Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Khamis, 23 Mei 2013

Qarin

Mungkin kebanyakan kita tidak mahu mengambil tahu tentang "qarin" ini yang selalu mengurus perlembagaan jasad tubuh setiap manusia. Kita hanya tahu guna pakai apa yang telah sedia ada untuk kita gunakan tanpa mahu menyusul periksa. Apa yang ingin saya nyata kan di sini mungkin akan mengugat keselesaan pembaca kami. Setiap manusia itu tidak pernah bersendirian. Kita selalu di temani oleh "qarin" kita di setiap detik waktu. Bisikan yang kita dengar di dalam hati kita bukan sesuatu yang datang dari diri kita sendiri. Ada "penyampai maklumat" yang menyalurkan informasi semasa kita mengunakan "tenaga" yang ada pada "nyawa" kita.

Cuba kita perhatikan setiap pergerakan yang kita lakukan memerlukan desakan dari "tenaga" tertentu. Tenaga itu adalah hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang menjadi kembar janim pada jasad tubuh kita itu. Sebab jasad tubuh kita bermula dari setitis "air" hingga jadi segumpal darah dan  daging yang bertulang. Pembentukan jasad tubuh ini terbentuk dari benih baka nasab ibu bapa kita dengan deoxyribonucleic acid. Baka nasab ini membawa segala inti pati watak perangai budi perkerti kelakuan manusia. Ini lah yang mencorak "wajah" kita dengan perwatakan tertentu. Apabila dua watak perangai peribadi ini di satukan menjadi satu jasad yang terbentuk. 

Namun jasad tubuh kita ini hanya satu "pakaian" yang telah di jadikan untuk kita gunakan sebagi perhiasan diri kita ini. Tetapi "watak" lakonan yang akan kita pamirkan memerlukan "qarin" ini untuk mengatur langkah persembahan. Sebab setiap persembahan perlu ada skrip lakonan yang di "taja" penasihat atur cara perjalanan hidup. Itu lah mengapa "agama" itu menjadi satu asas keperluan kepada setiap manusia yang hidup sebagai pegangan atau pedoman. Ini lah mengapa hawa "nafsu" itu di beri peranan penting untuk keperluan jasad tubuh kita. Apakah sebenar nya hawa "nafsu" ini.

Peranan hawa "nafsu" adalah untuk kemakmuran jasad tubuh. Disini hawa "nafsu" akan mencari keperluan makan minum dan setiap bayi yang lahir akan tahu bagaimana untuk mencari sumber makanan itu secara otomatik dan tidak perlu di ajar atau di didik. Ini adalah asas "naluri" yang sudah di sediakan dengan "ilmu" semula jadi semasa hawa "nafsu" itu di jadikan. Hawa "nafsu" juga adalah asas "naluri" syahwat apabila jasad tubuh itu sudah menjangkau akal baligh.

Namun, untuk mencari sumber keperluan itu, hawa "nafsu" akan memerlukan satu "tenaga" lain untuk mencari "peluang" dengan ingatan "iman" yaitu "nurani" yang di salurkan ingatan "iman" di mana "ilmu" asas semula jadi itu tersimpan. Asas "ilmu" ini telah di salurkan kepada ingatan "iman" kepada setiap "nyawa" yang hidup untuk mengurus kehidupan nya. Asas "ilmu" ini ada kepada setiap makhluk yang hidup di alam ini. Tenaga kembar "nyawa" kita ini saling berkaitan dengan saluran "hati" dan "otak" manusia.

Tenaga "kimia" dan tenaga "elektrik" di gunakan untuk salurkan keperluan sesuatu pihak. Hawa "nafsu" memerlukan tenaga "kimia" yang di pacu daya tarikan "graviti" pada jasad tubuh dan ingatan "iman" memerlukan tenaga pancaran "elektrik" di ruang elektromagnetik jalur lebar. Khazanah "bumi" dan "langit" ini adalah sumber pendapatan setiap "nyawa" yang hidup. Ini boleh di pecahkan dengan "air, api, angin dan tanah" di mana jasad tubuh kita itu di jadikan.

Mencari sumber pendapatan ini menjadi tugas asas "nafsu" dan "iman" dan "qarin" ini mempunyai hubungan diplomatik dengan anasir "bumi" dan "langit" yang kita pijak dan junjung. Hubungan "diplomatik" ini lah yang menjadi tajuk kami untuk di bahaskan. Kebanyakan kita hanya mengunakan hubungan diplomatik ini tanpa mengetahui sumber dan protokol nya. Apabila asas keperluan hidup telah di jadikan dengan memerlukan "hubungan diplomatik" ini, kita perlu tahu siapakah yang berurusan dengan kita. 

Kita perlu tahu dengan siapa kita berurusan. Ini bukan saluran yang boleh kita ambil dan terapkan sesuka hati tanpa usul periksa. Banyak "virus" yang boleh tersebar di dalam "hard drive" komputer jasad tubuh kita. Sudah kita ketahui di dunia internet ini yang mempunyai banyak manipulasi dan tipu muslihat yang kadang kala mengunakan taktik "free download" yang mempunyai "agenda" tersembunyi. Bukan kah kita memerlukan "anti virus" yang baik untuk mencegah anasir yang tidak di perlukan yang boleh mendatangkan "penyakit" kepada jasad tubuh kita. "Spam" dan "malware" yang cuba menyusup masuk ke dalam modem komputer kita untuk mencuri maklumat penting tentang "identiti" diri kita. Informasi maklumat yang kita terima boleh menjejaskan akal fikiran kita dan buat kita bertindak kearah kemusnahan hidup.

"Qarin" ini lah yang perlu kita tahu dan juga kenal. Kajian sains kerohanian dalam urusan ini banyak bertemu dengan pintu rahsia yang tersembunyi dan tertutup rapat. Rahsia "qarin" ini begitu sulit untuk di kupas dengan nas dan dalil yang shahih. Bahasa Tuhan amat halus untuk kita terjemahkan dengan penuh tepat dan hakiki. Soal "jantina" yang membezakan sifat dan kudrat satu pasangan hidup yang "nyata" dan "ghaib" juga berbeza untuk di rumus dengan istilah lazim. Banyak kitab yang perlu kami bongkar untuk mencari satu ramuan hakikat rahsia alam ghaib ini.

Perkara "qarin" ini perlu juga kami kaitkan dengan alam sanggama di mana apabila pasangan itu bersatu untuk curahkan benih baka dan berlaku kejadian pembentukan "jantina" dari zigote yang "alaq" dalam rahim kaum hawa. Apakah yang menentukan "jantina" janim di ketika itu dan bagaimana ia berlaku. Adakah ini mempunyai kaitan dengan "qarin" ini yang masing masing mempunyai peranan untuk membuat "tender" itu dengan "hijab kabul" baka nasab.  

Edit 11.8.13

Perbuatan lakonan jasad tubuh bermula dari "naluri" hawa "nafsu" dan "nurani" ingatan "iman" di mana "qarin" ini akan merayu untuk merai kehendak nya. Hawa "nafsu" yang di pacu tenaga tarikan graviti dengan tenaga kimia nya akan selalu mendesak untuk kearah perut bumi dan jasad tubuh. Itulah mengapa hawa :nafsu" ini akan di kuburkan bersama jasad nya di perut bumi ini yang di nanakan "sijjin" di lapisan bumi ketujuh. Soal "sijjin" ini adalah soal jiwa yang sesat di mana kitab amalan nya akan di sedut kedalam lubang hitam (black hole) setelah tenaga nya susut nilai (entropy) dengan bahan buangan yang di jana haba "api" untuk menetap di jurang perut bumi "sijjin" ini.

Bagaimanapun "nurani" ingatan "iman" yang di pacu tenaga elektrik akan selalu mendesak kearah pintu langit dan jiwa "roh" nya. Ini kerana urusan "nurani" ingatan "iman" ini menjurus kearah pintu langit yang di namakan "illiyin" di langit ketujuh. Jika kita kaji ilmu cakrawal angkasa raya, kita akan temui tenaga kuasa yang naik dan turun ke utara dan selatan. Selidik ilmu quatum mechanics physic tenaga zarah atom yang menunjukan tenaga asas "fermions dan bosons" di ruang elektromagnetik. Cahaya masa silam akan menurun dan cahaya masa depan akan menaik di antara kaltulistiwa masa kini di mana diri kita itu berada. "Qarin" ini adalah kuasa "sebab dan musabab" yang memerintah seru sekalian alam dengan tenaga "naluri" dan "nurani" untuk hawa "nafsu" dan ingatan "iman" di mana "sijjin" dan "illiyin" itu berada. "Sijjin" dan Illiyin" ini adalah "kitab" amalan yang kita cipta pada diri kita sendiri sebagai "identiti" nya. Apa yang di katakan "shurga" dan "neraka" sudah di cipta untuk tujuan itu. 

Untuk terus meneroka perihal "qarin" ini, kita perlu selidik segala urusan yang berkait rapat dengan tenaga kuasa nya. Setiap jasad tubuh akan memerlukan bahan "kimia" yang ada di perut bumi ini. Itu lah mengapa hawa "nafsu" itu begitu cenderung untuk beri tumpuan kepada perut bumi di mana kitab "sijjin" itu akan di kuburkan. Jiwa hawa "nafsu" ini yang kita bentuk dengan "identiti" diri nya yang tersendiri akan menjadi "deoxyribonucleic acid" pada jasad tubuh nya. "Naluri" asas nasab keturunan nya tidak akan terhakis selama lama nya. 

Sakratul maut yang akan kita tempuhi bermula dengan tenaga tarikan bumi pada graviti nya terhapus dari jasad tubuh. Ini kerana terpisah nya tenaga di antara "naluri" hawa "nafsu" dan "nurani" ingatan "iman" nya. Jasad tubuh akan kembali kepada "tanah" nya di bumi di mana "sijjin" itu di tempatkan. Jiwa "nurani" ingatan "iman" akan naik ke pintu langit di mana "illiyin" itu di tempat kan. Kajian sains kerohanian ini perlu di fahami dengan asas pengetahuan oleh pembaca kami yang ingin mengetahui rahsia alam dan juga jasad tubuh. Hidup dan mati sudah di jelaskan semasa kita berjaga dan tidur. Hawa "nafsu" dan ingatan "iman" sudah di jelaskan tentang kepentingan nya di dalam kitab. Allah dan Rasul sudah di perkenalkan oleh segala ilmu teknologi maklumat.

Jika kita ingin selam lebih dalam lagi ke dasar lautan "ilmu" ini, kita perlu kaitkan semua aspek kejadian yang bermula dari Nabi Adam dan Siti Hawa. Apakah "qarin" ini mempunyai sinonim dengan "jiwa" kita dan "qarin" ini. Kajian sains kerohanian telah ternampak rahsia sulit di sebalik semua ini. Jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang di beri ketika kita lahir ke dunia ini mempunyai peranan yang berpaut rapat dengan peranan Adam dan Hawa semasa benih baka kita masih di dalam alam janin lagi. Jantina lelaki atau perempuan masih menjadi "pilihan" untuk di tentukan. Bukan kah kita boleh melihat manusia yang mempunyai jasad tubuh lelaki tetapi berwatakan perempuan? Apakah Adam dan Hawa masih mempunyai fungsi dalam ketubuhan jasad tubuh kita. 

Ini membuat kami lebih tekun membongkar segala rahsia yang ada untuk ketahui muslihat nya. Jawapan ini masih belum terjawab walaupun oleh pakar saintis terkemuka di dunia ini. Soal "homosexual" yang sering menjadi rujukan mengapa ada nya kejangkalan sifat kelakuan manusia. Nampak nya soal "qarin" ini masih terlalu rumit untuk di putuskan. Hawa "nafsu" dan ingatan "iman" di mana "sijjin" dan "illiyin" itu akan di tempatkan masih samar untuk di buat ulasan. Tetapi kami telah ternampak jalan yang boleh memberi kami sedikit keyakinan untuk terus menyusuli jejak langkah itu. Adam dan Hawa tidak pernah terpisah jauh dari jasad tubuh kita selagi hawa "nafsu" dan ingatan "iman" masih menjadi rujukan perangai peribadi kelakuan manusia. 

Kami harap pembaca kami mempunyai cukup syarat untuk meneroka perjalanan yang sempit ini. Kajian sains kerohanian ini memerlukan asas yang kukuh untuk ikut bersama.  

Edit 7.4.14

Urusan "jiwa" tidak dapat di pastikan dengan tepat, sebab segala rahsia nya masih di simpan di dalam pengetahuan Allah swt. Kisah "qarin" ini yang menjadi kembar diri kita bukan sesuatu yang boleh di ketepikan. Urusan "nafsu" dan "iman" adalah sesuatu yang penting untuk kita ambil tahu. Ia mempunyai hubung kait dengan "qarin" ini dan juga urusan "sijjin dan illiyin" yang menjadi perkampungan mereka. Soal "ruh" yang menjadi rahsia Maha Pencipta tidak dapat di capai oleh fikiran akal. Tetapi apakah kita tidak boleh sama sekali meneliti urusan mereka. Allah swt bukan Tuhan yang melarang manusia mengenali "ilmu" pengetahuan nya. Sebab kita di jadikan sebagi manusia untuk tujuan itu, yaitu "mengenal" sesuatu yang tersembunyi dan yang ghaib. Apabila Allah swt tidak dapat di lihat oleh mata kasar kita, kita di wajibkan untuk mencari dan mengenal kewujuban Nya dengan segala "ilmu" yang telah di curahkan. 

Ini termasuk urusan "jiwa" yang mainkan peranan di setiap detik kehidupan kita ini. Jika kita di larang mengetahui tentang hawa "nafsu" bagaimana mungkin kita dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan nya. Sebab agama yang di bawa Rasulullah saw banyak yang menunjukan peranan hawa "nafsu" ini dan juga peranan "iman" yang menjadi tunjang kelakuan kita. Jika kita di larang mengkupas tindak tanduk "jiwa" yang tersembunyi di sebalik dinding jasad tubuh kita, kita tidak mungkin dapat mengenal Allah swt dengan lebih dekat lagi. Tidak cukup kita hanya mengaku sebagai "saksi" jika kita masih kurang pengetahuan tentang apa yang kita perlu saksikan. Mencari "ilmu" untuk menguatkan "iman" bukan sesuatu yang di nafikan Allah swt.

Jangan sampai "akal" fikiran kita di kongkong dan di momokkan dengan hujah yang belum tentu shahih. Mengenal Allah swt adalah sesuatu yang wajib kita laksanakan. Hidup ini adalah untuk tujuan itu. Sejauh mana kita "mengenal" Allah swt menjadi ukuran. Kita perlu mencari BUKTI kewujuban Nya. Tanpa "bukti" ini, keimanan kita masih lemah. Perbezaan di antara orang yang "beriman" dengan orang yang "berilmu" sangat jauh jurang nya. "Ilmu" ini perlu kita cari sehingga kita jumpa "bukti" kewujuban Tuhan. Ilmu kerohanian dan kajian nya perlu menyingkap kekaburan yang telah di selimutkan fahaman tertentu. Apabila kita mengaku menjadi "saksi" Allah swt itu Tuhan semesta alam dan Muhammad itu Rasulullah utusan Nya, kita perlu isi kekuatan "iman" kita dengan keyakinan dari "ilmu" yang kita perolehi. Pertunjuk dan bimbingan tidak pernah terputus di antara seorang hamba dengan AL KHALIK. Apakah mereka menyangka hanya "ilmu" yang mereka telah "iktiraf" sahaja yang boleh di guna pakai. Tanpa pengeiktirafan mereka, segala "ilmu" yang ada tidak sah. Apakah mereka menyangka agama Islam ini "hak" mutlak mereka sahaja. Lain orang tidak boleh belajar dan mengkaji. 

Mengetahui rahsia hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini adalah tugas setiap manusia yang masih hidup. Jangan biarkan hanya Pak Kiayi dan Tok Guru sahaja yang boleh mengkaji agama Islam kita yang suci. AKAL fikiran kita perlu keluar dari cengkaman dan monopoli golongan ini. Hubungan kita dengan Allah swt tidak perlu melalui Pak Imam atau Tok Guru. Allah swt adalah Tuhan yang sentiasa bersedia mendengar kelohan "hati" kita. Berdoalah kepada Nya untuk dapatkan panduan. Tidak ada seorang manusia pun boleh memperkenalkan Allah swt kepada kita melainkan Rasulullah. Selain itu, tidak ada jawatan yang boleh di sandang oleh sesiapa saja. Hanya Allah dan Rasul sahaja yang mempunyai HAK MUTLAK untuk menentukan arah tuju keimanan kita. Apabila Allah swt itu "DEKAT" mengapa perlu kita percaya kepada arahan golongan yang konon nya "pengawal" agama Islam. Siapa yang melantik dan iktiraf kelayakan mereka?????

Mereka tidak dapat membantu kita di akhirat nanti. Hanya Allah dan Rasul sahaja yang boleh menjamin kesejahteraan kita. Kita perlu dekatkan diri kepada Allah dan Rasul sahaja. Bila kita berdepan dengan sesiapa sahaja, pertemuan itu sepatut nya termasuk dalam urusan Allah dan Rasul sahaja. Demi kita mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul, kita perlu "kenal" urusan "jiwa" kita ini. Urusan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" sangat penting untuk kita dekakan diri kepada Allah swt. "Qarin" ini perlu kita selidiki. Jangan hanya cukup sekadar liputan hadis sahaja. Liputan hadis itu bukan sesuatu yang mutlak untuk kita guna pakai sebelum kita kaji selidik atur cara nya. Al Quran dan Hadis Rasulullah bukan satu catatan naskah untuk di baca. "ILMU" yang terkandung di dalam setiap huruf itu perlu kita tatapi. "ILMU" itulah yang ingin di lihat Allah swt di dalam dada kita. Sebab "cahaya" dari "ilmu" itu bukan datang dari paparan huruf atau sebutan suara. "MENGENAL" kewujuban Allah dan Rasul itu perlu ada "ISI" nya. 

Allah tidak pandang kitab yang berjilid. Tetapi melihat "ilmu" yang di muat naik dari setiap informasi maklumat di dalam "jiwa" kita!!!!!!!!   

Edit 22.12.15

Bacalah sebanyak mana kitab dan tulisan dan dengarlah segala hujjah dan dalil, tetapi jika "jiwa" kita itu tidak pernah berminat atau dahagakan "ilmu" itu, apa juga yang kita terima tidak akan membawa kesan pada budi bicara perangai kelakuan kita. Apa juga amal perbuatan kita akan mempunyai "semangat" untuk salurkan pergerakan untuk di jadikan "tabiat" keinginan dan kepercayaan kita. Tenaga dan kuasa gerak geri pergerakan kita boleh meningkat dan juga susut nilai di setiap detik waktu yang di lalui. Tidak ada yang kekal dan tetap begitu dan akan mundur dan maju dengan "semangat" yang di taja. Jika kita mendalami urusan ini kita tidak hairan mengapa kadang kala kita ternampak atau dengar jasad tubuh manusia itu boleh di rasuk dan mengalami serangan histeria.

Apa yang mempengaruhi "semangat" nya itu satu misteri yang mempunyai kaitan dengan "jiwa" kita itu. Jika jasad tubuh kita ini boleh membiak dengan nasab keturunan apakah "jiwa" kita itu tidak mempunyai baka yang membiak dengan pengaruh "semangat" nya. Lihat lah sendiri bagaimana "pengaruh" dari "semangat" ini boleh membiak dengan peminat dan penganut yang semakin besar. Bagaimana jasad tubuh manusia itu boleh bergabung dan bersepakat untuk jadikan sesuatu perbuatan itu sebagai "tabiat" amal perbuatan mereka. 

Edit 22.1.16

"Semangat" ini pada mula nya hanya satu "perasaan" yang menetap di dalam hati untuk mencari nikmat. Tetapi jiwa hawa "nafsu" ini sememangnya tidak akan merasa puas dengan keperluan nya. Apabila "semangat" ini menjamah sesuatu nikmat, maka "semangat" ini akan bertambah kuat untuk dapatkan nikmat itu berulang kali sehingga ia menjadi satu "tabiat" yang perlu di lakukan. Apabila "semangat" ini sudah sampai pada tahap ini, ia sudah jadi "qarin" yang akan mula mencari pengaruh sebagai "teman" dan cuba membiak dengan berkumpulan. Ini yang akan menjadikan jasad tubuh itu satu tungangan pada "qarin" ini yang menjajah jasad tubuh itu dengan pengaruh nya. Lebih besar pengaruh nya dengan banyak pengikut, maka "qarin" ini sudah dewasa dan akan semakin sukar untuk di hapuskan "tabiat" itu. 

Masih ada cara untuk putuskan hubungan dengan "qarin" ini dan satu cara yang paling berkesan adalah dengan mengasingkan diri dan bersendiri untuk memperbaiki kelakuan diri. Itulah mengapa orang yang ingin membersihkan diri nya selalu nya pergi "betapa" atau mengasingkan diri di tempat yang jauh dari masyarakat. Sebab apabila jiwa hawa "nafsu" kita itu bersendirian dengan ingatan "iman" nya maka di situ akan jadi lebih mudah untuk kita mendidik nya.
    
    

Rabu, 15 Mei 2013

Homoseksual

Apabila hawa "nafsu" itu Buta, syahwat tidak akan mengenal pengertian "sentuhan" yang di perlukan. Haba bahang "api" yang menyala di puncak "nafsu" haiwani hanya perlukan "sentuhan" bahang geseran. Membuat pilihan pasangan tertentu tidak pernah terbayang di dalam khalwat hawa "nafsu" syahwat ini untuk beronani. Si "buta" tidak pernah memilih untuk dapatkan bahan tertentu yang telah di tetapkan untuk nya. Tugas itu telah di serahkan kepada ingatan "iman" untuk menentukan apakah yang sesuai untuk di hulurkan.

Pergolakan sifat haiwani ini telah lama berkecimpung di dalam jasad manusia. Yayasan hermafrodit yang asal dari naluri kehaiwanan semasa jantina kelamin terbentuk dari zygote spermatozoon dalam 40 hari pertama mempunyai banyak angkara nya. Penentuan di antara kelamin lelaki atau perempuan berlaku di saat itu untuk "alaq" atau melekat. Persetubuhan yang berlaku semasa saluran rahim masih dalam "edaran" yang belum sempurna akan mencemari kawasan itu dengan jangkitan kuman. Kuman ini di biak oleh "anasir gelap" yang menunggu peluang di tempat itu. Darah "haid" mempunyai proses putaran yang perlu berlaku untuk buang kumbahan najis dari "anasir gelap" ini. Sebab kuman itu membiak di situ untuk keturunan mereka. Benih baka manusia yang terlepas peluang akan mereka ambil untuk pembiakan nasab keturunan mereka.

Pembentukan jantina yang berlaku dari benih baka lelaki dan perempuan yang di semadikan mempunyai "watak" kedua benih baka ibu bapa mereka. Kelamin yang terbentuk dengan jantina lelaki atau perempuan dari benih ibu bapa mempunyai kualiti "watak" tertentu semasa peredaran proses pembentukan jantina.  Semasa benih itu masih dalam proses pembentukan, sifat kelakuan ibu bapa yang membuat "tender" baka itu masih dalam permohonan rasmi yang di ambil kira. Ini lah waktu keramat yang perlu di perhatikan supaya janim yang terbentuk tidak tersasar dari landasan kesempurnaan. Setiap bayi yang lahir dengan kelamin yang rasmi tidak pernah songsang dengan watak jantina asal nya. Kecenderungan untuk membawa watak jantina yang tulin tidak pernah tersasar dari asal nya.   

Tetapi watak ini boleh berubah jika yayasan hermafrodit yang asli sebelum berubah menjadi jantina tertentu masih belum terhakis atau susut nilai. Kuman baka "anasir gelap" yang perlu di bersihkan setiap peredaran "haid" mungkin telah tercemar. Keghairahan semasa ingin bersatu kadang kala terlepas pandang tentang kesucian rahim ini. Darah "haid" pembawa kuman perlu di buang dengan kumbahan yang sempurna. Sebab jangkitan kuman ini boleh berlaku dengan pencemaran ectoplasma nya.

Jiwa ectoplasma perlu di bentuk selepas kelahiran bayi dengan landasan yang sepatutnya. Atur cara hala tuju kehidupan perlu di terapkan untuk menjadi lelaki atau perempuan yang sempurna. Jika nilai sosial yang di lalui memberi isyarat yang bercangah dengan saluran naluri kelamin, tidak mustahil ectoplasma jiwa ini boleh tersasar menuntut hak yang tidak sepatutnya. Tayangan yang di pamirkan di khalayak ramai di masyarakat umum boleh mempengaruhi daya fikiran jiwa yang sedang mencari hala tuju pembentukan "identiti" diri. Jasad tubuh boleh berubah bentuk dengan kehendak jiwa nurani.

Masyarakat barat khusus nya telah tersasar dari landasan ini. Homoseksual telah menjadi amalan lazim yang mereka cuba terapkan. Instituisi keluarga telah mula roboh apabila anak anak mereka tidak lagi dapat membeza kan martabat tamadun manusia. Perangai kehaiwanan telah di terapkan dengan istilah "evolusi" bahawa manusia di jadikan dari binatang. Fahaman "atheist" di jadikan pedoman untuk "halalkan" sumbang mahram yang songsang. Golongan ini telah berjaya mendapat pengikhtirafan dengan slogan kebebasan. 

Ini lah yang cuba di bawa masuk ke negara kita ini. Pemimpin pemimpin tertentu telah mula suara kan "agenda" barat ini untuk di terapkan di bumi Malaysia ini. Amalan homoseksual telah di ikhtiraf sebagai amalan rasmi masyarakat umum dan hancurkan martabat bangsa dan instituisi kekeluargaan. Ancaman ini telah di bawa di jalanan untuk menuntut hak kebebasan supaya mereka setanding dengan dunia barat yang di ambang kemusnahan. Panji panji Islam yang dulunya berkibar menegak kan agama telah mula bersekongkol dengan kumpulan ini. Kebodohan mereka telah di putar belitkan untuk mengejar kuasa. Mereka telah menjadi BUTA. Keharmonian bangsa dan agama akan mereka pecahkan. Matlamat zionist yang di belakang tabir cuba di terapkan supaya umat berpecah belah. "Break and rule" akan di gunakan untuk menjajah fikiran rakyat. Perlukah kita duduk dengan berpeluk tubuh?

Masyarakat di bumi Malaysia ini harus sedar tentang perkembangan antarabangsa yang cuba meracun fikiran rakyat. Mereka cuba terapkan kebebasan seks dan runtuhkan institiusi kekeluargaan dengan menghalalkan perkahwinan di luar pernikahan. Pasangan boleh hidup bersama tanpa nikah dan hidup bebas bertukar pasangan dengan sesiapa sahaja. Ini sama seperti "pelacuran bebas" yang halal di mana setiap pasangan boleh lahirkan anak yang tidak tahu siapakah bapa mereka yang sebenarnya. The "gay agenda" ini telah cuba mendapat pengiktirafan untuk menjadi seperti "binatang" dengan meruntuhkan institiusi kekeluargaan yang bertamadun dan beradap.

Dunia barat dan organisasi homoseksual ini sanggup "sponsor" mana mana negara yang mahu melaksanakan fikiran songsang mereka ini. Fahaman LGBT telah mula bertapak di bumi Malaysia yang di taja pemimpim tertentu untuk runtuhkan tamadum umat manusia. Demonstrasi yang di jalankan di khalayak ramai juga di sertai pemimpin yang kibarkan bendera Islam. Ulamak kita telah di racun fikiran mereka untuk mendapat mileage politik. Mereka tidak kira jika negara kita ini hancur atau agama suci Islam kita ini cemari. Mereka mendapat bayaran yang lumayan hanya dengan membuat demonstrasi di jalanan dan menujukan muka dengan songkongan. 

Tetapi mengapa pemimpim ini masih di sanjung? Mengapa mereka di beri pengiktirafan? Agenda barat yang merek bawa ke negara kita ini telah mula di terima masyarakat. Kebebasan bersuara yang selalu di laungkan di negara barat sudah tiba di bumi Malaysia. Pengkhianat pengkhianat ini masih di junjung bangsa melayu bumi Malaysia yang tidak sedar mereka akan hilang akhlak kewarasan. Ilmu teknologi yang mereka pelajari telah disalurkan oleh dunia barat dengan menterapkan ideologi "evolusi" kehaiwanan.  

Mengapa SUNNAH Rasulullah telah cuba di lenyapkan oleh pemimpin pemimpin ini?  Agama Islam dan bangsa Melayu sudah tidak relevan lagi pada perjuangan mereka. Agenda politik telah berubah corak untuk menjayakan agenda barat!!!!! Agama Islam tidak lagi penting untuk di pertahankan. Bangsa Melayu tidak lagi menjadi matlamat perjuangan. Ideologi "barat" ini yang akan mereka sebarkan di merata tempat dengan mengunakan lambang Islam. Perlu kah umat Islam di bumi Malaysia ini duduk dengan berpeluk tubuh? 

Amalan seks bebas di negara barat cuba di terapkan di dalam masyarakat Malaysia supaya umat berbilang kaum ini bergolak dan fikiran umat Islam di cabar supaya runtuhkan pegangan kepercayaan mereka kepada agama Islam yang  suci. Di America, LBGT ini telah mengugat instituisi kekeluargaan di mana anak anak muda mereka tidak dapat lagi di kawal dengan disiplin yang tertip dan beradap. Anak anak muda mereka telah lebih berani menyankal kedudukan "agama" seperti satu yang "karut" dan tidak boleh di guna pakai. Mereka lebih bergantung kepada kepercayaan "sains" di mana "evolusi" yang bersifat kehaiwanan lebih di utamakan. Fahaman "evolusi" ini telah di terapkan ke dalam minda anak anak kecil sejak zaman sekolah rendah sehingga mereka berubah menjadi sifat kehaiwanan yang liar. Agama mereka tidak dapat lagi membendung ancaman sosial. Arak, dadah, seks bebas dan penguguran bayi menjadi urusan hidup harian mereka.

Kumpulan "atheist" yang menjadi barisan depan melaungkan penafian wujud nya "Tuhan" dan anak muda lebih cenderung kepada kebebasan sosial di mana seks bebas di terapkan. Kebanyakan anak gadis mereka semakin murah untuk pecahkan "dara" mereka di jalanan dan boleh di beri kepada sesiapa saja yang mereka pilih. Kehancuran "akhlak" anak muda mereka telah menjadi satu "trend" bahawa seks bebas dan anak luar nikah menjadi satu "benih" yang sama seperti haiwan. Banyak bayi yang lahir tidak tahu siapakah bapa mereka sebenarnya.  Disco, pelacuran, dadah, di jadikan asas kehidupan.

Ini lah yang cuba di "kukuh" kan pihak tertentu dan arena politik masa kini. Kumpulan tertentu akan mengunakan "tipu muslihat" mereka untuk perdaya kan rakan mereka supaya menjalankan aktiviti pemberontakan di jalanan untuk menuntut "kebebasan" yang mempunyai "agenda" tersembunyi untuk jayakan ideologi barat. GRO asing telah di bawa masuk pihak "kafirin" untuk melemahkan umat Islam dengan "godaan" hawa "nafsu" syahwat supaya "IMAN" mereka kecundang dan boleh di perkotak katik kan. Homoseksual dan pelacuran adalah "senjata" mereka yang paling berkesan untuk jatuhkan kewarasan fikiran setiap individu. Hawa "nafsu" in perlu di kunci. Urusan "kunci nafsu" ini perlu di perluaskan.

Agama telah memberi senjata ini kepada kita dan kita perlu tahu bagaimana untuk mengunakan nya. 


QURSANI

Di mana kah letak nya besi "qursani" yang ada dalam jasad tubuh setiap manusia? Kitab yang berisi "ilmu" masa silam dan juga masa depan yang telah tertulis dengan takdir dan nasib setiap manusia yang hidup. Timbangan yang di katakan boleh mendatangkan manfaat kepada setiap manusia yang melangkah di atas muka bumi ini. Utusan yang di kirim untuk sampaikan risalah pesanan supaya dapat di terima dengan penuh taakulan. "Satellit" pemancar yang boleh menangkap segala informasi maklumat di dalam kitab "ilmu" yang di kirim untuk kesejahteraan manusia.

Misteri "qursani" ini di dalam tubuh manusia perlu di cari supaya kita dapat keluarkan kekuatan nya demi bangkitkan pancaran tenaga yang ada pada "qursani" ini. Tanpa "qursani" ini manusia akan hilang kekuatan untuk berdiri di atas muka bumi ini. Kuasa "graviti" yang di terapkan aliran tenaga ke seluruh pembuluh darah jasad tubuh kita. Tenaga "magnetic" dari besi "qursani" ini sangat penting pada jasad tubuh kita.  

Fikiran kita yang memerlukan kecerdasan "akal"  tidak akan dapat berfungsi jika tanpa aliran tenaga "magnetic" dari "qursani" ini. Besi yang di turun kan dari langit untuk jatuh ke bumi ini telah memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia. Kuasa "graviti" untuk mengimbangi jasad tubuh supaya boleh tegak berdiri telah di sematkan semasa jasad Nabi Adam di jadikan yang boleh membuat Nabi Adam mengunakan "ilmu" itu untuk perjelaskan kitab "ilmu" yang di beri.

Di dalam "nyawa" setiap yang hidup di muka bumi  ini telah di isi dengan kitab "ilmu" yang perlu di aktifkan dengan mencari cara untuk mengunakan nya. Tanpa kitab "ilmu" ini, manusia tidak akan dapat berfikir dan mengunakan "akal" yang sentiasa bergerak seperti kupu kupu yang berterbangan. Bagaimana kita boleh menambat nya dengan "sauh" keyakinan" dari kepercayaan ingatan "iman" semasa hawa "nafsu" yang ada pada jasad tubuh penuh dengan keinginan.

Besi "qursani" ini adalah pancaran "aura" kita yang tersembunyi di sebalik jasad tubuh yang kita miliki. Tenaga elektrik yang sangat di perlukan "akal" fikiran setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Ini lah sifat sifat manusia yang semula jadi yang di kuburkan di dalam setiap "nasab" yang terjadi dari keturunan baka. Tidak kira apa bangsa dan agama mereka, "qursani" ini ada menyimpan sifat sifat manusia yang sebenarnya. Tanpa tenaga "qursani" ini, manusia akan berkelakuan seperti binatang yang merata.

"Ilmu" yang kita pelajari dari sesiapa pun datang dari kitab "qursani" ini yang menunjukan kebijaksanaan dan kepintaran yang telah tersimpan di dalam setiap tubuh yang ada. Kecekapan "akal" fikiran untuk membongkar kitab "ilmu" ini dari sesiapapun boleh di lakukan dengan menuntut "ilmu" itu dari mereka. Tetapi jika "qursani" ini masih berselaput dengan hawa "nafsu" yang buta dan ingatan "iman" yang bisu, kesucian "qursani" ini akan di pancaran dengan warna warni yang di corak oleh fahaman yang tertentu. Imbasan "ilmu" yang terpancar akan di warnai cahaya yang telah di selaputi warna warna gabungan kepercayaan masing masing.   

Perangai kelakuan setiap individu itu berbeza dari setiap apa yang mereka percaya kan untuk di jadikan pegangan hidup dengan keyakinan. Warna apa yang kita pilih untuk di pancarkan terpulang kepada fahaman "ilmu" kita dari "ilmu" mereka. Masing masing mengeluarkan "aura" dari elektromagnetik gelombang otak untuk menyuluh di jalan yang gelap dengan desakan hawa "nafsu" yang buta.  Penyuluh itu perlu mempunyai "hakikat" kebenaran untuk menunjukan jalan. Tanpa "ilmu" yang "hakikat", kita akan tersesat jalan yang belajar dengan kesilapan. Pilihan mencari hala tuju kehidupan tidak selalu nya terang dan nyata.  

Edit 31.1.14

Zat "qursani" ini ibarat kuasa tenaga nuklear yang ada pada "nyawa" kita dan akan sentiasa menyala dan tidak akan terpadam.. Jiwa dan semangat kita perlu menimba tenaga "qursani" ini untuk dapatkan kudrat dan iradat nya. Kekurangan saluran sumber "qursani" ini akan mengancam kesejahteraan jasad tubuh kita. Jiwa dan semangat memerlukan "khasiat qursani" ini. "Akal" yang di sebut selalu masih samar untuk di kenal pasti. Zat "qursani" ini mempunyai hubung kait dengan "akal" fikiran dan "ilmu" pengetahuan. Kebijaksanaan dan kepintaran bukan perisian asas setiap jasad tubuh manusia. Seperti "akal" yang menyalurkan "ilmu", dan "qursani" ini yang menyalurkan kebijaksanaan dan kepintaran.

Semasa Nabi Adam di jadikan dan di perkenalkan kepada seluruh para malaikat, satu demonstrasi telah di tunjukan kepada mereka bagaimana Nabi Adam dapat memperjelaskan perkara yang di tanya dan di tunjukan. Kebijaksanaan Nabi Adam: mengagumkan para malaikat sambil berkata "Kami tidak di beri "ilmu" dan pendidikan tentang ini". Apakah yang ada pada Nabi Adam sehingga dia dapat memberi jawapan yang shahih???? 

"Qursani" inilah yang boleh menembusi alam "laduni" dan mendapat "ilham" yang suci dari "ilmu" hakikat kebenaran. Ia ibarat cahaya yang bersinar untuk penunjuk jalan di lorong yang gelap. Namun "qursani" ini tidak akan bersinar dan "bangkit" jika tidak di seru dengan jemputan yang rasmi. Kita telah di beri hawa "nafsu" untuk kepentingan jasad tubuh dan kesejahteraan jiwa dan semangat perlu di taja oleh ingatan "iman" untuk dapatkan sumber yang berkhasiat. "Qursani" inilah yang akan memberi kita sinaran "siratalmustaqim" untuk kembali ke jalan menuju Tuhan yang Maha Esa. Serpihan besi dari "Arasyi" ini yang jatuh di atas bumi akan tahu mencari tempat asal nya.

Walaupun hawa "nafsu" telah terlebih dahulu sampai ke muka bumi ini dengan kuasa tarikan graviti nya, namun "qursani" ini boleh memancarkan isyarat satelit nya menembusi langit ketujuh dengan kuasa electromagnetic nya. Kisah "jiwa" yang di katakan di tanya "Bukan kah Aku ini Tuhan Kamu??" masih menjadi perselisihan faham. Siapakah "jiwa" yang pernah berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Esa itu??? Keingkaran "hawa "nafsu" untuk mengaku Kekuasaan Tuhan sehingga ia di lontar ke bawah langit dan tidak di benarkan naik keatas. Bukan kah Tuhan akan selalu menjadikan setiap sesuatu itu berpasangan??? Jika hawa "nafsu" ini di beri kuasa di bawah langit sebagai graviti tarikan bumi, "qursani" ini telah di beri kuasa untuk naik ke atas langit dengan pacuan ingatan "iman" dan "ilmu" pengetahuan "akal" fikiran.

Edit 13.4.14

Segala bahan berat dan keras akan di telan graviti tarikan bumi sehingga ke perut bumi. Ini lah asas graviti tarikan bumi. Begitu juga jasad tubuh mansuia. Qursani ini akan tergelam ke dasar jasad tubuh kita dan perlu di angkat naik ke "tempat" yang lebih sesuai. Inilah asas deoxiribonucleic acid kita yang tergelam di tulang tongkeng kita. Graviti tarikan bumi jasad tubuh kita berada pada hawa "nafsu" yang duduk di bawah pusat. Di situlah sumber kekuatan hawa "nafsu" di pangkalan keinginan nya. Ini adalah "naluri" asas setiap makhluk yang berjasad tubuh.   

Edit 19.8.14

"Sacrosanct" di dalam darah kita mengandungi "qursani" ini yang sangat suci.  Ia tidak boleh di cemari oleh daki dosa yang berselaput. Zat besi "qursani" ini yang di bawa darah yang mengalir sangat di perlukan jasad tubuh kita. "Qursani" ini adalah talian "kabel" pancaran resepsi kepada satelit di ruang atmosphera. Aura dan "ruh" memerlukan bahan "qursani" ini untuk dapatkan resepsi. Graviti tarikan bumi dan elektromagnetik jalur lebar memerlukan "qursani" ini untuk jalankan tugas yang telah di tetapkan. Setiap "ilmu" mengandungi berat muatan "qursani" ini untuk di tarik graviti ke jasad tubh kita. Darah yang sampai ke otak akan membakar sel darah merah nya semasa kita berfikir untuk dapatkan bahan "qursani" ini.  Gelombang otak elektromagnetik yang memancar di ruang atmosphera di sekeliling kita cuba menangkap resepsi "ilmu" yang tersebar.

Sebab itu kepercayaan kita adalah bahan berat muatan yang di cari ingatan "iman" daripada setiap "ilmu" yang di terima untuk di "yakin" kan.  Tugas hawa "nafsu" menarik dengan tenaga graviti nya untuk buat "pilihan" dan tenaga ingatan "iman" akan cari "peluang" dari segala informasi maklumat yang di terima dari "ilmu" itu. Tanpa "qursani" ini, sistem pelancaran jasad tubuh kita akan tergendala. Biohazard sisa kumbahan kimia dari permakanan kita boleh jejaskan pancaran "qursani" ini. Sebab bahan kimia hawa "nafsu" ini banyak mengandungi dosa yang perlu di bersihkan dengan kekuatan ingatan "iman" untuk mencuci nya. "Nafas" kita adalah "berus" yang di gunakan untuk mencuci kekotoran itu. Sebab "nafas" kita mengandungi "oksigen" yang di perlukan bahan pembakar untuk menyala.

Karbon dioxida dari bahan buangan oksigen ini sangat merbahaya pada jasad tubuh kita. Kadang kala sisa karbon dioxida ini masih tertinggal di celah rongga organ dalaman kita dengan udara "angin" yang sangat merbahaya. Sains kerohanian ini perlu di pelajari dengan cukup teliti untuk memahami sistem jasmani dan rohani kita. "Ilmu" yang di pancarkan "qursani" ini sangat di perlukan kesedaran kita. "Qursani" inilah kebijaksanaan (intelligence) yang memberi kita ketaakulan dan fahaman. Mengetahui adalah mengenal dan melihat hakikat kebenaran. Apa guna mata yang melihat dan telinga yang mendengar jika informasi maklumat itu tidak memberi jawapan yang di perlukan. Kita memerlukan sesuatu untuk mengenal pasti. 

Edit 24.10.14

Tetapi yang lebih menakjubkan tentang besi "qursani" ini adalah rahsia kejadian alam ini. Apabila Allah swt mengkatakan Dia menjadikan Bumi itu dahulu sebelum Langit" dengan percanggahan alam maya (universe) yang di katakan 13.7 billion tahun dan bumi ini 4.5 billion tahun ini perlu di beri perhatian agar kita tidak "termangu" dengan keajaiban ciptaan Allah swt. Makhluk pertama yang di cipta Tuhan adalah "ilmu" yang merupakan satu cahaya "nur" yang turun (first bright light) untuk membuka "ruang" yang kosong (empty space) sebelum bermula acara segala kejadian yang kita lihat sekarang. Cahaya "nur" ini mengeluarkan haba radioaktif dengan asap yang berkepol (dukhan) mengadungi gas hidrogen dan helium yang meledak dengan serpihan besi "qursani" di merata "ruang" yang kosong yang di katakan "langit" itu yang di "kembangkan". Ketulan besi "qursani" ini lah di mana "bumi" kita ini sekarang terkumpul seperti matahari, bulan, bintang dan planet lain.

Serpihan "qursani" ini lah di mana zarah "atom" itu bermula dengan ada nya elektron, proton dan neutron sehingga berpecah menjadi "fermions, bosons, quarks, leptons dan neutrinos. Molikiul ini yang menjadikan "air" untuk segala "jirim" (matter) itu melekat dengan "graviti" tarikan "bumi" atau yang lebih tepat lagi "qursani" itu. Tanpa "qursani" ini, tidak ada satu "zat" pun yang boleh hidup di alam maya ini. Ini akan kami jelaskan dengan lebih terperinci di dalam buku kami "Si Buta , Si Bisu dan Si Pekak" di mana zarah "partikel" yang halus ini cuba "wujud" di realiti semasa mereka masih "ghaib" di dalam kegelapan yang "kosong"  (nothing) menjadi "kuanta" yang secukupnya untuk menjadi "sesuatu" (something).

Jika kita masih "termangu" tentang kejadian alam ini, kita masih belum boleh di iktiraf sebagai seorang yang ingin beriman kepada Allah swt. Maka cari lah rahsia kejadian alam ini. Lihat lah langit bila di waktu malam. Serpihan cahaya "nur" itu penuh kelihatan dari besi "qursani" itu. Inilah yang buat segala "partikel" itu kelihatan dan "wujud" di realiti ini. Tanpa serpihan "qursani" dari cahaya "nur" ini, tidak ada satu apa pun boleh di lihat dengan nyata. Bukan kah "graviti" tarikan bumi memerlukan "berat muatan" yang cukup kaunta nya untuk jadikan sesuatu itu terbentuk dengan rupa yang di katakan sains "solidified photon" atau "matter" yang dapat di kenal pasti. Tanpa "qursani" ini tidak ada satu apa pun boleh berdiri tegak menonjolkan diri.

Kita masih jauh mengenal diri kita ini. Bagaimana "akal" fikiran kita itu mendapat "kefahaman" masih tidak di ketahui. "Qursani" ini lah "ilmu" yang di sebarkan di merata pelusuk alam maya ini untuk jadikan semua yang "wujud" itu dengan cahaya "nur" nya. Di situlah Tuhan tetapkan "takdir dan tentukan "nasib" setiap yang hidup dengan daya upaya mereka sendiri. "Taufik dan hidayah" itu sudah di sebarkan untuk setiap makhluk Nya mencapai dengan keinginan "pilihan" mereka dan mencari "peluang" itu untuk hidup dan wujud di realiti ini. 

Di mana kita sebelum kita "wujud" atau di lahirkan ke dunia ini? Apakah kita pernah di tanya "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?" Dapatkah kita mencapai segala impian hidup jika "peluang" (chance) itu tidak di hulurkan. Apakah kita sudah mempunyai cukup kebolehan untuk dapatkan apa saja yang kita inginkan  tanpa bantuan dari yang lain. Siapakah "kuasa" itu yang selalu berada di mana saja untuk melayan segala kehendak kita. Kita masih jauh dari mengenal siapa Allah swt itu. Sehalus 'debu" yang bertebaran itu boleh di jadikan "bumi" yang sebesar ini sangat menakjubkan. Yang dulu nya "kosong" (nothing) boleh menjadi "sesuatu" (something) yang sangat hebat dan berkuasa penuh seperti "bumi, bulan, matahari, bintang dan planet" di alam maya ini  buka mithos yang boleh di persendakan.

Edit 19.12.2014

"Kesedaran" (consciousness) yang kita miliki ini adalah serpihan "qursani" ini yang menangkap segala resepsi "perasaan" hawa "nafsu" dan ingatan "iman" kepercayaan kita untuk mencari informasi maklumat yang di hulurkan "akal" fikiran dengan "idea" dan "inspirasi" di "ruang" yang penuh serpihan "ilmu" itu. Setiap zarah "partikel" ini perlu mempunyai "kesedaran" (consciousness) ini untuk menilai alam sekeliling nya. Baik apa pun yang wujud di situ perlu ada "kesedaran" ini untuk menjadi "saksi" (observer) yang mengenal alam di sekeliling nya. (Mass is an observer of time and speed)  Sebab "graviti" tarikan bumi dan electromagnetic field ini memerlukan serpihan "qursani" ini untuk "berat muatan" (substance) yang di kumpul dan saluran telekomunikasi untuk hubungkan semua yang "wujud" di dalam "ruang" itu. 

Jasad tubuh kita yang terkumpul adalah serpihan cahaya "nur" besi "qursani" yang menjadikan "air, api, angin dan tanah" itu. Proses kimia dan tenaga di "ruang" itu bermula dari "air" yang setitik dan di tukar menjadi gas di udara "angin" dan menyalakan "api" untuk di jadikan "debu" yang terkumpul dengan "tanah" nya. "Suhu" panas dan sejuk akan mulakan satu pergerakan yang di katakan "masa" yang di ukur pada "ruang" itu dengan seimbangan yang cukup teratur. Apakah tanpa "kesedaran" (consciousness) itu akan ada atur cara yang begitu tepat dan pasti untuk mengatur "kehidupan" yang kita sedang nikmati sekarang.

Jadi "graviti" adalah "perasaan" dan "electromagnetic" adalah "ingatan" yang kita alami di dalam "kesedaran " kita ini dari serpihan besi "qursani" itu. Darah yang mengalir di setiap urat saraf kita memerlukan "qursani" (sacrosanct) ini untuk membawa oksigen dari pernafasan kita berdegup di jantung "hati" dan naik ke otak. Proses kimia "adrenalin" perasaan  hawa "nafsu" dan "dopamine" ingatan "iman" akan memacu "kesedaran" kita itu untuk melangkah mengenal kehidupan ini. Seimbangan dari empat anasir "air, api, angin dan tanah" ini yang jadikan jasad tubuh kita itu bergerak dengan "graviti" perasaan dan "electromagnetic "ingatan" pada "kesedaran" ini. Sebab "graviti" itu satu "entiti" kepada "massa" (mass) dan "massa" itu "jirim" (matter) di dalam "ruang" (space) yang ada  lapangan elektromagnetik (electromagnetic field)

Edit 2.2.15

Setiap "jirim" (matter) memerlukan "jisim" yang mempunyai "berat muatan" atau (weight) untuk "graviti" mengumpul untuk jadikan satu bahtera "tubuh" atau "jasad" yang hidup dengan "kesedaran" untuk bertugas atau berfungsi untuk tujuan apa ia di wujudkan. Serpihan besi "qursani" ini sangat halus dari bahan radioaktif yang tersebar di seluruh "ruang" yang di penuhi "elektromagnetik" untuk "ingatan" yang di simpan di dalam memori sebagai "iman" kepercayaan nya. Inilah "ilmu" itu yang dahulu dari cahaya "nur" yang terpancar untuk membuka "ruang" yang kosong dan penuh kegelapan itu. Apa yang di katakan "langit" dan "bumi" ini masih terkeliru untuk kita fahami dengan erti maksud yang sebenar. 

Kebijaksanaan Tuhan mencipta alam ini sangat "Arif" dan "Alim" yang penuh dengan atur cara yang cukup teratur. Rahsia "qursani" ini sangat luas untuk kita jelaskan dengan satu jawapan yang tepat. Tanpa "qursani" ini, kita tidak akan dapat merasa "perasaan" dan juga mempunyai "ingatan" di dalam "kesedaran" yang kita katakan "hidup" ini. Di situlah kita dapat mencari Tuhan yang di katakan Allah swt itu apabila kita pernah di tanya "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?" Soalan ini masih tidak terjawab oleh kita sehingga ke saat ini. Bolehkah kita abaikan pertanyaan itu dan hidup di atas muka bumi ini dengan riang gembira. Bukan kah setiap yang hidup itu akan pasti menemui ajal nya atau mati? 

Apabila "hidup" ini adalah satu "soalan" yang di tanya dan "mati" itu adalah "jawapan" yang akan kita beri, sudahkan kita cari "ilmu" itu untuk buat persedian. Tuhan memberi keizinan untuk kita rasa segala nikmat kehidupan. Itu satu "pinjaman" yang perlu kita "bayar" balik nanti. "Perasaan" dan "Ingatan" itu sudah kita gunakan untuk merasa semua kenikmatan. Tetapi pernahkah kita gunakan untuk mengesan di mana Tuhan dengan "perasaan" dan "ingatan" itu? Adakah kita berlaku adil kerana salah gunakan "nikmat" itu. Apakah "halal" kita merasa "senang" dan "gembira" apabila "hutang" itu masih belum terbayar. Inilah "jiwa" yang akan menanggung "beban" itu yang di pikul dengan timbangan "berat muatan" oleh serpihan besi "qursani" itu.

Edit 14.11.15

Tanpa "qursani" ini manusia tidak akan dapat mencari Tuhan nya. Sebab "qursani" inilah satelit itu yang boleh membawa kita kearah "siratalmustaqim" itu. Sebab "qursani" inilah kita boleh mengunakan "akal" untuk menuntut "ilmu" itu. "Qursani" inilah punca nya segala "tenaga" dan "kuasa" yang ada di seluruh alam semesta ini. Kita manusia dan juga segala yang hidup sangat perlukan "qursani" ini. Apa juga yang boleh bergerak dan hidup mesti mempunyai zat "qursani" ini. Sebab "qursani" ini akan mencari "tenaga" dan 'kuasa" untuk tingkatkan daya keupayaan nya. Tuhan yang menjadi kan semua ini akan menghulurkan "tenaga dan kuasa" itu melalui "kudrat dan iradat" nya. Kewujudan Zat Yang Maha Berkuasa berada di luar ruang "tenaga dan kuasa" itu yang boleh berubah bentuk dan rupa. Jika "qursani" ini tidak berfungsi maka manusia itu akan terputus hubungan dengan Tuhan nya dan menjadi seperti hawa "nafsu" yang "buta" itu dengan daya tarikan "graviti" nya. Kita akan terhumban di dalam perut bumi seperti apa yang di katakan "sijjin" itu.

Untuk naik melepasi ruang yang di luar daya tarikan "graviti" ini, kita sangat perlukan kekuatan "qursani" ini. Pancaran gelombang otak untuk menembusi alam kerohanian di mana "hakikat" kebenaran itu berada memerlukan "cahaya" yang boleh tembusi segala "jisim dan jirim" di setiap penjuru "hijab" alam realiti ini. Untuk memasuki alam "rabbani" itu, kita perlu lepaskan diri kita dari tarikan "graviti "bumi" ini. Jasad tubuh kita adalah halangan utama kita terikat dengan tarikan "graviti" hawa "nafsu" kita. Segala pakar terkemuka saintis sedang mencari jalan atau cara bagaimana untuk "defy gravity" ini. Mereka cuba melintasi kelajuan "cahaya" (speed of light) yang tidak mungkin mereka capai sehingga kini dengan teknologi angkasa lepas. Roket dan kapal angkasa yang mereka cipta tetap akan perlukan "tenaga dan kuasa" untuk pergi kemana saja. Tetapi jika mereka berjaya mencari cara untuk melepaskan diri dari tarikan "graviti" ini, mereka terpaksa berdepan dengan "kosmologikal tetap" (cosmological constant) yang di selubungi ruang "anasir gelap" (dark matter) pula. Seimbangan di antara "jirim" dan "jisim" atau (matter and anti matter) masih begitu rumit untuk di pastikan. 

Jika manusia tidak di beri keupayaan "qursani" ini, tidak mungkin manusia itu dapat mencapai apa yang sudah tercapai sejauh ini. Namun persoalan di mana Tuhan masih menjadi misteri kepada semua pakar "ilmu" yang masih hidup. Para saintis sudah sepakat mengatakan bahawa "tenaga atau (energy) tidak boleh di cipta atau di hapuskan. (create and destroy). Sebab "tenaga" atau (energy) itu hanya boleh boleh berubah bentuk tetapi tidak boleh di hapuskan. "Quantum mechanics" dan "holographic principles" juga membuktikan bahawa "entropy" yang menjadikan "lubang hitam" atau (black hole) masih boleh mendapat "tenaga" dari sisa buangan (waste) yang di katakan "haba" atau (heat) boleh buat kerja atau (do the work) untuk kembalikan "tenaga" itu. 

Jadi semua ini semakin rumit untuk kita perjelaskan dengan kata putus muktamad. Selagi kita hidup, kita sangat perlukan "tenaga" ini. "Kudrat dan iradat" Tuhan sangat di perlukan untuk kita bergerak dan hidup di atas muka bumi ini. Bangkitkan "qursani" itu dan hiduplah seperti mana yang di kehendaki Tuhan Semesta Alam ini. Sisa buangan yang kita tinggalkan di atas muka bumi ini akan menjadi "beban" untuk di tanggung apabila kita sudah mati nanti. Sebab barang buangan atau (waste) itu tidak akan biarkan pelupusan (entropy) "lubang hitam" (black hole)  maut itu padamkan kisah riwayat hidup kita. Maka hari kemudian atau "afterlife" ini sudah terbukti akan kebenaran nya. 

Edit 28.11.15

Cuba kita fikirkan mengapa "bateri" pernafasan dan degupan jantung kita sentiasa bergerak seperti detik saat masa yang berpusing. Lithium "bateri" apakah yang sudah di pasang di dalam jasad tubuh kita supaya dapat bergerak dengan sendiri nya sehingga akhir hayat. Jika zat besi "qursani" ini tidak wujud di dalam jasad tubuh itu maka graviti tarikan bumi tidak akan pastikan kita berpijak di atas muka nya. Kita akan melambung di atas udara seperti belon yang melayang. Berat muatan jirim kita yang terkumpul dari empat anasir "air, api, angin dan tanah" pada jasad tubuh itu tertakluk di dalam "air" yang sangat suci pada "tanah" yang subur dan sihat. Sebab "api dan angin" adalah anasir yang menginap di atas udara langit yang tidak di tadbir oleh graviti tarikan bumi.

 Kejadian manusia selepas Nabi Adam dari segumpal debu "tanah", Siti Hawa dari kehangatan "api" tulang rusuk dan Nabi Isa dari "tiupan ruh" adalah dari titisan "air mani" yang melekat. Jasad Adam dan Hawa yang menentukan baka nasab di antara "air" kedua ibu bapa kita masih hilang dalam pengetahuan kita. Di manakah "kesedaran" itu yang bermula untuk kita mengenal hidup ini. Celik nya penglihatan untuk mengetahui "kewujudan" kita itu. "Transmisi" apakah yang terpancar dari resepsi "satelit" jasad tubuh itu. "Kewarasan" yang hilang dan timbul dari pemancar akal fikiran kita. Lintasan "suara" yang berkumandang di dalam ruang udara jasad tubuh kita. Sudah tentu ada mekanisma yang memberi "tenaga dan kuasa" dari lima panca indera kita itu. Logam adalah zat yang paling berkesan untuk beri isyarat telekomunikasi itu.

Edit 23.9.16

Darah yang mengalir di jasad tubuh kita mengandungi zat besi yang di bawa udara "oksigen dari "nafas" yang kita hidu. Udara oksigen ini patut sampai ke otak manusia untuk celikkan kesedaran nya. Namun kesedaran setiap manusia itu sebenar nya kosong dan perlu di isi dengan "ilmu" pengetahuan yang patut di simpan ingatan kepercayaan "iman" kita. Untuk jayakan semua ini kita sangat memerlukan "graviti" tarikan bumi yang di miliki tenaga hawa "nafsu" itu. Jika mengikut jurus pernafasan yang di pelajari, "nafas" ini boleh di gunakan untuk menarik "berat muatan" yang tengelam di dasar tulang "sulbi" atau "taraib" setiap manusia. "Nafas" itu perlu membawa "berat muatan" yang tengelam itu naik sampai ke otak dan duduk di dalam "kalbu" untuk mengimbangi kekuatan akal fikiran kita supaya cergas dan sentiasa fokus dengan penuh kesedaran.

Fikiran kita ini kadang kala hanyut di tolak arus khayalan yang di bawa keinginan hawa "nafsu" kita. Jika "berat muatan" itu tengelam di kedudukan bawah pusat, maka keinginan hawa "nafsu" ini akan menjadi begitu liar untuk di kawal. Kita akan hilang kesedaran diri apabila hawa "nafsu" ini duduk di bawah pusat. Di situlah pintu syahwat hawa "nafsu" ini yang duduk dekat dengan "sulbi atau taraib" nya. Ingatan di dewan fikiran kita tidak dapat berpaut jika tidak di tambat dengan "sauh" yang kuat. Maka "sauh" ini sangat di perlukan yang mempunyai "berat muatan"dari "qursani" itu. Zat "qursani" ini mengandungi pati "ilmu" di mana "semangat" jiwa kita terkumpul. "Semangat" ini mempunyai tenaga yang memegang "watak" kebolehan "ilmu" yang tertentu. Kehebatan "semangat" ini boleh meningkat sehingga ia boleh di muat naik atau di muat turun kepada sesiapa saja.         

  

Sabtu, 20 April 2013

Mati Pucuk

Kurang upaya pucuk pimpinan seorang lelaki di medan pertempuran sexual, adalah masalah peribadi yang menjejas kewibawaan status sebagai seorang yang berpangkat "lelaki". Apa gunanya menjadi seorang "lelaki" jika senjata yang perlu di gunakan di medan pertempuran sexual tumpul  tidak berkesan. Kelemahan  bertarung mungkin di sebabkan banyak faktor "senjata" yang sedia ada. Ini mempunyai kaitan dengan transmisi elektrik yang menghantar isyarat dari otak ke saraf zakar. Voltan yang mengesan transmisi elektrik dari "ingatan" fikiran perlu di baik pulih.

Kelenjar yang membengkak dan mengecut itu perlu di aplikasikan dengan tenaga kimia dan juga tenaga  elektrik. Jasad tubuh ini terikat dengan kuasa "kimia" dari apa yang kita masuk kan di dalam jasad tubuh. Tapi tenaga "elektrik" yang memancarkan isyarat dari otak ke urat saraf perlu di aktifkan. Saluran yang tersumbat ini akan menjejas kelancaran urat saraf mendapat bahan yang di perlukan. Peranan dua sumber ransangan dari tenaga kimia dan juga eletrik ini boleh di terjemahkan dengan beberapa cara.

Hawa "nafsu" syahwat setiap manusia ini, memerlukan "haba" atau "heat" untuk menjana libido yang memerintah tenaga syahwat. "Haba" dari tenaga anasir "api" ini adalah sebahagian dari komposisi jasad tubuh kita dan ia akan berfungsi apabila jasad tubuh mendapat bahan yang di perlukan. "Haba" boleh di aktifkan dengan "sentuhan" dan "geseran" untuk mendapat bahang "api" untuk aktifkan hawa "nafsu" syahwat. Sebab hawa "nafsu" itu di jadikan dari pada "api" ini dan tenaga kimia adalah bahan ransangan nya.

Sebab itu kita manusia yang bermadu kasih akan bersentuhan untuk hidupkan hawa "nafsu" syahwat ini. Selain dari itu perkara "onani" juga sebahagian dari aktiviti itu. Tetapi kita perlu tahu selain dari sentuhan "fisikal", fikiran dan ingatan manusia itu juga perlu untuk hidupkan "haba" bahang api ini. Fikiran dan ingatan ini berkait rapat dengan peranan tenaga "iman" kita yang menghantar isyarat dari otak yang berfikir. Ini lah tenaga eletrik yang kita harapkan untuk aktifkan bahan kimia yang ada dalam jasad tubuh kita khusus nya sistem urat saraf kita.

Kelenjar sperma dan hormon setiap individu itu berbeza mengikut baka genetik dan juga permakanan yang di salurkan ke dalam tubuh. Hormon sperma ini adalah sumber tenaga syahwat hawa "nafsu" yang terkumpul di bawah pusat kita. Sperma ini adalah baka genetik yang kita kumpul dengan perilaku perangai peribadi. Saluran sumber sperma pundi kelenjar ini sangat penting dalam tubuh setiap manusia. Ini lah sumber yang mengeluarkan "musk" dalam bentuk bauan yang di lepaskan. Punca "musk" ini telah menjadi projek penyelidikan banyak pihak termasuk pakar alam mistik yang cuba buat ramuan khas untuk jadikan "pukau" dan juga "pengasih" untuk urusan tertentu.

Setiap manusia yang sudak matang akan memerlukan "syahwat" ini dan ini bukan sesuatu yang perlu kita sembunyikan dari pengetahuan umum. Cara untuk mengawal dan gunakan "syahwat" ini dengan sempurana dan tertib perlu di istiharkan. Anak remaja tidak boleh di biarkan menguji "syahwat" ini dengan ujian "trail dan error" sebab mereka akan tentu mengunakan nya untuk di pandu uji atau "test drive" hawa "nafsu" syahwat ini bila bercampuran di khalayak ramai. Sebab itu agama suci kita telah jelaskan dengan penuh terperinci bagaimana untuk mengurus hawa "nafsu" syahwat dengan adap tertip.   

Kelenjar hawa "nafsu" syahwat ini telah di terjemahkan dengan banyak cara oleh setiap individu. Isyarat yang di hantar untuk sampaikan maklumat dari jasad tubuh dengan reaksi dan juga melalui udara atau "airborne" dengan melepaskan signal dan transmisi di realiti yang nyata. Projek peribadi yang tersembunyi mereka lakukan sanggama berpasangan dan juga onani bersendirian. Namun yang tidak berkesempatan dan berupaya menikmati "syahwat" ini akan kemurungan. Hikmah di sebalik itu mungkin lebih besar tetapi yang cuba memperbaiki dan baik pulih kelemahan itu masih boleh terus mencuba untuk mendapatkan hasil nya.  

Fikiran itu perlu di ingatkan dan sentuhan itu perlu di aktifkan. Bahan kimia dan juga elektrik di perlukan untuk menjana tenaga kerja yang keluarkan kuasa untuk di laksanakan. "Syahwat" bukan najis yang perlu di keji. Ia adala satu "asas" kita sebagai manusia.     


Khamis, 18 April 2013

Pukau

Kami sedang menulis tajuk ini dan dalam proses mengumpul maklumat terperinci tentang apa yang di gunakan untuk laksanakan "pukau" ini. Banyak istilah yang di gunakan dalam proses untuk menghasilkan "pukau" ini. Bahan khazanah bumi banyak memberikan kesan kepada hasil yang akan di perolehi dengan kesan yang tertentu.

"Pukau" adalah sesuatu yang sains moden masih menjadi tanda tanya. Mereka mungkin pakar dalam banyak bidang kebolehan untuk menentukan keberkesanan sesuatu tenaga atau bahan yang ada di muka bumi ini. Tetapi tidak semua "tenaga" atau "kuasa" yang ada di alam maya ini telah di takluki dengan penuh kefahaman. Ujian makmal yang mereka lakukan perlu memenuhi spesifikasi tertentu untuk iktiraf sesuatu ujian yang boleh di sebut sebagai "fakta" pada hypothesis kajian empirikal mereka. Kami tidak pernah menafikan kebolehan saintis saintis ini dan mereka memang layak di iktiraf sebagai mempunyai kebijaksaan. Namun tidak semua perkara yang mereka tahu. Mereka terikat dengan tata cara membuktikan sesuatu.

Kami pernah buka tajuk "Minyak Dagu" dan juga "Minyak Hidung" dn beri sedikit penjelasan tentang perkara itu. Deoxyribonucleic acid setiap manusia banyak yang perlu kita pelajari sebagai seorang yang mahu mengambil tahu tentang keajaiban ciptaan Tuhan Yang Esa. Dengan tajuk "pukau" ini, kami ingin panjangkan kajian kami tentang amalan mistik di satu ketika dahulu yang massih menjadi lagenda seperti "Orang Minyak" yang kebanyakan kita masih alpa tentang apakah makhluk yang hitam ini sebenar nya. Apakah konflik peribadi nya yang buat dia jadi begitu. Mungkin kebanyakan kita hanya cukup untuk mengetahui cerita ini dengan babak seram yang menghantui mangsa mangsa nya. Tetapi konflik sebenar di sebalik "Orang Minyak" ini tidak pernah di ambil peduli. (Baca cerita Orang Minyak ini bagi yang berumur lapan belas tahun keatas)

Soal "pukau" yang kita sedang bincangkan ini adalah mengenai jasad tubuh manusia yang di serang kehilangan "akal" fikiran pada ketika tertentu dan tujuan ia di hasilkan. Mengapa "akal" fikiran itu boleh hilang dalam setiap ketika? Ini lah soalan yang perlu kita selidik dahulu sebelum kita perlu tahu apakah "pukau" itu. Apa yang buat jasad tubuh manusia itu kehilangan daya keupayaan nya yang paling penting untuk wujud dalam realiti ini yang kita gelar "kesedaran" atau (consciousness) dalam bahasa Inggeris. Bukan kah setiap manusia akan hilang kesedaran nya semasa kita tidur? Ini lah formula yang di gunakan "pukau" untuk melumpuhkan jasad manusia.

Realiti kesedaran sangat penting kepada setiap manusia. "Akal" fikiran yang memberi tumpuan kepada realiti ini perlu di ambil tahu. Mengapa kita kadang kala "terlupa" sejenak? Apakah "kesedaran" kita ini mempunyai banyak hijab pelapis dimensi yang perlu kita beri tumpuan? Apabila kami yang buat kjian sains kerohanian ini untuk mengenal pasti pelapis dinding kerohanian ini, kami kadang kala di anggap kurang siuman untuk membongkar rahsia alam ini yang kita gunakan setiap hari untuk hidup di permukaan bumi ini.

Soal hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang kami sering jelaskan perlu di beri tumpuan. Sebab kedua "tenaga" akan kita gunakan setiap hari semasa kita hidup ini dan ini juga lah apa yang ingin agama kita cuba jelaskan. Bukan kah agama kita ini telah cuba untuk mempertahankan kesempurnaan kita supaya kita dapat berdiri teguh untuk lihat realiti ini dengan penuh kesedaran? Kesedaran kita telah banyak di salah ertikan. Kita selalu beranggapan bahawa apa yang kita "nampak" dan apa yang kita lihat sebenarnya adalah dua tenaga yang berbeza. Nampak tanpa tumpuan dan lihat tanpa pengetahuan juga berbeza.

"Pukau" ini boleh berlaku setiap ketika jika kesedaran kita itu "di alih" pada tumpuan yang tertentu di realiti yang nyata ini. "Pukau" yang lebih hebat adalah apabila jasad tubuh kita di tengelamkan seperti orang yang "tidur" dan jasad nya terlantar untuk di tawan dengan hilang kesedaran. "Kembara Tidur" ini akan kami ceritakan untuk pembaca kami dapat penjelasan. Sains kerohanian dalam urusan ini perlu selidik asas kehidupan kita di muka bumi ini dan apakah asas kesedaran kita itu. Cerita "Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak" yang kami jelaskan banyak memberi dorongan untuk kita berfikir. Di sinilah "pukau" itu boleh di lakukan dengan pecahan jiwa yang termaktub.

Tenaga kuasa "pukau" ini banyak ramuan nya. Apa yang berlaku apabila di "pukau" adalah kebutaan hawa "nafsu" itu di aktifkan dengan kegelapan tanpa pengetahuan. Ini lah tenaga hawa "nafsu" yang "buta" dan tidak nampak kebenaran yang nyata di hadapan nya. Kajian thesis sains kerohanain yang mengkaji jurusan ini banyak mengetahui tentang kelemahan dan kelebihan tenaga hawa "nafsu" ini. Yang nampak di alam nyata dengan mata kasar adalah tenaga lain yaitu tenaga ingatan "iman" yang "bisu" memandang suasana dengan kebingungan yang kosong. Kefahaman di alam nyata di salurkan tenaga fikiran "akal" yang "pekak" untuk mencari "ilmu" yang hakikat.

"Pukau" di aktifkan dengan memisahkan jiwa tenaga hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini di jarak yang tertentu. Jarak berpisah di antara kedua tenaga ini akan menjadikan "kesedaran" kita itu di hasilkan dengan saluran yang tertentu. Ini sama juga dengan semasa kita manusia itu tertidur di mana perpisahan di antara jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini berlaku. Bagaimana dua tenaga jiwa ini berpisah masih dalam kajian sains kerohanian yang sedang mencari kesan tindak balas yang menentukan "jarak" di antara mereka itu berlaku. Ini juga ada kaitan dengan kejadian bumi dengan langit dan bila ia di pisahkan.  

"Pukau hanyut" mempunyai atur cara yang di mutasikan dengan bahan kuasa tenaga alam yang semula jadi di atas bumi ini. Alam maya yang di payung kan langit dan permukaan bumi yang kita berpijak ini banyak yang boleh di aplikasikan dengan tenaga graviti tarikan bumi. Arus air laut yang berlaku dengan pasang surut nya di tentukan oleh bulan dan matahari yang berputar melalui lingkaran orbit nya. Putaran yang berlaku ini adalah di mana "masa" itu bergerak dan ini sama juga dengan "jangka hayat" yang ada di dalam jasad tubuh kita yang di katakan "nyawa" yang di salurkan tenaga hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang menjadi asas kehidupan kita.

Bila si buta tidak dapat melihat dan si bisu diam senyap sambil si pekak kebingungan menyepi, jasad tubuh akan hanyut di lamun tidur yang nyenyak terlena. Menutup pintu kesedaran boleh berlaku dengan acara tertentu. Jasad tubuh akan layu kepenatan apabila "api" hawa "nafsu" yang menyala di padamkan. Ingatan "iman" yang berjaga akan terlupa apabila sinaran resepsinya terputus hubungan. Jarak perpisahan di antara langit dan bumi di mana bulan yang menjadi satellit nya untuk gabungkan saluran di antara siang dengan malam. Kunci di mana letaknya rahsia ini patut di ketahui jika ingin mendalami kuasa nya.  

Ingatan kita (conscience) adalah ruang dimensi elektromagetik. Ini sama juga dengan frekuensi gelombang radio dengan saluran yang tertentu untuk dapatkan resepsi. Setiap resepsi memerlukan daya tarikan bumi atau "graviti' pada bumi atau jasad tubuh. Dalam jasad tubuh kita ada pemancar "satelit" yang buat pemantauan di ruang elektromagnetik. Ini yang kita selalu lakukan dengan "berfikir" di dalam otak akal fikiran kita. Apa yang cuba "akal" kita ini cari atau "tangkap", adalah pancaran cahaya yang keluar dari setiap kehidupan di sekeliling kita atau alam semesta.

Setiap manusia akan mengeluarkan "tenaga" dalaman dari jasad tubuh nya untuk di istiharkan kepada massa umum. Mungkin pada kebanyakan kita memerlukan "suara" dan "gambar" untuk mendapat "ilmu" pengetahuan yang berlaku di realiti, tetapi "tenaga" yang terpancar di ruang elektromagnetik ini ada gelong gelonbang dengan vibrasi nya yang tertentu untuk mencari resepsi kesedaran. Resepsi "kesedaran" ini atau (consciousness) berlaku dengan gabungan dua "tenaga" yang ada di dalam jasad tubuh manusia. Jika "tenaga" itu terpisah dari hubungan nya, kesedaran kita akan merusut atau susut nilai. Ini sama juga dengan istilah "tenaga" negatif dan positif.

Tenaga "negatif" dan "positif" ini sebenar nya adalah tenaga hawa "nafsu" dan ingatan "iman" kita. Ini lah punca segala motif kesedaran kita. Tenaga "harapan" atau (hope) adalah tenaga hawa "nafsu" yang buta dan gelap gelita. Tenaga "azam" atau (will) adalah tenaga ingatan "iman" yang bisu dan senyap kebingungan. Jika kedua tenaga ini bercatum atau bergabung dengan satu ikatan persefahaman, ia kan menjadi "niat" untuk gerakan jasad tubuh dengan tenaga "buat" atau (act) yang di pandu "akal" yang pekak.  

Edit 12.8.13

Perlu kita tahu bahawa "akal" kita tidak selalu nya menetap di dalam kesedaran kita. "Akal" ini sama seperti "rama rama" yang berpindah randah. Untuk "tambat" fikiran "akal" ini sehingga ia duduk memberi tumpuan memerlukan asas "ilmu" yang di pacu "niat" di dalam jiwa kita di mana "hati" itu adalah kamar perasaan yang di huni hawa "nafsu" dan ingatan "iman" untuk bersembang. Untuk jelaskan lebih dekat lagi kami perlu katakan tentang "naluri" dan "nurani" di dalam kalbu kita. "Naluri" adalah hak kepunyaan hawa "nafsu" dan "nurani" adalah hak kepunyaan ingatan "iman" di mana kedua tenaga ini menghulurkan perasaan di dalam "hati" kita.

Untuk menilik lebih dalam lagi, kami perlu selidik tenaga "naluri" ini yang bertindak secara spontan semula jadi kejadian nya. Ini lah "ilmu" asas setiap kehidupan yang tidak perlukan "niat" untuk melakukan sesuatu. Bagaimanapun, "nurani" ini pula adalah bahasa "hati" yang tidak pernah berbohong dan bertindak dengan "niat" di mana "akal" wajib memberi perhatian. Tenaga "naluri" tidak pernah memahami keadaan realiti nya dan tenaga "nurani" yang memberi tumpuan tentang hakikat kebenaran. Tenaga "naluri" inilah yang selalu nya di pikat kuasa "pukau" dimana hawa "nafsu" yang buta tidak akan memahami keadaan realiti nya.

Edit 28.5.14

Apakah kita pernah berbohong di dalam seumur hidup kita dahulu. Apakah kita pernah menyembunyikan fakta realiti untuk mengelabui pengetahuan umum. Jika kita pernah berbuat begitu, maka sumpahan "pukau" ini akan berkesan terhadap diri kita jika ia di laksanakan. Imbasan "pukau" sebenarnya mencari kesan yang ada pada diri kita sendiri. Jika hakikat kebenaran itu pernah kita nafikan dengan kepalsuan yang di sengajakan, kita akan lebih senang menjadi mangsa "pukau" ini untuk lenyapkan kesedaran hakikat yang pernah kita lupuskan. "Akal" fikiran kita sepatut nya selalu menjunjung realiti kebenaran dan tidak berpihak kepada yang palsu dan tiruan. Apabila kita pernah menjadi seorang yang hipokrit dan cuba menunjukan sesuatu yang bukan sebenar nya, maka kita sebenarnya telah "pukau" diri kita sendiri untuk beredar di alam kepalsuan. 

Memukau diri sendiri pernah di lakukan oleh daya usaha kita sendiri. Apabila "jiwa" kita sendiri pernah kita "pasong" dengan akidah yang mungkar, maka tidak hairan jika "jiwa" kita itu sendiri yang ingin "memukau" kesedaran kita supaya "terlupa" seketika walaupun sesaat dua. Menjaga martabat kekuatan bathin bukan sesuatu yang boleh kita terapkan dengan mudah tanpa perlu perisian yang mantap. Jika di alam realiti, kita tidak pernah berjasa untuk kuat kuasakan kebenaran, bagaimana mungkin kita inginkan kesedaran kita itu tetap fokus dan berwawasan. Diri kita ini menjadi "saksi" yang tidak boleh kita nafikan. Pernah kah kita merasa "banga" dengan dosa yang kita lakukan???? Atau terasa bersalah melakukan sesuatu yang mungkar??? Pernahkah kita memerintah kerajaan "jiwa" kita supaya sentiasa berada di dalam kesucian yang tulin. 

Jika kita ingin memiliki "takhta" mahligai yang cukup sempurna untuk melihat realiti ini dari sudut hakikat kebenaran, maka kita perlu asuh "jiwa" sendiri agar sentiasa berada di landasan yang benar. Sebab segala tipu muslihat yang berlaku di alam realiti ini akan dekat menghampiri untuk menduga tahap kecerdasan kita. Namun sesaat dua yang kita terlepas pandang itu mungkin akan mendatangkan kerugian yang amat besar dalam sekelip mata. Tetapi jika kita telah melatih "jiwa" kita itu untuk sentiasa berada di landasan yang benar, maka segala tipu muslihat itu akan terhindar dengan keteguhan "jiwa" kita yang sentiasa waspada.   

Edit 22.5.16

Setiap dari kita bermula dari "kesedaran" yang kosong. Walaupun kita celik berjaga, tetapi kesedaran itu masih belum mempunyai perisian "ingatan" yang di miliki jiwa kepercayaan "iman" itu. "Ingatan" ini adalah perisian "ilmu" yang kita miliki seperti "data" di dalam perisian komputer. "Ingatan" hanya menyimpam memori "ilmu" itu. Tetapi kesedaran kita yang kosong itu akan bertindak mengisi "data" nya apabila jiwa hawa "nafsu" yang buta ini mula berfungsi untuk dapatkan "perasaan" nya. Jadi di antara "perasaan" dan "ingatan" itu adalah "kesedaran" kita yang berisi dengan memori semasa atau yang silam. Kekuatan "ingatan" ini mempunyai "jarak" nya. Kita boleh kerah "ingatan" kita untuk mundur kebelakang di masa silam atau maju ke hadapan di masa depan. Kita boleh teroka alam silam dan juga alam masa depan dengan kekuatan "ilmu" yang kita miliki. "Kembara" jiwa ini memerlukan "latihan" yang intensif. Jika kita selalu berlatih untuk mengingati Tuhan yang mempunyai "arasyi" yang paling tinggi, jiwa kita akan mempunyai "lampu suluh" yang kuat tenaga bateri nya. Tetapi malang nya jiwa hawa "nafsu" kita ini terikat dengan "graviti" tarikan bumi di mana jiwa ini akan selalu tertumpu kepada keduniaan dan jasad tubuh nya. Ini kelemahan kita kerana gagal memberi tumpuan atau khusyuk ketika sembahyang menghadap Tuhan.

Hawa "nafsu" yang buta ini yang selalu mengalihkan tumpuan kita dalam kegelapan nya. Jika jiwa ingatan "iman" kita kurang upaya untuk memberi "cahaya" itu untuk melihat hakikat kebenaran dan juga realiti di sekeliling kita, maka kita akan berada di dalam kesedaran yang kosong. Bagaimana kita boleh pastikan jiwa hawa "nafsu" ini dapat di tambat dengan sauh yang kuat.? Jika ingatan kita tidak mahu berpaut pada kewujudan Tuhan yang tidak pernah lupa atau lalai, jiwa kita akan hanyut seperti kupu2 yang berterbangan. Tetapi "pukau" yang menyeru kepada kehadiran makhluk jin dan syaitan boleh lumpuhkan kesedaran kita. Sebab makhluk jin dan syaitan ini bernafas dengan gas nitrogen yang boleh hilangkan daya ingatan kita. Ini sama dengan ubat bius yang di gunakan di bilik pembedahan.

Di dalam kajian sains kerohanian ini, kami ternampak dua frekuensi yang berbeza. Alam "jabalut" dan "malakut" ini mempunyai getaran gelombang yang berbeza. Semua kuasa dan tenaga ini akan berurusan dengan "jiwa" setiap "jasad" tubuh itu dengan tujuan yang tertentu. Di antara "jiwa" perasaan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini mempunyai "nafkah" mereka yang berbeza dari "sumber" alam "jabalut" dan "malakut" itu. Terpulang kepada pilihan setiap "insan" itu untuk mengambil "sekutu" yang mana demi kepercayaan nya. Walaupun "jin dan syaitan" di alam "jabalut" sanggup berkhidmat kepada manusia dengan perjanjian yang tertentu, namun alam "malakut" juga tidak terbatas untuk berkhidmat kepada manusia. Itulah mengapa hidup ini sudah di bahagi kepada dua bahagian di antara buruk dan baik, dosa dan pahala, sijjin dan illiyin dan syurga atau neraka. Setiap perkampungan ini mempunyai atur cara nya yang berbeza dengan peraturan terma dan syarat. Jika kita ingin kenal alam "jabalut", kita perlu menuntut dengan Nabi Sulaiman dari golongan bangsa yang ingkar kepada Rasulullah dan jika kita ingin kenal alam "malakut" kita perlu menuntut dengan Nabi Muhammad. 

Sebab di antara "jisim" dan "jirim" ini mempunyai pertalian yang sangat halus. "Jasad" mempunyai empat anasir "air, api, angin dan tanah" begitu juga alam kerohanian yang halus itu. Dua alam ini akan berkhidmat kepada jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" kita. Setiap "jiwa" akan di beri pilihan itu untuk mencari sumber "rezeki" untuk "nafkah" nya. Perlu di ingat!!! Setiap alam ini masih terikat dengan urusan "beribadat" kepada Allah swt. secara menyeluruh dengan kuasa mutlak Nya. "Jin dan manusia" ini "beribadat" dengan "agama" masing2 dan hanya di kalangan mereka yang menganut agama Rasulullah sahaja yang mendapat "selawat" itu dari para malaikat. Selain dari mereka yang mengambil "Iblis" sebagai sekutu nya, "beribadat" kepada Tuhan untuk melakukan kemungkaran dan kemusnahan. Maka "pukau" ini mempunyai frekuensi nya yang berbeza. "Hilang ingatan" mempunyai aras yang berbeza. "Separuh sedar" dan "lupa diri" adalah jarak di ketika "ingatan" itu hanyut dari berpijak di bumi nyata atau realiti ini. Apa yang kita lihat dan nampak di realiti ini adalah kekuatan "graviti" tarikan bumi oleh "perasaan" hawa "nafsu" dari "tanah" yang ada pada "jasad" tubuh nya. Putus hubungan di antara perasaan  hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini adalah "kekosongan" itu.

Penglihatan mata kasar kita adalah ilusi elektromagnetik spektrum. Imbasan "cahaya" di ruang udara ini mempunyai kekisi "cahaya beku" di mana "jirim" dan "jisim" itu bertemu. Data memori di ingatan mempunyai "acuan" yang sudah di cetak dan jika bentuk rupa itu tidak ada dalam "acuan" percetakan itu, kita akan merasa janggal. Jadi "ingatan" ini hanya satu perisian yang sudah di cetak di dalam memori itu dan "perasaan" kita hanya terima apa saja yang sudah di sajikan di situ. Manusia akan bertindak dengan apa saja "informasi maklumat yang di terima akal fikiran nya untuk di jadikan "kepercayaan" dan "keyakinan" itu. "Input" ini memerlukan bahan "berat muatan" yang boleh memberikan "harapan" kepada "perasaan" hawa "nafsu" nya untuk mempengaruhi "ingatan" nya sehingga menjadi "iman" yang di percayai untuk di yakinkan. Proses "synapses" ini berlaku di antara peredaran darah dan oksigen di antara "otak" dan "hati" di mana "perasaan" dan "ingatan" itu membuat keputusan untuk jadikan satu hijab kabul yang di katakan "niat" itu sebelum tubuh badan itu bergerak melakukan sesuatu. 

Isnin, 15 April 2013

Tongkeng

Tulang tongkeng yang di namakan "coccyx" pada istilah sains adalah tulang yang tidak akan di makan oleh bumi. Ini lah asas DNA yang akan menghidupkan kembali setiap manusia di hari kebangkitan nanti. Jika di amati, tulang tongkeng ini adalah garis pertengahan tengkorak manusia yang di gunakan untuk mengimbangi tubuh manusia. Tulang tongkeng ini mempunyai kaitan dengan   graviti tarikan bumi yang di asaskan hawa "nafsu" untuk mengimbangi jasad tubuh agar dapat berdiri teguh di atas bumi.

Tulang tongkeng ini mempunyai kaitan dengan "pusat" kita di jasad tubuh. Sebab hawa "nafsu" ini duduk di bahagian bawah perut dan tulang tongkeng ini adalah asas DNA nya di mana "pusat" di jasad tubuh adalah saluran sumber tenaga jiwa nya. Graviti tarikan bumi yang menjadi asas hawa "nafsu" di tanah jasad tubuh, mempunyai peranan penting untuk kesejahteraan bahtera tubuh di mana "pusat" menjadi pintu saluran jiwa nya. "Pusat" ini lah pada mula nya pintu sumber setiap bayi yang lahir kebumi mendapatkan asas keperluan semasa di dalam perut ibu nya. Ini lah pintu di mana jasad tubuh itu di bentuk dengan DNA yang ada pada uri nya.

Pernah di pertikaikan soalan yang sangat kontroversi apabila ada yang bertanya adakah Nabi Adam a.s. di jadikan dengan jasad tubuh yang mempunyai "pusat" seperti semua manusia yang hidup di dunia ini. Soalan ini tidak akan terjawab tanpa ilmu yang cukup untuk memahami kejadian manusia. Seperti apa yang kita maklum bahawa Siti Hawa di jadikan dari pada tulung rusuk kiri Nabi Adam semasa dia berada di dalam shurga. Tulang rusuk ini masih menjadi pertelingkahan pendapat di kalangan bijak pandai yang mengkaji soalan ini.

Dalam kajian kerohanian dimana setiap perempuan mempunyai tahap hawa "nafsu" yang lebih tinggi dari setiap lelaki. Keistimewaan setiap wanita yang telah di beri darjat kebesaran Tuhan untuk membiak dan menjadi mahligai "nyawa" yang akan di restui. Hawa "nafsu" adalah asas segala keperluan kepada semua yang hidup di atas bumi ini. Tanpa hawa "nafsu", kehidupan tidak akan terjadi dengan terbentuk nya jasad tubuh yang datang daripada tanah di bumi ini. Ini lah mengapa tanah di bumi ini di jadikan asas kejadian Nabi Adam a.s. yang begitu tinggi darjat nya di sisi Tuhan.

Jasad tubuh yang telah terbentuk akan mereput setelah tamat tempoh "jangka hayat" nya. Tulang tongkeng akan menjadi asas "identiti" pada jasad tubuh dengan DNA nya. Namun, bahtera tubuh jasad manusia akan mempunyai kembar jiwa nya yang perlu di praktik dengan istila "matter" dan "anti matter" pada setiap partikel yang wujud di realiti ini. Jiwa "identiti" ini yang menimbulkan banyak persoalan apabila "iman" masih menjadi asas setiap kepercayaan yang membentuk tingkah laku perangai manusia itu. Jadi jasad tubuh hawa "nafsu" yang di pamirkan dengan "matter" perlu mempunyai "anti matter" yang di sembunyikan dengan ingatan "iman" jiwa rohani nya. Identiti ini masih tersembunyi di setiap jasad tubuh yang kita pamirkan di khalayak ramai.

Urusan tenaga hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini telah kita gunakan setiap hari semasa kita hidup di muka bumi ini. Ini lah dosa dan pahala dan juga shurga dan neraka. Pilihan yang kita buat dan peluang yang kita cari perlu mengunakan hawa "nafsu" dan juga ingatan "iman" yang menentu arah tujuan di mana "niat" itu menjadi asas konsensus yang terbentuk di antara kedua tenaga ini.  Kajian sains kerohanian dalam urusan ini menyelubungi keluasan ilmu yang sangat halus untuk di kupas dengan penuh terperinci. Keinsafan dan kekaguman akan muncul apabila kita ternampak bukti keagungan Tuhan yang menjadikan manusia itu dengan penuh keistemewaan.

Edit 24.12.13

Kejadian jasad tubuh manusia bukan sesuatu yang tidak perlu di ambil peduli. Semasa Nabi Adam kesunyian bersendirian di dalam shurga, Iblis telah beberapa kali datang menyusup untuk mengoda Nabi Adam tetapi gagal. Sebab Nabi Adam mempunyai ingatan "iman" yang sangat kukuh sebagai asas "jiwa" nya yang berpaut teguh di dalam "otak" dewan fikiran Nabi Adam. Kesunyian Nabi Adam untuk berkongsi kenikmatan shurga telah di perkenankan Tuhan. Siti Hawa telah di jadikan dari "rusuk kiri" Nabi Adam. "Rusuk Kiri" ini sebenarnya adalah "hati" di mana "perasaan" itu akan di luahkan. "Hati" ini lah di mana "hawa nafsu" itu akan terkumpul dengan "perasaan" dan keinginan nya. "Hawa nafsu" inilah punca nya Iblis berjaya runtuhkan martabat mereka sehingga terhina dengan keaiban. Walaupun Nabi Adam mempunyai "ingatan iman" yang kukuh tetapi keinginan dan desakan "hawa nafsu" Siti Hawa telah mengugat keharmonian mereka sehingga tersingkir dari shurga.

"Hati" adalah di mana "perasaan" hawa nafsu itu akan menjerit dengan keinginan dan "otak" adalah di mana "iman" itu akan berfikir dengan "ingatan" nya. Setiap jasad tubuh manusia akan mempunyai dua fungsi utama ini di mana "hawa nafsu" dan "ingtan iman" akan berkongsi setiap langkah kelakuan manusia. Nabi Adam dan Siti Hawa masih wujud di dalam jasad tubuh kita dan mereka sentiasa berkongsi hidup pada jasad tubuh kita. Inilah "qarin" yang perlu kita kenal di mana jiwa "hawa nafsu" dan jiwa "ingatan iman" menjadi punca segala kelakuan untuk jadikan "IDENTITI" diri kita. 

"Perasaan" hawa "nafsu" adalah tenaga kimia yang di perlukan jasad tubuh. Inilah di mana deoxyribonucleic acid kita akan terbentuk. Kuasa hawa "nafsu" ini tertakluk kepada daya tarikan "gravti" di mana tanah itu berpaut pada bumi. Itu lah di mana tulang "tongkeng" di jasad tubuh adalah asas DNA setiap tubuh manusia. Allah swt adalah Tuhan yang Maha Bijaksana. Apakah tujuan nya di jadikan DNA ini untuk setiap jasad yang hidup ini. Ini lah baka keturunan yang tidak pernah terpadam. Baka "nasab" kita dari segala benih baka datuk nenek moyang kita masih tersimpan dengan begitu terperinci sekali. Kita adalah "UMAT MUHAMMAD" dan baka Nabi masih ada di dalam darah daging kita yang bermula dari Nabi Adam dan Siti Hawa.

Apakah menghidupkan orang yang telah mati satu perkara yang mustahil?????? Apakah jasad yang telah mati tidak boleh lagi di jadikan rujukan????? "Identiti" mereka tidak pernah terpadam dan tenaga mereka masih boleh di hubungi jika kita tahu atur cara nya. Tenaga "jiwa" mereka tidak pernah terhapus dan tidak boleh di musnahkan setelah jasad mereka "mati" dengan tamat tempoh. "Mati" ibarat tidur yang panjang semasa menunggu "Hari Kebangkitan" untuk bangun semula. Kita telah lalui detik ini setiap hari semasa kita tidur dan urusan "Kembara Tidur" ini masih menjadi satu misteri yang perlu di kaji selidik. Urusan setiap manusia kepada Tuhan nya tidak pernah terputus dan berlanjutan walaupun jasad itu hidup atau mati. Urusan "jangka hayat" ini bukan mengikut ukuran usia di kala hidup dan setelah mati hatta ia tidak pernah terputus walau sesaat pun. 

Hanya "kesedaran" yang memberi kita "ingatan" dan "perasaan" untuk merasai "NIKMAT" bersama dengan Tuhan Semesta Alam. Tanpa "Tuhan" kita tidak akan wujud walau sesaat pun. Tanpa "Rasullulah" Nabi Muhammad, kita tidak akan dapat menikmati kesedaran ini. "Akal" yang kita miliki adalah kepunyaan "Rasullulah" yang memberi kita setiap "informasi" maklumat. Siapakah yang menyalurkan informasi maklumat itu jika tidak para malaikat yang di tugaskan. Bukan kah kita selalu "lupa" dan "ingat" untuk melayari kesedaran kita. Bukan kah kita berhubungan dengan Tuhan dengan "ingatan" kita. Tanpa "ingatan" itu dimana kita???? Kita hanya ada bersama hawa "nafsu" yang "buta" di dalam kegelapan dan memerlukan ingatan "iman" yang "bisu" untuk melihat kenikmatan dengan "akal" yang "pekak" dan tuli. Bukan kah Nabi Muhammad itu tidak tahu menulis dan membaca???? Siapakah Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak ini?? Dimanakah "IDENTITI" diri kita yang kita agung agungkan selalu.

Di mana Nabi Adam, Siti Hawa dan Nabi Muhammad? Kita telah duduk bersama "JEMAAH" ini dan menjadi "UMAT" mereka tetapi tidak pernah mahu mengiktiraf kewujudan mereka. Kita leka dengan "identiti" yang konon nya milik kita. "Wajah" yang kita miliki hanya satu hiasan yang berubah bentuk rupa apabila di telan masa. Bukti dan Fakta itu tidak boleh di guna pakai untuk membuat mengesahan. Yang ada hanya deoxyribonucleic acid hawa "nafsu" pada jasad tubuh dan "ingatan" kesedaran kita yang kian pupus. Hanya "ilmu" sahaja yang kita "MILIKI" untuk menuntut "identiti" itu. Tanpa "ingatan iman" kita tidak wujud di setiap saat itu. Jadi siapakah yang menyimpan "ILMU" itu yang kita sangat berpaut pada memori "ingatan iman" kita. 

Sepanjang perjalan hidup kita ini kita hanya mempunyai "ILMU" yang di miliki. Tanpa mememori "ILMU" ini, kita tidak akan wujud. "ILMU" itu lah "identiti" diri kita dan di miliki "ingatan iman" sebagai "jiwa" yang tidak tertakluk kepada tenaga tarikan "graviti" pada jasad tubuh kita. Jasad tubuh kita hanya di miliki oleh hawa "nafsu" dengan deoxyribonucleic acid nya. Memori kesedaran kita di miliki oleh "ingatan iman" sebagai "identiti" diri kita. "Hati di mana "perasaan" itu selalu bergayut akan lenyap dalam seketika. Tetapi "Otak" di mana "ingatan iman" itu berlegar akan tetap menjadi memori untuk di jadikan kenangan. Mungkin kita akan "lupa" untuk seketika tetapi "ingatan" itu akan selalu datang menjengok untuk mengusik jiwa "perasaan" kita. "Ingatan" dan "perasaan" akan selalu bersama walaupun terpisah untuk seketika. Bukan kah mereka sepasang "kekasih" yang sepatut nya selalu bersama? Tetapi mereka terpaksa berpisah untuk seketika dan berjumpa kembali untuk salam muhibah. Jiwa "hawa nafsu" dan jiwa "ingatan iman" memerlukan syafa'at Rasulullah untuk kekal bersama. Tanpa "akal" dan "ilmu", "hawa nafsu" dan "ingatan iman" akan terpisah dengan kesunyian menangung rindu. Mereka perlu di "hijab kabul" kan agar selalu dapat bersama. Kemesraan mereka bersama sangat di perlukan jasad tubuh kita.

Apa guna nya "perasaan" jika tidak ada "ingatan"????? Apa gunanya "ingatan" jika tidak ada "perasaan"??? Inilah apa yang di lihat AL KHALIK apabila hamba Nya datang mengadap. Kadang kala mereka tidak "BERJEMAAH" bersama sebagai satu "ENTITI" yang sempurna. Apa yang UMAT kita sekarang selalu cuba terapkan di setiap masuk "waktu" agar "berjemaah" dengan "imam" di setiap shalat. Tetapi apakah mereka  itu benar benar "BERJEMAAH"??? Mungkin cukup syarat di alam kenyataan ini untuk di iktiraf para "ulama" sebagai satu "sunnah" yang di galakan. Tetapi "JEMAAH" yang sepatut nya selalu nya ada, tidak hadir di dalam sembahyang. "Ingatan" dan "perasaan" tidak pernah di serahkan kepada Tuhan yang BERHAK menerima segala pujian. Mereka lebih cenderung mengutip "pujian" dari masyarakat sekeliling. Sunnah Rasulullah hanya satu perhiasan untuk mendapat pengitirafan manusia yang melihat tetapi bukan Tuhan yang "MENYAKSIKAN".  Allahu Akhbar yang di sebutkan hanya satu bunyian yang di laungkan. Tersuratkah "perasaan" dengan "ingatan" betapa "besar" nya Tuhan Maha Awali ini. Tidak ada seorang manusia pun boleh merasa "KEWUJUDAN" Allah swt tanpa ada nya Rasulullah di sisi nya. Kerana hanya Rasulullah sahaja yang dapat merasakan kewujudan itu sebab Nabi Besar kita pernah naik mengadap Tuhan Semesta Alam semasa Israq Miqraj. Tidak kah kita ingin merasai bagaimana Rasulullah merasa di setiap kali dia bersembahyang?????? Apakah tidak ada seorang manusia pun selain Rasulullah boleh merasai NIKMAT itu?????? Tidak ada yang mustahil jika ajaran Rasulullah yang sebenar nya di guna pakai. Apakah cukup sekadar menjadi Umat dan bukan KEKASIH Nya???

Mencintai Rasulullah bukan dengan berjangut dan bersarban!!!!!!!! Itu menyamar untuk di puja masyarakat!!! Mengenal Rasulullah bukan sekadar hadith dan sunnah nya. Rasulullah masih wujud di merata tempat dengan "sifat" keagungan nya. Carilah Rasulullah di mana saja kita pergi. Jika kita berjumpa dengan orang yang JUJUR!!! Itu lah Rasulullah yang kita jumpa di sebalik jasad tubuh itu. Bukan kah kita berharap untuk berjumpa Rasulullah di mana saja kita pergi???? Tanpa Rasullulah tidak ada satu manusia pun yang dapat mengenal Allah swt. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana untuk menyembah Tuhan Maha Pencipta jika tanpa Rasulullah. Hanya sesiapa yang mempunyai "sifat" Rasullulah sahaja yang akan di cintai Allah swt sebagai KEKASIH Nya.

Tulang tongkeng yang kita gunakan untuk duduk perlu memacak bumi. Itu arah di mana perut bumi di petala yang ketujuh menyimpan segala khazanah "sijjin" yang di miliki hawa "nafsu" dengan kuasa tarikan "graviti" nya. Deoxyribonucleic acid ini akan di simpan bumi sebagai tugas rasmi nya. Jasad yang "tidur" sebentar perlu mengiring di atas rusuk kanan untuk dapatkan pernafasan yang sempurna semasa beradu. "Hati" di mana "perasaan" itu tertumpu di rusuk kiri perlu di anjak turun ke kanan agar berada di arah qiblat nasuhah. Kembara yang akan di lalui "ingatan iman" semasa kita tidur perlu di usung keluar ke arah pintu shurga. Semoga Rasulullah menunggu kedatangan kita di saat yang misteri itu. 

Edit 2.1.15

Tulang tongkeng atau lebih tepat lagi jika kita sebut tulang "sulbi" ini mempunyai sejarah yang sangat luas untuk di terjemahkan. Kajian sains kerohanian kami terpaksa kaitkan tulang "sulbi" ini dengan serpihan besi "qursani" yang di kumpul setiap zarah "partikel" untuk di jadikan jasad tubuh. Sebab apa juga yang terkumpul untuk di jadikan "bentuk" memerlukan "berat muatan" yang di tarik "graviti" tarikan "bumi" yang kami terjemahkan sebagai "hawa nafsu" itu. Tetapi asas setiap kejadian perlu kita rujuk pada titisan "air" di mana setiap kehidupan itu bermula. Dan ini perlu kami kaitkan pula dengan hembusan "nafas" yang datang dari udara "angin" yang bertiup. Jadi peranan empat ansir alam yang di katakan "air, api, angin dan tanah" ini perlu kita tahu asal usul nya dan bagaimana ia terkumpul untuk jadikan jasad tubuh kita ini. 

Ini akan merujuk kepada baka "nasab" keturunan kita sehingga ketulang "sulbi" Rasulullah. Setiap yang hidup akan mempunyai "kesedaran" dan ini akan memerlukan pancaran elektromagnetik yang menyelubungi ruang udara atmosphera kita. Di mana juga kita bertapak di atas muka "bumi" ini, "ruang" di sekeliling kita itu akan mempengaruhi "perangai" budi pekerti kelakuan kita. "Nafas" yang kita hidu di persekitaran kita mengandungi "berat muatan" yang kita ambil untuk di hantar ke dalam "hati" dan naik ke "otak" untuk di jadikan "perasaan" dan "ingatan" yang kita semai. 40 hari adalah jarak masa yang boleh terap "watak" itu untuk di jadikan "tabiat" sebagai "akhlak" kelakuan. Sebab suasana di persekelilingan kita adalah "pendedahan" yang boleh mempengaruhi "perasaan" dan "ingatan" kita. Itu adalah "pilihan" yang kita buat untuk berada di dalam suasana itu dan menyesuaikan diri di perksekelilingan itu. 

Apabila kita duduk di dalam "ruang" kemungkaran, haba "nafas" yang di hembus di persekitaran yang penuh dengan "najis" itu akan melekat di dinding "hati" untuk menutup "hijab" kebenaran. Dosa itu akan menjadi satu "tabiat" untuk di jadikan kebanggaan. Tetapi apabila kita duduk di dalam suasana yang penuh dengan "keimanan", cahaya "nur" yang terpancar akan menyinari "kalbu" seperti cermin yang terpancar. Kilauan sinar "kesedaran" akan di hujani "ilmu" untuk mencari "hakikat" kebenaran. Kegembiraan "hati" itu sangat perlu di kaji selidik. Jangan sampai kita terhibur dengan kemungkaran dan terasa benci dengan kebenaran. Menjadi "penyokong" atau "penentang" adalah "pilihan" yang kita buat dengan "niat" yang di tempah. Kita yang bersetuju untuk jadi sekutu kepada suasana keadaan di persekitaran kita.        
   
"Amal makruf nahi mungkar" sepatut nya menjadi "nafas" yang kita hidu di setiap berkala. Inilah "nafas" yang akan di periksa setiap "makhluk" yang kita temui. Inilah "legal tender" atau "hijab kabul" yang kita buat sebagai "tempahan" dengan "jangka hayat" kita. Inilah "pilihan" yang kita buat untuk mencari "peluang" yang di sediakan di "ruang" alam persekitaran kita. Ketahuilah bahawa "niat" itu adalah "lepas bebas" (free will) yang di beri untuk kita mencorak "identiti" diri kita di antara yang "nyata" dengan yang "ghaib" pada kembar "qarin" kita itu. Apabila kita bentuk yang "baik" di alam kenyataan ini, maka yang "jahat" akan terbentuk di alam "ghaib" itu. Inilah "sijjin dan illiyin" itu yang akan tunjukkan perbezaan di antara sepasangan kembar itu. Bukan kah Allah swt itu Maha Bijaksana???? Tidak ada satu "jiwa" pun yang boleh pertikaikan "KEADILAN" Nya di hari kebangkitan nanti.

Allah swt menguji kita bukan kerana Dia tidak tahu apa kesudahan nya. Tetapi ujian itu adalah untuk kita buktikan "Keikhlasan" itu kepada Allah swt pada setiap amal perbuatan kita yang di daftar dengan "niat" itu.  Sebenarnya "kudrat dan iradat" itu kepunyaan Allah swt. yang kita gunakan untuk melakukan apa saja. Boleh kah kita mengaku dengan kebanggaan atau nafikan dengan keingkaran semua perbuatan kita itu. Itulah mengapa "Bismillah" itu sangat besar martabat nya untuk jadikan Rasulullah sebagai "saksi" nya. Sebab ayat yang kita sebut dengan bahasa Arab ini adalah bahasa lidah Rasulullah yang menyebut khalimah itu. Hanya Rasulullah sahaja yang boleh bertemu Allah swt untuk sampaikan "ibadah" itu. Allah swt tidak perlukan segala bahasa yang ada di dunia ini kerana semua bahasa apa pun juga akan di terjemahkan dengan "perasaan" dan "ingatan" kita. Jadi "perasaan" dan "ingatan" itu adalah bahasa yang tanpa "huruf dan suara" yang akan di terima Allah swt. Bukan sebutan ayat yang berbunyi itu yang tunjukkan maksud perkataan. Bukan kah Allah swt itu Maha Bijaksana???? Allah swt boleh menilai "keikhlasan" kita dengan penuh terperinci. 

Edit 9.9.15

Apabila Rasulullah menjadi "utusan" dengan tidak tahu "membaca dan menulis", Allah swt ingin membuktikan kepada seluruh umat manusia bahawa, "ilmu" itu sebenar nya tidak "berhuruf dan bersuara" yang perlu di jadikan perhiasan dengan "bacaan dan tulisan". Rasulullah di kirim membawa "ilmu" dengan "akhlak" nya yang amat mulia dan murni. Al Quran yang di "wahyu" kan adalah untuk "jiwa" ingatan "iman" Rasulullah menerima dan menyampaikan sebagai "utusan" yang di kirim. Jiwa hawa "nafsu" Rasulullah sudah di cuci bersih sehingga "maksum" atau di Islamkan. Menghafal Al Quran adalah sebahagian dari "akhlak" Rasulullah dan dia "membaca" dengan daya "ingatan" dari tenaga jiwa "iman" nya yang tidak pernah terlupa. Hafal Al Quran adalah apa yang di perintah Rasulullah supaya kita dapat membaca untuk sempurnakan "akhlak" kita yang dhaif ini.

Membaca perlu menghayati dengan "perasaan" dan "ingatan" pada setiap kefahaman pada ayat ayat itu. Bukan sebut sahaja dengan cukup "mahraj" nya tetapi tidak sedikitpun mengerti akan maksud nya. Inilah menyakit yang sangat menjangkit di kalangan kita yang ligat mengejar "bunyi" tapu bukan maksud untuk menhayati dengan "perasaan" dan "ingatan" jiwa kita. Itulah mengapa Al Quran itu tidak memberi "kesan" pada setiap "penganut" nya sehingga "akhlak" tidak pernah sempurna. Contoh ini sudah di tunjukkan Allah dan Rasul kepada kita. Kita sibuk mengejar "pujian" manusia dari mendapat "keredaan" Allah swt dan Rasul nya.

Jika kita baca walau sepotong "ayat" dari Al Quran itu dengan penuh "perasaan" dan "ingatan" kita untuk di sampaikan kepada Allah swt sebagai "ayat" utusan nya, sudah pasti Allah swt akan memandang kita dengan penuh berminat dan sukacita. Tetapi jika baca untuk bunyikan "suara" tanpa sedikitpun mengharap di pandang Allah swt, maka "manusia" di sekeliling kita akan menjamu kita dengan "pujian" sebagai imbuhan. Bagaimana Rasulullah yang tidak tahu membaca dan menulis boleh memperolehi "ilmu" yang begitu tinggi perlu kita contohi dan tahu rahsia nya. Sebab Allah swt Tuhan yang selalu mendidik dan membimbing setiap "hamba" nya yang ingin menjadi seorang "insan" yang suci dan murni. 

Edit 11.2.16

"Taufik dan hidayah" adalah pemberian Allah swt kepada sesiapa saja yang di "PILIH". Itu "hak" Allah swt untuk beri "petunjuk" kepada sesiapa yang di ingini. Kita patut bersyukur kerana kita "pandai" dan tidak bodoh seperti dulu. Jadi jangan lah berlagak pula! Sifat semula jadi kita iaitu "dhaif, hina, lemah dan fakir perlu kita iktiraf sebagai "hamba" Nya. Semua yang kita perolehi ini adalah pemberian Allah swt. Jadi amat benarlah jika mengapa kita perlu menyembah nya setiap berkala. Sebab di antara "dosa" dan "pahala" itu ada "wajah" yang akan terbentuk dari "sulbi" atau "taraib" setiap "jasad" tubuh yang ada "aurat" dan "hijab" itu. Cuba lah kita perhatikan "jasad" tubuh kita itu.

"Aurat" ini yang di katakan "jasad" itu adalah "hijab" yang di katakan "taqwa" itu. Jadi di mana kah "wajah" itu yang membuka "aurat" dan yang menutup "hijab" nya. Apakah "dosa" itu satu "tulisan" yang berhuruf dan bersuara atau "wajah" yang berbentuk rupa??? Rahsia tulang "sulbi" dan "taraib" ini belum pernah di "baca" di dalam "kalam" itu. Kita tidak sedar bahawa ada "semangat" yang di katakan "qarin" itu. Bukan kah "jin dan manusia" itu di jadikan untuk beribadat kepada Allah swt.??? 
Apakah "ibadat" itu hanya berbakti dengan kesedaran yang "ikhlas"  atau ada juga dengan tujuan yang lain. Jadi "pahala" itu masih jauh untuk kita lihat apa ganjaran nya jika bangsa "jin" ini juga beribdat untuk dapatkan ganjaran nya. Bangsa "jin" ini yang ingkar akan di bakar menjadi kayu api di neraka tetapi yang beriman mungkin akan di jadikan malaikat untuk di naik taraf martabat nya.

Kajian sains kerohanian ini perlu teliti semua penjuru alam yang amat luas. Tanpa "taufik dan hidayah" Allah swt kita tidak mampu untuk memikul "berat muatan" yang ada dalam "ilmu" itu. Urusan untuk beri "kefahaman" sentiasa berada di tangan Allah swt. Perkataan "Ini termasuk di dalam urusan kami" yang di katakan semasa "wahyu" itu di terima Rasulullah saw untuk di "baca" oleh "lidah" yang tidak pernah menulis atau membaca. Kami harap pada semua pembaca kami, "Jangan jadikan AlQuran" itu sebagai "syair" untuk di nyanyi." Sebab hanya syaitan sahaja yang akan jadikan Quran itu sebagai satu syair. Ayat AlQuran perlu di "baca" dengan "perasaan dan ingatan" untuk jadikan "wajah" yang akan di pandang Allah swt.

Edit 11.3.16

Tulang "sulbi" dan "taraib" ini mempunyai asas "syahwat" yang akan ceritakan cinta Adam dan Hawa. Di situ tersimpan rahsia "jantina" yang membezakan seorang lelaki dan seorang perempuan. Rahsia cinta Adam dan Hawa ini akan bermula babak nya apabila setiap "jasad" itu melangkah masuk di alam "akal" baligh. "Mimpi basah" bukan sesuatu yang misteri untuk kita cari rahsia nya. Sebab setiap "jasad" tubuh itu akan pastikan "aurat" itu tertutup dengan "hijab" nya namun jika "takwa" itu tidak pernah di pakai sebagai perhiasan nya, nescaya "aurat" itu akan terbuka untuk di dedahkan. Kesuburan kaum Hawa pada "jasad" nya akan membawa "buah" itu untuk di intip setiap kaum Adam yang bernyawa. Si dara akan bermegah untuk mendabik dada dan si teruna akan idamkan "buah" itu dengan penuh kehausan. Akan berlaku segala tipu muslihat untuk mencari jalan menjamah "buah" itu dengan kerakusan.

Syaitan akan selalu datang mengendap untuk menyusup di tengah dua tulang "sulbi" dan "taraib" ini agar "aurat" itu di dedahkan dengan keaiban. Sebab syaitan akan cuba membiak keturunan nya dengan segala perzinaan yang berlaku. Rahsia tulang "sulbi" dan "taraib" ini mempunyai sejarah yang sangat penting untuk setiap "jasad" tubuh itu. Di situ tersembunyi rahsia cinta Adam dan Hawa yang di jadikan untuk keturunan umat manusia. Baba Rahman dan Babu Rahim ini sudah di jadikan untuk bertemu dengan kasih sayang apabila Rasulullah berdiri sebagai saksi nya tetapi bukan untuk Iblis yang menyusup di situ untuk membiak baka keturunan nya. Mereka yang membuka "aurat" nya untuk di pandang syaitan akan kecewa jika tidak dapat pertahankan "hijab" nya yang di bawa Rasulullah. Itulah menapa kita mempunyai dua "jiwa" yang di katakan perasaan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" itu. "Perasaan" dan "ingatan" ini adalah cerita Adam dan Hawa itu. Adakah mereka akan berpelukan dan berkhalwat bersama syaitan atau bersama Rasulullah masih perlu di buktikan dengan "takwa" itu.