Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Selasa, 24 April 2012

Hati Pedu

Nafsu haiwani yang mengalir di darah daging ini akan mengingkari segala naluri kepercayaan iman yang bisu memerhatikan desakan keinginan yang memberontak ketidak puasan hati. Sekeping "hati" manusia yang pernah menjamah nikmat keimanan akan mula mempersoalkan urusan "takdir" bila "nasib" tidak menyebelahi kehendak hawa nafsu. 

Kebingungan ini mempunyai serampang dua mata. Mempersoalkan urusan "takdir" perlu di buat dengan penuh teliti. Jangan cepat melontar cemuhan dan tomahan untuk menyalahi ketidak adilan. Keredhaan perlu di sambut dengan keinsafan dan bukan dengan kebodohan. Manusia perlu kenal apa erti hidup yang perlu melalui derita dan nikmat. Kita di beri hati yang mempunyai perasaan. Setiap perasaan ada hikmah dan keazaban. 

Akan mengalir perasaan marah di hati pedu manusia kepada urusan ketuhanan bila naluri ingatan "iman" tidak mempunyai "ilmu" untuk memahami urusan "takdir" yang menafikan tuntutan hati. Tidak semua manusia akan "redha" dengan keputusan "takdir" yang terjadi di realiti hidup. Mereka beranggapan seolah olah Tuhan itu ibarat "hamba" yang mesti memenuhi segala kehendak hati mereka.

Keimanan manusia terhadap yang Maha Berkuasa akan di duga untuk mengukur tahap keyakinan mereka. Bukan Tuhan tidak tahu apa kesudahan nya hingga perlu di uji, tetapi bila manusia di beri keinginan dengan lepas bebas (free will), pilihan yang manusia ambil perlu di pertangung jawabkan. Sebab "akal" perlu menimbang kadar buruk dan baik nya. Sedang manusia akan sentiasa di dalam kegelapan untuk memilih arah tujuan kehidupan.

Di sini lah perlu manusia meminta "pertunjuk" agar pilihan yang di ambil mendapat restu hidayah Nya. Bila manusia di beri kebebasan, mereka merebut segala peluang tanpa tahu apa akibat nya. Hawa "nafsu" manusia itu buta dan tidak akan tahu apa yang di inginkan itu mempunyai nikmat yang sebenar. Mereka berdoa merebut kekayaan sedang kekayaan itu membuat mereka kufur. Mereka kejar segala kehormatan selepas itu tersungkur dengan kehinaan. Mengapa setelah terjatuh, mereka mendunggak kearah Tuhan dan mempersoalkan ketidak puasan. Engkau yang memilih tetapi Aku yang engkau persalahkan!!!!!

Nurani "iman" perlu menimba "ilmu" ketuhanan demi untuk memelihara kerakusan hawa "nafsu" yang buta. Sebab hanya "ilmu" yang dapat menangkis segala tomahan terhadap Tuhan Yang Maha Esa. Apabila hati pedu itu  diselimutkan syaitan untuk bertemasha di arena kehidupan, hawa "nafsu" ibarat selebriti pujaan yang di agungkan. Hijab segan malu yang di pakai "iman" di telanjangkan tanpa sehelai pakaian.Wajah yang di beri "seri muka" di tutup dengan topeng palsu untuk menyamar sebagai pelakon. Drama hidup di realiti di hiasi dengan penipuan. 

Hanya yang berdiri mengadap wajah Tuhan akan merasa gementar untuk berdusta. Kudrat Tuhan yang di pakai untuk mencapai segala nikmat hidup tidak boleh di salah gunakan. Ia akan di minta di pertangung jawabkan dan akan di persoalkan. 

Edit 24.8.14

Apabila Tuhan memberi manusia hawa "nafsu" yang mempunyai "perasaan" untuk buat "pilihan" pada keinginan nya, manusia tidak pernah tahu akan buruk dan baik nya. Itulah mengapa Tuhan memberi kita ingatan "iman" di mana "akal" perlu mencari "ilmu" untuk pastikan "peluang" kesejahteraan di jamin. Dengan ingatan "iman" inilah kita perlu mendekatkan diri kepada Tuhan yang mempunyai segala "ilmu" untuk mengajar dan mendidik kita. Segala musibah hidup kita berpunca dari tangan manusia itu sendiri. Tuhan tidak pernah menzalimi diri kita malah sentiasa memberi rahmat dan kasih sayang.  

Edit 30.6.15


Di "hati" inilah manusia bertemu dengan Tuhan nya. Sebab itu "niat" itu pintu segala permintaan. Kita perlu tahu mengapa Tuhan pisahkan "hati" itu di sebelah bawah di kiri jasad dan perlu imbangi ke sebelah kanan jika kita ingin mendapat restu kehadiran Nya. Sebab "nafas" adalah "rezeki" yang di berikan kepada setiap manusiauntuk menempah segala "keperluan" hidup dan bukan "kepuasan" hidup. Inilah di mana setiap manusia itu terjerumus ke lembah kemungkaran. Hanya Tuhan sahaja  yang boleh memikul "kepuasan " itu dan bukan manusia. Hawa "nafsu" kita ini tidak akan pernah merasa puas di mana "hati" itu menampung segala perasaan.

Dewan ingatan "iman" yang berada di atas di mana "otak" kita itu bertempat adalah kawasan "ruang" di luar graviti tarikan bumi hawa "nafsu" yang sentiasa mencapai apa juga "berat muatan" yang di sajikan "akal" fikiran kita. "Akal" adalah satu anugerah yang tidak akan di persoalkan atau di pertanggung jawabkan di akhirat nanti. "Akal" hanya akan berdiri sebagai "saksi" untuk menjawab segala tuduhan dan soal siasat dan tidak akan pernah di hukum. Yang akan di hukum atau di beri ganjaran di akhirat nanti adalah jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" ini yang sudah di sebut sebagai "sijjin dan illiyin" itu.

Kita perlu tahu apakah perkakas yang perlu kita gunakan untuk menghadap Tuhan yang Maha Esa ini. Sebab "lakonan" jasad tubuh hanya "sebab" untuk jadikan "musabab" pada amal perbuatan kita. Itulah mengapa "akal" tidak pernah berpihak kepada yang baik atau yang buruk malah ia akan lebih adil dengan semua "ilmu" yang di sampaikan untuk jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" memilih sebagai tempahan hidup untuk jadikan identiti "diri" nya sendiri. Kajian sains kerohanian kami telah menyelam lebih dalam lagi untuk pisahkan "kembar" atau "qarin" ini supaya kita manusia dapat bezakan di anatra mereka. Jika tidak, kita masih tidak tahu siapakah "diri" kita itu sebenar nya.

Kami khuatir kebanyakan manusia ini akan terpedaya dengan segala amal perbuatan mereka. Tuhan Semesta Alam tidak pernah memerlukan satu apapun dari setiap hamba atau makhluk yang di ciptakan nya. Kita yang sangat memerlukan "belas kasihan" Nya dengan segala perbuatan kita itu sendiri. Ini termasuk amal "ibadah" kita itu. Allah swt tidak akan rugi atau terhina jika kita tidak pernah mahu menyembah Nya. Jadi mengapa kita di hidupkan dan di beri segala kemudahan untuk merasakan "hidup" ini dengan "nyawa" itu. Kita manusia perlu "kenal" kasih sayang Allah swt ini, jika tidak kita akan terjerumus kelembah maksiat. Segala "ilmu" yang pernah kita miliki adalah kepunyaan Allah swt. Jika Allah swt tidak beri "taufik dan hidayah" itu kita sudah pasti akan tersesat jalan dan terhina sebagai haiwan yang melata.

"Peruntukan" yang Allah swt berikan ini perlu kita perhatikan dengan lebih mendalam. Tetapi hanya satu sahaja yang Allah swt harapkan dari setiap hamba nya itu. Jika engkau benar benar ingin mengenali Aku, carilah jalan "siratalmustaqim" itu di mana "keikhlasan" adalah "bahasa" yang perlu di tuturkan. Sebab apabila Allah swt tidak memerlukan satu apapun, kita juga perlu serahkan "keikhlasan" itu sebagai ganti nya. Kitab "keikhlasan" ini perlu di tuntut sebagai "hak" kita untuk bersama Tuhan. Bukan dosa dan pahala atau shurga dan neraka yang jadi ukuran pada amal perbuatan kita. Jika kita berkerja untuk dapatkan "gaji" maka kita bukan "tetamu" yang di undang itu. Kita tidak lain hanya seperti satu alat dan perkakas yang mempunyai "tugas" yang tertentu. Apakah Allah swt itu Tuhan yang memerlukan alat dan perkakas ini???

Apabila kita manusia di uji bukan kerana Tuhan tidak tahu apa kesudahan nya. Tapi "kelayakkan" untuk mendapat sesuatu yang paling di sukai Allah swt perlu kita impikan. Apabila kita di duga dengan kesusahan, kita patut bersyukur kerana akan di ganti dengan  kesenangan dan apabila kita di uji dengan kesenangan kita patut merasa keinsafan kerana akan di tukar dengan kesusahan. Bukan kah setiap anak Adam yang lahir kedunia ini sudah di tetapkan "rezeki" nya dan susah senang nya. Apakah kita menyangka kita hanya mahu menikmati kesenangan tanpa perlu melalui kesusahan itu. Di sinilah "wajah" kita itu akan di pandang untuk mendapat jawapan nya. Apakah kita hanya selalu mahu di puji dan tidak pernah sanggup untuk di hina???

Apakah jawapan itu di dalam "hati" kita semasa semua ini berlaku di dalam riwayat hidup kita ini. Pernah kah kita "merujuk" kepada Nya untuk memberi jawapan pada soalan itu??? Mengapa kita di minta supaya menjadi seorang Islam iaitu yang "menyerah diri" kepada Nya. "Kudrat dan Iradat yang selalu di berikan kepada kita telah di salah gunakan. Kita tidak pernah berterima kasih!!!!! Malah sentiasa menyuarakan ketidak puasan dan mempersoalkan ketidak adilan Nya. Kita telah berkelakuan seperti Iblis semasa Nabi Adam di jadikan. Panas yang terik dan hujan yang lebat akan di sambut dengan keloh keresahan. Apakah kita sudah berlaku adil sebelum kita ingin persoalankan urusan Tuhan???  Bukan kah kita tidak mempunyai "kelayakan" untuk mempersoalkan tetapi hanya mampu menerima apa saja yang di tentukan???

Kita masih tidak tahu apakah "Qada' dan Qadar" itu yang menjadi punca kehidupan kita. Bukankah Allah swt boleh ambil apa yang pernah Dia beri??? Jadi mengapa kita persoalkan mengapa kita tidak dapat itu dan ini sedangkan kita tidak pernah meminta kepada Nya??? Bukankah Allah swt itu Tuhan yang boleh kita buat rayuan dan minta petunjuk??? Berurusan dengan Allah swt adalah satu "nikmat" yang paling indah. Kita akan selalu di tanya untuk dapatkan jawapan itu. Tidak pernah wujud satu "siratulrahim" yang begitu intim pernah terjadi apabila kita berada bersama Allah swt. Dia Tuhan yang sangat lambat dengan kemarahan Nya dan amat cepat dengan rahmat Nya!!!!! Bercintalah dengan Allah swt dan kita tidak akan rugi sedikitpun walaupun kita di dalam kesengsaraan yang berat. Rahmat Nya akan selalu datang memeluk kita dengan sentuhan yang lembut dan indah.

Jika kita hanya mahukan "nikmat" itu tanpa perlu merasa "azab", kita masih lagi jauh dari naugan kasih sayang Nya. Bersedialah untuk menempuh segala ujian hidup ini dengan mengharapkan belas kasihan Nya. Perasaan di dalam "hati" itu yang pernah menunggu dengan penuh harapan itu adalah saat "ibadah" yang paling dekat kepada Nya. Kerinduan untuk dapatkan kasih sayang itu adalah "nikmat" yang dapat basmikan segala kesengsaraan yang kita alami. Tidak kah kita sanggup untuk menempuh kesusahan itu kerana hanya ingin di "padang" oleh Allah swt. Bukan kah kita ini "buta" dan akan sentiasa mengharapkan bimbingan Nya. Serahkan diri kita itu kepada Nya dan kita akan berada di dalam naungan sesuatu yang paling "layak" untuk buat "keputusan" itu untuk kita. Kita "dhaif, lemah, fakir dan hina" dan tidak mungkin kita tahu mana yang lebih baik untuk diri kita. Bukan kah ini apa yang ingin di sampaikan kepada kita oleh Rasulullah saw.

Edit 25.12.15

Apabila "hati" itu di jadikan di sebelah rusuk kiri, itu adalah haluan yang selalu akan di pilih oleh hawa "nafsu" untuk jadikan kawasan penerokaan nya. Rasulullah sudah mengajar kita supaya tidur di atas rusuk kanan agar kita berada di dalam keadaan yang lebih baik bila "hati" itu beralih kearah graviti tariakan bumi yang condong ke kanan. Cuba lah kita kaji apa pakar saintis kata tentang "respiratory position" untuk letak pesakit yang sedang tenat dan susah bernafas. Sebab kita akan lebih senang bernafas apabila "hati" itu condong kearah benua kanan jasad tubuh badan. "Nafas" ini yang menghantar "oksigen" naik di atas "otak" supaya kita dapat berfikir dengan lebih baik. Apabila Tuhan jadikan angauta jasad tubuh kita ini banyak yang "sepasang" dengan "dua" bahagian di "kiri" dan "kanan" nya, akan ada angauta yang "tunggal" untuk mentadbir kawasan kiri dan kanan itu.

Begitu juga "hati" kita yang satu ini perlu mentadbir "perasaan" nya di dua lapangan kawasan hawa "nafsu" dan ingatan "iman" nya.  "Otak" yang satu juga di bahagi kepada dua daerah di kiri dan kanan nya. Kawasan kiri perlu urus kawasan kanan dan kawasan kanan perlu urus kawasan kiri.  Begitu juga paru paru kita yang sepasang itu. "Nafas" yang di bawa naik dengan oksigen akan sampai pada degupan jantung di mana "hati" itu proses "oksigen itu dengan darah nya untuk sampaikan Oksigen di dalam "otak" untuk "akal" berfikir. "Synapses" laluan darah itu juga mempunyai dua lorong berlainan arah untuk naik dan turun menghantar "bekalan" di antara "otak" dan "hati" ini. 

Mengapa "degupan" jantung dan "penafasan" otak begitu penting kepada "jangka hayat" kita yang di katakan "nyawa" itu. Mengapa "perasaan" dan "ingatan " itu menjadi asas kehidupan kita di atas muka bumi ini. Mengapa "nafsu" dan "iman" ini tidak mahu kita kenali untuk temu duga dengan budi bicara "jiwa" nya. Apakah jasad tubuh kita yang di serahkan kepada kita ini sebagai "hak milik" tidak mahu kita kenali??? Mengapa "identiti" yang kita sangkakan itu tidak pernah kita kenal pasti. Siapa "diri" kita sebenar nya masih menjadi kemusylikan yang belum terjawab. Kita boleh berubah dan akan berubah di dalam setiap detik waktu. Perangai dan kelakuan kita hanya sesuai untuk di satu ketika dengan suasana keadaan nya. Apakah "jiwa" itu tidak pernah berperanan dan tidak wujud untuk kita ambil tahu. Bukan kah bila kita di beri "hati" yang nampak dan dengar degupan jantung nya selalu meluahkan "perasaan" nya dan "otak" yang selalu berfikir dengan akal nya selalu mempunyai "ingatan" untuk di "simpan" sebagai pusaka memori kehidupan kita. Apakah Tuhan yang sudah "mengaku" menjadikan semua ini tidak mahu kita ambil tahu. Apakah itu "kewarasan" atau "hayalan" yang hanyut dengan kelekaan. Mengapa "hati" kita ini selalu menjemput segala apa yang ada untuk di raikan tetapi Tuhan selalu di biar dan di abaikan untuk tidak di "undang" masuk di dalam kamar nya. Sunguh kejam "hati" ini yang nafikan kehadiran Tuhan untuk bersama "diri" nya.

Jumaat, 23 Mac 2012

Pontianak (Anekdot)

Apabila seorang penulis sedang duduk di tengah malam yang sunyi, di suatu tempat yang jauh di pelusuk Nusantara melayu, sesuatu yang anih telah berlaku. Tiba2 anjing liar kedengaran menyalak sayup nun di sana dan meraung kesedihan. Ada sesuatu di udara yang mereka hidu membuat mereka gelisah dan sedih kepiluan. Kesunyian pada malam itu sangat berbeza dari hari semalam. Pondok usang yang penulis gunakan untuk berteduh mencari ketenangan adalah tempat yang terpencil jauh di perdalaman yang di tinggalkan pembalak dengan sebab yang tertentu. Ia hanya pertukangan biasa mengunakan kayu keras di susun tanpa kerumitan reka bentuk cangih dengan sains geomatri alam semula jadi.Pondok itu agak tersembunyi di siang hari apabila di tutupi dengan pokok2 sakat.

Penulis mengunakan lilin lebah untuk memberi sedikit cahaya sebagai teman di dalam kegelapan itu. Pondok usang itu tidak mempunyai keperluan asas ataupun kemudahan untuk dia merasa keselesaan. Bersendirian dengan diri nya di ceruk bumi dan duduk bersama naluri dan perasaan sendiri adalah sesuatu yang anih untuk di alami. Tempat itu bukan untuk keselesaaan dan keperluan. Hanya tempat untuk berteduh dan menghadapi kemungkinan alam. Tanpa sesiapa untuk di ajak berbincang, penginapan itu hanya menghulurkan banyak misteri dengan sedikit saja harapan. 

Kawasan itu telah di ketahui tempat di mana misteri memilih untuk bersembang. Apabila minat untuk mencapai sesuatu hasrat amat tinggi di dalam jiwa, insan ini kadangkala sanggup berkorban menempuh nasib yang belum tentu pasti. Bersedia dengan kerohanian, penulis menunggu saat yang tepat di malam hari di mana syaitan ini pernah merayau. Di kawasan yang terpencil jauh di perdalaman hutan belantara alam semula jadi di mana tidak ada manusia akan merasa penuh keselesaan. Hutan belantara telah mencorak alam semula jadi untuk sesuaikan satu keramaian bagi dunia kegelapan. 


Penulis duduk keseorangan memandang malam yang gelap di hadapan nya, melayan fikiran nya yang sepi   tentang keajaiban alam semula jadi. Terang bulan yang menghulurkan cahaya, menyuluh suasana muram yang sepi di sana. Sinaran bulan memberi inspirasi kepada nya untuk memerhatikan  ketenangan malam itu dan mendengar irama yang sayup bergelora di celah2 semak. Kegelapan malam yang mendakap pokok2 besar di situ, di semburi dengan hawa embun yang dingin. Bersendirian di situ, fikiran nya merayau di persekitaran mengnikmati ketenangan malam yang aman itu. 


Ia satu perasaan yang menakjubkan bila bersendirian dengan alam semula jadi. Fikiran kita di heret menjelajahi keajaiban nya jauh kedalam kesunyian irama nya. Memandang wajah bulan yang riang tersenyum di tengah malam, boleh memukau sesiapapun di saat itu. Tidak hairan lah mengapa penghuni malam, memilih suasana seperti ini untuk merintih kesengsaraan mereka. Keheningan malam itu telah di usik oleh salakkan anjing yang meraung hujung nun di sana. Bila kita bersendrian dengan diri sendiri dan berfikir dengan setiap bunyi yang menyuara, jeritan itu menarik perhatian nya untuk menumpukan perhatian kepada rintihan dari haiwan yang sensitif itu. Suara itu seperti satu kelohan hati yang mendesak meminta perhatian. Mungkin telah menjadi satu musibah yang sedih dan memilukan. Salakkan anjing itu satu peringatan tentang kepiluan yang amat pedih.Memperingati sesuatu peristiwa yang mungkin telah terjadi.Mereka meraung kepiliuan meratapi kesedihan itu.


Jauh di dalam lubuk hati, kita akan berpaut dengan apa yang terlintas di fikiran untuk mempercayai apa yang di saji akal. Suara rintihan dan kesedehan itu telah menyingkap kecurigaan menerap masuk ke lubuk hati dengan satu resah perasaan yang mengelisahkan. Suara kelohan di laungkan di tengah kesunyian malam, memekik kepiluan, melolong kepedihan. Tidak ada orang lain yang boleh di ajak berunding di saat itu untuk di bincangkan. Tangapan itu menetap di ruang fikiran sehingga perasaan mulai berubah. Saat itu lah dia mula merasai satu perasaan yang anih, yang masuk ke dalam diri nya. Sesuatu dari luar dugaan telah mengubah suasana di keharmonian malam itu.


Bunyi geseran daun dalam kegelapan malam itu telah membuat penulis tersentak dengan rasa penuh kecurigaan. Gerakan sesuatu yang berat bergayut di ranting pokok di beberapa jarak dari pondok itu, telah menerjah hati nya memberi perhatian. Serangga malam yang tadi kecoh berpesta di irama malam, tiba2 senyap menyendiri. Mungkin serangga2 itu mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Kesunyian malam menjadi hening serta merta dari pencerobohan itu, untuk di beri penuh tumpuan. Geseran daun dan dahan bergoyang berlaku di satu pokok di sana. Pencerobohan itu menganggu keheningan malam, menjadi detik yang mencemaskan. Bila keharuman bau bunga kenangga meresapi udara segar di situ, penulis tahu syaitan itu telah datang mencorak kehadiran nya. Dia tidak dapat lagi menyembunyikan diri tapi terpaksa berhadapan dengan segala kemungkinan. Tidak ada jalan keluar. Lembaga itu telah tahu dia di awasi.


Bersambung.


Untuk membaca cerita seram ini sepenuhnya, email kepada :- aqursany@yahoo.com

Edit 27.12.15
Anda sedang melangkah masuk ke satu lagi alam dimensi. Semua dimensi2 ini mempunyai getaran nya yang berbeza di persekelilingan kita. Ada pagar gerbang di mana mereka melintas lalu di talian yang amat tipis. Dunia kita hanya satu nya dimensi yang di mana “masa” itu di ukur.

Ini lah ruang “gravitions” dan “spheritons” yang menyalurkan  graviti, anasir gelap, magnet dan ruang elektromagnetik dan juga ruang untuk memori dan ingatan kita. Penglihatan kita adalah perkakas tangapan dan tangapan itu subjektif. Persimpangan untuk melangkah ke laluan ingatan kepercayaan “iman” dalam kefahaman “ilmu” adalah di mana sauh “keyakinan” itu di labuh.

Ada yang beranggapan bahawa Mayat Hidup adalah merujuk kepada orang yang telah mati. Mereka di animasi secara kebathinan dan secara umum tidak akan pulih dan wujud hanya sebagai contoh pada diri nya yang dahulu. Mereka akan menjadi bangkai atau membusuk dan akan di binasakan dengan cara kebiasaan. Mereka tidak boleh membiak atau menurunkan baka.

Zombie, tengkorak hidup dan yang seakan sesuai dalam kategori ini. Mereka secara umum tidak mempunyai halangan dari apa mereka buat atau bagaimana mereka di hapuskan, tapi perkara seperti zombie memerlukan trauma otak adalah sebab kuasa motor di tumpukan di otak, bukan kerana keperluan ghaib kebathinan. Walau tidak mustahil, komunikasi dengan sesama sendiri atau dengan manusia hidup juga jarang dan mungkin terhad kepada apa yang mereka tahu semasa hidup.

Dan Hantu di rujuk kepada makhluk yang melampaui angapan adat pada hidup atau mati, yang sebenar nya mereka. Mereka selalu nya mengekalkan perasaan diri, boleh  menambah dan membaik pulih. Mereka mungkin boleh membiak atau turunkan baka. Selalu nya mereka boleh di bunuh dengan cara kebathinan.

Pontianak dan hantu sesuai dalam categori ini. Ia lebih kepada kesah di sini yang hantu ini tidak hidup atau mati. Selalu nya akibat sumpahan yang mereka mungkin mempunyai peraturan yang menghalang keupayaan apa yang boleh mereka buat dan bagaimana mereka boleh di hapuskan.

 Dalam dua perkara ini pada tangapan umum yang selain dari berkomunikasi, Hantu kebiasaan nya boleh bergerak tanpa suara atau sedikit dan mempunyai kebolehan menekap suara dalam persekelilingan nya. Aura “pelik” di sekeliling Hantu juga mungkin di ambil kira pada keganjilan bagaimana mereka reput, bersuara, jelma, membuat benda layu, dadih, mual, cemar, sejuk, masam, lengkung atau jika yang menyebabkan.

Tetapi zombie Mayat Hidup adalah permulaan bahagian dari Hantu. Mereka boleh berubah menjadi hantu atau jembalang bila mereka mendapat formula yang betul untuk menetas. Kebangkitan mayat hidup berlaku apabila syaitan datang untuk berkongsi kepakaran. Kami telah terjumpa kesan kedurhakaan pada rasukan mutasi baka genetik. Kebudayaan tamadun jin boleh menghulur penawar itu. Di sini lah di mana angkara itu bermula.

Kami kagum untuk mengetahui bahawa deoxyribonucleic acid mempunyai rahsia nya tersendiri. Ini lah struktur baka genetik pada semua baka mutasi yang pernah bersatu untuk menjadi apa yang ada sekarang. Ia akan membawa segala tetasan benih baka dari masa silam yang pernah di ambil dari baka lain. Ini lah penetasan dari semua baka silam keturunan nasab.

Keturunan kita dahulu tidak pernak terpadam dan telah menjadi sebahgian dari kita. Ini lah kerana kita manusia perlu mencari pasangan pembiakan baka yang baik untuk keturunan akan datang. Ini lah kerohanian silam dari diri kita yang dahulu yang telah terkumpul. Ini lah “roh” dan “jiwa” dari semua keturunan silam kita.

Sains mungkin telah nampak kejadian benih baka dalam theory evolusi dan klon, dan mutasi telah pun menjadi kejayaan saintifik. Mutasi telah lama menjadi sumber kejadian segala spesis di dunia ini. Jadi, klon baka dari hybrid berbeza tidak mustahil untuk di fahami.

Enzyme ribonucleic acid telah tersebar ke seluruh alam maya sejak dulu lagi semasa ia berkembang untuk mulakan abiogenesis di struktur deoxyribonucleic acid. Jasad manusia membawa ribonucleic acid yang sama memulakan segala kehidupan di dunia ini. Ia tidak akan menjadi rumit jika pembawa benih baka, datang untuk mengambil tetamu sebagai “penginapan sementara”.

Ini lah celah lenyap di antara ruang masa bila nyawa berpisah dari tubuh badan untuk akhiri struktur DNA yang di bawa oleh tubuh mayat. Inilah masa yang di persoalkan bila tubuh mayat di ambil sebagai tebusan untuk di lanjutan tempoh. Peristiwa ghaib ini, yang sains mungkin tidak akan sangkal untuk menafikan kemungkinan berlaku nya kejadian misteri.

Bila penetasan ribonucleic acid berada di ruang angkasa untuk mengambil pelawat “penginapan sementara” bagi pembiakan baka, mutasi hybrid pembiakan mungkin terjadi dari deoxyribonucleic acid dari yang sesudah pada mayat tubuh penghuni lama. Ia seperti tayar yang pancit di isikan angin dari udara. Ia mungjkin bukan lagi oksigen untuk tujuan itu dan karbon dioxida, nitrogen dan hydrogen boleh di gunakan sebagai alternatif.

Kita manusia akan memerlukan oksigen untuk tubuh yang hidup dan mengitar karbon dioxida di sekeliling kita setelah kita gunakan. Udara di sekeliling yang membuat pertukaran itu dari tumbuhan mungkin membawa bekas dari diri yang dahulu. Kita telah di terapkan persekitaran untuk kekalkan kehidupan zat suci sacrosanct untuk bina struktur DNA.

Tapi bila tubuh mayat tidak lagi di gunakan untuk tujuan itu, jasad menjadi sebahgian dari alam untuk di pindah pemilik.  Ini lah dimana misteri itu bermula. Sumber yang memberi sacrosanct pada nyawa dari tubuh yang dahulu masih aktif di udara untuk di gunakan sebagai peluang.

Ketetapan peraturan thermodynamics yang memerintah perubahan tenaga dari satu bentuk kepada yang lain, laluan di mana “haba” akan mengalir, dan kewujuban tenaga untuk bertindak. Ini bukan kejadian ghaib yang di anggap tahyul.

Sains kerohanian sebegini mungkin tidak menarik perhatian kepada orang yang intelektual pada objektif realiti. Kami telah meletakkan semua kepingan terkumpul dari kejadian pembiakan baka pada tubuh mayat ini. Tetapi evolusi alam boleh di pesongkan dengan corakan pintar atau “intelligent design”.

Sudah kita maklum daya tarikan graviti boleh menyatukan bahan dari berkecai dengan kosmologikal tetap anasir gelap. Tubuh mayat yang telah menjadi sebahgian dari massa alam angkasa raya ini mungkin di miliki khazanah induk bumi sebagai “penginapan sementara” pada deoxyribonucleic acid nyawa. Mempunyai proto type yang lengkap tersedia untuk di bazirkan bukan cara eko sistem alam ini yang sebenarnya.

Induk bumi akan mengambil khazanah nya bila “nyawa” terputus dari biologi tubuh untuk “penginapan sementara”.  Tapi bila ruang elektromagnetik di udara ingin mengunakan untuk penerokaan, pertemuan sulit itu menjadi sebahgian dari pada lagenda. Tubuh jasad yang lengkap telah pun kosong tanpa penghuni.

Kita telah melihat lelaki mempunyai jasad tubuh seperti wanita atau sebaliknya. Kami bukan ingin mencemoh terhadap homoseksualiti tetapi hanya membuat rujukan untuk jelaskan sumber si penghuni. Tapi bila nyawa berakhir tamat tempoh dengan sumber dari diri yang dahulu untuk tamatkan episod DNA nya, tubuh mayat itu menjadi kamar yang kosong untuk induk bumi mengitarnya.

Mengitar adalah tepat di rujuk sebagai formasi sesuatu yang baru untuk pembiakan baka. Bangkai mayat boleh di jadikan pokok2 baru atau juga makhluk haiwan liar apabila bumi mengambil khazanah nya kembali. Tetapi bila diri yang dahulu telah di ambil untuk mutasi dengan bentuk wajah baru dengan kebudayan jin, perwatakan manusia mungkin akan di ubah.

Kami perlu membuat sedikit anatomi kerohanian untuk memberi pecahan pada ektoplasma di dalam jasad tubuh manusia. Jiwa hawa “nafsu” yang kepingin untuk kepentingan biologi tubuh adalah tenaga kimia yang datang dari kuasa tarikan graviti di alam maya. Tenaga ini buta tanpa pengetahuan untuk memahami resapan lima deria panca indera.

Jiwa hawa “nafsu” di ketahui datang dari kejadian asal haba “api” yang sama dengan kebanyakan jin dan syaitan. Ini lah jiwa yang melekat di jasad tubuh kehidupan untuk inginkan makanan, minuman, seksual, yang di perintah kuat oleh “ego” nyawa haiwani di otak usus perut hawa “nafsu”. Ini lah haba di thermodynamics yang mengalir di tenaga yang wujub untuk bertindak.

Tetapi ada satu lagi bahagian tenaga dari naluri ingatan “iman” di mana akal menetap untuk jelajahi “ilmu” yang ada pada “nyawa” dengan sedikit kefahaman dari resapan lima panca indera. Sedang hawa “nafsu” itu buta, ingatan “iman” adalah bisu dan “penglihatan” untuk kedua nya adalah kefahaman daripada “ilmu” pada “nyawa”. Pengenalan dan kesedaran dari apa jua “ilmu” adalah jisim diri kita yang sebenar untuk jadikan identiti diri kita itu.

“Akal” adalah wakil bebas yang berkhidmat pada kedua “nafsu” dan “iman’ dengan pilihan dan peluang. Hawa “nafsu” akan pilih untuk inginkan apa yang di fikirkan dengan “naluri” keinginan dan “iman” akan mencari dengan peluang untuk menjadi apa yang di fikirkan dengan kemungkinan. “Akal” akan menyalurkan amaran risiko dan akibat pada apa yang kita fikirkan untuk menjadi dari satelit “roh” sebagai peringatan untuk iktiraf pembikinan realiti dengan “niat”.


“Niat” itu adalah kerusi yang di duduki dengan kesedaran untuk mengalami pembikinan realiti. Pemandu di tempat duduk itu di kesedaran kita mungkin adalah hawa “nafsu” yang mengunakan “naluri” asas dengan keinginan dan godaan atau “iman” mengunakan asas ingatan dengan peringatan risiko dan akibat. Di sinilah manusia melangkah ke tempat maksiat atau masuk sebuah masjid.

Selasa, 21 Februari 2012

Busong

Hasad dengki yang ada di dalam hati manusia adalah sesuatu virus yang amat merbahaya. Ia adalah kuman yang akan menjangkit ke saraf otak untuk melumpuhkan kesedaran akal yang di pacu hawa "nafsu". Perkataan "hawa" yang berkaitan dengan "nafsu" perlu di teliti sepenuhnya. Di situlah anasir gelap berpiket untuk memusnahkan tubuh manusia dengan ancaman maut. Mereka sanggup melakukan apa saja untuk memuaskan hawa "nafsu" yang telah di rasuk oleh tenaga syaitan. Punca malapetaka yang mereka bawa dari hasad dengki ini berpunca dari perasaan "iri", "tamak", "amarah" dan "dendam" yang membara di bakar api syaitan. Mangsa akan di sihir dengan pelbagai cara yang jauh dari jangkauan akal.

Setiap anasir gelap dan sihir yang di puja tidak akan dapat masuk ke dalam tubuh manusia jika tidak di undang oleh mangsa itu sendiri. Apa yang kita manusia perlu tahu bahawa jin dan syaitan yang membawa segala kuman dan virus yang merbahaya perlu di jemput sebelum mereka boleh masuk ke dalam tubuh manusia. Pintu rongga yang terbuka luas di tubuh manusia akan di ketok supaya di buka luas oleh hawa "nafsu". Pintu2 ini sepatut nya perlu ada "penjaga" untuk menghalangi pencerobohan yang datang menyeludup setelah hawa "nafsu" itu di sogok atau di rasuah. 

Ingatan "iman" yang kita sediakan dengan "ilmu" pengetahuan adalah "penjaga" yang sepatut nya berkawal di pintu masuk. Ingatan "iman" ini lah yang kadangkala hilang apabila "akal" manusia tidak hadir untuk menempatkan "penjaga" itu di situ. "Lupa" adalah sesuatu simtom penyakit "iman" yang perlu di ubati dengan latihan berzikir. Sebab hati manusia perlu di latih untuk sentiasa memberi "peringatan" kepada "iman" supaya selalu ingat kebesaran ilahi. Kelalaian manusia adalah punca segala masa'alah dan "redha" perlu di jadikan asas untuk berusaha dan berhijrah.

Tanah kubur menjadi satu perkakas untuk tundukkan tenaga tarikan graviti hawa "nafsu" di tempat semadian supaya tubuh hilang imun daya ketahanan diri. Busong adalah ancaman sihir yang di bawa anasir gelap melalui "angin" dengan bahan besi yang tajam seperti paku, jarum, pisau belit sebagai graviti tarikan sihir.dan juga kuman penyakit. Mulut dan dzubur adalah pintu langit dan bumi yang mereka lalui. Angin dan api adalah dua anasir yang memainkan peranan untuk menyeksa mangsa sihir melalui "pengantar" yang akan masuk kedalam tubuh manusia untuk menginap di dalam usus perut. Darah akan di cemari dengan kuman bila angin dan api  mendidihkan gas pembakaran untuk bengkakkan urat saraf dan kemudian mereput. Seperti "santau" yang mengunakan hempedu katak atau abu mayat yang mempunyai DNA tertentu untuk pastikan pencemaran darah untuk runtuhkan jasad tubuh.

Nafas yang kita hidu adalah punca hidupnya "nyawa" di dalam diri kita. Sebab oksigen yang kita hidu adalah gas udara yang suci untuk "nyawa" kita. Tetapi nafas itu bukan sekadar udara yang perlu di hirup untuk bernafas. Perbezaan di antara karbon dioxida dan oksigen mempunyai peranan mereka masing2. Oksigen yang di masukkan ke paru2 perlu di isi dengan "ilmu" pengetahuan supaya tenaga ingatan "iman" dapat bersihkan kuman dan virus yang terselit di dalam rongga tubuh. Bacaan ayat suci yang kita sebut dengan gas karbon dioxida mungkin berkesan untuk menghalangi bahaya ancaman di sebabkan "karin" yang menjaga ayat2 itu. Tetapi sebutan itu akan terputus juga apabila kita cuba bernafas kembali.

Tapi apabila kuman itu telah masuk ke dalam tubuh manusia adalah malapetaka yang perlu di tangani. Menghalau ia keluar memerlukan asas yang kukuh untuk menghapuskan nya. Masa yang di perlukan untuk kembali bersih dan sihat mungkin mengambil jarak yang tertentu. "Air" selalu nya menjadi anasir "penawar" yang utuh bagi tubuh manusia. Selain minum, berwuduk dan mandi dengan "air" adalah cara yang munasabah untuk kebersihan diri. Isi lah "air" itu dengan "nur" kebesaran yang wajid di taati seluruh makhluk di alam ini. Usaha ini adalah satu "jihad" yang perlu di perjuangkan oleh umat manusia dan setiap perjuangan perlu ada kesabaran nya.

Sihir "busong" ini yang di bawa oleh anasir gelap yang tidak berjantina boleh menyusup kepada mangsa lelaki atau perempuan. Bunting mistik ini kadangkala boleh di salah erti seperti angin pasang2 atau "hernia" dari segi perubatan sains. Bunting "angin" ini atau "busung" telah lama menjadi menyakit misteri yang di alami beberapa manusia yang menjadi mangsa. Perlu di ketahui, anasir gelap yang membawa penyakit ini boleh berkeliaran di tempat suci walaupun di kelilingi ayat suci. Sebab jasmani dan rohani di pisahkan dengan talian yang amat tipis di mana hawa "nafsu" dan ingatan "iman" bergelut di dalam "nyawa" untuk kemajuan jasmani dan rohani.

Sebab "ilmu hitam" boleh berlaku serta merta seperti magik kerana tidak di ukur oleh "masa" dari dimensi mereka. Pilihan yang mereka buat untuk mengambil "jalan pintas" ini akan mengundang musibah kepada umat manusia.  Ilmu Tuhan perlu di anuti dengan kesabaran dan keyakinan untuk mengukur kekuatan "iman" bagi mendapat kesempurnaan nikmat. "Masa" yang telah di ukur dengan jarak memerlukan putaran nya untuk membawa segala bahan yang secukupnya dalam satu bungkusan nikmat. Ketentuan kadar buruk dan baik yang telah di catu sebelum "masa" itu bergerak memerlukan percaturan khusus untuk manusia mengnikmati nya. Tanpa pahit hempedu tidak akan manis madu. Jika manis itu ingin di rampas dahulu sebelum pahit itu di rasa, segala2 nya akan menjadi tawar kemudian nya. 

Perlu kita ketahui bahawa "gambar" kita yang berwajah boleh di gunakan untuk memuja semangat bagi tujuan mistik. "Tarikh lahir" dan juga nama "ibu" boleh di gunakan untuk mengenal pasti "sinti ruhum" jasad tubuh manusia selain dari bahan DNA dari jasad tubuh itu untuk di aplikasikan dengan mutasi tertentu semasa "sihir" itu di hasilkan. Peranan menyeru "kajamah" di bumi di mana "tanah" di gunakan sebagai bahan asas kejadian jasad tubuh. Anasir "angin, air, api dan tanah" ini sangat penting dalam urusan mutasi "sihir" mistik ini. Jiwa hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang menjadi kembar jiwa rohani ini akan di halang supaya putus hubungan. Di sinilah kita sangat memerlukan bantuan "ruh" kita yang suci itu. Hanya "ruh" kita yang suci ini dapat berhubung dengan zat yang Maha Berkuasa di mana Rasulullah adalah pengasas nya.

Bukan kah "benih" Rasulullah itu ada di dalam jasad tubuh kita? Bukan kah kita ini umat Nabi Muhammad? Baka Nabi besar kita masih ada dalam DNA kita yang boleh di aktifkan. Dalam kajian sains kerohanian ini kami pemandang serius ancaman "sihir" dari anasir gelap yang menceroboh jasad tubuh manusia. Benteng pertahanan diri dan inmiun daya ketahanan jasad tubuh perlu di aktifkan untuk menjaga kestabilan jasmani dan rohani. Kita memerlukan Rasulullah untuk menjaga kesejahteraan "diri" kita. Inilah rahsia yang perlu kita bongkar untuk cari "penawar" itu. Sifat dua puluh kalimah nafi isbat munafi musabat dan sunnatullah sifat Rasulullah yang tersembunyi di dalam jasad jasmani dan jiwa rohani ini perlu di aktifkan. Bangkitkan "qursani" itu sehingga ia dapat berdiri teguh menjaga benteng "diri" kita dari ancaman jin dan syaitan.

Nafas yang kita hidu bukan hanya oksigen yang di sedut. Udara oksigen ini ada rahsia pernafasan yang boleh membawa manfaat ke dalam jasad tubuh kita. Oksigen yang di "isi" akan masuk kedalam pembuluh darah ke seluruh urat saraf. Karbon dioxida yang tertinggal di dalam tubuh perlu di halau keluar. Ini juga cara kita bersihkan pembuluh darah yang tersumbat yang mengakibatkan penyakit "al akhmar" yang di bawa jin tertentu. "Angin" penyakit "busung" yang masuk kedalam usus perut ini boleh kita lihat apabila ia bergerak ke kiri dan ke kanan perut kita. Ini lah "angin" santau yang perlu kita halau keluar dengan zikir pernafasan yang tertentu.

Edit 16.6.13

Pernafasan kita sebenar nya adalah fungsi "nyawa" yang banyak membawa manfaat kepada bahtera jasad tubuh. Udara oksigen ini perlu kita gunakan dengan lebih bermakna. Sebab "ruh" itu di jadikan dengan satu "tiupan" dan nafas kita untuk bernyawa sebenar nya hanya senafas.  Nafas. Nufus. Ampas dan Tanapas ini membawa fungsi nya yang tertentu ke saluran angauta tubuh dan juga organ dalaman. Perlu kita ketahui bahawa karbon dioxida adalah gas bahan buangan yang perlu di keluarkan dari jasad tubuh. gas ini lah yang di gunakan jin dan syaitan untuk bernafas. Jika gas karbon dioxida ini dan sisa buangan oksigen mengandungi "inti pati" larutan "nyawa" yang telah di pergunakan yang sangat di perlukan jin dan syaitan untuk kesuburan benih baka mereka. Segala penyakit dan kuman datang dari pembiakan jin dan syaitan. Mereka lah sebenarnya pembawa virus segala penyakit dan kuman yang mengancam kesejahteraan manusia.

"Nafas" kita perlu di perlihara dengan penuh keshukuran. Perkataan yang kita lafazkan dengan udara karbon dioxida sebenarnya adalah pengunaan hawa "nafsu" dengan bahang haba nya. Nafas yang masuk dan keluar ini ada bahan buangan nya dan juga penyerahan budi setelah nikmat itu di rasai. Kajian "nafas" ini perlu kita perdalami untuk ketahui urusan nya.

Setiap nafas yang kita hirup akan membawa nikmat ke dalam jasad tubuh kita. Tanpa nafas ini "hati" tidak dapat menyalurkan perasaan deria rasa nya dan "otak" tidak dapat  menghulurkan kesedaran mental nya. Jika saluran ini tersumbat dan "nafas" yang di bawa oleh oksigen tidak dapat disalurkan keseluruh rongga urat saraf melalui darah yang mengalir, kesihatan jasad tubuh akan tergugat. Nafas itu perlu sampai ke dalam lubuk "hati" di mana "otak" kita akan menerima bahan oksigen yang di perlukan untuk dapat kesedaran yang sepenuhnya.

 





Sabtu, 3 Disember 2011

Makrifat

Renungan bathin yang khusyuk perlu melalui pancaran cahaya dari sinaran tenaga "iman" yang kuat. Kerana pandangan bathin memerlukan sinaran cahaya yang tinggi untuk melepasi hijab anasir gelap. Mata kasar kita juga memerlukan cahaya untuk melihat sesuatu di dunia yang nyata. Namun dunia ghaib memerlukan cahaya yang lebih tinggi dari sinaran matahari.

Kembara makrifat banyak arena nya. Ada yang ingin bersiar siar di ruang angan angan untuk beriadah sambil menjenguk kenangan lama. "Mata hati" mempunyai kebolehan nya yang amat unik. Di dalam dunia kerohanian, "makrifat" di gunakan untuk pelbagai urusan. Jika kita masih boleh menjelajahi sesuatu tempat yang pernah kita lawati dengan menjengok kenangan silam, ada yang melampaui jangkauan masa dengan melepasi masa depan.

Pandangan "makrifat" di gunakan oleh banyak ahli nujum untuk mencari rahsia alam. Si tukang tilik akan cuba melangkah balik di masa silam untuk mengenal pasti peristiwa tertentu. Ada yang cuba menjengok di masa hadapan demi mencari kepastian muslihat. Bila "mata hati" di gunakan unuk mencari rahsia alam, kemungkinan besar ada yang mengunakan "makhluk ghaib" untuk membantu memandu arah. Sebab dunia ghaib lebih di fahami "makhluk ghaib" untuk mengetahui rahsia nya.

Sebelum Rasullulah di lahirkan, langit ketujuh sering di cerobohi untuk mencuri rahsia nya. Tetapi setelah Rasululah di lahirkan, langkit ketujuh di tutup rapat untuk menghalang segala pencerobohan demi melindungi rahsia nya. Hanya "ruh" sahaja yang boleh masuk di kawasan larangan ini semasa "urusan rasmi" di waktu tidur. "Kembara Tidur" adalah sesuatu yang penuh dengan misteri kerohanian. Di situ lah urusan masa silam dan masa hadapan di semak dan di periksa.

Urusan "nyawa" ini mempunyai "qada' dan qadar" nya. Percaturan "jangka hayat" bagi setiap nikmat akan di teliti sehalus halus nya. Jangka masa bagi setiap nikmat dan musibah akan di catu dan di imbangi. Sesunguh nya Tuhan Maha Adil bagi setiap urusan. Umur yang panjang dan yang pendek bukan di ukur dengan jarak masa. Rahsia hidup dan mati telah di serahkan kepada "diri" kita untuk membuat keputusan. Daun yang tumbuh dan gugur di pohon "nyawa" boleh di baja dengan do'a dan pupus dengan putus asa.

Renungan "makrifat" memerlukan lampu suluh yang kuat. Banyak yang boleh di terokai dengan tenaga bathin untuk mengetahui rahsia alam. Jiwa manusia yang sedang tidur boleh di jejaki untuk urusan peribadi. Hanya "ilmu" yang tertentu dapat mencari atau mengenal atur cara. Kesedaran manusia perlu bertemu dengan wujud nya Tuhan. Perkakas bathin perlu lengkap untuk menjelajahi alam ghaib.   

Edit 25.2.14

Tetapi "makrifat" yang sebenar nya jauh lebih hebat dari apa yang kita jangka kan. Mengetahui yang ghaib bukan sesuatu yang boleh kita capai tanpa bahan asas nya. Bertemu kewujupan dan kehadiran Tuhan bukan sesuatu yang boleh kita tembusi secara kebetulan. Tekad untuk menuntut rahsia yang tersembunyi di sebalik kenyataan alam perlu di terokai dengan "tarikat" yang sebenar. Dua jiwa yang ada pada diri kita perlu kita kenal dahulu. Jika kita masih belum kenal diri kita sendiri bagaimana mungkin kita dapat mengenal kewujupan Tuhan. Akhlak kita perlu setanding dengan akhlak Rasulullah. Hanya sesiapa yang mempunyai sifat Rasulullah sahaja yang boleh "israq" dan "miqraj" bertemu dengan Maha Pencipta. "Hijab" yang menghalang dinding perpisahan itu perlu di tembusi. "Hati" kita perlu di cuci bersih dari segala daki dosa yang melekat. Sebab hawa "nafsu" kita itu buta dan perlu di asuh dengan pandangan ingatan "iman" pada sinaran  cahaya "ilmu" hakikat.

Sejauh mana kita mengunakan ingatan "iman" kita untuk berada di dalam kesedaran bersama Tuhan Yang Maha Pengasih. Berapa detik "masa" di dalam setiap saat waktu yang kita gunakan untuk mengigati Allah swt. Setiap hari yang kita lalui di dalam 24 jam itu, berapa lamakah kita gunakan untuk mengingati Allah swt. Hampir 8 jam di gunakan untuk tidur, dan baki 16 jam itu kita gunakan untuk mengurus kehidupan. Mungkin hanya seminit dua di dalam setiap sembahyang kita khaskan untuk cuba menghadirkan diri bersama Allah swt. Kekhusukan sembahyang tidak dapat di jamin. Tetapi apakah kita hanya perlu mengingati Allah hanya di dalam sembahyang??? Selepas "salam" Allah swt tidak wujud lagi di alam kita.

Dapatkah kita membawa diri kita merasa kesedaran bahawa Allah swt itu wujud dalam setiap detik waktu yang kita lalui. "Hu" yang kita hembus dengan pernafasan tidak sambung pada hijab "makrifat" untuk berghubung dengan kehadiran Allah swt. Ingatan "iman" adalah tenaga yang kita gunakan untuk berhubung dengan Tuhan. Kehadiran Allah swt perlu di jemput dengan hasrat untuk bertemu di dalam perhubungan sulit yang amat halus. Dunia ini sangat melalaikan kita sehingga setiap detik waktu di dalam "masa" itu terlepas di hanyut gelora hawa "nafsu" yang buta. GPS jiwa kita selalu tersasar dari landasan "siratalmustaqim" untuk menjalin "siratulrahim" bersama Allah swt. "Makrifat" untuk melayari frekuensi jalur lebar ruang elektromagnetik di mana pancaran sinaran cahaya "satelit" kita dapat menangkap resepsi kehadiran Allah swt perlu di aplikasi dan di aktifkan.

Tidak inginkah kita bermesra dengan Allah swt???? Tidak inginkah kita menjalin hubungan sulit untuk menjadi kekasih nya??? Menitis kah perasaan "rindu" untuk merasa pelukan Nya???? Mengapa kita begitu "sombong" untuk bertegur sapa???? Sedangkan "nyawa" di hidup ini dan apa yang kita nikmati di saat ini, adalah pemberian suci Allah swt dengan kasih sayang Nya!!!! Sesungguh nya kita adalah seorang yang tidak mengenang budi!!!!!! Keangkuhan kita melampaui tabiat kebanggaan yang di miliki syaitan. 

Sujudlah wahai teman ku!!!! Serahkan lah jiwa kita kepada Allah swt yang sanggup curahkan kasih sayang yang tidak terhingga. Peluk lah AR-Rahman, cium lah AR Rahim!!! Dia sangat mengasihi kita!!!! Allah swt sangat layak kita cintai!!! Dia selalu bersama kita tetapi kita yang tidak mahu mendekati diri Nya. Mengapa begitu!!!! Apakah kita terlalu tinggi martabat nya??? Nafikan lah segala kewujupan di sekeliling kita dan tumpukan perhatian kepada kehadiran Allah swt. Percayalah!!!! Akan hilang segala resah dan gelisah yang menyelumuti jiwa kita apabila kita di dakap dalam pelukan Nya.

Bagaimananpun, "makrifat" ini boleh di apklikasikan kepada urusan yang jauh dari pencapaian deria panca indera yang lima. Renungan "makrifat" dari sudut pandangan mata "hati" bukan hanya sekadar tinjauan yang rambang. Jika kita mempunyai kekuatan bathin yang tinggi, ruangan ini boleh di gunakan untuk urusan tertentu. Meninjau jelmaan bayangan "bathin" dari jasad tubuh yang tertentu, dengan seruan untuk menuntut keadilan atau "hak" tertentu kepada jiwa jasad tubuh itu. Setaip "insan" di tadbir oleh dua tenaga yang berbeza. Sebab itu kita di jadikan untuk melalui dua alam yang berbeza, yaitu semasa sedar dan semasa tidur.Jembatan yang menyambung di antara jasad dengan jiwa nya amat tipis.

Sebab itu "wajah" setiap manusia mempunyai "identiti" yang boleh di kenal pasti. Tidak perlu kita cari jasad tubuh seseorang itu apabila "jiwa" nya boleh kita seru. Manusia yang berlagak sombong dan melakukan pengkhianatan boleh kita tuntut pembalasan. Kecangihan ciptaan Tuhan sangat halus untuk kita kenal atur cara nya. Seruan "makrifat" ini sangat berkesan jika kita tahu atur cara nya dan cukup syarat yang di perlukan. Sebab sains kerohanian dalam urusan ini tidak boleh kami dedahkan begitu sahaja. Kami khuatir penyalah gunaan kuasa ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada si mangsa dan juga pengunanya. Amalam ilmu bathin dengan jurus "makrifat" dapat memberi kesan kepada "subjek" tertentu apabila "hak" itu di tuntut dari "jiwa" nya. Itulah mengapa alam mistik boleh menembusi alam kenyataan apabila "langit" dan "bumi" itu mempunyai saluran yang boleh di hubungkan.      

Edit 4.5.14

Kebanyakan kita tidak ketahui bahawa "akal" fikiran kita mempunyai gelombang "otak" yang di jana tenaga elektrik. "Cahaya" boleh melintasi ruang angkasa dengan kelajuan yang paling pantas. Tidak ada yang lebih pantas dari kelajuan "cahaya" ini. Cuba kita bayangkan sesuatu dalam fikiran kita dan imaginasi itu boleh membawa kita sejauh mana yang kita ingin pergi dalam sekelip mata. Kita juga perlu tahu bahawa apa saja yang wujud di realiti atau alam fana ini adalah "cahaya beku" atau "solidified photon" yang terkumpul oleh daya tarikan graviti bumi. Mata kasar kita memerlukan "cahaya" untuk melihat dan "cahaya" ini adalah "granular digital" yang halus dan berkecai. Holographik "cahaya" ini boleh di pancar gelombang otak kita dengan "convergence" jiwa kita yang tersendiri untuk di tayangkan. Mungkin pada orang kebiasaan imaginasi itu hanya sekadar meninjau masa silam yang lampau, tetapi bagi setengah manusia, ia boleh meliputi ruang masa yang lebih jauh.

Kebolehan "jiwa" kita ini bukan satu mitos yang boleh di persendakan. Sebab kebolehan fikiran "akal" ini telah terbukti mendatangkan "ingatan" dan "ilham" yang luar biasa. Sebab "idea" ini boleh datang melawat dewan fikiran kita untuk menyalurkan maklumat. Alam fikiran kita amat luas dan tidak terbatas. "Akal" sebenar nya adalah satelit kepada "ruh" kita yang mempunyai jalur lebar yang jauh sampai ke pengetahuan Tuhan Maha Pencipta Alam. Sebab frekuensi itu berada di dalam "jiwa" kita dan kita sendiri yang perlu mengaktifkan nya supaya menghala kearah sesuatu tumpuan. Itulah secara automatik apabila kita mengintai Tuhan, Tuhan akan mengingati kita dan jika kita leka dan terlupa, Tuhan juga akan terputus hubungan itu untuk beri tumpuan. Allah swt Maha melihat tetapi Dia juga boleh tidak mahu memandang. Bukan kah Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang hamba Nya jika hamba nya itu tidak mahu mengubah nya???? Jadi mengapa kita putuskan hubungan itu???? Hubungan yang memberi naungan kepada kita untuk kesejahteraan dan keselamatan kita. 

"Marifat" ini adalah renungan jiwa yang sangat kuat. Cahaya pancaran nya sangat tinggi untuk menyuluh kearah tumpuan yang amat jauh. "Lampu suluh" ini sangat di perlukan orang yang ingin mencari sesuatu yang ghaib. Jika kita semak kajian sains terkini, kita akan dapati bahawa "elektromagnetik spektrum" penglihatan mata kasar kita terhad kepada cahaya yang tertentu. Gelombang cahaya radiasi alam di penuhi cahaya pelangi yang beraneka warna. Kekisi cahaya ini di hadkan untuk jarak yang tertentu. Itulah mengapa para saintis mengunakan cahaya ultra violet untuk melihat sesuatu yang amat halus seperti "kuman" dan "mikroorganisma" yang sekecil zarah atom. 

Jadi soalan nya adakah kita mempunyai "cahaya" itu untuk menyuluh sesuatu yang halus dan ghaib. Jika kita semak cahaya "aura" kita , kita akan dapati bahawa warna nya mengikut kekuatan "jiwa" sanubari kita. Itulah mengapa alam ghaib dapat melihat keadaan diri kita apabila "aura" kita yang pancarkan keadaan diri kita. Sinaran tenaga "aura" kita ini ibarat bunga api yang terpancar. Sesiapa saja yang berada di dalam kegelapan itu akan dapat melihat cahaya nya untuk mengenal pasti "identiti" diri nya.   Bukan kah Tuhan telah mengatakan bahawa Dia telah jadikan semua anak Adam yang lahir ke dunia seperti kain putih dan kita yang mencorakan warna nya??? Segala warna yang ada bermula dengan warna "putih" ini dan bertukar menjadi merah, kuning hijau dan biru. Kajian sains kerohanian kami telah melihat perkara ini dan mendapati "aura" kita ini sebenarnya adalah "identiti" diri kita. Keadaan "jiwa" kita adalah apa yang kita sendiri corakkan. 

Sains terkini juga telah mendedahkan bahawa "massa" dengan "tenaga" adalah sama. E=mc2 yang para saintis sedang kaji sangat menakjubkan. "Massa boleh bertukar menjadi "tenaga" dan "tenaga" boleh bertukar menjadi "massa" atau jirim. Jadi jasad dengan jiwa ini sebenar nya sama dan boleh bertukar dan berubah bentuk. "Tenaga" ini tidak pernah terhapus walaupun kita telah mati. jadi soalan Jiwa" ini masih relevan untuk kita soal siasat setelah kita mati. "Entropy" pada setiap "tenaga" yang terjadi pada "blakck hole" bukan pengakhir nya. Sebab "thermo dynamic principle" telah menunjukan bahawa "tenaga" yang terbuang ini masih boleh bergerak  untuk melakukan kerja yang tertentu dengan "haba" nya. Jadi soalan "qarin" ini menjadi satu tajuk yang perlu di kaji selidik.

Edit 23.6.14

Apakah kita perlu ada "makrifat" ini untuk mengenal kewujudan Tuhan. Sebab "wujud" adalah sifat yang paling utama kita terima dengan kepercayaan "iman" kita. Setiap "jiwa" akan bertanya dan mencari "di mana" kah agak nya Tuhan itu. Sebab soal "wujud" tentu ada "tempat" nya untuk kita "letakan" kepercayaan itu dalam "ingatan" dan "fahaman" kita, tetapi Tuhan di katakan tidak bertempat. Soal "mana" ini akan menjadi satu senjata yang akan di gunakan anasir syaitan untuk mengugat keimanan kita. Gulungan "ateis" akan mengancam untuk mencabar kepercayaan kita untuk tunjukan "bukti" dan "fakta" itu. Jika kita tidak dapat mencari jawapan ini, nescaya kita akan di jadikan sasaran untuk mengugat keimanan kita itu.

Melihat sesuatu yang "wujud" memerlukan "cahaya" dari pancaran mata kasar kita. Katakan kepada gulungan "ateis" ini bahawa "sains" terkini yang mereka agungkan dan "beriman" itu telah mengajar bahawa "elektronik spectrum" untuk "visibility" mata kasar kita terhad kepada warna "cahaya" tertentu sahaja. Jika kita ingin melihat sesuatu yang lebih halus dan ghaib, kita memerlukan "cahaya" yang lebih tinggi dan kuat. Jadi soal melihat Tuhan dapat kita nafikan dengan penjelasan ini. Tetapi soalan di "mana" ini agak rumit untuk kita beri penjelasan. Sebab tidak ada "dalil" yang kukuh untuk kita buat begitu. Apakah soalan itu tidak akan terjawab dan perlu di tinggalkan begitu sahaja dengan tanda soal yang tergantung????

Setiap orang yang beriman perlu ada jawapan nya. Jika tidak kita masih belum boleh mengaku kita sudah "beriman" dengan Ada nya Dia.   

Selasa, 22 November 2011

Ilham

Akal adalah sesuatu yang di beri kepada manusia apabila sudah cukup umur nya. Ini kerana pertubuhan jasad manusia perlu melalui tahap kesempurnaan dengan jangka masa tertentu untuk sampai ke tahap "matang" nya. "Baligh" adalah di mana manusia sudah bersedia menerima anugerah Tuhan yang paling besar. Di ketika itu lah manusia akan mula di hisab.

Tetapi sebelum itu sejak lahir, manusia hanya bergantung kepada "naluri" deria hawa "nafsu" untuk keperluan hidup nya. Lima panca indera adalah perkakas yang di gunakan hawa "nafsu" untuk memulai perjalanan hidup.Nurani "iman" akan sentiasa menuntut "hak" dengan berdoa kehadrat ilahi ketika hawa "nafsu" meminta keinginan nya. Tugas "iman" semasa sebelum "baligh" amat besar untuk melayan semua kehendak "naluri" hawa "nafsu". Kasih sayang yang di curahkan "iman" untuk memuaskan hawa "nafsu" tidak pernah luput. Semua yang di pinta akan di turuti.

Tapi sejak mula melangkah ke alam remaja semasa "baligh", manusia akan di hidangkan dengan "akal" untuk "iman" memegang tugas amanah yang amat berat. Di sini "iman" tidak lagi boleh memanjakan hawa "nafsu" dengan segala permintaan nya. Sebab "akal" membawa bekal "ilmu" untuk di sajikan dengan peraturan "amal makruf nahi mungkar". Informasi maklumat akan di sediakan untuk "mengenal" atur cara. Risiko dan akibat akan di kuat kuasakan.

Semasa zaman kanak2, hawa "nafsu" telah di didik dengan atur cara harian atau rutin harian. Pendidikan ini akan menjadi "tabiat" kepada hawa "nafsu". Jika "iman" yang sekarang sudah di beri "akal" untuk memegang tangung jawab menentukan yang "hak" dan yang "bathil", sudah tentu amalan rutin harian yang menjadi "tabiat hawa "nafsu" perlu di sekat. Di sinilah bermula tugas "iman" yang amat berat. Jika tanpa "ilmu" dari "akal", sudah tentu hawa "nafsu" ini tidak dapat di tundukkan.

Namun tenaga nurani "iman" akan selalu bersambung dengan saluran informasi "akal" melalui daya "ilham" yang di hulurkan tenaga "ruh". Di sinilah "akal" menyalurkan "buah fikiran" untuk kita memahami keadaan. di realiti. Sebab "ruh" akan sentiasa memberi tumpuan tentang keperluan "nyawa" semasa di kandung badan. Apabila "iman" berdoa meminta sedekah "ilmu" untuk pengetahuan nya, "akal" akan menjadi saluran satelit untuk menyampaikan "ilmu" untuk di pertimbangkan. Sebab "ruh" tidak pernah memaksa "iman" menerima semua apa yang di hulurkan melainkan "iman" itu sendiri perlu memahami maksud yang tersurat.  Segala saluran informasi maklumat dari "akal" hanya lah satu cadangan yang di sajikan untuk di pertimbangkan. Sebab daya tenaga "iman" berpaut kepada berat muatan "ilmu" yang menjadi "ingatan" nya sedang hawa "nafsu" mengunakan daya tarikan graviti untuk mendapat ramuan perasaan dari panca indera nya. Kita akan selalu di asak membuat "pilihan" di antara saranan itu.

Edit 21.1.14

Di laluan "ingatan" ini akan ada "lintasan" yang menghulur informasi maklumat yang bukan dari sumber "ruh" yang suci. Jin dan syaitan juga mempunyai kepentingan untuk mendapatkan peminat nya. "Bisikan" ini di jadikan jin dan syaitan untuk memperdayakan manusia. Tetapi "ilham" yang di salurkan "ruh" adalah sesuatu yang mempunyai keistimewaan nya. Itulah mengapa kita manusia perlu dapat membezakan di antara "bisikan" syaitan dan "ilham" yang suci. "Bisikan" syaitan selalu nya di salurkan kepada hawa "nafsu" yang buta. "Ilham" di salurkan kepada "iman" yang bisu. 

Benih "ilham" ini selalu nya akan membuat "jiwa" kita merasa nikmat yang menakjubkan dan "bisikan" syaitan selalu nya akan membuat kita merasa gusar dan ghairah. Menuntut "ilham" ini dari "ruh" kita perlu melalui satu tahap siratulrahim yang kukuh. Mengenal "ruh" ini akan menjadikan kita begitu "syahdu" melalui saat kemesraan yang akrab. Itulah mengapa kita perlu kenal dahulu "jiwa" kita ini untuk lebih tahu perangai budi pekerti nya. Jika kita masih belum dapat membezakan di antara hawa "nafsu" dan ingatan "iman" yang ada di dalam diri kita, bagaimana mungkin kita akan dapat tahu yang mana "bisikan" syaitan dan yang mana "ilham" yang suci.    

Edit 22.1.14

Perlu di ketahui, "ilham" bukan sesuatu yang datang tanpa di undang. Tetapi "bisikan" syaitan akan selalu menyusup tanpa di jemput. Informasi maklumat yang melintas lalu di dalam benak fikiran kita ibarat persimpangan lalu lintas yang sesak. Naluri hawa "nafsu" yang selalu menunggu di persimpangan itu ibarat "pengemis" di tepi jalan yang selalu mengharapkan imbuhan. Itulah mengapa "bisikan" syaitan bertugas di situ untuk beri pengkhidmatan. Namun "ilham" adalah tetamu yang perlu di undang. Sambutan kehadiran nya perlu di raikan dengan jiwa ingatan "iman" yang mengharapkan pedoman dan didikan. Fikiran "akal" perlu menjejaki "ilmu" pengetahuan yang di perlukan. "Ilham" di salurkan kepada jiwa yang mencari ketaakulan yang hakiki. Saranan dan cadangan itu perlu di sambut dengan kefahaman ingatan "iman" yang khusyuk. Saluran jiwa kehadrat ilahi perlu menghala kearah qiblat yang sah. Sumber segala "ilmu" hakikat tertakluk di puncak naungan Arasyi. Hanya "ruh" sahaja yang boleh menghirup setegok dua air di lautan yang luas itu.

Ruang jalur lebar elektromagnetik di atmophera angkasa, di kelilingi kosmologikal tetap dan graviti tarikan bumi. Apa saja yang ingin melintas lalu di ruang ini akan di sekat dan di tambat oleh ukuran "masa" yang telah menjadi "hukm hudud" alam semesta. Hanya"cahaya" sahaja yang boleh melintasi "hijab" ini dan menembusi ruang yang di penuhi anasir "gelap" yang menghalang kebolosan di luar orbit daya tarikan bumi. Ruang di luar ukuran "masa" ini lah di mana "ruh" kita boleh menjelajahi untuk mencari pedoman dan petunjuk. Laluan ini akan selalu di lalui oleh jiwa ingatan "iman" semasa kita terlantar tidur.

Telepati dan mencari informasi maklumat melalui lapangan kerohanian perlu mempunyai tenaga bathin yang kuat. Tenaga jiwa kita adalah "cahaya" yang terpancar di "aura" kita. Amalan "zikir" pada setiap kalimah mempunyai "tenaga" yang boleh terkumpul. Tetapi kita juga perlu tahu setiap "ayat" yang di baca mempunyai "suhu" yang tertentu. Ada "ayat" yang panas dan ada yang sejuk. Jadi kita perlu kenal yang "sejuk" dan yang "panas" ini. Jika tidak, jiwa kita akan mengalami ketidak stabilan yang kronik. Perlu kami sertakan di sini semasa "kalimah" tauhid di tulis di Arasyi, air lautan yang mengelilingi Arasyi itu mula berkocak sehingga "kalimah" Rasul di sertakan di sebelahnya sehingga buat air lautan itu menjadi tenang. Imbangan "tenaga" bathin ini sangat penting di dalam setiap amalan dan zikir. Kita perlu ingat bahawa Allah dan Rasul Nya selalu perlu bersama untuk imbangi setiap keadaan. Alam ini di jadikan dengan ada nya siang dan malam. Ada matahari dan bulan. Mengapa begitu?????

Kalimah "tauhid" yang menjurus kepada kudrat dan iradat illahi sememangnya mempunyai "tenaga" yang sangat teguh dan kukuh. Jika kita tidak mengimbangi dengan "kalimah" Rasul, nescaya kita tidak mungkin dapat menampung "berat muatan" yang begitu agung. Hanya Rasulullah sahaja yang mempunyai kebolehan untuk menampung perisian itu. Jika kita tidak mengimbangi "amalan" kita dengan sunnah Rasulullah, jiwa kita tidak akan dapat memikul bebanan itu. Itulah mengapa setiap amalan yang kita lakukan perlu di "iktiraf" Rasulullah. Sebab "ijazah" yang di beri Rasulullah meliputi langit dan bumi yang di seru sekalian alam. Rahsia Rasulullah ini perlu kita timba untuk menjadi seorang yang benar benar ingin mengenal Allah swt. Tanpa Rasulullah, tidak sesiapa dapat mengenal Zat dan Sifat Allah swt. Selagi kita tidak berkasih sayang dengan Rasulullah, selagi itu kita masih jauh dari Allah swt. Bukan kah Rasulullah yang memperkenalkan kita kepada Allah swt? Siapakah yang pernah naik bertemu Allah swt Zat Maha Pencipta????

Jika Rasulullah mendapat "wahyu" dengan perantaraan malaikat Jibril a.s., kita sebagai umat nya berhak mendapat "ilham" sebagai "baka" keturunan dan umat nya. Sudah tentu ada malaikat yang bertugas untuk urusan ini. Jika "jiwa" kita masih jauh dari perangai dan budi pekerti Rasulullah, apakah kita berhak menuntut "ilham" itu datang memberi pertunjuk dan pendidikan kepada kita. Mandikan lah "jiwa" kita dengan kesucian Rasulullah. Bersihkanlah "hati" kita seperti mana "hati" Rasulullah itu di cuci oleh malaikat Jibril a.s. sebelum menerima "wahyu" illahi. Segala daki dosa yang melekat di dinding "hijab" perlu di gosok dan di sental dengan kalimah "tauhid" dan di asuh dengan amalan sunnatullah agar ia bersinar kembali. Kamar yang bercahaya perlu melepasi dinding "jiwa" agar ia dapat terpancar keluar menyuluh perjalanan hala tuju. Jika tidak, kita akan selalu di selubungi kegelapan dan meraba raba dengan kebingungan. Orang yang sesat itu sebenar nya yang tidak nampak hala tuju kebenaran.

"Ilham" boleh di salurkan kepada setiap peminat sehingga ia sampai keperingat "laduni" yang begitu menakjubkan. Ruang ini bukan untuk orang "munafik" yang cuba bertopengkan muslihat. Ingat pesan Rasulullah, sesiapa yang ingin mengasihi aku, maka bersedialah menerima ujian hidup yang amat berat. Maruah diri tidak lagi boleh di pertahankan apabila keikhlasan perlu di laksanakan. Penderitaan adalah sesuatu yang "wajib" untuk kita rasai sehingga kita "reda" pada setiap musibah hidup. "Hikmah" yang tersembunyi di sebalik setiap azab dan sengsara, perlu di sambut dengan kesabaran tanpa perlu menuntut balasan.   

Rahsia Rasulullah yang selalu membalas kebaikan kepada setiap kejahatan patut di jadikan amalan seharian. Kematian orang yang di kasihi, kehilangan barang yang di perlukan, atau penipuan dan pengkhianatan yang di alami, mempunyai "hikmah" yang meletak kan "jiwa" kita di tahap yang lebih dekat kepada Zat Yang Maha Mengetahui. Allah swt bukan Tuhan yang buta, bisu atau pekak. Kita boleh meminta petunjuk dan bimbingan dengan kesabaran yang mutlak. Pampasan yang akan di beri sangat besar dari apa yang telah kita kerugian. Berharap pada belas kasihan NYA dan belaian mesra untuk ketenangan "jiwa" yang sedang merana. Apa saja yang berlaku di sekeliling kita adalah "bahasa" Tuhan yang perlu kita fahami. Wujud nya Allah swt sangat nyata sehingga setiap detik waktu Tuhan akan berkomunikasi untuk sampaikan isyarat. Jika "jiwa" kita tidak bersama Rasulullah, nescaya kita tidak akan nampak kehadiran Allah swt di setiap detik waktu. Hanya Rasulullah sahaja yang boleh menunjukan kehadiran Tuhan di alam nyata ini. Orang yang di salurkan "ilham" dan "laduni" ini sentiasa bersama Allah dan Rasul NYA. Mereka akan bertutur bicara dalam setiap perkara yang berlaku untuk mendapat pedoman dan pertunjuk.

Jika tidak kita masih terperosok di selubungi alam yang penuh dengan kabus duniawi. Frekuensi dan dimensi di luar alam duniawi tidak mungkin tercapai oleh mata kasar dan "jiwa" kita yang taksub dengan urusan keduniaan. Hidup di dunia ini bukan realiti yang sebenar nya. Ruang elektromagnetik yang menyelubungi kita mempunyai frekuensi dan dimensi dengan getaran yang berbeza. Eletromagnetik spektrum yang terpancar oleh penglihatan mata kasar mempunyai kekisi yang berbeza. "Cahaya" untuk melihat ruang yang lebih jauh memerlukan "tenaga" yang lebih tinggi. Sains kerohanian bukan sesuatu yang tidak pernah di beri tunjuk ajar kepada umat manusia. Kita terlalu leka pada kenikmatan dunia dan terlalu taksub dengan kemajuan sains dan teknologi. Jika pencapaian elektronik yang cangih boleh mengunakan "jalur lebar" untuk kita berkomunikasi dengan talian handphone tanpa wayar, apakah ruang eletromagnetik ini terhad pada perkakas dan alat buatan manusia itu sahaja. Sudah pasti ruang eletromagnetik ini boleh kita jelajahi tanpa perlu mengunakan sebarang alat atau perkakas. Sebab manusia mempunyai perisian yang lengkap dan boleh melintasi ruang atmosphera dengan perisian "jiwa" nya. 

Edit 24.1.14

Imaginasi adalah kawasan di mana fikiran kita boleh tersesat di lapangan yang amat luas. Angapan, tangapan dan andaian adalah di mana jin dan syaitan selalu mencelah untuk menabur benih "buruk sangka" yang sangat merugikan setiap manusia jika kita terjebak pada "jerat" yang di pasang. Ini yang kadang kala di salah tafsir kebanyakan manusia sebagai "ilham" yang di terima. Di sinilah "tomahan" dan "tuduhan" di lemparkan tanpa melihat bukti dan fakta yang hakikat. Apabila kita akan sering melalui babak hidup yang sentiasa di landa musibah dan malapetaka, kita akan cuba membuat "post mortem" tentang apa yang telah berlaku untuk dapat sedikit jawapan dengan penyiasatan peribadi kita pada "sebab dan musabab" mencari punca angkara.

Apabila fakta dan bukti kenyataan masih kabur pada kebutaan kita, jin dan syaitan akan menyalurkan "maklumat" untuk buat penjelasan. Bara kemarahan akan di bakar agar menyala di  naluri jiwa hawa "nafsu" sehingga kewarasan "akal" di tengelami supaya nurani ingatan "iman" akur dengan theori tangapan itu. Setiap manusia yang sepatut nya di beri kepercayaan sehingga terbukti bersalah akan di tuduh sebagai penjenayah tanpa sebarang bukti dan fakta yang shahih. Suasana yang dahulu nya riang dengan kemesraan di cemari oleh "sangkaan" yang buta. "Bisikan" ini amat merbahayakan manusia. Jika setiap manusia memerlukan pertunjuk dan pedoman pada sesuatu yang "ghaib" dari pengetahuan kita, jangan sekali kita melulu menbuat andaian tanpa usul periksa fakta dan bukti nya. Di sinilah kita akan terjerumus ke lembah bencana yang di sengajakan.

"Ilham" itu datang membawa kebaikan untuk manfaat diri kita. "Hati" di mana curahan rahmat itu di beri akan di sambut "iman" dengan "akal" fikiran yang waras. Jika jiwa ingatan "iman" masih kotor dan berdaki, tidak akan singgah "rahmat" ini di sekeping tanah yang bernajis. Sistem "reda" amat di perlukan setiap manusia. Di situ akan terlindung segala "buruk sangka" yang akan di lemparkan jin dan syaitan. "Reda" ini satu "penawar" yang sangat mujarab yang amat di benci jin dan syaitan. "Hikmah" adalah sesuatu yang paling ajaib untuk kita perhatikan kemunculan nya. Sebab urusan Tuhan tidak berlaku dengan serta merta dan perlu melalui jarak "masa" yang telah di tetapkan. Di sinilah "kesabaran" perlu di aktifkan agar jiwa merasa tenang. "Kesabaran" ini di miliki Rasulullah dan kita wajib mengamalkan nya.

Mengubati "jiwa" kita bukan apabila telah tenat. "Penawar" ini sentiasa perlu di ambil setiap berkala apabila ancaman itu sering berlaku. Di antara "reda" dan "kesabaran" itu akan datang "hikmah" untuk menghulurkan salam. "Hati" di mana "perasaan" itu tercurah dan "otak di mana "akal" fikiran itu berputek, boleh terima anugerah "ilham" selagi "niat" yang buruk itu masih belum di selengarakan. Di ruang inilah kita perlu tunggu kedatangan "kabilah" yang suci ini. Sebab "niat" yang berada di dalam "hati" akan di perhatikan Tuhan. Dan jika ada "keredaan dan kesabaran" di situ, "hikmah" akan di berikan melalui "ilham" ini. Sebab "ilham" sebenar nya adalah penunjuk jalan yang benar. "Siratalmustaqim" ini amat halus dan berlaku tanpa kesedaran kita yang realistik. 

Bukan kah kita selalu meminta "siratalmustaqim" ini di setiap sembahyang kita????? Tetapi kebanyakan kita hanya menyebut ayat bacaan itu tanpa sedikitpun mengharapkan kejadian nya. Jika kita menuntut "siratalmustaqim" ini dengan sebenarnya, apakah kita akan melangkah pergi di atas muka bumi ini dengan membuat angkara kerosakan dan permusuhan seperti orang Dzahlim. Terputus nya hubungan kita dengan Tuhan adalah angkara segala musibah hidup yang melanda. Tidak akan berlaku sesuatu bencana apapun selagi "ingatan" di "iman" kita masih dalam talian kepada Allah swt. Kita berhubungan dengan Tuhan dengan talian "ingatan" ini. Kelekaan kita yang buat kita terputus hubungan itu dan terbiar di lapangan yang penuh ancaman musibah. 

Edit 12.11.14

Jika secara realiti di alam nyata ini, kita boleh berkomunikasi dengan sesiapa saja di atas muka bumi ini tanpa perlu bersua muka dengan menggunakan frekuensi jalur lebar di "ruang" atmosphera ini. Apakah yang membawa "suara" kita itu sampai kepada seseorang itu yang jauh di hujung dunia ini. Jika ini satu realiti yang telah terbukti, mengapa tidak "doa" dan "permintaan" kita tidak boleh sampai kepada Allah swt yang Mencipta seluruh alam maya ini. Bukan kah Allah swt lebih berhak menggunakan "ruang" angkasa ini untuk mengurus setiap makhluk Nya.  Mengapa kita tidak "yakin" bahawa Allah swt boleh mendengar segala kelohaan dan kerinduan kita. Apakah ada halangan untuk Allah swt  menyahut seruan kita yang sangat memerlukan bantuan dan perlindungan Nya. 

Apakah kita tidak boleh "berbicara" dengan Allah swt secara terus dan perlu menggunakan perantaraan. Allah swt menggunakan sistem "open door policy" di mana sesiapa saja di antara hamba nya boleh datang untuk menyuarakan hasrat di hati tanpa perlu bersua muka. Sebab "wajah" kita yang sebenar nya bukan "muka" yang kita anggap sebagai diri kita itu. "Muka" itu untuk di pandang sekalian makhluk alam tetapi "wajah" kita itu tidak pernah berbohong dan menipu. Jika kita sendiri yang "nafikan" Allah swt itu bagaimana kita mengadu tidak mendapat layanan yang di perlukan. 

Kita sangat memerlukan "ilmu" itu untuk dapatkan "kefahaman" bagaimana untuk "bertemu" dengan Allah swt dengan segala hajad yang di minta. "Hijab" yang menutup tirai itu perlu di buka supaya "hati" kita itu boleh menampung "kesucian" yang di perlukan untuk menghadap Zat Yang Maha Mulia itu. Segala "daki" dosa itu perlu di cuci bersih dari segala najis yang kotor. Pakaian "keimanan" dengan kemesraan kasih sayang dan kerinduan perlu di sarungkan untuk datang menghadap sebagai "tetamu" yang di muliakan. Apakah yang ingin di lihat Allah swt pada diri kita itu untuk di terima sebagai "tetamu" Nya. Apa juga "ilmu" yang kita miliki tidak boleh bercanggah dengan segala "hakikat" yang di tetapkan. Dia adalah "Raja" yang memberi kita kehidupan ini. Jika kita mempunyai "ilmu" yang "hakikat" itu sudah pasti Allah swt akan "pandang" kita dengan kagum dan kebanggaan.   


Dosa kesalahan dan kemungkaran kita adalah tirai yang menutup "hijab"" itu di antara kita dengan Tuhan. Sebab Allah swt tidak akan memandang "wajah" yang kotor  dan berdaki dengan dosa. Apabila perhatian Allah swt itu tidak tertumpu kepada "wajah" kita, maka kita tidak akan dapat "taufik dan hidayah" dari pandangan itu dan kehidupan kita akan di urus oleh kuasa "sebab dan musabab" tanpa campur tangan Allah swt yang membiarkan kita dengan kemungkaran kita. Itulah mengapa Tuhan berkata "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mahu mengubah nya." Di situlah kita akan berada di dalam kesesatan yang nyata tanpa "petunjuk" jalan "siratalmustaqim". Jalan "siratalmustaqim" ini sangat di perlukan oleh setiap yang bernyawa. Kerana sifat Allah swt yang Maha Mengetahui tentang "hakikat" kebenaran perlu kita perolehi dengan segala "doa" yang di pinta.

Petunjuk dan didikan Allah swt sangat kita perlukan untuk dapatkan hala tuju yang sebenar. Kita sebenar nya "buta" di dalam kegelapan ini dan sedang meraba raba untuk mencari jalan yang benar. Tanpa "kefahaman" yang kita terima melalui "idea, ingatan dan ilham", kita akan tersesat jalan dan terjerumus ke lembah kesusahan dan penderitaan. Bukan kah kita sangat memerlukan "kepandaian" itu untuk melakukan apa saja dalam kehidupan kita. Kita pergi belajar dari keringkat tadika, sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti untuk dapatkan "kefahaman" itu dari semua "ilmu" yang di taburkan di merata alam maya ini. Si Buta ini sedang meraba raba di dalam kegelapan untuk mencari cahaya "nur" itu yang sudah tersebar luas di merata tempat. 

Semua "ilmu" ini memerlukan "kefahaman" yang di simpan ingatan "iman" sebagai "sauh" keyakinan. Besi "qursani" dari serpihan cahaya "nur" pada "ilmu" itu perlu di tarik "graviti" hawa "nafsu" kita ke jasad tubuh untuk di simpan dalam ingatan "iman" sebagai "satelit" yang memancar resepsi di ruang elektromagnetik untuk mencari "jawapan" itu yang pernah di tanya "Bukan kah Aku ini Tuhan kamu?". Jika "idea, ingatan dan ilham" itu tidak pernah di hulurkan kepada setiap manusia atau hamba Nya, nescaya kita akan tersesat jalan dari "siratalmustaqim" itu. Bukan kah itu yang kita minta di setiap kali kita sembahyang? Selagi kita masih "sujud" di atas muka bumi ini, selagi itu Allah swt  tidak akan pernah meninggalkan kita bersendirian. Apabila kita "ingat" kepada Allah swt, secara automatik Allah swt akan akan beri tumpuan.

Kemana saja kita melangkah  pergi, Allah swt akan sentiasa memberi peringatan supaya kita datang kepada nya sebagai "jemputan" yang di undang. Ini sesuatu yang tidak boleh kita nafikan kerana di mana saja kita berada kita akan di kejutkan dengan ada nya Tuhan dan lambang itu tersebar luas di merata tempat. Apabila "ingatan" itu datang kepada kita secara spontan, kita harus sedar bahawa Allah swt sedang menjemput kita sebagai "tetamu" di dalam majlis jemaah Nya. Tapi kita yang selalu mengabaikan "jemputan" Allah swt itu. Pergilah kemana saja kita akan bertemu dengan bayang Rasulullah yang menunjukkan ada nya Allah swt. Itu lah permulaan nya kita menerima "ilham" dari Allah swt dan jika kita terima "jemputan" itu dengan penuh reda dan keikhlasan, "ilham" itu akan menjadi bertambah kuat apabila ingatan "iman" kita di jadikan resepsi pada "satelit" itu.

Pergilah melangkah kemana saja, di situ kita akan sangat memerlukan kehadiran Allah swt untuk membimbing dan melindungi kita di dalam setiap detik waktu. Itulah mengapa Rasulullah sentiasa berdoa "Jangan lah lepaskan diri ku pada diri ku sendiri walaupun sekelip mata". Siapa kah yang tahu apa yang tersembunyi di hati hati manusia. Siapa kah yang tahu apa yang telah tertulis di kitab Al Lukh Mahfuz di mana "takdir" itu tercatat dan siapa kah yang tentukan "nasib" kita itu. Jika kita sangat perlu kan Allah swt, kita perlu tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan Nya dan bagaimana untuk terima "jawapan" itu. Allah swt tidak berkata kata dengan "huruf dan suara". Jika kita tahu "bahasa Tuhan" ini yang selalu tulus dan ikhlas tanpa sebarang kekeliruan dan kepalsuan, kita akan berada di dalam satu "frekuensi" di ruang jalur lebar ini yang sangat menakjubkan. Kegagalan kita mencapai tahap ini adalah dari sebab kelemahan diri kita sendiri yang tidak mampu masuk ke dalam ruang yang sangat indah itu. Inilah apa yang Rasulullah alami apabila dia di angkat menjadi Rasul dan utusan Allah swt. Walaupun "wahyu" itu sudah tidak ada lagi, tetapi "ilham" ini tidak pernah terputus sebab hubungan kita dengan Allah swt sentiasa "aktif" sehingga kita sendiri yang matikan talian itu. (Disconnected)

Kita terlalu taksub dengan pamiran duniawi dan terhibur dengan layanan yang di raikan. Apabila kita "pilih" syurga di dunia ini untuk dapatkan nikmat yang "palsu" dan "sementara" seperti mana hawa "nafsu" itu yang akan lapar setelah kenyang, haus setelah minum, penat setelah segar dan lena setelah terjaga, ingatan "iman" kita akan sentiasa sibuk untuk melayan kehendak hawa "nafsu" ini yang tidak pernah merasa puas. Apakah itu tujuan jasad tubuh kita itu di jadikan??? Mengapa hanya ingatan "iman" sahaja yang selalu hadir menjengah Allah swt, tetapi jasad tubuh itu tidak pernah datang ikut bersama.. 

Edit 22.11.14

Apakah menghubungi Allah swt itu amat rumit atau "complicated" sekali. Apakah talian itu selalu "engage" atau tidak dapat di hubungi. JANGAN SALAHKAN TUHAN!!!!! Allah swt selalu menghubungi kita tetapi  kita yang tidak mahu menjawab!!! Message dan pesanan yang di tinggalkan pun tidak di balas!!!! Apakah kita sudah begitu hebat sehinggakan kita tidak memerlu lagi bantuan dan petunjuk Allah swt. Segala gala nya kita sudah pandai mengatur dan mengurus hidup kita, konon nya dah "bijak" dan "pandai" membuat semua keputusan. Tapi selepas itu mengeloh dan mengadu nasib kita selalu gagal dan malang dan menyalahkan Tuhan kerana tidak adil dan zalim!!!! Mengapa kebodohan kita sendiri itu menjadi alasan untuk kita berpaling jauh dari Allah swt dengan membenci!!!!

Walaupun kita begitu sombong dan angkuh, Allah swt tetap menghulurkan "oksigen" itu untuk kita "bernafas" dan bersuka ria. Allah swt tetap sediakan rezeki untuk kita makan dan minum dengan sekenyangnya. Sifat tidak tahu berterima kasih inilah kekufuran kita yang menghalang kita mendapat "taufik dan hidayah" itu. Bersihkan lah "hati" itu wahai teman pembaca kami. "Hati" itulah tempat kita menghadap Allah swt. Itulah "qiblat" yang perlu kita hadapkan dengan penuh rela dan keikhlasan. Sebab "niat" ini adalah rahsia ketuhanan yang perlu kita perhatikan. Di situ lah pandangan itu selalu di tumpukan. Perhatikan lah "Al-Kahfi" di mana semua rahsia itu akan terbongkar dengan keajaiban kekuasaan Allah swt yang memimpin setiap hamba hamba Nya. Apakah "ilham" itu tidak akan tercapai oleh hamba hamba nya jika "siratalmustaqim" itu di sampaikan. 

23.11.14

Kita selalu melangkah di atas muka bumi ini untuk mencari "ilmu" pengetahuan. Semakin kita "pandai" dan "bijak", kita menjadi lebih angkuh dan sombong untuk menafikan "hak" Allah swt dengan pelbagai alasan. Itulah mengapa "ilmu" itu tidak pernah menjanjikan hakikat kebenaran. Kerana "kefahaman" pada sesuatu "ilmu" itu masih berada di tangan Allah swt. "Kefahaman" itu akan di nilai dari segala amal perbuatan kita, Sebab itu "knowledge" itu "science" yang tidak menjanjikan keimanan yang kukuh. Sesiapa saja boleh memiliki "ilmu" atau "science" ini. Tapi "kefahaman" atau "understanding" masih menjadi "pendapat" atau "teori" yang bukan "fakta" atau "fact" dan bergantung kepada "bukti" atau "evidence" yang perlu di "percaya" atau "belief" di mana ingatan "iman" itu perlu pisahkan kepalsuan itu dari keinginan hawa "nafsu" nya.

Sebab "pilihan" atau "choice" ini yang di buat hawa "nafsu" bukan satu "fakta" yang pastikan hakikat kebenaran di mana "peluang" atau "chance" itu masih di tangan Allah swt untuk menentukan nya. Ini akan menjadi lebih rumit apabila kami dedahkan rahsia ketuhanan. Tapi "ilmu" itu sebenar nya satu utusan informasi maklumat yang di terima dan memerlukan "kefahaman" yang di katakan "ketaakulan" atau "cognitive" di mana "kejangkalan" atau "dissonance" merujuk kepada "keyakinan" atau "faith" di dalam ingatan "iman" atau "core belief".  Jadi di antara yang "hak" dan yang "bathil" ini masih di guna pakai kedua "jiwa" hawa "nafsu" dan ingatan "iman" kita untuk di pamirkan di realiti sebagai amal perbuatan kita.  

Tetapi amal perbuatan kita yang baik boleh membawa keburukan dan keburukan itu boleh membawa kebaikan. Jadi di mana kah yang betul dan pasti itu????? Bukan kah di situ kita perlu merujuk kepada Allah swt yang mempunyai jawapan nya????? Itulah mengapa segala perbuatan yang di lakukan tidak di nilai dengan buruk dan baik nya tetapi!!!!!!! pada "NIAT" nya. Inilah asas yang perlu kita perdalami sebelum kita layak menerima "ilham" ini. Sebab syaitan juga boleh bisikan sesuatu kepada kita sebagai "penasihat". Di antara "hak" dan yang "bathil" itu ada benteng perpisahan yang perlu di pastikan. Siapa "hamba" itu dan siapa "Tuhan" itu perlu di sahkan dengan mengenal asas "kudrat dan iradat" yang di katakan "daif, hina, fakir dan lemah" itu. 

Di sini kita akan terdampar di antara memori dan mimpi yang tertayang di kesedaran realiti. Sebab "ingatan" kita boleh mengimbas ruang "masa" di pentas masa silam, masa kini dan masa depan. Kelajuan minda ingatan kita boleh merintasi kelajuan cahaya dalam sekelip mata untuk berada di mana saja. Itulah mengapa ada di antara kita pernah mengalami "dejavu" yang pamirkan situasi keadaan yang pernah kita lalui sebelum itu.  Sebab realiti ini berlaku di antara dua arah yang bertentangan dan bertembung. Tinjauan kesedaran kita di pacu kenderaan fikiran yang menghala mencari kefahaman dari apa yang terlihat oleh "ingatan" yang boleh terlupa atau hilang "ingatan" dari apa yang pernah terlihat atau di lalui yang di katakan mimpi itu. 

Jadi memori adalah apa yang boleh di simpan dalam "ingatan" dan mimpi adalah apa yang tidak laluan yang hilang "ingatan" itu. Kita mungkin telah sampai atau pergi di tempat atau kawasan itu semasa kita melalui "kembara tidur" di ketika tidur. Sebab "mimpi" ini boleh memberi "petunjuk" dengan apa yang telah atau akan berlaku. Tetapi "bahasa" mimpi ini mempunyai "puisi" peristiwa dengan maksud yang memerlukan "kefahaman" untuk membaca istilah ungkapan nya. Sebab "jiwa" kita ini boleh memberi "peringatan" dan "amaran" untuk menasihati kita tentang kejadian realiti. Jika pertalian "siratulrahim" kita dengan "jiwa" ini tidak begitu mesra, maka "mimpi" itu akan di anggap sebagai satu "dongeng" yang tidak penting. Apabila gambaran yang di beri itu tidak di hiraukan sebagai satu "pesanan" yang berguna, maka "jiwa" kita akan hanyut dengan rekreasi hawa "nafsu" yang buta itu.

Rahsia "mimpi" ini sebenar nya satu saluran yang sangat berguna. Di situlah kita boleh mencari "jawapan" untuk melihat realiti masa depan. Jika kita sudah mempunyai pertalian yang sangat akrab dengan "diri" kita itu, maka kita boleh mendapat "petunjuk" dari "taufik dan hidayah" yang di berikan Allah swt. Jiwa kita itu perlu berkhidmat kepada Allah dan Rasul untuk mewarisi "ilham" ini yang sangat halus. Alam realiti ini sebenar nya penuh dengan tipu muslihat. Apa yang di pamirkan oleh sesiapa saja tidak pernah nya jujur dan ikhlas seperti mana yang kita sangkakan. Bagaimana kita dapat melihat kebenaran itu akan menjadi "ilmu"  yang di miliki untuk mencegah segala kemungkaran. Jika tidak kita akan terperangkap di dalam syak wasangka, kesangsian. kecurigaan pada anggapan dan tanggapan kita yang buta itu.

Hakikat kebenaran hanya Allah swt sahaja yang tahu. Untuk dapatkan pengetahuan itu kita perlu merujuk kepada Allah swt untuk memberi "petunjuk" itu. "Ilham" itu akan datang untuk memberi "jiwa" kita satu "pesanan" yang luar biasa. Apabila kita selalu di dalam kegelapan, maka "petunjuk" itu seperti satu cahaya yang cuba terangkan suasana yang gelap itu. Jadi "kefahaman" ini satu anugerah yang di beri Tuhan pada sesiapa yang di kehendaki. Sudah pasti kita telah banyak menerima "kefahaman" itu selama kita hidup di dunia ini. Tidak kah Tuhan sentisa menbantu kita di dalam segala sudut untuk kita maju dengan kebolehan yang baik. Tapi adakah kita pernah berterima kasih dengan anugerah yang pernah kita perolehi itu. Tidak pernah kah kita di beri peringatan tentang risiko dan akibat dari apa yang akan kita lakukan itu dan abaikan "peringatan" itu untuk ambil penuh tanggung jawab dengan "pilihan" yang di buat pada "peluang" yang di hulurkan.  Bukan kah Allah swt sentiasa berada di situ dan lebih dekat lagi untuk menjaga dan mengurus segala kehidupan kita. 



Cerita si buta, si bisu dan si pekak ini adalah sesuatu yang amat menakjubkan untuk di ketahui.