Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Selasa, 24 April 2012

Hati Pedu

Nafsu haiwani yang mengalir di darah daging ini akan mengingkari segala naluri kepercayaan iman yang bisu memerhatikan desakan keinginan yang memberontak ketidak puasan hati. Sekeping "hati" manusia yang pernah menjamah nikmat keimanan akan mula mempersoalkan urusan "takdir" bila "nasib" tidak menyebelahi kehendak hawa nafsu. 

Kebingungan ini mempunyai serampang dua mata. Mempersoalkan urusan "takdir" perlu di buat dengan penuh teliti. Jangan cepat melontar cemuhan dan tomahan untuk menyalahi ketidak adilan. Keredhaan perlu di sambut dengan keinsafan dan bukan dengan kebodohan. Manusia perlu kenal apa erti hidup yang perlu melalui derita dan nikmat. Kita di beri hati yang mempunyai perasaan. Setiap perasaan ada hikmah dan keazaban. 

Akan mengalir perasaan marah di hati pedu manusia kepada urusan ketuhanan bila naluri ingatan "iman" tidak mempunyai "ilmu" untuk memahami urusan "takdir" yang menafikan tuntutan hati. Tidak semua manusia akan "redha" dengan keputusan "takdir" yang terjadi di realiti hidup. Mereka beranggapan seolah olah Tuhan itu ibarat "hamba" yang mesti memenuhi segala kehendak hati mereka.

Keimanan manusia terhadap yang Maha Berkuasa akan di duga untuk mengukur tahap keyakinan mereka. Bukan Tuhan tidak tahu apa kesudahan nya hingga perlu di uji, tetapi bila manusia di beri keinginan dengan lepas bebas (free will), pilihan yang manusia ambil perlu di pertangung jawabkan. Sebab "akal" perlu menimbang kadar buruk dan baik nya. Sedang manusia akan sentiasa di dalam kegelapan untuk memilih arah tujuan kehidupan.

Di sini lah perlu manusia meminta "pertunjuk" agar pilihan yang di ambil mendapat restu hidayah Nya. Bila manusia di beri kebebasan, mereka merebut segala peluang tanpa tahu apa akibat nya. Hawa "nafsu" manusia itu buta dan tidak akan tahu apa yang di inginkan itu mempunyai nikmat yang sebenar. Mereka berdoa merebut kekayaan sedang kekayaan itu membuat mereka kufur. Mereka kejar segala kehormatan selepas itu tersungkur dengan kehinaan. Mengapa setelah terjatuh, mereka mendunggak kearah Tuhan dan mempersoalkan ketidak puasan. Engkau yang memilih tetapi Aku yang engkau persalahkan!!!!!

Nurani "iman" perlu menimba "ilmu" ketuhanan demi untuk memelihara kerakusan hawa "nafsu" yang buta. Sebab hanya "ilmu" yang dapat menangkis segala tomahan terhadap Tuhan Yang Maha Esa. Apabila hati pedu itu  diselimutkan syaitan untuk bertemasha di arena kehidupan, hawa "nafsu" ibarat selebriti pujaan yang di agungkan. Hijab segan malu yang di pakai "iman" di telanjangkan tanpa sehelai pakaian.Wajah yang di beri "seri muka" di tutup dengan topeng palsu untuk menyamar sebagai pelakon. Drama hidup di realiti di hiasi dengan penipuan. 

Hanya yang berdiri mengadap wajah Tuhan akan merasa gementar untuk berdusta. Kudrat Tuhan yang di pakai untuk mencapai segala nikmat hidup tidak boleh di salah gunakan. Ia akan di minta di pertangung jawabkan dan akan di persoalkan. 

Edit 24.8.14

Apabila Tuhan memberi manusia hawa "nafsu" yang mempunyai "perasaan" untuk buat "pilihan" pada keinginan nya, manusia tidak pernah tahu akan buruk dan baik nya. Itulah mengapa Tuhan memberi kita ingatan "iman" di mana "akal" perlu mencari "ilmu" untuk pastikan "peluang" kesejahteraan di jamin. Dengan ingatan "iman" inilah kita perlu mendekatkan diri kepada Tuhan yang mempunyai segala "ilmu" untuk mengajar dan mendidik kita. Segala musibah hidup kita berpunca dari tangan manusia itu sendiri. Tuhan tidak pernah menzalimi diri kita malah sentiasa memberi rahmat dan kasih sayang.  

Edit 30.6.15


Di "hati" inilah manusia bertemu dengan Tuhan nya. Sebab itu "niat" itu pintu segala permintaan. Kita perlu tahu mengapa Tuhan pisahkan "hati" itu di sebelah bawah di kiri jasad dan perlu imbangi ke sebelah kanan jika kita ingin mendapat restu kehadiran Nya. Sebab "nafas" adalah "rezeki" yang di berikan kepada setiap manusiauntuk menempah segala "keperluan" hidup dan bukan "kepuasan" hidup. Inilah di mana setiap manusia itu terjerumus ke lembah kemungkaran. Hanya Tuhan sahaja  yang boleh memikul "kepuasan " itu dan bukan manusia. Hawa "nafsu" kita ini tidak akan pernah merasa puas di mana "hati" itu menampung segala perasaan.

Dewan ingatan "iman" yang berada di atas di mana "otak" kita itu bertempat adalah kawasan "ruang" di luar graviti tarikan bumi hawa "nafsu" yang sentiasa mencapai apa juga "berat muatan" yang di sajikan "akal" fikiran kita. "Akal" adalah satu anugerah yang tidak akan di persoalkan atau di pertanggung jawabkan di akhirat nanti. "Akal" hanya akan berdiri sebagai "saksi" untuk menjawab segala tuduhan dan soal siasat dan tidak akan pernah di hukum. Yang akan di hukum atau di beri ganjaran di akhirat nanti adalah jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini yang sudah di sebut sebagai "sijjin dan illiyin" itu.

Kita perlu tahu apakah perkakas yang perlu kita gunakan untuk menghadap Tuhan yang Maha Esa ini. Sebab "lakonan" jasad tubuh hanya "sebab" untuk jadikan "musabab" pada amal perbuatan kita. Itulah mengapa "akal" tidak pernah berpihak kepada yang baik atau yang buruk malah ia akan lebih adil dengan semua "ilmu" yang di sampaikan untuk jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" memilih sebagai tempahan hidup untuk jadikan identiti "diri" nya sendiri. Kajian sains kerohanian kami telah menyelam lebih dalam lagi untuk pisahkan "kembar" atau "qarin" ini supaya kita manusia dapat bezakan di anatra mereka. Jika tidak, kita masih tidak tahu siapakah "diri" kita itu sebenar nya.

Kami khuatir kebanyakan manusia ini akan terpedaya dengan segala amal perbuatan mereka. Tuhan Semesta Alam tidak pernah memerlukan satu apapun dari setiap hamba atau makhluk yang di ciptakan nya. Kita yang sangat memerlukan "belas kasihan" Nya dengan segala perbuatan kita itu sendiri. Ini termasuk amal "ibadah" kita itu. Allah swt tidak akan rugi atau terhina jika kita tidak pernah mahu menyembah Nya. Jadi mengapa kita di hidupkan dan di beri segala kemudahan untuk merasakan "hidup" ini dengan "nyawa" itu. Kita manusia perlu "kenal" kasih sayang Allah swt ini, jika tidak kita akan terjerumus kelembah maksiat. Segala "ilmu" yang pernah kita miliki adalah kepunyaan Allah swt. Jika Allah swt tidak beri "taufik dan hidayah" itu kita sudah pasti akan tersesat jalan dan terhina sebagai haiwan yang melata.

"Peruntukan" yang Allah swt berikan ini perlu kita perhatikan dengan lebih mendalam. Tetapi hanya satu sahaja yang Allah swt harapkan dari setiap hamba nya itu. Jika engkau benar benar ingin mengenali Aku, carilah jalan "siratalmustaqim" itu di mana "keikhlasan" adalah "bahasa" yang perlu di tuturkan. Sebab apabila Allah swt tidak memerlukan satu apapun, kita juga perlu serahkan "keikhlasan" itu sebagai ganti nya. Kitab "keikhlasan" ini perlu di tuntut sebagai "hak" kita untuk bersama Tuhan. Bukan dosa dan pahala atau shurga dan neraka yang jadi ukuran pada amal perbuatan kita. Jika kita berkerja untuk dapatkan "gaji" maka kita bukan "tetamu" yang di undang itu. Kita tidak lain hanya seperti satu alat dan perkakas yang mempunyai "tugas" yang tertentu. Apakah Allah swt itu Tuhan yang memerlukan alat dan perkakas ini???

Apabila kita manusia di uji bukan kerana Tuhan tidak tahu apa kesudahan nya. Tapi "kelayakkan" untuk mendapat sesuatu yang paling di sukai Allah swt perlu kita impikan. Apabila kita di duga dengan kesusahan, kita patut bersyukur kerana akan di ganti dengan  kesenangan dan apabila kita di uji dengan kesenangan kita patut merasa keinsafan kerana akan di tukar dengan kesusahan. Bukan kah setiap anak Adam yang lahir kedunia ini sudah di tetapkan "rezeki" nya dan susah senang nya. Apakah kita menyangka kita hanya mahu menikmati kesenangan tanpa perlu melalui kesusahan itu. Di sinilah "wajah" kita itu akan di pandang untuk mendapat jawapan nya. Apakah kita hanya selalu mahu di puji dan tidak pernah sanggup untuk di hina???

Apakah jawapan itu di dalam "hati" kita semasa semua ini berlaku di dalam riwayat hidup kita ini. Pernah kah kita "merujuk" kepada Nya untuk memberi jawapan pada soalan itu??? Mengapa kita di minta supaya menjadi seorang Islam iaitu yang "menyerah diri" kepada Nya. "Kudrat dan Iradat yang selalu di berikan kepada kita telah di salah gunakan. Kita tidak pernah berterima kasih!!!!! Malah sentiasa menyuarakan ketidak puasan dan mempersoalkan ketidak adilan Nya. Kita telah berkelakuan seperti Iblis semasa Nabi Adam di jadikan. Panas yang terik dan hujan yang lebat akan di sambut dengan keloh keresahan. Apakah kita sudah berlaku adil sebelum kita ingin persoalankan urusan Tuhan???  Bukan kah kita tidak mempunyai "kelayakan" untuk mempersoalkan tetapi hanya mampu menerima apa saja yang di tentukan???

Kita masih tidak tahu apakah "Qada' dan Qadar" itu yang menjadi punca kehidupan kita. Bukankah Allah swt boleh ambil apa yang pernah Dia beri??? Jadi mengapa kita persoalkan mengapa kita tidak dapat itu dan ini sedangkan kita tidak pernah meminta kepada Nya??? Bukankah Allah swt itu Tuhan yang boleh kita buat rayuan dan minta petunjuk??? Berurusan dengan Allah swt adalah satu "nikmat" yang paling indah. Kita akan selalu di tanya untuk dapatkan jawapan itu. Tidak pernah wujud satu "siratulrahim" yang begitu intim pernah terjadi apabila kita berada bersama Allah swt. Dia Tuhan yang sangat lambat dengan kemarahan Nya dan amat cepat dengan rahmat Nya!!!!! Bercintalah dengan Allah swt dan kita tidak akan rugi sedikitpun walaupun kita di dalam kesengsaraan yang berat. Rahmat Nya akan selalu datang memeluk kita dengan sentuhan yang lembut dan indah.

Jika kita hanya mahukan "nikmat" itu tanpa perlu merasa "azab", kita masih lagi jauh dari naugan kasih sayang Nya. Bersedialah untuk menempuh segala ujian hidup ini dengan mengharapkan belas kasihan Nya. Perasaan di dalam "hati" itu yang pernah menunggu dengan penuh harapan itu adalah saat "ibadah" yang paling dekat kepada Nya. Kerinduan untuk dapatkan kasih sayang itu adalah "nikmat" yang dapat basmikan segala kesengsaraan yang kita alami. Tidak kah kita sanggup untuk menempuh kesusahan itu kerana hanya ingin di "padang" oleh Allah swt. Bukan kah kita ini "buta" dan akan sentiasa mengharapkan bimbingan Nya. Serahkan diri kita itu kepada Nya dan kita akan berada di dalam naungan sesuatu yang paling "layak" untuk buat "keputusan" itu untuk kita. Kita "dhaif, lemah, fakir dan hina" dan tidak mungkin kita tahu mana yang lebih baik untuk diri kita. Bukan kah ini apa yang ingin di sampaikan kepada kita oleh Rasulullah saw.

Edit 25.12.15

Apabila "hati" itu di jadikan di sebelah rusuk kiri, itu adalah haluan yang selalu akan di pilih oleh hawa "nafsu" untuk jadikan kawasan penerokaan nya. Rasulullah sudah mengajar kita supaya tidur di atas rusuk kanan agar kita berada di dalam keadaan yang lebih baik bila "hati" itu beralih kearah graviti tariakan bumi yang condong ke kanan. Cuba lah kita kaji apa pakar saintis kata tentang "respiratory position" untuk letak pesakit yang sedang tenat dan susah bernafas. Sebab kita akan lebih senang bernafas apabila "hati" itu condong kearah benua kanan jasad tubuh badan. "Nafas" ini yang menghantar "oksigen" naik di atas "otak" supaya kita dapat berfikir dengan lebih baik. Apabila Tuhan jadikan angauta jasad tubuh kita ini banyak yang "sepasang" dengan "dua" bahagian di "kiri" dan "kanan" nya, akan ada angauta yang "tunggal" untuk mentadbir kawasan kiri dan kanan itu.

Begitu juga "hati" kita yang satu ini perlu mentadbir "perasaan" nya di dua lapangan kawasan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" nya.  "Otak" yang satu juga di bahagi kepada dua daerah di kiri dan kanan nya. Kawasan kiri perlu urus kawasan kanan dan kawasan kanan perlu urus kawasan kiri.  Begitu juga paru paru kita yang sepasang itu. "Nafas" yang di bawa naik dengan oksigen akan sampai pada degupan jantung di mana "hati" itu proses "oksigen itu dengan darah nya untuk sampaikan Oksigen di dalam "otak" untuk "akal" berfikir. "Synapses" laluan darah itu juga mempunyai dua lorong berlainan arah untuk naik dan turun menghantar "bekalan" di antara "otak" dan "hati" ini. 

Mengapa "degupan" jantung dan "penafasan" otak begitu penting kepada "jangka hayat" kita yang di katakan "nyawa" itu. Mengapa "perasaan" dan "ingatan " itu menjadi asas kehidupan kita di atas muka bumi ini. Mengapa "nafsu" dan "iman" ini tidak mahu kita kenali untuk temu duga dengan budi bicara "jiwa" nya. Apakah jasad tubuh kita yang di serahkan kepada kita ini sebagai "hak milik" tidak mahu kita kenali??? Mengapa "identiti" yang kita sangkakan itu tidak pernah kita kenal pasti. Siapa "diri" kita sebenar nya masih menjadi kemusylikan yang belum terjawab. Kita boleh berubah dan akan berubah di dalam setiap detik waktu. Perangai dan kelakuan kita hanya sesuai untuk di satu ketika dengan suasana keadaan nya. Apakah "jiwa" itu tidak pernah berperanan dan tidak wujud untuk kita ambil tahu. Bukan kah bila kita di beri "hati" yang nampak dan dengar degupan jantung nya selalu meluahkan "perasaan" nya dan "otak" yang selalu berfikir dengan akal nya selalu mempunyai "ingatan" untuk di "simpan" sebagai pusaka memori kehidupan kita. Apakah Tuhan yang sudah "mengaku" menjadikan semua ini tidak mahu kita ambil tahu. Apakah itu "kewarasan" atau "hayalan" yang hanyut dengan kelekaan. Mengapa "hati" kita ini selalu menjemput segala apa yang ada untuk di raikan tetapi Tuhan selalu di biar dan di abaikan untuk tidak di "undang" masuk di dalam kamar nya. Sunguh kejam "hati" ini yang nafikan kehadiran Tuhan untuk bersama "diri" nya.