Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Khamis, 7 Mac 2013

Sampuk

Perkataan "sampuk" jikalau di terjemahkan mengikut kamus bererti "mencelah" atau menganggu urusan yang sedang berjalan lancar. "Menyampuk" adalah satu tindakan yang boleh di anggap kurang sopan yang sangat tidak di senangi. Kita manusia akan merasa "marah" jika perbualan kita di "sampuk" oleh orang yang mencelah untuk patahkan kata kata kita. Kemarahan ini kadang kala boleh menjadi perbalahan yang lebih serius.

Tapi perkataan "sampuk" yang ingin kami jelaskan di sini bukan mengenai "mencelah" perbualan orang. "Sampuk" yang ingin kami kaji di sini adalah urusan ghaib yang ada dalam ruang kebathinan. Terkena "sampuk" yang banyak kali kita dengar di sebut orang yang terdahulu bukan sesuatu yang boleh di anggap remeh. Ini termasuk dalam urusan ghaib di mana kita manusia tersasar di kawasan yang tidak sepatut nya kita lalui.  

"Sampuk" boleh menjadi lebih teruk dengan serangan genetik seperti "terkenan" yang membawa kepada mutasi baka kepada jasad tubuh manusia. Ini berlaku apabila "baka" manusia itu di cemari dengan mutasi hybrid dengan genetik baka lain. Selalu nya ini boleh berlaku apabila kandungan ibu seorang manusia di gunakan sebagai "surrogacy" atau ibu tumpangan dengan "penginapan sementara" atau "temporal host". "Terkenan" ini agak rumit untuk di perhalusi dengan ilmu pengetahuan sains moden. Ini lebih baik di letakan dalam sains kerohanian yang dapat mengikat kaitan jasad jasmani dengan jiwa rohani nya.

Terkena "sampuk" adalah satu imbasan tenaga di antara dua dimensi yang berbeza. Daya tarikan graviti hawa "nafsu" yang buta boleh meresap tenaga yang melintas di ruang lingkungan nya. Anasir "api" ini boleh di terap daya tarikan hawa "nafsu" jika ia di tujukan kearah nya. Molikiul bakteria yang di angkut ruang udara terbahagi kepada empat gas yang berbeza. Hidrogen, Nitrogen, Karbon Dioxida dan Oksigen berada di ruang udara dalam satu kepungan yang sama. Kuman dan virus tersebar di ruang ini hanya menunggu peluang yang di salurkan graviti tarikan bumi di mana jasad tubuh kita boleh tercemar.

Terkena "sampuk" akan selalu nya mengakibatkan manusia terasa panas seperti penyakit "deman panas" yang boleh mengugat kesejahteraan jasad tubuh yang berasal dari tanah. Ini akan di susuli dengan terkena "badi" sehingga jiwa hilang kekuatan semangat nya. "Semangat" jiwa ini adalah satu  tenaga yang di tampung tenaga ingatan "iman" dimana "akal" fikiran kita memikat. "Semangat" jiwa ingatan "iman" ini lah yang perlu kita manusia perlihara agar ia tetap sihat dan bertenaga. Ini lah benteng pertahan diri kita di mana "imun daya ketahanan" (antibody) jasad tubuh itu di kuat kuasakan. 

Ruang elektromagnetik di udara yang kita hidu adalah lapangan "partikel" tenaga yang amat luas. Di situ pertembungan di antara zat nukli yang lain boleh bertemu. Perkataan "terkenan" ini ibarat saru sumpahan yang di letakan kepada subjek yang tertentu. Deoxyribonucliec acid kita yang di jana hawa "nafsu" di jasad tubuh boleh di cemari pada bila bila masa saja. Ini lah tenaga kimia yang berkait rapat dengan bakteria. Pertumbunhan sel kanser dan virus penyakit kronik boleh menjangkit melalui saluran pernafasan dan juga pencemaran tenaga elekrikal jiwa rohani. Jangkitan kuman yang di biak anasir gelap adalah satu perkara yang akulta yang mereka semai.

Kita manusia bukan sahaja tamadun yang hidup di alam maya ini. Ada tamadun lain yang mempunyai kepentingan seperti kita. Mereka juga ingin membiak untuk perluaskan zuriat mereka. Di sinilah "sampuk" dan "terkenan" menjadi agenda untuk mengambil kesempatan. Pelangaran syarat ini di kuat kuasa kan dengan sebab yang tertentu. Ia sama dengan perlanggaran kawasan di mana kita manusia telah merintasi sempadan yang di tetapkan. Pencerobohan ini boleh membawa padah kepada jasad tubuh kita.   

Edit 10.4.13
Kita manusia hidup di alam ini berkongsi kawasan dengan tamadun lain. Makhluk jin juga mengunakan bumi ini untuk mereka bermastautin. Kita hanya berkongsi udara yang sama di atmosphera untuk kita bernafas di mana oksigen, hidrogen, nitrogen dan karbon dioxida itu berada di dalam satu ruang yang sama. Kita manusia memerlukan oksigen untuk bernafas dan mereka mungkin perlukan nitrogen, hidrogen dan juga karbon dioxida di udara yang sama. Bumi ini adalah tempat mereka berkampung dan beranak pinak. Barang buangan dari bumi, bangkai mayat dan juga najis adalah makanan mereka. Merka berselerak di muka bumi ini seperti kita manusia juga.

Apa yang memisahkan kita dengan mereka hanya lah jasad tubuh kita. Jasad tubuh yang di jadikan dari tanah ini sangat mereka minati apabila mereka tidak berjasad. Tetapi mereka telah di beri kebolehan untuk mengambil alih jasad tubuh segala makhluk yang ada termasuk manusia. Ini lah apa yang perlu kita manusia ketahui. Sebab pernah terjadi di dalam sejarah, makhluk jin boleh bersatu dengan jasad manusia. rahsia ini amat rumit untuk di runkai dengan penjelasan yang terperinci. Jin boleh bergabung dengan manusia dan juga boleh bersengama atau bersetubuh.

Ini lah yang perlu kita kupas dan perhatikan. Jika perkara seperti itu boleh berlaku, mengapa tidak mereka menabur benih untuk membiak di dalam jasad tubuh manusia. Firman Tuhan: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku" perlu di teliti. Jiwa sifat manusia yang sebenarnya masih belum di istiharkan di dalam kitab. Hanya Nabi besar kita sahaja yang pernah tunjukan sifat sifat itu untuk kita pegang sebagai sunnah nya. "Aku di utus untuk sempurnakan AKHLAK yang baik." 

Benih baka Rasullulah ini  telah ada di dalam setiap umat Muhammad. Jadi kita sudah mempunyai baka Nabi di dalam DNA deoxyribonucleic acid kita. Tidak kah kita ingin mencungkil baka itu sehingga ia keluar untuk kita pamirkan di khalayak ramai? Hanya kita yang kuburkan baka Nabi di dalam diri kita. Ini lah apa yang tamadum jin ini ingin dapat kan. Mereka telah hidup sebelum manusia di jadikan dan sebelum Nabi di lahirkan. Sudah tentu mereka mempunyai cukup kepakaran di dalam soal pembiakan baka dalam bahtera tubuh biologi yang mereka sangat perlukan untuk hidup di alam ini. Manusia telah menjadi minat mereka sejak dari dahulu lagi. Apakah mereka tidak akan menganggu kita atau membiarkan saja kita hidup dengan aman sentosa?

Apabila manusia perlu bernafas dengan mengunakan udara di atmosphera, makhluk ghaib yang halus ini melihat jasad tubuh manusia sama seperti sebahagian daripada bumi. Sebab tanah di bumi ini adalah tempat untuk mereka menginap dan ini termasuk jasad tubuh kita yang di jadikan dari tanah. Perlu kita ketahui berbezaan di antara langit dengan bumi. Ruang elektromagnetik dan graviti tarikan bumi sangat memerlukan tanah di bumi ini untuk menyalur aliran elektromagnetik nya. Segala kuman dan bakteria yang mereka biak di udara dengan virus gas beracun dapat di salurkan melalui pernafasan kita. Sebab itu mereka lebih cenderung mengunakan "angin" untuk memnyelinap masuk ke dalam jasad tubuh manusia.

Kebanyakan pakar saintis yang mengkaji ilmiah alam hanya nampak bakteria, kuman dan mikrorganisma termasuk zarah atomik elektron, proton dan neutron. Tetapi apa yang mereka nampak sebenarnya adalah zat makhluk ghaib dari pada jin dan syaitan ini. Mereka menganggap apa yang di perkatakan "jin dan syaitan" atau makhluk ghaib ini serupa dengan makhluk yang berbentuk dan berupa atau berjasad tubuh. Ini lah kekeliruan yang mereka tidak menyangka apa yang mereka temui itu atau kaji dengan lensa mikroskopik. 

Kuman dan bakteria boleh merebak di merata tempat tanpa pengetahuan kita. Virus penyakit ini boleh masuk kedalam tubuh kita tanpa kita sedari. Bukan kah jasad tubuh kita di jadikan dengan mempunyai daya inmuin ketahanan diri atau anti bodi? Bukan kah anti bodi itu datang dari tanah atau debu itu sendiri? Ini lah rahsia jasad tubuh yang perlu kita perlajari.

Edit 29.9.13

Kajian sains kerohanian telah membuka kertas siasatan untuk menyiasat perkara ini. Asas penyelidikan yang di rujuk dari kitab Al Quran banyak memberi penjelasan yang berkait rapat dengan rahsia makhluk ghaib ini. Nabi besar kita juga telah memberi banyak isyarat mengenai jin dan syaitan ini. Rahsia jasad jasmani dan jiwa rohani mempunyai perhubungan yang sangat halus. Untuk mengkaji jasad tubuh manusia ini kami perlu balik di kejadian asal Nabi Adam dan Siti Hawa untuk mendapat penjelasan yang lebih terperinci di mana peranan Iblis yang mengoda boleh berjaya dengan ada nya hawa "nafsu" yang di jadikan saluran untuk tembusi benteng pertahanan jasad tubuh manusia. 

Kajian kami pada kita yang di sebut "sijjin dan illiyin" ini juga memberi banyak kata kunci yang sangat sulit untuk di terjemahkan. Untuk mengenal rahsia ini kami perlu selidik dahulu segala "tenaga dan kuasa" yang ada sebelum langit dan bumi ini di jadikan. Apakah yang bermula  di ketika itu yang membuat segala gala di alam ini wujud dengan sistem yang amat teratur. Tenaga asas alam maya ini adalah "graviti" untuk mewujudkan setiap sesuatu yang berbentuk seperti cakrawala planet dan juga kehidupan segala haiwan termasuk jasad manusia. "Graviti" ini adalah ruang kosong yang gelap dan di luaskan dengan pelupusan radio aktif dari "cahaya nur" yang pertama. Dari "cahaya nur" ini lah bermula nya segala kejadian.

Kejadian jasad tubuh manusia yang di jadikan dari "tanah" pernah di sentuh oleh Iblis ketika dia di tugaskan untuk mengambil nya di bumi. Perasaan iri hati Iblis sejak manusia ingin di jadikan begitu ketara. Ini kerana Iblis sudah memerintah dan mengurus bumi dengan banyak pertumpahan darah. Siapakah makhluk yang buat pertumpahan darah itu? Kejadian manusia yang di katakan akan menjadi "khalifah" di atas bumi sudah tentu ada pesaingan yang sudah lam menetap di atas bumi ini. Jasad tubuh manusia ini sudah di kaji selidik oleh Iblis yang masuk  dan keluar untuk mengetahui sistem organ dalaman nya.

Apakah kita menyangka jin dan syaitan tidak dapat masuk kedalam jasad tubuh kita? Mengapa kah apabila Nabi Muhammad di lahirkan Iblis menanggis kerana rasa tergugat. Mengetahui rahsia asal usul kejadian ini membawa kami ke satu tahap kefahaman apakah asas tenaga yang di gunakan untuk menginap di dalam jasad tubuh manusia dan apakah tujuan nya. Dengan mengambil kira kejadian Adam dan Hawa di mana jasad tubuh kita di jadikan, kita juga perlu merujuk kepada kedatangan Nabi Muhammad yang Iblis sangat takuti. Ini akan kembali kepada "tenaga" asas kejadian setiap makhluk yaitu tenaga "graviti" dan cahaya "nur" di mana masa itu akan bergerak. "Masa: ini juga ada pentas nya dengan "jangka hayat" yang tertentu untuk mengukur kelajuan dan ruang yang di duduki. Kajian sains kerohanian ini perlu ada asas pengetahuan jika kita ingin selam sedalam dalam nya di dasar ilmu yang amat luas.

Edit 27.6.14

"Sampuk" ini boleh mengakibatkan "chromosome" benih baka kita yang lahir menjadi "cacat" seperti "down syndrom" yang seiras dan juga "kunsa" di mana jantina "hermaprodit" tidak dapat di tetapkan dengan "pilihan" yang baik. Jin dan syaitan akan sentiasa cuba "menyampuk" di dalam segala urusan hidup kita. Semua ini boleh berlaku apabila diri kita berada di "jarak" yang agak jauh dari kehadiran Tuhan. Jika kita tidak "hadirkan" Tuhan di dalam semua perkara dengan "ingatan" kita maka anasir gelap ini boleh "menyampuk" untuk mengugat keharmonian kita. Segala "kuman" dan "penyakit" adalah tempat pembiakan mereka untuk turunkan baka mereka di dalam keturunan kita. 

Gangguan mental dan emosi apabila di "sampuk" akan menyebabkan jasad tubuh kita kehilangan zat metabolisma. Suhu darjah tubuh badan akan meningkat ke tahap yang melebihi had kelaziman. "Deman" urat" ini boleh melumpuhkan seluruh urat saraf apabila "api" itu masuk kecelah rongga tubuh. Jika "api" ini di biarkan membara, kemungkinan saraf otak akan terencat mengalami "sawan" .  

Alam ghaib di mana jin dan syaitan itu menetap, sangat hampir dengan alam realiti kita. Elektromagnetik spektrum ruang atmosphera ini di liputi haba radio aktif jalur lebar yang memisahkan dunia kita dengan mereka. Imbasan magnetik ini boleh bocor apabila haba cahaya itu menembusi alam dimensi mereka. Jika kita perhatikan pelangi yang mengimbasi warna elektromagnetik spektrum ini, visual mata kasar kita hanya terhad kepada kekisi warna yang tertentu sahaja dari warna pelangi yang lain itu. Dunia mereka berada di hujung warna yang paling jauh dari warna pelangi itu kerana kehalusan jirim dan jisim mereka. Dunia mereka berada di sebelah pagar visual mata kasar kita.

Tetapi apa yang pelik untuk kita ketahui dan kaji, mereka berkongsi bumi yang sama dengan penginapan kita. Rupa rupa nya alam realiti kita ini hanya satu illusi tanggapan yang khusus untuk mata kasar kita. Jika kita kaji simetri (symmetry of conservation) konservasi setiap objek yang di tunjuk, gambaran luaran di simetri itu adalah dunia mereka.  Dunia mereka sebenar nya bukan "magik" atau "supernatural" tetapi sebahagian dari alam realiti ini  yang di bentuk oleh alam mereka. Itulah mengapa kadang kala kita terdengar tentang "penunggu" yang menetap di sesuatu tempat atau ruang kawasan tertentu. Apabila mereka yang buat sebatang pokok itu kelihatan dan terbentuk, sudah pasti memotong pokok itu akan menjadi satu konflik kepentingan di antara kita dengan mereka.

Begitu juga lah alam "bonian" yang tidak boleh kita nafikan. Kita hanya boleh nampak alam mereka apabila alam realiti kita ini di padamkan. Sebab tidak boleh wujud dua alam ini di satu ketika yang sama sebab alam mereka menunjukan alam kita. Kajian sains kerohanian ini telah bertemu banyak fakta kenyataan dan bukti yang munasabah. Sebab itu apa yang "wujud" di alam realiti kita ini boleh "hilang" jika kekisi elektromagnetik spektrum itu di alih oleh alam mereka. Sebab simetri dan konservasi di antara alam mereka dan alam kita seperti sekeping duit syiling yang berlainan muka. Mata kasar kita memerlukan cahaya untuk melihat sesuatu objek. Jika cahaya itu di tukar warna yang tertentu, visual kenampakan kita akan berubah. Inilah mengapa jin dan syaitan ini boleh muncul dan hilang dalam sekelip mata. Tetapi jika kita mempunyai cahaya imbasan yang kuat, kita dapat mengesan dan melihat alam mereka ini.