Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Sabtu, 20 April 2013

Mati Pucuk

Kurang upaya pucuk pimpinan seorang lelaki di medan pertempuran sexual, adalah masalah peribadi yang menjejas kewibawaan status sebagai seorang yang berpangkat "lelaki". Apa gunanya menjadi seorang "lelaki" jika senjata yang perlu di gunakan di medan pertempuran sexual tumpul  tidak berkesan. Kelemahan  bertarung mungkin di sebabkan banyak faktor "senjata" yang sedia ada. Ini mempunyai kaitan dengan transmisi elektrik yang menghantar isyarat dari otak ke saraf zakar. Voltan yang mengesan transmisi elektrik dari "ingatan" fikiran perlu di baik pulih.

Kelenjar yang membengkak dan mengecut itu perlu di aplikasikan dengan tenaga kimia dan juga tenaga  elektrik. Jasad tubuh ini terikat dengan kuasa "kimia" dari apa yang kita masuk kan di dalam jasad tubuh. Tapi tenaga "elektrik" yang memancarkan isyarat dari otak ke urat saraf perlu di aktifkan. Saluran yang tersumbat ini akan menjejas kelancaran urat saraf mendapat bahan yang di perlukan. Peranan dua sumber ransangan dari tenaga kimia dan juga eletrik ini boleh di terjemahkan dengan beberapa cara.

Hawa "nafsu" syahwat setiap manusia ini, memerlukan "haba" atau "heat" untuk menjana libido yang memerintah tenaga syahwat. "Haba" dari tenaga anasir "api" ini adalah sebahagian dari komposisi jasad tubuh kita dan ia akan berfungsi apabila jasad tubuh mendapat bahan yang di perlukan. "Haba" boleh di aktifkan dengan "sentuhan" dan "geseran" untuk mendapat bahang "api" untuk aktifkan hawa "nafsu" syahwat. Sebab hawa "nafsu" itu di jadikan dari pada "api" ini dan tenaga kimia adalah bahan ransangan nya.

Sebab itu kita manusia yang bermadu kasih akan bersentuhan untuk hidupkan hawa "nafsu" syahwat ini. Selain dari itu perkara "onani" juga sebahagian dari aktiviti itu. Tetapi kita perlu tahu selain dari sentuhan "fisikal", fikiran dan ingatan manusia itu juga perlu untuk hidupkan "haba" bahang api ini. Fikiran dan ingatan ini berkait rapat dengan peranan tenaga "iman" kita yang menghantar isyarat dari otak yang berfikir. Ini lah tenaga eletrik yang kita harapkan untuk aktifkan bahan kimia yang ada dalam jasad tubuh kita khusus nya sistem urat saraf kita.

Kelenjar sperma dan hormon setiap individu itu berbeza mengikut baka genetik dan juga permakanan yang di salurkan ke dalam tubuh. Hormon sperma ini adalah sumber tenaga syahwat hawa "nafsu" yang terkumpul di bawah pusat kita. Sperma ini adalah baka genetik yang kita kumpul dengan perilaku perangai peribadi. Saluran sumber sperma pundi kelenjar ini sangat penting dalam tubuh setiap manusia. Ini lah sumber yang mengeluarkan "musk" dalam bentuk bauan yang di lepaskan. Punca "musk" ini telah menjadi projek penyelidikan banyak pihak termasuk pakar alam mistik yang cuba buat ramuan khas untuk jadikan "pukau" dan juga "pengasih" untuk urusan tertentu.

Setiap manusia yang sudak matang akan memerlukan "syahwat" ini dan ini bukan sesuatu yang perlu kita sembunyikan dari pengetahuan umum. Cara untuk mengawal dan gunakan "syahwat" ini dengan sempurana dan tertib perlu di istiharkan. Anak remaja tidak boleh di biarkan menguji "syahwat" ini dengan ujian "trail dan error" sebab mereka akan tentu mengunakan nya untuk di pandu uji atau "test drive" hawa "nafsu" syahwat ini bila bercampuran di khalayak ramai. Sebab itu agama suci kita telah jelaskan dengan penuh terperinci bagaimana untuk mengurus hawa "nafsu" syahwat dengan adap tertip.   

Kelenjar hawa "nafsu" syahwat ini telah di terjemahkan dengan banyak cara oleh setiap individu. Isyarat yang di hantar untuk sampaikan maklumat dari jasad tubuh dengan reaksi dan juga melalui udara atau "airborne" dengan melepaskan signal dan transmisi di realiti yang nyata. Projek peribadi yang tersembunyi mereka lakukan sanggama berpasangan dan juga onani bersendirian. Namun yang tidak berkesempatan dan berupaya menikmati "syahwat" ini akan kemurungan. Hikmah di sebalik itu mungkin lebih besar tetapi yang cuba memperbaiki dan baik pulih kelemahan itu masih boleh terus mencuba untuk mendapatkan hasil nya.  

Fikiran itu perlu di ingatkan dan sentuhan itu perlu di aktifkan. Bahan kimia dan juga elektrik di perlukan untuk menjana tenaga kerja yang keluarkan kuasa untuk di laksanakan. "Syahwat" bukan najis yang perlu di keji. Ia adala satu "asas" kita sebagai manusia.     


Khamis, 18 April 2013

Pukau

Kami sedang menulis tajuk ini dan dalam proses mengumpul maklumat terperinci tentang apa yang di gunakan untuk laksanakan "pukau" ini. Banyak istilah yang di gunakan dalam proses untuk menghasilkan "pukau" ini. Bahan khazanah bumi banyak memberikan kesan kepada hasil yang akan di perolehi dengan kesan yang tertentu.

"Pukau" adalah sesuatu yang sains moden masih menjadi tanda tanya. Mereka mungkin pakar dalam banyak bidang kebolehan untuk menentukan keberkesanan sesuatu tenaga atau bahan yang ada di muka bumi ini. Tetapi tidak semua "tenaga" atau "kuasa" yang ada di alam maya ini telah di takluki dengan penuh kefahaman. Ujian makmal yang mereka lakukan perlu memenuhi spesifikasi tertentu untuk iktiraf sesuatu ujian yang boleh di sebut sebagai "fakta" pada hypothesis kajian empirikal mereka. Kami tidak pernah menafikan kebolehan saintis saintis ini dan mereka memang layak di iktiraf sebagai mempunyai kebijaksaan. Namun tidak semua perkara yang mereka tahu. Mereka terikat dengan tata cara membuktikan sesuatu.

Kami pernah buka tajuk "Minyak Dagu" dan juga "Minyak Hidung" dn beri sedikit penjelasan tentang perkara itu. Deoxyribonucleic acid setiap manusia banyak yang perlu kita pelajari sebagai seorang yang mahu mengambil tahu tentang keajaiban ciptaan Tuhan Yang Esa. Dengan tajuk "pukau" ini, kami ingin panjangkan kajian kami tentang amalan mistik di satu ketika dahulu yang massih menjadi lagenda seperti "Orang Minyak" yang kebanyakan kita masih alpa tentang apakah makhluk yang hitam ini sebenar nya. Apakah konflik peribadi nya yang buat dia jadi begitu. Mungkin kebanyakan kita hanya cukup untuk mengetahui cerita ini dengan babak seram yang menghantui mangsa mangsa nya. Tetapi konflik sebenar di sebalik "Orang Minyak" ini tidak pernah di ambil peduli. (Baca cerita Orang Minyak ini bagi yang berumur lapan belas tahun keatas)

Soal "pukau" yang kita sedang bincangkan ini adalah mengenai jasad tubuh manusia yang di serang kehilangan "akal" fikiran pada ketika tertentu dan tujuan ia di hasilkan. Mengapa "akal" fikiran itu boleh hilang dalam setiap ketika? Ini lah soalan yang perlu kita selidik dahulu sebelum kita perlu tahu apakah "pukau" itu. Apa yang buat jasad tubuh manusia itu kehilangan daya keupayaan nya yang paling penting untuk wujud dalam realiti ini yang kita gelar "kesedaran" atau (consciousness) dalam bahasa Inggeris. Bukan kah setiap manusia akan hilang kesedaran nya semasa kita tidur? Ini lah formula yang di gunakan "pukau" untuk melumpuhkan jasad manusia.

Realiti kesedaran sangat penting kepada setiap manusia. "Akal" fikiran yang memberi tumpuan kepada realiti ini perlu di ambil tahu. Mengapa kita kadang kala "terlupa" sejenak? Apakah "kesedaran" kita ini mempunyai banyak hijab pelapis dimensi yang perlu kita beri tumpuan? Apabila kami yang buat kjian sains kerohanian ini untuk mengenal pasti pelapis dinding kerohanian ini, kami kadang kala di anggap kurang siuman untuk membongkar rahsia alam ini yang kita gunakan setiap hari untuk hidup di permukaan bumi ini.

Soal hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang kami sering jelaskan perlu di beri tumpuan. Sebab kedua "tenaga" akan kita gunakan setiap hari semasa kita hidup ini dan ini juga lah apa yang ingin agama kita cuba jelaskan. Bukan kah agama kita ini telah cuba untuk mempertahankan kesempurnaan kita supaya kita dapat berdiri teguh untuk lihat realiti ini dengan penuh kesedaran? Kesedaran kita telah banyak di salah ertikan. Kita selalu beranggapan bahawa apa yang kita "nampak" dan apa yang kita lihat sebenarnya adalah dua tenaga yang berbeza. Nampak tanpa tumpuan dan lihat tanpa pengetahuan juga berbeza.

"Pukau" ini boleh berlaku setiap ketika jika kesedaran kita itu "di alih" pada tumpuan yang tertentu di realiti yang nyata ini. "Pukau" yang lebih hebat adalah apabila jasad tubuh kita di tengelamkan seperti orang yang "tidur" dan jasad nya terlantar untuk di tawan dengan hilang kesedaran. "Kembara Tidur" ini akan kami ceritakan untuk pembaca kami dapat penjelasan. Sains kerohanian dalam urusan ini perlu selidik asas kehidupan kita di muka bumi ini dan apakah asas kesedaran kita itu. Cerita "Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak" yang kami jelaskan banyak memberi dorongan untuk kita berfikir. Di sinilah "pukau" itu boleh di lakukan dengan pecahan jiwa yang termaktub.

Tenaga kuasa "pukau" ini banyak ramuan nya. Apa yang berlaku apabila di "pukau" adalah kebutaan hawa "nafsu" itu di aktifkan dengan kegelapan tanpa pengetahuan. Ini lah tenaga hawa "nafsu" yang "buta" dan tidak nampak kebenaran yang nyata di hadapan nya. Kajian thesis sains kerohanain yang mengkaji jurusan ini banyak mengetahui tentang kelemahan dan kelebihan tenaga hawa "nafsu" ini. Yang nampak di alam nyata dengan mata kasar adalah tenaga lain yaitu tenaga ingatan "iman" yang "bisu" memandang suasana dengan kebingungan yang kosong. Kefahaman di alam nyata di salurkan tenaga fikiran "akal" yang "pekak" untuk mencari "ilmu" yang hakikat.

"Pukau" di aktifkan dengan memisahkan jiwa tenaga hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini di jarak yang tertentu. Jarak berpisah di antara kedua tenaga ini akan menjadikan "kesedaran" kita itu di hasilkan dengan saluran yang tertentu. Ini sama juga dengan semasa kita manusia itu tertidur di mana perpisahan di antara jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini berlaku. Bagaimana dua tenaga jiwa ini berpisah masih dalam kajian sains kerohanian yang sedang mencari kesan tindak balas yang menentukan "jarak" di antara mereka itu berlaku. Ini juga ada kaitan dengan kejadian bumi dengan langit dan bila ia di pisahkan.  

"Pukau hanyut" mempunyai atur cara yang di mutasikan dengan bahan kuasa tenaga alam yang semula jadi di atas bumi ini. Alam maya yang di payung kan langit dan permukaan bumi yang kita berpijak ini banyak yang boleh di aplikasikan dengan tenaga graviti tarikan bumi. Arus air laut yang berlaku dengan pasang surut nya di tentukan oleh bulan dan matahari yang berputar melalui lingkaran orbit nya. Putaran yang berlaku ini adalah di mana "masa" itu bergerak dan ini sama juga dengan "jangka hayat" yang ada di dalam jasad tubuh kita yang di katakan "nyawa" yang di salurkan tenaga hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang menjadi asas kehidupan kita.

Bila si buta tidak dapat melihat dan si bisu diam senyap sambil si pekak kebingungan menyepi, jasad tubuh akan hanyut di lamun tidur yang nyenyak terlena. Menutup pintu kesedaran boleh berlaku dengan acara tertentu. Jasad tubuh akan layu kepenatan apabila "api" hawa "nafsu" yang menyala di padamkan. Ingatan "iman" yang berjaga akan terlupa apabila sinaran resepsinya terputus hubungan. Jarak perpisahan di antara langit dan bumi di mana bulan yang menjadi satellit nya untuk gabungkan saluran di antara siang dengan malam. Kunci di mana letaknya rahsia ini patut di ketahui jika ingin mendalami kuasa nya.  

Ingatan kita (conscience) adalah ruang dimensi elektromagetik. Ini sama juga dengan frekuensi gelombang radio dengan saluran yang tertentu untuk dapatkan resepsi. Setiap resepsi memerlukan daya tarikan bumi atau "graviti' pada bumi atau jasad tubuh. Dalam jasad tubuh kita ada pemancar "satelit" yang buat pemantauan di ruang elektromagnetik. Ini yang kita selalu lakukan dengan "berfikir" di dalam otak akal fikiran kita. Apa yang cuba "akal" kita ini cari atau "tangkap", adalah pancaran cahaya yang keluar dari setiap kehidupan di sekeliling kita atau alam semesta.

Setiap manusia akan mengeluarkan "tenaga" dalaman dari jasad tubuh nya untuk di istiharkan kepada massa umum. Mungkin pada kebanyakan kita memerlukan "suara" dan "gambar" untuk mendapat "ilmu" pengetahuan yang berlaku di realiti, tetapi "tenaga" yang terpancar di ruang elektromagnetik ini ada gelong gelonbang dengan vibrasi nya yang tertentu untuk mencari resepsi kesedaran. Resepsi "kesedaran" ini atau (consciousness) berlaku dengan gabungan dua "tenaga" yang ada di dalam jasad tubuh manusia. Jika "tenaga" itu terpisah dari hubungan nya, kesedaran kita akan merusut atau susut nilai. Ini sama juga dengan istilah "tenaga" negatif dan positif.

Tenaga "negatif" dan "positif" ini sebenar nya adalah tenaga hawa "nafsu" dan ingatan "iman" kita. Ini lah punca segala motif kesedaran kita. Tenaga "harapan" atau (hope) adalah tenaga hawa "nafsu" yang buta dan gelap gelita. Tenaga "azam" atau (will) adalah tenaga ingatan "iman" yang bisu dan senyap kebingungan. Jika kedua tenaga ini bercatum atau bergabung dengan satu ikatan persefahaman, ia kan menjadi "niat" untuk gerakan jasad tubuh dengan tenaga "buat" atau (act) yang di pandu "akal" yang pekak.  

Edit 12.8.13

Perlu kita tahu bahawa "akal" kita tidak selalu nya menetap di dalam kesedaran kita. "Akal" ini sama seperti "rama rama" yang berpindah randah. Untuk "tambat" fikiran "akal" ini sehingga ia duduk memberi tumpuan memerlukan asas "ilmu" yang di pacu "niat" di dalam jiwa kita di mana "hati" itu adalah kamar perasaan yang di huni hawa "nafsu" dan ingatan "iman" untuk bersembang. Untuk jelaskan lebih dekat lagi kami perlu katakan tentang "naluri" dan "nurani" di dalam kalbu kita. "Naluri" adalah hak kepunyaan hawa "nafsu" dan "nurani" adalah hak kepunyaan ingatan "iman" di mana kedua tenaga ini menghulurkan perasaan di dalam "hati" kita.

Untuk menilik lebih dalam lagi, kami perlu selidik tenaga "naluri" ini yang bertindak secara spontan semula jadi kejadian nya. Ini lah "ilmu" asas setiap kehidupan yang tidak perlukan "niat" untuk melakukan sesuatu. Bagaimanapun, "nurani" ini pula adalah bahasa "hati" yang tidak pernah berbohong dan bertindak dengan "niat" di mana "akal" wajib memberi perhatian. Tenaga "naluri" tidak pernah memahami keadaan realiti nya dan tenaga "nurani" yang memberi tumpuan tentang hakikat kebenaran. Tenaga "naluri" inilah yang selalu nya di pikat kuasa "pukau" dimana hawa "nafsu" yang buta tidak akan memahami keadaan realiti nya.

Edit 28.5.14

Apakah kita pernah berbohong di dalam seumur hidup kita dahulu. Apakah kita pernah menyembunyikan fakta realiti untuk mengelabui pengetahuan umum. Jika kita pernah berbuat begitu, maka sumpahan "pukau" ini akan berkesan terhadap diri kita jika ia di laksanakan. Imbasan "pukau" sebenarnya mencari kesan yang ada pada diri kita sendiri. Jika hakikat kebenaran itu pernah kita nafikan dengan kepalsuan yang di sengajakan, kita akan lebih senang menjadi mangsa "pukau" ini untuk lenyapkan kesedaran hakikat yang pernah kita lupuskan. "Akal" fikiran kita sepatut nya selalu menjunjung realiti kebenaran dan tidak berpihak kepada yang palsu dan tiruan. Apabila kita pernah menjadi seorang yang hipokrit dan cuba menunjukan sesuatu yang bukan sebenar nya, maka kita sebenarnya telah "pukau" diri kita sendiri untuk beredar di alam kepalsuan. 

Memukau diri sendiri pernah di lakukan oleh daya usaha kita sendiri. Apabila "jiwa" kita sendiri pernah kita "pasong" dengan akidah yang mungkar, maka tidak hairan jika "jiwa" kita itu sendiri yang ingin "memukau" kesedaran kita supaya "terlupa" seketika walaupun sesaat dua. Menjaga martabat kekuatan bathin bukan sesuatu yang boleh kita terapkan dengan mudah tanpa perlu perisian yang mantap. Jika di alam realiti, kita tidak pernah berjasa untuk kuat kuasakan kebenaran, bagaimana mungkin kita inginkan kesedaran kita itu tetap fokus dan berwawasan. Diri kita ini menjadi "saksi" yang tidak boleh kita nafikan. Pernah kah kita merasa "banga" dengan dosa yang kita lakukan???? Atau terasa bersalah melakukan sesuatu yang mungkar??? Pernahkah kita memerintah kerajaan "jiwa" kita supaya sentiasa berada di dalam kesucian yang tulin. 

Jika kita ingin memiliki "takhta" mahligai yang cukup sempurna untuk melihat realiti ini dari sudut hakikat kebenaran, maka kita perlu asuh "jiwa" sendiri agar sentiasa berada di landasan yang benar. Sebab segala tipu muslihat yang berlaku di alam realiti ini akan dekat menghampiri untuk menduga tahap kecerdasan kita. Namun sesaat dua yang kita terlepas pandang itu mungkin akan mendatangkan kerugian yang amat besar dalam sekelip mata. Tetapi jika kita telah melatih "jiwa" kita itu untuk sentiasa berada di landasan yang benar, maka segala tipu muslihat itu akan terhindar dengan keteguhan "jiwa" kita yang sentiasa waspada.   

Edit 22.5.16

Setiap dari kita bermula dari "kesedaran" yang kosong. Walaupun kita celik berjaga, tetapi kesedaran itu masih belum mempunyai perisian "ingatan" yang di miliki jiwa kepercayaan "iman" itu. "Ingatan" ini adalah perisian "ilmu" yang kita miliki seperti "data" di dalam perisian komputer. "Ingatan" hanya menyimpam memori "ilmu" itu. Tetapi kesedaran kita yang kosong itu akan bertindak mengisi "data" nya apabila jiwa hawa "nafsu" yang buta ini mula berfungsi untuk dapatkan "perasaan" nya. Jadi di antara "perasaan" dan "ingatan" itu adalah "kesedaran" kita yang berisi dengan memori semasa atau yang silam. Kekuatan "ingatan" ini mempunyai "jarak" nya. Kita boleh kerah "ingatan" kita untuk mundur kebelakang di masa silam atau maju ke hadapan di masa depan. Kita boleh teroka alam silam dan juga alam masa depan dengan kekuatan "ilmu" yang kita miliki. "Kembara" jiwa ini memerlukan "latihan" yang intensif. Jika kita selalu berlatih untuk mengingati Tuhan yang mempunyai "arasyi" yang paling tinggi, jiwa kita akan mempunyai "lampu suluh" yang kuat tenaga bateri nya. Tetapi malang nya jiwa hawa "nafsu" kita ini terikat dengan "graviti" tarikan bumi di mana jiwa ini akan selalu tertumpu kepada keduniaan dan jasad tubuh nya. Ini kelemahan kita kerana gagal memberi tumpuan atau khusyuk ketika sembahyang menghadap Tuhan.

Hawa "nafsu" yang buta ini yang selalu mengalihkan tumpuan kita dalam kegelapan nya. Jika jiwa ingatan "iman" kita kurang upaya untuk memberi "cahaya" itu untuk melihat hakikat kebenaran dan juga realiti di sekeliling kita, maka kita akan berada di dalam kesedaran yang kosong. Bagaimana kita boleh pastikan jiwa hawa "nafsu" ini dapat di tambat dengan sauh yang kuat.? Jika ingatan kita tidak mahu berpaut pada kewujudan Tuhan yang tidak pernah lupa atau lalai, jiwa kita akan hanyut seperti kupu2 yang berterbangan. Tetapi "pukau" yang menyeru kepada kehadiran makhluk jin dan syaitan boleh lumpuhkan kesedaran kita. Sebab makhluk jin dan syaitan ini bernafas dengan gas nitrogen yang boleh hilangkan daya ingatan kita. Ini sama dengan ubat bius yang di gunakan di bilik pembedahan.

Di dalam kajian sains kerohanian ini, kami ternampak dua frekuensi yang berbeza. Alam "jabalut" dan "malakut" ini mempunyai getaran gelombang yang berbeza. Semua kuasa dan tenaga ini akan berurusan dengan "jiwa" setiap "jasad" tubuh itu dengan tujuan yang tertentu. Di antara "jiwa" perasaan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini mempunyai "nafkah" mereka yang berbeza dari "sumber" alam "jabalut" dan "malakut" itu. Terpulang kepada pilihan setiap "insan" itu untuk mengambil "sekutu" yang mana demi kepercayaan nya. Walaupun "jin dan syaitan" di alam "jabalut" sanggup berkhidmat kepada manusia dengan perjanjian yang tertentu, namun alam "malakut" juga tidak terbatas untuk berkhidmat kepada manusia. Itulah mengapa hidup ini sudah di bahagi kepada dua bahagian di antara buruk dan baik, dosa dan pahala, sijjin dan illiyin dan syurga atau neraka. Setiap perkampungan ini mempunyai atur cara nya yang berbeza dengan peraturan terma dan syarat. Jika kita ingin kenal alam "jabalut", kita perlu menuntut dengan Nabi Sulaiman dari golongan bangsa yang ingkar kepada Rasulullah dan jika kita ingin kenal alam "malakut" kita perlu menuntut dengan Nabi Muhammad. 

Sebab di antara "jisim" dan "jirim" ini mempunyai pertalian yang sangat halus. "Jasad" mempunyai empat anasir "air, api, angin dan tanah" begitu juga alam kerohanian yang halus itu. Dua alam ini akan berkhidmat kepada jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" kita. Setiap "jiwa" akan di beri pilihan itu untuk mencari sumber "rezeki" untuk "nafkah" nya. Perlu di ingat!!! Setiap alam ini masih terikat dengan urusan "beribadat" kepada Allah swt. secara menyeluruh dengan kuasa mutlak Nya. "Jin dan manusia" ini "beribadat" dengan "agama" masing2 dan hanya di kalangan mereka yang menganut agama Rasulullah sahaja yang mendapat "selawat" itu dari para malaikat. Selain dari mereka yang mengambil "Iblis" sebagai sekutu nya, "beribadat" kepada Tuhan untuk melakukan kemungkaran dan kemusnahan. Maka "pukau" ini mempunyai frekuensi nya yang berbeza. "Hilang ingatan" mempunyai aras yang berbeza. "Separuh sedar" dan "lupa diri" adalah jarak di ketika "ingatan" itu hanyut dari berpijak di bumi nyata atau realiti ini. Apa yang kita lihat dan nampak di realiti ini adalah kekuatan "graviti" tarikan bumi oleh "perasaan" hawa "nafsu" dari "tanah" yang ada pada "jasad" tubuh nya. Putus hubungan di antara perasaan  hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini adalah "kekosongan" itu.

Penglihatan mata kasar kita adalah ilusi elektromagnetik spektrum. Imbasan "cahaya" di ruang udara ini mempunyai kekisi "cahaya beku" di mana "jirim" dan "jisim" itu bertemu. Data memori di ingatan mempunyai "acuan" yang sudah di cetak dan jika bentuk rupa itu tidak ada dalam "acuan" percetakan itu, kita akan merasa janggal. Jadi "ingatan" ini hanya satu perisian yang sudah di cetak di dalam memori itu dan "perasaan" kita hanya terima apa saja yang sudah di sajikan di situ. Manusia akan bertindak dengan apa saja "informasi maklumat yang di terima akal fikiran nya untuk di jadikan "kepercayaan" dan "keyakinan" itu. "Input" ini memerlukan bahan "berat muatan" yang boleh memberikan "harapan" kepada "perasaan" hawa "nafsu" nya untuk mempengaruhi "ingatan" nya sehingga menjadi "iman" yang di percayai untuk di yakinkan. Proses "synapses" ini berlaku di antara peredaran darah dan oksigen di antara "otak" dan "hati" di mana "perasaan" dan "ingatan" itu membuat keputusan untuk jadikan satu hijab kabul yang di katakan "niat" itu sebelum tubuh badan itu bergerak melakukan sesuatu. 

Isnin, 15 April 2013

Tongkeng

Tulang tongkeng yang di namakan "coccyx" pada istilah sains adalah tulang yang tidak akan di makan oleh bumi. Ini lah asas DNA yang akan menghidupkan kembali setiap manusia di hari kebangkitan nanti. Jika di amati, tulang tongkeng ini adalah garis pertengahan tengkorak manusia yang di gunakan untuk mengimbangi tubuh manusia. Tulang tongkeng ini mempunyai kaitan dengan   graviti tarikan bumi yang di asaskan hawa "nafsu" untuk mengimbangi jasad tubuh agar dapat berdiri teguh di atas bumi.

Tulang tongkeng ini mempunyai kaitan dengan "pusat" kita di jasad tubuh. Sebab hawa "nafsu" ini duduk di bahagian bawah perut dan tulang tongkeng ini adalah asas DNA nya di mana "pusat" di jasad tubuh adalah saluran sumber tenaga jiwa nya. Graviti tarikan bumi yang menjadi asas hawa "nafsu" di tanah jasad tubuh, mempunyai peranan penting untuk kesejahteraan bahtera tubuh di mana "pusat" menjadi pintu saluran jiwa nya. "Pusat" ini lah pada mula nya pintu sumber setiap bayi yang lahir kebumi mendapatkan asas keperluan semasa di dalam perut ibu nya. Ini lah pintu di mana jasad tubuh itu di bentuk dengan DNA yang ada pada uri nya.

Pernah di pertikaikan soalan yang sangat kontroversi apabila ada yang bertanya adakah Nabi Adam a.s. di jadikan dengan jasad tubuh yang mempunyai "pusat" seperti semua manusia yang hidup di dunia ini. Soalan ini tidak akan terjawab tanpa ilmu yang cukup untuk memahami kejadian manusia. Seperti apa yang kita maklum bahawa Siti Hawa di jadikan dari pada tulung rusuk kiri Nabi Adam semasa dia berada di dalam shurga. Tulang rusuk ini masih menjadi pertelingkahan pendapat di kalangan bijak pandai yang mengkaji soalan ini.

Dalam kajian kerohanian dimana setiap perempuan mempunyai tahap hawa "nafsu" yang lebih tinggi dari setiap lelaki. Keistimewaan setiap wanita yang telah di beri darjat kebesaran Tuhan untuk membiak dan menjadi mahligai "nyawa" yang akan di restui. Hawa "nafsu" adalah asas segala keperluan kepada semua yang hidup di atas bumi ini. Tanpa hawa "nafsu", kehidupan tidak akan terjadi dengan terbentuk nya jasad tubuh yang datang daripada tanah di bumi ini. Ini lah mengapa tanah di bumi ini di jadikan asas kejadian Nabi Adam a.s. yang begitu tinggi darjat nya di sisi Tuhan.

Jasad tubuh yang telah terbentuk akan mereput setelah tamat tempoh "jangka hayat" nya. Tulang tongkeng akan menjadi asas "identiti" pada jasad tubuh dengan DNA nya. Namun, bahtera tubuh jasad manusia akan mempunyai kembar jiwa nya yang perlu di praktik dengan istila "matter" dan "anti matter" pada setiap partikel yang wujud di realiti ini. Jiwa "identiti" ini yang menimbulkan banyak persoalan apabila "iman" masih menjadi asas setiap kepercayaan yang membentuk tingkah laku perangai manusia itu. Jadi jasad tubuh hawa "nafsu" yang di pamirkan dengan "matter" perlu mempunyai "anti matter" yang di sembunyikan dengan ingatan "iman" jiwa rohani nya. Identiti ini masih tersembunyi di setiap jasad tubuh yang kita pamirkan di khalayak ramai.

Urusan tenaga hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini telah kita gunakan setiap hari semasa kita hidup di muka bumi ini. Ini lah dosa dan pahala dan juga shurga dan neraka. Pilihan yang kita buat dan peluang yang kita cari perlu mengunakan hawa "nafsu" dan juga ingatan "iman" yang menentu arah tujuan di mana "niat" itu menjadi asas konsensus yang terbentuk di antara kedua tenaga ini.  Kajian sains kerohanian dalam urusan ini menyelubungi keluasan ilmu yang sangat halus untuk di kupas dengan penuh terperinci. Keinsafan dan kekaguman akan muncul apabila kita ternampak bukti keagungan Tuhan yang menjadikan manusia itu dengan penuh keistemewaan.

Edit 24.12.13

Kejadian jasad tubuh manusia bukan sesuatu yang tidak perlu di ambil peduli. Semasa Nabi Adam kesunyian bersendirian di dalam shurga, Iblis telah beberapa kali datang menyusup untuk mengoda Nabi Adam tetapi gagal. Sebab Nabi Adam mempunyai ingatan "iman" yang sangat kukuh sebagai asas "jiwa" nya yang berpaut teguh di dalam "otak" dewan fikiran Nabi Adam. Kesunyian Nabi Adam untuk berkongsi kenikmatan shurga telah di perkenankan Tuhan. Siti Hawa telah di jadikan dari "rusuk kiri" Nabi Adam. "Rusuk Kiri" ini sebenarnya adalah "hati" di mana "perasaan" itu akan di luahkan. "Hati" ini lah di mana "hawa nafsu" itu akan terkumpul dengan "perasaan" dan keinginan nya. "Hawa nafsu" inilah punca nya Iblis berjaya runtuhkan martabat mereka sehingga terhina dengan keaiban. Walaupun Nabi Adam mempunyai "ingatan iman" yang kukuh tetapi keinginan dan desakan "hawa nafsu" Siti Hawa telah mengugat keharmonian mereka sehingga tersingkir dari shurga.

"Hati" adalah di mana "perasaan" hawa nafsu itu akan menjerit dengan keinginan dan "otak" adalah di mana "iman" itu akan berfikir dengan "ingatan" nya. Setiap jasad tubuh manusia akan mempunyai dua fungsi utama ini di mana "hawa nafsu" dan "ingtan iman" akan berkongsi setiap langkah kelakuan manusia. Nabi Adam dan Siti Hawa masih wujud di dalam jasad tubuh kita dan mereka sentiasa berkongsi hidup pada jasad tubuh kita. Inilah "qarin" yang perlu kita kenal di mana jiwa "hawa nafsu" dan jiwa "ingatan iman" menjadi punca segala kelakuan untuk jadikan "IDENTITI" diri kita. 

"Perasaan" hawa "nafsu" adalah tenaga kimia yang di perlukan jasad tubuh. Inilah di mana deoxyribonucleic acid kita akan terbentuk. Kuasa hawa "nafsu" ini tertakluk kepada daya tarikan "gravti" di mana tanah itu berpaut pada bumi. Itu lah di mana tulang "tongkeng" di jasad tubuh adalah asas DNA setiap tubuh manusia. Allah swt adalah Tuhan yang Maha Bijaksana. Apakah tujuan nya di jadikan DNA ini untuk setiap jasad yang hidup ini. Ini lah baka keturunan yang tidak pernah terpadam. Baka "nasab" kita dari segala benih baka datuk nenek moyang kita masih tersimpan dengan begitu terperinci sekali. Kita adalah "UMAT MUHAMMAD" dan baka Nabi masih ada di dalam darah daging kita yang bermula dari Nabi Adam dan Siti Hawa.

Apakah menghidupkan orang yang telah mati satu perkara yang mustahil?????? Apakah jasad yang telah mati tidak boleh lagi di jadikan rujukan????? "Identiti" mereka tidak pernah terpadam dan tenaga mereka masih boleh di hubungi jika kita tahu atur cara nya. Tenaga "jiwa" mereka tidak pernah terhapus dan tidak boleh di musnahkan setelah jasad mereka "mati" dengan tamat tempoh. "Mati" ibarat tidur yang panjang semasa menunggu "Hari Kebangkitan" untuk bangun semula. Kita telah lalui detik ini setiap hari semasa kita tidur dan urusan "Kembara Tidur" ini masih menjadi satu misteri yang perlu di kaji selidik. Urusan setiap manusia kepada Tuhan nya tidak pernah terputus dan berlanjutan walaupun jasad itu hidup atau mati. Urusan "jangka hayat" ini bukan mengikut ukuran usia di kala hidup dan setelah mati hatta ia tidak pernah terputus walau sesaat pun. 

Hanya "kesedaran" yang memberi kita "ingatan" dan "perasaan" untuk merasai "NIKMAT" bersama dengan Tuhan Semesta Alam. Tanpa "Tuhan" kita tidak akan wujud walau sesaat pun. Tanpa "Rasullulah" Nabi Muhammad, kita tidak akan dapat menikmati kesedaran ini. "Akal" yang kita miliki adalah kepunyaan "Rasullulah" yang memberi kita setiap "informasi" maklumat. Siapakah yang menyalurkan informasi maklumat itu jika tidak para malaikat yang di tugaskan. Bukan kah kita selalu "lupa" dan "ingat" untuk melayari kesedaran kita. Bukan kah kita berhubungan dengan Tuhan dengan "ingatan" kita. Tanpa "ingatan" itu dimana kita???? Kita hanya ada bersama hawa "nafsu" yang "buta" di dalam kegelapan dan memerlukan ingatan "iman" yang "bisu" untuk melihat kenikmatan dengan "akal" yang "pekak" dan tuli. Bukan kah Nabi Muhammad itu tidak tahu menulis dan membaca???? Siapakah Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak ini?? Dimanakah "IDENTITI" diri kita yang kita agung agungkan selalu.

Di mana Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Muhammad? Kita telah duduk bersama "JEMAAH" ini dan menjadi "UMAT" mereka tetapi tidak pernah mahu mengiktiraf kewujudan mereka. Kita leka dengan "identiti" yang konon nya milik kita. "Wajah" yang kita miliki hanya satu hiasan yang berubah bentuk rupa apabila di telan masa. Bukti dan Fakta itu tidak boleh di guna pakai untuk membuat mengesahan. Yang ada hanya deoxyribonucleic acid hawa "nafsu" pada jasad tubuh dan "ingatan" kesedaran kita yang kian pupus. Hanya "ilmu" sahaja yang kita "MILIKI" untuk menuntut "identiti" itu. Tanpa "ingatan iman" kita tidak wujud di setiap saat itu. Jadi siapakah yang menyimpan "ILMU" itu yang kita sangat berpaut pada memori "ingatan iman" kita. 

Sepanjang perjalan hidup kita ini kita hanya mempunyai "ILMU" yang di miliki. Tanpa mememori "ILMU" ini, kita tidak akan wujud. "ILMU" itu lah "identiti" diri kita dan di miliki "ingatan iman" sebagai "jiwa" yang tidak tertakluk kepada tenaga tarikan "graviti" pada jasad tubuh kita. Jasad tubuh kita hanya di miliki oleh hawa "nafsu" dengan deoxyribonucleic acid nya. Memori kesedaran kita di miliki oleh "ingatan iman" sebagai "identiti" diri kita. "Hati di mana "perasaan" itu selalu bergayut akan lenyap dalam seketika. Tetapi "Otak" di mana "ingatan iman" itu berlegar akan tetap menjadi memori untuk di jadikan kenangan. Mungkin kita akan "lupa" untuk seketika tetapi "ingatan" itu akan selalu datang menjengok untuk mengusik jiwa "perasaan" kita. "Ingatan" dan "perasaan" akan selalu bersama walaupun terpisah untuk seketika. Bukan kah mereka sepasang "kekasih" yang sepatut nya selalu bersama? Tetapi mereka terpaksa berpisah untuk seketika dan berjumpa kembali untuk salam muhibah. Jiwa "hawa nafsu" dan jiwa "ingatan iman" memerlukan syafa'at Rasulullah untuk kekal bersama. Tanpa "akal" dan "ilmu", "hawa nafsu" dan "ingatan iman" akan terpisah dengan kesunyian menangung rindu. Mereka perlu di "hijab kabul" kan agar selalu dapat bersama. Kemesraan mereka bersama sangat di perlukan jasad tubuh kita.

Apa guna nya "perasaan" jika tidak ada "ingatan"????? Apa gunanya "ingatan" jika tidak ada "perasaan"??? Inilah apa yang di lihat AL KHALIK apabila hamba Nya datang mengadap. Kadang kala mereka tidak "BERJEMAAH" bersama sebagai satu "ENTITI" yang sempurna. Apa yang UMAT kita sekarang selalu cuba terapkan di setiap masuk "waktu" agar "berjemaah" dengan "imam" di setiap shalat. Tetapi apakah mereka  itu benar benar "BERJEMAAH"??? Mungkin cukup syarat di alam kenyataan ini untuk di iktiraf para "ulama" sebagai satu "sunnah" yang di galakan. Tetapi "JEMAAH" yang sepatut nya selalu nya ada, tidak hadir di dalam sembahyang. "Ingatan" dan "perasaan" tidak pernah di serahkan kepada Tuhan yang BERHAK menerima segala pujian. Mereka lebih cenderung mengutip "pujian" dari masyarakat sekeliling. Sunnah Rasulullah hanya satu perhiasan untuk mendapat pengitirafan manusia yang melihat tetapi bukan Tuhan yang "MENYAKSIKAN".  Allahu Akhbar yang di sebutkan hanya satu bunyian yang di laungkan. Tersuratkah "perasaan" dengan "ingatan" betapa "besar" nya Tuhan Maha Awali ini. Tidak ada seorang manusia pun boleh merasa "KEWUJUDAN" Allah swt tanpa ada nya Rasulullah di sisi nya. Kerana hanya Rasulullah sahaja yang dapat merasakan kewujudan itu sebab Nabi Besar kita pernah naik mengadap Tuhan Semesta Alam semasa Israq Miqraj. Tidak kah kita ingin merasai bagaimana Rasulullah merasa di setiap kali dia bersembahyang?????? Apakah tidak ada seorang manusia pun selain Rasulullah boleh merasai NIKMAT itu?????? Tidak ada yang mustahil jika ajaran Rasulullah yang sebenar nya di guna pakai. Apakah cukup sekadar menjadi Umat dan bukan KEKASIH Nya???

Mencintai Rasulullah bukan dengan berjangut dan bersarban!!!!!!!! Itu menyamar untuk di puja masyarakat!!! Mengenal Rasulullah bukan sekadar hadith dan sunnah nya. Rasulullah masih wujud di merata tempat dengan "sifat" keagungan nya. Carilah Rasulullah di mana saja kita pergi. Jika kita berjumpa dengan orang yang JUJUR!!! Itu lah Rasulullah yang kita jumpa di sebalik jasad tubuh itu. Bukan kah kita berharap untuk berjumpa Rasulullah di mana saja kita pergi???? Tanpa Rasullulah tidak ada satu manusia pun yang dapat mengenal Allah swt. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana untuk menyembah Tuhan Maha Pencipta jika tanpa Rasulullah. Hanya sesiapa yang mempunyai "sifat" Rasullulah sahaja yang akan di cintai Allah swt sebagai KEKASIH Nya.

Tulang tongkeng yang kita gunakan untuk duduk perlu memacak bumi. Itu arah di mana perut bumi di petala yang ketujuh menyimpan segala khazanah "sijjin" yang di miliki hawa "nafsu" dengan kuasa tarikan "graviti" nya. Deoxyribonucleic acid ini akan di simpan bumi sebagai tugas rasmi nya. Jasad yang "tidur" sebentar perlu mengiring di atas rusuk kanan untuk dapatkan pernafasan yang sempurna semasa beradu. "Hati" di mana "perasaan" itu tertumpu di rusuk kiri perlu di anjak turun ke kanan agar berada di arah qiblat nasuhah. Kembara yang akan di lalui "ingatan iman" semasa kita tidur perlu di usung keluar ke arah pintu shurga. Semoga Rasulullah menunggu kedatangan kita di saat yang misteri itu. 

Edit 2.1.15

Tulang tongkeng atau lebih tepat lagi jika kita sebut tulang "sulbi" ini mempunyai sejarah yang sangat luas untuk di terjemahkan. Kajian sains kerohanian kami terpaksa kaitkan tulang "sulbi" ini dengan serpihan besi "qursani" yang di kumpul setiap zarah "partikel" untuk di jadikan jasad tubuh. Sebab apa juga yang terkumpul untuk di jadikan "bentuk" memerlukan "berat muatan" yang di tarik "graviti" tarikan "bumi" yang kami terjemahkan sebagai "hawa nafsu" itu. Tetapi asas setiap kejadian perlu kita rujuk pada titisan "air" di mana setiap kehidupan itu bermula. Dan ini perlu kami kaitkan pula dengan hembusan "nafas" yang datang dari udara "angin" yang bertiup. Jadi peranan empat ansir alam yang di katakan "air, api, angin dan tanah" ini perlu kita tahu asal usul nya dan bagaimana ia terkumpul untuk jadikan jasad tubuh kita ini. 

Ini akan merujuk kepada baka "nasab" keturunan kita sehingga ketulang "sulbi" Rasulullah. Setiap yang hidup akan mempunyai "kesedaran" dan ini akan memerlukan pancaran elektromagnetik yang menyelubungi ruang udara atmosphera kita. Di mana juga kita bertapak di atas muka "bumi" ini, "ruang" di sekeliling kita itu akan mempengaruhi "perangai" budi pekerti kelakuan kita. "Nafas" yang kita hidu di persekitaran kita mengandungi "berat muatan" yang kita ambil untuk di hantar ke dalam "hati" dan naik ke "otak" untuk di jadikan "perasaan" dan "ingatan" yang kita semai. 40 hari adalah jarak masa yang boleh terap "watak" itu untuk di jadikan "tabiat" sebagai "akhlak" kelakuan. Sebab suasana di persekelilingan kita adalah "pendedahan" yang boleh mempengaruhi "perasaan" dan "ingatan" kita. Itu adalah "pilihan" yang kita buat untuk berada di dalam suasana itu dan menyesuaikan diri di perksekelilingan itu. 

Apabila kita duduk di dalam "ruang" kemungkaran, haba "nafas" yang di hembus di persekitaran yang penuh dengan "najis" itu akan melekat di dinding "hati" untuk menutup "hijab" kebenaran. Dosa itu akan menjadi satu "tabiat" untuk di jadikan kebanggaan. Tetapi apabila kita duduk di dalam suasana yang penuh dengan "keimanan", cahaya "nur" yang terpancar akan menyinari "kalbu" seperti cermin yang terpancar. Kilauan sinar "kesedaran" akan di hujani "ilmu" untuk mencari "hakikat" kebenaran. Kegembiraan "hati" itu sangat perlu di kaji selidik. Jangan sampai kita terhibur dengan kemungkaran dan terasa benci dengan kebenaran. Menjadi "penyokong" atau "penentang" adalah "pilihan" yang kita buat dengan "niat" yang di tempah. Kita yang bersetuju untuk jadi sekutu kepada suasana keadaan di persekitaran kita.        
   
"Amal makruf nahi mungkar" sepatut nya menjadi "nafas" yang kita hidu di setiap berkala. Inilah "nafas" yang akan di periksa setiap "makhluk" yang kita temui. Inilah "legal tender" atau "hijab kabul" yang kita buat sebagai "tempahan" dengan "jangka hayat" kita. Inilah "pilihan" yang kita buat untuk mencari "peluang" yang di sediakan di "ruang" alam persekitaran kita. Ketahuilah bahawa "niat" itu adalah "lepas bebas" (free will) yang di beri untuk kita mencorak "identiti" diri kita di antara yang "nyata" dengan yang "ghaib" pada kembar "qarin" kita itu. Apabila kita bentuk yang "baik" di alam kenyataan ini, maka yang "jahat" akan terbentuk di alam "ghaib" itu. Inilah "sijjin dan illiyin" itu yang akan tunjukkan perbezaan di antara sepasangan kembar itu. Bukan kah Allah swt itu Maha Bijaksana???? Tidak ada satu "jiwa" pun yang boleh pertikaikan "KEADILAN" Nya di hari kebangkitan nanti.

Allah swt menguji kita bukan kerana Dia tidak tahu apa kesudahan nya. Tetapi ujian itu adalah untuk kita buktikan "Keikhlasan" itu kepada Allah swt pada setiap amal perbuatan kita yang di daftar dengan "niat" itu.  Sebenarnya "kudrat dan iradat" itu kepunyaan Allah swt. yang kita gunakan untuk melakukan apa saja. Boleh kah kita mengaku dengan kebanggaan atau nafikan dengan keingkaran semua perbuatan kita itu. Itulah mengapa "Bismillah" itu sangat besar martabat nya untuk jadikan Rasulullah sebagai "saksi" nya. Sebab ayat yang kita sebut dengan bahasa Arab ini adalah bahasa lidah Rasulullah yang menyebut khalimah itu. Hanya Rasulullah sahaja yang boleh bertemu Allah swt untuk sampaikan "ibadah" itu. Allah swt tidak perlukan segala bahasa yang ada di dunia ini kerana semua bahasa apa pun juga akan di terjemahkan dengan "perasaan" dan "ingatan" kita. Jadi "perasaan" dan "ingatan" itu adalah bahasa yang tanpa "huruf dan suara" yang akan di terima Allah swt. Bukan sebutan ayat yang berbunyi itu yang tunjukkan maksud perkataan. Bukan kah Allah swt itu Maha Bijaksana???? Allah swt boleh menilai "keikhlasan" kita dengan penuh terperinci. 

Edit 9.9.15

Apabila Rasulullah menjadi "utusan" dengan tidak tahu "membaca dan menulis", Allah swt ingin membuktikan kepada seluruh umat manusia bahawa, "ilmu" itu sebenar nya tidak "berhuruf dan bersuara" yang perlu di jadikan perhiasan dengan "bacaan dan tulisan". Rasulullah di kirim membawa "ilmu" dengan "akhlak" nya yang amat mulia dan murni. Al Quran yang di "wahyu" kan adalah untuk "jiwa" ingatan "iman" Rasulullah menerima dan menyampaikan sebagai "utusan" yang di kirim. Jiwa hawa "nafsu" Rasulullah sudah di cuci bersih sehingga "maksum" atau di Islamkan. Menghafal Al Quran adalah sebahagian dari "akhlak" Rasulullah dan dia "membaca" dengan daya "ingatan" dari tenaga jiwa "iman" nya yang tidak pernah terlupa. Hafal Al Quran adalah apa yang di perintah Rasulullah supaya kita dapat membaca untuk sempurnakan "akhlak" kita yang dhaif ini.

Membaca perlu menghayati dengan "perasaan" dan "ingatan" pada setiap kefahaman pada ayat ayat itu. Bukan sebut sahaja dengan cukup "mahraj" nya tetapi tidak sedikitpun mengerti akan maksud nya. Inilah menyakit yang sangat menjangkit di kalangan kita yang ligat mengejar "bunyi" tapu bukan maksud untuk menhayati dengan "perasaan" dan "ingatan" jiwa kita. Itulah mengapa Al Quran itu tidak memberi "kesan" pada setiap "penganut" nya sehingga "akhlak" tidak pernah sempurna. Contoh ini sudah di tunjukkan Allah dan Rasul kepada kita. Kita sibuk mengejar "pujian" manusia dari mendapat "keredaan" Allah swt dan Rasul nya.

Jika kita baca walau sepotong "ayat" dari Al Quran itu dengan penuh "perasaan" dan "ingatan" kita untuk di sampaikan kepada Allah swt sebagai "ayat" utusan nya, sudah pasti Allah swt akan memandang kita dengan penuh berminat dan sukacita. Tetapi jika baca untuk bunyikan "suara" tanpa sedikitpun mengharap di pandang Allah swt, maka "manusia" di sekeliling kita akan menjamu kita dengan "pujian" sebagai imbuhan. Bagaimana Rasulullah yang tidak tahu membaca dan menulis boleh memperolehi "ilmu" yang begitu tinggi perlu kita contohi dan tahu rahsia nya. Sebab Allah swt Tuhan yang selalu mendidik dan membimbing setiap "hamba" nya yang ingin menjadi seorang "insan" yang suci dan murni. 

Edit 11.2.16

"Taufik dan hidayah" adalah pemberian Allah swt kepada sesiapa saja yang di "PILIH". Itu "hak" Allah swt untuk beri "petunjuk" kepada sesiapa yang di ingini. Kita patut bersyukur kerana kita "pandai" dan tidak bodoh seperti dulu. Jadi jangan lah berlagak pula! Sifat semula jadi kita iaitu "dhaif, hina, lemah dan fakir perlu kita iktiraf sebagai "hamba" Nya. Semua yang kita perolehi ini adalah pemberian Allah swt. Jadi amat benarlah jika mengapa kita perlu menyembah nya setiap berkala. Sebab di antara "dosa" dan "pahala" itu ada "wajah" yang akan terbentuk dari "sulbi" atau "taraib" setiap "jasad" tubuh yang ada "aurat" dan "hijab" itu. Cuba lah kita perhatikan "jasad" tubuh kita itu.

"Aurat" ini yang di katakan "jasad" itu adalah "hijab" yang di katakan "taqwa" itu. Jadi di mana kah "wajah" itu yang membuka "aurat" dan yang menutup "hijab" nya. Apakah "dosa" itu satu "tulisan" yang berhuruf dan bersuara atau "wajah" yang berbentuk rupa??? Rahsia tulang "sulbi" dan "taraib" ini belum pernah di "baca" di dalam "kalam" itu. Kita tidak sedar bahawa ada "semangat" yang di katakan "qarin" itu. Bukan kah "jin dan manusia" itu di jadikan untuk beribadat kepada Allah swt.??? 
Apakah "ibadat" itu hanya berbakti dengan kesedaran yang "ikhlas"  atau ada juga dengan tujuan yang lain. Jadi "pahala" itu masih jauh untuk kita lihat apa ganjaran nya jika bangsa "jin" ini juga beribdat untuk dapatkan ganjaran nya. Bangsa "jin" ini yang ingkar akan di bakar menjadi kayu api di neraka tetapi yang beriman mungkin akan di jadikan malaikat untuk di naik taraf martabat nya.

Kajian sains kerohanian ini perlu teliti semua penjuru alam yang amat luas. Tanpa "taufik dan hidayah" Allah swt kita tidak mampu untuk memikul "berat muatan" yang ada dalam "ilmu" itu. Urusan untuk beri "kefahaman" sentiasa berada di tangan Allah swt. Perkataan "Ini termasuk di dalam urusan kami" yang di katakan semasa "wahyu" itu di terima Rasulullah saw untuk di "baca" oleh "lidah" yang tidak pernah menulis atau membaca. Kami harap pada semua pembaca kami, "Jangan jadikan AlQuran" itu sebagai "syair" untuk di nyanyi." Sebab hanya syaitan sahaja yang akan jadikan Quran itu sebagai satu syair. Ayat AlQuran perlu di "baca" dengan "perasaan dan ingatan" untuk jadikan "wajah" yang akan di pandang Allah swt.

Edit 11.3.16

Tulang "sulbi" dan "taraib" ini mempunyai asas "syahwat" yang akan ceritakan cinta Adam dan Hawa. Di situ tersimpan rahsia "jantina" yang membezakan seorang lelaki dan seorang perempuan. Rahsia cinta Adam dan Hawa ini akan bermula babak nya apabila setiap "jasad" itu melangkah masuk di alam "akal" baligh. "Mimpi basah" bukan sesuatu yang misteri untuk kita cari rahsia nya. Sebab setiap "jasad" tubuh itu akan pastikan "aurat" itu tertutup dengan "hijab" nya namun jika "takwa" itu tidak pernah di pakai sebagai perhiasan nya, nescaya "aurat" itu akan terbuka untuk di dedahkan. Kesuburan kaum Hawa pada "jasad" nya akan membawa "buah" itu untuk di intip setiap kaum Adam yang bernyawa. Si dara akan bermegah untuk mendabik dada dan si teruna akan idamkan "buah" itu dengan penuh kehausan. Akan berlaku segala tipu muslihat untuk mencari jalan menjamah "buah" itu dengan kerakusan.

Syaitan akan selalu datang mengendap untuk menyusup di tengah dua tulang "sulbi" dan "taraib" ini agar "aurat" itu di dedahkan dengan keaiban. Sebab syaitan akan cuba membiak keturunan nya dengan segala perzinaan yang berlaku. Rahsia tulang "sulbi" dan "taraib" ini mempunyai sejarah yang sangat penting untuk setiap "jasad" tubuh itu. Di situ tersembunyi rahsia cinta Adam dan Hawa yang di jadikan untuk keturunan umat manusia. Baba Rahman dan Babu Rahim ini sudah di jadikan untuk bertemu dengan kasih sayang apabila Rasulullah berdiri sebagai saksi nya tetapi bukan untuk Iblis yang menyusup di situ untuk membiak baka keturunan nya. Mereka yang membuka "aurat" nya untuk di pandang syaitan akan kecewa jika tidak dapat pertahankan "hijab" nya yang di bawa Rasulullah. Itulah menapa kita mempunyai dua "jiwa" yang di katakan perasaan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" itu. "Perasaan" dan "ingatan" ini adalah cerita Adam dan Hawa itu. Adakah mereka akan berpelukan dan berkhalwat bersama syaitan atau bersama Rasulullah masih perlu di buktikan dengan "takwa" itu.