Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Sabtu, 20 April 2013

Mati Pucuk

Kurang upaya pucuk pimpinan seorang lelaki di medan pertempuran sexual, adalah masalah peribadi yang menjejas kewibawaan status sebagai seorang yang berpangkat "lelaki". Apa gunanya menjadi seorang "lelaki" jika senjata yang perlu di gunakan di medan pertempuran sexual tumpul  tidak berkesan. Kelemahan  bertarung mungkin di sebabkan banyak faktor "senjata" yang sedia ada. Ini mempunyai kaitan dengan transmisi elektrik yang menghantar isyarat dari otak ke saraf zakar. Voltan yang mengesan transmisi elektrik dari "ingatan" fikiran perlu di baik pulih.

Kelenjar yang membengkak dan mengecut itu perlu di aplikasikan dengan tenaga kimia dan juga tenaga  elektrik. Jasad tubuh ini terikat dengan kuasa "kimia" dari apa yang kita masuk kan di dalam jasad tubuh. Tapi tenaga "elektrik" yang memancarkan isyarat dari otak ke urat saraf perlu di aktifkan. Saluran yang tersumbat ini akan menjejas kelancaran urat saraf mendapat bahan yang di perlukan. Peranan dua sumber ransangan dari tenaga kimia dan juga eletrik ini boleh di terjemahkan dengan beberapa cara.

Hawa "nafsu" syahwat setiap manusia ini, memerlukan "haba" atau "heat" untuk menjana libido yang memerintah tenaga syahwat. "Haba" dari tenaga anasir "api" ini adalah sebahagian dari komposisi jasad tubuh kita dan ia akan berfungsi apabila jasad tubuh mendapat bahan yang di perlukan. "Haba" boleh di aktifkan dengan "sentuhan" dan "geseran" untuk mendapat bahang "api" untuk aktifkan hawa "nafsu" syahwat. Sebab hawa "nafsu" itu di jadikan dari pada "api" ini dan tenaga kimia adalah bahan ransangan nya.

Sebab itu kita manusia yang bermadu kasih akan bersentuhan untuk hidupkan hawa "nafsu" syahwat ini. Selain dari itu perkara "onani" juga sebahagian dari aktiviti itu. Tetapi kita perlu tahu selain dari sentuhan "fisikal", fikiran dan ingatan manusia itu juga perlu untuk hidupkan "haba" bahang api ini. Fikiran dan ingatan ini berkait rapat dengan peranan tenaga "iman" kita yang menghantar isyarat dari otak yang berfikir. Ini lah tenaga eletrik yang kita harapkan untuk aktifkan bahan kimia yang ada dalam jasad tubuh kita khusus nya sistem urat saraf kita.

Kelenjar sperma dan hormon setiap individu itu berbeza mengikut baka genetik dan juga permakanan yang di salurkan ke dalam tubuh. Hormon sperma ini adalah sumber tenaga syahwat hawa "nafsu" yang terkumpul di bawah pusat kita. Sperma ini adalah baka genetik yang kita kumpul dengan perilaku perangai peribadi. Saluran sumber sperma pundi kelenjar ini sangat penting dalam tubuh setiap manusia. Ini lah sumber yang mengeluarkan "musk" dalam bentuk bauan yang di lepaskan. Punca "musk" ini telah menjadi projek penyelidikan banyak pihak termasuk pakar alam mistik yang cuba buat ramuan khas untuk jadikan "pukau" dan juga "pengasih" untuk urusan tertentu.

Setiap manusia yang sudak matang akan memerlukan "syahwat" ini dan ini bukan sesuatu yang perlu kita sembunyikan dari pengetahuan umum. Cara untuk mengawal dan gunakan "syahwat" ini dengan sempurana dan tertib perlu di istiharkan. Anak remaja tidak boleh di biarkan menguji "syahwat" ini dengan ujian "trail dan error" sebab mereka akan tentu mengunakan nya untuk di pandu uji atau "test drive" hawa "nafsu" syahwat ini bila bercampuran di khalayak ramai. Sebab itu agama suci kita telah jelaskan dengan penuh terperinci bagaimana untuk mengurus hawa "nafsu" syahwat dengan adap tertip.   

Kelenjar hawa "nafsu" syahwat ini telah di terjemahkan dengan banyak cara oleh setiap individu. Isyarat yang di hantar untuk sampaikan maklumat dari jasad tubuh dengan reaksi dan juga melalui udara atau "airborne" dengan melepaskan signal dan transmisi di realiti yang nyata. Projek peribadi yang tersembunyi mereka lakukan sanggama berpasangan dan juga onani bersendirian. Namun yang tidak berkesempatan dan berupaya menikmati "syahwat" ini akan kemurungan. Hikmah di sebalik itu mungkin lebih besar tetapi yang cuba memperbaiki dan baik pulih kelemahan itu masih boleh terus mencuba untuk mendapatkan hasil nya.  

Fikiran itu perlu di ingatkan dan sentuhan itu perlu di aktifkan. Bahan kimia dan juga elektrik di perlukan untuk menjana tenaga kerja yang keluarkan kuasa untuk di laksanakan. "Syahwat" bukan najis yang perlu di keji. Ia adala satu "asas" kita sebagai manusia.     


Tiada ulasan:

Catat Ulasan