Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Selasa, 30 Disember 2014

Cyborg

Manusia telah hilang harga diri apabila mereka di tambat dan di pasong dengan peraturan sistem elektronik. Akal fikiran mereka tidak lagi boleh mengatasi ketetapan yang telah di "program" dan mereka hanya mampu mengikut peraturan sistem elektronik ini seperti "cyborg" yang menurut perintah. Kebanyakan "syarikat" dan "pentadbiran" (corporate management) yang mengunakan "standard operating procedure" dengan "terma dan syarat" (term and condition) ini sebagai "peraturan kerja" (working instruction) untuk semua "pekerja" (employee) dan juga "pelangan" (customer) nya mengikut peraturan yang telah di tetapkan. Manusia ini sudah tidak lagi berdaya untuk gunakan "budi bicara" dan "akal fikiran" semasa berurusan. Tidak ada "kuasa" yang boleh mengubah sistem yang telah di tentukan dalam "program" dan "peraturan" itu. Kita manusia telah di "jajah" oleh sistem yang telah di terapkan oleh "program" elektronik ini. Kita terpaksa akur dengan "artificial intelligent" ini yang di serahkan untuk mengurus hidup kita. Walaupun kemudahan ini nampak nya begitu cangih untuk hiburkan keselesaan kita, tetapi kehilangan ""sentuhan manusia" (human touch) akan jadikan bencana hidup yang sangat kenyakitkan jika di salah gunakan.

Sejak zaman jahiliah, "penghambaan" (slavery) telah menjadi satu "komoditi" perniagaan dimana "jasad tubuh" manusia itu akan di jadikan "perdagangan" untuk di jadikan "hamba" kepada golongan atasan yang kaya raya. Kemewahan mereka sangat memerlukan "penghambaan" (slavery) ini untuk mengurus harta kekayaan yang mereka miliki. "Pelacuran" adalah "jawatan" yang tertua di dunia ini dan "penghambaan" telah menjadi satu "asset" yang paling berharga. Sistem "penghambaan" ini telah di jadikan satu "management asset" yang di terapkan dengan "penjajahan" dan pemerintahan "kuku besi" atau "dictatorship" untuk menghapuskan kebolehan akal fikiran manusia yang di "jajah" itu. Mereka tidak lagi boleh mengunakan "akal" fikiran" semasa menjadi "hamba" ini. Maka komplot "perdagangan orang" atau (human trafficking) sangat berleluasa untuk dapatkan sumber tenaga "penghambaan" ini.

Kedatangan Islam telah menghapuskan sistem "penghambaan" ini. Manusia tidak lagi patut di jajah begitu rupa dan mereka patut di beri "hak" dengan sistem "gaji" yang lebih munasabah. Sistem "hijab kabul" dan "perjanjian" yang lebih tulus di terapkan dengan sistem "upah" atau (service render). Maka kemahiran dan kepakaran akan menjadi satu "asset" kepada "tenaga kerja" ini untuk di jadikan "human resources" kepada keperluan semasa ini. Pengurusan "Islamic" yang telah bebaskan manusia dari cengkaman "penghambaan" itu telah mula tengelam. Kebanyakan konglomerat sekarang telah terapkan sistem "yahudi dan nasrani" yang sudah mengambil alih sistem "pentadbiran" kebanyakan "syarikat" dan juga "pengurusan" kewangan mereka. Mereka akan kuat kuasakan "terma dan syarat" yang di tanda tangani sebagai "perjanjian" yang sah untuk mengikat "tenaga kerja" dan juga "pelangan" mereka. "Kontrak" yang di atas kertas sudah menjadi satu sistem "penjajahan" untuk mengikat manusia yang telah menanda tangani "perjanjian" yang tidak pernah di baca keseluruhan nya oleh yang di tambat. Dengan tidak secara langsung, manusia ini telah menjadi "hamba" kepada perjanjian" itu yang tidak boleh di mansuhkan oleh sesiapa saja.

Golongan "elit" ini telah merumuskan satu sistem yang kukuh (water tight) untuk menjajah "penghambaan" (slavery) ini yang telah di naik taraf kepada bahasa yang lebih intelektual dengan perkataan "tenaga kerja" atau (human resource) ini. "Tenaga kerja" atau (human resource) ini sekarang telah menjadi satu "komoditi" yang sangat di perlukan di mana saja. Setiap "syarikat" dan "pentadbiran" akan memerlukan "tenaga kerja" ini dan mereka mesti di "jajah" dengan satu sistem kawal selia. Pada mula nya kebanyakan "pengurus tadbir" ini akan menyelia "tenaga kerja" ini dengan sistem "tuan" atau "ketua" di dalam mana mana "pengurusan" yang di tadbir. Tetapi apabila zaman telah bertambah maju dan segala kemudahan elektronik telah di terapkan, maka "tenaga kerja" ini telah menjadi lebih mudah untuk di kawal selia. Mereka tidak lagi di tadbir dengan sistem "mereka jujur sehingga terbukti bersalah" (they are innocent until proven guilty) tetapi telah di ubah dengan sistem "mereka bersalah dan harus buktikan kejujuran itu" (they have to prove they are innocent) dengan ada nya "punch card" (time card) dan "laporan prestrasi" (progress report) yang perlu di tunjukkan kepada ketua pentadbiran. 

"Standard Operating Procedure" yang di tetapkan ISO globalisasi sedunia adalah satu sistem "pentadbiran" yang sangat teratur dan kukuh. Setiap jawatan yang memegang "tugas" perlu ada "atur kerja" (working instruction) yang mengukur prestrasi setiap jam (manhours) dengan tahap produktiviti nya. Namun ini di lihat sebagai satu "standing instruction" yang cukup berkesan dalam semua operasi jabatan. Ini cukup berkesan jika dapat di terapkan di semua jabatan kerajaan dan pegawai kerajaan yang bertugas. Sebab alasan sedang "meeting" ini sudah menjadi tabiat semula jadi untuk tidak angkat talipon yang berdering. Ini sesuatu yang "rakyat" akan sokong sepenuh nya untuk sekat kaki ponteng yang gunakan waktu berkerja untuk urusan peribadi. Gaji yang di bayar untuk bertugas selama 8 jam hampir separuh di habiskan dengan bersembang. Pekerja yang seperti ini perlu di suntik dengan renjatan eletrik untuk di mutasi kan menjadi "cyborg" itu.

Apabila "mindset" sesetengah pekerja itu begitu sambil lewa dan tidak menghargai prestrasi dan khidmat pelangan sebagai tugas yang di amanahkan, maka pekerja seperti ini perlu di "tambat" dengan sistem penyeliaan yang lebih ketat. "Standard Operating Procedures" dan "working instruction" ini boleh mengukur "produktiviti" setiap individu yang bertugas. Ketua jabatan dapat menilai "tenaga kerja" yang di perlukan pada setiap operasi jabatan dan tahap produktiviti yang di perlukan dari setiap individu yang bertugas. Setiap 8 jam bertugas perlu ada "progress report" yang perlu di isi untuk tunjuk tugasan yang telah di lakukan. Berapa lama kah waktu yang di ambil untuk selesaikan satu masalah dan berapa banyak kah pelangan yang sudah di beri perkhidmatan. Jika dalam masa 8 jam bertugas pekerja itu hanya duduk panaskan kerusi sahaja maka ini satu pembaziran yang mendatangkan kerugian kepada syarikat atau jabatan. Maka ada kepentingan untuk jadikan "tenaga kerja" ini seperti "cyborg" yang sudah di "program" sehingga mereka terpaksa ikut "peraturan" (procedure) yang telah di tetapkan. Maka "gadjet" elektronik dan sistem komputer dapat mengatur "peraturan" itu untuk di jadikan amalan tugasan pekerja ini. 

Setelah sistem elektronik dengan polisi dan peraturan (policy ang procedure) yang di terapkan untuk pekerja ini, maka kebanyakan pekerja ini sudah "hilang akal" untuk buat pertimbangan dengan "perasaan" dan "ingatan" menilai tugasan itu dengan hati budi dan kewarasan akal fikiran. Mereka akan berpandu kepada sistem yang di program untuk di ikut dan hilang kuasa untuk bertindak mengikut kewarasan akal fikiran mereka. Apabila sistem di komputer itu tidak dapat menerima "input" data yang di masukkan, maka pekerja yang bertugas itu hilang akal untuk lakukan sesuatu dengan kewarasan nya untuk buat satu tindakan susulan mengatasi masalah itu. Inilah "cyborg" yang bertugas di kebanyakan tempat khidmat pelangan yang bergantung pada sistem komputer.   

Ketua pegawai eksekiutif (CEO) syarikat besar telah mengambil kesempatan untuk terapkan satu sistem elektronik di mana segala bil bayaran yang akan di kenakan kepada setiap pelangan akan di tetapkan dengan "program" elektronik yang mengenakan caj bayaran secara automatik jika tempoh buat bayaran melebehi had masa yang di tetapkan. Secara automatik "caj tambahan" ini akan di masuk kan ke dalam bil supaya di bayar oleh pelangan tanpa sebarang alasan untuk di jelaskan atau pertikaikan. Pelangan tidak mempunyai "hak" untuk pertikaikan "caj tambahan" itu dan akan di hukum dengan "service suspension" jika ingkar buat bayaran. Syarikat besar seperti TNB-ASTRO-SAJ-TM-MAXIS-CELCOM dan lain lain seperti institiusi kewangan mengamalkan "elektronik billing" ini untuk di kenakan kepada setiap pelangan secara sesuka hati tanpa memberi peluang kepada pelangan untuk minta penjelasan dan buat bantahan. Pelangan terpaksa buat rayuan dan aduan untuk "tunjuk sebab" mengapa "caj tambahan" tersebut tidak sepatutnya di kenakan kepada nya. Ini yang kami katakan "Kamu yang perlu buktikan kebenaran itu" (you have to prove you are innocent) .

"Agreement" atau "contract" yang kita tanda tangan semasa buat permohonan talian talipon hanya seorang pakar undang undang sahaja yang boleh baca semua dan faham (Express or Implied). Pelangan akan di minta meletakan tanda tangan sebagai persetujuan. "Contract" itu akan menjadi "lock up" atau "penjara" kepada setiap pelangan. Seperti kes TM, talian talipon itu dengan pantas di potong kerana lambat bayar dan biarkan pelangan atau rakyat menanggung beban bayaran "internet" yang masih di kena caj bayaran bulanan walaupun talian talipon telah di potong oleh mereka. Jadi "service render" yang tidak mereka beri kepada pelangan selepas talian talipon di potong masih di tuntut bayaran untuk "internet" yang tidak berfungsi. Pegawai "tenaga kerja" di TM tidak boleh buat apa apa setelah aduan di buat supaya caj bayaran "internet" itu di batalkan juga. Mereka serahkan kepada "sistem" yang tidak boleh di ubah oleh mereka. Jadi pelangan menjadi mangsa dengan sistem BODOH yang mereka praktik kan. Mereka tidak ambil peduli aduan pelangan dan biarkan pelangan menanggung risiko beban caj yang masih di kenakan walaupun talian talipon sudah mereka potong. Inilah sistem "YAHUDI" yang di terapkan TELEKOM MALAYSIA. Gaji yang mereka makan adalah "HARAM" dan di laknat Allah swt.

Kita telah di jajah oleh sistem "yahudi dan nasrani" ini dengan begitu tegas untuk menekan rakyat dan juga penguna. Kita telah di jadikan seperti "mentimun" yang mudah di gilis sesuka hati mereka oleh sistem elektronik yang mereka terapkan untuk dapatkan keuntungan secara memaksa. Kebanyakan "perkhidmatan" sekarang telah meminta bayaran "pre paid" sebelum "perkhidmatan itu di hulurkan. Mereka akan ambil dahulu wang kita dan kita akan menunggu dengan harapan agar "perkhidmatan" itu di sempurnakan. Jika berlaku kerosakan atau "service failure", pelangan yang terpaksa tuntut dan buat aduan itu untuk dapatkan perkhidmatan seperti peminta sedekah. Mereka mempunya banyak alasan untuk di beri jika mereka gagal memberi "perkhidmatan itu setelah kita sudah buat bayaran itu. Wang kita telah di ambil tetapi "perkhidmatan" itu belum di beri. Adakah ini satu sistem yang kita terpaksa akur sekarang ini???  

MAXIS mengenakan package "data" yang mereka bahagi kepada dua masa. 4 gb untuk masa 7 pagi hingga 2 pagi, 4 gb lagi untul 2 pagi hingga 7 pagi. Pelangan akan di kenakan caj bulanan yang tetap walaupun 4 gb untuk 2 pagi hingga 7 pagi itu tidak pernah di gunakan. Keuntungan secara "PENIPU" ini sudah berleluasa di amalkan oleh konglomerat ini. Rakyat terperangkap dan terikat dengan "sistem" elektronik yang mereka tetapkan. Manusia sudah di jadikan CYBORG dengan secara senyap dan halus. Walaupun kita cuba mengaku kita NEGARA ISLAM, tetapi kebanyakan sistem pentadbiran masih  mengamalkan sistem YAHUDI dan NASRANI. Ini yang banyak di jadikan kemegahan CEO syarikat kerana mengaut keuntungan secara MENIPU rakyat. 

Akta dan peraturan yang tertulis di beri "enactment" sebagai the Rule of Law untuk mentadbir manusia seperti satu "spesis" yang di kawal seperti "cyborg" yang boleh di tekan butang "suis" atau "press" untuk letak manusia itu dalam mod "disable" pada bila-bila masa sahaja. "Entrapment" yang di lakukan kebanyakan "surat perjanjian" atau "agreement" yang di tanda tangani sangat halus seperti satu "jerat" yang di pasang untuk memerangkap mangsa nya. Buaya konglomerat ini sangat pakar untuk menjaga kepentingan mereka dengan cara yang sangat "prejudis" dan berat sebelah. Mereka mengambil kesempatan dengan kelemahan kita yang memerlukan perkhidmatan mereka yang monopoli pasaran tanpa ada persaingan lain. Kelebihan ini akan jadikan mereka tidak berlaku adil kepada pelangan mereka.

Kita tidak sedar apa yang sedang berlaku di sebalik "wajah" manis dan tersenyum itu yang menyambut kedatangan kita di meja penyambut tetamu. Tersusun di bawah meja mereka kertas borang yang perlu kita tanda tangani secepat mungkin. Kita perlu sedar, pejabat yang di buka di tengah kesibukan khalayak ramai bukan untuk memberi perkhidmatan percuma. Mereka ingin mencari "keuntungan" dan wang itu datang dari kocek kita.   

Edit 31.1.15

Perpatah "lembu di ikat dengan tali, manusia di ikat dengan janji" telah di "upgrade" dengan "tali hidung" yang lebih hebat. "Kuasa elektronik" ini telah menambat kebanyakan manusia dengan suntikan dan renjatan "gelombang otak" atau (brain waves) yang sangat halus. Pemikiran manusia atau "minda" kita telah di terap dengan pancaran elektronik "jalur lebar" di dalam satu "frekuensi" maya untuk tunduk dan akur dengan "gadjet" elektronik yang semakin meluas."Gadjet" elektronik ini sudah menguasai manusia di dalam semua peringkat dalam kehidupan kita. Manusia sudah menjadi "cyborg" yang di perintah alat elektronik ini.

Keupayaan "akal" dan "minda" manusia terpaksa bergantung kepada "perkhidmatan" yang di salurkan peralatan elektronik ini untuk pastikan kehidupan kita. "Alat dan perkakas" ini sudah berkuasa di mana-mana untuk mencorak dan tentukan arah hidup kita. Apakah kita pasti anasir "gelap" yang menginap di ruang atmosfera ini tidak akan menganggu atau mengugat kesejahteraan kita. Apakah "jin dan syaitan" ini tidak mempunyai kuasa untuk "pengaruhi" ruang "jalur lebar" yang sangat kita bergantung kepada nya. Soalan ini perlu kita tanya untuk dapatkan jawapan nya. "Malfunction" atau "kerosakan" pada "alat dan perkakas" elektronik ini masih menjadi "teka teki" kepada kita semua.  

 Jentera dan alat elektronik telah menjadi "alat dan perkakas" yang di reka cipta manusia dengan "ilmu" pengetahuan untuk kesejahteraan hidup. "Ilmu" yang di beri kepada manusia sangat istimewa untuk memberi "peluang" memerintah "bumi" ini sebagai "khalifah" yang di utus. Sifat "manusia" itulah sebab kita di beri kuasa dengan "ilmu" (knowledge) atau "sains" (science) ini. Sifat manusia mempunyai "perasaan" dan "ingatan" menjadikan dia layak memiliki "ilmu" itu untuk menjadi "pengurus" di atas muka bumi ini. Tetapi apabila "perasaan" dan "ingatan" itu tidak lagi boleh di gunakan untuk mentadbir "bumi" ini, maka manusia itu telah melanggar "demokrasi" hak asasi manusia itu. Sebab "perasaan" dan "ingatan" adalah "hakim" yang di beri "tugas" untuk buat keputusan dengan "pilihan" dan "peluang" di setiap detik waktu.

Apabila "manusia" mula mentadbir alam ini tanpa "perasaan" dan "ingatan", maka seluruh alam ini akan berada di dalam ancaman ketidak adilan yang sepatutnya di terima sebagai "hak" semula jadi. Peruntukan undang undang (Rule of Law) Polisi dan Prosedur (Policy and Procedure) Terma dan Syarat (Term and Condition) adalah "instrument" yang di gunakan untuk jadikan "perjanjian" (Agreement) sebagai ikatan untuk memerintah manusia supaya akur menurut perintah seperti seorang "hamba" yang sudah di "beli" atau di "cagar" gerak kelakuan nya. Unsur "kuat kuasaan" (enforcement) ini selalu nya mempunyai implikasi (implication) "prejudice" yang tidak akan memihak kepada "penguna" atau "pelangan" mereka. Mereka akan pastikan "disclaimer" itu di tanda tangani untuk lepaskan mereka dari sebarang tindakan atau tanggung jawab jika berlaku tuntutan.

Surat perjanjian pinjaman peribadi yang di keluarkan institiusi kewangan, penuh dengan "entrapment" yang sangat "prejudis" dan berat sebelah. Jika berlaku perlangaran pembayaran balik pinjaman, pihak bank akan gunakan kelebihan mereka untuk buat sesuka hati kepada peminjam  dan merampas segala harta yang ada untuk di lelong dengan harga yang sangat murah. Syarikat peguam yang di lantik akan mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan dari peminjam yang mengalami masalah kewangan. Caj tambahan yang di kenakan untuk segala surat menyurat dan kos mahkamah akan di kenakan tanpa mengira sebab yang munasabah. "Notis server" yang hantar surat peguam mengunakan taktik kotor seperti "1st attempt", "2nd attempt" atau "3rd attempt" kepada alamat yang mereka tidak pernah kunjungi secara sah. Semua "caj" tambahan ini akan di kenakan kepada "peminjam" untuk tambah beban hutang mereka.

Inilah dunia "cyborg" yang tidak mempunyai "perasaan" dan hati budi untuk menyelesaikan masalah tetapi untuk menambah masalah itu demi kepentingan pendapatan keuntungan mereka. Rundingan untuk menyelesaikan bayaran pinjaman tidak menjadi "objective" utama pihak bank atau institiusi kewangan. Mereka akan pastikan "panel peguam" yang di lantik ini mendapat "projek" dan pegawai bank ini boleh menerima "komisen" dari setiap kes yang di berikan kepada mereka. Setiap kes yang di kenakan tindakan mahkamah akan ada "komisen" untuk duit kocek pegawai bank ini. Jadi "jerat" yang di pasang oleh institiusi kewangan di dalam surat perjanjian pinjaman itu tidak pernah mengharapkan "meminjam" itu membuat bayaran yang konsisten. Mereka akan tunggu dengan teropong di skrin komputer untuk mencari "mangsa" yang boleh mereka sembelih sampai putus urat leher.   


Jumaat, 26 Disember 2014

Kurafat

Sememang nya menjadi "naluri" asas setiap yang bernyawa akan mencari tempat untuk bernaung. Seorang bayi akan mengharapkan "belas kasihan" dari ibu yang melahirkan nya dan seorang ibu akan mencari "perlindungan" demi keselamatan dan kesejahteraan zuriat dan keturunan nya di atas "bumi" ini. "Naungan" ini sentiasa di tuntut di mana saja untuk dapatkan "perlindungan" itu dari apa saja benda yang ada. "Naluri" asas ini akan sentiasa mencari "bantuan" dari sesuatu yang boleh memberi kesejahteraan pada jasad tubuh nya. Tuhan telah jadikan "naluri" itu begitu supaya "nyawa" ini akan sentiasa di dalam keadaan yang "lemah. daif, fakir dan hina" semasa hidup dengan jasad tubuh itu untuk cari "kuasa" itu.

Ini kerana Tuhan ingin setiap "makhluk" nya itu mengenal apa erti "rezeki" itu yang akan di hulurkan. Sumber "rezeki" ini akan buat setiap "makhluk" nya itu pergi mendapatkan "ilmu" dengan "wajah" susah dan senang. Mungkin kepada "naluri" hawa "nafsu" itu keperluan mendapatkan "rezeki" hanya untuk kenyangkan perut dengan makanan dan minuman untuk jasad tubuh nya. Tetapi dari setiap "rezeki" yang di hulurkan itu ada "hikmah" dan maksud nya. Di situ ada "ilmu" yang perlu di terima sebagai "peringatan" yang patut di simpan ingatan "iman" atau memori nya. Apakah "nasib" yang menentukan "rezeki" itu atau "pilihan" dan "peluang" yang di ambil dan di cari. Sudah pasti "rezeki" itu tidak akan datang terus masuk ke dalam perut untuk di kunyah tetapi harus di cari dengan "peluang" yang ada dan buat "pilihan" dari yang ada di ketika itu. 

Tetapi Tuhan tidak akan biarkan "naluri" itu meraba raba di dalam kegelapan untuk mencari "nikmat" kehidupan yang telah di sediakan dengan "rezeki" yang di janjikan. Setiap "makhluk" akan mencari "rezeki" itu dengan asas "naluri" ini yang mempunyai lima panca indera dengan "sentuh", "hidu", "dengar", "lihat" dan "suara" untuk dapatkan "nikmat" kehidupan. Maka "nurani" adalah inspirasi yang mempunyai "azam" yang boleh mengenal pasti "rezeki" itu dengan daya keupayaan untuk mencapai "nikmat" itu. "Nurani" ini mempunyai "akal" fikiran dengan memori ingatan pada kepercayaan nya. Apa saja yang boleh di capai dengan keupayaan nya untuk dapatkan "rezeki" itu akan jadi "memori" pada ingatan nya sebagai sumber pada "nikmat" itu.

Jadi "naluri" ini adalah hawa "nafsu" yang menjaga kepentingan jasad tubuh nya dan "nurani" adalah ingatan kepercayaan "iman" nya pada "sumber" kepentingan itu. Tuhan mengatur sistem "rezeki" itu begitu sebab Dia yang menghulurkan "sumber" keperluan itu sebagai "perjanjian" kepada setiap "makhluk" nya yang berada dalam "pengurusan" Nya. Jadi setiap "makhluk" ini bebas mencari sumber "rezeki" ini yang pada mula nya hidup di dalam "air" di dasar lautan dan keluar merangkak naik di atas muka "bumi" ini untuk berhijrah. Penghijrahan di atas muka "bumi" ini satu permulaan untuk menyesuaikan diri dan mengenal "keperluan" asas kehidupan. Walaupun sumber "rezeki" di atas muka "bumi" ini begitu lumayan, namun "makhluk" ini sedar bahawa sumber yang paling penting untuk segala kehidupan itu datang dari "air" yang mencurah. Segala tumbuhan dan kehidupan liar ini sangat memerlukan "air" yang datang "mencurah" dari atas "langit" yang selalu menaungi "bumi" kita ini.

Namun, "makhluk" yang bernama "manusia" ini pada mula nya jadikan semua sumber "rezeki" yang ada di atas muka "bumi" ini dan juga "lautan" sebagai satu "nikmat" yang perlu di "puja" untuk dapatkan "kuasa" kehidupan. Keperluan hidup sangat memerlukan "rezeki" ini sehingga hasrat keinginan itu begitu tinggi seperti satu "permujaan" yang sangat mengharapkan kurnia nya. Maka "tanah", "pokok", "batu" , "kayu", "gunung", "besi" dan segala khazanah "bumi" dan "lautan" di jadikan "permujaan" sebagai sumber mencari "rezeki" kehidupan. Manusia ini akan menguji segala "tenaga" yang ada untuk dapatkan "keperluan" dan juga "bantuan" demi kepentingan hidup. Maka "kuasa" benda benda ini akan di uji dan di kaji untuk lihat keupayaan nya. Maka mana yang lebih berdaya saing dan berkesan menjaga kesejahteraan hidup nya akan di jadikan "tangkal" untuk di pakai sebagai azimat. Dan mula lah "tangkal" dan "azimat" ini di sangkut dan di pasang di sekeliling jasad tubuh itu untuk dapatkan syafa'at nya. Namun, segala benda benda ini akan tunduk dengan titisan "air" yang turun dari "langit" itu. "Gunung" boleh hancur, "tanah" boleh runtuh, "batu" boleh pecah, "kayu" boleh reput dan "besi" boleh karat apabila di simbah "air" yang lembut itu. Segala haiwan kehidupan dan tumbuhan pokok tidak boleh hidup tanpa "air" ini.

Kuasa "air" ini  yang turun dari "langit" telah membuktikan bahawa asas "kehidupan" semua "makhluk" yang ada di atas muka "bumi" ini sebagai sumber "rezeki" itu datang dari "langit" dengan  "air" yang mencurah.  Mereka akhir nya terpaksa memandang "langit" di mana "air" yang hidupkan semua kehidupan itu turun dari "langit" di atas. Jadi "nurani" kepercayaan ingatan "iman"  ini mula tertumpu kepada "langit" yang datangkan sumber pada semua kehidupan. Apabila mereka sering jadikan "tanah, pokok, batu, kayu, besi, binatang dan haiwan" sebagai sumber "rezeki" untuk di "puja" sebagai "kuasa" kehidupan, mereka akhir nya sedar bahawa "air" yang turun dari "langit" ini sangat berkuasa kepada semua "makhluk" yang ada di atas muka bumi ini. Kuasa "kehidupan" yang ada pada "air" ini sangat penting. Jadi "permujaan" terhadap semua "rezeki" di atas muka "bumi" ini menjadi tidak "sah" apabila "air" yang turun dari "langit" ini lebih berkuasa. "Manusia" ini mula tumpukan perhatian kepada "langit" di mana "matahari", "bulan" dan "bintang" menjadi "kuasa" yang mendatangkan "air" untuk di "puja" sebagai "Tuhan" yang di sembah. "Rezeki" yang menjadi asas "keperluan" hidup dari "naluri" hawa "nafsu" jasad tubuh nya sangat bergantung kepada "nurani" kepercayaan ingatan "iman" mereka untuk dapatkan sumber itu.  

Di sini, "nurani" ingatan kepercayaan "iman" akan uji setiap "kuasa" yang ada untuk pastikan "keperluan" dan "bantuan" sumber "rezeki" ini tidak terputus. Maka ada yang memuja "matahari' "bulan" dan "bintang" ini sebagai Tuhan untuk di sembah. Namun, setiap "permujaan" yang di lakukan itu tidak mendatangkan "kesan" kekuasaan yang di harapkan. Apa juga "objek" yang mereka "puja" itu tidak boleh berinteraksi untuk menjawab segala doa permintaan yang di hajadkan. Mereka "memuja" sesuatu yang tidak boleh mendatangkan "manfaat" dan juga "musibah" kepada satu apa pun. Jadi "naluri" yang sering menuntut "hak" dengan hawa "nafsu" nya dan "nurani" yang sering berpaut dengan "kepercayaan" nya masih tidak terjawab dengan soalan yang betul.

Tanpa "petunjuk" dan "bimbingan" kearah jalan yang benar, "manusia" ini akan berkeliaran dengan kepercayaan "kurafat" untuk mencari "kuasa" yang sebenar nya. Di sini "jin dan syaitan" akan menyamar untuk tunjukkan "kuasa" itu dan cuba mempengaruhi "manusia" ini. Maka "tanah","pokok", "batu", "besi", "kayu", dan juga "haiwan" di mana "jin dan syaitan" ini duduk dan tinggal sebagai penghuni akan di jadikan tempat untuk mereka mencari pengaruh itu. "Kurafat" kesesatan ini adalah satu sistem ketuhanan yang semula jadi untuk setiap "makhluk" Nya mencari "hakikat" kebenaran. Jika Tuhan tidak pernah memberi "petunjuk dan bimbingan" nescaya kita "manusia" ini akan selalu berada di dalam kesesatan. Sebab Allah swt akan biarkan "manusia" itu di dalam kesesatan dan akan datang memberi "petunjuk dan bimbingan" kearah jalan yang benar. Di situ "peringatan" itu akan di beri sebagai "nasihat" untuk buat "pilihan" itu dan mencari "peluang" untuk tambahkan "ilmu" pengetahuan.

Itulah mengapa Allah swt berkata tidak sesiapa boleh jadikan kita ini "beriman" jika tidak dengan Keizinan Nya yang memilih sesiapa di antara kita yang akan menjadi "tetamu" terhormat Nya. Jadi apabila kita sudah mendapat "petunjuk" itu dari Tuhan dan jika kita sia siakan "jemputan" yang di undang itu, maka pintu "taubat" itu masih terbuka untuk bawa kita kembali kepangkal jalan yang benar. Tetapi jika kita masih memilih jalan yang sesat itu, untuk hanyut di dalam kesesatan yang nyata, kita akan di jadikan penghuni "sijjin" itu. Jadi di manakah jalan yang benar itu yang di sebut "siratalmustaqim" itu. Sebab kita sudah di utus oleh seorang Rasulullah yang bernama Muhammad dan membawa "rahmat" seru sekalian alam. Kita pernah menjadi kaum "jahiliah" itu sebelum kita kenal Rasulullah ini. Dulu hidup kita penuh dengan kemungkaran dan kejahilan dan kita sering di rujuk dengan ajaran Rasulullah ini. Kita masih "RAGU RAGU" untuk mendekati ajaran "Rasulullah ini yang membawa "RAHMAT" untuk selamatkan kita. Rasulullah inilah yang akan tunjukkan bagaimana kita boleh menyembah Tuhan Maha Pencipta ini.

Jika kita masih memilih "KURAFAT" itu sebagai sandaran pada kepercayaan kita dan jauhkan diri dari ajaran Rasulullah ini, maka kita akan di sambut oleh "jin dan syaitan" untuk jadi pengikut nya. "PENGIKUT" ini sama juga seperti "bayang-bayang" yang membuntut di mana saja di ajak pergi tanpa tahu arah tujuan nya. Maka "jin dan syaitan" ini akan "menyamar" sebagai "penasihat" yang cuba bawa kita kearah yang ingin di tuju. Jadi "KURAFAT" ini masih menjadi "agama" kepada manusia ini yang suka jadi "pengikut" seperti "bayang-bayang" itu. Jika kita tidak ikut ajaran Rasulullah maka kita akan berada di dalam golongan "KURAFAT" itu yang cuba mencari "pengikut" nya. Sebab Rasulullah tidak pernah mendakwa bahawa dia perlu di "puja" malah akan selalu perintahkan kita "SUJUD" di atas muka "bumi" ini sebagai "masjid" nya.

Apabila "hati" itu berpaut kepada selain dari Allah swt, maka "manusia" itu akan berada di atas jembatan "kurafat" untuk sampai di tanah "penyekutuan" Tuhan. "Tauhid" yang sepatut nya berdiri teguh seperti "api" akan tunduk untuk "rukuk" seperti "angin" dan rebah untuk "sujud" di atas "bumi" dan "duduk" di atas "tanah" untuk berdoa. Khalimah "la-illa-hailla-allah" ini mempunyai sifat "nafi", "isbat, "munafi" "musabat" yang patut di sematkan di dalam "kalbu" dengan "perasaan dan ingatan" yang tulus ikhlas. Kita nafikan "tidak ada kuasa" (la) dan isbatkan pada "Tuhan" (illah) yang kita sanjung dari semua "makhluk" itu lalu kita munafikan dengan "melainkan" (haillah) dan musabatkan (Allah) sebagai yang berhak menerima segala pujian. Inilah panji panji "khalimah" yang patut kita kibarkan di dalam tahta kerajaan diri kita itu.

Khalimah "laillahaillallah" ini telah di kirim kepada semua Nabi dan Rasul yang pernah wujud di atas muka "bumi" ini. Inilah apa yang Allah swt cuba sampaikan kepada umat manusia sebagai "petunjuk dan bimbingan" atau "taufik dan hidayah" untuk bawa manusia kepangkal jalan yang benar. Kerana "KURAFAT" ini adalah DOSA YANG TIDAK AKAN DI AMPUNKAN ALLAH swt. Penyekutuan ini paling sangat di benci dan di murkai. Sebab "kudrat dan iradat" yang di pinjamkan kepada semua "makhluk" Nya itu telah di salah gunakan. Mengapa "kekuatan", kekayaan", "kepandaian" dan "kemuliaan" itu kita RAMPAS dari Allah swt dan mengaku itu "hak" kita yang semula jadi???? Siapakah laknatullah itu yang ambil HAK Allah swt dan hidup dengan penuh kesombongan!!!!! Sesiapa yang "memuja" selain dari Allah swt akan di hambat hingga ke neraka untuk di bakar sehingga hangus.   

"Syirik" ini amat luas untuk kita perhatikan hingga ke akar umbi nya. Bolehkah kita beranggapan bahawa "doktor" yang mengubati kita itu yang menyembuhkan kita???? Atau Ubat yang kita telan sebagai "penawar" untuk segala "penyakit" itu???? Itu hanya satu usaha "doa" permintaan kita yang di lakukan untuk dapatkan "nikmat" dari "rezeki" Allah swt. Segala "ilmu" perubatan yang di pelajari semua "doktor" itu datang dari "taufik dan hidayah" Allah swt untuk kesejahteraan umat manusia. Segala ubat dan bahan kimia itu datang dari "BUMI" yang kita pijak ini dan "air" yang turun dari "langit" untuk suburkan segala kehidupan. Apakah kita boleh nikmati "ubat" dan "kimia" itu jika Allah swt tidak pernah turunkan "air" dari "langit" ini???? Allah swt telah "halal" kan segala "ubat" yang dapat menyembuhkan penyakit. Mengapa kita tidak mahu berterima kasih kepada Allah swt malah kita sanjung dan puji "doktor" dan "ubat" itu??????

Kita jadikan "wang ringgit" sebagai "tuhan" yang di sembah dan menjadi "hamba" nya di setiap detik waktu. Inilah "tangkal" dan "azimat" yang paling mujarab kita gunakan selalu. Kta jadikan "wang ringgit" sebagai "simbol" atau "lambang" kemegahan dan kekufuran. Sesiapa saja yang ternampak "wang ringgit" ini akan terpukau dengan "kuasa" nya. Kita bawa "wang ringgit" ini seperti satu "tuhan" yang boleh makbulkan semua doa permintaan. Emas, intan, berlian kita pamirkan di khalayak ramai untuk di tunjukkan sebagai kemegahan. Kita keliru dengan "kudrat dan iradat" yang telah Allah swt berikan kepada kita. Apakah "wang ringgit, emas, intan, berlian" itu yang memberi syafa'at atau "kudrat dan iradat" itu yang kita perolehi dari jasad tubuh kita itu. Mengapa deria lima panca indera itu tidak pernah di hargai dan di syukuri. Mata yang melihat, telinga yang mendengar, hidung yang menghidu, mulut yang bersuara dan kulit yang merasa sebenarnya yang berikan kita segala "nikmat" itu. Tanpa lima panca indera ini tidak ada satu "wang ringgit, emas, intan, berlian" itu dapat di hargai atau lebih tepat lagi mempunyai nilai harga. Tetapi jasad tubuh kita itu yang kita peragakan sebagai satu "idola" yang menuntut supaya di "PUJA"!!!! 

Kita agungkan "jasad tubuh" yang kita lihat tetapi tidak pernah nampak "kudrat dan iradat" yang di anugerahkan oleh Allah swt kepada "jasad tubuh" itu. Kita banggakan sangat "muka" dan "bentuk" badan kita itu seolah kita yang reka ciptakan nya. Kita sembah dan puja "jasad tubuh" kita sendiri untuk di sanjung semua manusia. Aku ini!!! aku itu!!!! semua yang kita lakukan itu konon nya keupayaan kita yang di miliki sendiri. Siapa AKU itu masih belum boleh terjawab. Kita terpedaya dengan diri kita sendiri apabila kita nafikan "hak" Allah swt. Mengapa kita di suruh "SUJUD" di atas muka "bumi" ini??? "Bumi" ini adalah "masjid" untuk kita serahkan kembali "hak" Allah swt itu. Sujudlah dan ciumlah muka "bumi" ini untuk serahkan diri kita itu kepada Allah swt. Mengakulah bahawa kita ini hamba nya yang "lemah. daif. fakir dan hina" ini. 

Apabila kita letakkan tapak kaki di muka "bumi" ini, "bumi" yang di amanahkan untuk memberi "rezeki" kepada manusia merasa terhina dengan kemegahan dan kesombongan mereka. Kita berak dan kencingkan muka "bumi" ini setelah kita kenyangkan perut kita. Jika Allah swt tidak halalkan "bumi" ini kepada Rasulullah, supaya umat nya "sujud" di atas muka "bumi" ini sebagai masjid, nescaya "bumi" ini akan menuntut "hak" nya kembali di mana "jasad" itu di jadikan daripada "tanah" yang suci ini. Pernahkah kita memberi "salam" kepada "bumi" ini sebelum kita melangkahkan kaki di atas muka nya???? Bukan kah "rezeki" yang kita cari itu akan selalu di hulurkan oleh "bumi" ini??? Maka "sujud" lah di atas muka "bumi" ini sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah swt. Curahkan lah segala kemegahan dan keangkuhan itu supaya di ambil "bumi" ini untuk membersihkan diri. "Bumi" akan cium dahi kita bila kita "sujud" dan menyerah diri kepada Allah swt.

 "Langit" dan "bumi" adalah sepasang "kekasih" yang pernah di pisahkan. Sejak itu "langit" sering menanggis dengan hujan yang turun dan "bumi" berlinangan menanggung rindu dengan lautan air mata nya. Kalaulah "ilmu" kita ini dapat mencapai kisah "cinta" ini, kita sebagai "manusia" patut menghargai pengorbanan mereka. Mengapa matahari dan bulan silih berganti memandang "bumi" dengan penuh kasih sayang. Kembar ini adalah zuriat mereka sejak bersatu dahulu. Rahsia percintaan mereka masih jauh dari pencapaian akal fikiran kita. Apabila sepasang "kekasih" ini sanggup berpisah demi kesejahteraan "manusia", Tuhan telah berjanji akan menyatukan mereka di satu hari nanti. Tugas "amanah" yang di pikul terlalu besar untuk kepentingan manusia ini. Pernahkah kita berterima kasih????  

Masih banyak tukang telik dan bomoh yang membodohkan umat manusia. Mereka mengambil keuntungan dari musibah hidup manusia. Mereka memperdayakan yang terdesak dan teraniaya dengan tipu muslihat untuk dapatkan habuan. Apa yang mereka lakukan hanya menyambung "harapan" kepada sesuatu yang tidak pasti dan beri "kepalsuan" untuk di jadikan "keyakinan". Yang lebih dahsyat lagi apabila "jin dan syaitan" di jadikan tempat mengadu. Memang "jin dan syaitan" ini boleh hulurkan pertolongan tetapi dengan mahar yang sangat tinggi. "Jiwa" kita akan tergadai dan "jangka hayat" kita akan tercagar. Kita akan di beri "pinjaman masa" dengan sesuatu yang sementara. Sebab mereka mempunyai "jangka hayat" yang lebih panjang dan "tenaga" mereka boleh di pinjamkan untuk tujuan tertentu. Sebab "jin" ini mempunyai kepentingan yang sama seperti manusia. Mereka boleh berkongsi "urusan" dalam beberapa perkara dan masuk ke dalam jasad tubuh untuk "tugasan" tertentu. 

"Sihir" dan "ilmu hitam" telah lama bertapak sejak zaman Nabi Sulaiman lagi. Penganut kaum "jin" ini pernah berkhidmat kepada manusia dan mereka boleh dijadikan "teman hidup" dengan satu ikatan perjanjian yang khusus. Sebab ada di kalangan kaun "jin" ini telah masuk Islam dan beriman dengan Rasulullah, maka mereka masih beribadat seperti mana kita manusia beribadat. Tetapi tidak semua kaum "jin" ini telah memeluk Islam sebagai agama mereka. Ada yang menganut agama hindu, nasrani dan yahudi. Jadi urusan hidup mereka sama seperti kita tetapi di pisahkan dengan "hijab" yang sangat tipis. Kita manusia tidak boleh bunuh kaum "jin" ini sebab Nabi Sulaiman telah meminta kepada Allah swt untuk kuasai kaum "jin" ini sehingga hari khiamat. Di sini lah kuman "kurafat" ini boleh membiak di dalam jasad tubuh manusia. Kita manusia hanya boleh singkir, tambat dan halang mereka sahaja.

Kaum "jin" ini boleh jadikan apa saja di atas muka "bumi" ini sebagai tempat penghuni nya. Mereka akan duduk di situ seperti "penunggu" dan akan mengusik manusia yang datang ke tempat itu. Apabila manusia itu sendiri yang datang menyerah diri kepada mereka untuk dapatkan "syafa'at", maka mereka akan cuba perdayakan manusia dengan sesuatu yang mereka tidak berdaya lakukan. Banyak yang datang untuk meminta "nombor ekor" dan buat ramalan dengan perbuatan kita sendiri. Dengan secara kebetulan "nombor ekor" itu mendatangkan keuntungan besar,  maka tempat itu atau bomoh tukang telik itu akan dapat habuan dengan hanya buat ramalan itu. Ini satu cara yang mendatangkan keuntungan besar dan mereka akan cuba yakinkan para pengunjung bahawa mereka mempunyai kebolehan untuk buat ramalan itu.

Sesiapa saja boleh buat ramalan itu dan jika secara kebetulan "nombor ekor" itu naik dengan hadiah lumayan, maka habuan itu akan di terima tukang ramal sebagai imbuhan. Ini satu tipu muslihat yang sangat nyata dan boleh mendatangkan keuntungan besar tanpa sebarang usaha sendiri. Apa yang perlu di buat hanya cuba yakinkan pengunjung dengan jampi serapah dan demonstrasi untuk dapatkan pengaruh dari manusia bodoh itu.  

MENGAPA kita ambil selain Allah swt untuk dapatkan perlindungan itu!!!!! Kuasa Allah swt yang nyata dan terang itu kita tidak nampak tetapi yang tidak pasti dan palsu itu kita begitu yakin dan taat. Kita terpedaya dengan dakyah jin dan syaitan itu yang cuba menyamar untuk tunjuk kuasa. Mengapa Allah swt yang tidak pernah terlena dan sentiasa berjaga ini tidak kita serahkan diri untuk dapatkan perlindungan iti. Lihatlah kuasa "air, api, angin dan tanah" itu yang di miliki Allah swt untuk kita ambil "taufik dan hidayah" nya. Siapa kah yang mempunyai kuasa di atas empat anasir alam ini. Kuasa "langit" dan "bumi" ini di kuasai Allah swt untuk memberi manfaat dan juga bencana. Jika kita tidak pernah mahu bersyukur dan berterima kasih kepada Allah swt, kuasa "langit" dan "bumi" ini akan datang mengancam manusia walau di mana saja kita berada.

Kehendak Allah swt ini boleh kita pengaruhi dengan doa permintaan yang kita minta kepada Nya. Ilmu "doa" ini yang tidak banyak manusia mahu belajar dan menuntut. Cara memohon "doa" ini perlu kita ketahui untuk dapatkan kesan nya. Doa permintaan bukan "huruf dan suara" yang di sebut dengan perkataan. Sebab Allah swt telah kabulkan "doa" segala "makhluk" nya setiap detik dan waktu, baik yang "kafir" atau yang "muslim". Sebab "perasaaan" dan "ingatan" manusia itu adalah "wajah" yang memohon "doa" untuk di makbulkan tanpa sebarang syarat ketuhanan. Doa yang "kafir" dan "kurafat" ini sebenar nya tetap di makbulkan Allah swt kerana kebodohan mereka sendiri. Sebab "ilmu" ketuhanan hanya di beri kepada sesiapa yang di kehendaki sahaja untuk dapatkan "petunjuk" itu. Segala gala yang ada di "langit" dan "bumi" ini adalah milik Allah swt dan apa juga yang mereka sembah akan perlu gunakan "perasaan" dan "ingatan" itu yang akan menghadap hanya kepada Allah swt tanpa pengetahuan mereka yang bodoh ini.

Jadi yang "kafir" dan yang "kurafat" ini sebenarnya akan tetap meminta kepada Allah swt tanpa "keikhlasan" yang sejati. Soal "keikhlasan" ini yang menjadi ukuran baik yang "kafir" atau yang "muslim" itu. Apa guna kita itu "muslim" tetapi "keikhlasan" kita masih berpaut kepada selain Allah swt. Walaupun kita "sujud" di atas tikar sembahyang, tetapi "perasaan" dan "ingatan" kita entah kemana. Jadi "keikhlasan" ini perlu kita cari dan tuntut dengan "ilmu" pengetahuan. Istilah "menyerah diri" ini perlu kita curahkan sebagai seorang hamba yang "daif, fakir, hina dan lemah" untuk dapatkan jawapan dari kehendak dan ketentuan Allah swt. Maka apa juga keputusan yang kita terima dari jawapan Allah swt, kita perlu rasa "keinsafan" dan "kesyukuran" itu. Bukah kah "ihsan" Allah swt itu akan datang kepada kita dan bukan kita yang pergi kepada Nya. Sebab kita akan pasti tersesat jalan jika kita "tentukan" sesuatu dengan andaian dan tanggapan kita sendiri.

Jadi soal "menyerah diri" kepada Allah swt ini adalah "ilmu" agama "Islam" yang patut kita amalkan dengan contoh tauladan yang di tunjukkan Rasulullah sebagai utusan itu. Kita patut "menyerah diri" seperti seorang yang "BUTA" dan tidak dapat melihat satu apapun untuk di iktiraf sebagai Tuhan untuk di serahkan "perasaan" dan "ingatan" kita itu. Allah swt lah yang akan datang untuk mengambil "persembahan" kita itu apabila kita "menyerahkan" kepada Nya. Bukan kah itu lebih mudah bagi Allah swt dan amat sukar bagi kita. Kita hanya lakukan apa yang di suruh dan mengharapkan "belas kasihan" Allah swt agar menerima nya. Siapa kita untuk "tentukan" yang "hakikat" itu kerana kita belum pernah pasti kebenaran nya. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui. "Kewujudan" Allah swt itu perlu kita pastikan bertapak di dalam "perasaan" dan "ingatan" kita. Di mana Allah swt bukan urusan kita untuk memastikan nya sebab "ILMU" Allah swt itu sudah cukup untuk kita serahkan harapan kita.