Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Khamis, 14 Januari 2016

Semangat (Spirit)

"Semangat" (Spirit) ini mempunyai rangkaian luas untuk di perjelaskan di dalam kajian "ilmu" ketuhanan yang di pertikaikan. Mungkin kita ambil tahu hanya dengan sebutan sifat pada "tenaga" nya namun asas sebenar dari kemunculan atau kehadiran nya masih senyap untuk di corak dengan lakaran bentuk fungsi nya. Apakah tidak ada "ulasan" yang boleh di buat oleh setiap "akal" yang berfikir. Bila kami buat kajian "sains kerohanian", soal "semangat" ini adalah tungak utama pada tiang empirikal hipothesis semua bahan ujian itu. Sebagai seorang wartawan kerohanian, kami tidak dapat sembunyikan tajuk perbincangan ini untuk di kongsikan. Biarlah segala "hujjah dan dalil" yang di katakan dari "akli" atau "nakli" itu di tebarkan. Perbincangan ini akan menjadi lebih "seram" apabila kami bongkar semua kaitan yang terpaut dengan urusan "semangat" ini.

Segala nya bermula dengan "tabiat" kelakuan kita yang di katakan amal perbuatan itu. "Nyawa" yang kita gunakan adalah satu "tenaga" yang sebenar nya tidak boleh di "cipta" atau di "hapus" kan.(Energy cannot be created or destroy and can only changed form) "Tenaga" ini boleh berubah bentuk dan fungsi. Sebagai "ahli kitab" yang kita anuti, "Ruh" mempunyai pengertian yang hanya boleh di "sebut" tetapi bukan untuk di kaji zat dan sifat nya. Jadi apabila Tuhan mengatakan "Aku tiupkan "ruh" Ku pada jasad setiap yang lahir ke bumi ini, maka kita hanya perlu fokus pada "nyawa" itu yang boleh beri kita kehidupan ini.Jadi setiap jasad yang lahir ke dunia ini akan gunakan "jasad" itu untuk melakukan apa saja yang di "pilih" dengan "peluang" yang ada. 

Tetapi apakah hidup ini satu percutian yang kita anggap sebagai satu "rombongan" untuk berhibur hati. Jika kita semak muka surat "kitab" yang di utus, kita akan terbaca tentang urusan "khalifah" yang sepatut nya mengurus bumi ini. Jadi nampak nya ada "tugas" di situ yang di rebut semua umat manusia di atas muka bumi ini. Lihat lah betapa gigih nya manusia di sekeliling kita yang cuba "menyandang" tugas itu dengan usaha yang tersendiri. Jadi usaha itu sebenar nya satu "semangat" untuk menjadi "khalifah" di atas muka bumi ini dan mengurus nya dengan apa yang termampu. Didalam merebut "jawatan" mengurus bumi ini , manusia mula menjadi "tamak" dan "haloba" yang pernah di katakan para "malaikat" ketika manusia itu akan di jadikan, "Tidakkah mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah" di atas muka bumi.

Kebimbangan para "malaikat" ini ada asas nya. Sebab "tenaga" pada "nyawa" yang di katakan "ruh" yang di tiup itu mempunyai "semangat" yang cenderung dan rakus di katakan hawa "nafsu" itu. Tetapi Tuhan telah berkata "Aku lebih tahu apa yang engkau tidak ketahui." Apabila Tuhan bertanya pada hawa "nafsu" ini "Bukankah Aku ini Tuhan kamu?" Maka kejahilan hawa "nafsu" ini untuk menjawab soalan itu juga mempunyai asas nya sebab dia "BUTA".Keenganan untuk mengaku menyebabkan ia di bakar dengan "api" beribu tahun lama nya. Setelah di tanya lagi dengan soalan yang sama hawa "nafsu" masih tidak dapat menjawab maka ia di bekukan beribu tahun lagi sehinggan satu hari Tuhan berkata "Jangan beri ia makan dalam satu hari sahaja." Apabila hawa "nafsu" ini tidak di beri makan dalam satu hari. maka hawa "nafsu" ini mula "SEDAR" bahawa ada "KUASA" yang boleh melupuskan "tenaga" nya dan itu menyebabkan ia "insaf" dan beriman lalu mengaku Dialah Tuhan itu.

Maka di sini "kesedaran" itu satu "keimanan" yang baru di terima sebagai "taufik dan hidayah" dari Tuhan dan "semangat" yang di katakan "iman" ini adalah saudara "kembar" dari hawa "nafsu" itu. Maka kita perlu sebut tentang "semangat" kejahilan hawa "nafsu" ini dengan "kebutaan" nya dan "semangat" kesedaran pada kepercayaan "iman" nya yang "bisu" dan bingung untuk mencari jawaoan yang tepat pada soalan apakah Tuhan itu. Maka setiap jasad yang hidup di atas muka bumi ini akan mengunakan "semangat" hawa "nafsu" ini dengan "perasaan" nya dan juga "semangat" kepercayaan "iman" dengan "ingatan" nya. Setiap jasad itu akan selalu perlukan "perasaan" dan juga "ingatan" nya untuk bergerak di atas muka bumi ini.

Dari "semangat" ini kita akan dapati akan ada "tabiat" yang di katakan amal perbuatan nya. Dan ini satu tajuk yang perlu kita bahas dengan perbincangan yang lebih luas. Sebab "tabiat" ini mempunyai "pengaruh" nya yang perlu di soal siasat. Disini kita akan terjumpa dengan "qarin" ini yang di katakan mempunyai "pengaruh" dari "tabiat" amal perbuatan pada kelakuan nya. "Pengaruh" ini amat luas untuk kita bincangkan. Di mana saja kita pergi "pengaruh" ini akan berleluasa dengan "semangat" yang di bawa jiwa "perasaan" hawa "nafsu" ini dengan jiwa "ingatan" kepercayaan "iman" nya. Sebab apabila kita di tanya untuk buat "pilihan" dengan "keinginan" kita, hawa "nafsu' akan merujuk pada 'semangat" nya untuk dapatkan sokongan. Tetapi "pilihan" yang kita buat tadi perlu mencari "peluang" itu untuk menjayakan nya dan ini akan di serahkan pada "ingatan" kepercayaan "iman" nya untuk buat tinjauan. Tinjauan ini satu "permerhatian" (observation) "akal" fikiran kita yang cuba dapatkan "ilmu" yang di perlukan.

Apabila jasad tubuh kita itu bergerak, maka setiap langkah yang kita lakukan akan di ukur oleh "masa" dengan "jarak" (length dan time) nya. "Semangat" hawa "nafsu" yang buta ini akan "tergesa gesa" untuk buat "pilihan" untuk mencapai harapan nya dan mendesak "ingatan" kepercayaan "iman" nya supaya mencari "peluang" itu dengan "akal" fikiran untuk dapatkan "ilmu" itu. Sifat tergesa gesa ini akan selalu di "goda" oleh anasir "pengaruh" luar yang mempunyai kepentingan. Mereka akan buat promosi dengan segala pamiran untuk menarik perhatian "graviti" tarikan bumi hawa "nafsu" itu. Di sini "semangat" dari dua kembar jiwa kita itu akan bermesyuarat untuk berbincang di dalam kamar "hati" yang tertutup. Di situ "bisikan" dan "lintasan" akan di ajukan dengan "hujjah dan dalil" untuk dapatkan perhatian dan konsensus. Perkara yang menjadi sebutan kes adalah "boleh" atau "tak boleh" dan "baik" atau "buruk" untuk di rumuskan oleh "perasaan" dan "ingatan" itu.

Apabila keputusan itu telah di buat dengan "niat", maka desakan dari hawa "nafsu" untuk dapatkan apa yang di "pilih" (choice) akan menjadi beban "ingatan" iman" nya mencari "peluang" (chance) itu dengan merujuk pada "akal" fikiran untuk dapatkan "bajet" menaja R&D atau (reserch and development) projek itu dengan "ilmu" pengetahuan. "Ilmu" ini tidak pernah menunjukan "fakta" (fact) kebenaran tetapi hanya hulurkan "nilai" (value) pada kos tajaan itu. Kos tajaan ini mempunyai nilai "risiko dan akibat" nya yang perlu di lihat dari "sebab dan musabab" (cause and effect). Jadi apabila jasad tubuh kita itu melangkah dengan harapan untuk menjadi "khalifah" itu,yang konon nya untuk mengurus bumi, "kalam" yang di katakan perlu di "baca" dengan "darah sekepal" itu akan meninjau pamiran di setiap muka surat alam ini untuk dapatkan kepercayaan itu. Tetapi apakah "kepercayaan" itu satu "kefahaman" masih perlu di pertikaikan.

Jadi setiap orang yang "beriman" ini mungkin tidak mempunyai "kefahaman" itu dengan apa yang di "percayai. Ini yang kami katakan "buta dan bisu" ini."Semangat" yang "buta" dan "semangat" yang "bisu" tadi hanya satu "pengaruh" yang tidak mempunyai asas "keyakinan" (faith) di mana "ilmu" (knowledge) yang di katakan "sains" (science) perlu di bezakan dengan "pasangan" nya (parity) dengan "perbezaan" (distinct) nilai (value) yang di jelaskan. Apabila Tuhan menjadikan semua ciptaan nya itu berpasangan dan hanya Dia sahaja yang Esa dan SATU, perbezaan itu akan jelaskan "buruk dan baik", "jantan dan betina", "tinggi dan rendah", "dosa dan pahala", "syurga dan neraka" dan yang lain lain. Jadi "perasaan" keinginan hawa "nafsu" dan "ingatan" kepercayaan "iman" ini mempunyai asas "fungsi nya yang akan mengumpul segala "tenaga" yang kami katakan "semangat" (spirit) ini.

Dari situ kita akan memahami tentang urusan "aura" ini yang banyak di pekatakan. Kekisi jalur cahaya ini yang di lihat seperti "pelangi" ini ada rahsia sinaran nya dan ini akan menjadi semakin rumit jika kita ingin mendalami 'spektrum" warna itu yang akan jelaskan tajuk kelakuan dan perangai nya. Sebab apabila kita di lahirkan dengan sekeping warna "putih" dan di corak dengan kelakuan budi pekerti yang mengwarnai "identiti" kita itu, setiap kekisi warna itu mempunyai nilai yang tertentu sama seperti deoxyribonucleic acid pada baka "nasab" kita itu. Dan di situ juga "warna" itu akan pastikan sejauh mana kita dapat melihat dengan "elektromagnetik spektrum" pada ukuran "masa" yang silam (past) terkini (present) dan masa depan (future) untuk di nilai. Di sinilah kekuatan "ingatan" kepercayaan "iman" itu perlu ada tahap "keyakinan" yang tinggi. Sebab gelombang otak (brainwaves) "akal" fikiran kita adalah cahaya yang melintasi "jalur lebar" ruang elektromagnetik.  

Apabila kita sudah menpunyai asas "sains kerohanian" ini, maka barulah kita boleh menjelajah lebih jauh lagi untuk meninjau urusan "jin dan syaitan" ini. Di sini kita akan berdepan dengan jiwa orang yang sudah mati atau "mayat" itu. Melangkah masuk di kawasan ini memerlukan asas "ilmu" ketuhanan yang cukup kental dan kukuh. Sebab bersua muka dan bertemu rama dengan "tenaga" ini akan memerlukan kekuatan "bathin" yang mungkin akan mengugat kesedaran 'akal" fikiran kita. Kewarasan itu sangat memerlukan "kebijaksanaan" (intelligence) yang tinggi untuk menilai yang "hak" dengan yang "bathil". Untuk dapat membezakan yang "palsu" dan yang "tulin" ini kita memerlukan "ilmu" (knowledge) atau "sains" (science) itu yang boleh buat penilaian yang rapi dan teliti. Sebab "semangat" jiwa mayat ini mempunyai "kembar" nya yang boleh mengelirukan kita dengan jawapan yang berbeza. "Ta'wil" mereka begitu metafora yang memerlukan "bahasa" jiwa yang sangat halus.

Apakah "jiwa" itu yang di katakan akan melakukan kejahatan dan kebaikan dengan satu jasad tubuh yang sama. Sudah tentu "jiwa" ini mempunyai "dua" watak yang berbeza dan yang "jahat" akan di hukum di neraka dan yang "baik" akan dapat nikmat di syurga. Setiap "jiwa" ini tidak akan di hukum sebelum hari Kebangkitan dan hari Pembalasan pada hari Khiamat nanti. Jadi kemana mereka di tempatkan yang "jahat" dan yang "baik" itu selepas jasad tubuh mereka itu mati dan mereput. Mereka belum di adili dan tidak akan di hukum. Semasa menunggu hari Pembalasan itu "dosa" dan "pahala" itu akan kekal begitu sebelum di adili. Bagaimankaah rupa nya "dosa" dan "pahala" itu apabila mereka sudah tidak lagi berjasad tubuh. Soalan ini akan buat kami lebih gigih mencari jawapan nya di mana "sijjin" dan "illiyin" ini masih sulit untuk di perjelaskan. Untuk memahami semua ini kami tidak dapat jadikan AlQuran itu seperti "syair" yang di baca. Sebab syaitan akan jadikan AlQuran itu sebagai "syair" itu. Ayat pertama yang di turunkan sebagai "wahyu" pertama sudah jelaskan "kalam" itu yang perlu di "baca" oleh "sekepal darah" yang menjadi jasad tubuh itu. 

Bagaimana kita "baca" semua ayat di "kalam" itu dengan "sekepal darah" di dalam jasad tubuh itu menjadi persoalan nya. Apakah ayat itu akan bertukar menjadi "sutera putih" yang di pamirkan atau menjadi "jiwa" yang tersembunyi dengan amalan yang nyata. Mengapa hanya "tujuh" ayat yang menjadi "ibu" segala 6666 ayat untuk di sebut berulang kali di hadapan Tuhan Maha Pencipta..

Edit 23.1.16

Banyak yang perlu kita tahu tentang "semangat" ini. salah satu dari keupayaan "semangat" ini, ia lengkap dengan perisian "bluetooth" yang boleh di muat naik atau muat turun. "Semangat" ini boleh meresap di jasad tubuh orang lain jika ada keperluan untuk di "isi" atau di muat turun. Mungkin ini satu pendedahan yang baru pada segelir atau kebanyakan kita, tetapi hakikat nya "semangat" ini bukan sesuatu yang boleh kita nafikan dengan kejahilan kita. "Semangat"ini mempunyai peringkat usia yang bemula dari sejak ia di lahirkan oleh "jiwa" itu dengan perisian "ilmu" dan "tabiat" nya. "Jiwa" orang lain yang kosong dengan "ilmu" itu boleh di "isi" dengan "semangat" ini untuk di pinjamkan. Ini akan pergi lebih jauh dari itu apabila "jasad" manusia ini akan menjadi seperti pakaian yang di hias dengan watak yang tertentu.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan