Sains Kerohanian,Kembara Mistik,Pontianak,Orang Minyak,Penanggal,Hantu Laut,Ilmu Hitam,Bilik Mayat,Baca Cerita seram ini!

Khamis, 14 Februari 2013

Imbasan Dejavu

"Masa" yang berputar di lingkaran ruang dimensi boleh di serap tarikan graviti hawa "nafsu" yang berpaut di jasad tubuh. Masa silam yang kita telah lalui tidak pernah terpadam dan masih tersimpan di memori ingatan "iman" yang di imbas kenyataan realiti masa kini yang datang dari masa depan. Mungkin kita akan beranggapan bahawa masa depan itu selalu nya berada di hadapan dan masa silam berada di belakang.


Bukan kah apa yang berlaku sekarang sebenarnya adalah benda yang baru di cipta dengan tenaga masa silam? Apa yang kita alami di masa terkini di realiti hidup sekarang ini sebenar nya adalah pertembungan dua arah yang berbeza dengan impak rempuhan untuk jadikan realiti. Tiga dimensi ini adalah apa yang kita manusia lalui di setiap detik masa. Begini lah "masa" itu berputar apabila dua kuasa bertembung untuk jadikan pusingan putaran masa.

Tiga dimensi ini perlu kita amati untuk mengetahui rahsia nya. Di sini lah tersembunyi nya rahsia masa "depan" yang akan datang menemui kita di realiti. Imbasan dejavu boleh berlaku apabila putaran "masa" tiga dimensi ini bertemu. Ingatan "iman" yang merekodkan pengalaman masa silam di dewan fikiran juga boleh menangkap gambaran masa depan yang akan datang kearah nya. Ini tidak mustahil kerana "masa" itu sebenarnya berputar di dalam satu ruang yang sama.

Setiap manusia akan selalu mengalami imbasa dejavu di mana ingatan "iman" akan mendapat imbasan yang sama atau duplikasi sesuatu peristiwa yang pernah di lalui dewan ingatan nya. Itu lah mengapa kadang kala kita manusia boleh bermimpi tentang sesuatu yang akan terjadi di masa hadapan. Ruang ingatan dan fikiran adalah seperti satu "satellit" yang menangkap frekuensi jalur lebar ruang putaran masa. Fikiran manusia sebenarnya adalah gelombang elektrikal yang mengimbas ruang eletromagnetik untuk menangkap gambaran di tiga dimensi.

Imbasan dejavu yang kita alami adalah susulan data ingatan yang menangkap gambaran di dimensi silam, terkini dan masa depan. Sangat tidak mustahil jika ada yang boleh mendapat "alamat" tentang apa yang akan berlaku. Sebab daya tarikan graviti hawa "nafsu" akan selalu menarik "partikel" yang tersembunyi di ruang dimensi ini. "Satellit" akal fikiran manusia perlu kuat untuk menangkap gambaran masa depan. 

Setiap manusia yang hidup boleh melihat masa depan dengan jarak kekuatan masing2. Bukan kah kita boleh tahu apa yang mungkin akan berlaku sekejap lagi dengan program yang telah kita atur sebentar tadi? Fikiran kita yang mengatur urusan masa depan sebenarnya sudah nampak apa yang akan terjadi di masa yang akan datang. Gambaran itu sudah tertera di ingatan untuk di perlihatkan di realiti.

Jarak meninjau masa depan bergantung kepada kekuatan daya ingatan "iman" untuk menangkap kenyataan untuk jadikan realiti di masa terkini. Di sini lah manusia mengunakan kekuatan ini untuk mengatur masa depan. Imbasan dejavu adalah "flashback" sesuatu peristiwa yang pernah di lalui "satellit" ingatan "iman" yang memancar gelombang elektrikal di ruang tiga dimensi. Apabila roda putaran "masa" berpusing, dewan fikiran ingatan "iman" boleh menangkap gambaran yang ada di tiga dimensi itu.

Untuk meninjau di dimensi yang lebih jauh, tenaga ingatan "iman" perlu mempunyai kekuatan daya pancaran cahaya yang lebih tinggi. Ruang eletromagnetik mempunyai jalur spektrum untuk pancaran cahaya melalui atau tembusi. Ini lah mengapa manusia tidak dapat melihat perkara yang ghaib. Sebab mata kasar manusia hanya terhad kepada cahaya yang tertentu. Elektromagnetik spektrum ini boleh kita lihat pada "pelangi" dengan warna tertentu nya. Begini juga lah "aura" yang ada pada manusia.

Putaran "masa" ini juga boleh kita rasai. Orang yang mabuk atau penting akan mengalami pusingan di kepala nya. Jadi, putaran dan imbasan cahaya adalah dua perkara yang memberi kita maklumat tentang kedatangan realiti. Lima panca indera kita yang di saluti "nyawa" dengan kudrat  dan iradat nya adalah pencetus segala apa yang akan berlaku di realiti. Kita perlu bergerak kearah itu dengan fikiran dan daya usaha nya. Hawa "nafsu" dan ingatan "iman" adalah dua tenaga yang perlu di gunakan serentak. Jika terputus hubungan di antara nya, hasil nya tidak akan sempurna. 

Edit 27.11.14

Lapangan semasa kita tidur adalah di mana resepsi "jiwa" kita itu pernah menjelajahi. Di situlah imbasan "dejavu" ini dapat di simpan di dalam memori "jiwa" itu yang pernah melintas di ruang masa depan yang akan berlaku. Memori ini adalah sebahagian dari mimpi yang terang dan gelap di mana episod yang sama itu boleh berulang di  dua masa yang berbeza. Ulangan "dejavu" ini sebenar nya mempunyai rahsia yang tersembunyi di mana episod yang sama di lalui "qarin" kita itu di alam nya yang tersendiri. Masih menjadi kajian sains kerohanian untuk mengenal pasti alam "qarin" ini yang mempunyai kaitan dengan kejadian alam realiti kita. Apakah alam "kembar" kita ini satu salinan (duplicate) dari alam realiti kita. Apakah mereka melalui situasi yang sama seperti apa yang kita lalui tetapi dengan hasil dan jawapan yang berbeza.

JANGAN ANDA AMBIL TEORI INI SEBAGAI SATU FAKTA YANG BOLEH DI ISYTIHARKAN. TEORI INI MASIH DALAM KAJIAN YANG SANGAT MENDALAM.

Kami terlalu bimbang untuk mendedahkan kisah ini kerana khuatir dengan persepsi yang akan di terima. Jika benarlah apa yang di lalui "qarin" dari kembar kita itu satu "salinan" peristiwa hidup kita ini, maka akan ada kemungkinan untuk mengetahui berbezaan pada episod yang berlaku. Apakah jika kita gagal di alam realiti kita ini, mereka akan berjaya di episod yang sama di alam mereka. Apakah hidup kita ini adalah bayangan dari kehidupan mereka yang mungkin boleh di pintas jika "dejavu" ini satu dinding hijab yang terbolos di dua arena hidup yang sama. Mengapa kita di jadikan dengan berpasang yang sama. Kembar kita ini mungkin hidup di alam mereka dengan hasil yang berbeza. Jika kita sedang bersedih di sini, apakah mereka sedang bergembira di situ dengan peristiwa yang sebaliknya. 

Apakah kita akan bertukar tempat semasa kita bangun dari setiap tempat tidur. Apakah kita berada di sini pada hari ini dan akan berada di sana pada esok hari untuk melalui hidup yang sama. Apakah jika kita lelaki di sini, mereka perempuan di sana. Apakah alam mereka adalah alam yang menunjukkan perbezaan jawapan dari satu soalan yang sama. Apakah mungkin kita dapat bertukar maklumat dengan mereka untuk mengetahui rahsia yang tersembunyi. Semua ini masih menjadi tajuk berbincangan yang sangat rumit untuk di rumuskan. Tidak ada kepastian yang boleh kami jelaskan dengan jawapan yang tepat. Alam realiti ini masih menunjukkan sebab mengapa ada tayangan yang berlaku di sebalik tabir itu. Apa yang penting, kita harus fokus bahawa Allah swt adalah Tuhan yang Maha Bijaksana dan patut kita sembah dengan penuh keinsafan. Sujud lah kepada Nya dan minta lah keampunan supaya kita di beri petunjuk dengan taufik dan hidayah Nya. Sebab kitab "sijjin dan illiyin" ini akan memisahkan kita di antara satu sama lain di dua tempat yang berbeza.  

Edit 4.9.16

Perlu di ingat, amal perbuatan dan segala gerak laku kita akan tercatat dengan istilah "dosa" dan "pahala" itu. Di sini kita harus maklum bahawa "sijjin dan illiyin" ini bukan "kitab" yang tertulis dengan "huruf dan suara" yang kita sangkakan. "Watak dan "wajah" segala perbuatan kita akan di bentuk dengan "semangat" dan "qarin" yang menjelma. "Dosa dan "pahala" kita itu mempunyai "watak dan wajah" yang di rakam dengan "digital kamera" yang sangat cangih. Kebijaksanaan Tuhan tidak dapat di pertikaikan. Apabila kami selam di dasar "ilmu" pengetahuan "sains kerohanian" yang di kaji, kami semakin kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Maha Pencipta yang mentadbir segala urusan. Mungkin kita tidak mahu ambil berat dengan akaun "dosa dan pahala" ini. "Dosa dan pahala" ini merupakan "pinjaman dan pampasan" yang akan di tuntut. "Nikmat dan musibah" sudah di timbang dengan "rezeki" susah dan senang" itu. 

Jadi jika kita masih jahil dengan soalan "dejavu" ini, di sini kita akan nampak mengapa segala kejadian itu mempunyai "imbasan" yang sudah di rakam. Apabila kami teliti urusan "masa" yang menentukan "silam, terkini dan esok" itu yang di "tempah" dari perbuatan kita sendiri, seperti mana apa yang kita lakukan hari ini akan menjadi jawapan untuk hari esok dan semalam adalah jawapan pada hari ini. "Tempahan" yang kita buat ini adalah "tender" yang kita buat untuk masa depan. Maka soalan yang patut di tanya apakah "masa depan" itu di rakam dan akan di tayangkan di masa kini. Sebagai seorang Islam yang beriman, kita perlu tahu bahawa segala "amal perbuatan" kita ini sudah tercatat di kitab "Luhk Mahfuz" itu. Urusan "Qada' dan Qadar" akan jadi rujukan. Di mana kita berdiri di ketika ini masih menjadi tanda tanya dan misteri.

Apa yang di "tetap" kan dan apa yang di "tentu" kan perlu menjadi "ilmu" pengetahuan yang di cari. Tidak siapa tahu jawapan ini melainkan Tuhan yang Maha Mengetahui. Jadi sudah pasti kita perlu mendapatkan "taufik dan hidayah" itu daripada Nya. "Siratalmustakim" ini bukan sesuatu yang boleh kita terlepas pandang. Jika kita gagal untuk mendapatkan "perhatian" Tuhan, maka sudah pasti kita akan terjerumus dan tersasar dengan kesesatan. Kita akan selalu melalui lorong yang di taja oleh hawa "nafsu" dan kepercayaan "iman" ini. Apa yang menjadi "harapan" hawa "nafsu" dan apa yang menjadi azam kepercayaan "iman" adalah dua "alam" yang berbeza. "Jasad" tubuh kita ini hanya satu "bahtera" yang belayar di laluan yang berbeza. Bagaimanakah "impian itu menjadi kenyataan di realiti sepatut nya menjadi risikan "ilmu" pengetahuan kita. 

Kuasa "sebab dan musabab" adalah penyumbang utama segala kejadian. Jadi akan menjadi semakin "terang" untuk kita hampiri "hakikat" bahawa "Qada' dan "Qadar" itu sudah tertulis. Tetapi apa yang di tetapkan dan apa yang di tentukan masih menjadi urusan yang terkini. Sebab Tuhan masih tegap berdiri untuk menjawab segala "doa dan permintaan" kita. Di sini kita akan di minta untuk buat "pilihan" dan mencari "peluang yang tersedia. "Persediaan" ini yang di katakan sudah tertulis itu. Perlu ada apa yang di "hidangkan" untuk kita buat "pilihan" dan mencari "peluang" itu. Jika "persediaan" ini tidak di wujudkan dahulu, bagaimana mungkin kita akan buat "pilihan dan cari "peluang" itu. "Takdir" dan "nasib" ini sepatut nya menjadi tinjauan akal fikiran kita. Sebab Tuhan akan "MENGUBAH" nasib seseorang itu jika dia sendiri mahu mengubah nya. 

"Hijrah" adalah satu resolusi yang sudah di sediakan. Kita boleh mencari jalan yang lebih baik dan selamat untuk kesejahteraan kita. Dari urusan "sebab dan musabab" dan "takdir dan nasib" atau "Qada dan Qadar" ini, kita masih mempunyai Tuhan untuk merujuk urusan "siratalmustakim" itu. Tetapi kita masih gagal meniti jalan yang lurus ini walaupun segala kemudahan sudah di sediakan. Mengapa begitu??? Perlu di ketahui bahawa "perasaan" hawa "nafsu" ini sebenar nya "buta" dan tidak tahu kemana harus di tuju dan "iman kita itu "bisu" yang sentiasa bingung dan lupa dengan "ingatan" nya. Maka "jasad" tubuh kita ini masih dalam dilema untuk mencari jawapan di antara buruk dan baik atau "syurga dan neraka" itu. Jadi "dosa" dan "pahala" ini adalah "watak dan wajah" yang kita lahirkan untuk berlakon di pentas hidup. Sudah pasti akan ada "rehearsal" yang kita lakukan untuk jadikan realiti ini. Di antara "rehearsal" dan "lakonan" amal perbuatan kita itu perlu menjadi perhatian. "Ilmu" ini akan jadikan kita melalui hidup ini dengan lebih bermakna. Di situ ada "ilmu" yang lebih mendalam apabila kita sudah mencapai tahap yang lebih tinggi dalam urusan "reverse effect" yang sangat cangih. Urusan "reverse effect" ini tidak memerlukan peraturan konvensional yang lazim kita lakukan untuk dapatkan hasil nya. Akan kami buka pintu rahsia "reverse effect" ini satu hari nanti.