Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Ahad, 30 Disember 2012

Pinjaman Masa

Mati sebelum "ajal" adalah satu fakta yang telah di buktikan. Mungkin kita tidak memahami sistem "jangka hayat" ini yang selalu kita gunakan  dengan "pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh" ini. Apabila "ajal", "rezeki", "buruk" dan "baik" itu sudah di tetapkan pada kiraan dan ukuran yang tepat dan pasti, maka "jarak" itu akan menjadi satu "tempahan" yang akan kita lakukan. Apabila satu hari sudah di tetapkan dengan 24 jam nya, maka "jangka hayat" untuk hidup dan mati pada hari itu akan berlaku. Kita akan bangun untuk "hidup" dan tidur untuk "mati" pada setiap hari.

"Pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh" ini akan menjadi asas keperluan setiap yang "bernyawa" seperti kita ini. Sebab "nyawa" ini ibarat "pohon" yang tumbuh dan gugur "daun" nya. Apabila "nafas" itu perlu di tukar setiap berkala, dan oksigen itu di salurkan dari "daun" pada setiap "pohon" yang ada, kita telah terlepas pandang apakah maksud semua ini.

Apa yang di cipta Tuhan di alam semula jadi di ganti dengan reka bentuk ciptaan manusia untuk di puja dan di puji. Mengapa kita tukar benda yang "hidup" pada sesuatu yang "mati" di sekeliling kita. Udara yang dulu nya bebas bertukar untuk kita bernafas di kepung rapat supaya tidak keluar untuk di cemari. Kita kuburkan diri kita ini di dalam satu "ruang" agar kita "mati" di situ dari terima segala nikmat yang ada. Udara yang percuma kita bayar dengan sesuatu yang palsu.

Ini yang di katakan "sophisticated" yang canggih dengan "kepandaian" dan "kebijaksanaan" yang di sanjung tinggi. Apakah "artificial intelligent" itu satu "nikmat" yang membawa kesejahteraan hidup kita. Bukan kah itu satu "pinjaman masa" yang sementara yang kita cagar dengan gadaian pada "lanjutan tempuh" yang kita terima setiap hari. Kita seksa jasad tubuh kita itu dengan "artificial intelligent" yang di cipta manusia itu sendiri sehingga kita "mati" bertemu "ajal" dengan ancaman nya.

Apakah "nikmat" itu boleh kita rebut tanpa perlu melalui "kesengsaraan" itu. Apakah kesenangan itu boleh kita nikmati dengan "jarak" yang lebih panjang dari kesusahan itu. Apakah benar kita tidak pernah tergesa gesa dan lupuskan  "masa penantian" pada "kesabaran" untuk mengejar kenikmatan. Apabila "kesabaran" di tamatkan serta merta, kita akan masuk di "pinjaman masa" yang akan mendatangkan kerugian dan kerosakan.  



Jangka hayat yang telah di tentukan untuk setiap manusia itu sebenar nya sama rata, iaitu seteguk "nafas" yang perlu di ganti pada setiap ketika. Di sini lah hidup nya "pohon nyawa" yang daun nya akan tumbuh dan gugur pada ketika tertentu. Bukan kah ada manusia yang hidup lama dan ada juga yang mati setelah bernafas dalam seketika saja. Jadi Tuhan itu Maha Adil dalam memberi nikmat nya. Tidak sesiapa boleh pertikaikan di akhirat nanti.

"Lanjutan tempoh" dan "pinjaman masa" di tadbir oleh dua kuasa yang berbeza. "Lanjutan tempoh" selalu nya di hulurkan oleh "ruh" kita semasa ia keluar untuk mendapatkan lanjutan itu di waktu manusia itu sedang tidur. Baca lah cerita kami "Kembara Tidur" untuk mengetahui perjalanan itu. Dan "pinjaman masa" di hulurkan oleh "syaitan" yang mempunyai jangka hayat yang tidak di ukur oleh masa. Disini lah segala misteri itu akan bermula.

"Pinjaman masa" ini agak rumit untuk di jelaskan dengan penuh terperinci. Ia berkait rapat dengan keinginan kita semasa kita menjalani hidup di muka bumi ini. Jangka hayat kita akan susut nilai apabila telah di gunakan oleh hawa "nafsu" dan ia akan meningkat apabila di tambah nilai oleh ingatan "iman" kita. Ukuran pada dacing "jangka hayat" yang di imbangi "nyawa" bergantung kepada hawa "nafsu" dan ingatan "iman" untuk kesejahteraan nya. Ini hanya tertumpu kepada "identiti" diri yang akan di jadikan. Ini tidak ada kaitan dengan jasad tubuh kita.

Jasad tubuh kita hanya lah pakaian yang di gunakan "nyawa" dengan tenaga hawa "nafsu" dan ingatan "iman" untuk pembikinan "identiti" diri nya sendiri. Jasad tubuh hanya bahan yang di persembahkan untuk lakonan watak yang akan di pamirkan "identiti" diri kita itu. Tentu nya tangapan bahawa jasad tubuh itu pakaian yang sesuai untuk di tayangkan di khalayak ramai, bukan perangai budi perkerti yang tersembunyi di "identiti" diri. "Lanjutan tempoh" adalah untuk "nyawa" dan "pinjaman masa" adalah untuk jasad tubuh.

Di sinilah manusia itu akan cuba untuk mendapatkan "pinjaman masa" untuk jasad tubuh itu. Jasad ini akan mereput dan lemah setelah menjalani "jarak" dan "kelajuan" yang di lalui. Nikmat yang akan jasad tubuh itu "rasa" adalah keupayaan yang akan di cari di merata alam. Bentuk tubuh dan "muka" akan di sanjung seperti dewa yang di sembah. Di sinilah manusia menyorok di celah kegelapan untuk bertafakur dengan guru amalan mistik atau pakar bedah dengan suntikan "susuk" dan "kimia" untuk pertahankan dan tingkatkan bentuk dan "muka" jasad tubuh itu.

Jarak masa yang kita lalui ini mempunyai dua tenaga yang berbeza. Kuasa abadi atau "perpetual force" dan kuasa emparan atau "centrifugal force" adalah di mana "sebab dan musabab" dan "takdir dan nasib" itu bertembung untuk jadikan realiti. Di sini lah manusia mengunakan "pinjaman masa" dengan kuasa emparan "centrifugal force" dari "sebab dan musabab" untuk lajak melepasi kuasa abadi "perpetual force" yang di jana "takdir dan nasib" mengikut aliran yang di tetapkan.

Bukan kah Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya? Kita akan sentiasa di dalam kedhaifan jika kita sendiri tidak mahu bertindak memajukan diri. Di sinilah kita manusia perlu bijak mengatur langkah untuk mengunakan "masa" yang sedia ada. Membuat "pilihan" dengan hawa "nafsu" dan mencari "peluang" dengan ingatan "iman" adalah hijab kabul yang perlu di gunakan setiap manusia di atas meja dunia ini di mana "hukum hudud" itu di tadbir.

"Pilihan" yang kita buat bukan satu "perintah" yang akan di kuat kuasakan "takdir" tetapi hanya satu "tempahan" yang di harapkan. Di sini lah ingatan "iman" perlu mencari "peluang" dengan "ilmu" yang hakikat untuk mendapat sijil halal yang di keluarkan agama. Setiap permintaan adalah satu permohonan yang perlu menurut ukuran masa di mana "kesabaran" di perlukan di dalam ruang masa menanti atau menunggu. Sebab Tuhan akan mengkabulkan sesuatu dengan daya usaha kita sendiri dan bukan "magik" yang timbul kan sesuatu dengan sekelip mata kerana kita telah di ikat dan di ukur oleh "masa".Di sini lah manusia gelisah untuk mempercepatkan masa menanti untuk merasa nikmat dan lari untuk dapatkan "pinjaman masa" dengan menuntut kepada "syaitan". Ini lah kuasa emparan yang kita "kayoh" dengan lajak ligat untuk sampai kepada nikmat yang di rampas dengan "sijil haram" yang di keluarkan "syaitan".

Kita manusia berhak mengunakan kuasa "lepas bebas" atau "free will" yang di beri untuk membuat pilihan untuk keinginan hawa "nafsu" kita. Di sini lah di mana manusia melepaskan diri untuk menghadapi sendiri uji dan silap atau "trial and error" tanpa bimbingan "ruh" yang sentiasa di situ untuk menyalurkan bantuan. Bantuan "ruh" selalu nya di salurkan dengan satellit "akal" di mana ingatan "iman" kita menyimpan segala memori "ilmu" yang di percayai dengan keyakinan. Tetapi "ruh" tidak akan mentaati kita jika kita memilih sekutu selain dari diri nya.

Di sini lah "syaitan" datang mengambil alih untuk cemarkan "identiti" kita menjadi selain dari manusia yang sebenar nya manusia. Apa kah kita sudah pasti budi perkerti dan perangai kelakuan yang sedia ada itu adalah sifat manusia yang sebenar nya? Di manakah sifat manusia yang sebenarnya? Bukan kah Nabi Besar kita pernah tunjukan sifat2 itu? Sifat2 mulia yang tidak seorang manusia pun pernah tandingi di atas muka bumi ini. Boleh kah kita sumbatkan roti yang sudah di kunyah lumat dan suapkan ke dalam mulut seseorang Yahudi buta yang memaki hamun dan mencaci cerca keperibadian beliau di khalayak ramai? Bolehkah kita mendoa kan seseorang itu agar di ampuni Tuhan setelah kita di pukul sehingga berdarah?

Siapa kah lelaki yang bernama Muhamad itu? Kita membawa deoyxribonucliec acid dari baka Nabi Muhamad dan Nabi Ibrahim. Bukan kah kita menyebut nama2 ini di setiap kali kita mengadap Tuhan? Tapi apabila kita cemarkan baka itu dengan baka syaitan untuk menjadi "identiti" diri kita, kita bukan lagi baka yang suci untuk kita pamirkan di padang masyhar. Setiap daki dosa itu boleh di cuci untuk hilangkan segala kekotoran itu. Cari lah jalan keluar untuk menjadi manusia yang sebenar benar nya manusia.

Bayang bayang Rasulullah berada di merata tempat yang perlu kita cari. Bila kita bertemu dengan seseorang baik sesiapapun, kita akan mengharap Rasulullah akan wujud di situ. Bukan kah kita akan inginkan "kejujuran" dari sesiapa saja yang kita jumpa? Bukankah kita mengharapkan "keikhlasan" dari diri orang yang kita temui? Bukan kah kita mencari "ketulusan dan kebenaran" dari setiap sudut? Pasangan kekasih, suami isteri, ibu bapa, adik beradik dan juga sesiapa saja, kita akan mengharapkan SIFAT SIFAT Nabi besar kita Rasulullah itu!!!!!!!

Jadi Rasullulah wujud di mana mana walaupun dalam diri orang yang bukan Islam apabila mereka mempunyai sifat sifat ini. Mereka "muslim" dari naluri semula jadi apabila sifat Nabi itu di salurkan dan tertakluk kepada kudrat kebesaran Allah swt yang mereka perlu patuh dengan taat tanpa "keikhlasan" yang sepatutnya di lakukan dengan nama Allah swt. Mereka "muslim" dan akan menyerah diri kepada kuasa yang Maha Pencipta kita tetapkan. Jadi apa gunanya kita mengaku kita orang Islam bila kita tidak mempunyai sifat sifat Nabi? Tidak guna bersarban dan berjanggut!!!!!!!

Apa yang patut di ketengahkan adalah sifat sifat Nabi yang "JUJUR,IKHLAS,BENAR,BIJAK, TULUS,PENGASIH,BAIK SANGKA,PEMURAH,PENYAYANG" dan lain lain. Ini lah yang patut di amalkan setiap manusia. Kebanyakan musibah dan kemungkaran berpunca dari sifat sifat yang bukan dari sifat Nabi. Apabila "penipuan, keangkuhan, ketamakan, kesombongan, kerakusan, kemarahan, kebencian, keganasan menjadi lakonan perilaku manusia. Tuhan akan menghukum mereka yang tidak mempunyai sifat sifat Nabi ini dengan seksaan yang nyata di realiti.  

Sebab itu kita boleh melihat kaum kafirin yang kebanyakan nya maju dan berjaya kerana mereka mengunakan sifat sifat Nabi yang tertentu untuk menuntut "HAK" kepada Allah swt. Mereka telah mengunakan "akal" mereka untuk mendapatkan saluran satelit dari "ruh" untuk majukan bumi sebagai "khalifah". Mereka telah menuntut kepada Allah swt untuk mengubah nasib mereka. Tuhan telah berjajnji akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka sendiri mahu mengubah nya.

Kebebasan ini telah di beri kepada setiap insan yang hidup tidak kira apa kepercayaan mereka anuti. Segala "AGAMA" yang ada di atas muka bumi ini bermula dari ISLAM dan berpecah menjadi golongan yang tertentu. Hanya ISLAM yang tulin yang menyerah diri dengan penuh rela dan keikhlasan kepada ZAT yang Maha Berkuasa akan di beri ganjaran SHURGA. Jika shurga ini mereka ingin kecapi di atas muka bumi ini dengan segera, mereka di beri kebebasan untuk buat "pilihan" itu seperti mana kaum kafirin itu menjadikan syurga "artificial" mereka dengan mendurhakai Tuhan. Ini lah "PINJAMAN MASA" yang di ambil dari syaitan yang mempunyai "jangka hayat" yang lebih panjang dan tidak di ukur oleh masa. Namun "pinjaman masa" ini ada tamat tempoh nya di mana jiwa kita akan di GADAI sebagai cagaran.

Tetapi umat ISLAM yang sejati yang di beri RAHMAT yang di bawa Nabi besar kita Rasullulah. Rahmat ini menakluki seru sekian alam. "Nyawa" akan di bersihkan dengan SUNNAH Nabi di mana hawa "nafsu" telah di "sunnatkan" untuk memiliki Sifat Nabi supaya dapat mengunakan "akal" yang bersih untuk berurusan dengan "ruh" yang suci, seperti mana Nabi mendapat "wahyu" dari malaikat Jibril.  Nabi besar kita telah membawa RAHMAT untuk memberi "LANJUTAN TEMPOH" kepada umat nya yang ingin merasai sesuatu yang berkekalan. Ini lah rahsia Nabi Muhammad yang kebanyakan kita tidak ketahui. 

Sifat sifat Nabi jika kita gunakan akan membawa kesan yang berpanjangan pada hidup di bumi ini sehingga kita mati dan ke SYURGA nanti. Walaupun kita telah mati, sifat sifat Nabi yang kita amalkan semasa hidup akan menjadi "PELABURAN" yang kekal abadi sampai bila bila. Yang JUJUR tidak akan pernah di caci. Yang BENAR akan di sanjung. Yang IKHLAS akan di kenang. Yang BIJAK akan menjadi ikutan. Yang TULUS akan di hormati. Ini lah janji Nabi kita Muhammad.

Cinta kita kepada Nabi bukan bergendang di dalam masjid!!!!!! Bukan riuh terpekik di corong microphone. Buktikan cinta itu dengan mengisi sifat sifat Nabi di dalam diri kita. Senyum pada orang yang benci, Bantu orang yang susah, Ajar orang yang bodoh, Sabar pada orang yang marah, Redha bila terima musibah, Syukur bila berjaya, Insaf bila berpangkat.

Edit 26.6.14

"Jangka hayat" jasad tubuh kita hanya dapat bertahan sehingga menjangkau 100 tahun ukuran masa di bumi ini. Tetapi "maut" itu akan datang menimpa jasad tubuh kita sebelum masa itu jikalau kita abaikan tangung jawab kita untuk kesejahteraan nya. Banyak yang mati dengan membunuh diri kerana "putus asa" dan 'kecuaian" mereka sendiri. Tetapi ada juga yang menambah nilai "jangka hayat" jasad tubuh nya dengan suntikan "botox" dan "bahan kimia" yang tertentu. Mereka "bunuh" kulit tubuh mereka agar kelihatan kekal "beku" seperti mengawet bangkai yang mati.  Jadi "jasad tubuh" kita ini sebenarnya boleh di beri "pinjaman masa" jika kepentingan itu masih perlu. Dulu mungkin ada yang mengunakan "susuk" untuk kecantikan rupa bentuk. Tetapi sekarang manusia mengunakan "topeng" untuk tujuan itu. 

Apakah benar "ajal" itu di tangan Tuhan???? Apakah Tuhan yang menentukan esok atau lusa kita akan mati atau berpuluh tahun lagi??? Bukan kami cuba menafikan kekuasaan Maha Berkuasa. Tetapi perkataan "ajal" itu mungkin telah di salah erti atau mengelirukan. Riwayat hidup kita telah pun tertulis di kitab Lukh Mahfuz dari lahir hingga mati. Jadi Tuhan sudah tahu bila kita hidup dan bila kita mati dari kuasa "sebab dan musabab" yang telah di turunkan kepada empat  anasir alam maya iaitu "air, api, angin dan tanah". Jika kita gagal menempuh cabaran empat anasir alam ini, "jasad tubuh" kita akan susut nilai dan mereput. Tetapi bukan kah kita selalu pergi menghadap Tuhan untuk dapatkan sumber kehidupan dari "bumi" ini. Bukan kah kita selalu berdoa kepada Nya??? Apakah "lanjutan tempuh" itu tidak mungkin terjadi atau di perkenankan Tuhan???? Memang benar Tuhan menghidupkan dan mematikan dengan kekuasaan Nya yang Maha Besar. Tetapi kita perlu lebih memahami keadaan ini supaya kita tidak salah sangka dengan apa yang berlaku. 

Kita hidup hanya dengan satu "nafas" sahaja yang di tukar ganti setiap berkala oleh bumi. Tetapi satu "nafas" kita hanya 8 saat sahaja sedang satu "nafas" yang Tuhan berikan semasa "ruh" itu di tiupkan berlanjutan sehingga ke akhir hayat. Jadi hubungan "ruh" dengan "jiwa" kita itu yang menentukan "jarak" kehidupan kita ini pada bumi. Jadi apakah "ajal" itu agak nya yang akan kita jumpa di satu ketika nanti. "Nafas" kita yang terakhir itu berada di hujung hayat semasa "nyawa" kita akan berpisah dengan jasad nya.  Perpisahan itu berlaku kerana "ruh" kita tidak lagi dapat atau mahu menuntut "lanjutan tempuh" dari "bumi" ini. "Lanjutan tempuh" ini mungkin di batalkan kerana "pinjaman masa" yang tertonggak dengan "masa penantian" yang perlu kita lalui di bumi ini dan alam barzakh nanti. Sebab yang "mati" hanya jasad tubuh dan "nyawa" hanya "masa" yang di gunakan oleh "ruh" kita semasa "jangka hayat" itu di bumi ini. Mungkin "identiti" diri kita yang telah kita reka bentuk itu sudah tiba masa nya untuk pergi ke satu lagi alam kehidupan yang lain di "masa penantian" yang lebih hebat. "Masa penantian" ini wajib kita lalui dengan "kesabaran" semasa hidup di bumi ini dahulu. "Lanjutan tempuh" yang di salurkan bumi perlu melalui jarak "masa penantian" yang di tetapkan.

"Masa penantian" ini adalah satu ruang yang perlu di lalui semasa kita sedar. Mungkin kita terlalu taksub dengan alam kenyataan ini sehingga kita abaikan alam "masa penantian" ini. Iblis dan syaitan juga mempunyai kepentingan di alam "masa penantian" ini sehinggakan mereka sanggup melabur dengan "pinjaman masa" untuk matlamat nya di alam ini. Sebab kita akan di pisahkan di antara "sijjin dan illiyin" di "masa penantian" ini sebelum hari perhitungan. Masih ada tugas yang boleh kita lakukan di situ semasa menunggu hari kebangkitan walaupun amal perbuatan kita tidak akan di hisab dengan dosa dan pahala lagi. Tetapi "ganjaran" daripada segala "ilmu" yang kita perolehi masih "aktif" di lanjutkan. Hidup di alam ini lebih hebat kerana tidak perlu tidur dan makan untuk bertugas.

Jadi apakah sebenar nya "mati" dan "ajal" ini????  "Lanjutan tempuh" yang di beri perlu seimbang dengan percaturan "masa penantian" yang tidak boleh di usik dengan "pinjaman masa". Konflik inilah yang sering bergolak di dalam jiwa kita di sebalik jasad tubuh itu. Apa yang kita isikan di dalam jasad tubuh kita itu dari sumber khazanah "bumi" perlu melalui sumber yang halal dan sah. "Lanjutan tempuh" yang di hulur "bumi" perlu di ukur dengan ketetapan "masa penantian" dari "jangka hayat" kita. Jika "masa penantian" itu di batalkan dengan "pinjaman masa" maka "bumi" akan bertindak untuk merampas kembali "hak" nya.  Banyak yang masih hidup tetapi jasad tubuh nya sudah mati dan menjadi bangkai. Mayat hidup atau "zombie" ini boleh kita lihat berkeliaran. Kita sebenarnya pernah "mati" di setiap hari semasa kita sedang tidur dan di ketika tertentu semasa masih sedar. Kita hidup apabila kesedaran "akal" kita masih aktif penuh tumpuan. Jika kita hilang "ingatan" ini, kita sebenarnya tidak wujud di situ lagi. Yang "khayal" dan "mabuk" tidak hidup di alam nyata ini walaupun jasad mereka berada di situ. Inilah "zombie" yang berkeliaran itu dan mereka yang memakai "topeng" muka kesana sini.   

Jangan lah kita salahkan Tuhan apabila berlaku sesuatu musibah yang menimpa. Kematian yang berlaku bukan kerana Tuhan yang bunuh dengan "ajal" yang di tetapkan. Tetapi ada "sebab dan musabab" yang melakukan semua itu dan "ruh" mereka itu sudah tahu dan bersedia untuk pergi ke tempat itu dengan sebab yang tertentu. Mungkin "jiwa" hawa "nafsu" yang berpaut di jasad tubuh masih ghairah untuk bertapak lagi di bumi ini, tetapi ingatan "iman" dan "ruh" nya mungkin mempunyai "pilihan" yang lain untuk berada di alam yang lebih kekal.  Itulah mengapa kita terpaksa sentiasa mengharapkan "belas kasihan" dan "kasih sayang" Tuhan. Kita hidup dan mati dengan "ehsan" Nya. Jika "nikmat" itu kita terlepas dalam sesaat pun, kita akan hilang "peluang" itu dalam sekelip mata. 

Tetapi jangan kita lupa bahawa Iblis dan syaitan juga telah di beri "izin" untuk melakukan bencana dan musibah hidup. Mereka juga mempunyai kepentingan untuk jadikan kita manusia "teman hidup" mereka. Ini di lakukan dengan memberi "pinjaman masa" yang kita ambil dengan cagaran "jiwa" untuk mereka gunakan sebagai habuan. Hawa "nafsu" kita akan di jadikan "qarin" sebagai kembar mereka. Adakah ini salah satu sebab "jasad tubuh" itu "mati" dengan "ajal" nya sehingga "ruh" itu merajuk meninggalkan pergi???  Mungkin kah perkampungan "sijjin dan illiyin" itu yang menjadi tuntutan oleh jiwa kita yang telah di tetapkan. Dimana pergi nya hawa "nafsu" itu dan di mana pergi nya ingatan "iman" itu setelah kita mati. Mereka akan terpisah di perkampungan ini semasa di alam barzakh nanti. 

"Mati" sebenar nya hanya pada jasad tubuh kita. Bukan "nyawa" atau "ruh" yang terhapus dan lenyap. Ini sangat perlu kita ketahui untuk memahami "jangka hayat" kita. Kita masih boleh bernyawa walaupun jasad tubuh kita sudah "mati" atau sebahagian dari nya. Inilah apa yang kami ceritakan dalam novel "Pontianak" kami. Jasad yang telah menjadi "bangkai" atau "mayat" telah hilang daya tarikan "graviti" nya sehingga jasad tubuh itu terlerai dan mereput. Itu lah mengapa "jin dan syaitan" yang mengunakan "mayat" ini di sumpah oleh "bumi" tidak boleh memijak "bumi" lagi. Jika sesiapa yang pernah ternampak "hantu", perhatikan "hantu" itu tidak akan memijak "bumi" dan hanya boleh melayang di pemukaan. 

Orang yang mencuri dan melakukan pengkhianatan kepada orang lain dengan mencari "jalan pintas" sebenarnya mengunakan "pinjaman masa" ini dari "jin dan syaitan" yang menaja perbuatan nya itu. Mereka akan sedaya upaya "mengaburi" mata kita supaya tidak "nampak" perbuatan mereka untuk melakukan jenayah itu. Mengapa kita tidak sedar sehingga boleh berlaku perkara itu???. Tetapi Tuhan Maha Melihat dan "nampak" semuanya itu tetapi tidak menghalang kejadian itu. Ada "hikmah" yang perlu kita ketahui. Sifat Maha PerlindungNya telah melindungi diri kita dari perkara yang lebih berat dan dahsyat. Jika kita di izinkan ternampak, mungkin nyawa kita pulak akan terancam jika berlaku tindak balas.

Orang yang mengunakan "sihir" juga mengunakan "pinjaman masa" ini untuk dapatkan "hasil" yang lebih cepat dan pantas. Apabila "masa" itu yang di ukur dengan "jarak" yang di tetapkan, "hasil" yang pantas dan cepat hanya boleh di hulurkan oleh "jin dan syaitan" sebab mereka mempunyai "jarak" masa yang lebih panjang dari kita manusia. Begitu juga "susuk" yang di pakai oleh mereka untuk dapatkan "tenaga" dan "khasiat" yang luar biasa. Cagaran yang perlu di bayar untuk dapatkan semua ini hanya dengan membayar dengan "jangka hayat" kita atau mengadai "jiwa" kita setelah kita mati nanti. Apabila "jiwa" kita ini sudah tergadai, maka "identiti" diri kita dari kembar "jiwa" kita itu akan di miliki "jin dan syaitan" sebagai "hak" milik kekal mereka.  Nikmat yang kita perolehi dari "pinjaman masa" ini akan menjadikan jasad tubuh kita seperti "bangkai" atau "mayat hidup" yang melata di atas muka bumi ini. "Bumi" akan menyumpah jasad tubuh ini seperti bangkai yang amat jijik. 

"Masa" ini telah di ukur dengan ketetapan nya. Putaran matahari, bulan dan bumi tidak boleh melebihi had nya walau sedetik pun. Jika tidak keharmonian hidup di bumi ini akan porak peranda. Akan berlaku bencana alam yang amat dahsyat jika putaran bulan dan bumi yang mengelilingi matahari tersasar walau sesaatpun. Ukuran "masa" yang di tadbir peredaran putaran bulan dan bumi pada matahari yang di kira 24 jam sehari tidak boleh di pendek atau di panjangkan selagi kita berada di bawah naungan "graviti" tarikan bumi. Melainkan jika kita ingin melepasi dengan kelajuan "cahaya atau suara" di ruang elektromagnetk maka "graviti" tarikan bumi itu akan berkurangan untuk panjangkan "masa" itu. Inilah sebenarnya apa yang di lakukan oleh mereka yang mengunakan "pinjaman masa" ini. Hanya "jin dan syaitan" sahaja yang boleh melintasi tarikan "graviti" dan "kosmologikal tetap" dengan kelajuan yang tertentu. Sebiji buah perlu tumbuh dengan "jarak" masa nya yang tertentu. Seorang "bayi" perlu melalui proses ketumbuhan yang normal. 

Selagi kita berjasad tubuh, selagi ini kita tertakluk kepada "graviti" tarikan bumi yang di ukur oleh "masa" yang di tetapkan. Mengambil "nikmat" dari jalan pintas mempunyai "risiko dan akibat" nya yang perlu di tangung. Tidak ada yang percuma apabila kita "meminjam" sesuatu dari tenaga kuasa asing. Itulah mengapa agama kita menjadikan "halal dan haram" untuk di patuhi. Jika jasad tubuh kita melakukan sesuatu yang "haram" dari yang di tetapkan, maka jasad tubuh mereka akan di penuhi anasir baka "jin dan syaitan" untuk melabur segala penyakit dan kuman maksiat. Baka "nasab" yang di lahirkan dari benih "pinjaman masa" ini akan menyimpan "benih" kuman dan penyakit yang tidak normal. Mahukah kita baka "nasab" kita di lahirkan dengan tidak normal seperti mana amalan kita yang tidak norma itu. Tuhan tidak pernah mengkhianati hamba Nya melainkan setimpal dengan apa yang mereka pernah lakukan sendiri.

Bukan kah "ilmu" ketuhanan memerlukan "kesabaran" dari segala sudut. Keimanan kita sangat bergantung kepada "kesabaran" ini. Sebab Tuhan telah menetapkan "masa" untuk kita semua lalui. Jika kita hendak "cepat" untuk mendapatkan "nikmat" itu maka "jangka hayat" kita juga akan di "cepatkan" untuk merasa azab dan sengsara. "Pilih" lah apa yang kita mahu. Jika kita inginkan "nikmat" itu dengan segera, maka bersedialah menerima "azab" itu juga dengan segera. Tetapi "kesabaran" ini sebenarnya sesuatu yang menghapuskan "azab" sengsara itu apabila "nikmat" itu di capai cukup pada syarat "masa" nya. Bukan kah orang yang ingin "berjaya" perlu melalui ranjau kesusahan dahulu. Kita perlu pergi belajar "ilmu" itu bertahun lama nya untuk dapatkan "ijazah" agar boleh di anggap sebagai "pakar" di dalam bidang tertentu. Tetapi "jalan pintas" ini tidak pernah nya sesuatu yang "sah" tetapi satu penipuan yang nyata. 


Apabila "kudrat dan iradat" itu di serahkan kepada setiap manusia sebagai "amanah", kita boleh melakukan apa saja untuk memenuhi "jangka hayat" kita. Tetapi "kudrat dan iradat" ini masih tertakluk kepada kuasa "sebab dan musabab" yang telah di tetapkan dimana "graviti" dan ruang "elektromagnetik" menjadi penjana segala "tenaga" yang boleh di capai oleh jasad tubuh kita di laluan "masa" dengan kelajuan yang di tetapkan. Kuasa "sebab dan musabab" ini tertakluk kepada segala "risiko dan akibat" jika kita cuba abaikan kekuasaan nya. "Risiko dan akibat" ini bukan "musibah" yang di cipta Tuhan tetapi manusia itu sendiri. Kita tidak boleh persalahkan Tuhan jika "musibah" itu menimpa diri kita apabila kita sendiri yang abaikan "risiko dan akibat" dari kuasa "sebab dan musabab" ini. Ini yang banyak menjadi "kekeliruan" di kalangan kita yang mengatakan itu "jodoh" atau "ajal" yang di tentukan Tuhan. Tuhan hanya memberi "kuasa" kepada kita dan juga "alam" ini menjalankan tugas masing masing. Itulah mengapa kita di suruh "berdoa" kepada Nya untuk dapatkan perlindungan dengan "ilmu" pengetahuan untuk menghindari ancaman itu. "Ilmu" ini sebenar nya ingatan "iman" kita untuk mencari jalan yang lebih selamat dengan "doa" dan harapan di lindungi dari ancaman segala mara bahaya. Di sinilah Tuhan itu perlu kita kuat kuasakan dengan memohon "kuasa" mutlakNya.  

Jadi jika kita abaikan "risiko dan akibat" dari kuasa "sebab dan musabab" itu, maka jangan salahkan Tuhan tetapi salahkan diri kita sendiri. Jika ada yang "mati" di langgar kenderaan yang di pandu orang lain dengan kecuaian nya, mengapa Tuhan yang di katakan membunuh orang yang bertemu "ajal" nya itu??? Bukan kah dia telah membunuh diri nya sendiri dengan mengambil "risiko dan akibat" itu. Jika "risiko dan akibat" itu berada di mana saja, kita sangat memerlukan belas kasihan Tuhan untuk dapatkan "lanjutan tempuh" pada "jangka hayat" kita. "Ajal" akan berlaku dengan ancaman "risiko dan akibat" jika kita tidak dapatkan "lanjutan tempuh" itu. Di sinilah "doa" kita kepada Tuhan itu di perlukan untuk dapatkan "jangka hayat" yang sah dan halal. "Jangka hayat" yang sah dan halal ini memberi kita "hak" untuk hidup dengan penuh di hormati oleh "bumi" yang kita pijak ini. "Doa" ini sepatut nya kita minta di setiap kali kita masuk tidur. Jika kita bangun dan hidup lagi di pagi esok, hari yang akan kita lalui itu adalah "lanjutan tempuh" yang sah dan halal.            
Tetapi kebanyakan kita mengharapkan "pinjaman masa" ini dari selain Tuhan. Kita bergantung terus kepada "alat dan perkakas" yang manusia itu cipta sendiri. Kita bergantung teguh kepada "kuasa" sebab dan musabab" yang ada "risiko dan akibat" nya. Apabila Tuhan itu di nafikan, maka kita terpaksa menempuh "risiko dan akibat" itu tanpa perlindungan Nya. Tahap keupayaan kita masih terhad walaupun kita mempunyai kecekapan. Sebab "kecekapan" hanya dapat memberi tahap ketetapan yang 70% peratus sahaja. 30% itu masih di bawah jajahan kuasa "peluang" dan "nasib" yang di tadbir kuasa mutlak Allah swt. Kita tidak boleh menafikan peranan Tuhan walau di manapun. Kuasa kebolehan dan kecekapan kita tidak mutlak dan masih bergantung kepada "peluang" dan "nasib" untuk sempurnakan setiap urusan. Inilah yang kita manusia tidak sedar. Perhatikan lah segala urusan hidup kita itu. Masih ada kuasa "peluang" dan "nasib" yang sangat kita harapkan. Inilah "doa" yang kita minta agar Tuhan perkenankan di setiap urusan hidup kita, walaupun kita tidak pernah menyebut namaNya untuk dapatkan hasilnya. Perkara ini masih tersembunyi di celah kealpaan kita.

"Pinjaman masa" ini yang kita ambil dari selain Tuhan akan membawa bencana kepada jasad tubuh kita. Hidup yang kita lalui di hari yang di penuhi "pinjaman masa" ini akan mendatangkan kerosakan di kemudian hari nanti. Cubalah kita perhatikan betapa banyak yang menaruh "nasib" kepada perjudian yang haram itu. Masa depan mereka di "tempah" dengan sesuatu nikmat yang hanya memberi seteguk kelegaan untuk lepaskan sesak. Hari kekalahan lebih banyak mereka lalui dengan kehampaan dari hari gembira kemenangan. Setiap hari "angan angan" itu di jadikan buai untuk mereka bermimpi. Iblis akan hulurkan kemenangan itu untuk seketika demi untuk "buktikan" kekuasaan nya yang palsu itu. Wang kemenangan judi itu di belikan kenderaan motosikal atau kereta untuk menempah "maut" di jalanan. "Risiko dan akibat" yang mereka ambil terlalu berat untuk di selamatkan. "Peluang dan "nasib" yang di hulurkan Iblis ini adalah "pinjaman masa" untuk merasa nikmat yang berakhir dengan kecelakaan. Mengapa kita selalu menafikan "hak" Tuhan yang masih tersembunyi itu. Kita merebut kuasa "pinjaman masa" ini dari jin dan syaitan yang mempunyai kepentingan. Tetapi Tuhan tidak pernah mengharapkan balasan. Kita hanya perlu iktiraf kewujudan Tuhan dan meminta hanya kepada Nya.  

"Lanjutan tempoh" perlu di perolehi dari sumber yang menyalurkan "had" masa itu.  "Bumi" ini selalu memberi kita manusia "lanjutan tempuh" ini dengan bahan kimia perubatan yang di hasilkan. Kita boleh pergi mencari "ubat" untuk jadikan penawar pada kesakitan kita di atas muka bumi ini kerana kita "berhak" untuk mendapatkan nya. Ini kerana kita di jadikan daripada "tanah" di bumi ini. Udara oksigen yang di salurkan oleh "bumi" memberi kita peluang untuk bernafas dengan penuh kesegaran. "Lanjutan tempuh" ini perlu di lalui dengan had "masa penantian" yang di ukur oleh masa. Jika ada kompromi di dalam "masa penantian" ini dengan "pinjaman masa", maka  "lanjutan tempuh" itu akan susut nilai.

"Lanjutan tempuh" yang di hulurkan "bumi" ini dengan bahan kesihatan adalah ciptaan Tuhan untuk manusia sejagat. Jika kita mahu kesihatan itu berlanjutan, kesabaran menunggu di "masa penantian" untuk proses kemulihan perlu di lalui. Sebab di setiap detik "masa penantian" itu ada hikmah nya. Di situ lah Tuhan menunggu memberi perhatian kepada kita. Setiap zarah dan atom yang bergerak begitu teliti mengatur langkah untuk berikan kesejahteraan kepada kita. Pencemaran kuman dan virus bakteria penyakit yang di tabur jin dan syaitan tersebar luas di udara yang kita hidu. Bumi ini akan berjasa kepada jasad tubuh manusia selagi kita taat dan tekun menunggu proses pemulihan nya. Inilah tugas "bumi" selagi manusia itu tetap dengan kesabaran nya.

Tetapi hawa "nafsu" manusia itu selalu nya tergesa gesa tanpa sedikitpun daya usaha. Mereka lebih cenderung mencari "jalan pintas" untuk dapatkan hasil yang secepat mungkin. Jika "jarak" masa itu akan di "anjak" untuk mengejar kejayaan tanpa daya usaha yang mengikut prosedur ketetapan alam semesta, maka "bumi" ini akan merampas kembali "hak" nya supaya jasad tubuh itu kehilangan keupayaan nya. Hasil yang di capai dari sumber yang tidak melalui "masa penantian" ini adalah "pinjaman masa" yang di hulurkan anasir jin dan syaitan. Apabila "hukum hudud" alam semesta ini di langar dengan bantuan jin dan syaitan, jasad tubuh manusia itu akan hilang martabat kemanusian nya.

Setiap manusia perlu di latih di dalam program "masa penantian" ini semasa hidup nya. Sebab setelah kita mati bertemu "ajal" nanti, kita akan melalui "masa penantian" ini untuk menunggu hari kebangkitan. Inilah "kehidupan" yang paling penting untuk kita lalui. Inilah "alam" di mana 'jin dan syaitan" akan mengumpul dan "rekrut" segala bala tentera nya untuk memerangi manusia.  Apabila "dosa dan pahala" itu sudah di tutup talian nya, setiap "jiwa" yang telah mati hanya mengharapkan "ilmu" mereka sahaja untuk dapatkan ganjaran. Sebab ganjaran dari "ilmu" ini tidak akan terputus selama lama nya. Doa benih baka "nasab" kita yang shahih dari segala "kesabaran" semasa hidup dahulu dapat memberi manfaat kepada kita. Sebab "doa" mereka ini bukan "menadah tangan" dan memohon keampunan sahaja, setiap amal perbuatan "nasab" kita yang baik akan di jadikan "senjata" kesejahteraan kita. Golongan yang "membuat" masalah akan di kumpulkan di perkampungan "sijjin" dan golongan yang "menyelesaikan" masalah akan di kumpulkan di perkampungan "illiyin". Akan berlaku satu pergolakan di bumi nanti di mana kaum Ya'jud dan Ma'jud" akan bertempur untuk musnahkan keagungan Islam dan kedatangan Iman Mahdi dan turunnya Nabi Isa as.

Adalah teramat penting sekali benih baka "nasab" kita tidak di cemari oleh virus kuman anasir jin dan syaitan ini. Kita perlu pertahankan benih baka "Rasulullah" yang ada pada deoxyribonucleic acid kita. Sebab Umat Muhammad perlu bangkit nanti untuk peperangan yang paling hebat untuk kibarkan panji panji Islam. Bagaimana mungkin kita dapat mempertahankan Islam jika kita sendiri mengkhianati nya. Jasad tubuh kita penuh dengan daki dosa dan benih baka kita tercemar dengan virus kuman segala penyakit. Inilah apa yang Iblis akan terapkan di dalam setiap jasad anak cucu Adam. Tanpa benih baka "Rasulullah", "jiwa" kita akan tergadai dengan "pinjaman masa" itu. Kita sangat memerlukan "Pedang Zulfiqar" itu di "masa penantian" sebelum hari kebangkitan. Apakah kita hanya akan berpeluk tubuh di "alam barzakh" apabila darah orang Islam mengalir di atas muka bumi ini???? Dapatkan "Pedang Zulfiqar" itu sebelum kita mati bertemu "ajal" nya. 

 Edit 2.7.14

Alam ghaib di mana jin dan syaitan ini menetap tidak jauh dari alam kita. Jika kita tahu tentang rahsia simetri dan konservasi (symmetry of conservation) apa saja yang terbentuk di gambarkan oleh simetri luaran nya. Dunia mereka berada di simetri itu yang membentuk segala objek yang dapat di lihat oleh mata kasar kita. Elektromagnetik spektrum ruang atmosphera ini mempunyai kekisi cahaya yang berwarna warni. Jika kita lihat pelangi yang mengimbasi haba radio aktif jalur lebar itu, dunia mereka berada di cahaya yang paling hujung itu. Dunia mereka sebenar nya yang membentuk segala objek yang dapat di lihat di alam realiti kita ini. Jadi mereka boleh "wujud" dan "hilang" kan apa saja jika cahaya elektromagnetik spektrum visual penglihatan kita di ubah. Itulah mengapa mereka boleh muncul dan ghaib dalam sekelip mata. 

Itulah bagaimana "sihir" dan "ilmu hitam" di laksanakan untuk berlaku di alam realiti kita. Kajian sains kerohanian ini memerlukan banyak "ilmu" pengetahuan untuk menjejaki dan mengesan kehadiran mereka. Kita perlu mempunyai cahaya imbasan yang kuat untuk melihat alam mereka. Bagaimana mungkin kita dapat bertempur dengan mereka jika kita masih kurang upaya untuk melihat mereka. Jasad tubuh kita selalu di jilat oleh lidah "api" mereka. Apabila mereka di jadikan dari "api" yang menyala, mereka memerlukan tempat yang dingin dan gelap untuk menginap dan bersembunyi. Mereka menyorok di simetri untuk tunjukan alam realiti ini supaya kita tidak nampak mereka dengan nyata. Asap dan kabus adalah tempat mereka bernafas apabila "api" itu di nyalakan. Hanya bauan dan bunyian saja yang dapat memberi kita petunjuk di mana mereka bergerak di dalam tiupan angin itu.

Alam realiti yang kita nampak ini adalah sebahagian dari dunia mereka. Itulah mengapa mereka menjadi "penunggu" di sesuatu tempat dan kawasan kerana ruang itu di wujudkan oleh kehadiran mereka sebagai satu objek yang kita nampak. Jadi tidak mustahil bagi mereka untuk gelapkan pandangan mata kasar kita. Graviti dan kosmolojikal tetap adalah tempat mereka berkampung. Keghaiban mereka lah yang menunjukan kenyataan realiti ini. Jika tidak kerana "bumi" ini yang memegang "amanah" untuk menjaga kita, sudah lama kita pupus di telan ancaman mereka. "Tanah" di bumi yang jasad kita itu di jadikan sangat besar martabat nya bagi kita. Tetapi apabila "nyawa" itu akan di pisahkan nanti, kita akan hilang daya kekuatan yang selama ini kita harapkan. Melainkan jika kita sudah cukup perisian mengubah "jisim" jasad kita itu  menjadi "tenaga" cahaya "nur" sebagai "identiti" kita yang mutlak.  

Perjalanan hidup kita akan bermula dari A------------------------------Z. Bekal yang di angkut di dalam perjalanan hidup ini, hanya 50% kesenangan dan 50% kesusahan yang sudah di sukat dengan timbangan keadilan. Jika kita belanjakan 10% dari modal kesusahan, maka 10% itu akan meningkat di nilai kesenangan atau sebaliknya. Di "kanan" jalan itu ada perhiasan nikmat yang boleh kita capai dengan daya usaha kita sendiri. Di "kiri" jalan itu ada jalan pintas untuk merampas nikmat itu dengan cepat dan segera. Jarak perjalanan di antara A sampai Z hanya satu "nafas" yang perlu di tukar berulang kali dengan "pilihan" kita sendiri. Jadi jika kita hidup satu hari atau satu ratus tahun, modal "nafas" kita hanya senafas sahaja untuk di tukar ganti setiap berkala.

Dari awal mula kelahiran A itu, kita menempuh sajian "takdir dan nasib" yang tidak pasti arah tujuan nya sehingga kita menimba kebolehan dan keupayaan untuk mengorak langkah destinasi kita sendiri.  Semakin tebal kebolehan dan keupayaan kita, semakin pasti hasil pencapaian menuju matlamat nya. Begitu juga lah setiap orang yang cuba mengacu anak panah kearah sesuatu sasaran. Semakin mahir kebolehan kita, semakin tepat kena sasaran kita. Jika tidak, anak panah itu hanya mengikut arahan "sebab dan musabab" sahaja yang di taja "takdir dan nasib". Tanpa daya usaha dan keupayaan itu, kita hanya bergantung kepada "takdir dan nasib" sahaja.

Jadi "kemahiran" dan keupayaan" ini adalah "kefahaman" yang terlatih dari segala uji dan kaji. (trial and error) yang telah di lalui dengan jarak masa yang tertentu. Itulah "masa penantian" yang perlu di lalui untuk dapatkan kepastian yang tepat. Tapi jika kita ambil jalan pintas yang cepat dan segera tanpa melalui "masa penantian" ini dengan "kesabaran", kita sebenar nya mengadai "jangka hayat" nikmat yang kekal itu untuk jadi sementara dengan "pinjaman masa". Sebab susah dan senang itu sudah di ukur dengan timbangan yang adil. Perkara ini tidak banyak yang memahami. Jika lebih lama kita menanggung derita dengan kesabaran, semakin banyak nikmat yang akan kita perolehi dengan kebahagiaan. 

Itulah mengapa kita perlu insaf jika kita terima kegembiraan. Sebab kita tidak boleh terlalu gembira dan juga tidak boleh terlalu sedih. Kerana imbangan ini sepatut nya di terapkan dengan ketenangan yang tidak berombak atau beralun. Kita perlu letak diri kita ini ke satu tahap yang "tenang" walaupun susah dan senang supaya musibah dan nikmat itu bergaul menjadi satu "hikmah" yang kekal. Apabila kita terima kesusahan kita perlu ingat pada kesenangan yang akan datang, jika kita terima kesenangan kita perlu ingat pada kesusahan yang akan muncul selepas itu. Tetapi bila kita sentiasa "tenang" semasa susah dan senang maka ujian itu tidak lagi berkesan terhadap diri kita.

Sebab "ujian" ini berlaku bukan kerana Tuhan ingin tahu, tetapi kerana kuasa "kesabaran" yang telah di tetapkan pada ujian itu. Jika kita dapat membawa diri kita ketahap "ketenangan" itu, maka ujian itu akan terbatal kerana tidak ada apa yang hendak di ukur. 

Edit 6.12.14

Apabila kita memperkatakan soal "pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh", ini akan merujuk kepada "jangka hayat" kita yang sudah di tentukan "jarak" dan "kelajuan" nya mengikut ukuran "masa" yang di tetapkan. Kita hidup ini di dalam alam yang sudah ada ukuran "masa" nya dengan ketetapan 365 hari, 12 bulan, 24 jam sehari untuk mendapat "rezeki", "susah" "senang" dan "ajal" nya. Semua ini sudah di ukur dan di timbang mengikut "hukum hudud" yang di tetapkan "takdir dan nasib" pada kuasa "sebab dan musabab" nya. Jika nikmat itu kita rampas dengan "pinjaman masa" maka ini dengan secara sengaja akan kurangkan "lanjutan tempuh" itu. Sebab itu hari semalam akan hasilkan hari ini dan hari ini akan hasilkan hari esok. "Tempahan" yang kita buat dengan daya usaha kita adalah satu "doa" permintaan yang akan di tentukan "nasib" dari "takdir" yang di tetapkan. Itulah mengapa jasad tubuh kita perlu "tidur" atau "mati" seketika untuk dapatkan "lanjutan tempuh" itu. Maka "bangun" atau "hidup" itu satu "lanjutan tempuh" yang di beri pada "nasib" yang di hulurkan "takdir". Susut nilai ini satu ketetapan pada "jangka hayat" kita sebelum "ajal" nya dan akan berlaku dengan "pinjaman masa" jika di gunakan melebihi "jarak" nya.

Kita hanya di beri kebebasan "lepas bebas" (free will) itu untuk buat "pilihan" dan cari "peluang" yang ada di antara "takdir" dan "nasib" itu dengan "pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh" di dalam "jangka hayat" kita. Sebab hawa "nafsu" kita ini akan selalu tergesa gesa untuk dapatkan nikmat itu sedangkan "masa penantian" itu perlu di lalui dengan "kesabaran" pada "jodoh pertemuan" nya. "Jodoh pertemuan" yang di tentukan "nasib" adalah dari apa yang di tetapkan "takdir" untuk berlaku pada "jarak" yang kita tentukan. Apabila "rezeki" itu berada di dalam timbangan "susah dan senang", kita di beri kebebasan untuk buat "pilihan" itu dengan "pinjaman masa" atau "lanjutan tempuh" di dalam "jangka hayat" itu. "Lanjutan tempuh" adalah sesuatu yang "halal" dan sah di gunakan dengan "jarak" pada "kesabaran" nya. Jika "rezeki" itu di "tempah" dengan "kesabaran" pada "susah" nya maka "senang" itu adalah "lanjutan tempuh" yang sah untuk di nikmati dengan "rahmat" dan keberkatan.

Maka "jodoh pertemuan" ini adalah sesuatu "ilmu" yang perlu kita perhatikan dengan penuh "ketaakulan" dan "keimanan" pada kuasa Allah swt. Kita tidak boleh "mendahului" Tuhan dalam segala urusan hidup kita. Apabila kita "mendahului" Tuhan yang menentukan "nikmat" dan "rahmat" nya, kita akan terlepas di bawah naungan Maha Mengetahui yang menjaga urusan setiap makhluk nya. Itulah mengapa Islam itu "menyerah diri" apabila kita serahkan urusan itu kepada keputusan Tuhan dan menerima ketentuan nya dengan penuh rela dan keikhlasan. "Doa" kita adalah daya usaha kita dan "hasil" nya adalah keputusan Tuhan. Tetapi jika kita buat keputusan untuk "mendahului" Tuhan dan tidak mahu "menyerah diri" kepada naungan Nya, kita akan mengunakan "pinjaman masa" itu dan menanggung segala risiko dan akibat sebagai balasan keingkaran kita. "Pinjaman masa" ini di hulurkan "jin dan syaitan" yang mempunyai "jangka hayat" yang lebih panjang.

Sifat "mendahului" Tuhan ini sangat berleluasa di kalangan manusia ini. Kita seolah sudah pandai untuk menentukan "nasib' kita dengan sendiri nya walaupun kita tidak mempunyai "ilmu" untuk pastikan realiti kebaikan nya. Apabila kita tidak merujuk kepada Tuhan sebagai "menyerah diri", kita akan "berjudi" dengan "nasib" mengunakan "pinjaman masa" yang di gadai dengan cagaran "jangka hayat" kita untuk buat "tempahan" sesuatu nikmat yang belum tentu pasti. Kita akan merampas kesenangan dan hidup dengan "pinjaman masa" pada nikmat yang di beri syaitan. Kesenangan kita datang dari kesusahan orang lain sebab syaitan tidak mempunyai harta kekayaan melainkan hanya Tuhan. Jadi "jodoh pertemuan" yang di restui Tuhan mempunyai mutu kualiti yang panjang dan bukan sementara. Mutu "lanjutan tempuh" yang berpanjangan ini perlu di lalui dengan "kesabaran" di "masa penantian" yang sudah di uji oleh Tuhan tahap "keimanan" nya.  Sebab Tuhan akan sentiasa jadikan "masalah" itu dalam hidup kita dan Dia juga yang akan menyelesaikan nya. Kita hanya menanggung "suka dan duka" dan belajar dari "ilmu" yang di sampaikan Tuhan. Kita selalu membantah keputusan Tuhan setelah Dia beri keizinan untuk sesuatu itu berlaku. Apabila kita cuba mengubah keputusan Tuhan itu, maka akan berlaku keadaan yang terdesak untuk kita buat "pinjaman masa" itu.

Kita masih mencari jalan yang benar yang di katakan "siratalmustaqim" itu. Apakah langkah pertama yang kita langkahkan itu, "Bismillah" nama langkah nya, dan langkah selepas itu kita langkahkan "Alhamdulullah" nama langkah nya. Maka adakah itu langkah Allah yang kita langkahkan??? Pernahkah kita beri salam kepada "langit" dan pernahkah kita beri salam kepada "bumi"??? Kita masih tidak sedar diri bahawa kita berjalan di suasana alam yang penuh dengan dugaan Tuhan. Mungkin kami akan di katakan sesat bila kami tunjukkan sesuatu yang di sembunyikan kitab yang tersurat. Tapi apa yang tersirat bukan rahsia yang sulit untuk di ceritakan sebagai pendapat. Kami lebih rela berada di dalam kesesatan ini dari berada di kemungkaran yang lebih nyata. Bukan nama dan martabat yang kami kejar untuk di sanjung dan di puji. Ilmu ketuhanan ini amat luas tidak berpenghujung. Jadi biarkan lah kami menikmati keindahan "rahmat" Tuhan yang penuh di sekeliling bumi. Nabi Muhammad akan tetap jadi junjungan kami walaupun kami mungkin tersingkir dari jemaah umum yang cuba menyamar sebagai kekasih Allah itu. Selagi jasad ini masih bernafas, "nafas" itu akan kami habiskan untuk memuji keajaiban Tuhan. 

Apabila Tuhan memberi setiap hamba nya "rezeki" sekadar keperluan mereka, mereka ambil melebihi keperluan dengan "pinjaman masa" ini untuk mendapatkan kesenangan dan kemegahan. Mereka bebankan diri mereka sendiri dengan sesuatu yang tidak termampu untuk di pikul. Kekayaan mereka datang dari kemiskinan orang lain. Jika kesenangan ini mereka nikmati di dunia ini, maka di akhirat nanti mereka akan menjadi papa yang meminta sedekah. Jika mereka tidak pernah bersedekah dengan kekayaan itu, maka penderitaan yang pasti itu satu seksaan yang sangat pedih untuk di rasai di ruang yang sangat panas. Apabila kita meminjam di bumi ini untuk kesenangan, maka "lanjutan tempuh" untuk kesusahan itu akan di ukur dengan "jarak" kesenangan di bumi ini. Bukan kah di akhirat nanti ada hari "penantian" untuk menunggu hari kebangkitan yang di katakan hari perhitungan. Setiap "jiwa" yang telah mati ini akan berkampung di satu kawasan untuk menunggu hari kebangkitan. Jika kesenangan yang di nikmati di dunia ini satu "pinjaman masa" maka "penantian" di hari kebangkitan adalah satu seksaan yang sangat menderita. 

Tetapi jika di dunia ini kita gembirakan orang yang kesusahan, setiap kesusahan yang terpadam oleh perbuatan kita akan menjadi cahaya "nur" yang menghiburkan kita di kegelapan yang gelita itu. Inilah "ilmu" yang tidak akan terpadam dan terus bersinar untuk menerangi suasana alam yang sangat gelap. Itulah kita semasa kita masih zarah "partikel" lagi sebelum "wujud" di realiti ini. Cahaya "nur" itu lah yang akan pamirkan keindahan syurga yang bakal kita jadi tetamu di dalam nya. Carilah Muhammadarasulullah sebelum terlambat. 

Jika kita semak urusan "doa" yang kita minta setiap waktu, disitu akan ada kisah "keperluan" dan "kepuasan" yang di tuntut. Adalah menjadi tanggung jawab Tuhan untuk sempurnakan "keperluan" setiap hamba nya tetapi bukan untuk sempurnakan "kepuasan" mereka. "Kepuasan" yang di nikmati ini adalah satu "pinjaman" yang di ambil dengan satu tonggakan yang perlu di bayar dengan "kesyukuran" dan "sedekah" zakat fitrah. Jika "tonggakan" itu tidak di tebus dengan "kesyukuran" yang di tempah dengan "sedekah" zakat fitrah, "kepuasan" yang di nikmati melebihi "keperluan" akan menjadi "pinjaman masa" yang tertonggak dari "penjamin" jin dan syaitan. Perkampungan "sijjin" ini adalah kawasan untuk di jadikan tempat penghuni yang telah gadai "jiwa" mereka dengan cagaran "pinjaman masa" itu. 

Apabila tanggung jawab Tuhan adalah untuk sempurnakan "keperluan"kita, akan jadi tanggung jawab kita untuk sempurnakan "kepuasan" Tuhan. "Keperluan" adalah milik kita dan "kepuasan" itu milik Tuhan. Apakah kita menyangka bahawa Tuhan itu tidak mempunyai "hak" untuk di sempurnakan setelah kita di jadikan untuk hidup dan di beri segala gala nya dengan percuma??? Apabila Tuhan sudah tunaikan janji untuk sempurnakan "keperluan" kita mengapa kita masih tidak sempurnakan "kepuasan" yang di nantikan Tuhan. Tuhan sanggup beri kita segala "keperluan" kesenangan hidup dengan nilai harga yang sangat tinggi tetapi sedikit pun kita tidak pernah beri "kepuasan" kepada Tuhan yang sangat murah dan mudah kita lakukan dengan "kesyukuran" kita. Apakah "kesyukuran" yang kita berikan itu bernilai terlalu mahal sehingga boleh papa kedanakan kehidupan kita????

Apabila kita rampas "kepuasan" yang di miliki Tuhan itu, kita akan tersesat dengan "pinjaman masa" kerana hawa "nafsu" kita itu buta dan tidak akan pernah merasa puas. Sebagai hamba yang di jadikan Tuhan, kita hanya mampu memiliki "keperluan" yang selalu mengharapkan belas kasihan. "Kepuasan" itu milik Maha Pencipta dan Maha Berkuasa yang mempunyai Kebesaran yang Maha Tinggi. Kita hanya mampu terima "keperluan" tetapi tidak akan mampu memikul "kepuasan" yang sangat berat. Hanya Tuhan sahaja yang mempunyai kekuatan untuk merasai "kepuasan" ini. Jin dan syaitan akan niaga kan "kepuasan" ini supaya di beli oleh umat manusia. Apabila mereka sedang lapar, mereka akan di suruh makan sekenyang kenyang nya, apabila mereka haus, mereka akan di suruh minum sepuas puas nya. Namun setelah itu mereka termuntah dan terberak dan lapar dan haus kembali. Apa kejadah semua ini!!!!! Sedangkan "keperluan" itu hanya sekadar cukup untuk hilangkan kelaparan  tetapi bukan untuk besarkan tembolok sehingga badan terlalu berat untuk di angkat bawa berjalan. Kekayaan yang di miliki terlalu banyak sehingga mereka terpaksa bersembunyi seperti penjenayah yang akan di berkas dan rumah tangga seperti penjara yang di kawal ketat. Tetapi makanan yang di suap ke dalam mulut untuk "keperluan" masih tetap sepinggan sama seperti seorang miskin yang makan di tepi jalan. 

Mengapa kah "kesusahan" itu satu kesakitan yang akan di minta berakhir dengan secepat nya dan kesenangan itu satu kelazatan yang mahu di nikmati sepanjang masa tanpa henti. "Kesakitan" dan "kelazatan" ini hanya "perasaan" yang di terima hawa "nafsu" yang buta itu. Apakah tidak perlu di timbang dan di ukur "jarak" keupayaan ini supaya seimbang dengan keadilan??? Maka Tuhan akan letakkan "keinsafan" pada "kesusahan" itu dan "kesyukuran" pada "kesenangan" itu. Sesiapa yang melampaui batas akan terima balasan nya kerana "kepuasan" itu milik AKU. Bukan kah ibadah "puasa" yang kita lakukan itu untuk Allah swt????

Edit 12.12.14

Manusia terlalu banyak buat "pinjaman" semasa hidup di dunia ini. Kita telah buat "pinjaman" untuk dapatkan "nikmat" kesenangan dan hilangkan "beban" kesusahan di dalam banyak perkara. "Rezeki" yang di sebut Tuhan bukan dengan erti kata "wang ringgit" yang kita gunakan sebagai nilai harga sesuatu keperluan. Mendapat "rezeki" ini dari Tuhan perlu melalui daya usaha yang kita lakukan sendiri. "Keperluan" adalah "rezeki" yang halal untuk kita cari di mana saja tetapi melebihi "keperluan" ini adalah satu "pinjaman" yang perlu di bayar balik dan "haram" di simpan atau di bazirkan jika tidak ada "keperluan" itu. Jika kita ada banyak kelebihan, maka kita wajib beri bantuan kepada mereka yang sangat "keperluan" itu. "Pinjaman" ini kita lakukan untuk Allah swt yang telah memberi kelebihan kepada kita itu. Maka apabila Tuhan ada memberi "kelebihan" pada makhluk Nya sudah tentu akan ada yang "kekurangan" dan perlu berusaha sendiri sebagai "ujian" untuk setiap makhluk Nya membuktikan "kesabaran" dan "kesyukuran" mereka.

Apabila kita di jadikan dengan "keperluan" untuk hidup, Tuhan telah pastikan ada "rezeki" yang sudah di peruntukan untuk setiap makhluk Nya. Maka "usaha" untuk dapatkan "rezeki" itu akan termasuk di dalam "ujian" yang perlu di buktikan dengan "kesabaran" dan "kesyukuran" itu. "Usaha" ini akan di serahkan kepada "pinjaman masa" dan "lanjutan tempuh" yang manusia itu gunakan pada "jangka hayat" yang mereka lalui di setiap "masa" itu. Kerana segala "rezeki" itu akan di terjemahkan dengan nikmat "kesenangan" dan azab "kesusahan" yang kita alami. Kita boleh "pinjam" nikmat "kesenangan" itu sekarang tetapi perlu membayar balik dengan azab "kesusahan" itu kemudian. Jadi "masa" adalah "wang ringgit" yang kita gunakan untuk buat "pinjaman" atau dapatkan "lanjutan tempuh" pada detik "masa" yang kita lalui. "Jangka hayat" kita adalah satu "tempuh" yang boleh kita "pinjam" dan minta "lanjutan" di dalam "masa" itu.

Rahsia "pinjaman masa" ini boleh kita gadaikan dengan cagaran kepada "makhluk" yang mempunyai "jangka hayat" yang lebih panjang. Ini bukan sesuatu yang "kurafat" untuk di persendakan. Jasad tubuh kita mempunyai "tamat tempuh" yang boleh kita "lanjutkan" dengan "pinjaman masa" jika ada "keperluan" untuk tujuan tertentu. Maka "ajal" ini bukan urusan sesiapa untuk menentukan dan hanya Tuhan sahaja mempunyai kuasa untuk tetapkan dan beri keizinan. Jika Tuhan memberi "keizinan" tidak ada sesiapa boleh menafikan nya. Jadi urusan "hidup dan mati" ini bergantung kepada "doa" permintaan dan keputusan Tuhan. Kita  boleh berusaha untuk dapatkan "lanjutan tempuh" itu dengan "doa" permintaan dan "pinjaman masa" dari bahan "tenaga" yang ada di sekeliling kita. Yang sakit boleh cari ubat penawar. Yang lemah boleh cari ubat kekuatan. Yang bodoh boleh pergi belajar dapatkan kepandaian. Yang hodoh boleh buat kecantikan. Tetapi yang sihat boleh di sakitkan. Yang kuat boleh di lemahkan. Yang pandai boleh di bodohkan. Yang cantik boleh di hodohkan. Jadi kita telah di beri "kebebasan" untuk buat "pilihan" dan cari "peluang" itu.

Urusan "alchemy" ini di antara yang "nyata" dan yang "ghaib" dan jasmani dan rohani ini mempunyai ramuan kimia di antara "adrenalin" hawa "nafsu" dan "dopamine" ingatan "iman" yang perlu di sukat dengan percaturan yang secukupnya. "Naluri" hawa "nafsu" dan "nurani" ingatan "iman" mempunyai fungsi yang berbeza. Jasad tubuh atau jasmani boleh bertindak dengan "adrenalin" hawa "nafsu" tanpa sebarang "niat" atau (involuntary) dengan "naluri" asas nya. Tetapi "dopamine" ingatan "iman" akan bertindak dengan "niat" (voluntary) yang di paut kepercayaan nya. Setiap kepercayaan ingatan "iman" perlu mempunyai "berat muatan" atau "substance" yang di ukur graviti tarikan bumi hawa "nafsu" nya. Jasad tubuh kita tumbuh dengan kuasa "naluri" untuk di terima tanpa sebarang kuasa untuk menolak dan setiap ubah suai itu perlu di lakukan dengan "nurani" nya. "Lanjutan tempuh" jasad tubuh itu satu habuan untuk di terima secara percuma dan "pinjaman masa" itu satu pajakan yang di gadai untuk buat ubah suai itu.

Apabila jasmani itu satu anugerah yang patut di terima dengan kesyukuran, kenikmatan itu akan lupus apabila "tempuh" itu tidak di lanjutkan, Kenikmatan itu akan cuba di "tempah" dengan "pinjaman masa" untuk dapatkan nikmat gantian yang palsu walaupun secara realiti itu bukan satu keaslian yang tulen.  Apa yang kita percaya adalah "esoterik" keaslian diri kita yang tersembunyi dan apa yang orang lain nampak dan anggap adalah "exoterik" tanggapan umum pada diri kita yang palsu itu. Sebab yang melihat diri kita hanya buat satu pernilaian yang di lihat dari acuan asas oleh diri nya sendiri. Mereka sebenar nya menilai diri kita dengan buat bandingan pada diri mereka. Jadi seorang yang "kafir" tidak boleh menilai "kemusliman" seorang yang "muslim" sebab mereka tidak mempunyai asas kemusliman itu tetapi hanya boleh buat penilaian pada "kekafiran" yang ada pada diri kita. 


Jadi bagaimana "jirim" (matter) pada jasmani itu boleh berubah menjadi "tenaga" (energy) pada rohani nya. Tanpa graviti tarikan bumi yang di paut hawa "nafsu" pada jasad tubuh kita itu, "jirim" itu akan terlerai menjadi "tenaga" pada ingatan "iman" nya. Ini yang di katakan "mass and energy are the same and it can convert to change form" pada kajian sains terkini. Jadi pertalian di antara "matter" dan "anti-matter" ini dan bagaimana ia boleh berubah masih belum di ketahui pakar saintis sehingga ke hari ini.

Tapi "alchemy' ini masih menjadi kajian sains kerohanian yang sangat mendalam untuk mencari rahsia di antara jasmani dan rohani ini. Kita akan lebih memahami "hidup dan mati" dan kuasa Tuhan dan kuasa kita sebagai makhluk ini. Mengkaji dan mengaji adalah dua keadaan yang berbeza. Mengetahui dengan "ilmu" pengetahuan dan mengamalkan dengan amal perbuatan ibarat langit dan bumi. Sebagai manusia dan makhluk yang di cipta, kita akan sentiasa melakukan perbuatan apa yang di ketahui Tuhan. Jadi Tuhan memiliki "ilmu" pengetahuan itu dan kita yang membuktikan dengan amal perbuatan kita. Jadi apabila sesuatu itu berlaku sudah pasti Tuhan akan tahu. Apa yang berlaku di realiti ini adalah bukti apa yang Tuhan tahu. Jadi apa juga yang di lakukan manusia adalah apa yang Tuhan tunjukkan kepada kita tentang pengetahuan nya. Sebab itu Tuhan boleh menulis kitab Al Lukh Mahfiz dengan "takdir" yang di tetapkan dan "nasib" yang di tentukan.

Sebab tidak ada satu zarah pun boleh "wujud" sebelum ada "ilmu" itu di situ. "Ilmu" adalah yang awal perlu "wujud" di "ruang" itu sebelum zarah itu terbentuk. Jadi "ruang" itu terbentuk dengan ada nya "ilmu" itu di dalam. Apa juga yang "wujud" dengan bahtera tubuh akan ada "ilmu" itu di dalam jasad itu. Jadi "naluri" hawa "nafsu" dan "nurani" ingatan "iman" yang membentuk jasad tubuh itu dengan "kefahaman" pada "ilmu" yang ada di situ. Jika kita kaji "pilihan rambang" atau (natural selection) yang membentuk jasad tubuh setiap makhluk yang hidup di dalam lautan "air" dan keluar naik di daratan untuk menyesuaikan diri pada alam sekeliling dan berubah mengikut "keperluan" semasa. Setiap baka genetik (genes) akan berubah dengan kehendak "keperluan" asas kehidupan di habitat persekitaran alam mereka. 

Jadi "alchemy" ini di antara jasad tubuh dan jiwa rohani adalah kejadian realiti yang berlaku dengan "ilmu" yang di persembahkan untuk semua dapatkan "kefahaman" pada "keperluan" mereka. Kesuburan tumbuhan dari bayi yang kecil menjadi anak yang berlari dan remaja menjadi dewasa dan muda menjadi tua adalah perubahan yang kita lalui. Apa yang di dedahkan oleh alam sekeliling akan membentuk tingkah laku perangai budi pekerti kita. Sifat "tergesa gesa" ini akan mencabar "kesabaran" untuk segerakan semua nikmat yang ada. Saat "penantian" untuk menunggu adalah satu seksaan yang tidak sanggup di tempuh. Di situ akan berlaku "pinjaman masa" yang di ambil dari "lanjutan tempuh" yang di tetapkan. Jarak kelajuan "masa" yang bergerak dengan kuasa abadi (perpetual) akan di lajak dengan kuasa emparan (centrifugal) untuk capai matlamat. Asas jasad tubuh yang pada awal nya "lemah, daif, fakir dan hina" akan di tingkatkan dengan "kuat, bijak, kaya dan mulia" untuk tambah nilai. Walau bagaimana laju nya putaran kuasa emparan itu di lajak, akan berlaku "entropy" untuk kembali seperti sedia kala dan kembali "lemah, daif, fakir dan hina" juga akhir nya.

Jadi "kuat, bijak, kaya dan mulia" bukan milik asal jasad tubuh kita itu. Kita terpaksa mencari "lanjutan tempuh" itu atau buat "pinjaman masa" untuk dapatkan nikmat itu untuk hidup di "jangka hayat" yang sudah di tetapkan. Dimana kah yang "halal' ini agar kita tidak perlukan yang "haram" itu. Apakah kita masih tidak di beri peringkatan tentang perkara buruk dan baik itu? Tidak ada kah "moral compas" yang sudah di pasang di dalam "nurani" ingatan "iman" supaya mengawal "naluri" hawa nafsu" yang selalu tergesa gesa. Jika kita gunakan "kekuatan" untuk menindas "kelemahan",  "kekayaan untuk tindas kemiskinan", "kepandaian untuk tindas kebodohan" dan "kemuliaan untuk cemuh kehinaan", kita telah salah guna kuasa yang akan di balas dengan hukuman "penahanan" yang akan di pasong dan di tambat dalam tempuh masa yang tertentu. Apakah kita tidak pernah mengunakan "pinjaman masa" ini??????

Kita pernah meminjam untuk "keperluan" dan juga untuk "kepuasan" dari nikmat Tuhan. Kita boleh ambil apa saja untuk "keperluan" hidup tetapi jika kita ambil untuk "kepuasan" nikmat itu, kita telah meminjam dan perlu membayar dengan harga yang setimpal. Sebab susah dan senang sudah di timbang dan jika kita ambil kesenangan yang banyak maka kita patut bersedia untuk terima kesusahan yang sama banyak. Maka kembar "jiwa" kita akan masuk ke dalam "sijjin" dan yang satu akan masuk di dalam "illiyin" untuk menunggu hari kebangkitan dan perhitungan. Inilah alam barzakh yang akan kita lalui untuk menilai amal perbuatan kita. Inilah "masa penantian" yang pernah kita abaikan dengan tergesa gesa dan tidak mahu menunggu dengan kesabaran. Di situlah nanti kita akan melihat bagaimana jiwa kita itu sengsara di "sijjin" dan juga dapat melihat bagaimana jiwa kita itu terhibur di "illiyin" itu. Yang satu akan berkata pada yang lain"Alangkah baik semasa di dunia itu kita melaku amal perbuatan yang baik." Maka syaitan akan membawa mereka yang telah gadai jiwa mereka semasa di dunia ini.  

Syaitan berhak mengambil jiwa kita itu untuk di jadikan hak milik mereka. Mereka boleh di jadikan hantu dan jembalang untuk melakukan kerosakan. Di sinilah "alam mistik" itu mudah berlaku. Sebab jiwa jiwa yang sesat ini mempunyai "ilmu" kerosakan dan kemusnahan yang pernah mereka lakukan. Inilah "qarin" yang sudah menjadi baka keturunan jin dan syaitan. Apabila deoxyribonucliec acid mereka masih berada di atas bumi, maka mereka akan menjadi "penunggu" untuk menjaga harta pusaka mereka sebelum hari kebangkitan. Mereka ini boleh di seru dengan jika cukup syarat. begitu juga yang berada di "illiyin" itu. Mereka masih boleh hulurkan "ilmu" mereka untuk di jadikan sedekah. Sebab "ilmu" ini tidak mempunyai tamat tempuh dan tidak akan lupus selama nya. "Ilmu" setiap anak Adam akan berkekalan hidup dan mati. Itulah mengapa kita boleh menuntut "ilmu" dengan penghuni alam ghaib ini jika ada keizinan. Hanya kekuatan bathin kita yang perlu cari mereka untuk dapatkan persetujuan. Jadi Rasulullah tidak pernah hilang walaupun dia sudah wafat. Kita boleh bertemu dengan Rasulullah jika kita mempunyai kebolehan yang mengizinkan nya.

Bertemu dengan jiwa orang yang telah mati bukan sesuatu yang mustahil. Sebab alam "tidur" mempunyai "ruang" yang sangat luas. Kajian "alchemy" ini mempunyai rangkaian yang sangat halus dan luas untuk di terokai. Pertemuan dua zat yang berbeza di antara jasad dan jiwa nya atau di antara "matter dan anti-matter" ini bukan kitab yang boleh di baca dengan tulisan huruf dan suara. "Perasaan dan ingatan" kita boleh capai sesuatu yang tidak mempunyai bentuk dan rupa. Itulah mengapa Allah swt jadikan kita begitu rupa dengan cukup kelengkapan itu untuk mencari kehadiran Nya. Biarlah kita di hinakan di dunia ini asalkan kita bahagia di sisi Allah swt dan Rasul nya. Habiskan lah "nafas" itu untuk mencari Allah swt dan Rasul nya ini. Jika kehidupan dunia ini tidak kekal, mengapa kita masih mengumpul harta yang akan melekakan kita pada akhirat itu. Alam "sijjin dan illiyin" ini telah banyak tunjukkan bukti dan fakta nya. Kuasa Allah swt yang di tunjukkan pada "air, api, angin dan tanah" sangat jelas tetapi kita masih menafikan nya. Bukan kah kita ini BUTA tanpa ILMU itu????

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan