Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Khamis, 29 Mei 2014

Penunggu

Mungkin kita pernah terdengar orang bercakap tentang "penunggu" yang ada di sesuatu kawasan atau tempat. Ini bukan cerita karut yang perlu kita nafikan dengan keingkaran kita. Sebab "alam" ini penuh dengan misteri yang belum kita ketahui. "Penunggu" adalah makhluk ghaib yang menginap di tempat atau kawasan itu sebagai penghuni tetap. Pokok besar atau rumah usang yang di tingggalkan boleh menjadi tempat "penunggu" ini bertapak. Perigi buta, tebing sungai, tempat air bertakung dan juga busut adalah kawasan yang selalu nya di duduki makhluk ghaib ini sebagai tempat mereka menginap atau bertapa. 

Ada petunjuk yang boleh kita ketahui jika kawasan itu telah di duduki "penunggu" ini. Selalunya kawasan itu kelihatan telah di usik dari kehidupan alam semula jadi. Perlu kita ketahui bahawa makhluk "jin" berkongsi "bumi" ini sebagai tempat mereka hidup dan amalkan budaya tamadun mereka. "Orang bonian" mempunyai kawasan dan perkampungan mereka sendiri. Tetapi "penunggu" agak berlainan dan menghuni sesuatu tempat itu bersendirian sebagai penjaga. Sebab bangsa "jin" ini mempunyai kaum dan puak yang berlainan fahaman dan bahasa pertuturan mereka juga berbeza. Mereka juga beragama dan ada yang Islam Hindu, Kristian atau Yahudi mengikut tamadun yang mereka anuti dari keturunan mereka. 

Mereka juga seperti kita yang suka beriadah dan mempunyai minat terhadap sesuatu benda sebagai hobi mereka. Selalu nya mereka akan cuba untuk tidak mempunyai konflik dengan manusia, tetapi mereka sangat kukuh untuk mempertahankan budaya adat keturunan mereka. Persoalan yang kita perlu tanya adakah mereka boleh masuk ke alam realiti kita untuk berurusan. Hijab yang memisahkan mereka dengan kita amat tipis. Apabila kita manusia di jadikan dari "tanah" dan mereka dari "api", kita manusia memerlukan "air" untuk bertenaga sedangkan mereka memerlukan "angin" untuk kesejahteraan mereka. Apabila "alam" ini di bungkus dengan empat anasir alam yaitu "air, api, angin dan tanah", perkongsian bahan asas ini boleh mendatangkan konflik kepentingan.

Barang sisa buangan adalah permakanan mereka untuk mengimbangi eko sistem kehidupan di antara kita dengan mereka. Bangkai dan darah adalah resipi harian mereka. Setiap luka berdarah yang berlaku di setiap ketika sangat mereka idamkan seperti hidangan yang di sediakan. Kecederaan dan kemalangan manusia adalah sesuatu yang perlu di beri perhatian. Sebab mereka boleh menyebabkan perkara itu berlaku tanpa kesedaran kita.  

Edit 3.6.14 

Kawasan semak samun selalu nya menjadi penempatan kaum bangsa "jin" ini untuk berkampung dan beranak pinak. Selalunya mereka akan cuba menganggu kita jika kawasan itu kita cerobohi. "Sesat jalan" adalah salah satu dari ancaman mereka. Sebab mereka akan cuba "mengalih" kehadiran kita ke tempat lain untuk keluar dari kawasan penempatan mereka. Sebab bangsa "jin" dan manusia tidak boleh hidup di satu kawasan yang sama dan perlu terpisah dari kehidupan harian kita. Sebab bangsa manusia telah di beri kebolehan untuk mencipta dan membina sesuatu di atas muka bumi ini dengan reka bentuk kira sendiri. Tetapi bangsa "jin" tetap akan mempertahankan kurun budaya keturunan mereka. Apa yang mereka cuba kekalkan akan kita manusia musnahkan. Sebab itu ada yang menjadi "penunggu" untuk menjaga sesuatu tempat atau kawasan.  

Apabila kita manusia "sudah" di beri "akal" segala doa permintaan kita sepatut nya kita sendiri yang usahakan. Bukan hanya menadah tangan sahaja. Tuhan tidak akan perkenankan doa hamba nya yang begitu. Dengan "akal" ini kita perlu tahu keistimewaan kita sebagai manusia untuk bertapak di atas muka bumi ini. Bumi ini "hak" kita untuk menjadi "khalifah" dan bukan "jin" atau "syaitan" yang mempunyai "hak" untuk mengambil kawasan di atas muka bumi ini. Inilah apa yang perlu di hormati bangsa jin dan syaitan ini. Jangan pula kita pergi untuk meminta tolong kepada mereka. Sebab itulah apa yang mereka mahu kita lakukan. 


"Penunggu" yang duduk menjaga tempat atau kawasan itu boleh kita "alih" ketempat lain dan bukan mereka yang "alih" kita supaya beredar dari tempat itu sehingga "sesat" entah kemana. Untuk berbuat begitu, kita perlu mempunyai kelayakan sebagai seorang "khalifah" dan juga wakil "Rasulullah" untuk berurusan dengan mereka. Tanpa dua watak dan peranan ini, kita tidak dapat mengatasi mereka. Sebab mereka akan mempertahankan kebudayaan kuno mereka sehingga kita tidak dapat melakukan kemajuan umat manusia. Bumi ini penuh dengan perkampungan "orang bonian" yang menetap di kawasan tertentu. Mereka akan berpindah randah kesana sini apabila kemajuan yang di bawa manusia begitu pesat sekali. Tetapi kita perlu tahu bahawa ada "pintu" yang selalu terbuka untuk mereka masuk ke alam kita.


Tidak mustahil bagi mereka untuk bergaul mesra dengan kehidupan kita. Sebab mereka juga mempunyai "hak" untuk menetap dan mengamalkan budaya kehidupan mereka.  Kita boleh dengar mereka ketawa dan menanggis. Mereka boleh datang mengusik dan menganggu kita dengan kenakalan mereka. Terlalu banyak cerita yang pelik untuk kami sajikan pada pembaca kami. Apa juga tamadun kaum kebudayaan di bumi ini, akan ada yang baik perangai dan juga yang buruk dan degil. Yang degil inilah yang selalu membuat kacau bilau. Kewarasan kita kadang kala di gugat dengan gangguan "suara" seperti nama kita di panggil untuk mengusik ketenteraman kita. Jenis yang degil ini suka "menyakat" untuk lihat kita di perbodohkan. "Oooii!!!! tiba tiba terdengar suara orang memekik di semak samun. Ada juga yang berbual di dalam semak untuk buat kita perhatikan kawasan itu dengan kecurigaan yang tinggi. Tetapi yang paling jahat, apabila mereka menjelma seperti orang yang kita kenali melintas di sudut jelingan kita.

Barang yang hilang di rumah kita juga adalah angkara perbuatan mereka. Bukan kerana mereka ingin mencuri tetapi sengaja menyembunyikan barang itu apabila kita sedang mencari. Puas kita bongkar seluruh rumah mencari benda yang kita perlukan tetapi tidak akan ternampak sehinggalah kita tidak perlukan benda itu lagi baru kita boleh nampak. Ada juga yang suka datang menghampiri dekat di sebelah kita untuk bersantai bersama. Ada yang tidur di sebelah bantal sehingga katil bergoyang. Tapi yang lebih teruk apabila mereka "menghempap" kita apabila sedang tidur sehingga tidak bernafas. Kejadian pelik ini tidak dapat kita nafikan dengan penjelasan yang munasabah. Mereka juga makhluk yang "curiga" dan ingin tahu gerak geri kita untuk menguji tindakan kelakuan kita.

Terdengar bunyi tapak kaki berjalan bukan lagi satu yang pelik. Hanya kita sahaja yang perlu memastikan bukan penceroboh yang tidak di undang. Sebab makhluk halus ini boleh hidup di persekitaran kita. Mereka juga boleh sembahyang berjemaah dengan kita jika mereka menganut agama Islam. Pernahkan anda di tepuk di bahu sebelah kanan semasa sembahyang fardhu bersendirian????? Jika anda tidak faham, mungkin anda akan cabut lari lintang pukang.