Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Selasa, 30 Disember 2014

Cyborg

Manusia telah hilang harga diri apabila mereka di tambat dan di pasong dengan peraturan sistem elektronik. Akal fikiran mereka tidak lagi boleh mengatasi ketetapan yang telah di "program" dan mereka hanya mampu mengikut peraturan sistem elektronik ini seperti "cyborg" yang menurut perintah. Kebanyakan "syarikat" dan "pentadbiran" (corporate management) yang mengunakan "standard operating procedure" dengan "terma dan syarat" (term and condition) ini sebagai "peraturan kerja" (working instruction) untuk semua "pekerja" (employee) dan juga "pelangan" (customer) nya mengikut peraturan yang telah di tetapkan. Manusia ini sudah tidak lagi berdaya untuk gunakan "budi bicara" dan "akal fikiran" semasa berurusan. Tidak ada "kuasa" yang boleh mengubah sistem yang telah di tentukan dalam "program" dan "peraturan" itu. Kita manusia telah di "jajah" oleh sistem yang telah di terapkan oleh "program" elektronik ini. Kita terpaksa akur dengan "artificial intelligent" ini yang di serahkan untuk mengurus hidup kita. Walaupun kemudahan ini nampak nya begitu cangih untuk hiburkan keselesaan kita, tetapi kehilangan ""sentuhan manusia" (human touch) akan jadikan bencana hidup yang sangat kenyakitkan jika di salah gunakan.

Sejak zaman jahiliah, "penghambaan" (slavery) telah menjadi satu "komoditi" perniagaan dimana "jasad tubuh" manusia itu akan di jadikan "perdagangan" untuk di jadikan "hamba" kepada golongan atasan yang kaya raya. Kemewahan mereka sangat memerlukan "penghambaan" (slavery) ini untuk mengurus harta kekayaan yang mereka miliki. "Pelacuran" adalah "jawatan" yang tertua di dunia ini dan "penghambaan" telah menjadi satu "asset" yang paling berharga. Sistem "penghambaan" ini telah di jadikan satu "management asset" yang di terapkan dengan "penjajahan" dan pemerintahan "kuku besi" atau "dictatorship" untuk menghapuskan kebolehan akal fikiran manusia yang di "jajah" itu. Mereka tidak lagi boleh mengunakan "akal" fikiran" semasa menjadi "hamba" ini. Maka komplot "perdagangan orang" atau (human trafficking) sangat berleluasa untuk dapatkan sumber tenaga "penghambaan" ini.

Kedatangan Islam telah menghapuskan sistem "penghambaan" ini. Manusia tidak lagi patut di jajah begitu rupa dan mereka patut di beri "hak" dengan sistem "gaji" yang lebih munasabah. Sistem "hijab kabul" dan "perjanjian" yang lebih tulus di terapkan dengan sistem "upah" atau (service render). Maka kemahiran dan kepakaran akan menjadi satu "asset" kepada "tenaga kerja" ini untuk di jadikan "human resources" kepada keperluan semasa ini. Pengurusan "Islamic" yang telah bebaskan manusia dari cengkaman "penghambaan" itu telah mula tengelam. Kebanyakan konglomerat sekarang telah terapkan sistem "yahudi dan nasrani" yang sudah mengambil alih sistem "pentadbiran" kebanyakan "syarikat" dan juga "pengurusan" kewangan mereka. Mereka akan kuat kuasakan "terma dan syarat" yang di tanda tangani sebagai "perjanjian" yang sah untuk mengikat "tenaga kerja" dan juga "pelangan" mereka. "Kontrak" yang di atas kertas sudah menjadi satu sistem "penjajahan" untuk mengikat manusia yang telah menanda tangani "perjanjian" yang tidak pernah di baca keseluruhan nya oleh yang di tambat. Dengan tidak secara langsung, manusia ini telah menjadi "hamba" kepada perjanjian" itu yang tidak boleh di mansuhkan oleh sesiapa saja.

Golongan "elit" ini telah merumuskan satu sistem yang kukuh (water tight) untuk menjajah "penghambaan" (slavery) ini yang telah di naik taraf kepada bahasa yang lebih intelektual dengan perkataan "tenaga kerja" atau (human resource) ini. "Tenaga kerja" atau (human resource) ini sekarang telah menjadi satu "komoditi" yang sangat di perlukan di mana saja. Setiap "syarikat" dan "pentadbiran" akan memerlukan "tenaga kerja" ini dan mereka mesti di "jajah" dengan satu sistem kawal selia. Pada mula nya kebanyakan "pengurus tadbir" ini akan menyelia "tenaga kerja" ini dengan sistem "tuan" atau "ketua" di dalam mana mana "pengurusan" yang di tadbir. Tetapi apabila zaman telah bertambah maju dan segala kemudahan elektronik telah di terapkan, maka "tenaga kerja" ini telah menjadi lebih mudah untuk di kawal selia. Mereka tidak lagi di tadbir dengan sistem "mereka jujur sehingga terbukti bersalah" (they are innocent until proven guilty) tetapi telah di ubah dengan sistem "mereka bersalah dan harus buktikan kejujuran itu" (they have to prove they are innocent) dengan ada nya "punch card" (time card) dan "laporan prestrasi" (progress report) yang perlu di tunjukkan kepada ketua pentadbiran. 

"Standard Operating Procedure" yang di tetapkan ISO globalisasi sedunia adalah satu sistem "pentadbiran" yang sangat teratur dan kukuh. Setiap jawatan yang memegang "tugas" perlu ada "atur kerja" (working instruction) yang mengukur prestrasi setiap jam (manhours) dengan tahap produktiviti nya. Namun ini di lihat sebagai satu "standing instruction" yang cukup berkesan dalam semua operasi jabatan. Ini cukup berkesan jika dapat di terapkan di semua jabatan kerajaan dan pegawai kerajaan yang bertugas. Sebab alasan sedang "meeting" ini sudah menjadi tabiat semula jadi untuk tidak angkat talipon yang berdering. Ini sesuatu yang "rakyat" akan sokong sepenuh nya untuk sekat kaki ponteng yang gunakan waktu berkerja untuk urusan peribadi. Gaji yang di bayar untuk bertugas selama 8 jam hampir separuh di habiskan dengan bersembang. Pekerja yang seperti ini perlu di suntik dengan renjatan eletrik untuk di mutasi kan menjadi "cyborg" itu.

Apabila "mindset" sesetengah pekerja itu begitu sambil lewa dan tidak menghargai prestrasi dan khidmat pelangan sebagai tugas yang di amanahkan, maka pekerja seperti ini perlu di "tambat" dengan sistem penyeliaan yang lebih ketat. "Standard Operating Procedures" dan "working instruction" ini boleh mengukur "produktiviti" setiap individu yang bertugas. Ketua jabatan dapat menilai "tenaga kerja" yang di perlukan pada setiap operasi jabatan dan tahap produktiviti yang di perlukan dari setiap individu yang bertugas. Setiap 8 jam bertugas perlu ada "progress report" yang perlu di isi untuk tunjuk tugasan yang telah di lakukan. Berapa lama kah waktu yang di ambil untuk selesaikan satu masalah dan berapa banyak kah pelangan yang sudah di beri perkhidmatan. Jika dalam masa 8 jam bertugas pekerja itu hanya duduk panaskan kerusi sahaja maka ini satu pembaziran yang mendatangkan kerugian kepada syarikat atau jabatan. Maka ada kepentingan untuk jadikan "tenaga kerja" ini seperti "cyborg" yang sudah di "program" sehingga mereka terpaksa ikut "peraturan" (procedure) yang telah di tetapkan. Maka "gadjet" elektronik dan sistem komputer dapat mengatur "peraturan" itu untuk di jadikan amalan tugasan pekerja ini. 

Setelah sistem elektronik dengan polisi dan peraturan (policy ang procedure) yang di terapkan untuk pekerja ini, maka kebanyakan pekerja ini sudah "hilang akal" untuk buat pertimbangan dengan "perasaan" dan "ingatan" menilai tugasan itu dengan hati budi dan kewarasan akal fikiran. Mereka akan berpandu kepada sistem yang di program untuk di ikut dan hilang kuasa untuk bertindak mengikut kewarasan akal fikiran mereka. Apabila sistem di komputer itu tidak dapat menerima "input" data yang di masukkan, maka pekerja yang bertugas itu hilang akal untuk lakukan sesuatu dengan kewarasan nya untuk buat satu tindakan susulan mengatasi masalah itu. Inilah "cyborg" yang bertugas di kebanyakan tempat khidmat pelangan yang bergantung pada sistem komputer.   

Ketua pegawai eksekiutif (CEO) syarikat besar telah mengambil kesempatan untuk terapkan satu sistem elektronik di mana segala bil bayaran yang akan di kenakan kepada setiap pelangan akan di tetapkan dengan "program" elektronik yang mengenakan caj bayaran secara automatik jika tempoh buat bayaran melebehi had masa yang di tetapkan. Secara automatik "caj tambahan" ini akan di masuk kan ke dalam bil supaya di bayar oleh pelangan tanpa sebarang alasan untuk di jelaskan atau pertikaikan. Pelangan tidak mempunyai "hak" untuk pertikaikan "caj tambahan" itu dan akan di hukum dengan "service suspension" jika ingkar buat bayaran. Syarikat besar seperti TNB-ASTRO-SAJ-TM-MAXIS-CELCOM dan lain lain seperti institiusi kewangan mengamalkan "elektronik billing" ini untuk di kenakan kepada setiap pelangan secara sesuka hati tanpa memberi peluang kepada pelangan untuk minta penjelasan dan buat bantahan. Pelangan terpaksa buat rayuan dan aduan untuk "tunjuk sebab" mengapa "caj tambahan" tersebut tidak sepatutnya di kenakan kepada nya. Ini yang kami katakan "Kamu yang perlu buktikan kebenaran itu" (you have to prove you are innocent) .

"Agreement" atau "contract" yang kita tanda tangan semasa buat permohonan talian talipon hanya seorang pakar undang undang sahaja yang boleh baca semua dan faham (Express or Implied). Pelangan akan di minta meletakan tanda tangan sebagai persetujuan. "Contract" itu akan menjadi "lock up" atau "penjara" kepada setiap pelangan. Seperti kes TM, talian talipon itu dengan pantas di potong kerana lambat bayar dan biarkan pelangan atau rakyat menanggung beban bayaran "internet" yang masih di kena caj bayaran bulanan walaupun talian talipon telah di potong oleh mereka. Jadi "service render" yang tidak mereka beri kepada pelangan selepas talian talipon di potong masih di tuntut bayaran untuk "internet" yang tidak berfungsi. Pegawai "tenaga kerja" di TM tidak boleh buat apa apa setelah aduan di buat supaya caj bayaran "internet" itu di batalkan juga. Mereka serahkan kepada "sistem" yang tidak boleh di ubah oleh mereka. Jadi pelangan menjadi mangsa dengan sistem BODOH yang mereka praktik kan. Mereka tidak ambil peduli aduan pelangan dan biarkan pelangan menanggung risiko beban caj yang masih di kenakan walaupun talian talipon sudah mereka potong. Inilah sistem "YAHUDI" yang di terapkan TELEKOM MALAYSIA. Gaji yang mereka makan adalah "HARAM" dan di laknat Allah swt.

Kita telah di jajah oleh sistem "yahudi dan nasrani" ini dengan begitu tegas untuk menekan rakyat dan juga penguna. Kita telah di jadikan seperti "mentimun" yang mudah di gilis sesuka hati mereka oleh sistem elektronik yang mereka terapkan untuk dapatkan keuntungan secara memaksa. Kebanyakan "perkhidmatan" sekarang telah meminta bayaran "pre paid" sebelum "perkhidmatan itu di hulurkan. Mereka akan ambil dahulu wang kita dan kita akan menunggu dengan harapan agar "perkhidmatan" itu di sempurnakan. Jika berlaku kerosakan atau "service failure", pelangan yang terpaksa tuntut dan buat aduan itu untuk dapatkan perkhidmatan seperti peminta sedekah. Mereka mempunya banyak alasan untuk di beri jika mereka gagal memberi "perkhidmatan itu setelah kita sudah buat bayaran itu. Wang kita telah di ambil tetapi "perkhidmatan" itu belum di beri. Adakah ini satu sistem yang kita terpaksa akur sekarang ini???  

MAXIS mengenakan package "data" yang mereka bahagi kepada dua masa. 4 gb untuk masa 7 pagi hingga 2 pagi, 4 gb lagi untul 2 pagi hingga 7 pagi. Pelangan akan di kenakan caj bulanan yang tetap walaupun 4 gb untuk 2 pagi hingga 7 pagi itu tidak pernah di gunakan. Keuntungan secara "PENIPU" ini sudah berleluasa di amalkan oleh konglomerat ini. Rakyat terperangkap dan terikat dengan "sistem" elektronik yang mereka tetapkan. Manusia sudah di jadikan CYBORG dengan secara senyap dan halus. Walaupun kita cuba mengaku kita NEGARA ISLAM, tetapi kebanyakan sistem pentadbiran masih  mengamalkan sistem YAHUDI dan NASRANI. Ini yang banyak di jadikan kemegahan CEO syarikat kerana mengaut keuntungan secara MENIPU rakyat. 

Akta dan peraturan yang tertulis di beri "enactment" sebagai the Rule of Law untuk mentadbir manusia seperti satu "spesis" yang di kawal seperti "cyborg" yang boleh di tekan butang "suis" atau "press" untuk letak manusia itu dalam mod "disable" pada bila-bila masa sahaja. "Entrapment" yang di lakukan kebanyakan "surat perjanjian" atau "agreement" yang di tanda tangani sangat halus seperti satu "jerat" yang di pasang untuk memerangkap mangsa nya. Buaya konglomerat ini sangat pakar untuk menjaga kepentingan mereka dengan cara yang sangat "prejudis" dan berat sebelah. Mereka mengambil kesempatan dengan kelemahan kita yang memerlukan perkhidmatan mereka yang monopoli pasaran tanpa ada persaingan lain. Kelebihan ini akan jadikan mereka tidak berlaku adil kepada pelangan mereka.

Kita tidak sedar apa yang sedang berlaku di sebalik "wajah" manis dan tersenyum itu yang menyambut kedatangan kita di meja penyambut tetamu. Tersusun di bawah meja mereka kertas borang yang perlu kita tanda tangani secepat mungkin. Kita perlu sedar, pejabat yang di buka di tengah kesibukan khalayak ramai bukan untuk memberi perkhidmatan percuma. Mereka ingin mencari "keuntungan" dan wang itu datang dari kocek kita.   

Edit 31.1.15

Perpatah "lembu di ikat dengan tali, manusia di ikat dengan janji" telah di "upgrade" dengan "tali hidung" yang lebih hebat. "Kuasa elektronik" ini telah menambat kebanyakan manusia dengan suntikan dan renjatan "gelombang otak" atau (brain waves) yang sangat halus. Pemikiran manusia atau "minda" kita telah di terap dengan pancaran elektronik "jalur lebar" di dalam satu "frekuensi" maya untuk tunduk dan akur dengan "gadjet" elektronik yang semakin meluas."Gadjet" elektronik ini sudah menguasai manusia di dalam semua peringkat dalam kehidupan kita. Manusia sudah menjadi "cyborg" yang di perintah alat elektronik ini.

Keupayaan "akal" dan "minda" manusia terpaksa bergantung kepada "perkhidmatan" yang di salurkan peralatan elektronik ini untuk pastikan kehidupan kita. "Alat dan perkakas" ini sudah berkuasa di mana-mana untuk mencorak dan tentukan arah hidup kita. Apakah kita pasti anasir "gelap" yang menginap di ruang atmosfera ini tidak akan menganggu atau mengugat kesejahteraan kita. Apakah "jin dan syaitan" ini tidak mempunyai kuasa untuk "pengaruhi" ruang "jalur lebar" yang sangat kita bergantung kepada nya. Soalan ini perlu kita tanya untuk dapatkan jawapan nya. "Malfunction" atau "kerosakan" pada "alat dan perkakas" elektronik ini masih menjadi "teka teki" kepada kita semua.  

 Jentera dan alat elektronik telah menjadi "alat dan perkakas" yang di reka cipta manusia dengan "ilmu" pengetahuan untuk kesejahteraan hidup. "Ilmu" yang di beri kepada manusia sangat istimewa untuk memberi "peluang" memerintah "bumi" ini sebagai "khalifah" yang di utus. Sifat "manusia" itulah sebab kita di beri kuasa dengan "ilmu" (knowledge) atau "sains" (science) ini. Sifat manusia mempunyai "perasaan" dan "ingatan" menjadikan dia layak memiliki "ilmu" itu untuk menjadi "pengurus" di atas muka bumi ini. Tetapi apabila "perasaan" dan "ingatan" itu tidak lagi boleh di gunakan untuk mentadbir "bumi" ini, maka manusia itu telah melanggar "demokrasi" hak asasi manusia itu. Sebab "perasaan" dan "ingatan" adalah "hakim" yang di beri "tugas" untuk buat keputusan dengan "pilihan" dan "peluang" di setiap detik waktu.

Apabila "manusia" mula mentadbir alam ini tanpa "perasaan" dan "ingatan", maka seluruh alam ini akan berada di dalam ancaman ketidak adilan yang sepatutnya di terima sebagai "hak" semula jadi. Peruntukan undang undang (Rule of Law) Polisi dan Prosedur (Policy and Procedure) Terma dan Syarat (Term and Condition) adalah "instrument" yang di gunakan untuk jadikan "perjanjian" (Agreement) sebagai ikatan untuk memerintah manusia supaya akur menurut perintah seperti seorang "hamba" yang sudah di "beli" atau di "cagar" gerak kelakuan nya. Unsur "kuat kuasaan" (enforcement) ini selalu nya mempunyai implikasi (implication) "prejudice" yang tidak akan memihak kepada "penguna" atau "pelangan" mereka. Mereka akan pastikan "disclaimer" itu di tanda tangani untuk lepaskan mereka dari sebarang tindakan atau tanggung jawab jika berlaku tuntutan.

Surat perjanjian pinjaman peribadi yang di keluarkan institiusi kewangan, penuh dengan "entrapment" yang sangat "prejudis" dan berat sebelah. Jika berlaku perlangaran pembayaran balik pinjaman, pihak bank akan gunakan kelebihan mereka untuk buat sesuka hati kepada peminjam  dan merampas segala harta yang ada untuk di lelong dengan harga yang sangat murah. Syarikat peguam yang di lantik akan mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan dari peminjam yang mengalami masalah kewangan. Caj tambahan yang di kenakan untuk segala surat menyurat dan kos mahkamah akan di kenakan tanpa mengira sebab yang munasabah. "Notis server" yang hantar surat peguam mengunakan taktik kotor seperti "1st attempt", "2nd attempt" atau "3rd attempt" kepada alamat yang mereka tidak pernah kunjungi secara sah. Semua "caj" tambahan ini akan di kenakan kepada "peminjam" untuk tambah beban hutang mereka.

Inilah dunia "cyborg" yang tidak mempunyai "perasaan" dan hati budi untuk menyelesaikan masalah tetapi untuk menambah masalah itu demi kepentingan pendapatan keuntungan mereka. Rundingan untuk menyelesaikan bayaran pinjaman tidak menjadi "objective" utama pihak bank atau institiusi kewangan. Mereka akan pastikan "panel peguam" yang di lantik ini mendapat "projek" dan pegawai bank ini boleh menerima "komisen" dari setiap kes yang di berikan kepada mereka. Setiap kes yang di kenakan tindakan mahkamah akan ada "komisen" untuk duit kocek pegawai bank ini. Jadi "jerat" yang di pasang oleh institiusi kewangan di dalam surat perjanjian pinjaman itu tidak pernah mengharapkan "meminjam" itu membuat bayaran yang konsisten. Mereka akan tunggu dengan teropong di skrin komputer untuk mencari "mangsa" yang boleh mereka sembelih sampai putus urat leher.   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan