Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Rabu, 30 April 2014

Ateisme

Walaupun "ateisme" adalah satu fahaman yang berpegang teguh dengan teori logik fikiran akal, fahaman itu masih memerlukan daya kekuatan "kepercayaan" atau "iman" untuk di jadikan pegangan. Telah menjadi fitrah semula jadi setiap manusia yang berakal untuk "beriman" kepada sesuatu yang di percayai. Sebab daya ingatan kepercayaan "iman" ini tidak semesti nya satu bukti pada hakikat kebenaran nya. Kita boleh "percaya" kepada sesuatu yang di sogok dengan teori pendapat dan tanggapan. Bukti dan fakta atau juga teori dan pendapat masih memerlukan "kepercayaan" untuk di terima pakai. Walaupun di sogok dengan bukti dan fakta, apa yang di tunjukan perlu di percayai sebagai satu asas kebenaran. Tetapi itu tidak bermakna bukti dan fakta itu adalah shahih dari hakikat nya.

Apabila ahli pisik yang terkenal seperti Stephen Hawking dan Richard Dawkins membuat kenyataan bahawa alam ini tidak memerlukan Tuhan untuk di cipta, golongan "ateis" ini begitu gembira untuk bersorak keriangan konon nya mereka berada di pihak yang lebih benar. Memang benar kenyataan ahli pisik itu bahawa alam maya ini tidak memerlukan ciptaan dan pengurusan Tuhan. Sebab Tuhan tidak perlu melakukan nya sendiri seperti seorang "mekanik" yang menjaga jentera. Kehebatan Tuhan sangat luar biasa kerana segala gala nya di alam ini akan bergerak sendiri tanpa perlu Tuhan mengurus nya. Sistem Tuhan amat universal sehingga kan Dia tidak perlu campur tangan untuk mengurus suasana alam. "Takdir dan nasib" (Fate and Destiny) atau Qada' dan Qadar ini yang mengurus segala pentadbiran alam maya ini dengan  kuasa "sebab dan musabab" di di turunkan sebagai penyebab (attribution)

Jika kita beranggapan bahawa "Tuhan" ini sama seperti "manusia" atau "makhluk" yang perlu memberi "tumpuan" kepada segala urusan di bawah pentadbiran Nya. Allah swt tidak perlu buat begitu sebab Dia mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan yang tidak memerlukan "pengurusan" dan "pentadbiran" kepada segala apa yang telah di ciptakan Nya. Jika kita fahami bagaimana Allah swt mulakan segala gala yang ada di sekeliling Nya, kita akan memahami bahawa "ilmu" Allah swt sangat luas sehinggakan tidak ada sesuatu apa pun boleh terlepas dari pengetahuan Nya. Kuasa "sebab dan musabab" ini telah di turunkan kepada alam maya ini untuk berdikari. 

Golongan saintis seperti Stephen Hawking dan Richard Dawkins ini telah di "taja" oleh para konglomerat yang mempunyai aset berbillion dollar. Konglomerat ini menguasai semua "ekonomi" dunia dari "dadah, musik, fesyen, perubatan, teknologi, perjudian, pelacuran, senjata, perhambaan, dan banyak lagi. Mereka akan kerugian besar jika "manusia" mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Sebab dengan "iman" itu manusia tidak akan pergi mengisap dadah dan minum arak, manusia tidak akan pergi pusat pelacuran. Manusia tidak akan berjudi. Manusia tidak akan memakai pakaian yang menjolok mata. Manusia tidak akan berperang antara satu kaum dengan yang lain. Kebanyakan para saintis yang pro ateis ini mengeluarkan kenyataan "teori" ini untuk menjual buku buku demi mengutip keuntungan besar. "Teori" mereka di iktiraf sebagai "fakta" tanpa sebarang kepastian. Sesiapa saja boleh membuat "teori" sebagai satu pendapat. "Konspirasi" ini adalah satu penipuan besar untuk menyesatkan umat manusia. Ia telah bermula dengan "teori" evolusi" di mana manusia di katakan datang dari "beruk" dan sehingga sekarang "teori" ini telah di anggap sebagai "fakta" dan di sebarkan kepada anak anak kecil di sekolah untuk mempengaruhi minda fikiran mereka agar berkelakuan seperti binatang. Kebanyakan para saintis ini tergesa gesa untuk buat kenyataan demi merebut "Nobel Prize" yang sangat di impikan. Mereka selalu melampaui bukti sebelum fakta nya. (Evidence before the Fact) "Teori" yang mereka pegang sebagai fakta akan di mansuhkan jika menemui "teori" baru yang menyangkal pendapat terdahulu. Itulah mengapa apa saja yang mereka temui masih di gelar "teori" dan tidak ada yang di katakan "fakta" sehingga ke hari ini.

Para saintis di seluruh dunia ini masih belum teroka alam maya ini sepenuh nya. Mereka hanya baru memcapai 4% sahaja dan 96% dari alam maya ini masih belum di kenal pasti. Bagaimana para saintis ini sudah boleh membuat keputusan untuk merumuskan sesuatu "teori" sebagai "fakta" kenyataan?????? "Dark Matter" masih menjadi teka teki mereka, "Cosmological Constant" dan "Graviti" masih menjadi kajian yang tidak terjawab. E=mc2 masih menjadi satu kajian yang berlarutan sehingga berkurun lamanya.    

Kuasa "graviti" yang masih menjadi mimpi kepada semua para santis terkemuka di dunia ini  tidak dapat di kenal pasti asal usul nya. Kuasa "graviti" lah yang menjadikan segala gala yang berbentuk dengan saiz nya dan mengumpul agar tidak terlerai. Jika kuasa "graviti" ini di hapuskan serta merta, segala apa yang terbentuk akan berkecai dan mereput. Penyakit dan kuman virus yang berjangkit hanya menjadi ujian makmal untuk cari penawar nya. Sedangkan Stephen Hawking sendiri tidak berupaya untuk mengubati penyakit kronik nya yang lumpuh sehingga perlu bergerak dengan kerusi elektronik. 

"Ateisme" adalah satu golongan yang bukan mempunyai "kebijaksanaan" atau "intelligent" person. Mereka sebenar nya membuat satu "pilihan" untuk mempercayai satu fahaman demi kepentingan peribadi sendiri. Inilah apa yang akan terjadi apabila manusia menjadikan hawa "nafsu" mereka sebagai "tuhan" yang di patuhi. Jasad tubuh yang mereka agungkan akan susut nilai dan mereput. Akal fikiran mereka tidak dapat mengatasi hukum kehendak kudrat dan iradat yang telah di tetapkan. "Jiwa" dan "ruh" yang mereka pertikaikan sudah menjadi satu fakta hakikat kebenaran. Mereka telah istiharkan bahawa "energy can never be created or destroyed, but it can changed form"  dan "holographic principle" yang mengatakan "entropy" boleh mengubah "energy" menjadi "waste" di mana "thermo dynamic principle"  boleh jadikan "heat to do the work" di mana "black hole" itu akan ada serpihan yang tertinggal untuk "energy" itu kekal dengan sendiri nya.

Jika kita renung apa yang sains itu sendiri wartakan, kita akan dapati bahawa "Tuhan" boleh wujud dengan sendiri nya tanpa memerlukan bantuan dari satu apapun. Itulah mengapa golongan "ateis" ini bukan golongan yang cerdik pandai. Mereka sebenarnya ibarat "debu" yang di tiup angin dan bertebaran tanpa haluan yang pasti. 

Edit 11.11.14

Hujah mereka "nothing can become something" tanpa sebarang "pencipta" cuba di putar belitkan. Sebenar nya "kosong" (nothing) itu adalah zarah "partikel" yang masih di bawah paras "sesuatu" (something). Sebelum kosong "0" ini menjadi "1" yang boleh di iktiraf sebagai "sesuatu" yang wujud di realiti perlu di semak dengan penelitian yang rapi. (Baca Si Buta Si Bisu dan Si Pekak) Sebab apabila permulaan segala kejadian alam ini bermula, cahaya "nur" (first bright light) yang turun untuk membuka "ruang" yang kosong (empty space) itu telah menyebarkan "partikel" ini yanag sangat halus di dalam kegelapan "ruang" yang kosong itu. Serpihan radioaktif (radioactive decay) dari cahaya "nur" itu sebenar nya adalah logam besi "qursani" yang bersepai halus keseluruh "ruang" untuk membuka dan mengembangkan nya. "Dark matter" dan "cosmological constant" yang terkumpul di dalam "ruang" yang kosong itu "sesuatu" yang tidak boleh di nafikan semua pakar saintis yang terkemuka itu. Maka serpihan besi "qursani" ini yang perlu di kumpul "graviti" yang mencari segala "berat muatan" di "ruang" yang kosong itu.

Dalam kajian sains kerohanian, cahaya "nur" itu adalah makhluk pertama yang di katakan "ilmu" untuk di sebarkan. Sebab setiap makhluk yang terjadi akan memerlukan "ilmu" ini untuk dapatkan "kefahaman" melakukan apa saja tugas atau fungsi untuk "wujud" di alam realiti ini. Sebab apa juga yang "wujud" perlu ada fungsi nya dan fungsi ini memerlukan "ilmu" untuk di laksanakan. Maka "partikel" yang halus ini dari serpihan besi "qursani" ini akan terkumpul dengan "graviti" tarikan bumi. Jadi apabila Tuhan mengatakan Dia menjadikan "bumi" dahulu dan di pisahkan menjadi "langit" dengan "asap" (dukhan) tidak daapat di pertikaikan. Walupun Tuhan juga berkata Dia jadikan "langit" sebelum "bumi" juga adalah satu tu fakta kenyataan yang tidak bercanggah kerana selepas kejadian "pertama" akan berlaku kejadian selanjutnya di mana terbentuk nya "dunia" atau "bumi" kita sekarang. Jadi "bumi" atau "dunia" (earth) ini adalah sesuatu yang baru terbentuk setelah "bumi" cahaya "nur" yang pertama itu.

Jika kita kaji kejadian sains kerohanian ini kita akan begitu kagum dengan kebesaran Tuhan yang Maha Pencipta ini. Sebab Allah swt tidak tertakluk pada "ruang" dan juga "waktu" ini. Jadi Allah swt tidak akan di kesan di dalam "ruang" yang golongan saintis dan "ateis" cari untuk dapatkan "bukti" ada nya Tuhan. Apabila zarah "partikel" yang halus itu mereka nafikan sebagai "kosong" (nothing) sebelum nejadi "sesuatu" (something), maka kita jangan terkeliru dengan dakyah mereka. "Partikel" ini tidak pernah di nafikan oleh semua para saintis yang terkemuka.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan