Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Isnin, 11 Ogos 2014

Nasi Kangkang

Isu ini agak sensitif untuk kami perbincangkan. Tidak banyak yang ingin cuba membuka ruang ini untuk di teroka fikiran akal. Tetapi kita tidak boleh biarkan sesuatu itu di tambat dengan tanda tanya. Kita perlu kupas benda ini dengan fikiran yang lebih rational. Sudah menjadi lumrah asas naluri manusia yang di jadikan dengan pasangan Adam dan Hawa ini untuk menuntut kasih sayang dari satu sama lain. Masing masing akan cuba untuk memikat dengan apa cara sekalipun. Ayat "pengasih" yang baik akan di gunakan untuk mendapat perhatian khusus dari "hati" yang sudah berkenan. Baik kaum Adam atau kuam Hawa, mereka mempunyai kepakaran masing masing dalam bidang ini. "Perisian" libido akan di upload dari informasi maklumat dan teknologi moden agar ketampilan jasad tubuh tidak bosan di pandang mata. 

Kaum Adam akan tebalkan otot tubuh nya agar kelihatan "macho" dan pastikan "tongkat" itu sentiasa bersedia untuk bertarung. Telunjuk bathin perlu bersyahadat untuk naik saksi di pintu babu rahim. Kaum Hawa akan tersembunyi malu di sebalik tabir mempunyai rahsia peribadi yang ingin di dedahkan. Yang lebih agresif akan cuba tonjolkan kewanitaan nya untuk memikat pasangan nya. Baik kaum Adam ataupun kaum Hawa, sudah pasti mereka mempunyai simpanan senjata rahsia yang di bekalkan Tok Ali dan Nek Mah mereka. Petua jampi serapah dan ayat Baba Rahman dan Babu Rahim akan di jadikan asas jurus untuk bertarung di arena sulit rahsia pohon kuldi.     

Mencari pasangan hidup sememangnya menjadi matlamat setiap manusia yang mempunyai hawa "nafsu" apabila syahwat nya sudah mula matang untuk dapatkan ransangan seksual. Macam macam dialog ayat baik di hembuskan dengan seni perkataan untuk memikat si jantung hati. Dalam rangka waktu memikat ini, Si Adam akan cuba memegang watak "hero" untuk dapatkan restu dari "hati" kaum Hawa agar dapat menerima nya sebagai teman untuk di luangkan bersama. Ini konon nya masa untuk kenal hati budi sebelum keputusan muktamad di buat untuk ambil sebagai teman hidup sepanjang masa (full time). Ada juga yang di jadikan sebagai teman separuh masa (part time) apabila ada halangan tertentu untuk di ikat dengan kontrak sosial yang lebih eksklusif. Teman "part time" ini juga mempunyai "perisian" libido masing masing untuk pastikan "frekuensi" komunikasi kekal bersambung. Yang terputus hubungan akan menjadi teman kenangan masa lampau (lost time) untuk di jadikan pengalaman kepakaran hari esok.  

Tetapi kebimbangan kami apabila ada ekstremis yang telah menjadi "terrorist" di lapangan ini. Bekalan yang di berikan sebagai senjata untuk tunduk dan tumpaskan pasangan hidup mereka tidak boleh di jadikan tauladan. Senjata biokimia ini sangat merbahaya apabila di gunakan kepada pasangan hidup mereka. Kaum Hawa berhak mempertahankan diri mereka dari keganasan kaum Adam yang melampau. Tetapi masih ada cara yang lebih sesuai untuk menyelesaikan masalah. Konflik keharmonian perlu di capai dengan fikiran yang lebih rasional. Tidak perlu mengambil tindakan yang lebih kejam dari siuman keperimanusian kita. Mungkin apabila manusia itu terdesak atau mungkin terpengaruh dengan analisa fikiran yang buntu dan bodoh mereka akan mencuba "ramuan" khas yang lebih drastik.

Telah di ketahui ada bersediaan rahsia di sebalik keharmonian yang terpelihara. Satu "ramuan" untuk resepi khas ini sangat jijik untuk di gambarkan. Sistem rembesan semula jadi kaum Hawa ini telah di jadikan asas "pukau" yang di takluki untuk memerintah tahta kerajaan kedurhakaan ini. Hidangan permakanan sememangnya telah di serahkan kepada kaum Hawa untuk setiap perut yang kebulur menjamah selera. Amanah ini sangat "keramat" yang tidak boleh di khianati oleh kaum Hawa. Sebab hidangan permakanan yang di sediakan perlu mengandungi khasiat kesihatan yang paling tinggi dan bukan sebalik nya. Jika ada ramuan yang di cemari sumber keracunan, permakanan itu akan akibatkan sistem kesihatan tubuh badan manusia itu runtuh. 

Apabila pintu Babu Rahim ini menjadi satu "tugu" peringatan yang sangat di sanjung, daya tarikan graviti di kawasan itu akan di gunakan sepenuhnya untuk capai matlamat. Pintu Babu Rahim ini mengandungi hasil kimia biologi yang berbeza. Zat nikmat libido di kawasan itu sememangnya di impikan setiap jiwa kaum Adam yang berhajat. Namun di sebalik kenikmatan yang di hasilkan di situ, Tuhan telah memastikan sistem rembesan kaum Hawa di perlihara dengan cukup sempurna. Segala kekotoran dan pencemaran yang berlaku di situ perlu di hapuskan dengan setiap berkala untuk menjamin kesucian nya.

Di setiap tempat dan kawasan yang suci, akan ada ancaman untuk mencemarkan kesucian itu. Keramat kesucian itu akan di jadikan "tugu" peringatan sebagai daya tarikan. Di sinilah satu "ramuan" di jadikan ilmu untuk dapatkan kesan graviti nya. Kesan graviti tarikan bumi pada jasad tubuh itu mempunyai asas yang tertentu dari pintu jiwa hawa "nafsu" setiap manusia. Apabila di "puja" dengan asas keperluan nya, dan di pikat dengan ramuan khas nya, jiwa hawa "nafsu" manusia itu boleh tergugat. Rahsia kawasan sulit ini telah di gunakan sebagai bahan khas untuk menuntut penghormatan nya dengan pencemaran permakanan.

Penjaja yang terdesak untuk mencari keuntungan telah di beri tunjuk ajar dengan istilah "pelaris" yang agak sesat. Selimut pangkal rahim di kawasan sulit itu di jadikan "ramuan" yang tidak bertangung jawab. "Pelaris" seluar dalam ini mungkin satu igauan yang menakutkan. Tetapi yang lebih ekstrim apabila rembesan sulit itu di cemari pada hidangan makanan. Setiap sesiapa yang menjamah makanan atau minuman itu tanpa menyebut nama Allah swt, akan terkena pukau "pelaris" ini. Pelangan akan merasa seronok untuk melangani permakanan itu dengan daya tarikan yang agak kuat. 

Tetapi yang paling kami khuatiri apabila orang yang di amanahkan untuk menjaga urusan hidangan ini adalah orang yang di percayai telah mengkhianati tangung jawab itu. Pengkhianatan ini berpunca dari alasan yang berbeza. Ada yang ingin memastikan hubungan mesra mereka terjamin dan ada juga yang mengunakan nya hanya untuk membalas dendam dan hasad dengki. Urusan "nasi kangkang" ini mungkin hanya satu tanggapan yang tidak berasas, tetapi secara fakta nya ini pernah berlaku sebagai satu amalan mistik yang sesat. Jin dan syaitan mempunyai kepakaran yang luar biasa. 

Rembesan pintu sulit dari kumbahan kuman najis di jadikan "resepi" khas untuk sediakan hidangan mistik ini. Darah haid yang kotor itu akan di "puja" supaya "penunggu" asas yang menjaga kepentingan kotoran itu di arah menyeru suratan nabati. Ini akan di gabungkan dengan mutasi genetik DNA jika si mangsa itu orang yang terdekat atau di kenali. Tebu muda dan juga telur ayam adalah di antara bahan permujaan yang mistik ini. (Baca cerita Penanggal kami untuk tahu lebih lanjut) "Nasi kangkang, busong, dan kunci nafsu" adalah sebahagian dari upacara seruan mistik ini. Mangsa rogol boleh mencari pembelaan jika mereka tahu atur cara yang tepat dan berkesan. Sebab permujaan mistik ini bukan hanya untuk melepaskan dendam dan geram hasad dengki tetapi boleh juga untuk mencari keadilan yang setimpal.

Deoxyribonucleic acid setiap manusia bukan sesuatu yang mistikal. Itu adalah satu bukti kebijaksanaan Tuhan yang sangat tinggi. Pencemaran racun kuman pada jasad tubuh manusia tidak dapat di tangkis dengan kepastian yang penuh. Sebab di udara angin yang kita gunakan untuk bernafas dan di setiap rezeki yang kita makan dan minum boleh masuk kedalam jasad tubuh kita tanpa di periksa asal usul nya. Jika Tuhan tidak ada di situ, sudah pasti segala ancaman maut akan datang menjengok.  

Melangkah di atas makanan yang akan di hidangkan mempunyai istilah hajat untuk menerapkan penaklukan dari khasiat makanan itu. Jampi mantera yang di baca merupakan seruan bathin agar tunduk kepada kemahuan nya. Untuk kuatkan lagi serapan bathin "pukau" itu, makanan itu akan di asapkan di dalam kain sarong yang di pakai sambil mengangkang. Ini selalu nya di lakukan pada bahan asas seperti gula dan garam yang akan di gunakan di dalam masakan. Tetapi yang lebih khusus dan tertumpu apabila sepingan "nasi" itu di "tanak" di bawah kelengkang yang lebih dekat pada kawasan sulit nya. Mangsa yang memakan "nasi" ini akan hilang sesuatu dari kewarasan akal fikiran nya apabila hawa "nafsu" nya di kunci di bawah jajahan tarikan graviti Babu Rahim itu. Darah haid adalah kotoran najis yang di miliki jin dan syaitan yang perlu di lupuskan. Wanita "terrorist" ini ingin jadikan suami mereka "pondan hydroponik" yang mengemas rumah, masak dan cuci kain baju.

Si penguna yang melakukan amalan mistik ini akan menerima hukuman yang setimpal. Jasad tubuh nya akan membusuk seperti bangkai hidup jika di "sertu" dengan ilmu rohani  ketuhanan. Sebab darah haid yang di gunakan pada makanan itu akan menjadi sumpah "laknat" oleh bumi ini yang tidak akan merestui jasad nya untuk di kembalikan pada tanah. Darah daging di jasad nya akan menjadi makanan jin dan syaitan dengan barah penyakit yang kronik. Jiwa nya akan sentiasa di hantui kegelisah dan kerunsingan seperti mana mangsa nya merana kesengsaraan.  

Perlu di ketahui, kumbahan kitaran haid  adalah untuk memastikan keturunan baka nasab itu terjamin. Sebab asas inmiun antibodi kita akan hapuskan buangan toxin kotor. Rembesan dan kumbahan ini perlu di hapuskan dari jasad tubuh kita sebagai sisa buangan. Tetapi sisa buangan ini akan di serahkan kepada bumi untuk di proses menjadi bahan organik untuk menyuburkan tanah. Sisa buangan ini adalah permakanan alam semula jadi untuk kehidupan makhluk yang lain. Makhluk ini ada yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar kita. Rembesan dan kumbahan ini adalah permakanan mereka yang asas seperti bangkai dan tulang sebagai petugas kebersihan alam semesta.

Jika darah kitaran haid itu di gunakan untuk tujuan mistik, asas deoxyribonucliec acid untuk baka nasab itu akan terancam. Perlu kah kita mengadai maruah keturunan kita kepada anasir yang mempunyai kepentingan. Makhluk jin dan syaitan ini mempunyai minat pelaburan untuk membiak baka keturunan nya. Kuman dan penyakit adalah gedung makmal yang mereka proses untuk mendatangkan kemusnahan. Amalan "nasi kangkang" ini mempunyai kebudayaan dari keturunan jin dan syaitan ini. Mereka sememangnya ingin membiak baka keturunan mereka di dalam jasad tubuh kita.  Jika peluang itu di hulurkan, mereka akan pastikan projek itu akan berjaya. 

Apabila "bahan" biokimia itu sudah meresap di dalam jasad tubuh kita, mereka yang sentiasa di ruang atmosphera kita akan berjuang untuk memastikan urusan itu tercapai. Tidak sukar untuk mereka melaksanakan pelaburan mereka itu berkembang maju. Sebab keracunan virus penyakit yang akan di sebarkan makhluk ghaib ini memerlukan "tempat persingahan" (temporal host) untuk menetap. Urusan baka tumpangan ini (surrogacy) telah menjadi asas pembiakan kebanyakan baka genetik spesis kehidupan. Sistem alam ini telah menyediakan segala kemudahan untuk di aktifkan. 

Jika ancaman keselamatan telah tersebar begitu meluas di alam persekelilingan kita, daya ketahanan inmiun antibodi kita harus kuat untuk mempertahankan benteng jasad tubuh. Tetapi adakah kita mempunyai cukup kepakaran dan kebolehan untuk melakukan itu. Sebab itu Tuhan menjadikan "jiwa" yang ghaib untuk tugasan itu. Disinilah kita perlu mendapatkan kepakaran dan kebolehan itu. Agama kita telah menyediakan segala asas keperluan itu. "Jiwa" kita ini perlu bertindak untuk menghapuskan segala ancaman yang tidak dapat kita kesan dengan ilmu pengetahuan kita. Mereka lebih arif dalam urusan ini dan kita sepatutnya menyerahkan tugas itu kepada nya untuk pastikan baka nasab keturunan manusia tidak tercemar.

Edit 7.10.14

Di sini lah fungsi "doa" dan "iman" kita kepada Tuhan yang Ghaib. Sebab urusan yang halus dan ghaib ini berada di luar kemampuan kita. Mungkin kita masih tidak terlalu "yakin" dengan kesan "doa" dan "iman" yang agama cuba galak atau anjurkan. Beriman kepada yang "ghaib" ini bukan sesuatu yang tidak berasas. Sebab jika kita kaji "ilmu"" sains terkini di mana para saintis terkemuka di dunia telah bincangkan tentang "partikel" yang tersembunyi di sebalik kegelapan yang kosong (nothing) menjadi sesuatu (something) itu wujud di realiti, bukan "mitos" (myth) atau magis (magic) dengan keperluan keajaiban (supernatural). "Kuantum partikel" yang dahulu nya terlalu halus yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar yang menjadikan segala gala nya yang kita nampak ini sekarang.

Seluruh alam maya ini terbentuk dengan ada nya "peluang" (chance) yang di hulurkan dan bukan berlaku secara kemalangan atau (by accident). PELUANG (chance) ini berada di tangan yang Maha Berkuasa. Pergi lah kemana saja dan buat lah apa saja, kita akan memerlukan "peluang" (chance) untuk mencapai segala realiti nya. Jika tidak ada sesuatu apa pun yang boleh pastikan (predict) datang nya "peluang" (chance) ini, maka kita sangat mengharapkan belas kasihan dan kasih sayang Tuhan untuk menjaga kesejahteraan kita. Walau bagaimana cekapnya kita memandu kenderaan itu atau begitu berhati hati supaya terselamat, namun kecuaian orang lain tidak dapat kita pastikan. Apakah kita sudah cukup berkebolehan untuk berdiri dengan sendiri nya??? Kuasa alam di sekeliling kita masih jauh dari keupayaan kita untuk pastikan gerak kelakuan nya. Kita masih perlukan sesuatu yang boleh pastikan keselamatan kita. Di situlah Tuhan berada untuk kita mengadu dan merayu agar "peluang" (chance) itu di hulurkan.

Apabila kuasa alam "sebab dan musabab" (cause and effect)  berada di dalam ruang yang "lepas bebas" (free will) yang huru-hara (chaos), maka amat perlu kita mencari satu "kuasa" yang boleh jadikan ia aman dan harmoni (order). "Rekaan pintar" (intelligent design) sangat di perlukan untuk mengatur satu sistem ukuran matematik yang kita selalu gunakan. Maka kuasa "graviti" yang mengukur "masa" dengan kelajuan dan jarak nya perlu di ambil kira. Apabila "masa" itu di ukur, maka segala "bahan" atau (matter) perlu di timbang dengan "berat muatan" nya yang terkumpul. Begitu lah terjadi nya jasad tubuh kita ini dan juga apa saja yang kelihatan oleh mata kasar.

Ancaman kemusnahan perlu di tangani dengan "pencegahan" yang praktikal pada daya usaha kita sendiri. Tuhan bukan "hamba" yang boleh di perintah dengan "doa" permintaan kita. "Usaha" kita adalah "bahasa" yang kita sebutkan sebagai "doa" dan bukan perkataan. Tuhan tidak perlukan "huruf dan suara" itu yang kita lafazkan. Kita perlu "bukti" kan permintaan "doa" itu dengan perbuatan kita. Sebab Tuhan bukan "makhluk" yang bercakap dengan "huruf dan suara" untuk di dengari. "Niat" yang kita ukirkan dengan "perasaan" itu adalah "bahasa" yang paling tulus dan ikhlas tanpa pembohongan dan tipu muslihat. 

Siapakah "perlindung" yang tidak pernah tertidur dan terlelap????

Dalam urusan "nasi kangkang" ini, semua kaum Hawa yang menghidangkan makanan yang di masak sangat mengharapkan "penghargaan" dari sesiapa saja yang memakan nya. Ini sesuatu yang tidak boleh kita pertikaikan. Lihat lah ibu kita yang begitu "taat" menyediakan makanan untuk kita jamah sehingga kenyang. hati budi yang "luhur" itu adalah satu "ibadah" yang paling suci untuk di sanjung setinggi nya. Keikhlasan seorang ibu menyuapkan nasi kedalam mulut anak nya, adalah satu "doa" yang tidak pernah di sebut dengan perkataan. Tugas itu tidak pernah di minta dengan bayaran "gaji" dan tanpa "cuti" walau sehari pun. Pernahkah kita menghargai jasa "ibu" kita itu selama ini????

Jika tidak, maka ancaman "nasi kangkang" ini akan berkuat kuasa serta merta dari sesiapa saja yang mengambil alih "tugas" itu dari "ibu" kita. Apabila "dosa" tidak menghargai jasa "ibu" yang tulus ikhlas itu masih melekat di nyawa nabati kita, ancaman "nasi kangkang" ini akan berkesan jika ia di aplikasikan. Tuhan tidak akan melindungi seorang "hamba" Nya yang tidak tahu bershukur dan berterima kasih. Apatah lagi jasa "ibu" yang "tulus"  dan "ikhlas" itu tidak pernah di kenang dan di beri penghargaan. Tangan kanan seorang "ibu" yang menyuapkan nasi kedalam mulut anak nya selalu mengengam ayat angka "18" di telapak tangan  nya sebagai satu "pengistiharan" dan "pengumuman" kepada seluruh seru sekalian alam supaya mematuhi nya. Enzyme "ibu" pada baka kandung DNA nya tidak dapat di "ganti" dengan segala "penawar" yang ada. 

"Pengistiharan" dan "pengumuman" ini telah di sebut sebanyak 18 kali di dalam ayat Al Quran untuk pastikan alam ini patuh dengan arahan nya. Hanya seorang "ibu" yang melahirkan anak nya sahaja yang layak menggunakan "kuasa" itu tanpa perlu istiharkan doa nya. Sebab "ketulusan dan keikhlasan" seorang ibu mengharapkan kesihatan anak nya tidak pernah terhakis. Tetapi apabila anak itu sendiri yang tidak pernah menghargai "ketulusan dan keikhlasan" itu, maka akan "gugur" syafa'at ayat "18" dari si ibu pada anak nya. Alam sekeliling akan batalkan "pengistiharan dan pengumuman" itu. Maka ancaman "keracunan" dari segala penyakit akan berkuat kuasa.

Apabila kita terpaksa mencari alternatif di sekeliling kita untuk dapatkan masakan dan makanan dari orang yang kita tidak pernah kenal hati budi nya, ayat "18" ini kita terpaksa aktifkan sendiri dengan menuntut khasiat "pengistiharan dan pengumuman" itu dengan ayat "Bismillahirahmanirahim". Kasih sayang dan belas kasihan Allah swt sangat kita perlukan di dalam segala rahsia yang tersembunyi. Kuasa telapak tangan kanan sangat mujarab dan berkesan jika kita tahu cara menggunakan ayat angka "18" itu.  

Edit 11.11.14

Kuasa tangan kanan ini mempunyai "khasiat" yang sangat menakjubkan jika kita tahu cara menggunakan nya. Khalimah "18" yang ada tertulis di tapak tangan kanan itu boleh di terapkan dengan "pengistiharan dan pengumuman" yang di kuat kuasakan ayat Al Quran itu. Sebab itu ada yang boleh mengubati "penyakit" dengan menggunakan tangan kanan ini. Sebab Rasulullah telah mengajar kita supaya menggunakan tangan kanan yang sangat di utamakan. Jadi apabila kita istiharkan "Bismillahirahmanirahim" dengan menggunakan telapak tangan kanan dengan "niat" permohonan "doa" yang tertentu pada "pengumuman" yang di hajatkan, maka segala zarah dan kudrat iradat yang "muslim" akan menyerah diri kepada nya jika "amanah" itu di kuat kuasakan.      

Edit 3.6.16

Perlu kita ketahui bahawa "bumi" ini adalah "rezeki" dan "masjid" itu. Jika kita selalu meletakan tapak kaki di atas muka "bumi" ini untuk mencari "rezeki", maka kita juga wajib sujud untuk letakan muka kita mencium "bumi" ini sebagai "masjid" itu. "Tanah" di jasad tubuh ini adalah urusan "bumi" dengan kuasa "graviti" nya untuk kekalkan bentuk rupa itu. Segala bahan kimia dan nutrisi yang di perlukan jasad tubuh kita datang dari hasil "bumi" ini. "Penawar" segala "penyakit" datang dari "bumi" ini untuk jasad tubuh itu. Tetapi kita perlu tahu bahawa "bumi" ini mempunyai "langit" sebagai kekasih nya. "Air" yang turun dari "langit" selalu mencurah untuk mandikan dan bersihkan "bumi" ini. Rahsia "penyakit" dan "penawar" ini perlu kita mendalami. Urusan "rezeki" dan "masjid" ini perlu di kaji selidik dengan kajian "sains kerohanian" yang lebih jitu.

Kami bukan pakar "dalil dan hujah" dalam nas agama. Kami teliti setiap "ayat" untuk mencari "ilmu" nya yang lebih mendalam. Apabila kita di lahirkan untuk mengenggam "nafsu" di tangan kiri dan "iman" di tangan kanan, yang akan menjadi "dosa" dan "pahala" dengan "sijjin" dan "illiyin" itu pada "syurga" dan "neraka" nya, maka "akal" fikiran kita yang di beri sebagai "senjata" bukan hanya untuk "baca" kisah sejarah "kalam" itu dengan "huruf dan suara" nya. Apakah Tuhan yang tidak menyebut dengan "huruf dan suara" itu mahu mendengar "bahasa" yang di sebut "lidah" dari "sekepal darah" itu. Apakah "kalam" itu di jadikan buku "sejarah" untuk di jadikan "syair" yang di nyanyikan. Bukankah "ilmu" itu yang perlu di  kaji dari setiap "ayat" yang di kirim.

Rahsia ini tersembunyi di sebalik "siang dan "malam", hidup dan mati" dengan "nafsu dan iman" itu. Jangan lah kita jadi seperti burung kakak tua itu yang suka ulang setiap "ayat" yang di pelajari nya. Carilah "ilmu" itu yang cuba di sampaikan di dalam "kalam" itu.


       


Isnin, 4 Ogos 2014

Muka dan Wajah

Mengapa kah "muka" ini sangat penting kepada setiap jasad tubuh badan kita. Ia di hiasi dengan cukup sempurna untuk di pandang mata. "Muka" ini seperti "avatar" yang perlu di upload di seluruh media massa untuk di kenal pasti. Mungkin sesiapa yang di kurniakan "muka" yang indah dan cantik di pandang mata akan lebih agresif untuk mempromosikan iklan nya di merata tempat. "Muka" yang kurang menyerlah akan cuba bersaing untuk naikkan taraf ketampilan dengan sedikit ubah suai yang di perlukan. Mujur ada banyak bahan yang di salurkan teknologi moden untuk buat "make over" yang di harapkan. Perhiasan "muka" sudah boleh di ubah suai seperti di "photoshop" untuk hasilkan ketampilan yang lebih indah. Ini sudah menjadi satu kepakaran yang mesti di miliki oleh sesiapa saja. Setitik dua "jerawat" yang timbul di "muka" akan di "cat" secepat mungkin untuk basmikan pencerobohan di kawasan itu. Bertepek bahan kimia di tampal di kulit "muka" sambil tenung kaca cermin macam ayam siam nak belaga. "Muka" ini telah menjadi kebanggaan setiap jasad tubuh untuk di "renovate" setiap berkala dan di promosikan di mana saja. 

Namun, "muka dan "wajah" mungkin sudah di salah tafsir. Bentuk rupa adalah "muka" di kepala yang terhias dengan watak baka genetik keturunan kita. Tetapi "wajah" adalah pancaran "jiwa" di "muka" itu yang di tayangkan. Di "wajah" itu ada gambaran yang di pamirkan di "muka" dengan maksud dan pesanan yang tertentu. Kekeliruan ini sering terjadi apabila kita bersua muka dengan sesiapa pun. Kebanyakan kita akan memandang "muka" itu tetapi jarang yang ingin melihat "wajah" nya. Tuhan tidak akan melihat "muka" kita tetapi hanya pandang "wajah" kita itu. Sebab "wajah" ini tidak pernah berbohong seperti "muka" itu. "Muka" kita ini selalu berbohong dan tidak pernah jujur. Di "muka" itulah banyak kepura puraan dan tipu muslihat. "Muka" kita ini boleh di pakaikan "topeng" untuk kita berlakon di mana mana pentas persembahan. Ia seperti satu "watak" yang boleh kita terapkan untuk berlakon di mana saja. "Muka" inilah kebanyakan nya cuba menyekutukan Tuhan. 

"Muka" ini yang minta untuk di sanjung dan mendapat kepujian dari "wajah" itu. Yang "palsu" akan cuba dapatkan mengesahan dari yang "tulin" sebagai perakuan. Setiap manusia akan mengunakan "muka" mereka yang "palsu" itu untuk di sahkan "wajah" mereka sebagai yang "tulin" dan asli. "Muka" kita ini akan sentiasa berlakon dengan watak hawa "nafsu" nya yang tertentu agar di iktiraf "wajah" ingatan "iman" nya sebagai "identiti" diri nya yang sebenar. Konflik "muka" dan "wajah" kita ini sudah berlanjutan sejak sekian lama tanpa keputusan yang muktamat. Kita masih mencari "identiti" diri kita itu sehingga ke hari ini. "Muka" kita ini akan berubah bentuk dan paras rupa apabila ditelan masa. "Wajah" kita itu tidak pernah muda atau tua tetapi hanya susut atau tambah nilai dengan "ilmu" pengetahuan nya.

"Jiwa" kita ini mempunyai kembar seiras yang memegang "watak" mereka tersendiri. Hawa "nafsu" yang buta ini akan selalu cuba "faham" dengan perasaan nya dan "iman" yang bisu akan selalu cuba kekalkan "ilmu" pengetahuan dengan "ingatan" nya.  "Perasaan" dan "ingatan" ini yang mengatur langkah setiap amal perbuatan kita. Inilah "muka" perasaan kita dan "wajah" ingatan kita. "Muka" perasaan hawa "nafsu" akan sentiasa cuba di gambarkan untuk di lihat kerana kebutaan nya. "Wajah" ingatan "iman" akan selalu cuba di sembunyikan dengan malu kerana kebisuan nya. Hawa "nafsu" ini tidak pernah malu kerana tidak nampak dan ingatan "iman" sentiasa bingung kerana selalu malu mendengar. 

Yang menerima hukuman dan balasan adalah "perasaan" dan "ingatan" kita ini nanti. Sebab "perasaan" ini yang selalu inginkan nikmat yang akan di kecapi dan "ingatan" kita akan sentiasa terkenang akan ke seronokan nya untuk di ulangi. Mereka berdua telah buktikan segala pengesahan dan perakuan dengan amal perbuatan untuk di adili status maruah diri. 

"Muka" ini akan menuntut agar di sanjung kemana saja ia pergi supaya di pandang dan di iktiraf. Sebab hawa "nafsu" mengunakan "muka" ini untuk menunjukan diri dengan perasaan nya. Tetapi "wajah" selalu nya tersembunyi dengan ingatan "iman" nya untuk berwaspada. "Nama" yang kita punyai akan di rebut kedua "nafsu" dan "iman" ini untuk di miliki sebagai "identiti" diri nya."Minyak dan Air tidak pernah bercampur" walaupun berada di dalam satu takungan. Hawa "nafsu" dan ingatan "iman" akan bersaing untuk dapatkan lakonan jasad tubuh untuk merasai nikmat "ilmu" yang di perlukan. "Akal" yang di berikan kepada kita akan di desak oleh kedua "jiwa" ini untuk berpihak kepada nya. 

Apabila jasad itu menurut kehendak hawa "nafsu", ingatan "iman" akan di heret bersama untuk menjadi "saksi" kelakuan itu. Begitu juga lah ingatan "iman" akan membawa hawa "nafsu" nya apabila mengunakan jasad itu untuk keimanan nya. Dua "jiwa" kita ini akan selalu bersaing untuk dapatkan satu "pakatan" untuk di jadikan "tabiat" yang di anuti. Mereka masih berselisihan atau mungkin sedang di pengaruhi untuk menerima setiap amalan yang di lakukan. Di situlah terbentuk nya "niat" sebagai satu pengesahan dan di perakuan dengan perbuatan. Tuhan sentiasa berada di situ untuk perkenankan segala permintaan mereka.

"Muka" akan selalu menunjukan "perasaan" nya apabila di pandang dan "wajah" akan selalu bersembunyi dengan "ingatan" nya. Sesiapa saja yang kita temui akan bersua dengan "perasaan" dan "ingatan" kita. Perasaan dan ingatan ini perlu bersatu dan bersetuju untuk hasilkan realiti yang lebih bermutu. Itu satu "pernikahan" yang telah di hijab kabulkan dengan "niat" yang sempurna. Jika mereka masih berselisihan, realiti yang di nikmati tidak akan bermutu.  

Edit 9.9.16

Pernahkah kita terfikir bahawa "muka" kita itu selalu nya melakukan "dosa" dan "wajah" itu selalu melakukan "pahala" nya. "Muka" selalu berbohong dan "wajah" selalu nya jujur. Sebab itu Tuhan tidak perlu melihat "muka" kita itu tetapi hanya "wajah" nya. Tuhan tidak perlu mendengar "huruf dan suara" kita tetapi hanya "perasaan" dan "ingatan" kita.  Di situlah segala "niat" itu terbentuk. Jadi setiap "dosa" dan "pahala" kita akan di rakam dengan "watak" dan "wajah" nya yang tersendiri. Ini yang menjadi "semangat" dan "qarin" yang berkeliaran di sana sini untuk menemani kita kemana saja semasa hidup atau mati. Mungkin kita terlalu daif untuk memahami peranan mereka ini. "Dosa" dan "pahala" ini tidak pernah terpadam dan akan sentiasa berada di sisi kita. Urusan "kiri" dan "kanan" ini  masih jauh dari pengetahuan kita. "Nafsu" dan "iman" yang menjadi teman hidup dan mati perlu kita kenal pasti.

Tidak kah kita ingin mendapatkan "taifik dan hidayah" dari Tuhan untuk kesejahteraan  mereka. "Jiwa" kita ini sangat perlukan perhatian kita. Mereka yang menentukan arah tujuan riwayat hidup kita. Apabila "muka" itu selalu ingin di puji, "wajah" nya pula selalu akan di keji. Sebab "dosa" dan "pahala" itu akan selalu berpandangan. "Muka" selalu minta di pandang sedangkan "wajah" nya selalu ingin bersembunyi. Apakah "muka" itu yang layak menerima kasih sayang dan layanan dan bukan "wajah" yang tersembunyi itu. Mengapa kita selalu terpedaya dengan lakonan itu.  "Wajah" ini yang perlu kita kenal pasti dan bukan "muka" itu. "Muka" kita di jadikan untuk di pandang syaitan dengan keaiban nya dan "wajah" kita itu untuk di pandang Tuhan dengan kemuliaan nya. 

Apakah "muka" itu yang bermaruah atau "wajah" nya itu. Kita masih keliru apakah "aurat" dan "hijab" itu. "Aurat" yang kita dedahkan di "muka" itu selalu mempunyai "hijab" yang tertutup di "wajah" nya. Bukan kah "muka" itu perlu mencium "bumi" yang selalu dipijak apabila "wajah" nya "sujud" mendedahkan "aurat" nya kepada Tuhan. "Muka"ini adalah lambang kemusnahan kita dan "wajah" itu adalah lambang kemasyhuran kita. Jangan kita terpedaya dengan tipu muslihat syaitan dengan "muka" itu yang ingin merampas "hak" Tuhan yang patut di beri dengan "wajah" itu.