Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Ahad, 26 Januari 2014

Mimpi Basah

Kebanyakan kita akan mengalami "mimpi basah" sekali sekala semasa sedang tidur. Ada di kalangan kita yang secara rawak mengalami nya dengan pasangan yang tidak di kenali atau juga sesiapa yang kita pernah kenali. Hormon seksual manusia seperti bara api yang menyala dan "haba" libido itu bukan satu "pilihan" yang di buat oleh kehendak kita sendiri. Fantasi seksual adalah asas keperluan semula jadi jiwa hawa "nafsu" di dalam jasad tubuh dan akan meluap apabila "haba" itu di ransang. "Haba" keinginan seksual ini boleh nyalakan libido kita apabila di taja oleh geseran haba anasir luar.

Jiwa ingatan "iman" adalah penyalur utama dalam babak ini di mana "akal" menjadi teman setia yang menaja orientasi seksual hawa "nafsu" kita. Ada ruang khas di dalam dewan fikiran kita di mana fantasi seksual ini boleh di lakonkan. Tetapi "mimpi basah" adalah kembara seksual khas yang bukan dari inspirasi yang di ransang oleh motivasi kita sendiri. Mungkin ada kepentingan "pihak" yang menaja aktiviti itu semasa kita  sedang tidur. Bila "pheromone" kita aktif sepenuhnya, ia sangat kuat untuk di kesan oleh anasir luar. Terlalu banyak "pihak" yang berminat untuk menguji seksual orientasi kita.

Ini lah episod yang tidak dapat di kawal oleh diri kita sendiri. Anasir luar ini boleh datang "mengoda" kita semasa kita sedang tidur. "Pengoda" ini mungkin dari jasad tubuh yang sedang tidur di atas katil yang jauh atau juga dari orang asing atau "entiti" di alam dimensi lain. Ada "permujaan mistikal" yang di amalkan yang kita mungkin tidak ketahui. Tidak mustahil untuk "menceroboh" jiwa rohani orang lain jika ada "alamat" yang tepat telah di perolehi. Kami telah menjejaki amalan ritual yang mistik ini yang pakar dalam urusan pertemuan sulit seksual ini. Ritual mistik "guna guna" ayat pengasih ini di seru kepada mangsa nya yang tertentu. Penyagak yang mengamalkan permujaan mistik ini mungkin mengalami sakit jiwa yang teruk untuk melakukan seruan bathin ini. 

Tidak banyak yang tahu bahawa semasa tidur adalah keadaan yang paling bahaya pada setiap manusia. Ini lah celah lenyap atau "pintu belakang" yang di gunakan segelintir manusia untuk melabur kepentingan nya. Asid deoxyribonucleic boleh di gunakan sebagai "alamat" dan "wajah" kita boleh di gunakan sebagai proto type hiasan fantasi seksual. Seksual fantasi ini hanya boleh di nikmati oleh si penyangak itu sahaja. Bagaimanapun, untuk mendapatkan "layanan" sebenar dari mangsa nya, satu "mantera" khusus perlu di sediakan. Ritual permujaan mistik yang khas ini memerlukan "sains kerohanian" yang mentadbir "sebab dan musabab" di realiti. Jasad tubuh mangsa yang sedang tidur akan di puja dengan seruan mantera mistik. Asid deoxyribonucleic , gambar, nama ibu dan tarkh lahir adalah asas bahan yang di gunakan untuk mulakan permujaan. "Mantera" ini akan di seru dengan kuasa graviti tarikan bumi di mana jasad tubuh itu di jadikan dari tanah.

Meletakan jasad tubuh yang sedang tidur itu dalam "pasongan" dan "tawanan" di ruang mistik ini adalah satu jenayah kerohanaian yang serius dan tidak dapat di kaitkan kepada si penyangak itu. Ini adalah ruang "dagangan bebas" di mana semua "entiti" boleh melintas lalu. Walaupun semua orang boleh mengunakan ruang imaginasi pada pandangan jauh untuk "melamar" dan memikat dengan meditasi seksual. Tetapi yang paling serius adalah apabila mereka memasong "mangsa" mereka dengan ugutan. Inilah yang akan menjadi satu stigma keaiban pada maruah diri kita. Iri dan ghairah berahi boleh koyak lubang tembusan kesejahteraan rohani sehingga ke lubuk jiwa kerohanian untuk mengugat jiwa hawa "nafsu" kita. Ayat  mantera "guna guna" ini akan menyusup ke jiwa ingatan "iman", sehingga kita hanyut tidak sedarkan diri dan hilang daya tarikan bumi pada realiti. Berat muatan semua "ilmu" pengetahuan pada jiwa ingatan "iman" akan terdampar jauh dari jasad tubuh. Kembar jiwa kita akan di pisahkan dan di asak ke adegan seksual fantasi.

Edit 21.5.14

Amat perlu sebelum kita tidur, "kandang" khalimah patut di pasang. Sebab "ruang" yang akan kita masuk itu mempunyai frekuensi jalur lebar yang amat luas. Disitu ada banyak anasir yang boleh mengugat keharmonian "jiwa" kita. Sebab alam "mistik" ini selalunya mengunakan "ruang" ini untuk menjejaki subjek nya yang tertentu. "Astral Projection" dan "Remote Viewing" yang mereka gunakan dengan tenaga "makrifat" boleh mencari sesiapa saja yang menjadi buruan. Mungkin jasad tubuh seseorang itu tidak dapat kita cari di alam nyata ini, tetapi di ruang yang tersembunyi ini, ada alam yang boleh kita jejak untuk sampaikan "salam" itu. Mentelah lagi apabila ada yang tahu tentang rahsia "jiwa" pada jasad tubuh yang berjantina itu. Rahsia Adam dan Hawa ini sangat halus apabila hawa "nafsu" yang memiliki "syahwat" dapat di ransang dari kebutaan nya. Kuasa daya tenaga "ingatan" ini yang boleh "cipta" dan "reka" babak persembahan dengan daya "imaginasi" nya bukan "ilusi" yang di hayalkan apabila "nasab" keturunan dari deoxyribonucleic acid benih baka di "sebut" untuk buat tuntutan.

Itulah mengapa Rasulullah mengajak kita membaca Bismillahirahmanirahim sebelum kita lenyak tertidur. Sebab di antara Rahman dan Rahim itu tersembunyi rahsia Adam dan Hawa dengan "buah kuldi" nya. Khalimah "Laillahaillallah" mempunyai khasiat "jiwa" yang sangat di perlukan. Jangan lah kita mati atau tidur sebelum menyebut ayat ini. Apabila kita tahu nafi isbat munafi musabat nya, para malaikat yang di tugaskan untuk menjaga kita tidak akan berganjak. Wahai pembaca kami!!!! Amalkan lah ayat ini demi kesejahteraan jasmani dan rohani kita. Tidak perlu doa yang sangat rumit dan "complicated" untuk berhubungan dengan Allah dan Rasul. Agama Islam ini sangat mudah dan jangan di perlekehkan. Allah dan Rasul sudah beri segala gala nya untuk kita gunakan. Kasih sayang mereka untuk menjaga kesejahteraan kita sangat luas. 

Edit 23.5.14

Sudah menjadi lumrah alam bahawa setiap manusia yang hidup ini akan pernah melalui saat kekecewaan. Mungkin apa yang mereka pernah impikan tidak tercapai di alam realiti sehingga mereka perlu masuk di alam rohani untuk mendapatkan sedikit kenikmatan. Tata tertib adap kesopanan terlalu ketat di alam realiti ini apabila setiap manusia mempunyai "hak" untuk memilih hasrat keinginan nya sendiri. Tetapi alam rohani ini terlalu bebas untuk kita mencari peluang yang tersembunyi. Kita sebenar nya boleh bermadu kasih dengan sesiapa saja yang kita kehendaki di alam fantasi dan imaginasi. Pra meditasi ini hanya satu rekaan "jiwa" untuk melepaskan sesak. Tetapi apabila "jiwa" itu menuntut habuan yang lebih realistik dan tindak balas yang lebih berkesan, satu ramuan khas perlu di siapkan. Jika di alam kesedaran ini kemampuan kita terhad dengan keupayaan jasmani yang berkesan, alam rohani ini menghulurkan sudut khas untuk dapatkan peluang itu. 

Setiap manusia akan tidur di satu ketika nanti dan peluang itu akan terbuka untuk di terokai. Mencari "jiwa" yang keluar itu akan memerlukan sedikit atur cara dan kemampuan untuk menjejaki subjek tertentu. Sebab kita manusia datang dari satu "baka" yang sama dan boleh di seru dengan asas kejadian itu. Kita terpisah di antara satu sama lain oleh "nasab" keturunan yang berpunca dari tulang sulbi dan taraib yang sama. Jika "jiwa" ini boleh bertemu di satu alam yang tersembunyi, maka tidak mustahil setiap "ruh" itu dapat mencari Tuhan nya kembali. Dengan asas pengetahuan inilah mereka bertafakur mencari helah untuk meninjau keadaan atau pilihan yang lain. Tetapi menyimpang dari landasan sebenar ada risiko dan akibat nya. Menceroboh "jiwa" seseorang itu bukan sesuatu yang mudah. Ada peraturan yang perlu di ambil perhatian. Kemungkaran hanya di larang tetapi tidak pernah di halang.

Edit 22.6.14

Nafsu "syahwat" tidak pernah "memilih" pasangan nya untuk mendapatkan haba bahang "api" itu, tetapi hanya "ingatan" pada kepercaayan "iman" nya yang buat "rekaan" itu dengan corakan pintarnya. Jadi "pilihan" yang di buat itu hanya satu "rekaan" minda yang belum berhasil di alam kenyataan. Jika kaum Hawa boleh buat "rekaan" itu di minda nya untuk memilih pasangan seksual nya yang lebih sesuai, begitu juga kaum Adam boleh buat "rekaan" itu dengan sesiapa saja yang menjadi "pilihan" nya. "Rekaan" ini lah di mana "watak" itu boleh di jadikan persembahan.  Namun alam fantasi seksual dari ruang imaginasi kita hanya satu "rekaan" yang di nikmati sebelah pihak.

Tetapi apakah mungkin ada cara untuk buat satu persembahan yang boleh di nikmati oleh kedua pasangan itu di dalam satu "mimpi" yang sangat indah. Kaum Adam yang ingin menikmati malam yang indah ini perlu beri "salam" dahulu kepada kaum Hawa yang di minati itu. Hanya jika "salam" itu di sahut oleh kaum Hawa itu, maka "adegan" ini boleh bermula. Setiap "jiwa" kita adalah hermaprodit yang membawa "watak" kelamin jantina jasad tubuh nya. Asal Hawa dari rusuk kiri Adam, asal Adam dari tulang sulbi Muhammad. Dari tongkeng naik ke pusat balik ke "hati" di sebelah dada kiri, maka baringlah di atas dada kanan sebelum keluar mencari teman. Aku Rahman engkau Rahim mari bernikah dengan wali Rasulullah seperti Ali dengan Fatimah. "Alamat" pasangan kekasih perlu di sebut dengan binti ibu nya sebelum membaca "ayat" perintah dan selawat "salam" malam muhabah.    
      
Edit 30.9.14

Apabila jasad tubuh kita sudah "akal baligh", hawa "nafsu" akan keluarkan kelenjar hormon seksual pheromone yang boleh di "hidu" atau di kesan pasangan jantina nya. Ini berlaku dengan cara semula jadi tanpa perlu ada "pilihan" yang di buat jasad tubuh itu yang di istiharkan sebagai "suka rela" atau (voluntary) kepada alam sekitar. Ini termasuk bau badan yang di sebarkan udara angin. Tetapi "pheromone" ini adalah bahan kimia khas yang sangat halus dan tidak berbau. "Naluri" asas kematangan "haba" seksual ini boleh di kesan setiap pasangan jantina nya untuk merujuk ransangan nya. Semasa jasad itu masih di alam kesedaran dengan hawa "nafsu" nya mengeluarkan "haba" seksual di persekitaran nya, hormon jantina Adam dan Hawa ini tidak pernah memilih muka dan wajah jasad tubuh itu. Ia di sebarkan secara suka rela kepada alam sekitar tanpa memilih penerima nya.

Tetapi apabila jasad tubuh ini masuk ke alam separuh sedar atau alam tidur di mana jasad itu akan kehilangan salah seorang dari pasangan kelamin nya, maka kesunyian itu akan di istiharkan di alam mimpi di mana ruang itu lebih luas dan berdaya saing. Keinginan dan kerinduan untuk mendapat "dakapan" mesra dengan "haba" kebakaran seksual bukan sesuatu yang boleh di nafikan dengan mudah. Jika di alam nyata kesedaran hasrat itu tidak tercapai, peluang itu terbuka di alam tidur dengan mimpi yang sulit dan ghaib. Tidak semua "babak" ini dapat di kesan "pengetahuan" kita dengan penuh visual video output jika video input nya telah di sunting atau di (censor). Hawa "nafsu" kita ini sebenar nya "buta" dan tidak akan dapat melihat keadaan diri nya. Ini hanya boleh di lihat dengan "pandangan" tenaga ingatan "iman" yang kuat apabila keperluan itu secara rawak memberi "preview" yang seandai nya.

Tetapi apakah ada kemungkinan "episod" ini boleh di rancang dalam satu babak yang di anjurkan. Di mana ada ruang tentu ada peluang nya. Inilah mungkin apa yang menjadi tanda tanya di kebanyakan fikiran kita. Misteri ini mungkin di anggap sebagai satu mitos atau kurafat yang jahil. Tetapi kajian sains kerohanian tidak akan duduk berpeluk tubuh dan biarkan perkara ini hanyut begitu saja. "Kemungkinan" sesuatu yang ghaib masih belum boleh di ketepikan. Tidak ada yang mustahil apabila telah ada kesan sampingan nya yang sering menunjukkan bukti "mimpi basah" yang pernah berlaku. Kita masih jauh dari segi ilmu pengetahuan dalam urusan jiwa kita ini. 

Edit 11.10.14

Sebab dalam perbincangan kita di laman Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak, kami telah maklumkan bahawa jasad tubuh kita ini sentiasa berada di dalam "fitrah" semula jadi hawa "nafsu" kita yang "lemah. dhaif, fakir dan hina". Kita akan sentiasa "lapar, dahaga, penat dan ngantuk" apabila kuasa "abadi" (perpetual) jangka "hayat" kita berputar mengikut pusingan "masa" yang "abadi" itu. Tetapi ingatan "iman" kita di beri keupayaan untuk melonjakkan "kelajuan" itu dengan kuasa "emparan" (centrifugal) di mana kita boleh "kenyang, puas, cergas dan sedar" kan jasad tubuh kita itu dengan daya usaha kita sendiri. 

Tetapi di dalam urusan haba "seksual" ini, jasad tubuh kita yang di pacu hawa "nafsu" itu akan membara dengan bahang "api" (heat) untuk dapatkan "sentuhan" (tactile) seperti mana asas kebutaan nya. Inilah sifat semula jadi "partikel" ini semasa mereka di alam "ghaib" dahulu. "Ruang" (space) yang di "sentuh" hawa "nafsu" ini mempunyai tenaga "graviti" tarikan bumi di mana jisim "berat muatan" itu akan terkumpul untuk berikan "sentuhan" rasa dengan jirim (matter) yang ada. Hubungan sulit untuk berkhalwat "partikel" ini dengan "ruang" itu dengan satu kemesraan yang intim untuk bersatu dan bersanggama di antara  benih "Adam dan Hawa" akan lahirkan baka kejadian di realiti ini.

Pheremone hawa "nafsu" yang di istiharkan di jisim "ruang" itu akan menjemput segala jirim untuk "bersentuhan" dan bersanggama dalam satu hubungan sulit yang tersembunyi. Bahang haba "api" atau (heat) adalah tenaga "termodynamik" yang melakukan "kerja" itu pada setiap "bahan buangan" yang terdampar di "ruang" untuk di jadikan "tenaga" yang bergolak. Anasir "api" ini yang tidak terbentuk dan berjasad akan buat persembahan untuk berlakon di realiti. Di sinilah "ruang" yang "ghaib" itu akan bertemu "pasangan" nya yang sentiasa mencari peluang di situ. 

Tidak pernah kah kita bermimpi bertemu dengan seorang yang tidak di kenali??? Mungkin pertemuan itu hanya sekadar perbualan biasa yang tidak bermakna, tetapi bagaimana "entiti" itu boleh datang bertemu untuk berbicara hati menunjukkan minat bersua muka masih menjadi misteri ??? Mungkin itu akan menjadi kali terakhir kita berjumpa atau bersua muka, tetapi untuk bertemu lagi bukan satu perkara yang mustahil. Pertemuan di alam mimpi adalah satu misteri keajaiban yang perlu di beri perhatian. Mungkin jika mimpi itu sesuatu yang menakutkan kita akan mengharapkan ia tidak berulang kembali. Tapi jika mimpi itu sesuatu yang "luar biasa" dan mengandungi "nikmat" atau "kemesraan", kita pasti akan mahu ia berulang kembali. 

Bertegur sapa dan berkenalan bukan sesuatu yang asing di dalam alam mimpi. Selalu nya "wajah" yang kita bertemu di dalam mimpi tidak akan memberi "nama" nya sebagai pengenalan. Melainkan "si pulan" itu mempunyai keinginan untuk bertemu lagi dengan "pesanan" yang tertentu. Tetapi kita harus berwaspada di alam yang tidak di ukur oleh masa ini. Di sinilah kita boleh berjumpa dengan jiwa mayat orang yang telah mati. Maka adalah lebih baik kita anggap setiap pertemuan di dalam mimpi hanya sebagai "orang awam" yang berlalu di perjalanan kita. 

Tetapi di dalam setiap pertemuan, sudah pasti ada yang terpikat untuk berkenalan. Apakah mungkin "pertemuan" itu boleh berulang kembali??? Alam "jiwa" ini banyak misteri yang masih belum terjawab. Status mereka masih menjadi tanda tanya untuk teruskan "persahabatan" yang sulit. Maka jika kita bertemu kembali dan sambung hubungan yang terputus di mimpi yang telah lalu, "si pulan" itu atau kita sendiri mungkin mempunyai minat yang tinggi untuk bertemu kembali. Hasrat untuk bertemu ini mempunyai "niat" yang tertentu maka perlu di periksa buruk baik nya.

Menjalin hubungan sulit di alam mimpi bukan sesuatu yang mustahil. 

Mungkin kita terlalu taksub dengan kenyataan realiti ini sehingga kita lupakan alam "ghaib" yang kita selalu lalui. Apa juga yang terbentuk di realiti ini telah di tunjukkan oleh alam "ghaib" ini. Cuba kita kaji "symmetry of conservation" di alam semesta ini. Apa juga yang di tunjukkan dengan objek dan bentuk atau"konservasi" nya memerlukan "simetri" ruang kepungan di luar nya. Jika tidak "bentuk dan objek" itu tidak kelihatan. Inilah apa yang kami bincangkan dalam cacatan "Si Buta, Si Bisu dan Si Pekak" yang akan kami bukukan tidak lama lagi. Sebab setiap "partikel" yang tersembunyi di sebalik kegelapan "ghaib" itu, mempunyai hubungan dengan "matter" dan "anti-matter" nya apabila ia "wujud" di realiti ini. Tanpa "anti-matter" itu, yang cuba  "wujud" di realiti itu akan terhapus. Sebab yang "ghaib" itulah yang menunjukkan yang "wujud" itu. 

"Kembara Tidur" bukan satu "percutian" untuk kita pergi makan angin dan berehat atau bersantai. Apa yang akan kami ceritakan nanti akan mengugat kesedaran kita untuk mencari jawapan nya. Asas jasad tubuh kita yang "dhaif, lemah' fakir dan hina" ini perlu kita kenali supaya keupayaan "bijak, cergas, kaya dan mulia" yang kita nikmati itu dapat di hargai dengan penuh keinsafan. "Lapar, dahaga, penat dan lena" adalah asas jasad tubuh kita yang semula jadi terbaring dan terlantar. Ini lah asas hawa "nafsu" kita yang selalu harapkan "kenikmatan" yang di hulurkan ingatan "iman" dengan "kenyang, puas, cergas dan sedar" pada jasad tubuh itu.

Hawa "nafsu" yang "buta" ini sentiasa duduk di dalam kegelapan untuk dapatkan "sentuhan" (tactile) dan yang nampak dan rasa "sentuhan" itu adalah ingatan "iman" kita di mana "perasaan" dan "emosi" memerlukan "akal" fikiran kita membuat ulasan teori dan pratikal. Di situ daya "imaginasi" yang jelajahi di ruang kesedaran yang "terhad" dan beralih di ruang kegelapan alam "mimpi" yang lebih luas tanpa batasan. Apabila kita mencari "realiti" di alam nyata ini yang tidak di temui, kita akan masuk di alam"kembara tidur" untuk dapatkan reaksi atau "sentuhan" di kegelapan itu. Siapakah "peminat" yang ada di situ yang tidak kita temui di alam realiti akan muncul untuk perkenalkan diri. Inilah mimpi yang misteri itu. Sebab sifat "Adam dan Hawa" yang mencari "kasih sayang" di antara mereka tidak pernah terputus. Tidak mahukah anda mengetahui "hubungan sulit" ini yang selalu berlaku???                    

 Edit 4.11.14

Hubungan sulit di antara "jiwa" dengan "jiwa" lain adalah satu rahsia yang hanya akan di ketahui jasad tubuh nya jika daya tarikan graviti hawa "nafsu" mempunyai cukup tenaga yang kuat untuk menangkap resepsi hubungan itu. Mimpi yang kita alami adalah satu "peristiwa" yang di alami oleh "jiwa" kita itu semasa kembara tidur. Perjalanan "jiwa" ini mempunyai tahap ketinggian yang berperingkat di lapisan tujuh petala langit. Setiap lapisan langit ini mempunyai "penghuni"  nya yang tertentu. Namun "graviti" tarikan bumi di jasad tubuh hanya boleh menangkap resepsi itu apabila "jiwa" ini berada di dalam linkaran orbit tarikan bumi nya di mana frekuensi jalur lebar atmosphera itu terhad dan kadang kala terputus hubungan menyebabkan jasad tidak dapat menerima siaran langsung itu.

Hubungan sulit ini selalu nya berlaku dengan "penghuni" di lapisan langit atmosphera yang terendah ini semasa "jiwa" itu keluar berlegar di ruang itu. Ruang alam ini adalah kawasan di mana semua "jiwa" jahiliah bertempat atau berkampung. Di sinilah "mimpi basah" itu boleh berlaku. Ransangan seksual jasad tubuh yang "berangan" semasa sedar di realiti adalah satu inspirasi mencari teman yang akan di laungkan di ruang alam ini semasa tidur. Adegan "seks rambang" ini bergantung pada kekuatan tenaga "graviti" jasad tubuh itu untuk dapatkan resepsi yang terang. Melainkan "pertemuan" itu satu rancangan yang mempunyai cukup syarat yang tertentu. Jika "alamat" penuh subjek ini dapat di perolehi dengan "kerelaan" yang penuh, maka hubungan sulit ini boleh berlaku di satu sudut alam yang di khaskan untuk "jiwa" ini berkhalwat. Ini bukan satu "promosi" untuk pembaca kami mencuba rahsia "jiwa" yang tersembunyi. Alam ghaib ini mempunyai banyak kemungkaran yang tidak sepatut nya kita terokai dengan hawa "nafsu" yang terdesak. Misteri alam mistik ini perlu kami dedahkan supaya kita menjaga benteng diri dengan "kandang khalimah" yang dapat beri kita perlindungan yang di harapkan.    

Sebab "identiti" subjek tertentu ini tidak semesti nya "jiwa" jasad yang masih hidup. "Jiwa" mayat orang yang telah mati juga mungkin mempunyai hasrat keinginan yang ingin di capai apabila "jiwa" nya sudah tergadai kepada jin dan syaitan yang mempunyai "pelaburan" yang tertentu. Alam mereka ini sangat dekat dengan dimensi kita. Pencerobohan boleh berlaku jika kita izinkan mereka masuk dengan jemputan yang di undang. Di antara "jin dan manusia" ini mempunyai satu matlamat yang telah di tetapkan Tuhan Semesta Alam. Apabila kita dan mereka telah di tetapkan supaya "beribadat" kepada Allah swt dengan "keimanan", maka sudah pasti akan ada yang tersesat jalan untuk melakukan kemungkaran. Apakah tidak ada perkongsian hidup di antara kita dengan mereka apabila mereka menuntut dengan satu Rasulullah yang sama. Dunia mereka dan dunia kita mungkin berbeza tetapi keluasan langit dan bumi ini menjadi tempat untuk semua terokai mencari kepentingan.   

Edit 18,11,14

Rahsia Adam dan Hawa ini sangat halus untuk kita memahami. Sebab "jantina" ini tidak "wujud" sebelum mereka di jadikan. Sebelum itu segala makhluk kebanyakan nya "asexual" dan "hermaprodit" yang ganas dan melakukan pertumpahan darah tanpa ada kasih sayang. "Sanggama" adalah sesuatu yang di berikan kepada Adam dan Hawa dengan satu "syarat" yang di tetapkan pada rahsia "buah kuldi" itu. Pundi kelenjar hormone ini akan memaksa setiap yang berjasad mencurahkan "kasih sayang" dengan penuh kemesraan. Tetapi kasih sayang itu perlu di menterai dan di ikat dengan satu "hijab kabul" yang di saksikan Rasulullah sebagai asas keturunan pada "zuriat" yang akan di jadikan. Jika tidak "syaitan" akan jadikan "sanggama" itu satu pelaburan untuk pembiakan "baka" keturunan nya. Siapakah "hawa nafsu" itu yang perlu di kawal dengan peraturan tata tertib.

Baka keturunan hawa "nafsu" ini adalah dari kejadian "api" yang tersebar dengan "haba" gas pembakaran di ruang elektromagnetik dengan tenaga "graviti" tarikan bumi. Kerosakan dan pertumpahan darah yang di katakan berlaku sebelum "Adam" di jadikan adalah keganasan alam semesta yang "hostile" dan "chaos" dengan penuh huru hara dari makhluk keturunan "jin" yang di jajah oleh Iblis pada setiap debu "tanah" yang mereka pijak dan perintah. Keganasan hawa "nafsu" ini yang mengumpul segala debu "tanah" sehinggakan menjadi jasad yang berbentuk rupa, berada dalam keadaan "buta" yang melihat dengan kepanasan bahang "api" yang menyala pada hawa "nafsu" nya. Haba bahang "api" ini sentiasa merasa lapar tanpa had kepuasan. "Kalam" ini memerlukan "pena" untuk di tulis dengan "ilmu" pengetahuan.

Sinaran cahaya "nur" yang menjadi naugan berat muatan besi "qursani" pada setiap debu "tanah" pada "kalam" itu perlu di tulis dengan "pena" khalimah Rasulullah untuk jadikan segala keganasan yang berkocak itu menjadi tenang dengan keinsafan. Si Buta itu perlu di kenalkan dengan Si Bisu yang tulus dan ikhlas untuk mencari Si Pekak yang menyampaikan "ilmu" pengetahuan kepada mereka. Kemungkaran hawa "nafsu" yang "buta" itu perlu di "nikah" kan dengan ketaqwaan ingatan "iman" yang "bisu" sehingga mereka bertemu dengan "akal" fikiran yang "pekak" untuk membimbing mereka kejalan yang lurus di "siratalmustaqim" itu. Kejadian Adam dan Hawa telah mecorak satu evolusi eko sistem alam di mana "jantina" berpasangan ini adalah atur cara pembiakan yang perlu bermula dengan "kasih sayang" yang di pikat atau di puja. Keturunan bangsa "jin" yang dahulu nya "hermaprodit" menumpang "kasih" pada Adam dan Hawa ini untuk biak keturunan nya yang lebih bertamadun. Apakah yang berlaku di "syurga" itu sehinggakan mereka terkeluar dengan telanjang bulat penuh kehinaan. Keinsafan ingatan "iman" Rasulullah sangat memerlukan "akal" fikiran sebagai "senjata" untuk menangkis segala tipu helah.

Jadi adakah hawa "nafsu" yang mendesak dengan keinginan "sanggama" ini perlu di lepaskan dengan kebutaan nya untuk mencari kepuasan nya. Keganasan yang dahulu nya tidak terkawal telah di salut dengan taubat keinsafan yang memerlukan panduan petunjuk arah tujuan. Kemahuan hawa "nafsu" syahwat ini adalah punca alam ini bertukar wajah dengan gambaran yang berbeza. Pheromone Adam dan Hawa ini telah di jadikan untuk biakkan chromosome pasangan "jantina" untuk semua "makhluk" yang akan saling memikat antara satu sama lain dengan atur cara yang sangat cangih dan halus. Sebab fungsi alat kelamin ini di jadikan untuk bertemu dengan pancaran satelit yang di taja "ruang" udara atmosfera. Di "ruang" udara atmosfera ini di penuh "graviti" tarikan "bumi" dan "angin" yang tidak dapat di lihat oleh mata kasar manusia sebagai "rahsia" yang di sembunyikan. 

"Ruang" udara atmosfera ini adalah kawasan telekomunikasi "jalur lebar" yang sambungkan talian hubungan di antara molikul "kimia" dan "elektromagnetik" untuk bergabung dengan mutasi baka yang berlainan jenis dan haba biologi. Di sinilah rahsia "kembara tidur" dan "mimpi basah" itu terselit dengan ramuan biokimia yang sangat halus. Sebab "mimpi" adalah resepsi hawa "nafsu" yang berpaut dengan "graviti" tarikan "bumi" jasad tubuh nya. Ruang eletromagnetik ini mempunyai kekisi (spectrum) yang di lalui "tenaga" yang khas atau khusus mengikut "gelombang" dan "getaran" nya. Apakah perkara mustahil untuk kita hidangkan satu ramuan mistik untuk memikat atau "detect" sesuatu "subjek" yang sudah di kenal pasti.

Kita masih jahil untuk menerokai ruang udara atmospfera ini. Jika sains terkini telah buktikan "subjek" tertentu boleh di kesan di mana saja mereka berada di atas muka "bumi" ini, maka kita terdedah kepada agenda alam mistik sains kerohanian yang tidak terbatas ini. Kemungkinan ini telah menjadi kajian kami untuk mencari kata kunci nya. Sebab "jiwa" setiap manusia mempunyai misteri yang sangat halus dan luas untuk di terokai. Kami sangat berhati hati untuk dedahkan banyak perkara demi menjaga keselamatan sejagat dari di salah gunakan pihak yang tidak bertanggung jawab. Hanya mereka yang mempunyai asas kajian pengetahuan rohani sahaja yang boleh letak kepingan "puzzle" yang kami leraikan di merata tempat untuk mereka atur dan cantumkan mengikut gambaran yang tepat. Kami tidak boleh jelaskan sesuatu yang telah kami kaji hampir puluhan tahun dengan satu jawapan yang tepat dan jelas untuk di jadikan praktikal. Kita di jadikan untuk memikul sesuatu mengikut kemampuan diri kita sendiri. Tidak boleh kami serahkan beban berat muatan itu untuk di pikul oleh sesiapa saja. Uji dan kaji yang telah kami lakukan telah nampak kesan yang sangat menakjubkan.

Edit 12.6.15

Ruang semasa kita tidur adalah satu lapangan yang penuh misteri. Di situlah kita boleh menemui sesuatu yang tidak tercapai oleh kebolehan jasmani. Alam rohani ini adalah kawasan yang tidak terbatas. Segala promosi dan  kempen jiwa hawa "nafsu" akan di ketengahkan untuk jiwa ingatan "iman" membuat tinjauan."Pilihan" yang menjadi "harapan" akan di jadikan "kesempatan" untuk mencari "peluang" yang ada. Jasad tubuh yang terlantar hanya sekeping "tanah" yang di serap graviti hawa "nafsu" yang menanti tinjauan ingatan "iman" nya. "Perasaan" dan "ingatan" adalah "rezeki" jasad tubuh yang mengalami segala sentuhan "ilmu" yang tiba. Sudah pasti "rezeki" itu di bahagikan kepada habuan "buruk dan baik" nya sebagai timbangan. 

Setiap manusia yang hidup dan masih bernyawa akan melalui ruang masa "susah dan senang" atau "buruk dan baik" yang sudah di tetapkan timbangan nya. "Perasaan dan ingatan" kita akan menampung segala pengalaman sebagai "rezeki" yang di tentukan.  Sentuhan "perasaan" dan lintasan "ingatan" adalah satu habuan yang di serahkan kepada jasad tubuh dan bukan satu ciptaan jasad tubuh itu. Kita hanya "rasa" dan "sedar" segala serapan bathin yang di sajikan. Gambaran realiti dan imbasan bayangan hanya satu temu duga untuk di jemput sebagai tetamu. "Keinginan" dan "kesedaran" adalah satu jendela yang di jenguk untuk menyaksikan suasana. Persembahan itu adalah untuk kita membuat pilihan dan mencari peluang.


Kita sering di sogok supaya melihat sebagai peminat. Minat itu datang dari harapan yang sudah lama menanti atau keinginan  yang baru bermula. Hidangan itu bukan perbuatan daya usaha kita tetapi pemberian yang datang sebagai sajian untuk kita nikmati. Kita akan memilih dari setiap peluang yang di beri. Dari mana sajian itu datang masih belum tentu pasti. Kita hanya ambil apa yang di hulurkan dan kita tidak pernah siapkan segala atur cara.

Edit 12.11.15

Mimpi adalah hiasan yang di imbas oleh alam sekeliling. Apa juga yang kita lalui di alam "mimpi" mempunyai maklumat terhadap keadaan diri kita yang di tinjau. Keinginan hawa "nafsu" adalah satu impian dan harapan yang di sambut ingatan "iman" untuk sajian fikiran akal. Sebab "ingatan" adalah pancaran gelombang otak yang bebas di ruang elektromagnetik. Ingatan sesiapa saja boleh bertembung di ruangan ini untuk sampaikan "pesanan" itu. Di situ akan tercatat peristiwa yang sudah dan belum terjadi. Sebab hari esok akan di cipta dari kejadian hari ini yang mempunyai kaitan untuk masa depan. Sebab itu Tuhan telah berkata bahawa segala sketsa hidup seorang manusia itu sudah di tulis dan tercatat di dalam satu "kitab" yang sangat jelas. "Mimpi" adalah salah satu imbasan dari bayangan tulisan itu.

Masa depan dan masa silam adalah dua arah yang bertentangan dan bertembung untuk jadikan realiti ini. Jika kita tahu rahsia putaran "masa" ini, kita akan dapat mengatur hidup kita ini dengan lebih berkesan. Urusan Qada dan Qadar sepatut nya menjadi satu "ilmu" yang perlu di dalami. Kerana Tuhan akan sentiasa memberi "peringatan" dan "petunjuk" untuk kita lalui hidup ini yang penuh misteri. Tuhan tidak akan meyerang hendap kita dengan kejutan yang memeranjatkan. "Pesanan" dan "petunjuk" itu akan sentiasa di salurkan dengan pelbagai atu cara. "Bahasa" yang di sampaikan tidak pernah nya secara terus dan di selubungi isyarat yang tersurat. 

"Syahwat" hawa "nafsu" kita ini bukan satu kehendak yang pernah memilih. Ia satu "naluri" semula jadi yang sudah di terapkan untuk bertindak secara spontan. Ia bebas untuk merayau dengan keinginan nya dan menetap di setiap "peluang" yang menjelma. Tetapi "peluang" ini tidak akan datang jika tidak di cari oleh ingatan "iman" kita. Inilah misteri alam "mimpi" di mana tinjauan itu berlaku. Di sini akan berlaku satu pertembungan "ingatan" yang datang tanpa di undang. Urusan "jiwa" ini agak rumit untuk kita rungkai dengan penuh penelitian. Melainkan kita sudah mempunyai pertalian "intim" dengan jiwa kita itu untuk di ajak berbincang. Sebab urusan jiwa kita ini sudah di lengkapkan dengan perisian "GPS" dan "satelit" untuk mencari dan kesan tujuan tertentu. Itulah mengapa kita boleh pergi kemana saja semasa kita tidur dan melihat keadaan di ruang "masa" yang tertentu.


Edit 6.3.16

Apabila "jasad" tubuh kita itu membesar dan meningkat dewasa, di situ akan berlaku satu berubahan "hormon" yang sangat ketara. Seorang anak gadis apabila meningkat umur "akal" baligh akan melalui proses ketumbuhan yang subur. Bila dahulu dada nya tidak pernah menjadi sebutan untuk di beri perhatian. Apabila "buah" itu semakin membesar, dan kawasan sulit nya mula berdarah, maka akan berlaku satu "bebunga" yang di keluarkan "feromon" itu di udara. Setiap "jasad" yang tumbuh dari tulang "sulbi" dan "taraib" ini akan melalui proses "mimpi basah" yang tidak pernah di lalui. Fitrah ini bukan satu pilihan yang di minta tetapi satu anugerah yang di beri untuk mencari "nafkah" yang di perlukan. Anak remaja yang baru melangkah usia ini akan mula menguji kesuburan yang baru di terima itu. Si dara akan pastikan "buah" di dada itu menonjol untuk mendabik sebagai satu kebanggaan. Si teruna akan menjenguk untuk ambil tahu apa yang di sembunyikan oleh si dara itu. 

Akan berlaku satu usaha untuk beramah mesra di antara teruan dan dara ini bukan untuk mengupas satu isu yang penting tetapi hanya untuk berdekatan dan bersentuhan. Hormon yang sedang mengelegak mendidih di "jasad" tubuh itu akan menuntut untuk di beri perhatian. "Haba" adalah sesuatu yang di cari oleh pasangan yang sedang berduaan ini. Si dara yang baru di pakaikan "coli" semakin bangga untuk berlagak dengan kesuburan itu. Si teruna yang ternampak pandang akan datang menjenguk untuk bersentuhan. "Aurat" yang di pakaikan "hijab" itu akan mula terlucut dengan seribu ayat untuk beri ulasan dan alasan. "Aurat" ini yang menjadi idaman setiap sentuhan yang membara. Tubuh yang dulu nya berbedak sudah di sembur dengan minyak wangi. Kulit di bawah lengan sudah mula berbulu. Si dara akan sibuk menebas dengan pelbagai atur cara. Bau badan yang kurang senang akan di timbus dengan bahan tiruan terapi aroma untuk ubah pencemaran udara nya. 

Hipotesis untuk buat ujian dan kajian dengan "jasad" tubuh yang baru menerima anugerah itu akan segera bermula. Si teruna dan dara akan cari muslihat untuk persembahkan "aurat" nya. "Libido" ini bukan "najis" yang perlu di hapuskan. Walaupun "aurat" itu menuntut untuk di dedahkan tetapi "hijab" itu masih perlu supaya di tutup. Ini fitrah semula jadi setiap manusia yang di lahirkan ke bumi ini. Itulah mengapa "mimpi basah" akan berlaku untuk beri petunjuk akan nikmat itu. Teori ini hanya satu pendidikan rohani di mana jasmani itu akan minta untuk di laksanakan. Martabat "jasad" tubuh itu mempunyai "kedaulatan" yang pasti akan di tuntut dengan "aurat" dan "hijab" nya. Di sinilah di mana "dosa" dan "pahala" itu akan di pisahkan. "Syahwat" hawa "nafsu" ini mempunyai "semangat" nya yang boleh meresap di setiap "jasad" tubuh itu. "Ingatan" di mana kepercayaan "iman" nya tersimpan adalah penyumbang utama adegan drama ini. Sebab hawa "nafsu" yang "buta" itu tidak akan pernah nampak setiap keinginan nya. Hanya ingatan "iman" yang "bisu" itu sahaja yang boleh gambarkan setiap lakonan yang ingin di rasai hawa "nafsu" itu. Jadi jangan salahkan hawa "nafsu" jika ingatan "iman" itu tidak pernah mahu memiliki "takwa" itu.