Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Jumaat, 23 Mac 2012

Pontianak (Anekdot)

Apabila seorang penulis sedang duduk di tengah malam yang sunyi, di suatu tempat yang jauh di pelusuk Nusantara melayu, sesuatu yang anih telah berlaku. Tiba2 anjing liar kedengaran menyalak sayup nun di sana dan meraung kesedihan. Ada sesuatu di udara yang mereka hidu membuat mereka gelisah dan sedih kepiluan. Kesunyian pada malam itu sangat berbeza dari hari semalam. Pondok usang yang penulis gunakan untuk berteduh mencari ketenangan adalah tempat yang terpencil jauh di perdalaman yang di tinggalkan pembalak dengan sebab yang tertentu. Ia hanya pertukangan biasa mengunakan kayu keras di susun tanpa kerumitan reka bentuk cangih dengan sains geomatri alam semula jadi.Pondok itu agak tersembunyi di siang hari apabila di tutupi dengan pokok2 sakat.

Penulis mengunakan lilin lebah untuk memberi sedikit cahaya sebagai teman di dalam kegelapan itu. Pondok usang itu tidak mempunyai keperluan asas ataupun kemudahan untuk dia merasa keselesaan. Bersendirian dengan diri nya di ceruk bumi dan duduk bersama naluri dan perasaan sendiri adalah sesuatu yang anih untuk di alami. Tempat itu bukan untuk keselesaaan dan keperluan. Hanya tempat untuk berteduh dan menghadapi kemungkinan alam. Tanpa sesiapa untuk di ajak berbincang, penginapan itu hanya menghulurkan banyak misteri dengan sedikit saja harapan. 

Kawasan itu telah di ketahui tempat di mana misteri memilih untuk bersembang. Apabila minat untuk mencapai sesuatu hasrat amat tinggi di dalam jiwa, insan ini kadangkala sanggup berkorban menempuh nasib yang belum tentu pasti. Bersedia dengan kerohanian, penulis menunggu saat yang tepat di malam hari di mana syaitan ini pernah merayau. Di kawasan yang terpencil jauh di perdalaman hutan belantara alam semula jadi di mana tidak ada manusia akan merasa penuh keselesaan. Hutan belantara telah mencorak alam semula jadi untuk sesuaikan satu keramaian bagi dunia kegelapan. 


Penulis duduk keseorangan memandang malam yang gelap di hadapan nya, melayan fikiran nya yang sepi   tentang keajaiban alam semula jadi. Terang bulan yang menghulurkan cahaya, menyuluh suasana muram yang sepi di sana. Sinaran bulan memberi inspirasi kepada nya untuk memerhatikan  ketenangan malam itu dan mendengar irama yang sayup bergelora di celah2 semak. Kegelapan malam yang mendakap pokok2 besar di situ, di semburi dengan hawa embun yang dingin. Bersendirian di situ, fikiran nya merayau di persekitaran mengnikmati ketenangan malam yang aman itu. 


Ia satu perasaan yang menakjubkan bila bersendirian dengan alam semula jadi. Fikiran kita di heret menjelajahi keajaiban nya jauh kedalam kesunyian irama nya. Memandang wajah bulan yang riang tersenyum di tengah malam, boleh memukau sesiapapun di saat itu. Tidak hairan lah mengapa penghuni malam, memilih suasana seperti ini untuk merintih kesengsaraan mereka. Keheningan malam itu telah di usik oleh salakkan anjing yang meraung hujung nun di sana. Bila kita bersendrian dengan diri sendiri dan berfikir dengan setiap bunyi yang menyuara, jeritan itu menarik perhatian nya untuk menumpukan perhatian kepada rintihan dari haiwan yang sensitif itu. Suara itu seperti satu kelohan hati yang mendesak meminta perhatian. Mungkin telah menjadi satu musibah yang sedih dan memilukan. Salakkan anjing itu satu peringatan tentang kepiluan yang amat pedih.Memperingati sesuatu peristiwa yang mungkin telah terjadi.Mereka meraung kepiliuan meratapi kesedihan itu.


Jauh di dalam lubuk hati, kita akan berpaut dengan apa yang terlintas di fikiran untuk mempercayai apa yang di saji akal. Suara rintihan dan kesedehan itu telah menyingkap kecurigaan menerap masuk ke lubuk hati dengan satu resah perasaan yang mengelisahkan. Suara kelohan di laungkan di tengah kesunyian malam, memekik kepiluan, melolong kepedihan. Tidak ada orang lain yang boleh di ajak berunding di saat itu untuk di bincangkan. Tangapan itu menetap di ruang fikiran sehingga perasaan mulai berubah. Saat itu lah dia mula merasai satu perasaan yang anih, yang masuk ke dalam diri nya. Sesuatu dari luar dugaan telah mengubah suasana di keharmonian malam itu.


Bunyi geseran daun dalam kegelapan malam itu telah membuat penulis tersentak dengan rasa penuh kecurigaan. Gerakan sesuatu yang berat bergayut di ranting pokok di beberapa jarak dari pondok itu, telah menerjah hati nya memberi perhatian. Serangga malam yang tadi kecoh berpesta di irama malam, tiba2 senyap menyendiri. Mungkin serangga2 itu mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Kesunyian malam menjadi hening serta merta dari pencerobohan itu, untuk di beri penuh tumpuan. Geseran daun dan dahan bergoyang berlaku di satu pokok di sana. Pencerobohan itu menganggu keheningan malam, menjadi detik yang mencemaskan. Bila keharuman bau bunga kenangga meresapi udara segar di situ, penulis tahu syaitan itu telah datang mencorak kehadiran nya. Dia tidak dapat lagi menyembunyikan diri tapi terpaksa berhadapan dengan segala kemungkinan. Tidak ada jalan keluar. Lembaga itu telah tahu dia di awasi.


Bersambung.


Untuk membaca cerita seram ini sepenuhnya, email kepada :- aqursany@yahoo.com

Edit 27.12.15
Anda sedang melangkah masuk ke satu lagi alam dimensi. Semua dimensi2 ini mempunyai getaran nya yang berbeza di persekelilingan kita. Ada pagar gerbang di mana mereka melintas lalu di talian yang amat tipis. Dunia kita hanya satu nya dimensi yang di mana “masa” itu di ukur.

Ini lah ruang “gravitions” dan “spheritons” yang menyalurkan  graviti, anasir gelap, magnet dan ruang elektromagnetik dan juga ruang untuk memori dan ingatan kita. Penglihatan kita adalah perkakas tangapan dan tangapan itu subjektif. Persimpangan untuk melangkah ke laluan ingatan kepercayaan “iman” dalam kefahaman “ilmu” adalah di mana sauh “keyakinan” itu di labuh.

Ada yang beranggapan bahawa Mayat Hidup adalah merujuk kepada orang yang telah mati. Mereka di animasi secara kebathinan dan secara umum tidak akan pulih dan wujud hanya sebagai contoh pada diri nya yang dahulu. Mereka akan menjadi bangkai atau membusuk dan akan di binasakan dengan cara kebiasaan. Mereka tidak boleh membiak atau menurunkan baka.

Zombie, tengkorak hidup dan yang seakan sesuai dalam kategori ini. Mereka secara umum tidak mempunyai halangan dari apa mereka buat atau bagaimana mereka di hapuskan, tapi perkara seperti zombie memerlukan trauma otak adalah sebab kuasa motor di tumpukan di otak, bukan kerana keperluan ghaib kebathinan. Walau tidak mustahil, komunikasi dengan sesama sendiri atau dengan manusia hidup juga jarang dan mungkin terhad kepada apa yang mereka tahu semasa hidup.

Dan Hantu di rujuk kepada makhluk yang melampaui angapan adat pada hidup atau mati, yang sebenar nya mereka. Mereka selalu nya mengekalkan perasaan diri, boleh  menambah dan membaik pulih. Mereka mungkin boleh membiak atau turunkan baka. Selalu nya mereka boleh di bunuh dengan cara kebathinan.

Pontianak dan hantu sesuai dalam categori ini. Ia lebih kepada kesah di sini yang hantu ini tidak hidup atau mati. Selalu nya akibat sumpahan yang mereka mungkin mempunyai peraturan yang menghalang keupayaan apa yang boleh mereka buat dan bagaimana mereka boleh di hapuskan.

 Dalam dua perkara ini pada tangapan umum yang selain dari berkomunikasi, Hantu kebiasaan nya boleh bergerak tanpa suara atau sedikit dan mempunyai kebolehan menekap suara dalam persekelilingan nya. Aura “pelik” di sekeliling Hantu juga mungkin di ambil kira pada keganjilan bagaimana mereka reput, bersuara, jelma, membuat benda layu, dadih, mual, cemar, sejuk, masam, lengkung atau jika yang menyebabkan.

Tetapi zombie Mayat Hidup adalah permulaan bahagian dari Hantu. Mereka boleh berubah menjadi hantu atau jembalang bila mereka mendapat formula yang betul untuk menetas. Kebangkitan mayat hidup berlaku apabila syaitan datang untuk berkongsi kepakaran. Kami telah terjumpa kesan kedurhakaan pada rasukan mutasi baka genetik. Kebudayaan tamadun jin boleh menghulur penawar itu. Di sini lah di mana angkara itu bermula.

Kami kagum untuk mengetahui bahawa deoxyribonucleic acid mempunyai rahsia nya tersendiri. Ini lah struktur baka genetik pada semua baka mutasi yang pernah bersatu untuk menjadi apa yang ada sekarang. Ia akan membawa segala tetasan benih baka dari masa silam yang pernah di ambil dari baka lain. Ini lah penetasan dari semua baka silam keturunan nasab.

Keturunan kita dahulu tidak pernak terpadam dan telah menjadi sebahgian dari kita. Ini lah kerana kita manusia perlu mencari pasangan pembiakan baka yang baik untuk keturunan akan datang. Ini lah kerohanian silam dari diri kita yang dahulu yang telah terkumpul. Ini lah “roh” dan “jiwa” dari semua keturunan silam kita.

Sains mungkin telah nampak kejadian benih baka dalam theory evolusi dan klon, dan mutasi telah pun menjadi kejayaan saintifik. Mutasi telah lama menjadi sumber kejadian segala spesis di dunia ini. Jadi, klon baka dari hybrid berbeza tidak mustahil untuk di fahami.

Enzyme ribonucleic acid telah tersebar ke seluruh alam maya sejak dulu lagi semasa ia berkembang untuk mulakan abiogenesis di struktur deoxyribonucleic acid. Jasad manusia membawa ribonucleic acid yang sama memulakan segala kehidupan di dunia ini. Ia tidak akan menjadi rumit jika pembawa benih baka, datang untuk mengambil tetamu sebagai “penginapan sementara”.

Ini lah celah lenyap di antara ruang masa bila nyawa berpisah dari tubuh badan untuk akhiri struktur DNA yang di bawa oleh tubuh mayat. Inilah masa yang di persoalkan bila tubuh mayat di ambil sebagai tebusan untuk di lanjutan tempoh. Peristiwa ghaib ini, yang sains mungkin tidak akan sangkal untuk menafikan kemungkinan berlaku nya kejadian misteri.

Bila penetasan ribonucleic acid berada di ruang angkasa untuk mengambil pelawat “penginapan sementara” bagi pembiakan baka, mutasi hybrid pembiakan mungkin terjadi dari deoxyribonucleic acid dari yang sesudah pada mayat tubuh penghuni lama. Ia seperti tayar yang pancit di isikan angin dari udara. Ia mungjkin bukan lagi oksigen untuk tujuan itu dan karbon dioxida, nitrogen dan hydrogen boleh di gunakan sebagai alternatif.

Kita manusia akan memerlukan oksigen untuk tubuh yang hidup dan mengitar karbon dioxida di sekeliling kita setelah kita gunakan. Udara di sekeliling yang membuat pertukaran itu dari tumbuhan mungkin membawa bekas dari diri yang dahulu. Kita telah di terapkan persekitaran untuk kekalkan kehidupan zat suci sacrosanct untuk bina struktur DNA.

Tapi bila tubuh mayat tidak lagi di gunakan untuk tujuan itu, jasad menjadi sebahgian dari alam untuk di pindah pemilik.  Ini lah dimana misteri itu bermula. Sumber yang memberi sacrosanct pada nyawa dari tubuh yang dahulu masih aktif di udara untuk di gunakan sebagai peluang.

Ketetapan peraturan thermodynamics yang memerintah perubahan tenaga dari satu bentuk kepada yang lain, laluan di mana “haba” akan mengalir, dan kewujuban tenaga untuk bertindak. Ini bukan kejadian ghaib yang di anggap tahyul.

Sains kerohanian sebegini mungkin tidak menarik perhatian kepada orang yang intelektual pada objektif realiti. Kami telah meletakkan semua kepingan terkumpul dari kejadian pembiakan baka pada tubuh mayat ini. Tetapi evolusi alam boleh di pesongkan dengan corakan pintar atau “intelligent design”.

Sudah kita maklum daya tarikan graviti boleh menyatukan bahan dari berkecai dengan kosmologikal tetap anasir gelap. Tubuh mayat yang telah menjadi sebahgian dari massa alam angkasa raya ini mungkin di miliki khazanah induk bumi sebagai “penginapan sementara” pada deoxyribonucleic acid nyawa. Mempunyai proto type yang lengkap tersedia untuk di bazirkan bukan cara eko sistem alam ini yang sebenarnya.

Induk bumi akan mengambil khazanah nya bila “nyawa” terputus dari biologi tubuh untuk “penginapan sementara”.  Tapi bila ruang elektromagnetik di udara ingin mengunakan untuk penerokaan, pertemuan sulit itu menjadi sebahgian dari pada lagenda. Tubuh jasad yang lengkap telah pun kosong tanpa penghuni.

Kita telah melihat lelaki mempunyai jasad tubuh seperti wanita atau sebaliknya. Kami bukan ingin mencemoh terhadap homoseksualiti tetapi hanya membuat rujukan untuk jelaskan sumber si penghuni. Tapi bila nyawa berakhir tamat tempoh dengan sumber dari diri yang dahulu untuk tamatkan episod DNA nya, tubuh mayat itu menjadi kamar yang kosong untuk induk bumi mengitarnya.

Mengitar adalah tepat di rujuk sebagai formasi sesuatu yang baru untuk pembiakan baka. Bangkai mayat boleh di jadikan pokok2 baru atau juga makhluk haiwan liar apabila bumi mengambil khazanah nya kembali. Tetapi bila diri yang dahulu telah di ambil untuk mutasi dengan bentuk wajah baru dengan kebudayan jin, perwatakan manusia mungkin akan di ubah.

Kami perlu membuat sedikit anatomi kerohanian untuk memberi pecahan pada ektoplasma di dalam jasad tubuh manusia. Jiwa hawa “nafsu” yang kepingin untuk kepentingan biologi tubuh adalah tenaga kimia yang datang dari kuasa tarikan graviti di alam maya. Tenaga ini buta tanpa pengetahuan untuk memahami resapan lima deria panca indera.

Jiwa hawa “nafsu” di ketahui datang dari kejadian asal haba “api” yang sama dengan kebanyakan jin dan syaitan. Ini lah jiwa yang melekat di jasad tubuh kehidupan untuk inginkan makanan, minuman, seksual, yang di perintah kuat oleh “ego” nyawa haiwani di otak usus perut hawa “nafsu”. Ini lah haba di thermodynamics yang mengalir di tenaga yang wujub untuk bertindak.

Tetapi ada satu lagi bahagian tenaga dari naluri ingatan “iman” di mana akal menetap untuk jelajahi “ilmu” yang ada pada “nyawa” dengan sedikit kefahaman dari resapan lima panca indera. Sedang hawa “nafsu” itu buta, ingatan “iman” adalah bisu dan “penglihatan” untuk kedua nya adalah kefahaman daripada “ilmu” pada “nyawa”. Pengenalan dan kesedaran dari apa jua “ilmu” adalah jisim diri kita yang sebenar untuk jadikan identiti diri kita itu.

“Akal” adalah wakil bebas yang berkhidmat pada kedua “nafsu” dan “iman’ dengan pilihan dan peluang. Hawa “nafsu” akan pilih untuk inginkan apa yang di fikirkan dengan “naluri” keinginan dan “iman” akan mencari dengan peluang untuk menjadi apa yang di fikirkan dengan kemungkinan. “Akal” akan menyalurkan amaran risiko dan akibat pada apa yang kita fikirkan untuk menjadi dari satelit “roh” sebagai peringatan untuk iktiraf pembikinan realiti dengan “niat”.


“Niat” itu adalah kerusi yang di duduki dengan kesedaran untuk mengalami pembikinan realiti. Pemandu di tempat duduk itu di kesedaran kita mungkin adalah hawa “nafsu” yang mengunakan “naluri” asas dengan keinginan dan godaan atau “iman” mengunakan asas ingatan dengan peringatan risiko dan akibat. Di sinilah manusia melangkah ke tempat maksiat atau masuk sebuah masjid.