Akal adalah sesuatu yang di beri kepada manusia apabila sudah cukup umur nya. Ini kerana pertubuhan jasad manusia perlu melalui tahap kesempurnaan dengan jangka masa tertentu untuk sampai ke tahap "matang" nya. "Baligh" adalah di mana manusia sudah bersedia menerima anugerah Tuhan yang paling besar. Di ketika itu lah manusia akan mula di hisab.
Tetapi sebelum itu sejak lahir, manusia hanya bergantung kepada "naluri" deria hawa "nafsu" untuk keperluan hidup nya. Lima panca indera adalah perkakas yang di gunakan hawa "nafsu" untuk memulai perjalanan hidup.Nurani "iman" akan sentiasa menuntut "hak" dengan berdoa kehadrat ilahi ketika hawa "nafsu" meminta keinginan nya. Tugas "iman" semasa sebelum "baligh" amat besar untuk melayan semua kehendak "naluri" hawa "nafsu". Kasih sayang yang di curahkan "iman" untuk memuaskan hawa "nafsu" tidak pernah luput. Semua yang di pinta akan di turuti.
Tapi sejak mula melangkah ke alam remaja semasa "baligh", manusia akan di hidangkan dengan "akal" untuk "iman" memegang tugas amanah yang amat berat. Di sini "iman" tidak lagi boleh memanjakan hawa "nafsu" dengan segala permintaan nya. Sebab "akal" membawa bekal "ilmu" untuk di sajikan dengan peraturan "amal makruf nahi mungkar". Informasi maklumat akan di sediakan untuk "mengenal" atur cara. Risiko dan akibat akan di kuat kuasakan.
Semasa zaman kanak2, hawa "nafsu" telah di didik dengan atur cara harian atau rutin harian. Pendidikan ini akan menjadi "tabiat" kepada hawa "nafsu". Jika "iman" yang sekarang sudah di beri "akal" untuk memegang tangung jawab menentukan yang "hak" dan yang "bathil", sudah tentu amalan rutin harian yang menjadi "tabiat hawa "nafsu" perlu di sekat. Di sinilah bermula tugas "iman" yang amat berat. Jika tanpa "ilmu" dari "akal", sudah tentu hawa "nafsu" ini tidak dapat di tundukkan.
Namun tenaga nurani "iman" akan selalu bersambung dengan saluran informasi "akal" melalui daya "ilham" yang di hulurkan tenaga "ruh". Di sinilah "akal" menyalurkan "buah fikiran" untuk kita memahami keadaan. di realiti. Sebab "ruh" akan sentiasa memberi tumpuan tentang keperluan "nyawa" semasa di kandung badan. Apabila "iman" berdoa meminta sedekah "ilmu" untuk pengetahuan nya, "akal" akan menjadi saluran satelit untuk menyampaikan "ilmu" untuk di pertimbangkan. Sebab "ruh" tidak pernah memaksa "iman" menerima semua apa yang di hulurkan melainkan "iman" itu sendiri perlu memahami maksud yang tersurat. Segala saluran informasi maklumat dari "akal" hanya lah satu cadangan yang di sajikan untuk di pertimbangkan. Sebab daya tenaga "iman" berpaut kepada berat muatan "ilmu" yang menjadi "ingatan" nya sedang hawa "nafsu" mengunakan daya tarikan graviti untuk mendapat ramuan perasaan dari panca indera nya. Kita akan selalu di asak membuat "pilihan" di antara saranan itu.
Edit 21.1.14
Di laluan "ingatan" ini akan ada "lintasan" yang menghulur informasi maklumat yang bukan dari sumber "ruh" yang suci. Jin dan syaitan juga mempunyai kepentingan untuk mendapatkan peminat nya. "Bisikan" ini di jadikan jin dan syaitan untuk memperdayakan manusia. Tetapi "ilham" yang di salurkan "ruh" adalah sesuatu yang mempunyai keistimewaan nya. Itulah mengapa kita manusia perlu dapat membezakan di antara "bisikan" syaitan dan "ilham" yang suci. "Bisikan" syaitan selalu nya di salurkan kepada hawa "nafsu" yang buta. "Ilham" di salurkan kepada "iman" yang bisu.
Benih "ilham" ini selalu nya akan membuat "jiwa" kita merasa nikmat yang menakjubkan dan "bisikan" syaitan selalu nya akan membuat kita merasa gusar dan ghairah. Menuntut "ilham" ini dari "ruh" kita perlu melalui satu tahap siratulrahim yang kukuh. Mengenal "ruh" ini akan menjadikan kita begitu "syahdu" melalui saat kemesraan yang akrab. Itulah mengapa kita perlu kenal dahulu "jiwa" kita ini untuk lebih tahu perangai budi pekerti nya. Jika kita masih belum dapat membezakan di antara hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang ada di dalam diri kita, bagaimana mungkin kita akan dapat tahu yang mana "bisikan" syaitan dan yang mana "ilham" yang suci.
Edit 22.1.14
Perlu di ketahui, "ilham" bukan sesuatu yang datang tanpa di undang. Tetapi "bisikan" syaitan akan selalu menyusup tanpa di jemput. Informasi maklumat yang melintas lalu di dalam benak fikiran kita ibarat persimpangan lalu lintas yang sesak. Naluri hawa "nafsu" yang selalu menunggu di persimpangan itu ibarat "pengemis" di tepi jalan yang selalu mengharapkan imbuhan. Itulah mengapa "bisikan" syaitan bertugas di situ untuk beri pengkhidmatan. Namun "ilham" adalah tetamu yang perlu di undang. Sambutan kehadiran nya perlu di raikan dengan jiwa ingatan "iman" yang mengharapkan pedoman dan didikan. Fikiran "akal" perlu menjejaki "ilmu" pengetahuan yang di perlukan. "Ilham" di salurkan kepada jiwa yang mencari ketaakulan yang hakiki. Saranan dan cadangan itu perlu di sambut dengan kefahaman ingatan "iman" yang khusyuk. Saluran jiwa kehadrat ilahi perlu menghala kearah qiblat yang sah. Sumber segala "ilmu" hakikat tertakluk di puncak naungan Arasyi. Hanya "ruh" sahaja yang boleh menghirup setegok dua air di lautan yang luas itu.
Ruang jalur lebar elektromagnetik di atmophera angkasa, di kelilingi kosmologikal tetap dan graviti tarikan bumi. Apa saja yang ingin melintas lalu di ruang ini akan di sekat dan di tambat oleh ukuran "masa" yang telah menjadi "hukm hudud" alam semesta. Hanya"cahaya" sahaja yang boleh melintasi "hijab" ini dan menembusi ruang yang di penuhi anasir "gelap" yang menghalang kebolosan di luar orbit daya tarikan bumi. Ruang di luar ukuran "masa" ini lah di mana "ruh" kita boleh menjelajahi untuk mencari pedoman dan petunjuk. Laluan ini akan selalu di lalui oleh jiwa ingatan "iman" semasa kita terlantar tidur.
Telepati dan mencari informasi maklumat melalui lapangan kerohanian perlu mempunyai tenaga bathin yang kuat. Tenaga jiwa kita adalah "cahaya" yang terpancar di "aura" kita. Amalan "zikir" pada setiap kalimah mempunyai "tenaga" yang boleh terkumpul. Tetapi kita juga perlu tahu setiap "ayat" yang di baca mempunyai "suhu" yang tertentu. Ada "ayat" yang panas dan ada yang sejuk. Jadi kita perlu kenal yang "sejuk" dan yang "panas" ini. Jika tidak, jiwa kita akan mengalami ketidak stabilan yang kronik. Perlu kami sertakan di sini semasa "kalimah" tauhid di tulis di Arasyi, air lautan yang mengelilingi Arasyi itu mula berkocak sehingga "kalimah" Rasul di sertakan di sebelahnya sehingga buat air lautan itu menjadi tenang. Imbangan "tenaga" bathin ini sangat penting di dalam setiap amalan dan zikir. Kita perlu ingat bahawa Allah dan Rasul Nya selalu perlu bersama untuk imbangi setiap keadaan. Alam ini di jadikan dengan ada nya siang dan malam. Ada matahari dan bulan. Mengapa begitu?????
Kalimah "tauhid" yang menjurus kepada kudrat dan iradat illahi sememangnya mempunyai "tenaga" yang sangat teguh dan kukuh. Jika kita tidak mengimbangi dengan "kalimah" Rasul, nescaya kita tidak mungkin dapat menampung "berat muatan" yang begitu agung. Hanya Rasulullah sahaja yang mempunyai kebolehan untuk menampung perisian itu. Jika kita tidak mengimbangi "amalan" kita dengan sunnah Rasulullah, jiwa kita tidak akan dapat memikul bebanan itu. Itulah mengapa setiap amalan yang kita lakukan perlu di "iktiraf" Rasulullah. Sebab "ijazah" yang di beri Rasulullah meliputi langit dan bumi yang di seru sekalian alam. Rahsia Rasulullah ini perlu kita timba untuk menjadi seorang yang benar benar ingin mengenal Allah swt. Tanpa Rasulullah, tidak sesiapa dapat mengenal Zat dan Sifat Allah swt. Selagi kita tidak berkasih sayang dengan Rasulullah, selagi itu kita masih jauh dari Allah swt. Bukan kah Rasulullah yang memperkenalkan kita kepada Allah swt? Siapakah yang pernah naik bertemu Allah swt Zat Maha Pencipta????
Jika Rasulullah mendapat "wahyu" dengan perantaraan malaikat Jibril a.s., kita sebagai umat nya berhak mendapat "ilham" sebagai "baka" keturunan dan umat nya. Sudah tentu ada malaikat yang bertugas untuk urusan ini. Jika "jiwa" kita masih jauh dari perangai dan budi pekerti Rasulullah, apakah kita berhak menuntut "ilham" itu datang memberi pertunjuk dan pendidikan kepada kita. Mandikan lah "jiwa" kita dengan kesucian Rasulullah. Bersihkanlah "hati" kita seperti mana "hati" Rasulullah itu di cuci oleh malaikat Jibril a.s. sebelum menerima "wahyu" illahi. Segala daki dosa yang melekat di dinding "hijab" perlu di gosok dan di sental dengan kalimah "tauhid" dan di asuh dengan amalan sunnatullah agar ia bersinar kembali. Kamar yang bercahaya perlu melepasi dinding "jiwa" agar ia dapat terpancar keluar menyuluh perjalanan hala tuju. Jika tidak, kita akan selalu di selubungi kegelapan dan meraba raba dengan kebingungan. Orang yang sesat itu sebenar nya yang tidak nampak hala tuju kebenaran.
"Ilham" boleh di salurkan kepada setiap peminat sehingga ia sampai keperingat "laduni" yang begitu menakjubkan. Ruang ini bukan untuk orang "munafik" yang cuba bertopengkan muslihat. Ingat pesan Rasulullah, sesiapa yang ingin mengasihi aku, maka bersedialah menerima ujian hidup yang amat berat. Maruah diri tidak lagi boleh di pertahankan apabila keikhlasan perlu di laksanakan. Penderitaan adalah sesuatu yang "wajib" untuk kita rasai sehingga kita "reda" pada setiap musibah hidup. "Hikmah" yang tersembunyi di sebalik setiap azab dan sengsara, perlu di sambut dengan kesabaran tanpa perlu menuntut balasan.
Rahsia Rasulullah yang selalu membalas kebaikan kepada setiap kejahatan patut di jadikan amalan seharian. Kematian orang yang di kasihi, kehilangan barang yang di perlukan, atau penipuan dan pengkhianatan yang di alami, mempunyai "hikmah" yang meletak kan "jiwa" kita di tahap yang lebih dekat kepada Zat Yang Maha Mengetahui. Allah swt bukan Tuhan yang buta, bisu atau pekak. Kita boleh meminta petunjuk dan bimbingan dengan kesabaran yang mutlak. Pampasan yang akan di beri sangat besar dari apa yang telah kita kerugian. Berharap pada belas kasihan NYA dan belaian mesra untuk ketenangan "jiwa" yang sedang merana. Apa saja yang berlaku di sekeliling kita adalah "bahasa" Tuhan yang perlu kita fahami. Wujud nya Allah swt sangat nyata sehingga setiap detik waktu Tuhan akan berkomunikasi untuk sampaikan isyarat. Jika "jiwa" kita tidak bersama Rasulullah, nescaya kita tidak akan nampak kehadiran Allah swt di setiap detik waktu. Hanya Rasulullah sahaja yang boleh menunjukan kehadiran Tuhan di alam nyata ini. Orang yang di salurkan "ilham" dan "laduni" ini sentiasa bersama Allah dan Rasul NYA. Mereka akan bertutur bicara dalam setiap perkara yang berlaku untuk mendapat pedoman dan pertunjuk.
Jika tidak kita masih terperosok di selubungi alam yang penuh dengan kabus duniawi. Frekuensi dan dimensi di luar alam duniawi tidak mungkin tercapai oleh mata kasar dan "jiwa" kita yang taksub dengan urusan keduniaan. Hidup di dunia ini bukan realiti yang sebenar nya. Ruang elektromagnetik yang menyelubungi kita mempunyai frekuensi dan dimensi dengan getaran yang berbeza. Eletromagnetik spektrum yang terpancar oleh penglihatan mata kasar mempunyai kekisi yang berbeza. "Cahaya" untuk melihat ruang yang lebih jauh memerlukan "tenaga" yang lebih tinggi. Sains kerohanian bukan sesuatu yang tidak pernah di beri tunjuk ajar kepada umat manusia. Kita terlalu leka pada kenikmatan dunia dan terlalu taksub dengan kemajuan sains dan teknologi. Jika pencapaian elektronik yang cangih boleh mengunakan "jalur lebar" untuk kita berkomunikasi dengan talian handphone tanpa wayar, apakah ruang eletromagnetik ini terhad pada perkakas dan alat buatan manusia itu sahaja. Sudah pasti ruang eletromagnetik ini boleh kita jelajahi tanpa perlu mengunakan sebarang alat atau perkakas. Sebab manusia mempunyai perisian yang lengkap dan boleh melintasi ruang atmosphera dengan perisian "jiwa" nya.
Edit 24.1.14
Imaginasi adalah kawasan di mana fikiran kita boleh tersesat di lapangan yang amat luas. Angapan, tangapan dan andaian adalah di mana jin dan syaitan selalu mencelah untuk menabur benih "buruk sangka" yang sangat merugikan setiap manusia jika kita terjebak pada "jerat" yang di pasang. Ini yang kadang kala di salah tafsir kebanyakan manusia sebagai "ilham" yang di terima. Di sinilah "tomahan" dan "tuduhan" di lemparkan tanpa melihat bukti dan fakta yang hakikat. Apabila kita akan sering melalui babak hidup yang sentiasa di landa musibah dan malapetaka, kita akan cuba membuat "post mortem" tentang apa yang telah berlaku untuk dapat sedikit jawapan dengan penyiasatan peribadi kita pada "sebab dan musabab" mencari punca angkara.
Apabila fakta dan bukti kenyataan masih kabur pada kebutaan kita, jin dan syaitan akan menyalurkan "maklumat" untuk buat penjelasan. Bara kemarahan akan di bakar agar menyala di naluri jiwa hawa "nafsu" sehingga kewarasan "akal" di tengelami supaya nurani ingatan "iman" akur dengan theori tangapan itu. Setiap manusia yang sepatut nya di beri kepercayaan sehingga terbukti bersalah akan di tuduh sebagai penjenayah tanpa sebarang bukti dan fakta yang shahih. Suasana yang dahulu nya riang dengan kemesraan di cemari oleh "sangkaan" yang buta. "Bisikan" ini amat merbahayakan manusia. Jika setiap manusia memerlukan pertunjuk dan pedoman pada sesuatu yang "ghaib" dari pengetahuan kita, jangan sekali kita melulu menbuat andaian tanpa usul periksa fakta dan bukti nya. Di sinilah kita akan terjerumus ke lembah bencana yang di sengajakan.
"Ilham" itu datang membawa kebaikan untuk manfaat diri kita. "Hati" di mana curahan rahmat itu di beri akan di sambut "iman" dengan "akal" fikiran yang waras. Jika jiwa ingatan "iman" masih kotor dan berdaki, tidak akan singgah "rahmat" ini di sekeping tanah yang bernajis. Sistem "reda" amat di perlukan setiap manusia. Di situ akan terlindung segala "buruk sangka" yang akan di lemparkan jin dan syaitan. "Reda" ini satu "penawar" yang sangat mujarab yang amat di benci jin dan syaitan. "Hikmah" adalah sesuatu yang paling ajaib untuk kita perhatikan kemunculan nya. Sebab urusan Tuhan tidak berlaku dengan serta merta dan perlu melalui jarak "masa" yang telah di tetapkan. Di sinilah "kesabaran" perlu di aktifkan agar jiwa merasa tenang. "Kesabaran" ini di miliki Rasulullah dan kita wajib mengamalkan nya.
Mengubati "jiwa" kita bukan apabila telah tenat. "Penawar" ini sentiasa perlu di ambil setiap berkala apabila ancaman itu sering berlaku. Di antara "reda" dan "kesabaran" itu akan datang "hikmah" untuk menghulurkan salam. "Hati" di mana "perasaan" itu tercurah dan "otak di mana "akal" fikiran itu berputek, boleh terima anugerah "ilham" selagi "niat" yang buruk itu masih belum di selengarakan. Di ruang inilah kita perlu tunggu kedatangan "kabilah" yang suci ini. Sebab "niat" yang berada di dalam "hati" akan di perhatikan Tuhan. Dan jika ada "keredaan dan kesabaran" di situ, "hikmah" akan di berikan melalui "ilham" ini. Sebab "ilham" sebenar nya adalah penunjuk jalan yang benar. "Siratalmustaqim" ini amat halus dan berlaku tanpa kesedaran kita yang realistik.
Bukan kah kita selalu meminta "siratalmustaqim" ini di setiap sembahyang kita????? Tetapi kebanyakan kita hanya menyebut ayat bacaan itu tanpa sedikitpun mengharapkan kejadian nya. Jika kita menuntut "siratalmustaqim" ini dengan sebenarnya, apakah kita akan melangkah pergi di atas muka bumi ini dengan membuat angkara kerosakan dan permusuhan seperti orang Dzahlim. Terputus nya hubungan kita dengan Tuhan adalah angkara segala musibah hidup yang melanda. Tidak akan berlaku sesuatu bencana apapun selagi "ingatan" di "iman" kita masih dalam talian kepada Allah swt. Kita berhubungan dengan Tuhan dengan talian "ingatan" ini. Kelekaan kita yang buat kita terputus hubungan itu dan terbiar di lapangan yang penuh ancaman musibah.
Edit 12.11.14
Jika secara realiti di alam nyata ini, kita boleh berkomunikasi dengan sesiapa saja di atas muka bumi ini tanpa perlu bersua muka dengan menggunakan frekuensi jalur lebar di "ruang" atmosphera ini. Apakah yang membawa "suara" kita itu sampai kepada seseorang itu yang jauh di hujung dunia ini. Jika ini satu realiti yang telah terbukti, mengapa tidak "doa" dan "permintaan" kita tidak boleh sampai kepada Allah swt yang Mencipta seluruh alam maya ini. Bukan kah Allah swt lebih berhak menggunakan "ruang" angkasa ini untuk mengurus setiap makhluk Nya. Mengapa kita tidak "yakin" bahawa Allah swt boleh mendengar segala kelohaan dan kerinduan kita. Apakah ada halangan untuk Allah swt menyahut seruan kita yang sangat memerlukan bantuan dan perlindungan Nya.
Apakah kita tidak boleh "berbicara" dengan Allah swt secara terus dan perlu menggunakan perantaraan. Allah swt menggunakan sistem "open door policy" di mana sesiapa saja di antara hamba nya boleh datang untuk menyuarakan hasrat di hati tanpa perlu bersua muka. Sebab "wajah" kita yang sebenar nya bukan "muka" yang kita anggap sebagai diri kita itu. "Muka" itu untuk di pandang sekalian makhluk alam tetapi "wajah" kita itu tidak pernah berbohong dan menipu. Jika kita sendiri yang "nafikan" Allah swt itu bagaimana kita mengadu tidak mendapat layanan yang di perlukan.
Kita sangat memerlukan "ilmu" itu untuk dapatkan "kefahaman" bagaimana untuk "bertemu" dengan Allah swt dengan segala hajad yang di minta. "Hijab" yang menutup tirai itu perlu di buka supaya "hati" kita itu boleh menampung "kesucian" yang di perlukan untuk menghadap Zat Yang Maha Mulia itu. Segala "daki" dosa itu perlu di cuci bersih dari segala najis yang kotor. Pakaian "keimanan" dengan kemesraan kasih sayang dan kerinduan perlu di sarungkan untuk datang menghadap sebagai "tetamu" yang di muliakan. Apakah yang ingin di lihat Allah swt pada diri kita itu untuk di terima sebagai "tetamu" Nya. Apa juga "ilmu" yang kita miliki tidak boleh bercanggah dengan segala "hakikat" yang di tetapkan. Dia adalah "Raja" yang memberi kita kehidupan ini. Jika kita mempunyai "ilmu" yang "hakikat" itu sudah pasti Allah swt akan "pandang" kita dengan kagum dan kebanggaan.
Dosa kesalahan dan kemungkaran kita adalah tirai yang menutup "hijab"" itu di antara kita dengan Tuhan. Sebab Allah swt tidak akan memandang "wajah" yang kotor dan berdaki dengan dosa. Apabila perhatian Allah swt itu tidak tertumpu kepada "wajah" kita, maka kita tidak akan dapat "taufik dan hidayah" dari pandangan itu dan kehidupan kita akan di urus oleh kuasa "sebab dan musabab" tanpa campur tangan Allah swt yang membiarkan kita dengan kemungkaran kita. Itulah mengapa Tuhan berkata "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mahu mengubah nya." Di situlah kita akan berada di dalam kesesatan yang nyata tanpa "petunjuk" jalan "siratalmustaqim". Jalan "siratalmustaqim" ini sangat di perlukan oleh setiap yang bernyawa. Kerana sifat Allah swt yang Maha Mengetahui tentang "hakikat" kebenaran perlu kita perolehi dengan segala "doa" yang di pinta.
Petunjuk dan didikan Allah swt sangat kita perlukan untuk dapatkan hala tuju yang sebenar. Kita sebenar nya "buta" di dalam kegelapan ini dan sedang meraba raba untuk mencari jalan yang benar. Tanpa "kefahaman" yang kita terima melalui "idea, ingatan dan ilham", kita akan tersesat jalan dan terjerumus ke lembah kesusahan dan penderitaan. Bukan kah kita sangat memerlukan "kepandaian" itu untuk melakukan apa saja dalam kehidupan kita. Kita pergi belajar dari keringkat tadika, sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti untuk dapatkan "kefahaman" itu dari semua "ilmu" yang di taburkan di merata alam maya ini. Si Buta ini sedang meraba raba di dalam kegelapan untuk mencari cahaya "nur" itu yang sudah tersebar luas di merata tempat.
Semua "ilmu" ini memerlukan "kefahaman" yang di simpan ingatan "iman" sebagai "sauh" keyakinan. Besi "qursani" dari serpihan cahaya "nur" pada "ilmu" itu perlu di tarik "graviti" hawa "nafsu" kita ke jasad tubuh untuk di simpan dalam ingatan "iman" sebagai "satelit" yang memancar resepsi di ruang elektromagnetik untuk mencari "jawapan" itu yang pernah di tanya "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?". Jika "idea, ingatan dan ilham" itu tidak pernah di hulurkan kepada setiap manusia atau hamba Nya, nescaya kita akan tersesat jalan dari "siratalmustaqim" itu. Bukan kah itu yang kita minta di setiap kali kita sembahyang? Selagi kita masih "sujud" di atas muka bumi ini, selagi itu Allah swt tidak akan pernah meninggalkan kita bersendirian. Apabila kita "ingat" kepada Allah swt, secara automatik Allah swt akan akan beri tumpuan.
Kemana saja kita melangkah pergi, Allah swt akan sentiasa memberi peringatan supaya kita datang kepada nya sebagai "jemputan" yang di undang. Ini sesuatu yang tidak boleh kita nafikan kerana di mana saja kita berada kita akan di kejutkan dengan ada nya Tuhan dan lambang itu tersebar luas di merata tempat. Apabila "ingatan" itu datang kepada kita secara spontan, kita harus sedar bahawa Allah swt sedang menjemput kita sebagai "tetamu" di dalam majlis jemaah Nya. Tapi kita yang selalu mengabaikan "jemputan" Allah swt itu. Pergilah kemana saja kita akan bertemu dengan bayang Rasulullah yang menunjukkan ada nya Allah swt. Itu lah permulaan nya kita menerima "ilham" dari Allah swt dan jika kita terima "jemputan" itu dengan penuh reda dan keikhlasan, "ilham" itu akan menjadi bertambah kuat apabila ingatan "iman" kita di jadikan resepsi pada "satelit" itu.
Pergilah melangkah kemana saja, di situ kita akan sangat memerlukan kehadiran Allah swt untuk membimbing dan melindungi kita di dalam setiap detik waktu. Itulah mengapa Rasulullah sentiasa berdoa "Jangan lah lepaskan diri ku pada diri ku sendiri walaupun sekelip mata". Siapa kah yang tahu apa yang tersembunyi di hati hati manusia. Siapa kah yang tahu apa yang telah tertulis di kitab Al Lukh Mahfuz di mana "takdir" itu tercatat dan siapa kah yang tentukan "nasib" kita itu. Jika kita sangat perlu kan Allah swt, kita perlu tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan Nya dan bagaimana untuk terima "jawapan" itu. Allah swt tidak berkata kata dengan "huruf dan suara". Jika kita tahu "bahasa Tuhan" ini yang selalu tulus dan ikhlas tanpa sebarang kekeliruan dan kepalsuan, kita akan berada di dalam satu "frekuensi" di ruang jalur lebar ini yang sangat menakjubkan. Kegagalan kita mencapai tahap ini adalah dari sebab kelemahan diri kita sendiri yang tidak mampu masuk ke dalam ruang yang sangat indah itu. Inilah apa yang Rasulullah alami apabila dia di angkat menjadi Rasul dan utusan Allah swt. Walaupun "wahyu" itu sudah tidak ada lagi, tetapi "ilham" ini tidak pernah terputus sebab hubungan kita dengan Allah swt sentiasa "aktif" sehingga kita sendiri yang matikan talian itu. (Disconnected)
Kita terlalu taksub dengan pamiran duniawi dan terhibur dengan layanan yang di raikan. Apabila kita "pilih" syurga di dunia ini untuk dapatkan nikmat yang "palsu" dan "sementara" seperti mana hawa "nafsu" itu yang akan lapar setelah kenyang, haus setelah minum, penat setelah segar dan lena setelah terjaga, ingatan "iman" kita akan sentiasa sibuk untuk melayan kehendak hawa "nafsu" ini yang tidak pernah merasa puas. Apakah itu tujuan jasad tubuh kita itu di jadikan??? Mengapa hanya ingatan "iman" sahaja yang selalu hadir menjengah Allah swt, tetapi jasad tubuh itu tidak pernah datang ikut bersama..
Edit 22.11.14
Apakah menghubungi Allah swt itu amat rumit atau "complicated" sekali. Apakah talian itu selalu "engage" atau tidak dapat di hubungi. JANGAN SALAHKAN TUHAN!!!!! Allah swt selalu menghubungi kita tetapi kita yang tidak mahu menjawab!!! Message dan pesanan yang di tinggalkan pun tidak di balas!!!! Apakah kita sudah begitu hebat sehinggakan kita tidak memerlu lagi bantuan dan petunjuk Allah swt. Segala gala nya kita sudah pandai mengatur dan mengurus hidup kita, konon nya dah "bijak" dan "pandai" membuat semua keputusan. Tapi selepas itu mengeloh dan mengadu nasib kita selalu gagal dan malang dan menyalahkan Tuhan kerana tidak adil dan zalim!!!! Mengapa kebodohan kita sendiri itu menjadi alasan untuk kita berpaling jauh dari Allah swt dengan membenci!!!!
Walaupun kita begitu sombong dan angkuh, Allah swt tetap menghulurkan "oksigen" itu untuk kita "bernafas" dan bersuka ria. Allah swt tetap sediakan rezeki untuk kita makan dan minum dengan sekenyangnya. Sifat tidak tahu berterima kasih inilah kekufuran kita yang menghalang kita mendapat "taufik dan hidayah" itu. Bersihkan lah "hati" itu wahai teman pembaca kami. "Hati" itulah tempat kita menghadap Allah swt. Itulah "qiblat" yang perlu kita hadapkan dengan penuh rela dan keikhlasan. Sebab "niat" ini adalah rahsia ketuhanan yang perlu kita perhatikan. Di situ lah pandangan itu selalu di tumpukan. Perhatikan lah "Al-Kahfi" di mana semua rahsia itu akan terbongkar dengan keajaiban kekuasaan Allah swt yang memimpin setiap hamba hamba Nya. Apakah "ilham" itu tidak akan tercapai oleh hamba hamba nya jika "siratalmustaqim" itu di sampaikan.
23.11.14
Kita selalu melangkah di atas muka bumi ini untuk mencari "ilmu" pengetahuan. Semakin kita "pandai" dan "bijak", kita menjadi lebih angkuh dan sombong untuk menafikan "hak" Allah swt dengan pelbagai alasan. Itulah mengapa "ilmu" itu tidak pernah menjanjikan hakikat kebenaran. Kerana "kefahaman" pada sesuatu "ilmu" itu masih berada di tangan Allah swt. "Kefahaman" itu akan di nilai dari segala amal perbuatan kita, Sebab itu "knowledge" itu "science" yang tidak menjanjikan keimanan yang kukuh. Sesiapa saja boleh memiliki "ilmu" atau "science" ini. Tapi "kefahaman" atau "understanding" masih menjadi "pendapat" atau "teori" yang bukan "fakta" atau "fact" dan bergantung kepada "bukti" atau "evidence" yang perlu di "percaya" atau "belief" di mana ingatan "iman" itu perlu pisahkan kepalsuan itu dari keinginan hawa "nafsu" nya.
Sebab "pilihan" atau "choice" ini yang di buat hawa "nafsu" bukan satu "fakta" yang pastikan hakikat kebenaran di mana "peluang" atau "chance" itu masih di tangan Allah swt untuk menentukan nya. Ini akan menjadi lebih rumit apabila kami dedahkan rahsia ketuhanan. Tapi "ilmu" itu sebenar nya satu utusan informasi maklumat yang di terima dan memerlukan "kefahaman" yang di katakan "ketaakulan" atau "cognitive" di mana "kejangkalan" atau "dissonance" merujuk kepada "keyakinan" atau "faith" di dalam ingatan "iman" atau "core belief". Jadi di antara yang "hak" dan yang "bathil" ini masih di guna pakai kedua "jiwa" hawa "nafsu" dan ingatan "iman" kita untuk di pamirkan di realiti sebagai amal perbuatan kita.
Tetapi amal perbuatan kita yang baik boleh membawa keburukan dan keburukan itu boleh membawa kebaikan. Jadi di mana kah yang betul dan pasti itu????? Bukan kah di situ kita perlu merujuk kepada Allah swt yang mempunyai jawapan nya????? Itulah mengapa segala perbuatan yang di lakukan tidak di nilai dengan buruk dan baik nya tetapi!!!!!!! pada "NIAT" nya. Inilah asas yang perlu kita perdalami sebelum kita layak menerima "ilham" ini. Sebab syaitan juga boleh bisikan sesuatu kepada kita sebagai "penasihat". Di antara "hak" dan yang "bathil" itu ada benteng perpisahan yang perlu di pastikan. Siapa "hamba" itu dan siapa "Tuhan" itu perlu di sahkan dengan mengenal asas "kudrat dan iradat" yang di katakan "daif, hina, fakir dan lemah" itu.
Di sini kita akan terdampar di antara memori dan mimpi yang tertayang di kesedaran realiti. Sebab "ingatan" kita boleh mengimbas ruang "masa" di pentas masa silam, masa kini dan masa depan. Kelajuan minda ingatan kita boleh merintasi kelajuan cahaya dalam sekelip mata untuk berada di mana saja. Itulah mengapa ada di antara kita pernah mengalami "dejavu" yang pamirkan situasi keadaan yang pernah kita lalui sebelum itu. Sebab realiti ini berlaku di antara dua arah yang bertentangan dan bertembung. Tinjauan kesedaran kita di pacu kenderaan fikiran yang menghala mencari kefahaman dari apa yang terlihat oleh "ingatan" yang boleh terlupa atau hilang "ingatan" dari apa yang pernah terlihat atau di lalui yang di katakan mimpi itu.
Jadi memori adalah apa yang boleh di simpan dalam "ingatan" dan mimpi adalah apa yang tidak laluan yang hilang "ingatan" itu. Kita mungkin telah sampai atau pergi di tempat atau kawasan itu semasa kita melalui "kembara tidur" di ketika tidur. Sebab "mimpi" ini boleh memberi "petunjuk" dengan apa yang telah atau akan berlaku. Tetapi "bahasa" mimpi ini mempunyai "puisi" peristiwa dengan maksud yang memerlukan "kefahaman" untuk membaca istilah ungkapan nya. Sebab "jiwa" kita ini boleh memberi "peringatan" dan "amaran" untuk menasihati kita tentang kejadian realiti. Jika pertalian "siratulrahim" kita dengan "jiwa" ini tidak begitu mesra, maka "mimpi" itu akan di anggap sebagai satu "dongeng" yang tidak penting. Apabila gambaran yang di beri itu tidak di hiraukan sebagai satu "pesanan" yang berguna, maka "jiwa" kita akan hanyut dengan rekreasi hawa "nafsu" yang buta itu.
Rahsia "mimpi" ini sebenar nya satu saluran yang sangat berguna. Di situlah kita boleh mencari "jawapan" untuk melihat realiti masa depan. Jika kita sudah mempunyai pertalian yang sangat akrab dengan "diri" kita itu, maka kita boleh mendapat "petunjuk" dari "taufik dan hidayah" yang di berikan Allah swt. Jiwa kita itu perlu berkhidmat kepada Allah dan Rasul untuk mewarisi "ilham" ini yang sangat halus. Alam realiti ini sebenar nya penuh dengan tipu muslihat. Apa yang di pamirkan oleh sesiapa saja tidak pernah nya jujur dan ikhlas seperti mana yang kita sangkakan. Bagaimana kita dapat melihat kebenaran itu akan menjadi "ilmu" yang di miliki untuk mencegah segala kemungkaran. Jika tidak kita akan terperangkap di dalam syak wasangka, kesangsian. kecurigaan pada anggapan dan tanggapan kita yang buta itu.
Hakikat kebenaran hanya Allah swt sahaja yang tahu. Untuk dapatkan pengetahuan itu kita perlu merujuk kepada Allah swt untuk memberi "petunjuk" itu. "Ilham" itu akan datang untuk memberi "jiwa" kita satu "pesanan" yang luar biasa. Apabila kita selalu di dalam kegelapan, maka "petunjuk" itu seperti satu cahaya yang cuba terangkan suasana yang gelap itu. Jadi "kefahaman" ini satu anugerah yang di beri Tuhan pada sesiapa yang di kehendaki. Sudah pasti kita telah banyak menerima "kefahaman" itu selama kita hidup di dunia ini. Tidak kah Tuhan sentisa menbantu kita di dalam segala sudut untuk kita maju dengan kebolehan yang baik. Tapi adakah kita pernah berterima kasih dengan anugerah yang pernah kita perolehi itu. Tidak pernah kah kita di beri peringatan tentang risiko dan akibat dari apa yang akan kita lakukan itu dan abaikan "peringatan" itu untuk ambil penuh tanggung jawab dengan "pilihan" yang di buat pada "peluang" yang di hulurkan. Bukan kah Allah swt sentiasa berada di situ dan lebih dekat lagi untuk menjaga dan mengurus segala kehidupan kita.

Cerita si buta, si bisu dan si pekak ini adalah sesuatu yang amat menakjubkan untuk di ketahui.