sendiri yang "tempah" segala "susah dan senang" itu dari kuasa "sebab dan musabab" pada "risiko dan akibat" nya. Perjalanan hidup ini sangat memerlukan kompas atau GPS yang lebih cangih. 

Tuhan telah melengkapkan "jasad" kita dengan segala kemudahan ini. Hanya kita sahaja yang lupa diri dan beranggapan bahawa kita sudah "bijak" dan berkebolehan untuk menempuh jalan hidup ini bersendirian. Walaupun kita bukan "pakar" atau mempunyai kelayakan, kita masih teruskan perjalanan ini untuk menempuh segala "risiko dan akibat" dengan "ujian dan silap" atau "trial and error" itu. Kompas dan GPS tidak pernah di rujuk untuk dapatkan pedoman dan bantuan. Rasulullah telah di kirim untuk aktifkan perisian data GPS ini. Data "siratalmustakim" ini perlu di isi di dalam memori "jasad" tubuh kita jika kita ingin bergerak masuk di satu "ruang" masa depan itu. Tanpa perisian data "siratalmustakim" ini "jasad" tubuh kita akan di serang dengan pelbagai "virus" dan kuman penyakit yang mudah membiak dan menjangkit. "Firewall" untuk kita berada di "ruang" hidup ini sangat di perlukan.

Kita sudah di beri "jiwa" yang di katakan hawa "nafsu" dan kepercayaan "iman" itu. Apa juga yang kita lakukan, kita akan memerlukan "perasaan" dan "ingatan" ini. "Perasaan" hawa "nafsu" dan "ingatan" kepercayaan "iman" adalah jentera "jasad" tubuh yang kita gunakan untuk bergerak kemana saja. Di situ akan ada "pilihan" yang di buat dan "peluang" yang di cari. Kompas "akal" yang di berikan kepada setiap manusia perlu di gunakan. Sebab laluan yang akan kita tempuhi itu mempunyai "risiko dan akibat" yang akan menentukan "susah dan senang" kita untuk merasai "nikmat dan musibah" yang akan di kuasai olek kuasa "sebab dan musabab" itu.  Kuasa "sebab dan musabab" ini adalah "hukum hudud" yang sudah tertulis di kitab yang benar untuk mengurus "takdir dan nasib" kita. Qada dan Qadar ini akan terbukti benar apabila sudah berlaku di realiti ini.

Mungkin ada daripada kita yang masih musykil dengan urusan "takdir dan nasib" ini. Apa yang di tetapkan dan apa yang di tentukan adalah dua perkara yang berbeza. Apa yang di "tetapkan" adalah apa yang sudah di sediakan dan apa yang di tentukan adalah apa yang akan di putuskan. Sebab itu Tuhan masih "relevan" untuk kita terus berhubungan dengan "doa" permintaan kita. Kita manusia sudah di tetapkan untuk di "ukur" dengan "masa" yang di tentukan. Pergerakan "laju dan lambat" akan mengukur "jarak" kehidupan kita untuk melalui "susah dan senang" itu. Kita perlu akur bahawa jarak "masa" kehidupan kita ini mempunyai langkah atau lajak yang sudah di ukur dengan peredaran "masa" ini. Sudah tentu dan pasti kita akan mahu kesusahan itu berlalu "sekejap" sahaja dan kesenangan di nikmati lebih "lama" dan berterusan. Apabila kita lihat bahawa "masa" itu telah di ukur, maka akan ada istilah pengiraan atau "mathematik" nya. 

Mengapa Tuhan mengalakkan kita manusia selalu mempunyai "kesabaran" di dalam hidup ini dan juga jangan "tergesa gesa" membuat keputusan. Di dalam "ruang" masa yang berlalu ini, kita akan hambat untuk mencapai "nikmat" dengan desakan hawa "nafsu" kita. Hawa "nafsu" yang "tergesa gesa" ini dan kepercayaan "iman" yang "sabar" adalah di antara pergerakan "masa" yang kita lalui dalam perjalanan hidup. Kita mungkin akan membuat "pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh" di ketika yang tertentu. "Pinjaman" ini adalah sesuatu yang kita ambil untuk mencapai "nikmat" itu dengan cara yang bathil dan wajib kita buat "bayaran" nya. "Dosa" itu adalah satu "pinjaman" dan "pahala" itu adalah satu "bayaran" yang kita buat. "Jasad" tubuh kita ini mempunyai "keperluan" yang sudah di tetapkan "rezeki" nya. "Keperluan" ini akan di ukur dengan "masa" yang di lalui di ketika  dan situasi itu. Tetapi apabila kita keluar dari "keperluan" ini dan cuba mencari "kepuasan", maka "jasad" tubuh kita itu akan menanggung satu "beban" yang lebih berat.

Inilah "musibah" hidup kita yang kita cuba angkut di atas "jasad" tubuh kita sendiri. Kita ambil "nikmat" itu berlebihan sehingga ia menjadi "beban" yang di pikul. Maka "pinjaman" ini perlu di "bayar" dengan "pahala" yang di buat kepada  mereka yang memerlukan. Kelebihan yang kita perolehi di masa kini bukan "harta" yang patut di simpan. Ini akan menjadi "hutang" yang tertunggak jika kita abaikan tanggung jawab itu. Sebab apabila Tuhan tidak mengukur "kesenangan dan kesusahan" itu dengan harta benda, "perasaan" dan "ingatan" itu menjadi perhatian Nya. Kita terlalu "taksub" dengan kemegahan "jasad" tubuh ini sehingga kita terlupa bahawa "jiwa" itu yang menanggung "beban" nya. "Penyakit" jiwa ini  perlu di ubati. Jika kita sudah tidak dapat menilai "keperluan" dan "kepuasan" hidup, kita sudah hilang pedoman landasan hidup yang sebenar nya. "Dosa" dan "pahala" ini mempunyai "semangat" dan "qarin" yang mempunyai "watak" dan "wajah" nya. Inilah "pengaruh" dan "penganut" yang selalu menemani kita di sebelah kiri dan kanan kita.