Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Isnin, 15 April 2013

Tongkeng

Tulang tongkeng yang di namakan "coccyx" pada istilah sains adalah tulang yang tidak akan di makan oleh bumi. Ini lah asas DNA yang akan menghidupkan kembali setiap manusia di hari kebangkitan nanti. Jika di amati, tulang tongkeng ini adalah garis pertengahan tengkorak manusia yang di gunakan untuk mengimbangi tubuh manusia. Tulang tongkeng ini mempunyai kaitan dengan   graviti tarikan bumi yang di asaskan hawa "nafsu" untuk mengimbangi jasad tubuh agar dapat berdiri teguh di atas bumi.

Tulang tongkeng ini mempunyai kaitan dengan "pusat" kita di jasad tubuh. Sebab hawa "nafsu" ini duduk di bahagian bawah perut dan tulang tongkeng ini adalah asas DNA nya di mana "pusat" di jasad tubuh adalah saluran sumber tenaga jiwa nya. Graviti tarikan bumi yang menjadi asas hawa "nafsu" di tanah jasad tubuh, mempunyai peranan penting untuk kesejahteraan bahtera tubuh di mana "pusat" menjadi pintu saluran jiwa nya. "Pusat" ini lah pada mula nya pintu sumber setiap bayi yang lahir kebumi mendapatkan asas keperluan semasa di dalam perut ibu nya. Ini lah pintu di mana jasad tubuh itu di bentuk dengan DNA yang ada pada uri nya.

Pernah di pertikaikan soalan yang sangat kontroversi apabila ada yang bertanya adakah Nabi Adam a.s. di jadikan dengan jasad tubuh yang mempunyai "pusat" seperti semua manusia yang hidup di dunia ini. Soalan ini tidak akan terjawab tanpa ilmu yang cukup untuk memahami kejadian manusia. Seperti apa yang kita maklum bahawa Siti Hawa di jadikan dari pada tulung rusuk kiri Nabi Adam semasa dia berada di dalam shurga. Tulang rusuk ini masih menjadi pertelingkahan pendapat di kalangan bijak pandai yang mengkaji soalan ini.

Dalam kajian kerohanian dimana setiap perempuan mempunyai tahap hawa "nafsu" yang lebih tinggi dari setiap lelaki. Keistimewaan setiap wanita yang telah di beri darjat kebesaran Tuhan untuk membiak dan menjadi mahligai "nyawa" yang akan di restui. Hawa "nafsu" adalah asas segala keperluan kepada semua yang hidup di atas bumi ini. Tanpa hawa "nafsu", kehidupan tidak akan terjadi dengan terbentuk nya jasad tubuh yang datang daripada tanah di bumi ini. Ini lah mengapa tanah di bumi ini di jadikan asas kejadian Nabi Adam a.s. yang begitu tinggi darjat nya di sisi Tuhan.

Jasad tubuh yang telah terbentuk akan mereput setelah tamat tempoh "jangka hayat" nya. Tulang tongkeng akan menjadi asas "identiti" pada jasad tubuh dengan DNA nya. Namun, bahtera tubuh jasad manusia akan mempunyai kembar jiwa nya yang perlu di praktik dengan istila "matter" dan "anti matter" pada setiap partikel yang wujud di realiti ini. Jiwa "identiti" ini yang menimbulkan banyak persoalan apabila "iman" masih menjadi asas setiap kepercayaan yang membentuk tingkah laku perangai manusia itu. Jadi jasad tubuh hawa "nafsu" yang di pamirkan dengan "matter" perlu mempunyai "anti matter" yang di sembunyikan dengan ingatan "iman" jiwa rohani nya. Identiti ini masih tersembunyi di setiap jasad tubuh yang kita pamirkan di khalayak ramai.

Urusan tenaga hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini telah kita gunakan setiap hari semasa kita hidup di muka bumi ini. Ini lah dosa dan pahala dan juga shurga dan neraka. Pilihan yang kita buat dan peluang yang kita cari perlu mengunakan hawa "nafsu" dan juga ingatan "iman" yang menentu arah tujuan di mana "niat" itu menjadi asas konsensus yang terbentuk di antara kedua tenaga ini.  Kajian sains kerohanian dalam urusan ini menyelubungi keluasan ilmu yang sangat halus untuk di kupas dengan penuh terperinci. Keinsafan dan kekaguman akan muncul apabila kita ternampak bukti keagungan Tuhan yang menjadikan manusia itu dengan penuh keistemewaan.

Edit 24.12.13

Kejadian jasad tubuh manusia bukan sesuatu yang tidak perlu di ambil peduli. Semasa Nabi Adam kesunyian bersendirian di dalam shurga, Iblis telah beberapa kali datang menyusup untuk mengoda Nabi Adam tetapi gagal. Sebab Nabi Adam mempunyai ingatan "iman" yang sangat kukuh sebagai asas "jiwa" nya yang berpaut teguh di dalam "otak" dewan fikiran Nabi Adam. Kesunyian Nabi Adam untuk berkongsi kenikmatan shurga telah di perkenankan Tuhan. Siti Hawa telah di jadikan dari "rusuk kiri" Nabi Adam. "Rusuk Kiri" ini sebenarnya adalah "hati" di mana "perasaan" itu akan di luahkan. "Hati" ini lah di mana "hawa nafsu" itu akan terkumpul dengan "perasaan" dan keinginan nya. "Hawa nafsu" inilah punca nya Iblis berjaya runtuhkan martabat mereka sehingga terhina dengan keaiban. Walaupun Nabi Adam mempunyai "ingatan iman" yang kukuh tetapi keinginan dan desakan "hawa nafsu" Siti Hawa telah mengugat keharmonian mereka sehingga tersingkir dari shurga.

"Hati" adalah di mana "perasaan" hawa nafsu itu akan menjerit dengan keinginan dan "otak" adalah di mana "iman" itu akan berfikir dengan "ingatan" nya. Setiap jasad tubuh manusia akan mempunyai dua fungsi utama ini di mana "hawa nafsu" dan "ingtan iman" akan berkongsi setiap langkah kelakuan manusia. Nabi Adam dan Siti Hawa masih wujud di dalam jasad tubuh kita dan mereka sentiasa berkongsi hidup pada jasad tubuh kita. Inilah "qarin" yang perlu kita kenal di mana jiwa "hawa nafsu" dan jiwa "ingatan iman" menjadi punca segala kelakuan untuk jadikan "IDENTITI" diri kita. 

"Perasaan" hawa "nafsu" adalah tenaga kimia yang di perlukan jasad tubuh. Inilah di mana deoxyribonucleic acid kita akan terbentuk. Kuasa hawa "nafsu" ini tertakluk kepada daya tarikan "gravti" di mana tanah itu berpaut pada bumi. Itu lah di mana tulang "tongkeng" di jasad tubuh adalah asas DNA setiap tubuh manusia. Allah swt adalah Tuhan yang Maha Bijaksana. Apakah tujuan nya di jadikan DNA ini untuk setiap jasad yang hidup ini. Ini lah baka keturunan yang tidak pernah terpadam. Baka "nasab" kita dari segala benih baka datuk nenek moyang kita masih tersimpan dengan begitu terperinci sekali. Kita adalah "UMAT MUHAMMAD" dan baka Nabi masih ada di dalam darah daging kita yang bermula dari Nabi Adam dan Siti Hawa.

Apakah menghidupkan orang yang telah mati satu perkara yang mustahil?????? Apakah jasad yang telah mati tidak boleh lagi di jadikan rujukan????? "Identiti" mereka tidak pernah terpadam dan tenaga mereka masih boleh di hubungi jika kita tahu atur cara nya. Tenaga "jiwa" mereka tidak pernah terhapus dan tidak boleh di musnahkan setelah jasad mereka "mati" dengan tamat tempoh. "Mati" ibarat tidur yang panjang semasa menunggu "Hari Kebangkitan" untuk bangun semula. Kita telah lalui detik ini setiap hari semasa kita tidur dan urusan "Kembara Tidur" ini masih menjadi satu misteri yang perlu di kaji selidik. Urusan setiap manusia kepada Tuhan nya tidak pernah terputus dan berlanjutan walaupun jasad itu hidup atau mati. Urusan "jangka hayat" ini bukan mengikut ukuran usia di kala hidup dan setelah mati hatta ia tidak pernah terputus walau sesaat pun. 

Hanya "kesedaran" yang memberi kita "ingatan" dan "perasaan" untuk merasai "NIKMAT" bersama dengan Tuhan Semesta Alam. Tanpa "Tuhan" kita tidak akan wujud walau sesaat pun. Tanpa "Rasullulah" Nabi Muhammad, kita tidak akan dapat menikmati kesedaran ini. "Akal" yang kita miliki adalah kepunyaan "Rasullulah" yang memberi kita setiap "informasi" maklumat. Siapakah yang menyalurkan informasi maklumat itu jika tidak para malaikat yang di tugaskan. Bukan kah kita selalu "lupa" dan "ingat" untuk melayari kesedaran kita. Bukan kah kita berhubungan dengan Tuhan dengan "ingatan" kita. Tanpa "ingatan" itu dimana kita???? Kita hanya ada bersama hawa "nafsu" yang "buta" di dalam kegelapan dan memerlukan ingatan "iman" yang "bisu" untuk melihat kenikmatan dengan "akal" yang "pekak" dan tuli. Bukan kah Nabi Muhammad itu tidak tahu menulis dan membaca???? Siapakah Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak ini?? Dimanakah "IDENTITI" diri kita yang kita agung agungkan selalu.

Di mana Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Muhammad? Kita telah duduk bersama "JEMAAH" ini dan menjadi "UMAT" mereka tetapi tidak pernah mahu mengiktiraf kewujudan mereka. Kita leka dengan "identiti" yang konon nya milik kita. "Wajah" yang kita miliki hanya satu hiasan yang berubah bentuk rupa apabila di telan masa. Bukti dan Fakta itu tidak boleh di guna pakai untuk membuat mengesahan. Yang ada hanya deoxyribonucleic acid hawa "nafsu" pada jasad tubuh dan "ingatan" kesedaran kita yang kian pupus. Hanya "ilmu" sahaja yang kita "MILIKI" untuk menuntut "identiti" itu. Tanpa "ingatan iman" kita tidak wujud di setiap saat itu. Jadi siapakah yang menyimpan "ILMU" itu yang kita sangat berpaut pada memori "ingatan iman" kita. 

Sepanjang perjalan hidup kita ini kita hanya mempunyai "ILMU" yang di miliki. Tanpa mememori "ILMU" ini, kita tidak akan wujud. "ILMU" itu lah "identiti" diri kita dan di miliki "ingatan iman" sebagai "jiwa" yang tidak tertakluk kepada tenaga tarikan "graviti" pada jasad tubuh kita. Jasad tubuh kita hanya di miliki oleh hawa "nafsu" dengan deoxyribonucleic acid nya. Memori kesedaran kita di miliki oleh "ingatan iman" sebagai "identiti" diri kita. "Hati di mana "perasaan" itu selalu bergayut akan lenyap dalam seketika. Tetapi "Otak" di mana "ingatan iman" itu berlegar akan tetap menjadi memori untuk di jadikan kenangan. Mungkin kita akan "lupa" untuk seketika tetapi "ingatan" itu akan selalu datang menjengok untuk mengusik jiwa "perasaan" kita. "Ingatan" dan "perasaan" akan selalu bersama walaupun terpisah untuk seketika. Bukan kah mereka sepasang "kekasih" yang sepatut nya selalu bersama? Tetapi mereka terpaksa berpisah untuk seketika dan berjumpa kembali untuk salam muhibah. Jiwa "hawa nafsu" dan jiwa "ingatan iman" memerlukan syafa'at Rasulullah untuk kekal bersama. Tanpa "akal" dan "ilmu", "hawa nafsu" dan "ingatan iman" akan terpisah dengan kesunyian menangung rindu. Mereka perlu di "hijab kabul" kan agar selalu dapat bersama. Kemesraan mereka bersama sangat di perlukan jasad tubuh kita.

Apa guna nya "perasaan" jika tidak ada "ingatan"????? Apa gunanya "ingatan" jika tidak ada "perasaan"??? Inilah apa yang di lihat AL KHALIK apabila hamba Nya datang mengadap. Kadang kala mereka tidak "BERJEMAAH" bersama sebagai satu "ENTITI" yang sempurna. Apa yang UMAT kita sekarang selalu cuba terapkan di setiap masuk "waktu" agar "berjemaah" dengan "imam" di setiap shalat. Tetapi apakah mereka  itu benar benar "BERJEMAAH"??? Mungkin cukup syarat di alam kenyataan ini untuk di iktiraf para "ulama" sebagai satu "sunnah" yang di galakan. Tetapi "JEMAAH" yang sepatut nya selalu nya ada, tidak hadir di dalam sembahyang. "Ingatan" dan "perasaan" tidak pernah di serahkan kepada Tuhan yang BERHAK menerima segala pujian. Mereka lebih cenderung mengutip "pujian" dari masyarakat sekeliling. Sunnah Rasulullah hanya satu perhiasan untuk mendapat pengitirafan manusia yang melihat tetapi bukan Tuhan yang "MENYAKSIKAN".  Allahu Akhbar yang di sebutkan hanya satu bunyian yang di laungkan. Tersuratkah "perasaan" dengan "ingatan" betapa "besar" nya Tuhan Maha Awali ini. Tidak ada seorang manusia pun boleh merasa "KEWUJUDAN" Allah swt tanpa ada nya Rasulullah di sisi nya. Kerana hanya Rasulullah sahaja yang dapat merasakan kewujudan itu sebab Nabi Besar kita pernah naik mengadap Tuhan Semesta Alam semasa Israq Miqraj. Tidak kah kita ingin merasai bagaimana Rasulullah merasa di setiap kali dia bersembahyang?????? Apakah tidak ada seorang manusia pun selain Rasulullah boleh merasai NIKMAT itu?????? Tidak ada yang mustahil jika ajaran Rasulullah yang sebenar nya di guna pakai. Apakah cukup sekadar menjadi Umat dan bukan KEKASIH Nya???

Mencintai Rasulullah bukan dengan berjangut dan bersarban!!!!!!!! Itu menyamar untuk di puja masyarakat!!! Mengenal Rasulullah bukan sekadar hadith dan sunnah nya. Rasulullah masih wujud di merata tempat dengan "sifat" keagungan nya. Carilah Rasulullah di mana saja kita pergi. Jika kita berjumpa dengan orang yang JUJUR!!! Itu lah Rasulullah yang kita jumpa di sebalik jasad tubuh itu. Bukan kah kita berharap untuk berjumpa Rasulullah di mana saja kita pergi???? Tanpa Rasullulah tidak ada satu manusia pun yang dapat mengenal Allah swt. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana untuk menyembah Tuhan Maha Pencipta jika tanpa Rasulullah. Hanya sesiapa yang mempunyai "sifat" Rasullulah sahaja yang akan di cintai Allah swt sebagai KEKASIH Nya.

Tulang tongkeng yang kita gunakan untuk duduk perlu memacak bumi. Itu arah di mana perut bumi di petala yang ketujuh menyimpan segala khazanah "sijjin" yang di miliki hawa "nafsu" dengan kuasa tarikan "graviti" nya. Deoxyribonucleic acid ini akan di simpan bumi sebagai tugas rasmi nya. Jasad yang "tidur" sebentar perlu mengiring di atas rusuk kanan untuk dapatkan pernafasan yang sempurna semasa beradu. "Hati" di mana "perasaan" itu tertumpu di rusuk kiri perlu di anjak turun ke kanan agar berada di arah qiblat nasuhah. Kembara yang akan di lalui "ingatan iman" semasa kita tidur perlu di usung keluar ke arah pintu shurga. Semoga Rasulullah menunggu kedatangan kita di saat yang misteri itu. 

Edit 2.1.15

Tulang tongkeng atau lebih tepat lagi jika kita sebut tulang "sulbi" ini mempunyai sejarah yang sangat luas untuk di terjemahkan. Kajian sains kerohanian kami terpaksa kaitkan tulang "sulbi" ini dengan serpihan besi "qursani" yang di kumpul setiap zarah "partikel" untuk di jadikan jasad tubuh. Sebab apa juga yang terkumpul untuk di jadikan "bentuk" memerlukan "berat muatan" yang di tarik "graviti" tarikan "bumi" yang kami terjemahkan sebagai "hawa nafsu" itu. Tetapi asas setiap kejadian perlu kita rujuk pada titisan "air" di mana setiap kehidupan itu bermula. Dan ini perlu kami kaitkan pula dengan hembusan "nafas" yang datang dari udara "angin" yang bertiup. Jadi peranan empat ansir alam yang di katakan "air, api, angin dan tanah" ini perlu kita tahu asal usul nya dan bagaimana ia terkumpul untuk jadikan jasad tubuh kita ini. 

Ini akan merujuk kepada baka "nasab" keturunan kita sehingga ketulang "sulbi" Rasulullah. Setiap yang hidup akan mempunyai "kesedaran" dan ini akan memerlukan pancaran elektromagnetik yang menyelubungi ruang udara atmosphera kita. Di mana juga kita bertapak di atas muka "bumi" ini, "ruang" di sekeliling kita itu akan mempengaruhi "perangai" budi pekerti kelakuan kita. "Nafas" yang kita hidu di persekitaran kita mengandungi "berat muatan" yang kita ambil untuk di hantar ke dalam "hati" dan naik ke "otak" untuk di jadikan "perasaan" dan "ingatan" yang kita semai. 40 hari adalah jarak masa yang boleh terap "watak" itu untuk di jadikan "tabiat" sebagai "akhlak" kelakuan. Sebab suasana di persekelilingan kita adalah "pendedahan" yang boleh mempengaruhi "perasaan" dan "ingatan" kita. Itu adalah "pilihan" yang kita buat untuk berada di dalam suasana itu dan menyesuaikan diri di perksekelilingan itu. 

Apabila kita duduk di dalam "ruang" kemungkaran, haba "nafas" yang di hembus di persekitaran yang penuh dengan "najis" itu akan melekat di dinding "hati" untuk menutup "hijab" kebenaran. Dosa itu akan menjadi satu "tabiat" untuk di jadikan kebanggaan. Tetapi apabila kita duduk di dalam suasana yang penuh dengan "keimanan", cahaya "nur" yang terpancar akan menyinari "kalbu" seperti cermin yang terpancar. Kilauan sinar "kesedaran" akan di hujani "ilmu" untuk mencari "hakikat" kebenaran. Kegembiraan "hati" itu sangat perlu di kaji selidik. Jangan sampai kita terhibur dengan kemungkaran dan terasa benci dengan kebenaran. Menjadi "penyokong" atau "penentang" adalah "pilihan" yang kita buat dengan "niat" yang di tempah. Kita yang bersetuju untuk jadi sekutu kepada suasana keadaan di persekitaran kita.        
   
"Amal makruf nahi mungkar" sepatut nya menjadi "nafas" yang kita hidu di setiap berkala. Inilah "nafas" yang akan di periksa setiap "makhluk" yang kita temui. Inilah "legal tender" atau "hijab kabul" yang kita buat sebagai "tempahan" dengan "jangka hayat" kita. Inilah "pilihan" yang kita buat untuk mencari "peluang" yang di sediakan di "ruang" alam persekitaran kita. Ketahuilah bahawa "niat" itu adalah "lepas bebas" (free will) yang di beri untuk kita mencorak "identiti" diri kita di antara yang "nyata" dengan yang "ghaib" pada kembar "qarin" kita itu. Apabila kita bentuk yang "baik" di alam kenyataan ini, maka yang "jahat" akan terbentuk di alam "ghaib" itu. Inilah "sijjin dan illiyin" itu yang akan tunjukkan perbezaan di antara sepasangan kembar itu. Bukan kah Allah swt itu Maha Bijaksana???? Tidak ada satu "jiwa" pun yang boleh pertikaikan "KEADILAN" Nya di hari kebangkitan nanti.

Allah swt menguji kita bukan kerana Dia tidak tahu apa kesudahan nya. Tetapi ujian itu adalah untuk kita buktikan "Keikhlasan" itu kepada Allah swt pada setiap amal perbuatan kita yang di daftar dengan "niat" itu.  Sebenarnya "kudrat dan iradat" itu kepunyaan Allah swt. yang kita gunakan untuk melakukan apa saja. Boleh kah kita mengaku dengan kebanggaan atau nafikan dengan keingkaran semua perbuatan kita itu. Itulah mengapa "Bismillah" itu sangat besar martabat nya untuk jadikan Rasulullah sebagai "saksi" nya. Sebab ayat yang kita sebut dengan bahasa Arab ini adalah bahasa lidah Rasulullah yang menyebut khalimah itu. Hanya Rasulullah sahaja yang boleh bertemu Allah swt untuk sampaikan "ibadah" itu. Allah swt tidak perlukan segala bahasa yang ada di dunia ini kerana semua bahasa apa pun juga akan di terjemahkan dengan "perasaan" dan "ingatan" kita. Jadi "perasaan" dan "ingatan" itu adalah bahasa yang tanpa "huruf dan suara" yang akan di terima Allah swt. Bukan sebutan ayat yang berbunyi itu yang tunjukkan maksud perkataan. Bukan kah Allah swt itu Maha Bijaksana???? Allah swt boleh menilai "keikhlasan" kita dengan penuh terperinci. 

Edit 9.9.15

Apabila Rasulullah menjadi "utusan" dengan tidak tahu "membaca dan menulis", Allah swt ingin membuktikan kepada seluruh umat manusia bahawa, "ilmu" itu sebenar nya tidak "berhuruf dan bersuara" yang perlu di jadikan perhiasan dengan "bacaan dan tulisan". Rasulullah di kirim membawa "ilmu" dengan "akhlak" nya yang amat mulia dan murni. Al Quran yang di "wahyu" kan adalah untuk "jiwa" ingatan "iman" Rasulullah menerima dan menyampaikan sebagai "utusan" yang di kirim. Jiwa hawa "nafsu" Rasulullah sudah di cuci bersih sehingga "maksum" atau di Islamkan. Menghafal Al Quran adalah sebahagian dari "akhlak" Rasulullah dan dia "membaca" dengan daya "ingatan" dari tenaga jiwa "iman" nya yang tidak pernah terlupa. Hafal Al Quran adalah apa yang di perintah Rasulullah supaya kita dapat membaca untuk sempurnakan "akhlak" kita yang dhaif ini.

Membaca perlu menghayati dengan "perasaan" dan "ingatan" pada setiap kefahaman pada ayat ayat itu. Bukan sebut sahaja dengan cukup "mahraj" nya tetapi tidak sedikitpun mengerti akan maksud nya. Inilah menyakit yang sangat menjangkit di kalangan kita yang ligat mengejar "bunyi" tapu bukan maksud untuk menhayati dengan "perasaan" dan "ingatan" jiwa kita. Itulah mengapa Al Quran itu tidak memberi "kesan" pada setiap "penganut" nya sehingga "akhlak" tidak pernah sempurna. Contoh ini sudah di tunjukkan Allah dan Rasul kepada kita. Kita sibuk mengejar "pujian" manusia dari mendapat "keredaan" Allah swt dan Rasul nya.

Jika kita baca walau sepotong "ayat" dari Al Quran itu dengan penuh "perasaan" dan "ingatan" kita untuk di sampaikan kepada Allah swt sebagai "ayat" utusan nya, sudah pasti Allah swt akan memandang kita dengan penuh berminat dan sukacita. Tetapi jika baca untuk bunyikan "suara" tanpa sedikitpun mengharap di pandang Allah swt, maka "manusia" di sekeliling kita akan menjamu kita dengan "pujian" sebagai imbuhan. Bagaimana Rasulullah yang tidak tahu membaca dan menulis boleh memperolehi "ilmu" yang begitu tinggi perlu kita contohi dan tahu rahsia nya. Sebab Allah swt Tuhan yang selalu mendidik dan membimbing setiap "hamba" nya yang ingin menjadi seorang "insan" yang suci dan murni. 

Edit 11.2.16

"Taufik dan hidayah" adalah pemberian Allah swt kepada sesiapa saja yang di "PILIH". Itu "hak" Allah swt untuk beri "petunjuk" kepada sesiapa yang di ingini. Kita patut bersyukur kerana kita "pandai" dan tidak bodoh seperti dulu. Jadi jangan lah berlagak pula! Sifat semula jadi kita iaitu "dhaif, hina, lemah dan fakir perlu kita iktiraf sebagai "hamba" Nya. Semua yang kita perolehi ini adalah pemberian Allah swt. Jadi amat benarlah jika mengapa kita perlu menyembah nya setiap berkala. Sebab di antara "dosa" dan "pahala" itu ada "wajah" yang akan terbentuk dari "sulbi" atau "taraib" setiap "jasad" tubuh yang ada "aurat" dan "hijab" itu. Cuba lah kita perhatikan "jasad" tubuh kita itu.

"Aurat" ini yang di katakan "jasad" itu adalah "hijab" yang di katakan "taqwa" itu. Jadi di mana kah "wajah" itu yang membuka "aurat" dan yang menutup "hijab" nya. Apakah "dosa" itu satu "tulisan" yang berhuruf dan bersuara atau "wajah" yang berbentuk rupa??? Rahsia tulang "sulbi" dan "taraib" ini belum pernah di "baca" di dalam "kalam" itu. Kita tidak sedar bahawa ada "semangat" yang di katakan "qarin" itu. Bukan kah "jin dan manusia" itu di jadikan untuk beribadat kepada Allah swt.??? 
Apakah "ibadat" itu hanya berbakti dengan kesedaran yang "ikhlas"  atau ada juga dengan tujuan yang lain. Jadi "pahala" itu masih jauh untuk kita lihat apa ganjaran nya jika bangsa "jin" ini juga beribdat untuk dapatkan ganjaran nya. Bangsa "jin" ini yang ingkar akan di bakar menjadi kayu api di neraka tetapi yang beriman mungkin akan di jadikan malaikat untuk di naik taraf martabat nya.

Kajian sains kerohanian ini perlu teliti semua penjuru alam yang amat luas. Tanpa "taufik dan hidayah" Allah swt kita tidak mampu untuk memikul "berat muatan" yang ada dalam "ilmu" itu. Urusan untuk beri "kefahaman" sentiasa berada di tangan Allah swt. Perkataan "Ini termasuk di dalam urusan kami" yang di katakan semasa "wahyu" itu di terima Rasulullah saw untuk di "baca" oleh "lidah" yang tidak pernah menulis atau membaca. Kami harap pada semua pembaca kami, "Jangan jadikan AlQuran" itu sebagai "syair" untuk di nyanyi." Sebab hanya syaitan sahaja yang akan jadikan Quran itu sebagai satu syair. Ayat AlQuran perlu di "baca" dengan "perasaan dan ingatan" untuk jadikan "wajah" yang akan di pandang Allah swt.

Edit 11.3.16

Tulang "sulbi" dan "taraib" ini mempunyai asas "syahwat" yang akan ceritakan cinta Adam dan Hawa. Di situ tersimpan rahsia "jantina" yang membezakan seorang lelaki dan seorang perempuan. Rahsia cinta Adam dan Hawa ini akan bermula babak nya apabila setiap "jasad" itu melangkah masuk di alam "akal" baligh. "Mimpi basah" bukan sesuatu yang misteri untuk kita cari rahsia nya. Sebab setiap "jasad" tubuh itu akan pastikan "aurat" itu tertutup dengan "hijab" nya namun jika "takwa" itu tidak pernah di pakai sebagai perhiasan nya, nescaya "aurat" itu akan terbuka untuk di dedahkan. Kesuburan kaum Hawa pada "jasad" nya akan membawa "buah" itu untuk di intip setiap kaum Adam yang bernyawa. Si dara akan bermegah untuk mendabik dada dan si teruna akan idamkan "buah" itu dengan penuh kehausan. Akan berlaku segala tipu muslihat untuk mencari jalan menjamah "buah" itu dengan kerakusan.

Syaitan akan selalu datang mengendap untuk menyusup di tengah dua tulang "sulbi" dan "taraib" ini agar "aurat" itu di dedahkan dengan keaiban. Sebab syaitan akan cuba membiak keturunan nya dengan segala perzinaan yang berlaku. Rahsia tulang "sulbi" dan "taraib" ini mempunyai sejarah yang sangat penting untuk setiap "jasad" tubuh itu. Di situ tersembunyi rahsia cinta Adam dan Hawa yang di jadikan untuk keturunan umat manusia. Baba Rahman dan Babu Rahim ini sudah di jadikan untuk bertemu dengan kasih sayang apabila Rasulullah berdiri sebagai saksi nya tetapi bukan untuk Iblis yang menyusup di situ untuk membiak baka keturunan nya. Mereka yang membuka "aurat" nya untuk di pandang syaitan akan kecewa jika tidak dapat pertahankan "hijab" nya yang di bawa Rasulullah. Itulah menapa kita mempunyai dua "jiwa" yang di katakan perasaan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" itu. "Perasaan" dan "ingatan" ini adalah cerita Adam dan Hawa itu. Adakah mereka akan berpelukan dan berkhalwat bersama syaitan atau bersama Rasulullah masih perlu di buktikan dengan "takwa" itu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan